Izinkan Pertanyaan…

On 14/05/2007, in Kampus, Revolusi Sikap, Zikir Fikir, by Abu Saif | 7,071 views | Print Print | Email Email |

Warning: array_map() [function.array-map]: Argument #2 should be an array in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 287

Warning: join() [function.join]: Invalid arguments passed in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 27

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 54

berdiskusi.JPG

Generasi yang suka berfikir dan bertanya, jangan dibantutkan potensi mereka

 

“Ustaz, sahabat saya ni sudah hilang keyakinan kepada Islam. Ustaz boleh bantu?” tanya salah seorang pelajar yang menyertai ceramah saya.

“Kenapa sampai jadi begitu?”, saya mahukan penjelasan.

“Kawan saya ni suka bertanya. Soalannya memang pelik-pelik. Tetapi apabila dia bertanya soalan begitu di dalam usrah, dia akan dicantas”, sambungnya.

“Cantas?”, saya kurang pasti.

“Ya. Dituduh sesat, dimarahi kerana cakap benda merepek-repek”, jawab pelajar itu melengkapkan penjelasannya kepada saya.

“Apa antara soalan yang ditanyanya?”, saya mahu menyambung perbincangan.

“Emm, antara soalannya ialah dia mahukan kepastian apakah ada kehidupan lain di galaksi lain? Maksudnya, mungkin di satu alam yang lain itu, ada Nabi Adam lain, ada Nabi Muhammad lain, ada Padang Mahsyar lain, dan ada Syurga dan Neraka lain”, ulas pelajar yang menjadi naqibah itu.

“Dia juga pernah mempersoalkan, buat apa buat baik kalau dah memang dalam Qadha’ dan Qadar Allah, kita ni ditakdirkan masuk Neraka”, sambungnya lagi.

Saya termenung.

“Hmm… menyekat soalan tidak menyelesaikan masalah. Membebaskan fikiran pun tidak mengurangkan masalah”, saya memberikan sedikit reaksi kepada pertanyaan pelajar itu.

Ada yang tergaru-garu.

BUDAYA MEMBUNUH PERTANYAAN

Saya sedar, budaya menyekat pertanyaan ini memang diamalkan di pelbagai peringkat. Ayah sekat anak bertanya, tok guru dan ustaz sekat anak murid bertanya, naqib sekat anak buah bertanya… budaya biasa dalam masyarakat kita.

Saya teringat satu lawak jenaka yang saya pernah dengar, dan saya rasa kisah itu tidak benar. Sekadar penyedap telinga. Ada seorang ustaz yang agak kurang mahir membaca kitab Jawi lama mengajar kepada anak muridnya.

“Haram makan batang keladi!”, katanya.

Tercengang habis anak murid yang menadah. Puas seumur hidup makan asam pedas batang keladi, tiba-tiba hari ini haram pula hukumnya?

“Betulkah ustaz, haram makan batang keladi? Saya dah biasa makan batang keladi ni”, salah seorang anak muridnya memberanikan diri bertanya.

“Barangsiapa yang banyak bertanya, maka lemahlah akan imannya….!”, balas ustaz tersebut.

Habis terdiam semua anak muridnya.

Walhal ustaz itu yang salah baca. Kitab tu menyebut ‘haram makan binatang keldai!’, tetapi dibacanya sebagai ‘haram makan batang keladi’.

Penyelamatnya, sekat dari bertanya.

Kisah itu mungkin sekadar rekaan, tetapi budayanya memang ada.

MISTERI NUSANTARA

Mungkin ini punca mengapa rata-rata pelajar kita sangat sukar memberikan reaksi apabila guru dan pensyarah menyoal di dalam kelas. Saya menganggapnya sebagai sebahagian daripada Misteri Nusantara. Faham ke, tak faham ke, saya pun tidak pasti kerana tidak ada maklum balas yang diberi.

Berbeza sekali dengan pengalaman saya semasa menjadi guru di Belfast Islamic School. Pantang bertanya soalan, berebut-rebut anak murid saya mahu menjawab. Termasuklah beberapa orang anak Malaysia yang lahir dan membesar di sana.

Bukan salah genetik, pastinya…

Tetapi cara kita dibesarkan. Saya sendiri kadang-kadang terasa hilang sabar apabila anak-anak terlalu banyak bertanya.

Oleh kerana saya sendiri sering kecewa dengan peserta ceramah saya yang malas menjawab, saya cuba untuk tidak jemu dan marah kepada anak-anak saya jika mereka bertanya. Layan pertanyaan, dan jika saya sudah terlalu penat, saya akan tanya balik soalan yang ditanya si anak kepada saya. Biar dia pula mengambil giliran menjawab.

Untuk marahkan anak-anak dari bertanya, jangan dibiasakan. Anak-anak itu akan hilang potensinya.

kelasklasik.jpg

BENARKAN PERTANYAAN

“Pada pandangan ustaz, antum sebagai naqib dan naqibah tidak wajar mengambil sikap mematikan soalan. Ruang bertanya bukakan seluas yang mungkin. Antum pelajar terpilih, pengumpul koleksi A sejak UPSR. Jangan pula saling membunuh fikiran dengan menyekat pertanyaan. Sampai ada yang hilang keyakinan terhadap Islam. Subhanallah… agama yang paling menggalakkan berfikir dan bertanya, hilang seri dan wajah sebenarnya”, saya menyambung komen saya kepada soalan pelajar itu tadi.

“Tetapi saya tidaklah pula setuju jika fikiran dibiarkan berfikir sebebas-bebasnya. Ia harus disesuaikan dengan keupayaannya diri untuk berfikir. Akal tidak mampu membekal segala jawapan kepada segala soalan”, saya berkongsi pandangan.

“Macam mana nak tentukan batas berfikir itu, ustaz?”, tanya pelajar tadi.

“Prinsip saya dalam hidup, buat apa pun biar jelas tujuan. Hidup berkesedaran itu bermaksud, apa sahaja yang dilakukan, ia dilakukan dalam keadaan sedar akan tujuan perkara itu dibuat”, saya mengulas.

“Jadi dalam masalah bertanya… ingat tak kepada doa Nabi SAW yang memohon perlindungan dari sejenis ilmu. Ilmu apa tu?”, saya menyoal pula.

“Ilmu hitam?”, jawab salah seorang pelajar. Kami semua ketawa.

“Ilmu hitam tu dah tolak awal-awal. Ilmu yang saya maksudkan ialah, ilmu yang tidak bermanfaat”, saya menjawab,

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”


PERTANYAAN BERASASKAN TUJUAN

Saya cuba mengingatkan para peserta bahawa pertanyaan mestilah pertanyaan yang ada tujuan. Tujuan itu akan membimbing pertanyaan, agar kita tidak mencungkil ilmu yang menyusahkan tanpa sebarang manfaat.

Misalnya, jika pelajar berkenaan mahu tahu apakah ada kehidupan lain di alam lain? Jika persoalan itu mahu dibahaskan, memang ada jalannya. Malah boleh dikaitkan dengan pengetahuan Malaikat tentang perangai manusia, sebelum Adam dicipta. Bagaimana Malaikat tahu yang manusia ini sifatnya suka menumpahkan darah dan melakukan kerosakan di muka bumi, sedangkan Adam belum dicipta.

ayat_khalifah.JPG

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2: 30)

Maka ada sahaja ilmuan yang mengandaikan bahawa telah ada satu generasi manusia yang ada Adamnya, ada Rasul-rasulnya dan sudah pun ada Mahsyar, dan sudah pun berlaku Kiamat ke atas mereka.

Namun, soal besarnya di sini, apakah manfaatnya hal ini dicari-cari? Apakah ia akan menambah kesungguhan kita beramal, dan adakah kejahilan kita terhadapnya akan menjadikan kehidupan kita hilang kualiti, kurang peranan dan sedikit pahala?

Nyata sekali TIDAK. Mengetahuinya tidak bermanfaat, jahil terhadapnya pun tidak memudaratkan.

Maka kebebasan akal untuk berfikir, mestilah bertitik tolak dari sebab yang jelas. Bukan fikir untuk fikir, tetapi fikir untuk mendapatkan sesuatu. Sesuatu itu adalah al-Haq, yang perlu dicari sebagai erti hidup di alam ini.

Sama juga dengan soalan yang berkaitan dengan Qadha’ dan Qadar. Pastikan dahulu, kita faham tujuan beriman dengannya dan tujuan kita mempelajari ilmu mengenainya.

Kita belajar tentang Qadha’dan Qadar bukanlah untuk menyelidik cara Allah melakukan sesuatu. Di mana upaya kita untuk memahami kerja Allah sedangkan alam yang Allah ciptakan ini pun belum ketemu kesan sempadan hujungnya. Kita hamba dan Allah Tuhan dan Tuan kita.

Maka, Qadha’ dan Qadar dipelajari dengan tujuan membina keyakinan di dalam diri, bahawa apa sahaja yang berlaku di dalam hidup ini, sama ada ujian kesusahan atau pun kesenangan, semuanya ada dalam ilmu Allah. Maha Suci Allah dari sifat yang zalim, maka dengan Qadha’ dan Qadar itu, carilah hikmah kebaikan di sebalik SEMUA yang terjadi di dalam hidup ini.

Jika kita lupa akan tujuan ini, maka kita akan belajar dan menyiasat Qadha’ dan Qadar seperti kelakuan orang yang merenung matahari. Makin direnung makin kelam mata yang memerhati.

soalan_menyusahkan.JPG

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu. (Al-Maidah 5: 101)

Kata kunci jawapan saya kepada soalan yang ditanya oleh pelajar tadi ialah, bebaskan diri untuk bertanya, tetapi pandulah kebebasan itu dengan meletakkan tujuan yang jelas.

Nabi SAW pernah mengingatkan sahabat dengan hadith ini:

Daripada Abu Hurairah Abd al-rahman bin Sakhr Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripada melakukannya, maka hendaklah kamu jauhkan diri daripadanya. Dan apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh keupayaanmu. Sesungguhnya golongan sebelum kamu telah menjadi binasa disebabkan oleh banyaklah permasalahan mereka, dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi (yang diutuskan) kepada mereka”

Hadith ini mengajar kita supaya tidak bertanya sesuka hati. Pertanyaan yang sekadar untuk memuaskan akal dan nafsu, tanpa bermaksudkan kebaikan dan kebenaran, hanya mengundang kebinasaan. Akibat ingatan ini, para sahabat menjadi agak berat untuk bersoal jawab ketika bersama Baginda S.A.W. Lantas datanglah Jibril dan membentangkan persoalan Iman, Islam, dan Ihsan, dengan tujuan untuk memberikan panduan kepada sahabat, bahawa bukan soal jawab yang dilarang, tetapi tanyalah soalan dengan TUJUAN yang jelas. Mencari kefahaman terhadap Iman kita kepada Allah, memahami dengan jelas erti Islam yang diberikan kepada kita, dan menyelami kualiti Ihsan yang diletakkan sebagai kemuncak Ibadah kita kepada-Nya.

Soal jawab, biar berasaskan TUJUAN.

 

gayevakfi.JPG

Setahun berhibernasi keluar dari alam Melayu, mengizinkan anjakan pemikiran saya berlaku. Terima kasih rakan-rakan di Gaye Vakfi, Istanbul

PENCERAHAN EROPAH BUKAN RIMBA FALSAFAH

Sebab itu, saya tidak gerun dan takut untuk mendekati perbahasan yang berbau falsafah oleh pemikir-pemikir era Pencerahan Eropah. Bagi saya, biar pun persoalan mereka itu kelihatan seperti agak ‘merewang’ tetapi jika kita faham motif persoalan-persoalan itu ditimbulkan, maka ia adalah kebebasan yang terpimpin. Kebebasan berfikir yang dipimpin oleh tujuan yang sangat tertentu.

Idea-idea yang mencetuskan pertembungan di antara Liberal dan Konservatif, memang rumit untuk difahami. Tetapi apabila kita faham, bahawa tujuan mereka adalah untuk mencari keseimbangan di antara hak peribadi dan identiti jama’ie, maka isunya boleh dipermudahkan. Ia jadi haru biru kerana reference point mereka iaitu agama, sudah dibinasakan oleh korupsi yang membunuh keyakinan mereka terhadap agama itu. Mereka tidak menolak Tuhan, tetapi mereka mempertikaikan Tuhan versi Kristian.

Maka perasaan berTuhan masih menguasai pengembaraan fikiran generasi itu. Lantas tidak hairan, pandangan-pandangan pemikir Pencerahan Eropah sangat berbau agama, bagi yang teliti membacanya. Mereka berfikir dan mengkaji kerana mahu mencari kembali Tuhan dan kebenaran. Bukan sengaja memuntahkan keserabutan tanpa tujuan.

SAYA DAN TULISAN FATHI ARIS OMAR

Apabila saya mengambil peduli malah mengajak kepada kepedulian terhadap tulisan-tulisan saudara Fathi Aris Omar, saya tidak bertindak demikian atas dorongan saya yang meminati bidang falsafah. Falsafah bukan minat saya.

Tetapi saya peduli terhadap apa yang diutarakan oleh beliau, kerana tujuan yang besar dan jelas. Apa yang diungkapkan oleh saudara Fathi Aris Omar adalah tentang cara berfikir kita yang tidak keruan, sehingga menjadi punca kepada gelaja ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’. Dakwah kita tidak berkesan, manifesto kita tidak meyakinkan, hujah bidasan kita kedengaran dangkal dan tidak menepati sasaran, semuanya kerana satu sebab yang rumit.

Ia rumit kerana ia bukan soal pakaian yang boleh disalin. Ia bukan soal rujukan yang boleh diganti. Ia bukan soal kelemahan sarung dan bungkusan. Masalah kita adalah masalah pemikiran. Cara berfikir yang merugikan.

Maka, mahu tidak mahu, usaha membetulkan cara berfikir, tetap akan membabitkan falsafah kerana falsafah memang bertujuan mengatur disiplin berfikir.

Tetapi saya tidak akan membiarkan tulisan saya mengheret pembaca ke satu daerah yang tidak jelas tujuan kembaranya.

Saya berfikir, berbincang, menulis dan berceramah selepas saya menetapkan tujuan yang jelas.

Saya mahu dakwah kita diperbaiki. Saya mahu perjuangan kita sampai ke destinasi. Saya mahu hujah kita relevan dan meyakinkan. Saya mahu seruan kita dipeduli dan diberi perhatian.

Jika kegagalan semua itu berpunca dari paradigma dan pemikiran, maka paradigma dan pemikiranlah yang akan mendominasi usaha saya.

Izinkan saya untuk terus menimbulkan pertanyaan. Pertanyaan yang jelas tujuan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

No related posts.

 

29 Responses to “Izinkan Pertanyaan…”

  1. Salam buat semua. Saya jawab isu usrah — yang kelihatan berulang2 dibangkitkan pembaca2 di blog ini — dengan memberikan satu kaedah berfikir tentang persoalan ini di ulasan #30 bawah tajuk “Menghambarkan Sebuah Kehebatan” (11 Mei). Sudah tiba masanya kita mempersoalkan (muhasabah) produktiviti usrah kita.

  2. Nasibah says:

    Assalamualaikum….teringat saya sewaktu belajar di sabah dimana pelajar2nya jauh lebih aktif dan selalu bertanya..kerana terbiasa dng budaya di sabah sampai di semenanjung ada cikgu kurang senang dng budaya bertanya & diperli juga seperti artikel diatas…serik, saya tak tanya dah lepas tu..mungkin budaya jgn bertanya terlalu masak dng masyarakat melayu kerana mungkin takut dianggap bodoh atau pun takut dicop kurang ajar Wallahualam…tapi konsep banyak bertanya juga ada risk yg tertentu sekiranya yg bakal menjawab kurang arif utk tackle si penanya..cthnya adik saya sendiri (16tahun)pelajar di international school..fikirannya dan kwn2nya amat berbeza dan sekali bertanya berderu2 soalan yg payah nak dijawab..kalau nak refer mereka2 ni dng ust bolehkah? saya berpeluh nak jawab pasal Tauhid &sbgnya..saya berterima kasih juga kalau ada yg nak bantu menackle adik2 ni..

  3. Mutiara Hati says:

    :-)
    ..traning 4 traners sgt penting khusus utk para naqib dan naqibah..
    kebijaksanaan di dlm akademik mesti di seimbangkan dgn kebijaksanaan di alam tarbiyah..
    tksh us.

  4. saifulislam says:

    Terima kasih kepada 3 pemberi komentar pertama, ahlan wa sahlan kepada akhi FAO.

    Tak perlu susah hati jika tidak dapat memberikan jawapan kepada yang menyoal. Sama-samalah mencari jawapannya. Kecuali kita telah mempotretkan diri sebagai Profesor Serba Tahu, maka sendiri buat sendirilah yang menanggungnya.

    Untuk mematerialisasikan pandangan-pandangan FAO tentang usrah, mungkin lingkungan pertama yang perlu dibangunkan adalah tamrin-tamrin dan kursus untuk para Naqib.

  5. qgen says:

    Assalamualaikum..
    ana suke tajuk nih,ms sek pun ade kwn ana suke tanye mcm2,smpi kwn2 bosan nak jwb soalan die..dia tanye,mane dtgnye bahasa yg bermcm2 nih..nabi dulu2 ada ajar bahasa2 mcm skrg ke?inggeris,cina,india,…alamak..kalaulah die dpt bc kat site nih..bgs jgk..

  6. saifulislam says:

    jangan lupa pesanan saya, bimbingkan pertanyaan kepada menetapkan TUJUAN

  7. Moon says:

    ilmu yg bermanfaat… hmm.. terkenang yg sekarang ni sy tgh belajar ttg pencarian kehidupan di planet/galaksi lain dlm subject astronomy… huhu.. terfikir juga, agak sia2 ajer belajar topic ni, sbb semuanya kehendak Allah kan.. nak ade atau tak kehidupan tuh.. derang sibuk predict and buat equation nak carik life.. dimasukkan sekali ngan teori evolusi.. hmm.. kalau sape tak kuat boleh goyang gak..

  8. ro ya alip dhod says:

    usrah sudah ada track record tersendiri membentuk ummah. Setelah beberapa perbincangan ttg usrah terutama melalui FAO, rasanya kita boleh bersetuju, masalahnya timbul pada perlaksanaan dan kandungan usrah (perkara teknikal). maka sama-samalah kita memperbaiki usrah. again kembali pada point abu saif supaya jelas dalam apa yg kita buat. Kita sudah jelas tujuan usrah. Perbahasannya perlu bermula sama ada perlaksanaan nya perlukan di improvise tanpa meninggalkan tujuan yang telah jelas.

    stand to be corrected

  9. fikrah says:

    assalamualaikum…
    kalau nk cerita bab usrah….kita kena tahu dulu tujuan berusrah….
    usrah nie…(nk cakap awal2) bukan tempat utk kita timba ilmu…kalau nk timba ilmu pi universiti al-azhar ke..atau mana2…
    usrah nie tempat utk kita didik org….tempat utk bina org..develop org2/mad’u2 from zero to hero…..
    & usrah nie (sekali lagi) bukan just bagi bahan2 ilmiah….drpd akal kpd akal..usrah adlh tarbiyah—> dari hati kpd hati…ingat..dari hati ke hati….ia membina mentaliti & cara fikir kita….murabbi/naqib bertindak memantau anak2 usrahnya..dipantau mutabaah ibadahnya di samping memberikan tugas2 dakwah kpd anak2 usrah utk tg ‘self of belonging’ dia kpd dakwah…..
    bhn2 yg disampaikan dlm usrah pd minggu 4 mungkin x sama pd minggu 5…bhn2 yg disampaikan adlh mengikut problem2 semasa yg menghantui anak2 usrah….
    sbg cth:pd minggu 5 problem yg menghantui anak2 usrah ialah berat utk berkomitmen kpd kerja2 dakwah..maka bhn yg disampaikan adlh berkisar ttg komitmen….
    mungkin pd minggu 6..problem yg timbul adlh masalah mutabaah ibadah..maka bhn yg disampaikan adlh berkisar ttg membina kualiti hbgn dgn allah spy ibadah improve…
    dlm usrah juga kita boleh kenal jenis2 perangai anak2 usrah kita..ada yg jenis proaktif..ada yg jenis slow…ada yg jenis kena push baru buat kerja..ada yg jenis suka beri alasan…ada yg jenis semangat…ada yg pendiam…& mcm2 lg…kat situ kita sbg murabbi/naqib kena bijak mengatur-membina-mendaya guna anak2 usrah yg bermcm2 perangai nie…..spy sedikit demi sedikit kualiti dia diimprove kan….barula kita nmpk usrah yg produktif….

  10. sufi says:

    Bertanya penting…tak perlu disekat.Dengan pertanyaan kita dapat meneroka isi hati seseorang.Jika tidak bertanya perkara2 keliru tu akan terbenam dalam hati dan mungkin akan jadi penyakit.Kalau tak dapat jawab reffer kepada orang lebih arif.Tapi jangan lah kerana nakib tak dapat jawab kita menyindir dan mudah memandang rendah.

    Betul tu pertanyaan biarlah ada tujuan ….lebih baik dahulukan pertanyaan bersifat spesifik dan boleh diaplikasi(ikut ilmu psikologi).

  11. Khair says:

    Kadangkala, sebagai naqib atau ketua keluarga tidak boleh tunggu soalan daripada anak buah atau anak-anak sendiri. Sikap proaktif untuk menyelitkan tujuan-tujuan ibadah dalam islam, hikmah disebalik ibadah, baik secara halus atau terang-terangan perlu di buat.

    saya refer specifically kepada kes di IPTS baru-baru ni yang melibatkan saudara kita yang denounce islam. Sebab utamanya ialah beberapa persoalan yang tidak dapat dijawab seperti tujuan solat. Jiwanya tidak dapat terima kenapa dia perlu solat. Unfortunately, people around him tidak dapat menjawab dengan baik. Let this be a lesson for us, we need to educate our kids on hikmah-hikmah di sebalik ibadah. Ia bukan ritual semata-mata.

    However, it is also important to limit our dependency on being able to explain ‘why’ we need to carry out certain ibadah. Ibadah yang tidak dapat di terangkan hikmahnya dengan logik atau sains mesti kekal sebagai satu perintah yang mutlak daripada Allah SWT sebagai satu mekanisme menguatkan iman.

    Allahu a’lam.

  12. Kak Ija says:

    Assalamualaikum,
    Semua tindakan perlulah ada TUJUAN. Setuju 100%. Memang benar usrah menghasilkan peribadi dan sahsiah yang baik. Mungkin FAO hendak lihat janjang geometri bukan janjang arithmetik apabila beliau bertanya kuantiti usrah di Malaysia. InsyaAllah kesan usrah ni ada, tapi perlu diingat muslimah yang mengikuti usrah akan berkeluarga dan ramai yang tak sempat nak lakukan amal jamaie (termasuk penulis komen no 12 nih).

  13. dyang says:

    bukan mudah nak memecahkan kepompong yang dah mengeras bertahun-tahun… but, no pain no gain.

  14. pakngah says:

    biasenye, dlm lingkungan usrah, pelbagai persoalan diperbincangkan dan jawapan yg diperlukan tidak sekadar yg “biase²”. Jawapan yg baik biasanya daripada pengamatan yg baik, cara menyampaikan juga sedikit sebanyak dipengaruhi ruh isi kandungan jawapan dan ruh itu sendiri hadir daripada amalan yang dilakukan yg sebati dengan diri… ~ tak skeptikal

  15. Mengulang reaksi saya # 32 sebagai sambungan pada reaksi-reaksi #30 dan #31 (topik “Menghambarkan Sebuah Kehebatan”) dan juga reaksi2 bawah topik ini.

    Hehehe ;) Betullah kalau kita tengok usrah kita sendiri. Tanggungjawab kita sendiri. Ibarat seekor kerbau mati di tengah jalan di kampung kita “” jalan tempat kita sekampung keluar masuk. Tapi kerbau itu tidak dikenali tuannya dan bukan pula dekat rumah kita (rumah sesiapa). Kalau kita sekampung sanggup hidu bau busuk kerbau, biar bangkainya reput sendiri (secara semula jadi) di atas jalan itu, silakanlah. Sila, “¦ nasiblah kampung kita! Nasib ustaz, nasiblah ;)

    Patutlah, rupa-rupanya orang2 Yahudi dan Barat yang kita kecam2 itu rupa-rupanya tidak kahwin dan beranak-pinak. Tidak pergi kerja! Patutlah mereka buat macam2 untuk memajukan diri sendiri, bangsa dan tamadun mereka.

    :) I rest my case here. :)

  16. ma says:

    Salam,
    Tentang Qadha’ dan Qadar, saya terjumpa sebuah buku yg bagus, tapi di Kairo. Buku saiz poket yang kecil molek. ‘Man Between Preordainment and Free Will’ tulisan Abdullah Nasih Ulwan terbitan Dar Al-Salam. Buku yang ringkas dan padat. Cukup baik untuk memahami rukun iman keenam. Tidak pasti ada atau tidak di Malaysia atau terjemahan melayunya.

  17. sufi says:

    Setakat saya perhatikan perkembangan politik Turki …saya berpendapat puak Islam belum boleh menduduki kerusi presiden.Hal ini kerana pihak tentera yang menjadi tulang belakang negara belum bersedia menghormati suara ramai dalam soal ini.So ada lah lebih baik puak Islam mencadangkan calon sekular sederhana dulu untuk menduduki kerusi ini.Harap ustaz boleh sampaikan pandangan saya ini kepada rakan ustaz di Turki tu.

  18. acmain says:

    Takkanlah simplistik sangat analisa sufi. i mean komen (#17). kalau setakat point tu, saya rasa orang turki pun dah pikir. takpayahlah ustaz nak disusahkan sekadar nak bagitau benda tu je kat org sana. anyway, komen sufi patutnya kat artikel yg kwn ust masuk pilihanraya tu, bkn kat sini… ke camne… sori ust, hehe..

  19. masri says:

    comment no 11:

    aslm wbt

    saya dah tahu isu tu sejak last week. saya masuk blog dia, try explain beberapa isu yg saya lihat dia keliru cthnya isu pukul isteri, isu hudud.

    malangnya kerana kegopohan, pergi heboh-heboh yang ada budak U tu murtad, akhirnya hari ini masuk surat khabar.

    Sedih bila saya masuk blog tu, yang datang bukan mahu menolong sebaliknya memaki hamun bahkan ada yg cuba menjwb persoalannya dgn cara yang tak benar bahkan hujah yang tak benar.

    contohnya isu pukul isteri: ada yg menjwb bhw sebg ketua keluarga suami ada hak utk memukul dan mendisiplan kan keluarga. ada pula yang membuat analogi andai kata kita jumpa isteri kita tgh curang dgn lelaki lain, mst kita pukul.

    jawapan2 yang diberi hanya menambahkan keyakinan bhw islam menyuruh pukul isteri.

    begitu juga ada pula yang menyuruhnya ber qiamullail mencari hidayah Tuhan. Sedangkan dia dah tulis dalam blog dia yang dia tak percaya Tuhan. Macam mana nak suruh dia solat sedangkan dia tak pecaya tuhan.

    Dan lebih malang lagi tindakan melulu pergi tampal poster pasal dia murtad di Universiti tersebut. Inilah tindakan bodoh yang amat malang yang telah dilakukan.

    Saya terfikir kenapa perlu diheboh-hebohkan.

    Adakah kita ini hidup dengan undang2 berasaskan wahyu yang mana kalau kita hebohkan maka undang2 islam ke atas si murtad akan terlaksana.

    Kita hidup umpama zaman Mekah,kita tidak ada undang-undang islam, maka tindakan kita kenalah sesuai dengan keadaan kita.

    Kita bertindak seolah-olah negara kita ada undang-undang Islam.

  20. saifulislam says:

    saya berkongsi perasaan marah, kecewa, geram, dan segala-galanya sebagaimana yang masri ungkapkan. this is just a tip of the iceberg… Allah al-Musta’aan…..

  21. Kak Ija says:

    Innalillahi wainnailaihi rojiun…aduhai…masyarakat belum mahir habit no 5. SEEK FIRST TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD

  22. iDea says:

    assalamualaikum..
    izinkan pertanyaan..menarik sekali.
    tapi malangnya hamba Allah yg ditarik keimanannya tu. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. wallahua’alam..

    p/s: ustaz, gambar yg ustaz post tu kat mana? sebab mcm familiar je.

  23. sufi says:

    Opps sorry komen 17 tu salah masuk kem.Mohon maaf ….

    “Memang benar usrah menghasilkan peribadi dan sahsiah yang baik. Mungkin FAO hendak lihat janjang geometri bukan janjang arithmetik apabila beliau bertanya kuantiti usrah di Malaysia.”Kak Ija

    Setuju dengan pandangan Kak Ija di atas,Cuma kita perlu baiki kelemahan dan adakan penambahbaikan.Saya cadang setiap usrah sasarkan objektif yang boleh dicapai.Jangan terlalu ideal sangat ,perjalanan ini masih jauh,we should move on our pace.Orang Eropah pun nak bangkit mengambil masa ratusan tahun.

    Berkaitan dengan mereka yang menganut ajaran sekular tu …. kita perlu berbincang untuk menghadapi dia orang ….jangan sampai berlaku tuduh menuduh,tak manis.Peristiwa2 yang berlaku di negara2 muslim menunjukkan golongan sekular tidak dapat menghindar diri dari rasuah,salah guna kuasa,berkiblat kepada penjajah dll. Apa sangat kemajuan yang dia bawa kepada umat Islam.Tengok di Turki puak Islam lebih bersih,mampu memaju negara,mendaulat agama seterdaya…

  24. mdshah says:

    Semua orang bersetuju yang budaya bertanya perlu digalakkan. Maka suasana untuk berbuat demikian mestilah dibentuk, umpama nya pensyarah memberi kuliah dalam bentuk interaktif.
    Saya sungguh tertarik dengan program Couscous & Cola yang disiarkan di Aljazeera. Belia immigrant Islam dan bukan Islam di Belanda terlibat didalam Kelab Perdebatan dimana isu isu provokatif, biasanya taboo didalam masyarakat Islam, dibincangkan bukan bertujuan mencari jawapan betul atau salah. Tetapi ianya dapat merangsang belia tersebut untuk berfikir dan memberi hujah kepada pandangan yang mereka pegang.

    Mungkin ustaz boleh mengusahakan kelab seperti ini untuk belia. Perdebatan itu perlulah ada moderator supaya ianya tidak menjadi gelanggang perang.

  25. mat arau says:

    “Namun, soal besarnya di sini, apakah manfaatnya hal ini dicari-cari? Apakah ia akan menambah kesungguhan kita beramal, dan adakah kejahilan kita terhadapnya akan menjadikan kehidupan kita hilang kualiti, kurang peranan dan sedikit pahala?

    Nyata sekali TIDAK. Mengetahuinya tidak bermanfaat, jahil terhadapnya pun tidak memudaratkan.”
    ******
    Pada pendapat saya, kenyataan diatas juga tidak menggalakkan seseorang berfikiran kritis.

  26. noli says:

    faktor pertembungan tIslam dan tBarat

  27. Mohamed says:

    peru dapat orang-orang yang bertaraf Ustaz untuk membantu sukarelawan kat Masjid Negara yang sering menjelaskan isu-isu berkenaan Islam kepada pelancung-pelancung yang belum Islam yang hampir 1000 orang setiap hari

  28. shiha says:

    Salam..

    Saifulislam says:
    Tetapi cara kita dibesarkan. Saya sendiri kadang-kadang terasa hilang sabar apabila anak-anak terlalu banyak bertanya.

    Oleh kerana saya sendiri sering kecewa dengan peserta ceramah saya yang malas menjawab, saya cuba untuk tidak jemu dan marah kepada anak-anak saya jika mereka bertanya. Layan pertanyaan, dan jika saya sudah terlalu penat, saya akan tanya balik soalan yang ditanya si anak kepada saya. Biar dia pula mengambil giliran menjawab.

    Untuk marahkan anak-anak dari bertanya, jangan dibiasakan. Anak-anak itu akan hilang potensinya.

    Itulah titik permulaannya, menggalakkan anak untuk sering bertanya, biar bermula sekecil usia 5 tahun. Anak saya yang sulung sangat suka bertanya “Kenapa…”. Mama, kenapa abah work jauh sangat? Mama, kenapa Husna (adik dia) tidur pakai pampers? Mama, kenapa Ultraman Dyna lagi kuat dari monster?? Mama, kenapa monster tu ada kaki tiga? Uih.. memang penat nak jawab. Tapi mesti jawab jugak. Walaupun kadang – kadang, jawapan tu pun macam tak masuk akal sepertimana soalannya jugak :) “Monster tu ada kaki tiga sebab mama dia pun ada kaki tiga jugak”. “Ooooo.. hmm.. kenapa..”

    Budak – budak, kalau dia tanya tak bertujuan pun, boleh untuk dilayan, sekadar untuk membiasakan dirinya agar suka bertanya. Bila dah besar sikit, kena guide elok – elok agar bertanya dengan bertujuan. Tapi kalau orang dewasa yang suka bertanya tanpa tahu hujung pangkal.. hmm ni yang tak larat nih.. (tak ditujukan kpd sesiapa, just a general statement :) )

  29. [...] sesetengah soalan yang bunyinya sangat menakutkan bagi sesetengah kita, tetapi saya percaya bahawa membunuh soalan, akan mengheret ‘agama’ ke gelanggang kalah mati. Mereka bebas bertanya, cuma sedikit sebanyak, [...]

Leave a Reply