Sinergi Keluarga Bahagia di Bukit Jelutong

On 27/02/2009, in Laporan STC, by Abu Saif | 1,847 views | Print Print | Email Email |

08102008704

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!” itu penegasan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Hadithnya diriwayatkan daripada Aisyah radhiyallaahu ‘anha, dikeluarkan oleh al-Tirmidhi.

Dalam segala kualiti yang boleh diukur pada jati diri seorang Muslim, manusia yang dianggap terbaik oleh seorang Nabi, utusan Allah, adalah manusia mukmin yang berlaku baik kepada keluarganya.

Berlaku baik, bukan pada memberikan segala yang keluarga itu MAHU, tetapi utamanya adalah menyediakan segala yang mereka PERLU.  Keperluan dunia dan keperluan Akhirat, menjadi amanah besar yang terpikul di atas bahu seorang suami, isteri, ibu, bapa, dan seterusnya anak-anak.

Bukan mudah untuk mempertimbangkan apa yang baik untuk keluarga.

Jika secara tiba-tiba seorang lelaki berubah pandangan hidupnya, lalu memaksakan perubahan ke atas isteri dan anak-anak, ia mungkin sebuah kejutan yang disendakan sebagai buang tebiat oleh mereka. Sama ada ia ditolak mentah-mentah, atau berubah menjadi titik konfrontasi di antara dua pasukan yang terbentuk di dalam sebuah keluarga yang bercanggah nilai.

Sebagaimana sebuah keluarga dan nilai-nilainya terbentuk secara akumulatif, perlahan dan berjalan mengikut rentak masa, maka begitu jugalah perubahan dan penyesuaian semula yang ingin dilakukan, ia memerlukan kepada banyak mujahadah, untuk menyingkap sisi-sisi tersembunyi pada tabiat dan kelakuan setiap manusia yang berada di dalamnya.

Saya juga berusaha keras mempelajarinya.

Belajar dari al-Quran dan al-Sunnah.

Belajar juga dari mana-mana sahaja pihak yang berkongsi usaha yang sama. Adam Khoo dan Centre for Fathering Singapore, adalah di antara dua kursus yang saya manfaatkan, untuk meluaskan perspektif keibu bapaan. Semuanya bermula dengan sebuah kesedaran, bahawa usaha untuk menterjemahkan Islam kepada suatu cara hidup yang boleh difahami dan dihayati oleh generasi anak-anak hari ini yang hidup dalam kecelaruan, adalah suatu perjuangan yang amat payah dan mengundang resah.

Mungkin cara terbaik untuk saya belajar adalah dengan membuka ruang mengajar. Mengajar bukan dalam erti kata menjadi lebih bijak dan pandai daripada peserta, tetapi bertindak sebagai fasilitator yang mengatur diskusi untuk 100 keistimewaan daripada 100 pengalaman oleh 100 peserta, dikongsi bersama.

Inilah harapan saya daripada program SINERGI KELUARGA BAHAGIA yang bakal berlangsung di Bukit Jelutong hujung minggu ini.

Program bakal diadakan di Dewan MBSA, Jalan Adang, Bukit Jelutong, Shah Alam. Bermula daripada jam 9 pagi, 3 sesi termasuk satu sesi dialog dan diskusi berkumpulan berlangsung hingga jam 4 petang. Kepada sesiapa yang berminat, saya dengan rendah dirinya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk berhubung dengan pihak berikut berkaitan dengan pendaftaran:

  • Saudara Amin: 019-7964780
  • Saudara Hassan Ibrahim 012-2018705

Kertas kerja berkaitan rangka program boleh dimuat turun di pautan INI

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Seminar Sinergi Keluarga Bahagia di Pulau Pinang Mengendalikan keperluan kerjaya dan rumahtangga merupakan cabaran besar yang dihadapi...
  2. Dalam Derita Ada Bahagia Imad sentiasa ceria. Alhamdulillah Marah ada, geram pun ada. Tetapi...
  3. Sejenak di Nur Bukit Unggul Sudah dua tahun saya tidak terbabit mengendalikan kursus secara residential....
  4. KHUTBAH JUMAAT: Sinergi Memanfaatkan Perbezaan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Ketika berdepan dengan ujian dan...
  5. Ulasan Tabiat 6: Sinergi Untuk 1+1=3 Malah Lebih KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...

 

8 Responses to “Sinergi Keluarga Bahagia di Bukit Jelutong”

  1. pali says:

    salams ustaz,

    keep on running~ :D

  2. scha says:

    kalo program ustaz, sure ramai yg nk join…wpun org yg belum berkeluarga.. :D

  3. alqasam says:

    Menarik.

    Sangat dekat berhampiran rumah kedua ibubapa ana. Akan dimaklumkan kepada mereka. Ahad ke Sabtu ustaz?

  4. Assalamualaikum…teruskan usaha ustaz.Jemput ustaz ziarah blog kongsi saya yg baru tu…Baru habis baca buku Aku Terima Nikahnya, memang bermanfaat.

  5. faiz says:

    Salam ust..

    Nanti hasil diskusi jangan lupa dikongsikan bersama pembaca2 SIO ye. Sayang sekali tak dapat ikut program tu.

  6. kape yang berlayor says:

    Salam Ustaz,

    Alhamdulillah & jazakallah dari kami semua (pengajur & peserta), moga banyak lagi perkongsian seperti ini berlangsung di tempat-tempat lain. Hadirlah dengan seribu satu persoalan, pasti Allah akan aturkan jawapannya.

    Sekadar pandangan, tambahan daripada memupuk perasaan cinta setelah komitmen dan rasa tanggungjawab yg mantap bagi perkahwinan terancang/baitul muslim, perlu juga diselusuri “expectation” baru/tambahan/semasa dari kedua-dua pihak sebab hal ini mungkin tidak pernah diendahkan ketika mencari calon dan membuat keputusan awal. Namun setelah masa berlalu, seringkali berlaku pertembungan apabila “expectation” baru ini tdak dipenuhi atau tidak disedari atau difahami oleh pasangan masing-masing. Justeru, pasangan perlu sekali lagi duduk, dibengkelkan dan seterusnya dirangka pelan tindakan seterusnya. :-D

    Wallahua’lam.

  7. pak din 31 says:

    Dalam segala kualiti yang boleh diukur pada jati diri seorang Muslim, manusia yang dianggap terbaik oleh seorang Nabi, utusan Allah, adalah manusia mukmin yang berlaku baik kepada keluarganya.

    Bukan mudah untuk mempertimbangkan apa yang baik untuk keluarga.

    Belajar dari al-Quran dan al-Sunnah.

    Belajar juga dari mana-mana sahaja pihak yang berkongsi usaha yang sama.

    Inilah harapan saya daripada program

    Di semuanya petikan dari artikel, “Semuga berjaya!”

Leave a Reply