Rencah Bawang dan Garam Perantauan

On 02/03/2009, in BUKU: Rindu Bau Pohon Tin, by Abu Saif | 2,170 views | Print Print | Email Email |

“Kenapa mereka tidak ke kelas? Hairan juga,” saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Entahlah, budak-budak Pattani ini bukan seperti budak-budak kita. Mereka istiqamah. Mungkin ada yang tidak kena,” balas Ucop.

Petang itu kami duduk termenung di pinggir tembok masjid Jaafar al-Tayyar. Mengambil angin petang usai Asar di Masjid. Terkenang kembali leteran pensyarah di kelas pagi tadi. Marahkan Malizi yang ponteng kelas.

Sebenarnya pelajar yang tidak hadir ke kelas itu adalah pelajar dari Pattani. Tetapi disebabkan oleh majoriti yang dikuasai oleh bilangan pelajar Malaysia, maka kesemua kami dari Indonesia, Pattani dan Selatan Filipina dipanggil sebagai Malizi belaka oleh pensyarah.

Memang kami susah hati.

Rakan-rakan dari Pattani kuat mengaji. Mereka berusaha keras untuk menyambung pelajaran ke Jordan. Ada yang jual kerbau, ada yang gadai bendang, demi mencukupkan bekalan kewangan untuk bertamu di Dataran Syam. Sengaja ponteng kelas, bukan perangai mereka.

“Kalau macam tu, biar ana pergi ke rumah mereka di Marj,” Ucop menawarkan diri.

“Ok, sampaikan salam kami kepada mereka,” sambut Arief yang diam semenjak tadi.

mazaria

Warga Darul Kahfi bergambar bersama anak-anak jiran yang bertandang untuk sama-sama bermain bola

Kami melangkah pulang menuju ke Darul Kahfi, rumah kami di seberang stesyen minyak. Sudah menjadi tradisi, rumah pelajar-pelajar lelaki diberikan nama-nama tertentu untuk pengenalan dengan perkataan Dar bagi rumah pelajar lelaki dan Bait bagi rumah pelajar perempuan. Paling unik adalah Darul-KP di hadapan rumah kami, kerana penghuninya adalah pelajar-pelajar tajaan Kementerian Pendidikan.

Ucop kami tinggalkan di bahu jalan kerana beliau mahu terus pergi ke Marj.

“Ucop, jangan lambat-lambat. Nanti balik Mazar naik lori kambing lagi!” jerit Munawwar.

Kami ketawa.

Selepas matahari tenggelam, memang agak susah untuk mendapatkan kenderaan pulang ke rumah kami di puncak Dataran Mazar. Bas sudah tiada. Selalunya kami akan menumpang pick-up jika terlewat.

Petang itu giliran saya memasak untuk makan malam. Alhamdulillah santan masih ada sedikit. Begitu juga dengan ikan bilis, halia dan biji halba yang saya bawa dari Malaysia. Malam ini kami makan nasi lemak! Biar melentok semua menjelang Isyak.

UCOP MEMBAWA BERITA

“Assalamualaikum!” kedengaran suara Ucop memberi salam dari luar.

Kami yang sedang minum teh panas bercampur daun pudana (daun na’na’) tidak sabar-sabar menunggu kepulangan Ucop. Rasa tidak sedap hati.

“Hah, ceritalah. Apa yang berlaku?” Ustaz Syamsul menyoal.

“Anta ni, tuanglah syai (teh) secawan untuk ana dulu,” kata Ucop.

“Ahaha, ya ya, tafaddhal ya ustaz. Silakan!” Ustaz Syamsul menuang secawan teh untuk Ucop yang kesejukan. Ustaz Syamsul adalah senior saya semasa di Sekolah Izzuddin Shah. Saya di tingkatan satu dan beliau di tingkatan 5. Tidak sangka pula akhirnya kami menjadi teman serumah apabila di Jordan.

“Antum tahu sebab apa kawan-kawan Pattani tidak pergi ke kelas?” tanya Ucop.

“Manalah kami tahu. Anta belum cerita,” saya menjawab.

Ucop terdiam seketika. Dia menarik nafas. Panjang dan dalam.

“Mereka tak ada duit tambang nak ke kelas!” kata Ucop.

“Allah… takkan sampai begitu sekali? Tambang 10 Qirsh sahaja,” saya semacam tidak percaya.

“Usahkan nak ke kelas, antum tahu mereka makan apa?” Ucop meneruskan laporannya kepada kami.

“Errr, makan apa?” Munawwar menyoal.

“Mereka makan roti keras dengan bawang cicah garam!” kata Ucop.

bawang

Tersentak kami dibuatnya. Dalam gurau-gurau kami malam itu, semua orang jadi kaku dan sepi. Rasa sebak merobek dada, mendengar cerita teman-teman itu diuji dengan keputusan bekalan duit. Roti keras bersama bawang bercicah garam, saya terasa hina menjamah nasi lemak kami tadi.

BERGILIR

“Mereka buat giliran. Setiap hari hanya seorang sahaja yang ke kelas untuk mengambil nota. Itu sahajalah yang mereka mampu lakukan,” Ucop melangsaikan penjelasannya.

Walaupun mereka keputusan bajet untuk ke kelas seperti  biasa, mereka tetap bersemangat untuk ke kelas. Giliran dibuat dan nota dikongsi bersama setiap teman yang menanti di rumah. Bahayanya ialah, sistem universiti di Jordan tidak membenarkan pelajar ponteng lebih daripada 6 kali kuliah. Terlajak bilangan, pelajar dihukum sekatan daripada menduduki peperiksaan akhir, atau dalam erti kata yang lain, mereka pasti gagal di dalam subjek berkenaan.

Inilah yang kami tidak mahu ia berlaku.

Ia akan mencetus kerugian yang banyak kerana mereka sudah pun membayar 25 Dinar untuk setiap subjek. Menggugurkan subjek semata-mata kerana tidak mampu datang ke kelas, adalah satu musibah yang menjadi bencana ke atas mereka serta keaiban ke atas kami, andai tidak berbuat apa-apa.

“Habis apa yang kita nak buat sekarang ini?” saya bertanya.

“Kita kutip derma,” kata Arief.

“Nanti! Kalau kita kutip derma dan bagi begitu sahaja, sebanyak mana sekali pun kutipan dibuat, duit itu akan habis. Kita kena cari jalan lain,” Ustaz Syamsul memberi usul.

“Kita kutip duit dan kita dermakan ia sebagai modal berniaga untuk mereka. Baru boleh generate income,” kata Munawwar.

“Mereka pandai buat budu, kicap dan telur masin. Kalau mereka buat berniaga mesti ramai pelajar kita yang membelinya,” saya mengemukakan cadangan.

Malam itu kami mencapai kata sepakat untuk mengumpul dana. Duit yang terkumpul akan didermakan sebagai modal perniagaan untuk mereka. Sebahagian daripada kutipan itu juga akan kami serahkan kepada rakan-rakan daripada Filipina (Mindanao) kerana khabarnya mereka duduk lapan orang serumah di sebuah rumah kecil satu bilik. Sukar untuk membayangkannya.

Jumlah yang berjaya dikumpul agak baik. Walau pun kami hanya mengutip derma di kalangan teman-teman yang rapat, namun secara keseluruhannya wang sebanyak 300 Dinar itu sudah cukup baik. Kami juga berhasil mendapatkan lima orang pelajar berbiasiswa untuk memberikan komitmen derma bulanan selama tiga bulan untuk diperpanjangkan kepada saudara-saudara dari Pattani yang perlu dibantu itu.

Petang selang beberapa hari, saya, Munawwar dan Ucop pergi ke Marj untuk menyerahkan wang kutipan dan plan perniagaan kepada pelajar-pelajar Pattani itu. Mereka menyambutnya dengan linangan air mata. Kami berpelukan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah, berkongsi dan memberi jadi lebih indah apabila semuanya dilakukan atas nama Islam, demi ukhuwwah fillah.

hadith-tawaadulmukminin

“Perbandingan kaum mukmin pada berkasih sayang, berperasaan dan berbelas ihsan sesama mereka, adalah seperti satu batang tubuh. Apabila mengadu (sakit) mana-mana bahagian, nescaya akan terkesanlah ia kepada seluruh tubuh dengan berjaga malam tiada upaya tidur lagi ditimpa demam” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sempadan merentas utara Semenanjung Malaysia tidak punya sebarang makna bagi kami. Pattani adalah sejuzuk dari susuk tubuh badan kita. Sesungguhnya duit modal perniagaan itu adalah simbol kasih sayang sesama kami, anak Nusantara di bumi Syam bertuah.

Allaahumma asyhad!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Ujian Kehidupan di Perantauan Galway, pemandangan dari udara “Sakit sangat dah ni. Bengkak pun...
  2. Gurindam Jiwa Menjadi Garam Fikiran saya buntu. Jari saya lumpuh untuk menulis. Akal pula...
  3. Setelah Pulang Dari Perantauan “Masa di sana dulu, dia ada ke macam itu?”, saya...
  4. Nak Juga Cakap Arab! “Aduh, lambat kita ni!” saya menggelabah. Ucop dan Munawwar pun...
  5. Saiful Islam Jadi Ketua Kelas   Yop jadi ketua kelas? Wah, teruja saya mendengarnya. Setahu...

 

54 Responses to “Rencah Bawang dan Garam Perantauan”

  1. imrah says:

    Subhanallah ustaz.

    Perbezaan negara langsung diketepikan. Tidak seperti di Medan. Terasa kali isu Pulau Ambalat dan Rasa Sayangnya di kalangan mereka tidak mendapat tarbiyah.

    Berpeluang mengikuti muktamar PKS tadi. Doakan mereka menang ya ustaz

  2. sisyahid says:

    nak g jordan, nk gi jordan..nk gi jugak….12 hb ni result STAM..ustaz doakan ana mumtaz ye……

    Jordan, Mesir, Madinah, Morocco, Yaman, Kuwait atau MAlaysia..hu..hu entah ke mana Allah campak saya……

  3. Putera says:

    Salam,
    Subhanallah ustaz, terharu dengar cerita ustaz ni. Dari tengah lapar terus jadi kenyang. Teringat akan pelajar-pelajar yang ponteng kelas di UK ni bukan sebab tak ada transport, tp sebab cuaca sejuk & malas!

    “Sesiapa menempuh suatu jalan utk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan menuju syurga”
    (Hadith riwayat Abu Daud, Tarmidzi)

  4. Ibnu Aiman says:

    Sudah lama ustaz tidak menulis berkaitan Jordan…Adakah rindu pada Jordan bertandang kembali?

  5. pg2u says:

    Terasa kemanisan persahabatan dan iman

  6. rafique fiqrie says:

    salam….
    syahdunya suasana prsaudaraan islam….
    kalaulah smua umat islam kini trmasuk diri ini yg penuh kekhilafan dpt menyelami hati masing2…

    muhasabah cinta

    Wahai pemilik nyawaku
    Betapa lemah diriku ini
    Berat ujian dari Mu
    Kupasrahkan semua pada Mu

    Tuhan baru kusedar
    Indah nikmat sihat itu
    Tak pandai aku bersyukur
    Kini ku harapkan cinta Mu

    Kata kata cinta terucap indah
    Mengalir berzikir di kidung doaku
    Sakit yang kurasa biar
    Jadi penawar dosaku

    Butir butir cinta air mataku
    Terlihat semua yang Kau beri untukku
    Ampuni khilaf dan salah selama ini
    Ya Illahi Muhasabah cintaku

    Tuhan kuatkan aku
    Lindungiku dari putus asa
    Jika ku harus mati
    Pertemukan aku dengan Mu

    p/s:ni lirik lagu tp x sure sape yg nyanyi..tajuknye muhasabah cinta..

  7. aman says:

    kemanisan iman dakam persaudaraan berlandaskan kerana Allah…

    Sedih membacanya….

  8. tawfick says:

    ana baru jadi fan ustaz..

    ni jd sempoi macam ustaz la..

    hehe..

    doakn kami di UK trus kekal dlm IMAN..

    amin..

  9. tawfick says:

    ni jd sempoi cam ustaz??

    sebenanye

    bkn ni

    tp nk..

    maaf typo..

    ustaz kalu ade mase kn..

    tlg ngok blog sye n kasi sket feedbackk

    ok or ko

    tenQ

    sgt mengharap.. please.. ^_^”

  10. kakciks says:

    apa saja catatan ustaz…sering meresap ke sanubari..bagaikan turut sama mengalami…

    manisnya persaudaraan berlandaskan ketaqwaan….

  11. hambatan sufi says:

    bagus skali…persaudaraan islam tidak mengenal sempadan, paras rupa, bangsa,keturunan dan lain2. yg paling mulia di antara kita adalah yg paling bertaqwa. konsep bersatu atas dasar bangsa (lagi2 diserapkan dgn dasar kezaliman, ta’sub melampau, menganggap sesuatu bangsa lebih superior daripada bangsa lain) adalah kehinaan yang nyata.andai islam dijadikan teras penyatuan,pasti keadilan akan berkuasa.

  12. Nasih Ulwan says:

    Terharu ana membaca tulisan ustaz kali ini..
    sesekali sedih menapak…
    indahnya tali ukhuwwah jika didasarkan kepada ALLAH…
    harap2 ana dapat ke Jordan suatu hari nanti…
    Urdun! Intazirni, saahdhuru ilaik!!

  13. Max says:

    Subhanallah….

    Menitik air mata…

    Sedih bila dengar ikhwah dari Pattani ni sampai tahap macam ni…

    Lagi menyedihkan,ada antara teman di Indonesia pun turut sama xpergi kelas.Tapi bukan sebab xcukup duit,tapi sebab malas,mengantuk,penat,boring ngan lecture dan lain2…

    Apa tidaknya.kocek sentiasa penuh dengan duit biasiswa.Makan kenyang tidur lena,berhibur sudah lebih dari kadarnya…

    Inni akhukum fillah..

  14. Nur Fakhzan says:

    Salam ustaz yang dimuliakan,

    Menangis saya membacanya ustaz, saya ini, saya ini salah seorang yang sangat malas mahu ke kelas, asyik kalah dengan ayam jantan! MasyaAllah…ya, akan berusaha insyaAllah…du’akan saya ya…

  15. bro knie says:

    ni la namenye persahabatan… tq ustaz…

    • Ya Humaira says:

      bersusah betul nak mendapatkan ilmu. di malaysia segalanya relatively easy; kemudahan yang ada di persia-siakan, tak pernah pulak dgr 8 org berkongsi satu bilik kecil di sini. no wonder ilmu yg diperolehi di sana lebih berkat. menitis airmata selepas membaca kisah ini.

  16. Masya Allah…

    Air mata ana mengalir walaupun cuba ditahan apabila selesai membaca artikel ini…

    Ukhwah itu terbina atas dasar aqidah.

  17. itu indahnya ukhwah fillah..abadan abada

  18. ibuadam says:

    Masya Allah…

    Sebak rasanya baca artikel ustaz…
    ukhwah fillah abadan abada..

  19. ummualya says:

    salam ustaz dan pembaca sekelian..

    syukur jika anak-anak muda yang belajar diluar negeri
    pandai mengambil peluang yang terbuka..
    peluang berukhuwah, membantu dan memberi jalan..
    peluang memahami.. dan menyedari..

    memang ramai kalangan pelajar luar negara, di timur tengah
    yang tiada biasiswa..
    terutama di Yaman dan Syria sering mengalami
    masalah sebegini..

    semoga ALLAH swt memudahkan dan membalas kesukaran
    pihak yang memberi dan menerima..

  20. dhuat79 says:

    Hmnn menarik pengalaman kembara dakwah ustaz tu.
    Sebenarnya, dah lama ana ingin interview ustaz dalam kembara dakwah ustaz di timur tengah tu.

    Tunggulah, bila ustaz benar-benar lapang, ustaz maklumkan pada saya, Isyaallah akan saya pi umah ustaz dan interview ustaz untuk rancangan radio-blog saya, Rakaman Untuk Dunia.

    Dikepilkan peta perjalanan dan gambar2 sepanjang perjalanan ustaz, sambil mereka (pendengar) mendengar perbualan kita…

    DJ indie
    Akhi Dhuat

  21. malek says:

    Ucop di King Saud University, Riyadh sekarang! Ustaz maklum dah?

  22. ashraflatif says:

    Sungguh mengharukan, dan menusuk jiwa.
    Waktu belajar dulu ponteng sebab pergi beli-belah. Terasa apa yang dipelajari dulu hilang berkatnya (T.T)

  23. ros says:

    sebaknya..saya x pernah rasa susah sampai macam tu masa belajar dulu. wpun rumah pernah dimasuki pencuri, habis semua duit persatuan diambil,namun masih lagi boleh bertahan. terima kasih, kerana cerita ustaz ni, saya dapat tahu betapa susahnya kwn2 semasa belajar di sana..kerana biasanya kalau pelajar perempuan, pelajar yang agak kesempitan akan tinggal dengan pelajar tajaan(walaupun berlainan negara). sekurang2nya, pelajar tajaan akan bantu. tak sangka pula, ada kes seperti yang ustaz cerita ni…

  24. agamaku_mulia says:

    subhanallah…sgt terharu dgn kisah ini.
    sy sgt sedih bila terkenang teman2 seperjuangan yg naik lemak dgn duit biasiswa.mereka lalai dgn kesenangan yg didapat. kelas selalu ponteng-alasannya:boring,susah bgn pagi,boleh bljr sendiri, lecturer x best, etc. mereka rasa diri mereka hebat!

    walhal, bila berbicara mengenai agama, tanggungjawab mmg nampak hebat. tapi berbalik pada tanggungjawab seorang pelajar dtg kelas??slalu juga sy meng’usha’ siapa yg biasanya dtg punctual dlm class.jawapannya: non-muslim!

    salah siapa?

    sedih~

  25. rani says:

    Teringat masa belajar di UK tahun 90an dulu. Biasiswa seciput. Nak bayar sewa rumah, makan, buku dan paling byk transportation utk travel pergi program. Nak call mak di kg tak sampai hati. Nak kerja part time mcm kawan2 lain, susah sebab masa terlalu pack dengan study dan da’wah.
    So apa yang termampu buat, bangun awal pagi2, buat sandwich (pelbagai jenis sandwich – chicken, tuna, egg etc), letak kat mosque di university. Alhamdullilah …… Sampai sekarang masih teringat kenangan tu.

  26. zhafran says:

    ANTARA MUSLIM ILUSI DAN MUSLIM REALITI

    KITA DI MANA?

  27. hasliza says:

    Assalamualaikum dan salam perpaduan..
    Kami di Bahagian Pinjaman, Perpustakaan Negara Malaysia ingin mengadakan Bengkel Puppet Show:-

    Pengendali : Mama Zakiah dr Kumpulan Kucing – kucing
    (isteri Yusof Gajah, Illustrator buku kanak- kanak)
    Tarikh : 14 hb Mac 2009 (Sabtu)
    Masa : 9.30 – 4.30 ptg
    Tempat : Teater Kanak- kanak, Aras Bawah, PNM.
    Penyertaan : Percuma/ sijil, makan & minum disediakan

    Pendedahan kepada yang berminat untuk menubuhkan kumpulan bercerita.Pendekatan yang akan dijalankan dimana anda akan dilatih untuk menjalankan aktiviti bercerita dengan menggunakan buku, lakonan, vokal dan menyanyi. Selain dari itu, anda juga akan diberi pendedahan untuk membuat boneka, props dan pentas untuk persembahan boneka. Cara pemilihan bahan untuk sesi bercerita juga akan diajar.

    Hubungi saya : Hasliza, 26871743 atau email norhasliza@pnm.my utk keterangan lanjut.
    T/K.

  28. hanekaseyo says:

    Assalamualaikum wbt.

    sejuk hati baca artikel kali ni.besar ketabahan orang-orang susah dalam nak berjaya.

  29. Ibnu Muhammad says:

    Subhanallah, mulia benar hati-hati antum. Jazakumullahu khayran katheeraa…Allahu Akbar!!!

  30. jidan says:

    Subhanallah,cekalnya hati yang dihiasi iman….Terasa hina diri ini yang sering kalah pada tekanan dan ujian.Terasa diri terlalu lemah dan kerdil di atas dosa-dosa dan kelemahan silam.

    Ada kes student yang tidak hadir kerana malas,namun ada pula yang terkena penyakit hilang semangat dan “ignorance” atas punca apa tidak pasti.Pelajar-pelajar yang psikologinya tidak sihat ini sering disalaherti sebagai sengaja ponteng dan pihak penaja dan keluarga gagal mengesan simptom mereka ini.Biasanya mereka akan tidak hadir ke kelas selama berbulan-bulan malah ada yang sampai bertahun tapi golongan mereka ini gagal dikesan.Mereka “simply” jadi mengasingkan diri dan berkurung dalam rumah.Akhirnya mereka dihantar pulang kerana pihak penaja tidak mengiktiraf mereka sebagai berpenyakit dan dikenakan kompaun kerana keputusan peperiksaan yang teruk.Ada kes pelajar-pelajar yang lari begitu sahaja malahan ada yang menghilangkan diri selama bertahun-tahun.Yang paling menyedihkan,mereka yang tidak diiktiraf sebagai tidak sihat ini keadaannya berterusan walaupun setelah pulang ke Malaysia.Ada yang jadi baik setelah berubat di Malaysia ada yang keadaannya berulang-ulang secara berkala.Kes-kes seperti ini walaupun dianggap terpencil tetapi sedang merebak dari setahun ke setahun.Adakah iman di dada yang kurang menjadi punca?Ataupun persekitaran yang menjadi punca?Saya sendiri takpasti kerana kalau hendak dikatakan kurangnya iman,ada kes yang melibatkan mereka yang rajin berusrah dan berprogram.Tetapi begitulah adanya,kepada pelajar-pelajar oversea /local sekalian,jika ada rakan yang tiba-tiba tak hadir,jangan disisihkan dan dipandang serong mereka.Sebaliknya cuba prihatin dan selidiki apakah masalah mereka…

    Ustaz pohon maaf kerana tak pasti komen saya ade kena mengena tak dengan post ustaz.Cuma berkongsi sedikit pengalaman semasa study.

    • cempaka biru says:

      @jidan,

      saya sedang mengalami masalah yang saudara/i jidan sebutkan.
      bagaimana saya nak keluar dari masalah ni?

      • jidan says:

        @cempaka biru,

        salam cempakabiru..

        maaf,sebelum jawab soalan cempakabiru bolehkah saya bertanya beberapa soalan jika tidak keberatan untuk saudara/i menjawabnya..

        adakah cempakabiru tinggal sendirian?sudah berapa lama mengalami masalah ni.Cempakabiru sudah berapa lama tidak ke kelas?Adakah cempakabiru mempunyai masalah dalam studi ataupun ada masalah di luar kelas yang mengganggu?

        • cempaka biru says:

          @jidan,

          jawapannya ya untuk semua soalan, baru seminggu dua.

        • jidan says:

          @jidan,

          cempakabiru masih boleh lawan rasa tu,kuatkan hati.Banyak-banyakkan baca quran dan berdoa Allah akan gerakkan hati dan anggota cempakabiru untuk ke kelas.Cempakabiru sembahyang tak?Kalau boleh jangan sampai tinggal sembahyang sebab kalau tinggal sembahyang sangat susah nak baik semula.
          tentang masalah luar kelas,saya taktau masalah cempakabiru.Cuma saya mampu nasihatkan agar cari seorang yang paling cempaka percaya untuk luahkan atleast.kurang sket beban perasaan tu.

  31. sinar says:

    subhanallah..hebatnya ukhwah dan kasih di jalan Allah
    Teringt Jordan pabila ust bercerita~

  32. sinar says:

    subhanallah..hebatnya ukhwah dan kasih di jalan Allah
    sudut pandangnya sentiasa positif
    teringt pula Jordan bila ust bercerita~

  33. husain says:

    la ilaha illallah. tersentak dan terkesan dengan keadaan yang menimpa mereka.

    begitu sekali ingin menuntut ilmu.

    di sini, pernah dahulu seorang teman, makan nasi digoreng dengan bawang sahaja.tiada benda lain.. ditanya mengapa tidak meminjam oada rakan-rakan?..

    ”aku tidak mahu menyusahkan teman-teman ”..

    perit sekali mendengar ucapan begini..

  34. nur87 says:

    Assalamualaikum
    sebak rasa bila ana baca kisah tu.
    terfikir plak ana..keperitan sahabat2 ustz alami semasa dalam perjalanan menuntut ilmu, sdikit pun x melemahkan semangat mereka..Kami kat malaysia walu pagi sarapan x sama mcm rumah (just mkn biskut hari2)itu dah tersangat cukup berbandin mereka.itupun masih ada yang cube2 ponteng kelas..
    dan indah ukhwah itu jika disaluti keimanan dan kulluha lillah…
    wallahu a’lam..

  35. anak tani says:

    subhanallah..
    smoga Allah membuka hati2..tiap yg mmbaca..

  36. Iman Aisyah says:

    Salam,

    Perjuangan belajar di negara orang tak sama dengan di negara sendiri.
    Ukhuwah fillah sungguh manis!cubit paha kanan paha kiri terasa(~~,)!

    Duit biasiswa lebih dari cukup di sini.Tapi tak pergi kelas bukan tak cukup tambang tapi ada yang malas..iskh!

  37. subhanallah….menitik air mata ego ana bila selesai membaca cerita ustaz tadi…rasa berbangga sangat kerana aqidah Islamiyah yang kita anuti terlalu sempurna untuk kehidupan manusiawi…ana pernah lalui situasi tersebut…..memang Islam ini agama yang hebat tiada tandingan…..Yakinlah dengan Islam…Beramallah dengan Islam….Berjuanglah dengan Islam…..Matilah dengan Islam kerana kita pasti mahu Islam(Selamat) di Akhirat nanti….Allahuakbar

  38. sumaiyah says:

    assalamualaikum,
    memang menitik airmata bila baca cerita ustaz,akak dulu kat u.k tak diuji Allah dengan kesusahan tetapi diuji dengan kesenangan dan keseronokan hidup. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk diberi kesedaran dan peluang kembali kpd Nya.
    Besar pahala untuk mereka InsyaAllah…sabar dengan ujian kesusahan. Akak pulak besar dosa, lalai dengan nikmat Allah. Sama2 kita ambil iktibar.

  39. salsabila says:

    barakaLLAhu fiikum

  40. asrarqulub says:

    apa sambungan cite ni ustaz?

  41. zahidzuhri says:

    Alangkah indahnya kalau ukhuwah sebegitu ada di UIAM. Di UIAM para pelajar tempatan dan luar negara kurang bergaul,masalah utamanya kerana bahasa. Pelajar internasional dengan bahasa mereka dan melayu terus mahir berbahasa melayu tanpa mengambil peluang untuk bergaul dengan pelajar luar negara…agaknya jauh lagi jalan untuk penyatuan ummah…huhu

  42. eisya says:

    saya pun belajar di jordan suatu ketika dulu…duduk di mazar jugak…tulisan ust ni mengimbau kembali kenangan hampir 10 tahun yang lalu…bahkan anak didik saya pun dah ada yang mendapat ijazah dari universiti yang sama … pernah jugak sekelas dengan rakan2 dari patani dan negara jiran yang lain tapi tak menyangka pulak kesusahan yang mereka lalui…

  43. Hadeed says:

    Kesusahan, adalah guru yang paling tegas!

    Cemburu saya dengan pengalaman semua….Ukhuwwah itu sgt indah…

  44. nick urdun says:

    SubhanaLlah, sungguh nostalgia kisah ust ni, teringat masa muda2 dulu kt sana.JD300 tu, masya Allah, hebat betul dpt kumpul smpi takat tu..

    Rakan2 pattani katanya ada 2 groups, ada yg dpt ‘bi’sah’ (sponsor) dan ada gak yg ‘nafkah khassoh’ (self-sponsor) , sama gak dgn kita dr msia.

    Utk makluman ust, Malizi kita pun ada yg mcm dlm kisah ni, tp xsampai lah bergilir2 pi kelas, depa just xdpt nk pi kelas coz xada duit..smpi ada yang 3 hari xjumpa nasik, duk makan khubbuz (roti arab) n laban (yoghurt masam)..ramai lak tu, terutamanya yg mai dr pantai timur..

    Even persatuan pn xdpt nk bantu,duit tabung pun bukannya byk sgt, malahan ramai yg terpaksa pulang semula ke msia.

    A’lillah, nowadays, dengarnya adik2 junior dh semakin selesa..zakat,sponsorship n bantuan kewangan pun mudah nak dapat, mungkin dgn kehadiran graduated dari timur tgh yang berkerja di badan2 ni yang membantu..

    Moga2 dgn kemanisan dan keunikan pengalaman ini, membuatkan hati kita lebih tsabat utk ‘liyunziru qaumahum…’

  45. qief says:

    subhanallah…
    ukhuwah islamiah…!
    nak menitik air mata….T___T

  46. cahaya malamku says:

    bersyukurla student2 yg dpt biasiswa tu yer…jgn ingat nak ejoy jer dgn duit tu…

Leave a Reply