
“Ustaz, sampai sekarang saya masih belum nampak saya ini sebenarnya Allah cipta untuk buat kerja apa?”, tanya Imad kepada saya, selepas Kuliah Maghrib di KTDI sebentar tadi.
“Maksudnya?”, saya cuba membantu Imad memperincikan soalannya.
“Saya sudah di hujung pengajian perubatan. Belum ada kepastian kelebihan dan kecenderungan saya di mana”, ujarnya.
Alhamdulillah. Imad yang ini bukan anak saya. Tetapi senama. Kebetulan yang menguja.
Alhamdulillah kerana buah fikiran yang saya kongsi sama ada melalui pertemuan di kolej, atau melalui tulisan yang saya lakar di saifulislam.com, Imad sudah dapat menangkap intipati mesej yang cuba saya sampaikan.
“Awak adalah orang kedua bertanyakan soalan ini kepada ustaz. Orang pertama adalah diri ustaz sendiri. Bertanya kepada diri sendiri soalan yang sama”, saya berkongsi cerita.
“Pertamanya izinkan diri untuk mengembara. Ustaz andaikan seperti sebuah kembara di lautan yang luas terbentang”, saya cuba beranalogi.
Imad dan Azhar yang menemani saya minum, terus mendengar.
Mencari jawapan kepada soalan, “saya hidup ini untuk buat kerja apa” … adalah suatu pelayaran di lautan yang luas. Jawapan kepada soalan itu memang luas.
Ya, menjadi seorang doktor… itulah karier yang menanti seorang pelajar perubatan. Tetapi lautan itu masih luas.
Doktor apa? Mahu ke medical atau surgery? Lautannya masih luas.
Itu kalau saya kecilkan soalan kepada kerjaya. Tetapi jika dibesarkan kepada soal menjadi khalifah Allah… khalifah yang bagaimana… maka lautan itu akan terus melebar.
“Habis,bila nak nampak daratannya ustaz?”, tanya Imad lagi.
“Itulah persoalannya”, tepat sekali soalan Imad kepada saya.
Jika kita berhenti berlayar, dan memilih untuk menjadi pulau kecil di tengah lautan, maka di situlah berakhirnya persoalan “hidup untuk apa” itu tadi.

MEMILIH HIDUP YANG TIDAK BERMAKNA
Melukut di tepi gantang, kata orang Melayu. Hadirnya tidak dirasai, perginya tidak disedari. Sungguh tidak bermakna. Sebutir pulau di tengah lautan bererti cukup sahaja dengan apa yang ada.
Minum air masin, tak apa. Eloklah… daripada tak ada air langsung. Makan ikan sahaja, tak apa. Eloklah… daripada tak ada makanan langsung.
Orang yang malas belayar dan mengambil keputusan untuk bercukup dengan apa yang ada, tidak akan dapat menjawab soalan “apa peranan sebenar saya hidup di dunia ini”.
Kalau seorang doktor, mungkin sehingga jadi chronic MO! Peningkatan diri hanya sekadar pada peningkatan tangga gaji kerana bertambahnya tahun perkhidmatan dengan sedikit kelulusan kursus-kursus induksi.
Tiada pengkhususan dan tidak berjaya untuk tersendiri, kerana berpada dengan apa yang ada. Berhenti belayar dan mencipta daratan sendiri, biar pun hanya sekangkang kera.
Maka kita kena terus belayar… hingga nampak daratan. Pelbagai daratan. Singgahlah di daratan itu, satu demi satu, ketahui realitinya dan bukan hanya memandang pantai dari jauh.

BELAYAR LAJU DAN HINGGA KETEMU
Kuncinya ialah, belayarlah selaju mungkin agar cepat melihat daratan, agar banyak melihat daratan, agar boleh menggunakan masa untuk turun ke daratan demi daratan, dan akhirnya memilih daratan terbaik untuk tercampak ke darat menjadi gunung.
Dalam hidup ini, buat apa pun, buat yang terbaik. Terokai habis-habisan setiap peluang yang ada. Ia seumpama belayar biar sampai jumpa daratan. Beranikan diri turun ke pantai dan ketahui realiti sebenar di pantai itu.
Dengan syarat, anda belayar laju dan optimum. Agar jangan lengah tiba ke satu daratan, kerana mungkin ada beberapa daratan lagi yang perlu dicuba.
“Ustaz harap awak tidak pening dengan analogi tadi”, saya tersenyum.
“Saya faham apa yang ustaz maksudkan. Kalau kita buat attachment contohnya, jika belajar sambil lewa, kita pun tak pasti kita berpotensi atau tidak di bidang itu. Kecuali kita buat habis-habisan, barulah kita tahu bidang itu adalah bidang kita atau tidak”, Imad cuba menyimpulkan analogi saya.
“Benar. Jika memang bidang kita, segeralah bercucuk tanam dan memakmurkan daratan kita itu. Jika bukan bidang kita, jangan berlengah untuk terus belayar dan mencuba daratan-daratan yang lain”, saya menambah.
PELAYARAN SAYA
Saya sendiri, sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan. Bekerja sebagai Imam, cikgu sekolah, Pengetua, Chaplain di hospital, penjara dan universiti, motivator, ustaz, ahli sejarah, cenderung kepada pelajar, cenderung kepada pekerja, cenderung kepada menyokong moral pesakit… pelbagai daratan sudah saya singgah.
Dan di setiap daratan itu saya berikan sepenuh keupayaan untuk menguji bakat, keserasian, minat dan kebolehan. Akhirnya pilihan yang pelbagai itu akan mula menonjolkan diri kita yang sebenarnya.
BAKAT SAHAJA TIDAK CUKUP
Dalam pelayaran mengenal fungsi diri, adakalanya kita ditipu oleh pujian bahawa kita berbakat dalam satu-satu kerja yang kita buat, dek satu dua kejayaan yang terhasil. Kita sangkakan bakat itulah penentu kepada tempat sauh dilabuh. Sedangkan bakat semata-mata, tidak pernah memadai. Ia hanya sebahagian daripada jawapan kita dalam pelayaran mengenal fungsi diri.
Bakat memerlukan kekuatan pada kepercayaan dan keyakinan diri.
Bakat juga berhajat kepada inisiatif untuk menjadi aktif.
Bakat perlu mendambakan fokus diri agar ia terarah.
Bakat juga memerlukan perancangan dan persiapan untuk ia mengambil posisi.
Bakat sangat memerlukan latihan untuk menajamkannya.
Bakat juga amat memerlukan istiqamah untuk terus menghidupkannya.
Bakat hanya akan terpelihara dan terus berguna apabila SIKAP yang betul mengiringinya.
Itulah pesanan John C. Maxwell di dalam bukunya “TALENT IS NEVER ENOUGH” yang amat saya galakkan buat kita semua membacanya.

Mudah-mudahan di hujung percubaan demi percubaan itu, saya, Imad dan kita semua akan bertemu dengan keunikan dan keistimewaan diri sebagai gelanggang kita yang tersendiri… khalifah Allah di muka bumi.
Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing
Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…
Buat apa sahaja, biar sehabis baik!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
17 Mei 2007
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











kena pada masanya, jazakallah ustaz, dalam dua tiga hari ni, inilah persoalan yang saya tanya pada diri sendiri … gelisah dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun kali ini, bnyk perkara yang yg saya sesalkan .. alhamdulillah artikel ustaz telah membantu saya bermuhasabah dalam keadaan yang lebih terang … alhamdulillah ..
salam dear ustaz,
Dalam pelayaran hidup adakalanya kapal yang sedang dibina terpaksa diubahsuai semula kerana tidak menepati specs yang telah ditetapkan, adakalanya pula kapal yang serba lengkap dengan peralatan moden juga akan tenggelam dek lebihan muatan atau bencana alam semulajadi.
Dalam mencari erti hidup untuk apa…… jadikan segala yang dilakukan dan diusahakan semuanya sebagai ibadah kerana bila beribadah semestinya kita mahu lakukan yang terbaik buat Yang Maha Pencipta.
Usah digusar apa yang dilakukan, benar kata ustaz yang penting bila buat sesuatu, biar buat yang terbaik…then only you’ll always feel at ease and can truly understand the path that you take is also the path that will lead you to the betterment of your life here and in the hereafter, InsyaAllah.
salam..ust,thanx for the words…sya setuju sgt ngn aper yg ust kater..wat sumer sehabis baik……allah xciptakan kiter pandai dan bodoh..tp ngn kepandaian dlm bidang yg berbeza….alhamdulillah…satu tazkiyatunnafs utk saya…leh sampaikan pada sahabat…doakan kami di bumi anbiya’ nih utk exam final thib sanah ula..syukran awi ustaz…salam
Assalamualaikum.
Ustaz macam baca fikiran saya saja… Saya memang dah ada nak tanya ustaz soalan ni sejak kebelakangan ni. Cuma susah untuk contact ustaz.
Baarakallahu fiikum.
masya Allah… tersentak ana bace artikel ni… mmg bende ni yg terlintas kat dlm fikiran ana selame dua tiga minggu ni.. pada pandangan ana pon, mereka yg berjaya adalah mereka yg berjaya mengenal kelebihan dan pontensi diri lalu mengoptimumkannya lalu lahirlah pelbagai jenis pakar berdasakan lapangan masing2.. Allah x zalim utk membeza2kan ciptaanNya berdasarkan kelemahan, bahkan kelemahan itu juga punyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.. bukankah manusia itu dicipta saling memerlukan? cume satu perkara yg buat ana terfikir, tentang bagaimana ibubapa itu boleh mempengaruhi perkembangan potensi anak2 kerana insan yg paling dekat dan memberi kesan kepada seseorang itu sudah tentu kedua ibubapa.. sering kita tengok sebahagian ibubapa yang suka membuat keputusan utk anak2nya, bukan memberikan laluan dan pilihan utk anak2 mereka mengenal pasti potensi diri lalu mengoptimumkannya.. perkara ni sedikit banyak membantutkan perkembangan anak2 mereka utk menjadi insan yg berjaya.. sudah tentu ada perkara yg ibubapa boleh dan perlu mengambil sikap campur tangan, tetapi jika membawa kepada permasalahan minat dan kecenderungan terutama dalam aspek memilih hala tuju masa depan, pandangan anak2 dulu yg perlu didengar, sebelum datang kepada kesimpulan… wallahua’lam…
salam……..saya setuju sgt ngan pendapat akhi fairus ngan saudari aisyah…….sesuai benar dgn wa’qiy mahasiswa timur tengah khususnya….ayuh bangkit dari lena yang panjang…….persiapkan diri dgn thaqafah ngan ilmu sebelum balik ke malaysia….rakyat malaysia menanti kita semua dgn pembaharuan dan islah yg bakal kita bawa kpd masyarakat yg sedang parah sekarang….ayuh bangun…..tunggu apa lagi……!!!!!!!
assalamualaikum,
beruseher sehabis baik..kerana usaha yg gigih menjanjikan pahala..natijah itu ALLAH dah tetapkan..menjd doktor adalah alat bkn matlamat..matlamat adalah akhirat..alat utk ke akhirat adalah dunia…jd gunakan alat sebaik mungkin dan segigih mungkin utk mencapai kebahagiaan akhirat..
allahu a’lam
wassalam
Assalamualaikum Ustaz, respect ustaz.
salam… ustz. alhamdulillah, artikel kali ini btkan ana tersedar kembali dari mimpi yg terlalu lama.. kadang2 ana terasa gagal mencari peranan ana dalam kehidupan ini sbb ana seringkali terlengah di satu2 daratan persinggahan.. baru ana realize, yg setiap daratan yg dilalui perlu meletakkan momentum yang sepatutnya… skang nih, kena start engine balik dan memaksimakan kapasiti yang ada. jazakallah ustaz…
assalamualaikum ustaz,
alhamdulillah kami di sini ada platform2 islam yg active, baik yg local atau malaysian. masih bnyk yg perlu dipelajari dlm meneruskan pengembaraaan di dunia ini..
salam ….ustaz alhamdullilah dengan keadaan ana yang pertama kali megikuti laman web ini dan terbuka hati untuk melayarinya, subahanallah keadaan ini menimpa ana. ana sekarang yang sedang praktikal selama 3 bulan lebih di usm tujuan untuk pendedahan alam pekerjaan masih lagi terkapai2 mencari kelebihan dalam diri….. kehadiran student u lain yang lebih hebat dr ana menyebabkan ana merasa rendah diri dan tidak bersemant. namun atas artikel ini insyallah dulu yang terkapai di lautan luas akan cuba mencari nur pasir halus di daratan untuk mnyingkap kelebihan diri yang tersembunyi.wassalm
ana setuju…memandang daratan dari jauh memang nampak indah….untuk merasainya, dekatilah dan terokailah ia, barulah kita tahu realitinya…
Assalamu’alaikum Ustaz,
Syukran jazilan atas artikel nih..sungguh2 perlu bermuhasabah diri
dan menetapkan perjalanan yang pasti akan bertemu dengan titik noktahnya..
JazakaALlahu khairan kasiira..
terima kasih ustaz….
Salam ustaz.Boleh sy tau quote “Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing” tu, ustaz dpt dari mana? hadis ke?
Mcmana pun, terima kasih ustaz atas artikel ni
sama ngan kebanyakan pembaca lain,
ni lah persoalan yg menghantui saya akhir2 ni,
betul ke pilihan aku masuk ke bidang ni…
tambah lagi tekanan peperiksaan akhir yg kadang2 dah sampai tahap optimum.
lepas baca artikel ni bertambah kekuatan sikit.
optimumkan potensi diri seoptimum ataupun lebih dari tekanan itu,
untuk mengenal dan melaksanakan fungsi diri..
kerana ISLAM adalah semua yg terbaik.
bak kata ‘lampu hitam’(komen#07)
dunia ni alat untuk mencapai matlamat iaitu akhirat!
salam ust…alhamdulilah….
walaupunbaru je meninggalkn bumi KTDI …sy ingat dah x dapat dgr dah kuliah ust yg mmg best & penuh dgn analogi….yg sebenarnye mmg ramai org yg mempunyai persoalan yg sama tp x tau nak dpt jawapan dr mane…….thanx ust
Salam.. ustaz.. terima kasih….
atas segala nasihat.. samada kuliah di KTDI atau artikel di Saifulislam
Hmm.. mcm mana lah yer.. imad, azhar dan adik2 serta sahabt lain???
harap mereka dpt teruskan perjuangn di KTDI.. kami abg2 dan kakak2… terpaksa meninggalkan adik2 HUKM demi meneruskan pelayaran kami… Harap kita semua dpt teruskan pencarian msg2.. Mungkin kita dah jumpa potensi dan kelebihan kita…..
tetapi ada hijab/ blok yang menenggelamkan / melindunginya…
mungkin juga kita kurang confident utk menggunakannya sehabis baik.. atau.. berbagai kemaslahatan lain…
Walaubgaimanapun, saya yakin.. saya, anda, kita semua mesti ada sebab-musabab, peranan dan tujuan apa kita berada di dunia ini…
InsyaAllah.. kita akan menemuinya juga… hanya masa, keadaan yg menentukannya… Yakinlah pd Allah…
cayuk-cayuk ustaz…… hehe
ana pun tengah ‘mendayung’ mencari daratan yg sesuai… tp kadang2 trasa ingin mgalah apabila dlanda badai yg memeritkan….
adeh, luasnya analogi ustaz… kene blaja lagik nih… huhuhuhu
Banyaknyer artikel terlepas..
Kualiti n kuantiti.. mana lg penting?? elok juga kalo bykkn pelayaran, tp once da mendarat,kenalah buat ‘habis baik’ kan (“,)
~Allah menjadikan hidup dan mati utk menguji siapakah yg terbaik amalannya~
~Allah menyukai hambaNya…apabila melakukan satu perkara.. dengan tekun n bersungguh-sungguh~
#15 hafiz, saya pernah dengar ustaz sebut quotation tu dalam ceramah ustaz. rasanya bukan quran atau hadith. tapi takkan kena quote dari quran dan hadith je, baru sahih, kan? sori ustz, betulkan kalau saya silap
salam..hm benda ni jugak yg terlintas di fikiran ni..kdg2 risau, bila dah keluar U, kerja jauh dari keluarga, sahabat2 jemaah..saya cuma in touch dgn artikel mcm ni, baca buku2 islamik..tapi cukup ke? saya takut futur..
Baru sy tahu, nak jadi apa lepas ni kena usaha sebaik mungkin, selama ni sy dok fikir apa la sy nak wat lepas degree, apa la yang sesuai dengan aku, cikgu atau Dr? Last2 akademik terabai..dok masyuk pikir tapi wat kejer seoptimum mgkn tak dok
Erti hidup pada memberi..begitulah motto ustaz(kot?).Mungkin disebabkan terpengaruh dengannya,sejak hari pertama mendarat di website ini, saya sudah lama tercari-cari apa yang mampu kuberi?
Saya kagum dan cemburu terhadap mereka yang sudah menjumpai/menemui apa yang patut diberi.Sudah pasti hidup mereka tenang dan gembira kerana mampu melaksanakan tanggungjawab dan mengoptimumkan hayat yang Allah telah beri di muka bumi ini.
Moga Allah memberikan petunjuk buat saya dan mereka yang masih mencari…Ya Allah,aku tidak mahu menjadi di kalangan mereka yang rugi.
Salam..
Artikel nih benar2 mengajak untuk berfikir..buat sehabis baik.. tidak hanya menunggu sehingga menghabiskan usia.. perlu kepada matlamat dan perancangan..vision dan mission.. melaksanakan peranan sebagai hamba ALlah SWT lagi Khalifah ALlah SWT.. sungguh besar peranan seorang insan di atas mukabumi inie..
Pelayaran di lautan yang luas mengingatkan kepada “dunia inie ibarat sebuah lautan yang dalam..binalah kapalmu dengan IMAN, isi muatannya dengan TAQWA dan ‘AMAL SOLEH dan binalah layarnya dengan TAWAKKAL”..
Syukran Ustaz kerana mengingatkan..
Salam..
. Wallahuaklam & wasalam.
Bila usia dah lebih suku abad ni.. permandangan tu nampak meluas sikit. Zaman student dulu, banyak restricted pada study dan keluarga saja. Sekarang ni bila dah masuk dunia pekerjaan dan dah berkeluarga, hala tuju tu menjadi lebih terang dan fokus. IMHO, memang penting untuk buat sehabis terbaik, tapi lebih terasa nikmatnya bila kita suka apa yang kita buat tu [love what you do]. Tanpa kita sedar, kita memang akan buat yang terbaik bila kita suka apa yang kita buat. Tanpa paksaan, tanpa rasa penat lelah, walaupun mungkin pada mata dan pandangan orang lain, macam impossible saja apa yang kita buat tu. Tanyalah ustaz, pasti dia lebih memahami
seperti yang saya ungkapkan di dalam artikel Trend Menyuburkan Dosa di Kursus Motivasi, kita akan tahu kita telah mendapat pekerjaan yang betul apabila:
1. Kita dapat melakukan yang terbaik pada pekerjaan itu
2. Kita mendapat kepuasan ketika melakukannya
3. Manusia mendapat manfaat terbanyak dari kita semasa kita melakukannya…
Wallahu A’lam
@saifulislam,
Saya dah 11 tahun lebih bekerja, tapi masih tak dapat lagi ketiga2 yang ustaz listkan tu.
Tidak pasti nak mula kat mana nih….
salam to ustaz,
dah lama belayar walaupun kadang kadang dah nampak daratan yang terbaik yang kita rasa ‘mewah’hasilnya tetapi adakalanya kesibukan menghalang kita menikmati keindahan daratan itu.Akhirnya ditolak badai hanyut merempat di tempat yang kita taksuka tetapi peliknya kita diperlukan sangat sangat di situ.
So jadilah yang terbaik…di mana kita berada.
buat sehabis baik.usaha tangga kejayaan.rajin dan tekun budaya ilmu.
assalamualaikum ustaz..
ana mntk maaf .. blh ana nk b’tny ??
apakh yg dmaksudkn kena berlayar selaju mungkin dalam artikel ustaz PELAYARAN MENGENAL FUNGSI DIRI??
adakah ianya seumpama .. jgn berlengah dgn menaikkan layar ditengah lautan dan melabuhkan sauh disana
sedangkan angin bertiup kencang dan bersedia membawa kita kedaratan…
meninggalkan perkara2 yg x berfaedah yg x menyumbang pd pembangunan diri dn ummah..
“, time kasih ustz
Salam ustz,
Sy tertanya2 slps ustz ungkapkan ungkapan “Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing”, atau dlm versi english yg pernah sy dgr dr sumber lain (sekadar utk berkongsi dgn yg lain) “Not everybody are born great, but there is something great in everybody”.
Soalan sy,bagaimana bisa kita boleh MENGENAL KELEBIHAN DIRI masing2? kerana ini adalah persoalan yg sentiasa terngiang2 di kepala sy sejak bbrp tahun kebelakangan ini.Sbb bagi sy,kita adalah diri kita sendiri,dan segala kelebihan dan kelemahan diri terlalu susah utk kita sendiri menilainya,melainkan jika ditegur oleh org lain.Mgkn ustz sudah mnjwbnya dlm komen #28,tp sy mengharapkan penjelasan yg lebih baik.
Mgkn jwpn utk soalan ini terlalu subjektif,tp sy pasti ustz (sbg yg sudah menemui kelebihan diri) ada penjelasan yg lebih baik utk soalan ini dlm artikel seterusnya.
T/kasih
waalaikum al-salaam wbt.
tentang soalan (#31), some1 sudah menjawab sendiri soalan yang ditanya
tentang soalan (#32), seluruh artikel ini ditulis untuk menjawab soalan itu. iaitu setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan yang terbaik.. baru dapat dikenalpasti potensi sebenar kita. jika semuanya buat ala kadar dan sambil lewa, maka tidak jelaslah kelebihan kita itu di mana. kata kuncinya, buat habis baik.. dalam setiap amal.
bak kata pengakap muda “Akela, kita buat habis baik!”
Salam utz,
~Terkadang semasa dalam pelayaran, kita terjumpa dua jenis daratan. Satu, daratan yang jika diterokai, menjanjikan pulangan yang hebat untuk kesejahteraan manusia sejagat. Satu lagi, daratan yang mungkin membantu pembaikan manusia (menerusi kita) tetapi kepastian itu masih samar. Namun, pelayar cenderung untuk bertandang ke daratan yang kedua oleh sebab minatnya dan keserasiannya. Pada pendapat ustaz, ke arah mana kapal patut dikemudikan? Adakah pelayar perlu mengorbankan minatnya (dan mungkin kegembiraannya) untuk ke daratan yang pertama?
~Melalui komen #31, frasa ‘berlayar selaju mungkin’ bergantung kepada kapasiti seseorang kan ustaz? Apakah kerana mementingkan pembangunan diri dan umat, sikap pentingkan diri sendiri dikembangkan, personaliti ‘worker holic’ dibangunkan dan segala macam minat dihapuskan? Minta pendapat ustaz.
Terima kasih.
Alhamdulillah..thanks 4 da artikel ustd..
i’m a new member..
dh 2 hr saya dihntui p’soaln sebegini rupa..
sglnyer t’jwb..i’ll do my best in everytin’!may Allah bless us in whatever we do..~
Selepas bacaan kali kedua & ketiga, baru saya faham. Rupa2nya mmg benar ustaz dah jwb pun soalan yg sy kemukakan =D mungkin bacaan kali pertama ‘mind set’ sy berbeza dan pemahaman sy lain,tapi sekarang sy dah faham…t/kasih ustz. InsyaAllah akan buat sehabis baik dlm setiap pekerjaan selepas ni =)
tapi kalau kita dah buat keputusan untuk menetap kat satu pulau, jangan duduk kat tepi pantai. Teruskan walau bukan belayar tapi mengembara dan mendaki puncak tertinggi kat pulau tu.
Assalamualaikum Ustaz,
terima kasih pd ustaz yg membincangkan tajuk ini..sekurang2nya ia dpt membuka jln kpd sy & rakan utk terus fokus kepada matlamat masing2…sy rasa lebih b’semangat & akan cuba sedaya upaya utk mencapai matlamat tersebut..
Terima kasih
peace&blessing!
alhamdulillah, this article..published at the right time as i am now experiencing a conflict of interest..;)..points to ponder for readers out there!
jazakallahu khairan katheera ustaz..
salam ustaz
kupasan yang menarik ustaz. namun, bagi muslimah berkeluarga, yang juga merupakan pengamal perubatan, hati ni bagai tersepit antara dua. di sini , cita -cita agar terus maju dan tidak menjadi pulau di tengah lautan, agar dapat terus menabur bakti pada masyarakat setakat yang terbaik yang mungkin. di sebelah sana, tuntutan keluarga yang meminta segenap perhatian, baik anak yang membesar mahupun suami yang mahukan peneman perjalanan hidup.
bagaimana pandangan ustaz? apakah jalan terbaik bagi mencapai redha Allah dan kebaikan ummah seluruhnya?
terima kasih
Salam balqis,
First things first, redho Allah terletak pada redho suami. Manakala anak2 pula perjalanan hidup mereka lebih panjang dari kita. Tepuk dada tanya iman, semuanya berbalik kepada TUJUAN dan KEPERLUAN hidup.
kak ija,
benar kata kakak tu. alhamdulillah, tenang hati ini. makin jelas jalan dituju. terima kasih.
Assalaamu’alaikum,
Saya dari Indonesia…
Alhamdulillah, telah terbit buku saya, judulnya “5 Langkah Melahirkan Mahakarya”, 300 halaman, Penerbit Hikmah (Mizan Group) Jakarta . Buku itu ada di seluruh toko buku Gramedia di Indonesia. Buku tersebut sebenarnya berjudul “Lima Langkah Meljitkan Potensi Diri”, tetapi diubah oleh editor dari penerbit.
Isinya sederhana :
1. Mencoba memberikan alasan bahwa potensi diri atau bakat atau talenta alami itu adalah sungguh-sungguh masalah besar, tetapi kurang diperhatikan. Setiap ciptaan Tuhan di muka bumi ini diberikan peran tertentu, misalnya : cacing : menggemburkan tanah; angin : membantu penyerbukan, membawa awan, dsb; daun jambu isi (“kluthuk”) –> obat sakit perut; dsb.. setiap makhluk memiliki peran khas di muka bumi ini. Begitu pula orang, setiap orang diberikan talenta khusus untuk melaksanakan peran khusus di muka bumi ini.
2. Diulas 8 metode atau cara sederhana untuk mengerti apa talenta alami diri kita.
3. Setelah tahu apa talenta alami kita, bagaimana cara mengoptimalkannya? Di buku sederhana itu cara optimalisasinya adalah dengan membiasakan diri menciptakan karya-karya, dimana ide-ide karya bersumber dari talenta alami. Sesungguhnya inilah rahasia orang-orang yang benar-benar sukses (dalam arti yang luas) bahwa mereka itu berkarya (entah berupa novel, entah berupa kompor tenaga surya, entah berupa usaha, entah berupa lukisan, entah berupa program komputer, dan lain-lain) dimana ide karyanya bersumber dari talenta alaminya. Anda akan mampu mengungkap puluhan ide karya bersumber dari satu talenta alami Anda, dengan bantuan Mind Map.
4. Kemudian diulas bagaimana cara membuat prioritas puluhan ide karya itu dengan cara yang mudah, sederhana, dan sistematik.
5. Ada banyak sekali contoh di buku itu sejarah singkat bagaimana orang-orang bisa menghasilkan karya-karya.
Kami bisa mengirimkan ke Malaysia bagi yang berminat…
Buku itu cocok bila dibaca : orang tua yang ingin mengoptimalkan diri dan keluarganya, dan tentu saja para pendidik.
Kritik, saran, masukan, dan lain-lain akan diterima dengan senang hati.
Wassalaamu’alaikum Wr. Wb.
Selamat membaca.
Muhammad Musrofi
salam..
ALhamdulillah..ustaz dpt berkongsi dgn kt semua tentang sesuatu yg sememangnya perlu difikirkan oleh seorg yg bernama manusia di muka bumi Allah ini…semoga kita semua tidak termsk diklgn org2 yg rugi…InsyaAllah..
hmm..tapi dlm begitu..saya sebagai hambaNYA yg semamangnya ada kelemahan..kdg2 kalah di pertghn jln…saya risau ustaz…saya baru di thn dua perubatan(kos yang bukan diambil dgn penuh pengujaan).. dan dikala ini, atas sebab itulah saya dapat rasakan semangat utk terus meneroka lautan yg luas hingga mencapai daratan yg terbaik masih lagi terumbang ambing..msh tidak stabil…diri ini mengetahui bhw hidup ini perlu utk menerima takdir Allah dan perlu jg utk memikirkan harapan2 org yang tersayang….dan saya kini mencari… bagaimana utk mendapatkan semangat yang tinggi dan sentiasa konsisten….utk sentiasa buat yg terbaik dalam proses pengajian saya so that i’ll truly truly understand the path that i take is also the path that will lead me to the betterment of my life here and in the hereafter,InsyaAllah…
salam ustadz..
bagaimana mencari kebolehan diri…
Assalamualaikum fairul afikin,
Jawapan bagi pihak ustaz…
seluruh artikel ini ditulis untuk menjawab soalan itu. iaitu setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan yang terbaik.. baru dapat dikenalpasti potensi sebenar kita. jika semuanya buat ala kadar dan sambil lewa, maka tidak jelaslah kelebihan kita itu di mana. kata kuncinya, buat habis baik.. dalam setiap amal.
bak kata pengakap muda “Akela, kita buat habis baik!”
Terima kasih Kak Ija…. tepat sekali. Kak Ija pun faham kot kenapa saya senyap je…
Alhamdulillah penjelasan Ustaz sangat membantu saya, beberapa tahun terakhir ini saya sangat bimbang dengan hidup saya. Saya seorang pekerja/pegawai selama hampir 10 tahun, usia sudah mencapai 36 thn, tapi saya bingung.
Saya pernah membaca buku Allahyarhamu HAMKA, Falsafah Hidup, HAMKA bilang dalam tamsil, bahwa seseorang yang pada hakekatnya punya bakat dagang tidak akan pernah jaya jika dia hanya jadi pegawai saja, atau jadi tentara , karena bukan disitu besarnya dia. Dia besarnya jika dia jadi pedagang.
Dan saya pun sekarang sedang mencari dimana pelabuhan saya yang terbaik , jadi pegawaikah?Ini sudah saya coba selama sepuluh tahun, tapi ada rasa tidak puas dalam batin karena saya merasa terpasung menjadi pegawai dengan segenap peraturan company.
Saya lebih suka jadi entrepreneur, saya bebas berkreasi, saya lebih senang kerja sendiri seperti melukis (dan saya sudah mencobanya dan sangat menyenangkan hati saya , walaupun saya tidak dapat uang darinya ), Insya Allah kedepannya saya akan mencari dan mencoba terus dimana pelabuhan saya sebenarnya. Jazakumullah Ustaz.
@Hadi,
Encik Hadi, kita serupa. Saya dah 11 tahun jadi eksekutif, tapi takde kepuasan bekerja. The passion is not there. Mungkin tersilap singgah di satu daratan terlalu lama. Tak optimakan dayungan. Dah terbuang masa pulak kat daratan tu. Sekarang saya dalam proses nak cuba daratan kedua dalam profesyen iaitu sebagai pensyarah. Doakan saya.
Mengenai yang maxwell gariskan sebagaimana ustaz abusaif tulis, bab yang dua ni saya rasa paling kritikal untuk saya address:
Bakat memerlukan kekuatan pada kepercayaan dan keyakinan diri.
Bakat hanya akan terpelihara dan terus berguna apabila SIKAP yang betul mengiringinya.
Bab kepercayaan dan keyakinan diri dan sikap tu yang saya yakin masih tak betul. Tapi,macam mana nak betulkan? Saya cuba nak dapatkan buku Maxwell di kinokuniya.
assalamualaikum ustaz..kita semua sebagai manusia ada kelebihan tersendiri ya..dan insyallah kelebihan kita melebihi satu ye ustaz..insyaallah..saya akan cuba mencari kekuatan diri dan mengenalpasti kelemahan diri sendiri…terima kasih ustaz…sesungguhnya semua org ada kelemahan dan kelebihan masing2..kerana Allah itu maha Adil dan Maha penayang…
assalam ustaz.
saya pun sering tertanya2 apa fungsi diri kita. dan saya pasti Allah x cipta kita ni utk main2 je.
apa yg saya faham dr artikel ustaz, ialah tujuan atau fungsi kita ni, adalah satu pencarian n satu pelayaran. maknanya, sukar atau seringkali kite x jumpe pun di akhirnya ape fungsi kita.
tp kalau kita xtau fungsi kita, mcm mane kite nk menjlnkan kehidupan kite dgn baik? mcm mane kite nk jadi khalifah yg baik jikalau xtau fungsi kite? umpama gelas yg kite xtau fungsinya adalah utk mengisi air. dicuba mcm2, diletak bunga, diletak alatulis, dijadikan hiasan. tp xpernah kite fikirkan yg sebenarnye utk diisi air.
cth yg nmpk mudah. tp same2 lah kite renungkan. same2 lah kite mencari fungsi diri kite sbg khalifah.
Salam ustaz…akhirnya…pencarian saya menemukan artikel ini. Saya mengalami persoalan ini sekian lama,dan Alhamdulillah…ketemu juga jawapan. Terima kasih Ustaz. Sejujurnya saya berada dlm persimpangan hidup yg sukar dan dugaan Allah yg benar2 menduga. Syukran. Teruskan menulis motivasi agar org2 yang mencari-cari seperti sy yang kurang ilmu ini dpt terus belajar dan belajar.
Yg hampir hilang motivasi,
anum
Ana ada baca buku Azizi Ali. Intipati lebih kurang serupa. Dia pernah mencuba untuk jadi bizman, tapi dia cepat mengenal pasti bahawa dia tak boleh buat biz. Bila dia jadi pilot, dia buat sehabis baik. Eager to get promoted. Pada dia nak dapat gaji lebih, sentiasa buat kerja extra mile.
Lepas jadi pilot dia amik course untuk jadi financial adviser and he got certified.Along the way he learn something how people with big salary never get rich and how less salary earner boleh jadi kaya.
Saya melihat cara ustaz lebih cenderung memberi `PANDUAN` untuk kita sendiri mencari `JAWAPAN`.Ini satu perkara yang saya amat hargai kerana `JAWAPAN` persoalan-persoalan begini dalam banyak kes berbeza mengikut individu.Tiada jawapan mutlak.
Dan cara ustaz ini juga mengelakkan `spoon fed` .Hehe.Marilah sama-sama rajin berfikir.(pesanan penaja untuk diri sendiri dan semua).
Ke dalam diri…
its true..its true…
juga sedang belayar mencari-cari pulau untuk bercucuk tanam…
dah sampai ke satu destinasi (daratan yg disebut dlm artikel ni).memang sangat berharap sampai disini dulu..tapi sampai waktunya rasa tak pasti pulak benarkah ini destinasi yg dicari.terasa ada bahagian yg kosong tak terisi mcm dulu.hmm ..tapi betul kata ustaz..usaha kan semuanya sehabis baik..terima kasih.
salam semua..
forum/perbincangan yg sgt menarik..saya juga teruja utk berkata sesuatu sbb tulisan ust kali ni terasa terkena batang hidung ni..
. Indah dan bermaknanya pelayaran bila byk daratan disinggahi, disitu kita mengutip pengalaman,menganalisis potensi dan kecenderungan diri di daratan mana yg kita rasa paling serasi dan sesuai dgn jiwa kita. seperti yg ustaz telah lalui..nampak mcm seronok plk berpeluang mencuba daratan yg pelbagai namun disana tetap ada risiko yg perlu dihadapi.. cuma kadang bila kita telah berada di comfort zone ada yg tidak lagi berani meneruskan pelayaran walaupun sebenarnya jiwanya tiada disitu,bidang itu bukan pilihan dan minatnya tapi kerana takut risiko karam,ditimpa badai,dipukul ombak maka pelayaran terhenti.. fungsi diri yg sebenar tak ditemui..
..terima kasih ustaz..pencerahan yg bermakna
maka berkampunglah didaratan itu tanpa sebarang anjakan..kata org statik la tiada anjakan paradigma..ermm susah jugak..
setuju dgn kak ija..tapi bila pikirkan kehendak diri utk dapatkan kepuasan dlm apa yg kita buat..byk pula halangan dan cabaran..sesungguhnya segalanya bukan mudah untuk di gapai..yg mudahnya cuma berkata-kata kan..
buat sehabis baik dalam apa jua penglibatan kita…
jangan jadikan masa dan ruang dianugerahkan Tuhan ini sebagai sia-sia.
“bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya….beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya…”
mencari diri sendiri bukan totally bergantung kepada penilaian sendiri kepada diri sendiri..reflection from the others is also crucial to evaluate ourselves through the other people eyes..
wallahua’alm
p/s: mencari potensi diri, salah satu usaha mengenal Tuhan hakiki
-ana hamba yang mencari redha Ilahi-
bagus artikel ni ustaz.bagi insan yang macam ana ni pun selalu tetanya-tanya.bila ustaz kupaskan macam ni…nampak la sket jalannya..ape yang perlu dibuat…jazakalallahukhair…
terima kasih ustaz………terbuka jalan erti hidup
saya baru berlabuh pada satu daratan. kaki ini rasa nak melangkah ke daratan lain, cuma tangan ini masih takut-takut untuk mendayung lagi mencari daratan lain. entri ini sangat-sangat beerti, muhasabah buat diri saya.
domo arigatou ustaz.
[...] Posted by surfaddict Jadi jgn limitkan skill anda.. surfaddict, sy suka qoute awk di atas..bakat sahaja tidak cukup… [...]
sy masih lg dlm pelayaran yg xpasti tmpat daratannya……
jazakallah diatas panduan yg diberi….
ASSALAMUALAIKUM USTZ..
ARTIKEL DI ATAS BAGUS.. SAYA DAPAT FAHAM ANOLOGINYA DAN MAKSUD DI SEBALIKNYA…
.. tapi saya seperti keliru lagi.. ustaz kata kite kene cuba semua benda untk tahu apakah sebenarnya kelebihan diri kite ke?
..
tapi..bukankah kita ade potensi masing2 pada port2 tertentu.. contoh seperti seorg penulis yang mahir menulis, adakah mungkin dia punya kemahiran dalam berlakon? mungkin tidak..
adakah kita dicipta dengan banyak potensi..atau kite hanya ade potensi yg khusus yg membawa pada kejayaan? erm..
maksud saya.. saya nak tahu adakah kite mempunyai sesuatu yg “kor” pada bidang tertentu?..
nth..saya mungkin agak keliru sket.. mungkin kerana compartmentalisme yg wujud di persekitaran..
saya ade banyak bc kat artikel2 web lain, rahsia tarikh lahirla, rahsia warna dan lain2..boleh percaya ke ustz..ia seperti menunjukkan setiap org ade ciri2 tersendiri..
ust faham tak..risau pulak ayat saya berputar2.. sekian terima kasih..
sape2 ade pandangn..boleh email sy..tq..
BUAT sehabis baik.. erm. ok.. kene fikir la sendiri potensi diri..
time kasih
Salam ustaz, sy benar2 terkesan dgn kupasan ni. Sy sentiasa tercari2 ape kelebihan yg ade pd diri ni..Sy memang yakin Allah ciptakan kite dgn kblhn diri msg2..cuma msih belum nampak…InsyaAllah, pasti die tunjukkan jalan… Apa2 pun sy tak boleh menyesal dgn bidang yg sy pilih dan x kan berpaling ke blkg..Sy perlu cube bidang ni sehabis baik dan yakinkan diri….Moga2 Allah sentiasa memberikan jalan kepada kita semua..Amin…
Assalamualaikum ustaz.
Saya baru nak mencuba secara part time dalam perniagaan MLM. saya tengok orang lain boleh buat dan mengapa saya tidak boleh buat. Masalahnya saya merasakan saya kurang keyakinan pada diri, kurang keyakinan untuk percakap dengan orang. tapi saya memang nak berjaya. bagaimana nak keluarkan potensi diri dan meningkatkan keyakinan diri yang saya boleh melakukannya. Saya juga tidak tahu potensi diri saya sebenarnya. Bagaimana nak buangkan sikap sensitif saya kerana sikap ini yang paling saya tidak suka kerana mudah sangat mengalirkan air mata walaupun dengan perkara yang remeh temeh. saya ingin menjadi orang yang cekal dan kering hati. saya berharap ustaz atau sesiapa sahaja dapat membantu.
Terima kasih.