“Tuan-tuan dan puan-puan, sila beri perhatian kepada taklimat keselamatan yang ditunjukkan. Prosedur di pesawat ini mungkin berbeza daripada pesawat lain yang pernah anda naiki,” pengumuman pramugari kedengaran.
Saya sangat terganggu kalau semasa saya berceramah, ada orang yang membaca surat khabar. Justeru saya tidak mahu perasaan yang sama berlaku ke atas pramugari yang membuat demonstrasi keselamatan di pesawat. Saya akan memaksa diri untuk memberikan perhatian. “Treat people the way you want yourself to be treated,” adalah golden rule yang difahami semua.
Semasa kecil, saya sering berlari ke luar rumah untuk melihat pesawat Boeing 737 mendarat di Lapangan Terbang Ipoh. Rumah kami di Taman SPPK terletak di hujung landasan lapangan terbang, dan saya dapat melihat dengan jelas susuk tubuh pesawat yang turun naik beberapa kali melintas di atas bumbung rumah kami. Ketika itu, jiwa ini membuak-buak mahu merasa naik kapal terbang.
Itu dulu.
KERAP
Kini, menaiki kapal terbang bukan lagi suatu event.
Jika di UK, dan Ireland, saya terbang dengan kadar purata sebulan sekali kerana memenuhi undangan ceramah atau menghadiri mesyuarat di sana sini. Dalam dua tiga tahun kebelakangan ini, saya terbang seminggu sekali dari KLIA dan LCCT ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara. Ada ketikanya, jika saya keletihan, belum pun sempat pesawat berlepas saya sudah pun tertidur.
Tetapi taklimat keselamatan akan tetap saya berikan keutamaan. Biarlah saya berulang kali turun naik pesawat Boeing 737 Penerbangan Malaysia, saya akan tetap memberikan tumpuan perhatian kepada pramugari atau pramugara yang berdiri di depan.
Saya percaya, setiap satu taklimat akan mengingatkan kita kepada tindakan yang perlu dibuat jika berlaku kecemasan. Peringatan itu perlu daripada semasa ke semasa agar terserap ke minda sedar dan separa sedar kita. Tindakan spontan amat penting biar pun setakat ini saya belum pernah terjebak di dalam apa-apa kecemasan yang besar di dalam pesawat. Hanya sekali dua, dan mungkin pesawat Ryan Air dari Dublin ke London Gatwick pada tahun 1999 dulu, adalah kejadian yang paling buruk pernah saya alami.
TABIAT ‘BURUK’
“Kenapalah suka sangat tengok video tu?” Ummu Saif merungut.
Saya hanya tersenyum.
Susah untuk dijelaskan. Tetapi saya memang mempunyai satu tabiat yang entah baik entah buruk, bahawa saya obses dengan video Air Crash Investigation di saluran National Geographic Channel. Semua dokumentari berkaitan telah saya tonton sama ada di televisyen atau melalui siaran Youtube.
“Tak risau ke?” tanya isteri saya.
Rasanya, soalan beliau itu tergantung. Tetapi kita sama-sama percaya bahawa ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’aala mengatasi sangkaan-sangkaan manusia apatah lagi jika mahu disabitkan dengan sempena-sempena tertentu. Kegemaran saya menonton dokumentari berkaitan hanyalah sebahagian daripada minat saya semenjak dahulu kepada kapal terbang
PELAJARAN
Banyak yang saya belajar daripada pengamatan terhadap pengalaman di dalam pesawat. Tidak sekadar menyaksikan kebesaran Allah pada pemandangan di luar pesawat, ibrah boleh diperolehi daripada segala macam bentuk aktiviti yang ada di dalam sebuah penerbangan.
Semuanya berbekalkan pandangan di hati, agar tersingkap apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
1. KISAH SENYUMAN SEORANG PRAMUGARI
“Terima kasih encik. Selamat berehat!” pramugari tersenyum lebar di pintu keluar pesawat.
Setiap seorang penumpang dibekalkan dengan senyuman manis mereka, tetapi saya sering memikirkan sesuatu mengenainya. Para pramugari ini sentiasa senyum kepada penumpang, apakah mereka juga murah senyuman di rumah masing-masing? Apakah pemergian suami ke tempat kerja juga mereka iringkan dengan senyuman yang sama? Atau senyuman itu tidak lebih daripada sekadar etika kerja?
Sama jugalah dengan cleaner yang membersihkan lantai tandas tempat beliau bekerja hingga licin menciutkan, apakah tandas di rumahnya juga dibersihkan dengan kesungguhan yang sama? Atau tahap kebersihan yang dijayakannya itu hanya sekadar tuntutan kerja dan bukannya kerana iman.

Contoh ini sering saya gunakan di dalam ceramah, tatkala membezakan di antara etika kerja, budaya, moral dan akhlaq di dalam tingkah laku manusia.
“Senyum itu sedekah,” mungkin hanya benar-benar jadi sedekah apabila ia terbit daripada iman, bukan sekadar memenuhi kepuasan pelanggan.
2. KISAH CORONG OKSIGEN
“Apabila tekanan udara di kabin rendah, corong pernafasan akan keluar seperti ini. Pakai corong seperti yang ditunjukkan dan pastikan anda memakai corong sendiri dahulu sebelum membantu orang yang berada di bawah jagaan anda,” kata pramugari yang memberikan taklimat.
Benar sekali.

Sebelum berhajat mahu membantu orang lain, bantulah diri anda sendiri terlebih dahulu. Ia mengingatkan saya kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka” [al-Tahrim 66: 6]
Ya, ibu bapa bertanggungjawab mencegah ahli keluarga daripada menjadi bahan bakar neraka murka Allah. Tetapi cegahan itu mestilah bermula dengan mencegah diri masing-masing terlebih dahulu daripada segala keburukan. Tidak mungkin seorang lelaki bisa mencegah isteri dan anak-anaknya daripada kemurkaan Allah jika dirinya sendiri bergelumang dengan dosa.
Sekali lagi al-Quran mengemukakan contoh proaktif, bahawa mulakan perubahan daripada diri kita sendiri, wahai para suami, para bapa, dan seterusnya isteri dan ibu di dalam rumahtangga.
Taklimat keselamatan di dalam pesawat menjadi peringatan kepada saya tentang hal ini.
3. KISAH KASIH SEORANG AYAH
“Kasihnya ibu membawa ke Syurga, kasihnya ayah…” lirik lagu P. Ramlee ini sudah sebati dengan kita.
Di dalam budaya kita, filem Anakku Sazali adalah suatu fenomena. Seorang bapa yang menafsirkan kasih sayang sebagai “beri apa sahaja yang anak mahu” telah akhirnya menghasilkan manusia sejahat Sazali.
Tetapi tragedi 23 Mac 1994 memberikan teladan yang lebih dahsyat. Ketika itu saya berada di tahun satu pengajian di Jordan. Berita mengenai tragedi ini sampai melalui berita yang saya tonton di TV. Dalam banyak-banyak teladan yang saya temui berkaitan dengan pengalaman bermusafir di ruang udara, kisah yang satu ini paling menggugat rasa. Kerananya juga, saya tidak jemu melayan taklimat keselamatan sebelum pesawat berlepas. Kisah itu juga menghentak suatu pengajaran besar bagi saya selepas menjadi bapa.

Pesawat Aeroflot penerbangan 593 dari Moscow ke Hong Kong menceritakan segala-galanya. Jika dahulu saya hanya dengar-dengar sahaja tentang dahsyatnya kejadian itu, kini saya dapat menyaksikan lakonan semula yang disiarkan melalui dokumentari National Geographic Channel.
Penerbangan Kebangsaan Rusia ini memang mempunyai reputasi keselamatan yang teruk. Ia sering menjadi bahan senda gurau, terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang pulang bercuti dengan bajet rendah. Mereka menaiki pesawat dari London ke Kuala Lumpur melalui Moscow, sebagai penerbangan yang paling menjimatkan walaupun banyak cerita yang tidak enak dibualkan.
Tetapi kejadian 23 mac 1994 menjadikan segalanya bukan lagi satu gurauan.
Pilot yang mengendalikan pesawat Airbus A310 itu, Yaroslav Kudrinsky, membawa bersama dua anaknya bercuti ke Hong Kong kerana Aeroflot ketika itu menawarkan diskaun buat kakitangannya untuk membawa ahli keluarga terbang ke mana-mana destinasi dunia. Aeroflot pula ketika itu sedang rancak dengan kempen rebranding mereka pasca kejatuhan Soviet Union.
Penerbangan itu adalah penerbangan yang penuh dengan kasih sayang. Si bapa, amat teruja membawa anaknya Yana dan Eldar pergi bercuti. Kedua-duanya yang seronok duduk di belakang, gembira dan berasa bangga kerana pesawat yang mereka naiki itu dipandu oleh ayah mereka sendiri. Namun keseronokan itu diperpanjangkan lagi dengan lawatan mengejut Yana dan Eldar yang ditemani oleh bapa saudara mereka ke cockpit di hadapan. Mana-mana sahaja penumpang, pasti ghairah untuk masuk ke bilik kawalan pesawat. Segala peralatan yang canggih, juga pemandangan daripada tingkap depan pesawat, ia sangat eksklusif. Yana dan Eldar bertuah berbapakan seorang juruterbang.
Yaroslav sangat menjiwai dirinya sebagai seorang bapa. Lantas beliau bertindak di luar jangkaan.
Kasihnya sebagai seorang bapa, telah membawa beliau menawarkan tempat duduknya kepada Yana. Anak perempuannya itu sangat gembira. Tetapi Yana sekadar menyentuh kolum kawalan. Apabila Yaroslav mengajak anak lelakinya Eldar mengambil tempat Yana, beliau begitu gembira dengan pelawaan ayahnya. Yaroslav terlupa bahawa pesawat itu sedang memecut pada kelajuan ratusan kilometer sejam. Lupa kepada posisi pesawat yang berada pada ketinggian puluhan ribu kaki dari paras bumi. Lupa kepada nyawa manusia yang dipertaruhkannya.
Eldar telah menolak kolum kawalan dengan kuat dan tindakannya itu menyanggah sistem autopilot selama 30 saat. Apa yang tidak diketahui sesiapa, tindakan Eldar itu sebenarnya telah memutuskan pesawat daripada sistem autopilot yang mengawal penerbangan.
Biar pun lampu amaran telah menyala, tiada sesiapa pun yang menyedarinya kerana nyalaan itu berlaku tanpa bunyi amaran. Kecuali Eldar. Beliau telah memanggil bapanya dan ketika itu semua orang tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Pesawat telah membelok setajam 45° dan terus menerus membelok. Kesan g-force telah menghalang Yaroslav untuk kembali ke tempat duduknya dan memegang kembali kolum kawalan pesawat. Setelah puas berusaha, akhirnya Yaroslav dan pembantunya berjaya mengawal pesawat tetapi kedudukannya sudah terlalu rendah hingga tidak memungkinkan ia diselamatkan. Airbus A310 bersaiz gergasi itu menjunam dan terus menjunam.
Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia!
Seluruh kakitangan dan penumpang maut terbunuh. 75 nyawa maut dalam pelukan kasih seorang bapa bernama Yaroslav.

Yaroslav Kudrinsky

Yana & Eldar Kudrinsky

Kasih ayah membawa ke ‘neraka’ – [source]
Sesungguhnya dalam kejadian yang amat dahsyat itu, kasih seorang bapa benar-benar membawa ke ‘NERAKA’!
Semoga menjadi iktibar buat semua.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam uztaz. ya saya pun suka nonton Air Crash Investigation dan berkenaan pramugari yang demo, saya pun selalu kesian dengan mereka dan cuba mendengar penerangan mereka (cuma tak tunjuk sgt sebab malu, org lain buat derk je – jauh di lubuk hati saya malu yang saya malu sebab tak sepatutnya saya malu). sgt tertarik dengan cara Uztaz refleksi setiap perkara yang nampak remeh tetapi besar maknanya jika direnungi. dan menonton NGC sememangnya menyedarkan kita akan Maha Besar Allah
salam ustaz….baca kisah yaroslav tadi tu rase agak terkilan.mcm mana la seorang manusia takleh pikir logik ttg keselamatan dia,anak-anak dan penumpang2 lain…yelah boleh pula tgh bawa kapalterbang pastu bagi anak try..bukannya kapalterbang mainan nak suruh try2…
moralnya…tanggungjawab yang telah ditaklifkan kpd kita,jgnla diambik mudah….wallahua’lam
Teringat cite air force one.x sabar nak tunggu ustaz datang UM 24 Mac ni …
“Treat people the way you want yourself to be treated,”
terima kasih ustaz. ayat tu dalam maknanya buat diri saya…
sungguh menyayat hati menonton kisah tersebut…
Assalamualaikum…kisah yang menyentuh hati.Ungkapan Golden Rule yang ada kisah tersendiri buat diri saya sendiri
lemahnya saya menangkap maksud dari tulisan orang lain. Tapi tajuk yang dipilih seperti tidak ‘adil’ untuk cerita trajis ini…entah, saya kurang selesa.Tapi pastinya tu bukan urusan atau hak saya…
Sebenarnya menaiki pesawat mengundang ketakutan menyebabkan manusia lebih ‘bergantung’ kepada tuhan. Saya pernah membaca cerita seorang tokoh korporat ternama menjadi penghafal banyak ayat-ayat quran lantaran terlalu kerap menaiki kapalterbang untuk ke sana ke mari. Bagi menghilangkan ketakutan dan kebimbangan didalam pesawat beliau banyak membaca al quran….lama kelamaan boleh pula menghafalnya. Malah presiden Zia Ul Haq yang terbunuh dalam nahas k/terbang ditemui senaskah quran kecil dikoceknya.
Kita percaya segala kejadian adalah dibawah ketentuan Allah sedangkan tindakan manusia sekadar asbab nya saja….kecuaian dan ketidak sengajaan boleh berlaku bila-bila saja dan tentunya tuhan tidak mengenakan hukuman bagi yang tidak sengaja….kesiannya pada si bapa, ketika cuai dan langsung tidak sedar silapnya dalam mencurahkan kasih pada anak patutkah dikatakan ‘membawa anak ke neraka’….
@ummuhanah,
memang tajuk itu saya sengajakan.
ada beza di antara kecuaian yang tidak disengajakan dengan kecuaian yang disengajakan. Kapten Yaroslav Kudrinsky telah awal-awal lagi melakukan JENAYAH dengan mendudukkan anak-anaknya di kerusi pilot. Beliau telah melanggar undang-undang. Kerajaan Russia sendiri tidak percaya yang seorang pilot 1st class boleh bertindak SEBAHAYA itu. Apakah yang sedang difikirkan oleh seorang pilot semasa bertindak begitu?
Maybe dalam skala yang lebih kecil, boleh renungkan ‘kasih sayang bapa’ dalam gambar yang saya snap di bawah:
emm..ana lebih sokong ustaz sbnrnya….
@Abu Saif,
maaf jika apa yang saya katakan ini salah,tetapi pada pandangan saya kecuaian seperti ini pernah terjadi pada kaum muslimin dalam perang uhud,di mana mengakibatkan ramai kaum muslimin gugur syahid,adakah wajar kita katakan bahwa pemanah yang telah ditempatkan sebagai benteng kaum muslimin telah melakukan jenayah apabila melanggar arahan Nabi supaya jangan meninggalkan tempat tersebut?kedua,adapun syurga neraka bukanlah hak kita untuk menentukan,mengapa menggunakannya dalam tajuk ustaz?adakah rugi jika tidak menggunakan tajuk sebegitu?yang ketiga,usstaz telah menggunakan nama pilot tersebut,bukankah ini sama dengan mengumpatnya?sy rasa tidak ada ruginya jika ustaz sekadar menulis juruterbang sahaja tanpa menyebut nama apatah lagi juruterbang tersebut telah tiada.keempat,senyum itu sedekah..berkenaan dengan sama ada kerana iman atau tuntutan kerja..adapun pada pandangan saya senyum kerana iman itu sesuatu yang harus tetapi senyum kerana tuntutan kerja itu adalah wajib..kerana pramugari tersebut dibayar gaji,dan jika beliau tidak melakukan seperti yang diminta oleh majikannya jatuhlah haram pada gaji yang diterima.jadi tiada salahnya jika dia senyum kerana tuntutan kerja kerana ia adlah sesuatu yang wajib.sekian,harap dapat dimaafkan jika saya salah.
@super duper junior mu,
wsalam wbt.
1. kesalahan di medan uhud adalah kesalahan kerana melanggar arahan rasulullah s.a.w. kesalahan dinamakan sebagai jenayah apabila ia melanggar arahan berbentuk undang-undang. dan dalam kes juruterbang ini, dia melanggar undang-undang khusus dan ia adalah jenayah.
2. perkataan ‘neraka’ telah saya bubuhkan tanda ‘ ‘ supaya pembaca yang tidak faham bahasa kiasan tidak terus salah faham. neraka yang saya maksudkan bukan neraka jahannam yang menjadi milik mutlak Allah Subhanahu wa Taala tetapi neraka yang bermaksud ‘bencana yang sangat dahsyat’. lihatlah konteks diskusi dan gambar di akhir artikel berkenaan.
3. menyebut nama pelaku salah bukanlah suatu yang terus sahaja mahu dianggap sebagai pengumpat. Nama Yaroslav Kudrinsky diguna pakai di dalam laporan rasmi kerajaan Rusia, di dalam siaran akhbar, di dalam semua laporan media, di wikipedia, di dalam national geographic documentary dan di semua keadaan. apa yang diterangkan bukanlah keaiban peribadi tetapi kesalahan yang menuntut pengajaran buat semua. di dalam al-Quran, di dalam al-Hadith, kesalahan-kesalahan yang kesan negatifnya menimpa massa, Allah Subhanahu menyebut nama-nama pelakunya seperti Firaun, Abu Lahab dan lain-lain. Mengapa tidak Allah sebut sahaja, bapa saudara nabi atau si pemerintah Mesir itu sahaja? tapi kalau benchmark mengumpat anda sangat tinggi, abaikan sahaja nama itu, dan anggap sahaja saya mengumpat. I can live with that.
4. berkaitan dengan senyuman, cerita saya bukan bab menghukum pramugari bahawa senyumannya betul atau salah. tetapi seperti yang dijelaskan di dalam artikel, senyuman itu boleh digunakan untuk menjelaskan kepada orang ramai, perbezaan di antara perbuatan baik yang berstatus AKHLAQ dan yang belum berstatus AKHLAQ. Ia adalah penjelasan al-Imam al-Ghazzali bahawa akhlaq itu ialah perbuatan yang diiktiraf syara’ yang dilakukan tanpa memerlukan justifikasi akal (auto pilot). Senyum hanya pada yang kita kenal, baik. Tapi belum jadi akhlaq. Senyum secara spontan kepada sesiapa sahaja yang ditemui, baru jadi akhlaq… menurut tafsiran al-Ghazzali dan senyuman pramugari itu boleh dijadikan contoh dalam ceramah dan tulisan. tanpa apa-apa yang bersifat personal, anti pramugari whatsoever…
@Abu Saif, salam, ustaz. saya baru perasan ada tanda ‘ ‘ pada perkataan neraka itu setelah saya lihat komen saya mengenainya sudah didelete. saya fikirkan mungkin mata saya terlepas pandang akan tanda ‘ ‘ itu maka komen saya didelete. rupa-rupanya mata saya tidak silap dan tanda itu baru diletak oleh ustaz selepas komen mengenainya diutarakan.alhamdulillah. lega hati saya kerana saya tidak tersilap.
walauapapun, soal penggunaan perkataan memang penting. apa lagi jika perkataan kita itu sindiran, sarkastik atau satira yang punya maksud tersirat mahupun simpulan bahasa. saya fikir meletakkan tanda ‘ ‘ merupakan langkah bijak, bukan kerana mengelakkan orang salah faham, tetapi merupakan langkah wajar untuk kita menyampaikan maksud sebenar.apalah ertinya kita menulis jika maksud kita tak kesampaian dan buat kita marahkan orang tak dapat tangkap point kita padahal kita sendiri tidak menyemak semula bahasa kita.
saya ucapkan tahniah buat ustaz kerana telah memilih kaedah tepat menyampaikan maksud neraka yang ustaz mahukan dengan meletakkan ‘ ‘ dan bukan tanpa tanda itu supaya mesej ustaz sebenar dapat disampaikan. ini pengajaran buat diri saya dan yang lain-lain supaya kami tidak melakukan kesilapan sama.
wallahua’lam.
@Abu Saif,
maaf atas kesalahan sy dlm memahami maksud ustaz,smasa membaca tadi,sy mmg mmikirkan ustaz bermaksud dengan neraka di akhirat,jahil sungguh sy dlm memahami mkna disebaliknya.terima kasih juga kerana ustaz sudi menerangkan pd sy yg kurang ilmu ini akan makna jenayah tersebut.pd mulanya sy cuma melihat 2 perkara tersebut sebagai melanggar arahan dan akibatnya membawa mudarat,sedang sy trlupa ada benda lain dlm menentukn sesuatu.er,berkenaan umpat tu sy mohon maaf,salah saya..tpi boleh sy tanya sesuatu?bukankah firaun dan abu lahab itu gelaran sahaja(bukan nama sebenar)..sy harap sy msih boleh menyuarakan ketakfahaman sy dlm artikel2 ustaz??
salam ustaz..sungguh terkesan cerita dan analogi yg ustaz bawak kan. kasih dan sayang tanpa ikatan iman dan Islam boleh membawa padah. mgkn saja tidak terlihat di dunia, tpi diakhirat kelak, sape yg tahu. apa pun, diri sendiri dahulu, dakwah individu, barulah pada org lain. insyaallah..
Ustaz,
Ana kurang faham situasi yang berlaku. Telah cuba buka youtube lakonan ulang semula namun internet slow sangat sekarang. Membaca artikel namun kurang pasti tentang; Adakah ayah mereka meninggalkan kokpit dan membiarkan anak lelakinya sendirian di situ. Jika tidak, bagaimana si ayah tidak nampak lampu tersebut dan pesawat yang sudah membelok tajam. Keliru sikit. Terima kasih.
perinciannya dicatat dengan kemas di wikipedia. jemput baca di link ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Aeroflot_Flight_593
@Abu Saif,
Oh, terima kasih ustaz. Ana dah baca tadi. Tapi masih tidak dapat memahami jelas. Telah cuba melayari beberapa laman-laman lain yang menceritakan tragedi ini. Dapat gambaran dah sedikit. Pada masa itu, autopilot masih kurang popular di kalangan para juruterbang dan sistem itu masih baru pada masa itu. Amat mengerikan peristiwa ini. Rupanya si isteri yang tidak ikut serta masih hidup. Bagaimana agaknya dia menghadapi situasi ini. Semua penumpang dan krew maut. A careless mistake indeed.
@alqasam,
Ralat: A310′s Autopilot.
@alqasam,
mari aman terangkan….
hehehe…
autopilot akan disengage atas beberapa sebab…
antaranya, butang autopilot ditekan, atau FMC (flight mangement computer) rosak, ataupun dikenakan daya sehingga mencukupi untuk override comand autopilot…
apabila buka itu bermain di seat kapten, mereka tidak menyangka yang budak itu akan mengenakan daya yang cukup utk disengage autopilot tu….
masa tu, budak tu menolak control column ke hadapan, apabila dia override autopilot tu, so control column give comand nose down to aircraft…disebabkan tekanan graviti, (berkaitan G) so, pilot semuanya ‘melekat’ ke belakang..so, susah untuk mereka mencapai control column itu…so, tidak dapat untuk manually control the aircraft…
sedikit perkongsian….
@aman,
Oh, terima kasih saudara aman. Sangat membantu.
salam wrt.
ustaz dah la sye dok kat russia ni.
slalu je naek aeroflot tu..
huhu…baru tahu cerita ni.
cuak,tapi takpe ketentuan di tangan Allah.
Salaam, ustaz, selamat kembali dari bercuti:). Saya juga antara peminat siri Aircraft Investigation ni. Info ustaz cukup lengkap, seronok membaca.
Cuma tajuk ustaz “keras” sikit la, at least “Kasih Ayah hingga ke Akhir hayat”, would be much better. Tapi takpe, attract readers macam saya
Cuma apa yang penting, dalam kisah diatas, jangan ambil mudah pada setiap perkara, sedikit kesilapan dalam hidup kita, membawa padah bukan sahaja pada kita, impaknya juga pada orang lain.Kasih seseorang itu tidak membatas permintaan, terutamanya permintaan anak.Maka, kerana itu berhati-hati dalam mencurahkan kasih sayang.
Terima kasih atas info.
@mama_liza,
Wsalam wbt.
Kalau tajuk “Kasih Ayah Hingga ke Akhir Hayat”, rasanya drama Melayu lakonan Zamarul dan Fauziah Nawi lebih sesuai
@Abu Saif,
betul…betul…betul…..(lagak seperti ipin)
???? ???? ???? ?? ?????
Ashlih nafsaka yashluh lakannas
Pertama kali tengok rancangan ini. Macam-macam perasaan ada. Bermula dari tahun 2003 hinggalah kini, Alhamdulillah boleh dikatakan semua ‘safe journey’. Tapi pengalaman menaiki Aerosvit airlines di Shanghai amat mengerikan.Disebabkan angin tornado yg menyerang bekas minuman yg mengandungi air dari kebanyakan seat terpelanting kiri ke kanan,kanan ke kiri sampai basah baju kebanyakan penumpang. Keadaan tambah gamat lagi pabila ada penumpang yg sudah meraung ketakutan,menangis sehingga memerlukan pramugari2 untuk memberi ubat penenang kpd mereka.
Yg mengaku muslim semua diam,berpegangan tangan sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat2 Al-Quran bagi menenangkan hati. Keadaan cemas yg sgt terkesan bagai menuntut hati mengingati mati dengan memaafkan semua orang,dan memohon ampun sahaja padaNYA.
Maha suci ALLAH, 2 jam yg dilalui memberi natijah bermakna pada memperhalusi diri yg kerdil. ALLAH beri lagi kehidupan untuk bersiap sedia membuat bekalan ke akhirat. Moga SYURGA milik kita semua..ameen ya rabbal alameen..~
Ini kisah terkecuali,sebab ia faktor cuaca bukan kecuaian manusia. Tapi rasanya Aerosvit dan Aeroflot tu macam adik-beradik. Ada sejarah hitam masing2 kot.
Oh ye,pernah juga menaiki ryan air, apakah kejadian buruk yg ust alami ye? Rasanya semua airlines ada kisah hitam, mana ada yg sempurna walaupun ada yg pernah mendapat byk awards seperti emirates dan turkish.
[maaf ust,jika komen tiada kaitan atau luar topiknya]
sedangkan masa tgh drive kereta pun kita tak letak anak dipangku… isk2…. dah book ryanair utk ke london hujung bulan depan, harapnya selamat pergi dan balik ameen…….
teringat ada satu kes kemalangan dahsyat dahulu di lebuhraya malaysia, ayah sedang memandu, ibu duduk di hadapan sambil memangku anak yg berusia 2 tahun lebih.. ayah sedang memandu laju, tiba2 kaki anak menolak stereng dengan kuat sehingga kereta terbabas dan remuk teruk.. kalau di luar negara seperti di UK ni children kena duduk dlm car seat, lebih selamat utk anak2 dan seisi kereta
salam,
satu pengajaran yg berguna. ya, dlm skala kecil, boleh dipraktik utk pemanduan.. Tks.
salam,
setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi…
setiap kejadian adalah cerminan hidup….
sama2 hayati dan sama2 muhasabah diri…..
mg kisah ustaz di ats jd ingatan buat smua…
Isteri/suami, anak dan harta benda…benar, semuanya adalah ujian dari Allah.
Saya betul2 terkilan dgn kisah ini…semoga kita semua dikuatkan ALLAH dan dipandu olehnya untuk membezakan perkara penting dan perkara yg lebih penting. Amin!
Assalamualaikum ustaz….
sukanya saya dengan artikel ini…
kenapa?
bidang pengajian aman….
untuk pengetahuan ustaz….
aman amik course
Trainee Aircraft Maintenance Engineer
under Malaysia Airlines System (MAS)
if people talk about aircraft,
that make me proud of it…
child in the cockpit!
ntah, berapa kali ntah dah ulang cerita itu..
tetapi still tidak bohsan…
sebab minat!
Aircrash investigation!
Rancangan yang menapak di hati…
belajar penyelenggaraan kapal terbang dari kesilapan orang2 terdahulu…
seperti kita belajar sirah…
namun, peristiwa ‘tanjung kupang’ tetap tidak pernah ditayangkan di aircrash investigation
“rahsia kerajaan Malaysia”
terima kasih ustaz….
teguran untuk aman….
aman boleh dikatakan terlalu kerap sgt menaiki kapal terbang…
everyday! (sebab naik untuk baiki,tp kapal tak terbang…hehehe)
dan almost 4 time in a month naik kapal terbang, sebab balik melawat parent di kedah!
dah selalu sgt naik kapal,
apa stewardess tu kata,
langsung tak amik perhatian…..
terima kasih atas teguran ini…..
InsyaAllah,
apabila aman keluar nnt,
sebagai LAE di MAS,
Boeing 737 adalah kapal yang dipertanggungjawabkan ke atas aman!
sebut pasai kapal terbang,
ada cerita menarik untuk dikongsi bersama…
kawan aman masa sekolah dahulu bertanya…
kapal ‘buyung’ 747 tu kapal aper?
dia kata,
dia dengar dalam khutbah jumaat sebelum musim haji tahun lepas…
ayat imam itu seperti ini….
‘InsyaAllah, tahun ini penerbangan ke Mekah untuk menunaikan haji akan di mulakan dengan penerbangan malaysia menaiki ‘buyung’ 747′
mula2 ingin tergelak…
aman tny balik…
“dekat mana kau dengar khutbah tu?”
“aku dengar kat kampung………..”
ok…maybe imam tu tak dapat nak pronouns Boeing 747, tu yang jadi ‘Buyung’ 747…
sekadar perkongsian cerita…
p/s…..sama2 minat tgk citer aircrash investigation!
@aman,
wah wah… bagai terasa sampai ke sini betapa terujanya aman berkongsi speciality. terima kasih atas perkongsian. Buyung 747… haha
@aman,
betul… saya juga puas mencari maklumat untuk membaca mengenainya tetapi amat sedikit maklumat yang diperolehi. siapakah terrorist yang hijack flight tu dll… tapi MAS memang termasuk dalam senarai airlines yang paling sedikit terbabit dalam kemalangan especially fatal accident. Tanjung Kupang itu sahajalah yang menjadi sejarah hitamnya
@Abu Saif, Sejarah tanjung Kupang itu yang terburuk dalam sejarah MAS. Diikuti dengan peristiwa di Kg Melayu Subang.. Terlebih landing…Dan ada lagi laa sedikit2 seperti di Tawau….
Sekadar perkongsian…
@aman :
since aman kata aman keje for MAS kn.. i thought it’s best to ask u. i’ve been wondering.. since nobody survived from the accident, sape yg told the story about the pilot n his children? Pilot tu kasi anak yg mn duduk dulu n etc.. would u mind sharing?
@faza,
you don’t need to work with Aviation industry to understand this. Have you ever heard about “THE BLACK BOX” (Kotak Hitam). The black box is the flight data recorder and cockpit voice recorder responsible for recording all communications in the cockpit of an aircraft in flight. Whenever there is a plane crash, one of the first thing the authority will try to search is the black box. It records almost all the conversations occurred in the cockpit. From there, many important information can be obtained.
@Abu Saif,
owh.. never heard of it.. thanks a lot for the info ustaz. it’s just that my friend n i were wondering, so that’s y i thought of asking. thx again
@Abu Saif, waaa…bagus2…pandai nye…huhu…apa yang ustaz cakap tu, betul…we looking for black box…tapi kaler dia bukan hitam pun…kaler oren..huhu..senang jumpa kalau crash…
owhh..kaler oren ker…baru tau.
logik gak wat kaler oren sbb kaler tu kn mnyerlah kalo da dok dlm timbunan boleh nmpak dgn senang…
(baca perkongsian ustaz n aman psl kapal tebang ni mmg mnarik)
@mfr,
“pengajaran yang saya dapat ialah, sebelum bernikah marilah kita persiapkan diri menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab, samaada tanggungjawab pada keluarga, diri mahupun pada agamaNya sebagai khalifahNya.”
insyaAllah fakhrul….
sama2 kita bersedia…
tggu kat jemputan dari sahabatmu ini…
the time will come…..
terima kasih ustaz…Mengingatkan kesalahan saya. Saya selalu memandu kereta dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga. Anak kecil saya suka bermain di stereng ketika saya memandu….Walaupun di larang isteri…kerana “sayang” saya benarkan dia bermain di pangkuan saya….isshhhh….syukur belum berlaku apa-apa…
satu lagi contoh membeli mercun di “pasar gelap” untuk anak-anak bermain (dekat nak raya)…
Kekadang kerana “sayang” tanpa berfikir atau tanpa common sense , kita terdorong membuat suatu keputusan yang membawa akibat buruk pada diri dan orang lain.
@daing,
Alhamdulillah… moga kesedaran ini merebak, berjangkit dan menjadi wabak yang menyelamatkan
Assalamualaikum ust.
Menjengah ke entri ustaz kali ini mengingatkan saya sebuah kisah dalam satu artikel dalam majalah i. Artikel yang ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus. Kisah benar berdasarkan analisa beliau sendiri.
Tragis kisahnya. Gara-gara tidak mematuhi arahan yang diberi semasa kecemasan akibat panik. Ceritanya lebih kurang begini seingat saya…
Sebuah kapal terbang yang sedang menjunam ke laut. Arahan pramugari dengan jelas supaya penumpang memakai tali pinggang keselamatan, memakai jaket keselamatan tetapi dilarang mengembungkannya sebelum berada diluar pintu kecemasan.
Akhirnya, sebahagian penumpang terselamat, sebahagian lain terkandas di dalam pesawat dan terbunuh. Siasatan mendapati sebahagian besar yang terbunuh bukan akibat hentakan atau kecederaan yang membawa maut; tetapi, mereka mati kelemasan apabila pelampung jaket keselamatan kelihatan terbuka semasa mereka berada di dalam pesawat lagi. Air laut yang memasuki celahan pesawat telah melemaskan mereka…
Gagal melepaskan diri akibat terperangkap di dalam kapal terbang
Mungkin mendengar dan memberi tumpuan kpd taklimat keselamatan memberi peringatan dalam menghadapi situasi cemas
-Apapun kisah yang sama saya ceritakan pada isteri semasa menaiki pesawat pertama dari LCCT ke Langkawi Februari lepas.
gaya penceritaan yang menarik. seakan memenuhi konsep Needham 5 phase dalam Ilmu Pendidikan.
salam….pandangan saya ustaz, terhadap kisah ni..rasanya seperti kasih sayang yang tidak bertempat
ustz,snanya sy x pernah dengar pn lg kes ni
first time dgr melalui ustz
tiba2 cuak plak nk balik..hehe
tp smuanye ALLAH yg tentukan
syukran ustz,entry yg sgt2 bermakna
BUAT SEMUA
aeroflot? penah gak naik dulu. ahaha. masa saya first time naik 3 tahun lalu, first yang saya notice adalah diorg ni begitu proud dengan bahasa diorg, sehinggakan penerangan keselamatan pun dalam bahasa Russia! Macamlah diorg tak tahu ada banyak tourist yang naik flight, but they all just assume that everyone knows russian language! =)
tu dulu la, sekarang ni tak tahu lah aeroflot camne, lama tak naik aeroflot. latest crash aeroflot adalah pada tahun lepas je, 15 September 2008, yang mana pesawat Boeing 737 mereka terhempas di pergunungan Ural menyebabkan kematian 88 orang. (http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/europe/article4751854.ece)
Sekarang ni suka naik company flight baru, S7, rebranding dari Siberian Airlines. Ala-ala macam AirAsia Malaysia, pesawat tambang murah. Comel2 lak tu dengan warna hijau+purple nya. =p
ps: statistically speaking, flying is still the safest form of travel!
@Leokid,
berharga betul, bila dapat komen daripada orang rusia sendiri
Dalam situasi di Russia betullah tu agaknya S7 menjadi alternatif terbaik “??????? ????????”
Cuma kalau ada lagi penerbangan guna flight Tupolev Tu-154 tu, anta naiklah keretapi ya akhi
[...] itu telah membawa cik adik manis ke neraka seperti yang diceritakan oleh Abu Saif dalam artikelnya:kasih ayah membawa ke neraka.Kita telah dibesarkan dengan filem P.Ramlee ‘anakku sazali’,adakah encik ayah masih [...]
assalamualaikum ustaz,
Saya agak kurang selesa dengan tajuk kasih ayah hingga ke ‘neraka’ kerna Tuhan yang tentukan kedudukan kita di akhirat nanti. saya sememangnya sangat cetek ilmu, tapi pada pandangan saya, sy merasakan agak kurang adil dengan tajuknya.
terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan selama ini
@kuda_kepang,
waalaikum al-salaam wbt.
seperti yang telah saya jelaskan, perkataan neraka itu ditulis dengan tanda ‘….’ iaitu ‘neraka’. bila ada tanda ‘…’ tu, maknanya neraka itu bukan neraka yang di akhirat tu, tetapi neraka dalam erti kata ‘bencana besar.
harap saya tak perlu ulang, ulang, ulang dan ulang.
kalau tajuk artikel BERCINTA SAMPAI KE SYURGA tak ada orang komen, sedangkan yang masukkan manusia ke Syurga ialah Allah, kenapa pula KASIH AYAH MEMBAWA KE ‘NERAKA’ jadi pertikaian? Sedangkan, memang kasih sayang yang salah, memanjakan anak hingga tidak dididik dengan agama, bisa menghantar anak kepada kemurkaan Allah SWT… sebagaimana kasih sayang yang betul, boleh membantu anak menuju keredhaan Allah…
harap tidak tergesa-gesa membaca dan membuat kesimpulan
Salam
Saya lebih tertarik kepada kisah corong oksigen. Kita dituntut untuk menyelamatkan jiwa kita dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. Saya teringat ketika megikuti kem BTN (Biro Tata Negara) antara mesej yang ditekankan adalah sayang diri kita dan selamatkan diri kita sebelum kita menyelamatkan orang lain. Juga, menurut fakta saintifik, bayi atau kanak-kanak mempunyai kadar fetal hemoglobin yang masih tinggi boleh bertahan lebih lama dari orang dewasa sekiranya berlaku kekurangan oksigen. Fetal hemoglobin mempunyai afiniti menarik oksigen lebih tinggi dari hemoglobin biasa. Jadi sekiranya berlaku kekurangan oksigen selaku orang dewasa perlu menyelamatkan diri kita dahulu dengan memakai corong udara terlebih dahulu sebelum diberi kepada orang dibawah jagaan kita.
@abusipenchuri,
Menarik fakta saintifik itu. Berguna. Cuma mesej BTN itu agak bercanggah dengan mesej apa yang Nabi saw bawa. Nabi mengajar Ithar (Mendahulukan/ mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri). Hingga dalam banyak kisah sirah Nabi dan para sahabat hinggakan di medan perang ketika hampir mati kerana kehausan masing-masing mendahulukan sahabat. Konsep sunnatullah dan syariatullah perlu selari. Fakta tentang oksigen dewasa dan kanak-kanak itu tepat malah tidak dapat disangkal dalam proses menyelamatkan nyawa. Namun mesej BTN itu yang saya tidak setuju. Allahua’lam.
bak kata pepatah sayang isteri tinggal2kan, sayang anak tgn-tgnkan.
meletakkan seseorg dibukan tempatnya boleh membawa padah. sekadar memberi pandangan.
[...] itu telah membawa cik adik manis ke neraka seperti yang diceritakan oleh Abu Saif dalam artikelnya:kasih ayah membawa ke neraka.Kita telah dibesarkan dengan filem P.Ramlee ‘anakku sazali’,adakah encik ayah masih [...]