Agar dirimu tidak mati dengan kematianmu, tinggalkanlah buku-buku sebagai warisan.
Itu yang sering saya fikirkan tatkala menatap kitab-kitab karangan ulama’ silam. Al-Imam al-Nawawi yang kembali kepada Allah pada usia yang muda, matinya tidak mematikan amalnya. Bukunya terus dibaca, dikaji, dijadikan panduan dan inspirasi hidup umat zaman berzaman.
Saya takut mati tanpa amal jariah. Mati yang memutuskan amalan dan ‘bantuan talian hayat’ 7 kaki di bawah sana. Justeru dalam apa sahaja agenda kehidupan, menulis buku mesti diusahakan.
Terima kasih kepada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. yang membantu saya. Bukan tidak ada syarikat lain yang melamar, tetapi Galeri Ilmu ringan tangan membantu saya dalam banyak hal termasuklah soal penghasilan manuskrip yang amat mencabar. Kelahiran buku AKU TERIMA NIKAHNYA pada April 2008, benar-benar menjadi batu penanda kepada keyakinan saya, bahawa dalam soal dakwa, keutamaan harus diberikan kepada usaha memberitahu manusia bukan apa yang kita tahu, tetapi apa yang mereka perlu. AKU TERIMA NIKAHNYA masih bergerak di pasaran sebagai ikhtiar kecil saya untuk membantu mengisi keperluan hidup manusia.

Bulan depan, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2009) tiba lagi.
Kali ini, Insya Allah saya akan bersama dengan Galeri Ilmu, melancarkan dua buah buku iaitu TRAVELOG TARBIAH: RINDU BAU POHON TIN dan siri susulan ATN iaitu BERCINTA HINGGA KE SYURGA.

Draf muka depan buku Rindu Bau Pohon Tin
Musim yang sibuk untuk penerbit, penulis dan pembaca. Pastikan anda memperuntukkan masa sebaik mungkin di antara 17 hingga 26 April 2009 akan datang. Insya Allah saya juga akan berada seperti biasa di gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd dan temujanji rasminya ialah pada jam 3 petang, Sabtu 25 April. Itu adalah temujanji rasminya. Pada kesempatan-kesempatan yang lain, saya akan menjenguk ke Pesta Buku dari semasa ke semasa dengan izin-Nya. Update akan dimaklumkan di blog ini Insya Allah.
Moga semuanya berjalan lancar.
Salam ukhuwwah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Tahniah ustaz.
eh nak pi la nanti !:)
tahniah ustaz, buku baru.
Saya di sekolah dahulu,setiap tahun akn pergi, dan tak pernah miss.
maklumlah, sekolah asrama tgh bndar, tiada masalah ke sana.
tapi tahun ini, dah habis sekolah, tapi tetap nak pergi juga.
tapi, kenapa ustaz datang hari terakhir?
masa tu sesak la ustaz, bagi la suprise utk early birds :p
@syazwan,
saya dah betulkan. silap sebab terkejar-kejar ke airport tadi. Insya Allah saya akan hadir (yang rasminya) pada sabtu 25hb april jam 3:30pm. hari-hari lain, Insya Allah mengikut kelapangan
salam ustaz. JB di mana?
Ada rezeki boleh jumpa ustaz. Saya di Skudai.
@ridwanto,
manalah tahu ada rezeki kita boleh berjumpa.
@ridwanto,
ana di M Suite Hotel mengadap Selat. Malam ni program habis 11pm. esok pagi balik KL flight jam 8:40. Ketat sikit jadualnya
@Abu Saif,
oh, begitu. ada orang hantar ?
naik di Senai kan ?
staff FELDA akan drop ana di Senai Insya Allah
Covernya kurang ‘meriah’, Ustaz. hehe
Zaman sekarang bukan lagi zaman ‘Don’t jugde a book by its cover’.
@ashraflatif,
thanks for the feedback.
memang kurang meriah dan ia hanya draf. akan finalised soon. do share some ideas if you have any…
salam,
moga berpeluang untuk bertemu dan mendapatkan “signature” ustaz yang “terkenal”…jadi kenalah lapangkan masa pada 26hb.April jam 3 petang tu,insyaAllah…harap ustaz bawa pen lebih…apepun tahniah ustaz!
wasalam
@abduljabbar,
janganlah tulis camtu.. saya nasihatkan janganlah rebut2 minta signature ustaz.. jumpa salam-salam dah la..
bukan apa..
sedih terkadang mengenangkan ada yang anggap ustaz buat buku, buat blog sebab nak popular.. nak meminta-minta
ikut hati rasa dan lempang jo orang tu.. ikut sodap dio yo ngatokan Ustaz.. (loghat nogori pulak)
@seoranghamba,
salam,maaf-maaf jika ia nampak cam “berat”…tidak bermaksud untuk menganggap ustaz mahukan “populariti” sahaja…ok~ok,akan ingat nasihat di atas,syukran…
semoga ustaz terus berkarya dan berkarya…
dan menghasilkan lebih banyak bhn bacaan yg bermutu dan bermanfaat…
walaupun cover ‘x meriah’, saya tetap nak beli! =) insyaallah
(mtk2 x hbs stok mcm ATN ye ustaz.=p)
hr tu kat Mph giant shah alam, trnmpk ada lagi 2 buku ATN terselit (celah2 tu buku kat bhgn bwh plak tu..),
trus saya habiskan. selama ni gi mana2 kdai buku mmg dh jrg nak jumpa buku ATN. insyaallah, buat bekal bagi hadiah kat kawan2 nak kawin. maklum skrg tgh musim org dirikan masjid..=) lgpun x smua diorg bukak laman web ustaz hasrizal..apatah lagi nak baca@ beli buku2 mcm ni.. insyaallah mdh2n jadi hadiah yg bermakna & ‘bermnfaat’ utk mereka…
Jom serang Pwtc April ni~
@kaki buku, awat hang tak serang pwtc sekarang je… ayuh perjuangkan nasib org melayu!!! Hidup melayu…
@mahasiswa,
ngehehe…
pagi tdi mmg de mundar mandir dpn pwtc tu, tp x smpt nak serang da kne serbu ngan kakak2 n makcik2 tudung pink n merah..hohoho =) kne balik amik gerombolan gak ah cmtu.xleh jadik sensorg nih
salam sheikh
ana tak dapat pergi kut…. kesibukkan tugas harian….
enta pos lah buku tu….
beritahu harga termasuk pos nanti ana masukkan dalam akaun enta…
@ustaz ajaq,
wsalam ostad… bawak le anak murid rombongan ke pesta buku ni.. dekat je kuantan tu dengan kl.
Buku baru dari ustaz…
amat dinanti-nantikan…
mabruk ustaz!
tak sabarnya nak beli ,harapnya banyak stok ya!
salam
yeah,looking forward to it! (“,)
Tahniah uztaz ada buku baru .
Ehhhh ustaz pun sokong kempen Earth Hour ,ye la sekarang ni
bumi semakin panas,tapi perlu diingat ye!!!
lihat artikel ni
http://zoompanas2.blogspot.com/2009/03/kempen-tutup-lampu-sejam.html
@Hot Zoom,
setiap malam, jam 12 malam semua rumah bergelap kerana tidur. pencuri masuk rumah, katak masuk rumah, macam-macam ada. harap kita berbijak-bijaksanalah berfikir bagaimana KEMPEN tu nak dilaksanakan.
excuses are delicious
@Abu Saif, Peringatan dari POLIS bukan POLIS CINTA
salam ustaz,
insyallah nak dapatkan buku di pwtc, harap jangan jadi macam tahun lepas 2x g tak ada stok, hampa sesangat. kena make sure buku ada stok
Apabila saya beritahu sahabat saya yang Ustaz akan keluarkan buku terbaru sewaktu Pesta Buku kali ini, terus dia bertanya, “Manual Cinta Haraki ke?”..huhu..saya jawab tak, buku lain.
Abang saya dulu pun ketika menatap entri tersebut terus bertanya saya, “Ustaz Hasrizal dah keluar buku baru ek, Manual Cinta Haraki tu,” Pun saya jawab tak, itu hanya gambaran sahaja.
Sekira-kiranya saya menjangkakan yang Ustaz sengaja meletakkan ‘kulit buku’ tersebut sebagai tarikan untuk entri tersebut bukannya tajuk buku terbaru,kan? Huhu, ada juga yang menanti rupanya…
@Husaini,
aha, subhanallah, thnx husaini. ‘manual cinta haraki’ la tajuk yg sy terpikir2 dr hr tu dan jugak pagi tdi. sbb mmg tringat ttg buku ni yg ustaz kata akn coming slps ATn kan?bagaimanakah ustaz?apakah critanya.
i’m looking towards it.huhu
2 buku sekaligus?? wah..tahniah ustaz!!
semalam saya turut berada di Audi Fakulti Pendidikan UM untuk mendengar kuliyyah ilmu ‘Aku, Dia dan….’
walaupun berat isu yg dikupas, namun ustaz berjaya menjadikan ia lebih ringan dan santai kerana diselit cerita yg melucukan..
sy suka pendekatan dakwah yg ustaz cadangkan inside-out..saya cuba dari masa ke semasa menjadi daie yg berkualiti bukan sahaja ada ilmu, kemahiran dan maklumat, tetapi yg lebih penting SIKAP..
sikap adalah sesuatu yg sukar diubah kerana menjadi kebiasaan..tapi jika kita berjaya memperbaiki sikap dari masa ke semasa ..insyaAllah secara tak langsung apabila kita menyampaikan dakwah, dengan mudah org lain mengikutinya kerana kita sendiri sudah menunjukkan contoh yg baik…:)
Salaam…Ustaz
Hope to see u there, moga2 ada rezeki, insyallah
Syabas ustaz. Ana pun hajat nak terbit buku, tapi tak terlaksana lagi. Nak jumpa di Pesta Buku jauh sangat di Kolumpo nun. Apapun doa dari jauh buat ust dan keluarga.
@Husaini,
Manual Cinta Haraki ialah salah satu tajuk bab dalam buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA kerana tajuk MCH itu tidak mencerminkan keseluruhan buku.
Aha, susah jugak bila buat gimik ni ye…
@noor,
Terima kasih saya ucapkan atas kehadiran semua. semoga bermanfaat. saya sedih sikit sebab semalam tidak fasih berceramah. keletihan barangkali. jadi dragging sampai habis lewat
Sabar menanti buah tangan ustaz seterusnya.
Du’akan, kami orang-orang muda islam, tabah ustaz.
Salam.
@iskandar,
disertasi ustaz dah layak jadi buku dah ustaz… elok dibuat sesuatu
bila kita nak jumpa2 lagi…
@Abu Saif, Insya allah ustaz. Sedang berusaha merintis jalan dalam menerbitkannya. Jazakallah atas dorongan ustaz
salam
ust
2 buku ust yg baru tu hanya ade di pasaran bermula pesta buku tu ke?
or dh ade dh skrg?
ana student overseas
balik msia kejap atas urusan
balik uk before pesta buku tu
mcm mane ye bleh ana dptkan buku ust yg baru ni
harp ust dpt bantu
wassalam
tahniah utk buku baru..
err.. ustaz, ATN masih dipasarkan lagi eh. sbb susah la nk jumpa… wpun dah 3 tahun kawen, tp still bagus utk tambah ilmu kan..
@yushida03
buku ATN byk kat kedai2 buku…. kalo kat shah alam semua kedai buku ada buku tu…
saya pun tertunggu buku manual cinta haraki ustaz…
rupa2nya tp satu bab je…..
insyaallah saya akan beli buku BERCINTA HINGGA KE SYURGA……
lagi elok kalo MCH tu buat satu buku….
@Prince of Andalus,
oh.. yer ker.. bukan rezeki kot.. asyik masuk kedai buku yg takder.. lepas ni jumpa la tu eh. doa2kan lah.. amin.
ustaz,
theme wordpress ni x support gravatar ek????
salam..
ustaz..boleh ke nak tanya agak baper harga buku yg bakal keluar nih..
hehe..tengah congak2 bajet nih..
apapun alfun mabruk..moga pencerahan terus menerus berlaku..
yup, dpt gaji arini..dah budget rm400 nk borong buku kt KLIBF tu nt..heheh..bkn beli ntk diri sendiri je, nk beli as hadiah untuk mak, ayah, adik2, abang, sepupu, kwn2, cekgu, opismate, boss, etc..
silap2 terlebih expenses..huhuhu =D
Teruskan perjuangan misi da’wah ustaz melalui penulisan..
Tahniah ustaz atas dua buku terbaru. Memang menulis adalah ibarat ‘eternal’, satu keabadian untuk sebaran ilmu untuk generasi mendatang, ustaz memberikan inspirasi untuk menulis Insya Allah
.
Wah….
Salaam…ustaz baru berjinak2 dengan tulisan ustaz, selain dapatkan buku ustaz di KLIBF, rasanye di galeri ilmu ada kan…takut tak sempat nak dapatkan di pwtc…jadi rasanya, akan beli terus kat galeri ilmu.
Terima kasih atas tulisan bermanafaat ustaz, banyak memberi panduan, semangat bagi insan yang pernah kecundang dalam hidup seperti saya,doakan saya ya ustaz…
Salam…
salam ustaz….
klu boleh pas2kan la buku2 karangan ustaz tu kat kami u.k nih…melalui sahabat/ah Dublin ker….klu gi program mintak la adik2 tu bwkkan buku2 tu…teringin sgt nk baca ATN…skrg dah ade yg baru plk…alamak bnyknyer dah ‘termiss’…ana suka penulisan ustaz…willing utk continue membaca entry2 ustaz dlm blog pun dh berkobar2 inikan plk klu ader koleksi buku2 tu…masyaAllah bagusnyer….
SELAMT MAJU JAYA USTAZ DAN ZAUJAH JUGA ANAK2 TERCINTA!!
Assalamualaikum ya abu saif.
Tajuk buku yg menarik ustaz. “Rindu Bau Pohon Tin”. Bila keluar ustaz? Dekat KLIBF ada jual tak?
p/s: agaknya mcm manala bau pokok tin..teringin nak cium sendiri..
Assalamualaikum..
tahniah ust..tak sabar nak menanti buku keluaran baru ust..
lepas ni mesti saya tak abis-abis promote buku ust k sahabat2..
A’aa la ust..cover dia klu renew lg mesTi lebih menarik..
klu draf skrg tu, nampak gelap sikit..
Salam
Tahniah atas buah tangan terbaru! Moga manfaatnya melimpah.
p/s: Komen orang yang tak pakar dalam design kulit, judulnya macam terlalu besar/ makan ruang.
@FahdRazy,
setiap komen / feedback antum, dibaca dan insya Allah dimanfaatkan oleh pihak penerbit. terima kasih atas pandangan-pandangan yang diberikan
salam ustaz, tahniah!
cover nya kurang menarik..rindu bau ohon tin, tapi mcm dalam hutan tropika je..gelap, tak meriah.
patut gmbr padang pasir yg dibesarkan..bersama pohon tin.
p/s: cuma pandangan..he
Salam.
Menarik dari segi penampilan kulit.
Pohon tin selalunya sesuai dengan suasana padang pasir. Kalau hutan rimba sesuai dengan balak dan paku pakis.
Pandangan masing-masing. Tak semestinya hukuman pada kulit buku itu termasuk juga bukunya. Tidak begitu.
Walau apa pun, masa itu yang penting, untuk menyiapkan buku dengan kos yang murah, masa yang singkat dan mahu memaksimumkan jualan perlu memikirkan masa dan kos untuk mendesainkan semula.
Ustaz, semestinya sudah masuk mesin cetak kan?
Tahniah. Alf Mabruk.
salam.. minta maaf ustaz, keluar tajuk sikit.. sy nk mnta tolg ustz atau shbt2 rekemenkn buku ttg anger management utk sy. ada ape2 cdgn? sy bnr2 xdpt kawal kemarahan sjk setahun ni.. risau..
btw, tahniah ustaz ats buku baru. insyaAllah blk mlysia nnt sy beli.
Tahniah Ustaz
salam…
ana tengok cantik je dah ustaz cover tu..cuma tajuk la agaknya bagi gramatis sikit…
Saya suka cover tu, kali pertama tengok dah kata, “Cantiknya…”, cuma tajuk “Rindu Bau Pohon Tin” “kureng” sikit. Sekadar pandangan…
Alhamdulillah,
Semoga ketemu ya Ustaz..
Tahniah Ustaz. Insyaallah buku saya juga akan di pasarkan di Pesta Buku nanti. Moga memberi manafaat pada umat.
Kembara bersama individu-individu yang kental memperjuangkan hak rakyat dan alam sekitar dalam kerangka yang jelas, telah menghasilkan buku pertamaku ‘Suara-Suara Terpendam : Masyarakat Tertindas, Pembangunan Tempang dan Alam Musnah’.
Buku Yang diterbitkan oleh Pustaka Yamien dan KOMUNITI ini di harap mampu memberi sumbangan kecil dalam pengislahan masyarakat dan pembelaan masyarakat tertindas serta pemuliharaan alam yang musnah.
http://www.pondokbukukita.blogspot.com
salam ustaz..
tahniah2..
saya tdk pernah pergi pesta buku antarabangsa…
teringin gak nak pergi..
tapi jauh sgt…
selalu kan buat kt KL ..
lain kali mungkin kalau ada rezeki saya pergi….
salam ustaz..dah lama x p pesta buku.. tapi pesta buku april ni xleh p jgk. time exam la pulak..emm x da rezeki..
salam ustaz..confirm saya nak beli buku ustaz nanti..ATN ni pun tak abis baca lagi..asyik berebut-rebut dengan roomate ni haa..buku banyak..tak terbaca-baca..huhu..saya pun teringin nak tulis buku macam ustaz..bagi manfaat untuk orang lain..bestnya..! Terus berjuang ustaz!
p/s:moh le kite balik perak..gi mendaki bukit
salam.
kepingin saya nak ke pesta buku..2 tahun berturut2 ketinggalan.
tajuk buku ustaz ni macam menarik. pohon tin byk tumbuh melata di negara arab. adakah ustaz nak mencoretkan pengalaman tarbiyah ustaz sepanjang bermusafir di perantauan? (curious)
ustaz, bila buku ustaz dah keluar di pasaran, ada perkhidmatan penghantaran ke uk tak? huhu
selamat bermujahadah . moga coretan mata pena menjadi bekalan bermakna untuk ummah.
ENTRI INI BERSAMBUNG KE http://saifulislam.com/?p=5103