
Aku Terima Nikahnya (ATN) pergi terlalu jauh.
Terlalu melebihi jangkaan saya, malah mungkin penerbit sendiri.
Hingga sukar mengejar permintaan pasaran dan saban masa keluhan datang pada kesulitan mendapatkannya.
Penerimaan yang begitu menggalakkan terhadap buku ATN, adalah bukti bahawa persoalan cinta adalah persoalan yang besar. Mungkin ada sebahagian pembaca membeli buku ATN kerana mahu mencari formula cinta, tetapi akhirnya yang ditemui adalah hala tuju sebuah kehidupan. Cinta hanyalah terjemahan kepada pelbagai peristiwa dalaman yang berlaku di susuk tubuh seorang makhluk bernama manusia.
Sesungguhnya ATN hanya satu permulaan.
Bukan sekadar permulaan buat pembaca yang membacanya. Tetapi permulaan kepada saya selaku penulisnya. Banyak dimensi cinta, rumahtangga, keluarga, dan perjuangan di gelanggang Baiti Jannati yang Allah Subhanahu wa Ta’aala tontonkan kepada saya, pasca Aku Terima Nikahnya.
Setahun selepas pelancaran ATN, adalah setahun yang meributkan jiwa dan minda saya. Tatkala manusia terasa dirinya tiba ke matlamat dengan lafaz Aku Terima Nikahnya, rupa-rupanya ia hanya satu permulaan. Langkah pertama sebuah perjalanan luar biasa untuk manusia Bercinta Sampai ke Syurga.
Nantikan pelancaran buku Aku Terima Nikahnya ’2′ bertajuk BERCINTA SAMPAI KE SYURGA pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 17 – 26 April 2009 akan datang. Insya Allah.
Kali ini perasaannya mungkin berbeza. BERCINTA SAMPAI KE SYURGA adalah suatu pelayaran di tengah lautan tanda tanya, tentang realiti sebuah kehidupan berumahtangga. Lautan yang adakalanya hening dan damai memercik bahagia, ada masanya pula dilanda ribut taufan yang bisa menenggelamkan manusia yang cuba menduga laut cinta dengan kail yang kadar sejengkal.
Realiti yang lebih menguji dua kaki yang memijak bumi, juga tangan yang menggapai awan.
RINDU BAU POHON TIN

Semasa turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, saya terhidu sesuatu.
Dalam merah senja terbenamnya mentari di bumi Qatar, hembusan angin membawa suatu aroma yang amat saya kenali. Baunya tajam menusuk jiwa, harumannya pantas mengheret saya ke dekad silam yang penuh kenangan.
“Demi buah Tin dan demi buah Zaitun…,” demikian sumpah Allah di dalam Firman yang agung.
Buah yang menjadi simbol Dataran Syam, bumi Palestin.
Setelah lama tidak menjejakkan kami ke bumi Arab, kunjungan saya ke Doha juga Dubai, telah membuka hati saya kepada sebuah kerinduan. Bukan merindukan cinta, bukan mengkhayalkan impian. Tetapi rindu kepada sebuah perjalanan Tarbiyah yang penuh suka dan duka, senang dan susah. Kembara anak rantau mengejar ilmu dan cita-cita di Dataran Syam…
Saya merindukannya.
RINDU BAU POHON TIN.
Buku pertama saya dari siri Travelog Tarbiyah ini Insya Allah bakal dilancarkan juga pada musim Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan datang. Jangan lupa untuk mendapatkannya, kerana ia adalah sejuzuk daripada kehidupan saya, yang saya kongsikan bersama pembaca dalam semangat Erti Hidup Pada Memberi.
PROMOSI
Insya Allah, saya juga akan mengisi sesi Wacana Buku bagi mengupas buku Bercinta Sampai ke Syurga yang akan dikendalikan oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin (ikim.fm). Turut serta di dalam sesi ini adalah Ustaz Zulramli Hj Razali bersama bukunya U-Turn ke Jalan Lurus. Sesi ini akan diadakan di pentas utama ruang legar PWTC pada Sabtu 25 April 2009 jam 11 pagi.
Seterusnya saya dijemput untuk hadir bertemu dengan pembaca di gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd pada hari yang sama, jam 3 petang.
Para pembaca semua dijemput hadir ke kedua-dua sesi tersebut.
Semoga semuanya berjalan lancar. Saya juga ingin mengajak pembaca untuk mendoakan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Subhanahu wa Ta’aala untuk dikurniakan kepada sekalian warga kerja Jabatan Buku dan seluruh warga Galeri Ilmu Sdn. Bhd. yang sedang bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan yang bakal dipersembahkan di Pesta Buku nanti. Allaahumma Yassir wa Laa Tu’assir ya Kareem…
Semarakkan dunia buku, agar ummah meningkat mutu.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Mencipta…”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor






Assalamualaikum..
Tahniah ustaz..dengan izinNya jua dapat menerbitkan buku-buku itu..saya antara pembaca dan peminat tulisan-tulisan ustaz..sangat teruja menantikan KLIBF akan datang ni..tapi, nampaknya macam tiada rezeki untuk ke PWTC pada 25 April, memandangkan kami pelajar-pelajar farmasi tahun akhir ni akan bermula peperiksaan akhir pada 26 April..apapun, insyaAllah akan mendapatkan buku-buku terbaru ustaz..
“Rindu Bau Pohon Tin dan ATN 2″..=)
salam..
tak sabar rasanya menanti dua buah karangan terbaru ustaz..sesuai bagi saya yang akan menempuhi alam universiti hujung april akan datang..semoga kita semua dapat memanfaatkan buku2 ini dengan sebaik2nya..tahniah kepada ustaz atas kelahiran dua anak kembar ini (^_^)
ostad, saya orang yang tak pernah mendalami mana adab-adab berilmu secara serius. apakah orang seperti saya ini layak untuk menerima (menghadam) kandungan wacana buku-buku ostad itu?
Salam Ustaz..,
Tengok tajuk saja ..sudah terpikat.. Rindu Bau Pohon Tin
memang terasa rindu nak dapatkan buku nie..
dan merasa baunya pohon tin .. moga mendapat manfaat semua.
akan diusaha khatam buku nie nanti.
i wish.. i’ll be there, tapi apakan daya…jauh terperosok dari tanahair.
semoga ada ‘orang’ yg dpt menyampaikan hajatku untuk memiliki dua lagi ‘buah tangan’ dari abu saif di pesta buku itu nanti. ameen2 ya rabbal alameen..!!!
jika tidak dapat memperolehinya dengan kadar yg pantas, akan ku redah lautan ‘badai’ tika diri ini berada di tanah air kelak. ameen2…=)
assalam ustaz..
ana kini sedang belajar di jepun..
macam mana bagi kami golongan yg sedang berada diluar negara ini untuk mendapatkan buku ustaz?
selalu mendapat bau pohon sakura,
hajat di hati nak mencuba bau pohon tin pula.hehe
kami tidak mahu ketinggalan.huhu
jzkk ustaz
@haziq,
kami di jakarta bau asap bajai..hehe.
tak sabar nak balik Malaysia,nak dapatkan juga buku tu.InsyaALLAH
@muhaimin, kami di UK menghidu bau pohon krismas..tapi langsung tak dak bau…
so kalau ustaz boleh usahakan buku ini dijual online alangkah bagusnya
salam ustaz…
kalau diizinkan Allah…
berjumpa kita di sana nnt
teringin memiliki kedua-dua buku ustaz tu…
beserta autograph skali yaa…
huhu
salams ustaz,
saya tahu buku ATN1 memang mendapat sambutan hangat. Jika pihak pemasaran ada berniat untuk mengeluarkan edisi combo ATN1 dan ATN2 dalam satu harga combo selepas ini mesti sangat menarik!
Mungkin cadangan jangka masa panjang, selepas promosi ATN2 selesai. Saya pasti masih ramai diluar sana (termasuk saya) masih tidak mempunyai buku ATN1. Terhangat di pasaran~.
Salam dear Ustaz,
Alhamdulillah dan tahniah buat Ustaz !!
Akak menanti untuk membeli buku2 baru Ustaz secara online sebab tak berkesempatan untuk turun ke KL masa pesta buku tu nanti .
keluar dah yang ditunggu-tunggu….memang menarik kulit buku-buku nih…naikan mood nak mebacanya. moga semua pun dapat manfaat isinya jugak.hurm, biler la nak dapat baca buku-buku nih….
Tahniah Ustaz kerana berjaya menghasilkan buku-buku terbaru. Internet is surely a powerful marketing tools. Ramai peminat setia saifulislam.com menanti-nanti hasil nukilan Ustaz dalam bentuk hard copy. Semoga maju jaya dengan izin-Nya.
Aku Terima Nikahnya ‘2? bertajuk BERCINTA SAMPAI KE SYURGA: siapa penulisnya untuk buku ini?
Tahniah ustaz atas terbitnya 2 lagi buku baru. Moga dapat dikongsi manfaatnya bersama pembaca. Syabas
Salam Ustaz,
Memang amat dinantikan buah tangan Ustaz yang terbaru. Saya memang mengharapkan nukilan Ustaz berkenaan kembara hidup Ustaz di perantaun. Nukilan ‘Cinta’ Ustaz juga akan saya pastikan untuk dimiliki. Secara jujurnya, artikel tentang ‘Cinta’ serta buku ATN nukilan Ustaz banyak membantu saya menambahkan rasa cinta dalam hidup berumahtangga. Terima Kasih dan Tahniah buat Ustaz.
Kuliah di Al-Nidda pada 1 April amat memberi impak yang baik pada saya. Amat terkesan dengan kata-kata Al-Imam Syahid Hassan Al-Banna :-
” Ku alu-alukan hadirin semua dengan alu-aluan yang datang daripada Islam. Kata-kata aluan yang penuh dengan dengan kebaikan dan keberkatan. Kata-kata aluan yang datang daripada ALLAH SWT. Manusia menyebutnya sebagai ADAT, tetapi aku menyebutnya sebagai IBADAT, ASSALAMMU’ALAIKUM WARAHMATULLAH”.
Terkesan sungguh, dalam keadaan lafaz salam dan tahmid diucapkan di mana jua secara ADAT , tapi kata-kata Hassan Al-Banna terasa betapa indahnya lafaz yang sepatutnya menjadi sebagai IBADAT . Teima Kasih Ustaz atas perkongsian.
Tahniah Syeikh,
Ana tumpang gembira, pengalaman anta tersebut diterjemahkan dalam sebuah buku. Lebih luas dapat dikongsi oleh para pembaca.
Salam.
wah2!melihat kepada cover page buku bercinta sampai ke syurga sudah tertarik!saya harap dpt copy ustaz cetakan pertama.
Semoga dipermudahkan semuanya!
Tahniah ustaz kelahiran buku kedua..mabruk!
Ana lebih berminat membeli buku-buku anta melalui pos. Ana order dan masukkan duit. Bagi tahu anta. Kemudian anta poskan. Siap dengan autograf lagi. Cam prof kamil http://muhdkamil.net/kehidupan/ buat.
Boleh?
assalamualaikum ust…
tak sabar menantikan kemunculan bercinta sampai syurga dan juga rindu bau pohon tin…
tak sabar menerima didikan dari kedua2 bukunya sptmna didikan yg diterima dr ATN…insyaALLAH..
mabruk atas kelahiran 2 ‘cahayamata’ skaligus..=)
salam. ustaz.
huhu… saja tanya, tak da buat promosi, beli 3 buah buku, dapat diskaun.
@mujahidhisyam,
hehehehhe… hahahhaaaa..
kalo de diskaun, ana nak jgk!!
Tahniah ustaz,
kerana berjaya menghasilkan buku-buku yang bermutu..
Ntah kenapa ungkapan ustaz mengenai hembusan angin Doha yang membawa aroma pohon tin itu..membuat saya terfikir sebaliknya.
Bagaimana ya perasaan rakyat Malaysia yang bekerja di sana yang meninggalkan keluarga, apabila menjejakkan kaki ke KLIA dan menghidu aroma kehijauan alam segar,angin pantai, bau tanah subur di kampung, bau rumput dipagi hari – selepas dipotong/ditebas..
Kalaulah saya berkeupayaan menulis seperti ustaz.. MasyaALLAH
Tahniah sekali lagi dan semuga terusan memberi..
Alhamdulillah, pada pandangan akak masyarakat sekarang benar2 memerlukan panduan terkini untuk memberi response kepada challenge semasa terutama menghadapi suasana pelajar2 kurang berinisiatif dan lesu serta keadaan rumahtangga yang tidak lagi dibentuk dengan isteri berada di rumah atau pembantu rumah penduduk tempatan…pendek kata…YOUR BOOK IS TIMELY AND INSYAALAH EVERGREEN…kerana yang diutarakan bukan solution tetapi mengurus cara berfikir!!!
@Kak Ija, Tahniah dan syabas
Alf Mubarak wa Jazakallahu Khayral Jaza’ kepada ustaz yang tak kenal erti lelah dan tak bakhil untuk memberi.Insya-ALLAH saya akan usahakan utntuk ketemu ustaz di KLIBF nanti.
***Actually tgh budget saving sekali keluar 2 pulak “pisang goreng” panas dari ustaz….huhuhu
x sbr nk bace yg baru tu..hope sempat pergi n dapatkanla..sebab tgh study week ms tu…
Mabruk..akan didapatkan..harapannya dapat la
kena minta jasa baik mereka di msia nampknya..
Mga2 sempt..Syabas sekali lagi
Tahniah dan syabas ustaz.
assalamualaikum ustaz,
rasanya ramai sahabat2 di Mesir yang teringin nak memiliki buku2 ustaz ni..tapi macamane?
salam..ye ustaz, saya bersetuju dengan afzan21.
Bagaimana kami nak mendapatkan buku-buku tersebut?
Tahniah Ustaz, moga Allah memberkati usaha ini. Mungkin sahabat2 yg telah telaah buku2 ni oleh beri some feedback/inputs moga manfaat pd mereka yg tak ade access at this time.
salam.
tahniah ats penghasilan 2 buah buku. moga kaki dapat petik buah2 ilmu ustaz, untuk kami bajai dalam medan dakwah.
tahniah ats penghasilan 2 buah buku. moga kami dapat petik buah2 ilmu ustaz, untuk kami bajai dalam medan dakwah.
Assalamualaikum wbt
Saya di luar negara, soalan saya; bagaimana mahu mendapatkan buku-buku tersebut dari overseas?
Terima kasih.
salam…
tahniah ustaz di atas penghasilan 2 buah buku ..
tidak sabar rasenya utk mendptkannya….
salam…
sy lom penah g bace buku2 ustaz….
tapi sure punye la ustaz nye buku best@@
all da best ustaz!!
mana nak cari buku nih. kat popular ade ke
ATN 1 dah keluar lama. Dan ada di MPH dan toko2 buku yg lain.
ATN 2 belum keluar lagi.
salam…ustaz, if saya nk save or copy paste ilmu yg sy dpt dr blog ustaz ni bley dak??? saya suka dgn info2 kat cni… bernas n quality yg mbuatkn sy t’buka pikiran n minda…saya dah beli dl ATN, ni nk beli ATN2 ngn RBPT tu xtau nk mcmn..sbb sy bkn kt msia…rs rugi je xdpt g pesta buku tu nnt!!!
dl lmbt gak dpt beli ATN, tp la ni kalu bule xnk la tlmbt mcm dl..kalu bule nk jd yg pertama dpt ilmu dr buku2 tsb… karangan ustaz sgt menarik dr segi pengalaman (jln cerita), olahan ayat dan pengunaan bahasa… thanx ustaz dah byk bagi ilmu kat sy…
wassalam…
Harapnya buku tersebut akan segera berterbangan ke bumi kenyalang..bumi bau terubok masin…hehe
salam ziarah..
yeah2, yg ditunggu telah pun tiba..!
kali ni harapnya, tak ada la pula penulis sendiri tak dapat bukunya mcm ATN yg lalu..termasuklah pembeli2…hee…
TAHNIAH ustaz! hopefully, jadi bestseller ATN2 & RBPT..
see all of you at KLIBF ’09 !!
ustaz, cover Rindu Bau Pohon Tin tu da finalise ke??
salam ustaz..
ana nak beli buku bercinta sampai ke syurga secara online..
boleh ker?
Tahniah dan syabas kepada Ustaz yang terus dapat mebuku dan memblog ilham yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Asa.
Bukan satu proses mudah, menapis keadaan dan penceritaan yang dirasakan tidak sesuai untuk dipaparkan demi halatuju perjuangan.
Jauh lebih mudah mungkin, sekiranya kita hanya menjadi pembungkus atau penyampai kepada segala peristiwa yang berlaku, tanpa perlu usalan selaras halatuju.
Kekhuatiran saya ialah kegagalan kita merakam secara menyeluruh keadaan sebenar, disebabkan persepsi kita terpaku ke atas halatuju kita sahaja.
Halatuju ‘bercinta sampai ke Syurga’ memerlukan elemen ketenangan, yang terkadang membunuh elemen kebenaran.
Sudah pasti ianya pahit untuk diterima, sepahit menerima bahawa Carakerja Haliq adalah jauh berbeza dari cara kerja Mabkhluk, terutama manusia.