
Warga Donnybrook Street. Dari kiri: Ijat, Jasrul, Shahrul, Nuzaimin dan saya
“Hello!!!” jeritan kedengaran dari luar rumah.
Terkejut saya dibuatnya. Disebabkan oleh suhu bilik saya di loteng agak sejuk, malam itu saya tidur di ruang tamu di tingkat bawah.
Siapa pula yang mengetuk pintu malam-malam buta begini.
Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.
“Sorry mate, I’m your neighbour next door. Ashley didn’t answer me. The key is with her!” kata lelaki Irish tersebut di muka pintu.
Saya mengangguk-angguk faham.
“I need to go upstairs and knock the wall. Ashley’s room is on the third floor!” sambung lelaki tersebut.
Beliau terus meluru masuk menaiki tangga.
“Hey!” saya tidak sempat menahan beliau. Kasut harus dibuka terlebih dahulu, mate!
Saya menutup pintu dan terus mengikut lelaki tersebut naik ke tingkat atas rumah kami di Donnybrook Street.
“Ashley! Ashley! It’s me, Jim. Wake up, you #$%@…!” lelaki tersebut mengetuk dinding di bilik Jasrul. Mulutnya mencarut-carut bagai menyimbah minyak ke api Neraka.
“Apa halnya tu, ustaz?” Ijat pun terbangun sambil menggosok mata.
“Entahlah mamat ni. Dia kata dia jiran kita. Kawan dia si Ashley tak bangun-bangun” saya pun masih ‘mamai’. Antara tidur dan jaga.
“Jiran kita? Tak pernah tengok pun muka dia ni. Ustaz… mamat ni mabuk laaaa!” Ijat menolak bahu saya.
“Hah.. mabuk. Agak dah!” saya mula panik.
“Mate, mate… your Ashley is not there. You’re drunk!” Jas cuba menyedarkan budak Irish tersebut.
Beliau pun nampaknya kebingungan. Puas saya, Jasrul dan Ijat menghalakan beliau ke bawah untuk keluar. Bau mulut dan pakaiannya sungguh memualkan.
“Okay, go home mate. Wherever!” saya menutup pintu rumah.
Lelaki Irish tersebut terus berjalan. Beliau tidak pun ke pintu rumah sebelah, sebaliknya terus melangkah menyeberangi Lisburn Road ke arah Wellington Avenue. Kami hanya menggelengkan kepala. Mengurut dada, menarik nafas lega.
“Ustaz… macam mana ustaz boleh buka pintu bagi mamat mabuk tu masuk?” Ijat bertanya sambil tersenyum.
“Ishh, entahlah. Ana pun antara hidup dan mati. Selamba sahaja buka pintu. Tak fikir pun apa-apa” saya mengeluh.
Menyesal.
Mujur tak jadi apa-apa.
FRIDAY NITE

Meninjau ‘manusia hilang akal’ di Irish Friday Nite – Donegal
Itulah Belfast pada setiap Jumaat malam Sabtu. Friday Nite, kata orang Irish. Jumaat malam Sabtu adalah malam semua orang lupa diri.
Saya masih ingat, semenjak tinggal di London lagi, Jumaat malam Sabtu memang menakutkan. Di kawasan seelit High Street Kensington pun, boleh ada wanita profesional bertelanjang di lampu isyarat kerana mabuk. Memalukan! Balik kerja dengan menaiki Underground, orang mabuk bergelimpangan, muntah di sana sini. Sungguh memualkan.
Keadaannya lebih buruk lagi di Ireland. Bak kata seorang American di dalam filem Angela’s Ashes, “lipas pun kaki mabuk, kalau bangsanya Irish!”
Jika ada orang masih mempertikaikan mengapa agama mengharamkan arak, saya dapat menyaksikan betapa besarnya hikmah akal manusia ini dipelihara. Apabila fungsinya dihilangkan dengan mabuk, manusia berubah menjadi haiwan. Tiada maruah dan harga diri.
Sering sahaja di subuh Sabtu, apabila saya menuju ke Masjid, saya akan dapat melihat ada Irish yang tidur di perhentian bas, berbaring di depan pintu, malah ada yang lelap di dalam longkang dan macam-macam lagi permandangan yang menjelekkan. Lelaki atau perempuan… sama sahaja.
Irish dan mabuk… adalah dua subjek yang beriringan. Bagaikan aur dengan tebing.

Malah tarikan utama pelancong asing ke Ireland, sama ada Utara mahu pun Republic, adalah Irish Pub. Jika ke Dublin, nostalgianya ialah pada melawat tempat lahirnya Guinness Stout di St. James’s Gate Brewery yang gergasi.
Kadang-kadang mahu membeli cenderamata Irish pun susah sebab semuanya ada lambang Guinness.
KESAN ARAK DAN IRELAND
Kuatnya pengaruh beer seperti ini kepada Irish, mencatatkan beberapa perkara penting dalam hidup saya.
Semasa bertugas di Belfast Islamic Center, saya sering dikunjungi oleh seorang lelaki Irish yang sangat berminat dengan Islam, tetapi menghadapi masalah dengan arak.
“Saya tidak mahu menjadi muslim yang berdosa kerana meminum arak. Tetapi dari segi jiwa, saya anggap diri saya adalah seorang Muslim” kata lelaki tersebut. Michael namanya, kalau tidak silap saya.
Memang jiwanya sudah Islam. Beliau mempunyai kefahaman yang jelas untuk menghuraikan di manakah Islamnya diri beliau. Kepercayaannya kepada keesaan Allah, kerasulan Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan ketulenan al-Quran sebagai kalam Tuhan, semuanya diyakini dengan sepenuh hati. Cumanya, beliau takut untuk melafazkan Syahadah kerana tidak mampu membayangkan kehidupan tanpa arak. Juga takut menjadi Muslim yang berdosa.
“Menjadi Muslim yang berusaha memperbaiki kelemahannya minum arak, lebih baik daripada kamu kekal begini” saya melayan persoalan beliau ketika berbual di pejabat masjid.
“Apabila kamu menjadi Muslim, yakinlah bahawa dengan sendirinya kekuatan itu akan datang. Take it easy, one by one!” saya dan Jamal, Presiden masjid, tidak jemu-jemu memujuk beliau. Sudah setahun lebih beliau dilema sebegitu.
Saya akui, memang sukar untuk orang seperti Michael berpisah dengan arak. Dalam suasana seperti inilah, penting untuk kita menentukan prioriti di dalam dakwah.
FITNAH DUDUK DI IRELAND
Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2004, saya selalui melihat orang minum arak di kaki lima Bukit Bintang. Pemandangan biasa.
Tetapi perasaan saya tersentak pada suatu hari…
“Astaghfirullah. Macam mana boleh tak rasa apa. Ni yang minum ni, bangsa Melayu, orang Islam. Bukan Irish!” saya tergamam dan berhenti seketika di depan Lot 10.
Saya beristighfar dan mengurut dada. Dek kerana terlalu biasa melihat orang minum arak, sensitiviti saya terhadapnya terhakis. Hingga apabila saya melihat bangsa seagama sendiri minum arak, hati saya tidak tergerak untuk mencelanya. Tak perasan!
Inilah fitnah hidup di luar negara. Apatah lagi di negara seperti Ireland.
Hal inilah yang saya pesankan kepada pelajar yang mengikuti kursus pre departure sebelum berangkat ke luar negara. Saya mahu mereka serius dalam melakukan muhasabah diri dari semasa ke semasa ketika berada di perantauan, kerana tercalarnya iman… berlaku tanpa disedari. Alangkan imam masjid pun boleh tanpa sedar hilang sensitiviti dek kebiasaan dan persekitaran. Apatah lagi jika kalian menjauhi masjid dan suasana iman!

Kesedihan di hati saya bertambah-tambah lagi apabila melihat Irish Pub tumbuh satu demi satu di negara sejauh Malaysia. Segala yang ada di tempat orang, semuanya mahu dibawa ke sini. Fitnah hidup di luar negara, tiada bezanya lagi dengan hidup di negara sendiri.
Mahu terpengaruh dengan budaya clubbing, tidak perlu ke London, Dublin atau Sydney.
Di Bukit-bukit sekitar Lembah Kelang, segalanya sudah sebati dalam budaya.
KES KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

Kita boleh berbincang tentang persoalan teknikaliti kepada perlaksanaan hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang atas kesalahan meminum arak secara terbuka di sebuah pusat peranginan di negeri tersebut.
Menghormati Ramadhan.
Tiada tukang sebat yang mahir.
Malah memang ada keperluan dalam menentukan sama ada perlaksanaan hukuman ini ke atas Kartika menggunakan peruntukan hukum HUDUD atau pun TA’ZIR kerana memang wujud khilaf yang nyata dalam hal ini. Ia penting untuk menjustifikasikan 6 sebatan tersebut. Jika Hudud, ada kadarnya yang tetap. Jika Ta’zir maka denda dan jumlah sebatan terserah kepada budi bicara Hakim.
Sama ada ia hukum Hudud atau Ta’zir, ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada persepsi kita terhadap kesalahan meminum arak. Ia tetap suatu kesalahan, dan kesalahannya bukan soal hak peribadi semata, kerana mudaratnya melata.
Tetapi tindakan menteri-menteri, NGO seperti Sisters in Islam mempersoalkan kewajaran dan nilai keadilan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang itu, adalah suatu sikap yang bukan sahaja membelakangkan hukum agama, malah boleh dikategorikan sebagai Contempt of Court (mempertikaikan keputusan Mahkamah).
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenengahkan pelbagai spekulasi yang hanya bersifat andaian dengan mengutarakan kebarangkalian Kartika dihukum sedemikian rupa oleh Hakim kerana beliau seorang perempuan. Beliau juga mengandaikan bahawa Kartika menolak untuk mengemukakan rayuan kerana mungkin trauma dengan kejadian tersebut. Demikian juga persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir di blog beliau yang bernada meremehkan keseriusan tindakan menyekat jenayah minum arak ini.
MAHU TAHU SOAL ADIL
Apakah adil pesalah laku minum arak seperti Kartika dikenakan hukuman keras?
Tanyalah kepada keluarga mangsa-mangsa yang mati akibat dilanggar pemandu yang mabuk.
Tanyalah kepada wanita-wanita yang didera oleh suami yang kaki arak, apatah lagi jika anda seorang feminis!
Tanyalah kepada Pak Haji berketayap yang menanggung malu apabila terpaksa disoal oleh doktor tentang dosa silamnya tatkala datang ke hospital dengan penyakit hati yang pasti bersangkutan dengan arak.
Tanyalah kepada pihak hospital, khususnya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, berapa peratuskah kes kemalangan dan sakit yang dirujuk ke hospital adalah bersangkutan dengan arak?
Oh ya, bentangkanlah laporan perbelanjaan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Pusat dalam mengendalikan segala rawatan, kerosakan awam, kerosakan peribadi yang dicetuskan oleh arak.
KEGENTARAN IRELAND TERHADAP KESAN ARAK
Di suatu peringkat, Republic of Ireland sangat keras dalam implimentasi peraturan menyekat rokok.
“Selamat datang ke Dublin. Ingin kami ingatkan, Republic of Ireland mengimplimentasikan larangan merokok di tempat terbuka. Anda dinasihatkan agar hanya merokok di kawasan yang disediakan!” itu taklimat seragam yang diumumkan oleh pramugari setiap kali pesawat anda mendarat di bumi Irish.
Republic of Ireland berjaya melaksanakannya.
Tetapi bagaimana soal arak?
Negara yang industri arak menjadi nadi pentingnya itu, akhirnya terpaksa akur dengan segala kemudaratan yang dicetuskan oleh kegilaan manusia kepadanya.
Memetik laporan yang dikemukakan oleh Alcohol Action Ireland:
How much do we drink?
- The average amount of alcohol consumed by every person in the country aged 15+ was 12.4 litres of pure alcohol in 2008. This amounts to 490 pints or 129 bottles of wine or 46 bottles of vodka per adult
- When we consider the above statistics alongside the fact that one in five adults in Ireland don’t drink alcohol, it means that those who do drink are consuming much more than consumption statistics show
- Alcohol consumption in Ireland increased by 46% between 1987 (9.8 litres) and 2001 (14.3 litres) when our consumption reached a record high
- Consumption has been falling since this peak in 2001, to 12.4 litres in 2008
- Even at current levels we are still drinking 20% above the levels we drank at in 1986/1987
- Ireland continues to rank among the highest consumers of alcohol in the 26 countries in the enlarged EU. We drink about 20% more than the average European
How much do children and young people drink?
- In the most recent survey of drinking among European 15 and 16?year?olds more Irish girls (44%) than boys (42%) reported binge-drinking in the last month (2007 ESPAD survey)
- Over half reported being drunk at least once by the age of 16
- The survey identified “a major issue around drunkeness”
- A recent report by the Office of Tobacco Control (2006) revealed that our 16 to 17?year?olds spend an average of €20·09+ per week on alcohol. This amounts to an illegal alcohol market of €145m in this country
Alcohol and Driving
- In the period from 2003 to 2005, approximately 120 people were killed each year in alcohol-related crashes
- In the same period, almost one third (31%) of crash deaths were alcohol-related
- Where Blood Alcohol Concentration (BAC) levels were available for drivers killed, almost six out of ten had alcohol in their blood
- One in every six drivers with alcohol in their blood, who were responsible for fatal crashes in 2003, were not above the legal limit
Alcohol and Families
- Between 61,000 and 104,000 children aged under 15 in Ireland are estimated to be living with parents who misuse alcohol
- A study of women who attended the Coombe Women’s Hospital found that almost two?thirds (63%) of the 43,318 women surveyed said they drank alcohol during their pregnancy. Alcohol consumption, particularly in the first three months of pregnancy, can lead to disorders in how the brain develops in the womb
Alcohol, Mental Health and Suicide
- Alcohol?related disorders were the third most common reason for admission to Irish psychiatric hospitals between 1996 and 2005
- Alcohol use is often a factor in suicidal behaviour. In 2006/2007 alcohol was a factor in 41% of all cases of deliberate self-harm
- One Irish study of people from three counties who died as a result of suicide, found that more than half had alcohol in their blood
Alcohol and Crime
- Almost half of the perpetrators of homicide were intoxicated when the crime was committed
- Alcohol was found to be a factor in almost half of all cases of sexual assaults on adults according to a major survey of sexual assault and violence in Ireland. In such cases, where only one party had been drinking, the perpetrator of the sexual assault was the one drinking in the majority of cases (84% of female and 70% of male sexual assault cases)
Alcohol and Injuries
- More than one in four of those attending accident and emergency departments have alcohol?related injuries, almost half of which occurred to people aged under 30 years
- Alcohol is a factor in one in four traumatic brain injuries
Alcohol and Health
- Hospital discharges for alcohol-related liver disease increased by 147% between 1995 and 2004
- Alcohol-related deaths also increased during the same period, from 3.8 deaths per 100,000 to 7.1 deaths per 100,000
- Many cancers, including cancer of the mouth, larynx, oesophagus, liver, colorectum and female breast, are causally related to alcohol consumption
- Cancer of the liver has had the highest rate of increase of all cancer types between 1994 and 2003, increasing by 10.7% for females and 7.4% for males, compared to an increase for all cancers of 1.1% for females and 1.1% for males
- There is a risk relationship between the amount a woman drinks, and the likelihood of her developing the most common type of breast cancer. Drinking one standard alcoholic drink a day is associated with a 9% increase in the risk of developing breast cancer, while drinking 3?6 standard drinks a day increases the risk by 41%
- High levels of alcohol use and heavy drinking among young women are reflected in the fact that one in four women discharged from hospital for alcohol?related conditions were aged under 30, compared to 17% of men under 30 discharged
- Between 1995 and 2004, there was an increase of 29% in the proportion of teenage girls aged under 18 discharged from hospital for alcohol?related conditions compared to an increase of 9% for males under 18
Jika sebuah negara seperti Republic of Ireland pun sudah gementar dengan ancaman arak kepada seluruh struktur kehidupan rakyatnya, mengapakah di Malaysia ini kita masih banyak berhelah dalam mempersoalkan kewajaran hukuman keras ke atas peminum arak, baik Muslim mahu pun yang non-Muslim?
Apakah kita mahu lebih Irish dari Irish?
Saya yakin, bukan sahaja peminum arak yang patut dihukum, malah pengeluar lesen kilang arak dan lesen penjualan arak itulah yang terlebih utama untuk dikenakan tindakan dan hukuman, itulah kemuncak ADIL.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





artikel yang sangat berguna. tauladan untuk dijadikan persediaan ke uk nanti.semoga ustaz sentiasa updatekan pengalaman2 ustaz masa kt ireland dan pengiktibarannya sekali untuk kami jadikan pembimbing diri yang mudah hanyut dibuai arus keseronokan di alam remaja.tambah2 lagi di negara yang sangat bebas seperti uk.jazakallahu khairan ya ustaz.rahmatullah alaik.
hmmm….memang sikap kita nie ikut perangai yang tak elok.yang elok tak nak diambilnya…semua ni dah di”set” oleh yahudi…kita terlalu pandang dunia…walhal dunia dibawah tapak kaki kita je…astaghfirullah!!! kes murtad lina joy pun acuh tak acuh..buat tak kisah…takdak mende…
Boleh Ust. beritahu apa jalan2 untuk memelihara dan meningkatkan Iman kita terutamanya ketika berada di tempat yang manusia majoritinya tidak beriman dan banyak kemungkaran berlaku seperti tempat Ust. tinggal di Ireland?
bEST RegarDS
brand manager guinness kat malaysia pun orang melayu.. tak tau la islam ke tak..
@mamasherry
Islam pada nama dan IC..
Saya kagum dengan tindakan Kartika Sari.. ada harapan membuka mata masyarakat muslin dan non muslim untuk faham hudud, takzir.. (Undang-undang Islam)
Semoga juga terbuka mata dan hati kerajaan pusat dan negeri untuk mengharamkan arak yang besar kilangnya di shah alam dan lembah klang dengan kebijaksanaan masing2.
(Setuju dgn Dr. Hassan Ali)
Bukan setakat arak.. bahkan judi yg ‘gila besar’nya kat genting highland tu..
Ayuh Dato` Seri Najib.. kotakan kata2mu untuk ‘Utamakan Tarbiyah’ seperti yg menjadi tajuk besar Utusan Malaysia tempoh hari. huhu
Maaf jika mengarut.. sekadar meluah rasa dan harapan.
“(ingatlah)pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu,lalailah semua ibu yang menyusui anaknya dan gugurlah kandungan wanita hamil,dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk,padahal sebenarnya mereka tidak mabuk,akan tetapi azab Allah itu amat pedih”(2) Al-Hajj
Syukran ustaz…mudahan artikel sebigini dapat ‘mencelikkan’ minda kami dari ‘penjajahan’ jahiliyah moden…
Assalamualaikum ust. Slalu baca site ust ni tapi ni baru nak komen. Kadang2 ada persamaan pengalaman walaupun negara yg kita pergi tak sama. Memang peliknya bngsa kita ni suka meniru benda2 yg x berfaedah dr bangsa lain. Cnthnya karaoke, smpai ke majlis kahwin pon dibw masuk smpai mengganggu tetamu yg hadir. Walhal, sifat2 Jepun yg menepati masa, mengamalkan sistem pembuangan smpah yg mesra alam, pengangkutan awam yg efisien, mematuhi undang2, rajin dan tekun dlm semua perkara x pulak nk di tiru. Entahla, x tahula boleh jadi negara maju ke tak M’sia ni.
salam……….ust,ni la jugak situasi yg saya tkut samer berlaku pada adik saya…walaupon dia akn ke german 2 thun lg,insyallah,tp saya yg lebih bimbgkn dia…..bagaimana dia akan hidup dlm suasana masyarakat kafir tuh…saya bimbang sangt2…sebb macam yg ust katerkan..imunisasi ngn maksiat…dah xrasa paper…sedangkn mender tuh mender besar….perkara yang besar di sisi allah kita leh amik ringan..itulah salah satu petanda hati kita nak mati….adoih,bimbang2….
@aisyah,
salam aishah. sekadar berkongsi pengalaman.saye bru berada di aus utk belajar selama 6bln. tp sye merasakn berada di sini lebih selamat (dlm konteks iman) berbanding di malaysia. di dlm msyrkt yg majoritinya kafir lah sye menjumpai kekuatan diri dan bangga menjadi seorng muslim. perjalann sukar sye di sini membawa sye lbh dekat kpd Nya. ttp ability diri utk membezakan yg hak dan batil adalah sgt penting di sini. you should know where your stand is and be steadfast in upholding it. iA bergaullah dgn org2 yg dpt menarik kte kembali kpdNya pabila kte menyimpang. dan updatelah iman on a regular basis melalui usrah2 @ pengisian2 agar ia tdk ditelan kesesatan. itulah yg sye lakukn di sini. insyaAllah.
salam. jzkllh
wsalam aisyah.
jangan lupa, di dalam artikel yang sama, saya juga sudah menyebut bahawa cabaran belajar di negara sendiri pun sudah tidak banyak berbeza. jom ke kolej2 di sekitar lembah kelang dan saksikan sendiri.
maka ini bukan lagi zaman melarikan diri dari ujian, sebaliknya zaman kuat berdiri untuk mendepani ujian.
teguhkan jati diri…
@saifulislam, lebih menyedihkan apabila pihak pentadbiran turut terbabit dalam menularkan budaya buruk kepada para pelajar; mungkin bukan budaya arak, tapi budaya tarian, percampuran lelaki perempuan tanpa batas banyak menyumbang kepada fenomena bejat moral.
@saifulislam,
Assalamualaikum Ustaz,
Sememangnya apa yang ustaz katakan itu merupakan kebenaran yang melanda suasana IPTA dan IPTS di Malaysia. Sebagai contoh apa yang berlaku di Cyberjaya, di sebuah apartment yg merupakan tempat pilihan pelajar-pelajar untuk menetap. Saya boleh anggarkan peratusan rumah yang mempunyai penghuni lelaki dan perempuan yang tinggal bersama, sama ada tetap atau tidak atau sekadar lepak menonton tv dan seumpamanya hampir 80%. Itu tidak dikira dengan parti-parti dan aktiviti-aktiviti lain yang seumpanya. Bukan figure yang ingin saya perkatakan disini tetapi sikap “lebih barat dari barat” atau dalam konteks arak seperti yang ustaz sebutkan “lebih irish dari irish”.
Selain dari itu sifat “Tidak Peduli” sesetangah individu bagaikan satu galakan dan permission bagi gejala ini terus berlarutan. Terlalu banyak cabang yang boleh disentuh dalam isu-isu sebegini.
Mungkin ape yang boleh kita usaha dan bincangkan adalah, apa approach mechanism yang boleh kita gunakan untuk mendekati, mencegah dan seterusnya menghalang aktiviti dan sikap-sikap ini dari terus menjalar. Seruan badan-badan dakwah di universiti juga kadang-kadang terlalu monotonous dan skeptical, menyebabkan message yang hendak disampaikan sangat terbatas dan tidak mendatangkan minat mad’u.
Definitely hukum Islam merupakan satu jalan penyelesaian yang sangat absolute, menyeluruh dan mempunyai keberkesanan yang pasti. Namun disebabkan sikap “mereka yang bertanggungjawab” yang sangat lemah, lambat, tidak meyakini
ayat-ayat ALLAH dan yang paling utama bagaikan “mereka” sendiri takut dengan hukuman itu maka ianya belum dapat direalisasikan.
Nauzubillah, saya juga sangat buntu dalam perkara sebegini. Saya tidak pernah ke europe tetapi saya yakin pada masa kini saya tidak perlu untuk ke sana untuk melihat ape yang ade kerana “Hampir” semuanya sudah dipamerkan di bumi sendiri. Saya sendiri berada di tengah lautan manusia seakidah yang sudah tercabut rasa “malu”. Takut bila memikirkan apa pula fitnah yang anak-anak saya bakal hadapi.
Mungkin inilah bahana akibat kesombongan manusia yang menyangka dirinya lebih “bijak” dari Yang Mencipta. Astaghfirullah hal azim..
ALLAH lebih mengetahui..
Assalamualaikum ustaz…
akak mengikuti artikel ustaz setiap kali online…insyaallah. banyak yang akak perolehi dari tulisan-tulisan ustaz…. kali ini akak terpanggil utk meninggalkan sesuatu. akak sebenarnya memang takut untuk melepaskan anak2 akak pergi jauh… takut mereka tidak cukup bekalan untuk menghadapi warna warni kehidupan di luar….
akak sendiri belajar di negara orang putih dan alhamdulillah terpelihara segalanya… cuma sekarang rasanya ingin melepaskan anak belajar dalam negara sendiri pun amat gerun…
apa nak jadi dgn negara kita ni ustaz
saya pernah mengalami pengalaman yg sma dgn ustaz.
seorang wanita mat saleh mabuk masuk ke bilik kami yg kebetulan xberkunci sbb roomate saya ke toilet jam 3 pagi tu..
bayangkan dia tarik selimut saya nak naik ke katil saya..terkejut bangat saya waktu tu..ingtkan ada org nk buat apa2..Astaghfirullah..
lintang pukang saya lari..
sudahlah slah masuk bilik, dia kencing atas tilam sy dan karpet bilik saya pulak tu…dalam hati saya menyumpah seranah American tersebut, syaitan dan arak yg terlibat..
Allah je tau betapa saya marah kala tu..mujur ada kawan2 yg bantu handle situation tersebut..
common kot benda2 ni kat mana2 negara kuffar mcamtu…malaysia pon ada..xboleh nak kata apa
Harap-harap diriku tak terkena bahana arak,
Harap-harap aku tidak mengenakan diriku dengan arak,
Aku harap semua masalah datang daripada arak tidak datang kepadaku.
teringin
kadang2 terasa hidup di negara orang ni lebih baik (comfort zone), walaupun orang2 mabuk sama juga dgn negara sendiri tp perasaan nya lain sbb disini yg di lihat tu orang kafir!..ohh Malaysia tanah airku!
salam…
ana nak ulas komen ustaz #9… “cabaran belajar di negara sendiri pun sudah tidak banyak berbeza. jom ke kolej2 di sekitar lembah kelang dan saksikan sendiri” tengok la mereka… bila buat aktiviti amal etc…mereka mula masukkan elemen arak dalam aktiviti tersebut…contoh’, sesbuah kolej merancang majlis makan malam / ball / dance… lepas tu mesti ada punya tong-tong arak ni…pelajar muslim akan tanya takpe ke..? mesti organizer kata…tape join je…janji jangan minum arak sudah la…
terkadang rasa sayu kita kat m’sia ni…bila buat konsert (you name it who organised it etc…etc…) kita malays yang ‘mabuk’ terlebih-lebih… tapi heran…tak minum pun… pikiaq la no!!!
wassalam
jahilliyah moden..
teringat lagu i’tiraf-raihan..
nasehatlah kalau dapat, jangan dihina perbuatan seseorang semua ini berpunca dari hati, kalau hati baik maka baiklah kalau rosak rosaklah dari itu baikkan lah hati dengan zikirullah darjah bukan zikir hassanah carilah guru mursyid. JANGAN HINA SEBARANGAN NANTI TERHINA AFAL ALLAH ini semua dalam pentakbiran Allah wa’allahuaklam
Salam,
Sy pun alami pengalaman sama sprt ustaz. Tambahan pula duduk di negeri Tasmania,Australia yg terkenal sbg peminum arak nombor 1 di Australia. Sbb ramai Tasmanian berketurunan Irish (Irish yg berhijrah ke Australia masa zaman colonial dulu).
Benar ustaz, kadang2 study di dlm negeri lagi membimbangkan dgn pengaruh negatif yg menggunung. Alhamdulillah di sini, ada group Usrah yang blh di join dan mengingat diri utk jg iman dan tatatertib di tmpt org.
Pelik juga ustaz, di negara org kafir, pub dihadkan smp jam 12 tgh mlm tp di Malaysia kerajaan biarkan pub beroperasi sampai ke pagi. ntah lah ustaz.. kita perlu satu perubahan yg menyeluruh utk selamatkan Malaysia ni
“malh pengeluar lesen kilang arak dan lesen penjualan arak itulah yang terlebih utama untuk dikenakan tindakan dan hukuman, itulah kemuncak ADIL”
setuju.
ini termasuk antara 10 golongan terlibat dengan arak yang dilaknat rasulullah.
kalau nak selesaikan masalah perlulah mula dari puncanya.
artikel y bagus.
insyaAllah..pemimpin yang baik,
memberi kesan baik kpd rakyat.
Manusia berada di atas manhaj [ cara hidup ] para pemimpin mereka.
Good idea….
Tapi apakan daya,orang yang ada kuasa tak berfikiran cmnie…
Memang menantikan komen ustaz tentang isu ini…
Ustaz, zaman skrg ni ramai isteri suffer dek suami yg jadi kaki minum. Taktahu dimana silapnya sbb suami masing2 semua educated. Yg terbaru, seorg kawan mengadu tntg suami yg kaki minum setelah tahun ke 5 berkahwin. Padahal sblm tu ok aje. Takleh bayang generasi masa depan camana. Dgn kes divorce meningkat, hubungan tanpa batas, bapak kaki minum, anak2 ditinggal dgn pembantu indon, dera etc etc. Kes anak2 dok dgn maid indon pun mcm2 jugak dan hanya dpt discover bila pasang cctv. Sungguh menakutkan!
Ramai orang hairan macam mana Ryan Giggs boleh bertahan bermain top flight football pada umur 35 tahun?
Salah satu rahsianya, beliau sudah lama berhenti minum arak. Orang kafir pun dah lama sedar akan keburukan arak ni.
@Zahid, menarik..!!
@arip, saya baru jumpa link asalnya,
http://www.mirror.co.uk/sport/football/2009/08/04/ruck-and-roll-115875-21569787/
“”After I turned 30, I decided to change my lifestyle a lot, stop drinking and watch the food I ate. There wasn’t a specific moment, though. I just wanted to keep playing to the highest standard for as long as I could. I knew that would require certain sacrifices.”
@Zahid, mudah2an ryan giggs diberi petunjuk untuk masuk islam. siapa tahu.
Salam,
Memetik pandangan Datuk Seri Abdul Hadi dalam Harakahdaily;
Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!
Assalamualaikum….
xperlu rsnya lihat ke luar negara.sya sabahan n rsnya xperlu sya trgkan bagaimana majmuknya kehidupan di sini.klu di semenanjung arak hny dibuat di kilang tp di sini arak blh dibuat d rumah (eg: tapai n etc) n blh diperolehi cam air kordial.kurang sesuai klu ini disebut masalah krn arak dianggap cara hidup oleh sebahagian besar kaum etnik d sini yg rata2nya non-muslim.btul adat bkn alasan m’halal’kan hukum tp m’ubah sikit tajuk artikel ustaz ni (maaf ye ustaz
) yg muslimnya lbh non-muslim dr yg non…lbh pro n non pun salute coz dia lg hebat bl bab teguk arak…
dlm apa2 hal pun n xkira kt d mn,semuanya b’balik pada diri sndr.sbg seorg Islam kita tlh ditekankan utk ‘amal ma’ruf nahi mungkar’ n ada peringkatnya.muhasabah diri kita n selemah-lemah iman itu kita tahan n tapis gn hati+akal.namun klu iman dah senipis bawang ni jg dah rapuh,ermm…bw2 la tgk ‘cinta sempurna’ ^_^
wallahualam
kerana itu islam melaknat segala yang bersangkutan dengan arak; peminum, penjual, pembeli, pengedar, etc…
menangani maksiat, kemungkaran dan punca kerosakan akal manusia tersebut haruslah sehingga ke akar umbi, bukan hanya di permukaan.
Assalam’alaykum
ustaz,
semalam sy dah tergerak nak minta ustaz ulas ttg kes Kartika & arak ni. Alhamdulillah, ternyata hari ini dah ada. Syukran.
Dan ya. Saya setuju dengan tulisan ustaz terutama sekali pd bahagian komen seorang puan menteri tu. Apa yg terdetik di hati saya waktu baca kenyataan dia semalam, sudah pun ustaz tuangkan di sini. Menurut saya, orang yg betul waras aqal pasti dapat menilai sendiri tatkala membacanya.
Mudah2an pahala puasa saya tak berkurang dengan komen ni.
Terima kasih Ustaz. Artikel sebegini yang saya harapkan. Saya terlalu kecewa dengan undang-undang di Malaysia sekarang. Tak pernah saya menjerit kegeraman bila baca surat khabar. Mcm mahu meletup rasanya. Apapun, bersama kita membasmi mungkar. Aminn
Setuju dengan artikel ini ustaz. Orang kita lebih cepat melatah dalam isu arak ini
alhamdulillh..saya rasa aman dan tenteram bila berada ‘di dalam’ blog ini.untuk tambahan ilmu tentng arak kpd semua, saya attachkan link ini..
http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/
semoga memberi manfaat..
Setiap kali perkataan ‘Alcohol’ dan ‘Ireland’ disebut, terus saya teringat iklan drinkaware.ie – We’ve had enough.
http://www.youtube.com/watch?v=L_ZfhP8OUZA
Well, the Irish drink like fish.
gabungan pengalamn dn isu semasa yg baik..jelas…
erm..dunia akhir zmn, kemungkaran melata dan seperti dijaja..
Teringat kata-kata Tok Guru NA,sentuh soal plastik ke apa..heheheh bab syurga neraka,ramai yang kutuk kaw kaw..
cam ada benar gak bila timbul kes ni..hehehe.Warna sebenar mereka telah timbul tanpa sedar
Alasan tangguhan kerana Ramadhan/takde tukang sebat,palsu belaka tu..hakikat..tak mahu hukuman tu dijalankan..imej malaysia tercalar di mata dunia
Salam ….
Alasan 1 : Tanggung kerana Ramadham
Melaksanakan hukuman Allah adalah ibadat. Zaman Nabi siap gi perang lagi apa….
Alasan 2 : Tak Ada Tukang Sebat.
Dua tahun lepas …. saya tengok sendiri rencana pasai hukuman sebat yang dilakukan di penjara Kajang. Si Tukang sebat itu tunjuk 2 cara sebat. Satu cara ikut sivil dan satu cara lagi sebat ikut syariah. Kata tak ada tukang sebat? alasan…
Ulasan :
Ini semua kerana mereka tidak mahukan hukum Allah. Dah pasti mereka tidak akan mahu melaksanakannya. Dah pasti siapayang undi BN UMNO dapat saham dosa jugak.
Takbir ..
@Sofiys, sokong anta 100%. itulah sebab mengapa TGNA kata sapa sokong UMNO masuk neraka..
inilah alasan kenapa perlu memilih pemimpin yang baik untuk mentadbir. Bagaimana pemimpin yang baik itu?. Al-Quran dan hadis telah menyebutnya.
Sebelum ini. Tanah Melayu terkenal. Kebaikan para Sultan dan organisasi yang memerintah. Ulama adalah pensihat sultan.
Tapi..sejak penjajah menjajah.Ulama tidak diletakkan sebagai penasihat. Suara mereka didengar sahaja.Tidak diambil kira.
Maka..pelbagai masalah yang muncul.
Assalamualaikum…dan izinkan saya membuat sedikit luahan rasa,
setelah membaca tulisan Tun Dr M, nampaklah di sana amat jauh pemahamannya terhadap agama Islam. Tambahan pula kepada manusia2 yang memberikan komentar, tidak lain hanyalah ingin membodek Tun Dr M, bukannya ingin memberikan kefahaman kepada beliau.
saya juga secara peribadi agak kecewa, kerana sudah hampir 52 tahun negara kita merdeka, di samping itu berapa banyak jabatan, majlis dan pelbagai lagi ditubuhkan di atas nama Agama, masih tidak mampu memberikan kefahaman yang syumul kepada rakyat malaysia khususnya tentang islam. sehinggalah orang islam sendiri memepertikaikan agamanya yang suci…
Agama dipersenda, ulama dicela, banyakkanlah memohon kepada Allah agar iman yang sedia ada kini kekal selamanya.
banyak jabatan, majlis dan pelbagai lagi ditubuhkan di atas nama Agama, masih tidak mampu memberikan kefahaman yang syumul kepada rakyat malaysia khususnya tentang islam. sehinggalah orang islam sendiri memepertikaikan agamanya yang suci..
setuju dgn komen ni.
entah di mana silapnya
salam Ustaz,
Ustaz dh baca komen TGHaji Hadi? Lain sikit bunyi nya.
Tun tu memang lama ngajar ajaran sesat macam ni…maaf cakapla…Satu sen tak bleh pakai.
sebab tu PRU-13 nati kite kene tukar!!
Hu2…jangan marah…
Assalammualaikum… Setuju ngan semua comment… Dan sokong sgt dgn ulasan ustaz. Ana pun sejak dulu lagi hairan, kenapa kelab2 malam di negara kita tumbuh bagai kulat… Saya berasal dari Miri, bersebelahan sahaja dgn negara brunei DS. Setiap hujung minggu, kereta2 plat brunei berduyun-duyun dtg ke miri… Tanya kat abg, dorang dtg shopping ke? Abg kata, tak jugak, majority nya dtg utk berhibur. Sbb negara brunei negara Islam, negara diorang takde pub. Dlm hati ckp, bukankah negara kita pun negara islam. Kenapa bnyak pub…? Kdg2 rasa malu sgt tgk kelab-kelab malam yg bertebaran di negara kita… Semoga kita sentiasa di beri hidayah…
arak, dadah..dua perkara yang makin hari makin menjalar dalam masyarakat..
Perosak akal, tubuh, keluarga, alam dan agama.
rokok juga tidak kurangnya..
macam mana kempen TAK NAK nak berjaya kalau sumber pendapatan negara yang darinya tidak mahu dikatakan TAK NAK?
Bodoh belaka..
assalamualaikum
saya tertarik dengan artikel ni. paling tertarik sekali ialah gambar Noriza Salleh! dia teman sebilik saya ketika A Level dan sudah SEDEKAD saya tak dengar kabar dari beliau
ada cara saya boleh berhubung dengan beliau? kalau boleh katakan EFFI mencari dia.. semacam jejak kasih pula
Salam…
Heineken, carlsberg, dan seumpamanya dianggap perkara biasa. Kuasa, jawatan,wang dan wanita menjadi adunan yang meleburkan watak-watak durjana di lorong-lorong hedonisma. Manusia-manusia yang merentas sempadan malaya dan negara gajah putih itu telah lama bergelandangan di sana atas nama JALAN-JALAN CARI MAKAN. Pintu sempadan itu saban hari menjadi saksi akan kelibat deretan manusia-manusia yang meleburkan harga dirinya di atas tawaran SYURGA DUNIA. Parah dan padah kepada imej daerah malaya yang kita cintai kerana merebak dan rakusnya mereka yang bersembunyi disebalik kuasa dan jawatan menyuburkan VIRUS KEGILAAN di celah-celah PINTU SYAITAN ITU….
Syukran kepada Abu Saif di atas artikel ini. Pengalaman dan pendirian Ustaz itu telah mengingatkan diri saya akan masa lalu yang telah banyak memberi iktibar dan didikan untuk diri ana yang lemah ini…
bagaimana nak disekat arak di malaysia jika orang melayu yang berpengaruh pun mempunyai kpentingan besar dalm syarikat arak. ia xkan berlaku di tangan mereka2 yang bsekongkol dengan syarikat ini. bolehlah dikatakan sebagai perkara mustahil di negara ini. ditambah dengan ketakutan akan dlabel negara yang kononnya tidak terbuka kpd hak individu meminum arak. negara yang sekular tak akan tunduk dengan hukum Allah. tidak menghairankan orang yang nampak islam pn sama menyerang habis2an. tak percaya boleh check sendiri dalam website calsberg malaysia.
tetapi ramai jugak dari kita yg benci dgn arak, kutuk pemabuk, caci pengeluar arak, tapi apabila pasukan Liverpool main di BPL, ramai pulak yg sokong, terlompat2 di rumah atau kedai makan… tak sedar atau sengaja mengalpakan diri dengan iklan besar Carlsberg di dada pemain2 mereka? Sama juga bila kejohanan rugby, kita tersorak2 team NZ, Wallabies, Springbrock etc… sedangkan penaja utama biasanya Pak Guiness…
Wow…tidak tahu pula saya sampai begitu rupanya suasana di Ireland. Kalau di NZ, memang lumrah Jumaat malam Sabtu menjadi malam party minum. Pada mulanya, saya dan seorang kawan saya ingat Kiwi saja yang minum terlebih-lebih berbanding orang lain di negara lain. Rupanya di Ireland dan London jauh lebih teruk. Jika di sini, tidak pernah pula saya nampak orang tidur bergelimpangan di bus stop, bawah pokok atau mana-mana saja. Yang dilihat cuma serpihan-serpihan kaca dek botol arak yang dipecahkan oleh peminumnya yang sudah dibawa ke alam lain. Tahun lepas saya ‘berpeluang’ duduk serumah dengan seorang kaki mabuk. Memang tak boleh tahan. Bila pergi membeli groceries dan nampak botol-botol arak dijual, rasa sangat geram!
Sekali lagi, ustaz membuktikan kelantangan dan kebijaksanaan ustaz!syabas…
Salam ustz, pihak2 yg mempersoalkan tindakan hukuman ni merupakan contoh jelas mereka yg tergolong dlm “religious skeptisme” spt yg pernah ustz sebut kan dahulu. Ana rasa kalau mahkamah tinggi / civil yg putuskan hukuman ini, ana yakin pepuak ni takkan persoal hukuman ni. Ni sbb ada nama “Syariah”, so, this is a best chance for them!
“Tanyalah kepada keluarga mangsa-mangsa yang mati akibat dilanggar pemandu yang mabuk.
Tanyalah kepada wanita-wanita yang didera oleh suami yang kaki arak, apatah lagi jika anda seorang feminis!
Tanyalah kepada Pak Haji berketayap yang menanggung malu apabila terpaksa disoal oleh doktor tentang dosa silamnya tatkala datang ke hospital dengan penyakit hati yang pasti bersangkutan dengan arak.
Tanyalah kepada pihak hospital, khususnya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, berapa peratuskah kes kemalangan dan sakit yang dirujuk ke hospital adalah bersangkutan dengan arak?”
Tanyalah keluarga mangsa-mangsa yang mati dan cacat free-free sebab diserang dan dibelasah peminum arak, for just being at the wrong place at the wrong time.
A Current Affair atau Today Tonight pernah highlight-kan doc terpaksa buang bahagian depan tempurung kepala seorang lelaki; setiap kali jalan malam2 mesti rasa macam nak pakai helmet je.. ngeri, ngeri.. hu..
trima kasih ustaz di ats komen yang amt sy nantikan.
Assalamualaikum…
sudah lama tidak berkomentar disini yaa…
mai kita check balik mana silapnya…
ingat lagi penaja bola pada zaman era 90-an?
sapa penaja bola malaysia?
DUNHILL….
kerajaan mengharamkan penajaan tersebut kerana ia menjadi influence kepada anak muda untuk smoke.
semua iklan2 rokok diharamkan di semua media…
TETAPI…
sekarang ni….
cuba buka the SUN atau the STAR…
cuba lihat bahagian sukan…
sure ada penaja…
dan penaja depa…
mesti syarikat-syarikat ayaq kencing syaitan ini….
kenapa pulak tak diHARAMkan ek?
rokok yang org masih berbalah makruh or haram itu,
kerajaan kita HARAMkan….
arak yang confirm haram itu,
kerajaan kita lepas pandang?
bila ada isu sekat penjualan arak di selangor…
tentang habis-habisan~~
saya rasa, memang ramai je yang sedar, dan mahukan agar dihapuskan aje arak nih dari Malayia, masalahnya, bila ada yang nak menghalang, ada pula yang support balik. Dan yang support ni, biasanya bukan calang-calang orang, our situation is like running in circle, round and round we go @ org melayu cakap p mai p mai tang tuh la jugak…
Jauhi arak!Hidup akan aman
orang sekarang minum arak tanpa segan silu
pengaruh media mmg kuat
eklan arak di panggung2 membuatkan minuman arak seperti minuman air2 biasa yg lain
bahkan ramai anak muda yg kaki wauang uyg x tahan dgn godaan eklan slumber shj mncba
adakah negara kita mempunyai badan seperti alcohol action ireland yg mempunyai statistik terkini berkaitan dengan masalah arak?
bagi saya kalau lelaki yang disebat sebab arak itu takkan ada badan2 atau politician yang buat bising.
Salam ustaz…. Insyaallah kami sahabat2 di jerman akan usahakan satu inisiatif yg sedikit utk student2 yg baru dtg bagi menghadapi cabaran yg hebat di jerman.
[URL=http://img43.imageshack.us/i/iklanbayernfinal.jpg/][IMG]http://img43.imageshack.us/img43/2879/iklanbayernfinal.jpg[/IMG][/URL]
kalau dr skop global m’sia x tergolong dlm 7 keajaiban dunia.. tp dlm skop yg “seetmosfera” ngn entri yg ni… rsanya m’sia blh d calonkan… mgkin bkn 7,tp mgkin lbh lg… etc; sibuk laung2kan ngra islam,tp aper yg mmbuktikn smua 2????/ bnyk la lg cnth2 yg blh d dpati drp kmen2 yg d atas ni…….
TRONG TAIPING bkn TERONG THAIPENG…;)
Kalau nak harap PRU, berapa ramai sgt nak sokong Islam? Ramai pulak yang terkeliru pada saat akhir membuang undi.
Siapa yang ada kepakaran silalah buat panggilan bom palsu ke Carlsberg S.A supaya semua orang keluar. Kemudian lepaskanlah alqassam banyak-banyak ke kilang tu sebagai peringatan kepada taukenya.
Harap maaf ustaz… ini idea saya bukan idea ustaz yer. Action speak louder than word… baru kuffar ni takut.
inilah senario yang berlaku hari ini.. malah mungkin lebih teruk lagi pada masa akan datang sekiranya kerajaan tidak serius untuk menanganinya. kerajaan perlu akui bahawa cara terbaik untuk mengatasi masalah moral dan sosial ialah melalui pelaksanaan undang-undang islam. rakyat perlu diajar dan didedahkan dengan ilmu agama.. tengok lah berapa ramai rakyat yang menjadi mangsa disebabkan dasar pendidikan negara yang tidak berapa mengutamakan pendidikan rohani. ramai menyimpang dari tujuan hidup manusia yang sebenar.
@Nick,
sampai satu tahap kokurikulum pendidikan islam (SMK)itu tidak mampu mampu merawat masalah pelajar yang was-was ketika mengangkat takbir memulakan solat, was-was ketika puasa, was-was ketika ambik wudu, dan celaru di dalam usaha untuk mempraktikkan solat qasar dan jamak ketika musafir. NATIJAH kemuncaknya, kelompangan sistem pendidikan islam itu lenyap sedikit demi sedikit dimamah oleh kemanisan DUNIA bersalut racun BINASA….aduhai anak melayu kita…tersepit antara menjadi mangsa atau memangsa diri sendiri???.
ustzh sye ade kate..kalo kite jlnkn hukum yg disebut oleh ALLAH dlm Al-Quran,ALLAH akan balikkn hati manusia..sipa yg berani utk mncuri kalau hukumannya potong tangan..
walluhalam
assalammualaikum…
sesungguhnya apabila petikaian oleh menteri2, tun mahadir, sis tentang hukuman keatas kartika itu….. ini menunjukkan negara kita bukannya negara islam yg sebenar… betuitak ustaz..? bagi pandangan ustaz
tapi minum arak kena sebat? yg merogol tu xde pe pun? kene ingat, kartika tu pompuan, lepas sebat mesti ada mark…byk kesannya. yg x puas hati, jenayah merogol tu, minum arak jahanamkan diri je, yg rogol tu jahanamkan org lain!
@fiza,
minum arak, rogol, semua ada peruntukan undang-undang apatah lagi undang-undang Syariah.
tapi kalau secara emosional membuat kesimpulan berdasarkan kes Kartika bahawa yang minum arak kena sebat, yang merogol tak kena apa-apa, pada saya itu adalah kenyataan melulu yang tidak berasas.
berapakah keluasan bidang kuasa yang ada pada mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman ke atas kes-kes berkenaan? muslim minum arak, itu kes mahkamah syariah. tapi kalau muslim rogol perempuan, ia akan membabitkan mahkamah sivil. jika mahkamah sivil tidak setimpal dalam mengadili kes rogol, sister fiza nak salahkan mahkamah syariah, mahkamah sivil, atau siapa?
sebatan ke atas pesalah minum arak bukannya sebatan kat muka. sebatannya di belakang badan dan sebatan syariah tidak boleh melukakan. lainlah kalau sebatan sivil. anyway kalau risau sangat pasal mark, jangan cucuk bcg, nanti ada mark kat bahu. jangan mengandung, nanti ada stretch mark kat perut. jangan berjemur, nanti ada sunburn mark. dan yang penting JANGAN MINUM ARAK!
siapa kata minum arak jahanamkan diri sendiri sahaja? baca statistik di atas. bini kena dera, anak kena seksa, pejalan kaki mati terhumban ke longkang sebab dilanggar pemandu mabuk, accident masuk hospital dan kerajaan (pembayar cukai) habiskan berbillion untuk handle kes-kes membabitkan arak, itu semua bukan mudarat kepada orang lain ke?
kalau nak cakap tak pakai kepala, boleh juga disebut, kes rogol mangsanya seorang. kes minum arak, mangsanya ramai. tapi takkan nak pakai logik macam ini??!!
p/s: mungkin tak jalan pun hukuman sebat ke atas kartika tu.
@fiza,
Saudari fiza yang dikasihi,
rogol dalam islam lebih berat daripada kes minum arak. Ada yang mengkategorikannya dalam peruntukan hirabah(merampas kehormatan), zina aljabr (secara paksaan) dll dan BUKAN termasuk HUKUM hudud. Ringkasnya, rogol dalam Islam diadili dengan bukti/qarinah serta diadili sebaiknya jika peruntukan syariah terlaksana.
Sebat dalam kehakiman syariah TIDAK boleh melukakan, dengan paras tidak melibas etc. Berlainan dengan kes sivil.
Mari saya ceritakan satu kisah. Pagi semalam, seorang patient wanita datang berjumpa suami atas kes rogal yang telah dilaporkan polis oleh ayahnya. Persoalannya, si perempuan mengakui dia membuka sendiri tingkap untuk lelaki aka teman lelakinya dengan rela hati ketika WAKTU SAHUR dan merelakan si lelaki menghampirinya! Kemudian, si ayah terserempak dan menyuruh si anak melakukan laporan polis.
Persoalannya: Menurut undang-undang sivil suka sama suka TIDAK boleh dijadikan KES. Dalam kes ini, si lelaki mendapat hukum SEBAT dan PENJARA 20 tahun manakala si perempuan TIDAK mendapat hukuman apa-apa walaupun suka sama suku. Di mana adilnya di sini?
In short, untuk membuat kesimpulan adil atau tidak bukan kenyataan mudah dan jump into conclusion. Ia perlu research dan objektiviti dalam kajian.
salam…
ustaz
saya bakal melanjutkan plajaran ke ireland
dan 90% akak kongsi rumah dgn irish
risau memikirkan ini
ustaz
saya agak blur ap nk prepare
apa buku2 yg sy harus baca
saya nk jd contoh muslim yg baik!
Benjamin Franklin kata : arak adalah normal dan boleh menjamin kesihatan yg bagus untuk badan…
tapi…
Salam ramadhan syeikh. Saya pertama kali singgah disini. Terkedu membaca tulisan ni. Terima kasih banyak-banyak atas info ni.
sekarang memang teruk, sy yg tinggal di selangor lihat banyak perubahan tentang penjualan arak ini, kita diberitahu kedai sebbaneka menjual arak atas kawalan sendiri, tp ini semua tidak berlaku, arak dijual kepada sesiapa sahaja, ada pihak yang cuba bersuara (pas) tapi tidak berkesan, sampai saya terfikir adakah btul kerajaan selangor yg kita pilih,hal penjualan arak ini sgt ketara berleluasa sjk kebelangkan ini hingga saya dapat tahu dari orang lain datanglah selagor kalau mahu beli arak..arak dijual kepada orang yg dibwh umur
Salam Ustaz,
penjelasan yang amat baik dengan kaedah dan contoh yang relevan. Cumanya saya terfikir bahawa pembaca blog ustaz rata2 memang 80-90 fikrahnya menyokong hukuman sebat ini. Saya nak cadangkan kalau ustaz boleh hntr/tulis artikel mcm nih ke tempat2 dimana yang audien nya masih atas pagar atau jahil tentang islam.
Salam Ustaz,
Terkejut saya tengok schoolmate saya,Nuzaimin berkawan dgan ustaz.He he.
Apapun sya nk ucap syabas dgan ulasan ustaz.Nk tnya masa zaman nabi dulu,siapa yg mula2 dijatuhkan hukuman sebat setelah diturunkan ayat pengharaman arak.Ada kedengaran pihak2 yg mengatakan berlaku ketidakadilan terhadap Kartika sebab orang lain yg terlibat dgan arak sebelum ini terlepas.
@Nazri09,
hukuman pd kartika adil.
cuma sistem shj yg tidak adil kpd org lain yg minum tu. instead of mrk dpt hukuman di dunia, mrk dpt pulak hukuman yg lbh teruk di akhirat.
entahla. pada saya malaysia semacam makin lama makin cantik kulit je, isi makin buruk.
errr…bagi saya salah satu impact rogol itu perlahan kpd keturunan, tetapi binasa. jika wanita yang telah dirogol mengalami trauma, gangguan mental, kemudian menjadi ibu, besar mungkin akan mengulangi kitar gangguan mental yang sama ke atas anak-anaknya seperti dera dan sebagainya.san kitaran akan berterusan. pendapat saya sahaja.
salam ust,ana tertarik dengan artikel ni..penghuraian yg cukup menarik dan simple utk ana fhm..cume ana ingin dapatkan penjelasan ust secara lebih terperinci mengenai bagaimana atau cara-cara ulama’ mengeluarkan hukum pengharaman arak mengikut kaedah usul fiqh..harap ust leh bantu..syukran..
Ustaz. Saya mohon copy paste artikel ini untuk disiarkan ke dalam blog saya. Terima kasih.
Bila ke Masjid Bukit Indah nanti bolehlah kita bertemu, Insya’Allah.
salam wbt ustaz.
syarikat penerbangan kita pun menghidangkan arak.. walaupun ia disediakan untuk non muslim, saya tertanya-tanya apakah wang yang saya belanjakan untuk tiket itu digunakan juga untuk membeli arak tersebut? apa pula hukum sekiranya saya mengambil jus oren yang dihidangkan sedulang dengan arak?
salam ustaz,
di hotel hotel 5 bintang juga kadangkala menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah. arak itu jelas haram dan tiada yang halal (kecuali di syurga Allah). patutkah kita tanya satu persatu menu dan kandungannya? kita perlukan kunci keimanan yang ampuh.
moga islam trus maju
moga malaysia terus selamat
moga melayu tidak bangsat