
KENYATAAN PENERBIT, GALERI ILMU SDN. BHD.
Kami memohon berbanyak maaf kepada para pembeli buku terbaru nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB), kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan pada buku tersebut.
Kesilapan itu dikesan pada halaman 61 di mana terdapat ayat dan paragraf yang hilang (tidak tercetak). Kesilapan berlaku sewaktu proses akhir pembetulan di bahagian rekaletak sebelum dihantar ke kilang cetak.
Bagi baki stok buku berkenaan yang masih ada, stiker yang mengandungi teks pembetulan ditampal pada halaman berkenaan. Bagaimanapun, bagi buku-buku yang sudah terjual – dan hal ini amat dikesali – GISB menyarankan agar para pembeli mendapatkan salinan teks pembetulan itu melalui laman web Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Di bawah ini adalah teks pembetulan yang para pembaca boleh ‘copy & paste’, seterusnya dicetak dan digunting untuk ditampal pada halaman buku yang dibeli.
Sekali lagi, kami memohon berbanyak maaf atas kesulitan.
Wan Mohd Azmin Wan Dolah
Pengurus Jabatan Buku
Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
KOMEN SAYA
Jika pembaca berasa kecewa dengan kesilapan ini, saya terlebih dahulu berasa lebih sedih dengan insiden yang berlaku kerana diri ini sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada pembaca dan semua.
Akan tetapi, marilah kita sama-sama berlapang dada bahawa kesilapan yang seperti ini bisa sahaja berlaku berpunca daripada banyak aspek. Saya tidak sama sekali bermaksud mahu mengiyakan kesilapan ini, tetapi di dalam perpustakaan saya ada puluhan buku yang saya beli mempunyai kesilapan yang jauh lebih serius.
Hari ini buat pertama kalinya saya dengan sengaja menyelongkar buku yang mencecah lebih 1000 judul itu dengan motif MAHU MENCARI KELEMAHAN. Bukan untuk menjustifikasikan kesilapan, tetapi kesilapan-kesilapan pada cetakan seperti ini, adalah sesuatu yang boleh terjadi.
Misalnya buku Syarh Ibn Aqil terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah yang saya beli, kesilapan yang berlaku pada ejaan bukanlah kesilapan kecil malah merosakkan terus makna khusus dalam bab yang dibicarakan, apabila perkataan Daiz digantikan dengan Zaid. Memanglah nama Daiz ganjil. Tetapi memang nama ganjil dimasukkan di dalam bab berkenaan kerana mahu memberikan contoh nama ganjil berbanding yang lebih biasa iaitu Zaid.
Oleh kerana kesilapan ini saya kira serius, saya telah membeli buku yang sama tetapi diterbitkan oleh syarikat lain. Buku lama disimpan dan bahagian yang tersilap itu saya tandakan dengan pen merah (dikesan semasa menadah kitab mengaji bab ini) dan hari ini saya membukanya kembali selepas 10 tahun ia tersimpan.
Contoh jadual kesilapan ejaan dan perkataan yang dikepil bersama buku Muhammad ‘Ali wa al-Daulah al-Othmaniyyah
Begitu juga dengan buku Muhammad ‘Ali wa al-Daulah al-Othmaniyyah tulisan Dr. Nahdi Subhi al-Humsi terbitan Dar al-Rasyaad al-Islamiyyah yang saya beli dengan harga RM200, di dalamnya terdapat 61 kesalahan ejaan dan perkataan yang diselitkan di hujung buku. Buku yang sangat penting bagi saya bertajuk Tahqiq Mauqif al-Sahaabah fi al-Fitnah min Riwayaat al-Imam al-Thabari wa al-Muhadditheen tulisan Dr. Muhammad Amahzun, terbitan Dar al-Kauthar, di dalam jilid satu sahaja, terdapat 86 pembetulan.
Sudah menjadi kebiasaan saya setiap kali membeli buku, saya akan pastikan kesilapan yang ditemui ditanda.
Saya tidak berikan contoh buku-buku di dalam Bahasa Malaysia yang di dalamnya ada saya temui kesalahan-kesalahan, termasuk seperti kesalahan yang berlaku kepada buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA kerana saya tidak mahu membanding-bandingkan di antara syarikat buku yang sedang ‘berjihad’ untuk menghasilkan penerbitan terbaik mereka.
Galeri Ilmu Sdn. Bhd. telah memberikan yang terbaik kepada hampir kesemua aspek selama saya bekerjasama dengan mereka. Hanya satu kesilapan buku ini yang berlaku dan saya menghitungnya sebagai tazkirah buat saya, juga penerbit agar berusaha meningkatkan lagi kualiti penerbitan. Kecualilah jika satu demi satu lagi buku dihasilkan dengan kecacatan sebegini, maka lainlah cerita.
Untuk menarik balik buku yang terjual di pasaran hanya kerana ada seperenggan yang tercicir, pada saya ia adalah keterlaluan dan kesannya membabitkan banyak pihak.
Saya yakin pihak Galeri Ilmu serius dalam menangani hal ini dan mengucapkan syabas atas keterbukaan mereka untuk meminta maaf dan mengakui kesilapan yang berlaku. Ia adalah petanda bahawa saya telah memilih syarikat yang betul untuk menerbitkan buku-buku saya kerana keterbukaan ini hanya akan dibuat oleh sebuah syarikat yang BERINTEGRITI.
Maaf sekali lagi atas kesilapan yang berlaku. Marilah kita sama-sama berusaha dengan Itqan untuk mengejar kejayaan yang cemerlang, ameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor












Baru baca semalam tiba-tiba terperasan selepas perkataan selepas ‘lebih’ itu tiada sambungan di muka surat 61.
Salam Encik Wan Mohd Azmin
Terlebih dahulu saya meminta maaf jika terkasar bahasa dalam komen saya ini. Niat saya adalah untuk membantu penerbit-penerbit Melayu supaya setanding dengan penerbit-penerbit yang bertaraf antarabangsa seperti Penguin Group atau Harper Group.
Setahu saya, yang juga merupakan seorang ‘ulat buku’, tidak pernah sebuah penerbit meminta para pembacanya ‘cut and paste’ bahagian yang tertinggal tersebut. Namun yang demikian, adalah wajar pihak Galeri Ilmu memantau semula proses ‘Quality Control’ dalam proses pencetakan buku tersebut. Di manakah yang silap dan di proses manakah yang terlepas pandang dan sebagainya
Saya harap agar pihak Galeri Ilmu menerima teguran saya ini dengan hati yang terbuka dan memperbaiki kelemahan tersebut. InsyaALLAH…
Hmm….
Saya tak perasan pun tentang kesilapan tersebut
Belum habis baca lagi.
kita manusia biasa, tidak lari dari kesilapan…
tapi aman mmg dah cari artikel tu balik dalam webpage ustaz…
dekat muka surat 61 tu,
aman buat note :
Artikel penuh boleh dilayari di : http://www.saifulislam.com/?p=4200
@aman,
adakah ini yang dimaksudkan dengan
we forgive but forget not?
-anak murid tumpang belajar-
@pali,
Terpulang pada seseorang itu…
ada kala kita forgive tetapi tidak boleh forget…
ada kala kita boleh forgive dan forget…
ada kala tidak boleh kedua-duanya…
wallahualam…
@aman,
setuju aman,
PEMAAF itukan sifat ahli syurga.
Tidak terlalu membesar2kan kesilapan bukan ciri orang munafik.
ya, kesalahan itu perlu diingati, tapi kemaafan itu mesti selari.
yang baik jadikan teladan, yang kurang biar diingat tak diulang di masa hadapan. Manusia mampu menjadi lebih baik!
tak gitu Aman?
\(^;^)/
saya juga bersetuju dengan saudara mullah.
sebelum ini saya tak pernah pun tahu wujudnya syarikat penerbit 2…
hanya lepas saya melayari laman web ini, baru saya tahu.
jadi, sepatutnya pihak penerbit bertanggungjawab dengan meminta pembeli memulangkan buku tersebut dan digantikan dengan yang baru.
barulah imej syarikat akan naik…
@bsbg,
KOMEN SAYA
Jika pembaca berasa kecewa dengan kesilapan ini, saya terlebih dahulu berasa lebih sedih dengan insiden yang berlaku kerana diri ini sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada pembaca dan semua.
Akan tetapi, marilah kita sama-sama berlapang dada bahawa kesilapan yang seperti ini bisa sahaja berlaku berpunca daripada banyak aspek. Saya tidak sama sekali bermaksud mahu mengiyakan kesilapan ini, tetapi di dalam perpustakaan saya ada puluhan buku yang saya beli mempunyai kesilapan yang jauh lebih serius.
Misalnya buku Syarh Ibn Aqil terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah yang saya beli, kesilapan yang berlaku pada ejaan bukanlah kesilapan kecil malah merosakkan terus makna khusus dalam bab yang dibicarakan, apabila perkataan Daiz digantikan dengan Zaid. Memanglah nama Daiz ganjil. Tetapi memang nama ganjil dimasukkan di dalam bab berkenaan kerana mahu memberikan contoh nama ganjil berbanding yang lebih biasa iaitu Zaid.
Oleh kerana kesilapan ini saya kira serius, saya telah membeli buku yang sama tetapi diterbitkan oleh syarikat lain. Buku lama disimpan dan bahagian yang tersilap itu saya tandakan dengan pen merah (dikesan semasa menadah kitab mengaji bab ini) dan hari ini saya membukanya kembali selepas 10 tahun ia tersimpan.
Contoh jadual kesilapan ejaan dan perkataan yang dikepil bersama buku Muhammad ‘Ali wa al-Daulah al-Othmaniyyah
Begitu juga dengan buku Muhammad ‘Ali wa al-Daulah al-Othmaniyyah tulisan Dr. Nahdi Subhi al-Humsi terbitan Dar al-Rasyaad al-Islamiyyah yang saya beli dengan harga RM200, di dalamnya terdapat 61 kesalahan ejaan dan perkataan yang diselitkan di hujung buku. Buku yang sangat penting bagi saya bertajuk Tahqiq Mauqif al-Sahaabah fi al-Fitnah min Riwayaat al-Imam al-Thabari wa al-Muhadditheen tulisan Dr. Muhammad Amahzun, terbitan Dar al-Kauthar, di dalam jilid satu sahaja, terdapat 86 pembetulan.
Sudah menjadi kebiasaan saya setiap kali membeli buku, saya akan pastikan kesilapan yang ditemui ditanda.
Saya tidak berikan contoh buku-buku di dalam Bahasa Malaysia yang di dalamnya ada saya temui kesalahan-kesalahan, termasuk seperti kesalahan yang berlaku kepada buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA kerana saya tidak mahu membanding-bandingkan di antara syarikat buku yang sedang ‘berjihad’ untuk menghasilkan penerbitan terbaik mereka.
Galeri Ilmu Sdn. Bhd. telah memberikan yang terbaik kepada hampir kesemua aspek selama saya bekerjasama dengan mereka. Hanya satu kesilapan buku ini yang berlaku dan saya menghitungnya sebagai tazkirah buat saya, juga penerbit agar berusaha meningkatkan lagi kualiti penerbitan. Kecualilah jika satu demi satu lagi buku dihasilkan dengan kecacatan sebegini, maka lainlah cerita.
Untuk menarik balik buku yang terjual di pasaran hanya kerana ada seperenggan yang tercicir, pada saya ia adalah keterlaluan dan kesannya membabitkan banyak pihak.
Saya yakin pihak Galeri Ilmu serius dalam menangani hal ini dan mengucapkan syabas atas keterbukaan mereka untuk meminta maaf dan mengakui kesilapan yang berlaku. Ia adalah petanda bahawa saya telah memilih syarikat yang betul untuk menerbitkan buku-buku saya kerana keterbukaan ini hanya akan dibuat oleh sebuah syarikat yang BERINTEGRITI.
Maaf sekali lagi atas kesilapan yang berlaku. Marilah kita sama-sama berusaha dengan Itqan untuk mengejar kejayaan yang cemerlang, ameen.
ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 Ampang
@Abu Saif, Salam Ustaz, penjelasan saya boleh diikuti diblog saya tentang kesilapan teknikal ini. Sememangnya amat dikesali.
Sekian. T.kasih
Assalamualaikum..
Bagi saya ia suatu kekurangan kecil dan remeh dan perlu dimaafkan. Intipati buku tersebut yang sarat ma’na dan usaha GISB lebih tiada nilai taranya jika dibandingkan dengan kesilapan yg hanya sedikit.
Saya juga orang media, saya juga sering melakukan kesalahan dlm penulisan saya, malah, syarikat media saya juga ada melakukan kesalahan dlm penerbitan. Saya faham kdg2 situasi sebegini adakalanya terlepas pandang.
Kesilapan ini sbnrnya pengajaran bermakna untuk GISB meningkatkan kualiti pengurusan lagi. Memulangkan kembali buku dan mengambil buku yang baru adalah usaha yang sia-sia, merugikan dan menyusahkan.
Bukankah Islam itu agama yang mudah. Malah, rasulullah menyuruh umatnya memudahkan semua urusan muamalah dgn manusia.
Ketika inilah, kita mahu mempraktikkan ‘kemudahan’ Islam itu. Caranya, terima kesilapan, memaafkan, membetulkan, positif dan terus membaca….
Saya sukakan tulisan ustaz, membeli buku ustaz, dan pernah bercadang menjadikan ‘Bercinta sampai ke syurga’ & 2 lagi buku sebagai hantaran kawin saya. Tapi tak muat pulak dulang hantaran
Saya bakal berumahtangga 30 mei ini. Doakan saya. Semoga cinta kami kekal ‘Bercinta sampai ke syurga’.
@ustazah-engineer,
Salam ustazah-engineer
Saya telah membaca komen saudari dan tertanya-tanya akan ungkapan ‘Bukankah Islam itu agama yang mudah. Malah, rasulullah menyuruh umatnya memudahkan urusan muamalah dgn manusia’. Apa yang saudari hendak maksudkan?? Adakah pihak media kita mengambil mudah perkara kualiti buku atau pun pihak pembaca kita yang mengambil mudah akan kesilapan dalam buku tersebut??
Memang Islam itu mudah tetapi kita tidak boleh mengambil mudah setiap perkara. Sekian
@Mullah TTDI,
Pesanan Nabi S.A.W yassiru wa la tu’assirru itu bukan bermaksud yang penerbit, penulis, editor atau sesiapa sahaja boleh memandang enteng kerja-kerja penyiapan buku atau apa sahaja yang dilakukan dalam hidup ini.
apa yang ustazah-engineer maksudkan dengan hadith permudahkan jangan susahkan ialah dalam konteks mengatasi kesilapan di ms 61 dengan menukar keseluruhan buku. Itu had batasannya.
Itu yang saya faham. Wallahu A’lam
ya..itulah maksud saya, seperti yg ustaz hasrizal maksudkan..
Bukan terus membuang sifat ‘mengambil mudah’ dengan memandang enteng setiap perkara. Cuma mencari jalan penyelesaian yang adil dan ada batasannya bila sesuatu kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.
kena fikir juga kerugian yang bakal ditanggung oleh penulis, GISB dan lain2. Salah satu cara memberi sokongan kepada media islamik yang berusaha membawa Islam ke seluruh masyarakat.
Kesimpulan utama yang tersirat dari artikel ustaz Has ialah, belajar biarlah berguru.
Manalah tahu kalau tersilap perkataan mana-mana dalam kitab.
Teringat ana, ada seorang ustaz pernah kata, sebab tersilap baca jawi, perkataan keldai dan keladi yang ditulis sama; menyebabkan keladi yang halal dimakan, menjadi haram. wallahu alam.
@Amzari Zhahir,
Bukan sahaja kena berguru, malah buku yang dibeli kena dibaca. Kalau tak baca sampai bila tak jumpa silap tu
Maaf, bukan ustaz.. tapi seorang kawan yang menceritakan kisah keldai dan keladi (kaf lam dal), yang dieja dengan jawi.
Salam ustaz,
ana cadangkan, buatkan satu post khas n letakkan perenggan yg trtinggal tu di sini.
insyaAllah,mudah org nak rujuk,
ana kurang bersetuju dengan cara GISB memberi ‘penyelesaian’ kepada masalah ini. buku yang ana perolehi hilang mukasurat lebih daripada sehelai, (6 kalau tidak silap), tetapi untuk orang khusus yang mengikuti blog saifulislam merasakan tiada masalah kerana pernah dan tahu mencari kembali artikel yang sebenar.
tetapi bagaimana pula dengan orang awam? mungkin lain penerimaan nya.
seharusnya GISB memberikan pilihan untuk pembeli yang ingin menukar naskah kepada cetakan yang betul (tiada kesilapan).
dan pulangkan lah hak kepada pembeli untuk membuat keputusan samada boleh menerima cadangan cut&paste, atau pun masih bertegas untuk menukar naskah.
at least this is my wish list.
@deizal,
cut and paste yang GISB suggest tu hanya untuk naskhah yang bermasalah di ms 61. ada pun naskhah yang hilang mukasurat, ada page kosong dll, anda berhak mendapatkan naskhah ganti
salam…
Allah itu maha bijaksana dalam pengurusannya… sedangkan kita, sehebat mana pun kita,pastinya pergantungan pada yang Maha Esa menjadi tunjang kekuatankita yang hakiki..
redha itu rahsia ketenangan jiwa.. namun, tatkala perkataan ini hadir dibibir,ada kalanya,hati terlena membuaikannya…
” ready for trouble..!!”
ya..itulah maksud saya, seperti yg ustaz hasrizal maksudkan..
Bukan terus membuang sifat ‘mengambil mudah’ dengan memandang enteng setiap perkara. Cuma mencari jalan penyelesaian yang adil dan ada batasannya bila sesuatu kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.
kena fikir juga kerugian yang bakal ditanggung oleh penulis, GISB dan lain2. Salah satu cara memberi sokongan kepada media islamik yang berusaha membawa Islam ke seluruh masyarakat.
Masa awal2 keluar kereta Waja oleh Proton, banyak sangat kecacatan dan masalah yang dikesan oleh pelanggan. Ini menyebabkan pelanggan agak curiga ke atas kereta2 Proton walaupun bukan model Waja.
Moral daripada cerita di atas, sila fikir sendri.
Saya yang belum membeli buku tersebut, akan menunggu cetakan seterusnya.
@Khirulnizam Abd Rahman,
Bukan sebab waja, tapi semenjak proton saga lagi. Malah tak kebah2 terkejutkan JUARA!
Tidak mengapa ustaz kesilapan kecil yang masih boleh diperbetulkan dan hanya ditampal di hadapan buku sahaja. Semoga ustaz akan terus menulis tanpa jemu
Sifat manusia, dalam beribu-ribu yang baik, satu kecacatan bisa memadamkan keribuan yang baik itu, seakan-akan yang ribu-ribu itu tak pernah ada.
Dalam 3 buah buku Ustaz Hasrizal, hanya satu sahaja yang bermasalah, itupun hanya tertinggal perenggan terakhir. Yang lain-lain elok dan molek. Aduan dan rungutan wajar dikedepankan demi kebaikan pada masa hadapan, namun sampai ada yang berlebih-lebihan terhadapnya, ana ingat berpada-pada sudahlah. Bukannya tidak boleh baca di internet perenggan akhir tersebut.
Kesilapan bukanlah untuk dibela dan disapu di bawah karpet, namun menuntutnya berlaku sempurna seakan-akan ia satu kesilapan besar tentunya tidak wajar.
Salah satu cara untuk membantu produk Muslim berkembang adalah dengan tidak membesar-besarkan kelemahan dan dalam masa yang sama kelemahan itu dipinta untuk diperbaiki, bukan sekadar menggantikan KFC dengan RFC!
@Husaini,
Bersetuju dengan saudara…Moga Allah membantu perjuangan produk muslim..kesilapan yang kecil tak perlu diperbesar2kn..
Sala..ana belum sampai ke m/s 61. Bercinta ke syurga adalah ‘bedtime story’ ana. ana ke bookfair dlm keadaan masa ana sgt singkt, di bookfairlah ana berjanji utk bertemu dgn shbt yg lama tak jumoa juga mencari buku yang dah di ‘short list’kan dalam kepala. antara bukunya adalah bercinta sampai ke syurga, tetapi utk mencari both galeri ilmu sendiri ana dah give up.Akhirnya ana jumpa booth tersebut, dan ana mencapai bercinta ke syurga dan terus membayar serta terus pecut ke melaka. Sampai kt rumah dgn penuh excitednya ana tunjuk buku tersebut kepada hubby dan masa tu baru ana perasan kulit buku tersebut terpotong dua tetapi masih juga di laminate kulit tersebut.sedikit kecewa tetapi suami mengingatkan kita membeli untuk isi kandungannya, redhakan sahaja kulit bukunya rosak…apa yg ana nak bg tau kat sini galeri ilmu memang perlu tingatkan QC…moga berjaya
belum berkesempatan beli buku tu.
seperti yang ustaz katakan, kita semua perlu berusaha ke arah ITQAN dalam setiap pekerjaan sebagaimana saranan dalam hadith Nabi.
namun dalam usaha tersebut, kadang2 ada juga langkah yang tersalah dan tersasar sedikit.
dan GISB telah menjalankan tanggungjawabnya dengan memaklumkan ralat yang berlaku, berbanding beberapa syarikat penerbitan lain yang kadang2 endah tak endah pun dengan masalah2 seperti ini. malah ada yang langsung tidak menitikberatkan aspek tatabahasa, sampai kita yang baca pun jadi pening nak faham.
mudah-mudahan setiap kesalahan menjadi iktibar dan pengajaran, bukan utk GISB sahaja, tapi buat kita semua.
alaa….bende kecik je, x yah panjang2 citer, maafkan penerbit n bli satu lagi terbitan akan datang…mesti dah “allllllrightttt”
kalau begitu saya beli cetakan kedualah….
buku ATN telah saya beli pd PBAKL09 baru2 ni……
bagus tulisan itu. Tahniah!
Salam.
Ustaz ni selalu juga ek membaca buku karangan Dr. Mohd Amahzun? Camner ustaz boleh mengenali beliau? Saya kenal beliau pun melalui pembacaan artikel ustaz tetapi tak pernah jumpa lagi beliau sendiri. Dan semua buku karangan beliau yang ustaz sebutkan sememangnya ustaz dah miliki ek?
Wassalam.
ABCD
salam.
bg saya ini kesalahan/kesilapan kecil. sedikit saja. boleh print dan selit/sisip/tampal dlm buku. takder masalah. boleh dimaafkan tapi jangan buat lagi yer..
Hmm… dengan saya masih banyak lagi stok buku ni (ATN2).. Bankrap sy kalau se,ua org return balik buku yang dibeli melalui sy… sbb sy sendiri tak tergamak nak ‘claim’ dgn pihak GISB atas alasan yang ‘kecil’ ini..
Sdr Aye boleh dapatkan stiker utk ms 61 drpd GISB (03-614 21 614). Klu ada buku yg missing mukasurat, kena pulangkan semula/ tukar dgn GISB sebab kita kena jaga hak pembaca yg perlukan ilmu. Insyallah, kami akan ganti dgn yg baru.
Salam,
Orkid rase satu muka surat sahaja yang tertinggal, Tak da masalah.Bagi Orkid, GISB dah beri yang terbaik. Mereka pun masih bertatih dalam industri penerbitan Islamik ini, setakat satu page tu, take it easy ler..Mereka pun dah minta maaf secara terbuka.Ralat macam ni memang boleh jadi..Yang penting isi buku.
But Next time, GISB mesti lebihkan usaha ke arag penambahbaikan aspek kualiti dalam percetakan. Kalau kesalahan ini terjadi lagi, memang PARAH….
Sokong GISB….
maaf, buku yg sy beli bukan setakat 1 pg tp 14 pg yg tidak bercetak..amat mengecewakan…..
Puan Yana boleh pulangkan semula buku tsb ke alamat di bawah dan kami akan ganti segera isnyallah.
Galeri Ilmu Sdn Bhd
No 44, Astana Karya, Jalan Pekaka 8/3
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Harap maaf.
salam..abg chik..hmm sory tak beli lagi buku abg chik cz mase tak mengizinkan..
tgk tajuk mmg teruja..hehehe ..
harap2 dapat r jadi cam abg chik satu ari nnt..
heheheh…
alhamdulillah ana baru sahaja dapat pinjam buku ni dari kawan…baru nak start membaca..
huh!! cut and paste jadikan buku ini unik ..belum sampai lagi page 61. tapi dah print page yang perlu di paste.
Sebenarnya ralat ini hanya untuk edisi cetakan pertama, April 2009. Kalau tuan baru membelinya, Insya Allah ralat itu sudah tiada Alhamdulillah
selamat membaca
Aslkm.wbr
Buat para pembaca. Tahniah kerana selain membaca anda juga melayari laman webnya sekali. Tetiba pula sya terasa ingin memberi komen setelah asyik melihat shj dahulunya.
Buat Mullah TTDI & beberapa saudara saudari yg memberi komen menghiris sanubari. Tahniah kerana terlepas pandang menyusun tari tinta dengan sekadar senyuman mahupun makluman.
Apa yg saya boleh katakan, utk pengetahuan setiap publishr didunia ada melakukan kesilapan. Tidak dinafikan. Saudara mengatakan Ulat buku tetapi mcmana blh tidak menyedari. Utk pengetahuan, ada beberapa buku yg sya terima utk diberi kpd ahli orkestra sewaktu bekerja dgn Petronas dibwh Dewan Philharmonic (ahli orkestra terdiri dr pelbagai negara eropah @ barat) dipulangkan kpd kami oleh mereka utk dipulangkan kpd publshr setelah beberapa bulan diterima disebabkan mereka mengesan beberapa kesilapan penting. Bgimana saudara yg ulat buku blh tdk dpt mengesan. Belum lg DVD lagu klasik ini (keluaran europe) yg dibeli dgn hr RM beratus tetapi tdk blh berfungsi.
Kesimpulannya,…. memang seronok memberi komen. Tetapi berpada-padalah. Rileks la bro. Awatlah hang kepo yoyo. Man man la. Wat ever, tis pblshr dh aplgs. Othrs pblshr (europe) pun ada gak. he he