
“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.
Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.

“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu.
Gunung bergegar.
Lantai bumi bergoncang.
Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara kerja Allah yang tidak mereka jangkakan.
Budak muda yang beriman itu ada peluang untuk melarikan diri. Dia sendirian di puncak gunung, menyaksikan kejadian yang dahsyat itu. Tetapi perjuangannya belum selesai. Dia pulang ke istana, mencabar raja yang zalim itu. Ada seribu satu hikmah daripada pilihan budak muda itu.
Setibanya dia di istana, raja amat terkejut.
“Apa yang orang-orang kamu sudah buat!” herdik raja kepada budak itu.

Orang kamu?
Orang aku?
Ada kekeliruan di situ!
PENGAJARAN
Cerita di atas adalah petikan daripada kisah anak muda dan Ashab al-Ukhdud di kota Najran. Ia dikisahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam Surah al-Buruj, dan diperincikan oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam sepotong hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim.
Kisah itu penuh iktibar.
Tetapi salah satu kejutan besarnya ialah, tindak tanduk raja pemerintah yang zalim itu. Pelbagai pendedahan dilakukan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang isi perut dan benak hati raja yang zalim itu, agar kita meneladaninya sebagai petunjuk sepanjang zaman.
Lucu sekali, raja itu ramai orang suruhannya. Diarahkan mereka agar mengheret budak itu ke puncak gunung dan kemudiannya ke tengah lautan untuk menghapuskan kebenaran. Tetapi tatkala orang-orang suruhannya gagal melaksanakan misi itu, sikap raja terhadap orang-orangnya terus berubah.
Kata raja itu (seperti yang disebut di dalam hadith):
![]()
“Apa yang orang-orang kamu telah buat?”
Tidakkah ganjil, raja itu menisbahkan orang-orang suruhannya yang gagal itu kepada budak yang dimusuhinya?
Demikianlah para Ulama’ menjelaskan, bahawa itu adalah sikap pemerintah yang zalim. Ketika dia mahu menggunakan orang-orangnya, pelbagai perkara dibuat untuk membina kesetiaan. Tetapi orang suruhan yang setia itu, tatkala khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi, dibuang begitu sahaja tanpa sebarang erti.
Inilah pesanan Allah dan Rasul buat sekalian pencacai yang memperhambakan diri kepada manusia zalim dan kezalimannya, yang sanggup bermati-matian melaksanakan kerja-kerja kotor majikan yang menggajikannya dengan sekelumit habuan dunia, kalian hanyalah tebu-tebu yang habis madu sepah dibuang.
Andai masih ada ruang dirimu diselamatkan…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





salam ustaz, suka artikel ini. tapi, saya perlu membaca dua kali semua tulisan ustaz sebab kadang2 susah faham maksudnya. slow sikit kot saya ni!!!
@ummu najiyya,
Lambatnya paham bini ambo.. Maaf Ustaz deh..
@Nazri Chik,
wsalam wbt ustaz dan ustazah.
lambat faham tu biasa, baca dua kali untuk faham tu hebat
Salam. itulah jadi apabila nafsu mengawal akal…habuan tak seberapa sangat…tiada apa yang boleh menyentuh hati mereka.
erm..mcm kes kat Perak tula…
em..kekadang manusia ni pentingkan habuan duniawi kan..sedangkan ukhrawi tu yg lebih utama..(peringatan untuk diri sndiri) terima kasih ustaz…
Artikel yang dalam maknanya.. Yang faham akan mula mengukir senyuman.. yang masih samar2 berkerut dahi lalu membacanya semula lalu tersenyum..dan jika tak faham juga…tengok RTM le..
Audio berkaitan [4shared][Mediafire]
Tak menjadi pula link tu, sekali lagi [4shared]
bisa sungguh…tapi memang tepat….yg zalim tetap akan tenggelam!
Kalau tegur mereka dengan cerita babi tu, mungkin bunyinya kasar sangat, tapi kalau tegur pakai cerita dari hadis ni munkin lembut sikit….. baru terbaca karangan drmaza yang terbaru, macam syncronised je dengan nada ustaz.
salam..
sekali tengok memang bodoh orang yg menghambakan pada insan yang xselayaknya.. tapi bukankah sekarang ini,sungguh ramai je yang berada di status boneka kepada insan zalim pada ISLAM.. menuruti tiap tutur kata mereka..
biasalah, manusia boneka ini, bila diberi habuan,maka segalanya dituruti demi harta dan nafsu..
berbahagialah insan-insan yang terselamat dari mereka yang mempermainkan agama….
Hak tetap hak, bathil tetap bathil tidak akan bercampur kedua-duanya. Moga kita mengambil iktibar atas apa berlaku
Bukankah nabi datang untuk bebaskan perhambaan daripada hamba manusia kep[ada Allah? Tapi tula pasal, so kurangkan kepentingan kpd manusia.
Salam / / /
Hari ni…agama pilihan no. 2 manusia…yg penting duit dan kuasa…gitu le…..
bisa sungguh.. sungguh berbisa.. namun sudah namanya pencacai.. pencacailah jugak..
Contoh terbaik pencacai di atas ialah dua pembunuh (upahan) mendiang Altantuya
@Abu Saif,
“TEPAT pada sasaran! syabas!”
apabila anak panah itu ibarat “killing two birds with one stone. keh3.
yang tersirat dah tersurat.Adakah ini juga dikatakan takdir?
salam…
apabila dunia dijunjung di atas kepala…
manakala kedua belah tangannya memegang akhirat…
apabila dunia di atas kepalanya bergoyang…
kedua tangannya yang memegang akhirat dilepasnya…
begitulah tamsilan yang saya dengar dari seorang ustadz
berkenaan orang yang mementingkan keduniaan…
***
Oh Polis2 sekalian. Usahlah kalian termasuk dlm golongan ‘pencacai’ meskipun kalian telahpun termasuk dlm golongan ini.
Ayuh segera keluar dr kelompok ini sebelum gunung bergoncang. Byk juga gunung2 batu kapur di Perak nun yg selama ni banyak bersabar dgn karenah manusia.
Semoga diberikan taufiq!
salam,
tiada yg. haram bagi golongan yg. benci halal.semuanya kerana pangkat dan kuasa.
Salam,
saya pun teringat kisah ini bila berlaku perkara ni, bukak2 website saifulislam tengok ustaz pun tulis mengenainya..
Marilah kita berdoa moga sultan bubar DUN. Jika sultan enggan,redholah. Jangan bersangka buruk dengan menuduh sultan zalim. Bersangka baiklah. Mungkin sultan punya alasan yang kuat.
salam ustaz..
ending hadis ni..
pemuda mati then ramai menganut agama ALLAH kn???
juz nk tau kalo sme coz sy tgh bace ttg penerangan hadis ni..
@bdk medic mesir,
Salam, betullah ending hadisnya macam itu.
Kitab RiyadusSolihin dalam Bab Sabar.
Khamis ini ada kelas Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh di Rumah Kedah Baru, Hayyu Sabie3, Madinet Nasr, Cairo. Kelas kali ini akan bermula dengan membaca hadith ini, sebab kelas minggu lepas berakhir pada hadis sebelumnya.
Memandangkan anta di Mesir juga jemputlah datang. Tempat untuk akhowat ada di sediakan. Kitab Riyyadus Salihin dan Fathul Qarib. Selepas Isya’.
Jumpa di sana.
Lambatnya paham bini ambo.. Maaf Ustaz deh..
wah!
pedas,siapa makan cili dia yang terasa pedas.
Buat apalah nak jadi pencacai seumur hidup di bawah orang yang zalim. Jika rasa tak mampu nak menegur orang yang zalim tu atau ingkari suruhan yang bukan2 dari orang yang zalim tu, adalah lebih baik cari korje lain. Korje sendiri…janji halal. Kerana ingatlah, buat suruhan yang zalim yang disuruh oleh orang yang zalim hukumnya adalah haram, and then..hasil pendapatan dari perbuatan itu pun adalah haram.Tegakah kamu menyuapkan makanan yang dari sumber yang haram kepada isteri, anak-anak dan keluarga? Renungilah….
salam perjuangan bro, mohon tumpang bicara..
mohon kehadiran suara ke blog kami “Misi Membebaskan Tahanan ISA” dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat: http://bebaskanmereka.blogspot.com
seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
http://www.petitiononline.com/mujahid/petition.html
JZK
Good day to all,
We would like to invite you to our blog “Misi Membebaskan Tahanan ISA” to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:
http://bebaskanmereka.blogspot.com
We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well.
Justice for all.
Masya Allah..
Ustaz dah ikut satu ayat al quran..
ud’u ila sabili rabbikabil hikmah…
BIJAK…bijak..BIJAK..
Semoga semua masyarakat MALAYSIAN jadi muslim seluruhnya.
?????? ?????? ?????? ?? – ?????? ?????? ??????
?? ??????? ????!
assalamualaikum..
saya terkesan dengan ayat terakhir ustaz..
andai masih ada ruang dirimu diselamatkan..
umm..insyallah..hehe
ustaz, semenjak membaca artikel ustaz ba alif ba ya ada di sana sini,
dan mungkin kerana saya berfikir terlalu jauh kedepan + merasakan juga humour of sense yang ustaz selitkan dalam entri tersebut, saya terfikir bahawa dakwah itu punya ‘power’ yang tersendiri.
Dakwah secara terang2an atau dakwah secara tersembunyi.
Sudah sampai masanya kita menggunakan kebolehan dan kekreatifan yang Allah berikan.
Dah mula rasa bahang kezaliman….
apakah alternatif jalan keluar isu perak? : http://ibnyaacob.blogspot.com/
Teringat akan sirah perjuangan Nabi SAW, ketika pemimpin2 kafir Quraisy datang bertemu datuk Baginda SAW, agar menyampaikan tawaran mereka;
” Nyatakan pada Muhammad, kiranya beliau ingin menjadi raja, maka kami akan angkat beliau sebagai raja kami. Jika beliau inginkan harta, maka akan kami berikan harta sehinggalah ia dapat berhenti dari menyebarkan ajaran yang ia sebarkan.”
Allahu Akbar..
Baginda Nabi SAW menolak semua pelawaan itu meski pun tawaran dunia dan seisinya yang dihamparkan demi memikul amanah Allah SWT.
Benar sabda Baginda, Islam itu bermula dengan gharib dan akan kembali gharib.
Saat kini, hanya dakwah yang mampu membuatkan kita umat islam agar bersatu padu.
Usah ditunding jari menyalahkan sesiapa bila Allah meletakkan pemimpin yang zalim sebagai pemerintah.
Pemimpin yang zalim adalah ‘anugerah’ Allah kerana rakyat sudah jauh meninggalkan suruhanNya.
Diskusi petang saya bersama2 teman dari kuliyah perubatan dan Syariah di Bumi Mesir membuatkan kami rasa ‘terpukul’ dengan cabaran Malaysia hari ini.
InsyaAllah, sekembalinya kami ke Malaysia, niat dan azam yang tersemat di hati..Mesej dakwah itu perlu disebarkan, agar amar ma’ruf wa nahi a’nil munkar itu jadi NYATA….
doakan kejayaan kami ustaz!
Analogi yang jelas dan iktibar buat mereka yang cenderung kepada kezaliman
hmmm, penuh kata-kata implicit gi sini yg sebenarnya ‘explicit’ di sini.
saya faham artikel ni.:)
inilah yang ada sesetengah ustaz dari jemaah islam liberal menakutkan mad’u kesan akibat belajar ilmu sihir. Sedih betul orang-orang yang mengaji mathematics dan physics macam ana.
tq for good info. banyak sy belajar dari semua entri ustaz
Apabila ukuran nilai kita berbeza…dari ukuran nilai agama…
Manusia hilang harga diri. Mereka tidak percaya bahawa tanpa bantuan org lain pun mereka mampu berjaya.
faham tu faham juga !
tapi tak tahu berapa peratus yang saya faham dari maksud sebenar yang ustaz ingin sampaikan.
@wish you were here,
semenjak isu perak bebaru ni, ustaz saiful islam ada menyelitkan isu ini dalam Entri beliau- BA ALIF BA YA DISANA SINI-
bila dibaca memang berbau sense of humour/berjenaka.
Perkaitan ustaz kalau diteliti dengan isu virus AH1N1, memang kena betul pada tempatnya.
Di dalam entri ni pula, ustaz membawa perkaitan isu negara kita masa kini dengan lebih jelas lagi-kerajaan yang menakluki rakyat dengan cara kezaliman-
Tengok sahajala macam mana cara ‘mereka’ nak merampas Perak. Nak gulingkan speaker sesuka hati, hanya dengan kuasa yang mereka ada..zalim seperti Raja Ashabul Ukhdud ni.
Tapi mereka tak sedar atau maybe la buat2 tak sedar bahawa kuasa mutlak tu di tangan Allah.
Our Prime Minister drigging his own grave….
penuh makna…
he3 tringat dulu satu artikel ustz yg d tulis dlm loghat perak…(sori xigt tajuk dier)
cian org perok yer
Secara umumnya ini adalah artikel kepada kita tentang kewaspadaan kita terhadap pemimpin yang zalim.
Selepas membacanya, saya terfikir tentang kes Sirul dan kawannya dalam kes Altantuya tempoh hari. Kasihan..
Andai masih ada ruang untuk dirimu…
salam. saya suka ngn artikel ni. mmg betul. lebih2 lg ngn pemimpin hari ini yang pemurah pahala
Tepat sekali contoh bahan plastik yang digunakan di sini. Tetapi hati hati juga, zaman modern ini kalau teruk anak dipukul sekalipun, menantu buat ‘deark aja’! Kesian anak kena pukul!
Saya cuma teringat satu ayat yang menghalang saya untuk cenderung melaksanakan ‘pukul memukul’, ‘Janganlah kamu mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah’
Dalam situasi masakini, yang dipersepsikan sebagai zalim menjunjung kedaulatan Islam. Malah mereka mendirikan solat dan ibadah khusus yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam AQ.
Apakah layak kita menyimpulkan natijah dari cerita di atas sebagai sesuai untuk samakan dengan situasi masakini? Yang dikhuatirkan, apabila tuduhan kita tersasar, maka kita lah yang menjadi sasaran.
Kita layak melayani perasaan marah dikalahkan, tetapi tidak layak untuk terus tidak mengawal penggunaan perasaan marah itu, sehingga sanggup melebelkan orang lain dengan persepsi kita.