
“Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salina.
“Kenapa tu?” saya bertanya.
“Mama dengan Papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi Mama tak bagi” ceritanya.
Telus.
“Boleh ustaz tahu, kenapa Mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan.
“Mama tak suka anak dia pergi program-program yang ada video mati-mati ni, ada menangis-menangis dalam gelap dan lain-lain. It’s kinda stupid!” jawab Salina tanpa berselindung-selindung.
“So, what do you think?” saya meneruskan soalan.
“Well, dalam program ini ada ke benda-benda tu, ustaz?” tanya beliau lagi.
“Kalau tak ada, awak nak ke?” saya menyoal dengan nada provokasi sambil tersenyum.
“Kalau ada, boring. Kalau tak ada, saya nak tahulah kenapa tak ada?” beliau menyoal saya.
“Sebab apa boring?” saya menjawab semua soalan dengan soalan.
“Ye lah, too predictable. Dah banyak dah kursus macam tu. Kalau tutup lampu sahaja, mesti nak suruh menangis. Kenapa dalam kem-kem agama kena menangis-menangis, ustaz?” tanyanya lagi.
Wah, saya suka dengan pelajar ini. Beliau berani bertanya dan membuka dirinya untuk difahami. Bagi saya yang bersungguh cuba beramal dengan kaedah seek first to understand, then to be understood, bertemu dengan orang yang let themselves to be understood adalah satu bonus. Biar sekeras mana sekali pun pendedahan dirinya.
KEBERKESANAN
“Kami dibayar oleh ibu bapa kamu. Selain daripada bayaran itu untuk harga makan, minum, penginapan dan semua alat yang digunapakai di sini, ia juga komitmen kami untuk pastikan kursus yang dibuat ni berkesan. Malangnya, ramai pihak yang mencari jalan mudah untuk mengukur kesan. Kalau berjaya mengeluarkan air mata peserta, berkesanlah tu” saya menjelaskan.
“Habis, kalau program ini tiada mengangis-menangis, macam mana ustaz mengukur berkesan atau tidak berkesannya program ini?” tanyanya lagi.
“Apabila persoalan hidup peserta terjawab. Apabila jawapan itu menyebabkan mereka pulang dengan berfikir. Kursus ini adalah rawatan kepada penyakit malas berfikir,” saya memberi penjelasan.
Hampir terlupa yang sebenarnya pelajar di hadapan saya itu bersama dua lagi rakannya adalah pelajar Tingkatan 4. Keberaniannya amat saya hargai. Biar pun bagi sesetengah orang, pertanyaan-pertanyaan sebegitu boleh dianggap biadab, namun saya amat mengalu-alukan dialog sebegini.
“Kalau macam itu, saya ada satu soalan yang saya nak tanya ustaz. Dah lama saya nak tanya benda ni tapi saya takut” katanya.
“Tanyalah. Semalam ustaz dah sebut, kan? Apa sahaja yang tidak boleh ditanya di luar sana, boleh ditanya di sini” saya memberi lampu hijau.
“Ok. Saya rasa selagi soalan ini tidak berjawab, saya pun tak pasti adakah saya ni sebenarnya Islam atau tidak!” tegas beliau.
Aduh, begitu sekali. Mujurlah dia teringat untuk bertanya.
SOALAN MAUT
“Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salina.
Sepi seketika.
Nampaknya semakin ramai yang menyertai perbualan kami. Bagus sebenarnya dikosongkan waktu antara Maghrib dan Isyak kerana berdasarkan pengalaman saya, inilah waktu santai yang bisa mencungkil pelbagai cerita yang tidak boleh dicungkil di dewan kuliah.
“Salina pelajar kelas Sains ke?” saya menyoal.
“Ya” jawabnya.
“Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!” saya memulakan jawapan.
Dia mengangguk.
“Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?” saya mengujinya secara bertahap.
“Sunnatullah!” katanya. Mungkin memetik kuliah saya sebelumnya.
“Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains” saya mencuba perlahan-lahan.
Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan Sains untuk mengukuhkan kepercayaan.
“Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?” tanya beliau.
“EXACTLY!!! Benar. Betul sekali” saya terpana dengan kesimpulan yang dibuatnya.
“Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!” saya menambah paku.
Beliau mengangguk.
“Awak rasa macam mana?” saya menyoal.
“Logik. Ok, thanks ustaz. Tu ramai lagi nak tanya soalan kepada ustaz. Saya minta diri dulu” katanya kepada saya. Beliau bangun meminta diri.
“So, betullah esok tak ada menangis-nangis?” tanya Salina sambil membetulkan telekung.
“Kalau ada pun, bukan sebab saya. Tapi sebab awak menangis sendiri” saya menyudahkan perbualan.
KEPEDULIAN

Petikan dialog di atas adalah salah satu kisah yang berlaku semasa saya mengendalikan sebuah kem remaja. Ia menjadi punca mengapa saya tidak mahu membuat program dengan jumlah peserta mencecah seratus atau lebih. Pengalaman berinteraksi dengan anak-anak remaja hari ini, menunjukkan betapa perlunya mereka dicungkil. Terlalu banyak rahsia yang bersarang di benak fikiran mereka.
Sebelum rahsia itu boleh dicungkil, kita harus membantu peserta agar mereka percaya untuk bertanya kepada kita. Untuk hal ini boleh dibuat, kita perlu yakinkan mereka bahawa kita faham tentang mereka, dunia mereka, masalah mereka, dan kita tidak bertindak untuk membasuh atau mendoktrinkan mereka.
Jangan dijatuhkan harga diri mereka.
Jangan diremehkan keupayaan berfikir mereka.
Lebih banyak peserta seperti ini hadir ke program ‘Islamik’ yang ‘menghina upaya berfikir’ mereka, lebih teruklah agama dibidas persepsi dan pandangan sinikal Generasi-Y.
Remaja oh remaja, banyak yang kupelajari daripada kalian.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor












Nanti Ustaz compile semua cerita-cerita begini boleh terbitkan satu lagi buku ala-ala Chicken Soup for Teenagers versi Islamic punya.
@nazila, mantap~ haha..nti jadi Sup Ayam untuk Remaja..lapar amik la kan..
terima kasih ustaz,soalan saya terjawab hari ini.
Alhamdulillah.
generasi Y..setelah berfikir sejenak, baru sy tahu, y=why
@sang kappa,
Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
1 Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang.
Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan
“The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976)
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak.
Terma “the baby bust” , istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”,
Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997)
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang)
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun.
Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:
* Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) – 4%
* The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) – 16%
* The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) – 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) – 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) – 38%
Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 32 hingga 44 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).
Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.
dipetik dari http://www.sa-free.org/?p=23
Generation Y, also known as The Millennial Generation, is a term used to describe the demographic cohort following Generation X. Its members are often referred to as “Millennials”. There are no precise dates for when Gen Y begins and ends, but usually it is between the late 1970s and early 2000s, with the average definition given being about 1980 to 1995.[1][2] Generation Y has been referred to as the offspring of the Baby Boomers, Generation Jones, and Generation X cohorts. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Generation_Y
@crew, cuba simpulkan bahasa yg termudah apa itu gen-y dan gen-z..Sometimes the best explanation is the simplest one..
Allah Akbar, satu lagi self-paradigm! Really admire remaja yang berusaha mencari jawapan kepada persoalan mereka. Kadang-kadang ada yang duk konfius-konfius, tapi duk layan je konfius tu.
Soalan-soalan berani dari generasi muda seperti contoh Ustaz di atas, membuka satu lagi ruang dalam kepala. Teranjak paradigma. Hidup perlu pada zikir dan fikir. Generasi sekarang banyak bertanya… masing-masing nakkan jawapan yang dekat dengan kefahaman dan diri mereka. Orang sains, mesti jawapannya ada kaitan dengan sains juga.
Teringat intro kuliah paradigma dakwah Ustaz. Ramai tak boleh relate dengan dakwah sebab merasakan situasi dakwah tu tiada kaitan dengan mereka.
Seek first to understand…
PS: Bila baca artikel ustaz kali ini, terasa dah tua la plak. Baru-baru ini, gathering IPIJ di Jepun… yang datang semuanya adik-adik belaka. Terasa pula perbezaan zamannya, kerana persoalannya semuanya fresh-fresh belaka
Memang betul… sekarang nih banyak prog. yang hanya melihat kepada tangisan peserta sahaja… bila kluar prangai kembali macam dulu…
terkelu juga lidah nak jawab soalan macam ni, bukan sebab tak faham, tapi tak tau cara.. thanx ustaz for sharing this experience, at least lepas ni kalau ada soalan2 cepumas macam ni, ada juga la idea nak explain macam mana.
Assalamualaikum ustaz,saya bersetuju dengan pendapat ustaz. Banyak program motivasi yang mengukur kejayaannya dari segi air mata yang ditumpahkan.Sedang kami ini masih meraba erti hidup. Memang selalu dengar komen kawan-kawan,”Ala lepas ni ada la slot nangis-nangis’.Kalau balik dari proram tentu ada komentar ini,”Macam biasa la motivasi…nangis-nangis…’.
p/s:selalu sangat dengar komen macam ini,sampai kalau saya pergi program pun boleh jangka akan ada episod macam tu,maka ramai la buat ‘don’t know’ sebab dah masak dengan perkara itu…hehehe
betul ustaz. ramai pengajar dan jurulatih dtg sbg “org yg lebih tahu”, bukan “org yang mahu memahami dan berkongsi”…
salam
pernah gak terfikir..rupa Allah macamana…tapi makin lama makin fikir..Allah tu maha Besar..mana mungkin kita mampu bayangkan wajah Allah…
Salam ustaz,
Saya nak tanya, bagaimana saya nak tingktkan iman saya berdasarkan bidang yang saya pelajari. contohnya, saya minat komputer programming. bagaimana saya nak jadikannya sebagai penguat iman saya. Sebagai perbandingan kita lihat doktor, melalui pembelajaran terhadap manusia menjadikan mereka kagum dengan ciptaan allah bernama manusia.
@lani,
saya bukan nak tolong jawab utk ustaz (ustaz mgkin ada jawapan lain).
Tapi skdr bg pandangan saya. Saya bidang komputer juga. Boleh bayangkan begini. Manusia blh mencipta komputer yg pantas mengira/memproses data. Hebat sungguh. Tapi sehebat manapun komputer itu ‘berfikir’, yg memberi arahan adalah manusia juga (programming). Tapi Allah cipta manusia, manusia blh berfikir terus dan mengolah arahan, tak perlu penciptanya bagi arahan berulangkali (walaupun ada juga yg tak mahu fikir). 1 cth saja. byk lagi blh difikirkan.
@lelucon, Pada saya pentingnya memahami programming sangatlah utama dan asas. Yang di rujuk sebagai Qadar itu adalah penetapan setiap sesuatu yang akan berlaku sebelum ianya berlaku. Dengan memahami komputer program, kita akan faham dengan Carakerja Allah melalui codeNya, dimana penetapan ciri-ciri telah berlaku dari awal atau Azali. Allah menetapkannya dan tidak pernah mengubah ciri-ciri tersebut, tidak seperti program manusia yang terkadang mengandungi bug dan perlu penyesuaian.
Membudayakan cara kerja kita sebagai manusia supaya selari dengan Carakerja Allah pada pringkat cara atau prosedur, memberikan hasil kerja yang sangat bermutu, teratur dan terbaik. Sudah pasti kesempurnaan Carakerja Allah tidak dapat kita lakukan, tetapi yang penting adalah menyelaras atau membudayakan Carakerja itu yang lebih utama agar ia selari dengan kehendak AgamaNya, atau Islam. Islam adalah cara terbaik dan memahami falsafah programming memberikan kefaham mantap asas Sunnah Allah.
@Pak Din,
“Islam adalah cara terbaik dan memahami falsafah programming memberikan kefaham mantap asas Sunnah Allah.”
kenyataan ni seperti bercanggah. Jika “Islam cara terbaik” mengapa tidak “memahami sunnah Allah memberikan kefahaman mantap falsafah programming”? Bukankah sepatutnya cara terbaik yg mempengaruhi selainnya?
Cuma, baru saya perasan. sebenarnya tak bagus jika guna prinsip programming utk faham agama. Lebih baik guna agama utk faham programming.
Jika kita memahami falsafah programming untuk memahami sunnah Allah, alamatnya fahaman kita akan sempit dek keterbatasan sifat berhad (finite) falsafah pengaturcaraan dan komputer. Tapi jika kita fahami Sunnah Allah utk memahami falsafah programming (dan komputer) maka pemahaman yang luas memungkinkan kita mengaplikasi programming/komputer lebih dari yg ada skrg.
Misalnya, apakah falsafah programming melihat pengaturcara itu kreatif? Tidak, pengaturcara mesti mengikut keterbatasan upaya komputer. Bahkan arahan mesti rigid. Tetapi jika kita lihat hubungan sebaliknya, Allah jadikan manusia kreatif dan cerdik, maka kita (pengaturcara) tak sepatutnya terikat dengan apa yang komputer blh lakukan. Itu sbb adanya paradigma (OOP, AOP) kerana manusia ada keupayaan berbeza selesaikan masalah. Jika tidak, mgkin sampai skrg pengaturcara masih guna bahasa mesin (01011…).
skdr pendapat.
perbincangan lanjut tentang falsafah pengaturcaraan blh juga email ke lelucon2020@yahoo.com. saya berminat utk berdiskusi.tq
@lelucon, 4. Asasnya, sesebuah program komputer menjangka sesuatu yang akan berlaku apabila pelbagai pilihan dibuat. Apa perlu berlaku sekiranya seseorang memilih A, B, C dan seterusnya. Dengan nenekan butang arrow ke kiri, sebagai contoh, kita menyatakan satu arahan kepada komputer dan peralatan yang dikawalnya, untuk pergi ke arah kiri. Begitulah seterusnya dengan pilihan lain. Dari pilihan yang terbatas, kerana keterbatasan keupayaan pemprossesan komputer, berkembang kepada pilihan yang jauh lebih banyak sekarang ini.
Dari http://sharudin.com/2009/05/20/s99-program-komputer-qadar/
soalan2 dia juga membuatkan ana berfikir…
jwpn ust juga kemas..ana jga belajar sesuatu..syukrn..
hidup juga hati ini di musim exm di mana manusia menghadam teori..dan msg2 menyendiri..
salam ziarah…
teringat gabungan hamasatus syabab dan hikwatus syuyukh!!jzkk
salam ustaz..
mujur gen-Y itu sifatnya berani.
mujur dia masih sudi ke program ‘nangis-nangis’.
kalau semua gen-y nak berdialog dengan ustaz, tak larat nak layan kot..
pendekatan seperti ini wajar dilakukan pada generasi sekarang kan..
insyaAllah, selagi mampu saya juga mahu mendengar masalah dan membantu mereka yang memerlukan bantuan. [baiki diri dan serulah orang lain]
(“,)
Assalamualaikum…
pemikiran anak muda sekarang terlalu luas…
kami melihat dunia dengan erti kata ke’remajaan’an itu sendiri…
akal selalunya mencari rasional akal untuk manfsirkan apa yang dilihat dan apa yang tidak dilihatnya.
semua persoalan yang meruntunkan jawapan yang dapat memuaskan nafsu ingin tahu itu.
semoga persoalan-persoalan yang dicari oleh kami sebagai jiwa-jiwa muda ini terjawab dgn landasan yang direstuiNya….
amin….
“minda remaja bagaikan seekor burung yang terbang melayang mencari jawapan”
Assalammualaikum ustaz.
Semoga ustaz diberi ketenangan jiwa dan kesihatan tubuh badan.
Saya sangat tertarik dengan perkongsian ini dan tiba-tiba Allah mengilhamkan saya untuk menjemput ustaz mengadakan kursus komunikasi dakwah.
Keperluan melahirkan daei yang bijaksana/intelligent/berhikmah dalam menangani mad’u amat mendesak sekarang.
Saya menyertai Nisa Shah Alam dan setakat makluman saya kami di sini Alhamdulillah mampu mengumpul sekumpulan tenaga muda yang berjiwa besar bercita-cita menjadi daei…
Ada beberapa perkara yang perlu dilengkapkan dan antaranya yang TERPENTING ialah kemahiran komunikasi sebagai seorang pendakwah…
KOMUNIKASI DAKWAH…
Sebagai seorang remaja, saya berani mengatakan yang setiap seorang remaja yang hadir ke dalam mana-mana program, masing2 ada kisah tersendiri.
Justeru remaja perlu di-approach secara individu, bukan secara general. Setiap orang ada latar belakang masing-masing, ada rahsia dan cerita yang tersirat. Ada yang hadir kerana terpaksa. Ada yang hadir kerana mengikut kawan. Ada yang hadir bersama persoalan-persoalan yang menantikan jawapan. Ada yang hadir semata mengisi masa terluang.
Penceramah yang terbaik adalah mereka yang dapat mencungkil satu dan setiap kisah tersebut, membuatkan setiap remaja merasakan seolah-olah apa yang diceritakan oleh penceramah adalah nasihat khusus untuk dirinya! =)
Betul tu, walaupun saya masih pangkat remaja (kot?).
Walaupun berprogram dengan rakan sebaya, tetapi selalunya menjadi sebahagian daripada penganjur. Memang selalu pun lihat para peserta secara rawak, masing-masing ada cerita masing-masing. Masing-masing memang perlu didekati dengan cara tersendiri.
Cabaran buat penceramah dan penganjur. Di samping dapat memberikan kepuasan berprogram kepada peserta, penceramah dan penganjur pun belajar macam-macam.
@Inda,
hmm..selaku insan yang masih bergelar remaja, tak dapat dinafikan, dalam hidup sebagai remaja, sebenarnya keupayaan berfikir tu kadang2 melampaui satu tahap. eager to know, but dunno where to get the answer.
minda kerap berfikir. fikiran pintas berputar. siang malam, persoalan demi persoalan yang bertaut itu berlalu begitu je.
melalui kehidupan remaja..
hari demi hari..satu ujian..
barangkali indah
andai diri benar2 bersyukur atas segalanya.
nikmat ini satu ujian.
ujian itu juga satu nikmat..
Assalamualaikum wbt ustaz,
Pertama kali memberi komentar di sini, setelah sekian lama membaca saifulislam.com. Tak tahu kenapa artikel sekali ini sangat tersentuh rasanya, jadi memanjangkan bicara di sini. Mungkin sebab saya antara peserta yang pernah berada dlm situasi ‘tutup lampu dan menangis’ itu. Waktu sekolah rendah, memang tak faham apa-apa, lantas turut menangis dan sedihlah kononnya. Ada masa juga, kerana melihat rakan di sebelah menangis, saya turut menangis. Kadang-kadang suara orang memberi muhasabah juga turut tersedu-sedan menangis. Bila sedikit remaja, (alam sekolah menengah) juga masih ada program2 seperti ini, tetapi kali ini saya jarang menangis kerana tidak ada apa yang sampai/ mampu membuatkan saya menangis lagi. (Isi muhasabah lebih kurang sama dengan sekolah rendah dulu, jadi hairan untuk menangis pada perkara yang sama)
Dalam waktu-waktu tertentu dalam hidup saya, saya berfikir juga, kenapa begitu muhasabahnya, ya. Saya faham, menangis kerana muhasabah diri, air mata itu InsyaAllah akan menjadi saksi di akhirat kelak (betul kan, ustaz?). Tetapi mengapa perlu menangis beramai-ramai? Kalau muhasabah bersendirian terkenangkan segala dosa2 lalu tak mengapa, ini selepas sahaja habis program, tidak terkesan dan berbekas di hati sangat. Wallahua’alam.
Hari ini saya mendapat jawapannya. Terima kasih ustaz.
Teruskan usaha ustaz memahami remaja hari ini. Alam remaja memang penuh tanda tanya, harap orang dewasa tidak kelirukan mereka. (^_^)
Soalan adik Salina di atas dan jawapan ustaz, subhanallah…
Perkongsian yang amat terkesan!
Wassalam.
Assalamualaikum
Terima kasih atas ilmu yang diberi. Semakin banyak yang dibaca semakin terasa kekerdilan diri ini. Masyaallah
wah, ilmiahnya jawapan ustaz.kalaulah anak saya bertanya soalan yang sama pasti saya tak dapat menjawab begitu.anak saya berumur 4 tahun pernah bertanya macamana muka Allah?Saya jawab ikut logik akal dia saja..kurang ilmu.
Seperti kursus di sini ustaz http://www.zaharuddin.net/content/view/828/72/
Assalamualaikum…
Akak attend kursus ni,memang penat nangis, tapi inilah satu2 kursus yang menghidupkan solat akak,menyedarkan akak betapa Allah sayangkan hambaNya,hanya kita hambaNya yang lupa kpdNya.Kursus ini juga mengingatkan akak kalau nak jumpa dan tgk Allah peganglah AlQuran dan Sunnah, InsyaAllah dapatjumpa Allah di syurgaNya. Bukan ukuran berapa banyak airmata yang keluar selepas hadiri satu2 kursus,tapi kesedaran dan usaha untuk mendekatkan diri kpd Allah tersebut yang perlu dinilai.Kesimpulannya, kalau dari kursus tersebut kita faham siapa kita, kenapa kita dihidupkan dan apa yang sepatutnya dilakukan untuk bekalan di akhirat nanti…maka kursus tersebut adalah patut dihadiri oleh setiap orang. Kursus2 tersebut hanya sebagai batu loncatan untuk meyedarkan kita sahaja,lagi banyak kursus2 spt ini, maka lagi banyak pilihan yang kita ada untuk memilih kursus yang sesuai dgn diri masing2. Janganlah kita melabelkan kursus2 ini dgn ‘KURSUS MENANGIS DAN SEUMPAMANYA’, ambillah iktibar mana yang baik. wassalam…
Hebat..!!Banyak kena belajo dengan ust ni…
wow terjawab soalan sy….sy pun generasi y gak:)
Saya suka soalan student itu.. pernah dahulu saya juga bertanya soalan lebuh kurang begitu.. namun I found the answer and sy yakin dengan jawapannya.. Bagus.. kadangkala ramai orang menyalah tafsir sikap seperti remaja itu.. but for me, sikap dia sikap yang positif… mencari kebenaran..
alhamdulillah..
generasi y yang banyak persoalan yang membina..tapi saya terpikir bgaimana remaja-remaja lain yang juga berstatus genarasi y yang berfikir sama seperti Salina tetapi masih ketemu jawapan…kemudian bosan untuk memikir seterusnya mencari jawapan kepada persoalan itu sendiri dan membiarkannya dan hidup dalam penuh was-was..
Ust seorang masih belum cukup untuk membantu generasi y ini..usaha pemikir-pemikir yang ada kat sini juga amat diperlukan untuk menyebarluaskan ilmu yang bermanafaat ini..mudah-mudahan ISLAM itu dapat dilihat KEINDAHANYA….amin..
PEACE
@hafiz hashim, pembetulan..lihat comment kat bawah..sorry
alhamdulillah..
generasi y yang banyak persoalan yang membina..tapi saya terpikir bgaimana remaja-remaja lain yang juga berstatus genarasi y yang berfikir sama seperti Salina tetapi masih tidak ketemu jawapan…kemudian bosan untuk memikir seterusnya tidak mencari jawapan kepada persoalan itu sendiri dan membiarkannya dan hidup dalam penuh was-was..
Ust seorang masih belum cukup untuk membantu generasi y ini..usaha pemikir-pemikir yang ada kat sini juga amat diperlukan untuk menyebarluaskan ilmu yang bermanafaat ini..mudah-mudahan ISLAM itu dapat dilihat KEINDAHANYA….amin..
PEACE
Salam…
Generasi Y adalah generasi yang celik teknologi, terutama dalam bidang teknologi komunikasi bermula dari internet sampai handphone…
Teknologi paling banyak memberikan sumbangan bagi generasi ini…
Gerenasi Y adalah pengguna aktif dan tidak boleh hidup berenggang dari teknologi-teknologi tersebut…
Pada hemat saya, kita perlu memperbanyak bahan bacaan bermanafaat melalui teknologi seumpama ini… supaya mereka tidak tersasar…
Dinasihatkan dan galakan juga perlu diberi supaya ‘berguru’ jika ingin menuntut ilmu…;-)
***
harap2 ada kesempatan insyaAllah hadir prog ustaz..kat ums tak sempat, kat kg juga yg sempat
setiap org ada ceritanya tersendiri…
so jika ada org yg merasakan dia perlu cerita kisah silamnya, dan kisah silam itu merupakan aib kepada dirinya, adakah patut kita menjadi pendengar kepada org itu?
bukan apa, takut2 selepas tu , kita lebih cenderung memandang negatif kepada org itu (kerna dia dah bocorkan aib dia)
mula2 ingatkan gen-Y ada kaitan dengan kromosom Y. oh, saya baru tahu pasal generasi2 x, y, z dan beberapa lagi itu semua.
betapa sedikitnya pembacaan saya.
program2 ‘padam lampu+menangis’.saya tak pernah menyertainya walaupun ia popular.sebab?.saya culas dengan program2 motivasi.(“,).
‘kenapa tak nampak ALLAH?.’
persoalan saya kepada diri sendiri.
selalu saya bagi jawapan pada diri sendiri,
bukan semua yang tak boleh dilihat itu tak wujud.
maka saya bandingkan dengan deria rasa; sakit, panas,………
saya akui mereka ada sebab saya rasa.
dan saya merasai ALLAH wujud dalam ibadah kepadaNYA.
melalui jawapan ustadz kepada adik salina, ia menambahkan jawapan kepada persoalan itu.terima kaseh.
‘jangan dijatuhkan harga diri mereka’. saya suka pesanan ini.
salam,
its related to this Hadits,
http://bumbungrumah.blogspot.com/2009/05/izinkanlah-saya-tidak-semoga.html
Wallahua’lam…
salam ustaz,jzkk for the sharing.last summer, saya ada attend one course organized by malaysians students, kind of motivation from overseas to malaysian students. N dalam program tu, ada slot muhasabah n panggil ustaz, a typical ‘muhasabah’ session nangis2..dan kebetulan fasilitator terdiri dr pelbagai latar.Dan saya masih igt masa sesi itu sesetengah fasilitator yg agak liberal sgt tidak bersetuju, katanya program itu semacam bersifat menyeksa dan tak suka ustaz yg mengendalikan.Saya secara personal juga memandang perbezaan mengikuti program keagamaan di uk n malaysia.Sbg cth di UK, yg dianjurkan society muslims di sini semuanya menekan pendekatan “ilmu +akal +hati” yg mana saya merasakan pendekatan muslims di barat berasaskan ilmu,hujah dan psikologi.Sayang sekali sekiranya kita masih menggunakan pendekatan tipikal yg tidak dapt reach masyarakat bandar yg agak liberal dan terbuka
wallahualam
@ally,
Salam ally
Saya menyokong pandangan ally dalam hal ini. Kebanyakan ustaz-ustaz kita masih menggunakan pendekatan ‘muhasabah’ ini tanpa penambahbaikan ilmu, akal dan hati dalam menghadapi Generasi Y ini. Yang menjadi mangsa ialah Generasi Y ini juga. Pada pendapat saya, para ustaz yang ingin mendekati diri dalam bidang motivasi ini hendaklah meluaskan pemikiran mereka dengan pendekatan SAINTIFIK supaya motivasi mereka menjadi lebih berkesan, selain ISLAMIK.
salam.
menarik jugak approach kepada soalan Salina itu.
taktik motovasi pejam mata konon bertafakur, muhasabah diri etc ni sebenanya x menjadi jugak bg saya. ada sekali tu saya hampir tertidur bila penceramah buat taktik tu.. yer la, suruh pejam mata yg dah brp segar kan.. sure la…:)
assalamualaikum Ustaz Hasrizal,
bagaimana keadaan saya, ketika menghadiri majlis makan malam, yang didalamnya ada lagu-lagu yang lebih berunsurkan hiburan, dan tidak dihadkan pergaulan lelaki dan perempuan (standard kebanyakan majlis di kolej-kolej dan juga IPTA)
mula-mula niat saya untuk senangkan hati kawan-kawan (yang Islam dan bukan Islam) dan juga pensyarah yang menganjurkan program tersebut.
tapi rasanya ada ilmu saya yang tak lengkap mengakibatkan saya tak ada kekuatan untuk menarik diri (Sekurang-kurangnya).
Saya satu orang, mereka classmate saya, umurpun saya lebih drp mereka.
Tapi saya tak mampu nak halang…
Salam untuk semua.
satu lagi kesedaran yang ustaz kongsikan bersama, bermanfaat bukan sahaja kepada golongan remaja.
Syukran ustaz.
Tuan Ustaz,
Tumpang laluan untuk Iklan;
CERAMAH UMUM
YB Mahfuz Omar (Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat)
YB Amiruddin Shaari (Adun Batu Caves)
YBhg Ustaz Salehuddin Nasir (YDP PAS Gombak)
Pada:
14 Mei 2009, Khamis
9.30 malam
Bertempat:
Dewan JKKK Kg Melayu
(berhampiran padang bola sepak Batu Caves)
Semua Dijemput Hadir
di saat kehilangan, ku menemui sesuatu kembali…thanks ustaz…
assalamualaikum ustaz,
saya baru terima buku Rindu Bau Pohon Tin..pd sy ia amat menarik..membuatkan saya leka seketika dari kepadatan, kepanasan dan ketidakselesaan berada dlm komuter utk 1jam setengah..saya seakan berada di Mu’tah.. saya mmg mengikuti tulisan ustaz di blog ini..byk yg boleh dipelajari..
tahniah..menjadi pemimpin yg terpimpin…
salam ustaz..boleh tak saya nak tahu apa kitab teerbaru karanagn sheikh solah abd fatah…
kalu boleh wabnya sekali
Salam.
This is one of explanations of why Allah exist i got from email.
The barber said: I don’t believe that Allah exist. Why do you say that? Asked the customer. Well, you just have to go out in the street & realize that Allah doesn’t exist. Tell me if Allah exists, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If Allah existed, there would be neither suffering nor pain. I can’t imagine a loving Allah who would allow all of these things.
The customer thought for a moment, but didn’t respond because he didn’t want to start an argument. The barber finished his job and the customer left the shop. Just after he left the barbershop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and untrimmed beard, he looked dirty and unkempt.
The customer tuned back and entered the barbershop again and said to the barber: You know what? Barbers do not exist. How can you say that? Asked the surprised Barber. I am here, and I am a barber & I just worked on you. No! The customer exclaimed. “Barbers don’t exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beard, like that man outside.
Ah, but barbers do exist! That’s what happens when people not come to me.” Exactly, affirmed the customer. “That’s the point! Allah, too, exist! That’s what happens when people do not go to Him and don’t look to Him for help. That’s why there’s so much pain and sufftering in the world.”
@ibnu ismail,
(translation…)
Salam.
Penerangan ini saya perolehi daripada email berkenaan dalil naqli (akal) Allah itu wujud.
Tukang Gunting berkata, saya tidak percaya Allah itu wujud. Kenapa kamu berkata sedemikian? Tanya pelanggannya. Ya lah, kamu hanya perlu keluar ke jalanan itu dan sedar Allah tidak wujud. Beritahu saya jika Allah wujud, mesti tiada penderitaan dan kesakitan. Saya tidak boleh bayangkan Allah yang maha pengasih boleh membiarkan semua perkara ini berlaku.
Pelanggan itu berfikir sejenak, tetapi tidak mahu merespons kerana tidak ingin mewujudkan sebarang pertengkaran. Tukang gunting itu pun selesai kerjanya dan pelanggan itu meninggalkan kedai gunting itu. Hanya beberapa ketika pelanggan itu meninggalkan kedai itu, dia terlihat seorang lelaki di kaki lima dengan rambut panjang, kusut masai dan misai yang panjang tidak kemas. Lelaki itu kelihatan kotor dan tidak terurus.
Pelanggan itu berlari-lari mendapatkan tukang gunting tadi seraya berkata, Kamu tahu tak? Tukang Gunting tidak wujud. Bagaimana kamu boleh berkata sedemikian? Tanya Tukang Gunting dengan nada terkejut. Saya di sini, dan saya seorang Tukang Gunting dan baru sahaja menggunting kamu. Tidak! Pelanggan itu mendakwa. Tukang Gunting tidak wujud sebab jika dia wujud, mesti tiada orang berambut panjang, kotor, misai tidak dicukur dan tidak terurus seperti lelaki di luar itu.
Ah, tetapi tukang gunting sebenarnya wujud! Itu lah yang berlaku apabila tidak datang kepada saya…
Tepat sekali! Pelanggan itu mengiakan. Begitu lah, Allah sebenarnya wujud! Apa yang berlaku apabila ini adalah kerana manusia tidak ‘kembali’ kepada-Nya dan tidak meminta pertolongan kepada-Nya. Sebab itu lah terdapat banyak kesusahan dan penderitaan di dunia ini.
Wallahu ‘alam
Salam.
Memang sangat menarik artikel yang disiarkan kat sini. Selama 6 bulan ikuti web ustaz ni memang semua topik yang dibincangkan adalah perkara – perkara yang pernah saya alami. Teruja untuk memiliki buku terbaru ustaz. Wassalam.
“Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar”
Pentingnya sbuah kefahaman..
Menggunakan istilah sains lalu diterjemah dalam bentuk agama..Bukan bahasa dipentingkan tetapi lebih kepada maksud perkataan..
Us mempunyai kekuatan ilmu dan pengalaman. Untung orang yg ada basic sains kuat dan mendalam, lepas tu pusing arah amik bidang agama.
Ramai gak yang mengaku gen Y ni ya. Tapi jgn bangga je klu tak dinatijahkan dengan menambah ilmu tauhid.
Paksa2 orang menangis tak patutla dan memang itu bukan ukuran kejayaan. Tp klu menangis kerana kekesalan biarpun sejenak apa salahnya. Memang ada yang mudah hiba, terutama bila sentuh akan kesilapannya.Baguslah bagi sesiapa yang tak mampu nak keluar air mata bila program ramai2, tapi akan menangis berjurai-jurai bila keseorangan.
Bagi saya kegagalan program kerana tiada followup. Kena pula bila pulang jumpa balik keluarga yg still tak berubah. Program motivasi hanya sebagai mengetuk pintu kebaikan, tp klu nak masuk dan selesa di dalam kenalah melalui proses tarbiyah yang kekal dan berpanjangan.
Bagi sapa yg dah faham program motivasi hanya mainan kata dan perasaan, carilah pula kelompok usrah yg boleh membantu.
Pelik juga mata ni, bila kupas bawang mudah sangat keluar, tp bila kenang dosa, setitik pun belum tentu. Masalah pada mata atau hati?
kadang-kadang terfikir jugak yang camne nak jwab soklan camtu
nasib bek da ade solution
jzk
remaja zaman yang bagus untuk berubah
doa2 supaya berubah ke arah lebih baik
6. Maqam boleh dilihat pada perkembangan manusia semasa di dunia, dari dalam pensenyawaan, kandungan, bayi, kanak-kank, remaja, dewasa dan tua. Kita, sebagai roh melalui tahap-tahap (maqam) tersebut. Tidak boleh disamakan keadaan kita semasa dewasa dengan keadaan semasa bayi, dan yang lainnya. Setiap maqam punya perbendaharaan tersendiri. Setiap maqam mempunyai tata-bahasa dan tata-cara tersendiri. Tetapi tidak dapat dinafikan ada yang aqil-baligh, lebih awal berbanding yang lain di tahap maqam yang berbeza.
http://yamah.wordpress.com/2009/05/13/cd54-jvc-camcoder/#comment-1764
Selalu jadi silent reader je.
Terdetik pulak nak respon.
Sebab kesimpulan adik tu satu pelajaran baru buat saya. Patut la kita tak nampak Allah.
Allah hu akbar.
Thanks for sharing.
In order to see something, we need light (photon). But the photon has to obey Quantum Theory of light, which given by Einstein’s solution. To see something, photon has to exert momentum on the object (in this case, God @ Allah), I wonder anything can touch God since He is above all of anything.
Touch n Go boleh lah
Cayalah ustaz. Theori ustaz nanti boleh menang Nobel Prize lah.
ya ustaz, its not that easy to treat so called remaja….banyak yg perlu di ambil kira ….susah betul nak bentuk gen Y nie..moga ALLAH beri hidayah….
one more things….yang saya pernah bincang di usrah ialah…mana mungkin kita boleh melihat ALLAH sedangkan salah satu sifat ALLAH adalah tidak sama dengan makhluknya…jika ALLAH dapat kita lihat maka ia bersalahan lah dengan sifat itu…jadi mana mungkin kita melihat ALLAH sebab bila kata dapat melihat ALLAH ia akan sama seperti mahkluk ciptaanNYA dan itu mustahil bagi ALLAH….ALLAHUA’LAM….
Pasti kita tidak dapat melihat zat Allah, kerana Laisya kamis syai’, tetapi perlu dingat kita sentiasa melihat HasilkerjaNya, iaitu Alam ini. Kefahaman kepada adanya perbezaan antara zat dan sifat Allah perlu dipertajam, bagi menguasai apa yang perlu dilihat.
Teringat respond anak (5 tahun – Generasi Z) pada abahnya yang nak terang tentang siang dan malam.
Kata abah “Bila pagi, matahari akan naik dan hari akan jadi terang. Bila petang, matahari akan turun sebab masa dia tidur”……. Respon anak “Ummi…. matahari mana ada mata….”
Tersentuh hati dengan cte remaja tu tadi, klu tak dibimbing makin hanyut remaja tu, tak mustahil masih ramai diluar sana tu yg mungkin lebih jahil daripada tu.
Pada hakikatnye islam pada masa kini hanya diwarisi tetapi tidak dihayati,difahami dan didalami, jika ibu bapa tidak dapat berperanan menyampaikan amanat ALLAH dengan sebaik mungkin, jadi tanggungjawab pendakwah2, tabligh2, ustaz2 seta guru2 utk membawa mereka kejalan yg benar………….. tetapi AWAS jgn ajaran sesat!
[...] Dialog Gen-Y : Antara Iman Dan Kufur di http://saifulislam.com/?p=5639 [...]
assalammualaikum
tertarik sungguh artikel ini.
saya meminta keizinan untuk melinkkan dalam blog saya.
artikel yg menarik sngt2
[...] Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur [...]