Demi Sebuah Bahagia

March 2nd, 2010 by Abu Saif 1:03 am | 13,711 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

belfast006.jpg

Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.

Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.

Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.


PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.

Namanya “Ingat 2 Lupa 2″

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

mannwalaza.JPG

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Kelantan: Demi Sebuah Cinta! Hadir ke USM Kubang Kerian hari ini merupakan suatu pengalaman...
  2. Autism: Demi Sebuah Kesedaran SAYA MENULIS ARTIKEL INI SEBAGAI USAHA MENINGKATKAN KESEDARAN IBU BAPA...
  3. Korbankan ‘Melayu’ Demi Islam?   Saya Muslim yang Melayu, di mana sahaja saya berada...
  4. Sinergi Keluarga Bahagia di Bukit Jelutong “Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku...
  5. Demi Islam, Ceriakanlah Dirimu! “Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu...

Advertisement

53 comments

  1. n.nurani says:

    saya benar-benar tertarik dan bersetuju dengan paparan ustaz kali ni, tips-tips di atas jelas menunjukkan kita punya pilihan untuk menjadi org yg bahagia, sekiranya kita memilih untuk menerima dan melupakan kesalahan yg di lakukan oleh org di sisi kita. sekiranya kita memilih untuk lari dari masalah dan masih tidak melupakannya tiada bahagia yang akan dikecapi, seperti yang berlaku pada sahabat saya walhal masalah yg timbul itu bkn berpunca dari sahabat saya yg seorang lg sahaja malah sahabat saya itu sendiri, bcoz it takes two to tango….

  2. khair76 says:

    salam,
    very nice article, adil kepada diri…… jgn hanya pandai meminta tapi tak tahu hendak memberi…..

    wallahua’lam

  3. hafizah says:

    Salam ustaz,
    Hati sering merasa rendah diri, sentiasa rasa bersalah, sentiasa berusaha memaafkan dan pohon kemaafan daripadaNYA. tapi pada masa2 tertentu luka atas apa yg org buat pada kita akan berulang2 datang ke dalam minda dan kadang2 membuatkan kita sentiasa mengeluh dan tidak bersyukur atas apa yg Tuhan kurniakan pada kita. Keadaan ini berulang2 sehingga kadang2 merasa penat, entah bagaimana rupanya bahagia itu, bagaimana rasanya bahagia itu, saya tak dapat membezakan duka dan bahagia. Sungguh penat. InsyaAllah sedaya upaya sentiasa berusaha menggunakan petua ingat 2 lupa 2…

  4. Kak Ija says:

    Assalamualaikum,
    Jzkk ustaz, pokoknya berharap kepada Allah dan hari Akhirat. Ingat Allah banyak2. Akarnya IMAN. Iman yang diperkukuhkan bukan sekadar warisan. Semoga kita menjadi pewaris Risalah yang benar ini bukan pewaris jari hantu.(Terpengaruh dengan anak2)

  5. Adzlan says:

    Assalamualaikum…

    Izinkan saya untuk men’copy’ artikel diatas untuk simpanan saya, buat peringatan diri yang selalu lupa, agar dikurniakan rahmat oleh Nya untuk redha menerima apa jua pemberian-Nya dan bersabar atas dugaan yang diterima.

    Wassalamualaikum….

  6. batman says:

    article yg sgt best! timer kacih,ust.. =)

  7. ummu_iqbal says:

    terima kasih ustaz…
    Hidup ini jika tidak tunduk dan merendah diri kepada yang Maha Esa, akan mudah tersasarlah kita dari landasan yang benar…memang manusia tidak akan terlepas dari kesalahan dan kelalaian…..tetapi ingat kita ada pencipta yang begitu memahami dan mengasihi kita….

  8. pembaca says:

    teringat pulak sessi dengan fitrah perkasa suatu masa dulu.. kupasan yang agak sama.. sekurang2nya membantu saya ingat kembali..

    mungkin sudah TAHU, tapi belum MAHU
    mungkin sudah MAHU, tapi belum MAMPU

    • mior ahmad taha says:

      Alhamdulillah,hari ini dapat saya bermusabah diri dengan tips yang ustaz berikan……..ilmu yang bermunafaat,terima kasih

  9. qudus says:

    Salam,

    Teringat semasa pergi kursus motivasi. The motivator ada relate stories how dia punya kemarahan kpd ex-boss dia (yang merupakan kawan waktu college) menyebabkan dia tidak boleh berkembang dari segi career and also insani. Jadi ‘tips’ yang diberikan ialah spt yang Ustaz berikan pada ‘lupa yang ke-2′ Kemarahan dan kebencian kita kepada orang lain adalah umpama ‘kita menelan racun dan mengharapkan orang yang kita marah itu mati’! Marah/dendam kita pada org itu tak memberi kesan pada org itu, tetapi memberi kesan kepada jantung kita dan increasing the possibility untuk jadi ‘customer ‘kepada IJN, which I don’t think so kita ingin menjadi customer IJN. The only good thing jadi ‘customer’ kat situ ialah kemungkinan terserempak dgn Ustaz Hasrizal kat IJN!

  10. jarr says:

    salam’alayk
    minta keizinan ustaz utk copy artikel ni dan artikel2 lain utk dikongsi dan disebarkan kpd sahabat2 yg lain..
    jazakallah

  11. ayahsayaboleh says:

    terima kasih ustaz !
    saya ingin tahu pasal tips “LUPA 2″ pasal lupakan kesalahan orang lain. Saya tak boleh lupakan kesalahan / keburukan orang lain terhadap saya .Perbuatan jahat orang lain terhadap saya tetap saya ingat kerana tidak mahu terkena kejahatan dari orang sama buat buat kali kedua (saya tak mahu dipatuk oleh ular dua kali). Ustaz tolong betulkan kalau sikap ini adalah salah. terima kasih

  12. insankerdil says:

    Assalamualaikum ustaz;
    Terima kasih atas peringatan di atas. Alhamdulillah sy dikurniakan sifat penyabar oleh Allah, dan sifat suka memaafkan kesalahan org lain. maka, setakat ini sy tiada perasaan dendam pada siapa2. Namun begitu, kadang2, walaupun sy dah maafkan org yg terbuat kesilapan atau terguriskan perasaan saya, saya masih teringat kata2nya, dan rasa terguris tu masih terbekas. kdg2 buat saya rasa sedih kerana diperlakukan begitu. tapi sy dah maafkan dia, dan saya tak berdendam dan tak bercita2 pun nak berdendam dgn dia. dan lebih parah lagi, sy suka untuk menyalahkan diri sdiri jika ada apa2 kesilapan dalam hubungan sesama manusia, walaupun kdg2 memang salah pihak sebelah sana. sifat suka menyalahkan diri sdiri atas sesuatu yg berlaku kdg2 buat saya rasa sgt tertekan, sbb rasa diri sgt tak baik. sy x pasti perasaan sebegini baik utk kesihatan atau tidak. kebanyakannya sy rasa baik, tp kadang2 menyusahkan diri sy, contohnya sy berasa hilang semangat utk meneruskan hidup. sy dah semakin kompius skrg. harap ustaz faham apa yg sy cuba sampaikan ini.huhu. maaf, kurang kompetensi dlm menggunakan bahasa Melayu. maka, sy harap ustaz boleh jelaskan adakah sifat sy yang sebegitu wajar diteruskan atau tidak. Jazakallahu khair. wassalamualaikum wbt.

  13. insankerdil says:

    Assalamualaikum. tambahan ya ustaz. jika nk jwb soalan sy di atas melalui emel personal ok juga (ustaz boleh tahu kan emel pengomen2 di sini). nk balas kat tempat ni pon ok je. ikutlah mana2 ustaz rasa lebih mudah. syukran ya ustaz. wassalam.

  14. kiyun says:

    Salam…
    sy mmg brsetuju namun ada kalanya sy sbgai mnusia biasa yg pnuh dosa x mmpu nk mnanggung kpayahan hati dek sikap sy thdap org lain dn sbaliknya… sy salu jgk kliru..ppatah Melayu ada mnyebut..buat baik tu berpada2..buat jht jgn skali.. pmahaman sy thadap ppatah ini ialah kita nk buat baik kat org lain pun biarla kna pd tmpatnya,jgn trlampau mnjadi org yg mmberi hingga kita langsung x mrasa.. namun kalau dlm Islam,kita disarankan agar mnjadi org yg dpt dijadikan sndaran oleh org lain manakala kita sndiri jgn brgntung hrp pd org lain…
    Dan rasanya… sy akan cuba mngikut arah yg ditunjukkan Islam.. InsyaAllah..

  15. Abidah says:

    Ya, mmg memaafkan manusia satu perkara yg harus kita lakukan, lagi2 kalau seseorg yg dibenci tu muslim. kerana ahli syurga termasuk org2 yg tdk ada segaris benci atau dendam pun di dalam hatinya terhadap org2 muslim yg lain.
    saya juga dambakn ampunan Tuhan… sangat mengharapkannya…

  16. aisyah says:

    salam..ust,satu persoalan…saya ade dengar satu ceramah dari ust zawawi yusof..dia ader kater salah satu care utk kita mintk doa kita dimakbulkan adalah dengan menyebut tentang kebaikan yang kta buat dan kejahatan yang kita tinggalkan kerana allah..cm ader kontra ngn ust..sbb ust kater lupakanlah kebaikan yang kita wat sebb allah lagi bnyak ‘wat baik’ kat kita…itu jer…wallahua’lam….

  17. masri says:

    16#

    aslm wbt
    aisyah,

    benar apa yg ust zawawi katakan, itu dinamakan bertawassul dgn amal shalih kita.

    bleh lihat kisah ashabul kahfi, mrk bertawassul dgn amal shalih n maksiat yg mrk tinggalkan.

  18. saifulislam says:

    terima kasih atas respond antum.

    untuk komen #3 #11 #12 #14 #16, saya harap antum membaca dengan perlahan dan tidak tergesa-gesa. apabila saya sebut lupakan dan ingatkan, saya telah sebut bahawa lakukan:

    1. secara positif

    2. bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar lebih berhati-hati

    maka janganlah dikontrakan keterangan saya dengan pelbagai cabang ingat dan lupa yang di luar konteks kerana ia akan menyulitkan mesej yang simple ini.

    dan anda sebenarnya benar-benar boleh pilih sama ada nak maafkan dan lupakan, atau sebaliknya. semuanya di tangan anda sendiri. pilih sama ada nak bahagia dan teruskan hidup, atau sengsara dan menambat kaki di akar dendam.

    saya berpandangan, artikel ini lebih berkesan jika kita tahan pertanyaan, dan soalkan ke dalam diri. jangan tanya, tapi fikir. bukan untuk mematikan pertanyaan (ni konteks lain) tetapi supaya fikir tu lebih lama dan dalam…. tergesa-gesa bertanya akan jadi anti klimaks dan menghilangkan keenakan berfikir

    errr… don’t get me wrong guys.

  19. IbNu SaIF says:

    Assalamualaikum Ustaz….. Tersentuh bila baca artikel ini… lagi2 pasal kenapa kita perlu menjadi pemaaf….. Jazakallah Ustaz……

  20. Nasibah says:

    Assalamualaikum..sekadar berkongsi pengalaman..sifat pemaaf yg cuba dipupuk kini Alhamdulillah benar2 menyegarkan dan membahagiakan diri..bila kita menjadi pemaaf kita akan sedar betapa kerdil diri ini..yelah sapa kita untuk berdendam kesumat sedangkan segala dosa kita Allah sedia ampunkan. Tuhan yang Menciptakan kita sedia menerima kita bila bila masa asal kita ini ikhlas. terakhir, jangan berdolak dalih utk meminta maaf krn u’ll b surprised responds yg diterima dr permohonan maaf kita ini walaupun via emails /sms insYallah cepat & positive dr pihak sana. ana sendiri dah mencuba…ayuhlah ramai2 melupakan kesalahan/ kesilapan org lain ..kita ni semua backpakers and soon kita semua nak balik ke Sana n i’m sure disitu kita pun tak mahu org lain menuntut itu dan ini dr kita……..mudah mudahan kita sentiasa dimaafkanNya :)

  21. zu aini says:

    Terima kasih, ingat dua lupa dua salah satu ubat yang paling mujarab untuk merawat barah hati ini. Pada realitinya sangat pahit tapi percayalh penyembuhanya. Wassalam

  22. asbestos_nabil says:

    Jzkllh ustaz…

  23. nurani says:

    nice article.=) setuju ngn n.nurani=)

  24. cahayacinta says:

    hehe selalu je terkena bile baca article ustaz…slalu sgt bila baca entry baru ustaz mesti terkena je ngan bende yg tgh happend dlm idup saya. …emm tapi tak de kebetulan kan dalam islam itu semua adalah ketetapan Allah s.w.t semata…

  25. anonimaus says:

    saya pilih utk jadi anonimaus.
    dulu, kerana terlalu percaya dengan seseorang, maruah saya hampir tergadai. setelah kejadian itu, kebencian membusung, bernanah dalam hati. namun, yang lepas tu, sudahlah. saya tak ingin lagi mengenang. semua perkara yang dulu, saya salahkan diri sendiri. tak guna menyeksa diri membenci, sedangkan yang dibenci itu hidup bahagia entah di mana. ya, kita harus bersikap pemaaf. namun, walau maaf sudah diberikan, masih ada sisa2 benci dalam jiwa ini. complicated ye?

  26. hamba Allah says:

    salam…pd pndgn sy sedikit sbnyj tips ada membantu, tak kira dlm peperiksaan atau sbgnya. jk ustaz mengumpamakan buah sbg tips, sy rase buah jk di makan akan memberi vitamin pd tubuh badan, wlpun sy tak nafikan kita perlu pd pokok utk hasilkan buah..jd rsenya kurg tepat jk dikatakan ceramah yg memberi tips adlh kosong..

  27. wak kedukaan says:

    salam,
    aku nak tanya la pade sesiapa la, ape pendapatkorang tentangape yangaku alami,
    aku ada sorang kawan, adku dah kenal dia sejak form 4 lagi. sejak dari aku kenal dia aku selalau tolong dia. ape yang dia nak aku tolong dia aku buat. hingga aku tak kisah dengan kesihatan diri aku sendiri. ape hubungan aku ngan dia memang dah rapat gila, dari tahun ketahun aku gembira dengan dia.
    sampai la aku habis sekolah men, lepas abis sekolah aku dapat tawaran sambung belajar kat kolej komuniti. dia x dapat taran tu. tp aku tolong dia buatkan rayuan untuk masuk ke kolej yg sama dgn aku. aku buat semua ni atas permintaan dia. bila dia dah d terima masuk kolej tu dia mula nak jauhkan diri pada aku. yelah baru masuk kolej kan dapat member baru. lame-lame semakin renggang. aku tegur dia “kenape ko mcm ni, nak ketepikan aku,”
    dia pun ok lah berubah… aku ngan dia kawan balik m mcm dulu…..tp lame lame aku dapat rasakan yang dia gunakan aku mase susah je.
    ok la aku tak sah sangat. dah lama-lama dengan dia aku telah lakukan sesuatu aku dapat rasa ka aku suke kat dia. aku selalu kacau dia mase tidor. dahlama 2 dia sedar . dia tegur aku. ok aku janji ngan dia aku akan berubah. tp dengan kesalahan aku tu di cerita keburukan aku kat member kampng. dah semua member2 aku takut dengan aku. patut ke dia buat aku mcm tu. lepas ape yang aku lakukan untuk dia selama ni.aku betul-betul sakit hati dengan dia. sejak dari peristiwa tu aku dah tak caya dengan dia lagi. bila dia ade masalah dia cari aku jgk. aku benar2 nak lupekan dia. taksah la ape cara sekali punsalam,
    aku nak tanya la pade sesiapa la, ape pendapatkorang tentangape yangaku alami,
    aku ada sorang kawan, adku dah kenal dia sejak form 4 lagi. sejak dari aku kenal dia aku selalau tolong dia. ape yang dia nak aku tolong dia aku buat. hingga aku tak kisah dengan kesihatan diri aku sendiri. ape hubungan aku ngan dia memang dah rapat gila, dari tahun ketahun aku gembira dengan dia.
    sampai la aku habis sekolah men, lepas abis sekolah aku dapat tawaran sambung belajar kat kolej komuniti. dia x dapat taran tu. tp aku tolong dia buatkan rayuan untuk masuk ke kolej yg sama dgn aku. aku buat semua ni atas permintaan dia. bila dia dah d terima masuk kolej tu dia mula nak jauhkan diri pada aku. yelah baru masuk kolej kan dapat member baru. lame-lame semakin renggang. aku tegur dia “kenape ko mcm ni, nak ketepikan aku,”
    dia pun ok lah berubah… aku ngan dia kawan balik m mcm dulu…..tp lame lame aku dapat rasakan yang dia gunakan aku mase susah je.
    ok la aku tak sah sangat. dah lama-lama dengan dia aku telah lakukan sesuatu aku dapat rasa ka aku suke kat dia. aku selalu kacau dia mase tidor. dahlama 2 dia sedar . dia tegur aku. ok aku janji ngan dia aku akan berubah. tp dengan kesalahan aku tu di cerita keburukan aku kat member kampng. dah semua member2 aku takut dengan aku. patut ke dia buat aku mcm tu. lepas ape yang aku lakukan untuk dia selama ni.aku betul-betul sakit hati dengan dia. sejak dari peristiwa tu aku dah tak caya dengan dia lagi. bila dia ade masalah dia cari aku jgk. aku benar2 nak lupekan dia. taksah la ape cara sekali pun

  28. wewr says:

    “Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.”

    Ust, boleh ust jelaskan apa maksud jika ceramah penuh tips, ia adalah kosong tidak bermakna? tak tergambar plak kat fikiran, ceramah yang banyak tips…unless tajuk ceramahnya adalah “tips blablabla…”

    cemana nak nilai antara ilmu dan tips? sebab kadangkala tips juga adalah ilmu.

  29. kak riza says:

    Bila baca artikel ini, saya teringat ini lah jua yg diperkatakan oleh penulis buku “Follow Your Hearts”. Ini lah juga konsep yg beliau perkenalkan kalau nak bahagia. Sekarang saya semakin faham bahawa fitrah kita manusia ni sama sahaja. Dengan tidak memaafkan itu sebenarnya menyakiti diri sendiri, bukan org yg tidak dimaafkan. Pelik tapiitulah hakikatnya yg sangat saya sedar kini. Terima kasih ustaz kerana artikel yg amat bermakna ini.

  30. raihana says:

    salam..
    artikel yg menarik dan menyentuh jiwa..
    minta izin dipapar di blog ana ye..
    jazakallah…

  31. sumaiyyah says:

    assalamualaikum..
    ustaz saya pohon kebenaran utk paparkan artikel ini di blog saya. terima kasih :)

  32. zila says:

    semoga kita semua beroleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan dalam redha-Nya..InsyaAllah

  33. fynn says:

    Assalamualaikum ustaz.
    Terima kasih atas artikel di atas. Setelah membacanya, baru saya sedar kelemahan diri saya yg sukar memaafkan kesalahan org terhadap diri saya. Mungkin sbb itu hati saya ini spt ada seketul batu besar yg menekan2 dlm diri. Dugaan hebat Allah berikan pada saya dlm bulan Syawal ini saya terima dgn redha tp mungkin sbb saya tak dpt memaafkan dan melupakan perkara yg berlaku itu menyebabkan jiwa saya tidak tenang. Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya utk membaca blog ustaz. Harapan saya perasaan jiwa kacau dlm diri saya ini akan berakhir secepat mungkin. Semoga Allah memberikan kebahagiaan yg saya cari selama ini. Jika ustaz ada sbrg petua utk menghilang sangsi dan resah di hati, harap boleh dikongsikan dgn saya.
    Terima Kasih.

  34. putri qistina says:

    assalammualaikum

    saya amat tertarik dengan artikel di atas,kerana banyak membantu saya untuk menjadikan seeorang yang boleh mengubah perangainya dari seorang yang pemarah kepada seorang yang menyayangi isteri dan anak-anaknya. Terima kasih ustaz kerana banyak memberi info yang berguna.

  35. budakbudak says:

    abis, kalo orang yang sama asyik2 nak susahkan hati kita, selalu tak senang tengok kita bahagia, macamne? takkan nak maafkan jgk. macam takde otak, nak susahkan keje orang!

    • @budakbudak,

      Walau sejuta kesalahan yg dilakukan oleh seseorang itu kpd kita, sejuta kemaafan kita berikan. InsyaAllah, hati sentiasa bahagia. Amalkan zikir Ya Afuwu, Ya Ra’uf. Sebagai hamba, kita sentiasa berdosa kepadaNya, tetapi dengan sifat Ar-Rahman Ar-Rahim & Al-Afwu, taubat kita diterima dan mendapat rahmat dariNya. Jadi, siapalah kita utk tidak memaafkan sesama kita?

  36. ina abadie says:

    Salam Ustaz,

    Entri ustaz selalu menyedarkan saya. Saya sentiasa berusaha untuk memaafkan semua orang kerana ia akan menyenangkan hati dan menenangkan jiwa saya. Belajar walau pun pada awalnya memang PAHIT dan SAKIT.

    Saya juga berharap agar setiap kesilapan saya akan dimaafi oeh orang lain.

  37. teringat dialog dari filem Sang Murobbi

    terima kasih atas peringatan

  38. Salam ya Ustaz,

    Tulisan Usatz ini datang tepat pada waktunya. Ketika ini berbagai fitnah yang saya hadapi. Saya mengadu dan berserah sepenuhnya kpd Illahi, bersabar & redho dengan ujian yg diberi. Alhamdullillah, bahagia itu sentiasa berada di hari.

  39. pak din 31 says:

    Peringatan 2 ingat dan 2 lupa ini sekiranya dipatohi sudah pasti menghasilkan ketenangan dala kehiudpan, seperti diharapkan.

    Persoalannya yang selalu perlu difikirkan ialah, apakah datang kebenaran daripada ketenangan yang dihasilkan oleh formula tersebut?

    Peringatan Ustaz di #18 adalah kunci utama rencah kehidupan, iaitu berfikiran positif. Hanya dengan cara itu peristiwa yang negatif dan dicari positifnya.

    Melupakan terus yang negatif, adalah proses ibarat tidak belajar mengenal sempadan, sedangkan umumnya, manusia lebih cenderung membuat yang negatif dari positif.

    Mengingatkan tauladan baik, bercanggah dengan lupa yang disarankan, adalah antara proses pembelajaran yang sering dilakukan oleh pendakwah.

    Natijahnya, berfikiran kritikal dengan positif, adalah jalan terbaik dalam mengharungi kehidupan, agar tauladan dan sempadan dapat dijadikan pengajaran.

  40. NuRUL HuDa says:

    memaafkan….?perkara yg dituntut tp sukar tuk dilakukan…=(

  41. ustaz.. amat terkena dengan saya.. yang hampir jadi gila kerana lupa utk mengingat kebaikanNya, sering marah dengan ujianNya dan selalu lupa dengan dosa sendiri… astaghfirullah.. ampunkanlah hambaMu ini… padanlah hidup tak tenang, malas tak bersemangat, rasa nak marah, serba tak kena dan segala ciri2 kemunafikan ada dlm diri… rupa2nya… semoga Dia memaafkan hambaNya yg tak sedar diri ni…

  42. liza-73 says:

    memberi maaf, meminta maaf dan memaafkan. ..

  43. nur_nj says:

    tips ini yg saya tulis dan tampalkan di pintu bilik… setiap kali membacanya, setiap kali itulah saya lupakan kesalahan org pada saya dan mengingatkan kesalahan saya pada org lain… sungguh bermakna.

  44. umiecuie says:

    salam…ust, mohon copy di blog, juga artikel ustaz yg lain, untuk peringatan pada diri…

  45. cik nor says:

    Betul2…bukan senang kita nak memuaskan hati semua pihak.untuk buat orang lain bahagia dan diri kita bahagia..lakukanlah yang terbaik..memberi itu lebih baik daripada menerima…sedangkan Allah sendiri Maha Memberi dan Maha Penyayang

  46. suhaila says:

    salam ustaz..
    minta izin utk copy dan diletak di blog… =)

  47. mummy ina says:

    Salam ustaz

    Macamana ye..Minta maaf tu senang. Memberi maaf tu susah sangat. Kerana bila hati dah terluka tu susah nak ubati. Bertahun-tahun lamanya tak mungkin lupa. Tambah luka kalau berulang lagi walaupun kesalahan tak sama tapi dari orang yang sama. Dan makin susah dimaafkan kalau melibatkan orang yang kita sayang. Hermm..kena byk2 sabar dan tawakal. Masih byk kekurangan diri ni.

Leave a Reply