Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

On 27/05/2009, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 9,226 views | Print Print | Email Email |

yop-sekolah

Ini kelemahan terbesar saya.

Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran.

Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku murid darjah 3 semasa saya di darjah 1. Saya belajar sesuka hati, dan itulah cara belajar saya untuk keputusan-keputusan peperiksaan saya di sepanjang zaman persekolahan.

Sungguh serabut, untuk mendesak, mendesak dan terus mendesak si anak duduk mengulangkaji pelajaran. Saya boleh menjawab soalan andai ada yang anak-anak tidak tahu, mengajar mereka beberapa perkara yang mungkin mereka terlepas pandang daripada kelas di sekolah. Tetapi saya tertekan untuk mendapati anak-anak saya tidak tahu apa-apa, kebingungan apabila balik ke rumah, dan saya perlu mengajar satu persatu apa yang ada di dalam  buku.

Verbatimly!

Mujurlah ada Ummu Saif.

Dialah yang sabar mengajar anak-anak. Walaupun dengan marah dan selalu juga jadi tertekan, dia terus mengajar dan mengajar. Mungkin isteri saya kecewa kerana saya tidak berada di paras yang sama dengannya dalam mengendalikan latihan tubi untuk anak-anak. Saya juga tidak punya apa-apa alasan untuk mempertahankan diri.

Saya mengalah.

ISU YANG LEBIH BESAR

Jauh di fikiran saya, ada sesuatu yang lebih mengganggu fikiran. Selain cara belajar saya semenjak kecil hingga dewasa yang bebas tanpa disuruh-suruh, kesusahan untuk mengajar anak berpunca dari rasa bantahan saya kepada silibus. Serba serbinya bercanggah dengan apa yang ada di kepala saya.

Siapalah saya untuk mengkritik silibus?

Saya bukan guru.

Saya bukan pakar pendidikan.

Hanya secebis pengalaman tatkala diamanahkan menjadi Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, pengalaman di sana amat melekat di kepala saya. 

Saya masih ingat, betapa silibus-silibus sedia ada yang diguna pakai di sekolah-sekolah sekitar UK dan Ireland banyak yang menimbulkan masalah kepada murid-murid. Kebanyakan sekolah, menggunakan silibus yang dirasakan bagus hasil pengalaman ibu bapa yang belajar di negara masing-masing. Lalu silibus Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Turki dan Bangladesh dibawa untuk dijadikan bahan mengajar anak-anak mereka yang lahir dan membesar di United Kingdom.

Di sekolah, saya pendamkan kebanyakan silibus dan saya gantikan ia dengan pelbagai bahan yang bersifat permainan dalam mengajar, terutamanya bagi pelajar-pelajar peringkat rendah. Saya ajak anak-anak murid menonton pelbagai video seperti Adam’s World, malah Sesama Street juga, tetapi kemudiannya diikuti dengan perbincangan, perbualan, gelak ketawa, dan dalam suasana itulah, murid-murid ini saya ceriakan dalam pembelajaran mereka di Islamic School saya.

Ketika itu, saya mengajar sambil meribakan Saiful Islam. Saya yang bukan guru, tidak pernah menerima latihan perguruan, hanya meyakini fitrah anak-anak bahawa kegemaran mereka bermain itulah sebenarnya alat terbaik untuk mereka belajar.

Self-initiative, self directed dan self-chosen…

Tugas guru pula adalah untuk menyediakan pelbagai alat permainan dan aktiviti yang boleh dipilih dan seterusnya bercakap dengan murid-murid tentang apa yang mereka main, sebagai suatu proses pembelajaran yang menjadikan anak-anak suka belajar.

Saya sedar semua itu tidak cukup.

MASTERS  OF EDUCATION

Selepas menyelesaikan kontrak di Belfast Islamic School / Islamic Centre, saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di dalam program Masters of Education di The Open University UK dengan pengkhususan Learning Curriculum and Accessment.

Saya masih ingat, dua kes saya bentangkan kepada rakan-rakan sepengajian yang berada di Hawaii, di Jepun, di penjara Amerika Syarikat serta Isle of Man. Menerusi internet, kami berdiskusi tentang kes yang saya bentangkan iaitu:

  1. Bagaimanakah dalam sebuah sekolah rendah yang ada pelajar berketurunan Pakistan dan Turki (Hanafi), Melayu (Syafie), Morocco (Maliki) dan Arab Saudi (Hanbali), subjek fekah mahu diajar? Misalnya dalam bab Qunut atau pembatalan wudhu’?
  2. Bagaimanakah perbandingan agama mahu diajar kepada murid-murid yang 20% daripada mereka berbapakan Muslim serta beribukan Kristian, ibu berkelakuan baik dan bapa banyak masalah moral. Apakah justifikasi kebenaran agama jika contoh secara fenomenologi tidak menyokong teori?

Ini adalah dilema-dilema yang saya hadapi semasa mengendalikan sekolah. Saya sangat menyukai pengajian itu dan konsisten bertemu dengan supervisor jauh di selatan iaitu di Limerick sebulan sekali, berbincang dengan beliau yang beragama Kristian, tentang kaedah mensilibuskan Pengajian Islam bagi murid-murid di sekolah Islam.

Saya masih ingat komen beliau dalam pertemuan terakhir kami, “betapa pentingnya cara agama dibentangkan di dalam silibus, ia boleh menjadi penentu sama ada agama itu difahami dan diterima atau tidak, lebih daripada kebenaran yang ada dalam agama itu sendiri!”

Terpana saya dengan kata-katanya itu.

Rezeki saya tidak di situ. Ummu Saif dipanggil pulang oleh pihak kerajaan untuk bekerja di Malaysia. Kami tinggalkan Ireland secara mengejut untuk pulang ke Malaysia. Pengajian saya terbengkalai separuh jalan. Dengan permulaan gaji RM800 sebulan sejurus pulang ke Malaysia, cita-cita untuk menghabiskan pengajian itu saya pendam hingga terpadam.

img_0026

Sebahagian daripada buku teks MEd saya yang masih ada dalam simpanan

Hari ini, buku-buku dan nota-nota pengajian itu saya keluarkan kembali. Semuanya gara-gara rasa tertekan saya melihat buku teks anak-anak saya serta progres mereka di dalam pelajaran, selepas hampir separuh tahun 2009 berlalu.

Saya berasa sangat terpukul melihat silibus Aqidah di dalam buku yang disediakan oleh JAIS, murid tahun 1 diajar tentang 20 Sifat Wajib bagi Allah dan 20 Sifat Mustahil bagi Allah! Saya tidak ada masalah dengan pendekatan Ilmu Kalam dalam penelitian terhadap Usuluddin agama kita, tetapi untuk anak saya yang berusia 7 tahun itu diajar mengimani Allah dengan wasilah ilmu Sifat 20, saya tidak menyetujuinya.

Begitu juga mata pelajaran Bahasa Arab dan Jawi yang lebih daripada apa yang saya belajar semasa di Tingkatan 1 dulu. 

Sejujurnya, saya yang hanya seorang layman dalam bidang pendidikan ini, tertanya-tanya, sejauh manakah silibus-silibus ini dibuat dengan mematuhi disiplin pedagogi atau ikut sedap sahaja?

Apabila saya korek halaman web sekolah-sekolah swasta antarabangsa yang berorientasikan silibus UK seperti Mutiara International Grammar School, saya dapat melihat dengan jelas bahawa di sekolah seperti ini, adanya apa yang sepatutnya ada untuk murid-murid belajar. Silibus dibahagikan kepada dua cabang utama iaitu:

  1. Subject-based Curriculum (SBC)
  2. Activity-based Curriculum (ABC)

Kedua-duanya diimbangkan dengan baik dan saya percaya kesuburan mental anak-anak itulah tapak terbaik untuk agama disemai. Pendidikan yang amat berorientasikan peperiksaan merosakkan rangka fikir anak-anak dan saya takut anak saya 10 tahun daripada sekarang berbangga dengan deretan 20A tetapi mempunyai cara berfikir yang kaku, tidak kreatif dan sekadar menjadi audio player berkualiti tinggi. Robot Islamik!

Sehingga hari ini, saya masih menyertai Islamic School’s League of America dan mengikuti perkembangan sistem pendidikan Islam di Amerika Syarikat. Terasa begitu cemburu di hati saya melihat bagaimana mereka menikmati fleksibiliti dalam membangunkan sistem pendidikan hingga Islamic Homeschooling juga sudah diterima sebagai salah satu alternatif pendidikan yang rasmi.

Saya ada kerisauan yang besar, tetapi saya mempunyai tahap keupayaan yang kecil. Saya tidak duduk di bidang pendidikan. Mungkin sahaja kerisauan saya ini tidak berasas, tetapi saya sedih melihat anak-anak saya yang agaknya dibesarkan dengan cara lain di rumah, tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran yang ada di sekolah mereka.

Semenjak Saiful Islam masuk ke sekolah tadika Islam 3 tahun yang lalu dan kini bersekolah rendah, begitu juga dengan Naurah Sabihah yang juga sudah menyertai sistem berkenaan… saya melihat corak yang sama serta masalah yang sama dalam pendidikan mereka.

Terdetik hati untuk mencuba sistem di sekolah antarabangsa yang tidak Islamik, tetapi saya tidak mampu untuk membayar yurannya. Saya tidak bimbang dengan suasana sekolah yang kebaratan whatsoever, kerana saya sudah bekerja, menjadi pengetua, menjadi guru dan menjadi penyelia kepada pendidikan komuniti Muslim di negara Barat yang benar-benar Barat… dan saya tahu, bekalan terbesar untuk tumbesaran anak-anak adalah pada akal yang sejahtera, bersama check and balance berterusan daripada ibu bapa berkaitan nilai dan norma agama.

Jika akal dan teknik berfikir anak-anak dirosakkan oleh sistem pembelajaran yang salah, agama yang dihayati juga nantinya menjadi superficial

Saya tidak sekali-kali menyalahkan pihak sekolah atau guru, kerana masalah ini lebih rumit daripada sekadar masalah sekolah atau guru. Mungkin saya semakin hampir tiba ke sebuah kesimpulan, bahawa kecemerlangan pendidikan Islam di dalam Sejarah terletak pada minimanya campur tangan kerajaan dalam sistem dan silibus pendidikan!

PENYESALAN

Hari ini saya berasa sangat sesal, marah dan geram dengan diri saya sendiri. Saya gagal menekan butang PAUSE dan Saiful Islam menjadi mangsanya. 

Beliau mendapat markah yang amat teruk dalam subjek Bahasa Arabnya!

Saya memarahinya hingga buat pertama kalinya dia menangis hingga memercik air mata. Saya sangat tidak kisah dengan apa sahaja output daripada sebuah ujian atau peperiksaan kerana saya ada cara saya sendiri untuk menilai prestasi anak-anak. Tetapi untuk mendapat markah seteruk itu, saya tidak dapat menerimanya.

Setelah anak saya tidur, saya baca kembali jawapan-jawapan yang ditulisnya, saya berasa sangat kesal dengan diri saya sendiri. Pen merah yang ditandakan besar-besar oleh cikgu di atas kertasnya, hakikatnya adalah simbol yang paling tepat dalam menggambarkan harapan saya pada sistem dan silibus seperti ini. Markah itu adalah tanda memberontaknya anak saya kepada sistem yang sama.

Maafkan Abi. 

Diri ini buntu memikirkan semua ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. KMS: Khalifatullah Bermula Dengan Pendidikan Sebagai salah seorang bapa yang menghantar anak ke Khalifah Model...
  2. Menamatkan Pendidikan Kiasu Seawal 2006, saya sudah menangkap hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk...
  3. Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina Saiful Islam dan Beyza, semasa di Istanbul “Sebelum Abi dengan...
  4. Layanan Terbalik Ibu Bapa Yang Pelik “Kamu ni tak faham-faham ke? Berapa kali emak nak cakap,...
  5. Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti Saya bukan bapa mithali. Saya bapa realiti. Realiti yang ada...

 

170 Responses to “Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya”

  1. Afyan says:

    Anak saya masih kecil, baru berusia 3 tahun dan seorang lagi 3 bulan.

    Tidak tergambar bagaimana mereka 10 tahun akan datang.

    Tiada pandangan. Hanya pemandangan.

    • hambatan sufi says:

      sistem sekolah di msia yg kurang membentuk kemanusiaan.hanya layak digunapakai utk memprogram robot-robot yang akhirnya akan mati dalam kebutaan mengenal pencipta…

      • akma says:

        @hambatan sufi, matlamat pendidikan dalam Islam adalah mencapai kepada ma’rifatullah. Celik mata hati…inshaAllah jalan menuju akhirat itu terpandu dengan cahaya ilmu itu…maka terhasillah khalifah-khalifah Allah yang tugasnya sebagai duta Allah memakmurkan ketemadunan peradaban kehidupan di muka bumi ini.

  2. Ibnu Hashim says:

    Salam akhi, teringat kepada sahabat yang tatkala pulang ke tanahair cuba memasukkan anak2 beliau ke sekolah biasa, tetapi akhirnya terpaksa juga pindahkan kesemuanya masuk ke sekolah swasta yang Islamik. Mungkin kerana kebetulan ibunya dapat pula tugas mengajar di sekolah yang sama, dan kebetulan juga kerana beliau mampu berbuat demikian.

    Entahlah ustaz, pening saya memikirkan pening lagi bahu yang memikul…

  3. hidaya says:

    “Jika akal dan teknik berfikir anak-anak dirosakkan oleh sistem pembelajaran yang salah, agama yang dihayati juga nantinya menjadi superficial”

    Saya setuju ini.

    Anak-anak keliru dengan apa yang dilihat dan apa yang mereka dapat…Tak seiring dan sejalan.

  4. ally says:

    Assalamualaikum warahmatulah ustaz.

    Saya amat tertarik dengan pandangan ustaz tentang isu ini. Saya tidaklah begitu mendalam dengan selok-belok pendidikan di luar negara,namun pengalaman saya berada di bumi UK sedikit sebanyak dapat saya pelajari dan amati. Saya dahulu juga adalah hasil pelajar silibus2 dari sekolah dengan alhamdulillah deretan A yang diperoleh,namun apabila ke sini, ada sesuatu yang saya rasa kurang,iaitu tendency saya belajar untuk lebih menerima tanpa mempersoalkan.Bila exam menjelma, ada tendency untuk sekadar menhafal2 untuk exam dan reproduce balik ayat2 tersebut.

    Kedua juga saya melihat perbezaan cara orang-orang Inggeris di sini(berdasar pengalamatan sendiri dalam kumpulan studi), jika misalannya, saya sendiri tendency untuk strict kepada jawapan2 atau skema2 tetapi mereka tidak begitu, mereka tidak suka formality dan suka berbincang dan argue.Di dalam kumpulan studi biasanya kelemahan saya ketara, biasanya mereka lebih praktikal dan kreatif dalam idea-idea.

    Isu kedua,berkaitan apa yg ustaz cakap tentang ‘Robot Islam’, yang mana kebanyakan usrah yang saya ikuti di sini(juga di Malaysia dahulu) terlalu tertakhluk kepada skema dan ayat2 yang tertulis hasil terjemahan buku-buku.Sebagai contoh, jika di awal usrah, hendak diceritakan rukun usrahnya begitu begini,maka naqibah akan menghuraikan sebijik2 ayatnya sedangkan tanpa menceritakan, kita boleh secara tanpa sedar membina hal itu.

    Saya merasakan zaman pembelajaran saya di sekolah agak terlalu membebankan seolah2olah mengejar A tetapi tidak menekankan dan memberikan ruang yang luas untuk praktikal dan kreativiti.kalau experiment pun masih tak cukup menyeronokkan, bosan dan masih perlu mengikut skema dan guru2 juga mengejar2 silibusnya.

    Ketiga, apabila ustaz bercakap tentang soal menyekolahkan mereka di sekolah yang berorientasikan nilai kebaratan, saya sedikit juga gusar juga, apakah jika anak2 diberikan keluasan atau kebebasan untuk bersoal dan bertanya akan ada negatif impaknya sekiranya saya sebagai ibu bapa yang mungkin masih kekurangan dan kecetekan ilmu tidak mampu memberikan reasonable answer. Apakah sebenarnya pada zaman kanak2 mereka wajar ‘dibrainwash’ dengan ilmu2 asas utama dan bila mereka besar, mereka sudah ada ‘skema-skema’ jawapan itu dalam benak mereka.Sebagai contoh, jika di Malaysia dahulu, saya kurang didedahkan dengan debat/interreligion, hanya sekadar pembacaan2 dan penaakulan ayat2 al-Quran,namun setelah sampai di sini, dapat melihat sendiri kebenaran2 ayat tersebut dengan mata sendiri.

    Berkaitan sekolah swasta,saya pernah terbaca tentang satu sekolah yang membawa pendekatan western tapi islamic seperti Khalifah school.saya pernah terbaca artikel, apabila anak2 mereka dihantar ke sekolah ini, anak2 kecil ini berjaya merubah ibu bapa mereka untuk lebih minat kepada Islam. Dahulunya ibubapa mereka lebih suka pendekatan marah atau tegas, tetapi kesan pendidikan di situ yang menekankan aspek kasih sayang dan guru2 tersebut adalah terpilih mereka sendiri turut terubah.

    Memikirkan campurtangan kerajaan dalam isu ini mungkin ada kebenaran dan kesannya, namun saya tidak pasti apakah punca sebenarnya adalah budaya dan masyarakat kita yang masih konventional, yang mungkin berpunca dari pembudayaan masyarakat itu sendiri.

    Waalahua’lam

    • Mullah TTDI says:

      @ally,
      Assalamualaikum ally

      Saya setuju dengan pendapat Ustaz dan komen anda berkenaan dengan artikel ini, lebih-lebih lagi dengan ungkapan Ustaz iaitu ‘Robot Islamik’. ‘Pada pandangan saya, hasil daripada sistem persekolahan dengan menggunakan silibus kerajaan, ‘Robot Islamik’ ini boleh didapati di sekolah kebangsaan atau pun sekolah agama, yang lebih menitikberatkan sistem ‘ingat dan muntah’. Berbeza dengan pendekatan sistem pendidikan di Singapura, Amerika Syarikat dan UK.
      Satu perkara yang menarik dibincangkan bersama ialah CAMPUR TANGAN KERAJAAN yang KETERLALUAN dalam sistem pendidikan kita di Malaysia. Bayangkan isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir dan dikaji semula semasa pentadbiran Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib. Tiada kajian yang kemas dan jitu dalam pelaksanaan sistem ini dan dalam sekelip mata, sistem pendidikan dan anak-anak kita menjadi mangsa. Belum lagi disentuh tentang tindakan Kerajaan yang mengubah sistem pendidikan kita dengan sewenang-wenangnya.
      Kesimpulannya, bergantung kepada ibu-bapa, pendidik dan para pelajar itu sendiri untuk mencorak sistem pendidikan dan pembelajaran yang dirasakan sesuai dan berkesan bagi diri masing-masing

      • ally says:

        Untuk menyalahkan campur tangan kerajaan 100%,saya kurang bersetuju.Barangkali kita memerlukan reformasi pemikiran.RWallahua’lam.

  5. Berat mata memandang…berat lagi bahu yang memikul…berat lagi bebanan guru yang dipaksa menjadi robot terpaksa mendidik anak bangsanya menjadi robot…

    Benar…sukatan pelajaran rendah kadangkala terlalu melampau utk kanak-kanak yg baru hendak belajar mengeja!!! Bayangkan subjek science tahap satu…dahulu tak wujud…sekarang dah wujud…dalam bahasa inggeris pulak tu…

    budakbudak tu baru terkial-kial nak belajar mengeja dalam bm, tapi dlm subjek science, mereka sudah dipaksa utk memahami istilah-istilah orang putih

    saya menyaksikan fenomena ini…adik bongsu saya adalah mangsa sistem yang tonggang langgang ini…

    sebagai bakal guru, insyaAllah…saya fikir…sukatan pelajaran rendah mesti dilonggarkan…

    satu lagi…sukatan pelajaran agama di sekolah juga terlalu rigid…semua ditumpukan kepada satu mazhab fiqh. Akibatnya? Bila keluar ke masyarakat sebenar, mereka akan terkongkong dlm ruang lingkup mazhab…entahlah…saya yg dhaif ni melihat macam tu…

    pendidikan di negara kita mahu menerapkan ideologi yang serupa kepada semua pelajar…hasilnya? pelajar yang pasif…ada yang mungkin akan memberontak.

    Wallahua’lam.

  6. cactus277 says:

    salaam.. yaa ust,

    saya juga tiada pandangan dan pemandangan bernas,

    tapi saya amat bersetuju dgn quote ust y di’bold’kan!

    semoga akan tiba masanya, org2 y layak sahaja memegang jawatan terutama jawatan sebagai menteri pendidikan dan jawatan2 yg sewaktu dgnnya. Mereka yg betul2 ikhlas mengkaji dasar pendidikan negara y sesuai dan bermutu. Dan paling penting pengajian ISLAM itu mereka perlu kaji semula dan meningkatkan prestasi.

  7. Hidayat says:

    Salam alaik Ustaz.

    Teringat saya pada lirik lagu ‘Cahaya Mata’ nyanyian In-team,

    “Diasuh dan dipelihara
    Mencuaikan khianat dan dosa
    Zahirnya ibubapa yang mendidik mereka
    Hakikatnya adalah Tuhan Yang Esa
    Bimbing mereka dengan bijaksana”

    Sekadar perkongsian. Semoga Allah permudah urusan Ustaz, insyaAllah.

  8. Ruz says:

    Salam Ustaz,
    Nice article. Terima kasih banyak2. Sy juga penat memikirkan sistem pelajaran yang berorentasikan peperiksaan mengaut A sebanyak2nya semata-mata.

    Just wondering, adakah Saifulislam juga akan berfikir perkara yang sama setelah membaca entri ini 27 Tahun akan datang… (He’s 34 at that time just like you)

    hmmmm..

  9. ummu itqan says:

    Ustaz, markah tidak menceritakan segala-galanya. Apa yang ditanya mungkin bukan yang difahami, manakala yang difahami tidak pula ditanya. Adalah bagus jika seorang anak dapat memahami semuanya: tetapi adakah kita juga memahami semua perkara di dunia?

    Itqan pernah dapat markah yang tinggi dan pernah juga dapat markah yang rendah. Analisa itu penting: dan semestinya peperiksaan semester pertama tahun 1 adalah permulaannya. Dari sana kita lihat di mana kekuatan dan kelemahan anak. Saya mengatakan begini kerana kita sudah terlanjur berada di dalam sistem pendidikan sebegini. Sementara kita usahakan perubahan sistem pendidikan yang lebih telus dan tidak berbaur politik (dan tidak bercampur aduk antara siapa yang mendapat projek buku teks, LCD Matematik dan Sains atau apa jua yang sewaktu dengannya), maka kita cuba jalan tengah.

    Di Australia, kanak-kanak tidak mempunyai peperiksaan sampailah mereka Year 10, itu pun untuk menyediakan mereka dgn sistem peperiksaan di Year 12 atau dalam ertikata lain sebagai latihan. Mereka diuji, tetapi bukan dgn peperiksaan. Adakah mereka tidak bagus? Saya lihat sangat ramai ilmuan yang berasal dari sistem pendidikan itu.

    Saya yakin Saiful Islam seorang yang mempunyai “motivasi dalaman” yang mampu menggerakkannya jika dituntun dengan benar “mengapa aku belajar”. Namun ada anak-anak yang lebih memerlukan perhatian, lebih perlu dipandu dan setakat ini saya cuba kaedah bermain dalam mengulangkaji. Mungkin “carta bintang” sudah terlalu biasa atau menjanjikan ganjaran hadiah di akhir setiap ulangkaji yang berkesan pula melampau. Pujian sebenarnya juga cukup untuk anak-anak ini. Jika perlu (tidak semestinya ada) adalah jadual waktu aktiviti seharian kerana anak juga memerlukan disiplin yang tinggi sebagaimana Islam mendisiplinkan kita dengan penjadualan solat 5 kali sehari – supaya boleh kita teladani dengan perkara lain dalam kehidupan kita. Cara lain adalah dengan mengadakan buku-buku latihan yang banyak terjual di pasaran – bukan untuk memaksa anak-anak menghabiskannya untuk cemerlang dalam peperiksaan tetapi sebagai kayu ukur kefahaman mereka dalam topik atau subjek tersebut. Sekali lagi: kayu ukur “buat kita” dan bukan “untuk mereka”, kerana mereka memang tidak tahu maka usaha kitalah untuk memberi “tahu”, “mahu” dan akhirnya mampu sepertimana yang selalu Ustaz ajarkan kepada kami di luar ini.

    Saya dapat rasakan kemarahan Ustaz pada Saif bukan kemarahan padanya; tetapi kemarahan pada diri sendiri: yang tidak cukup “mencuba” dan tidak cukup ” membaca situasi”. Maka maafkan diri Ustaz, dan lakukan yang sama pada Saif, lalu duduk dan bersendirian dengannya sambil berbincang apa yang Saif mahu lakukan untuk perbaiki kelemahan ini. Siapa tahu, Saif sudah pun mempunyai jawapannya di dalam hati…

    • Abu Saif says:

      @ummu itqan,

      Saya marahkan Saif sebab nak jelaskan kepada dia apa yang sedang berlaku kepada dirinya tatkala mendapat markah KOSONG PER LIMA PULUH dalam subjek Bahasa Arabnya.

      Cikgu pula dengan jiwa pemurah melukis TELUR DINOSAUR MASAK MERAH penuh semuka sebagai motivasi untuk menyelesaikannya.

      Mengajar anak memahami apa yang sedang dialaminya, adalah sebahagian daripada reality check yang sesekali perlu dibuat

      • ummu itqan says:

        @Abu Saif, Betul: reality check memang perlu – mungkin dengan hikmah marah dan menyebabkan anak menangis. Dan tidak mudah menerangkannya pada anak seusia Saif dan Itqan. Dulu, saya pernah terkesan dengan markah 0 yang diberikan pada Itqan kerana mewarna dengan menggunakan satu warna sahaja, sedangkan soalan tertulis “Warnakan gambar di bawah”. Di dalam hati saya katakan, “ini bukan mewarna ke?” tapi pada Itqan saya katakan – “cikgu beri markah 0 sebab kita mesti tunjukkan lebih usaha daripada hanya berpuashati dengan sekadar satu warna”.

        Mereka sudah masuk fasa kedua pendidikan – fasa hukuman jika melakukan kesalahan. Masih banyak lagi yang perlu kita pelajari tentang ini.

        • ummusaif says:

          @ummu itqan,

          Saif pun ada soalan macam tu, soalan Bahasa Arab letak gambar mulut dan gigi, dab anak panah tunjuk di luar bibir. Saif jawab “mulut”. Rupa2, jawapannya “gigi”.

          Lepas tu, soalan kertas jawi, eja “Lima” = lam, ya, mim.
          Kami ingatkan tulisan jawi semua dah baku = Lam, ya, mim, alif.

          So, sapa tahu yg mana satu jawapan sebenarnya?

          • harumawar says:

            @ummusaif,

            Salam Ummusaif,

            Geli hati saya…sbb ini mengingatkan saya kisah anak saya juga. Ttg subjek feqah. Dulu di sekolah saya belajar daun kering boleh digunakan ketika beristinjak jika tiada air. Itu yang saya ajar anak saya. Soalannya ada gambar daun tapi ada titik2 embun. Gambar tu tak nampak pun macam daun kering, maka anak saya pun tak tanda la. Saya pun keliru, saya pun tulis di tepi pertanyaan utk ustaz terbabit. Saya pun suruh anak saya tunjukkan pertanyaan ummi kat ustaz. Balik2 je anak saya cerita..ustaz kata ‘Awak ni macam-macam’ dan anak saya pun dapat 100. Yg gelihatinya, di jamuan akhir tahun, baru saya tahu anak saya dapat hadiah pelajaran feqah terbaik.

            Sebenarnya, saya tak kisah pun anak saya dapat 100 ke tak, dapat A pun saya dah berpuas hati. Cuma saya suruh anak saya tanya Ustaz tu, pertama utk pastikan saya tak mengajar anak saya benda yang salah. Kedua, saya nak ajar anak saya berani pergi tanya guru kalau tak faham/tak pasti.

            Saya juga tidak marah anak2 jika saya sendiri boleh keliru dengan jawapan kepada soalan2 tertentu, contohnya nak guna sekuntum/setangkai bunga. Tetapi saya bertegas jika mereka cuai.

            Wassalam.

          • mommyiman says:

            salam ust n kak muna,

            iman pun dapat lowest in jawi n bhs arab.. mule2 g marah jugak sikit dkt iman tapi bile check balik rupe2nye kesalahan bukan bny pada salahnya jawapan cume tulisan yg kurang kemas.maka membuatkan markahnya dipotong dari situ. iman punya masalah motor skill ..jadi mmg ada masalah dlm tulisan..dah explain pada cikgunya and cikgu pun tahu but still markahnya dipotong.. atas alasan nanti nak masuk darjah satu lagi susah etc jadi cikgu nak make sure students betul2 prepared. g dah dapat imagine dengan silibus yg ada..klau tadika pun standard dan expectationnya tinggi apatah lagi darjah satu nanti :( tapi on the bright sidenye cikgu willing to do extra class for iman untuk ajar dia menulis dengan betul. hopefully for yop,ada cikgu yg prihatin dan cuba utk memahami kenapa yop n mungkin lain2 students dapat markah sebegitu.

          • ummusaif says:

            @mommyiman,

            in UK and US, murid2 siap dapat extra hours masa exam bagi yg dyslexia. Sampai begitu tahap understanding sistem pembelajaran mereka. Exam hanya start umur 10 tahun ke atas.
            So, imagine anak2 kita dah kena drill teruk awal2 lagi.
            Itulah realitinya sekarang..

          • nur79 says:

            ummu saif..jawi nampka macam senang tapi SUSAH…..
            saya yg mengajar budak ni pun terseksa (terpaksa ajar)

          • thiflah says:

            @ummusaif,
            jawapan:
            “Lima” = lam ya mim

            tak semua dibakukan. cuma ikut cara sebut. gitu la mengeja dlm jawi. => Liima.

            p/s: saya takde tauliah dlm jawi, tapi sepanjang sekolah, subjek jawi paling saya suka, dan selalu skor tertinggi dlm batch. bukan nak bangga, tapi saya perhatikan bagaimana jawi diselaraskan dan digunakan.

  10. Jika 10 tahun lalu tatkala saya masih di sekolah rendah, rasa bangga dan puas hati bila dapat MENGHAFAL 6 rukun iman di hadapan guru dimana kami berlumba2 dan beratur panjang untuk bersaing sesama sendiri siapa yang cepat habis hafalan rukun islam dan iman.

    Jika dahulu, rasa bangga bila pelajaran sirah mendapat markah penuh dalam ujian.

    Tapi sebaliknya, sekarang saya rasa amat2 sedih. Sedih bila memikirkan bila ditanya tentang iman, saya bisa utarakan satu2. Tapi bolehkah saya faham dan hayati satu2 iman itu?

    Rasa sedih bila merasakan bahawa sirah islam itu sekadar teori dan tidak ada kaitan dengan diri saya ketika sekolah rendah dahulu. Cukup bila dapat menjawab soalan peperiksaan sahaja.

    Rasa sedih lagi bila ada sillabus hukum dan syariat Allah dalam buku teks Pendidikan Syariat Islam dan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, tapi seperti biasa, yang sillabus buku itu realitinya hanya di buku!

    Itu yang saya tangisi untuk zaman sekolah saya.

    • ladyct says:

      @cucutokjanggut,

      Bila dah melepasi alam persekolahan… perkara ini jugalah yang bermain-main di dalam fikiran saya. Betapa saya hanya menghafal dan meluahkan di kertas peperiksaan tanpa saya memahami di mana akan dipraktikkan ilmu yang saya pelajari ini terutamanya Sains dan Matematik, bagi subjek pengajian agama seperti Sejarah Islam, Fekah, Tauhid dan lain-lainpun sama tanpa memahami lebih mendalam mengenai kepentingannya cuma satu saja pelajaran yang saya betul2 faham iaitulah dia Sains Rumahtangga kerana dah pasti memasak dan menjahit itu akan dipraktikkan di alam keluarga… :)

      Sekarang dengan anak2… saya cuba atasi kekurangan yang saya hadapi dulu dengan menerangkan mengapa kita perlu mahir matematik dan penggunaannya dalam kehidupan seharian begitu juga Sains kerana terang saya pada anak… untuk memasak sekalipun perlukan aplikasi sains semasa melakukannya… contoh kenapa perlu tahu bagaimana sifat minyak bila bercampur dengan air… kerana spaghetti tak akan melekat2 jika dicampur sedikit minyak ke dalam air semasa merebus. :D

      Cuma masalah sering hadapi… disiplin diri mama dan abahnya sendiri untuk membantu pembelajaran mereka di kala badan dah keletihan dengan tugas di pejabat… :( Mengajar anak di kala badan agak keletihan mulalah si anak menjadi mangsa kemarahan… Aduhai… :(

      • Ummi says:

        @ladyct,
        Saya setuju, cabaran ibu bapa yang cuba membantu anak2 di ketika tubuh badan keletihan di pejabat, mahupun kerja2 rumah bg surirumah. Quality time yang sepatutnya ceria dan membantu meningkatkan kecerdasan emosi anak2 berubah menjadi medan peperangan yang menghasilkan impak negatif.. Hai entahlah.. Memang celaru dan haru biru..

        • @Ummi, Apa pendapat semua kalau saya merasakan tidak mahu bekerja untuk memberikan masa sepenuhnya untuk mendidik anak-anak. Kerana saya merasakan tidak mampu untuk memastikan kualiti pendidikan anak seandainya saya bekerja.

          Sistem yang ada di sekolah sekarang ni pulak sangat2 meragukan. Sekarang ni saya sangat tertarik dengan satu konsep, iaitu homeschooling. Mengajar anak sendiri di rumah.

          Mungkin konsepnya boleh diperluaskan kepada berpakat dengan beberapa orang kawan yang sama obses dengan pendidikan anak seperti saya untuk masing-masing tolong-menolong dalam mendidik anak-anak kami.

          Kelebihannya, kami boleh bentuk sendiri silibus dan kaedah pembelajaran yang kami mahukan untuk anak-anak kami. Kebetulan saya dibesarkan dalam suasana sekeliling adalah para pendidik, bapa saya mudir sekolah swasta agama. Ibu mertua saya juga seorang guru di sekolah swasta selama hampir 20 tahun. Kini saya juga sedang belajar di UPSI dalam bidang pendidikan. Suami saya pun berpengalaman menjadi guru di sebuah sekolah agama elit.

          Dalam keadaan begini pun saya masih lagi tidak berpuas hati dengan kaedah pendidikan di sekolah agama swasta kerana basically sistem mereka pun berasaskan silibus pendidikan malaysia. Berasaskan exam oriented, belajar untuk periksa.

          Kekurangannya, saya tak boleh bekerja. Maknanya perlu bergantung kepada suami seorang sahaja untuk mencari ma’isyah.

  11. sepohonkayu says:

    salam,

    Satu hari hujan lebat, Si Tuan rumah pun memanggil-manggil orang yang berada di luar untuk sama-sama masuk ke rumahnya untuk berteduh. Malangnya, rumahnya tidak ada bumbung.

    Begitulah kiasan situasi sekarang, ada orang yang mengajak kepada Islam, ada juga saudara yang lain mencacatkan lagi usaha yang dilakukan. Bumbung rumah ibarat akhlak ummat Islam. Mereka akan berkata, “Orang Islam pun sama…”

    Bagaimana nak mengembalikan akhlak ummat Islam…?

    Dengan perbaiki…

    ekonomi?

    Ilmu?

    Iman?

    atau…

    ***

  12. Assalamualaikum.

    Saya lebih kurang ustaz juga dari segi kita menjadi pemerhati sistem pendidikan Barat dan pengkritik utama sistem pendidikan sendiri. Saya tidak bertauliah dalam menjadi guru, tapi saya pernah mengajar GCSE dan A-Level di sebuah sekolah swasta (private college) di London.

    Cara pembelajaran di sana lain (lebih ‘student-centred’ daripada ‘syllabus-centred’). Sampai GCSE pun (yang tarafnya sama dengan SPM), silibus matematik hanya boleh menandingi sukatan UPSR. Bayangkan! Namun cara pemikiran logikal dan ‘matematikal’ murid-murid di sana lebih tinggi daripada murid SPM Malaysia. Tu tak masuk bab bahasa, sejarah, geografi, ICT, sains dll. lagi.

    Panjang kalau nak diperincikan ‘ketidak-puasan’ hati saya dengan sistem pendidikan rendah dan menengah di Malaysia, esok pun tak habis.

    Home-schooling, home-schooling!

    Wassalam.

  13. Kufukimura says:

    ‘menghukum’ anak hanya tengok kertas exam?.. dulu ustak terer ker? like father like son.. mungkin dia kan jadi pendakwah macam ustak jugak.. takkan nak semua jadi doktor?

    sy bujang lagi dan takde anak lagi, tapi sy tahu karenah budak lelaki sbb sy kecik jugak dulu, lagi nakal giler, ustak.. belajar malas gak, pastu cikgu sekolah rotan sbb markah rendah, berkesan.. prestasi meningkat.. skrg dah jadi jurutera..

    tapi ikut ustak la, anak ustak mugo..

    tapi memang la, org lelaki tak pandai mendidik, hehe.. kalau pandai tu, bertuah la org rumah dia, dapat berganding bahu..

    apepun… teruskan mendidik ikut kecenderungan ustaz

    • Abu Saif says:

      @Kufukimura,

      Tahniah!

      The most offensive comment of the year.

      Yang doktor itu bijak-bijak.

      Yang pendakwah itu sebab tak layak jadi doktor.

      A true wake up call for the educational system due to this sort of output!

      • hudhud says:

        saya bekas pelajar smap labu. Setahu saya, pelajar luar yg dpt keputusan SRP 8A1 saja yg layak masuk ke tingkatan 4 sekolah kami, apatah lagi kelas merah iaitu pure sains dan dipenuhi dgn top students saja. Jadi, no wonder ustaz terkejut bila saif dpt zero hehe.. Anyway, cuba ustaz refer nadiaschooldays.wordpress.com iaitu schoolmate saya yg dah berada di US almost 12 years dan dia homeschool kesemua anaknya. We might learn something from her

        • thiflah says:

          @hudhud,
          thanks hudhud..
          i’m supppoting ur comment.
          betul3.. boleh tnya ayah Muhammad sekolahkan dia. homeschooling.
          dia da menjadi ikon di Malaysia, tapi cara didikan oleh ayahnya belum di prove sbg ‘terbaik’!

      • Kufukimura says:

        @Abu Saif,

        Ustak,
        terima kasih atas anugerah tu.. hehe..
        sikap jurutera kebanyakannya kena offensive ustak. :)
        saya rasa la kan;
        -disini kebanyakkannye yang hantar komen kaum Hawa dan juga kaum ibu.. huhu.. sebab tu ibu sesuai mendidik anak2.. dan bapa mengajar.. huhu..
        soo..kena pilih isteri yang pandai mendidik la kan ustak? (hehe,ustak leh rekomen tak?,hehe) kalo dua2 ‘mengajar’ dan takde ‘mendidik’, habis la.. kiranya ustak dgn org rumah ustak tu matching each other la.. kesian anak ustak, tak kenal lastik burung, tak kenal tangkap ikan dalam baruh..hehe.. zaman sy dulu,rasa semua tu.. zaman kanak2 bestt..
        tapi sy rasa anak ustak tu cukup baik dah.. rasa kesian jugak budak baik kena marah..
        tapi kan, bawak la balik kg..biar mereka ada kenangan masa kecik yang best2..

        hehe..dah lari tajuk dah..ok ustak.. semoga menjadi bapa mithali dan semoga anak2 ustak berjurus semuanya dunia dan akhirat.. :)

    • kamaruladli says:

      @Kufukimura, ouch. not helping.

    • nur79 says:

      macam angkat diri sendiri je:)kufukimura tuh
      setiap org berbeza..

  14. SangPelangi says:

    Hmm.. Saya tertanya-tanya juga. Jika kita dalam keadaan yang sekarang ini, menyalahkan kelompangan silibus semata-mata tidak akan membantu apa-apa. Penyelesaiannya masih samar-samar.

    Mungkin yang boleh kita lakukan, adalah mengajar semula anak kita dengan silibus yang kita rasakan sesuai. Tapi, dalam masa yang sama, kita masih sudi menerima kemerosotan prestasi anak kita di dalam kelas (kerana ia bukan berpunca pada peribadi anak itu)

    Namun, bimbang pula akan rasa kerendahan diri di pihaknya, sehingga malu bergaul, atau lambat matang dengan rakan seusianya.

    Saya juga tertanya-tanya, apa pula kesannya jika proses pembelajaran di rumah atau disebut sebagai ‘home schooling’ diamalkan. (andaikata sistem UPSR dibuat secara terbuka).

    Langkah terakhir yang boleh saya fikirkan, adalah membuat sekolah kita sendiri, khas untuk anak-anak di persekitaran kita.

    • Umar Sr says:

      @SangPelangi, mmm…..macam2 pendapat ye…ada yg kata silibus x betul, ada yg cadangkan homeschooling dsb…tapi mana arah tuju anak2 kita tu dimasa depan.. Dan sebenarnya apa ukuran (measurement) yg kita gunakan utk mengatakan anak2 kita (atau mungkin kita sendiri) sebagai orang yg berjaya. Adakah kita mengukurnya dengan ijazah, jawatan, pangkat, slip gaji, duit simpanan???

      Saya pernah dok bincang dgn sorang teman pasal anak2 ni. Tentang betapa perlunya mendidik anak2 dengan ilmu agama utk membentuk akhlak yg baik. Tapi sang teman membalas bhw kita berada dlm satu sistem yg telah wujud, telah sedia ada. Tambahnya lagi, sistem yg ada skng ni (bukan sistem pendidikan)mementingkan material. sapa yg takde ijazah dia sorng yg gagal. sapa yg takde kereta dia gagal. sapa yg takde pangkat dia pun gagal. sapa yg takde duit dia gagal. Cuba pi pinang anak dara orang, mesti soalannya ‘keje pa’ pastu tgk dtg tadi naik kete apa, duk rumah apa (flat ke, teres ke, setinggan ke atau banglo). Itulah sistemnya…sistem materialistik.
      sambung ttg perbincangan saya dgn teman tadi. Katanya, walau mcmanapun kita mendidik anak jgn lupa anak kita akan masuk ke dalam sistem (bergaul dgn masyarakat sekeliling)dan akan terpengaruh dgn persekitaran. Pasti!
      Jadi, ubah silibus bukan penyelesaian, home schooling pun bukan penyelesaian. Mungkin boleh dicuba utk penyelaian jangkapendek tapi bukan secara total.

      Inilah pandangan saya. kalau tersasar dr topik saya pohon maaf.

    • @SangPelangi, homeschooling memang nampaknya seperti solution yang baik, sebab siapa yang akan mengganti mengajarkan anak itu nanti di rumah? adakah kita lebih pakar dari orang yang memang hidupnya dan kerjaya nya adalah guru?

      Dibalik yang lain, seandainya kita betul2 serius dan perancangan buat secara tersusun, buat silibus sendiri yang menggabungkan kedua-dua sisi yang diperlukan. Islam dan Dunia.

      Saya cadangkan macam ni sebab background saya bapa dan mak mertua saya adalah orang yang cuba buat seperti di atas. Hasilnya 2 buah sekolah swasta, Sekolah Rendah Islam al-Amin Gombak dan Sekolah al-Azhar di Jitra.

      Seandainya dapat melaksanakan perancangan ini memang merupakan solution jangkamasa panjang.

      Homeschooling ni bagi saya adalah bagai first aid. Dah tak de sistem macam tu, kene la ambik solution sementara ni.

  15. Q-riuz says:

    Bismillah
    Saya masih belum berkahwin, jadi masih tiada anak dalam jagaan
    tetapi saya juga adalah seorang guru (tidak formal) di sebuah kampung pendalaman.
    Ya, kadang-kadang saya juga buntu untuk memikirkan antara mengikut silibus yang terdapat di dalam buku-buku pembelajaran yang ada atau merangka silibus sendiri.
    Saya juga risau jikalau anak-anak didik saya itu tidak memahami apa yang mereka pelajari.
    Tetapi saya akui, sistem pembelajaran yang bersifat aktiviti atau praktikal lebih mudah untuk difahami, malah menyeronokkan.
    Nice post, semua yang ada dalam kepala saya ustaz telah pun terangkan dalam artikel ini
    wallahua’lam

  16. catalina says:

    Saya pun melalui perkara yg sama. Saya yakin anak saya(sekolah rendah) akan menonjol akademiknya di kemudian hari berbanding sekarang yang sepatutnya lebih untuk bermain, berinteraksi & membina watak peribadi/akhlak dari segi praktis.

    Di Malaysia, tidak banyak pilihan melainkan anda seorang hartawan.

  17. Assalamu’alaikum,

    Sekadar satu perkongsian.

    Hujung minggu yang lalu, anak buah saya (tingkatan 3) datang ke rumah saya dan dia berpeluang membuat satu latih tubi matematik yang terdapat dari VCD (yang disertakan bersama buku rujukan).

    Banyak soalan yang tidak dapat dijawabnya dan saya masih boleh bertenang sehinggalah, satu soalan yang memerlukan pertukaran unit asas iaitu dari meter kepada kilometer. Setelah saya terangkan kehendak soalan itu menggunakan bahasa melayu dia masih mengambil masa yang tersangat panjang dan akhirnya dia menjawab dengan salah (soalan itu adalah berbentuk objektif). Kesabaran saya hilang. Terpaksalah anak buah saya itu mendengar bebelan saya.

    Penguasaan BI anak buah saya itu tersangatlah lemah, bahkan boleh dikatakan kosong walaupun diajar menggunakan PPSMI (maaf ini adalah kenyataan). Bahkan, dia juga mengatakan tidak memahami apa yang diajar oleh Cikgu di sekolah kerana Cikgu mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Maka, sebelah petangnya saya membawa anak buah saya itu ke kedai buku untuk mencari buku rujukan.

    Amat malang, tiada satupun buku rujukan matematik dan sains yang menggunakan bahasa melayu. Saya “jammed” memikirkan bagaimana anak buah saya hendak belajar sendiri sedangkan buku rujukan semuanya dalam BI? Hendak dihantar ke kelas tuisyen, saya tak mampu. Saya sendiri hendak mengajarpun tak boleh kerana dia tidak tinggal dengan saya. Akhirnya saya terpaksa bertawakkal selepas membeli juga buku rujukan yang berbahasa inggeris itu.

    Intuk pengetahuan, BI saya juga teramatlah lemah semasa di sekolah. Nasib baiklah Sains dan Matematik diajar dalam BM semasa itu. Buku rujukan dalam BM juga senang didapati. Saya tidak pernah mengambil tuisyen, tetapi belajar sendiri-sendiri merujuk buku yang berbahasa melayu yang saya fahai. Alhamdulillah, saya berjaya.

    Masuk peringkat diploma, barulah BI saya ada kemajuan. ENtah mengapa “subject-verb aggreement” itu dengan mudah saya fahami semasa diperingkat diploma sedangkan masa disekolah benda yang sama diulang berkali-kali oleh Cikgupun saya susah nak faham.

    Semoga anak buah saya itu boleh mendepani PMR dengan baik. Saya risau bila memikirkannya…

  18. zinnera says:

    erm, semua nampaknya macam menentang sistem sekolah malaysia. tapi saya rasa xde salahnya sistem tu.. ustaz dulu pun melalui sistem tu, ramai org yg berjaya pon melalui sistem tu juga dulu, tgk2 skrg dah berjaya. maknenya benda tu logic, boleh je bawak kpd kejayaan.. yg org ckp xmembina minda yg kritis n kreatif tu, benda tu akan dtg dengan peningkatan usia. masa yg akan menentukan. xkan semua nak dapat waktu darjah satu kan?

    mmg la silibus ni nmpak berat.tapi ini boleh mendisiplinkan pelajar2 tu.mendidik mereka. kalau semua dimudahkan, nanti terbiasa pula dgn kemudahan.

    kalau semua nak adakan praktikal, dan kurangkan theory,brgkali kesan lebih buruk mungkin boleh berlaku.sebab pelajar yg ramai, dan bila exam tidak ditekankan, hal pelajaran tidak akan diambil serius oleh pelajar dan mungkin lebih bayk pelajar akan tercicir.
    Uk mungkin boleh melakukannya kerana ader fund yg byk. cukup guru untuk memantau setiap pelajar. di malaysia, cukupkah? jadi sebab itu mungkin soal theory itu diberi perhatian. soal cara fikir itu, mungkin patut diserahkan kepada ibu bapa dirumah untuk mencetuskannya..

    xsalah rasenya kat sekolah belajar sifat 20. ye, mungkin terlalu awal.. tapi mengapa tidak diambil secara positif? jika ia berat mengapa tidak ibubapa dirumah yg memudahkannya?

    ramai org seolah2 mengkritik pelajar2 cemerlang dgn mengatakan cemerlang tapi pemikiran yg kaku. jika betul pemikiran mereka kaku, bagaimana mungkin mereka mendapat 20 A? ia tidak semudah yg dilihat. kekuatan dan semangat yg tinggi diperlukan untuk terus study dan berjuang dalam arena pembelajaran. itu menunjukkan mereka mampu mendisiplinkan diri untuk terus duduk dan study. cmne nak bentuk pemikiran yg tidak kaku? boleh kah ustaz atau commentator2 diatas bagi cadangan? walopon org ckp xkreatif, tapi setiap dari 20 a itu ilmu, dan mesti ader sesuatu didalamnya.. dari pada situ, kekreatifan utu boleh tercipta. bagaiman mungkin nak mencapai kekreatifan (contoh kalau ader sistem pendidikan baru) kalau disiplin diri xdapat dibentuk? ia mungkin minat anak2 suka pada permainan. tapi xkan terus mahu dilayan permintaan itu? sampai bila? bukankah suka bermain itu adalah salah satu cabang nafsu? dan nafsu itu bukankan membawa kepda keburukan? tapi kanak2 kita memahaminya. xpelah mereka nak main. xsampai lagi tahap pemikiran utuk serious. tapi kalau umur 18 tahun, gcse sama ngan taraf upsr, tak perlu la kot untuk kiter merasa kagum. saya rasa keseluruhannya, dalam membentuk peribadi anak2, ibubapa perlu memainkan peranan, bukan membebankan pihak sekolah semata2 dan mengkritik. dan sistem ini bukan dibina oleh seorg, malah ramai org, dan ia diperbincangkan. dan hasil yg keluar itu adalah hasil perbincangan. tapi bagaimana pon idea yg bernas wajarlah diutarakan.. tapi saya rasa kritikan xmembawa kemana.

    maaf jika ayat ini kasar atau sebagainya.sekadar menyuarakan pandangan.

    allah knows best
    wassalam

    • Abu Saif says:

      @zinnera,

      saya tidak belajar dalam sistem yang ada sekarang.

      sistem KLSM (kalau ada istilah ni) ditukar ke KBSM. dan dalam KBSM juga sudah berapa banyak polisi berubah. Daripada era SPM hanya dihadkan kepada 10 subjek berubah kepada sistem terbuka sekarang.. itu hanya sebahagian daripada apa yang diharap dapat menjelaskan kepada anda bahawa sistem pendidikan sekarang AMAT BERBEZA daripada 20 tahun yang lalu.

      ya, untuk dapat berbelas malah 20 A, otak boleh terus kaku. tanyalah kepada pensyarah-pensyarah senior di universiti sekarang, apakah komen mereka tentang anak-anak murid yang sedang mereka ajar sekarang?

      dan saya sebagai trainer dan motivator, bertemu dengan puluhan ribu pelajar sekarang…. menakutkan saya untuk memikirkan apakah yang sistem sudah buat kepada mereka. jika anda baru di saifulislam.com atau hanya sesekali berkunjung, mungkin anda terlepas pandang. tetapi jika anda baca puluhan ribu komen yang ada, anda akan faham pattern yang saya maksudkan.

      kalau sifat 20 wajar diajar kepada tahun 1 hanya dengan alasan ia ilmu, dan pasti ada sesuatu padanya, dan jika murid tak faham, ibu bapa kena fahamkan, maka bolehlah dicampakkan sahaja ke tong sampah ilmu pedagogi.

      di artikel ini, saya sudah tulis, saya mengalu-alukan KRITIKAN MEMBINA. So, mood kami di sini adalah untuk share experience, bagi point of view dan memikirkan penyelesaian. Bukannya nak settlekan discussion ni within satu hari.

      by the way, artikel ini baru berusia 12 jam.

    • HOT ZOOM says:

      @zinnera, Salam,
      Cik zinnera ni pasti cikgu kan?
      Apa komen kalau saya kata kerja cikgu sekarang amat senag berbeza dengan dulu.
      Sekarang banyak buku kerja tak macam dulu cikgu kena ajar dan bahan pengajaran tu lah dibawa balik utk ulangkaji.
      Sekarang mudah,suruh je budak balik buat kerja rumah(sekolah).
      Tanda je mukasurat pastu suruh dorang balik buat.
      Senangnya.
      Bebudak tu langsung tak tahu apa yang perlu dibuat tapi katanya mesti buat sampai habis kalau tidak nanti cikgu marah.
      Terpaksalah si ibu/bapa ni plak jadi cikgu kat rumah.
      Apa pendapat anda sekalian.
      Pengalaman tu berlaku pada diri saya.
      adakah semua pelajar mesti bijak dengan sendiri atau disebabkan oleh para guru disekolah.
      Wallahu’lam

      • Alkhattab says:

        @HOT ZOOM,

        Kalaulah cikgu itu kerjanya senang, takkan ada ramai guru yang sakit mental dan pecah urat saraf otak.

        • Hot Zoom says:

          @Alkhattab, oh…ye ke?
          Nasib baik saya x jadi cikgu .Jadinya semua cikgu tu sakit mental lah ye?
          Baik berenti jadi cikgu cari keje lain tak kena sakit mental hua hua hua

          • Alkhattab says:

            @Hot Zoom,

            Bagaimana kamu boleh baca maksud ‘ramai’ dan ‘semua’ itu serupa? Bukankah maksudnya berbeza. Ramai tak semestinya semua.

            Saya bercakap atas dasar fakta. Baca sendiri:-

            http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

          • Hot Zoom says:

            @Alkhattab, Salam,
            Walaupun saya bukan cikgu,rasanya saya faham maksud ramai dan semua tu berbeza,tapi mungkin anda kurang faham maksud kiasan saya.Maksud saya,kalau kerja cikgu tu susah kerja lain pun sama je ,malahan jadi mak/bapak lagi susah,jadi semua jawatan kerja tak kira apa pun bukan cikgu saja tak boleh pertikai beban kerja mereka.Yg saya ajukan di permulaannya adalah cikgu sekarang berbeza dengan cikgu dulu dan kesenangan yang ada tu ada yg ambil kesempatan.Mengikut pengalaman saya semasa sekolah dulu dan anak saya sekolah sekarang amat berbeza.Artikel ni pun membawa maksud seperti apa yang saya ketengahkan.Bukan gitu Ustaz?

          • Alkhattab says:

            @Alkhattab,

            “Saya tidak sekali-kali menyalahkan pihak sekolah atau guru, kerana masalah ini lebih rumit daripada sekadar masalah sekolah atau guru.”

            Cikgu yang berfahaman ‘kapitalisme’ saja tahu apa itu ‘ambil kesempatan’.

    • wazier says:

      salam.memang smua org pnah mlalui 1 sistem yg sma yg dianjurkan oleh sistem pndidikan kta.dan ada antaranya yg bjaya dn ada yg kcundang.tp jika dlihat dr sudut lain,sistem kita mmg akn mmbntuk output2 yg pasif sbb klu kta lihat d ngara2 lain,kbnyakan mreka sgt kreatif dlm mlontarkn idea2.sbb i2 lah mreka dpt brkmbang.even some of the ideas sound crazy or not logical, but that show how creative are they in imagining something.but we are not.we often practice a static and stressful environment of learning.mcm sy.even i’ve gone through a lot of achievements during schooldays,tp sy x bleh nk give full attention msa d universiti mcm mna sy d skolah dlu.ptama,sy rsa tlalu ltih ntuk brusaha mcm mna yg sy pnah lakukn ntuk bjaya d zmn skolah because it is not enjoyable.kdua, sy slalu trfikir our actual reason for the education.ntuk tjuan apa kta blaja?everyone has set their minds, that the education purpose is only a catalyst which is used for proceeding to the next level of carrier making.when people realized that nowadays it is difficult to get a job,for what reasons that left for them to continue their effort?kbanyakan org blaja sbb nk keja yg bgus2 sj.bkn sbb cintakan ilmu.even ada yg ckp,apa yg blaja ni xkan dgunakan msa keja nnti pun.kta blaja smata2 mata ntuk lulus dn obtain sgulung ijazah sj.after that,everything gone to waste.klu kta ygk,d malaysia ni ada x research2 department spt d ngara luar ntuk dimanfaatkn studnt2 kta yg brilliant2 ni?klu ada pun tlalu lmbap prosesnya.tlalu sdikit modal dan skongan yg dsalurkan.kta jgk x dgalakkan ntuk mnjadi seorg yg innovative.sbaliknya apa yg blaku,kbanyakan our graduates jz mkn gaji bla dh tamat pngajian.itulah apa g hndak dbntuk oleh ngara kta…

      • wazier says:

        mcm lari tjuk lh plak.mksud sy,sistem ni mmg memenatkn dan mnyusahkn bg org yg agak lmbat tgkap sesuatu input dlm klas.sy bleh lihat ini pd adik sy.km cma bleh bg moral support dgn mnggalakkan dia blaja dmi dpt mnyambung ke skolah yg bgus dn dpt pkerjaan yg bgus nnt.wlupun adik sy bru brusia 12 tahun,dia telah dihidangkan dgn dorongan2 yg brbntuk spt ini dmi mmbri dia lbih smangat.sy x dpt mmbantu dia dgn lbih lg slain dr buat mcm ni.

        • zinnera says:

          @wazier,

          sy faham masuk encik wazier tu.
          mmg sukar. tu sebab saya xmenyokong bile ramai yg mengatakan xde kualiti. bukannya mudah nak mengharungi bnda tu semua. n what they get is sometimes an award for their hardship to obtain such grade. so xbestlah bile org ckp yg mereka xde quality.. ader la tu. kesabaran, determination, patience n also intellectuality.

          tapi bagaimana pun, saya pun x 100 peratus menyokong sistem malaysia ni. saya rase guru di sekolah should put more effort in educate the student. not just finishing the silibus. but finishing the silibus with greater understanding in the student itself.

          but i dont support to reduce the silibus content coz, i think our silibus is in par with british education sysytem. the problem is just, we r not given much opportunity to develop it. kalau ilmu yg diajar tu diselitkan juga unsur2 kritis n kreatif after pembelajaran, it’s much better.

          wallahua’lam.
          =)

  19. AyKay says:

    Salam Ustaz.

    saya turut berkongsi pendapat sama dgn ust. Dan saya juga ada anak2 yg bersekolah di sek rendah. Seorg di darjah 1 sek rendah islam integrasi swasta. Pembelajarannya berlandaskan silibus sama dgn sek agama gomen plus penilaian secara musleh, i.e soal keperibadian muslim juga diambil kita dalam penilaian murid.

    saya pun pernah chk silibus arab yg dia lalui, alamak! ini spt sek men, tapi itu cuma buku teks nya je. bila time ujian o peperiksaan, tidaklah begitu kemaruk mualimahnya utk menguji kepintaran murid. maka tidaklah begitu kemaruk anak saya serta saya sendiri.
    Apa2 pun saya rasa tiada silibus yg pasti memenuhi keperluan semua murid secara rata, kerana tahap kepintaran mereka tak sama

    http://tangsibiru.blogspot.com

  20. ummusaif says:

    Saya sedih sebab kesian pada Saiful Islam dan kanak2 sekarang kena belajar teruk2 seawal tadika.

    Kita dulu (1980s), balik sekolah masa darjah satu tak stres pun. Tak perlu belajar teruk2. Bapa saya (seorang guru), cuma mula ajar saya di rumah mula darjah 3.
    La ni, darjah satu dah kena tahu imla’ ie spelling utk bahasa Arab. Bayangkan ustaz kata dia belajar tu masa Tingkatan Satu. Bayangkan, stresnya nak gi sekolah sekarang.

    Kami blh je buat taktau dengan result Saiful Islam tu dan anggap he is still learning and give time to him to learn and explore.

    Tp bayangkan masa bagi report card, parents yg dapat bad impression from teachers rather than the other way round as if kita parents yg bertanggung jawab mengajar jadi pandai dan faham. Then, apa guna gi sekolah, kalau parents yg kena ajar balik semua kat rumah??

    Saiful Islam gi sekolah from 8-5 pm. Sampai rumah, mandi manda, makan, solat then pukul 8 dia dah penat dan tido. So, masa bila parents dia nak mengajar kat rumah?
    Weekend, depa nak relaks dan tgk tv (masa tu lah dia tgk tv). Ada sesetengah parents dah hantar tuisyen over the weekend starting masa darjah satu lagi. Bayangkan, takde life ke? Belajar, belajar dan belajar??!

    So, apa yg saya buat biasanya 2 weeks b4 exam, cikgu bagi notis exam. Alhamdulillah so far saya sihat dan sempat bagi dia ‘intensive course’ 2 weeks prior to exam. Tapi, mmg kesian kena latih tubi macam tu. Bayangkan semua kena absorb dalam masa dua minggu. Mana perginya yg cikgu ajar dia setiap hari tu pun saya tak pasti?

    Last comment cikgu kelas dia kata, dia berangan masa exam. Bukan ke perangai budak2 umur tu macam tu? Cikgu blh biarkan aje kertas dia kosong tak berjawab! Saya tanya cikgu kelas dia, cikgu tak round ke masa exam. Cikgu kelas dia aje yg round dan pastikan Saiful Islam jawab semua soalan dan papers itu yg dia lulus cemerlang. Yg paper cikgu lain banyak kosong, so markah teruk.

    Yg saya hairan, takkan exam darjah satu, cikgu buat macam exam form 3, form 5, ie biarkan aje murid faham ke idak dengan soalan? Kat universiti pun examiner tolong student sampai faham!

    So, dilema kami..adakah kami perlu adapt dengan sistem yg sedia ada ini dan terus pressure Saiful Islam dengan sistem ini atau tukar dan cari sistem lain??

    • Mullah TTDI says:

      @ummusaif,
      Salam ummusaif

      Memang betul pandangan ummusaif tentang keadaan para pelajar sekarang yang pergi ke sekolah dari 8 pagi – 5 petang. Tiada unsur-unsur ‘learning is fun’ dalam kehidupan mereka. Berbanding dengan zaman sekolah saya pada 1980-an dan 1990-an. Ada masa untuk bermain dan berhibur.
      Itu belum dikira dengan para pelajar yang mempunyai kelas tuisyen pada sebelah malam dan kelas piano atau violin pada hari Sabtu dan Ahad. Keadaan sistem pandidikan kita, yang diterajui oleh para pegawai kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata, inilah yang me’mati’kan unsur-unsur ‘learning is fun’ dalam kehidupan para pelajar sekarang ini.Hhhhmm…. Bagaimanalah nasib pelajar 10 atau 20 tahun akan datang????

    • rd says:

      @ummusaif,

      salam ummu saif :)

      from my experience and just sharing..

      anak saya ada dyslexic seperti suami saya. mereka berdua ada different way of learning because they think in visuals. they are weird too in their thinking in which kadang2 saya pun tak faham how they could think like that..

      my husband survived and worked out his way through our education system.. we’re about your age. kerana masa tu saya rasa sistem pembelajaran kita lebih rationale, simple and acceptable..

      unfortunately, anak saya masa bersekolah tadika di msia kelihatan sungguh “tidak pandai” dan memang sentiasa dapat markah terakhir dalam kelas. saya juga hairan kerana rasanya dia bukanlah begitu “dungu atau lembab”. saya memang kecewa and buntu pada masa itu dan hanya berdoa yg terbaik untuk kami sekeluarga.

      alhamdulillah bila suami berpindah kerja dan anak saya dpt memasuki british international school di sini.. anak saya seperti bukan dia di msia dulu. peningkatan prestasinya terus meningkat Alhamdulillah..

      my conclusion, the teachers’ approaches enhance my daughter’s way of learning and indirectly improves her way of thinking and understanding..

      saya faham dgn perasaan dan sentimen atau frustration abu saif dan ummu saif..

      thanks for sharing :)

    • Umar Sr says:

      @ummusaif,
      saya setuju. kami di johor (negeri lain saya x tau)sek ren darjah 1, sek agama kerajaan neg johor pun darjah 1 juga. berapa byk yg nak masuk dlm kepala budak umur 7 thn. kemudian bayangkan nanti masa sek agama x silap saya darjah 4 dah belajar bab munakahat. Masa tu umur baru je 10 thn!
      dulu masa saya sekolah umur 10 thn (darjah 4) baru masuk sek agama kerajaan negeri…

      kesian..

  21. ummusaif says:

    Entri ini ditulis bukan bertujuan mengkritik tp utk berdiskusi secara positif..

    • Khairin says:

      Setuju sangat dengan ummusaif.

      Nasib baik cikgu sekolah anak saya, prihatin.

      Saya memang pilih sekolah tu, sebab cikgu2nya. Selepas seminggu, masuk darjah satu, ada perjumpaan dengan homeroom teacher dan all subjects teacher. So, kami dalam situasi santai, berbincang keperluan anak. Saya beri cikgu faham weakness and strengths anak saya. Cthnya, anak saya observant, so hati2 beri komen yang negatif, ingatan dia tentang komen2 amat bagus. Anak saya sensitif. Dan dia sedar masalah dia dalam pembelajaran. Jadi, dia memang rajin, tapi perlu masa untuk faham.
      Alhamdulillah, guru-guru pun faham. Ustaz anak, is beyond my expectations. Dia pandai bercerita, dia mengajar anak saya ikut kemampuan anak saya menerima. Dan dia faham anak saya perlu perhatian lebih, so, masa kelas, dia duduk sebelah bila dia nampak anak saya macam struggle.

      Jumaat ni sambutan hari guru di sekolah anak saya. Berbaloi kami pergi shopping, beli hadiah untuk cikgu2 yang buat anak saya happy nak ke sekolah dan belajar.

    • irshadian says:

      @ummusaif,

      saya kesian dengan kanak2 sekarang, exam oriented.

      may be saif tau jawab, tapi ntah2 dia blur sebab dia absorb banyak sangat the days b4 exm. saya pernah juga mcm ni

      saya pelajar pendidikan dan calon guru;semasa menyediakan soalan latihan kimia, saya telah memasukkan figura ala2 komik dengan harapan mengurangkan sedikit stress pelajar menyelesaikan latihan kimia.

      semoga silibus dan orientasi pendidikan dinilai kembali.

  22. sumaiyah says:

    Assalamualaikum…
    Akak pun dalam dilema yang sama,dah buntu fikirkan jalan penyelesaiannya. Anak akak sekarang dah Tahun 4, dari Tahun 1 memang problem ngan bahasa arab.Selalunya dia score untuk subjek akademik
    ( english,math, science)sampai ada dapat 100%, bahasa arab je.. bawah 50%. Latest ujian,subjek akademik dapat first dalam kelas…subjek agama dapat last,tak ke contra…sampai cikgu cakap “amiruddin,awak ni buat lawak la”. Bila akak tanya kenapa,dia cakap subjek akademik math,science tu dia guna otak..kena fikir,tapi bahasa arab tak boleh guna otak..tu yang takleh fikir..so,akak tgh cari silibus bahasa arab yang sesuai untuk dia. Sebelum ni memang dia sekolah kat S’pore..Tahun 1 balik M’sia,mungkin conflict cara berfikir kot. Wassalam.

  23. Ustaz Nazmi says:

    Saya sebagai pendidik di sekolah rendah..Saya juga tak bersetuju dengan silibus yang ada.. Bayangkan dalam satu sessi P&P, guru agama dan bahasa Arab seperti saya mesti mengajar satu muka surat buku teks bahasa Arab..Bagi saya mudah..Perkataan2 yang simple.. Tetapi budak2, anak2 saya mcm mana??? Sebab itu saya tak ikut pun..Lantaklah(kasar ke).. Saya cuma pilih beberapa perkataan, dan saya ajar serta latih tubi.. Lebih bernilai dia dapat ingat 3 perkataan baru yang saya ajar.. Dari dia cuma dilatih menyebut berualangkali.. Habis kelas..Terus dia lupa perkataan bahasa arab yang baru dia pelajari.. Itu bagi tahun 1-3.. Bila dah masuk tahun 4 barulah P&P di tingkatkan kepada satu muka surat penuh..

    • Abu Saif says:

      @Ustaz Nazmi,

      Terima kasih ustaz. Komen daripada guru… amat saya alu-alukan. Isk…

      Saya fikir benda ni sampai mengigau. Tak percaya, tanya Ummu Saif

    • thiflah says:

      @Ustaz Nazmi,
      Ustaz Nazmi, itu perkataan bahasa arab..
      mak saya mengajar bahasa inggeris, lagi tertekan. mengajar bahasa bukan mother tongue kepada pelajar Melayu,a anak orang susah & kampung.

      sampaikan ada cerita guru lain, naik tertekan hanya mengajar huruf, 1 huruf pun tak hafal.

      kesian cikgu, kesian anak murid, kesian mak bapak.

  24. sufi mustika says:

    mungkin dengan menonton filem laskar pelangi, dapat membantu ustaz untuk memahami sistem pendidikan terbaik untuk anak-anak..

  25. izhar says:

    saya dapat merasai kekecewaan Abu Saif dalam hal ini.

    mempunyai isteri yang bekerja sebagai guru, saya mendapat tanggapan kebanyakan silibus yang dirangka hanya untuk memastikan at the end of the day, apa yang perlu diajar kepada murid-murid telah diajar.

    guru-guru tidak sempat untuk memastikan apa yang diajar itu difahami oleh murid-muridnya. jika guru berbuat demikian, maka silibus yang diajar tidak sempat untuk dihabiskan. dan tuntutan KPI guru-guru lebih melihat kepada aspek luaran, seperti mesti menghabiskan silibus, menulis buku perancangan pengajaran dan pelbagai kerja-kerja perkeranian.

    dan guru-guru sekarang lebih ‘di reward’ untuk mengajar dan bukannya mendidik.

    dan saya tidak mengatakan ini semua salah guru. tetapi environment sekolah sekarang yang begitu exam-oriented telah memberi tekanan yang begitu kuat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru.

    saya sendiri risau akan bagaimana anak saya akan mengharungi persekolahannya tahun hadapan..

  26. catalina says:

    Nampaknya takde penyelesaian terdekat buat masa ini. Nak tak nak, kena harungi sambil berhemah.

    Dulu sy sekolah rendah tahun 70an-80an. Kelas separuh hari je, takde tusyen, homework sikit tp sy selalu top 5. Berjalan kaki pergi & balik sentiasa eventful, begitu juga pergaulan/pergaduhan. Memang ada LIFE, tak spt anak2 sy yg sekolah JAIS dari 7.30pg till 4.30 ptg, sesetengah silibus (macam sekolah menengah), amat sikit masa utk bergaul/interaksi dgn kanak2/orang lain & malam terus bungkam.

    Life goes on…mungkin kena ajar anak2 lebih ilmu konsentrasi – sekali cikgu cakap boleh terus faham & ingat

    Clear body, clear mind, clear outlook…

  27. Abu Hakim says:

    Salam alaik ya ustaz,

    Secara peribadi hamba seorang yang terlalu concern pada pelajaran dan pendidikan anak2. Kita hampir sebaya dan anak sulung kita sama2 lelaki dan sedang berada didalam darjah satu ( Hakim bersekolah di Sek. Rendah Islam Batu Pahat )

    Alhamdulillah, hampir setiap malam/hari hamba akan pastikan anak hamba itu mengulangkaji pelaran beliau. Terpaksa guna pendekatan yg sedikit keras. Hamba rasa, kita sebagai parents perlu ada kesempatan utk sama2 fokus pada MASA BELAJAR.

    Semalam bila balik sekolah, Hakim tunjukkan kertas jawapan Fekah dan Pendidikan Islam. Alhamdulillah, 199/200.

    Semuanya dari Allah, sedikit pengorbanan drpd kita. Semoga bermanfaat.

  28. Abu Hakim says:

    Allahumma zuqna fahma wa ‘ilma wal ‘aqla wal hikmah.

    Subhanallazi ‘allama kulla syai in bighairi ta’lim. ( Tasbih Nabi Khidir AS).

    Mungkin boleh jadi amalan dan panduan, Insya-Allah.

  29. Ummu Saifullah says:

    Assalamualaikum,

    Dulu saya pun macam ustaz. Kecewa dengan silibus dan keputusan ujian anak-anak. Pernah marah anak-anak macam ustaz juga. Kesal dengan perbuatan sendiri, akak belajar untuk lambat marah dan kawal kemarahan. Alhamdulillah berjaya menjadi seorang ibu yang sangat penyabar dengan kerenah anak-anak. Dengan berkat kesabaran akak belajar untuk tidak meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak dan untuk tidak memaksa mereka cemerlang dengan silibus sekolah tetapi mereka hendaklah cemerlang dalam akhlak. Akak tidak membebel dan memaksa anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran di rumah. kalau ada homework, akak suruh mereka siapkan. Untuk mendorong anak membaca akak buang TV. sekarang ni, hari sabtu dan ahad, 2 buah buku sehari habis dibaca anak-anak sebab mereka bosan tak buat apa-apa.

    Sudah terlibat dengan dunia pendidikan bermula dari mendapat anak pertama dalam tahun 1987. Kecewa dengan sekolah kerajaan, berusaha menubuhkan sekolah sendiri. Alhamdulillah, telah berjaya mengolah silibus JAIS dengan pendekatan Activity Based Learning yang digunakan di sekolah Islam di Melawati. Telah meninggalkan SRIP sejak 2003, wonder if they still use my curriculum.

    Kecewa juga dengan PPSMI, anak bongsu akak selalu gagal, akak keluarkan anak dari sekolah yang menggunakan kurikulum kerajaan ke International Modern Arabic School di Jln Tun Ismail. Semua subjek belajar dalam bahasa Arab kecuali math dan sains (buku English silibus singapore, diajar dalam bahasa Arab). Alhamdulillah, subjek lain ada konsep Islamicization of knowledge. Silibus sekolah tidak terlalu berat dan anak-anak belajar menjadi berani seperti anak-anak arab yang outspoken dan ada self confidence yang tinggi. Satu saja yang tak bagus, pengurusan gaya ARAB! yang lembab. Bayaran, TADIKA rm1000 setahun, sekolah rendah rm 2000-3000 setahun, sekolah menengah rm4000 setahun. anak kedua dapat 30% diskaun, anak ketiga 50% diskaun, anak keempat 70% diskaun.

  30. ummu ridhwan says:

    Sudah ada ibu bapa di Malaysia yang homeschool anak sendiri, sekadar 2 contoh:
    http://coachsha.wordpress.com
    http://homeschoolhomefrontier.com
    Tapi bagaimana dengan ibu bapa yang kedua-duanya keluar bekerja (bukan bekerja dari rumah), atau yang memang tiada kemampuan (bukan kemampuan kewangan, tapi lebih kepada kebolehan mengajar, kesabaran, kreativiti dsb)?

    Saya tertarik dengan komen SangPelangi di atas yang mencadangkan ‘kita buat sekolah kita sendiri’, tapi bukankah memang sudah ada sekolah-sekolah swasta ‘kita’ yang ditubuhkan (ada yang juga berasal daripada sekumpulan ibu bapa berpakat untuk memberi kelainan kepada anak-anak mereka), tapi mengapa masih tidak lari jauh daripada sistem sekolah kebangsaan? Mungkin kerana masih terikat dengan kurikulum dan peperiksaan kebangsan. Yang lain cuma penambahan (cth kelas-kelas pengajian Islam), ko-kurikulum, dan pendekatan holistik.

    Berdasarkan komen-komen di atas, ada permintaan (demand) untuk sistem sekolah yang betul-betul dirombak dari dasar, dan lari terus dari sistem kebangsaan. Mungkinkah dapat sekumpulan individu yang berminat dan mempunyai passion yang mendalam bekerjasama untuk membangunkan sistem ini? Tapi berapa lama pula masa yang akan diambil, sedangkan anak-anak kita cepat sahaja membesar. Tambah pula, jika sistem ini dibangunkan secara swasta, mungkin hanya golongan yang mempunyai kemampuan kewangan sahaja yang dapat menghantar anak-anak ke sekolah swasta ini.

    Adakah boleh diharapkan perubahan itu berlaku di peringkat kerajaan? Mungkin mengambil masa yang lebih lama lagi. Jadi, apakah ikhtiar kita buat masa sekarang? Dan juga, apakah ikhtiar kita supaya dapat membawa perubahan di peringkat Kementerian Pendidikan (Pelajaran sekarang, tapi saya lebih senang dengan perkataan Pendidikan)?

  31. Ummu Saifullah says:

    Salam,

    Pada pendapat akak, tukar saja ke sistem lain. Business penting kanak-kanak adalah bermain. melalui bermain, mereka belajar banyak kemahiran (social (akhlak),thinking, prewriting, prereading, precounting skills). Akak tak pernah hantar anak-anak ke tuition. Bila nak ambil SPM baru hantar tuition tu pun sebab madrasah tak ajar subjek sains. 2 anak akak yang belajar kat madrasah tu cemerlang dalam SPM (berita kecemerlangannya masuk surat khabar harakah march 2009). Sekarang ni sorang nak ambil PMR, tak hantar tuition juga.

    The point is, it is too early to put on so much stress on academic achievement and too early to give so much stress to your young child. We, as parents know our own children, so do not let other people make judgment according to their scale. we make judgment on our kids according to our own measurement. If saif did not write anything on his answer sheet, it is not Saif’s problem, not your problem but the teacher’s problem for not understanding a child’s unique behavior. I have a friend who has a genius son. His son failed his exam for he left the exam paper blank cause he thought why should he answered questions that teachers already knew the answers. Teachers thought he was a slow learner but only his parents knew that he was a genius.

    • ummu itqan says:

      @Ummu Saifullah,

      Teringat pada seorang ahli keluarga yang semasa di sekolah rendah dari tahun 1 hingga 5 pergi ke sekolah hanya lebih kurang 1 bulan dalam setahun kerana tidak gemar akan persekitaran dan guru di sekolah. Lalu dipindahkan ke sekolah lain (swasta) dan memberikan reaksi berbeza. Sekarang di tingkatan 4 dan tidak jemu belajar.

      Cuma yang menganggu pemikiran saya, apa akan jadi pada anak ibubapa lain yang tidak mampu menghantar ke sekolah yang menelan belanja yang banyak. Bagaimana dengan ibubapa yang perlu menyekolahkan anaknya 1,2, 3 dan kemudian yang keempat. Adilkah menyekolahkan seorang sahaja di sekolah yang mahal kemudian yang lainnya “terkorban” kerana ibubapa tiada wang yang cukup untuk menghantar anak ke sekolah yang lebih “mesra-kanak-kanak” silibusnya.

      Mungkin “home-schooling” juga jawapan untuk saya…

      • Khairin says:

        Saya tak pandai mengajar n terlalu garang bila mengajar (bila bersembang and bermain dengan anak, saya sabar). Jadi home-schooling for my children is not an option for me.

        Bagi saya, we have to treat anak as individual. Contohnya, macam saya, dari SRJK(C) then ke Independent Chinese School pada masa yang sama kerana kami orang johor, pergi ke sekolah agama (sempat sampai darjah 6 saja, tak ke sekolah Khas, sebab 3 tahun kat darjah 6 tak lulus2, pastu dah nak sit for SRP, so berhenti).
        Tapi, adik saya yang kedua, sebab dia ada sakit jantung berlubang, abah rasa dia tak sesuai dengan environment sekolah cina, yang banyak homework.So dia ke sekolah kebangsaan. sekarang, dia staff nurse di hospital swasta.

        Adik lelaki saya pulak, lambat pandai membaca, walaupun maths amat pandai, and abah tanya, dia taknak sekolah cina. So sekolah kebangsaan juga.

        Basically, kena nilai kecenderungan dan kebolehan anak. Ada budak yang perlukan disiplin lebih. Kena sentiasa stimulate dengan perkara2 baru, kalau tak dia bosan dan mengacau orang. Ada budak pulak, kena ajar ulang2. Anak saya pulak, memang kena ajar dengan lembut. Kalau kena sergah, semua dia lupa. Dan dia ingat semua cikgu2 yang baik dan yang garang.

        Even bila hantar sekolah kebangsaan kena tengok environment dan cara sekolah itu menangani murid2nya (ini saya baca dalam the star, komen Ruth Liew).

        So, bg saya, no harm, nak hantar anak sekolah lain2. Yang penting sesuai dengan anak.

        (saya rasa saya tak salah pilih sekolah, apabila anak saya tetap nak ke sekolah walaupun dia tak berapa sihat. Dia kata takpe, pergi sekolah nak belajar, if dia rasa betul2 tak sihat, dia boleh beritahu cikgu dan berehat di infirmary. Saya bagitau dia, selsema dan batuk boleh berjangkit, so better stay at home, if not teacher pun sakit, nanti kakak sihat, teacher sakit, siapa nak ajar. Mummy garang)

  32. Kak_as says:

    salam ustaz, menitis airmata saya bila membaca article ni…. cuma nak inform ustaz sesuatu agar dapat meringankan sikit rasa kecewa di hati ustaz dan ummu saif. seorang kawan saya ada membuka tadika islam dan kelas kafa di shah alam. ustaz tau tak anak2 tu bila bercakap – cerita tentang hadith kisah nabi etc. ibubapa yang hantar anak2 ke sana melihat perubahan yang besar pada peribadi anak2 mereka. ada juga ibubapa yang pernah di expose kan pada sistem pendidikan di uk dan mereka kata sistem di tadika tu ada mirip sistem di uk. kalau ustaz berminat, nyatakan saja dalam ruangan ini…… nanti saya akan beri maklumat kawan saya ni
    pada ustaz.

  33. norsiah says:

    Ustaz,
    suami saya seorang guru yang cuba menerapkan unsur-unsur permainan dan penggunaan media di dalam corak pengajarannya. selepas 5 tahun mencuba, pelajar amat meminatinya tetapi pihak sekolah tidak bersetuju kerana cara mengajar suami saya tidak mengikut silibus. guru-guru ini terikat dari mencipta cara mengajar yang kreatif kerana kedunguan sesetengah pihak.

    kami juga mengahadapi masalah yang sama seperti apa ustaz alami dengan saifulislam. anak pertama kami cerdik tetapi silibus sekolah yang membosankan membuatkan dia bermain di dalam kelas dan tidak pernah peduli untuk membuat homework yang diberikan oleh cikgu. Berbeza apabila kami menghantarnya ke KUMON. Dia sungguh teruja untuk ke kumon, belajar dengan tekun dan berjaya menghabiskan homework kumon yang banyak tu. Saya juga pening dibuatnya, tetapi masalah kami terhenti disitu apabila dia kembali kepada penciptaNya pada tahun 2006.

    Harapan saya sekarang cuba mencari sekolah yang menyediakan cara pembelajaran dinamik untuk adik-adiknya yang masih kecil. Mungkin pembaca boleh berkongsi dengan saya sekolah-sekolah yang sesuai supaya anak2 kita tidak terencat perkembangan mentalnya dengan sistem pengajaran yang salah

    Hanya Allah yang mengetahui segalanya

  34. Pak Din says:

    1. Kebarangkalian anak kita mewarisi zuriat kita adalah jauh lebih rendah berbanding mewarisi zuriat kumpulan 128 orang (2^7, leluhur anak kita dalam 7 generasi). Lihat sahaja dalam adik beradik kita, berapa yang serupa? Tidak hairanlah kemungkinan anak kita menjadi seperti kita, dalam segala segi, menjadi sangat tipis. Bertuahlah badan sekiranya dikurniakan demikian, pada masa yang sama bertuah juga badan dikurniakan anak yang tidak sepadan. Terkadang ciri-ciri asas ada di dalam, cuma polarnya berbeza. Contoh cekal dan degil adalah dari akar yang sama, hanya satu ke arah positif dan satu ke arah negatif.

    2. Kita boleh mengeluarkan pelbagai pesanan, ulasan dan alasan, akhirnya bagaimana kita beradaptasi kepada evolusi persekitaran yang akan menentukan kesinambungan. Kita boleh merajuk kepada sistem dan sub-sistem yang ada di persekitaran, tetapi akhirnya bagaimana diri kita sendiri merujuk kembali, samada perlu dipujuk atau sebaliknya. Survive-lah mereka yang beradapatasi, kerana Sunnah Allah tentang ‘survival of the fittest’ tidak pernah berubah dari azali. Tidak kerana terlalu ramai yang berdoa untuk ianya diubah, Allah memastikan Dia tidak mengubah nasib kaum yang tak mengubah diri sendiri. Maka pujuklah diri beradaptasi kepada sistem dan sub-sistem yang ada tanpa perlu pujukan luaran.

    3. Pil pahitnya memang susah nak ditelan. Jiwa mahu berjawan dengan jiwa tahu. Akal mahu bertentang dengan akal tahu. Kedua-dua hujung tahu dan mahu, menghasilkan kombinasi perangai manusia yang pelbagai. Maka bell curve statistik menerangkan 90% adalah arus perdana, dengan 5% di hujung kanan, mewakili terbaik dan 5% di kiri mewakili terhodoh. Persoalannya, adakah kita kenal diri kita, tadi. Berjiwa mahu atau berjiwa tahu? Adakah apakah yang kita persepsikan sebagai berjiwa tahu itu, termasuk di dalam 5% di kanan? atau sebaliknya kita hanya sayap kanan di dalam arus perdana. Kenali diri dahulu, sebelum mengambil langkah pasti.

    4. Sistem terbentuk oleh demokrasi ramai. Sebelum adanya demokrasi pangkah di kertas, manusia memangkah dengan kemahuannya. Terbentuklah budaya dan dengan berlalunya zaman, kemahuan itu kemudian diterjemahkan kepada sistem pemerintahan yang ada sekarang, tak kira di mana, di UK atau di UK – Uku Kerting. Banyak saranan resmi, dari Buku Petunjuk, tetapi lebih banyak yang mencadangkan petunjuk sendiri. Sebahagian besarnya membentuk Muslim hari ini. Diberikan Buku Panduan dijadikan buku hiburan untuk mendapatkan pahala. Mencari kedamaian daripada dicungkil kebenaran yang tersirat di dalamnya. Teruslah dia memangkah megah dengan Buku Panduan yang dipersepsinya.

    5. 5% yang di kanan kalau bersekolah di sekolah kebangsaan arus perdana (SKAP), sudah pasti dia merana. Pada masa yang sama survival dia bergantung kepada arus perdana, kerana koleksi bank akaunnya tiada dua sistem kewangan yang berbeza. Kalau dia merajuk kerana silibusnya tak melayan kehebatan mindanya, maka jadilah kebosanan, tak terhingga di SKAP. Tadika OK, UPSR OK lagi, sampai SPM terbentuk jiwa membrontak kerana kemahuan yang dipangkah tak pernah menang. Melainkan ada butang pause yang mengarah dia beradaptasi dengan persekitarnya atau kemas bag dan pindah entah ke mana?

    6. Sebagai pengakhir celoteh, sedikit pengalam saya. Tkt 4 & 5 saya bersekolah asrama arus perdana, kerana tak jumpa yang lain. 6 jawatan setiausaha persatuan saya pegang. Sukan jangan cerita, kaki bangku no satu. Masuk kelas sekali sekala (nak didramakan cerita) kerana chegu yang bawa ke sana kemari, dah tahu, bawa ke mana pun, dia lulus juga. Entahlah vocab kerja keras bukan untuk periksa, tetapi melayan kerenah persekitaran. Akhirya ke UK , dengan vocab yang sama, kawan 2 tahun A Level, saya lulus ke U tahun pertama. Ketika itu video game ‘katak melompat sungai’ tengah menggila. Sebelum exam itu yang saya terpa, lulus juga. Kena pujuk diri walaupun tak suka, itu bekalannya.

    • ummualya says:

      @Pak Din,
      saya mengharungi zaman sekolah seperti pakdin,
      bezanya saya juga kuat bersukan,
      selalu dihukum guru tak buat kerja sekolah..sampai dirotan,
      tapi top student juga..

      masuk u tak belajar langsung, lulus juga secara sederhana
      akhirnya jealous tengok best student chinese.. barulah sungguh2 dan jadi best student..

      anak lelaki saya.. mengalami perkara sama
      kerja sekolah tak pernah buat dan selalu dihukum berdiri luar kelas.. dapat top student tiap tahun..

      akhirnya saya dan dia surrender dengan pendidikan sekolahnya..
      dia tak mampu adaptasi keadaan semasa seperti saya..
      istilah moden dia juga “failure”
      masuk kolej dibuang kerana mempertahankan kawan India teraniaya oleh bangsa sendiri..
      akhirnya saya hanya mengajar dia menjadi manusia, berani menegakkan kebenaran, berani bertanya soalan luar batasan..
      dan banyak lagi.. saya tidak akan memaksa dia mengadaptasi sebagaimana 90% yang lain..

      Dia masih muda, baru 22 tahun, sudah berkahwin dan saya sudah bercucu…

      Tetapi saya tahu dia akan “survive”.. dalam doa dan empati saya..yang penting matinya nanti ke syurga..

      • Pak Din says:

        @ummualya, @ummualya,
        1. Lega rasanya ada yang serupa situasinya. Anak sulong saya, Hafiz, 22, tidak saya galakan bernikah lagi, kerana dia berdikaro (atas kaki orang). Setelah 5 tahun di American International School, kerana hendakkan sijil Malaysia, saya sekeluarga balik ke Malaysia. Haf terus ambil UPSR dan dapat 5A. Bila PMR dia memang target 0A, entah kenapa tak nak belajar?, SPM dah tak tercerita lagi, kejemuan dia belajar. Tetapi disebabkan perangai dia, lahirlah Kelas Permata http://saifulislam.com/?p=5744#comment-51755 Saya tinggalkan kerjaya bagi menangani masaalah dia.

        2. Bila Ummu menyimpulkan “Tetapi saya tahu dia akan “survive”.. dalam doa dan empati saya..yang penting matinya nanti ke syurga.. “, saya tertanya-tanya. Apakah yang membuatkan Ummu yakin dia survive sampai ke Syurga? Kerana itulah juga harapan saya pada Haf. Seorang yang creative, habis wang dibelanja untuk persekolahan dia, tetapi sehingga sekarang masih tak bekerja. Saya bukan jenis menyalahkan sistem, jadi terpaksalah buat sistem pendidikan sendiri, sebagai jalan alternatif. Mulai awal 2009, dia mengikuti Kursus Silat Maarifat, kerana setelah pelbagai kursus lain dicuba, tak bersesuaian dengannya.

        3. Kebuntuan sebagai bapa, seperti yang Ustaz bincangkan, tidaklah hingga menjadikan saya berputus asa, walaupun tarikan ke arah itu tetap ada. Tambah lagi bila 3 adik-adik di bawahnya berjaya, setakad ini. Saya sangat mementingkan konsep ‘beri kail, bukan ikan’ semasa mendidik. Ada yang berkata itu menjadi punca utama, tetapi saya adalah saya, “you tak nak kail, ambil pukat”. Dah, ada yang kata kemudian tak pakai psikologi. Yang menariknya saya juga yakin dia akan survive, walaupun mengetahui sekarang ini dia tak ada kerja tetap. Saya belum yakin dia akan ke Syurga, tetapi yakin dia akan kenal Tuhannya.

        4. Asasnya di sini, adakah kita bercerita pasal kebuntuan, memikirkan pencapaian anak kita? atau pencapaian sistem persekolahan mereka? Saya masih mengatakan bukan salah sistem, kerana 3 lagi anak saya berjaya, tetapi pada masa yang sama saya tak salahkan Haf, sepenuhnya, kerana tak mencapai kejayaannya. Pada saya, kita ajar anak kita Rukun Negara, dan didik anak kita Rukun Agama (Islam, Iman dan Ikhsan). Dengan cara itu ia memberikan kelegaan sedikit kepada saya, kerana kegagalannya di sistem pelajaran sekolah, tidak menjejaskan sepenuhnya sistem pendidikan yang dihadapinya.

        • ummualya says:

          @Pak Din,
          thanks pak din..

          sekadar berkongsi,
          Anak saya yang masih muda itu sedang mencuba-cuba dalam hidupnya..

          1. Buka gerai restoran dan burger dengan kawan secara kecil-kecilan (he refused to accept my help).. dan gagal

          2. Menjadi tukang potong rumput (sebenarnya kontraktor kecil-kecilan.. macam berjaya) tapi dia kurang minat ke situ, masih dilaksanakan, tapi dia telah mempunyai perancangan lain.

          3. Menjalankan bisnes lain (saya rahsiakan dulu).. Dia sedang belajar; tidak duduk diam…
          ..dan itulah gerak hati saya menyatakan dia akan “survive”.. di monitor komputernya tertulis – “I wont be a second class Muslim/Malay” (antara maksudnya adalah bekerja dengan orang lain atau menerima bantuan kerajaan/kroni mahupun biasiswa sepanjang hayat – no offend please).

          4. Akhirnya sayalah sebagai ibunya yang berdoa siang dan malam agar “matinya nanti ke syurga”.. ia sesuatu yang tidak saya MUKTAMADkan masuk syurga itu.. tetapi saya berdoa dalam empati, dan usaha tentunya.

          5. Saya jelas, tentunya isu pencapaian sistem persekolahan lebih utama, tetapi saya surrender.. Rasanya dah lima kali memangkah menukar kerajaan; juga belum tentu berjaya mengubah sistem pendidikan sekiranya bertukar nanti. Yang penting adalah prosesnya, hasilnya bukan ruang lingkup kuasa kita. Dan prosesnya adalah di hadapan mata – anak-anak kita; di uji ALLAH swt sebesar mana jua; ibu bapa perlu mengelakkan kebuntuan..

          Wallahualam. Semuga bermanfaat.
          (maaf tuan rumah, kalau agak melencong.. sekadar berkongsi pengalaman)

  35. Teja says:

    just to share, saya utamakan pendidikan awal anak-anak saya, paling lewat umur 5 tahun dah boleh membaca dan mula explore secara santai dengan buku-buku dan majalah.

    Anak-anak saya tidak ke tuisyen atau mempunyai jadual ulangkaji yang rutin, buat sendiri ikut kemahuan mereka. Saya cuma semak sesekali. Buat salah adalah perkara biasa bagi mereka tapi apa yang mereka dan saya pelajari dari kesalahan tersebut amat penting untuk perbaiki atau perbetulkan mana yang patut.

    Gagal periksa juga saya terima sebagai pengajaran dan anak-anak saya tidak pernah dimarahi kerana gagal atau jatuh markah, (setakat ini tak pernah anak-anak saya dapat markah rendah dari B).Apabila menerima keadaan ini kami cuma buat post mortem bersama-sama dan bincang secara positif.

    Setakat ini Alhamdullilah, anak-anak saya setiap tahun bawa award balik.

    USTAZ, GAGAL PERIKSA ADALAH SEBAHAGIAN PROSES PENDIDIKAN AGAKNYA, SAYA DAN ABANG SAYA KE UNIVERSITI WALAUPUN ABANG SAYA FAIL SRP DAN SAYA 3RD GRADER SPM.ILMU USTAZ MUNGKIN BELUM LENGKAP, TUAN MUNGKIN TAK PERNAH MERASAI GAGAL DAN MENCARI SEBAB KEGAGALAN LALU DIPERBAIKI UNTUK BANGKIT….STRAIGHT A’ s DI UNIVERSITI ADALAH LEBIH BAIK DARI STRAIGHT A’ s DARJAH SATU.

    Jangan sesekali rendahkan martabat Guru di depan anak-anak, satu kesilapan besar apabila anak-anak mremandang rendah pada gurunya. Cuma gambarkan guru sebagai manusia biasa banyak kelemahannya seperti mana kita semua………….

  36. harumawar says:

    Salam,
    Saya mempunyai anak 9 thn dan 11 thn. Selama 11 thn anak2 saya bersekolah, saya sendiri masih mencari2 teknik terbaik utk mengajar anak2 saya supaya tidak kaku minda. Jd saya amat faham dilema yg dihadapi oleh ustz dan kebanyakan dr ibu bapa.

    Saya meletakkan syarat pada anak2 saya, seboleh2nya cuba dapatkan A bagi setiap mata pelajaran tetapi saya tidak menekankan kedudukan di dalam kelas. Sbb bg suami dan saya, menguasai ilmu asas di sekolah rendah sangat penting supaya tidak ketinggalan di sekolah menengah nanti. Bg saya hanya cara ini sahaja saya dpt mengukur kefahaman @ mengetahui adakah anak2 saya mempunyai masalah dlm mata pelajaran tertentu. A tak semestinya markah 100, gred sekarang A+(90 – 100) dan A ( 80-90).

    Anak2 saya bersekolah dr pkl 8 pagi hingga 4 petang. Balik sekolah saya akan bagi peluang mereka berehat sambil minum petang dan buat apa yang mereka suka. Yg sulung suka main PS2 dan yang kecil main kereta control. Rehat hingga 5.30 ptg, mandi, solat asar dan pkl 6 ptg mesti berada di meja. Tiap2 petang dr isnin-jumaat, mesti buat latihan matematik. Kalau ada homework matematik dan pelajaran lain, siapkan homework dulu dan tak perlu buat latihan tambahan. Latihan tak perlu banyak2(anak2 saya 1 m/s shj 1 hari) bg saya sedikit tapi faham dan istiqamah tiap2 hari. Kami mementingkan matematik sbb walau apapun jurusan nanti mereka ambil, matematik sentiasa digunakan dlm kehidupan harian( jual-beli, bayar zakat dll). Terangkan ini pada anak2. Latihan ini biasanya ambil masa 20-30 minit. Selepas itu saya buat aktiviti membaca buku cerita bahasa inggeris. Utk sekali baca, anak saya 9 tahun boleh baca 4 m/s sehari (sekarang membaca buku Enid Blyton- The Magic Ice Cream and other stories). Anak saya 11 thn boleh baca 1 bab sehari dr siri Great Illustrated Classics, The Merry Adventures of Robin Hood. Sebenarnya kedua2 buku adalah hadiah hari lahir dr kawan2 mereka tahun lepas. Selepas membaca, saya akan suruh anak2 saya ‘summarized d story only in English to me’. Kalau anak ada masalah vocab, bantu mereka. Sambil tanya, kita ‘browsed d story’ utk pastikan anak2 kita memang telah baca..aktiviti sambilan, ‘test spelling’, past tense, present tense dan apa2 sahaja yg telah belajar di sekolah. Kalau dlm bacaan ada yg tak sesuai dgn budaya kita, terangkan kenapa. Aktiviti tamat pukul 7ptg, kalau lebih awal, anak2 bebas buat apa yg mereka suka. Pkl 7, biasanya semua aktvt elektronik dihentikan: tv, komputer, PS2. Pkl 7 – 8 mlm, mengaji dan solat maghrib berjemaah.

    Pkl 8 mlm, makan malam bersama sambil tgk berita. Suami dan saya selalu bertukar2 pendapat/bincang/komen isu2 semasa dr berita tv. Kenapa? Supaya anak2 juga ‘aware’ dgn isu semasa dan sambil2 itu utk mengajar anak2 berani mengeluarkan pendapat dan mencerna berita yg diterima. Pkl 8.45 mlm selepas anak2 bersedia, saya mula pembacaan buku umum bahasa melayu pula. Saya belikan buku Catatan Hati, Adik Nik Nur Madihah sebagai pembakar semangat(sbb anak saya tahun depan akan menduduki UPSR). 1 bab 1 mlm utk anak sulung saya, adiknya 2/3 ms ikut kemampuannya. Lps solat isyak, 9.30 mlm tidur.

    Masalah pemikiran robotik? Itu antara sebab tahun ini saya memulakan aktiviti membaca buku2 umum dgn anak2. Utk meningkatkan penguasaan bahasa pun hanya dgn membaca, membaca dan membaca. Bg saya itu yang terbaik. Sambil membaca, ambil kesempatan ceritakan kelebihan membaca. Pilih buku2 yng berfaedah dan boleh membentuk jiwa dan minda anak. Sebelum membaca buku2 umum, saya ajar doa mohon tambahkan ilmu dan selepasya doa mohon berlindung dr ilmu yg tidak bermanfaat. Aktiviti ini juga meningkatkan kemahiran membaca anak2, sbb selain matematik, subjek2 lain dipelajari hanya dengan membaca. Bg saya kalau di sekolah dah belajar,di rumah ulangkaji benda yang sama, pasti mereka bosan.

    Bila anak2 saya mengulangkaji subjek2 lain? Subjek2 lain boleh dibuat setiap pagi sabtu atau tumpukan 2/3 minggu sebelum exam dgn lebihkan latihan, hentikan sementara aktiviti membaca bacaan umum. Utk cuti sekolah bulan Jun ni pun, saya dah merancang aktiviti pembelajaran yg saya akan tumpukan…kemestian membaca buku umum, latihan matematik, ulangkaji subjek yang lemah sahaja di sebelah pagi, petang adalah aktiviti bebas.

    Kaedah saya di atas bukanlah yang terbaik tetapi hasil pemerhatian saya dalam masalah pembelajaran anak2 di sekolah. Yang pastinya, kenal pasti masalah anak dan cari kaedah pembelajaran terbaik. Saya sendiri tiap2 tahun sentiasa menukar kaedah pembelajaran mereka, sambil menokok tambah ilmu yang diperolehi dr pakar2 motivasi termasuk dr ustaz sendiri.

    Tiap2 hari juga saya amalkan pada anak2 dan saya 21 biji kismis(pagi, petang, malam), 7 biji badam, air zamzam, sesudu madu ,susu, dan selepas makan malam segelas air karot(utk kesihatan mata). Semua ini penting juga uk kesihatan minda dan tenaga utk anak2 belajar.

    Bagi saya, kerisauan ustaz, ibubapa lain dan saya juga sebenarnya satu doa kerana Allah lebih tahu apa keinginan di hati kita dan insyaAllah akan sentiasa ditunjukkan jalan terbaik utk mendidik anak2.

    Wassalam

  37. Khairin says:

    Assalamualaikum Kak As,

    Saya berminat nak tau tantang kelas yang akak cakap ni.

  38. ummuzulfa says:

    Salam ustaz…

    that is exactly what I have in mind for the past 5 years my children in school.

    Jazakallahh khairan kathira for writing it on behalf of me and I’m sure many other parents out there.

    Yang paling membimbangkan saya adalah ROBOT ISLAMIK itu….that is the very word to describe it.

    My children are in islamic private school (with JAIS syllabus too :D ), eventho the academic-wise need to be look into but I’m quite happy with the other activities like theater, drama, coral speaking and all.

    But still I have to counter some things their ustaz mentioned, just to cultivate their thinking skill.

    Really hope more parents (particularly fathers) will teach their children to think correctly…..to patch up whatever lacking in our education system.

    TQ again.

    Allahu’alam.

  39. Kak Ummi says:

    Aslkm.

    Kali ini Kak Ummi terpanggil untuk menulis sesuatu tapi Kak Ummi benar-benar tak tahu apa yang patut ditulis. Segala yang ditulis oleh ustaz hari ini sememangnya benar dan amat benar. Itulah yang akak rasa dalam proses pendidikan anak semenjak anak sulung sehingga kini, anak yang ke-5. Silibus pendidikan di negara kita sememangnya bermasalah! (disamping muhasabah untuk diri akak sendiri yang terasa amat kerdil dlm membantu mengurusi pendidikan anak-anak).

    Macam-macam kisah,macam-macam pengalaman – sehingga yang terakhir anak akak yang 5 tahun cuma sempat bersekolah 4 hari sahaja dan sekarang akak dalam proses mempositifkan beliau semula untuk persediaan pra sekolah pada tahun hadapan. Anak pertama & kedua lagilah banyak al-kisahnya…entah berapa kali bertukar sekolah..endingnya akak terpaksa membuat keputusan menghantar mereka ke International School di Kaherah..tapi berapa ramai antara kita yang mampu?Akak sendiri belum tau sejauh mana kemampuan kami…

    Tak taulah ustaz berapa lama lagi harapan kita terhadap perubahan sistem dan sillibus ini akan tercapai…ada tak ada, dari fikiran akak yang sempit ini, kita kena berjuang untuk perubahan kepimpinan negara yang pemimpinnya benar-benar berfikir untuk rakyat secara realiti, bukan retorik….barulah harapan tidak tingal harapan.

    Wallahua’lam.

  40. Kak_as says:

    khairin, sila masuk ke website http://tadikatunasbestari.com/. moga dapat menghubungi pengetua nya dan berkongsi pandangan dan masalah.

  41. che mat says:

    Salam, Ustaz

    Sekadar sedikit pandangan dari saya. Orang selalu menyebut ‘Tak kenal maka tak cinta’. Jadi bagi anak-anak kecil ini kita perlu timbulkan minat dalam diri mereka. Nak timbulkan minat adalah menunjukkan mereka kepentingan ilmu tersebut atau dengan bahasa mudahnya ‘Mengapa mereka perlu belajar?’. Lebih-lebih lagi fasa usia tersebut mereka akan banyak bertanya mengapa dan kenapa.

    Saya ambil contoh, menghafal sifir. Saya teringat dulu cikgu saya beri contoh. Ada 12 epal dalam satu kotak. Bagaimana dia tunjuk aplikasi hafalan sifir di situ? Ada 6 lajur dan 2 baris, bersamaan 12 biji epal(6×2). Jawapan yang sama juga didapati apabila lajur diganti menjadi 4 dan baris menjadi 3, misalnya.

    Untuk belajar bahasa pula, kita ajak anak-anak menonton kartun English misalnya. Dari situ mereka akan timbul minat untuk belajar English.

    Sekian dan terima kasih kepada Ustaz kerana menimbulkan isu ini.

  42. umn says:

    Salam,

    sabarlah ustaz. saya perasan minat ustaz terhadap sistem pendidikan di US. setuju dengan pihak berkuasa minimize-kan campur tangan dalam soal pendidikan terutamanya. biarlah mereka yang arif menentukannya. sekolah islam di sini pun banyak cabarannya, especially apabila orang anti-Islam memberi gambaran negatif terhadap sekolah Islam di media.

  43. [...] Mencelah sedikit ruang untuk berkongsi pendapat di artikel ‘ Buntunya Bapa terhadap pendidikan anaknya. ‘ [...]

  44. dai'e says:

    Salam wbt,ustaz.

    sedikit pendapat untuk sama-sama join diskusi.
    saya lampirkan di blog.

    moga turut sama berkongsi rasa.

  45. ummimusa says:

    salam alaik,

    coming from the field of education, i encourage myself and others take or make corrective/active actions rather than merely complain. there are so many things we can do, so many things we still lack; i.e books suitable for ages 0 and up.

    take yusuf islam for example, when he found there was no suitable reading material for his daughter, he MADE one for her. the evidence is the book & song, “A is for Allah”.

    we can keep making excuses, that we don’t have time and have more important things to attend to: then my question is; doesn’t our children deserve that time we sacrifice for them; and is there anything more important than our children? not everything cam be simply bought at a shop: i.e..iman…you can’t buy iman.

    another example of taking and making active/corrective action is MamaFiza abdul rahman, the homeschool icon of malaysia…

    • catalina says:

      @ummimusa,
      Agreed tentang own initiatives tu…

      Tapi, soalan “doesn’t our children deserve that time we sacrifice for them” kini dah semakin menjadi “doesn’t our children have that luxury of time we can make use to develop them”

      …quality time dgn parents/jiran dah semakin berkurangan

    • Abu Saif says:

      @ummimusa,

      sama ada diskusi di sini dianggap sumbangsaran fikiran, atau komplen, ia bergantung kepada persepsi kita. saya menulis artikel ini kerana mahu mendengar pengalaman ibu bapa yang lain. saya yakin semua yang memberi komen di sini bukan melepaskan perasaan tetapi berkongsi pengalaman.

      mungkin kita anggap diskusi di sini tak ada apa-apa makna sebab tidak konklusif dan tiada sebarang tindakan susulan. tetapi di era internet ini, artikel ini dan komen-komen yang dikongsi merayap ke merata alam. ada yang dibaca media, ada yang sampai ke sekolah, dan macam-macam lagi.

      saya pernah menulis artikel secara anonimus tentang pengalaman pahit emak saya di sebuah wad hospital yang menerima layanan buruk. sebulan selepas itu, pihak hospital berkenaan menghubungi saya dan berlaku perbincangan antara kami. alhamdulillah, sedikit sebanyak, kurang setahun selepas itu diperkenalkan polisi yang memendekkan tempoh menunggu rawatan di hospital berkenaan.

      adalah sangat bagus untuk ibu bapa bertindak secara proaktif dengan mengusahakan pelbagai cara kreatif untuk menampung kekurangan sistem. tetapi ia tidak menghalang daripada sistem itu ditegur dan diperbaiki juga.

      kita tidak boleh generalize bahawa semua alasan adalah alasan. ada alasan yang valid dan ada alasan yang tidak valid. saya tidak berani untuk cakap, tapi kalau ummu saif decide untuk berhenti kerja untuk sekolahkan anak-anak sendiri di rumah bersama saya, perkhidmatan kesihatan dan puluhan pesakit dalam sehari kehilangan seorang doktor yang bagus.

      saya sudah pun berhenti kerja dengan orang, bekerja sendiri demi mewujudkan fleksibiliti masa. itu di pihak saya.

      maka, ibu bapa yes, kena proaktif. namun sistem yang sedia ada juga mesti dikemaskini dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

      • ummimusa says:

        @Abu Saif,

        whoops~ didn’t mean to say you or ummu saif were complaining, afwan. was just speaking in general, because most parents would complain and do not prioritize (as i’m sure you do.) actually this topic is relevant with other topics as well. while we are aware that we have more responsibility than we have time, but time is made rather than ‘found’ for things precious to us.

        agree with your statement about how fast information spreads and how the internet is a probable tool for changing systems.

        may Allah relieve and ease your dilemma for you and ummu saif regarding this issue.

      • el says:

        @Abu Saif,
        ustaz, segala permasalahan ini boleh dibawa ke PIBG.
        Cuma pada dasarnya, sukar untuk mengubah kembali syllabus yang sedia ada bahkan dirasakan ianya adalah mustahil. Lihat sahajalah macam mana permasalahan Science dan Matematik..Kalau mahu dibandingkan dengan sistem pembelajaran ayah dan ibu kita yang terdahulu, jauh benor bezanya ustaz..

        Saya dan kami2 di sini yakin,pendekatan ibu bapa selain daripada mengharapkan khidmat bantuan guru2 di sekolah dalam membantu anak2 untuk memahami pembelajaran mereka di sekolah adalah amat perlu.

        Inilah masanya untuk kita memahami apa yang ada di dalam benak fikiran mereka…

        Allah nak tarbiah tu ustaz…

        • el says:

          @el,

          dan seperkara lagi..saya tidak merasakan pendekatan untuk berhenti dari tugasan kerja adalah jalan penyelesaian yang terbaik dalam memberikan waktu buat keluarga dan anak2..
          Sedikit pengalaman dan cerita yang ingin saya kongsikan buat ustaz..mengenai ibu mertua saya yang kini hampir menginjak ke usia 60-an tetapi masih kuat bekerja di pejabat. Keluar pagi jam 8.00am dan balik petang jam 6.00pm. Apa yang membuatkan saya merasa kagum ialah beliau melakukan semua kerja rumah daripada tugasan memasak,membasuh kain,menyapu dan membakar sampah,dan segala2nya dilakukan sendiri memandangkan beliau hanya mempunyai seorang anak perempuan yang sedang menuntut di UPM & 4 orang anak lelaki.Saya dan suami pula kini sedang menuntut di luar negara.
          Lauk pauk walimah kami dimasak sendiri oleh beliau dengan bantuan orang2 kampung dan apa yang lebih menariknya,sehari sebelum majlis walimah beliau langsung tak ambil cuti..Itulah ibu mertua saya seorang superwoman yang sangat saya kagumi..

          Mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan ustaz juga boleh belajar dari kegigihan Ummu saif dan saya rasakan beliaulah superwoman yang paling hampir dalam hidup ustaz untuk dijadikan contoh ketika ini..

          Moga berjaya ustaz! :)

  46. harumawar says:

    salam,

    Saya bersetuju dengan pendekatan Teja dan Che Mat. Secara asasnya memang pendekatan mereka berdua jugalah saya guna dlm pendidikan anak2 saya.

    Sbgai contoh , semasa anak saya lemah matematik, saya dan suami akan tunjukkan betapa pentingnya matematik sehingga apa saja anak saya cuba kaitkan matematik dgn kehidupan harian, saya akan jawab ada kaitan. Contoh, nak isi minyak kereta pun guna matematik, nak bawa kereta dgn kelajuan tertentu pun matematik. Nak kira bayaran zakat pun matematik, nak solat pun matematik, berapa rakaat, kalau qasar jamak…jumlah rakaat dah bertukar. Terangkan aplikasi ilmu dgn kehidupan.

    Sekarang bila anak2 saya dah bersekolah, anak2 dan saya dah boleh tgk rancangan Are You Smarter Than d 5th Grader…saya akan minta anak2 saya jawab yg mana mereka tlh belajar di sekolah sebelum peserta jawab. Anak2 saya kagum macam mana suami dan saya boleh menjawab soalan2 tu lebih cepat dari peserta….masa ni lah boleh terangkan kepentingan ilmu. Hingga satu hari anak saya 9 tahun berkata “Ummi, adik dulu belajar sebab nak dapat A tapi sekarang adik belajar nak dapat ilmu, nak jadi pandai macam ayah”.

    Begitu juga pendidikan diniyyah, amalkan dlm kehidupan. Tak mengapa kalau mereka terpaksa menghafal 20 sifat2 Allah yang mungkin anak2 sendiri belum dapat memahami sepenuhnya. Yang penting, ibu bapa sentiasa ‘guide’ anak-anak untuk lebih memahami. Contohya, saya sendiri lupa adanya sifat harus bagi Allah. Sambil mengajar saya juga belajar dari mereka.

    Mungkin anak ustz baru mula bersekolah tahun ini, agak ‘kejutan budaya’ la jugak. Yang penting, sentiasa mencari kaedah terbaik dan belajar dari ibu bapa yang lain. Dan, ibu bapa sendiri mesti terus belajar ilmu keibubapaan…kerana seperti pesan Sayyidina Ali( kalau saya tak silap)…ajarlah anakmu mengikut zamannya.

    Seperti kata Teja, benar…jangan sekali2 merendahkan guru depan anak2. Saya ada anak saudara yg berjaya sehingga mendapat biasiswa sambung belajar master ke cambridge. Salah satu sifatnya, menghormati guru dan tidak pernah bersetuju/terikut2 dgn sifat kawan2 menamakan di belakang guru dgn panggilan yang tidak baik(utk guru yg bukan ‘favourite’). Dalam Islam sendiri ada kaedah utk menegur guru jika tidak sependapat.

    Wassalam

  47. Ridwan says:

    Tulisan yang menjawab pemberontakan saya…

    Bukan setakat sekolah sahaja tetapi di peringkat universiti di malaysia pun lebih kurang je…

    Universiti pun tidak lebih daripada hafal dan muntah…last-last bila keluar…tiada apa-apa…

    Dulu saya heran gak ambik satu subjek dalam satu semester boleh je lulus tapi lepas tu tak ingat apa-apa dah…

    Saya terfikir gak kenapa ini terjadi?
    Kerana sistem di sekolah yang mengajar kita study untuk exam je…bukan study untuk memahami sesuatu…

    Bila dah kerja ni barulah saya rujuk balik buku-buku dan note lama tapi kali ni bukan untuk exam tapi untuk lebih memahami…

    Terasa sangat berbeza!
    Mudah ingat fakta…kekal lama pulak tu…
    Jadi saya hairan kenapa aku tak terfikir macam ni masa sekolah dahulu?

    Tak leh nak salahkan cikgu seratus peratus…tak leh jugak nak salahkan silibus seratus peratus…

    Yang boleh disalahkan ialah memang budaya kita macam tu…
    Bayangkan masa dulu kalau ada je pelajar yang tanya cikgu lebih-lebih mesti cikgu akan marah dan mengatakan pelajar ni nak tunjuk pandai….akhirnya pelajar tu tak berani bertanya lepas tu…
    Akhirnya mengambil sikap dengar dan patuh…
    Tidak kritis dan kreatif…

    Lepas SPM masuk universiti mana mungkin senang-senang berubah jadi lebih kreatif dan kritis dalam suasana semua student lebih suka terima dan hafal…

    Beruntunglah sesiapa yang belajar kat luar negara…

    Wassalam…

  48. Mustafa says:

    Assalamualaikum Ust.

    Tersentuh hati ini pada perenggan terakhir ustaz…

    “Setelah anak saya tidur, saya baca kembali jawapan-jawapan yang ditulisnya, saya berasa sangat kesal dengan diri saya sendiri. Pen merah yang ditandakan besar-besar oleh cikgu di atas kertasnya, hakikatnya adalah simbol yang paling tepat dalam menggambarkan harapan saya pada sistem dan silibus seperti ini. Markah itu adalah tanda memberontaknya anak saya kepada sistem yang sama.

    Maafkan Abi. ”

    Sememangnya kebuntuan yang sama dirasai apabila mendapati markah ujian yang amat teruk diperolehi oleh sianak dalam ujian yang lepas…

    Semalam…satu persoalan yang tidak dapat saya jawab dimana salah saya dalam memberi kebebasan kepada anak untuk pilih cara belajar sendiri…

    Amir… bila periksa? sianak jawab …Esok
    Esok periksa subjek apa? sianak terkebil kebil sambil memikirkan jawapan…nanti Amir tengok jadual katanya…( Dalam hati….eeeiiii geramnya!! nak periksa esok pun tak tau apa subjek!)

    Tanya lagi…masa bila Amir belajar? ayah tak nampak pun Amir belajar? Sianak jawab…. Belajar kat sekolah

    Esok subjek apa? Sirah jawab sianak…sambil mengambil buku teks Sirah yang elok tersusun.

    Bak sini buku tu… ayah nak test …sambil bertanyakan subjek apa yang sudah dipelajari sianak menjawab “Perang Khandaq”

    Hancurnya hati apabila setiap soalan yang diajukan berdasarkan isi kandungan buku yang diberi “TDAK DAPAT DIJAWAB!!!” ni belum ujian sebenar lagi dah “fail” Ya Allah… apakah dosa hambamu ini…

    Dalam benak kepala ni asyik memikirkan “Apa ke benda yang cikgu diorang ni ajar? Salah cikgu ke? salah silibus ke? salah anak aku ke? Ke… SALAH AKU?

    Wallahu A’lam

  49. u h says:

    salam ust. you’re a good dad, n pendidik yg bgs. i’m sure 1 day the future gen will have the right edu for them, the best i-Allah. Buat masa skrg..ust teruskn usaha. Ust x keseorangan dlm hal ni..kami turut buntu bersama..(ketawa) Oh, harap2nya bukanlah semua org buntu, nnt x jumpa penyelesaian pula..Kami sokong usaha ust dan berharap ust jumpa penyelesaian yg terbaik..

  50. AbuBilal says:

    Salam

    Terima kasih kepada Ustaz kerana membicarakan isu penting ini dan terima kasih kepada Abu Hakim kerana memberi doa berkaitan.

    Pada pendapat saya situasi sebegini memang berlaku kepada ibubapa yang terlalu sibuk dengan kerjanya dll.. Dengan suasana masyarakat hari ini berlumba2 memberikan pendidikan yg terbaik kepada anak2 mereka, akan tertinggal pd mereka yg tidak memberi perhatian bersungguh2 pd pelajaran anak2 mereka. Kita seharusnya tidak membandingkan zaman kita belajar dahulu dengan hari ini kerana agak berbeza…semua sedia maklum, hari ini pelajar tahun 1 pun telah didedahkan dengan kelas tambahan!!
    Insyallah Saiful Islam akan menurut langkah bapa dan ibunya sebagai seorang pendakwah atau doktor perubatan suatu hari ini.amin.

  51. ladyct says:

    Home schooling satu idea yang bagus esp jika salah seorang tidak bekerja yang biasanya siibu contohnya usaha seorang ibu ni http://littlekittle.com/blog/

    Tapi persepsi kita di Malaysia agak menyukarkan keadaan… Nak apply kerja kriteria utamanya tentulah nak tengok result exam yang diiktiraf Kerajaan Malaysia… so agak2 laku ke sijil homeschooling ni… Kalau laku… saya rasa berbaloi jugak saya pertimbangkan untuk berhenti kerja dan mengajar anak di rumah. Gaji tak dapat tapi kos buku sekolah yang terlibat, kos transport, kos makan minum di kantin dapat dijimatkan plus puas hati :)

    • ladyct says:

      @ladyct,

      sedikit tambahan… homeschooling ni yang saya faham biasanya di peringkat tadika. Tapi untuk sekolah rendah, sek menengah dan peringkat yang lebih tinggi tentunya memerlukan institusi yang diiktiraf. So memang tak dapat lari… Sekarang ni semuanya terletak kepada kesungguhan dan keikhlasan pendidik yang diberi amanah untuk mendidik di institusi2 berkenaan… dibantu di mana patut oleh ibubapa.

      Saya sendiri dah rasa malas terlalu menekan anak dalam hal pendidikan… takut mereka depress… janganlah sampai anak2 membuat keputusan suicide seperti yang berlaku kerana mereka kecewa dan risau ibubapa menanggung malu… saya boleh katakan ini kerana saya sendiri pernah mengalami kerisauan setiap kali menunggu keputusan exam.

      Tapi… masalahnya dengan PERSEPSI… seperti yg saya katakan sebelum ni. Sekadar pendapat…

    • Abu Saif says:

      @ladyct,

      Homeschooling hanya bersekolah di rumah. Tetapi UPSR, PMR dan SPM tetap diambil.

      Yang anak tiada, ialah mengambil syafaat nama sekolah-sekolah elit sahaja :)

  52. hamba ALLAH says:

    Salam,

    Saya berpendapat tidaklah menjadi masalah sistem jQAF yang ada pada waktu sekarang ini. Kita harus melihat jauh kesan pengenalan jqaf kepada anak2 di masa hadapan. Hari ini mungkin tidak ramai yang dapat adapt, tetapi mungkin kanak2 lagi 20 thn yang dapat adapt. Kenapa kita tidak persoalkan pembelajaran bahasa inggeris daripada darjah satu? Sebab kita sudah dapat lihat kesannnya. Begitu juga bhs arab. kita harus bagi ia jinak di dalam masyarakat kita.

  53. JMS says:

    saya guru. saya juga buntu. bagaimana untuk kami guru2 menjadikan 42 orang murid dalam kelas, sebanyak 5/6 kelas seminggu faham apa yang kami ajarkan..? dalam masa yang sama, kami sendiri terikat dengan silibus – perlu dihabiskan mengikut tempoh, folio, penilaian berasaskan sekolah, exam mesti semua lulus… (kerja2 perkeranian, tanggungjawab menjaga 42 orang lagi anak murid tanggungan masing2 tak payah ceritalah..)

    menanda buku? darab sahaja pelajar , 42 orang dengan 6 kelas..

    nak menanda kertas exam dengan berikan jawapan? mungkin mustahil.. jumlah pelajar di atas, dibahagikan dengan masa menanda yang sangat terhad. tidak memungkinkan kami menulis jawapan sekali di ruangan jawapan pelajar. biasanya dibincangkan selepas peperiksaan…

    bagaimana nak lari dari exam oriented? – setiap kali selepas peperiksaan, guru berdebar2 mengalahkan anak murid kerana terpaksa menjawab sekiranya peratus lulus kurang. ada juga tuduhan guru makan gaji buta kerana pelajar tak cemerlang.. dan lebih malang lagi, SKT juga di beri markah mengikut kecemerlangan pelajar?

    kami juga sangat susah hati dan terlalu kecewa apabila pelajar tidak menjawab dengan baik dalam peperiksaan.. bagaimana ye? salahkah kami jika pelajar tidak cemerlang? jangan risau, sebuntu mana pun, kami tetap berusaha apa sahaja supaya anak2 pelajar ini cemerlang….

    • Abu Saif says:

      @JMS,

      justeru, saya tulis di hujung artikel dengan BOLD dan WARNA MERAH supaya kita semua tak terlepas pandang. Bahawa menyalahkan guru atau sekolah bukanlah maksud artikel ini.

      cuma, mahu tidak mahu, itulah bebanan kerja yang terpaksa dihadapi. kalau seorang doktor yang sibuk, jangan sekali-kali dijadikan sibuk itu sebagai alasan untuk tidak sempat mencuci tangan elok-elok hingga menyebabkan infection dan kematian pesakit.

      begitu juga dalam bebanan yang amat berat ditanggung oleh guru hari ini (moga disejuk dan diringankan oleh Allah rasa terbeban itu), jangan pula bebanan itu menjadi alasan untuk kita biarkan kesilapan-kesilapan yang fatal menimpa anak murid atau diri sendiri. sentiasa berusaha yang terbaik, pasti sentiasa dalam redha-Nya.

      sebab itu saya tak jadi cikgu… ia di luar kemampuan saya, selepas beberapa tahun mengajar dan menjadi pengetua di sekolah islam belfast lama dulu.

      Selamat Hari Pendidik untuk cikgu-cikgu semua!

    • ummusaif says:

      @JMS,

      Salam.

      Betul tu cikgu. Bila dah namanya profesyen kita, apa jua tanggung jawabnya, kita tetap kena laksanakan. Sebagai doktor, doktor tetap tak boleh bagi alasan pesakit ramai dan bz bila ada negligence/kecuaian berlaku. It is totally wrong to say that.

      That’s why, kita tengok as a whole iaitu sistem pelajaran itu sendiri yg terlalu exam oriented.

      Seingat saya masa darjah satu dulu, tak perlu belajar teruk2 macam anak saya sekarang.

      Mula2nya kami mmg dah buat keputusan taknak sangat terikut-ikut dengan stail sekolah iaitu asyik kena belajar aje walaupun saif sekolah 8-5pm dan sampai rumah dalam pukul 6. So, habis2 kami cuma suruh dia siapkan homework yg ada aje jika ada. Lagipun, kan dia baru darjah satu?

      Tup2, masa exam 1st term, dia dapat nombor corot. Ikutkan mmg tak kisah bcoz we do know his own capabilities and we know he is a not a passive child. He is active and observant.

      Tapi, masa hari penyampaian report card (where all the parents were there), kami pulak rasa stres bcoz budak2 lain ‘better’ than him in the exam.
      Cikgu kelas dia kata, dia berangan masa exam hingga ada kertas yg kosong dan tak sempat dijawab. Pastu saya tanya, kenapa cikgu tak round dan pastikan anak murid menjawab soalan semasa periksa? Cikgu kelas dia jawab, paper exam yg saif jawab cemerlang ialah paper yg cikgu tu sendiri round dan pastikan saif tak berangan. Cikgu lain, dia tak pasti sama ada round atau tidak.

      Lagi satu saif, ada masalah dengan huruf ‘b’ dan ‘d’ sehinggakan kami bawak dia jumpa pakar utk assess sama ada dia ada dyslexia. Itu pun cikgu kelas dia tak perasan walaupun byk kali dia buat kesilapan itu hinggakan ke dalam paper Ejaan BM.

      Hairan gak cikgu kelas sendiri tak perasan kelemahan anak murid yg hanya berjumlah 25 org tu? (1:25)

      Kami pernah diskas dengan seorang kawan yg merupakan guru sekolah rendah. Beliau kata mmg itu antara kelemahan yg biasa dijumpai di kalangan budak sekolah darjah satu/rendah.

      Latihannya ialah latih tubi eg buat ejaan perkataan mula huruf ‘b’ dan ‘d’ on different days. Alhamdulillah, itu saya train sendiri saif kat rumah dan dah banyak improvement.

      La ni, saya rasa cikgu2 kena balancekan antara mengejar silibus dan juga mengenal potensi setiap anak murid secara individu. Setiap anak murid lain kelemahan dan kekuatannya.Yg dikatakan lemah akademik tak semestinya tak pandai, tapi mungkin environment yg tidak supportive.

      For parents, we have to choose whether nak stay in the exam oriented system or not?

      Kalau nak stay, masa umur bila kita patut mula ‘schedule’kan aktiviti di rumah mereka? Frankly speaking, saya dan suami tak setuju suruh anak belajar macam kat boading school di awal umur mereka. Setiap hari balik rumah, terus ada time table what to do next and after. Macam kat sekolah asrama lak. Pukul ini rehat, then makan, then prep, then bla, bla. So robotic.

      Tapi, tataulah kalau itu yg sepatutnya semua parents lakukan?

      But, more than 10-20 years ago, it wasn’t like that.
      Early education shouldn’t be exam oriented in the first place.
      Tadika dan 1st 2-3 years of primary school were relaxing and a playful place where we remembered all our sweet child moments.
      Di UK, mereka hanya mula exam after 10 years old.

      Lagi satu persoalan, how much parents should dependent on teachers and vice versa in teaching academic subjects?
      Imagine, anak2 dah spent most of their day time belajar akademik, balik rumah kena belajar lagi??

      As for me, i’ve decided to ask my son to do some reading only on weekends and homework week days, itupun jika ada homework. Weekdays, feel free to play with his siblings bcoz depa cuma main 2 jam then pukul 8 malam saif dah pun ngantuk.
      2 weeks b4 exam baru saya ajar dia secara intensive itupun sebab terpaksa, mengenangkan 1st term report yg sgt teruk.

      La ni kami masih mencari method yg sesuai, basically try and error lah ni. We will also ask saif personally, which one is the best method.

      Sepanjang 2 minggu saya buat intensive course mengajar saif ni terus terang saya sendiri tak baca buku utk Masters programme saya. Hmmm, macam mana la next year, masa tu saya final exam??

      Finally, sgt2 setuju dengan pendapat one of the moms kat atas, ‘we know our kids better’.
      That’s why saya tak pernah kata parents tipu bila depa kata anak depa demam kat rumah walaupun temperature kat hospital normal. Caring parents always know their child.

      Selingan:
      Ini petikan perbualan abg saya dengan suami. Abg saya ialah Pendaftar Universiti di UTP. Beliau sgt risau dengan student Universiti sekarang ini yg sgt teruk common sensenya walaupun cemerlang dalam akademik. Sehingga dia buat keputusan utk memberhentikan kelas tuisyen utk anak2nya.
      Itu pemerhatian seorang pendaftar universiti!

      • harumawar says:

        @ummusaif,

        Salam,

        [Mula2nya kami mmg dah buat keputusan taknak sangat terikut-ikut dengan stail sekolah iaitu asyik kena belajar aje walaupun saif sekolah 8-5pm dan sampai rumah dalam pukul 6. So, habis2 kami cuma suruh dia siapkan homework yg ada aje jika ada. Lagipun, kan dia baru darjah satu?]

        Komen saya: Bagi saya itu pun dah cukup baik. Saya dan suami memang amat pentingkan anak2 siapkan homework lebih utama berbanding membuat ulangkaji jika masa adalah terhad. Cuma kita pastikan semasa buat homework kita ada bersama supaya setiap kesalahan dibetulkan segera.

        [Frankly speaking, saya dan suami tak setuju suruh anak belajar macam kat boading school di awal umur mereka. Setiap hari balik rumah, terus ada time table what to do next and after. Macam kat sekolah asrama lak. Pukul ini rehat, then makan, then prep, then bla, bla. So robotic.]

        Komen saya: Saya tak pasti tentang ini, jika di peringkat tadika mungkin ya. Bagi saya, cara ini sekadar untuk mendisiplinkan anak2 ttg masa. Ada masa utk riadah, ada masa utk belajar. Hanya ibu bapa sendiri yang tahu kemampuan anak masing2 dan masa yang ada. Kenapa anak2 digalakkan diajar solat di usia 7 tahun? Bukankah solat ada waktu2nya tertentu? Cuma janganlah terlalu berkeras dalam berdisiplin, tgk keadaan anak ketika itu. Ya, saya masih bagi lebih ruang utk anak saya beriadah berbanding belajar,belajar dan belajar di usia ini.

        [Tapi, masa hari penyampaian report card (where all the parents were there), kami pulak rasa stres bcoz budak2 lain ‘better’ than him in the exam.]

        Komen saya: Saya juga merasa yang sama pada tahun pertama anak sulung saya bersekolah. Anak sulung sederhana sahaja(kelas B), anak kedua saya cemerlang. Kita sebagai ibu bapa janganlah berputus asa, setiap anak berbeza kemampuannya. Jgnlah dibandingkan sangat dengan kawan2nya yg lain, nanti kita yang stress dan anak pulak ikut stress. Ini di kalangan kawan2nya, saya lagi la…mertua saya kata anaknya dulu pandai(sebab anaknya dulu selalu dapat no 1 di sekolah), tapi dapat cucu tak pandai. Tak terkata saya dan pilu ketika itu. Ada sekali, anak saya dari kelas A tetapi tahun 4 masuk kelas B, masa exam dapat no 1, beria2 tunggu hari minggu nak bgtau neneknya. Saya mula2 cuba bagitau anak saya supaya tak perlu la bagitau nenek sbb saya takut respon neneknya nanti akan mengecewakan anak saya. Apa yang saya jangka berlaku juga…neneknya tanya’pasal apa dapat no 1? Masuk kelas B ke?’ Anak saya kata ya. Neneknya balas ‘Patut la’.

        [how much parents should dependent on teachers and vice versa in teaching academic subjects?]

        Komen saya: Bagi saya, setiap anak berbeza2 penerimaan ilmu. Ada yg guru sekali ajar dah faham. Ada yang memerlukan bantuan ibu bapa di rumah. Kenal pasti subjek yang lemah dan tumpukan subjek itu. Subjek yang anak2 cekap blh diulangkaji 2/3 minggu sebelum exam.

        [La ni kami masih mencari method yg sesuai, basically try and error lah ni.]

        Komen saya: Peringkat awal memang begitu. Anak2 pun baru mula menyesuaikan diri dgn alam persekolahan. Seperti saya komen sebelum ini, anak sulung saya dah berumur 11 tahun, saya masih lagi memperbaiki kaedah membantu anak saya mengulangkaji, dgn menambah ilmu2 baru dr pakar motivasi, dan dgn pembacaan saya sendiri. Yg beruntung adiknya, sbb sedikit sebyk saya dah mahir menyelami masalah anak dalam pembelajaran.

        [Sehingga dia buat keputusan utk memberhentikan kelas tuisyen utk anak2nya.]

        Komen saya: Saya sendiri tak menggalakkan anak2 saya gi tuisyen. Sebab saya tahu boleh berjaya sendiri jika ada disiplin belajar.

        Saya juga kurang setuju dgn sistem pembelajaran sekarang yang exam -oriented, ttp sementara sistem ini diperbaiki, kita sebagai guru atau ibubapa perlu memberi yang terbaik. Setiap ibubapa yang risau ttg masalah anak2, pasti akan ditunjukkan jalan olehNya. Sbb itu dlm komen awal saya, saya mengatakan kerisauan kita (bermakna kita mengambil berat) adalah doa juga, sebab itulah yang saya rasai.

        Wassalam.

  54. daing says:

    Saya juga buntu ustaz…..Nak kritik sistem pendidikan pun..siapalah saya… Anak2 di Tahun 3 & Tahun 1
    memang semasa sekolah rendah saya pun tidak pernah dipaksa oleh ibubapa untuk belajar dirumah/ homework…Pergi sekolah sebelum orang azan subuh sebab sekolah jauh…tumpang lori pekerja…Balik, sampai rumah dah pukul 4…. 5 Petang dengan budak2 kampung nak main bola, main hoki pakai bola getah lantun & kayu pokok…. Malam kena pegi solat & mengaji kat masjid..
    Cuti sekolah lastik burung, jebak burung, main perang-perang…time banjir mandi air banjir tak pegi sekolah…hhuhuhu.. Alhamdulillah… grad di US saya..

    Jadi tak reti nak suruh anak2 belajar..belajar..belajar…siapkan home work…Kenapa tak siap nota/ latihan dlm kelas…
    tak reti …buntu sungguh…

    Yang penting tanamkan keinginan dia untuk belajar dan membaca…

    Tapi wife pulak risau..amik inisiatif , hantar pi tuisyen sana-sini, malam buat home work sampai pukul 10-11, (siang dah sibuk ngan tuisyen & mengaji). Time exam Spot soalan periksa… selama 3 tahun untuk anak sulung…alhamdulillah…jarang dapat B….Jadi setiap tahun masuk kelas pilihan( ada kelas pilihan gak dlm sekolah…isshhh)

    Tapi yang Tahun 1 plak kelasnya Gurubesar baru ada diff. approach. Sort of kelas rintis …penilaian menyeluruh…akademi & peribadi….(pulak dahhh..Ada program yang baik..seperti solat jemaah dsbnya) . Takda homework, semua kerja siap di sekolah, kalau adapun sangat minimal…So malam suruh baca buku jelah… bosan dia tengok CERIA bersama si adik kecil..
    Si Abang tensionla dia belambak-lambak homework…sampai kadang2 bohongi kami takde kerja sekolah….sebab nak tengok CERIA/ Main game..
    Adik takde kerja…slongkar buku abang( yg tak ada homework)….plak aduhhh….
    itupun saya dah buntu..memang buntu

  55. ladyct says:

    Terima kasih ye Ustaz… tolong menerangkan homeschooling. :) Maksudnya sijil kelulusan SRP, SPM masih diterima cuma nama sekolah di sijil anak-anak… mengambil nama sekolah pusat peperiksaan yang diambillah agaknyalah ye…?

    Sembang… sembang juga… risau tetap risau… tapi still ok la sebab anak2 masih ada juga subjek yang score A cumanya bukan top 5 ler macam maknya dulu… :) Saya yang maknyapun rasa gelihati… banyak yang di score nya semasa bersekolah dulu ‘hasil hafalan yang amat bersungguh2′ walaupun hanya sedikit yang difahami… Kini dalam usaha untuk lebih memahami perkara2 yang sekadar hafalan terutamanya bab2 agama… lebih2 lagi dalam suasana alaf baru yang semakin mencabar ni.

  56. abdullah says:

    salam semua,

    saya cukup setuju dengan pandangan ustaz,bahawa pendidikan anak-anak di Malaysia sekarang secara umumnya bukanlah cara terbaik.

    saya ada jumpa blog yang bagus utk kita semua baca bersama,demi meningkatkan potensi diri anak-anak masa depan.blog ni mementingkan setiap individu mengenal dirinya,kenal kelemahan dan potensi diri masing-masing.bak kata ulama silam(ustaz pun biasa sebut kata-kata ni dalam ceramah) “man ‘arafa nafsahu fa qad ‘arafa rabbahu”

    http://setujutak.blogspot.com/

    pendidikan sekarang yang HANYA menguji IQ di medan peperiksaan,utk menilai kebijakan anak-anak,saya rasa kurang wajar.sekarang dunia sedia maklum,EQ(emotional quotient) lagi penting dari IQ.

    semoga blog tu bermanfaat.

    • zinnera says:

      @abdullah,

      saya rasa bidang peperiksaaan di sekolah bukan sahaja menguji iq seperti yg dikatakan oleh semua org sekarang ini. tetapi ia juga ader menguji tahap eq.. bukan mudah2 untuk murid2 terus memotivasi kan dirinya untuk terus study, terus berusaha dan tidak berputus asa ditengah2 medan persaingan yg sangat getir diantara rakan2, dan juga melawan tahap iq yg xtinggi mana dan juga melewan nafsu yg ingin bermain2. semua itu bukan mudah untuk mereka. tapi mengapa semua org xnampak?? dan mereka2 yg bijak2 pandai ini dihukum dgn kata2 hanya meghafal tetapi tidak boleh berfikir, pemikiran yg kaku, beku dan sebagainya. *sigh* semua itu memerlukan ketahanan eq yg juga tinggi. xker? what they get is what they deserve to get. don’t u think so? Allah knows best.

  57. anna says:

    salam
    Mungkin anak ustaz tak berapa pandai macam ustaz atau isteri. Jangan marahkan dia. Tak semestinya dia boleh berfikiran seperti ustaz semasa ustaz sama umur dengannya dulu. Parents can’t be a yardstick for children’s achievement.

    • Abu Saif says:

      @anna,

      saya kali ini marah kepada Saiful Islam adalah tidak sama sekali kerana nak memenuhi expectation saya atau ibunya.

      tetapi saiful islam dapat kosong per lima puluh. dan dia sentiasa diingatkan oleh cikgunya bahawa kalau markah tak elok, nanti tahun depan masuk kelas corot!

      berada di kelas corot adalah musibah kepada anak-anak. apakah cikgu masuk ke kelas A sama moodnya dengan sesinya bersama kelas D? itulah yang saya tidak mahu ia berlaku kepada saiful islam.

      saya peduli apa dengan majlis penyampaian hadiah? saya tak heran langsung dengan nama masuk majalah tahunan sekolah. sayalah yang selalu naik pentas dapat hadiah dan nama masuk majalah tahunan sekolah dulu, tetapi di usia 34 tahun, saya bukanlah yang paling berjaya dalam hidup ini. ada kawan yang agaknya cikgu sekolah pun dah tak ingat nama dia tapi mereka jauh lebih berjaya daripada saya.

      tetapi saya susah hati membayangkan saiful islam nanti masuk ke kelas yang semua cikgu menyampah nak mengajar. bagai tong sampah jawabnya.

      saya marahkan dia hanya dengan satu tujuan, saya nak dia faham yang kosong per lima puluh, adalah sesuatu yang serius kerana dia mungkin nanti dibuang ke tong sampah berlabel D.

  58. Pak Din says:

    Silibus Permata999

    1. Kelas Permata adalah kelas yang saya adakan bermula dengan solat Magrib dan berakhir dengan Solat Isya, setiap hari, melainkan ada halangan. Rujukan bertulis adalah Kitab Al Quran dan rujukan tersirat adalah Kitab Alam. Visinya membentuk Permata Hati (5 orang anak) menjadi Arif bil Lah dan misinya untuk menjadikan mereka Ulil Al Baab. Penegasan utamanya ialah kepada mengapplikasikan huraian Ulil Ab Baab, “.. yazkurna Llah, qiaman, quoodan wa ala junubihim” iaitu 24-jam bersama Allah, dengan memahami bahawa kehidupan Akhirat itu jauh lebih baik, tetapi kehidupan di Dunia perlu yang terbaik.

    2. Hari ini Kelas sudah memasuki siri ke 747 iaitu di permulaan Juzuk 27. Dijangkakan tamat pusing pertama dengan mencapai siri 999 (tolong, tolong, tolong) dan menjangkakan sambungannya berterusan walupun Permata dah semua meninggalkan istana (teratak buruk aja). Sebutan istana pasal mentakwilkan baiti jannati. Buku huraian adalah Siri Huraian AL Quran 30 jilid, yang satu masa dahulau berkumandang di RTM. Terus terang, sebelum ada yang mencadangkan siri tersebut ketingalan zaman, sebagai seorang yang mementingkan kefahaman ilmu sains, sememangnya huraian diberikan perlu dikemaskinikan.

    3. Memahami falsafah Carakerja Allah, yang menjadi teras hujjah huraian saya, adalah berlandaskan kepada siri DARWIN yang ada di Blog Ustaz ini. Terima kasih Ustaz memberikan laulan kepada saya menulis di sini. Kalau diikutkan katanama falsafah itu, memanglah menakutkan dan tak pening ke Permata, seawal umur Tadika, didedahkan dengan konsep sedemikian? Alhamdullilah … Kelas berjalan, ada yang masuk … keluar balik, tetapi itu semuanya sebahagian dari kehidupan. Belajar meniti dan menaiki maqam, bermula dari zaman jasmani di dalam kandungan sehinggalah ke zaman jasmani sudah tua nanti. Pendek kata, Kelas yang direka sehingga saya pergi atau Permata pergi!

    4. Tidak sekali-kali silibus mengulangi silibus resmi persekolahan. Bagi mengelak kecelaruan. Pada masa yang sama tidak sekali–kali, silibus Permata membiarkan kemahuan silibus resmi bertindak sendirian. Kedua-duaya perlu penserasian, sebagaimana pentingnya, Agama dan Sains juga perlu penserasian. Yang penting ialah memberikan kefahaman kepada Permata kenapa perlu adanya perbezaan. Silibus resmi sekolah menyediakan asas alat membaca bahan bacaan dan kehidupan, sementara silibus Permata merangkumi akhirnya bagaimana membaca Kitab Alam dan ketuhanan. Memang mencabar, bukan sahaja minda Permata, malah juga minda generasi sebelum Permata.

    5. Kalau dilihat dari siri DARWIN, iaya bermula dengan kefahaman evolusi, konsep isi dan kulit, konsep keluar pintu ke Alam, Konsep penciptaan fi sittah ayyyam dan seterusnya. Tugas saya mempermudah segala perbendaharan makam tinggi kepada penceritaan yang boleh dicerna oleh minda Permata. Asasnya bukan memberikan ikan tetapi setiasa peka bagaiman belajar mengail, memukat ikan. Awalnya saya terlibat secara tidak lansung dengan Program Permata Negara, yang berlandaskan kepada pengajaran kreativiri silibus UK. Bukan subject atau activity based yang menjadi ukuran, tetapi sebelah mana bahagian otak yang digunakan, routine atau creative.

    6. Secara peribadi saya bertuah kerana dapat mengikuti secara dekat pengajaran AIS (American International School) semasa 2 orang anak saya belajar ketika saya di luar negara. Cukup berbeza, sudah pasti, seperti yang dialami Ustaz di UK, tetapi semangat ‘Malaysia Boleh’ membuatkan saya kembali bagi memastikan anak saya memperolehi sijil keluaran Malaysia, walaupaun saya lahir di Singapura. Yakinlah Malaysia memang boleh, yang boleh tak boleh ialah minda kita. Tiada salah pada sistem, tiada salah pada penubuhan negara, hanya, selaras kata Ustaz, tugas kita memperbaiki minda kita, untuk memperbaiki sistem yang ada.

  59. dr_taqwa says:

    salam ustaz, menarik dengan pandangan ustaz..guru saya juga pernah mengkritik sistem pendidikan kat malaysia., bahkan beliau pernah kata,”tak logik anak2 yang bersekolah di maahad quran, sudahlah dibebankan dengan hafalan quran, ditambah lagi dengan bebanan subjek yang bertimbun2.”

    betul niat kita, nak bagi anak2 bangsa kita maju dan berilmu, tapi kurang kita bagi CETUSAN2 untuk anak2 kita mencari ilmu dan memBETULkan dan meNGAJAR teknik berfikir yang betul agar tidak jadi ROBOT ISLAMIK yang akan terus KAKU dengan PEREDARAN zaman massa yang begitu unik dan TIDAK STATIK, bahkan dengan CETUSAN itu akan menjadikan mereka terus-menerus mencari ilmu walaupun TIADA DALAM SILIBUS pengajian mereka…

    hurm ustaz, GAMIS pun akan buat kongres pendidikan….sebab GAMIS ada cadangkan nak rawat REAL PROBLEM kepada masalah sosial remaja kini dengan memBETULkan sistem pendidikan negara.. bukan kaedah pencegahan masalah jenayah tu dengan merawat symptom semata2..
    mungkin artikel ini boleh dibincangkan lebih lanjut dalam kongres tu nanti…

    taniah ustaz dan terima kasih :)

  60. abuyon says:

    Salam semua. Rasa saya dan fikir saya, zaman dah berubah. Cara belajar dulu dan sekarang dah lain. Payah kalau kita banding-bandingkan. Pada saya, asasnya sama saja dulu dan sekarang. Jawapan kepada semua persoalan di atas ialah pendidikan akhlak serta tauhid. Baik semasa di sekolah mahupun di rumah. Meski guru mengajar bagaimana dan silibus apa yang penting terkandung di dalamnya pendidikan akhlak serta tauhid.

    Soalan untuk para ibubapa dan guru-guru ialah “Bagaimana mahu mendidik akhlak serta tauhid ketika mengajar matematik atau bahasa Arab?”

  61. saidnursi4 says:

    Salam,
    Memang silibus sekarang too heavy for the children esp primary school. However, sometimes sy rasa kagum jugak bila budak2 ni boleh perform, dapat paham walaupun not 100% yang average tu biasala. Yang tak paham2 pun ada. So, masih terlalu awal untuk menilai yg baru darjah 1. Kadang2 kita hairan kenapa anak kita dapat markah rendah, at the same time ada pulak kawan2 dia yang dapat markah excellent abis. Bila tengok budaknye biase nye. Sometimes, anak2 ni boleh accept dengan markah, but not the parents. Just giving opinion.

    • Abu Saif says:

      @saidnursi4,

      saya kali ini marah kepada Saiful Islam adalah tidak sama sekali kerana nak memenuhi expectation saya atau ibunya.

      tetapi saiful islam dapat kosong per lima puluh. dan dia sentiasa diingatkan oleh cikgunya bahawa kalau markah tak elok, nanti tahun depan masuk kelas corot!

      berada di kelas corot adalah musibah kepada anak-anak. apakah cikgu masuk ke kelas A sama moodnya dengan sesinya bersama kelas D? itulah yang saya tidak mahu ia berlaku kepada saiful islam.

      saya peduli apa dengan majlis penyampaian hadiah? saya tak heran langsung dengan nama masuk majalah tahunan sekolah. sayalah yang selalu naik pentas dapat hadiah dan nama masuk majalah tahunan sekolah dulu, tetapi di usia 34 tahun, saya bukanlah yang paling berjaya dalam hidup ini. ada kawan yang agaknya cikgu sekolah pun dah tak ingat nama dia tapi mereka jauh lebih berjaya daripada saya.

      tetapi saya susah hati membayangkan saiful islam nanti masuk ke kelas yang semua cikgu menyampah nak mengajar. bagai tong sampah jawabnya.

      saya marahkan dia hanya dengan satu tujuan, saya nak dia faham yang kosong per lima puluh, adalah sesuatu yang serius kerana dia mungkin nanti dibuang ke tong sampah berlabel D.

    • Alkhattab says:

      @saidnursi4,

      Permulaan yang baik tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang tak baik, begitu sebaliknya.

  62. saidnursi4 says:

    Tambahan, for parents mungkin boleh boleh ambil pengajaran dari buku Catatan Hati Nik Nur Madihah (20As). So try to adopt and adapt whatever we can.

  63. angah says:

    ~1st time bagi komen kt sini..~

    memang betol belajar sekarang dgn dulu lain..susah kalau nk dibanding-bandingkan..sekarang sy tengah cuti sem dan beberape minggu lepas,adik-adik yg sekolah nak exam,ade la tolong2 ajar..

    adik darjah 4, bila tengok buku dia, sy tau tu la yang sy belajar mase dulu.silibus tu jugak.xbanyak ubah..sy masuk darjh 1 tahun 1997 dulu..yang beza sekarang mat n sains dah english…silibus arab msh same..mmg silibus arab sekolah tu tinggi pun(sy igt bila masuk form1,sy dan kwn2 gelak mase kelas arab..’eh..kite da belajar kan semua ni kat skola rendah.’hehe..~sori..mmg budak nkl..)

    tapi sangat pelik kenapa adik sy banyak sangat xfaham, xingat apa cikgu ajar..mak pun pening…mak cakap korang semua dulu boleh faham..boleh skor..(adik ni anak ke5..)dia bukannye xpandai.tapi xtau la apa msalahnya sampai dpt markah teruk…

    kenape…xtau la…kesian jugak dia kene marah dengan mak sebab x faham2 apa yang diajar..sy pn buntu…

    ape masalah zaman sekarang ek??budak2 sekarang terlebih tengok tv? terlebih main komputer game? terlebih junkfood? xpandai fokus kat whiteboard coz sekarang zaman tech…kne 3D kot..ntah…

    pening2…ape silap ni….sian adik…kakak dulu belajar tu jgk…
    mungkin dia xskor sekarang..tp nanti akan datang baru menyerlah??
    setiap orang xsame kan…hurm….

  64. smartmedic says:

    Salam ustaz,

    Banyak betul input yang saya dapat drpd entri kali ini. Kepelbagaian feedback daripada pembaca kadang-kadang sukar saya untuk memahaminya.

    Anak saya yang sulung darjah satu. Saya sebagai science based parent, ambil subjek math, science & BI semasa revision, sementara subjek agama umminya yang take care, sebab dia dari aliran agama.

    Saya dapati antara kaedah yang berguna untuk mengajar subjek science based,math & BI tu, beli je buku-buku soalan yang banyak dijual di kedai-kedai. Tetapi buku agama & bahasa arab sukar didapati. Saya suruh anak buat dan saya tanda dan bagi markah. She’s showing improvement in her exams!

    Mungkin disebabkan agama & bahasa arab ini tidak menjadi subjek semasa exam UPSR, pengeluar buku tidak begitu berminat untuk mengeluarkannya.

    Setuju dengan ustaz, rasanya bagi subjek bahasa arab tu agak tinggi silabusnya bagi murid darjah satu.

    Untuk ajar iqra’ & alquran boleh lagi, tetapi bahasa arab kena ahlinya, hence umminya yang take care.

    Semoga saifulislam bertambah baik dalam bahasa arabnya, He’s got a lot of room for improvement.

  65. Amin Ahmad says:

    ustaz, saya fikir kemarahan ustaz kepada Saiful Islam itu harus dilihat pada kesan dari sudut mana dia menerima kemarahan ustaz itu. Takut-takut dia menerima sebagai punching-bag semua pihak yang melihat dia sebagai loser.

    Saya setuju dgn saranan ustaz berkaitan minimanya campur tangan kerajaan dlm urusan silibus. Tapi perkara ini memerlukan semacam revolusi dlm sistem pendidikan kita. Umat Islam byk take for granted dlm isu ini. Alternatif terbaik ialah sekolah swasta, namun ia punya halangan yg lain: yuran dsbgnya.

  66. ibn rahim says:

    Saya sangat setuju dengan petikan ini ‘Pendidikan yang amat berorientasikan peperiksaan…’ Sistem terlalu mementingkan markah angka tetapi pelajar tidak faham apa yang dipelajari. Belajar untuk mendapat A, bukan belajar kerana ilmu.

  67. beyourself says:

    tertarik dengan tajuk yang ustaz bawakan ini…bercakap mengenai silibus pendidikan di negara ini boleh dikatakan banyak yang tumpuannya tidak terarah kepada nilai-nilai ilmu itu sendiri..yang mana bagi saya lebih terarah kepada kuantiti ilmu bukan kualiti ilmu…

    sistem pendidikan dan silibus sekarang tidak sama dengan dulu walaupun bagi sesetengah orang ianya bagus untuk mendisiplinkan pelajar dan memberi ilmu sebanyak mungkin…tapi perlu diingat nilai yang ada dalam setiap ilmu yang diajar tidak dapat difahami sepenuhnya jika sistem pengajaran yang bertemakan ‘habis silibus’ dan ‘hafal’ dipraktikkan…

    saya setuju dengan apa yang ustaz ‘highlight’ yang mana permasalahan ini adalah lebih rumit dari sekadar sekolah dan guru…

    diperingkat universiti, masalah ini berterusan terutamanya apabila kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) yang mana memerlukan pemikiran yang sedikit keluar dari cara pelajar sekarang belajar (menghafal), kebanyakkannya tidak dapat melakukannya…lagi-lagi yang memerlukan penjelasan atau perbincangan…

    memang masalah pelajar-pelajar sekarang sering diperkatakan dan banyak cara cuba dilakukan diperingkat universiti untuk mengatasinya…tetapi cukup sukar untuk melentur mereka yang berumur diperingkat 20-25tahun oleh kerana mereka sudah mempunyai cara (habit) belajar yang berasaskan hafalan bukan pemahaman…kecuali bagi mereka yang benar-benar berusaha untuk berubah dan mendapat dan paham ilmu bukan mengingat ilmu…

    kebanyakan pelajar universiti mengejar A semata-mata, tapi apabila ditanya apa yang diperolehi daripada subjek yang mereka dapat A, kebanyakkannya tidak dapat menjelaskan…ini menandakan mereka boleh menjawab soalan tapi tidak memahami apa yang dijawab tetapi menghafalnya sahaja…

    kadang2 selepas habis sahaja exam, mereka terus lupa apa yang telah mereka belajar….oleh kerana sistem yang telah mereka lalui dari kecil lebih terarah kepada ‘exam oriented’

    moga-moga jurutera-jurutera, doktor, pensyarah, guru, etc yang lahir selepas ini akan menjadi golongan-golongan yang tidak berfikiran ‘robot’…

  68. madam says:

    Saya ada kerisauan yang besar, tetapi saya mempunyai tahap keupayaan yang kecil. – inilah juga statement saya untuk topik ini.

  69. ummu khai says:

    meskipun anak saya baru sahaja berumur dua tahun dan 7 bulan…saya sudah gusar memikirkan mengenai pendidikan mereka..saya dilema sebolehnya saya tak nak terikut dengan sistem sekarang yang terlampau exam oriented tetapi dalam masa yang sama saya tak nak anak saya tercampak ke dalam kategori kelas corot…saya banyakkan pembacaan tentang early education, how to raise happy kids dll..saya dapati kalau saya betul-betul praktikkan apa yang disarankan oleh pakar-pakar pendidikan ini saya takut anak saya akan terbelakang atau corot di sekolah…saya sendiri yang pernah bersekolah di UK sewaktu kecil dahulu amat terkejut apabila pulang ke malaysia..pendekatan pendidikan jauh berbeza..jika di Uk saya dipuji dan dianggap one of the smart student..di malaysia saya dianggap pelajar yang lembab dan saya dimasukkan ke kelas pemulihan…Tetapi sebenarnya saya bukan lah selembab yang disangkakan kerana saya berjaya menjadi pelajar terbaik sewaktu di sekolah menengah dan alhamdullilah kini berkerja sebagai pendidik di IPT…cumanya sewaktu pulang ke Malaysia saya terkejut dan sukar menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di sini..Setelah 3 tahun berada di malaysia baru saya dapat catch up dengan budaya sini..dan di setiap peperiksaan besar saya mendapat keputusan yang cemerlang…saya tidak mahu menyalahkan sesiapa cuma saya harap mereka yang mempunyai kuasa dapat membuat kajian semula mengenai sistem pendidikan di Malaysia…Tolonglah saya mahukan anak saya cemerlang tapi dalam masa yang sama tidak tertekan bukan pelajar yang hanya menghafal fakta…tetapi pelajar yang dapat berkreatif dan berfikir secara kritikal…kalau dia UK pelajar berusia 7 tahun ini hanya diperkenalkan kepada ilmu sains, membaca, mengira untuk memberi minat..tetapi di malaysia tahap pengajarannya bukan di tahap pengenalan tetapi di tahap kefahaman yang tinggi…

    • ibuzarah says:

      Salam ustaz,
      Akak adalah seorang pengusaha tadika Islam di Klang dan memang bermain adalah “children business”. Ibubapa berkeras tak suka anak asyik bermain di tadika dan mahukan anak cepat membaca. Akak kata kalau puan nak suka cara saya, sila hantar anak ke tadika lain, bukan tadika saya. Saya minta maaf kerana saya tidak mahu merampas hak anak puan kerana ini adalah zaman mereka untuk belajar melalui bermain dan saya tak mahu jadikan mereka parrot. Burung kakak tua yang tahu bercakap tapi tak faham apa mereka katakan. Yang tak suka tinggalkan tadika akak dan ada sebahagian yang masih menerima walaupun dalam keadaan risau anak tak boleh membaca. Tetapi hari ini akak menerima fed-back yang sangat baik, alhamdulillah, pelajar kami di sekolah rendah bukan hanya bagus pelajaran mereka tetapi rajin, berdikari, berani dan dah tak suka bermain sebab mereka dah puas bermain di tadika hinggakan ada pelajar kami yang balik bertanya kat ummi mereka ” kenapa kawan along kat sekolah tu asyik main je?, dia orang tak puas main kat tadika ke???

      Sebenarnya kami ditadika memang dianjurkan belajar melalui bermain, tetapi ibubapa lah yang selalu menghalang kami untuk melakukannya kerana takut anak tak boleh membaca apabila ke darjah satu sebab takut dengan sistem persekolahan yang mengasingkan murid yang pandai dan belum bersedia. Adalah tidak adil mengatakan anak tidak pandai kerana sebahagian dari kanak-kanak mereka really belum bersedia pada usia di hantar ke sekolah rendah atas faktor umur, gender dan sebagainya.

  70. farhana says:

    Satu post yang menarik. Isu exam based education ni sebenarnya bukan satu isu yang baharu. Saya akui, saya sendiri kemungkinan salah seorang mangsanya. Belajar sampai 11 subjek semasa SPM, kemudian masuk ke matriks dan kemudian ke universiti dan kerja. Tapi, apa yang dipelajari semasa di sekolah, di matriks dan universiti saya tak dapat kaitkan dengan kerja. Tapi saya bernasib baik ada rakan-rakan sekerja yang banyak membantu dan saya rasa, daripada pengalaman itulah baru seseorang itu betul-betul belajar. Jadi banyakkan pengalaman dalam bentuk eksplorasi, permainan, pemikiran kritis/kreatif. Saya tak mahu generasi akan datang menghadapi masalah yang sama.

  71. dinna says:

    salam,
    saya seorang guru tiusyen. dan saya juga ada anak yg kini form 1. walaupun seorang guru tusyen, yg sering memberi panduan kpd anak murid tapi saya tak dapat membimbing anak saya sendir utk dpt 5A dlm upsr. ketika thun 4, reslut exam nya menurun, saya kecewa. saya cuba sedikit keras, spt guru2 ajar saya dulu, tapi tiada perubahan. saya tukar macam2 strategy sampailah upsr tiba. saya hanya yakin dia dpt A dlm Mathematics. benar. setelah dlm form 1 ni, saya berfikir dan berfikir..membaca, dengar motivasi dan macam2 lagi…saya buat beberapa rumusan yg mungkin takde jawapan tepat: kalau sebab salah silibus sangt2, kenapa anak2 orang lain boleh dapat straight A, anak saya tak? kenapa anak orang lain faham apa yg guru ajar tapi anak saya tak?anak2 orng main sakan. yakde jadual belajar, tak tiusyen tapi cemerlang juga.
    so, saya mengambil pendekatan…utk mengajarnya tiusyen bukan sebagai ibu tapi sebagai guru tiusyen. saya terpaksa kurangkan pelanggan atau murid saya semata2 utk memberi laluan anak saya sebagai murid. dan kini saya lebih banyak menumpukan pada masa brsama anak2 saya berbanding kerja. saya berpendapat bila badan ibu dah penat dgn urusan kerja di luar, kemudian di rumah lagi, gelombang positif pun berkurang utk dihulur kpd anak2 saya. mood pun down. so, saya masih berfikir dan berfikir…saya berusaha menebus semula masa saya yg banyk dgn urusan kerja masa anak kecil dulu, dengan sentiasa bersama mereka ketika mereka sedang membesar..saya tak meletak harapan tinggi untk cemerlang dlm akademik..cukuplah sekadar anak2 saya jadi manusia yg soleh, berdikari dan memanfaatkan ilmunye ke jalan yg diredhai. sepanjang saya mengajar tiusyen di luar, saya dapati memang otak anak2 mereka cerdik, boleh belajar sediri, dah bijak nak dibijakkan lagi, tapi pengetahun agama amat kurang, solat memangla ntah..pergaulan lagilah..so, saya lebih rela memantau saja pelajaran anak2 dan ajar konsep, lepas tu buat latihan perlahan. sekolah rendah perlu banyka latihan. lagi satu, kanak2 kalau tak rajin membaca, sukar sedikit nak jadi bijak..walaupun anak saya tak bijak sangat, tapi saya bersyukur dia anak yg baik.

  72. mamasherry says:

    salam ustaz dan ummusaif,

    anak sulung saya Luqman pun baru darjah satu.. memang baru nak kenal ‘sekolah betul’ dan peperiksaan. saya sendiri masa luqman nak exam baru-baru ni tak sure macamana nak ajar dia mengulangkaji. So untuk permulaan, kami sama-sama ulangkaji. Cuma sekarang ni syllibus masih sikit boleh la kita spend time sama-sama untuk cover semua topic yang dah belajar. Bila dah banyak nanti tak taulah…

    saya juga tak dapat bayangkan kalau apa yang berlaku kepada saif itu berlaku kepada luqman. (isk suspen lak sebab belum dapat results bahasa arab lagi ni..). Tapi kami memang dah tanamkan dalam hati kami bahawa exam is not everything. It does not shows their true capability. So kalau ada yang luqman dapat markah teruk, kami cuba untuk tak marahkan dia.

    memang rasa nak salahkan syllibus, kerajaan dan yang seangkatan dengannya tapi kita sudah terperangkap di dalamnya. Whatever we do, do it at our best to give the best to our children..

    just sharing..

    oh, and hugs to Saif…

    Mansuhkan PPSMI!

  73. sinar says:

    membaca dan membaca..
    belajar dan belajar..

    dari zaman ke zaman tulus ikhlas katakn..
    saya juga tidak menyukai sistem yg ada..
    menyebabkn kita terbentuk dalam medan yang tidak bebas berfikir…stick pada buku semata..jarang dikaitkn dgn Allah dan elemen2 lain..

    namun akhirnya di sekolah menengah saya ketemu corak pendidikn yg saya mahu..mengaitkan Allah dalm fizik,biology dgn sifat-sifat Allah & ect benar2 mengajak ana berfikir, ada selingan berfikir..kenapa dan mengapa..? lebih kritis berfikir..dari beku dek silibus..dan cikgu pula sesuaikn silibus dgn coraknya tersendiri..Alhamdulillah..jumpa sesuatu yang disukai..

    then kalau dulu sebut kelas bhsa arab ja,..sudah fobia..kesian pula ana ke Saif..mga Allah bantu dia..tapi sekarang Alhamdulillah sedar2 sudah di negara arab smbg pengajian..

    berharap sistm berubah satu hari nanti..kerana sistm pendidikn memainkn peranan penting..ana juga pening mahu mengajar adik2 matematik sedang bhsa inggeris mereka pun terkontang kanting.Mereka rasa matematik rigid pada no..ana rasa no jga menarik dan blh diolah menjadi cerita..mereka seolah belajar macam robot..terima dan sumbat..maaf slh bicara..cuma perit tgk adik2 belajar..wallahu3alam..

  74. idaku says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Pada pendapat saya tak usahlah bersusah hati dan pening kepala sangat dengan prestasi anak Ustaz itu. Pelan-pelan, bagi dia masa. Insyaallah lama kelamaan dia akan dapat serap pelajaran di sekolah tersebut.

    Ada anak-anak dia lambat terima apa yang diajar tapi bukan bermakna dia lembab atau bodoh dan tidak akan berjaya dalam hidup apabila dewasa kelak dan ada anak-anak jenis yang cepat dapat dan cepat paham apa yang diajar tetapi tidak bermakna yang mereka pandai dan pasti berjaya satu hari nanti.

    Masa akan menentukan. Semakin dewasa mereka semakin berubahlah cara pemikiran mereka. Kadang-kadang yang tak menyerlah waktu sekolah rendah akan mendapat keputusan cemerlang apabila bersekolah menengah dan begitulah sebaliknya.

    Kejayaan bukan hanya terletak pada sijil peperiksaan yang dibawa pulang. Ia merangkumi segala-galanya dan yang paling utama ialah sikap mereka.

    Saya mempunyai lima orang anak yang sedang meningkat dewasa. Buat masa ini mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam setiap peperiksaan. Tetapi itu tidak bermakna yang mereka pasti akan menikmati kehidupan yang sempurna kelak. Belum tau lagi dimana kedudukan mereka dalam masyarakat. Saya hanya mampu berdoa untuk mereka.

    Anak saya yang bongsu saya tukarkan kesekolah swasta IIS. Tujuan saya hanya satu. Saya tidak begitu memandang kepada pencapaian akademiknya kerana saya tahu tahap kebolehan anak saya. Apa yang penting anak saya telah banyak berubah dari segi akhlak, penampilan, solat, adab dan sebagainya. Pada saya itu lebih penting, dan saya happy dengan perubahan ini.

    Jadi, ustaz tak usahlah marahkan sangat anak-anak disebabkan warna merah pada kertas jawapan peperiksaan yang dibawa pulang. Jauh lagi perjalanannya………….

  75. Abu Saif says:

    Err… teruk jugak kena tegur dalam artikel ni, Alhamdulillah.

    7 tahun menjadi bapa, baru sekali ni marah… itu pun nak sedarkan sikit anak yang selamba dapat markah kosong. understanding, understanding jugak. Tapi kena juga dididik anak tentang tanggungjawab. Tak lama lagi dah aqil baligh tu

  76. ibuzarah says:

    Dan satu lagi, terima lah anak kita seadanya. Kepada ustaz, tak perlu marahkan saif kerana dia masih anak kecil. Bantu dan pandu dia dengan sabar. Markah kosong hari ini bukan bermakna kosong selama-lamanya. anak lelaki memang agak lambat perkembangan mereka kerana difikiran mereka banyak benda mereka nak buat terutama nak main!!!!. So cuba pendekatan yang lebih diminatinya walaupun mengajar subjek arab.

    Buat sementara ini telanlah dulu sistem pendidikan kita dan dalam waktu yang sama cuba cari jalan yang terbaik untuk saif. Anak akak dulu sangat-sangat lemah bahasa arabnya tapi sekarang dah tahun akhir di UIAM dalam bidang psikologi kanak-kanak. Bermaana saif ada banyak peluang lagi ustaz.

    • Pak Din says:

      @ibuzarah, “telanlah dulu sistem” sangat saya sokong, sementara kita menyebukkan diri mengubal sistem baru, tetapi “anak lelaki memang agak lambat perkembangan” kurang mendapat sokongan saya.

      Yang menggunakan pemikiran creative, seperti anak Ustaz, diletakkan di dalam sistem routine, hasilnya adalah menjadi kebuntuan bapa (akhirnya melibatkan kerisauan ibu). Tambah buntu kerana bapa bukan superman yang boleh mengubah sistem yang ada ikut rekaannya dan ibu bukan superwomen, yang boleh mendidik di rumah sepenuh masa.

  77. Pak Din says:

    6. “Malangnya pendidikan selalunya tersekat di peringkat jangka pendek sahaja, menjadikan aqil baligh syarie tidak mencapai kepada aqil baligh hakiki.” – http://saifulislam.com/?p=4584#comment-43142

    Saya selalunya lepas mengekspresi marah (atau kemudian suka) pada anak-anak atau persekitaran, saya akan lanjutkan dengan memahari diri. Tak ekspres pun tak boleh! Gunakan marah bukan tak boleh, hanya apabila tak dapat mengawal penggunaan itu yang memudaraatkan.

  78. drmuthiah says:

    susahnya…
    saya jujurnya tak pernah hadapi suasana tuh…
    adik2 sume pun ok dapat ikut dan score dalam belajar dan exam…
    tp ‘sebijik’ macam ustaz cakap, mereka hilang kreativiti-bilangan A menjadi buruan semua adik-adik kecil saya :(

  79. rohul says:

    Mungkin boleh cuba sekolah rendah al amin

  80. shiha says:

    Salam..

    Kak Muna dah check mata Saif? Manalah tau, kot2 ada short sighted. Believe it or not, Ahmad kena pakai spek mata, power 50! Err.. dah lupa pulak apa diagnosis yg ophthalmologist tu bagi. The thing is that, I wonder what made Saif ‘berangan2′ waktu exam tu? Is it possible, that all this while, he couldn’t see clearly what was written on the board? Thus affecting his learning capability? Hmm just guessing though. No harm checking :)

    Saya pula baru ambil report card Ahmad utk skolah petang (KAFA). Lepasla makan.. tapi B.Arab yg plg rendah antara semua subjek. Dan, muka Ahmad macam takde ekspresi je. Sejujurnya, saya fikir memang Ahmad tak dapat nak fahami apa maksud peperiksaan itu sendiri.

    Ustaz, mujur ini hanyalah peperiksaan mid sem. Maksudnya, Saif ada masa lebih kurang 4 bulan lagi utk peperiksaan hujung tahun. Masih ada masa utk menyelami hati dan perasaan (dan sebarang masalah fizikal, kalau ada) pada dirinya. Kalaupun dia tak faham apakah implikasinya kalau masuk kelas corot tahun depan, bukan bermakna yg kita dah tak boleh nak buat apa lagi dah. Nampaknya nak kena fikir dengan kreatif utk membantu Saif kali ni.

    Sekolah pagi Ahmad tak exam lagi. Lepas cuti ni baru exam, jadual dah dapat (kita yg kecut perut!) Tapi best juga sekolah Ahmad ni, ratio cikgu:murid adalah 1:16. Hehe ini adalah sekolah kerajaan di mana populasi anak kecil adalah amat sedikit. Yg ramainya adalah populasi veteran dan warga emas. Betul, dengan itu cikgu lebih mampu utk memberikan perhatian. Malah, cikgu kelas yg detect (melalui screening test) masalah mata Ahmad. Dia inform saya lalu saya double check dgn eye specialist kat UH.

    Ada sekali tu, Ahmad nampak muram kat sekolah. Cikgu kelasnya dah risau dan selepas tu dia berjumpa dengan saya utk bertanyakan kot2 ada masalah kat rumah. Hee rupa2nya Ahmad muram sebab cikgu tu tak pay attention kat dia (hari tu cikgu tgh concentrate mengajar seorang budak lain yg agak ketinggalan).

    Dan, saya juga nampaknya sekapal dgn Kak Muna, bab2 taknak menambahkan tension anak2 dgn tuisyen dan extrawork yg berlebihan. Tapi HOD saya dok sarankan utk cuba Kumon juga. Tengoklah, bakal dipertimbangkan. Tapi Ahmad tu sensitip. Jenis yg tak boleh dimarah (tak macam Husna yg masih boleh tersengih2 kalau tengok muka mama dia dah macam naga hnzz hnzz). Jadi, utk Ahmad, saya banyakkan pujian sikit. We know our kids better. Tapi input dari cikgu penting juga, sebab kadang2 attitude budak2 ni berbeza ketika di sekolah berbanding dgn di rumah. Allahua’lam. Sekadar sharing yg tak seberapa. Semoga dipermudahkan segala urusan, ameen.

    Wasalam.

    • Pak Din says:

      @shiha, Saya taklah sekapal, tetapi, se haluan kapal kita, tentang tution dan bla, bla, bla. Tidak dinafikan persekitaran sangat menentukan masa depan zuriat, menyediakan zuriat menghadapai persekitaran adalah modal penting yang perlu dilaburkan. Apakah kita pasti persekitaran yang mereka tempuhi akan menyerupai persekitaran yang kita jangkakan di minda kita?

  81. tintataghyir says:

    Baru tadi anak buah tunjukkan kertas soalan akhlak. Ada ke satu soalan itu keluarkan satu ayat al-Quran dan tanya ayat itu dari surah mana. Bukan Juz Amma tapi surah Nisaa lagi.
    Minggu ini musim periksa, ramailah mak ayah yang hilang suara mengajar anak-anak. Lepas itu pening tengok keputusan, tapi anak relax je macam tidak kisah.
    Tidak tahulah ustaz, silibus itu satu hal, tang makan itu pun kena perhati jugalah rasanya. Syubhatnya banyak termasuklah yang asas seperti ayam. Mak ayah kena ikhlas lagi ini bekerja.
    Saya tidak boleh ajar, silap-silap kena tampar bebudak tu. Alhamdulillah sekarang baru boleh cool bila mengajar Quran dan diaorang pun suka.

    • amar_wardah says:

      salam ustaz,

      saya setuju ngan pandangan ustaz pasal berhubung dengan exam oriented learning kat malaysia ni.
      Sebagai seorang pelajar lepasan SPM ,saya sendiri dapat menilai yang pembelajaran selama ini hanyalah bertujuan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam, tidak lebih daripada itu.
      Guru -guru lebih memberi penekanan untuk menghabiskan sillabus berbanding untuk menjadikan ilmu yang dipelajari benar-benar berkualiti . Give and take , itulah konsep yang digunakan dalam hampir kebanyakan guru masa kini. Pemikiran kami dangkal , kurang sifat inkuiri , kerana kami terikat dengna sistem yang digunapakai tersebut.
      hasinya , jadilah kami ROBot Islamik.
      Just to accept without arguing!

  82. ummualya says:

    Salam,
    Pandangan saya; beberapa pilihan ustaz,

    1. Menukar sekolah (lebih bagus lebih tinggi kos – relatifnya) – dan ini adakalanya tidak menyelesaikan masalah..

    2. Mengajar anak adaptasi dengan sekolah semasa, sabar dan Ustaz dan Ummusaif juga kena adaptasi sama –
    - memberi lebih masa membantu Saif,
    - memberi semangat dan positive thinking
    - mengajar secara persekitaran harian dan amalan seharian (semasa memasak, berbahasa Arab dalam perbualan, kenapa sesuatu terjadi, contohnya hujan turun – secara saintifik; – sebenarnya anak2 walau kecil dia memahami! kenapa masak beras jadi nasi, kenapa air perlu di masak; kenapa makan sambal belacan lidah kita terasa pedas tetapi sedap.. dan lain-lainl..)
    - tentunya mudah untuk Ustaz menjelaskan konsep Islam dalam kehidupan harian; sifat2 Allah; tauhid dan lain-lain; menterjemahkan apa yang diajar di sekolah secara perlahan dan berdikit2
    - peruntukkan masa untuk adaptasi lebih mencabar – berkhemah, memancing di hutan sambil bercerita, jet ski, taman kanak-kanak – bergantung; berguling dll
    - lebih merapatkan diri dengan guru-gurunya; empati juga terhadap mereka
    - Involve PIBG – (untuk memberi cadangan dan menambahbaikan)

    Yang paling penting adalah ketekunan, kesabaran ustaz dan ummu..

    3. Home schooling – (saya tidak fikir ini pilihannya..)

    Saya melihat ustaz sekeluarga mungkin terpaksa memilih yang kedua..

    -Tujuan pendidikan kepada Ustaz sudah jelas, jangan risaukan natijah yang lainnya..

    - Adakalanya saya berfikir, sekiranya 5 tahun lagi kita dilanda perang; adakah anak2 kita berupaya melalui kehidupannya? Lihat ke hadapan dan sediakan anak2 kita untuk itu..

    Sebagai pengakhir kata – - Saya berhajat anak perempuan yang berumur 9 tahun akan diajar dengan
    1. Silat. taekwando, berkuda dan menembak (baru masuk silat dan taekwando sekolah)
    2. Tidak sama sekali dimanjakan (di uji ALLAH SWT; dia sangat manja!)
    3. Menjadikan diri contoh dalam ketabahan, tidak mengalah dan tidak mudah menangis (dia pernah mengatakan cita-citanya menjadi seperti UMI..)
    4. Tidak mengharapkan dia top student dalam kelas.. (tapi dia sendiri volunteer nak masuk KUMON)
    5. Yang paling sukar – menjadikan dia hamba ALLAH.. dan mendidiknya menjadi KHALIFAH di mukabumi

    (untuk nota, walaupun minggu periksa, saya tidak mengajar anak saya khas untuk ujian itu, malah membawa anak2 dan cucu menemani saya “out station” kerana tempatnya yang menarik dan unik, mengajar mereka tentang perkara2 lain dalam hidup ini – sehinggakan dia terlepas 2 paper – tetapi saya telefon gurunya dan minta berbanyak maaf terlebih dahulu..)

    Ustaz..maaf panjang..bebelannya; semoga boleh membantu

    (saya turut memikirkan isu ini semalaman; dan risaukan kaedah sendiri..tetapi saya yakin InsyaALLAH)
    Semuga ALLAH menerima amal kamu dan amal kami..
    Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
    Wallahualam

  83. Shima says:

    Ustaz,

    Saya pun alami masalah macam ustaz, tak pandai mengajar anak ulangkaji…saya rasa sedih sangat dan rasa macam ibu yang teruk sangat. Saya rasa apa yang ustaz tulis tu memang mengambar kan apa yang saya rasai…..

  84. mujahidah says:

    Ustaz, saya ni baru 5 bulan kahwin. Tapi bila melihat sistem persekolahan di Malaysia, suami saya sangat bimbang terhadap exam oriented yang tidak membantu sebenarnya, malah melesukan ditambah pulak syllibus yang semakin hari semakin lari dari fitrah usia anak2.Sehinggakan suami saya merancang untuk bermastautin di luar negara..

    Dulu saya dan suami darjah satu tahun 90an. Pada awal 90an kami masih enjoy ke sekolah dan zaman kami juga guru2nya sangat komited.dan kami masig lagi diberikan anugerah bintang-bintang dalam buku tulis dan buku kerja kami yang totally enjoy, tetapi pda penghujung 90an bila adik bongsu saya masuk tahun satu dan masa tu saya dah bersekolah menengah, syllibusnya pada masa itu sedang dirombak dan ianya bertambah susah dari zaman saya. Plus saya sedikit fed-up dengan guru2 adik saya.

    Adik saya ni ada maslah pembelajaran dan cikgu hanya mencari kesalahan dan meletakkan kesalahn di pihak keluarga tanpa membantu. Sayalah oang yang selalu menangis melihat keadaanya. dan pada usia adik saya 9 tahn, ayah saya memasukkan dia ke kelah bermasalah pembelajaran atas nasihat Dr pakar di HKL. Pun begitu sekali lagi adik saya menghadapi masalah bila guru2 pelajar khas ini melayan kesemua mereka sama sedangkan mereka datang dari pelbagai masalah. ada yang down sindrom dan ada yang hyperaktif dan ada yang slow (lambat pickup) macam adik saya. Adik saya ni dia rajin dan ingatannya kuat cuma dia (lampi). setahun berlalu begitu sahaja.The next year,saya bersyukur apabila ada seorang guru baru yang mengajar kelas khas ini, beliau mengenal pasti potensi adik saya. Pada usia yang sepatutnya dia darjah 4 adik saya mengikuti kelas darjah 3. Setiap hari adik saya akan kelas darjah 3 dengan pengawasan seorang guru.dan apabila balik ke rumah adik saya mampu menyiapkan homework dengan sendiri dan dia sudah mula menghafal sifir. Dengan perhatian khusus gurunya di sekolah itu. Alhamdulillah hari ini adik saya mengikuti program diploma perbankan islam di salah satu ipt di malaysia. Sebenarnya jujur saya katakan semakin ramai guru-guru yang sambil lewa.yang bagus mmng bagus sanggup berkorban demi anak murid.tapi ada juga yang tidur dalam kelas instead of mengajar.ada juga yang just bagi notes suruh murid tulis di whiteboard on behalf of cikgu, dan cikgu relaks. bukan setakat adik saya, saya sendiri pun pernah jumpa guru2 mcm tu masa di awal sekolah menengah. MASALAH ADIK SAYA SELESAI BILA ADA GURU YANG BOLEH GUIDE DIA.saya setuju dgn ummu saif, guru2 kena kenal pasti kapasiti dan potensi pelajar, tak boleh layan semua samarata. Memang tugas guru begitu, memang tugas guru payah, itu realiti.

    Mengenai kes ustaz marah saifulislam, saya rasa itu tak de masalah, sbb suami saya sendiri ada pengalaman di marahi sewaktu umur 7-12 tahun kerana kenakalan beliau ke sekolah. Memang anak lelaki ni nakalnya lain, tetapi mengingatkan anak tu juga penting. Hari ini saya melihat suami saya pasti akan menangis mengenangkan zaman kanak2 beliau krn terharu pada ibu beliau yang selalu marahkan beliau sbb tak score n malas ke sekolah. Dan hari ini air mata itu air mata menghargai concern ibunya. katanya kalau masa zaman kanak-kanaknya beliau tidak di marahi mungkin hari ini beliau bukan seorang engineer. So, nothing wrong dengan cara ustaz, it is just that perlu ada check and balance. Saya sendiri menghargai ayah bonda yang marah dan rotankan saya dari kecil atas kedegilan dan kenakalan saya.teguran mereka itu yang membentuk saya sebagai anak yang mereka sayangi hari ini. Alhamdulillah.

    Akhirnya saya masih berfikir

    Mungkinkah esok hari sistem pendidikan kita akan mampu melahirkan para cendikiawan yang hebat?

    Mungkinkah sistem pendidikan kita akan terlepas dari cengakaman politik?

    • @mujahidah, Pengalaman saya mengajar di sebuah sekolah agama swasta yang elit, walaupun silibus mantap tetapi apabila dibawa oleh guru yang mengajar secara sambil lewa, sia-sia.

      Namun pengalaman saya belajar di sekolah biasa mengajarkan bahawa silibus yang dari awal thread ni dikutuk-kutuk, tetapi dibawa oleh guru yang luar biasa, menjadi sangat hebat kesannya!

      Sekarang ni mungkin boleh check sistem yang digunakan untuk mengajar guru pula :)

  85. mujahidah says:

    satu lagi kawan saya yang mengajar saifulislam di PASTI Ar-Raudhah, mengatakan Saif anak yang cerdik. Mungkin ustaz perlu cuba system pendidikan yang lain. Moga Allah permudahkan jalan untuk ustaz sekeluarga dan menjadikan zuriat keturunan ustaz berjaya dunia akhirat. Allahumma ameen.

  86. Zaki Wahab says:

    Ustaz,

    Saya ingin mengesyorkan satu buku ttg. pendidikan bertajuk ‘Learning Revolution’ karya Jeannette Vos/Gordon Dryden…

  87. huda says:

    Assalamualaikum wtb

    Ustaz..terima kasih atas ulasan ustaz berkenaan isu pendidikan negara kita yang sememangnya dalam masalah yang kritikal..Ana sendiri merasakan teruknya sistem ini masa ana masih disekolah rendah, dan bila ke sekolah menengah makin terasa, dan bila di IPTA ana jadi bertambah geram..

    Isu politik yang dicampur adukkan dengan pendidikan meyebabkan berlaku kepincangan dalam sistem ini. keterlibatan remaja dalam masalah sosial adalah salah satu akibat daripada sistem yang pincang ini. Ummi dan abah ana keduanya guru, dan terima kasih kepada keduanya atas pendidikan yang diberikan sehingga ana dapat membina pertimbangan akal dengan baik alhamdulillah. Disebabkan mereka guru, jadi banyak yang ana tahu tentang kepincangan sistem ni.

    Bila terfikir akan hal ini ana geram, dan lebih geram bila ana insan-insan tertentu yang belum menyedari akan hakikat ini. Ana sedih bila membaca artikel ustaz dan tambah sedih bila memikirkan apa akan berlaku pada generasi akan datang tambah-tambah lagi zuriat kita sendiri…semoga Allah membantu kita semua..

  88. Nasrul Fikry says:

    Assalammualaikum,

    Saudara mungkin boleh cuma melihat dasar pendidikan kebangsaan yang menggariskan dasar pendidikan di Malaysia. Saya tidak arif dalam bidang pelajaran/pendidikan ini, walaubagaimanapun saya fikir pendapat saudara tentang pendidikan di Malaysia lebih menjurus melahirkan pekerja berbanding modal insan yang kamil ada benarnya. Natijahnya, Pembangunan fizikal yang sangat hebat didapati ni bumi Malaysia tercinta ini malangnya ia tidak selari dengan pembangunan spiritual/emosi. Mungkin dengan “suara” dan “kapasiti” yang ada, saudara boleh memulakan gerakan menyeru kepada membaikpulih silibus agar selain pekerja cemerlang, negara juga dapat mengeluarkan insan Kamil.

  89. saifuddin says:

    Kereta Ferrari kalau tak boleh dipandu macam kereta kancil.
    Kereta kancil tak boleh dipandu macam kereta Ferrari.

    Saif budak yang cerdik, cuma pemandunya (sistem?guru?) saja kurang cerdik.

    • Pak Din says:

      @saifuddin, Cantiklalh tu …
      Mengetahui di sana adalah Sdr Saifuddin, yang dulu, persoalannya saya lonjakkan kepada, “Kenapa perlu F sedangkan K boleh bawa kita dari point A ke point B?”

      Kerana pilihan memungkinkan ianya berlaku, kerana kita cuba membudayakan keterbukaan Sunnah Allah? Kalalaulah persoalan pokoknya ialah membuat photocopy zuriat sendiri, menggunakan sistem berorientasikan ramai, maka sudah pasti ada cacat cela salinannya. Nak K atau F, kalau niatnya ke destinasi B dari A, kita akan sampai.

      Apakah kita perlukan sangat salinan 100% kita? Atau kita sepatutnya mengharapkan peningkatan kepada mutu salinan? (sistem?guru?) dan pelbagai lain terlibat, akhirnya diri, kita sendiri yang perlu memilih terbaik utuk arah tuju yang baik.

  90. Ummi Ammar says:

    Salam Uztaz dan Ummu Saif,

    Salam kepada semua juga,

    Beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak yang cepat menangkap.

    Anak saya ada ADHD tapi sudah hampir tiada dan kini ada SLD (slow learning deficiency) sahaja. Dan ingin saya katakan silibus sekarang memang tak membantu langsung untuk kanak kanak macam dia. Silibus kita hanyalah untuk kanak kanak yang sudah sedia pandai membaca, mengira, mengeja dan segala me lagi.

    Anak saya bukanlah bodoh. Semenjak mula pandai bercakap pada umur 3 tahun, ya 3 tahun, ( penghidap ADHD memang lambat cakap) mulutnya tak berhenti bercakap dan bertanya soalan macam macam. Dan anda jangan tersalah fakta atau sengaja membohonginya kerana dia akan mempersoalkan apa yang anda kata. Contohnya saya selalu mengusiknya dengan mengatanya busyuk, satu hari dia bertanya kalau betul dia busuk kenapa saya selalu cium dan peluk dia?

    Dia sekarang berada dalam darjah 3 dan baru ambil periksa. Bolehkah anda jelaskan kenapa dia gagal kertas matematik tapi score dalam Mental Calculation dan Sains. Satu kerana minat dan satu lagi dia faham.

    Saya memang garang ketika mengajar sebab tu selepas berapa bulan ajar dia mengaji di rumah saya hantar dia mengaji rumah ustazah dia. Tak tahan tengok dia sebut salah dan lagi satu tak tahan tengok dia menangis kena marah.

    Homeschooling memang out of the questions. Saya bekerja 8 – 5 termasuk Sabtu. Ahad je free. Apa pilihan saya dan peluang anak saya yang tinggal? Masa sangat berharga.

    Sudahnya saya hantar dia ke Kumon. Bukannya hendak suruh score sangat Matematik tapi hendak suruh dia fokus.

    Janganlah harap ayahnya mengajar. Asyik kena marah saja. Satu kali lepas buat kerja rumah dia menyorok dalam bilik dan menangis. Saya pujuk dan tanya kenapa menangis, sebab ayah marah ke? Bukan dia cakap. Habis tu? Sebab Ammar tak pandai pandai macam orang lain. Saya rasa nak menangis sama tapi saya tahankan dan nasihat dia baik-baik. Lepas tu kami kalau nak marah dia kena jaga supaya tak sampai tahap dia jadi stress.

    Pada saya kalau dia fokus betul betul apa apa pun dia boleh buat. Sekarang dia dah boleh sebut ayat iqra yang panjang tanpa kesalahan. Dia bangga kalau dia tak sebut salah dan balik mengaji dia akan cerita pada saya. He is slow but he is definitely getting there. Macam cerita kura-kura.

    Saya ni lebih ke teori dari praktikal. Buku belikan dia macam macam tapi selalu tak habis baca atau buat latihan. (Saya emak yang kurang disiplin). Memang saya mengaku tak kuat sangat marah dia belajar dan saya takut dia terlepas zaman kanak kanaknya. Silibus sekarang memang tak sama dengan dulu. Darjah satu dulu saya baca ABC sahaja tapi dia darjah satu sudah kena baca karangan. Hai, saya memang takut anak saya ketinggalan. Tambahan anak baby sitter saya lebih pandai dari dia.

    Tapi saya pujukkan hati, he is slow but he is getting there. Dan saya berdoa kalau Allah nak tarik nyawa saya biarlah selepas anak saya betul betul berjaya dalam hidup, berkahwin dan beranak.

    Saya orang kecil, saya tiada banyak pilihan. Saya tinggal di bandar kecil. Yang ada hanya sekolah kerajaan. Hey, it rhymes!

  91. muallimatun says:

    salam…dalam situasi sistem pendidikan kita sekarang..ana rasa jalan terbaik ialah gabungan antara guru dan ibu bapa..guru mengajar di sekolah dan pengukuhan di rumah oleh ibu bapa..insya allah anak kita akan lebih berjaya.. sekarang bukan masa utk guru pikir,apa la mak ayah bdk ni,x pantau ke anak dia kat rmh atau pun mak ayah pikir apa la cikgu anak aku ni,apa yg dia ajar ntah..anak aku mcm x tau apa-apa pun..pengukuhan oleh ibu bapa boleh dibuat secara tidak formal..sambil-sambil makan,sambil-sambil dia main dsbg..sebagai cth,anak ana,bila kita ajar,payah nak ingat,payah nak hafal doa..balik sekolah tau2 dah hafal..jadi keje kita mengukuhkannya..begitula yg sebaliknya..ana memang x setuju bdk2 kecik dah hntr tuisyen..sian diorg..tapi dalam mendidik ni,kita kena ingat kata2 seorg sahabt RAsulullah(ana rasa mcm saidina Ali tapi suami kata saidina Umar..dah confius)..didiklah anak kamu tidak seperti mana zaman kamu dididik..ini kerana zaman kita dan mereka sgt jauh berbeza..so kita x blh lagi pikir “kita dulu mcm ni..dulu x mcm ni….dsbg…tapi dlm pendidikan sekrg walaupun sukatan berat dan byk..tapi dari segi teknikal dimudahkan..dulu math semua formula kena hafal..sekrg formula dah bagi,tinggal apply je pun anak murid kita x blh jugak..dulu b.arb PMR kena buat karangan,x ada makna perkataan..sekrg buat lima ayat je,dftr kata pun diterima,pun berlambak-lambak bdk fail..kertas pun kosong x berjwb..tapi terus-terang ckp..x blh byg kalau x ada exam kat sekolah..lagi bdk2 tak tau apa dia belajar..dan x akan ada sehari pun sekolah sunyi sepi..skrg ni sekurang-kurangnya time exam aman sekolah..bdk2 yg selalu tuang kelas pun tau nak dtg sekolah time exam..apa sebabnye ek?itulah aura exam..

  92. saya says:

    erm..
    bg saya biasa je sistem pndidikn msia…
    sy dulu blaja jugak sifat 20 time sekolah rendah…
    ok je, xde masalah berat ke ape ke..seronok lg ade..
    bkn takat tu, sy gak blaja bahasa arab, tafsir, hadis, sirah…
    dan sume matapelajaran tu adalah lebih baik keputusannya drpd subjek akademik math, sains dan BI saya…
    sbab saya mmg xsuke subjek akademik…
    tp mmg diakui, sy kurang faham bahasa arab waktu tu, mungkin jugak tak paham langsung..hehehe.

  93. [...] P199 Kelas Permata Pak Din says: 27/05/2009 at 6:30 pm Silibus Permata999 [...]

  94. [...] Pak Din: 6. “Malangny a pendidikan… [...]

  95. angah says:

    daripada blog ni, http://didikcinta.blogspot.com/search/label/Umar
    ade tips tentang cara handle budak lelaki darjah satu bwt homework..harap dpt dikongsi bersama
    artikel di bawah tajuk ‘from the author of coolmumsuperdad’

  96. [...] 5% kanan kiri. Telah terbit Julai 10, 2009 DARWIN Leave a Comment Pak Din 27/05/2009 | 11:46 [...]

  97. Salam ustaz,

    Krisis pendidikan bukanlah satu isu yang terhad pada Malaysia yang boleh dikatakan kurang ‘demokrasi’nya berbanding US, (kontrovesikah ayat begitu? :-) ) Kenapa saya kata begitu, kerana di US, ramai famili yang memilih untuk homeschool anak2, banyak juga sekolah2 alternatif Steiner, Montessori, bersifat outdoor/chores, dll.. Juga terbukti dengan banyaknya bahan2 bacaan John Holt (growing without schooling), the Education Revolution dll. Saya tidak lah membaca semua, saya banyak tertumpu pada method, yakni Montessori, Classical, unschooling dll., tapi apa yang saya ingin ketengahkan ialah sikap kita, khususnya Melayu, yang rata2 tidak peduli, malah jauh sekali untuk mengambil tindakan proaktif seperti yang dilakukan oleh ibu-bapa di luar negara, malah kaum Cina di Malaysia sendiri yang jauh lebih ke depan dalam permasalahan pendidikan anak2 mereka.

    Yang saya kagumi ialah ada poster di sini yang telahpun sampai ke tahap melakukan sesuatu hingga terkesan kepada masyarakat, I commend you, sehingga terbentuk silibus islamik, dan itulah (termasuk beberapa sekolah islamik dan segelintir ‘islamic homeschoolers’ yang ada) yang menjadi inspirasi saya yang banyak beralasan ini. Tetapi saya masih risaukan sikap kita walaupun yang homeschool, akan sistem bergred, atau exam oriented schooling. Bila membaca artikel ustaz ini, barulah pertama kali saya membaca ada ustaz yang mahukan learning through play yang banyak dipelopori golongan bukan islam. Saya kira kerana dedahan ustaz yang open minded semasa di perantauan. Begitu juga saya yang pernah melalui sendiri pendidikan dalam dan di luar negara dari peringkat rendah, walahal ke peringkat universiti. Memang begitu ketara sekali sikap guru-guru di sini dan ‘di sana’. Cukuplah dengan saya memberitahu jika di UK contohnya, saya tidak perlu membawa pensel, atau satu buku pun ke sekolah rendah, tiada exam wajib kecuali sekali di tahun akhir untuk ke grammar school, dan hanya berjumpa buku teks semasa di tingkatan 1. Setelah kembali ke tanahair, sudah tidak menjeguk perpustakaan umum yang sememangnya tidak up to date pun dengan bahan2 bacaan tebaru, hanya buku2 usang kan :-) , jadi dari jadi ulat buku , saya terus membeku selama di sekolah menengah, saya lepaskan dengan bersukan.

    Isu pendidikan memang dekat di hati saya, lagi2 apabila terpakasa memikirkan ke mana arah tuju anak yang bakal bersekolah. Walaupun saya memang sangat pro homeschooling, rata-rata produk/silibus homescholling yang sedia ada untuk dibeli berorientasikan kristian. Sya pernah ‘browse’ silibus islamik, memang ada beberapa tapi tidak menyeluruh, ada juga yusuf islam dikatakan hendak memasarkan silibus islamik tetapi terakhir saya semak, ‘website’ nya masih ‘under construction’.

    Itu satu, untuk homeschool juga, saya kira perlukan sokongan yang kukuh agar si ibu tidak patah harapan dan ‘over burdened’, sepi melawan arus keseorangan. Saya fikir saya bersedia untuk mengajar anak2 di rumah, cuma kelemahannya pada saya yang kurang keyakinan, tiada support sistem, dan tidak pula resourceful untuk mencari support yang mungkin ada di luar sana. Juga sokongan untuk anak2, agar boleh berjumpa dengan anak2 homeschool yang lain, suspaya ada rasa kebersamaan, there are others like us..ramai yang homeschool di Malaysia berlatarbelakangkan Chinese, ya saya tahu ada yang Melayu Islam, tapi dari pengamatan saya Melayu Islam hanya segelintir dari komuniti Chinese Christian di Malaysia, bayangkan sudah 2-3 mailing list mereka yang wujud, entah berapa lagi yang ada…

    saya gembira ada juga yang mahukan pendidikan islamik yang berorientasikan permainan. Saya pernah terbaca satu komen yang memetik satu artikel tulisan profesor MIT, beliau tidak menggalakkan penggunaan komputer pun sebelum universiti, katanya kalau nak pandai bukanlah dengan komputer tetapi dengan bekerja di luar sana di alam yang sebenar, dan memerhatikan dan berfikir. Itulah anjuran Qur`an, beranikah kita berubah minda dan menukarkan konsep sekolah dari duduk diam di dalam kelas yang berorientsaikan guru kepada yang berorientasikan kemahuan, kenginginan dan keperluan pelajar? Saya kagum dengan sistem Montessori yang jika dilakukan dengan betul, pelajarnya mempunyai self-control dan minat yang mendalam untuk belajar sendiri tanpa paksaan. Saya pasti ada juga sistem lain yang sebegini, tetapi yang pasti sistem sekolah arus perdana tidak memahami pelajar dan hanya mencetak pelajar menjadi pelajar ‘average’ dan mematikan pelajar yang above & below average. Yang kita mahukan adalah sistem yang boleh menonjolkan potensi yang dianugerahkan tuhan pada setiap anak bukan? jadi mengapa sistem sekolah kita sekarang mengikut model kilang, the factory school? Saya berdo’a agar anak2 saya tidaklah menjadi mangsa sistem ini, dan juga agar lebih ramai ibu-bapa yang ‘celik’, semoga ada sekolah2 yang berorientsaikan pelajar yang bercambah bagai cendawan, bukan sahaja untuk golongan berada seperti yang berlaku sekarang, insyaAllah.

Leave a Reply