
“Astaghfirullah!” kata Ali.
“What?” Sam terkejut disampuk.
“Itu!” kata Ali sambil menunding jari ke tangan Sam.
“What?” Sam masih kebingungan.
“Tak baik minum guna tangan kiri!” tegas Ali, bersungguh-sungguh.
“Oho… I thought you nak marah I pasal beer ni!” Sam menarik nafas lega. Gelas beralih tangan.
Bagaimanakah dialog di atas menyuntik bingung ke fikiran anda? Ia mungkin bukan kisah benar, tetapi kisah yang sekata dengannya berlaku saban hari dalam kehidupan kita. Hilang keutamaan dan gagal menentukan antara isu utama dan isu sampingan.
DILEMA
“Apakah matlamat bisa menghalalkan cara?” satu soalan dilontarkan kepada saya.
Soalan itu bertanyakan tindakan saya ‘terbabit’ di dalam produksi drama CINTA SEMPURNA. Membabitkan diri dalam dunia artis, pasti mengheret kita kepada kekotoran dosa dan maksiat. Hatta seorang ustaz sekali pun. Kebetulan pula dunia drama, malah secara khususnya ASTRO OASIS sedang dibelenggu sentimen krisis rumahtangga di antara Akill Hayy dan isterinya, membabitkan Waheeda sebagai orang ketiga.
“Lihat sahaja bagaimana seorang ustaz kecundang!” saya diberi amaran sedemikian rupa.
Saya doakan agar krisis itu di peringkat peribadinya, dapat diselesaikan sebaik mungkin. Fitnahnya besar dan saya tidak mahu menyentuh hal peribadi orang lain.
Tetapi besar pula hikmahnya kejadian itu kepada saya. Ia boleh dilihat sebagai template untuk perjalanan saya. Ia juga boleh dilihat sebagai suatu garis sempadan yang boleh menepatkan langkah saya. Sama seperti satu gelas berisi air. Boleh dilihat sebagai sebiji gelas separuhnya berisi air, atau sebiji gelas yang separuhnya kekurangan air.
Pesimis atau optimis.
Bergantung kepada persepsi kita. Juga bagaimana kita menggarapnya.
Sama juga dengan persoalan, haram terbabit dengan dunia seni, atau haram jika tidak membabitkan diri dengan dunia seni. Antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Jika kita berpegang dengan pendapat haram membabitkan diri dengan industri yang penuh kekotoran dan maksiat itu, tinggal satu soalan. Bagaimanakah kekotoran dan maksiat itu boleh dihapus atau dikurangkan?
Secara reaktif atau proaktif?
Mencegah kemungkaran atau mengubah kemungkaran?
Itulah pertimbangan saya dalam hal ini.
Pertamanya, saya tidak pernah bercita-cita untuk menceburkan diri ke bidang-bidang yang bukan bidang saya. Saya tidak berminat dengan siasah, tetapi saya tidak memencilkan siasah daripada kehidupan saya. Saya juga tidak berminat dengan bidang seni kreatif, namun saya tidak pula memencilkan bidang itu daripada kehidupan saya. Asasnya satu, saya ada tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan dakwah, dan saya bergerak mengikut keperluan.
Akan tetapi bukanlah keperluan itu satu-satunya asas pertimbangan saya. Segalanya ada batas dan sempadan.
Saya tidak berminat dengan siasah, tetapi ketika ada keperluan yang well justified, saya turun berkempen. Tetapi ia bukan bidang saya. Maka pembabitan saya hanya pada kempen itu. Saya tidaklah sampai menjadi ahli politik wa siasah.
Sama juga dengan dunia di harapan kamera.
Saya sudah bertahun-tahun hadir sebagai jemputan di dalam program bual bicara di pelbagai stesyen televisyen. Tetapi kerana keperluan itu ada batasan, saya juga menolak banyak tawaran yang saya rasakan tidak kena dengan keperluan dan keupayaan saya. Saya menolak tawaran mengendalikan program bual bicara remaja berbahasa Inggeris untuk siaran ASTRO kerana saya yakin saya belum sampai ke situ.
Saya juga menolak tawaran untuk rancangan kembara ala Jejak Rasul untuk siaran RTM kerana komitmen kepada program itu akan menyebabkan saya banyak meninggalkan keluarga dan saya tidak bersedia ke arah itu.
Tetapi ketika saya diajak oleh Ustaz Zabidi Mohamed berkolaborasi dengan beliau menulis skrip untuk sebuah drama yang selaras dengan genre dakwah saya, saya menerimanya. Penerimaan itu adalah atas dua pertimbangan.
PERTIMBANGAN SATU
ASTRO yang bebas, dengan pelbagai tangan dan kepala yang mencorakkannya sedang terdedah kepada banyak bentuk falsafah seni yang berbahaya. Antara ancaman yang boleh dipertimbangkan ialah, perlukan sebuah stesyen penyiaran dan produksi isi kandungan stesyen penyiaran tersebut mendukung moral tertentu, atau hanya berkarya dan berkreatif semata-mata? Apakah stesyen penyiaran ada tanggungjawab sosial, atau soal moral diserahkan bulat-bulat kepada penonton untuk memilih.
Jika kita bersetuju dengan idea pertama, maka kita menjustifikasikan keharusan penghasilan filem homoseksual, filem Anu Dalam Botol dan yang seumpama dengannya. Alasannya mudah. Kita hanya berkreatif dan bersikap realistik. Terserah kepada penonton untuk memikirkannya. Inilah falsafah yang ada di sebalik berlambaknya drama Melayu membabitkan rogol dan sumbang mahram kebelakangan ini. Ia adalah realiti, dan drama memetiknya secara kreatif. Idea ini bukan hipotesis tetapi sekurang-kurangnya ada dua tiga orang penggiat seni yang berpemikiran seperti ini tanpa perlu saya sebutkan nama.
PERTIMBANGAN DUA
Drama dan filem adalah industri yang besar. Memetik kata-kata Encik Sahid Juri, penerbit drama CINTA SEMPURNA:
Febuari lalu saya ada berbual dengan pelakon, pengarah dan penerbit drama yang penerbitanya menjadi rebutan saluran tv ketika ini, beliau memegang kontrak sebanyak RM20,000,000.00 sepanjang tahun ini. Bukankah itu menyamai nilai dagangan syarikat tersenarai di Papan Kedua BSKL.
Biar pun industri ini besar, namun ideanya masih sederhana, jika tidak kecil. Drama dan filem kita masih kaku dan belum pun menyamai tali kasut untuk sebuah produksi sehebat Laskar Pelangi dari Indonesia. Itu pandangan seorang layman seperti saya.
Menyumbang idea untuk sebuah jalan cerita, adalah usaha kecil saya untuk mengusahakan perubahan. Sebuah batu besar mungkin tidak dapat dialih dengan menolaknya. Tetapi ia boleh jatuh bergolek apabila batu-batu kecil di bawah dan di kelilingnya dialihkan. Itu yang saya belajar dalam falsafah PERUBAHAN.
Artis-artis itu di mata saya, bergantung kepada cara saya memandang mereka. Jika saya ghairah dengan glamour dan teruja dengan dunia mereka, maka saya akan melihat mereka sebagai idola saya. Justeru keberhasilan saya mendekati mereka adalah kejayaan bagi saya kerana dapat tumpang sekaki. Mungkin ramai peminat artis-artis ini melihat penglibatan saya dalam produksi ini seperti mana mereka melihat diri mereka andai memiliki peluang yang sama.
Tetapi saya tiada perasaan itu.
Sama seperti ketika saya dan Ummu Saif tiba di puncak Eiffel Tower, Paris.
“Hmm, dah sampai kita ke sini. Jom balik!” itulah kemuncak ayat kami semasa sampai ke puncak impian orang lain.
Saya melihat para artis itu sama sahaja dengan pandangan saya kepada mad’u saya yang lain. Dalam kelompok manusia yang menyertai ceramah saya, ada yang bertudung labuh dan berketayap lagi berjanggut. Ada juga yang lidah bertindik dan berbaju spaghetti string.
PAKSA TUTUP AURAT
Pergaulan bebas.
Memandang ringan perbuatan menutup aurat.
Dua item itu diulang berkali-kali sebagai sinonim dengan dunia seni, dunia artis.
Justeru, penglibatan saya dalam produksi drama CINTA SEMPURNA dianggap salah kerana saya tidak berperanan menangani pergaulan bebas dan pendedahan aurat, malah dianggap bersubahat.
Soalnya, pernahkah saya menetapkan bahawa sesiapa yang mahu hadir dan mendengar ceramah saya mesti menutup aurat? Jawapannya jelas. Belum pernah dan mungkin tidak akan pernah. Jika saya tidak pernah menetapkan mereka yang berjumpa dengan saya atau mendengar ceramah saya mesti menutup aurat, bagaimana pula saya yang hanya sekadar pencetus idea bagi sebuah skrip, mahu menetapkan bahawa pelakon-pelakon skrip tersebut mestilah menutup aurat?
Ya, itulah point paling besar dalam drama CINTA SEMPURNA. Itulah tulang belakang drama ini.
Sesungguhnya perbuatan tidak menutup aurat itu adalah simptom. Sedangkan masalah sebenarnya adalah penyakit di sebalik simptom itu. Penyakit iman, penyakit tiada rasa malu kepada Allah dan sesekali mungkin penyakit jahil kerana tiada ilmu (ada kalanya).
Oleh yang demikian, untuk menutup aurat seseorang, datang kepada kita suatu pertanyaan. Adakah kita mahu memberikan rawatan secara simptomatik atau mahu menyelesaikan akar umbi masalah dan penyakit yang dihidapi?
Seorang doktor yang berdepan dengan pesakit yang batuk berpanjangan, ada dua persimpangan di hadapannya. Seorang doktor yang bersikap sambil lewa dan tidak bersungguh dengan kerjanya, akan merawat pesakit tersebut secara simptomatik. Justeru dia akan terus menerus memberikan ubat batuk kepada pesakit tersebut, tanpa pernah mahu berfikir apakah punca kepada batuk yang tidak henti-henti itu.
Tetapi seorang doktor yang berwibawa, tidak akan terus menerus memberi ubat batuk. Dia akan mengorek lagi sejarah pesakit, membuat pemeriksaan lanjutan kerana mahu mencari akar umbi kepada masalah batuk berkenaan. Mungkin akhirnya dia dapati bahawa batuk itu bukan masalah kerongkong. Sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat Herceptin yang tidak sesuai untuk pesakit berkenaan. Terus memberi ubat batuk semata-mata adalah suatu perkara yang malang. Perubahan yang perlu dibuat ialah ada mencari pengganti Herceptin itu tadi.
Pernah terjadi suatu kisah seperti yang tercatat di bawah:
BELAJAR DARI ALAM
“Pejamkan mata kamu semua, cuba hayati segala bunyi yang ada” kata salah seorang fasilitator dalam program kami.
Pagi itu, kesemua peserta dibawa ke sungai. Separuh kaki berendam di dalam aur yang dingin mencucuk tulang. Peserta dibawa belajar menafsir alam, belajar memahami bahasa Tuhan dalam kehidupan.
“Baik, buka mata semua. Bunyi apakah yang anda dengar tadi?” tanya fasilitator.
“Air mengalir” jawab seorang peserta.
“Cengkerik” kata seorang yang lain pula.
“Burung-burung” tambah seorang lagi.
“Harimau!” usik seorang ‘kacang hantu’ dari kalangan mereka.
Kami ketawa.
“Baiklah, apa perasaan kamu semua semasa mendengar bunyi-bunyi itu tadi?” tanya fasilitator.
Kesemua mereka memberitahu bahawa mereka berkongsi perasaan yang sama. Mereka berasa tenang.
Pasti sahaja dari kalangan peserta itu ada peminat dangdut. Ada yang gilakan trash metal, ada yang minat jazz, dan ada yang gemarkan lagu asli. Peminat-peminat lagu ini tidak boleh dihidang dengan lagu yang bertentangan dengan kesukaannya. Peminat dangdut boleh jadi tidak siuman jika dipaksa mendengar genre trash metal. Peminat jazz, bisa sahaja sesak nafas mendengar lagu asli.
Tetapi mereka semua tiada konflik semasa mendengar genre yang satu ini. Bunyi alam. Kesemuanya berasa tenang. Tenang yang universal.
Mengapa?
Fasilitator membacakan firman Allah:

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia itu adalah (Tuhan yang) Maha Terkawal, lagi Maha Pengampun” [Al-Israa' 17: 44]
“Rupa-rupanya, semua yang kita dengar itu tadi adalah tasbih memuji Allah. Harmoni, seragam, menenangkan… akal kita tidak memahaminya, selera kita tidak terkesan olehnya, tetapi roh kita memahaminya. Roh setiap kita, tanpa mengira bangsa, selera muzik, malah agama!” ulas fasilitator.
Ya… seluruh alam bertasbih.
Pokok bertasbih.
Air bertasbih.
Burung bertasbih.
Angin bertasbih.
Jika seluruh manusia berkumpul di masjid untuk berzikir, kamu datang membentang dosa di tengah mereka di depan mata, tidakkah ini manusia paling celaka yang tidak tahu malu?
Maka bagaimanakah ketika kita semua berkumpul di sungai atau di tengah hutan, kita terfikirkan maksiat atau sedang alpa daripada zikrullah?
Soalan bertubi-tubi ditanya oleh fasilitator.
Tiba-tiba salah seorang peserta perempuan bangun dan meminta tuala kecil di bahu rakannya. Dia menutup kepalanya dan memeluk seorang demi seorang kawan yang ada berdekatan. Kami menjadi panik.
“Kenapa puan?” salah seorang fasilitator bertanya.
“Apabila ustaz sebut begitu, saya terasa sangat malu dengan Allah. Dan instantly saya rasa saya kena tutup rambut ini. Mungkin sebab ustaz tak pernah sebut tentang aurat dan menegur saya yang tidak bertudung di dalam majlis, saya tidak berasa malu untuk terus menutup aurat ” katanya dalam sebak.
Alhamdulillah…!!!
Semua peserta mengucap syukur.
Setelah bertahun peristiwa itu berlalu, sesekali peserta perempuan itu muncul di dada akhbar, dia masih istiqamah dengan tudungnya.

SALAH PERSEPSI
Namun…
Apabila ada orang di dalam majlis saya yang tidak bertudung, apakah ini bermaksud yang saya sedang menyampaikan satu mesej bahawa tidak salah untuk membuka aurat, termasuklah di dalam majlis ilmu?
Tidak sama sekali!
Salahlah orang yang berfikir begitu.
Justeru, andai sebuah drama bertajuk CINTA SEMPURNA yang terbina dari idea asal saya, ada orang yang tidak bertudung di dalamnya, adakah point filem itu ialah harus membuka aurat?
Salahlah orang yang berfikir begitu.
Drama CINTA SEMPURNA adalah drama yang mahu membezakan di antara rawatan simptomatik dengan rawatan yang menjurus kepada penyakit sebenar. Shila yang begitu keras menolak tudung, menolak solat, menolak agama, bagaimanakah penyelesaiannya? Adakah masalah Shila mahu diatasi dengan arahan bertudung, menguatkuasakan perintah Solat dan menghukum murtad manusia yang menolak agama, atau segala masalah itu terangkum dalam satu masalah besar yang lebih memerlukan keutamaan, bahawa Shila tidak tahu apa kena mengenanya Tuhan dalam hidupnya?
Itu isu utama drama ini.
Bukan sahaja isu untuk manusia yang membuka aurat, malah isu yang juga penting untuk manusia yang sudah menutup aurat, tetapi concern dengan pendedahan aurat manusia di sekitarnya.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
Ada Arab Badwi yang kencing di dalam masjid sebelum bertemu dengan Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam.
Ada pemuda yang datang meminta kebenaran daripada Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam untuk berzina.
Ada sahabat yang menggantikan mandi wajib dengan berguling di dalam tanah kerana berkias dengan tayammum untuk wudhu’.
Malah ada sahabat yang bertindak membunuh seorang yang telah mengucap Syahadah dengan alasan syahadahnya tidak tulen.
Bagaimanakah semua kejadian seperti itu, dihadapi oleh seorang Rasul bernama Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam?
Baginda tidak melenting, tidak menjauhkan diri, tidak menghukum. Sebaliknya satu demi satu isu berkenaan ditangani, dengan penuh empati dan teliti.
Ada yang bertanya, jika Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam masih hidup apakah baginda suka dengan perbuatan saya masuk ke industri seni ini? Bagaimana kalau soalan itu diterbalikkan? Jika Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam masih hidup, apakah baginda akan membiarkan industri seni ini berleluasa tanpa ada sesuatu yang dilakukannya? Soalan itu adalah cabaran buat kita semua untuk jujur mencari jawapannya.
Namun fitnah tetap fitnah. Fitnah wanita, fitnah pergaulan bebas, fitnah yang menjadikan golongan yang duduk di dalam industri itu dikenali sebagai selebriti atau dengan istilah yang lebih tepat PERSONALITI. Kalimah personaliti itu sendiri sudah membawa konotasi yang merbahaya kerana Persona itu bermaksud Topeng. Maka ia menggambarkan bagaimana manusia yang duduk di bidang seni itu umumnya memakai topeng, bermuka-muka.
Justeru saya mesti banyak bermunajat kepada Allah, mengambil langkah berjaga-jaga. Syukur Alhamdulillah, saya mempunyai seorang isteri yang tidak teruja dengan artis dan dunia seni. Malah dia sentiasa memperlahankan langkah kaki saya yang adakalanya pantas dan ada kecenderungan untuk terbabas. Ya, itulah yang paling saya perlukan. Insan terdekat yang sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada saya. Malah minda dan hati ini sentiasa saya tekan dan tundukkan ia untuk secara terbuka mengambil nasihat dan teguran isteri secara positif.
Seperti yang telah saya sebutkan.
Industri seni ini hanya sekadar satu tanggungjawab dakwah yang Allah temukan. Setelah bertemu, mungkin soalan berdosa terbabit, boleh berubah kepada berdosa jika tidak terbabit. Namun dakwah tetap dakwah. Ia bukan gelanggang saya mencari rezeki, jauh sekali untuk mencari populariti dan yang sewaktu dengannya. Saya HANYA kebetulannya bercerita dan cerita itu dipetik oleh penulis skrip hingga jadi sebuah drama. Berapakah saiz peranan saya itu di dalam sebuah perkataan berbunyi PEM-BA-BIT-AN?
Mungkin tidak layak pun untuk digelar pembabitan.
Sebagaimana saya spontan memberikan persetujuan untuk ‘terbabit’, saya juga bisa spontan untuk menghentikan ‘pembabitan’.
Pertimbangannya adalah dakwah.
Perkataan yang klise bagi ramai pihak, tetapi masih dan terus substantial buat saya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





assalamualaikum wbt ustaz..
benar, terkenang kata-kata senior saya..
‘nak mengubah kawan-kawan agar lebih sayang islam? marilah kita cuba untuk meruntuhkan berhala-berhala yang ada di dalam hati mereka, insyaAllah mereka akan faham…’
satu misi yang tidak mustahil, namun ranjaunya berpanjangan..
teruskan usaha ustaz!
@mysteriosly anonymous,
Ana nampak cara anta menulis kali ni lebih pada nak kuatkan semangat anta sendiri dan pengaruhi orang lain untuk sokong tindakan anta.Anta men TAJANNA kan alasan-alasan ilmiah untuk satu keputusan yang telah anta buat.
Hasrizal,anta ambil la masa, fikir dengan hati yang jernih. Juahkanlah debu-debu dunia yang menutup kejernihan hati mengenal Ilahi. Takutla padaNya walau dalam sehalus-halus perkara kerana ia pasti dihitung.Anta fikirlah apa yang ana cadangkan ni.Anta yang ana kenal sebelum ni tak begini hasrizal. Semoga Anta selamat dunia akhirat.
@muhammad,
tidak ada faedahnya komen diberi seperti ini kerana ia bermain-main dengan persepsi.
ana yang anta kenal sebelum ni tak begini tu, bagaimana? senaraikanlah untuk ana muhasabah.
dalam astro tu ada hishamuddin rais, dalam industri seni tu ada raja azmi, ada yasmin dan mereka yang membawa falsafah seni tanpa pertimbangan moral mereka. ada faisal tehrani yang kaya dengan sentimen syiahnya. semua benda ni menghasilkan produk yang dijamah oleh zaujah kita, anak kita, anak sedara dan adik beradik kita.
ana bukanlah daie yang berkhayal dalam dakwah di masjid, mengecam dari jauh.
mungkin anta belum kenal ana sebagaimana ana tak kenal anta.
@muhammad, ana rasa, anta ni (bukan nak menghukum ye) kena turun ke medan, bergaul lebih sedikit dengan golongan yg tidak sealiran dengan anta. masih ramai lagi madú di luar sana yg takut2 utk mendekati golongan ‘agamawan’ yg hanya tahu berteori di dalam surau dan menghukum mereka. alangkah baik kita memandang manusia itu dengan paradigma kasih maka dengan itu da’wah pun mampu digiatkan (adakah ini statement matlamat menghalalkan cara?).masih ramai lagi yg mengharapkan keterlibatan golongan agamawan utk mencampuri mereka (anta tidak kasihankan mereka?).agama ini bukan bersifat eksklusif khas utk golongan para ustaz je.ia rahmat utk seluruh alam.anta nak menyimpan anugerah tu sorang2 ke?ish2 tak baik…nanti kalau ditanya di depan tuhan nanti cmne, nak jawab apa?
apa-apapun saya mendoakan ustaz dan (semua kita, saya juga) akan terus thabat dan dipimpin Allah dan dibersihkan hati dari kelalaian yg membinasakan..
@hambatan sufi, salam alaik, kepada Muhammad, nta telah membina satu jurang antara org yg baik dengan org yg melakukkn maksiat, Method dakwah mestilah berbeza dan fiqh waqi’ mestilah dikuasai dengan betul. Ustaz Hasrizal bukan tulis skrip sahaja, byk lagi jasanya. yg ini adalah salh satu cara dia berdakwah jer. Jangan Esklusif. Saya suka mendengar pandagan dr asri dan ust hasrizal yang berdakwah dibumi yang nyata
Salaam.. yaa ust,
Allaah lbh mengetahui niat asal ust. Smg dipelihara dr anasir2 y tidak baik. Bukan mudah bernafas dlm jiwa hamba y serba dhoif. Malah banyak mehnah2 yg harus ditempuhi seterusnya ditangani dgn baik.
Alhamdulillah..ust lbh mengetahui sirah Rasulullah S.A.W, makanya insyaALLAAH setiap ‘kekusutan’ yg timbul ada cara penyelesaiannya.
Ana sebagai mad’u ust, mendoakan kesejahteraan dan keharmonian hidup ust sekeluarga, dan terus berjuang demi dakwah.
ameen2 yaa robbal ‘alameen.
terima kasih atas tulisan ustaz. .tiba-tiba , saya terpanggil utk memberikan sedikit pendapat..saya tak pernah terbayang yang saya akan pandang Islam kepada saya seperti skrg..alhamdulillah, Allah temukan saya dgn seorang murobbi yg tak lekas menghukum, tambah pula saya yang dulunya pakaian yang tak cukup sana sani,pergaulan bebas…
saya sendiri lemas dengan dakwah yang asyik ingin menghukum..
golongan ni buatkan orang jauh dari mengenal islam malah jauh lagi menikmati dakwah………
seni ini banyak cabangnya..
saya suka ustaz terlibat dalam produksi ni..tak sabar nk tgk
alhamdulillah, saya harap pembabitan ustaz dalam
cinta sempurna ini akan mengembangkan lagi
sayap dakwah di kalangan kita
“cinta sempurna..”
rasa tenang je baca gabungan 2 perkataan ni
=)
saya masih tak faham artikel ini…boleh ustaz re-edit semula? banyakkan perkataan melayu, bukan perkataan yang di-melayukan…
bimbang dari tak faham jadi salah faham…
alhamdulillah, pembacaan buat kali kedua berjaya memahamkan saya… tq ustaz… tak perlu re-edit…hehe
p/s- saya memang slow…
Assalamualaikum ustaz,
Saya tidak bersetuju dengan ustaz kali ini. Pada pendapat saya tidak perlu untuk ustaz terlibat dalam penghasilan skrip dikala ustaz bakal tahu lakonannya bakal dilakukan oleh pelakon2 yang mana ustaz sendiri tau bakal dipilih oleh pihak2 yang tidak kisah akan penutupan aurat. Walhal seorang perempuan yang berlakon bersama lelaki yang bukan muhrim pun adakah diperbolehkan? Apatah lagi menggunakan Yuna sebagai tarikan untuk produksi ini. Menggunakan suara perempuan yang dilunakkan untuk mendapat ‘target2 dakwah’? Pelik. Ustaz ada pilihan untuk tidak melibatkan diri, tapi ustaz memilih untuk terlibat dan seolah2 berbangga dengannya. Perlukah untuk terlibat? Kesimpulan yang saya dapat daripada entri ustaz ini adalah ustaz bukan menjawab persoalan berdasar nas2 yang kuat dan jelas, tetapi hanya mencipta alasan.
Maaf,harimau tua dan ustaz,saya mencelah.
Daripada apa yang saya faham,ustaz cuba menyelesaikan `the real problem` daripada terlalu menumpukan terhadap `the presenting problem`.
Apakah itu `presenting problem`?
Tak tutup aurat,pergaulan bebas,suara aurat wanita.
Apakah sebabnya `presenting problem` ini?Sebabnya ialah `the real problem` ialah PERSEPSI pelakon itu terhadap persoalan aurat,pergaulan bebas,malah terhadap agama dan Tuhan itu sendiri.
Bagaimana pula ustaz cuba untuk menyelesaikan the real problem ini?Dengan menyediakan satu skrip drama yang diharap dapat memperbetulkan PERSEPSI ini.Setiap pelakon,pihak yang terbabit akan baca skrip.Skrip yang mengajak pembacanya berfikir dan terus mencabar persepsi pembacanya.
Katakan dalam 100 skrip yang ada,semuanya berkisar soal sumbang mahram,drama cinta yang stereotaip,tidakkah lebih baik andainya ustaz `mencampakkan` satu ,tidak banyak tapi satu sahaja skrip yang menilai kembali nilai kehidupan itu sendiri?
Senang cerita,ini adalah percubaan untuk mengubah HATI manusia.
Ustaz mungkin tidak bangga ,tapi saya cukup menghargai tindakan menghampiri golongan ini.
@reza,
Assalamualaikum,
Selepas membaca artikel ustaz yang saya rasa antara yang terpanjang ini (panjang jugalah), ringkasnya apa yang saya faham sama dengan saudara reza.
Yang penting ADA USAHA – ‘bertindak untuk memahami’ dan ‘bergerak untuk mengubah’ (dalam batas dan sempadan yang telah ditetapkan), jangan duduk berceramah dan bising sahaja (itu tidak kena, ini tidak kena).
Semoga berjaya ustaz! Tulis skrip molek2 deh! Bagi terkesan terus sampai ke hati!
@Harimau Tua,
teringat kepada perbualan ana bersama senior-senior manager dalam bank muamalat dan bank rakyat.
sebelum wujudnya bank-bank Islam ni, mereka berpuluh tahun duduk dalam bank konvensional dan setiap hari telinga mereka dijamu dengan kutukan dan sindiran ustaz-ustaz yang hanya mengambil nas mudah mengharamkan keterlibatan seseorang dengan riba. selama berpuluh tahun itulah mereka bersabar kerana mereka tahu, cita-cita untuk menubuhkan bank Islam, mustahil boleh dibuat tanpa basis yang memerlukan mereka bekerja, memahami sistem, memahami pasaran di dunia bank ribawi itu.
besar pahala ustaz-ustaz yang mengecam berpuluh tahun itu. akhirnya senior manager ini jadi tepu dan tegar… akhirnya mereka berjaya membawa semua langkah awal yang dah diusahakan itu, kepada terbentuknya bank-bank Islam yang ada sekarang.
tanpa catatan nas, tidak semestinya bertentangan dengan nas. kerana ia adalah ruang ijtihadi yang tiada nas sarih untuk menghukumnya.
@Harimau Tua, anda ini, pemikiran skema macam buku teks.anda skor SPM/MCE dulu ke?dapat A1 all subjects? cubalah fahami konteks perbincangan berbanding sentiasa nak quote hujah dari quran, hadis, ijma’ secara terus lantaran melihatkan maksud literalnya yg dirasakan selari dengan hujah kita…fahami konteks da’wah yg ingin diterapkan dengan penglibatan ustaz hasrizal dlm filem ni.timbangtarakan prioriti (anda org da’wah dan tarbiyah, hihi) pasti faham konsep mudah fiqh muwazanah dan aulawiyat kan (ni silibus sekolah…anda kan dapat A1 dalam subjek syariah, siap boleh berhujah lagi), takkan tidak mampu memahami konsep mudah ni…jangan terasa hati ye, saya cuma memberikan pandangan.berhujah dgn melihat nilai ilmu. minta maaf, ayat saya kurang manis dan lembut berbunga…
@hambatan sufi, saya tidak mengmpu ustaz, ye…jangan salah faham…hihi
@Harimau Tua, Assalamualaikum..
Teringat saya pada komen Dr Mohd Asri Zainul Abidin, golongan “agamawan” terlalu pantas mengharamkan tetapi lambat untuk memberikan pilihan. Ramai yang mengatakan filem-filem atau drama-drama kita terlalu banyak unsur-unsur maksiat, syirik, tidak ada penerapan nilai-nilai murni atau agama dan sebagainya tetapi pada masa yang sama kita tidak memberikan “option” yang lain kepada penonton-penonton kita. Sedangkan secara asasnya jika ada yang haram pasti ada yang halal. Aneh jika ada individu yang begitu kritikal terhadap Ustaz Hasrizal kerana pembabitan beliau dlm bidang ini, mungkin mereka juga perlu mengkritik dan menegur Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz kerana beliau telah lebih lama menyumbang pandangan terhadap penerbitan drama. Drama Mencari Az-Zahra yang biasa ditayangkan di Astro Oasis merupakan drama yang dihasilkan dengan mendapat pemerhatian dan pandangan Dato’ Abu Hassan Din AL-Hafiz. Sedangkan Ulama sehebat beliau sendiri secara tidak langsung mengiktiraf method ini, mengapa ada yang begitu kritikal.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum, ustaz.
diagnosis sebenar dan rawatan dari akar umbi vs rawatan simptomatik
saya suka anologi ustaz. Tepat! Perkara ini lama saya fikirkan berikutan masalah sosial di tempat kami-mengubah dari akar umbi, tapi saya gagal melahirkan anologi yang tepat seperti ustaz. Bukan hanya menghukum, dan terus menghukum. Mad’u boleh jadi bosan, lari dan sukar untuk didekati.
Ustaz menjadi inspirasi saya untuk berdakwah dan mendekati mad’u melalui fitrah mereka. Terima kasih ustaz
Alhamdulillah, saya faham akan pendirian ustaz. Semoga usaha dan niat ustaz untuk berdakwah dan terus bergerak dalam masyarakat diberkati dan dipermudahkan Allah. Kita perlukan lebih ramai lagi daie yang BERANI untuk MEMBERI secara EFEKTIF dan PROAKTIF. Saya doakan yang terbaik untuk ustaz dan kita semua, in sha’ Allah.
Salam Cinta Sempurna…
Syukran ustaz menjawap berkenaan hal ini.Dunia artis dilihat dengan dunia gelap yang penuh kemaksiatan.Dan ini dibuktikan dengan gaya hidup para artis kita.
Kegelisahan dan mungkin teguran untuk ustaz berhati-hati bahkan menolak penglibatan ustaz dalam dunia ini secara lateral mempunyai asas yang kukuh.
Takut ustaz terlibat sama,terpalit sama,dan memilih jalan yang sama.Ia sekali lagi telah terbukti dengan daie yang sudah-sudah.Masuk kedalam dengan niat meng”islah”kan dunia artis,dan akhirnya artis pula meng”islah”kan daie.
Tetapi ustaz meletakkan asas yang cukup kuat yang bagi ana bukan alasan itu dakwah tetapi tidak tertarik.Betapa ramai yang mengunakan alasan dakwah( kulit barangkali) tetapi akhirnya longlai diasak hedonisme. Tetapi meletak batas tidak tertarik itu bagi ana lebih kuat dan mantap. Tidak tertarik dengan tergedik-gedik masuk TV,tidak tertarik apabila jumpa dengan artis.Semuanya dilalui dengan biasa-biasa.
Melihat mereka sebagai artis,disitu akan terfikir HARAM dan DOSA. Jika melihat mereka sebagai mad’u, disitu akan difikirkan lubuk PAHALA.
Apa-apa pun ana masih melihat ustaz,masih sebagai ustaz. Ustaz yang boleh duduk dari subuh sampai dhuha bersembang dan berkongsi tentang masalah umat. No doubt about it so far,insyAllah now and ever. Amin…
salam.
nak tanya sket ustaz, kalau gitu, maknanya saya bolehlah produce teater yang melibatkan lelaki dan wanita. dan saya pun bolehlah mengambil pelakon wanita yang tidak bertudung dan berpakaian yang menampakkan aurat?
mohon penjelasan.
penggiat teater yang keliru
Ustaz…
Anyway this is not about the articel you wrote tetapi
saya semalam telah terbaca satu blog yang menggangu saya semalaman……boleh ustaz komen tentang blog ini….kerana disini syarikat saya terdapat 2 orang
muallaf ( Japanese & Indian ) yang memeluk islam didepan saya dan apa yang blog ini bertentangan dengan apa ynag telah saya ketahui.
http://www.mymki.com.
Harap ustaz dapat memberi komen sedikit tentang ini
dan diharap mail saya ini tidak disiarkan.
yang mencari Jawapan
Seorang rakan pernah bertanya saya,
“Glass half-full or half-empty?”
Saya menjawab,
Drink the water and there you go – glass fully empty. Clear the uncertainties and u’ll get the answer. =)
eheh cerita di atas xde kena mengena kot. Tapi saya tertarik nak melihat bagaimana reaksi dan approach yang ustaz ambil untuk tackle situasi ini. Juga untuk melihat bagaimana reaksi dan penerimaan masyarakat dan orang-orang lain.
All the best, ustaz! Fi amanillah. =)
salam’alaik..
ini kali pertama saya memberi komen dalam laman ust.
mungkin komen saya bersifat malukut di tepi gantang. namun, falsafah ‘erti hidup pada memberi’ mengajak saya untuk memberi sesuatu. subhanallah, saya rasa agak terkejut dan teruja dengan kejayaan ust melangkah kaki ke dunia seni. apa yang saya ingin katakan, agar kehadiran ust diterima baik dalam dunia fitnah ni, teruskanlah..kita perlukan golongan2 da’ie yang mampu mentarbiyyah golongan seni agar perjuangan mereka dalam dunia seni berkiblatkan akhirat dan bermotifkan iman dan islam…
dunia dakwah adalah dunia yang cukup luas..apatah lagi uslubnya..
saya cuba memahami uslub yang ust gunakan kali ni..
cuma saya yakin tentu ust sudah sediakan memikirkan segalanya sebelum berkeputusan untuk menjengah ke dunia seni..moga ummu saif, yop, naurah, imad dan baby juga telah disediakan ke arahnya..
teruskan usaha dakwah ustaz..
cukuplah ALLAH yang Maha Memahami jika tiada yang memahami tindakan kita
Akhirnya the right person at the righ place! siirru ‘ala barakatillah
Salam,
Semuanya kerana niat.
Ingatlah sesungguhnya syaitan itu boleh mengubah niat kita dengan bermacam cara.
Tetapkan niat dan berhati-hati sesungguhnya syaitan juga ada niat.
Sempurna lah selagi niat yang sempurna
Wallahu’lam
Assalamualaikum.
Sekadar pandangan peribadi.
Ustaz telah menerangkan mengapa terbabit di belakang tabir kisah Cinta Sempurna yang diperkatakan ini. Jelas, pembabitan ustaz bukan bermakna seorng da’ie ini rela dengan maksiat yang berlaku di kalangan bintang-bintang yang menjayakan cerita ini. Dengan menganggap para artis ini sebagai golongan yang perlu diajak kembali kepada agama, ustaz mengambil langkah ini untuk lebih mendekati dan mengenali.
Secara positifnya, mungkin dengan usaha ustaz terlibat dalam penghasilan skrip kisah ini, akan menjadi asbab turunnya hidayah Allah buat para artis yang terlibat. Kerana mahu atau tidak, mereka perlu membaca skrip dan menghayati watak. Dengan skrip yang baik akan memungkinkan menarik hati para penonton juga. Dan mana tahu, menjadi asbab juga turunnya hidayah Allah buat para penonton di luar sana. Berapa banyak skrip dan cerita yang dihasilkan dalam negara yang langsung tidak mendidik jiwa manusia, samada para pelakonnya mahupun penonton? Mengapa mereka yang diberi kelebihan oleh Allah memahami Islam tidak menggunakan peluang yang diberi untuk mengubah corak cerita yang dihidangkan kepada ummat? Secara logik akalnya, saya yakin, dengan status ustaz, sudah tentu ustaz telah menilai dengan sebaik-baiknya, memohon petunjuk daripadaNya, sebelum BERANI terlibat dalam kisah Cinta Sempurna ini.
Wallahualam.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya memahami posisi Ustaz dan berdoa Allah memberikan kekuatan taufiq dan hidayah walau apa peran yang Ustaz panggungkan ke pundak, meski kepala saya sendiri sedang berasap mengadap marak api Gagasan Persuratan Baru.
Saya sebenarnya pernah dilanda dilema serupa tatkala mendepani seni kreatif. Mujur Ustazah Ummu Hani dan Ustaz Zaid Akhtar menyuntik motivasi.
Tatkala Ustaz menyebutkan frasa falsafah seni, saya tersentuh. Saya ni orang seni yang lemah dari sudut ilmu Wahyu,jadi dengan rasa bahagia saya mempelawa Ustaz dan Pak Din untuk set a team yang memberi panduan kepada saya dalam membentuk satu lagi gagasan persuratan yang lebih baik dari Gagasan Persuratan Baru- Gagasan alternatif yang mencetus MAHU sekaligus memberi TAHU, bagi menujah ummah menuju MAMPU. .Of course sebuah gagasan persuratan yang selamat dari unsur-unsur yang mengugat seniman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Kiranya Ustaz terima, saya amat berbesar hati.
Wallahualam.
“cubalah fahami konteks perbincangan berbanding sentiasa nak quote hujah dari quran, hadis, ijma’ ”
“sindiran ustaz-ustaz yang hanya mengambil nas mudah mengharamkan keterlibatan seseorang dengan riba”
“ustaz memilih untuk terlibat dan seolah2 berbangga dengannya. Perlukah untuk terlibat?”
“Ustaz yang boleh duduk dari subuh sampai dhuha bersembang dan berkongsi tentang masalah umat.”
“dimana Allah temukan suatu jalan untuk kita sampaikan mesej Islam, di situlah kita kna sampaikan”
“tangani masalah sebenar, masalah yang kelihatan akan turut terawat sama.”
“terperangkap di antara TEGAS dan EGO.”
“cara ustaz lagi sekali saya nyatakan dipandang sebagai sesuatu yg menongkah arus”
“fitnah tetap fitnah”
“Ustaz dan Pak Din untuk set a team yang memberi panduan kepada saya”
a team = penyokong + pembangkang?
Assalamualaikum ustaz..
Moga terus diberi kekuatan oleh Allah yang mana Dia itu cukup tahu keperluan hambaNya dan cukup tahu ke mana hambaNya itu ditujukan. Suka ana utk memberi sedikit komen. Mesti ustaz kadang2 terasa sedih bila bc komen sahabat2..mgkin kdg2 rasa gembira bila ada yg terus-terusan memberi sokongan..itulah.. pandangan manusia berbeza-beza. ana cukup berpuas hati dengan artikel kali ini. dar post yg sebelumnya, ana kurang jelas berkaitan keterlibatan ustaz dlm ‘cinta sempurna’ ni…dan posting kali ini membawa seribu satu mesej yang tersembunyi..
“Industri seni ini hanya sekadar satu tanggungjawab dakwah yang Allah temukan. Setelah bertemu, mungkin soalan berdosa terbabit, boleh berubah kepada berdosa jika tidak terbabit. Namun dakwah tetap dakwah.”
dimana Allah temukan suatu jalan untuk kita sampaikan mesej Islam, di situlah kita kna sampaikan.. untuk shbt2 yg mgkin memberi komen yg agak sinis, ana sarankn anta/ti bc posting ni sekali lagi.. adakah kalian ingin memilih tempat untuk berdakwah???tempat yang sesuai..tempat cantik2..tempat ramainya org yg boleh melihat kalian berdakwah..fikirkan dn renungkan..
“DIMANA-MANA SEKALIPUN ALLAH MENYEDIAKAN TEMPAT UNTUK KITA SAMPAIKAN MESEJ ISLAM YANG KITA SAYANGI INI, MAKA AMBILLAH IA DAN TERIMALAH. KERANA BELUM TENTU KAMU AKAN DIBERI PELUANG SEBEGITU RUPA BAHKAN KAMU MUNGKIN AKAN TERUS JAUH DARI TUGAS SEBAGAI DA’IE.ITU YANG PATUT KITA BIMBANG-BIMBANGKAN”
semoga ustaz terus kuat..
shukran di atas perkongsian ustaz..
ana seperti mengutip mutiara-mutiara yang cukup berharga..
shukran..
sekadar pandangan
salam saya stuju ustaz…
saya tidak rela filem2/drama spt anunya dlm botol atau genre homo yg seangktan sperti ini..atau drama biasa di tv2 malaysia spt spaQ atau matahari mendominasi pemikiran anak muda yg semakin hanyut dan seronok (golongan yg seiring dgnnya) bila drama2 spt ini dikeluarkan…
sy lebih rela melihat pendidikan melalui seni ini dihasilkan oleh orang bijak agama spt ustaz daripada org yg ‘spt bijak agama’ (e.g raja azmi) dalam langkah untuk menyelesaikan masalah moral/etika kehidupan manusia zaman moden ini…..tidak ustazz!(teremosional seketika) he he
terima kasih kerana berusaha untuk turun padang…dalam dunia yg amat parah ini…
hanya Dia saja yg tahu hikmahnya..subhanallah..
Salam..
Maaf lari topik sikit
saya cuma nak bertanya, apa pendapat ustaz ttg perkara ini, iaitu seorang ustaz yang membacakan doa sebelum bermulanya sebuah rancangan yang terang terangan adalah ‘lagha’ (read: akademi fantasia). Saya konfius. TQ
@umisha, self-answered question.
ustaz secara dasarnya, saya kepingin melihat drama yang dialurkan dalam konteks islam sepenuhnya. Hemah saya,
adalah apabila ustaz mula mendepani drama/filem secara moralnya, saya mahupun sebilangan peminat di sini,
mahukan ia dikeluarkan dengan konteks islam secara penuhnya. ..kita tiada drama yang berani mendepani islam secara seluruhnya.
Ya,,,saya memahami istilah dan prinsip ustaz dalam menyebarkan dakwah kepada ramai artis..namun kita pendakwah seolah menekan diri mengikut rentak mereka dan bukan mengikut rentak kita….adakah dakwah itu disalurkan secara air yang tenang sahaja sampai bila-bila…
Hmmm…maaf, saya agak kritis dengan kemasukan ustaz dalam genre drama ini…
pada saya, sudah sampai masanya, ustaz menggunakan prinsip bahawa drama islam semestinya dengan dasar islamik sendiri. saya juga bercita-cita mahu menerbitkan drama yang unsur islam, aurat itu ditekankan..namun saya bisa ngerti bahawa banyak sekali kajian
dan tentangan dari ramai pihak…mungkin tiada siapa lagi berani mahu meletakkan karya islam setanding bait kata-kata di dalam penulisan. Dakwah kini meluas ..tepuk dada tanya selera…
Namun, tahniah kepada ustaz dan pemahaman saya mula terbuka dan setiap kita mempunyai objektif dalam menyampaikan dakwah dan karyanya…salam tahniah kepada semua. Semoga ia menjadi titik tolak kepada penemuan karya islam seterusnya mendefinisikan tarbiyah.
Salam perjuangan ya ustaz! pesan saya, selamat memasuki dunia penuh glamour dan berhati-hati dengan berbagai rencah manusia..
SALAM PERJUANGAN…saya sebagai peminat ustaz mengalu-alukan penglibatan ustaz, namun semoga ia menjadi permulaan ustaz melibatkan diri dengan genre islam sepenuhnya…insyaAllah
@mardihah~~,
soal menguatkuasakan penutupan aurat dalam drama bukan soal berani dengan prinsip atau takut. untuk saya, apa yang saya nak takutkan agaknya? takut skrip tak laku? takut artis benci? tiada apa yang nak ditakutkan.
menangguhkan soal aurat bukan kerana saya berdakwah mengikut lenggok mad’u dan menggadai prinsip saya.
prinsip saya ialah, bezakan antara masalah sebenar dengan masalah yang kelihatan, tangani masalah sebenar, masalah yang kelihatan akan turut terawat sama.
prinsip itu konsisten sejak dahulu sampai sekarang. alhamdulillah
langkah bijak yang saya rasa sgt2 bersetuju dengan cara ustaz..
kerana..menunjukkan contoh yg baik itu lebih berkesan dari kekerasan dan keganasan.. kerana saya sendiri xsuka didesak dan di paksa2.. mungkin, dengan cara ustaz ni..mampu membuka mata..membuka minda membuka nurani mereka untuk lebih bijak dan tahu menilai….
*saya doakan kejayaan ustaz dari jauh..
Terima kasih ustaz, begitu rupanya. Sesungguhnya kita akan belajar dari banyak idea dan amatan masyarakat. Sya juga tidak lari dari konsep betapa susahnya menekankan kawan hatta adik beradik sendiri untuk bertutup litup atau menutup aurat.
salam ustaz
komen-komen negatif atau positif,sebenarnya diorang nak cakap
KAMI SAYANG USTAZ!
tu je…
pape pon,bagi saya,artikel ni penuh dengan isi yang perlu semua orang mengaku islam dan daie’ untuk amik…
mabruk ustaz!
refer :mencari jawapan
ustaz..sy dah tgok gak blog http://www.mymki.com/
“Masa zaman dulu, AXION/ Sunlight sabun pencuci bukan nya ada sangat…so, obviously Rasullulah SAW suruh kita cuci pakai air tanah ”
ayat die.. wajar ke ustaz..
salam ust…saya ada shbt yg kuat dakwahnya,namun ckp nya sentiasa berapi,pantang ada student merokok,dikutuknya,siap dgn dalil quran lg…yg bercouple dipandang hina..dikatakan menghampiri zina,hafal quran,tp takde akhlak..berseluar jeans(walaupun sebenarnya tak haram pun)…..mcm2 lagi lah.seolah-olah mereka ini dipandang sbg musuh,yg tidak ada harapan kpd perubahan,tidak memberi kesan baik kpd agama islam langsung..apabila saya fikir ucapannya,mungkin betul sbg org yg memperjuangkan kebenaran kononnya,namun yg dikatakan usaha DAKWAHYA itu,hanya menjauhkan masyarakat darinya..msykt hanya memandangnya sbg org yg mencari kesalahan org lain..di mana hikmah dakwahnya itu..padahal org spt ini(termasuklah artis) lah yg perlu didakwah dgn lembut n penuh kebijaksanaan…andai nabi Musa berjumpa dgn Firaun yg zalim lagi mengaku tuhan,di dakwah dgn kata-kata yg lembut,inikan pula mereka yg terlibat dgn dunia seni,yg tidaklh smpai tahap kufur..
saya sgt menyokong tindakan ust dalam mendekati dan berdakwah kpd artis..mereka ini golongan yg perlu dibimbing dan dipimpin..bukan dihina da diterjah(tdak meredhai kemaksiatannya)..hanyalah dgn satu tujuan utk kelangsungan dakwah ke seluruh alam..
nampak sangat entry ustaz kali ini lebih kpd beralasan untuk menyedapkan hati ustaz. namun saya bukanlah arif untuk menjustifikasi keputusan orang berilmu seperti ustaz. mintak ustaz hati hati dengan tindakan sensasi ini… saya doakan yang terbaik.
@wan74,
bagaimana saudara boleh arif menilai saya tetapi tidak arif dalam mendatangkan alasan dan hujahnya? saya sedapkan hati saya? memang saya kena sedapkan hati saya dan saya jelaskan hujah-hujah saya. jika tuan menilai saya tetapi tidak arif dalam menjustifikasikan penilaian tuan, bermakna tuan menilai saya sekadar menurut sedap hati tuan.
saya mendambakan nasihat-nasihat yang ada isi. bukan ketukan yang sumbingkan pinggan
@Abu Saif, maaf ustaz, saya bukanlah penulis profesional untuk berhujah dengan ustaz. cuma jawapan ustaz agak egoistik. saya hanyalah pelayar internet sambilan yang mencari cari manik manik kebaikan dari lautan maya ini buat mengisi kegersangan perjalanan ini. jawapan ustaz membuat saya rasa tersinggung memandangkan ianya dari insan yang saya kagumi ilmu dan pengalamannya. saya rasa A. Kadir Jasin lebih berhemah dalam melayani pembaca pembaca blognya.
@wan74,
Saya minta maaf dan beristighfar atas ego yang dikesan. Percubaan untuk mempertahankan pendapat memang mudah menjadikan seseorang itu terperangkap di antara TEGAS dan EGO.
Andai penegasan saya ialah sebuah ego, maafkan saya.
Cuma point dalam kenyataan awal saya remain iaitu, saya ingin mengetahui asas penilaian saudara kepada saya. Asas itu perlu diterangkan supaya saya boleh mengambilnya sebagai bahan muhasabah.
Afwan
alamak ko ni wan74..ko y start2 komen ustaz.
“nampak sangat entry ustaz ni alasan nak sedapkan hati” ek?
aku baca pun sakit hati..
pastu nk merajuk2 plak bila ustaz balas..
tengok prioriti la..mana yang nak diterjemah dlm lakonan tu..cinta yang diredhoi ke penutupan aurat..??kita jgn ingin menjadi ‘islamik’ dengan mengenepikan susur galur tarbiyah..buat satu2…bermula dengan cinta yg syarie..kemudian,, kalau ust dah bersedia,, jd pengarah filem pulak,filem yg substance nya islamik,,insyaAllah..bukankah ulama harus mendepani??salahkah berlakon dalam islam??
yupp..dats the word. Kami SAYANG ustaz..= ) Saya percaya ustaz telah membuat keputusan yang terbaik and I respect your decision. We all should, indeed. Terima kasih juga buat ummu saif yang sentiasa memperlahankan langkah kaki ustaz kesayangan kami ni, yang ‘adakalanya pantas dan ada kecenderungan untuk terbabas’..(just quote).
Semoga terus tsabat di jalan ini, akhi.
Teruskan ustaz, kuatkan semangat. Saya juga ingin terlibat, melibatkan diri. Diharap ustaz dan pendakwah yang lain bekerja lebih keras bagi mencorakkan indusri filem/drama kita yang sedang hanyut di arus hedonisma dan pengaruh2 sesat lagi syirik.
Semoga Ad-din tidak hanya di mimbar-mimbar, pentas2 ceramah/forum, kuliah2. Jadikan islam mendekati hati manusia dari segenap sudut dan arah.
Teguhkan pendirian ustaz, cekalkan hati, disamping bermuhasabah. Semoga Allah memberi hidayah dan memberkati perjuangan ustaz serta pendakwah yang lain.
salam
saya dah baca sinopsis nya drama itu dan watak ustaz nazri dalam telefilm tu macam kata ustaz la..maybe 20 percent je kot..:)
kadang2 kita tak nampak maslahat lagi besar dalam tindakan kita.ramai manusia menetapkan hukuman dan peraturan tapi bukan bagi kefahaman.buka aurat memang salah,x da sapa kata x salah.tapi ada lagi kesalahan yang lagi besar ya`ni tak ada kefahaman terhadap Islam itu sendiri.soal aqidah dan iman yg goyah tak dipandang penting.
bayangkan ada sebuah pohon yg mengganggu hidup kita.kita potong rantingnya,akan tumbuh ranting baru.potong lagi tumbuh lagi.lagi baik tebang je pokok tu.setel problem.sama macam masalah yang kita hadapi sekarang.tak pakai tudung,pergaulan tanpa batas,dan macam2 lagi.semua tu adalah ranting.masalah pokok adalah masalah iman,aqidah dan kefahaman.kefahaman yg jelas membentuk aqidah yg sejahtera dan iman yg mantap.
mungkin cara ustaz dilihat seperti menongkah arus oleh sebilangan orang.tapi tetap tak lari daripada syariat rasa nya.x melakukan yg haram.mungkin kebaikan yg lebih besar ada di penghujung jalan dalam keterlibatan ustaz walaupun sedikit dalam produksi tersebut.
kalau kita takut ehidupan artis itu menyebabkan kita sendiri terjebak dalam kancah maksiat maksudnya kita menghukum untuk meninggalkan mereka yang tidak cukup kefahaman Islam dengan dunia mereka sendiri.bukan mahu membantu mereka.bukan bermakna kita join dalam dunia itu kita juga terlibat dalam maksiat.Kita tak bersama dunia mereka tapi kita bersama dengan mereka untuk membawa mereka ke arah yg lebih baik.
mungkin cara ustaz lagi sekali saya nyatakan dipandang sebagai sesuatu yg menongkah arus.tetapi harapnya disitu ada kebaikan yg menanti.
semoga sentiasa dalam redha Allah
Saya harap usaha-usaha seperti Ust Abusaif lakukan ini dapat sedikit demi sedikit mengikis genre-genre yang ‘entah apa-apa’ di dalam industri drama dan filem tanah air.
Bagi yang tidak sependapat dengan Ust Abusaif, cabarannya adalah terlibat dalam penghasilan produksi yang difikirkan ideal dengan idealisme masing-masing. Sekurang-kurangnya menghasilkan filem pendek untuk produksi youtube menggunakan camcorder.
sebenarnya inilah masalah kita dalam memahami dakwah.
seperti orang kafir harus memakai jubah yang disediakan sebelum boleh masuk untuk melawat masjid tanpa mahu didakwahkan kepada mereka erti Islam yang sebenar.
barangkali kita masih terkapai-kapai dalam melawan budaya hedonisme yang melanda umat Islam.
kita kalah melawan media barat.
kita gagal memproduksi produk makanan dan sebagainya untuk menyelamatkan perut-perut dan hati umat Islam.
kita gagal membina budaya yang membantu masyarakat memahami Islam.
dakwah kita masih berlegar disekitar masjid.
dakwah kita masih terus bersifat menghukum sebelum memberikan kasih sayang.
pendakwah kita masih gagal berkreatif mendidik umat mendekati Islam sebagai cara hidup.
Cinta Sempurna memang sebuah drama dakwah. namun mestikah sebelum sampai makna dakwah itu kesemuanya manusia yang mentaati syariat?
inilah mad’u kita. kita berikan mereka peluang untuk terbabit dengan gerak kerja kita. binakan keselesaan untuk mereka mudah dekati kita.
sebenarnya kita gagal melihat keutamaan dalam berdakwah dan hanya melihat sisi-sisi yang sebenarnya mampu untuk diperbaiki
Ketika saudara anwar ibrahim berkobar- kobar untuk menyertai UMNO untuk menyedarkan mereka , seorang sekutu beliau mengingatkan beliau
“mahu membersihkan lubang najis , tindakan masuk ke dalam lubang tersebut untuk membersihkannya bukanlah satu tindakan yang terbaik , sebabnya sedikit sebanyak najis itu akan terpalit pada badan/baju kita , tindakan yang lebih baik dari itu sebenarnya ialah , bersihkan ia dari luar sahaja kerana najis tetap najis”
Kesannya selepas saudara anwar ibrahim menyertai UMNO?
@a.bu,
Entah-entah kita semua ni dah kat dalam lubang najis tapi kita tak sedar …
@a.bu,
bagaimana dengan pembabitan PAS dalam Pakatan Rakyat?
berkawan dengan DAP?
anwar ibrahim masuk untuk betulkan UMNO melalui pintu politik. dia menjadi sebahagian daripada UMNO dan sistem berkenaan. Apakah kegagalan jalan politik juga bermakna jalan dakwah pun tertutup sama?
saya bukan pelakon, penerbit, atau pencacai mana-mana artis. hanya menyumbang idea untuk skrip.
analogi itu sudah berusia 25 tahun… perlu lebih teliti dalam mengembang-ngembankannya…
@a.bu,
Salam.
Pendapat saya, hakikat berusaha dan mendapat hasil dari apa yg kita usahakan adalah dua perkara yg berbeza. Kerana hasil dari usaha kita adalah hak Allah…(bukan penyokong Amwar Ibrahim
)
Umum tahu akan besarnya pengaruh dunia hiburan dalam kehidupan masyarakat masakini. Malah saya pasti, ia adalah salah satu senjata yg digunakan barat untuk membuatkan masyarakat Islam alpa.
Sepanjang pengamatan saya setakat ini, pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Ust. ada dua alasan:
1. Takut Ust. terjebak sama
2. Mereka berpendapat ada ramai lagi mad’u lain di luar sana yg boleh didakwah…
Untuk alasan pertama, saya berharap ust. sudah membuat persediaan yg secukupnya. Tidak dinafikan…syaitan ni penuh dengan strategy. Lain sasaran, lain caranya… Namun saya pasti, di sekeliling Ust. ada pakar2 rujuk dan rakan2 berilmu yang boleh berkongsi pendapat dan memberi peringatan.
Untuk alasam kedua, saya rasa, ada benarnya juga…cuma, dalam berdakwah, bukankah kita harus sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan dakwah dengan cara yang lebih efektif?
Di Malaysia sekarang ni…ke arah mana pun kita pandang, sungguh menyakitkan mata. Remaja2 terutamanya, hanyut dengan budaya yang entah apa2. Kita mahu kata mereka salah? Mereka tidak mencuri, tidak merompak…malah tidak mengganggu orang lain…mereka hanya buat hal mereka sendiri…pada mereka…apa yang mereka buat adalah BETUL kerana menurut “kayu ukur” yang mereka gunakan, mereka sememangnya BETUL.
Remaja2 yang seperti ini, mustahil akan ke masjid dan ke tempat2 saluran dakwah yang seumpama dengannya…Mereka adalah golongan yang hanya mahu berseronok = mencari hiburan. Maka seharusnyalah HIBURAN menjadi saluran dakwah untuk mereka.
Saya sokong tindakkan Ust. Percayalah, langkah Ust. hanya baru bermula. Ini hanya anak tangga pertama. Tidak semestinya juga “Cinta Pertama” ini akan berjaya tapi apa hak saya untuk mengatakan yang ianya akan gagal? Yang penting, kita harus mencuba dan memperbaiki usaha kita.
(saya cuma risau, orang yg akan menonton drama ini hanyalah kita2…sahaja. Harap Ust. juga boleh membuat kajian tentang sudut mana yang sebaiknya disentuh dalam menyampaikan dakwah melalui hiburan ini…untuk masa2 yang akan datang).
p/s: Sekadar memberi pendapat, – AB -
Salam,
I read this somewhere :
‘Kita takkan pernah tahu, dari manakah daulah itu akan tertegak. maka cubalah dari penjuru mana pun!’
Think think think!! Jangan Emo!
Salam,
Tertarik saya untuk memberikan pandangan,
Didalam majalah i keluaran Mei 2009, didalam artikel mengenai Pengerusi JCorp dimana pengerusinya, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali hj Hashim ditanya tentang pemboikotan KFC yang dimiliki oleh jCorp.
Beliau mengatakan bahawa adalah lebih baik beliau mengislamkan KFC itu daripada memboikotnya, plus, hanya 6 % daripada pendapatan KFC dibayar kepada pihak AS dan selebihnya kembali kepada rakyat Malaysia.
Mungkin, sestengah pihak akan mengatakan bahawa Tan Sri ingin menjaga ‘periuk nasi’ nya,tetapi pada saya Tan Sri melihat perkara ini lebih jauh dimana beliau mempunyai harapan untuk menguasai pasaran KFC seluruh dunia dan beliau dalam proses melakukannya dimana JCorp sudah mengambil alih KFC di Singapura dan Brunei.
Pada pandangan peribadi saya, situasi sama dialami oleh Ustaz dimana Ustaz mengambil pendekatan ‘menyertai ‘ industri seni dengan niat mengubahnya,
Saya menghormati dan menyokong pendirian Ustaz dan saya amat berharap untuk melihat industri seni kita berubah,
“The journey of a thousand miles starts with a single step.
Salam.
assalamu’alaikum wbt,
kita selalu menuding jari pada orang lain, tanpa menyedari 4 jari menuding ke arah diri sendiri.
kita selalu mengomen kesalahan orang tanpa sedar kesalahan sendiri.
kita selalu lupa untuk menilai diri kita setakat mana dakwah kita selama ini?
kita selalu alpa untuk berfikir mencari ruang & peluang berdakwah.
yang kita tahu membungkam orang lain.
yang kita tahu dia salah aku betul.
walhal si dia itulah yang mengambil inisiatif untuk berdakwah.
sahabat-sahabat,
ubahlah cara berfikir,
ubahlah cara menilai,
usaha itu tidak akan tertegak tanpa si pemula,
usahlah dibungkam sedemikian rupa,
seharusnya kalian mendoakan; agar dakwah di media massa ini berhasil memberi input dakwah kepada masyarakat.
-salam ukhuwwah & kasih sayang kepada semua & ust hasrizal-
wassalamu’alaikum wbt
salam ustaz.
ni kes sama macam ‘Berdakwah Melalui Blog’..
hati manusia, Allah yang ‘pegang’.
saya sangat kagum dengan Murali Abdullah. berdakwah melalui mediumnya sendiri. kekuatan & kelebihannya digunakan untuk berdakwah melalui seni
Dulu pernah dibincangkan isu beberapa aktress Mesir yang bertaubat kemudian mengikut hidayah, meninggalkan dunia filem/drama, namun kesukaran untuk mencari rezeki di bidang lain menyebabkan mereka masuk semula ke bidang ini, tetapi dengan kekal menutup aurat. Hujah beberapa ilmuan adalah bersandarkan antaranya kata2 Umar RA bahawa, “Tidak ada satu tempat pun yg aku berdiri pada zaman jahiliyyah, melainkan aku berdiri di tempat itu (menyeru) di zaman Islam”.
Cuma secara peribadi, akhi, ana merasakan bahawa enta tidak perlu terlibat hingga ke tahap promosi. Mungkin stand Akh Habiburrahman Syirazi dgn filem AAC (jika tidak silap) memadai.
Assalammualaikum w.b.t.
Apa yg sy leh katakan,
stiap dakwah yang ingin disampaikan boleh dismpaikn melalui pelbagai cara selagi cara tersebut halal dan baik…
pendapat sy sndr, tindakan ustaz adalah wajar dan yg penting niat ustaz adalah utk berdakwah ke jln Allah s.w.t., tu saja…
sbnrnya ni 1st tyme sy baca blog ustaz dan sy sgt terharu dgn cara penulisan ustaz..
sy sndr kagum dgn ustaz2 yg ada di universiti sy skarang nih yg xpnah pndg hina pada plajar yg x kisahla bertudung atau tidak.. tp mereka masih mmpu memberikn nasihat scr halus ttp menusuk kalbu.. sma spt ustaz sy rasakan…
sjujurnya sy hmpr menangis apbla sy bca blog ustaz.. ntah knp sy pon xpasti.. tp peringatan ustaz ckp kuat bg sy.. sy doakan apa yg ustaz ingin smpaikn akan berkesan dan InsyaAllah, niat yg baik disertakan dgn keredhaan Allah s.w.t…
Amin.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, artikel kali ini amat mantap dan menjelaskan betapa pentingnya kita menyelesaikan masalah yang paling utama bukannya menyelesaikan masalah yang di hadapan kita.
Apakah sebabnya seseorang itu tidak menutup aurat? Apakah sebabnya seorang itu bergaul bebas. Sesungguhnya ini semuanya kerana lemahnya aqidah dan kurangnya rasa takut terhadap Allah taala.
Di kala membaca artikel ini, teringat saya kepada amaran Allah bahawasanya ketika di akhirat kelak, terdapat seorang hamba Allah yang kuat dengan amalannya tetapi tidak pernah berusaha untuk mengajak orang bukan islam mengenal Allah. Orang bukan Islam itu akan menjawab kepada Allah mengapa dirinya tidak beriman dengan Allah dengan menyalahkan orang yang kuat dengan amalannya itu kerana tidak mengajaknya ke jalan Allah. Ternyata Allah Maha Adil dan akan membalas orang yang kuat dengan amalannya itu dengan menghumbankannya ke Neraka bersama-sama dengan orang bukan Islam ini.
Sesungguhnya kita harus takut jika hal ini berlaku kepada kita. Pada masa kini, kita nampak maksiat berlaku tapi apa yang kita buat? Apa yang kita usahakan untuk mengubah situasi ini. Ini boleh dikaitkan dengan persoalan mengenai bank Islam tersebut, mereka mula dengan bekerja dalam bank-bank konvensional untuk mendapatkan pengetahuan dalam soal perniagaan. Bukan senang untuk seorang yang tiada pengetahuan untuk terus menceburi sesuatu bidang.
Saya yakin ustaz pada masa ini cuba menggunakan approach dakwah secara hikmah atau halus. Sesungguhnya cara ini lebih banyak membawa kepada kejayaan kerana ia lebih bertumpu kepada mengubah minda, bukannya melahirkan manusia-manusia hipokrit kerana bimbangkan diri dicerca dalam masyarakat. Semoga kita dapat mengurangkan populasi manusia yang namanya muslim tetapi tiada pemikiran Islam. Muslim tetapi bukan Islam merupakan hal yang kita harus tangani secepat mungkin agar orang bukan Islam dapat memahami Islam yang sebenarnya, InsyaAllah.
Jazakallah Khairun
Personally, bagi saya dunia ini masih baru untuk kami sekeluarga khususnya saya sendiri.
Kalau diperhatikan, hal ini menjadi kerisauan semua. Obviously ada concern di situ. Maka kita tak blh ambil enteng akan concern yg timbul demi kesejahteraan Islam itu sendiri. Komen2 yg dihantar atas dasar ikhlas dan persaudaraan Islam. Bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Merely because we love each other.
Maka, saya lebih suka ambil pendekatan memerhati dari jauh sebagai orang luar. Because detik hati awal saya memang tak tenang dengan semua ini. Saya tak mahu cepat melatah, excited even terus terima semua pandangan walaupun nampak bernas sekalipun. Semuanya saya analisa, digest dan sedikit-sedikit saya telan (mana yang betul).
Bukankah itu lebih baik daripada saya tersilap, tersungkur dan mungkin terbabas.
Seperti ustaz cakap, fitnah tetap fitnah. Maka saya mengambil pendekatan untuk menjauhinya sama sekali. Takut untuk bersama fitnah dan memperbetulkannya dari dalam, ilmu saya masih cetek dan pengalaman terlalu zero.
Rasululullah sendiri berpesan untuk menjauhi fitnah. Dan bukannya masuk ke dalam fitnah kemudian berhati2 setelah bersamanya.
Ustaz ada pandangannya sendiri. Maka sebagai isteri saya mengambil pendekatan yang sedikit berbeza agar lebih, extra, quadriple berhati2 (X100).
Kita tak tahu, semuanya masih 50-50, bukannya 100% sure. Bila tak sure maknanya syubhah.
Terus terang, saya tersangat takut dengan AzabNya. Rasululullah dah berpesan akan fitnah akhir zaman. Saya sangat takut…
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)
“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)
Wallahu a’lam.
kadang kadang aku pening tengok korang ni…
aku bukan orang yg ada kelulusan agama tapi kini aku sangat berkehendakkan agama.
to prevent is better than cure(betul ke?)ni pendapat aku je.korang yang ustaz2 ni mampu ke buat mcm ustaz hasrizal?yang korang dok menghentam tu ada ke dalam sunnah?memang la ada maksiat..tapi tak rasa berdosa ke kalau membiarkan maksiat terus berleluasa…nak cegah ikut tahap iman la…ustaz bukan jadi pelakon kan?aku doakan ustaz istiqamah(betul ke?)dalam niat ustaz mencari permasalahan sebenar dari permasalahan sampingan…cuma nak tanya sikit ustaz…semasa penggambaran ustaz ada ikut ke? maaf ye aku x punya bahasa yg indah untuk menyusun ayat…cuma aku kesian tengok diri2 yg memperbodohkan diri agar kelihatan pandai…
Ada 3 scenario:
1. Ada 12 orang dewasa yg istiqamah mendengar kuliah maghrib ustaz mat di surau itu saban minggu. Alhamdulillah.
2. Ada 120 orang dewasa menyertai kelas motivasi ustaz mat saban minggu. Alhamdulillah.
3. Ada 120,000 dewasa yg menonton drama karya ustaz mat di tv saban minggu. Alhamdulillah.
Semoga di akhir ketiga-tiga scenario itu ada hati2 yg menerima petunjuk dam hidayah Allah. Alhamdulillah.
salam !
saya paling suka komen ummusaif ! sangat suka~ er, cari2 surah Annajm: ayat 53, tapi maksud lain.. yang sebetulnye ayat 28 (^_^). mungkin typing error? (^_^)
nway, thanks for the ayat 17: 36 and 17:44 from ummu n abu saif~
thanks heaps !!!!!
Salam semua.
Terima kasih ustaz kerana artikel kail ini. Saya setuju dgn penglibatan ustaz. Melibatkan diri kerana rasa tanggungjawab, walaupun usaha itu kelihatannya sekadar mengalihkan batu-batu kecil. Saya percaya ustaz ada alasan dan tujuan yang jelas dalam penglibatan ini. Saya sendiri lebih suka mendengar dan menonton kerana lebih mudah mendapat kefahaman berbanding membaca, oleh itu saya mendoakan semoga setiap patah kata dalam skrip itu nanti akan mampu mencuit hati setiap hamba Allah yang mendengar dan menontonnya, insya’Allah. Teringat saya pada kisah seekor burung yang berusaha memadamkan api hanya menggunakan paruhnya. Allahuakbar.
Salam Ustaz Yang Dihormati,
Saya adalah penggiat industri drama. Saya sokong ustaz masuk gelanggang.
Rasional saya :
Ada dua kategori drama :
(A.) Drama dakwah secara total. Matlamat tidak menghalalkan cara… Watak ibu-anak atau suami-isteri tak bersentuhan (kecuali mrk benar-benar muhrim di luar drama). Plot utama bertujuan untuk “take side” kepada Islam, mempromosi Islam sebagai agama benar, satu cara hidup, nabi Muhammad sbg teladan, etc. Biasanya dibuat oleh org yang ada kesedaran agama. Ini sangat kurang di negara kita kerana penggiat Industri yg sedia ada sekarang kekurangan ilmu untuk membuatnya (walaupun kesedaran itu ada pada sesetengah penggiat industri).
Jadi, salah kah pendakwah masuk gelanggang membuat drama kategori (A)..mungkin hanya sbg penasihat, pakar rujuk, idea asal, cerita asal? Saya rasa ini lah yg ustaz sedang lakukan sekarang.
(B. ) Drama berlatar Islam, ( ttp bukan drama dakwah secara total ) Idealisme Islam kurang atau hampir tiada. Hanya pelakon wanita dipakaikan tudung, watak-wataknya bersolat, pergi masjid, azan dan petikan beberapa surah al-Quran dan hadis dalam dialog, sedangkan temanya masih cinta dan keluarga. Ia bukan utk mempromosi Islam sebagai cara hidup, penyelesaian masalah ikut kaedah Quran atau nabi Muhammad sbg teladan. Tp lebih kepada hiburan. Adegan ibu dan anak serta suami isteri yang dilakonkan oleh pelakon bukan muhrim dibolehkan bersentuhan/salam/peluk. Drama ini masih boleh ditonton dengan baik kalau semua latar Islam yg disebutkan tadi dibuang di peringkat skrip.
Saya terlibat menulis skrip kategori (B) atas permintaaan dari pasaran (stesyen TV/penontonnya). Tetapi produknya pincang krn tenaga kerja produksi tidak berhati-hati walaupun skripnya dibuat dengan berhati-hati dan ada rujukan. Drama adalah kerja berkumpulan yg ada kait mengait dr satu jawatan ke satu jawatan. Salah satu jawatan buat silap, pincang lah.
Bila agamawan/ pendakwah/orang berilmu menontonnya, mereka kutuk/marah/mencemuh/menghina /ketawakan.
Jadi, soalan saya, wajarkah biarkan :
1. Penggiat industry yang tak berapa soleh/tak berapa berilmu, memaparkan beberapa aspek tentang agama Islam dalam drama kategori (B) dengan niat “cari makan”, “mengisi permintaan dari pasaran”, “kembangkan kreativiti/bakat/mencari kelainan”, bukan dengan niat dakwah? Lalu akhirnya paparan di kaca TV jadi tersasar dan memalukan? Seperti yang saya alami?
atau
2.Penggiat industry dalam kategori (A) yang berkesedaran agama tetapi kekurangan ilmu menyebabkan penonton mencemuh juga, “dakwah tak sampai!”, ‘Bosan”, “terlalu berkhutbah”, “dogma” dan sebagainya.
Atau penyelesaiannya :
Pendakwah seperti ustaz sendiri masuk gelanggang beramai-ramai? Perubahan tak mungkin datang dari luar. Ia mesti di buat dari dalam. Tidak dinafikan, kritikan para pengkritik dari luar memang ada peranannya kepada industry. Tetapi sekadar untuk memberi kesedaran minima kepada penggiat industry. Ia tidak memadai untuk mengubah industry secara maksima . Samada drama dakwah (kategori A) atau drama berlatar Islam (kategori B), kedua-duanya memerlukan penglibatan orang seperti ustaz.
Ini sekadar pendapat. Mungkin saya tersilap. Harap ada yang memperbetulkannya.
salam
teringat hari tu dengar habiburrahman di intervw dlm ikim..bunyi nya agak frust coz pelakon xberjilbab bcoz dia minta kalau boleh yg blakon tu biar berjilbab..tp beliau bgtau nanti insyaAllah saat cinta bertasbih amik yg berjilbab..
suka arr coz agak +ve..even yg 1st beliau xdpt amik yg btl2 mntup aurat, tp ttp xpts asa, buat gak yg 2nd..
start slow2, xkan nak rempuh masuk n org lama nak ikut cara kita as org yg baru masuk..msuk bidang seni dgn niat nak mgubah, fahami kondisi..wallahua’lam
secara zahirnya ana tidak lah menyokong mane2 pihak. cuma yang ana ingin katakan ana bersetuju dengan ust. pandangan yang bernas menjawab segala persoalan yang agak kompleks ini.
jangan disempitkan minda sebagai pendakwah. pendakwah tetap manusia biasa.bukanlah maksum yang tidak layak bercampur dengan semua org yang kurang agamanya…
ustaz…apa yang ustaz buat betul..saya nampak manfaat yang sangat besar lebih dari mudaratnya..
A good man draws a circle around himself and cares for those within. His woman, his children. Other men draw a larger circle and bring within their brothers and sisters. : But some men have a great destiny. They must draw around themselves a circle that includes many, many more. (Quote from 10,000 BC)
@saifuddin, The larget circle we can draw is the one which include not only Muslims and human, but all mahluk. Which make me think, why should we know everybody, when we can know Him, and thus knowing everybody (His mahluk).
assalamualaikum
ust hasrizal,
pertamanya, ana ucapkan tahniah atas pembabitan dalam cinta sempurna.
sebagai anak muda yang pernah merasai gelapnya hidup tanpa iman, ana sokong cara ustaz (dalam hal ini).
saban tahun ana ternanti2 drama2, filem2 dari malaysia yang sarat dengan ilmu dan pengajaran. yang mengajarkan Islam secara tidak langsung kepada penonton.
mungkin usaha ni masih belum setanding dengan filem2 islamik dari indonesia sprt kiamat sudah dekat, sang murabbi, ana tetap mengharapkan usaha ni berjaya menghapuskan, setidak-tidaknya mengurangkan drama2 dan filem picisan lagi tidak bermoral dalam pawagam2 dan televisyen2.
ma’at taufiq
“Apakah matlamat bisa menghalalkan cara?” satu soalan dilontarkan kepada saya.
Sudah pasti tidak, tetapi apakah cara yang dipercepsikan betul dapat menghampiri matalamat? Atau lebih tepat lagi soalannya berbunyi, apakah kejayaan Muslim (tertindas kerana berpesepsi) hari ini, melambangkan cara (yang berpecah belah) itu betul?
100% saya sokong Ustaz, bukan hanya belakang tabir, malah di depan layar sekalipun. Isu jadi serupa Akil Hay itu, isu nafsu, bukan isu matamat. Matlamatnya sekarang ialah mengenal Tuhan yang Islam, bukan mengenal orang yang Islam (Muslim).
saya rasa muhammad perlukan seditkit penjelasan mengenai alternatif-alternatif tambahan yang boleh digunakan oleh para daie untuk berdakwah….dalm era ict kini, pendakwah diberu kelebihan untuk memanfaatkan setiap saluran dan medium yang ada untuk berdakwah…filem, drama dan sebagainya adalah suatu medium yang boleh digunakan..kenapa?kerana sasaran kini lebih dekat dengan medium tersebut..masyarakat lebih gemar pada perkara sebegini..jadi, untuk mengajak mereka dan cuba mendekati mereka, pendakwah perlulah memahami mereka,,,.selain itu, melalui drama atau filem, kita sebagai pendakwah dapat menterjemahkan misi dakwah atau maudu’ dakwah kedalamnya..ini bukannya persoalan harus mendekati atau terus padang, akan tetapi, kaedah hikmah yang boleh digunakan untuk memahami madu’ dan secara langsung berdakwah melalui medium yang mereka gemari…
untuk renungan, drama nur kasih misalnya, mampu mengetengahkan mesej dakwah yang baik..Kita seharusnya memandang positif ke arah usaha mengaplikasiklan dakwah melalui medium drama atau filem ini. cuba bayangkan seandainya, usaha-usaha awal ke arah mengislamisasikan media tidak dilakukan, apa yang berlaku pada medium tersebut..berkemungkinan barat akan terus merosakkan masyarakat Islammelalui media tersebut….
saya, secara ikhlas, menyambut baik atas semangat ust hasrizal mempelopori usaha terbarunya ini…ingatlah bahawa metode dakwah perlu dipelbagaikan dan diselarikan dengan tuntutan,…selagi ianya, tidak terpesong…maka, ia suatu usaha yang baik….tesukan ustaz…..
insyaAllah,,,berjaya….
alhamdulillah, teruskan ust…lepas wat lirik lagu pulak…jgn layan la org nak sekat2 ni…keje islam ni banyak…takkan kita nak biarkan artis kat malaysia dan rakyat hanyut menonton filem atau drama yg tak de nilai…lebih baik kita yang take over… rasulullah s.a.w dulu pun bdakwah bukan kat org baik2 je…
salam ‘alaik ustaz…
sy bukanlah nk bg komen atau pandangan peribadi tentang isu hangat yg sedang dan akan dibincangkan oleh pemikir2 yg kreatif dan berilmu ini…cumanya sy nk berkongsi pengalaman bagaimana sy pernah dan sedang menjadi ‘org tengah’ antara dai’e dan mad’u…agak pelik kn?mcm ni lah, sy ceritakan serba ringkas latar belakang kejadian..sy adalah anak muda yg dibesarkan dan diajarkan melalui sistem pendidikan malaysia skrg ni…umum sedia maklum bhw sistem pendidikan di malaysia belum cukup lengkap dlm menyediakan modul yg membentuk sahsiah diri yg baik (bkn islamik) secara moralnya..testimoninya blh dikutip di akhbar2 semasa..dan sy bukanlah org yg dididik dlm bi’ah islamiyyah yg sempurna, meski kt sekolah dulu ade usaha2 utk membentuk bi’ah tersebut..diringkaskan, sy mempunyai kenalan yg ramai, yg pelbagai dr segi akhlak dan pemahaman islamnya…dan secara umumnya kenalan2 sy terbahagi kpd 2 golongan, golongn yg tinggi ilmunya terhadap islam, dan golongan yg cetek ilmunya, tetapi sgt dahaga akan sinaran cahaya ilmu (meski tidak disuarakan secara literal)…apa yg sy lihat, 2 golongan ini mampu untuk bergaul dgn baik, tetapi hny berkisar kpd kehidupan harian shj (spt bersukan, belajar)…bila mnyentuh isu2 islamik, golongan pertama lebih suka berkongsi sesama mereka, dan golongan kedua lebih suka mendiamkn diri…kurg pendekatan dan perkongsian antara dua golongan ini..mungkin ini dilema yg dihadapi oleh para pendakwah muda kala ini..mereka blh duduk bersama dgn mad’u, bersukan, belajar, tp bile ade prog2 yg berbentuk dakwah, mereka lbh suka berprogram sesama mereka, dgn tidak mengajak golongan kedua untuk menyertai mereka.sy lbh suka meletakkan diri dlm golongan kedua kerana sy jg sdg merasainya…kami golongan muda yg hanya dibekalkan dgn ilmu2 agama yg sgt minima, dan amat memerlukan pautan drpd saudara2 yg sudi memimpin kami untuk mengenal hakikat kehidupan dan tanggungjawab makhluk..maaf dgn luahan hati yg sgt panjang ni, harap ustaz sudi membaca dlm usaha untuk memahami kelompok mad’u seperti kami…
dan kepada ustaz, tahniah dan takziah atas keterlibatan ustaz dlm industri seni…moga2 hati2 kita tidak dipesongkan dari niat untuk ALLAH dan kepada ALLAH ini..terimakasih..
Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut..
Salam..
Mengambil sebahagian kecil peranan dalam sebuah lukisan yang besar atas tuntutan dari Ilahi sangat2 taktikal dalam usaha dakwah ini. Semoga pertimbangan dakwah itu terus menjadi dinding yang utuh bagi dirimu. Widening the fact of our mad’u today~
Salam
1. Sifirnya mudah sahaja:
- Sesiapa pernah terlibat gerakan dakwah kebanyakannya tentu dibenarkan dan pernah menonton filem Umar Al Mukhtar – Singa Libya ; kerana apa? Ia memberi iktibar sejarah, ketabahan dan kekuatan jiwa dan perjuangan!! dari filem itu – IA ADALAH FILEM YANG BAIK (walau heronya bukan iSLAM).
- Di Malaysia – SETAKAT INI SATU FILEM pun saya belum boleh katakan filem baik setaraf itu..
- Malah TV kita terkenal dengan filem dan drama lagha yang memaparkan kebodohan Melayu; kerakusan datuk; kurang ajaran anak muda; dengkinya-bodoh-kuat melawan suami-pandai buat airnya perempuan. Malah orang kaya, datin datuk mesti jahat dan orang miskin mesti baik..
- Dalam TV ustaz-ustaz digambarkan hanya pandai menasihat dan sebut takbir untuk mengubat orang kerasukan!
- Kalau adapun filem yang berlainan; pemahamannya pada Islam penuh sindiran dan tafsiran anih – Gubra contohnya.
2. Hati memang sakit setiap kali melihat keadaan begini; menukar channel dan membenci; merungut betapa BODOHNYA mereka..(ntahnye saya lebih BODOH.. ).
3. Akhirnya Ustaz, apa sahaja yang dikatakan manusia umpama kisah kaldai dengan ayah dan anaknya. Tetapkan pendirian; banyak berdoa; banyakkan perbincangan dan muzakarah.
4. Jika ustaz pendamkan sahaja idea-idea bernas tu; maka ia jadi seperti kami si tukang komen je lah..
(sentiasa bersemangat..menyokong jua dengan semangat!)
Wallahualam
menentang (untuk kebaikan) juga dengan semangat! boleh ke?
“..(ntahnye saya lebih BODOH.. ). ” – tak terfikir pula saya. Aritu anak kita serupa, kini point kita selari!
@Pak Din,
Pak Din, kita hanya memberi komen dan pendapat..
Selebihnya tuan rumah lebih mengetahui dan menimbangkan baik buruk sesuatu. InsyaALLAH
(pernah berangan2 buat skrip filem juga bila bengang tengok Gubra dan bersemangat tengok Umar Al Mokhtar tu – banyak sekali pejuang kita diselewengkan kisahnya.. Contohnya Imam Tok Gajah (ayah Mat Kilau) yang alim, gagah, tidak tunduk pada British mahupun perintah raja demi agama dan bangsa -meninggal di Kuala Berang dalam pelarian.. TETAPI TIDAK MAMPU!!! “masa tiada bakat pun kurang”)
Wallahualam
Alhamdulillah faham apa ustaz cuba sampaikan…
Dulu pun ustaz cuba sampaikan dalam sebuah artikel ustaz tentang amalan adat di suatu tempat,setiap kali berselawat,orang-orang di sana akan berdiri…
Lupa tajuknya apa….
Kadang2,saya sendiri pening memikirkan masalah ini..Setakat mana kita peru masuk dengan manusia2 belum mengenal Tuhan ini dan pada masa yang sama,kita tidak mudah menggadaikan prinsip kita…
Apabila sudah berada bersama,tidak sesenang itu mengatakan hitam dan putih,boleh ke tidak..Mereka yang di luar bulatan,boleh menghukum sesedap hati..Ini dosa,itu dosa..
Tapi jarang sangat yang dengan berpandangan mengubah….
Cuma apa yang saya takuti,kadang2 dalam sesetengah perkara contohnya dalam artikel ustaz yang terdahulu tentang selawat beramai-ramai dengan prosedur yang khusus,kita juga terpaksa melakukannya…
Hati yang terkena pancaran Al Quran dan Sunnah tidak sanggup bersekongkol dengan bidaah itu langsung…Hati tidak rela tapi demi mengubah,dengan hati yang sangat berat,terpaksa kita duduk bersama…
Macam mana tu ustaz??
Mungkin ada pandangan….
Saya sangat bersetuju dengan ustaz kerana ada situasi kita yang sama cuma kadang-kadang takut terjebak itu lebih menguasai…
Wallahualam…
saya suka penglibatan Faisal Tehrani dalam teater islamnya….hmmm…kita boleh buat sebegitu rupa….
salam, saya amat mengagumi ustaz dalam membawa sifat murunah dalam memperjuangkan islam. kefahaman tentang perkara dasar dan perkara cabang menjadi pertarungan sengit di dunia sekarang ini. saya berpendapat dakwah adalah perkara yang fleksible yang mempunyai pelbagai cara untuk mencapai tujuan dakwah iaitu mentauhidkan Allah.
moga ustaz terus memberi teknik danstrategi yang terbaik dalam menghidupkan nilai dakwah yang semakin berkurangan sekarang.
Kebetulan baru ikuti pandangan dr dzulkifli ahmad tentang hudud dan saya rasa ada miripnya dengan artikel ini.
Boleh ikuti di sini
http://amirunnajah.blogspot.com/2009/05/hudud-pandangan-dr-dzulkifli-ahmad.html
salam ustaz.saya sentiasa letak dalam kepala,menjadi seorang da’i perlu bijaksana dan kreatif(walaupun,saya tidaklah begitu sebenarnya)dan saya rasakan,ini adalah satu usaha seorang da’i seperti ustaz yang kreatif dan bijaksana dalam menyampaikan seruan dakwah.semoga kita menjadi hamba-hambaNya yang diredhai.amin..
Assalamualaikum ustaz ..
Sekadar pandangan dari saya . Memang tujuan itu nampak bagus . Hendak melibatkan diri untuk perubahan . Tapi ustaz sebelum bermula tentulah ada garis panduannya . Saya – minta maaf – tak bersetuju apabila ustaz menyamakan pelakon yang nak bertudung @ tidak itu seperti orang yang datang belajar tidak disyaratkan bertudung . Ini adalah dua situasi yang berlainan . Mereka yang tak bertudung datang menuntut ilmu terutama ilmu agama dalam diri mereka ada kehendak untuk berubah dan kehendak mereka itu perlu dipupuk .
Berbeza dengan artis yang berlakon mendedahkan aurat . Sebelum inipun telah banyak drama2 yang menyentuh jiwa dan memperlihatkan balasan2 atas perbuatan jahat dan ketenangan bila berada di jalan ALlah . Tapi ini dilakukan atas dasar kerja . Mungkin kita menitiskan air mata dan terasa keinsafan tetapi mengapa ianya masih tidak berjaya membuka hati penonton .
Jadi sekarang lebih keliru apabila ustaz sendiri mempromosi satu drama untuk ditonton sedangkan didalamnya berlaku pendedahan aurat yang ketara bukan sekadar rambut sahaja .
Tidak bolehkan ustaz berjinak2 dengan pembikinan theatre atau produksi yang mahu mematuhi syariat . sekurang2nya mereka dapat menutup aurat di dalam filem untuk tontonan walaupun di luar mereka tidak mampu melakukannya .
Tapi kita akan tertanya2 .. bagaimana watak2 yang engkar agama dan liar boleh bertudung untuk melakukan lakonan mereka ?
Mungkin selepas ini semakin ramai yang menonton drama untuk beriktibar tetapi dalam masa yang sama tidak mengapa melihat sedada dua atau sepaha kerna untuk iktibar .
kalau sebelum ini mungkin jelas keharaman tetapi sekarang sudah menjadi kabur…. adakah halal atau haram .
yang syubhah itulah terlalu mengelirukan
sekadar pandangan
Ibarat kalau anak kita nak ais kerim, adakah kita memarahi atau tidak mahu memberikannya dengan alasan dibuat oleh cina atau syarikat cina atau talibarut yahudi. Tetapi kita tidak cari alternatif lain mengadakan ais kerim samada kita membuatnya sendiri atau mencari keluaran buatan orang islam. Adakah kita bahagia melihat anak kita menangis kerana tak memenuhi kehendaknya? Adakah kita sanggup hanya mengantikan dengan susu atau teh tarik atau air kosong.
Mampukan kita memenuhi naluri anak kita itu.
Teruskan usaha murni ustaz tersebut. Kerana tidak ramai yang mampu ke surau atau masjid, lebih ramai yang mampu berjemaah berimankan TV terutamanya golongan muda atau kanak-kanak
memang selalunya berbalik kepada soal niat dan ikhlas