Rahsia Memasak

June 11th, 2007 by Abu Saif 10:50 am | 13,954 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

gulai-lemak-ayam.JPG
Memasak di Perhimpunan Musim Sejuk UK 1999

“Ustaz, ana datang nak makan!”, kata Nizam yang berkunjung ke rumah saya.

“Nak makan, pergi kedai belikan barang-barangnya, ana masak”, saya menjawab.

Semenjak di Jordan lagi saya memang suka memasak dan selalu duduk serumah dengan rakan yang suka memasak. Lantas kami dapat ramai kawan yang suka makan.

Kalau dah jodoh… tidak ke mana!

HARI-HARI AWAL

Kali pertama saya memasak, ialah semasa di Darjah 3. Sebagai ahli pengakap yang aktif, memasak makanan yang ringkas-ringkas adalah sebahagian daripada skill yang mesti ada untuk memperolehi pingat Keris Perak dan seterusnya Keris Emas.

Kentang goreng dan lauk sardin, adalah hidangan pertama yang saya masak.

Tetapi, memasak lauk pauk yang berat-berat, saya tidaklah begitu berpeluang. Akan tetapi, sebagai anak yang beribukan seorang guru dan berbapakan seorang pegawai kerajaan yang bekerja hingga petang, saya sudah terpaksa berdikari semenjak kecil lagi.

Oleh kerana jarak umur saya jauh sedikit berbanding dengan abang-abang yang umur mereka rapat-rapat, jadual persekolahan saya sering berbeza. Saya sering sendirian di rumah. Apabila pulang dari sekolah, mangkuk tingkat berisi lauk sudah terletak di pintu rumah. Saya perlu menanak nasi sendiri untuk makan tengah hari, sendirian di rumah, sebelum emak, abah dan abang-abang pulang ke rumah lewat petang.

Begitulah kehidupan saya selama beberapa tahun.

Hanya di hujung minggu, emak akan mengambil peluang masak yang sedap-sedap di rumah, dan kami sekeluarga ‘makan besar’.

ANAK EMAK

Oleh kerana saya tiada adik beradik perempuan, maka sayalah yang selalunya membantu emak dengan kerja dapur. Emak akan sentiasa memastikan saya ikut sama ke pasar dan sejak kecil, saya sudah kenal yang mana satu ikan keli, yang mana satu ikan semilang. Mana pula ikan kembung, mana pula ikan pelata. Ini sayur apa, itu sayur apa.

Di rumah pula, saya diajar macam mana membersihkan sotong. Matanya dipicit keluar, kulitnya disiat keluar, isi perutnya dibersihkan dan kalau ada telur, bagaimana ia patut dibersihkan. Kalau menyiang ikan, ekor dan sirip mesti dibuang, muncungnya dipotong sedikit, darah beku di celah tulang mesti ditarik keluar dan kalau ikan terubuk yang hendak digoreng, sisiknya tidak dibuang. Kulit keras ikan cencaru, tarik dengan tangan berlapikkan surat khabar.

Itu semua rutin saya semenjak kecil, membantu emak membuat kerja-kerja dapur. Saya tidak mengeluh, walaupun membersihkan perut ikan bilis sering menyebabkan saya bad mood. Bosan…

Apa yang emak ajar, jadi bermanfaat apabila saya hidup di perantauan.

JORDAN

Ketika di Jordan, saya tidaklah terus pandai memasak, tetapi skill untuk memasak sudah ada. Peluang memasak menjadikan skill asas yang ada itu, dimanfaatkan sebaiknya.

Masakan besar-besaran pertama saya di Jordan ialah Laksa Penang pada Aidilfitri pertama kami di perantauan. Kuahnya sahaja setengah periuk besar macam gerai laksa di Pasar Malam. Hampir 20 ekor ikan tak ada kepala saya gunakan. Saya pun tidak tahu ikan apa sebenarnya sebab ia dibekukan tanpa kepala… hasil laut Yaman yang diimport oleh Jordan. Campur sedikit dengan tuna flakes untuk menambahkan lemak. Hidangan sampingan ialah nasi himpit (dihimpit dengan tong gas) dan kuah kacang.

Seronok sungguh menampi kulit kacang selepas digoreng dan diramas. Hembusan angin padang pasir menjadikan aktiviti memasak saya dan rakan-rakan di anjung rumah, begitu nostalgia hingga kini.

Aktiviti memasak jadi lebih rancak selepas saya berpindah pula untuk tinggal serumah dengan Abang Aji (Azman Ahmad – DBP) dan Ajak. Mereka berdua ini juga kaki memasak.

Begitu juga dengan Ustaz Nabir di Amman, yang saya anggap memang sudah bertaraf chef. Bertugas menggantikan saya sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, kini menjadi chef terkenal di kampung kelahiran Saiful Islam itu… Ustaz Nabir mengajar saya masak ikan sweet and sour yang istimewa, di samping terung bakar yang simple tetapi menyelerakan!

Tetapi skill memasak naik setahap lagi apabila saya tinggal serumah dengan On (Khairul Anuar) yang semakin berani menumbangkan kambing sendiri, melapah dan memanggangnya apabila biasiswa tiba.

Apabila kami suka memasak, mesralah kami dengan kawan-kawan yang suka makan.

JEJAK RASUL

Antara mereka yang pernah menikmati masakan saya adalah krew Jejak Rasul siri I bersama Nizal.

crew-jejak-rasul.jpg
Saya dan ahli rumah bergambar bersama Nizal TV3 di rumah kami di Al-Mazar al-Janubi, Jordan

Selepas solat zohor di Masjid Jaafar al-Thayyar di Mazar, bahu saya ditepuk seseorang.

“Assalamualaikum. Orang Malaysia ke?”, tanya lelaki itu. Beliau memakai vest bertulis TV3.

“Waalaikum al-Salaam. Ya saya orang Malaysia. Encik dari TV3?”, saya menjawab.

“Ya, kami tengah shooting. Alhamdulillah… awak seorang sahajakah orang Malaysia di sini?”, tanya beliau. Beliau mengecam saya sebagai orang Malaysia kerana cara saya mengikat serban.

“Eh, tidak. Di sini ada hampir 500 pelajar Malaysia!”, saya memberitahu.

“Haa… 500 orang?!”, terkejut benar beliau.

Sangkanya, dia dan krew yang lain sudah berada di sebuah dunia yang amat terpencil. Rupa-rupanya, ada 500 pelajar Malaysia di puncak Dataran Syam itu.
Beberapa orang rakan membantu krew pergi ke maqam Nabi Nuh alayhi al-Salaam. Manakala saya pula menyiapkan lauk pauk untuk kira-kira 10 orang krew TV3 yang sudah hampir sebulan makan nasi arab yang memuakkan.

Lucu juga melihat Nizal menghirup tomyam bermangkuk-mangkuk!

TURKISH CUISINE

Skill memasak saya menempuh dimensi baru apabila saya semakin rapat dengan rakan-rakan Turki. Mereka mengajar saya pelbagai resepi juga teknik memasak bangsa Turki.

Apabila saya memasak sup tomato, saya diajar bahawa kulit tomato mesti dibuang kerana ia sukar dihadam di dalam perut. Tomato disalai di atas api untuk melekangkan kulitnya.

Orang Turki juga rupa-rupanya mengupas kentang dan buah-buahan dari bawah ke atas, berbanding kita yang lazimnya dari atas ke bawah.

“Hasrizal, saya nak tanya. Kenapa orang Jerman yang nak minum teh kacau ikut arah jam, manakala orang Turki lawan arah jam, dan orang Arab keempat-empat arah?”, tanya Mahmud Bilici semasa kami di dapur rumahnya di Sweileh. Kami sedang memasak ayam kukus dengan terung dan kentang bakar.

jordan10.JPG
Rakan-rakan Turki. Dari kiri: Mahmud, Mustafa, Muhammad Ramazan, Resul, Abdullah dan Bir Ali (Bulgarian)

“Hmm… sebab orang Turki nak ikut Sunnah, dan orang Arab memang tak tentu arah”, saya cuba menjawab teka-teki Mahmud.

“Salah! Jawapannya… sebab mereka nak larutkan gula”, kata Mahmud sambil tersenyum.

“Hehehe…”, kami ketawa berdekah-dekah.

Saya juga berkesempatan belajar mamasak pelbagai jenis sup Turki seperti sup cendawan, sup youghurt, sup kacang dal, sup tomato dan pelbagai lagi. Begitu juga dengan nasi Turki yang digoreng berasnya dengan mentega, sebelum dimasak bersama stok ayam dan bunga kobis goreng.

Rakan Turki saya yang paling pandai memasak ialah Cenksu. Beliau hampir setiap minggu mengajar saya resepi baru, seperti kusah (sayur seperti terung, tetapi keras berwarna hijau) sumbat dengan nasi daging. Selain disumbat, nasi daging juga boleh dibalut bersama daun anggur yang diperam dan kemudian dikukus. Jika daun anggur mahal, boleh digantikan dengan kubis yang dilembutkan.

LONDON

Selepas pengalaman di Jordan dan Turki, minat memasak saya berkembang lagi ketika tinggal di London. Rumah kami di Campden Grove, High Street Kensington, adalah rumah persinggahan kawan-kawan yang belajar di Imperial College malah UCL… kerana bertemu jodoh antara yang suka makan dengan yang suka masak.

raya2.jpg
Bersama Afezee dan Pizza di Campden Grove, London. Pizza segera sahaja…

Saya, Joe, Nasreel malah Asrul juga suka memasak, dan menurunkan skill masing-masing ke periuk belanga di dapur.

Semasa di London juga, beberapa kali saya diundang (diarahkan sebenarnya) menjadi chef untuk program perhimpunan musim sejuk, musim bunga dan lain-lain. Aduh, tidak mudah untuk saya mengendalikan enam ekor kambing, berpuluh ekor ayam dan berpuluh tin sardin bagi mereka yang alergik ayam dan kambing… memasak untuk ratusan orang selama empat hari, di bulan Ramadhan.

Wah, pengalaman yang tidak akan saya lupakan…

BELFAST

Kerancakan memasak, bertambah-tambah lagi apabila saya berpindah ke Belfast dan tinggal serumah dengan sahabat yang sudah hampir setaraf dengan ibu-ibu kerana memasak setiap hari iaitu Nuzaimin.

Saya dan Min, boleh dikatakan hampir setiap hari memasak bukan sahaja untuk ahli rumah, malah untuk warga Malaysia di Belfast, dan sesekali untuk masjid juga. Oleh kerana kami memasak hampir setiap hari, maka rakan-rakan terpaksalah memaksa diri memiliki hobi suka membasuh.

Saya dan Min hanya memasak. Basuh-basuh, kemas-kemas… silakan!

Alhamdulillah, di hujung kehidupan saya memasak sebagai orang bujang, rupa-rupanya semua itu sebagai persiapan saya yang ditakdirkan Allah berumah tangga dengan seorang doktor.

Selepas berumah tangga, saya masih ingat, betapa sibuknya isteri saya yang ketika itu sedang menyelesaikan rotasi houseman yang amat menekan. Oncall selang sehari dan selama itulah saya mengambil alih tugas menjaga urusan rumahtangga.

Memasak, dan menghantar bekal kepada isteri saya di hospital adalah perkara biasa. Kalau boleh, saya mahu pastikan isteri saya makan makanan yang segar, maka selalu juga saya menghantar makanan dua kali sehari ke hospital.

Semasa tinggal di Tallaght, Dublin, isteri saya bekerja pada hari raya. Maka saya sendirian di rumah memasak nasi minyak, ayam masak merah dan dalca, mee bandung serta puding jagung. Saiful Islam sampai tertidur bersama Barney kerana jemu menunggu saya menyiapkan masakan.

RAHSIA MEMASAK

Hari ini saya terfikir kembali, di manakah kepuasannya memasak ini?

Saya tahu, setiap kali saya memasak, stress saya akan berkurang dan saya gembira. Terutamanya jika masakan saya itu menggembirakan pula mereka yang makan.

Sekali lagi, mungkin di sinilah rahsia nilai kasih sayang…

Manusia secara fitrahnya suka gembira. Tidak ada manusia yang berkata, “alangkah gembiranya saya sebab saya tidak gembira!”

Tetapi tidak semua manusia yang gembira, suka menggembirakan orang lain. Orang tersenyum kerana gembira, tetapi tidak ramai yang suka tersenyum semata-mata mahu menggembirakan orang lain.

Menggembirakan orang lain, datang dari nilai kasih sayang.


Tidak sempurna iman sesiapa dari kalanganmu sehingga dia suka untuk saudaranya, apa yang ia suka untuk dirinya sendiri.

Jika kita suka bahagia, bahagiakanlah saudara kita juga.

Jika kita suka gembira, gembirakanlah saudara kita juga.

Jika kita suka menerima kebaikan, buatlah baik kepada saudara kita juga.

Mungkin kerana itu, masakan paling enak bagi setiap kita, adalah masakan ibu kita sendiri. Kerana dalam masakan itulah paling banyak kasih sayang dilimpahkan!

Masakan yang dimasak oleh jiwa penyayang yang MEMBERI…

Indahnya hidup, jika manusia menghargai nilai kasih dan sayang!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Musibah Itu Rahsia Kebaikan Tiga cahaya mata. Setiap satunya mempunyai kisah yang tersendiri. Kedatangan...

Advertisement

69 comments

  1. Jepunis says:

    Mabruk ustaz!Satu lagi bukti bahawa orang laki memang boleh masak.Malah, chef2 terkemuka kat dunia pun kebanyakannya lelaki.
    Saya nak kongsi satu info yang saya dapat dari TV kat sini.Menurut rancangan tersebut, memasak dapat membantu kecerasan otak seseorang, lebih-lebih lagi kalau seseorang tu cuba mencipta resepi baru.Yang cakap ni bukan sebarangan orang, dia proffesor universiti dan dia merupakan pencipta game minda untuk Nintendo DS.
    So ayyuhassyabab..mari kita memasak!!

  2. Mutiara Hati says:

    bila kai boleh rasa masakan ustz :-)

  3. Mutiara Hati says:

    kai=kami

  4. cahaya says:

    terima kasih ustaz. mudah-mudahan terbuka hati para suami untuk memasak (sekali-sekala) untuk isteri. sebab tidak semua suami sanggup luangkan masa untuk memasak melainkan masakannya hanya untuk diri sendiri.

  5. Budak Gemok says:

    assalamualaikum…hehehe…rupa-rupanya ustaz mmg kaki masak…saya selalu menonton rancangan jamie oliver…ada lebih kurang 12 siri memasak dibawah arahannya…walaupun dia asyik masak daging haram, tapi skill memasak dan petuanya boleh di adaptasi….byk saya belajar dari beliau…antaranya membuat roti, salad, skill potong daging dan lain-lain….

    betul kata ustaz…terasa amat bahagia bila melihat kawan-kawan menghabiskan makanan yang dimasak oleh kita..tidak memerlukan sebarang pujian…cukup dengan bahasa badan untuk membuktikannya…..

    teringat kata-kata chef Ismail ketika ditemubual oleh radio ikim..masakan ibu adalah tersedap di dunia dalam masakan itulah paling banyak kasih sayang dilimpahkan…tetapi masakan nenek lagi power….tak percaya? cubalah rasa…ok wassalam

  6. kokmi says:

    memasak mmg menyeronotkn…rase sedap pulak bace artikel ni hehe.. mcm sy, suke memasak..tp tak dpt nak buat sokmo kateorg… tp takat buleh masak je..SEDAP campak groundfloor.. w/pun sy RESPEK utz, bace artikel ni pon dah terase sodapnyaaaaaaaaaaaa masakan ust..tak gitu…..

  7. dperantauan says:

    masyaALlaah, enta daie serba boleh. teringat jugak pimpinan PAS yg kadangkala singgah d dubai yg suka memasak. antaranya, Tn. Hj. Mohd Sabu. Dah 3-4 kali singgah d rumah, katanya ana nak bagi zaujah enta cuti! Dari kari kambing resipi Karpal (belajar dari Karpal sewaktu sama d Kamunting) sampai nasi kambing style Kedah! boleh buat pertandingan memasak ni, mari kita lihat siapa yang menang!

  8. Campden Grove says:

    Assalamualaikum.

    Saya tak pernah lagi merasa masakan ustaz setelah beberapa tahun kita berpisah. Saya rasa kita berdua sudah masing-masing memperbaiki kualiti masakan kita walaupun ustaz jauh lebih terkehadapan daripada saya. Dulupun saya buat ayam percik orang kata sedap masa hari raya tu, memang ‘fluke’/nasib baik.

    Tapi betullah kata ustaz, masakan ibu memang paling sedap… walaupun bukan ibu kita sendiri. Syeikh Hamza Yusuf pun cakap benda sama.

    Tapi pikiq-pikiq balik, betul juga kata Budak Gemok, masakan nenek lagi ‘power’. Sebab nenek menggunakan kuasa kasih sayang tiga generasi!

    Wallahu a’lam.

  9. Dr.N says:

    Assalamualaikum…wah! ustaz, lapar jadinya bila I baca artikel ustaz. Apa kata bagi resepi kat kita. Masa kat adelaide seorang brother bagi kat kami nasi daging. dia dari kazakhstan, kalau tak silap. katanye dia masak dulu kemudian bake di oven..then makan dengan ‘acar’ timun campur tomato dan bawang besar….sedappppppnya.sampai le ni I try buat tak pernah jadi. Ustaz ada resepi nasi daging yang best? boleh share…

  10. ain says:

    na start masa lepas tingkatan 5…masak asam pedas ikan ( masakan melaka )…..x jadi lakk tur….sekarang dah pandai…hehehhe,

  11. sa'adah says:

    salam.
    hebat betul ustaz.. nak belajar memasak dgn ustazlah camni.. :-)
    tambahkan program ustaz lagi, iaitu kelas memasak bersama ustaz hasrizal… hehe. :-)

  12. Sempoi says:

    Jap jap…uztaz yg masak time gathering winter ek…….sy ada pegi gathering winter kat birm..(sy tak ingat tahun berapa) yg tuan guru datang tu….are we talking about same event?kalau ye…hehehehe…memang sedap lah masakan incik uztaz…ps:actually mana2 gathering pun org lelaki yg masak..dan mmg kelas masakan dorang nih..kita yg pompuan ni mencekik je lah…hehehe teringat lak kenangan dolu dolu….

  13. tam says:

    salam ustaz…wah!! makanan arab ma’lubah n mansaf kot yang arab suke makan tue…ustaz tak buat ke? memang pelbagai betul la ustaz ni…ustaz bagi org makan tapi nape body ustaz plak yang besar? hehehehe

  14. saifulislam says:

    setiap kali nak masak, kena rasa dulu. kekadang kunyah menguyah untuk hilangkan boring memasak sendirian… mana tak membesar. benda hiduplah katakan..

    wah, ramai yang naik semangat pula bila saya cerita bab masak dan makan ni. sebenarnya part yang last tu yang saya nak sampaikan… kasih sayang… memberi… berbakti… :)

    #12 sempoi, rasanya memang kita bercakap tentang program yang sama… tahun 1999. gambar saya memasak kat atas nun, ialah dalam program tu. tapi saya geram sebab penat memasak, tapi ramai malas bangun sahur… takut bazir makanan. tuan guru nik aziz kata dia teringin nak tengok salji… rindu zaman dulu2 katanya. jenuhlah ajk fikir nak bawa ke mana sebab masa tu england belum snow. tetapi ditakdirkan Allah masa tuan guru tengah ceramah, salji turun mencurah2 di muadz islamic center birmingham tu… sayu hati semua orang.. terdiam seketika melihat salji memutih di luar dewan…

    campden grove, memang dah lama tak makan makanan anta, tetapi juniors di london masih suka bercerita tentang masakan abang saif… bagus la.. masih rajin entertain adik2 dengan masakan anta yang pelik tapi sedap tu… hehe

    dperantauan, alhamdulillah memang ramai pimpinan yang pandai memasak. saya pernah menumpangkan dr abdul aziz hanafi ke rumah di london… kami tanya ustaz nak jalan ke mana? dia ajak gi kedai arab, nak beli bahan masakan untuk selera arabnya :)

    Dr. N, saya pernah post resepi nasi daging pudina ke saifulislam.com. entah ada ke idak lagi… cuba search :)

  15. fazdi al-ja'fariyy says:

    Assalamualaikum…salam wuddiy..

    Tergelak juga ana baca catatan anta ni…memang suami mithali, anak yang soleh, rakan yang disukai(sebab suka masak). Memasak memang ‘hobi’ yang tak best dikalangan syabab malizi kat urdun ‘la siyyama’(lebih2 lagi) yang duk kat suweileh. Ana ingat lagi, kalau nak ke amman, ana biasanya bawak lauk, seperti mashwi(ayam panggang), then paksa syabab-syabab tu masak, sebab biasalah kita sheikh, datang dari jauh, dari karak, bumi badwi, bumi syuhada’…mestilah lapar.
    ‘ala kulli hal’ memori indah makan hidangan anta iaitu telur+sardin+za’tar (origano) memang sedap. Tapi kalau adalah kat tepi tu nasi dagang ke, nasi lemak daun pisang sure tak sentuh masakan anta tuh. :D
    Actually, dari memasak dan makan, kita boleh melihat sikap seseorang dan perangai dia, pemalas ke, pelahap ke, rajin, pengotor, memilih, beradong (bahasa ganu ni..maknanya?) dll. Anta dikategorikan sebagai rajin, dan berseni…bukan setakat nasyid..
    nak tolong jawab soalan kenapa anta bagi orang makan tapi anta besar… :D …tapi takpelah….tak penting kot….

    wassalam, salam mahabbah ya akhil kareem.

    ustaz fazdi al-ja’fariy (bukan mazhab syiah ni, tapi nisbah kepada tempat ana duduk kat al-Mazar dulu).

  16. saifulislam says:

    hehe… anta high taste… maklumlah orang dah beristeri masa tu.

    kami yang bujang, balun je. ana masih ingat masa era kita takde duit… si Pahlawi Kedah tu masak tumis kulit tembikai… mak aih.. sedap pulak… rasa macam labu air…

  17. s.p.b says:

    ustaz..kalau kita sayang kat kawan kita n nak rapatkan ukhuwah ngan dier tapi dier menolak? kita buat baik kat dier pun dier tak amik peduli, malah tak suka lagi kita caring pasal dier.. camana nak buat ngan kawan yg cam nih??

  18. Kak Ija says:

    Salam,
    Hmm…habit no 4 kot memasak nih win/win

  19. dhuat says:

    Ustaz, ana datang nak makan!

    Ana datang dengan Aiman(budakmenulis) nanti.
    Kami booking.

    :) Bila bila pun takpa…

  20. zahra says:

    Salam..betul kata ustaz. Saya suka tajuk ini sebab saya sendiri pun, tiap kali rasa stress dan penat belajar, saya akan ke dapur. Memasak dan mencuba resepi baru. Rasa lebih happy dan puas. Lebih2 lagi jika makanan itu dapat dishare bersama jiran2 dan kawan2. Mungkin itu salah satu cara saya menyampaikan penghargaan dan kasih sayang. ^^

    p/s: alangkah beruntungnya saya klu ustaz dpt menurunkan skill memasak ala Turkish Cuisine ustaz tu. ^^

  21. al_qalam81 says:

    Yang utama nak disampaikan ialah:

    “Saya tahu, setiap kali saya memasak, stress saya akan berkurang dan saya gembira. Terutamanya jika masakan saya itu menggembirakan pula mereka yang makan.”

    “Tetapi tidak semua manusia yang gembira, suka menggembirakan orang lain. Orang tersenyum kerana gembira, tetapi tidak ramai yang suka tersenyum semata-mata mahu menggembirakan orang lain.”

    Let’s think about it…… Kita yang masih bersifat keakuan, individulistik, selfish dll….

    Banyak cerita-cerita ustaz sebelum ni cuba mengupas bab ni. Cerita sepinggan nasi, cerita peti ais sorang satu kotak/botol susu, ‘aku takpedulisme’, cerita-cerita pendakwah, bapa bagi hadiah Ultraman pada anaknya dan lain-lain adalah untuk mengupas isu ini.

    Kita masih rasa mudah dan selesa berbuat sesuatu untuk diri sendiri sahaja… Sedangkan ketahuilah, sesungguhnya ia adalah satu KESERONOKAN yang tak terucap apabila kita dapat menggembirakan orang lain, membahagiakan orang lain, memberi sesuatu yang bermanafaat kepada orang lain.. Lebih-lebih lagi kepada jumlah yang lebih ramai…..

    Memasak adalah satu kaedah untuk berbuat sesuatu yang boleh menggembirakan orang-orang disekeliling… Ada banyak lagi cara yang boleh difikir-fikirkan.. Berkomunikasi dengan senyuman, sentuhan-sentuhan (yang halal), memberi hadiah adalah antara contoh-contoh lain…

    Mari kita cuba rasai keseronokan itu…. Buang rantai-rantai individulistik yang ada pada kita dan mari kita dekati masyarakat sekeliling dengan kasih sayang…. Rasai kehebatannya….

    Akhir sekali yang penting..mari kita sama-sama dapat mengecepi KEINDAHAN ‘Hidup Untuk Memberi’………

  22. al_qalam81 says:

    Sori, terlupa nak buh senyuman kat belakang tu.. ;) ;) ;) ;D

  23. art says:

    betul tue..memasak dapat buat hati orang lain gembira..saya respek la kat ustaz macam2 masakan pandai buat…saya pun tengah dalam proses belajar masak masa cuti semestar ni. rasa bahagia tengok orang berselera makan masakan kita..tak makan pun takpe… memang satu kepuasan bila dapat membuat sesuatu yang menggembirakan orang lain.

  24. soffone says:

    masya Allah ustaz..’sedap’ cerita ustaz ni..alhamdulillah sebab ummi sy juga x pernah menjadikan anak lelaki sebagai alasan untuk x masuk dapur..sekarang kat oversea ni kenala berdikari,tp xlaa kekok sgt sebab dah biasa menolong di malaysia..rumah kami antara yang paling banyak buat eksperimen dgn masakan..ade yg jadi ade yg kena paksa telan je..(kalau x laparlaa hari tu hehehe)..namun saya juga sgt setuju dgn perasaan suka memasak tu hasil dari rasa seronok melihat orang lain gembira lahir dari rasa kasih sayang..ermm, rindu masakan ummi dah ni ^_^

  25. naaj says:

    subhanallah..terkesan sungguh dgn phrase “kerana dlm masakan itu paling byk kasih sayang dilimpahkan”.. kasih ayah bonda tulus suci. kasih Ilahi kekal abadi..

  26. Abu Nabil says:

    Saya nak tambah Komen No 14..

    Para Ulama’ ni kalau berkata-kata.. memang `masin’ mulut.. kisah TG Nik Aziz nak bertemu snow.. tetiba turun snow?.. peh.. Saya sendiri pernah mengalami peristiwa yg hampir sama.

    Kebetulan seorang ulama’ muda, bertaraf alHaffiz singgah di UK sebelum ke Mesir, semasa mengambil beliau di airport saya sempat bertanya apa hajat datang ke UK, ketika itu sekitar April. Beliau menjawab “kalau boleh nak rasa snow!’.. apa lagi saya senyum & gelak sakan dalam hati.. Datang bulan April nak tengok snow?!!.. ha ha..

    Anyway.. kuasa Allah, esoknya cuaca bertukar dingin semacam.. alih-alih.. betul betul turun SNOW!!.. Waktu Spring!!.. Lebat pulak tu, hampir 3 hari SNOW!!.. AllahuAkbar!!..

    Ada 3 lagi perkara `ajaib’ sepanjang `Alhafiz’ tinggal bersama kami.. tak perlu diceritakan disini.. Kata-kata Ulama’ jangan sesekali dipersenda.. itu pengajaran berharga buat saya & beberapa rakan lain..

  27. msg ttg kasih sayang yg penting ;) jom praktik..

  28. fazdi al-ja'fariy says:

    Assalamualaikum,

    Ana bukan ‘high taste’ tapi ‘high martabat’ sebab dah naik satu pangkat, mutajawwiz (itu loghat al-caraci= mutazawwij). Itulah anta, orang suruh nyanyi lagu muslimah solehah tak nak! tengok mcm ana, kawin awal, :D
    A’a ana ingat lagi time duit kita ‘dikebas’ dan ‘diriba’kan’ oleh saffarah mesir tu, ana baru je kawin, 4 bulan menanggung tiada duit,berhutang dengan rakan-rakan, sebab malu nak minta tolong mak ayah(nanti cakap..haa itulah nak kawin awal) tapi berkat ukhuwwah sesama akhawat dan syabab, masalah dapat diatasi, bila dapat duit terus bayar hutang semua berjumlah USD1300. Maklumlah dah berkeluarga macam2 nak beli, bayar sewa rumah, dll. Akhawat pun memang solehah, sanggup masak untuk kami berdua masa tu, hehe…tak pernahlah makan kulit tembikai mcm pahlavi masak tu. Setiap hari mereka ajak makan. Ada pulak tu sheikh, siap kuih muih pagi petang. :D
    Semua kenangan itu masih segar dalam ingatan, sebab itu payah ana nak menolak permintaan mereka, sebab terkenang budi mereka selama ini. Jika mereka minta tolong, ikhlas tolong sebab fikirkan itulah ukhuwwah yang perlu kita teguhkan sesama.
    Isteri ana selalu pesan, mudah-mudahkanlah tolong orang, bantu orang lain, kerana satu masa nanti Allah pasti bantu kita masa kesusahan!

  29. fazdi al-ja'fariy says:

    haha, sibuk reply blog anta, blog ana masih lum update lagi!!! :)

  30. Sempoi says:

    ha betullah event yg sama…kesian lak masak penat penat takde org nak sahur…(tak ingat la kalau ‘org-org itu’ termasuk esei ni….hehehe.) tapi berbalik pada konsep kasih sayang…mmg memasak utk org tersayang is a satisfaction in itself…tapi sadly sy pun dah jarang memasak pasal tak reti nak masak kat dapur mak….nnt ada dapur sendiri leh la masak puas puas..hehee

  31. Nurina says:

    Assalamualaikum wht..
    Sy ikut perkembangan Saifulislam.com ni tak la lama sangat..baru 3 weeks i think..diprtkenalkan oleh a good friend….thank you so much, friend..selama ni sy cuma baca je the featured articles..banyak benda yang dipaparkan di sini that actually correlates with my life (and i’m sure a lot of other people out there too!).Thats y its easy to fall into a kind of synchronization dengan cerita2 and articles ustaz. org kata, ‘nyambung’
    Banyak kali i wanted to submit a comment on certain things tapi being a 4th year medical student smack in the middle of my clinical years at a land far far away (indonesia jauh ke???)..tak pernah tercapai hajat tu.

    Tapi article yg ni buat sy teringat masa kat UK dulu…my parents were continuing their studies..ayah sy buat phD, ibu buat masters..we were in Liverpool, UK for 5 years, my dad lagi lama sebab tak siap lagi phD n kami suma pulang ke Msia dulu before him..kesian die…
    In the space of 5++ years tu, family kami ni berpindah randah..mula2 di rumah 2 tingkat yang tingkat atasnya tu was a Pakistani dentist with his super nice family..the second was a shop house, kat bawah tu was a grocery store owned by a Turkish family..the third was a two storey house with a garden at the back..
    At each of the houses had its own speacial memory..but yg paling sy ingat was the last house we stayed in….rumah ni was by far the most ‘posh’ la compared to yg penah kami duduk..it was becoz adik sy yg bongsu tu ade chronic asthma..kuar masuk hospital…die tak leh duk kat tempat yg insulation tak bagus, tak leh yg terlalu exposed dengan traffic sebab die allergic to a lot of things.
    my parents suka memasak..ibu n ayah jenis yg will be a whole lot happier makan sambal tumis ikan bilis with omelette JE drp makan makanan luar. My mum mmg the best cook in the whole world la ( too bad tak diperturunkan to her only daughter ni..huhu..). And ayah pun tak kalah jugak terrer dia. Almost every weekend akan ada usrah at our house, kdg2 two times, once my dad pnye usrah n once my mum pnye usrah plak. Me, I didnt pay attention to the usrah, tp i always anticipated the food that comes after usrah! usually mak sy akan cook some kind of malaysian food, nasik lemak ke…bihun sup ke..and kuih2 yang memang takkan dpt kat UK spt karipap, bengkang etc etc..kami adk beradik jadi tertunggu2 bila the next usrah sebab leh tumpang sekaki hehe..n bertambah best bila ayah sy turun ke dapur jgk….wahhh…he’ll cook with flourish..kalau tak nasik tomato, nasik arab,…pernah (and often jgk rasenye) kami barbeque kat garden..my mom akn buatkan the whipped potato and coleslaw, marinate the chicken.ayah plak will see abt the barbeque process itself, from A to Z..the coal, dh cukup bara ke belum..and we adik-beradik will be busy jugak.. busy getting ourselves in everyone’s way hehe..
    My parents akan jadi especially busy bila time raya.my parents were amongst ‘the elders’ in the Malaysian muslim community there..i remembered banyak kakak2 n abang2 yg bujang yg still doing the medical degree, engineering degree, accounting degree..selalu di invite dtg rumah untuk makan..every year, bukan raya la if my parents tak buat open house…our house cm jadi center for food……everyone akan bwk some kind of dish n gabungkan dengan org lain pnye dish..cm potluck..ada sorang kakak ni pnah cakap kat sy, dia lg suka bwk dish die join ka n kat situ coz klw tak sedap/tak jadi org takkan tau sape the actual ‘chef’!

    I penah tanya ibu sy, tak penat ke ek slalu masak-memasak untuk org lain..duit kita tak habis ke kalau kita asyik pakai untuk org lain..sbb mase tu sy tau parents pun dpt biasiswe je, n my dad worked part time..(bila sy ingat balik yg sy tanya kat ibu sy ni, sy jadi malu sendiri..hiks hiks.)
    Sy tak bleh nak recall word for word ape jwpn dia..tp yang paling i rembered
    “…ibu bahagia bila ibu tengok anak-anak ibu gembira”

    Masa tu umo sy 10 tahun, tak bape nak paham sgt the wisdom behind her words. pikir ape makanan yg best je kot mase tu huhu..tp skang ..bila sy bukak balik album gambar kami masa kat Liverpool, i see all these happy smiling faces, sy tringat balik (and sy bace jugak article ustaz ni :-) )
    now, 12 years later, baru sy rase sy paham what my mother meant..
    When we do or give something with love, we will get love back in return. If not from other people, from Allah Himself.

    Kita sibuk kejar duit, tp in the end bukan duit yang akan buat kita bahagia kan?
    Hmm..panjang gak comment ni..no comment ke cerita..hehe..afwan ye ustaz.

  32. fatini_adlina says:

    “sedap” ustaznya artikel.. :) pepun, bila orang ckp kita masak tak sadap, sedih jugak.. hehe

  33. n.nurani says:

    hurmmm, ketika stress memang membuatkan saya lg nak memasak, stress tu hilang bila tgk kawan-kawan seronok makan, walhal saya tak makan pun =)

  34. nameless says:

    salam..

    kelebihan graduan oversea..boleh masak..hehehe..sedap x sedap belakang cerite..

    membersihkan perut ikan bilis memang bosan..dak nk balik nih…confirm kene lagi..arghh..

  35. sumaiyyah says:

    bila kat overseas banyak benda jadi sedap..n banyak lauk mat saleh dimelayukan. ..teringat mak buat gherkin cicah dengan cilipadi perah asam limau, escargo pulak mak rebus letak serai ..tapi kulit tembikai masak tumis tu mmg klasik..kami pulak buat sup letak bilis! apa nak buat asal halal dan perut kenyang udohle…:)

  36. ummu talhah says:

    entry yang sedap dan lazat!

  37. imran_koyube says:

    amboi ustaz fazdi..rajin benor sekarang ni kasi komen kat saifulislam ye..saye rindu aa kat ustaz..ingat lg dulu ustaz rotan saye lepas daily assembly..huhuhu..pastu penah sekali saya botakkan kepala sbb ustaz gunting rambut saye..x boleh lupe oo..huhu..kenangan terindah di kisas..anyway,x sangka ustaz pun mengalami pengalaman yg sama dgn ust hasrizal di jordan dulu i.e. masalah biasiswa..huhu..anak2 ustaz fazdi sihat??skrg umah katne ye?nak ziarah if balik malaysia insyaAllah..nak gunting rambut anak ustaz!!haha..gurau2..

  38. ustaz fazdi yang garang says:

    Ingat lagi ustaz rotan ? bagus tu, itu tanda rindu nak kena rotan lagik. hehehehe, jangan gubra, tapi gabra ( gubra non islamic film).
    Biasanya yang kena rotan dan gunting rambut ler yang memang ingat ‘giler’ kat ustaz…hehehe..ada juga yang lari bila jumpa ustaz..dan buat2 tak kenal walaupun dah depan mata…maybe malu kot. Kalau yang girl tu maybe malu ustaz ‘ngorat’ dia. Eheh..marah zaujah ustaz kang!!!
    Ustaz Hasrizal ni kawan baik dulu, chef imported from ipoh ( ipoh mali maaa). Dulu ustaz dan ustaz hasrizal takdelah body besor. Tapi la ni selepas kawin..fuh..asyik makan aje.. :)
    Maaflah kerana ustaz rotan dulu. Rotan bukan kerana marah, tapi nak bagi pengajaran. Alhamdulillah ustaz bangga dengan anak murid ustaz semua. Ustaz sekarang kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, jomla ziarah.
    (sorry Ust Hasrizal..guna blog enta untuk berhubungan denngan ex murid dulu )

  39. saifulislam says:

    selamba… wa anti KISAS…. kenapa ramai sangat X-KISAS ni?????

    :)

  40. shiha says:

    Salam..

    Terkesan bila baca paragraph ustaz nih:
    Kentang goreng dan lauk sardin, adalah hidangan pertama yang saya masak.

    Tetapi, memasak lauk pauk yang berat-berat, saya tidaklah begitu berpeluang. Akan tetapi, sebagai anak yang beribukan seorang guru dan berbapakan seorang pegawai kerajaan yang bekerja hingga petang, saya sudah terpaksa berdikari semenjak kecil lagi.

    Oleh kerana jarak umur saya jauh sedikit berbanding dengan abang-abang yang umur mereka rapat-rapat, jadual persekolahan saya sering berbeza. Saya sering sendirian di rumah. Apabila pulang dari sekolah, mangkuk tingkat berisi lauk sudah terletak di pintu rumah. Saya perlu menanak nasi sendiri untuk makan tengah hari, sendirian di rumah, sebelum emak, abah dan abang-abang pulang ke rumah lewat petang.
    Begitulah kehidupan saya selama beberapa tahun.

    Sikit – sikit ada persamaan la ustaz.. kecik – kecik selalu kena tinggal sorang2 kat rumah. Sama la, paling tak larat kena kupas ikan bilis, atau siat daging rebus utk buat serunding daging. Waktu tu, resepi paling terer telur goreng dan maggie mee [saya membesar dengan maggie mee hehe] sebab itu aje yg pandai. Bila dah masak tu, makan sambil bertemankan kucing – kucing yang banyak kat rumah tu [peminat kucing nombor 1 :) ]. Lauk sardin pun biasa jugak. Kalau boring, ajak kucing – kucing sekelian pegi keliling rumah, kutip/petik buah rambutan seraga besar. Pas tu makan sambil tengok Sesame Street. Kenangan manis sepanjang hayat ;)

    Bila dah kahwin ni, suami selalu berseloroh, kalau masak dengan kasih sayang tu, makanan mesti sedap. Kalau hari tak sedap tu, mesti sebab kepenatan, kasih sayang jadi corot sikit hehe. Suami pulak dulu diploma dalam Hotel Mngmt (lebih kurang gitu la). Kalau stakat pizza, cheese cake, marble cake insyaAllah no problem :) Tapi skarang nih cuma buat BBQ di hujung minggu, tak pun ikan bakar. Itu je yang senang kalau nak jamu kawan2 dan sedara – mara. Resepi2 yang canggih2 macam ustaz tu, hehe di luar kemampuan la. Tapi kalau sweet & sour fish, steam fish tu boleh la sikit – sikit. Bila nak merasa masakan ustaz ni?

  41. Ummufaiz says:

    Saya X-KISAS dan X-urduni tapi saya minat tulisan Ustaz.

  42. kak nie says:

    Assalamu’alaikum,

    Saya ni memang suka masak. Kalau tak caye tanya ustaz fazdi. Dia tu (ustaz fazdi) kalau datang jer umah saya mesti makan punye. Dia tu pun suka makan. Akak nak belajar dari ustaz buat nasi-nasi yang tak de kat Malaysia ni…boleh ke?Akak pernah masak nasi maqlubah(betul ke ejaan ni) dari ustaz fazdi….tapi tak pasti resepi betul ke tak!!! (jgn mare fazdi oii…). Kalau boleh naklah resepi yg memang confirm asli……sebab daripada apa yg ustaz ceritakan, memang tergambar ‘keteroran’ dan keexpertan’ ustaz dalam bab-bab masak ni.

    Cadangan: Create ruangan resepi kat ‘categories’ tu…!!!

  43. elbariti says:

    Huh, ana tengah lapar nih. Belum makan tengah hari. Memang baca cerita nih menyebabkan ana lapar. Rugi arituh tak pergi makan madhghut dengan enta.

    Nanti minggu depan boleh singgah makan tak. Nak dengar cerita karen amstrong sambil makan terung enta hehehe. Apa kata kalau enta hidangkan makanan turkey? Ana bawa akar kayu aje lah, macam biasa.

  44. abuhafizah says:

    Ya Allah! Ramai-ramai orang malazi di mazar anta sorang je zohor di masjid mazar? Yang lain Di Karak kot?Atawa lakum diinukum wliyadiin kat rumah msg2. Patut tak menang smp skrg.Teringat komen kolumnis harakah”Israel tak akan alah jika subuh tak seperti jumaat”. Nak Islam Syeikh..

  45. Gulnur says:

    Selam Ustaz.. Sedapnya baca tulisan Ustaz… ada umph! Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan kami semua. Banyak manfaat dapat dipelajari. :)

  46. bangku says:

    bagaimana pula tips untuk masakan yang berkhasiat ye Ustaz? rasanya inilah persoalan paling penting untuk kita fahami, apatah lagi melihatkan masakan2 melayu yang tinggi lemak, garam, perisa tiruan dan gula.

  47. Dr. M says:

    A’kum…
    Lps baca ustaz nyer blog nih…
    Rasa tambah bersemangat utk masak
    Dulu masa awal2 kawen mmg jarang masak…
    Tmbhan sibuk dgn ward work & oncall…
    Now… bila dah ada anak2… dan alhamdulillah ada maid
    Hari2 masak kalau x oncall…
    Maid tlg kemas lps abih masak-memasak
    Saya dan suami sependapat yg makanan kat kedai tu kalau saya masak kat rumah mungkin lbh sedap (walaupun ada je yg terlebih terkurang)
    baru2 ni kakak tanya apa rencah saya letak dlm lauk yg saya masak…
    Saya kata ‘kasih-sayang’….
    Rupa2nya… ada ramai org diluar sana juga sama berpendpt… kasih-sayang laa yg menyedapkan masakan….
    Mcm masakan mak….

  48. ben_umar says:

    asalamualikum,
    orang merantau pandai masak,saya dulu pun xpandai jugak.tapi kerana berada di tempat orang smua pandai,sekarang nih tegah belajar buat kek pulak,untung2 boleh la merasa kek hasil sendiri.
    tip nak memujuk isteri tolong isteri kat dapur…

  49. humaira' says:

    Salam,
    Dulu saya selalu fikir kenapa masakan yg saya masak x pernah se’ummpph’ macam yg mak masak..mesti ada je para juri kat rumah yg akan komen..
    then, after finishing my study and now working in gov sector (which means i hev more time to do my own experiments in cooking)..saya cuba balik untuk masak yg lebih MENYELERAKAN perut ahli2 rumah..until one day i figured out that L.O.V.E and I.K.H.L.A.S are the most important ingredients in cooking..all this while i left those two ingredients bcoz i did my cooking on the based of ‘saya-yang-menurut-perintah’..jadinya mestilah buat kerja x ikhlas sangat(memang x ikhlas pun)..;)
    saya bersetuju sangat dgn intipati karangan ustaz dan komentar2 sahabat2 lain..insha Allah moga kerja2 jihad kita juga akan disulami dgn mawaddah dan rahmahNya..Ameen!
    p/s: syok sangat bila abah sendiri puji anak dara dia dapat buat sambal goreng tempe macam org jawa lain buat..alhamdulillah;)

  50. amri says:

    Abu Saif,

    Ustaz Chef Abu Saif al Peraki

  51. ana muslimah says:

    assalamualaikum..besh2..hehe..an nk mantapkn pljrn mmsk an nh..trimas krn beri ksdrn..mula2 mak asyik suh blajar smntara ade lg 4mnggu kt umah sblm msuk kolej..dlm hati malehnye..hehe..ble bce ustz nye cte..trsedar lor..ak kne blajar masak nh..dgn resepi rahsia tuh..thanks…n syukran jazillan..

  52. ummu_faheem says:

    Askm,

    Bagus en3 ust ni, baru2 ada anak tuan rumah kasi nasi yg dibungkus dlm daun anggur. Best jugak, tapi bila 2 kali tgk (mcm tahi kucing jer).
    My husband tak berapa lalu nk mkn.

    Duduk di Jordan ni kalako jugak coz anak saya yg umur 4 thun ada tanya soalan
    Anak: Kenapa kita bila makan ikan jerung boleh banyak darah, bagus?
    Ummi:(Garu kepala, fikir apa ikan jerung) Ooooo, sebab ikan jerung byk darah!!!!

    Rupanya ikan jerung tu bilis. Kalau dah duduk luar negara cam2 leh berlaku

  53. wewr says:

    Rasanya kalau cukup tempoh dan cukup bajet, boleh la ustaz buat rumah terbuka untuk pengunjung2 ke rumah ustaz, boleh ustaz masak lembu tumbang sendiri, kambing golek, kusah dan resepi2 lain…Kami ex-Jordan sedia membantu ustaz…heheh…

  54. Munirah says:

    Lapar pulak baca artikel ni….

    Allah yu’tiika al’aafiah

  55. hamada says:

    yee mmg memasak menggembiraka n dpt menghilNGKn stress lagi-lagi mskn tu jd n amat2 lah sedap ditambah pula makanan tu dikongsi bersama-sama ngn kwn2 yg len..lagi hilang stress tu..

  56. musnazdotnet says:

    he he…. saya suka memuji masakan wife saya, memang sedap pon…. pastu die semangat la nak masak lagi, he he, syukur…… kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat :)

  57. la tahzan says:

    assalamu alaikum…

    saya dah berumahtangga hampir setahun. suami saya sangat suka memasak. ;) mula2 kahwin dulu memang selalu beli kat kedai. tapi alhamdulillah dah mula masak kat umah……masakan kat restoran banyak bezanya dengan masakan di rumah…lebih2 lagi masakan suami….sangat sedap…..itulah namanya rempah “kasih sayang”. suami saya ni pun anak mak….he he…..dia tahu segala resepi masakan….saya suka makan dan suami saya suka memasak….alhamdulillah…..tengah usaha nak master semua resepi yang suami saya suka…….

  58. hidayah says:

    ustaz, lepas nih boleh buka satu restaurant! hehe

  59. musafeer says:

    kulit tembikai tu saya kira..macam rind lemon tu kut yer?

    kalo oang kita depa macam pakai kulit limo purut tu , di buat sambal

    atau kulit tembikai tu maksud bahagian isi yang muda , ni isi antara kulit luar dan isi merah nya kut

    so tak ubah macam sambal betik muda, pelam muda..rasanya lah

  60. zai57f says:

    MasyaAllah…ustaz serba boleh..bertuah sungguh isteri dan anak-anak usatz..he he he..Wslm

  61. ryna zynnirah says:

    ermmmmmmmmm, baru last 2week saya balik umah
    ustad tahu sbb aper saya balik?

    coz saya nak makan lauk sardin pedas masakan mak saya
    (lauk sardin kat kltn manis)
    ustad u r right
    masakan mak ler yg paling sedap walaupun simple

  62. CDAH says:

    best nye klAU PANDAI MASAK..
    SAYA DAH LAME CARI RESEPI PIZZA YG BEST N SIMPLE..
    KLAU ADE RESEPINYE BLEH LA RINGAN2 TULANG TLG FORWARDKAN

  63. Salam ziarah Ustaz, sila lawat laman blog kami.

  64. ana:laila says:

    salam, teringt masakan mak. walaupon simple tp terasa sedap dan menambah nasi. kekadang bila balik rumah bukan mak yang masak terasa tak seronok…huhuu

  65. nabilah says:

    sedap kh masakan tu say mo lah uuuuhuhuhuhu

  66. nabilah says:

    uhhuh shok nya ustz masak lucu bh uhuhuh

  67. Fara Roslan says:

    syukran ustz kerana bagi tips2….masak..

Leave a Reply