
Saya tidak kecewa dengan komen-komen negatif berkaitan pembabitan saya dengan produksi drama CINTA SEMPURNA. Seperti kata orang sebelah sana, “when we sit to judge, we are being judged“.
Semua orang ada tanggungjawab yang ditanggung, akan disoal dan perlu dijawab nanti.
Hasrat saya untuk melihat drama dan filem Malaysia menerima angin tajdid, bukan angan-angan tetapi saya memaksudkannya. Cuma, dalam lingkungan pengaruh yang kecil, saya sedar batasan yang ada pada saya justeru saya bertindak sekadar mengikut ruang lingkup yang saya ada, namun secara optimum, Insya Allah.
BATAS
Saya tidak punya wang untuk menerbitkan drama dan memiliki drama tersebut. Saya tidak punya kemahiran mengarah untuk mengarahkan pelakon berlakon seperti yang saya mahu. Malah saya tidak tahu menulis skrip dan sebab itu saya tidak menulis skrip. Saya tidak mahu memalukan diri membuat perkara yang saya tidak tahu, biar pun mahu. Justeru apa yang saya ada hanyalah idea dan cerita. Ia saya sampaikan kepada penulis skrip untuk mengskripkannya. Ia dimajukan kepada penerbit yang punya wang untuk memodalkannya. Dan penerbit memilih pengarah serta pelakon yang bisa merealisasikannya.
Sudah tentu, dengan persetujuan sebuah stesyen penyiaran yang bersetuju untuk menerima dan menyiarkannya.
Apa yang saya ada, adalah idea.
Idea itulah sumbangan dan peranan saya.
KECELARUAN INDUSTRI
Industri drama, filem dan cabang-cabangnya di negara kita memang huru hara. Kehuru-haraan itu berlaku, bersangkutan dengan hala tuju, kualiti seninya, malah nilai moral yang didukungnya.
Mengapa semua itu berlaku?
Orang-orang yang nampak akan masalah itu, hanya menjadi pemerhati.
Mengkritik dari jauh.
Mendekati secara salah.
Usaha untuk mengelokkan, jadi buruk dan songsang bagai labu yang dibaiki oleh seekor tikus.
Golongan bijak pandai, banyak pandangan, banyak kritikan tidak serius dengan kritikan mereka dan selesa berbahas dari jauh hingga kalam beransur menjadi hipokrisi tatkala teguran tidak datang dengan cadangan, jalan keluar dan penyelesaian.
Saya sendiri sudah merasainya.
Saya marah.
Kecewa.
Tetapi mengulasnya di pentas ceramah, tanpa sebarang usaha adalah sebuah hipokrisi dan syok sendiri. Sedap mengata.
Setiap hari, ekoran dari asakan yang diterima kebelakangan ini, saya berfikir deras mencari idea perubahan. Ada yang nampak seperti mustahil dibuat, ada yang rasanya tidak mustahil ia boleh menjadi kenyataan. Idea adalah idea, lontarkan, dan lihat ke mana ia merayap dan menjelma menjadi realiti.
PROGRAM ALTERNATIF
Semalam saya menjenguk sedikit rancangan realiti baru di siaran ASTRO iaitu ANAK WAYANG.
Entahlah juri profesional mahu mengambil hati atau bagaimana, tetapi saya berasa aib melihat kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh peserta. Rasa saya itu bukan saja-saja. Saya banyak mengendalikan kursus motivasi untuk pelajar-pelajar dan di dalam sesi motivasi itu, ada disediakan satu ruangan untuk peserta berkreativiti membuat persembahan.
Lakonan pelajar-pelajar itu amat bagus, malah idea spontan mereka sangat berkualiti. Jauh lebih baik daripada peserta yang sudah disaring dan ditapis untuk program ANAK WAYANG tersebut.
Pagi ini saya terfikirkan sesuatu.
Mengapa tidak ASTRO OASIS misalnya, mengadakan sebuah rancangan Realiti TV berbentuk Akademi Lakonan?
Mungkin sasaran awal yang boleh dibuat ialah dalam bentuk penganjuran sebuah Akademi Lakonan di musim cuti sekolah, khusus menyediakan kursus lakonan untuk peserta-peserta terpilih yang terdiri daripada pelajar sekolah agama. Kita mahu peserta yang bersyakhsiah baik, mendapat recommendation daripada pihak sekolah, dan pelajar-pelajar ini dilatih dengan seni lakon dalam suasana kem cuti sekolah yang berteraskan nilai Islam.
Kita mahu pelajar muslimin dan muslimat yang kreatif di pentas-pentas sekolah mereka diberi laluan untuk masuk ke industri seni lakon ini melalui saluran yang betul. Pemenang-pemenang bagi acara ini, boleh diambil berlakon dalam sebuah produksi berbentuk drama bersiri atau telefilem kisah hidup pelajar-pelajar sekolah agama, budaya mereka, cabaran hidup dan konflik-konflik kehidupan mereka yang saya yakin, penuh iktibar untuk ditonton oleh masyarakat.
Mungkin sebuah drama bersiri ala-ala Kisah Kirana, tetapi tentang pelajar sekolah agama, lakonan mantap oleh pelajar-pelajar sekolah agama sendiri.
Jika ada penaja, mungkin pelakon yang berbakat ini boleh diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi, media dan penyiaran. Sudah tentu bidang ini banyak cabarannya kerana amat sedikit pelajar yang berpemikiran Islam memilih jurusan seperti ini. Namun, jika kita serius mahu menyuntik perubahan kepada industri seni tanah air, ini harus diambil sebagai cabaran.
Biar sampai ke satu peringkat, bidang lakonan diterima sebagai salah satu cabang kerjaya bagi pelajar sekolah agama. Lakonan yang bukan kotor dengan glamour dan hawa nafsu yang berakar budaya. Tetapi dunia lakonan yang penuh bakat, nilai, kualiti, pemikiran yang bisa menenggelamkan drama-drama dan filem yang gersang nilai, termasuklah penggiat seni capek yang mendukungnya.
Itu cita-cita saya.
Idea ini sudah saya lontarkan kepada mereka yang mempunyai upaya untuk merealisasikannya. Moga ia terus berkembang menjadi sebuah projek yang besar buat ‘Islamisasi’ seni negara.
Andai secebis penglibatan saya di dalam produksi drama CINTA SEMPURNA dianggap kotor seperti kotornya orang yang bekerja di bank-bank konvensional 30 tahun yang lalu (bertahan untuk mengutip pengalaman dan kemahiran), maka idea yang saya kemukakan ini adalah sebahagian daripada pelan saya untuk melihat tertegaknya sebuah industri seni Islam yang sempurna, seperti munculnya bank-bank Islam 30 tahun yang berikutnya itu.
Segalanya bermula dari sebuah pengorbanan. Mengorbankan persepsi selesa dan puji-pujian kepada tegar dengan keazaman untuk melihat PERUBAHAN.

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai idea, maka hendaklah kamu menjadi seorang yang berpendirian. Sesungguhnya kerosakan kepada idea berlaku, cukup dengan kamu berbelah bagi!” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]
Angin tajdid bukan retorik.
Setiap sudut bumi berhak menerima hembusannya.
“Akan kusampaikan dakwah ini, biar sampai ke janin di perut bonda” – Hasan al-Banna
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPAN G
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Angin perubahan pasti akan bertiup jika ada makhluk-makhluk yang ingin kan perubahan…
Semoga cita-cita menjadi kenyataan…
bukan sekadar angan-angan….
Bersama-sama berusaha menghidupkan angin perubahan itu…
@aman, teringat saya kepada kata-kata nabi s.a.w mengenai 2 golongan dalam 1 kapal:-
1 golongan di atas, yang lagi 1 di bawah. untuk dapatkan air golongan yang di bawah perlu minta dari golongan di atas. Maka 1 hari seorang dari golongan di bawah beri cadangan “apa kata kita tebuk lantai tak payah lagi kita minta pada mereka di atas” faham2lah kalian apa akan terjadi selepas tu. yang di bawah karam yang di atas pun sama-sama karam.
begitulah halnya dengan golongan ulama sekarang. mereka sendiri perlu turun padang, lapangan masyarakat pegang tangan kami, tarik kami kepada cahaya hidayah. bukan syok sendiri duduk di atas . kononnya sedang berusaha membetulkan kami, masyarakat yang jahil dengan agama.
saya menyokong penuh dengan usaha ustaz. nasihat saya pastikan ada mereka yang sentiasa menegur ustaz jika dilihat agak terlanjur.
mereka artis mereka manusia dan mereka hamba kepada tuhan yang sama. mereka berhak untuk mendapat cahaya hidayah. wallaua’alam
Assalamualaikum
‘Angin tajdid bukan retorik’
Sememangnya ramai bersikap sebegini,begitu juga saya.
Bila menonton drama yg ‘tah apa apa’,laju sungguh kritikan yg keluar.
Tidak terniat pula nak membantu menjernihkan bidang ni yg sgt2 kuat pengaruh dlm masyarakat.
Moga ustaz cekal mencipta angin perubahan.:-)
subhanallah..aliran semangat dakwah terasa getarannya..semoga alirannya menusuk pdku jua..teruskan usaha ustaz…
You got it right!
1. Cantik dan berkesan olahan Ustaz kembali kepada persoalan asas. Yang terjerit-jerit kepada pemain di padang, kalau diberi kasut, berani ke mereka turun padang? Persoalan ini sudah didengar berkali-kali dan seharusnya sentiasa di kumandangkan. “Golongan bijak pandai, banyak pandangan, banyak kritikan tidak serius dengan kritikan mereka dan selesa berbahas dari jauh hingga kalam beransur menjadi hipokrisi tatkala teguran tidak datang dengan cadangan, jalan keluar dan penyelesaian.” Pedas sekali, tetapi itulah kita selalu sediakan air suam di sebelah, kalau tahu nak makan sambal.
2. Peringatan yang diberikan oleh Abu Tayyib al-Mutanabbi atau sesiapapun, sememangnya benar. Tamadun tidak dibena oleh was-was atau boleh-ke-tidak. Sejarah besar terbena atas keyakinan persepsi seseorang. Ya … hanya perlukan persepsi dan kita berpegang kuat kepada persepsi itu. Kebenaran tidak menjadi rencah utama membena kemajuan yang kita capai sekarang ini. Dunia modern dengan segala kecanggihan peralatan dan pemikiran, semua berasaskan kepada keyakinan. Ilmu sains hanya mula berkembang pesat sejak 200 tahun dahulu, tetapi tamadun besar sudah berusia ribuan tahun.
3. Penerangan Ustaz tentang Bank Islam yang mengambil 30 tahun untuk diterima ramai adalah jawapan terbaik. Hasil dari sakit hati pemain, ditegur kaki bangku, dicampur dengan kaki bangku sebenar yang hanya tahu menjerit, dan beberapa faktur persekitaran lain, menghasilkan sesuatu bernama Bank Islam. Tetapi tidakkah kita fikirkan bahawa Bank yang Islam itu, hanya berperanan sebagai mengagih (distribution) kekayaan, sedangkan yang diperlukan ialah Ekonomi Islam. Masih terlalu jauh untuk mencapai ekonomi Islam sekiranya, kita selalu disajikan dengan fakta bahawa ekonomi kita berkait dengan ekomoni Dunia atau lebih ketara ekonomi Barat.
4. Setelah melalui zaman berumur 30an, dimana sebagai orang jenis A tidak tahu berdiam diri, sentiasa mahukan tindakan, saya akhirnya menghabiskan umur 40an menganalisa kenapa kegirahan mengambil tindakan di umur 30an tidak menghasilkan yang terbaik, walaupun jasmani ketika itu, daya-tolak ketika itu pada tahap maksimum. Rupa-rupanya semasa saya berumur 30an, ada orang berumur 40an, 50an dan seterusnya. Mereka yang banyak bilang umurnya tidak punya daya-tolak yang tinggi, tetapi mereka punya daya-tahan lain yang menentukan keadaan. “punya wang untuk menerbitkan …” Mereka yang punya wang merasakan ada lakunan lain yang lebih perlukan keutamaan.
5. Apapun, penat menolak idea ketika 30an, tidaklah menajdi sesuatu yang sia-sia belaka. Akhirnya ia akan mengumpul pengalaman. Akhirnya setelah penat, dan masuk kelab 40an dan ke atas, dan berkemungkinan dari bekerja untuk wang, menjadikan wang bekerja untuk dirinya, pandangan menjadi berbeza. Sekurang-kurang itu pengalaman saya, mungkin tidak pada yang lain. Dari tertarik skrip pengarah, saya lebih tertarik dengan skrip Pengarah. Dari lakonan di depan kamera, terasa pula kita membawa kamera setiap hari, ke hulu ke hilir. Memang kita rasakan ada kepentingan mengubah lakunan di depan kamera, tetapi Kamera yang dua itu tak pernah off.
6. Bukanlah nak memperkecil semangat yang besar. Pada masa yang sama tidaklah dapat ditolak begitu sahaja keperitan mengumpul pengalaman. Gabungan daya-tolak dan daya-tahan perlu gabungan. Resultant kepada kedua daya itu menentukan hasil. Kata Newton, yang memetik Kitab Alam. Perlu dingat 30an hanya 1/7 dari keseluruhan (berdasarkan purata sampai ke umur 70). Teruskan perjuangan. Teruskan penulisan. Begitu juga terus ketidak-puasan kepada keadaan. Kerana itu sahaja yang akan memastikan bersemangat meneruskan kehidupan. Kita semua dalam perjalanan dan belum samapi ke destinasi. Kehidupan itu sebuah perjalanan bukan sebaliknya.
Ustaz..
Saya pernah menonton cerita yang pernah dilakonkan Ustaz Dini (sebagai Imam dan pembantu je); berkaitan kederhakaan seorang anak di TV3. Ianya cerita menarik dan pernah di ulas Ustaz tak silap saya. Mesejnya jelas dan sampai.
Tapi dalam kegembiraan dengan cerita yang sebagus itu; terkilan pula dengan perangai pelakon utama lelakinya. Alahai..
Jadi Akademi Lakonan Muslim ni.. memang perlu melahirkan:
- pelakon yang berakhlak dan jatidiri, berbakat besar
- pelakon bersyahksiah dan mampumenjadi idola kerana syahsiahnya itu
Bayangkan.. pelakon yang bukan sekadar menyenangkan mata memandang; tetapi ada syahsiah, jatidiri dan mampu pula menjadi idola..impaknya pasti cukup besar.
(Teringat Anthony Quinn yang berlakon hero dalam Umar Al Mukhtar filem yang saya lihat lebih dari 10 kali sejak zaman remaja.. hampir2 dia menjadi salah satu idola saya;… kerana mungin saya hanya membayangkan kesucian, keberanian kekuatan iman dan semangat dan ketegasan suara yang lembut garau dalam cerita itu; dengan airmata berlinangan tiap kali)
Wallahualam
@ummualya, Saya juga melihat reality show mendapat sambutan sekarang ini. Perlu adanya Akademi Fantasia – Lakunan, bagi menyambung idea asal AF – Nyaniyan. Saya melihat AF7 (sebelah mata, tapi sepenuh hati) dengan Datuk J, mula menyelitkan lakunan. Anak Wayang rasanya adalah ke arah itu. Biasalah Ustaz kita tak yang sebenar di rancangan TV. Yang terbaik selalunya tidak gemar masuk ke TV. Mungkin pancaran cahaya lampu yang glaring tu? Maksud saya glamour bila keluar TV. Terkilan dengan pelakun …. kan lebih baik dari saya, kernaa terkilan dengan ustaz penyampai.
@Pak Din,
Maaf; Saya pula tidak melihat AF.. dan segala macam realiti TV Malaysia sekarang. Adakalanya masa tukar channel, tertekan pun saya meluat.. pada pengacara, peserta, pakaiannya dll.. (rasa macam 2nd class Malay.. hmmm)
(Tinggal di JB; TV Singapore ada sesekali program realiti luar negara yang saya tengok dengan anak-anak; dengan mulut mengomel. Berita pun saya tengok TV Singapore! lebih telus dan profesional.) Wallahualam
@ummualya, Kenal dengan … Boyle UK tu. Most downloaded lady. Muka, masyaallah, tapi suara, alhamdullilah. Saya sedih dia tak menang! Saya pun suka mengomel, tapi pastikan bersalut fakta dari Kitab Alam.
http://www.youtube.com/watch?v=SncyQKe6CnQ
Assalamualaikum ustaz..
subhanallah…terasa berat tanggungjawab da’ie ni ustaz..
Apa yang ada di segenap ruang, di ruang itulah hembusan Islam itu akan memenuhi. Setiap ruang atau benda yang dah ada di depan mata kita sekarang ni(hatta di industri perfileman sekalipun) perlulah kita ambil peluangnya utk kita sampaikan mesej Islam itu sendiri..
sekadar pandangan
Allahu’alam
dr maza pun bercerita mengenai tajdid di dalam kolum beliau…. dan ust bercerita mengenai tajdid dalam industri seni negara kita…
belia2 dan pelajar2 lah yg harus menjadi pendukung tajdid…
kita perlukan dorongan daripada ilmuan2 spt ust.
besar cita-cita ustaz dalam membawa tajdid ke iklim perfileman tanah air.semoga Allah SWT membantu ustaz..
salam…ada ade tgok realiti tv PILDACIL,pmilihan da’ie cilik(bleh jmpe kot kt youtube, ana bli cd)
beh woo…rasa smthing bile tgok Islam dibawa indah cenggitu…jauuuuh skali dgn ape yg ade dlm tv skrg (binatang kecil, tom2 bak).
persis idea ustz,hrp rmai yg akn sokong n dokong, akademi lakonan muslim…
salam ust.. setuju sgt dgn idea ust ni.. perubahan bukan setahun dua..tapi memerlukan masa yang lama..
just nk bg cadangan.. mungkin kita dpt ambil sket manfaat dari negara jiran Indonesia.. cth mcm saudara alfadhil ckp tu. PILDACIL.. dan mcm2 lagi.. pengarah dan pelakon2 filem2 islamic sini jauh lebih maju dari Malaysia.. mungkin idea2 dari pakar2 ni dapat membantu perkembangan filem islamic di Malaysia.. dan pasti lebih menarik kalau ada keterlibatan dari negara jiran Indonesia..
idea banyak..sape yg sanggup dan mampu buat?ayuh2..
tenaga pengajar, kemahiran dan MODAL….
pemuda pas dibawah pimpinan baru ustaz nasrudin tantawi menggalas amanah yg besar.antara gerak kerja yg diamanahkan kepada pemuda didalam ucapan dasar presiden adalah mengislamisasikan hiburan-hiburan yang ada.dalam ertikata menyediakan hiburan alternatif yang berlandaskan syarak.pandangan ustaz hasrizal ini boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Adakalanya apa yang ditayang di peti TV, umpama mengejar glamour bintang yang entah dimana. Antara pengemar drama-drama islamic dari Indonesia, terutamanya. Seperti hidayat. drama-drama pengajaran yang cukup mengusik hati, sedih, sebak adakala lucu juga.Menjadi pengajaran terus ke hati.
Kita kurang atau mungkin tiada drama sebegini, jadi ustaz…just go…:)
salam
mabruk ustaz!
biiznillah, ana teringatkan arwah zubir ali,
lihatlah bagaimana arwah membantu dalam proses islamisasi ini,
subhanallah
http://www.youtube.com/watch?v=JUynGMcp6g0
balada seorang gadis kecil
ana terpanggil
moga kita thabat atas perjuangan suci insyaAllah
salam alaik,
topik ni memang kene bagi saya, maklum lah, muthakir ini kita tengok lebih ramai yang mengHARAMkan segala macam realiti tv kerana menganggap mereka itu LEBIH Islam dari yang (memang mereka tidak mengaku,tapi dari penyataan mereka itu lah yang difahami).
konsep yg ustaz cube ketengahkan ini bagi saya wajar, kerana dunia hari ini pengaruh terbesarnya ialah Media Massa dll. Jadi sebagai Da’i kita perlu praktikal dan fleksible..saya bukanlah dari golongan Da’i mana2, hanya orang biasa, tapi saya ingin menyelit unsur dakwah ini mengikut bidang saya dan kepakaran yang saya ada, kerana itu lebih berkesan daripada saya menjadi hipokratic bermuka dua.
apa yang penting sekarang ini bagi insan yang ingin meneruskan agenda Dakwah ini, KURANGKAN KRITIK BANYAKKAN PRAKTIK.. Membudayakan Melalui Teladan…dan cuba islamisasikan segala aspek kehidupan yang ada ini sebaiknya.
sekadar luahan
Sabar wahai suamiku.
Semua pujian dan kritikan adalah ujian untuk meningkatkan iman.
It shows people are concern even though they have so different ways showing it.
Maaf mencelah. Sekadar ingat-mengingati. Berita gembira dari al-quran kepada yg mbacanya.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
salam….
semoga idea ustaz mengenai akademi lakonan muslim akan dipermudahkan usaha yang nak diketengahkan
100% agree with you ummusaif. it shows people concern with you even they express it in different way.
setuju dengan ustaz. saya selaku bekas pelajar dari bidang penyiaran dan komunikasi massa melihat kurgnya sambutan terhadap bidang ini dikalangan mereka yang berpemikiran Islam. mungkin persepsi masyarakat terhadap bidang ini perlu diubah.
untuk berubah, perlulah idea2 dan kritikan yang dilontarkan oleh golongan bijak pandai itu menjadi realiti, seperti yang ustaz katakan. namun, saya dapat lihat ‘approach’ Islam dalam bidang penyiaran ni agak meningkat. cthnya, dgn terbitnya program2 seperti Mari Mengaji dan Celik-Cilik (kalau saya tak silap). saya tabik kepada penerbit dan krew2 yang telah mengusahakan rancangan sebegini.
Salam semua. Maaf ya saya agak ketinggalan dalam hal ini. Tak tahu pun pembabitan ustaz dalam produksi drama CINTA SEMPURNA. Apa yang saya boleh beri nasihat ialah
1. Apabila hitam + putih = kelabu (banyak contoh telah berlaku).
2. Matlamat tidak menghalalkan cara. Justeru kalau mahu,
3. Kita bangunkan sendiri sistem kita.
Saya bagi point saja. Moga-moga beroleh faham dan rasa, Insya-Allah.
P/S: Saya sendiri bercita-cita menjadi pengarah filem Islam. Tetapi untuk melibatkan diri dengan apa yang ada sekarang adalah tidak mungkin melainkan kita sudah punya satu team yang sama perjuangan. Sebab itu team atau jamaah itu penting. Kita bangunkan sistem kita sendiri.
salam ustaz,
lama tak komen di sini.
ana doakan semoga berjaya. kalo berjaya, ana nak rekomen seseorang yang sangat berbakat: abang ana!
Saya setuju dengan Sdr/i Wan74 menyokong kepelikan sesetengah concern, sebagaimana http://saifulislam.com/?p=916.
Dalam proses kita menapis apa yang kita persembahkan sebagai tauladan, berdasarkan pengalaman yang telah kita lalui, tidak dinafikan ada kalanya kita perlu berlapis kata dan persembahan. Menjadi Melayu, berbudaya lembut, berlapis merupakan elemen utama nilai kehidupan.
Tidak dinafikan setelah berlapis dan lembut perkataan kita, masih ada pembaca yang mengeraskan pembacaannya. Yang kita kirikan disensasikan ke kanan, yang kita kecilkan sentuan tentangnya, diperbesarkan terjemahannya. Belbagai cara kita menulis, dan pelbagai cara orang membaca.
Maka setelah menapis yang terbaik dari kita, dengan keadaan telah dilapiskan persembahan tersebut, masih kita perlu bersilat kemudian, dalam proses menepis tomahan liar dari pentakwilan yang berlainan dasar. Jadi tapis, lapis dan tepis perlu penserasian, sehinggakan kita dapat menarik rambut dari tepung.
salam ustaz, thniah ats idea cerita “Cinta Sempurna” ini. Bg sy, industri filen ngr kita tidak kekontangn dngn idea2 cerita islamik tetapi amat kekontangan dengan peranan pelakon dan krew produksi filem atau drama y islamik. Maksud sy di sini, idea cerita dan msj y nk dsmpaukan sudah ok dn bgs. Tetapi apabila keluar sbg drama or filem watak2 dlm cerita itu xmnnjkkn ajrn islam y sbnrnya. Inilah y menjadi tabir kepada y menutup msj sbnr y ingin dsmpaikan dlm sebuah cerita.
Sbg contoh, filem “Ayat2 Cinta”. Idea ustaz Habiburrahman sdh bgs tetapi pelakon2 y mmgng watak dlm cerita trsbt tidk memainkan prnn spttnya. Sdngkan dlm sesebuah cerita pelakonlh y memainkan prnn trpnting dlm mnnjolkan msj sbnr filem trsebut.
Sy sngt setuju dngn cadangan ustaz tntng akademi lakonan muslim ini. Akademi Quran dan Akademi Nasyid dah ada. Akademi lakonan muslim bila lagi ya? Ustaz, izin jua sy copy article ini ya..
Assalamualaikum Tuan….
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah……..
Teruskan perjuangan tuan, semoga Allah membantu tuan kuat semangat dan sentiasa dibantu oleh tentera-tentera Allah.
salam
Ana cuba untuk mengkritik filem Ayat-ayat cinta.
Ceritanya bagus dan sedap, tiada masalah pada skrip dan cerita. Permulaan yg cukup islamis, permulaan yang dinanti2kan oleh generasi ‘baru’ kini..
Namun, aksi si Aisha membuka tudung selepas kahwin adalah masalah bagi ana. Aisha adalah gadis solehah yang berkahwin dengan Fahri. Benarlah Aisha adalah ‘isteri’ Fahri pada ketika itu.
Namun ana ada masalah untuk menerima pendedahan aurat itu. Ada sesuatu yang menyekat ana disitu.
Namun pada Maria, si gadis kristian koptik yang mendedahkan auratnya, ana dapat menerimanya.
Bagaimana ya? Huh susah jugak bila tak mampu melontar idea dengan tuntas!
ustaz, jangan pikir sgt ape org cakap, kalau pikir sampai bebila pun xabis. masyarakat sekarang terlalu memikirkan percakapan org sekeliling sehingga takutkan perubahan.
saya rase kiter cme perlu jujur dgn tuhan. pikir ape yg tuhan ckp, sama ade Dia redha atau tidak. pastu, kalau kiter yakin dgn pilihan, just go ahead.
Semoga ustaz terus kuat.
=)
teringat pd novel faisal tehrani. tajuknya Advencer Si Peniup Ney. cerita psl ustaz sulaiman yang berdakwah ke negeri jin dg 40 jin islam. method dakwah melalui seni islam sgt menarik. bkn stkt meng’islam kan seni dan muzik tp menggunakan seni dan muzik sbg wasilah dlm dakwah….bkn mcm org seni d negara kte ne yg menjual nama islam untuk melariskan seni.
Salam wbt Ustaz.
Mungkin berkenaan keluarga yang melarat – tetapi mereka masih syukur pada Allah. Ustaz boleh masukkan firman dalam Alquran dan sbgnya agar kita semua boleh belajar dan bersyukur.
1) Pertama sekali, SYABAS saya ucapkan kepada Ustaz kerana ingin mengubah drama di Malaysia menjadi lebih Islamiah.
2) Semua org tahu yang Media TV adalah berkuasa. Kesannya memang efektif. Mungkin Ustaz juga ingin mengubah dan dapat berdakwah melalui drama.
3) Tetapi persoalannya – kenapa Ustaz harus memilih drama? Tiada cabang media TV yang lain untuk Ustaz terokai?
4) Pada pandangan saya, masih banyak cabang media untuk Ustaz berdakwah dengan lebih bermakna. Penglibatan Ustaz di dalam menjernihkan drama, saya rasa hanya akan melepaskan batuk di tangga. Ianya umpama sebutir mutiara yang kecil yang bakal hilang di tengah lautan. Amat sukar dan mustahil untuk menjernihkan arena tersebut.
5) Pengusaha stesyen TV dan penerbit-penerbit drama lebih kepada pengiraan untung. Mereka ada formula bagaimana untuk melariskan filem / drama mereka. Nafsu untuk kaya / mendapat keuntungan dengan mengeksplotasikan rupa, aurat, asmara, cinta adalah antara taktik untuk melariskan produk. Maafkan saya, saya mungkin salah.
6) Bukan saya ingin memandang remeh usaha Ustaz. Niat dan usaha Ustaz sungguh murni. Tetapi saya berpendapat, usaha murni Ustaz harus disumbangkan kepada arah yang lebih efektif dan efisyen.
7) Pendapat saya, lebih baik Ustaz rangka model dakwah melalui TV. Mungkin dakwah ala talk-show – mengisahkan pengalaman & perjalanan hidup sesorg. Banyak yang boleh Ustaz rangka.
9) Mungkin boleh paparkan kisah masalah buli sebagai isu. Kemudian selitkan firman dan hadis bagaimana kita harus menghormati kawan, bagaimana Nabi Muhammad menghormati lawan, dll.
10) Masalah hutang Along dan bagaimana cara berhutang, tanggungjawab siberhutang, dan sipemberi hutang dan saksinya seperti yang disarankan dalam Islam.
11) Mengenai harta milik Allah, kisah zakat, kisah penceraian, harta pusaka, sumbang mahram, perpaduan, pergaulan bebas, dadah, arak, judi, dll.. Semua kisah yang dipaparkan haruslah dikaitkan dengan real live people yang telah mengalami masalah tersebut – agar kita yang menonton menjadi insaf dan bersyukur.
12) Mungkin cara dakwah melalui talk-show (mengambil kisah benar dan dipaparkan di kaca TV) adalah lebih berkesan – kerana perkongsian secara live dapat membuka mata dan impak yang lebih maksima. Banyak perkara yang boleh untuk dipaparkan untuk pengajaran kita semua.
13) Akhir kata….bukankah yang pertama-tama sekali – kita harus menegah yang buruk secara terbuka; namun sekiranya kita lemah – kita menegah dengan hati; namum sekiranya kita teramat lemah – kita hanya menutup mata dan tidak berbuat apa.
14) Ustaz mampu membuat lebih daripada drama. Kekerohan drama mungkin sukar untuk dijernihkan. Tetapi cara berdakwah boleh dimodenkan agar pendekatannya lebih bermakna dan berkesan.
15) Hanya sekadar pendapat saya…..maafkan saya sekiranya ada kata-kata menyinggung perasaan Ustaz atau pelayar blog Ustaz.
Wasalam.
wsalam wbt @wadi,
terima kasih atas cadangan yang bagus.
saya bukan memilih drama. saya tiada nama, tiada pengaruh, tiada sebarang upaya untuk memilih. hanya diajak oleh seorang penulis skrip untuk bersumbangsaran. itu sahaja.
saya tidak mempunyai kapasiti untuk meminta sebuah talk show untuk saya kendalikan. siapalah saya?
malah yang ditawarkan pun, amat limited. lima episod untuk saya isi tajuk “10 kegunaan surah yasin!”.
sudah tentu, antara drama dan talk show, jika memang ditawarkan, pasti saya memilih talk show.
salam ukhwah buat semua,
Industri filem negara kita semakin jauh terpesong dalam mendidik generasi muda ke arah kebaikan. Sememangnya pengaruhnya cukup kuat, jika ada usaha ke arah filem berasaskan dakwah atau mentarbiyahkan generasi muda ke arah membentuk generasi qurani, ia harus disokong 100% oleh pelbagai pihak.
Salam. Saya bersetuju dengan saudara Wadi. Melihat realiti sekarang, kita sudah boleh agak hasilnya. Ya, kita belajar dari sejarah. Bukan tak pernah ustaz-ustaz lain yang mencuba, saudara Zabidi sendiri pun pernah tetapi lihatlah hasil dan impaknya.
Molek saya rasa kita belajar dari pengalaman Kang Abik menerusi filemnya AAC. Dia sendiri jadi pengarah untuk filem ke-2 KBC kerana barangkali tidak berpuashati dengan filem AAC.
Ustaz perlukan team kalau ustaz serius terlibat dengan medium hiburan ini. Sorang-sorang, ibarat cerita seekor burung siram air dengan paruh pada marak kebakaran hutan. Api tak padam. Tetapi usaha murni si burung tadi, kita hargai dan pastinya dapat pahala dan redha di sisi-Nya.
Tetapi untuk serius dan betul-betul mahu memadamkan kebarakan, you need a team. Kalau burung tadi panggil kawan-kawan burungnya yang lain. Padam jugalah beberapa persen kebakaran tersebut, barangkali. Kalau tidak, terjadilah apa yang terjadi. Macam ustaz tulis, sudah bukan kita punya.
Rasanya, dah ada jamaah di Malaysia ini yang ada semacam Akademi yang ustaz sarankan. Boleh belajar dari mereka.
Assalamualaikum…
“Berani berubah dengan mengubah”
Zaman ‘pertengahan’ yang kita alami ini memerlukan keberanian insan-insan seperti ustaz yang tidak gusar melakukan perubahan dan keluar dari kepompong sedia ada.
Abaikan bahasa sarkastik yang memperkecilkan peranan CINTA dalam masyarakat yang cuba diketengahkan oleh ustaz. Mereka yang berfikir secara sistemik akan dapat melihat antara sebab utama kelumpuhan ummah pada hari ini adalah melalui struktur bait Muslimnya. Jadi tindakan ustaz menekankan aspek kekeluargaan (yang selalunya berbunyi CINTA- inilah yang selalu disindir-sindir orang) adalah satu tindakan yang tepat. Teruskan dan perkukuhkan lagi usaha itu.
Dan kerja-kerja kecil tetapi BERANI yang cuba ustaz usahakan seperti di atas juga adalah BESAR berbanding daripada kritikan dan keluhan yang tidak berkesudahan.
Keluar dari kepompong, Islam memimpin perubahan insyaAllah.
Dengan Naman Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
Assalamualaikum Ust,
ana melihat akan BESAR nya harapan ust dan kita semua dalam MENYUCIKAN dunia perfileman ini dengan penglibatan anak-anak berfikrah islami yang lahir melalui program realiti…
Namun, sebagai bekas pelajar pelajar sek agama yang masih bergerak dengan aktiviti alumni sekolah..sedikit sbyk wujudnya kebimbangan yang timbul dihati ana berkaitan idea ust kali ini..
Biah di sek agama terutamanya smka hari ini sangat berbeza dari zaman kegemilangannya yang lalu..sukar untuk ana perincikan…tetapi berdasarkan pengamatan ana dan diskusi ana dengan shbt-shbt dai smka lain di malaysia ini…produk smka hari ini mungkin cemerlang dari aspek akademik..tetapi dari segi jatidiri islamya…masih menjadi tanda soal…ana juga bukanlah yang terbaik…namun ana bimbang adik-adik yang difikirkan akan bangkit dengan kerangka seni islami…terjatuh kedalam cabaran dunia seni hari ini..kerana ketidakmatangan ilmu islam yang diterima oleh mereka sepanjang disekolah sehingga berakar umbi menjadi jatidiri menyebabkan mereka ini tewas dengan godaan dunia seni..nauzubillah .
Makanya…perlu difikirkan bagaimana seharusnya kita membentuk jatidiri muslim yang teguh terlebih dahulu dalam diri adik-adik sebelum menceburi bidang seni..dan pemantauan selepas menjadi anak seni itu juga penting seandainya idea ini peru direalisasikan…bagi memastikan mereka jelas dengan matlamat dalam meninggikan islam di muka bumi ALLAH ini.seadainya ianya hendak dilaksanakan…perancangan teliti perlu dilakukan…. wallahualam…
Salam. ustaz.
Saya rasa gelombang tajdid dalam industri seni sudah bermula sejak kebelakangan ini (2/3 tahun). Dan dalam hal ini, saudara kita dari negeri seberang laut telah mendahului dengan melahirkan produk bernuansa islami. Apa yang menarik baru-baru ini ialah penghasilan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ arahan Chaerul Umam dimana proses pembikinannya amat dekat dengan disiplin ajaran islam.(Release : 11 June 2009). Bukan niat saya untuk mengagungkan karya luar tetapi ini adalah contoh terbaik yang dapat kita pelajari khususnya untuk industri seni tempatan.
Perlu kita sedari bahawa produk-produk drama yang dihasilkan oleh pembikin drama tempatan sejak akhir-akhir ini menuju ke arah itu walaupun masih belum cukup ‘islami’. Tetapi percayalah, gelombang ini akan berterusan dan cuma masa sahaja yang akan menentukan. Bidang pementasan teater yang sudah lama merasai gelombang ini jika kita merujuk gagasan ‘Teater Fitrah’ yang diutarakan oleh sasterawan negara Datuk Nordin Hassan.
Saya pelajar jurusan teater amat mengalu-alukan penglibatan agamawan dalam bidang ini tetapi cuba elakkan diri anda dari berfikiran sempit seperti ustaz-ustaz ‘konservatif’ yang suka mengkritik tetapi tiada cadangan membawa sesuatu hal lebih baik.
Jilbab yang suatu dahulu amat asing bagi masyarakat islam di negara kita akhirnya menjadi satu trend kepada anak muda zaman sekarang disebabkan ‘langkah kecil’ yang dilakukan oleh NGO islam 30/40 tahun dahulu. Tidak mustahil ‘langkah kecil’ yang dilakukan dalam industri ini akan menabur hasil pada masa depan.
Assalamualaikum Ustaz Hasrizal
Saya kagum dengan keberanian ustaz untuk terjun ke dunia drama ini. Saya kini penulis novel dan akan mendalami ilmu penulisan skrip pula selepas ini, Insya-Allah. Animasi akan menjadi fokus saya kerana lebih banyak perkara yang dapat dikawal oleh pereka konsep. Dalam masa yang sama, saya berdoa agar ustaz terus tegar meniup angin perubahan dalam dunia drama negara.
Mungkin kita dapat berbincang tentang strategi untuk memurnikan dunia hiburan Malaysia dan serantau dengan rakan-rakan penulis lain.
Wallahualam