Hanya Itu Yang Kupinta

On 09/06/2009, in Bahasa Jiwa, by Abu Saif | 5,957 views | Print Print | Email Email |

sepi01

Tiada nikmat hidup seindah peluk restu seorang ibu

Tiada nikmat hidup seindah azimat kata seorang bapa

Tiada nikmat hidup seindah setia seorang isteri

Tiada nikmat hidup seindah doa seorang anak

Aku tidak meminta dunia dari-Mu ya Allah.

Cukuplah sekadar nikmat-nikmat itu

Menemani nikmat beriman aku kepada-Mu

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Ia Hanya Panas Yang Sedikit Bukan sembarangan. Panasnya kini menjadi-jadi. Sejujurnya, saya turut menjadi lesu...
  2. Benazir Bhutto: Hanya Kematian Menjadi Noktah Dirinya Pagi itu cuaca amat dingin di kota Dublin. Saya menutup...
  3. Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti Saya bukan bapa mithali. Saya bapa realiti. Realiti yang ada...
  4. Abdullah bin Saba’ Hanya Khayalan? Ramai pihak kebelakangan ini cuba menimbulkan rasa curiga terhadap Abdullah...
  5. Catatan Yogyakarta Bukan Hanya Wisata Semasa membeli tiket kapal terbang KUL-JOG-KUL, tiada penerbangan dari Yogyakarta...

 

23 Responses to “Hanya Itu Yang Kupinta”

  1. Pak Din says:

    Ibu bapa isteri dan anak, itu sahaja.

    Setuju Ustaz, tapi saya hanya perlukan keizinan Dia untuk mendapat nikmat bersama mereka di Dunia dan Akhirat.

    Bukan itu semua hanya perhiasan Dunia, di satu ayat.

    Dan sebagai wasilah menjalani ujian di ayat yang lain.

    Semuga mengingati kesyunyian berseorangan ke Alam Barzah, mengingatkan betapa perlunya kita melihat kembali tahap kesepian yang dirasai. Yakinlah bahawa kesepian itu hanya layak dipakai ketika kehilangan Dia.

  2. kakciks says:

    Aminnnnnnnn…….

  3. Akmal Hakim says:

    Ya Allah ya tuhanku, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku..

  4. Slimo says:

    Nikmat ibu dah ada. Ayah pn dah ada. Tunggu isteri dan anak plak. Ok, sudah mendapat sdikit pencerahan di sini. X perlu lg menyimpan cita utk bwk kereta mahal or duduk di rumah besar. Biar org nmpk lekeh, tp jiwa bahagia.

  5. ummu AQILA says:

    Ukays – Bila Diri Disayangi..

    p/s : Hayati kasih sayang Nya

    Terdengar bisikan mesra
    Kalimah keramat bermentara
    Bermulanya siang berakhir malam ku
    Tak akan ku jemu menyebut namaMu

    Tiada batasan waktu
    Tiada tempat Mu tertentu
    Di gunung di lembah, di darat, di air
    Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
    Kasih merubah takdir

    (korus)
    Bila ku sedari diri disayangi
    Langkah kaki ini semakin berani
    Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
    Kembali dipandu

    Engkau pertama, tiada akhirnya
    Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
    Izinkahlah aku menumpang di sini
    Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
    Ku berserah diri

  6. jiwamelayu says:

    Kadang- kadang manusia selalu lupa kepada apa yang ada
    dan mengenangnya saat tiada :)

  7. aman shah says:

    “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
    Surah Ar Rahman ayat 13

  8. huuuuuu….rase nak kuar air mata…..

  9. oberoi says:

    salam, saya ada iklan hebat utk pengunjung saifulislam.com. ini adalah tentang program dialog yang diadakan di seberang laut. bagi sesiapa yg ada kesempatan, silalah hadiri program dialog ini. sila klik di link berikut utk maklumat selanjutnya:

    http://malaysianoverseasforum.blogspot.com/2009/06/think-islam-leads-change.html#comments

  10. nisha says:

    ku pinta syahid di hujung nyawa
    kerana takut azab seksa neraka.

    syurga penuh bahagia
    neraka tiada nikmatnya

  11. ehsas jaded says:

    sungguh bertuah brgsiapa yg ade nikmat tersebut…bersyukurlah..sbb begitu ramai lg insan laen yg mendambakannya…nikmat ketenangan..

  12. ummualya says:

    Pertama kali kunikmati pelukanmu ibu
    pada usia 8 tahun..

    Dunia kurasakan terhenti..

    Siapakah manusia ini yang diberi padaku!
    Tiba-tiba mengenggam erat bahuku; dan kenapa airmatanya membasahiku.. dalam ciumannya yang berembesan diwajahku…

    Tidak ku mengerti.. dia sebenarnya IBUku yang tidak kuketahui wujudnya..

    Ya Rabb.. KasihMU itulah sebenarnya
    Yang menjangkaui alami, angan dan mimpi..

  13. ummualya says:

    Maaf tuan rumah…
    jiwa tersentuh dengan catatan puisi ustaz

  14. Tronx013 says:

    salam,

    Konklusinya, bersyukurlah dengan apa yang ada… tak semua akan mendapat nikmat yang sama..

  15. saffa says:

    salam..ustaz, ada air mata yang ingin tumpah, tapi ditahan2. catatan halus. moga kita sama2 dipermudahkan urusan untuk memeluk bahagia!

  16. BismiLlah ar-Rahmaan ar-Raheem~

    Tiada kata untuk menggambarkan keindahan nikmat-nikmat ini. Walau ditakdir nikmat-nikmat ini ditarik secara zahirnya, batinnya tetap cukup terasa! Tiada bandingan~ Nikmat yang terlalu istimewa untuk satu titian kehidupan.

  17. asan says:

    menangis bila baca ni

  18. [...] di petik dari saifulisalam Posted by contaminatedcookies Filed in The Next World No Comments [...]

  19. ikhwanjamal says:

    dalam maknanya ni.. subhanallah..

  20. Nur says:

    Teringat bonda yang telah tiada,
    juga ayahanda yang semakin lelah meniti usia…
    Peliharalah mereka ya Allah seperti mana mereka memeliharaku…

  21. Meerza Hr says:

    Website yg bermanfaat dan berinformasi.

Leave a Reply