KHUTBAH JUMAAT: Beruntunglah Insan Yang Dagang

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]
Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah.
Masakan tidak.
Islam datang menongkah kebiasaan.
Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan.
Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan.
Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.
Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan.
Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.
Itulah nasib Islam di awal zamannya.
Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman.
Mereka ganjil bukan sebab mereka salah.
Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai. Itu sahaja.
Firman Allah SWT:

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” [Hud 11: 116]
Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.
Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti.
Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan.
Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.
Mereka inilah GHURABA!
Kerana itulah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]
Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”
Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]
Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”
Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?
Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?
Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?
Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?
Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?
Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Tooba lil Ghurabaa’!
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6: 116]
Allah Subhanahu wa Ta’aala juga menyebut:

”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)” [Yusuf 12: 103]
Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [al-Maa’idah 5: 49]
Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan peringatan di dalam al-Quran:

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” [Yusuf 12: 38]
Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini.
Jemaah kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran.
Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.
Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Namun,
Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing.
Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam.
Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.
Suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ditanya tentang maksud firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“ Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan” [al-Maa’idah 5: 105]
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”
Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”
Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam.
Islam asing di zaman permulaannya.
Islam kembali asing di zaman kemudiannya.
Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 7 months ago
…teringat nasyid ‘ghurabaa’…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Assalamualaikumm..
ustaz,sayu membaca artikel ustaz..
kita telah kembali kepada zaman awal Islam diseru kepada umat manusia..
ya!saya pernah merasa ‘ghurabaa’
Alhamdulillah..
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
terima kasih. susah nak cari pemikir sebegini di zaman sekarang…yap islam semakin susah nk diamalkan dr sehari ke sehari
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Selain amalan dan tingkahlaku, Adakah rupa fizikal(pakaian & wajah)termasuk dalam apa yang di maksudkan dengan Ghuraba’ ya ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 26th, 2009 12:30 pm:
@cpj,
menyimpan dan memelihara janggut bagi wajah lelaki.
tidak mencukur kening bagi perempuan.
berpakaian menutup aurat bagi lelaki.
berpakaian menutup aurat bagi perempuan.
semua yang dilakukan kerana perintah Allah demikian, termasuklah ia dalam ghurbah (keterasingan) yang dimaksudkan khutbah di atas.
ada pun berlebih-lebihan berpakaian, misalnya enggan membuka penutup wajah (purdah) di kaunter imigresen… ia jauh sekali dari perintah Allah. atau pun menyimpan janggut yang bersepah tidak dirapi dan dibersihkan. jika dicela, jangan dianggap celaan itu pujian Allah
Respond to this comment [with empathy]
cpj reply on June 26th, 2009 11:22 pm:
@Abu Saif, syukran ya ustaz…manisnya Iman dan Islam…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Ghurabaa, ghurabaa ghurabaa
ana harap dapat jadi ghurabaa
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 26th, 2009 12:30 pm:
@asrafsharafi,
matlamat kita bukan menjadi ghuraba’.
tetapi untuk mencapai matlamat kita, perlu menjadi ghuraba’
Respond to this comment [with empathy]
nabil reply on June 26th, 2009 9:57 pm:
@Abu Saif,subhanallah,rupanya ghurabaa’ itu baru sahaja permulaan perjalanan, belum lagi sampai destinasi..alangkah jauhnya.
alhumma tsabbit qulubana..
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
1 hari, Allah berikan saya hidayah. Kini, saya terasa nikmatnya apa yg Allah berikan itu. Ya, byk suara yg tidak baik sya dgr setelah melihat ‘hijrah’ sya…semoga Allah tetapkan sya dlm Islam & iman selamanya.Cuma kini, sya perlukan lebih bimbingan utk m’jd wanita solehah. Amin. Bantulah saya…
Respond to this comment [with empathy]
salehuddin reply on June 27th, 2009 10:13 am:
@angelina,
salam tahniah kerana mendapat hidayah, cadangan saya sentias berkawan dengan orang yang berfikiran positif dan yang takut dengan Allah. Pastikan jatidiri yang kuat(sentiasa berzikir dan berdoa), ingat syaitan dari golongan jin dan manusia akan sentiasa menganggu. Sentiasa berdoa minta hidup dan mati dalam iman insyallah. Dan berdoa le kesejahteraan umat islam insyallah. Semoga Allah beri kekuatan kepada anda insyaallah. Tough time never last (dunia nie sementara aje) wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
salam..usrah ana bernama ghuraba’…mereka guhraba’ kerana mengajak kembali kepada AL Quran di Negeri Al Quran..
Mereka guhraba kerana mengajak kembali kepada ISLAM kpd MUSLIM…
Moga ada menfaatnya usaha mereka..
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
teruskan dan beristiqomah.. Jaga Niat itu..moga berjaya
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Salam semua,
Marilah kita berdoa untuk terus teguh menjadi salah seorang daripada ghuraba’ itu walau dilanda naik turun iman di dada. Marilah berdoa untuk bisa menggenggam bara api itu.
Ya Allah, hanya engkau sahajalah yang layak ditakuti. Engkau sahajalah yang berkuasa atas nyawa kami, rezeki kami dan kebahagiaan kami dunia akhirat.
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
pernah satu ketika apabila kami berziarah jenazah ayah salah seorang rakan kami dengan jurulatih (tentera) kami (driver), waktu itu dah maghrib… jurulatih terus berhenti di kedai mamak untuk makan…
saya dan seorang rakan lagi kelam kabut dibuatnya apabila mendapati tiada tempat solat berhampiran tempat berkenaan, tetapi maghrib dan nak abis… apabila diajukan kepada jurulatih… dia hanya senyap dengan alasan, “kita nak cepat”
saya dan rakan saya meminta jasa baik abang yang bekerja di kedai mamak itu supaya memberi kami kotak untuk dijadikan hamparan solat dan menunjukkan arah kiblat… kotak telah diberikan, malangnya arah kiblat seakan-akan dia tidak tahu… apabila ditanya “kamu solat di mana?”
“saya solat di rumah” jawabnya…
tetapi bila masa pulak dia balik untuk solat maghrib? saya terpinga2…
sedih mengenangkan apabila kami terpaksa solat maghrib di kaki lima yang agak gelap dan tak tahu arah kiblat… Apalagi… Bismillah dan tawakkal je lah…
p/s: 3 minggu menjalani latihan di skudai, masa tu dah x leh jama’qosar…
***
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Tersentuh dan mengesankan membaca khutbah ustaz. Sejak ana baca khutbah ust tentang palestin dan hilangnya rasa takut-jemaah masjid berebut utk memiliki teks tersebut. Ana edarkan utk pengetahuan ust. Yg makan cili akan terasa pedas, tetapi bagi yg berfikir inilah khutbah yg sagat dinantikan!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 26th, 2009 12:32 pm:
@iskandar,
Terima kasih banyak-banyak ustaz kerana memanjangkan khutbah ana ke jemaah di masjid ustaz. Semoga bermanfaat.
Respond to this comment [with empathy]
iskandar reply on June 29th, 2009 9:07 am:
@Abu Saif, Sama sama ustaz. Moga beroleh kebaikan ummah di Sarawak Insya allah. Insya allah pada bulan Julai, khutbah Beruntunglah Insan Yang Dagang akan dikumandangkan. Mohon izin ye ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Assalamu’alaikum Ustaz,
Untuk memanjangkan manfaat kandungan khutbah ini, saya muatkan ke dalam slot Minbar Jumaat Masjid Darul Ehsan Subang Jaya… http://www.mdesj.net/2009/06/minbar-jumaat-insan-yang-dagang.html
dan juga Minda.JUMAAT di blog saya http://sab2.blogspot.com
Terima kasih. hjSab2
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 26th, 2009 12:32 pm:
@hjSab2,
Wsalam wbt.
Komen Tuan Hj tadi tersangkut di spam kerana mempunyai dua URL. Saya sudah ’selamatkan’. Terima kasih kerana memanjangkan khutbah ini ke masjid tuan
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Terima kasih ustaz atas artikel yang sangat berkesan.saya merasai keterasingn itu apabila saya memilih untuk lebih mendalami Islam dan mengembalikan saya kepada diri saya yang sebenar.Namun saya bersyukur walaupun golongan majoriti yang mengkritik malah menentang saya tetap punya golongan minoriti yang terus memberi sokongan.Terima kasih ya Allah atas segala kekutan moga saya terus istiqomah dalam mempertahankan Islam, iman dan jati diri saya sebagai muslim.Amen…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Impianku ghurabaa’.sgguh mnyentuh teks ustz.blh saya print n edarkan?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 26th, 2009 12:35 pm:
@Asma,
seperti yang tercatat di bawah SEMUA artikel:
Selamat jadi pengedar
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
saya menulis untuk membenarkan kata-katamu wahai Abu Saif!
berpegang pada Islam hari ini bagaikan menggenggam bara api. kita merasainya walaupun berada di negara orang Islam. ana tidak dapat bayangkan sahabat-sahabat kita di negara-negara lain seperti di Uighur-China, Kemboja dan Filipina.
Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita semua untuk istiqamah dalam perjuangan..
wallahu’alam..
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
terima kasih ustaz atas artikel ini. semoga perjuangan islam berterusan hingga ke akhir zaman.
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
“sesungguhnya rahmat allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik”
surah al a`raf :56
semoga kita semua terus melakukan amar maaruf nahi mungkar.redha allah yang di cari…..
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
sekadar mengutarakan celahan saya yang biasa. perasaannya sungguh seronok apatah lagi dengan adanya pembuktian-pembuktian santifik untuk menyokong apa-apa jua persoalan-persoalan kebenaran dan menangkis dakyah dan tohmahan yang tidak berasas dan tidak rasional kendatipun logik dari aqli. jadi kenapa perlu bersifat defensif? ummah islam senantiasa bersikap defensif tika ini. sedangkan qalamullah itu sarat dengan pembuktian saintifik untuk menyokong zat-zat ciptaan Allah (kreationisme), tidakkah kita terfikir? Allah nan senantiasa ada bersama; maka usah fikirkan atau sebaiknya abaikan saja perkara-perkara yang tidak berkenaan atau tidak berkaitan denganmu.~
secara ikhlas, pas dan umno saling lengkap-melengkapi (complementary). apa jua kekuranggan-kekurangan yang pincang, maka kedua-dua saudara seislam ini akan menutupi dan memperbaiki kelemahan-kelemahan masing-masing. kita boleh berkongsi ilm-ilmu samada akhirat mahupun duniawi, maka adanya keseimbangan dan kesedarhanaan… sayangnya kita dewasa ini masih enggan untuk bergerak ke hadapan untuk paradigm islam yang seterusnya. agaknya saya terlalu dhoif dan naif untuk menbuat telahan yang sepatutnya. moga ada hikmah-hikmah yang terselindung untuk apa jua keputusan yang dibuat. ya allah, tampakkan sedikit demi sedikit al-furqanMu demi saudara-saudara seislamku dan untukku jua. ameen.
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
“Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?”
Aneh, sebab mereka yang tertawa itu juga adalah muslim…sedangkan sipenganut agama lain terdiam dan kagum…
“Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?”
Dalam bab pemakanan ni, saya cukup kagum dengan kaum India yang taat beragama (dengan agama mereka). Semua tentu sedar, kalau ada majlis kenduri, malahan di hotel2 juga, pasti ada disediakan “vegetarian food” untuk mereka. Kenapa ya? sebab mereka sentiasa berkeras dengan pendirian mereka, sehingga orang lain akhirnya berkompromi. Tidak seperti “sesetengah” dari kita – samada makan sahaja apa yang ada kerana lapar, ataupun tidak makan langsung dan menahan lapar dahaga. Akhirnya orang lain tidak tahu keperluan dan pegangan kita.
One of my friends banyak bergaul dengan kaum India. Disebabkan sebahagian dari sahabat2 nya yang Indian ini sering bergaul dengan kaum melayu, maka sudah difahami bahawa rakan2 melayu mereka akan menyediakan “vegetarian food” bilamana ada kenduri kendara. Khas untuk rakan2 India…Pernah seorang India ini sesampai saja ke sebuah majlis yang dibuat oleh orang melayu, dia terus mengambil makanan dan memakannya dengan sangkaan itu adalah “vegetarian food” untuk mereka (vegetarian food untuk Indian selalunya kreatif dan dibuat dalam pelbagai bentuk, menyerupai ikan bilis, keratan ayam atau ikan). My friend was shocked and told him that that was not a vegetarian food. Rakan Indianya itu hanya terdiam. Tapi kawan saya perasan bahawa dia sedang menahan air mata…
Me myself pun pernah rapat dengan seorang India yang sebegini. Dan ya…satu sikap ini adalah sikap yang membuatkan saya “appreciate” sesetengah Indian…pelajaran yang baik untuk saya teladani…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Terima kasih ustaz. membaca artikel ustaz sangat menyenangkan hati.
saya pernah menegur seorang rakan, hampir setiap kali berbicara, pasti ada yang akan diumpat…tambahan lagi apabila dia bersama ‘masyarakat’nya. tetapi apabila ditegur perbuatannya, saya di balas
“ingat ko suci sangat? daripada jadi macam ko, tak bermasyarakat, lebih baik ko duduk kat hutan je…”
saya tak tahu nak buat macam mana lagi ustaz.Moga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan semoga Allah meneguhkan hati saya kerana terpaksa hidup dalam masyarakat sebegini…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
assalamualaikum ustaz..
ustaz, sy ingin bertanya..
sy merupakan salah seorang penuntut IPG..pd sem ini.. telah bermulanya subjek PJ (subjek minor sy)..
masalahnya..kami (muslimah) dikehendaki ‘tide in’..
sy dan beberapa org kwn telah pun mengadakan ’slow talk’ dengan pensyarah dan ketua jabatan. namun, jawapan sangat mengecwakan (kami dikehendaki menuruti juga).
jikalau kami membesar2kannya, mereka mengugut akan mengambil tindakan yang lebih jauh keatas kami..dengan melibatkan ketua2 jabatan lain. kami tidak mahu perbalahan yang lebih besar berlaku di sini. kami buntu..
apa yang perlu sy buat?
Respond to this comment [with empathy]
Budilara reply on June 26th, 2009 11:06 pm:
@penyejuk mata, A’kum Ust..salam ikhlas saya untuk anda pembaca.Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan samada dari segi ilmu maupun harta benda..bagi yang miskin dan kekurangan ilmu mgkin terasa yg mereka sungguh trasa rendah diri didepan yg kaya.jgn lupa kita tetap kaya ilmu juga dgn sifat tersebut kr adab yg berbudi pekerti..begitulah juga bila kita terpaksa.bukan bermakna kepatuhan sebenar dan sepatutnya selitkan sifat2 beristiqamah dan membenci dgn perkara yg bertentangan dgn naluri kita..bagi yang tidak mengerti kebenaran dan kewarasan di luar dr syriat,sebenarnya mereka adalah zalim..bukan saja kpd org lain bahkan kpd dirinya.kelompok tersebut umpama mengharamkan benda yang nyat tetapi menghalalkan perkra yang terselindung dalam diri mereka..mereka sebenarnya sedar akan hukum Allah tetapi nafsu mereka telah menguasai diri..inilah munafik yg berselindung disebalik Islam.
Untuk pengetahuan anda,saya juga pernah menghadapi situasi yang menyanggah dan memperlekehkan islam..saya sanggup tentang dengan alasan munasabah biarpun dihukum dan disindir,mereka juga terasa terkilan dan sedar akan sikap mereka kemudiannya..Ust..Sampaikan sifat2 Munafik dalam Khutbah yg akan datng..untuk anda pembaca,tawakallah bila melakukan kebenaran..yang ingkar akan merasa kepedihan dlm dirinya bila sedar perbuatannya..byk astagafar..
Respond to this comment [with empathy]
dr.radzi reply on June 26th, 2009 11:39 pm:
@penyejuk mata,
aslmkum…
mungkin boleh agaknya memberi cadangan minta untuk diasingkan kawasan pj lelaki dan perempuan? pj di sekolah ana dulu asing2. aktiviti asing,guru pindah2 tempat takut budak2 laki pegi tempat lain. hehe…tapi tak tahula situasi dipihak saudari pula.
sekadar buah fikiran.=)
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Salam ustz..
“kepelikan” ini sudah selalu dirskn..
saat buka Quran dalam train, org sume tgk macam lah sy nih penganut ajaran sesat! Sedang yang tgh hot berkapel xdiherankan langsung, apatah lagi ditegur..
Tp satu soalan lah, kalu time kita “berbuat pahala” tu, ramai je pandang pelik kat kita, wajarkah kita berhenti berbuat mende tu? let say baca quran dalam train tu la..
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
salam. kekadang susah untuk menjadi begitu di zaman yang diselubungi dengan kejahilan namun itulah yang kita perlukan untuk mendapat keredaan ilahi…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
salam us,
“Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”
Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”
Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam.”
saya paling seronok dengan hadis dan ulasan ini!
saya sangat2 berharap agar dapat jadi motivasi saya selama2nya. sebab sangat2 susah nak istiqamah.
syukran ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
2 mgu yg lalu, ketika sdg mngu lift di bngunan apartment, br pulang dr kelas. seorang budak perempuan melayu lalu di sebelah saya bersama 2 org kakanya. Masing2 hanya berbikini, lencun, baru selesai berenang.
tiba2 si adik yg sy anggarkn berusia 7-8 thn bertanya kpd kakaknya, “kenapa semua org pakai tudung ni kak?” nada panuh rasa ingin tahu berbaur sindiran pahit.
bagai satu tamparan kilat.
diri sdg separuh bogel merasa pelik melihat org lain berpakaian sopan.
unfortunately, i couldn’t answer her back bcoz at that moment i was talking to the phone.
just imagine how our next muslim generation will be one day with that kinda mentality, n way of life.
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
salam ust & semua
teringat surah al-mutaffifin,ayat29-36. yang lebih kurang maksud dia orang-orang yang bawa kebaikan ni mmg akan sentiasa ada orang yg menentang&dihambur dengan sindiran2,ejekan.tapi,Allah perli balik kat orang2 yang menyindir ni di Akhirat nanti,bahawa bukankah mereka dapat ‘pahala’(ats-Tsawab) dari apa yang telah mereka lakukan.’pahala’ mereka tu adalah neraka.
betul ke pemahaman saya ni ust?
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Salam Ustaz dan pembaca yang dihormati:
Mendapatkan projek kerajaan tanpa perlu suapan, bukan kroni, tanpa perlu belanja dinner dan karaoke – minum, tak pernah main golf dengan klien.. telah berlaku pada saya BEBERAPA kali; walau di saat ekonomi meleset dan perebutan projek menjadi semakin sukar ini.
Ia agak sukar; kena proven track record – dalam bentuk OUTPUT dan TINGKAH LAKU PERIBADI, dan dah dapat projek pantang berbuat silap; sentiasa usaha, pasrah dan minta pertolonganNYA.
Lagipun ada antara GHURABA juga berada dalam meeting dan pemilihan /penentuan projek; merekalah yang dengan izin ALLAH menyebelahi kita!
Rezeki Allah SWT; bukan mereka – manusia yang memberinya, menentukannya.
Pernyataan Ustaz; pernahkah anda melaluinya? menggembirakan saya; ia memberi harapan pada saya, syarikat dan anak buah untuk terus teguh memegang prinsip.
Ia lebih sukar dari menutup aurat; lebih sukar dari berhenti solat apabila masuk waktu.. kerana melibatkan jutaan ringgit..dan kepentingan orang-orang lain jua.
Yang agak pelik; klien swasta non muslim; memahami prinsip kita dengan jelas; tak pernah PAKSA dinner, minum atau lain2. malah hulur tangan bersalam kalau tak disambut tak apa (saya tunduk hormat sahaja).(Pernah saya tak sambut salam MB seagama, teruk kena tegur).
Walau bagaimanapun; berhati-hatilah, jangan sampai kita merasakan kita “GHURABA”, dan melaksanakannya dengan kesombongan, rendahkanlah hati kita.. Contohnya membaca Quran dalam train.. cara anda melakukannya, dalam keadaan bagaimana, riak wajah anda, SUARA anda mungkin memberi alamat yang berlainan.
Seperti penjelasan lanjut Ustaz:
“matlamat kita bukan menjadi ghuraba’.
tetapi untuk mencapai matlamat kita, perlu menjadi ghuraba’
Wallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
salam,
keep on writin ustaz..
nie kira medan dakwah plg pantas la.. sy kat skolah area kg, skrg pon pening, bdk2 dtg skolah yg lelaki colorkan rambut, perempuan dgn cukur kening+ celak tebal. tu blm kira diorg pny attitude lg..bl tny kat rmh parents solat ker tak, suma geleng kepala..
Respond to this comment [with empathy]
asjam reply on June 28th, 2009 9:26 pm:
@nakatsu,
saya lihat peranan ibu bapa dirumah amat penting
Respond to this comment [with empathy]
nakatsu reply on June 30th, 2009 7:03 pm:
@asjam, mmg x dinafikan parents adalah guru pertama yg didik kita..but ade gak parents yg dtg skolah bincg dgn guru2 sbb dorg dah x boleh nk handle ank2. pengaruh rakan2 terlalu kuat. kalau kena pukul or marah they prefer to stay @ their frens home. then sama2 ponteng skolah.tugas parents dan guru skrg sgt2 mencabar mental.
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Teringa nasyid ‘Ghurabaa’
sayu dan menusuk kalbu…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
salam ustaz.saya nak tanya pendapat ustaz dalam mendekatkan diri dengan Allah secara sufi,dengan ilmu tasawuf.ramai orang pandang serong dengan golongan ini,golongan ini lebih mementingkan batin dari zahirnya.adakah ilmu tasawuf ni tak pernah wujud masa zaman nabi,setahu saya tak ada yang peliknya ,anatara nya mujahadah pada diri kita,memelihara hati kita dari perkara2 yang menghijabakn kita dgn Allah
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
artikel yang baik
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Assalamualaikum semua,
Kalau dinilai berdasarkan hadis Nabi di atas, zaman kita ini Islam telah kembali seperti awalnya, kelihatan pelik dan terasing.
Zaman sekarang riba dianggap baik. Pergaulan bebas dianggap biasa.Zina telah dihalalkan atas dasar suka sama suka.
Jadi,sama-samalah kita berusaha agar dipilih Allah menjadi orang yang berbahagia dikala kita dianggap pelik.
Respond to this comment [with empathy]