Akhlaq Itu Bukan Lalang

On 14/06/2007, in Kampus, Revolusi Sikap, Zikir Fikir, by Abu Saif | 11,849 views | Print Print | Email Email |

lalang.jpg

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

Sengaja saya karangkan kata-kata di atas, untuk melihat di mana Akhlaq dalam agama Allah yang kita anuti ini.

Akhlaq bukan lalang, yang tumbuh sendiri di mana-mana sahaja. Ia memerlukan usaha, bermula dengan benih dan baja, penjagaan yang rapi sepanjang masa, agar nantinya pokok berbuah… menghasilkan Akhlaq.

Namun, hari ini sukar benar untuk mencari petani yang menyemai buah Akhlaq… mencari ‘ilmu’ Akhlaq amatlah payah.

“Tak apa, kalau Aqidah dah betul, Ibadah dah sahih, eloklah nanti akhlaqnya”, kata seorang ustaz, apabila diminta mengajar tentang Akhlaq.

Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab akar, ramai yang boleh mengajar. Akar dibahas hingga tersembam ke muka bumi. Menghuraikan tentang Aqidah, bertahun lamanya… atas alasan, segala-galanya dalam agama ini, paksinya adalah Aqidah.

Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab batang, ranting dan daun, ramai yang boleh mengajar, meleret bertahun-tahun. Membetulkan solat membetulkan ibadah… bertahun lamanya… seolah-olah kemuncak agama ialah pada sahihnya Ibadah.

Tetapi jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa. Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam menggaru kepala.

Akhirnya Akhlaq menjadi subjek terbiar.

Pandai-pandai sendirilah kamu nak berakhlaq. Akhirnya kita miskin Akhlaq.

pokoksyariah.jpg

 

DISKUSI TENTANG KRISIS AKHLAQ

Saya timbulkan hal ini selepas berbual dengan orang kuat An-Nidaa’, iaitu Haji Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Din. Semasa berbual lewat malam selepas menghabiskan ceramah 7 Habits saya, Pak Din mengeluh tentang krisis Akhlaq.

“Ramai yang berlepas tangan bab Akhlaq ni, ustaz”, kata Pak Din.

Saya mengangguk.

“Sampai ustaz-ustaz sendiri pun mengalami krisis Akhlaq. Datang lewat, tak tepat masa… semua rasa biasa. Pinjam barang tak pulang balik, rasa biasa… tak rasa hina diri, tak rasa berdosa”, kata Pak Din lagi.

“Timbul soalan besar di sini, Pak Din. Orang Barat sana tu, menepati masa. Bekerja amanah. Saya pernah jumpa orang Ukraine semasa di Ireland, yang berpindah ke tempat saya kerana dipulau di tempat lamanya atas kesalahan menipu. Sungguh aib menipu ini kepada mereka”, saya mengulas.

“Soalnya, orang Barat ‘tak ada agama’ tapi ada tabiat positif. Ada HABIT. Kita yang ada agama, tak ada Akhlaq. Habis, macam mana nak jawab kalau ada orang persoalkan, apa gunanya agama kalau yang beragama tidak berakhlaq, sedangkan Barat tanpa Islam pun boleh lebih ‘Islamik’!”, saya cuba mencetuskan persoalan yang lebih meruncing.

“Hmm… apa pandangan Hasrizal? Di mana silapnya?”, Pak Din berkerut dahi berfikir. Tiga empat orang rakan yang lain turut sama.

“Pada saya Pak Din, Akhlaq ini bukan lalang, boleh tumbuh sendiri. Ia memerlukan usaha. Habit positif di Barat bukan tercetus sendiri. Mereka mengajar dan belajar mengenainya”, saya memberikan pandangan.

1627.JPG

BARAT BELAJAR DAN MENGAJAR ‘HABIT’ (AKHLAQ)

Memang dalam sejarah Barat, kesan kepincangan Kristianiti, ramai yang membuang agama. Tetapi yang dibuang itu adalah ritual. Substance atau intinya masih dijaga dan dipupuk.

Lihat sahaja 7 Habits oleh Stephen Covey. Ia dipelajari di sekolah-sekolah. Untuk membentuk tabiat positif, ada teknik dan kaedahnya. Ia diajar dan dipelajari secara intensif di sekolah-sekolah.

Jika anda berpengalaman duduk sekelas dengan pelajar Amerika, anda pasti bersetuju dengan saya bahawa kebanyakan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Hingga kadang-kadang lebih dari diri yang sebenar. Tengok sahajalah American Idol di peringkat awal ujian bakat. Terlebih yakin hingga tak boleh terima hakikat yang dirinya lebih merdu jika tidak bersuara.

Keyakinan diri itu diajar, diasah dan dibentuk. Ada kaedah ada caranya.

Maka kalau mereka memandu, pasti berhenti di lintasan Zebra. Masuk pejabat mesti tepat masa. Mesyuarat mesti kemas dan aktif. Malah jika cikgu bertanya soalan, murid-murid ghairah menjawab… biar pun jawapannya selalu salah.

Mengapa begitu?

0370.JPG

PARENTING

Ibu bapa yang biasa saya lihat di Barat, memuliakan manusia seawal usia. Mereka tidak memperlekehkan anak-anak. Jika anak berusia 3 tahun mahu bercakap, mereka akan berhenti bercakap dan memberi perhatian dan telinga.

“Eh, diamlah. Orang tua nak bercakap, kamu sibuk nak bercakap. Gi main sana!”, ini bahasa biasa kita terhadap anak-anak sendiri.

Potensi mereka dibunuh awal-awal lagi.

Barat boleh buat semua ini sebab mereka memuliakan manusia. Lantas mereka berminat mengkaji manusia. Sebab itu, majoriti disiplin Sains Kemanusiaan seperti Psikologi, Sains Politik, Kaunseling, Komunikasi dan lain-lain, dibangun dan dikembangkan oleh Barat.

Cumanya, dengan membelakangkan agama, tabiat itu mudah tersasar. Nilai mudah berubah. Puncanya ialah kerana tiada nilai Ta’abbud. Tiada Ubudiyyah kepada Allah. Tiada reference point dalam hidup.

Kebaikannya, terpisah dan tidak berhubung dengan Tuhan, kerana ramai yang berkrisis terhadap ritual dalam agama. Maka rugilah Barat dari sudut Ta’abbud kerana meninggalkan ‘agama’ (ritualnya).

2124.JPG

 

UMAT ISLAM BAGAIMANA?

Apahal pula dengan umat Islam.

Kita sangat mementingkan ritual, sehingga menyangkakan ia puncak agama.

“Agenda kita hanya Tauhid dan Ibadah. Apa kena mengenanya tajuk-tajuk pelik ni dengan matlamat An-Nidaa’?”, ada orang yang pernah mempersoalkan tindakan Pak Din dan kepimpinan An-Nidaa’ mempelbagaikan tajuk Wacana Ilmiah mereka.

“Habis, takkan nak betulkan solat ikut cara Nabi sampai bertahun-tahun? Tak betul-betul lagikah solatnya? Takkan nak bahas Aqidah dari muda sampai ke tua. Ni masalah umat macam-macam ni, bawalah Aqidah yang benar dan Ibadah yang sahih itu, untuk menanganinya!”, balas Pak Din, sebagaimana yang diceritakannya kepada saya.

HIDUPKAN KEMBALI TUJUAN AGAMA

 

 

“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurniakan kemuliaan dan nilai Akhlaq” (Disahihkan oleh al-Albani – 1/45)

 

Ya. Atas dasar itulah saya amat menghargai usaha Imam al-Ghazzali menulis kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin.

Al-Ghazzali kecewa dengan golongan Fuqaha’ yang terperangkap di dalam ritual. Sedangkan solat disyariatkan untuk membentuk peribadi, mendidik hati. Untuk Akhlaq. Tetapi umumnya di masa itu, orang sibuk dengan rukun dan syarat Ibadah, tetapi peranan Ibadah dalam membentuk jiwa dan Akhlaq tidak dipedulikan. Maka agama menjadi ritual… kulit semata.

Yang kuat sembahyang itulah yang kuat temberang.

Yang bertudung itulah yang paling tak malu.

Yang berkelulusan agama itulah MUSUH agama.

There must be something wrong, either with the input or the process…!

Hari ini, timbul gelaja keruntuhan Akhlaq.

GENERASI KURANG AJAR

Ada yang risau, generasi muda sekarang tak hormat Ulama’. Maka jari ditunding kepada manhaj. Manhaj dipersalahkan. Cara belajar dipersalahkan.

Benarkah itu puncanya?

Benarkah kalau belajar bertalaqqi dengan guru lagi bersanad, maka terhindar dari gejala Akhlaq? Benarkah cara tradisional lebih membentuk Akhlaq berbanding cara moden ala-ala universiti, sijil dan ijazah?

Saya lihat, dan anda semua melihat… sama ada yang ikut aliran Tradisional, atau yang tidak Tradisional (Tajdid, Salafi, etc…), dua-dua suka memaki hamun sesama sendiri. Tebing kiri memaki Al-Albani, tebing kanan memaki Al-Buthi. Bukan sahaja tidak menghormati ulama’ tetapi memang tidak pandai menghormati sesiapa, muda dan tua.

Pada saya, ia bukan salah manhaj. Ramai yang beraliran tradisional tetapi tetap gagal memelihara Akhlaq ketika berdiskusi, bercakap dan menulis. Ramai juga Salafi yang bersanad dan mengaji berlaga lutut dengan guru, turut gagal berakhlaq ketika bercakap dan menulis.

Maka, bukan method belajar yang saya bimbang, tetapi apa yang diajar dan apa yang dipelajari, itu yang lebih utama.

Pada saya, bukan Salaf atau Khalaf yang menjadikan generasi muda kurang ajar. Tetapi mereka yang kurang ajar ini yang beraliran Salaf dan Khalaf. Lantas kurang ajar itu terpalit pada manhaj yang sudah cukup matang dan lama, lagi berjasa kepada agama. Sebagaimana Islam terfitnah oleh kelakuan penganutnya, begitulah juga manhaj disalah ertikan oleh kemarau Akhlaq pendukungnya.

2060.JPG

Mengapa?

Kerana kita semakin percaya bahawa Akhlaq ialah lalang. Tidak perlu diajar tidak perlu dirunsing.

Akhlaq tumbuh sendiri tanpa perlu disemai, dibaja dan dijaga!

Lantas agama kita hanya sibuk dengan ritual, tetapi substance berupa Akhlaq, Tabiat, Habit… dibiarkan …

Pandai-pandai sendiri… kerana percaya ia lalang.

Ada sahaja tanah lapang… tumbuhlah ia menghijau melata.

Hakikatnya, apabila kita tidak membenih Akhlaq, apa yang tumbuh hanya benar-benar lalang yang menyakitkan mata… lantas menjadi makanan lembu semata.

Apa nak jadi ni?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi “Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk...
  2. Entry #1000: Saya Bukan Ahli Politik, Tetapi… “Aih, di sini pun cakap politik juga”, keluh seorang pembaca....
  3. Blog Bukan ‘Pintu Tandas’ “Blog ini bukan pintu tandas. Maka tulislah di ruangan komen...
  4. Modal Insan Bukan Dengan Wang Dan Mesin “Tak ada pelajar baru?”, saya tercengang. Sedih dan buat-buat terkejut....
  5. Ke Syurga Bukan Dengan Jantina “Kamu mahu bercinta dengan seorang Muslim?” ibu Jane menyoal anaknya....

 

60 Responses to “Akhlaq Itu Bukan Lalang”

  1. As-Sarawaki says:

    Salam ustaz;

    Satu artikel yang amat ana persetujui. Ana bekerja di sebuah syariakt minyak antarabangsa, dan di sini dari segi HABIT pekerja cukup baik sepertimana yang ustaz maklumkan – menepati masa, bekerja amanah, giat usaha, komited dan sebagainya. Malah ’3 Golden Values’ yang ‘dijunjung’ di sini iaitu ‘Integrity, Honesty and Respect for People’ yang pada ana adalah cukup Islamik sifatnya. Ini adalah nilai yang disepakati bersama, tetapi apabila ingin dimasukkan elemen agama padanya, ia tidak dibenarkan sama sekali kerana dikatakan bercanggah dengan polisi ‘Diversity and Inclusiveness’ yang diamalkan.

    Dan ana juga bersetuju yang kebanyakan masyarakat Barat sudah ‘membuang agama’ dari kehidupan. Dari pengalaman bertugas ke beberapa negara Eropah jelas nilai agama kian ditolak ke tepi. Malah sekiranya ditanya tentang agama, antara jawapan yang saya terima dari kebanyakan (bukan semua) rakan setugas di sana: “I’m a Christian by name, but I didn’t practise any of its teachings” atau “My parents baptised me as a Christian, but I don’t believe in that!” etc. Malah ramai yang tidak percaya pada agama dan Tuhan!

    Sama-samalah sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk sentiasa ikhlas dalam segala ibadah dan “˜amalan. Semoga Islam dan iman yang sahih kekal terpahat teguh di dalam hati nurani kita sampai kita mati. Marilah juga kita memohon kepada Allah SWT supaya kita ini dijadikan sebagai manusia yang istiqamah dalam kebaikan dan perjuangan Islam. Amiin Ya Rabbal “˜Alamin.

  2. pong says:

    salam ustz
    terkesima baca tulisan ustz nih..

  3. soffone says:

    “Maka kalau mereka memandu, pasti berhenti di lintasan Zebra…”
    Pejalan kaki di sini adalah raja, nak melintas cuma pastikan kenderaan tidak terlalu laju sahaja, lintas saja dan pastinya kenderaan pelbagai jenis berhenti untuk kita(pastikan untuk tempat yang dibenarkan melintas). Di Malaysia agaknya, menunggu ke malam jalan lengang :P ..maka dibina jejantas berjuta-juta harganya ‘perabih boreh saje’..->sekadar perbandingan akhlak/disiplin masyarakat yang jelas terasa. agaknya kita mengelak mengajarkan akhlak kerana malu kita sendiri yang perbuat silap. akhirnya semua diserahkan pada ‘common sense’ memasing.Soal akhlak/disiplin bukan dipelajari dalam buku sahaja, ianya boleh terkesan daripada orang sekeliling terutama dari pengajarnya sendiri. Wallahualam.

    A very good article ustaz. Moga ada ‘follow-up’ hingga sampai peringkat pembuat dasar negara!!

  4. umar alfateh says:

    salamun alaik ustaz…
    artikel yg cukup brharga…
    pd saya ,antara sbb tiadanya atau kurangnya akhlak kerana kurangnya nilai kasih sayang dlm diri,tidak merasa pntingnya org lain pd diri sndiri sedangkan itulah yg dikatakan antara ciri mukmin sejati.. “la yukminu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibba linafsihi” … Dgn kasih sayang Nabi mmbina generasi gemilang… (sekadar apa yg saya perati)….

  5. Gulnur says:

    Selam.. apa yang Ustaz tulis dan bincangkan, memang benar. Kalut melihat majoriti masyarakat kita yang tandus akhlak. Saya pernah berhadapan dengan satu situasi, saya menumpang kereta rakan sekerja yang umurnya dua tahun muda daripada saya. Sewaktu turun dari kereta, saya telah ucapkan terima kasih. Jawapan yang saya terima waktu itu, “Hai.. dah terlebih sivik ke? Dah sampai turun aje le..” Hal ini simple tetapi terkesan di hati. Bayangkan pula hal-hal yang lebih besar dan lebih rumit. Majoriti masyarakat hari ini akhlaknya tidak selari dengan ilmu yang mereka ada. Dan untuk bersikap ‘berakhlak’ di hadapan orang yang ‘tidak berakhlak’ ada waktunya memberi tekanan kuat pada saya. Perbincangan ustaz ini banyak buat saya berfikir… sorry Ustaz, panjang pula saya tulis.. tesekkurler Hocam ;)

  6. nurkarim says:

    Teringat kata2 seorg ustaz sewaktu di sekolah dulu..kita umpama pokok..terpulang pada kita nak jadi pokok yang mcm mn…menjadi pokok yg rendang,kukuh dan lebat buahnya…yg mana org lain boleh beroleh manfaat yg byk daripadanya ataupun …menjadi sebatang pokok yang lebih byk ranting daripada dahannya…yg mana org lain tidak boleh berteduh,bimbang tertimpa ranting patah dsg…

    Patutlah kenapa Rasulullah S.A.W ada menyatakan bahawa orang yg paling dekat dgn baginda di akhirat nanti adalah org yg paling baik akhlaknya..

    Ya ALLAH ampuni kami,perbaikilah akhlak kami agar kami mampu jadi hamba-Mu yang benar2 bertaqwa dan dicintai ALLAH..AMIN

  7. ummininasma says:

    Salam.

    An eye-opener article to the Malays who “inherit” Islam. No doubt and it is obvious that Islam is a holistic religion. In my humble opinion, I believe the incident of not practicing good habits boils down to the human race itself. Perhaps the western people treasure knowledge and learn from their history (Greek, Dark Ages, Enlightement and Renaissance). They indulge in thinking, investigating and reasoning which have helped them in understanding what makes a human, human. The most important part – they put it into practice. This might not apply to all the westerners but majority of them.

    Whereas the Malays (some of them, of course) they are not keen on these activities. They have the sources (Qur’an & Hadith) and they have been led to the right path (Islam). However they fail to understand… “why on earth I am a Muslim?”. Meanwhile another group of Muslims are confined to the understanding that Islam comprises of specific rituals in worshipping God (prayers, fasting, zakat and so forth) and none whatsoever on specific action that called akhlaq.

    I feel disheartened whenever I see people who appear to be pious and those who are champions in preaching about Islam but in reality they do not practice what they. To make the scenario even sour – they made Islam appears to be conservative and difficult to the non-muslims.

    Last but not least – I totally agree with Gulnur. Nowadays, people who are practicing positive habit or at least trying to practice it will be labelled as “bendul”, “terlebih sivik”, “baik sangat le tu” and the list goes on… my goodness!

    p/s: Ustaz, this is an enlightening article. Arigato gozaimasu!

  8. Adzlan says:

    Assalamualaikum….

    Artikel yg cukup baik, mohon untuk di’copy’ sebagai simpanan dan renungan.

  9. abuhafizah says:

    …..FORWARD…
    A SMALL TRUTH TO MAKE LIFE 100%
    If
    A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
    is equal to
    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
    Every problem has a solution, only if we perhaps change our attitude.
    To go to the top,
    to that 100%,
    what we really need to go further…a bit more…
    ATTITUDE
    A+T+T+I+T+U+D+E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
    It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100%

  10. iskandar says:

    Itulah kecelaruan yang berlaku masa kini. Begitu juga dengan Sisters In Islam (SIS) yang mengutamakan pakaian taqwa di dalam hati lebih utama dari memakai tudung yang menutup aurat. Boleh rujuk kajian yang dibuat tentang SIS di http://disertasi.blogspot.com.

  11. abu thaqif says:

    Artikel yang teramat baik buat renungan semua termasuk juga para pimpinan.Penekanan soal akhlaq amat perlu terutamanya dalam situasi yang meruncing sekarang ini.Tahniah Ustaz sekurang2nya ana merasa terpanggil untuk bermuhasabah dan menilai tahap akhlaq pada diri ini. Itulah Ustaz, ramai belajar Ilmu Baca dan bukan Ilmu Faham. Disinilah peranan Guru dan daei, kalau berguru dengan kitab satu tahun 100 kitab boleh habis di baca. Maaf bebanyak!Barakallah fii kum

  12. ann says:

    salam ustaz..sy sungguh bersetuju ngn kate2 ustaz..as a student n remaja pd zaman skrg sy bley nmpk remaje2 akhlak2 remaje yg semakin merundum dikalangan rakan2 sy..semua nyer berdasrkn fktor2 diats..terima ksih ustaz ats penulisan ustaz

  13. najibah says:

    Terima kasih dan tahniah ustaz. Ustaz, mohon izin : saya sebarkan artikel2 ustaz melalui emel kepada officemate saya, terutama bg tajuk yg sangat dekat dengan etika seorang muslim dengan tetap memberi kredit kepada ustaz dan saifulislam.com sebagai empunya artikel. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat maklumbalas positif daripada mereka, terutama tentang part yang menyentuh hati dan memuhasabah diri.

    Jazakallah

  14. kiyun says:

    Salam…
    Sy amat bsetuju dgn kata2 ustaz..
    sy sndiri rs plik bila ramai teman2 yg ilmu agama mereka mmg tinggi sgt bbnding sy (hingga sy salu rs ttekan krn cuba jua ntuk at least tahu smua plajaran2 asas dlm Islam..) namun mcm ada sumting wrong.. sy mmg bknnya mnusia smpurna ntuk mnilai teman2..tp adakalanya tdetik jua knp dorang agak pntingkn diri, bbaik dgn org lain bila ada sumting yg dperlukan dr org tu,ataupun pling mudah..suka mnghempas brg..(cntoh mudah: pintu,almari,alas mknan..).. kalau nk kata psl melalak mnyanyi lg2 cinta,itu mmg slalu hingga sy kdg2 x dpt bsbr..tp Alhamdulillah,nsb baik blum pnah mngamuk..
    Kalau ditengok puncanya,mmg akhlak lah yg hrus brtnggungjawab.. apa nk jd,bangsa Melayu yg suatu ktika dulu tkenal sbg bngsa yg bsopan n santun hingga kalau nk mnegur ksalahan org lain pun bhasanya tersusun dan berlapik-lapik(berkias)..skarang dh hilang identitinya… sumpah seranah,mgajuk ckp org lain(esp. cikgu),dan pelbagai bencana lisan yg lain dh mnjadi mainan mulut..
    Astaghfirullah… moga2 kita brpeluang mmperbaiki diri sendiri dan strusnya mmbntu org lain.. amin..

  15. husna1399 says:

    assalamu’alaikum..

    .. ana suka mencadangkan jika kita boleh buat ‘akademi Muslim’, boleh didik golongan muda dengan ’7 habits’ dan akhlaq2 yang murni.. insyaALlah perubahan boleh berlaku mumkin dalam 3 bulan.. perubahan sukar berlaku dalam 2-3 jerr..

    Kesian lihat adik2 kita yang join ‘akademi fantasia’. Niat dieorang bagus sebab nak bantu keluarga, belajar muzik.. namun, lebih kesian sebenarnya generasi muda ramai yang tidak memahami Islam..

    Bab akhlaq disentuh dalam tasawwuf.. kerana itu Imam al-Ghazali bersusah payah mengarang kitab2 agar ummat kembali kepada ‘din’ yang sebanar.. namun, sayangnya kitab Imam al-Ghazali tidak dijadikan sebagai silibus di sekolah2 dan universiti.. kitab yang mudah
    dihadam adalah kitab ‘minhaj al-’abidin’, ana pun tak khatam lagie..

    daripada segi manhaj belajar, pada ana apa yang diajar oleh Rasul SAW dan Sahabah dan tabiin.. itulah yang terbaik kerana mereka teladan ummat sepanjang zaman.. Rasul SAW belajar drp Jibril AS,
    Sahabat mendengar wahyu daripada ar-Rasul, Tabiin belajar drpd
    Sahabat..berkesinambungan ‘ilmu dan ‘amal diperturunkan..

    ..ana juga musykil dengan segolongan ummat yang saling bertelagah sedangkan mereka belajar dengan Tok2 Guru yang ‘alim.. mumkin inie disebabkan oleh ramainya ‘ulama yang ALlah SWT ambil di akhir zaman dan yang tinggal adalah muslim yang tidak benar2 berkualiti seperti kata Imam al-Ghazali, jalan menuju ALlah SWT itu sukar dan tidak ramai yang sampai kepadaNYA walaupun ‘jalan itu’ dilalui oleh mereka..

    ‘afwan atas salah dan silap..

  16. UmmuAdeebah says:

    Assalamualaikum,
    Perkara yg Ustaz utarakan memang menjadi satu isu semasa yang dah parah dewasa ini.Dah banyak kali saya membaca artikel Ustaz dan rasanya dah ada isu ini diselitkan dlm artikel lain.Sebagai ibu dengan anak yang ramai dan berkerjaya, cabaran untuk memastikan akhlak diri terpelihara dan anak2 mencontohinya terasa begitu hebat, dengan media yang berleluasa tanpa nilai akhlak terpuji dipaparkan,sikap rakan anak2 yg yg terpengaruh dengan apa yang ditunjuk dlm media ini kadang sukar dibendung dan sebagai ibu harus sentiasa mengingatkan dan menerangkan satu persatu kepada anak2 bahawa ini dan itu tak elok hatta anak itu seperti masih terlalu kecil untuk memahami.Mengadakan usrah keluarga dan pembacaan sirah rasul,sahabat para alim ulama serta tabiin kadang menjadikan anak2 ini terkejut dan tak tahu macammana lah in real world untuk diamalkan, sebab dah susah nak jumpa amalan akhlak mulia ni.
    Kalau ikutkan saya , patutnya ada revamp dalam pengurusan kementerian media di tanahair,skrip drama,siaran Radio tv mahupun iklan dan tuturbahasa gelak ketawa pengacara perlu ada tapisan oleh badan tertentu sebelum disiarkan, sebab dari semua inilah generasi kita menirunya.

  17. LJ says:

    salam ustaz dear,

    Pengalaman bersama masyarakat barat suatu masa dulu, menyebabkan diri akak selalu berkata ,” alangkah baiknya jika mereka ini muslim , akhlak yang ada pada mereka jauh lebih baik dari diri akak sendiri dan muslim lain..” memang benar kata ustaz, akhlak adalah hasil yang datang dari aqidah dan ibadah, tetapi akhlak hanya dibiar datang sendiri seolah-olah ianya tarikan magnet semulajadi dari aqidah dan ibadah. Bagi akak yang bukan hasil dari pendidikan bidang agama memang selalu tertanya-tanya kenapa dan mengapa ramai ustaz/ustazah yang tinggi ilmu agamanya tetapi dalam bab akhlak dan etika bekerja, pada akak masih belum mampu untuk diberi markah 5/10 jika ukuran markah tahap etikanya diambilkira. Apa yang mampu akak katakan hanyalah, mungkin akak yang tersilap dalam menilai golongan ‘pious’ ini kerana ilmu akak tidak setanding mereka.

    Maaf pada golongan ustaz/ustazah atas kata-kata akak di atas, but it’s a reality.

  18. muna sabah says:

    alfun mabruk..satu artikel yang baik untuk kita renung bersama.saya akan galakkan kawan2 saya membaca isu yang baik ni..syukran ustaz.

  19. shiha says:

    Salam..
    Tidak dapat tidak, ibu bapa/pengasuh/guru juga yang paling penting untuk mendidik nilai etika kepada anak – anak sedari kecil. Seingat saya, sepanjang umur saya, tak pernah lagi mak mengajar untuk melintas di zebra crossing. Saya belajar kat tv, tengok iklan keselamatan jalan raya.

    Jadi untuk anak saya, saya sendiri kena buat semua tu. Tak boleh bagi alasan lain. Buat masa sekarang, ajar yang simple la seperti “please” and “thank you”, tolong dan terima kasih. Alhamdulillah dah melekat kat mulut mereka. Next step rasanya, untuk pastikan mereka beristiqamah dengan etika ni, walaupun ada kawan – kawan lain mungkin kurang mengamalkan. Terpaksalah jadi “trend setter” dalam kelompok sendiri.

    Tapi kalau membesar dalam environment yang mana semua mak bapa mengajar etika sebegini, senang sikit, tak lah anak – anak tu merasa canggung sangat, kalau semua/hampir semua kawan buat benda yang sama / mempunyai nilai yang sama. Jadi, balik kepada grass root, mak bapak wajib ajar benda2 gini kat anak – anak. Itulah pada pendapat saya, salah satunya yang kita boleh baiki. Melentur buluh, biar dari rebungnya. Wallahua’lam.

  20. Mamaputeri says:

    Alhamdulillah ustaz diberi ilham untuk article yang penting ini. Sememangnya senario yang kita lalui hari2 amat menakutkan. Ramai yang nampak alim tapi akhlaq out, dan yang sedihnya Islam yang dilabel buruk.
    Bila anak kami nak masuk sekolah, kami purposely choose sekolah agama dari mereka tadika, dgn harapan mereka lebih berakhlak. Di peringkat tadika, nampak cantik dgn doanya, sopan santunya etc; di sekolah rendah masih sejuk mata memandang, tapi bila kami sesekali ke sekolah menengah bila ada aktiviti atau meeting…keadaan dah tak banyak beza dgn sekolah harian biasa. Anak-anak membahasakan diri aku, engkau, bercakap agak kasar…saya rasa berdiri bulu roma kekadang tu. Bila check dgn anak-anak yg kami kenal rapat, rupanya ramai yg dari sekolah harian biasa masuk ke sekolah menengah, so mungkin pengaruh buruk itu dtg dari situ. Kita tak menyalahkan sesiapa, tapi apa yg kami boleh simpulkan anak2 ini boleh berakhlaq bila diasuh dari awal dan kita kena monitor pergaulan dan persekitaran mereka supaya mereka tak terpengaruh dgn perangai buruk kekawan. Wallahualam.

  21. ummi zulfa says:

    Assalamualaikum ustaz dan sahabat
    Setelah sekian lama menjadi ‘pekongsi lelap/pasif’, tertarik untuk memberi input kerana artikel ini telah memberi jawaban kepada persoalan yang telah lama bermain di fikiran saya. Saya selalu terfikir kalau sekian masalah yang berlaku adalah kerana kurangnya ilmu Islam, kenapa masyarakat bukan Islam yang lebih menonjol di dalam banyak perkara dan terkedepan di dalam soal good habit. Baru saya tersedar yang akhlak memang kena dibaja dan semai dan diajar dari awal, walaupun Islam telah diwarisi secara automatik.
    Pengalaman singkat di beberapa negara Arab (only 12 days for charity mission) telah benar-benar memberi imej yang tidak baik kepada Islam. Potong Q , toilet yang sangat kotor, berebut-berebut tidak kira tempat among other things…Ada sahabat yang tidak pernah ke negara Arab terkejut melihat dengan sistem yang tidak bersistem.Sampai chief de’ mission (spent 7 years in Egypt) kata, “the no system is the system, welcome to the arabic world”. I am not generalizing things tapi that’s the reality. Ok now, menjadi tanggungjawab kita as parents untuk menerapkan good habit supaya boleh menjadi akhlak… Jangan buang sampah dari kereta, flush toilet, bagi tumpang kereta kat makcik/pakcik….Harap boleh membentuk generasi Rabbani penyambung risalah..Wallahua’lam

  22. dhuat says:

    Method simple untuk mengenali warga net yang berakhlak.

    Dalam dunia net, kalau kita nak tahu seseorang bloggers itu hormat yang tua atau tidak, cara panggilan “adressing” terhadap yang tua, sebagai contoh… Ustaz Hasrizal, Abang Hasrizal(Bro Hasrizal), Pakcik Hasrizal… dan bukannya panggilan ‘anta’ atau Hasrizal cuma,
    yalah,
    memandangkan si pemanggil adalah beberapa tahun dan mungkin 10 tahun lebih muda.

    Lagi satu, menggunakan bahasa yang tersusun dan penuh hormat.

    Ini pandangan saya sahaja…

  23. assyafie says:

    Assalamualaikum ustz, Betulkah pendapat saya ini..
    Dalam ibadah kita (proses) sbenarnya terkandung byk nilai akhlak cthnya solat. Kita belajar menepati masa, berterima kasih, tawadhu, tidak kotor, tenang dan tidak gelabah, fokus, dan menolong org lain (doa). Maksud saya sebenarnya Jika ibadah yang kita lakukan bukan sekadar ritual tapi kita memahami setiap gerak-geri kita maka akan terlatihlah akhlak dalam ibadah. oleh Sbb itulah org2 yg soleh sangat tenang dan akhlaknya dipuji. Tetapi perbezaan kita dengan orang barat ialah mereka dilatih melalui budaya tetapi kita dilatih melalui ibadah (jika kita memahami). Mohon dipanjangkan pendapat…

  24. syafiqah says:

    salamA’laik ya ustaz…
    ana bersetuju dgn articel ustaz…jika dilihat,dipandang dan direnungi generasi zaman skrg sangat-sangat ketandusan akhlak..mmg tak dinafikan. tidak kira la seseorg itu berpelajaran yg ada degree, master,phd…tak kurang juga yang menjadi pelajar cemerlang sumenyer rubish….coz mereka sume seperti tidak boleh nak membezakan mana yg baik dan yang buruk…

  25. Kak Ija says:

    Assalamualaikum assyafie,
    Benar ibadah itu proses tetapi outputnya (akhlak mulia) yang tidak nampak. Benar, segala nilai akhlak yang dinyatakan di atas tetapi malangnya di luar solat tabiat kita serta-merta berubah. Jadi, itulah yang memerlukan latihan. Di antara fahaman dan amalan juga terdapat perbezaan yang ketara. Kalau bukan untuk lulus peperiksaan, lupakan segala hafalan mengenai sifat mahmudah dan lakukan segala amalan akhlak yang mulia.
    Maaf sekiranya ulasan ini lebih menyukarkan penghadaman.

  26. sakuramalaya says:

    Assalammualaikum…

    Terima kasih atas artikel yang memberi seribu satu input dan membuka minda pembaca…isu akhlak sering diperkatakan namun jarang dihayati…masyarakat kita kekadang kerap menuding jari apabila isu akhlak melayu muslim diperkatakan sana sini…kritik dan pelbagai tohmahan sering diberikan tanpa orang yang menuding jari itu cuba untuk membantu…orang kita kerap mengambil langkah berdakwah dengan hati, pendekatan selemah2 iman…saya setuju dengan semua pandangan pembaca di atas…tetapi kalau boleh saya ambil sedikit ruangan ini memberikan pandangan saya…sikap melayu hari ini menjadikan nilai dan ruang moral masyarakat kita semakin meruncing.kita suka mengkritik apa yang kita tak suka dan memuji serta menyanjung apa yang kita lihat baik.contohnya ada segelintir kita mengagung2 nilai barat yang lebih baik akhlaknya dan mencemuh melayu malaysia dengan akhlak yang merundum.tetapi kita gagal mengkaji dan memperbaiki nilai yang tidak baik ini.kerana melayu suka mengikut dengan budaya lain selain menghayati nilai yang ditinggalkan nenek moyang kita terdahulu,atas alasan itu semua ketinggalan zaman.Islam, adat dan budaya meninggalkan kita dengan seribu satu kebaikan…kayanya kita sebenarnya sebagai melayu Muslim.tapi kita miskinkan diri kita dengan sikap kita yang kebudak2an,menghargai kemodenan barat mencemuh nilai budaya bangsa…hasilnya melayu Muslim hilang identiti sehinggakan bangsa dan agama lain menindas kita sebagai bangsa dan agama yang rendah martabat dan nilainya.

    saya amat menghargai usaha ustaz menghasilkan artikel ini yang seterusnya membuka mata saya isu ini amat kritikal…terima kasih ustaz kerana usaha ini membuahkan hasil apabila benyak komentar yang diberikan dalam entry ini.melayu Muslim masih ada nilainya yang baik dan masih punya kesedaran tentang isu ini…sama2 kita berusaha walau mungkin bilangannya tak ramai…itulah tugas seorang pendakwah…maaf kerana terlalu panjang…

  27. khair76 says:

    Salam,

    serupa cakap tak serupa bikin!

    ramai yang bercakap ttg islam, berimej islam tapi AKHLAK tak sama dengan AKHLAK yang dituntut islam……..berkopiah sana sini, bertudung labuh bertutup muka tapi masih memfitnah, memaki hamun,mengumpat, mengeji, menghina, cakap besar, bangga diri, sombong dan macam2 lagi….

    bak kata ustaz;

    ‘Yang kuat sembahyang itulah yang kuat temberang, Yang bertudung itulah yang paling tak malu, Yang berkelulusan agama itulah MUSUH agama…..’

    serupa cakap serupa bikin!

    peringatan buat diri yg kerdil ini……..

    terima kasih ustaz!

  28. zahra says:

    Assalamualaikum,ustaz. Teringat masa sekolah rendah dulu-dulu, cikgu kata tak boleh buang sampah merata-rata. Nanti menyusahkan orang lain. Simpan sampah tu dalam kocek, jangan buang sampai jumpa tong sampah. Alhamdulillah, bermula dari situ, saya cuba amalkan apa yang cikgu pesan. Tapi terkejut dan sedih juga, bila lihat di luar sekolah, ramai je yang tak dengar pesan cikgu rupanya. Lagi sedih, bila yang tak dengar cakap cikgu tu, terdiri dari pakcik-pakcik dan makcik-makcik. isk,isk.

    p/s: ~biasakan yang betul, betulkan yang biasa~ ^^

  29. iDea says:

    assalamualaikum..
    minta izin copy article ye ustaz. untuk dikongsikan bersama teman2 lain. moga pahala berterusan. erti hidup pada memberi. :)

  30. fatanah says:

    hmm..saya pelik juga macam mana orang2 dari agama yang sama or negara yang sama boleh bergaduh dan bertekak mana yg btul. sedangkan Imam2 seperti Imam Syafii pun melarang mengikut mereka secara Taksub. xterfikir ke argument sebegitu seperti kanak2 yang bergaduh siapa yang dapat habiskan aiskrim dulu? berfikirlah ya? namun kadang2, bercakap pun xguna. kalau pintu hati sudah ditutup, sia-sia saja segala peringatan. tetapi itu sudah menjadi tugas setiap umat islam untuk mengingatkan antara satu sama lain. bersabar sajalah, ya..? :)

  31. ummi aina says:

    alhamdulillah
    terima kasih ustaz ..artikal yg bagus utk bermuhasabah

  32. sumaiyyah says:

    assalamualaikum ust,
    sememangnya sebuah artikel yang memberi kesedaran kepada saya.saya mohon kebenaran ust untuk menyebarkannya pada saudara dan rakan2.

  33. aini308 says:

    Assalamualaikum. Alhamdulilah atas kurnia ilham Ilahi kepada ustaz untuk menulis artikal yang agak memberangsangkan dan mencabar diri saya sebagai sorang guru agama. Jika dilihat senario kehidupan masyarakat kita hari ini …agak menyedihkan. Keruntuhan akhlak yang amat membimbangkan. Anak-anak muda sekarang sudah luntur adab sopannya, yang dimana pada masa dahulu kitalah bangsa yang memiliki kesopanan yang tinggi. Hinggakan jika nak bergaduh pun ada mukaddimahnya…Kepada siapa hendak dipesalahkan. Samseng jalan raya…melampau-lampau. Jika pergi ke sesetengah kaunter pertanyaan, layan macam tak layan jika silap hari bulan kena marah free. JIka menaiki bas atau komuter, dah tak tau memberi pertolonglang kepada yang memerlukan. Di sekolah….murid-murid bercakap dengan guru tiada lapik….main hentam keromo je. Tidak kurang juga dengan guru mengajar terjerit-jerit macam tarzan. Maaf cakap…ada sesetengah ceramah agama suka memaki hamun…..
    Adakah ini identiti agama kita. Janganlah kita mencemar maruah agama kita, maruah JUNJUNGAN MULIA kita.Maaf. (saya juga guru agama tetapi sedih bila melihat orang bergelar ustaz@ustazah tidak ada ahklak)

  34. Hannah says:

    Assalamualaikum..

    Mohon permisi utk sebarkn.. =) Jazakallah Khair..

    Wassalam

  35. Maaf ustaz & pembaca. PROMO program diskusi.

    Minat diskusi & kritik lagu? Teori pembentukan negara moden? Zaman Pencerahan & Kebangkitan Eropah?

    Lihat http://patahbalek.blogspot.com/

  36. ummhanifah says:

    Assalamualaikum

    Masha Allah ustaz, artikel yang menarik. Jazak Allahu Khairan.

  37. student says:

    assalamualaikum…
    krisis akhlak ini baru sahaja saya persoalkan beberapa hari yg lalu. dan sekarang baru saya dpt membacanya dan faham kenapa
    “orang yg berilmu agama, belajar di maahad, sek agama dll” mempunyai akhlak yang buruk jika hendak dibandingkan dgn org yang tiada basic agama yg kukuh…(bukan semua)

    saya jadi sgt sedih dan berhasrat utk meninggalkan kawan2 yg sebegini walaupun mereka rajin amar makruf nahi mungkar, taat padaNya…tapi dari sudut akhlak ZERO…

    apabila ada antara sahabat yg berkelakuan mulia…meraka akan cakap..
    “aku rasa macam dlm tv la, sopan sangat ayat dia!”
    takpun…
    “eee…sopannya…tak payahlah sopan2 dgn kitaorg”

    mana perginya ketinggian akhlak itu sendiri apabila yg telah SOPAN disuruh TIDAK SOPAN?

    USTAZ,
    salahkah kalau saya meninggalkan sahabat2 yg ‘kuat agama’ ini tetapi
    -belajar main2
    -suka buat perkara lagho(tgk tv, main laptop)
    -ketawa terbahak-bahak

    maaf ustaz, saya sedih bersama mereka walaupun mereka sering mengajak saya bersama memperjuangkan ISLAM!!

  38. 4peace says:

    salam…
    senangje nk settle masalah akhlak umat islam.. iaitu kena selesaikan masalah AKIDAH.. ulu’iyyah,rububiyyah dan asma wa sifat.. ex: prioriti cinta tertinggi adalah 4JJI tetaoi umat islam menyamakan cinta dunia dengan cinta 4JJI..mengetahui 4JJI Maha Penerima Taubat tetapi lupa 4JJI Maha dasyat azabnya juga…x meletakkan ketaatan pada 4JJI lebih tinggi dari ketaatan pada manusia.. dll..bila ada ILMU perlulah ada KEFAHAMAN yg jelas dan tarbiyyah yg kontinuitas…
    afwan sekadar peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yang beriman…

  39. Only me says:

    Akum ustaz & saudara2 semua. Slps terserempak dgn blog ustaz ni, kalau free hari2 saya nak baca topik baru. Alangkah bagusnya kalau saya ni diberi kelebihan mengatur ayat + isi2 penting yg nak disampaikan mcm yg ustaz paparkan dlm blog nih. Saya percaya dan tahu ramai ustaz/ustazah dan saudara2 di luar sana berkebolehan yg serupa. Berkesan dlm hati atas apa yg ustaz sampaikan. Alhamdulillah.
    Psal akhlak ni, saya mmg sokong ianya suatu yg perlu dipupuk. Sebab mungkin kita sendiri x dibesarkan dlm keluarga yg mengamalkan cara cakap dgn berlapik, dgn perkataan tolong & terima kasih. Jadi kita terbawa2 dlm kehidupan seharian. Malah cara kita tu mungkin juga diturunkan pd anak2 kita. Maksudnya, nak ADA KESEDARAN utk menjaga akhlak kita ni almost like samada kita TERSEDAR sendiri… atau ada org yg ingatkan. Psal buang sampah, gelak terbahak-bahak and few other things berkaitan akhlak muslimah… rasanya ustazah saya masa form 2 – 3 dulu byk berjasa. Tapi kebanyakkan perkara baik yg ada pada saya rasanya diperturunkan oleh abah… dan kemudiannya mak (rasanya in that order laa). Hanya persoalan la kan ustaz. Manusia ni dilahirkan dengan sifat yg agresif/ Type A personality… sifat yg pasif etc (dlm psychology/psychiatry ada kupas hal ni). Agaknya sifat nih mempengaruhi tak akhlak dia di depan masyarakat? Dan persoalan yg ke-2. Adakah perbuatan baik yg ditunjuk depan individu lain bercanggah dengan perasaan dlm hati org tu diambil kira? Contohnya, saya pergi ke satu kaunter perkhidmatan utk sesuatu hal… dilayan dengan bahasa yg kesat/kasar. Dalam hati saya punyalah bengang siap dengan ayat2 yg mmg saya x pernah tuturkan depan org, tapi akal saya tahu yg saya sbg muslimah x blh membalas kata2nya dengan bahasa yg x sopan/keji atau yg sewaktu dengannya. Jadi apa yg saya paparkan adalah senyuman, ucapan terima kasih dan kemudiaannya memberi salam pd org di kaunter tu. Apa pendpt ustaz? Adakah akhlak ni applicable dlm hubungan antara manusia secara verbal/body language/physical… atau akhlak ni sebenar2nya adalah gabungan perasaan, fikiran dan perbuatan individu.

  40. budakmenulis says:

    Assalamu’alaikum.

    Terima kasih ustaz atas tulisan ini. Terasa macam kene kat diri ana sahaja. Sekurang-kurangnya muhasabah buat diri ni. Terima kasih banyak2 ustaz.

  41. syaima' says:

    Jzk ustaz. Satu article yang sangat baik untuk muhasabah diri. Nak share satu buku yang sangat baik di baca/hadam/amal oleh kita – “Tarbiyah Dzatiyah” oleh Solikhin Abu ‘Izzuddin, terbitan Bina Insani Press Solo.

    Buku tersebut membincangkan method untuk tarbiyyah diri. Aspek akhlak sangat ditekan. Cara efektif untuk tarbiyyah dzatiyah dimulai dengan membangun akhlak. Akhlak adalah kunci suksess dakwah. Pembinaan akhlak sebagai inti risalah, buah ibadah, ruh ukhwah, kekuatan perubah dan motor penggugah. Kerana dengan akhlak kita dapat mengenali seseorang. Akhlaklah yang membezakan mukmin dari kafir, musyrik dan munafik. Sehingga bila seorang muslim belum menunjukan akhlak mulianya maka belum jelas jati dirinya. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia”.

    Marilah kita sama-sama memperindahkan akhlak kita, moga kita dapat apa yang dijanjikan Allah..

  42. sumaiyyah says:

    Assalamuaalaikum ust, mohon nak copy n paste dlm blog ana…

  43. [...] Hopefully we can improve this situation for the better, insya Allah! Any comment, please kindly leave your reply at the end of this entry. Thank you. [...]

  44. muslimah says:

    salam.us mohon jasa baik us utk copy n paste.jazakallahukhairan jaza’

  45. [...] Malah zebra Crossing memang benar-benar milik pejalan kaki. [...]

  46. abu dzahin says:

    salam syeikh…ana nak minta izin bagi kat student2 ana artikel ni…mudahan boleh dijadikan renungan.

    ana dah lama tak menulis, baca balik ‘uslub’ tulisan enta blh membugarkan balik hasrat ana untuk siapkan artikel2 dan buku2 yang ana tulis sekerat jalan.

    tesyekur eldrim

  47. zacharias says:

    jadi, ramai2 la masuk tariqah. jadi dapat la menyemai akhlaq

  48. Kak Ija says:

    Salam zacharias,

    “Tetapi jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa. Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam menggaru kepala.”

    Akak tidak setuju dengan penggunaan perkataan “jadi” kerana seolah2 ianya adalah kesimpulan bagi artikel ini.

  49. Sharudin says:

    Salam fikrah

    1. Kiasan ‘Pokok berbuah’ memang kena pada menerangkan ketiga-tiga rukun yang membentuk Islam. Memang hasil yang dipelukan ialah buah yang lebat dan berkualiti tinggi. Tidak ada makna kita menanam pokok sekiranya ia tidak mengeluarkan hasil, kalu buah yang diharapkan, maka buahlah yang sepatutnya menjagi hasil dan kalau daun yang diharapkan (seperti sayur) maka kita mengharapkan sayur yang menghijau yang dapat membantu dapam menjaga kesihatan manusia. Tetapi ada juga pokok yang kita tak harapkan buahnya atau daunnya, tetapi batang kayunya, untuk bermacam kegunaan.

    2. Maka kalau dilihat secara mendalam, walau apa jenis tumbuhan pun (buah, daun, batang, perhiasan dan sebagainaya), termasuklah yang tidak jejak ke bumi (duit-duit dan tumpang-tumpang) kesemuanya melibatkan akar, yang dikiaskan di dalam rencana Ustaz sebagai akidah. Dari akarlah bermulanya pertumbuhan pokok. Dengan akarlah pokok itu mendapatkan makanan utamanya, samada terus dari bumi atau yang bertawassul atau berwakil kepada pokok lain. Menumpang di pokok lain ini selalunya membawa konotasi negatif, terutama sekiranya pokok yang ditumpangnya mati akibat pertumbuhannya.

    3. Maka saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan ustaz, “Tak apa, kalau Aqidah dah betul, Ibadah dah sahih, eloklah nanti akhlaqnya” daripada kenyataan Ustaz, “sukar benar untuk mencari petani yang menyemai buah Akhlaq… mencari ‘ilmu’ Akhlaq amatlah payah” dan “jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa. Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam menggaru kepala.”. Maafkan saya berterus terang dalam hal ini kerana ianya sangat asas dan menentukan.

    4. Suka juga dibawa petikan dari Muhammad Abduh yang merupakan petikan dari rencana Ustaz, “Aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim. Kupulang ke Mesir, kutemui Muslim tanpa Islam” dan satu petikan yang saya pernah baca tetapi sedang mencari sumbernya, lebihkurang begini, “Tidaklah aku menenui Tuhan hanya di Baitullah, bahkan aku menemuiNya di kampung halamanku”.

    5. Kita jelas dengan kata-kata “Matalamat tidak menghalalkan cara”, yang pernah saya sambungkan dengan “Cara tidak mewajibkan matalamat (tujuan)”. Terpegunnya kita melihat Paris memaparkan ahlak masyarakat yang jauh lebih teratur dari Mesir, tidak membolehkan kita menyimpulkan bahawa Paris lebih Islam dari Mesir dalam segi aqidah (mengenali Allah) kerana matalamat tidak menghalalkan cara. Begitu juga hal Islamnya Mesir, tidak dapat disimpulkan dengan mudah sebagai belawanan dengan Paris, kerana cara (ritual yang nampak seakan Islam) itu tidak mewajibkan matlamat untuk hadir bersamanya. Dari sudut muhasabah diri, sudah semestinya petikan Muhammad Abduh itu sangat berharga, tetapi mendalami situasi sebenar perlu dilakukan, untuk kefahaman yang jitu kepada pentingnya aqidah kepada manusia, sebagaimana pentingnya akar pada tumbuhan-tumbuhan di atas.

    6. Kita tidak akan dapat mencari “mencari petani yang menyemai buah Akhlaq” kerana seperti yang Ustaz jelaskan “bermula dengan benih dan baja, penjagaan yang rapi sepanjang masa, agar nantinya pokok berbuah… menghasilkan Akhlaq.” Bermakna aqidah itu yang sebenarnya akan menghasilkan dan memantapkan ahlak, dan bukan menyemai bauh ahlak. Saya faham Ustaz hendak mengatakan penemyaian biji benih yang baik, tetapi, biji benih itulah yang akan mengeluarkan akarnya (aqidah) dahulu, sebelum keluar daun pertamanya.

    7. Saya berpeluang mengikuti perkembangan pengajaran ilmu Tauhid di masjid berhampiran rumah saya oleh seorang penceramah Usuluddin tersohor, keturunan Patani. Selama 20 tahun dia mengajar jemaah lelaki dan perempuan, “dibahas hingga tersembam ke muka bumi” seperti pengamatan Ustaz, akhirnya terpaksa berundur dengan kata penamat “belum baliq lagi dari segi aqidah”. Kesimpulan saya pada masa itu, kegagalan kedua pehak kerana tidak mahu menggunakan pendekatan minda terbuka ilmu mantiq (logik termasuk sains dan sebagainya).

    8. Kepentingan penyemaian benih agama (yang mengandungi benih ahlak), yang kita rujuk sebagai penyuburan akidah, sangat penting, kerana aqidah itu adalah tujuan beragama. Kita tidak perlu beragama sekiranya tidak untuk mengenal Allah swt, sebagaimana “Bermulanya agama itu adalah mengenal Allah (mari’fahtul Allah)”. InsyaAllah dengan biji benih yang betul dan pemahaman Tauhid yang mantap, akan menghasilkan carakerja Ibadah yang tidak berbentuk ritual (auto pilot, kata Ustaz, tanpa disedari) dan menghasilkan ahlak yang mulia, yang sebenarnya melambangkan akidah yang baik.

    9. Dari Bhg 14 Teori Darwin, penekanan saya adalah kepada pemahaman TCP (Tujuan, Cara dan Penilaian) dalam mendalami apa yang hendak disampaikan melalui tiga serangkai agama (Rukun Iman, Islam dan Ikhsan). Tidak dinafikan kiasan Ustaz ‘Pokok berbuah’ itu memberikan gambaran yang terang, dengan beberapa tasawur (konsep) diberikan sentuhan berbeza. Dengan TCP kita jelas pada tujuan hidup dan bertuhan kepada Allah. Berevolusinya kehidupan adalah untuk kita mengenal siapa pencipta kita dan dengan mengambil sarananNya sebagai carakerja (Ibadah), Dia akan memimpin kita ke arah mengaenaliNya. Tetapi sekiranya kita melihat kepada ‘buah’ dikhuatiri kita tidak akan mengenal pencipta ‘buah’ tersebut. Untuk sama-sama difikirkan.

    10. Begitulah pandangan dari sudut yang saya amati, sekadar berusaha mengubah pandangan dari sudut sediada. Yang pentingnya saya tidak berkerut muka atau menggunakan emosi saya dalam menghasil pandang yang berbeza ini. Hasilnya akan ditentukan oleh Allah dari Qadar yang telah saya pilih. Semuga bersama-sama kita manfaat ruangan untuk bertukar pendapat ini.

    Selamat berbuka dan selamat menyempurnakan terawikh.

  50. REMaja says:

    SALAM,ana pun setuju dengan artikal ni….tapi bagi saya sume orang asyik salahkan remeja sekarang.kenapa x selidik dulu punca2nya?saya mewakili anak2 remaja sekarang menyaru kepada semua orang yg berilmu.curahkanlah segala ilmu agama islam yg kamu ada kepada kami….kami perlukan untuk generasi akan datang.ini tidak bila tengok kami salah menjeling,mencebik bukan nak bagi tau yg kami wat itu salah…kami xde ilmu..kamu yg sepatutnyer yg bersalah…………maaflah siapa yg makan cili terasa pedasnya;””’

  51. [...] teringat pada satu sajak atau syair (bukan ahli bahasa untuk mengelaskan karya ini sebagai sajak atau syair.. maaf sekiranya salah).. karya ini adalah karangan ustaz hasrizal.. karyanya mengenai akhlaq.. yang bertajuk Akhlaq Itu Bukan Lalang.. [...]

  52. [...] Akhlaq Itu Bukan Lalang Jun 14th, 2007 by saifulislam [...]

  53. Ain Fikri says:

    salam ustaz…
    saya amat tertarik dengan artikel ustaz. memang betul jika kita lihat akhlak masyarakat kita zaman sekarang banyak yang telah rosak. saya ingin berkongsi satu cerita, di mana ia telah diceritakan oleh pensyarah saya. semasa beliau berada di luar negeri, beliau pernah tertinggal ber yang mengandungi dompet yang penuh dengan duit beserta dengan surat beranak anaknya keran bertujuan memohon pasport untuk anaknya. beliau tidak menyedarinya kerana beranggapan bahawa suaminya telah mengambil beg tersebut. tidak lama kemudian seorang warganegara barat telah datang kepada beliau dan menyerahkan beg yang beliau tertinggal tadi. akhirnya beliau mendapat kembali beg beliau dengan wang yang tidak terusik sedikit pun dan tidak mengalami kehilangan barang. masalahnya apabila kita tertinggal walaupun sesaat beg di tempat kita, semua barang berharga telah hilang. itulah jika kita nak buat perbandingan akhlak masyarakat kita yang beragama dengan masyarakat mereka yang tidak beragama. insyaAllah tidak lama lagi saya akan keluar sebagai seorang guru dan akan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak murid saya.. doakan saya agar saya berjaya
    akhir kalam….
    assalamualaikum….

  54. nor says:

    salam akhlaq. Alhamdulillah walaupun berada di rumah, masih dapat membaca artikel sebaik ini. syukran, semoga menjadi panduan untuk menjamin kehidupan berakhlaq dalam semua bidang . sesungguhnya akhlaq mulia sebagai benteng tambahan di dalam melayari kehidupan agar tidak goyah ditelan dosa.

  55. [...] Sharudin 10/10/2007 | 6:34 pm [...]

  56. nursolehah says:

    slm ustaz. sy nak mintak izin utk linkkan artikel ni buat berkongsi dgn kwn2 kt facebook ye..terimakasih..

Leave a Reply