
Manhaj Salaf tidak pernah mengajar kita menjadi manusia yang naif atau lurus bendul tentang Siasah.
Mungkin itulah satu kelebihan yang banyak ditawarkan oleh peluang pengajian di bumi Jordan.
Para Ulama’ di sana ramai yang bermanhaj muhadditheen, ramai yang mendukung aliran Salaf dalam pendekatan mereka. Namun Ulama’ yang mengisi kerusi-kerusi akademik di sana, bukanlah para ilmuan yang bersantai-santai dengan teori atau di kerusi pemerhati.
Mereka adalah ilmuan yang menjadi pasak di tengah gelanggang.
Bermula daripada gelanggang siasah, hinggalah ke gelanggang qital dan jihad.
“Aku merayu kepada-Mu ya Allah agar aku masuk ke Syurga-Mu dengan kaki yang tempang ini,” kata Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris.
Beliau berucap sempena sambutan al-Israa’ wa al-Mi’raaj di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf, Amman, pada suatu malam di tahun 1997. Kakinya tempang bukan kerana diseksa Yahudi atau Nasrani, tetapi oleh pemerintah Arab yang sebangsa seagama, tetapi memusuhi perjuangan menegakkan sistem Islam.
Tahun itu adalah tahun yang penting buat umat Islam di Jordan apabila kerajaan mengubah sistem pilihanraya dengan mengimplimentasikan Akta 1 Undi yang diperkenalkan pada tahun 1993.
Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris bersama seorang lagi tokoh penting bersama beliau iaitu Sheikh Hammam Sa’eed, adalah dua tokoh politik penting al-Ikhwan al-Muslimun di Jordan. Mereka juga merupakan ahli akademik yang kesarjanaannya bukan sekadar terikat kepada sempadan negara Jordan malah menjadi rujukan ke negara-negara Arab yang lain, jika tidak keterlaluan dikatakan di seluruh dunia.
Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris digelar sebagai Abu Siasah. Ketokohannya di dalam ilmu Siasah Syar’iyyah menjadikan beliau salah seorang pakar rujuk di dalam bidang itu. Beliau juga pernah menerima jemputan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada era 90′an untuk hadir berkongsi ilmu dan pengalaman di wacana akademik yang dianjurkan. Namun kesarjanaannya di gelanggang akademik tidak menjadikan beliau naif dengan putar belit regim Arab yang sebangsa dan seagama dengannya itu.
Begitu juga dengan Sheikh Hammam Sa’eed.
Beliau adalah ilmuan Hadith. Kepakarannya di dalam ilmu ‘illah di dalam sanad dan matan menjadikan beliau sebagai salah seorang rujukan penting tatkala subjek berkaitan dibentangkan, sama ada di seminar, mahu pun di dalam viva pelajar-pelajar peringkat Masters dan PhD di bidang Hadith.
Tetapi Sheikh Hammam Sa’eed tidak naif dan lurus bendul di dalam Siasah.
Sama juga dengan Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris, juga Sheikh Abdul Mun’em Abu Zanat yang kesemua mereka itu adalah wakil rakyat di Parlimen Jordan.
Pendirian mereka amat jelas dan tegas, sama ada di dalam soal perkembangan krisis Palestin di seberang sempadan, mahu pun dengan kabinet Jordan dan institusi pemerintahan beraja di negara itu.
Pernah suatu ketika, Sheikh Hammam Sa’eed ditanya tentang pandangan umum yang meletakkan gerakan Islam seperti al-Ikhwan al-Muslimun sebagai sebuah gerakan pelampau yang menyokong keganasan serta menyetujui idea Takfir. Pandangan itu dikatakan kesan daripada pengaruh pemikiran Sayyid Qutb. Kajian Barat sering mempotretkan Sayyid Qutb sebagai ideologue di sebalik aliran keras dan anti-establishment.
Dakwaan yang turut dijamah oleh kelompok Muslim yang berpenyakit dalam persepsi.
Katanya, “sebelum saya memberikan jawapan, saya mahu mengingatkan anda bahawa rejim Arablah yang telah meninggalkan Islam sebagai sistem politik. Kita mesti menerima kebenaran ini. Al-Ikhwan al-Muslimun tidak sepatutnya ditunding kesalahan tatkala sistem pemerintahan mahu dibincangkan. Kesalahan harus diletakkan kepada pemerintah-pemerintah (rejim) Arab yang enggan melaksanakan Islam.” [Lihat laporan Mshari Al-Zaydi yang disiarkan di akhbar Asharq Al-Awsat bertarikh 30/12/2005 - ejaan nama Humam Said adalah kerana memetik temubual ini, walaupun umumnya lebih biasa dieja sebagai Hammam Saeed]
Sheikh Hammam Sa’eed adalah seorang yang bermanhaj Salaf. Ilmuan di dalam Hadith. Seorang ahli akademik yang melebihi pangkat seorang mufti. Tetapi ia tidak menjadikan pandangan dan pendiriannya kucar-kacir tatkala membina pendirian yang tegas terhadap pemerintah yang sebangsa dan seagama dengannya tetapi enggan menerima Islam sebagai asas polisi dan moral politik negara.
Itu soal politik.
Soal polisi, pengurusan kuasa, pengendalian tatacara pemerintahan yang membabitkan penghasilan keputusan-keputusan yang secara langsung memberikan impak kepada politik, sosial dan ekonomi rakyat.
DAKWAH
Tetapi ketegasan mereka di dalam pendirian-pendirian siasah tidaklah pula menjadikan mereka tertutup, selektif dan menghadkan ruang dakwah.
Jika di Parlimen, dakwah disampaikan dalam bentuk teguran, nasihat malah amaran kepada seluruh hiraki pentadbiran, tatkala ada kemungkaran yang memerlukan kepada pembetulan. Namun di luar Parlimen, mereka ini gigih berdakwah di halaqah, majlis-majlis ilmu di masjid, di dalam seminar dan di segenap penjuru serta ruang dakwah yang ada.
Seluruh ruang dakwah itu terbuka kepada semua. Sesiapa sahaja yang tulus mahu menambah ilmu pengetahuan tentang Islam, dialu-alukan hadir ke majlis-majlis ilmu ini. Ada yang bermukim di masjid-masjid tertentu seperti Masjid Abd al-Rahmaan ibn ‘Auf, ada juga yang mengadakan majlis ilmu di kediaman-kediaman dan dewan peribadi seperti amalan Dr. Ahmad Naufal, yang juga seorang aktivis dan sarjana akademik.
Ruang dakwah inilah yang menjadi medan untuk seluruh peringkat manusia dididik, ditegur, dibetulkan, didisiplinkan dengan nasihat-nasihat agama dan wasiat iman. Dakwah tidak mengenal label manusia, baik mereka itu petani, nelayan dan pekerja awam, mahu pun tokoh, pemimpin masyarakat, pemimpin politik atau sesiapa sahaja sahaja.
Hatta Firaun yang dicela Tuhan itu pun boleh didatangi oleh Musa untuk menyampaikan teguran, nasihat dan amaran. Dakwah tidak punya batasan. Ia merempuh semua halangan.
Tetapi keterbukaan dan keluasan cita-cita dakwah adalah berbeza sama sekali dengan soal keterbukaan Siasah serta kompromi prinsip. Siasah adalah soal prinsip serta polisi pemerintahan.
Inilah yang membingungkan saya, apabila agamawan-agamawan muda beraliran Salaf yang berkembang pesat di negara kita bercakap dan berfatwa tentang politik.
Tidak dinafikan, mereka amat berjaya menimbulkan satu kesedaran yang perlu ke arah pemurnian dan ketulenan beragama (asolah) dalam aspek Aqidah dan Ibadah.
Tetapi berbeza pula halnya dengan Siasah. Pandangan yang dilontarkan ke tengah masyarakat sering bersifat tekstual dan terpisah di antara teori dengan realiti.
Sasarannya pula adalah PAS. Bantahan, teguran dan pandangan yang sinis tidak habis-habis ditujukan kepada PAS apabila PAS memutuskan untuk tidak meneruskan idea tentang Kerajaan Perpaduan. Isu yang sudah selesai di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat ini, masih dibahaskan oleh tokoh-tokoh agama ini seolah-olah justifikasi yang diberikan oleh PAS tentang penolakan tersebut tidak mempunyai sebarang makna kecuali satu, TAASUB KEPARTIAN.
Itulah kalimah yang diulang saban hari, sebagai label kegunaan agamawan-agamawan bermanhaj Salaf ini.
SERUAN MAAF
PAS diseru supaya lebih pemaaf, melupakan sengketa lama dan bergerak ke arah perpaduan.
Soalnya, apakah PAS mempunyai hak untuk memaafkan kesalahan orang lain kepada Allah dan kepada umat? Bertindak zalim ke atas rakyat dengan akta-akta yang menafikan hak dibicarakan, membelakangkan hukum hakam Allah dalam polisi-polisi politik, ekonomi dan sosial, semua itu bukannya kesalahan terhadap PAS yang boleh PAS maafkan. Ia adalah kesalahan yang mencabuli HAK ALLAH dan hanya pelaku salah itu sahaja yang boleh mengubah keadaan ini dengan membuat perubahan di peringkat dasar.
Maaf memaafkan adalah tuntutan besar yang mesti disuburkan di dalam Islam.
Namun, memaafkan individu berbeza daripada memaafkan sebuah kuasa pemerintahan.
Tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk memaafkan kesalahan seseorang andai kesalahan itu membabitkan hak Allah dan hak orang ramai, bukan hak peribadi atau hak parti. Perjuangan PAS bukan mempertahankan kepentingan parti, tetapi memperjuangkan apa yang didefinisikan Islam sebagai hak Allah dan kepada serta daripada Allah jua kemaafan itu harus dicari juga diberi.
ANTI PERPADUAN?
Keputusan menghentikan usaha ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan itu pada masa ini juga bersesuaian dengan mandat yang diberikan pada Pilihanraya Mac 2008 yang lalu.
Rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat, mereka memberikan undi atas mandat menentang apa yang dianggap sebagai kezaliman Barisan Nasional, serta mandat mengurangkan majoriti BN di pesada kuasa. Inilah mandatnya. Jika sesuatu ingin dibuat berlawanan dengan mandat ini, ia harus dikemukakan sebagai manifesto Pilihanraya Umum akan datang dan terserahlah kepada rakyat sama ada melihat perkongsian kuasa antara BN dan PR menjadi pilihan mereka, atau sebaliknya.
Mengubah dasar itu selepas diberi mandat, adalah suatu pengkhianatan.
Hal ini sudah jelas dan menjadi keputusan yang difahami bersama di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah Barisan Nasional juga sudah tidak lagi menggunakan bahasa-bahasa empati kepada PAS sebagaimana ketika isu ini hangat tempoh hari, sebaliknya kembali kepada bahasa asal mereka.
Tetapi apa yang menimbulkan kehairanan kita ialah apabila persoalan yang sudah tamat ini, masih lagi dibicarakan oleh agamawan-agamawan ini, dengan tumpuannya kepada membayangkan PAS sebagai pihak yang berdendam, anti perpaduan dan mengutamakan permusuhan. Apakah ia suatu pendapat yang datang daripada penyakit-penyakit dalaman manusia? Saya memilih untuk berbaik sangka dengan hanya membangkitkan soal kenaifan dalam menggarap Siasah.
Soal hati, ia urusan Allah.
BERBEZA DENGAN DAKWAH
Politik ialah soal pengurusan bidang kuasa.
Ada pun semangat dakwah, berpesan-pesan dengan kebenaran dan bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan dan taqwa, ia suatu medan yang berbeza.
Jika dilihat kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyid al-Am, mereka adalah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri dalam konteks siasah. Tetapi mereka adalah ustaz, tuan guru, pendakwah dan pendidik yang tidak pernah berhenti mengajar di kuliah-kuliah dan ceramah, membuka kitab dan juga bercakap soal ilmu dengan penuh kesarjanaan.
Malah mereka berdua juga mendukung manhaj Salaf di dalam pendekatan mereka memahami nas dan tafsiran agama.
Tetapi di dalam siasah, mereka tidak naif atau lurus bendul, menjadi tekstual dalam memindahkan 1001 petikan al-Quran, Sunnah, Sirah dan Sejarah kepada realiti.
Jauh sekali saya mahu melabel maksum kepada sesiapa sahaja kecuali Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi sekurang-kurangnya aspek ini harus diberi perhatian.
Siasah adalah seni pemerintahan yang bukan hanya bergantung kepada keterangan teks ilmu, tetapi ia memerlukan kepada pandangan jauh, pengalaman yang luas dan panjang, agar kita sama-sama faham mengapakah Yazid bin Muawiyah menjadi pemimpin umat, ketika sahabat-sahabat yang senior masih ada.
Siasah dan kepimpinan bukan sekadar sebuah kesarjanaan.
Ia adalah ketajaman membaca persekitaran dan kebijaksanaan dalam memimpin.
Ada pun soal dakwah, ia adalah kenderaan berat yang merempuh semua halangan persepsi, label, ketua negara atau banduan penghuni penjara. Sesiapa sahaja yang memberi ruang kepada dakwah, menjadi satu kesalahan bagi pendakwah untuk mensesiakannya.
Tetapi kompromi siasah dan perkongsian kuasa, ia adalah subjek yang berbeza.
Saya mempelajarinya dari teladan para ilmuan yang bukan bersantai di kerusi pemerhati, tetapi mengotorkan kaki dengan jerih dan pedih realiti umat.
Terkenang kepada kata-kata Sheikh Dr. Mustafa Abu Zaid di selatan bumi Urdun:
Manhaj Salaf bukan manhaj yang menyingkatkan jubah, mengisi sugi di dalam kocek, menyimpan janggut dan bertudung kepala dengan serban merah. Ia adalah manhaj yang bersama-sama dengan sekalian kaum Muslimin dan Muslimat, membebaskan bumi Palestin, dan mengembalikan Hakimiyyah Allah!
Moga teladan itu tidak dilupakan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Salam akhi,
Bila kah mungkin berbicara? I ‘like’ this article.(tak boleh click like la)
syabas, ustaz. dah lama saya menantikan artikel seperti ini.
as a researcher in the field of thinking, i observe that the tendency of those so called ‘salafi’ is due to their strong adherence to analytical thinking, whilst neglecting therewith the importance of looking at things holisticly or what is termed Systems Thinking (revived by akh Fazrul in Malaysian context).
by approaching issues in such a manner, they go against other people for the sake of stressing the authenticity of one piece of hadith. to some extent, i personally admire this effort. this is better than total ignorance of evidences. on the other hand, however, due to rigidity and extreme critical and analytical adherence, respect of others is at sake. this is a great question of adab.
politically speaking, these people ignore to a great extent the perspective of sirah, specifically on how the Prophet pbuh built up a strong Muslim civilization. sirah cannot be understood unless with a holistic perspective of accumulated ahadith.
over protecting individual hadith brought them to proudly consume coca cola, mc donald and all the like…forgetting that every cent which falls down onto the hand of the zionist assists them to kill the Muslims. strange right…???
so this is what happened when a human fails to utilize his optimum thinking potential.
smoga Allah menampakkan kita laluan yang benar dan ikhlaskan kita dalam seluruh ‘amal. ameen.
Pada saya tulisan ustaz yang mungkin memaksudkan orang tertentu mempunyai beberapa kecacatan fakta dan analisis. Sukar untuk saya huraikan kesemuanya yang saya rasa begitu. Kalau ustaz dan penyokong ustaz tak setuju, terpulang ini cuma pandangan saya. Kita boleh berbeza tak gitu?
Cuma pertamanya, melabelkan pandangan orang tertentu yang tidak ustaz gemari sebagai manhaj salaf adalah suatu yang terlalu umum dan melukakan banyak pihak yang lain. Sebagai individu berilmu ustaz dan pihak satu lagi boleh sahaja berbeza pendapat apatah lagi dalam soal siasah yang banyaknya berbentuk ijtihadi. Tapi mengaitkannya dengan manhaj salaf adalah keterlaluan dan seolah-olah meletakkan manhaj in pula di kandang salah. Ini kezaliman ala-BN…
Kedua, isu ‘Perpaduan’ telah lama dicetuskan oleh syura, cuma pengerusinya sahaja yang tidak hadir kerana uzur, lalu menyebabkan keputusannya tidak dipersetujui seperti yang berlaku di Muktamar tahun lalu. Saya bangkitkan perkara ini untuk menegaskan bahawa segala pro dan kontranya telah diperhalusi sebelum ia disebarkan untuk feed back ahli.
Ketiga, soal memaafkan kesalahan bukan t/jwb PAS sebelah pihak sahaja. Ia t/jawab kedua-dua pihak. Cuma mungkin jika difikirkan kalau PAS boleh memaafkan ketidaksediaan Kit Siang dan Karpal menerima Islam lalu duduk semeja bermesyuarat dengan riang gembira…takkan untuk duduk berbincang sesama Islam dengan UMNO tak boleh?? Bukan suruh tunduk dan ditipu…tapi gunakan ruang yang ada untuk kebaikan umat. Lainlah kalau ustaz pandang rendah pada TGHH atau Ustaz NMI lalu menyangka kalau berbincang..alamat kena tipu lagilah kitaa…
Seterusnya, ramai menyangka kononnya LGE sangat baik tanggapannya terhadap Islam, lalu bila bapanya mati dia akan masuk Islam. Bukan pesimis…tapi cuba tanya orang-orang yang pernah bertemubual dengannya pasal isu Islam, Melayu dan seumpamanya. Banyak perkara yang tidak menggembirakan dari yang menggembirakan yang kita perolehi. So, apalah diharap sangat pada mereka lalu kita menutup ruang untuk bermuzakarah demi survival umat.
Cukuplah tu…takut nanti tak sedar ada perkara-perkara yang tak patut diumum, terumum pula.
Maaf kalau terkasar bahasa. (Tulisan ini tidak ditulis dengan nada marah…nada dan perasaanya selamba. So bacalah dalam mood yang sama) .
@huda musdiani,
bukanlah saya yang melabelkan ‘mereka’ sebagai manhaj salaf, tetapi ‘mereka’ yang konsisten memperkenalkan diri dan dikenali dengan manhaj salaf. apa yang saya tulis bukan suatu kritikan kepada manhaj, apatah lagi saya juga berpegang dengan manhaj yang sama. tetapi tulisan ini adalah kritikan kepada manusia. bukan manhaj. manusia yang umumnya menjadi rujukan umum kepada manhaj itu, di negara kita.
soal unity government sudah ada kata putus dari pimpinan dan kata putus itulah yang menjadi pendirian semasa, buat masa ini. ia tidak perlu diperbahas-bahaskan lagi. saya menyebutnya bukan untuk dibahaskan di kalangan pro kerajaan perpaduan atau penentang kerajaan perpaduan. tetapi supaya mereka yang tidak sedar bahawa isu ini sudah ditamatkan, sedar dan berhenti mengkritik dengan kritikan yang tersasar.
saya juga menulis dengan relaks komen ini, mohon dibaca juga dengan relaks, sambil menyiapkan teks khutbah untuk esok
Dik huda…Ustaz maksudkan terdapat perbezaan yg agak ketara corak perjuangan golongan manhaj salaf di tanah arab dgn ramai+/-agak ramai (bukan semualah dik oiiii) dari golongan manhaj salaf di Malaysia ni…
Perbezaan pendapat antara ahli di dalam PAS, pro-kontra dll masih di dalam wadah perjuangan yg sama. Tetapi apabila perbezaan pendapat serta komen dr pihak luar PAS, dgn hujjah yg berat sebelah-Ini yg memberikan gambaran buruk terhadap golongan salaf.
Ustaz tak maksudkan semua tetapi ada beberapa tokoh dan menyebabkan pengikut tokoh tsb juga akan akur dgn pendirian salafi sempit yg ustaz maksudkan….for ur infor-ada golongan salaf kat Malaysia yg merasakan xperlu berjuang dlm pilihanraya bersama PAS *ini yg pelik dan memalukan*-musuh golongan salaf akan mengambil kesempatan dr hal tsb dan menyebabkan golongan salaf satu dunia diperlekehkan…
takkan x biasa dengar kot dik Huda oiii (dgn nada yg bersahaja/bergurau wlp ana bermanhaj salaf dan umno jugak mengaku bermanhaj salaf…kik..kik..kik)
Apapun…tahniah ustaz. Cantik…
terasa pening dan keliru juga dengan perkembangan politik tanah air sejak akhir-akhir ini… tatkala BN memerintah dengan majoriti 2/3, tidak pula pernah mereka fikirkan untuk mengajak PAS berpadu dengan mereka demi survival umat Islam… Namun tatkala mereka ditolak oleh sebahagian besar rakyat dalam PRU yang lepas, mereka terhegeh-hegeh pula mahu mengajak PAS untuk berpadu… penuh sopan santun mengajak… penuh adab… namun apabila ajakan mereka ditolak, mereka kembali kepada bahasa asal mereka… dengan golongan sebegini PAS mahu berpadu…?
@pentium4,
mari pening secara berjemaah.
@pali, Haha pali sekali-sekala masuk akal juga .. siapa tu mengaku manhaj salaf tu (sekadar lontaran idea)…
Saya sangat-sangat bersetuju dengan Ustaz. Ada kesakitan halus di dalam hati melihat pandangan-pandangan dan perbahasan yang kelihatan berat sebelah mengenai perpaduan ini.
Pihak Kerajaan terlalu jauh menyimpang dalam menggunakan kuasa menegakkan hak ALLAH. Dari sekecil benda sehingga sebesar perkara. Kesungguhan PAS melaksanakan hudud di Kelantan di tentang; kemudian dimanipulasi pula seolah tidak bersetuju hudud PAS. Bila dicabar bahagian mananya yang perlu dibaiki agar menjadi Hudud Allah; semua diam membisu dan beralasan.
Berada di selatan di negara UMNO; melihat kemungkaran dan kaedah pentadbiran negeri dengan jelas; kerajaan ini memang perlu diganti. Membasuhnya dari dalam akan mengotorkan semula air bersih yang digunakan.
(kadang2 anih juga mendengar pandangan golongan Salaf yang punya ilmu setahun jagung; cuba mencari hujah melawan HUKUM Imam Muhammad bin Idris yang hafal Alquran umur 5 tahun dan menjadi mufti di Mekah pada umur 15 tahun; yang sah Allah swt. telah “geniuskan:..)
WALLAHUALAM.
@ummualya, Alhamdullilah samapi seru untuk menaip.
Saya sangat-sangat setuju dengan “sangat-sangat bersetuju dengan Ustaz” tapi …
tang PAS itu maca serupa saja kalau ditukar menjadi UMNO.
Pada saya yang berkuasa sekarang ialah gabungan PAS-UMNO, dan yang kehilangan kuasa adalah yang mengambil side.
@Pak Din,
Orang PAS satu bab, PAS satu bab.
Orang UMNO satu bab, UMNO satu bab.
Orang PAS dan orang UMNO memang ramai yang lebih kurang serupa sahaja sebab makin ramai orang PAS yang susut akhlak dan makin ramai orang UMNO yang belajar agama.
Itu antara orang PAS vs orang UMNO
Ada pun PAS vs UMNO, perbezaan antara keduanya adalah BESAR dan tidak terjejas oleh maksiat orang PAS dan taat orang UMNO.
Wallaahu A’lam
@Abu Saif, Sebagaimana telah hampir 2 tahun kita bincang, bezanya Islam dan Muslim … kan?
@Pak Din, Kalau ORANG dinilai; perbezaan MUNGKIN kelihatan kecil..
PRINSIP, ARAHTUJU hidup, tujuan kita dihidupkan yang selaras dengan tujuan perjuangan PAS; itulah keserasian dan sokongan saya.
Kalau UMNO atau KERAJAAN mengubah dasar dan polisi semasa ini ke arah Islam yang Syumul, ke arah menegakkan hukum ALLAH yang sepenuhnya; bukan sahaja saya yang jahil “tukil” tetapi TGNA juga berjanji join kerajaan!
Adakah nampak bezanya?
Wallahualam
@ummualya, Sebenarnya kita bersetuju untuk makan, tetapi tidak bersetuju dengan cara makan masing-masing atau apa yang perlu dimakan.
Kita bersetuju tentang perlunya berTuhan tetapi terdapat perbezaan cara dalam mengabdikan diri dalam berTuhan.
Kita bersetuju tentang agungnya Al Quran, sebagai Kitab Petunjuk, tetapi tidak bersetuju cara masing-masing menterjemahkan ayat-ayatnya.
Kita bersetuju untuk ditarbiah, berdakwah dan bersiasah, tetapi tidak bersetuju dengan cara ianya perlu dilakukan.
Para Ulama juga selalunya bersetuju dengan adanya Tuhan, tetapi yang di Afrika mengadapatasikan fiqh mengikut keadaan di sana, sementara yang di Malaysia pula, awalnya suka dengan satu cara, tetapi kemudian dibanjiri cara berbeza apabila pelajar pulang dari Timur Tengah.
Kita bersetuju dengan kesyumulan Islam, tetapi manakah yang lebih ketara, antara melanggar Syariat Allah atau melanggar Sunnah Allah.
Kita berseutju bahawa ilmu sains sangat berguna kepada kita, tetapi kita berbeza pada tahap mana perlu diperah otak untuk memikirkan tentangnya.
Kita bersetuju tentang stu warna tetapi tidak bersetuju dengan kecairan warna tersebut.
The list goes on and on, … sehinggakan sebagai rumusan SAYA SANGAT SETUJU DENGAN USAHA USTAZ yang dijalankan selaras idea yang diluahkan di Blog ini, tetapi saya tidak bersetuju dengan kegagalan kita bergerak ke tangga seterusnya.
@ummualya, “The list goes on and on, … sehinggakan sebagai rumusan SAYA SANGAT SETUJU DENGAN USAHA USTAZ yang dijalankan selaras idea yang diluahkan di Blog ini, tetapi saya tidak bersetuju dengan kegagalan kita bergerak ke tangga seterusnya.”
Saya setuju dengan Pak Din!!
@ummualya, saya sudah menjelaskan pendirian saya di Blog Pakdin. Terima kasih tuan rumah.
@rakyat semua, 5. Semangat berkobar yang ada untuk membentuk sesuatu yang baru, yang dikatakan lebih Islamik itu sebenarnya yang tidak Islamik. Pemerintahan sekarang telah mengambil dan berusaha mengikut garis-garis panduan di dalam Al Quran. Adalah lebih berkesan mereka ini membantu memperbaiki sistem yang ada, dengan memaksimakan penggunaan akal, dan menjauhkan diri dari dikawal oleh pengunaan perasaan dalam tindakan. Sebagai Muslim, ini yang sangat menyedihkan saya. Adanya segolongan Muslim yang mengakui lebih Islamik, sedangkan sistem yang ada telah berada di landasan Islam pada asasnya. Pembaikkan sememangnya perlu berlaku setiap masa, dan itulah fungsi yang diberikan kepada Agamawan. Memberikan nasihat terbaik mereka kepada sistem pemerintahan yang ada.
http://saifulislam.com/?p=4633#comment-44281
Kita bena kerangka asaa yang baru kalau JELAS KEZALIMANnya, bukan dipersepsikan kezalimannya dari kacamata perasaan. AL Quran menajdi rujukan kedua-dua merah dan hijau. Kedua-dua ada TIDAK PATUHNYA tersendiri.
Salam Ustaz,
Artikel ustaz menampakkan perjuangan PAS yang syumul.Siasah dan dakwah. Namun ada juga yang selesa berjuang sekadar dalam NGO. Apakah ini mencukupi apabila mereka ini tidak terlibat secara langsung samada sebagai pejuang parti Islam atau penyokong dalam bentuk undi?
Sememangnya ruang dakwah amat luas kerana tidak mungkin PAS dapat meliputi segalanya, di saat keributan politik tanahair termasuk dalam agenda mengemaskinikan kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Lalu NGO memainkan peranan yang besar untuk menghadapi pelbagai isu umat Islam dewasa ini.
Soalnya adakah memberi undi kepada parti Islam itu satu kewajipan dalam suasana politik masakini?
@Afandi,
salam,
ada sebabkah untuk tidak memberi sokongan terhadap perjuangan Islam?
saya bukan cuba untuk melabel islam=PAS, tetapi yang kita tahu prinsip perjuangan PAS adalah Islam itu sendiri. memetik kata tuan guru nik aziz, (not the exact words, just the extract of it), ‘kalau umno menerima Islam sebagai perjuangan dia sepenuhnya, dia sendiri (tuan guru) tiada masalah untuk join sekali’.
@rizmi,
Ya, cuma untuk memastikan setakat mana seseorang itu dinamakan menyokong/pendokong perjuangan Islam. Bimbang ramai yang beranggapan apabila telah terlibat dengan NGO Islam maka sudah memadai sekadar itu medan perjuangan, dengan alasan politik demokrasi/pilihanraya bukan sistem politik Islam
Fenomena lurus bendul ini akan terhapus apabila mereka mengalami:
1. Ditukar ke pedalaman tanpa alasan yang kukuh.
2. Biasiswa bahkan pengajian di tamatkan tanpa diberi pengadilan
3. Ayah atau ahli keluarga mereka ditahan dibawah ISA
4. Anak-anak terpaksa mengikut program-program jahiliah tanpa rela
Ana yakin,insyAllah pada masa itu pandagan mereka akan lebih menjejak kaki ke bumi dan tiada lagi nada seperti ini.
Persoalannya,perlukah sampai ke situ baru mahu sedar?
Ulang kembali kata ustaz
“Saya mempelajarinya dari teladan para ilmuan yang bukan bersantai di kerusi pemerhati, tetapi mengotorkan kaki dengan jerih dan pedih realiti umat.”
Betul tu..Islam mesti memerintah.Selagi mana kita mampu untuk memperjuangkan Islam, berjuanglah sehingga titisan darah terakhir
Assalamualaikum, ustaz..
terima kasih atas pencerahan ini. Ana tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan sesetengah agamawan yang memberi komentar seolah-olah tidak faham situasi semaSA. Akibatnya, komentar tersebut bersifat keawang-awangan, walaupun berfakta.
Wallahu alam..
SYukran Ustaz..
Well said, need to argue more? I believe not.
By the way, while we have been reminded to not totally believed on what the mainstream media reported about this issue, some of them still use these news as point of arguments.
As one of my friend said – TGNA as a Mursyidul Am has capacity and responsible to make sure that PAS maintains the right path in making sure the survival of Islamic movement in Malaysia, and making sure that the faith by the non-muslims when they vote for PAS and PR on March 2008 is not violated – and that is also a da’wah.
Alhamdulillah, sama jer mcm di Yaman atau di Arab Saudi kebanyakkan ulama salaf dan berfaham ahlul sunnah ramai juga yg masuk penjara lawan kezaliman dan kebathilan..
Malangnya org yg begini tidak diambil ilmu mereka…berbalik pd persepsi dan sikap kita di dlm memilih ilmu…kita hanya mengambil apa yg kita mahu dan meninggalkan apa yg kita tidak mahu.
Sudah tentu pelajar Malaysia lebih suka ambil yg mudah, boleh menjawat jawatan awam dan kerusi mewah di atas nama sunnah.
Ustaz Hasrizal,moga dpt jumpa lagi.
Salam.
‘Manhaj salaf tidak meluruskan bendul siasah’ I totally agree with you Abusaif
Kerajaan Perpaduan…
bila fikir balik,
takkan laa depa nak kongsi kuasa dengan seseorang?
nanti harta kekayaan pun nak kena kongsi juga…
sure depa tak mau punya…
penerangan yang jelas dan padat..islam msti di letakkan di atas.. islam ya’lu wala yu’la alaihi
dan bukan islam mahjub bis muslimin
alfu syukran…
ustaz percaya tak kalau ustaz bertanding mana2 kerusi untuk PR akan datang, ustaz boleh menang dengan majoriti yg tinggi .. Biiznillah…
salam…
saya dah lama baca artikel ustaz,tapi artikel ini sangat saya hargai! jazakumullahu khairan kathiran
tahniah, satu percubaan yg berani.. hehe
ada yg berpandangan, tidak baik kalau kita mengasak para pemerintah dan ulama pemanas kerusi empuk..
tetapi, apabila kita kembali kepada sejarah, golongan inilah (ulama dan pemerintah) yg sentiasa dikritik hebat oleh al Ghazali, Abdul Qadir Jailani dan banyak lagi..
‘perang dialog’ ini mesti diteruskan, tindakan mengasak golongan yang karam di dunia keilmuan (baca; wacana/seminar dll) mesti dilipat gandakan..
@MarBu,
saya tidak mencuba-cuba. ia pandangan yang datang dari usul
di seberang sana, ada yang bergila-gilaan dengan wacana intelektualisma. di seberang sini, ada yang bergila-gilaan dengan wacana kesarjanaan.
kedua-duanya ditimpa penyakit skeptik dengan gerakan Islam, hingga saranan semuanya berbahasa racun yang membinasakan.
@Abu Saif,
Okay,
ust memang mantop/berani.. hehe
salam ustaz…
ana sampai sekarang masih kurang faham apa yang ingin dibawa dan ‘mechanism’ ataupun tujuan akhir daripada “kerajaan perpaduan” yang digembargemburkan tu.
seperti kata ustaz,rakyat telah memilih pakatan rakyat di dalam pilihanraya ketika pakatan rakyat tidak ‘berpadu’ dgn barisan nasional. jadi rakyat mesti akan marah kalau pilihan mereka ‘berpadu’ dengan barisan nasional. tapi adakah itu yang dimaksudkan dengan ‘kerajaan perpaduan’ itu? kalau itu yang dimaksudkan, janganlah, nanti mengamuk rakyat memberontak marah.
banyak perbezaan antara kedua belah pihak, banyak ketidaksefahaman antara dua belah pihak. tetapi kalau ‘berpadu’ untuk menuju persamaan, iaitu Islam berdasarkan quran dan sunnah, alangkah teguhnya negara kita. tidak akan berani diacah-acah oleh nonmuslim tentang isu islam.
hmm…apa-apa pon, kalimah ‘perpaduan’ itu masih lagi diragukan.
semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus hingga ke akhir hayat kita. amiiiin…=)
Setuju 101% dengan kenyataan Shaykh Dr. Mustafa Abu Zaid. Sudah tiba masanya mereka yang berpegang pada manhaj Salaf untuk keluar daripada kefahaman yang sempit tentang dakwah Salafiyyah.
alhamdulillah..ustaz menulis dengan baik sekaligus membetulkan kefahaman ana..dan ana tahu siapa agamawan muda yang ustaz maksudkan..ana yakin telahan ana ini benar..begitulah bila sudah bergaul dengan orang di’sana’..sekalipun cuba bersikap non paritsan namun akhirnya tanpa sedar selalu tertewas..
Perlulah mesej ini dibaca oleh semua Ulama di negara kita. Dalam artikel Ustaz itu yang saya paling setuju adalah:
“pandangan dan pendiriannya kucar-kacir tatkala membina pendirian yang tegas terhadap pemerintah yang sebangsa dan seagama dengannya tetapi enggan menerima Islam sebagai asas polisi dan moral politik negara”
Memang pandangan mereka kelihatan begitu kucar-kacir, tidak telus, talam dua muka. Berani betul duduk dibumi Allah!! apabila mempersoalkan kewibawaan perundanganNYA dan SyariatNYA, dengan ILMU mereka; dan menuduh ketaksuban pihak lain DI SETIAP KALI.
Kesalahan terhadap ummah; sifirnya kesalahan menegakkan Hak Allah swt; manalah PAS boleh maafkan. Kalau berubah ideologi dan pelaksanaan ke arah yang benar, kearah kesyumulan Islam; PAS tak ada pun di bumi bertuah ini pun tidak mengapa!
Wallahualam.
@ummualya, Yang mengumno, selalunya terkeno, dan yang mengepas, selalunya terlepas. Yang mahu mengumno dan mengepas perlu ditarbiahkan. Bacalah di sana!
@Pak Din, maaf Pak Din; semangat je sebab; akhir2 ini asyik dengar kuliah Ustaz Azhar; ustaz yang agak anih (adakalanya “NAMPAK” jumud – tapi tidak!); bersemangat; tahu IT dan kegunaannya; malah ada flickr photo; berbakat seni; tapi dengar kuliahnya dan pengetahuannya; membuat saya rendah diri. Hanya semangat untuk membaiki diri yang tinggal..
Wallahualam
@ummualya, Tidak perlu merendah diri, yang perlu adalah muhasabah diri. Setelah melaksanakan Rukun Islam, dan kemudian Rukun Iman, kita seterusnya harus melaksanakan Rukun Ikhsan, iaitu memuhasabah diri, apakah kita merasakan kehadiranNya di dalam segala apa yagn kita lakukan, sebagai terjemahan kepada ” … Allah melihat apa yang kamu lalukan”
salam ustaz,
tulisan yang ‘indah’ sekali dan mententeramkan hati saya ini. Sebetulnya saya usai membaca buku Islam Dan Demokrasi’ oleh TGHH kemudian saya ‘terbelek’ kembali buku Tasawur Asasi Gerakan Islam oleh Dr Fathi Yakan. Seperti ada sedikit ‘pertembungan’ yang menyesakkan dada dan saya agak sebak kerana tak berupaya merungkainya.
terima kasih kerana tulisan ustaz ini terdapat sedikit jawapan utk saya dan ia ‘menghiburkan’.
Manhaj Salaf dalam mendekati masyarakat untuk berdakwah dan menyampaikan Islam ialah dengan tarbiyah. Bila berhadapan dengan “musuh” ialah dengan mujadalah berhikmah, berkalam dan sebagaimnya.
Apabila manhaj dakwah adalam tarbiyah iman… maka di sana berlakulah fiqh dan kreativiti untuk nak bawa masyarakat kepada iman. Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan masih dalam lingkungan maqasid sarak.
Tapi kita bila mengaku kata kita ni salaf … pendekatan kita dalam menyampaikan dakwah adalah lebih berkalam dan berjadal dari mencari kreativiti untuk menyampaikan maksud iman kepada masyarakat. Yang ini sunnah… yang ini tak sunnah… yang ini nabi tak buat so ia bidaah dan sebagainya 9seperti mana yang saya dengar …0.
Bila KITA dah terkena dalam perangkap musuh … baru kita tahu yang kita ni rerupanya dipergunakan untuk “menembak ” saf kita sendiri …..
Apa yang Ust Hasrizal sebutkan itu telah pun saya alaminya dan telahpun menelan segala pahitnya.
Assalamualaikum Ust,
Izinkan saya menganugerahkan lima bintang kpd Ust diatas artikel yg amat bagus ini.
Semoga sahabat² salafi kita lebih cerdik dan celik politik pd masa akan datang.
Kalaulah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah masih hidup,…
ustaz….terima kasih semoga artikel ini dapat membuka mata yang sekian lama tertutup…insyaAllah mudah-mudahan….
pandangan umum daripada saya seharusnya PAS perlu juga memberi muka kepada UMNO. Pada saya UMNO adalah parti Islam yang sama seperti PAS cumanya UMNO tidak terlalu terburu-buru. Kesalahan yang selalu dicanang kepada UMNO bukanlah atas dasar UMNO tetapi lebih kepada individu. Berbicara soal Kerajaan Perpaduan, apakah salah UMNO kerana yang mencadangkannya adalah Haji Hadi? UMNO memberi reaksi spontan yang bernada positif, tetapi akhirnya dipalit nista oleh PAS. Jika soal mandat rakyat diambil kira, tidak perlulah nak berkerajaan perpaduan dari awal. Tetapi seingat saya PAS pernah meminta beberapa jawatan seperti Menteri Pelajaran dan Kewangan jika BN mahu membentuk kerajaan perpaduan.(pening)
Jika kerajaan sudah ditolak adakah sudah tiada jalan lain untuk duduk berbincang bersama terutamanya masalah negara? kritikan sahaja tidak membawa maksud jika tidak disertakan cadangan.
Saya rasakan jika keadaan seperti sekarang berterusan tidak mustahil kita akan dagang di negara sendiri. Adakah syiar Islam akan terus bersinar di Malaysia?
saya setuju…
apa-apa pun… saya boleh kata kan… membina ‘negara Islam’ mudah, tetapi membina SETIAP individu manusia yang Islamik adalah sangat sukar. kerana yang memimpin negara adalah manusia…
***
@sepohonkayu,
Sangat betul. Ambillah iktibar dari khilafah yang lepas. Jika tiada pemimpin yang betul2 berwibawa, khilafah akan tumbang juga oleh hasutan dalaman dan luaran. Oleh itu, lebih selesa dengan keadaan sekarang disamping pembaikan berterusan. Allahu a’lam.
@Saifbilkalam, http://saifulislam.com/?p=4633#comment-44281
Hampir menitis air mata membaca artikel ini.
Apabila agama dipisahkan daripada politik.
Kalaulah pemimpin2 politik menyedari hakikat ini!
salam…
pada pndapat saya,yg cuba ditekankan oleh agamawan bermanhaj salaf di malaysia adalah sikap pas dalam bertindak,yg mana ada yg tidak bertepatan dgn mesej Islam yg dibawa,lebih menyedihkan ianya seolah2 diHALALkan oleh para ulama yg ada dalam PAS(dgn berdiam diri).. Lagi pula yg ditegur agamawan salaf ini bukan sahaja PAS tapi kedua2 pihak(UMNO dan PAS).. Tapi dipihak ulama PAS (sesetengah bukan smua),ada yg berat sebelah dalam menegur,inilah yg menyedihkan dan mgkin blh menyebabkan sesetengah masyarakat merasa ada bias disitu.. Menyebabkan org memandang ulama PAS=ulama politik.. Menyebabkan org salah faham ttg Islam yg diperjuangkan,dan makin jauh dgn Islam,tanpa mereka sedar…
Inilah pada pandangan saya yg cuba ditegur…
Tapi bukanlah maksud saya PAS sahaja yg berbuat salah,UMNO pn tak kurang salah.. Memandangkan matlamat kita adalah Islam,jadi penghalang2 mengajak org kpd Islam haruslah kita hilangkan..
Yg terbaik dan benar,hanya Allah yg lebih Mengetahui. Moga kita dijalan yg benar dan dalam redhaNya.
@numbers,
PAS tak boleh rasa semua tindakan dia betul. Al-Qur’an dan hadis telah termaktub. Kita perlu tafsir dan takwil dalil qot’ie ini dan tajdid. Ini memerlukan qias dan ijma’. Perlu ijma’ sebab ijtihad seseorang tidak ‘generalise’ dan memerlukan ijma’ dengan pandangan luas seperti bila kita buat PhD kita memerlukan data dan hasil yang boleh di ‘generalise’kan.
@Saifbilkalam,
saya tk rasa dlm entri ini ada apa-apa statement abu saif yang mendakwa semua tindakan pas betul. even saya rasa banyak juga artikel abu saif yg kritik pas sendiri, misalnya artikel berubahlah untuk memimpin perubahan.
tp tu ler bila kritikan tak terikat ngan mana-mana, ada la org akan kata, so die je la yg betui…
penyakit la…
salam..
mmg betul ust.Hasrizal ada mgkritik/menegur PAS. Tapi yg sy maksudkan adalah ttg ulama2 dalam PAS sndiri..
Sbg contoh,dahulu,isu mgkafirkan,xhalal makan smbelihan org Umno,xblh pilih pemimpin bukan Islam..
saya xtau isu ini ditimbulkan oleh pemimpin PAS atau ahli2 bawahan sahaja..Wallahua’lam..
Tapi yg saya kecewa dan sedih adalah kenapa ulama2 PAS tidak bertegas mengatakan kita xboleh buat mcm 2,kluarkan statement melarang,menentang macam apabila UMNO buat salah…
Kenapa dibiarkan isu2 ini sehingga ramai yg menjadi mangsa?
Amatlah disayangkan bila perkara sebegini terjadi,inilah yg menyebabkan sesetengah masyarakat hilang kepercayaan,rasa kurang senang dgn ulama2 PAS..
Akibatnya,terjadilah salah faham spt yg saya bgtau sblm ni,tanpa sedar,org jd jauh dgn Islam.
Kadang-kadang, ramai yang hanya berkata berdasarkan teori semata. Semua ingin berbicara tentang teori tetapi tidak turun bersama berdakwah dengan yang lain.
Hanya luahan pendapat, semoga diri ini tidak termasuk dalam golongan yang hanya pandai berteori semata.
salam,
bab politik memang saya tak reti. Lurus bendul. tapi sejarah tidaklah buta. lebih suka baca sahaja.
Pernah saya ditanyakan soalan; nak jadi ORANG DAKWAH @ ORANG POLITIK?
Pada masa itu agak terkeliru. tapi masa dan peristiwa memberitahu maksudnya.
Untuk berhujah @ mengutamakan pandangan dari khabar yang diterima dan terus melatah bukan minat saya.
Orang yang mampu menguasai siasah & pada masa yang sama dakwah adalah orang yang dianugerahkan Allah keistimewaan.
Kalau bijak dakwah sahaja, senyap sahajalah bila mahu masuk bab politik dan begitu sebaliknya?
Berilah pandangan, tetapi jangan TERLALU LANTANG melebihi ahlinya?
ps: atau terlebih lantang melebihi “tuan rumah”.. hehe, tumpang lalu Abu saif..
@pali,
Pali, tulis la entry politik kat blog hang..boleh ana baca.
@cidos,
blog hang dah ada. cukup dah.
@pali,
diversion. setuju gak dgn pali. hehe.
@Saifbilkalam,
diversion. setuju gak dgn Saifbilkalam. hehe.
Saya sudah menghidu akan muncul individu yang risau dengan idea ini lalu menempek di web-web lain meminta hujah untuk menangkis idea Ustaz Hasrizal.
Saya berkata dengan jujur, penulisan ini cuba ditafsirkan sesetengah pembaca sebagai Ustaz Hasrizal VS Ustaz Asri dan Dr. Juanda.
Lalu penyokong idea Ustaz Hasrizal akan menempek lagi di sini apabila mereka merasakan sudah kematian hujah apabila berhadapan dengan penyokong dari kem sebelah.
Dan penyokong idea Dr. Maza dan Ust. Juanda pula akan menempek di web-web lain meminta idea dan hujah tambahan apabila merasakan mereka sudah kehabisan peluru hujah untuk menembak penyokong idea Ustaz Hasrizal.
Saya pelik dengan sifat begini. Kenapa kita perlu kelam kabut dan haru biru apabila dua tokoh atau dua ustaz yang popular ini berlainan idea. Pilih sahajalah idea mana yang kita rasakan amat kuat hujahnya. Bukannya menjadi pening tak keharuan. Lalu ke sana ke sini, ke sini ke mari.
Ini adalah drama ulangan apabila berlaku pertembungan idea Ust Hasrizal dan Dr Maza. Cuba kita ingat idea ketika PRU yang lalu. Dr. Maza muncul dengan idea undilah individu, bukan parti, manakala Ustaz Hasrizal pula muncul dengan idea, pilihanraya umpama satu perlawanan bola sepak, bukan badminton. Lalu akhirnya, penyokong kedua-dua idea ini mula naik pening da mencari peluru-peluru tambahan untuk menembak idea pihak yang bertentangan.
Lalu saya ingn bertanya kepada kita semua, kita ini mahu mencari kebenaran atau sibuk membela tokoh kesayangan kita. Apa yang selari dengan idea tokoh kesayangan kita akan dicari 1001 hujah untuk membela hatta menegakkan benang yang basah sekalipun. Apa yang bertentangan dengan idea tokoh kesayangan kita, kita cari 1001 hujah atau alasan untuk menumbangkannya.
Lalu tanyalah, muhasabahlah diri kita. Apakah kita ini insan yang mencari kebenaran? Atau sebenarnya kita ini insan yang sudah tenggelam dengan penyakit taksub kepada ustaz masing-masing.
p/s: Maaf jika keluar topik. Tulisan ini ditulis selepas membaca beberapa komen yang setuju dan tidak setuju di web ini dan web al-fikrah.net
Salam mencari kebenaran dari Lobai Tampin.
@masri, Point utamanya adalah jangan taksub. Nak hurai, kiranya sudah terkeluar dari maksud utama article ini…
Jadi kembali kepada landasan awal
Sebelum terlupa, anta ada bertanya tadi antara mencari kebenaran atau menyokong tokoh…ana mencari kebenaran
@masri,
Saya berpandangan, kita jangan underestimare pemberi-pemberi komen bahawa mereka memberi komen hanya berdasarkan sentimen taksub kepada tokoh semata-mata. nanti senada dengan tuduhan bahawa segala argument pas tidak lebih daripada sekadar taksub kepartian semata.
Saya rasa, apabila penulis komen memberikan komen bersetuju, persetujuan itu boleh datang daripada sikap taassub dan menelan bulat-bulat pandangan orang yang ditaksubkannya. tetapi persetujuan juga boleh juga datang daripada kefahaman mereka yang jelas tentang isu serta asas-asas yang dibahaskan.
Kita tak tahu apa yang ada di belakang persetujuan seseorang walaupun sikit-sikit, boleh menghidunya daripada bentuk ayat. ayat setuju yang relaks, rasional, tandanya setuju berasas. ayat setuju yang meluap-luap dengan pujian hingga bernada bodek, ia mungkin tanda taassub.
Apa yang penting, jangan generalize yang persetujuan atau tidak setuju, sentimennya hanyalah soal taassub kepada individu. Pemberi komen mungkin lebih hebat dan matang daripada yang kita sangkakan.
Ada pun komen di al-fikrah.net, saya tak mampu berbuat apa-apa. Tuan punya artikel ada di sini dan perbincangan boleh dilakukan di sini. Lebih pendek sanad perbincangan, lebih dekat dengan kebenaran, Insya Allah.
Berkenaan dengan statement Dr. Mustafa Abu Zaid tu (statement dalam kelas Aqidah II mungkin di tahun 1995 – susah juga nak recall the exact word beliau), tanpa perkataan HANYA pun maknanya tidak terjejas.
Manhaj Salaf didefinisikan berasaskan kepada pemikiran dan pendekatan. Ada pun memendekkan jubah dan berjanggut ia adalah sub kepada seruan dari Islam yang juga boleh diamalkan oleh pengikut aliran Khalaf. Sama seperti menggerakkan jari di dalam tasyahhud yang juga boleh diamalkan oleh seorang yang bukan Salafi.
Definisi Salaf akan rosak kalau jubah pendek atau jubah labuh dan janggut dilibatkan sama. Ia terlalu kecil untuk diangkat menjadi sebahagian daripada ta’rif.
Wallahu A’lam.
Akhuka fiLlaah yuhibbuka fiLlaah
@Abu Saif,
Saya menulis kerana melihat unsur tidak bersetuju dengan tulisan ustaz Hasrizal tetapi tidak membawa sebarang hujah, apatah lagi ada batu api menyebarkan artikel ustaz ini di sana sini dengan tajuk yang sangat-sangat menjengkelkan.
@masri,
Insya Allah ana faham apa yang anta cuba sampaikan. Ana menghargai komen yang dikongsi sama ada di sini atau di sana.
Kalau boleh nak minta share banyak lagi…
Salam akhi Masri..
Saya setuju dengan saudara kali ini.Dan maaf saya pohon kepada Abu Saif jikalau ada terkasar bahasa..
Sentimen seperti ini sering dilaga2kan dalam arena siber.Sebagai contoh,
Dr MAZA vs Abu Saif..
Abu Saif vs Ust Maszlee..
Dan lain2 lagi dan tidak perlu saya perkatakan lebih lanjut..
Terus terang,saya meyokong gagasan tajdid ummah Dr MAZA tetapi saya juga mendokong gaya pemikiran Abu Saif…
Kedua2nya MURABBI saya..
Sayang seribu kali sayang,kalau hubungan di antara 2 orang pendakwah berketerampilan ini dilaga2kan sehingga mungkin boleh memunculkan bibit2 permusuhan di antara kedua2nya..
Bagaimana mahu menaikkan Islam,mahu mengembalikan Izzah Islam,kalaulah hubungan silaturahim di antara 2 tonggak penyeru kepada agama ini pun tidak bagus…
Kita boleh berbeza pendapat dan gerak kerja,tetapi tetaplah kita di bawah payung yang sama…
Afwan ustaz….
@masri,
salam, isu taksub guru ni bukan sekadar ustaz2 yang disebutkan diatas,tetapi LAMA dah berlaku, selagi mana ada murid yang berguru.
tak perlu dibesar2kan lagi. Ustaz semua kat atas tu semua kamcing, siap jadi “friend” kat facebook lagi.
Ana percaya kalau mereka berjumpa siap minum teh tarik sama pasembur lagi. Mesra je mereka.
ustaz2 semua ok sahaja. yang penting kita semua jangan lebih sudu dari kuah.
karam sing walia melaporkan
Faham akhi..
Dan setuju..
Cuma perlu difikir bersama macam mana nak ajak anak2 murid ni duduk minum teh tarik bersama…
Sedikit sebanyak faktor guru juga memainkan peranan macam mana menggayakan corak fikrah dan pemahaman anak2 murid..
Jangan lebih sudu dari kuah,tetapi macam mana arahan sudu kepada kuah perlu diambil kira..
Wallahualam…
Eh silap2..
macam mana arahan kuah kepada sudu perlu diambil kira
Manhaj Salaf bukan manhaj yang menyingkatkan jubah, mengisi sugi di dalam kocek, menyimpan janggut dan bertudung kepala dengan serban merah. Ia adalah manhaj yang bersama-sama dengan sekalian kaum Muslimin dan Muslimat, membebaskan bumi Palestin, dan mengembalikan Hakimiyyah Allah!
—-
Ustaz untuk statement di atas, benarkah ia berbunyi begitu atau ada perkataan yang tertinggal?
Maksud saya, boleh jadi ayatnya bermula begini:
Manhaj Salaf bukan manhaj yang HANYA…..
Ini kerana tanpa perkataan ‘hanya’ ia membawa maksud yang lain, dan dengan perkataan hanya ia membawa maksud yang menunjukkan manhaj salaf ialah manhaj yang syumul, yang bukan setakat berbicara soal membela janggut dan menyingkatkan seluar atau jubah, bahkan menjuarai isu-isu umat.
Ini kerana saya secara jujur berkata saya amat terasa dengan penghujung artikel ustaz kerana saya ialah orang yang memanjangkan janggut, memakai seluar di atas buku lali, dan tanpa perkataan HANYA, ia telah membawa konotasi bahawa ini semua bukan dari manhaj salaf.
@masri,
Jika dibaca artikel sekali lalu dgn pantas, saya mungkin setuju dengan penulis lebih 50%. Tetapi jika dianalisa/diteliti betul2 setiap ayat, banyak perkara boleh diperkembangkan/dibahaskan. Tujuan Islam datang adalah kepatuhan kepada Allah pada sudut bahasa tapi pada istilah adalah seperti hadis ‘buniyal islamu ‘ala khams…’. Begitu juga dgn hadis Iman. Ditambah dgn IHSAN. Allah dengan constant menyelitkan perkataan ulul albab, fikir, tadabbur, lihat, tanya dll. Ini menunjukkan Allah mahu kita lihat Islam dari aspek yang luas ‘holistik’ dan satu kepala tidak dapat merungkaikan semua mutiara dlm Al-Qur’an dan hadis. Begitulah Allah hanya beri kita ilmu yg sedikit tidak sampai setitik dakwat dilautan. Adakah kita hendak ‘lurus bendul’ mentafsir dan mentakwil ‘Al-Qur’an dan hadis’?.
@masri, saudara masri tak perlu terasa, ada kalimat Manhaj di situ..kalau ditambah hanya lagi salah, jadi orang yang tidak memanjangkan janggut, seluar dibawah buku lali dikira bukan dari manhaj salaf. dan benar, manhaj salaf bukan begitu maksudnya..
Salam
Alhamdulillah…terdapat negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pemimpinan berfikrahkan Islam. Namun terdetik dihati untuk bertanya, mungkin kurangnya ana arif dengan ilmu…jika dahulu semasa pimpinan Melayu memimpin, terdapat gambar-gambar pemimpin Melayu di Bilboard di jalanraya atau jalan masuk ke bandaraya seperti Alor Star…kini ana lihat gambar (ketua negeri) pemimpin yang berfikrahkan Islam
turut berada mengantikan gambar di bilboard terbabit.. Cuma yang menjadi lebih baik terdapat sedikit mesej dakwah di billboard terbabit…Tetapi alangkah baiknya tiada gambar individu disamping mesej-mesej dakwah tersebut kerana dikhuatiri akan wujudnya perasaan riak dan ujub akan terjadi (mudah-mudahan tidak begitu). Ana berpandangan adalah lebih baik dan memadai mesej-mesej dakwah dibilboard disertakan gambar-gambar yang tidak menunjukkan seseorang individu terutama individu yang menjadi pemimpin….moga Allah merahmati dan sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita…Wassalam…
Saya memohon maaf seandainya ada tulisan-tulisan d atas menyakitkan hati-hati mereka yang membacanya.
Seribu kemaafan daripada saya.
@masri, Masri nak tanya RD dulu ka…..
@BudakParit,
Siapa RD?
Ustaz Rasul Dahri. Tolong jangan heret nama-nama ustaz dalam isu ni.
@masri,
benar, Masri.
Artikel ini lebih senang dibaca dengan kaedah, “al-’ibrah bi ‘umoom al-lafz laa bi khusoos al-sabab”
Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Assalamualaikum WM WB.
Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.
YAB Dato Seri,
Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam
Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.
Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).
Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.
Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.
Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.
Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).
Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.
Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?
Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.
Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan
persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.
Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.
Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.
Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.
Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
sumber:
http://www.blogtokguru.com/pages/posting/17/surat-debat-tok-guru-kepada-pm
@Surat Tok Guru Nik Aziz Kepada PM, Perenggan ke tiga ayat ini;
disamping keikhlasan dan ketulusan kata, rendah dirinya manusia penulis inilah;
yang membuat saya yakin akan kebenarannya.
Tentu sekali kita tahu apa balasan penerima surat..
Wallahualam
@Surat Tok Guru Nik Aziz Kepada PM, nak debat-debat ni, dah ada izin syura ke belum ni
@abuyon, Yang muda punya daya tolak, dari kekuatan jasmaninya (semangat berkobar), sementara yang tua punya daya tahan dari kekuatan rohaninya (pengalaman hidup). Penserasian tolak dan tahan ini yang perlu di buat di majlis syura, kan?
@Pak Din, perkataan saya di atas adalah sindiran kepada yang berkenaan. Padahal baru saja isu UG berakhir dengan segala emosi dan kerenahnya .. kini debat pula ditimbulkan. Nyatanya, ini adalah politik.
“Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan”
Satu kenyataan yang sangat tidak tepat, yang menyebabkan segala-galanya. Terlalu banyak nilai-nilai Islam yang ditanamkan dan dilaksanakan, tetapi kerana ketaksuban mengejar kuasa, ia langusng tidak kelihahtan.
@Pak Din, Usaha orang lain tidak dihargai kerana ingin mencapai hasrat dihati. Lalu jadilah pertentangan abadi. Ulama sebenar tidak ingin populariti tetapi hanya ingin dihayati dan diikuti. Bila jadi ahli politik, gambar2 terpampang berdiri untuk meraih populariti dan undi. Dengan itu, jadilah seorang ahli politik. Beza dengan Allahyarham Syeikh Dr. Fathi Yakan. Malaysia beza dengan Mesir, Jordan, Syria dan negara2 arab lain. Mengambil ‘lurus bendul’ cara ikhwanul muslimin kurang tepat. Tambah pula, bermacam ideologi dalam PAS yang kita tak tahu model islam sebenarnya. Negara islam atau daulah islam?
[...] Setuju dan tidak. Telah terbit Julai 9, 2009 DARWIN Leave a Comment Pak Din reply on July 9th, 2009 11:46 [...]
Kalau debat tu diadakan; kita bolehlah dengar hujah UMNO yang dikatakan tidak menolak Islam dan tidak menolak PAS; sebagaimana Pakdin kata tidak tepat dan menyebabkan segala-galanya.
Saya membuka pintu hati untuk mendengarnya…
@ummualya, Saya agak trauma dengan ‘membuka pintu hati’ sahaja, buka kedua-dua pintu hati dan minda. Hati itu asalnya qalbun, dari katanama qa-la-ba, atau berulang alik. Apa yang berulang alik? Pemikirannya atau mindanya.
@Pak Din, saya dah komen di Blog Pak Din. Maaf tuan rumah..
@ummualya, 6. Tidak dinafikan berlakuanya godaan syaitan yang menyebabkan terdapat bahagian pemerintahan atau ahli yang memerintah menyalah-gunakan kuasa yang diberikan. Ini sepatutnya diberikan teguran untuk memperbaiki keadaan, bukan setiap kali nyamuk terlepas masuk, kita buang kelambu, cari kelambu baru (kalau masih mahu menggunakan pepatah Melayu). Ini ibarat, marahkan nyamuk, kelambu nak dibakar. Nyamuk yang kecil itu tercatit di Al Quran. Saya melihat kemarahan semuanya berasaskan kepada perasaan yang tidak terkawal, yang selalunya datang dari nasihat dan ajaran yang kurang menerapkan penggunaan akal. Hanya mementingkan pembacaan surat dari pembacaan yang tersirat. Yang mementingkan hubungan hati perasaan dari hubungan akal fikiran. Rasakan, dan fikirkanlah.
Dari penilisan Sdri Ummu yang pernah saya baca, ketelusan sangat terserlah. Keberanian sangat terdedah. Pengalaman perlu dibedah. Permasaalahan perlu diredah dengan tabah. Kebenaran pasti dapat menyinggah. Kita masih punya masa untuk bercanggah.
Dari http://sharudin.com/2009/07/09/sa14-setuju-dan-tidak/#comment-5838
@Pak Din,
mungkin di titik ini, saya perlu berbeza pendapat secara jelas dengan Pak Din, terutamanya pada kenyataan berikut:
awal-awal saya minta maaf kalau apa yang faham berlainan daripada apa yang Pak Din maksudkan.
apa yang diperjuangkan oleh PAS atau mana-mana gerakan terhadap sistem yang ada ini, bukanlah didorong oleh perasaan tanpa sandaran prinsip yang jelas. perkara-perkara yang menjadi titik khilaf di antara umno dan pas (bukan orang umno vs orang pas) amat mendasar dan masih valid walaupun sudah dipandang cliche oleh sesetengah orang.
sebagaimana Allah mengatur alam dengan cara kerja-Nya bernama Sunnatullah, yang mana kepatuhan kita kepada Sunnatullah itu menentukan keserasian dan kesejahteraan hidup ini, begitu juga Allah yang sama mengatur manusia di alam ini dengan Syariatullah yang turut tidak boleh ditukar atau diganti dengan sesuatu yang lain.
Sheikh Abd al-Qadir Audah telah menulis sebuah thesis setebal ribuan muka surat untuk melakarkan perbezaan di antara Syariat Islam dengan Sistem alternatif yang manusia hasilkan (sivil atau apa-apa nama yang berkaitan dengannya).
Di dalam Kanun Jenayah, pembatalan Syariatullah berlaku dalam bentuk yang paling terang. Hukum Qisas, Hudud dan Prinsip Ta’zir, semua itu sama juga seperti hukum Sunnatullah, iaitu ia berfungsi mengatur kehidupan manusia secara holistik dan seandainya ia dipencilkan, manusia akan rosak kerana dizalimi.
Syariatullah dalam Kanun Jenayah mempunyai pelbagai fungsi. Ada fungsi pencegahan, ada fungsi hukuman, ada fungsi pendidikan dan ada fungsi pengampunan.
Saya masih ingat, banduan di Penjara Pulau Pinang menyebut kepada Dr MAZA dan saya yang menemaninya dalam satu ceramah, “beritahulah kepada kerajaan supaya laksanakan undang-undang Islam. Kami dizalimi. Walaupun kami bertaubat, tetapi sebab kami dihukum dengan hukum manusia, hukuman itu tidak berfungsi sebagai pengampunan. Maknanya, kes kami akan dibicarakan Allah di Akhirat. Kami mahu dihukum di dunia tapi bukan di Akhirat”
Ya, undang-undang yang ada sekarang ini bukan sahaja menzalimi mangsa jenayah, malah turut menzalimi penjenayah kerana kesnya tidak selesai di dunia malah membawa ke Akhirat yang lebih membimbangkan.
Selain daripada itu, Islam yang tidak menjadi dasar pemerintahan negara menyebabkan industri dan cukai judi serta arak menjadi salah satu daripada pendapatan penting negara.
Isunya lebih besar daripada soal salah laku seperti rasuah dll. Ada banyak benda lain yang bersifat fundamental yang menyebabkan kita berkata, foundation UMNO adalah bertentangan dengan Islam dan menjadi penghalang kepala implementasi sistem Islam (Syariatullah & Sunnatullah).
Menolak Sunnatullah adalah tidak Syar’ie. Menolak Syariatullah juga adalah tidak Saintifik.
Apa yang saya senaraikan ini, hanyalah secebis daripada sebab mengapa PAS menganggap penentangannya terhadap UMNO bukanlah sentimen, perasaan atau taassub kepartian, tetapi adalah sebuah JIHAD.
Yang jadi masalahnya, orang PAS pun banyak dah lupa dengan hal ini.
“Yang jadi masalahnya, orang PAS pun banyak dah lupa dengan hal ini”
Betul tu ustaz..
Sebab tu kadang2 ada yang membawa suara di dalam PAS sendiri,dihentam oleh rakan segeng…
Saya sokong PAS,tetapi tidak semua orang PAS saya sokong..
Saya tidak mendokong UMNo,tetapi ada orang UMNO yang saya sokong…
@Abu Saif, Terima kasih atas penjelasan. Mungkinkah perkara2 ini sebenarnya yang “blur”..
Perlu selalu diingatkan sama ada orang PAS, orang yang empati dengan Islam; malah orang UMNO juga. Semalaman saya berfikir adakah kajian dibuat di Malaysia secara saintifik mengenainya. Bukan untuk membuktikan kita betul; tetapi lebih kepada bagaimana untuk membetulkannya di satu masa nanti (menang atau kalah) samada kita yang menyokong perundangan Islam dari dalam kerajaan(seperti Pak Din) atau dari luar kerajaan atau dari atas pagar.
Wallahualam
@Ummu, 1. Al Quran adalah Kitab Petunjuk tersurat yang mengandungi pekara-pekara tersirat. Tersurat kerana asalnya datang dalam bentuk tidak bersurat, dan kemudian disuratkan atau dituliskan. Berapa banyak wahyu-wahyu terdahulu yang tidak tersurat, walaupun telah diwahyukan kepada Nabi-nabi yang dikehendaki Allah menerimanya. Selesai satu pekara, tentang tersurat, dengan keadaan-keadaan yang berbeza-beza semasa penurunan dan keadah berbeza semasa pembacaan, seperti keadah ‘al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab’, menjadikan yang tersurat tadi memberikan beberapa kefahaman tersirat. Maka, timbullah pelbagai mazhab kefahaman yang sediaada sekarang.
2. Sebagai Kitab Petunjuk yang hidup, untuk menjadi rujukan sepanjang zaman walau di mana sahaja, Al Quran mengandungi ayat-ayat Mahkamat dan Mutsyabihat. Selain itu ada juga beberapa bentuk ayat yang sifatnya memberikan alternatif, atau mencapai satu tujuan dengan mengikut beberapa cara mencapai tujuan. Dengan itu kepelbagaian cara dapat diserasikan kehadirannya, ibarat makannya kita untuk mendapat kenyang, melibatkan belacan, tetapi orang lain melibatkan minyak zaitun, umpamanya. Jadi kepelbagaian cara itu memberikan warna kehidupan, tanpa mengobankan satu tujuan.
3. Semasa penafsiran atau pemerhatian, sesuatu objek lebih mudah didefinasikan berbanding sesuatu konsep yang tidak berobjek (abstrak). Lebih mudah sahaja bukan mudah, contoh terbaik adalah tujuh orang buta memegang satu objek bernama gajah, dan menghasilkan penafsiran berbeza. Apatah lagi bila sesuatu itu adalah konsep atau sistem, seperti Islam atau demokrasi dan sebagainya yang abstrak. Maka Islam itu sebagai konsep cara hidup, boleh diterjemah secara terus, (apa itu Islam?) atau pun secara tidak terus, yang melibatkan pertanyaan, apa itu nilai Islam?
4. Hampir dua tahu saya memerhatikan persembahan dari Ustaz, yang Sdr Ummu katerorikan sebagai genius (lupa di mana!), dan Ustaz sendiri mengakui beliau berjiwa mathematik dan sains, tetapi berhati Agama. Pada saya jelas kehadiran konsep dan nilainaya, atau konsep Islam dan nilai Islam. Pada mata kepala ianya lebih mudah memahami konsep, sementara memahami nilai konsep memerlukan pemikiran yang tajam. Bak petikan Ustaz, “Aku ke Paris, nampak …, aku ke Kaherah nampak …”. Perlu kita fahami betul-betul perbezaan kedua-duanya, walaupun ianya hadir pada benda yang sama.
5. Saya kira agak susah menerima kehadiran nilai Islam, kalau kita tidak betul-betul memerhatikannya. Islam itu syumul kerana ‘ramatan lil alamain’. Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah, memastikan yang percaya atau tidak kepadaNya, semuanya mendapat belas kasihan Dia. Semua menadapat limpahan kuasa Dia. Tidak ada sesautu yang boleh hadir dan bergerak atau hidup, tanpa menggunakan kekuasaanNya. Berkicaunya burung adalah nilai Islam, yang melayakkan burung terus ke Syurga. Begitu juga bergoleknya batu adalah nilai Islam. Dunia Allah yang kita rasakan tonggang-langgang ini semuanya Islam, melainkan mereka yang diberikan pilihan sepenuhnya, tetapi tidak membuat pilihan terbaik, dan kemudian dipertanggung-jawabkan dengan pilihan tersebut, selepas dibekalkan dengan cukup akal.
6. Maka tamaddun terbena dari nilai Islam. Kehidupan dimungkinkan oleh Pencipta yang Islam, yang mana CarakerjaNya adalah bernilai dengan nilai Islam. Kita yang menyimpitkan definasi Islam, dengant idak memahami konsep nilai dalam Islam. Kita yang gagal untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menterjemah nilai silam dari sesuatu keadaan. Apa ada pertuakran siang dan malam, pada mereka yang tidak mahu berfikir, setakad dia tahu siang dia bangun cari makan, dan bila malam di tidur bemimpimpikan cari makan. Sehinggakan jalan-jalan (kehidupannya) penuh dengan cari makan, makan selera atau perasaan, dan tidak makanan rohani (ilmu), yang sangat diperlukan.
Tidak menjawab adalah salah satu cara menjawab!
@Abu Saif, Alhamdulillah, secubit jawapan dari ustaz yang menjernihkan suasana, yang dapat menangkis segala tuduhan, dan macam2 lagi dari para pelawat yang kurang faham, tidak arif mengenai kekhalifahan Islam… sebaliknya meraka hanya guna “akal” semata2, berpaksikan islam sekular, bukan akal yang berpandukan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah yang suci, yang jauh dari segala kekurangan, Maha Sempurna… Ada yang saya lihat, bukan main berapi kata2 nya, guna akal la, logikla,tapi tidak berasas sama sekali….
maaf, saya masih baru, masih belajar, dulu pun saya ahli umno, sehingga hampir2 jadi ketua pemuda cawanganla… itu pun yang mencadangkan ada udang di sebalik mee, tidak iklhas untuk bangsa, apatah lagi agama Allah yang Suci lagi Mulia ni!! Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya jalan yang lurus, baru saya tahu hakikat sebenarnya…. jgn la bercakap berfalsafah2, hakikat itu hakikat ini, tapi tidak mengambil islam secara keseluruhannya… kata islam itu syumul, tp konsep kekhalifahan tak terima.bagaimana tuh? smoga Allah bagi Hidayah dan TaufikNya pada pelawat2 disini semuanya.
Tetapi inilah jalanNya, inilah yang akan berlaku, inilah sunnahtullah yang akan berlaku, akan ada penentangan antara haq dan batil, tetapi yang haq akan menang jua.. pada para pejuang Islam yang tulen, tetapkan hatimu..mohonlah kekuatan dan kesabaran daripadaNya, kerana kekuatan dan kesabaran hanyalah daripadaNya… jalan ini memang penuh liku dan cabaran…. cabaran paling besar adalah dari Orang islam itu sendiri, yakni munafik… sama ada kita menang atau mati syahid di atas jalanNya. itu saja akhirnya kita nanti… antara dua.. begitu juga yang berlaku kepada ustaz hassan al-banna dan seangkatan dengannya.. tidak juga lupa pada kisah yang terjadi dalam awal surah al-buruj… betul tak ustaz? saya baru belajar dari kelas ustaz di surau an-naim… hehe..
wallahualam
@, Bernas sekali tegurannya!
[...] Gha-ra-ba, qa-la-ba dan ge-la-ba. Telah terbit Jun 26, 2009 DARWIN 7 Comments Adik-beradik yang termasuk di dalam kategori teraba-raba, meraba-raba mencari sesuatu. Sekali pandang seakan [...]
Salam.
Minta Ustaz Ulas sedikit tentang:-
1) Ustaz menukilkan “seolah-oleh justifikasi yang diberikan oleh PAS tentang penolakan tersebut tidak mempunyai sebarang makna kecuali satu, TAASUB KEPARTIAN”
Harap dapat dijelaskan apakah MAKNA yang sebenar yang dapat menerangkan penolakkan tersebut?
2) Ustaz menukilkan “Soalnya, apakah PAS mempunyai hak untuk memaafkan kesalahan orang lain kepada Allah dan kepada umat?”
Saya kurang jelas dengan ayat diatas, adakah sekiranya kalau PAS menerima IDEA tersebut, itu bermaksud PAS memaafkan kesalahan BN terhadap Allah dan umat ? Bukankah dosa seseorang itu dengan Allah harus dimaafkan oleh Allah, dan dosa BN terhadap umat harus dimaafkan oleh umat. Apa kaitannya antara PAS dan kemaafan tersebut?
3) Ustaz menukilkan “semua itu bukannya kesalahan terhadap PAS yang boleh PAS maafkan.”
Atas alasan apa semua kesalahan itu tidak boleh dimaafkan?
4) Harap Ustaz tolong jelaskan apakah perbezaan tujuan Politik dan tujuan Dakwah. Dan apakah perbezaan kaedah dan cara politik berbanding kaedah cara dakwah?
5) Harap Ustaz tolong bagi contoh yang wujud dalam realiti tentang kenyataan ini : “Tetapi di dalam siasah, mereka tidak naif atau lurus bendul, menjadi tekstual dalam memindahkan 1001 petikan al-Quran, Sunnah, Sirah dan Sejarah kepada realiti.”
6) Ustaz menukilkan “Siasah dan kepimpinan bukan sekadar sebuah kesarjanaan.” Apakah definisi kesarjanaan disisi Ustaz?
7) Ustaz menukilkan “Ia adalah ketajaman membaca persekitaran dan kebijaksanaan dalam memimpin.” Macam mana Ustaz mengukur ketajaman dan kebijaksaan tersebut?
Saya tidak taksub pada mana-mana tokoh, saya hanya sekadar ingin memahami cara Ustaz berfikir, memandangkan saya tidak dapat bersetuju dengan Ustaz dalam banyak perkara. Harap jangan prejudis dengan saya.
Wassalam.
@encek_leman,
kaedah membaca artikel ini ialah al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab.
@Abu Saif, Maaf ustaz, apa maksud ayat ‘al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab’ ?
@Inda, erm..pengajaran secara lafaz umum bukan dengan sebab khusus?
@Inda,
Pengajaran daripada artikel ini hendaklah diambil daripada umumnya lafaz yang diguna, bukannya daripada sebab yang khusus mengapa artikel ini ditulis
Salam,
Saya sebenarnya mengharapkan Ustaz menjawab persoalan-persoalan saya yang diatas. Kerana saya merasakan, saya akan menjadi lebih jelas tentang apa yang Ustaz cuba utarakan bersama ayat-ayat khusus yang Ustaz gunakan.
Malangnya Ustaz menjawab hanya dengan memberi kaedah al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab. Yang mana pada saya bercanggah dengan artikel. Sebab pada fahaman saya ada diantara lafaz-lafaz yang digunakan adalah lafaz khusus yang mendorong saya menyoal kembali dengan soalan yang khusus juga.
Lama juga saya termenung memikirkan kembali kata-kata Ustaz yang mungkin sebenarnya salah diri saya yang gagal memahaminya dengan baik. Apa-pa pun saya tidak ingin memanjangkan hal ini . Cumanya untuk mengharapkan pembaca mengambil pengajaran yang umum , Ustaz patut meletakkan ayat yang benar-benar umum. Kerana interpretation dari artikel umum itu boleh berbeza-beza berdasarkan individu. Namun ianya masih lagi umum. Akan berlaku masalah jika kita meletakkan ayat yang khusus dan kita mengharapkan pembaca merujuknya sebagai umum. Contohnya diantara ayat-ayat dalam artikel Ustaz atau ayat-ayat dibawah didalam jawapan-jawapan komen Ustaz :-
“Ada pun PAS vs UMNO, perbezaan antara keduanya adalah BESAR dan tidak terjejas oleh maksiat orang PAS dan taat orang UMNO.”
Maka tidak hairanlah kalau ada yang memberi komen sehinggakan Ustaz terpaksa menjelaskan maksud sebenar Ustaz dalam perkataan dibawah:-
“Tajuk artikel ini bermaksud manhaj salaf amat tinggi dan mulia. Pandangan-pandangan yang tidak tepat dalam politik berpunca daripada individu, bukannya kecacatan manhaj. Itulah isi utama artikel ini.”
Ayat Ustaz itu lebih mudah dihadam berbanding ayat-ayat Ustaz yang bersimpang siur didalam artikel yang agak memeningkan orang-orang seperti saya.
Bagaimanapun mungkin kedhaifan saya sebagai seorang manusia yang salah dalam memahami artikel Ustaz. Tapi tak mengapalah, mungkin saya boleh tak bersetuju dengan Ustaz dalam hal ini. Tapi saya tetap akan menjadi salah seorang yang akan berdiri kukuh dibelakang Ustaz dalam usaha Ustaz memartabatkan agama ini. Itu lebih penting. Cuma saya harapkan artikel umum itu biarlah benar-benar umum supaya jelas dapat difahami maksudnya . Dan biarlah kita lebih mengutamakan Agama berbanding bias kita pada parti. Walaupun saya memahami Ustaz sebagai seorang yang agak ‘sastera’ dan ‘berseni’ . InsyaAllah saya boleh faham kerana saya juga mempunya jiwa seni yang baik , cuma saya jadi tidak senang bila saya jadi berlebih-lebihan dalam ‘seni’. Yang pastinya Allah lebih memahami hati-hati kita. Semoga diampunkan kesalahan-kesalahan kita yang tidak sengaja.
Bagus juga sebenarnya isu ini, saya mungkin tidak bersetuju dengan artikel Ustaz bersama sedikit prejudis terhadap Ustaz kerana berbezanya gaya pemikiran saya dan Ustaz. Tetapi yang bagusnya saya lebih terkesan kata-kata TGNA diatas dalam suratnya kepada PM berkenaan hal debat. “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS” . Pada saya PM sangat-sangat patut menjawab persoalan ini , jangan membiarkan persoalan itu tergantung. Terutamanya buat orang-orang seperti saya yang masih kelabu-kelabu asap dalam politik. UMNO perlu menjelaskan pendiriannya dengan jelas terhadap Islam . Dan PAS perlu bergerak dengan gerakan yang selari dengan tuntutan Islam selepas telah ditetapkan dasar yang jelas itu.
Akhir kata saya memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran bahasa dan kesilapan dalam memahami maksud Ustaz. Tapi ketahuilah sedikit sebanyak perkara ini berjaya membangkitkan rasa sayangnya saya kepada Ustaz sebagai seorang saudara Islam yang mana sebelum ini agak kurang kerana berbezanya pemikiran kita. Banyak benda-benda baru yang saya belajar disini. Dan biarlah ia terus menjadi rahsia saya. Saya juga faham bahawasanya tidak ada masalah untuk kita berbeza dalam hal yang dibolehkan untuk kita berbeza , yang lebih penting kita tetap bersatu sebagai saudara dalam usaha memartabatkan agama. Dan saya setuju dasar PAS terhadap agama lebih jelas berbanding dasar UMNO yang kabur terhadap agama. Yang menjadikan saya melihat keduanya sama adalah, bila datang kepada pelaksanaan. Mungkin saya terlalu mentah dalam hal ini. Tapi saya hanya mengukur dengan kadar ilmu agama yang ada pada orang awam seperti saya.
Semoga Ustaz terus diberi kekuatan untuk berjuang dan berkarya dengan bakat yang ada. Cuma kurangkan ayat-ayat yang dapat menjadikan pembaca memahaminya sebagai bias kepada mana-mana parti / pertubuhan atau tokoh.
Ampun maaf dipinta sekiranya terdapat salah silap dalam berbahasa .
Dari saudaramu.
Wassalam.
@encek_leman, salam ya. Pandangan saya, tak apa kita berbeza, asal kita berlapang dada. Bertanya, berbincang atau apa nama, tak apa asal kita membina.
Kalau tak berdaya sesiapa, diam adalah ubatnya samada, yang bertanya atau ditanya. Kena TST atau FSF.
Nak cuba jawab yang ini meski saya bukan ahli politik ya.
“kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”
Adapun yang ini senang saja jawapnya. Soalan pertama – kerana apa UMNO tolak Islam. Kerana, Islam UMNO tak sama dengan Islam PAS. UMNO bukan tolak Islam, tapi tolak Islam fahaman dan gaya PAS.
Soalan kedua – kerana apa Umno lawan PAS. Kerana, PAS adalah parti politik dan saingan UMNO dalam sistem demokrasi di Malaysia. Cuba PAS macam jamaah Tabligh atau ABIM atau JIM atau NGO lainnya.
Ini jawapan umum yang mudah, logik dan biasa saja. O ya saya bukan pro-UMNO ya, jangan lupa sesiapa.
@abuyon, Sokong penuh keseluruhannya.
@abuyon,
Saya pun lihat UMNO/PAS spt abuyon. Mereka adalah parti politik dan asas islam mereka sama namun cara mencapai kepada maksud itu berbeza. Ini kerana pemimpin UMNO ramainya bukan dari pengajian islam spt pemimpin PAS. Namun UMNO ada biro agama dan bekerja rapat dgn ahli2 agama samada dari peringkat ustaz hingga profesor, mufti dll. Pemimpin UMNO menyerahkan tugas agama kpd e.g. Senator Dato Jamil Khir dan Senator Dr.Masyitah. Dulunya ramai lagi yg dikatakan ulama UMNO. Walaupun ditentang dan dihentam oleh PAS dan parti2 lain, Islam telah subur di Malaysia dan pembangunan Islam telah lama berlaku dan semakin mantap. Ini perlu kepada pembaikan berterusan. Perlunya PAS dalam arena politik Malaysia adalah sebagai pembangkang yg sentiasa menyeru dan mendorong UMNO sentiasa membuat pembaikan kpd sistem islam di Malaysia. UMNO/PAS ini sangat penting di Malaysia yg akan mengimarahkan islam di Malaysia. Alhamdulillah, seperti orang kata demokrasi subur di Malaysia, saya kata ISLAM sangat subur di Malaysia. Cumanya islah sentiasa berterusan. Setiap umat islam perlu memahami agama islam sebenar dengan betul. Tujuan sekolah dan silabus agama sekolah rendah dan menengah sangat baik dan mencukupi utk melahirkan muslim yg baik dan seimbang. Tetapi mungkin cara pengajaran oleh ustaz/ustazah dan penghayatan oleh murid2 perlu diperbetulkan. Lihatlah islam dari sudut universal bukan ruanglingkup malayland sahaja. Wallahu a’lam.
@Saifbilkalam, 1. Hoorey! PAS menang 65 undi (saya tertinggal keretapi)
2. Yahoo! UMNO menang tarik 1200+ pengundi.
3. Alhamdullilah .. Saya bersama Majlis Raja-raja (Khalifah modern) yang mengawasi perlembagaan, sebagai pemenang sebenar.
4. Alamak! Cina dan India pun menang, pasal DEB dah mansuh dan mereka qarib (sehati sejiwa!) dengan UMNO (biasa) dan PAS (luarbiasa).
5. Bumiputra lain pun menang juga dengan 1Malaysia.
6. SIO pun menang, kerana UStaz faham segala-galanya.
terima kasih ustaz atas hujah ini.. inilah yang saya cari selama ini..sejak mengenal manhaj salaf, saya mula berasa tawar dengan perjuangan parti Islam kita..lama kelamaan saya merasakan yg adakah saya betul2 mengenal salaf, atau lebih tepat islam yg kukuh..saya mula merasakan saya anti-establish..saya merasakan yg ianya tidak kena..tapi saya tidak pernah pula berhujah sana sini dengan ilmu yg sejengkal..
tapi , saya juga ingin tekankan betapa perlunya pemahaman salafiyah yg sebenar dalam pemuda2 parti Islam ini..mereka semakin kurang berakhlak dan hanya berbicara soal politik tanpa dasar kukuh dalam usrah2..
@Ibn Xia,
Saya rasa ustaz berfikran/pandangan begini kerana beristerikan doktor bukan graduan pengajian islam. Ustaz lebih berlapang dada krn seorang doktor perubatan tidak mempunyai pandangan islam 100% sama dgn ustaz/ustazah. Inilah yg Nabi saw sampaikan kpd kita bahawa baginda adalah utusan kpd seluruh alam. Bukan hanya kpd ustaz/ustazah saja. Jika terlalu keras, orang awam tak akan dapat ikut islam dgn baik. Wallahu a’alam.
1) Politik tidak selari dengan Islam – politik terjadi bila ada urusan antara 2 manusia. Dalam apa jua keadaan politik antara perkara asas dari 2 org hingga 1 billion manusia. Mencabut politik dari Islam, sekular!!
2) Penubuhan negara melaksanakan Islam bukan kewajipan paling utama – Byk bijak pandai muslim democrat yang berhujah begini atas alasan tiada didalam Quran seruan ini secara langsung, hanya ada dalam sirah nabi menubuhkan madinah. Apakah sudah lupa kisah kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman didalam Quran? Apakah mesej yang Allah cuba sampaikan?
hangat btl perbincangan kali ni…yang saya tahu..saya nakkan islam tertegak di bumi malaysia yg tcinta…
Bagi saya apa yang dimaksudkan dgn kata2 beliau adalah dasar UMNO yang secara terang2an tidak menerima Islam sebagai hukum tertinggi.
Manakala Pas pula meletakkan Islam sebagai terasnya.
Ambil contoh seorang yang tak mahu mengakui kebenaran Islam (dgn menolak hukum Allah, malah perlembagaan y tak jelas), tapi sentiasa membantu orang ISlam y lain dengan pelbagai unsur2 Islamik y ‘ditanamkan dan dilaksanakan’…maka adakah kebaikan mereka sudah cukup menjadi indikasi kepada penerimaan mereka terhadap Islam secara holistik?
Apabila 2 dasar y amat kontra nak dijadikan ‘Kerajaan Perpaduan’ adakah di sana terdapat satu neraca ampuh yang dipersetujui bersama?
Saya selalu berhadapan dgn manusia y bukan UStaz yang ada ‘anggapan skeptik’ y buruk terhadap ulama’, seolah2 ulama’ amat jumud.
Tapi orang y banyak berleter itu ini biasanya tak pernah pun hadamkan walau satu kitab pun ulama’ trsebut..kalau pun baca hanya terjemah…terjemahan pun dari unsur ketiga (orientalis dll).
Kemudian bila jumpa idea yang agak anti-establish (dr sudut pandangan Ulama’) dari pemikir moden maka mereka berlumba2 menjadikannya sebagai dalil.
Ironi sekali pabila B.Arab sebagai sumber asas ilmu Islam, sepatah pun tak tahu, tapi bab meleteri ulama’ merekalah jaguh.
Tak kenal pun, macam mana nak cinta.
Allahu a’lam.
Jihad daulah Islamiyyah mestilah serentak dengan jihad nafsiah. Jika tidak perjuangan Islam sukar tercapai bahkan mungkin menjadi penghalang kejayaan. Saya suka membaca sejarah pejuang Islam dan didapati mereka mempunyai amalan tazkiyah nafsi yang tersusun rapi sehingga mereka tergolong dikalangan muqarrabun/muhsinin/ulul albab. Perjuangan mereka bukan sekadar bergantung pada asbab sahaja tetapi kepada musabbibul asbab iaitu Allah s.w.t. Contohnya Dr. Buhanuddin al-Helmi, Tok Ku Paloh, Syaikh Khatib Sambas dan sebagainya. Kita sebagai generasi terkemudian saya berpendapat hendaklah rajin membaca kisah – kisah mereka kerana kisah hanya penyambung perjuangan bukan memulakannya…
Ingin berkongsi:-
‘Shah Waliullah telah menyatakan dengan jelas didalam ‘Fuyuzul Harmain’ bahawa orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan tiada motif lain melainkan untuk menyebarluaskan risalah Allah Taala melalui cabang kerja kenabian seperti mendakwah ajaran agama dan moral, pengarahan, memberi petunjuk dan reformasi adalah (tidak kurang didalam)menjalankan tugas Khalifah Rasulullah SAW seperti mana orang-orang yang melibatkan diri mereka secara langsung dan ikhlas didalam urusan politik dan pemerintahan, seperti jihad dan perlaksanaan keamanan, keadilan dan persamaan. Perbezaannya cuma satu bahagian merupakan ‘luaran’ atau ‘zahir’ kepada kekhalifahan, manakala yang satu bahagian lagi adalah ‘dalaman’ atau ‘spiritual’ (kepada kekhalifahan). (Secara ringkasnya), Shah Waliullah telah membahagikan tugas kekhalifahan kepada dua bahagian; ‘luaran’ dan ‘dalaman’.
Kekhalifahan sebagai institusi politik dan kerajaan telah hilang untuk satu jangka masa yang lama. Negara orang-orang Islam hari ini kebanyakannya tiada kaitan dengan matlamat dan tujuan nabi, dan ia – negara orang-orang Islam – juga tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Sebahagian yang lain pula secara umumnya tidak (banyak) berbeza dengan (prinsip) pegangan mana-mana negara bukan Islam di dunia. Walaubagaimana pun, separuh lagi unsur kekhalifahan, iaitu tugas naib nabi melalui penyebaran risalah agama diluar dari naungan kerajaan masih lagi wujud; pintu-pintunya masih terbuka dan ruang lingkup untuknya adalah lebih besar dari sebelum ini. Peluang (untuk penyebaran risalah) di zaman moden ini adalah tidak terbatas. (Oleh itu), hendaklah lebih ramai lagi hamba-hamba Allah yang melibatkan diri didalam lapangan yang mempunyai harapan ini dengan segenap kemampuan mereka, biarlah lebih ramai yang turun ke padang didalam arena (dakwah agama) ini dengan tidak mementingkan diri, dan mengabdikan diri sesuai dengan kapasiti dan kebolehan masing-masing, didalam menjalankan tugas menyebarluaskan cara kehidupan Rasulullah SAW ke seluruh dunia. Berjuang dan berjihad di jalan ini dengan pengorbanan adalah jihad terbesar di zaman moden, bentuk kesetiaan serta keikhlasan yang sebenar kepada Rasul SAW dan pewaris (kerja) nabi yang paling tulin. Mereka yang meletakkan kaki di atas (jalan) ini akan jelas nampak jalan-jalan (penyelesaian) lain yang akan dibuka kepada mereka oleh Allah Taala. Apa yang kita hadapi hari ini adalah merupakan kesinambungan yang tidak jauh dari apa yang dijanjikan dan khabar gembira yang diberitakan kepada para muslimin di Makkah melalui ayat terakhir Surah Al-Ankaboot:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabuut 29:69)’
[Terjemahan bebas - Kitab Islamic Faith and Practice, karangan Maulana Manzoor Nukmani, terbitan Idara-e-Islamiyyat, m/s 123-124, 1999]
‘Langkah pertama didalam kebangkitan struktur teokrasi Islam didalam Negara orang-orang Islam ialah dengan ‘pengorientasian semula agama’ didalam kehidupan masyarakat Islam. Dengan ini, kita maksudkan pengalihan pemerhatian dari keghairahan keduniawian kepada keghairahan keakhiratan, dengan matlamat supaya menjadi mudah bagi mereka untuk mengetepikan kecintaan materialistik kepada mencapai keredhoan Tuhan. Tiada jalan yang lebih mudah dari ini. Sejarah telah membuktikan kebenaran kenyataan ini dan roh dalaman Islam juga menuntut perkara ini. Melainkan dengan kesedaran agama diusahakan dikalangan masyarakat Islam, usaha peningkatan tahap negara orang-orang Islam kepada pembentukan Negara Islam yang sebenar, sekurang-kurangnya pada zaman kita ini, hanyalah mimpi kosong. Ini adalah proses yang susah dan memerlukan pengorbanan besar, tetapi tiada alternatif lain, tiada jalan singkat lain bagi pembentukan kerajaan Islam. Walaupun dengan secara tidak sengaja sistem Islam terbentuk di mana-mana, adalah mustahil baginya untuk berfungsi dengan jayanya melainkan keintelektualan dan mekanisma emosi masyarakat Islam yang hidup dibawah naungannya (kerajaan Islam tersebut) dan amalan mereka didominasi oleh kesedaran agama dan moral. Sistem (yang terbentuk secara tidak sengaja) ini akan dikoyak-koyakkan kepada cebisan-cebisan oleh orang-orang Islam (yang tidak ada kesedaran agama) itu sendiri.’
[terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 132, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999]
‘Persoalan mengenai perlantikan khalifah; yang timbul selepas kewafatan Baginda Nabi SAW, tidaklah seperti yang disalah anggap oleh sesetengah orang, iaitu (beranggapan bahawa) ia adalah sama dengan perlantikan ketua bagi sesebuah negeri (head of state). Isu sebenar yang dihadapi oleh para sahabat r.anhum ialah untuk menentukan siapakah diantara mereka yang berkelayakan untuk menanggung beban tanggungjawab yang besar didalam mendakwah dan menyebarkan risalah keimanan, pengarahan kerohanian, bimbingan, Jihad dan Amar makruf Nahi mungkar yang baginda Nabi SAW telah wariskan kepada ummat sebagai sebahagian dari misi ketuhanan bagi pengislahan ummat dan organisasi dan pengurusan keduniawian menurut kehendak Allah Taala. Kita mempunyai (bukti atas kebenaran pernyataan ini dari) sumber yang sahih, iaitu kandungan khutbah yang disampaikan pada satu perhimpunan oleh Hazrat Abu Bakar r.anhu (diantaranya) seperti berikut: Muhammad SAW telah wafat; sekarang menjadi satu keperluan bagi melantik seseorang yang berkemampuan untuk bertanggungjawab diatas urusan keimanan.’
[terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 122, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999, diterjemahkan dari bahasa Urdu ke bahasa Inggeris oleh Dr. Muhammad Asif Kidwai]
‘Shah Waliullah telah menyatakan dengan jelas didalam ‘Fuyuzul Harmain’ bahawa orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan tiada motif lain melainkan untuk menyebarluaskan risalah Allah Taala melalui cabang kerja kenabian seperti mendakwah ajaran agama dan moral, pengarahan, memberi petunjuk dan reformasi adalah (tidak kurang didalam)menjalankan tugas Khalifah Rasulullah SAW seperti mana orang-orang yang melibatkan diri mereka secara langsung dan ikhlas didalam urusan politik dan pemerintahan, seperti jihad dan perlaksanaan keamanan, keadilan dan persamaan. Perbezaannya cuma satu bahagian merupakan ‘luaran’ atau ‘zahir’ kepada kekhalifahan, manakala yang satu bahagian lagi adalah ‘dalaman’ atau ‘spiritual’ (kepada kekhalifahan). (Secara ringkasnya), Shah Waliullah telah membahagikan tugas kekhalifahan kepada dua bahagian; ‘luaran’ dan ‘dalaman’.
Kekhalifahan sebagai institusi politik dan kerajaan telah hilang untuk satu jangka masa yang lama. Negara orang-orang Islam hari ini kebanyakannya tiada kaitan dengan matlamat dan tujuan nabi, dan ia – negara orang-orang Islam – juga tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Sebahagian yang lain pula secara umumnya tidak (banyak) berbeza dengan (prinsip) pegangan mana-mana negara bukan Islam di dunia. Walaubagaimana pun, separuh lagi unsur kekhalifahan, iaitu tugas naib nabi melalui penyebaran risalah agama diluar dari naungan kerajaan masih lagi wujud; pintu-pintunya masih terbuka dan ruang lingkup untuknya adalah lebih besar dari sebelum ini. Peluang (untuk penyebaran risalah) di zaman moden ini adalah tidak terbatas. (Oleh itu), hendaklah lebih ramai lagi hamba-hamba Allah yang melibatkan diri didalam lapangan yang mempunyai harapan ini dengan segenap kemampuan mereka, biarlah lebih ramai yang turun ke padang didalam arena (dakwah agama) ini dengan tidak mementingkan diri, dan mengabdikan diri sesuai dengan kapasiti dan kebolehan masing-masing, didalam menjalankan tugas menyebarluaskan cara kehidupan Rasulullah SAW ke seluruh dunia. Berjuang dan berjihad di jalan ini dengan pengorbanan adalah jihad terbesar di zaman moden, bentuk kesetiaan serta keikhlasan yang sebenar kepada Rasul SAW dan pewaris (kerja) nabi yang paling tulin. Mereka yang meletakkan kaki di atas (jalan) ini akan jelas nampak jalan-jalan (penyelesaian) lain yang akan dibuka kepada mereka oleh Allah Taala. Apa yang kita hadapi hari ini adalah merupakan kesinambungan yang tidak jauh dari apa yang dijanjikan dan khabar gembira yang diberitakan kepada para muslimin di Makkah melalui ayat terakhir Surah Al-Ankaboot:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabuut 29:69)’
[Terjemahan bebas - Kitab Islamic Faith and Practice, karangan Maulana Manzoor Nukmani, terbitan Idara-e-Islamiyyat, m/s 123-124, 1999]
@zamniks, Alhamdulillah saudaraku, inilah secubit jawapannya yang kebanyakan orang islam dan orang yang berada dalam Umno tidak faham.
aL-maidah5:54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
Pada ayat ini, sesiapa yang berpaling dari agamaNya, maka akan datang kemudian hari suatu kaum yang “ALLAH CINTAI MEREKA” dan “MEREKA MENCINTAI ALLAH.
apa yang saya faham dan saya ambil dari siri kuliah saya, jika PAS yang sekarang ni tidak menjalankan kerjanya dengan sebaik2nya, berpaling dari menegakkan Islam yang suci itu, apatah lagi UMNO yang tidak faham2, maka akan datang segolongan yang lain yang berjihad untuk menegakkan ISlam di Malaysia dan dunia secara amnya. tp yang penting, mereka ni dapat CINTA ALLAH!! mana yang lebih penting, lebih mustahak? mestilah CINTA ALLAH atau REDHA ALLAH yang kita nakkan dalam hidup ini.
so situasi sekarang yang berlaku, PAS sahaja yang bersungguh2 dalam menegakkan ISLAM di Malaysia… saya akui, ada kekurangan atau kesilapan dari orang-orang di dalamnya, tetapi ISLAM itu SUCI, SEMPURNA sebab datang dari Zat yang Maha Suci dan Maha Sempurna, Allah S.W.T. Maka oleh itu, saya sokong PAS sekarang ini. Tetapi jika mereka berpaling, saya yakin pada ayat ini. akan ada golongan lain yang akan menjalankan jihad menegakkan ISLAM, undang-undang ISLAM, dan sebagainya mengenai ISLAM dalam kehidupan ini. fikirkanlah ye, tidak lupa pada diri saya ni.. Insya Allah…
jika salah tafsiran ana, harap perbetulkan ye..
salam.
amat berat,untuk saya komen artikel ustaz kali ini. walauapapun saya tetap melihat ustaz seorang yang berilmu pengetahuan, da’i dan murabbi yang telah banyak mencurahkan ilmu dan idea buat tatapan masyarakat. saya cuma harap semua yang memasuki entri ini dapat menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang mukmin. artikel ustaz kali ini bagi saya ianya cukup sensitif dan kritikal bagi memberi sebarang ulasan dan komen. sesungguhnya KEBENARAN MILIK ALLAH
wah,,betul2 kaw!! crystal clear,, i like!
Jujur ana katakan perasaan hormat dan kagum pada ustaz selama ni gugur apabila ana membaca artikel ustaz..
ana tidak bersetuju dengan tajuk ” Manhaj Salaf Tidak Melurusbendulkan Siasah” Penggunaan lafaz manhaj seolah-olah Ustaz mengkritik dan memperlekehkan manhaj..sedangkan kalau benarlah niat ustaz nak menegur…hentam sajalah dai`e-daie Salaf..,mengapa dihentam manhaj..
Bertambah jahil orang-orang yang jahil tentang manhaj salaf apabila membaca artikel ustaz..
Allahu musta`an…
@abuayyub, bro,,jgn pening2 lalat..paham betul2
@islah, Jika dilihat article ini mahu hentam orang, saudara akan akan hilang rasa hormat itu.
Jika lihat article itu sebagai teguran sayang, insyAllah perasaan sebaliknya akan timbul.
Kekadang ada perlu dikorban untuk menyatakan satu teguran dan pandangan. Dan ustaz terpaksa kehilangan “hormat” saudara untuk menjernihkan kembali fikiran ramai saudara-saudara yang lain.
@abuayyub,
Sungguh ganjil.
Tajuk artikel ini bermaksud manhaj salaf amat tinggi dan mulia. Pandangan-pandangan yang tidak tepat dalam politik berpunca daripada individu, bukannya kecacatan manhaj. Itulah isi utama artikel ini.
Tiba-tiba tuan kata saya telah menghina Manhaj Salaf!
Kefahaman tuan itu 180 darjah terbalik daripada maksud saya.
Allahul Musta’an
@Abu Saif,
Apa yang ana faham dakwah ini adalah “tauqifi” kita mesti memulakan sepertimana Rasulullah s.a.w mulakan iaitulah dengan memurnikan akidah dan Ibadah…
Selagi soal akidah,manhaj dan juga Ibadah tak selesai usah bincang masalah siasah atau Daulah Islamiyyah..
Apa yang lebih ditakuti, ramai anak muda dah malas nak belajar pasal akidah, syirik…bid`ah dll..diorang lebih suka bersiasah….
Ustaz mungkin sudah faham tentang akidah, bid`ah dan manhaj tetapi kenapa ustaz biarkan anak-anak murid ustaz masih melakukan bid`ah, tak faham tauhid dan juga manhaj..
terkenang artikel ustaz” Aku Salafi anak muridku bagaimana?”..
@abuayyub,
suatu pendakwaan / pertuduhan berat yang dikenakan ke atas ana.
tidak pasti di atas asas apa pertuduhan ini disandarkan.
Ittaqullah ya ana wa antum!
@Abu Saif,
mungkin ana masih tak layak nak tegur ustaz yang dah banyak jasa dan pengalaman..tapi ana sayang ustaz tapi kebenaran lebih ana sayang…
????? ????? ???? ????? ????? ??? ?? ???? ???? ??? ???????.
@abuayyub,
Ya Allah maka sesiapa saja mukmin yang pernah aku sakiti, maka jadikanlah ia perkara yang mendekatkan dirinya kepada Engkau di hari Kiamat kelak.
HR Bukhari
@abuayyub,
Suatu ketika Omar al-Khattab lalu berhampiran sekumpulan kanak-kanak. Mereka bertempiaran lari apabila melihat Omar, kecuali seorang iaitu ‘Abdullaah Ibn Az-Zubayr. Omar bertanya mengapa beliau tidak lari sama. Beliau menjawab, “aku tidak ada berbuat salah apa-apa untuk aku melarikan diri daripadamu dan jalan ini juga cukup luas untuk engkau melaluinya”
Hatta kanak-kanak pun boleh menegur Umar seperti itu.
Persoalan ana bukan soal kelayakan. Tetapi apakah asas tuduhan anta bahawa ana membiarkan anak-anak murid ana bergelumang dengan bid’ah dan jahil aqidah?
Dan jika ada mana-mana pembaca di blog ini yang menganggap diri mereka pernah menjadi ‘anak murid’ ana, mohon ditunjukkan benarkah ana membiarkan bid’ah dan jahil aqidah pada antum?
@abuayyub, Assalamualaikum..
Sekadar memberi buah fikiran, dari sudut bahasa ternyata ada perbezaan yang sangat besar bagi perkataan “tuduhan” dan “teguran”. Dan statement sahabat di atas pada hemat saya merupakan satu tuduhan yang amat besar, mungkin sahabat tidak memaksudkan sedimikian oleh itu berhati-hatilah dalam berkata-kata.
kesarjanaan-lah yang mengangkat martabat masyaikh2 itu..dan juga mereka2 yang menelurusi jalan yg sama
salam.
ana lihat tidak timbul langsung ustaz hasrizal mengkritik atau memperlekehkan manhaj salaf. mungkin boleh dibuat analogi dengan pas itu sendiri. fikrah,gelagat, dan sikap ahli2 pas tidak semestinya mencerminkan wajah sebenar siasah yang bernama pas itu. DAN BEGITULAH SEBALIKNYA. rasanya terang lagi bersuluh.walauapapun ingin saya jelaskan, saya tetap neutral dengan polemik cyber yang tercetus ini. ustaz UZAR,DR MAZA, ustaz Maszlee Malik dan Abu Saif sendiri juga pernah berbeza dan bertembung pendapat di dalam sesetengah isu. setiap orang mempunyai latar belakang,tahap pemikiran dan ilmu yang berbeza-beza.kesemua mereka ana tidak stereotaip bulat2 dengan pendapat mereka. tapi KEBENARAN yang dibawa oleh mereka tidak boleh disanggah.AKHIR SEKALI, kayu ukurnya seperti kata Imam Malik “Setiap kata-kata manusia sama ada dikritik atau dipuji, tidak kata-kata Rasulullah S.A.W.
Assalamualaikum…
saya ingin bertanyakan kepada mereka-mereka yang menentang idea kerajaan perpaduan…
Apakah yang enta semua tahu/faham tentang dasar Kerajaan perpaduan yang hendak dilaksanakan???…
dan mengapakah enta semua menentang kerajaan perpaduan???
Adalah tidak tepat sekiranya keputusan dibuat hanya berdasarkan nama “perpaduan” semata-mata…
saya bukanlah menyokong atau menentang idea perpaduan secara membabi- buta…keputusan saya haruslah berdasarkan apa yang hendak dilaksanakan dalam kerajaan perpaduan tersebut…
p/s; Saya bertanya sebab saya tidak tahu…dan saya harap akan mendapat response yang baik…
@Rakyat Malaysia, Salam… Kalau PAS nak bergabung dengan UMNO-BN atas nama perpaduan, apa beza perpaduan PAS-PR? Saya HANYA menyokong penuh idea kerajaan perpaduan PAS-UMNO jika TGNA menjadi PM, Insya Allah.
Maka konteks artikel Ustaz Hasrizal pada entry ini ialah POLITIK semata-mata. Realiti sebenar bila mana Ulama/Agamawan cuba berpolitik dengan acuan politik barat/kapatalis tanpa melihat diversiti dalam politik Islam yang diasaskan oleh Baginda SAW. Adakah UMNO bersedia meninggalkan politik barat/kapatalis ini???
p/s: Maaf, saya respon dengan soalan.
@Taiping9130,
Jawapan saya islamkan politik, bukan politikkan islam!.
@Rakyat Malaysia, masih kena belajar lagi, kena mengaji lagi. baca buku Daulah Islamiyyah karangan Dr yusof qaradawy… Insya Allah awak akan faham, jika tidak banyak, sedikit…
tak sangka ustaz belum tido lagi, maaf ustaz, kalau celoteh saya ni mengusik ustaz.
dakwah adalah perkara yang ” tauqifi” maka ianya mestilah dimulakan sebagaimana yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w..
Nabi s.a.w memulakan dakwah dengan memurnikan akidah dan ibadah..malah Nabi pernah ditawarkan jawatan Utbah b.Rabi`ah pemuka kaum Quraisy pernah memujuk Nabi s.a.w:
??? ??? ???? ???? ??????? ????? ??? ?????? ???? ???? ??? ??? ???? ???? ?????? ?????
Jika engkau menginginkan kedudukan, kami akan jadikan kamu sebagai pemimpin kami sehingga kami tak akan memutuskan sesutu perkara tanpamu.Jika engkau inginkan kerajaan, maka kami akan jadikan kamu sebagai raja kami
(Sirah Nabawiyyah Fi Dhau`il Mashodir al-Ashliyah hlm 200)
Adakah Nabi menerima tawaran itu?
Jawabnya: Tidak
Kenapa Nabi tidak menerima sedangkan dengan cara tersebut lebih mudah untuk Nabi berdakwah dengan menggunakan kekuasaan dan kerajaannya?
Jawabnya: Kerana itu bukan cara yg tepat..
Wallahu`alam..
@abuayyub,
jawatan itu ditawarkan dengan syarat.
syaratnya ialah nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam meninggalkan dakwah baginda.
@Abu Saif,
Bagaimana pula dengan Raja Najasyi.Bukankah dia masuk Islam..Adakah akhirnya dia berjaya mengubah kesemua masyarakatnya?
Budaya sukakan jawatan..
Kami tidak akan memberikan jabatan pemerintahan (jawatan)ini kepada orang yang memintanya dan yang menginginkannya
HR Bukhari & Muslim
Jika seorang sahabat meminta jawatan pun Nabi tidak memberikannya.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak layak dan meminta-minta jawatan.
Hal ini juga tercatat di dalam hadith Abd Rahman Ibn Samurah r.a…
@abuayyub,
cth lurus bendul yg ust maksudkan dlm artikel ni. tkasih kerana tunjukkn demonstrasi lurus bendul itu
@andang,
Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.
[as-Sajdah 32:24]
Kalau ikut al-Quran,as-Sunnah dan Manhaj Salaf ni dikatakan lurus bendul maka memang saya seorang yang lurus bendul
Kalau ikut al-Quran, as-Sunnah dan Manhaj Salaf ni dikatakan bodoh yang memang saya seorang yang bodoh..
@abuayyub,
Syaratnya agar Nabi meninggalkan dakwah baginda?
Apakah dakwah baginda tersebut?
Jika dakwah siasah untuk memperoleh daulah Islamiyyah yang Nabi bawa bagaimana boleh Nabi s.a.w dengan senang melepaskan peluang keemasan tersebut? Sedangkan da`ie2 hari ini sampai sanggup tumpah darah, kafir mengkafir hanya semata-mata nak mendapatkan pemerintahan?
Adakah Nabi tidak memahami waqi` ketika itu dan adakah Nabi s.a.w tidak mengetahui mafsadah dan maslahah?
@abuayyub, seolah-olahnya tuan cuba menuduh para ulama’ ini gilakan jawatan, gilakan dunia. minta maaf andai saya tersilap.
itu satu pandangan yang sangat berat sebelah, bagaimana pula dengan meninggalkan amanah bukan ditangan ahlinya?bukankah itu juga bertentangan dengan islam?
kalaulah ulama;2 itu boleh merasa aman meninggalkan jawatan2 itu pada tangan manusia2 ‘itu’ pastilah mereka telah meninggalkannya.
perbezaan terjadi apabila satu pihak melihat jawatan itu sebagai amanah yang berat, mesti disandarkan pada orang yang layak dan mampu, amanah dan bertanggungjawab. manakala satu pihak lagi hanya memandang jawatan sebagai laba, maka mereka melihat setiap orang yang mengingankannya adalah kerana tamak dan gila dunia
berbuat sesuatu untuk orang lain, berbeza dari berbuat sesuatu untuk diri sendiri.
penambahan, artikel ustaz ini ditulis dengan maksud membersihkan manhaj salaf dari kotoran2 salah faham golongan salafi itu sendiri. bukannya bermaksud manhaj salaf itu yang salah.
wallahu ‘alam.
@nabil, alhamdulillah, secubit jawapan yang boleh menerangkan pada saudara abuayyub. mungkin saudara abuayyub perlu baca buku daulah islamiyyah karangan dr. yusof qaradawy.
@abuayyub,
Seseorang yang benar-benar telah melalui jalan yang tersebut;
“dakwah adalah perkara yang ” tauqifi” maka ianya mestilah dimulakan sebagaimana yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w..
Nabi s.a.w memulakan dakwah dengan memurnikan akidah dan ibadah.. ”
haruslah lebih baik kaedahnya dari apa yang dapat dibaca dalam komen2 saudara.
(ramai anak muda yang berilmu, menyedari diri berilmu tetapi kurang hikmah)
1. Dari http://saifulislam.com/?p=6069#comment-55451
2. Dari http://saifulislam.com/?p=6069#comment-55453
3. Dari http://yamah.wordpress.com/2009/07/08/p218-dakwah-dalam-siasah/
4. Dari http://saifulislam.com/?p=6069#comment-55644
Kehadiran mereka berdua dan beberapa yang lain di kedua-dua belah pehak, menandakan kedua-duanya perlu gabungan penyokong-bembangkang yang ada sekarang, untuk check and balance. Sebagai seorang yang berminat untuk ditarbiah saya tidak gemar terlibat, untuk mengambil side, melainkan mengambil side rujukan yang digunakan oleh kedua-dua mereka, iaitu Al Quran dan As Sunnah.
5. Dari http://sharudin.com/2009/07/09/sa14-setuju-dan-tidak/#comment-5842
6. Dari http://sharudin.com/2009/07/09/sa14-setuju-dan-tidak/#comment-5838 sebagai kesimpulan
bagi sy ianya antara tafsiran manusia yg idealistik dan realistik..
…….“aku tidak ada berbuat salah apa-apa untuk aku melarikan diri daripadamu dan jalan ini juga cukup luas untuk engkau melaluinya”…
Terimakasih atas peringatan ustaz ttg kisah d atas, cukup berharga bagi memulakan hari ini
[...] Tersurat tersirat. Telah terbit Julai 10, 2009 DARWIN Leave a Comment Tersurat [...]
“saifulisme vs asrisme” kembali hangat!!
Semoga perbahasan kalian bersifat ‘ilmiah’dan bukan emosional.. berlajar dari ‘hal’ yg sudah-sudah..
Aasif jiddan buat semua, terutama buat Ustaz Hasrizal..
@aye, Baca kat sini sama, supaya lebih ‘jijak’ kata org klate.. http://drmaza.com/home/?p=637
Jika kita soroti kembali sifat 20 Allah, salah satunya adalah Kehendak. apa yang saya faham dari pengajian saya, kita semua tidak ada kehendak, tetapi kita mesti patuh dan taat pada kehendak Allah S.W.T. sahaja, bukan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain, atau kehendak bangsa kita sendiri!!!!! so masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya adalah kehendak Allah S.W.T. so ISLAM yang syumul adalah merangkumi setiap lapangan cara hidup manusia, maka politik ada dalam Islam! tetapi mestilah yang mengikuti kehendak Allah.. kehendak Allah adalah kekuasaan, penghakiman mutlak milik Allah!! Islam adalah kehendak Allah, Islam membawa rahmat, kedamaian, kemakmuran kepada seluruh alam.. makakita umat islam kena pastikan Islam mesti tertegak kukuh di seluruh alam!! sudah pastinya mesti di Malaysia… jika kita ingin kedamaian, perpaduan yang sebenar, maka Islamlah penyelesaiannya… Maka orang yang tidak ikut Islam adalah orang yang menafikan sifat Kehendak Allah!!! so apakah hukumnya??!!!
so sekarang situasinya adalah hanya ada PAS sahaja yang memgikut kehendak Allah itu!! so sekarang saya sudah faham, saya sokong PAS. tetapi jika PAS berpaling maka ingatlah Allah akan gantikan dengan golongan yang lain, yang pastinya bukan UMNO kot, kecuali jika UMNO secara keseluruhannya bertaubatlah. Golongan tersebut ALLAH CINTAI MEREKA, MEREKA MENCINTAI ALLAH.
aL-maidah5:54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
maafkan jika salah tafsiran, tetapi itulah yang saya dapat dari kuliah saya. so pada yang masih atas pagar tu, yang sokong islam tapi tidak sokong pas, kecuali kalau tidak sokong melalui percakapan takpe sbb ada kemaslahatan yang bergantung pada situasi yang berlaku pada keadaan masing2 empunya diri, maka sokonglah perjuagan pas, bukan perjuagan org2 yang bermasalah didalamnya, sbb sekarang itu saja yang ada sekarang ni.. politik itu penting.. ia yang menguruskan negara, so ada kaitan dengan ummat, rakyat… maka yang dapat memberi rahmat, adalah ISLAM, islam yang di amalkan secara keseluruhannya dalam setiap bidang, cara menguruskan kehidupan manusia…. cuba kita lihat sekarang, perbankan islam, yang banyak jatuh yang mana? yang zalim yang mana? sudah pasti bukan perbankan islam. itu baru sedikit dari amalan islam itu sendiri, belum lagi jika di pratikkan secara keseluruhannya, sebb islam itu fitrah, sesuai dengan kehidupan manusia itu sendiri, islam itu suci, suci maksudnya adalah jauh dari sifat kekurangan, ia sempurna.kenapa ia sempurna? sbab ia datang dari zat Yang Maha Sempurna, Maha Suci, siapa lagi kalau bukan yang mencipta kita, mencipta seluruh alam semesta, Allah S.W.T. Sudah pasti yang Mencipta itu tahu apa kebaikan dan keburukan yang diciptaNya. maka dijadikan satu syariat/cara/sistem untuk kebaikan ciptaanNya itu. Disampaikan pula kepada manusia yang suci, sempurna peribadinya, ditugaskan untuk menyampaikan risalah sistem/cara hidup yang berasal dari sisi Tuhan yang Maha Sempurna, Pencipta Maha Sempurna, supaya dipratikkan dalam setiap lapangan hidup manusia. Siapakah gerangan manusia yang sempurna itu? Pastinya Muhammad Rasulullah S.A.W. Sudah pasti Baginda sudah mempratikkan sistem itu, dan terbukti keberkesanannya. Diturunkan pula di tempat yang suci, Makkah dan Madinah.Maka Apakah sistem itu? apa cara itu? Islam lah jawapannya. maka ambillah Islam. Ambillah dan masuklah ke dalam Islam secara Keseluruhannya.. kemudian pratikkan, sebarkan, tunjukkan, buktikan yang Islam adalah penyelamat, pembawa rahmat kepada seluruh alam… Ummat islam yang masuk Islam secara keseluruhannya yang patut memerintah Malaysia dan dunia. maka bangkitlah ummatku!!
tetapi yang pasti jalan ini bukan mudah, seperti yang berlaku di Malaysia sekarang ni… sudah pasti ia berlaku juga seperti di Zaman Rasulullah juga… tetapi kemenangan pasti di tangan Islam akhir.. cuma jalan kearah itu adalah ujian kepada kita, siapa yang terbaik di sisiNya, yang bersungguh2..
wallahualam….
salam.
Ustaz tidak ada sebarang justifikasi terhadap kelompok ultra salafi di dalam melurus bendulkan siasah?.
@ibnu razi, yang benar, yang jadi lurus bendul dalam politik atau pandangan politik ialah dari urat ajaran apa yang disebut manhaj salaf itu sendiri.
Demikian juga dari sudut aqidah dan fiqahnya. Umpama makan, kalau halal persilakan,tetapi kalau dah banyak, lain pula hukumnya.
@abuyon, Sangat setuju dengan makan yang halalan lagi toyibban itu menjadi sebalik hukumnya apabila terlebih makan.
@Pak Din, itu kias saja tu Pak Din. Macam pepatah Melayu, pukul anak sindir menantu.
Maksud saya, dari sudut aqidah dan fiqahnya,kalau lebih macam makan tadi jugalah.
Batu api ini ada di mana-mana.
@masri,
Di sini tidak timbul batu api. Yang timbul hanya pedoman di mata hati, panduan yang digali, untuk kehidupan hakiki, agar beerti, pertelingkahan sesekali tidak dicari. jangan mudah bermain dengan PERSEPSI.
@masri, siapa makan lada, pedaslah terasa
ana yang daif ini sedaya upaya cuba memberi komentar secara jujur dan ikhlas. ana juga sedaya upaya membelek-belek lapisan-lapisan positif di dalam ruangan kali ini. bagi ana masih banyak ruang positif insyaallah. terima kasih kepada ABU SAIF, dan syabas juga sahabat-sahabat yang banyak memcambah ide-ide pemikiran yang sesetengahnya bernas. inilah ISLAM. hidup di dalam jemaah. bukan bersikap inferio tak bertempat. SETIAP ORANG ADA HAK BERSUARA, SEBAIK-BAIK SUARA ADALAH SUARA KEBENARAN
Salam semua….ya akhi….we r brotherhood….;)
[...] perubahan perkataan, secara keseluruhannyaa saya bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan. hamba99 reply on July 11th, 2009 12:30 [...]
Salam,
Masih ramai yang tidak memahami perbezaan dasar PAS & UMNO, sehingga melihat ia adalah dari sudut politik semata-mata.
Ianya lebih besar dari politik, ia melibatkan penerimaan Islam secara syumul/keseluruhan/sepenuhnya, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam Al-Quran.
Satu pihak berusaha mendaulatkan Islam dalam segenap segi, sementara satu pihak lagi cuma mengambil undang-undang Islam yang melibatkan urusan munakahat, pusaka, dan seumpamanya. Di mana hudud, qisas?
Perbezaan ini menunjukkan keburukannya sekarang, dengan pelbagai aktiviti maksiat di merata-rata.
Program realiti hiburan tv tumbuh macam cendawan lepas hujan, Islamkah?
Majalah hiburan yang melampau diberi permit, Islamkah?
Akhbar-akhbar Harian milik orang melayu islam mengandungi keputusan judi terkini, Islamkah?
(Sebagai beberapa contoh)
Tertarik dengan pandangan komen terdahulu, UMNO melawan PAS kerana PAS parti politik, kalau jadi macam ABIM & Tabgligh UMNO tidak akan tentang.
Inilah yang cuba saya coretkan dalam komen awal saya. Cukupkah sekadar berNGO tanpa berpendirian politik?
Kerana UMNO senang dengan orang yang tidak memiliki pendirian politik, apatah lagi menyokong mereka.
Mereka yang tidak berpendirian politik ini/bersifat neutral, pada pandangan saya perlu menilai kembali adakah mencukupi mengambil dakwah sahaja tanpa siasah?
Hanya pandangan saya yang kerdil.
Kalau dah tersentuh sedikit sebanyak perkara politik, mesti panjang lebar/hangat komennya.
berkenaan manhaj,
Ustaz/pembaca sekalian – kalau saya kata begini “akhirnya di dalam kubur, soalan yang ditanya adalah ‘Maa Deenuka?’, bukannya ‘Maa Manhajuka?’” apa kata anda?
bukankah ‘manhaj’, ‘tareeqa’, ‘jalan’, ‘kaedah’, lebih kurang sama?.
ntahlah.. byk komen yg xberjejak dibumi nyata… Ustaz, thanks a lot for the very cute article. hehee..
org yg nk fhm akan fhm.. org yg xnk fhm akn mcari kesalahan.
Assalamu’alaikum ustaz.
Afwan ustaz. Saya tak berapa faham dan sedikit keliru lah dgn artikel ni.
Boleh tak ustaz terangkan atau ringkaskan dalam ungkapan yang mudah difahami?