Nilai Dakwah di Dalam Syurga Cinta

July 7th, 2009 by Abu Saif 12:56 pm | 9,754 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

syurgacinta

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

Dialog di atas adalah kemuncak kepada perjalanan kisah yang dipaparkan oleh filem SYURGA CINTA arahan terkini Pengarah Ahmad Idham. Saya suka kepada dialog itu kerana ia meninggalkan sesuatu yang boleh dipegang oleh penonton sebagai teladan yang mahu diambil daripadanya.

Bersahaja, tidak berputar belit di dalam falsafah, senang dan dekat dengan kehidupan sebenar masyarakat kita.

Saya berusaha untuk meluangkan masa menonton sebuah filem yang pembikinannya direncanakan berulang-ulang kali di ASTRO. Ia sebuah filem yang membawa mesej dakwah, kata Ahmad Idham dan David Teoh, justeru saya kira berbaloi untuk saya menonton dan cuba mempertimbangkan kesan dakwahnya seperti yang disasarkan.

Filem SYURGA CINTA mempunyai banyak peluang.

Peluang untuk melontarkan sesuatu yang boleh mencetuskan sebuah kesedaran. Tema yang dipilih bagus, seakan-akan sama atau berkebetulan pula dengan drama CINTA SEMPURNA yang sudah sampai ke kemuncak penggambarannya untuk tayangan di ASTRO OASIS Ramadhan ini.

Para pelakon yang menjayakan watak-watak di dalam filem ini juga mempunyai bakat dan potensi untuk memanfaatkan peluang tersebut. Awal Ashaari dengan wataknya sebagai Irham, Hadziq Tom Tom Bak dengan wataknya sebagai Ikmal dan Heliza AF5 yang membuat penampilan pertamanya di layar perak sebagai Cikgu Syuhadah, mereka bertiga mempunyai segala yang diperlukan untuk menjayakan filem ini.

Namun, demi ruang penambahbaikan, saya berpandangan yang filem SYURGA CINTA masih terbelenggu dengan masalah yang sama, seperti yang lazim ditemui di dalam filem-filem kita.

Masalah skrip.

Jalan ceritanya amat baik. Masakan tidak, saya sendiri berusaha menetapkan satu masa untuk menontonnya kerana jalan cerita yang dipromosikan oleh media.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Tetapi idea dan jalan cerita yang baik itu dimanifestasikan oleh dialog-dialog yang menunjukkan longgarnya kesungguhan panel skrip MIG membuat kajian agar ia tidak keterlaluan menjauhi dunia sebenar.

Irham dipotretkan sebagai seorang anak muda yang dibesarkan di UK semenjak kecil, kehilangan budaya dan cara hidup Melayu dan Muslim. Tetapi dialog-dialog beliau dengan dua rakannya si Zainal dan Alex agak keterlaluan dan saya yakin manusia-manusia seperti Irham di dalam kehidupan sebenar akan rasa pemikiran dan cara hidup mereka diperbodohkan melalui adegan 10 ke 15 minit pertama filem SYURGA CINTA.

Expression untuk Londoners atau English Oriented Malay yang terlebih dos menjadikannya seperti dibuat-buat, gagal memperlihatkan Irham sebagai anak Melayu yang membesar di UK. Hendak dikatakan bermotif lawak, ia tidak lawak. Mahu dianggap serius, ia nampak sangat tidak wujud di alam nyata.

Saya kira, cukuplah sekadar idea pergaulan bebas, alergik dengan orang bertudung dan kegemaran clubbing dipaparkan secara ala kadar. Tetapi tidak perlulah sampai menjadi kurang ajar yang bukan sahaja dalam konteks masyarakat Melayu Muslim di Malaysia, malah di kalangan English dan Londoners pun ia dikategorikan sebagai kurang ajar, dan bukannya being English atau Londoners.

Malah unsur kebaratan yang cuba ditonjolkan melalui bahasa Irham tidak konsisten dan hilang selepas 20 minit filem berjalan. Cepat benar accent beliau hilang ditelan Malaysia.

Mungkin di sini, peranan dialogue coach boleh dipertingkatkan.

Walaupun Ahmad Idham menafikan SYURGA CINTA sebagai meniru filem-filem lain yang hampir dengan idea filem ini, saya tidak dapat menafikan yang elemen  filem KIAMAT SUDAH DEKAT dimasukkan secara ketara tanpa selindung. Misalnya Irham menyatakan bahawa dia tidak pernah memikirkan tentang keislaman dirinya, melainkan sekadar pada perkataan Islam yang ada di kad pengenalan beliau. Skrip yang diungkapkan oleh Fendi bersama Haji Romli semasa temubual di masjid dalam filem Kiamat Sudah Dekat.

Begitu juga dengan perbualan di antara ibu dan bapa Irham (lakonan Dian P. Ramlee dan Mustafa Kamal) menyebut bahawa mereka sudah banyak berbuat kebajikan membantu anak yatim di Bosnia dan mengambil Ikmal sebagai anak angkat, kebajikan yang banyak itu pasti mengesahkan keselamatan mereka untuk masuk Syurga nanti.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Saya juga merasakan bahawa proses turning point Irham yang menimbulkan kesedaran pada dirinya tidak berjaya ditonjolkan. Tiada sebarang insiden yang benar-benar jelas memberikan impak sehingga Irham yang asalnya bertaruh dengan kawan-kawan untuk menggoda Cikgu Syuhadah berubah menjadi manusia hijrah yang meninggalkan Jahiliah kepada Islam. Tiada diskusi atau perbualan antara Irham dan Cikgu Syuhadah yang mempunyai impak anjakan paradigma.

Tidak dilupakan, kualiti dialog yang berlangsung di antara Irham dan Imam (lakonan Wazata Zain) di sebuah Surau.

Luahan hati Irham itu amat baik, tetapi nasihat yang diberikan oleh Imam ideanya mustahil dapat meredakan keserabutan fikiran anak muda seperti Irham. Ia berbelit-belit dan tidak jelas mesej yang hendak diberikan kepada Irham. Saya sendiri sukar menangkap apa sebenarnya yang cuba dinasihatkan oleh Imam berkenaan kepada Irham.

Malah terdapat kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku apabila Imam mengatakan sebuah Hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai Firman Allah dari al-Quran.

hadih-suwarikum

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu. Tetapi Dia memandang hati dan amal kamu” [Hadith riwayat Muslim]

Ia sebuah kecuaian yang mencacatkan kualiti idea dan dialog sebuah filem.

Akan tetapi saya memuji keberkesanan lakonan Awal Ashaari semasa Irham tertekan dengan pelawaan kawannya untuk meminum arak pasca kesedaran dirinya. Dalam keadaan yang keliru dan bingung, Irham hampir kalah dengan pelawaan itu tetapi tanpa sengaja beliau telah membaca Bismillah sebelum menonggang air setan itu, dan ia mengejutkan dirinya sendiri.

Kespontanan yang dipaparkan, melekat di kepala penonton.

Secara keseluruhan, saya berpandangan bahawa filem SYURGA CINTA adalah sebuah percubaan yang sederhana. Namun setelah membaca di review di internet, saya dapati begitu ramai penonton yang menyukai filem SYURGA CINTA ini dan terkesan dengannya.

Andaikata  setakat apa yang telah dipaparkan di SYURGA CINTA itu sudah boleh memberikan kesan, saya yakin jika pasukan pengeluar filem bekerja lebih keras lagi, membuat kajian dengan lebih mendalam lagi dan seterusnya menghasilkan sebuah cerita dengan skrip yang lebih berisi lagi baik, tentu sahaja impaknya akan lebih hebat dalam melontarkan bahan fikir dan anjakan paradigma kepada masyarakat.

Syabas juga kepada Heliza AF5 yang berhasil menjayakan wataknya secara serba sederhana tetapi berkesan. Apa yang lebih perlu disedari oleh semua, kejayaan melakonkan watak Cikgu Syuhadah langsung tidak memerlukan Heliza untuk membuat apa-apa adegan yang menyanggahi hukum Syara’.

Suatu pencapaian.

Semoga kelompongan yang ditinggalkan, diisi sebaik mungkin, sehabis baik.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Cinta Itu Bukan Cinta Paksaan   Hari ini hari bekerja. Hari ini bukan hari perayaan....
  2. Bercinta Sampai ke Syurga Di sini ku berjanji disaksi rembulan Andainya ku pergi dulu...
  3. Sidang Media Drama CINTA SEMPURNA Alhamdulillah, penggambaran drama CINTA SEMPURNA berjalan lancar. 300 orang warga...
  4. Seminggu Cinta Sempurna ke Udara Sudah lebih seminggu teledrama Cinta Sempurna ke udara. Bersiaran pada...
  5. Jangan Sekadar Syurga Dunia “Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda....

Advertisement

80 comments

  1. sharifah says:

    Salam…
    Memang sudah masanya golongan pendakwah mendekati golongan penerbit filem dan menjadi penasihat kepada skrip (utk filem-filem yang dikatakan berunsur dakwah)

  2. MyIkhtiar says:

    salam..

    erk ana terkejut ustaz baru review pasal citer syurga cinta nie..

    ana pun baru beberapa jam yg lepas tengok citer syurga cinta ni..

    tetapi apakah komen ustaz tentang karekter yang heliza bawak sudah cukup sempurna sbg muslimah sejati..

    i mean dari segi pergaulan..

    • Abu Saif says:

      wsalam wbt @MyIkhtiar,

      filem tu pun saya rasa tidaklah berhajat untuk mempotretkan cikgu syuhadah sebagai muslimah sejati yang cukup sempurna.

      hanya cikgu BM sekolah swasta, yang menjaga Islam seadanya.

      tiadanya adegan bersentuh-sentuhan antara heliza dan awal, saya menerimanya sebagai suatu pencapaian yang wajar dihargai.

      • Orange says:

        saya setuju bahawasanya watak cikgu heliza adalah permulaan yg baik kerana
        1. tidak bersentuhan langsung dgn awal
        2. tidak membuka tudung langsung.
        3. tiada dialog yg bermanja2 dgn awal.

        • HAMBA says:

          @Orange,

          maka itulah yang dinamakan pelakon yang berlakon, mereka benar2 berlakon dan semoga mesej dan pembawaan lakonan mampu untuk turut sampai kepada pelakon juga dalam realiti mereka

  3. hasti says:

    Salam ustaz…
    saya pun dah tonton filem ni..mesej nye memang baik..tapi bak kata ustaz habibur rahman (penulis ayat-ayat cinta), ciri-ciri filem dakwah yang sebenar, antara kriterianya adalah para pelakon harus menutup aurat, tiada adegan yang mendedahkan aurat dan percampuran lelaki dan perempuan yang keterlaluan seperti scene ‘clubbing’,tidak berlaku maksiat dikalangan krew dan beberapa perkara lagi.
    apa pendapat ustaz mengenai perkara ini?

    • Abu Saif says:

      @hasti,

      wsalam wbt.

      kalaulah hasti berpeluang duduk setengah jam pun jadilah, dengan krew produksi. bermula dari tukang bancuh air, tukang make up sampailah kepada yang berjawatan dan berkerusi di belakang kamera, nescaya kita akan tahu, jalan itu masih panjang…

  4. zikr says:

    pada scene mula2 trelair pun saya dah tak setuju, nampak lurah, nampak peha dll. saya tak fikir adegan tersebut harus ditonton dalam blog saifulIslam…

    • zalizabrina says:

      @zikr,
      inilah realiti dunia sekarang, samada suka atau tidak..ustaz hanya menunjukkan pd pembacanya akan kisah cerita ini..he’s showing the whole story..the real one..yg penting diambil sudut baiknya, bkn yg buruk..kalo x tunjuk di trailor pon, ada byk je LIVE di luar sana..atau di TV..samada nak tgk atau tidak aja..

      • Ya, kita kena lihat realiti dunia, tak payah jauh.. cukuplah malaysia.. mereka itu hanya melakonkan saja situasi n suasana masyarakat sekarang terutama jiwa muda mudi.. Jangan gunakan cerita ini sebagai hujjah untuk memulakan sebuah percintaan.. Konon2 nak tiru percintaan filem ini. perbaiki hubungan yg tanpa batasan sehingga jadi sebegini dan malah lebih baik dari ini. yang mana baik ambil, yang mana maksiat. tak yah la ikut.. Sekian.. Assalamualaikum..

  5. halim qittun says:

    assalamualaikum..
    saya masih belum bpeluang menonton..
    dan insya’Allah berharap dpt mnonton 1 masa nnt..
    saya bersetuju dgn pndapat ust..
    ini satu percubaan yang baik..
    sememangnya filem malaysia ketndusan nilai-nilai agama..
    kalau ada ianya jadi streotaip sehingga islam tidk dilihat agama yang syumul..
    tidak dinafikan di indonesia banyak filem2 yang bernuansa islami diangkat..menurut sahabat saya di sana..antara hadafnya utk bersaing dgn filem2 porno yg berleluasa di sana..
    dan sememangnya kita memerlukan pnulisan skrip yang bgus utk sesbuah filem..mgkin alternatif yang dibuka IKIM kpd ssiapa yang berminat mnulis skrip untk drama dan filem 1 peluang yang baik..
    utk mnilai filem dakwah mlalui ksempurnaan watak, smemangnya malaysia masih jauh, tetapi saya percaya syurga cinta boleh saja mjadi kundi atau pioneer pd pmbikin filem yang lain. klu dpt ayat quran atau hadis dijadikan dialog (skrip) yang bersahaja tentu sampai sperti filem lasykar pelangi dan gridiron gang..(tp gridiron gang dia gune bible la)
    psl malaysia suke wat filem clubbing nmpak lurah2..atas alasan realiti..dlm filem ini kmgkinan ahmad idham nk tarik pelbagai golongan sasaran mnonton cerita ni..kt indonesia pun da bks scene camni..mgkin nk hdopkan watak..
    n kite phm yg pmbikin filem dan pnerbit buknlah faqih ttg pkara2 ni, n saya percaya mrk ade rujuk pd ust2..

    apapun, review ust bkenaan filem ini sgt telus..dan memang saya bersetju sgt2 kite lemah dr segi pnulisan skrip

    minx pndgn ust tentng cerita perempuan berkalong sorban. Saya xbrapa phm ceritanye..mgkin ust boleh tonton kerana mnurut shbt saya ade unsur2 liberal dan imej buruk ttg golongan pondok..mgkin ust buleh buat review jgak ke

  6. abid_sakina says:

    salam ustaz..lama tidak bertandang & ‘melepak’ di sini..:)

    saya pun baru menonton filem ni,tapi tak habis(sikit lagi)..dah ada dekat youtube.senang la tengok..

    masa tengok tu..terfikir juga yg ayat ‘jodoh ada 3 jenis jodoh’..dari mana dia ambil..?hehe..rupanya itu sekadar dialog n falsafahnya..tak mengapalah..

    perasan juga dgn kesalahan tok imam berkenaan hadis tu..memang seharusnya lebih teliti dgn hal tu..yg mana hadis,yg mana ayat al-quran

    karakter heliza,bukanlah nak dikatakan sempurna sebagai muslimah sejati..tapi,’boleh la sikit’..(macam ustaz cakap,tiada adegan2 yg melanggar syara’)

    Dari segi pergaulan,
    cakapnya lembut(boleh mencairkan..),tapi kalau memang dah mcm tu,apa boleh buat…

    berjumpa di depan rumah waktu malam pun..rasanya tidak patut.begitu juga keluar bersama Irham berjumpa rakan2nya…
    setakat saya tonton.

    p/s: kalau ustaz berlakon jadi Imam tu pun bagus..rasanya,lebih berkesan..& semestinya ustaz ada bakat (menasihati orang seperti biasa),kan? ;) moga suatu hari nanti nampak ustaz pula yg berlakon..

    wassalam

  7. nadhirah says:

    entah kenapa cerita di malaysia,suka sangat menunjukkan negatif melayu yang membesar di UK. padahal, tak teruk macam tu pun orang di sana. kalau balik dr luar negara, mesti tv menonjolkan pemakaian mereka, akhlak mereka yang teruk. sedangakan, yang malaysia lagi teruk pemakaian. contoh, kt UK tak ada melayu rempit. di malaysia, sangat meluas. bila lah nak ubah pemikiran. 1000 melayu kat sana, mungkin 5 orang yang betul2 lupa asal usul kot.

    • Abu Saif says:

      @nadhirah,

      What you see is what you get, who you are determines how you see. Mungkin di kalangan penulis skrip dan pengarah, ada masalah dengan bab “who you are determines how you see”

  8. 1st time bagi komen kat sini pas jadi silent reader buat sekian lama…
    hehe….

    mmm….
    saya tak terasa nak tengok pun cerita ni sebab memang saya bajet lebih kurang sama dengan kiamat sudah dekat…

    tapi tang melayu duduk UK tu…
    saya pun setuju dengan nadhirah….
    mungkin dalam 1000 melayu kat uk tu berapa kerat, mungkin dalam belas je yang perangai teruk macam tu….

    sebab setau saya kebanyakan student melayu kat UK atau kat mana2 negara pun, kebanyakan diorang berubah kepada yang lebih baik sebab adanya (contoh) persatuan melayu muslim kat sana yang membimbing diorang supaya tak leka dengan budaya negara orang…..
    e.g:slalu solat jemaah sama2…
    dan ikatan diorang sangat kuat….

    • Abu Saif says:

      @seateawhomyra,

      mungkin artis-artis ni bila melancong ke UK, tak pernah berselisih dengan antum on the way antum pergi usrah. asyik jumpa dengan yang clubbing je. sebab tu pandangan mereka tak evolve…

      agaknya lee

      • momijidani says:

        @Abu Saif,
        hehe..(ketawa mndgr reply dr ustaz)
        yerp..sy juga stuju..mereka tidak tahu ttg ‘dunia’ yang satu lagi..

        • ummufarhan says:

          betul3x….

          sudah tiba masanya pengarah filem ni tahu tentang “dunia” yang satu lagi sebab saya dah jelak tengok adegan melayu balik dari oversea lupa budaya sendiri. tapi bagaimana pengarah filem ni nak tahu kalau takde orang bagitahu yer?

          • momijidani says:

            @ummufarhan,
            sebelum kita perkenalkan “dunia” itu kepada pengarah filem, apa kata kita perkenalkan dulu kepada ‘circle of influence’ kita dulu.itu yang lebih utama rasanya..

  9. nailah says:

    salam ustaz…saya setuju dengan pendapat ustaz tentang cerita ini..
    sama dengan cerita yang lain2.. perlu banyak penelitian yang mendalam..terfikir juga, pengaruh filem sekarang amat mempengaruhi jiwa anak2.. macam mana dengan anak2 kami yang akan datang… masih dapat diselamatkankah.. amat merisaukan.. saya setuju apabila mencadangkan pengarah @ pembikin filem merujuk pihak tertentu dhl (tak pasti perkataan apa ini – abu saif) sebelum mengarah..
    agar niat yang baik untuk keinsafan manusia tidak dicalari oleh garis2 hitam yang akan menebal dan akan menghilangkan apa segala niat baik itu.. sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara…

    p/s: izinkan saya membetulkan ejaan-ejaan pada komen di atas – abu saif

  10. fareast says:

    nampak macam best sahaja ustaz, insyaallah saya pun nak menontonnya.

  11. nuuurr says:

    ustaz, bertanya, dalam islam boleh ke menonton wayang?

    • Amin007 says:

      @nuuurr,
      menonton wayang dalam keadaan gelap???
      mmm, kalau buka lampu, nanti gambar tak jelas pulak hehehe

      sama ada ada hukum tu, bergantung apa yang kita tengah buat semasa menonton wayang.

      kalau bersama keluarga menonton wayang baik atau tidak???

      kalau menonton bersama bukan muhrim macam mana pulak???

      tapi biasanya saya tonton sorang-sorang aje. bukan apa saja menghayati jalan cerita. akan tetapi rasanya tak akan sama menonton di tv ataupun dalam komputer. kena pulak ada sound effect hehehe

  12. nuuurr says:

    Minta maaf ya ustaz, pohon jawapan jika mengetahui. Adakah hadis sahih ada untuk soalan saya ini. Sekiranya salah soalan saya, saya pohon maaf ya.

    Terima kasih

  13. hakeem says:

    bolehkah 1 hari nanti kita dapat menghasilkan penerbit dan krew produksi filem yang islamik..?

  14. aman says:

    Assalamualaikum…

    teringin nak tengok cerita ni…
    nanti2 laa tgk…

    pernah tgk preview dia kat astro haritu..
    terkesima ngan komen david teo kat akhir preview cerita tu…
    ayat david teo bunyi dia lebih kurang macam ni…

    “kepada wanita2 bertudung di luar sana yang baru hendak bercinta atau mengenali cinta, anda disarankan menonton cerita ini”

    terasa sangat dengan ayat tu…

    Cinta sebelum waktunya adalah bukan jalan orang ISLAM!

  15. Muhammad Adli Musa says:

    Salam Ustaz,

    Ana pun baru tonton Syurga Cinta melalui YouTube malam tadi. I think it is a good step towards encouraging the production of Islamic oriented films though there are certain flaws here and there.

  16. tobie says:

    Salam…
    Antara yang membuat saya ‘tertarik’ dengan cerita ini ialah :
    1. tajuknya
    2. heroinnya nampak ‘ayu’
    3. mesej 3jenis cinta yg jelas
    dan keletah adik Irham dan nada suaranya yang comel.

    Cuma, adegan kat club tu…’malu’ kami nak melihatnya. Perlu ditapis sedikit lagi supaya ia lebih ‘aman’ untuk tontonan ‘umum’ :D

    Semoga filem2 bermesej agama seperti ini akan lebih mengambil tempat dihati belia remaja masakini.

    Tingkatkan pengisian dan hikmah di dalamnya.

    Bagaimanalah agaknya jalan cerita drama ‘CINTA SEMPURNA’??? :)

    wassalam…

  17. cinta1309 says:

    saya dah tengok filem ni dan pada pendapat saya, dialognya sgt klise… betol kata ustaz yg dialong ilham dgn imam tu mmg tak sesuai utk nasihatkan budak muda yg tengah serabut..

    saya menyesal sebenarnya gi bayar tiket wayang tgk filem ni…

    way far from what i expected..

  18. anis says:

    kadang-kadang pengomentar terlalu berfikiran idealistik. *sigh*

  19. mawaddah says:

    assalamualaikum..sy pun baru tgk 2hari lps crta…crta ni ok la..bgus mesej yg nak dsampaikan(even da certain parts yg xkuat sgt mesejnya)…
    sy stju da dialog yg cam xmsuk dgn scene n situation…e.g time kat bookshop yg awal ckp “kan awk jgak yg ckp kta kna fikir dlu sblm bt pa2…” juga scene kt litar bla heliza ckp psl Tuhan hilangkan matahari etc etc…
    tp sbnrnya da part yg sy xbrp berkenan la dgn gaya yg cuba heliza tonjolkan..cthnya mlm yg awal gi jumpa dia sblm esoknya diorg bpisah..myb ckgu syuhadah xperlu bt gaya sedikit manja n menggoda since ckgu syuhadah dtonjolkan sbg seorg muslimah yg mjaga tertib n peribadinya(ni pdpt sy la..xtau la org lain cmna..)
    tp overall crta ni bez la..mesej 3jenis jodoh tu yg plg berkesan utk sy…lkonan adik haziq plak mmg mantooopppp!!

  20. Ummi says:

    Salam,

    Saya teringin nak dengar pendapat Ustaz tentang drama Nur Kasih sebab ramai kawan-kawan yang minat. Saya sendiri every Friday mesti tunggu :)

    Kadang-kadang kita sebagai penonton yang muda remaja ni suka tengok sahaja dan kurang teliti dalam mendalami mesej2 yang ingin disampaikan dalam drama atau filem-filem.

  21. Salam.

    Alhamdulillah, dah semakin banyak filem2 mahupun drama sebegini dihasilkan.

    Saya ada juga tengok drama siaran Astro Ria yang mana skripnya ditulis oleh Dato Hassan Din al-Hafiz seperti “Suara dari Kubur”.

    Ni kiranya satu hal yg baik la dengan penglibatan orang agama. Tahniah gak buat ustaz slaku penyumbang idea atau penulis skrip bg “Cinta Sempurna”.

    selamat maju jaya…

  22. Natasha says:

    Saya tak berapa suka dengan watak cikgu Syuhada, terutamanya pada dialognya. Ustaz perasan tak yang dialog nya macam dalam buku teks? Nak termuntah dengar. So not realistic. She can say something simple, not simply memorising the whole thing.

    • hakeem says:

      @Natasha,

      yup setuju..mungkin boleh diperbaiki sikit bab ni..nampak skema sangat cara dia bercakap..

      • wani says:

        @hakeem,

        first time berlakon kan….oklah tu…syukurlah ada gak yg sudi berlakon dgn rekod bersih dlm genre sebegini..takmolah komen negatif byk sgt tentang individu…terencat depa nak berdakwah dlm seni nanti, tak gitu? ;)

  23. nailah says:

    salam…stuju ngn pndapt tobie….macam malu je nk tgk…
    tp sk ngn lakonan adik Irham 2…

  24. cauchy says:

    To break the cliche, next time kita buat movie kisah budak Malaysia dari US yang baik v budak huru hara local uni. Interesting to see the conflicts and the eventual love between them(still cliche)..just to break the stereotyping oof malay student studying overseas.

    • c's says:

      @cauchy,

      sokong2.. konsep cam dalam sajak tenggang homecoming pn bes.. org2 kg die xdpt terima perubahan yg cuba die bwak ke.. n org rse die dh jd xbek.. walhal die cube mengubah sst yg dh lme membarah dalam masyarakat..

      At least syurga cinta is good effort though.. n good start to move forward.. condemning doesnt make any diff if we dunno how to play our role instead..

      tahniah pd krew syurga cinta!

      p/s scene ikmal mmg syok tgk, tp klu kte jdi awal.. memang bengang gak.. exasperating tul die~ huhu

  25. umairah says:

    saya pegi menonton ngan adik2 sumer.. tu ler.. tak sangka ader adengan clubbing tu… yg tak best nyer. adik sy yg 4 thn da terikut2.. kuat betul pengaruh buruk ni pd kanak2.. yg len so far ok kot… fuhtermore.. syurga cinta more2 better than bohsia… time tu kan film tu dimainkan pada masa yg sama :D

  26. Shaz Mokhtaruddin says:

    salam semua

    saya sangat terkesan dengan babak irham berwudhuk dan bersolat buat kali pertama dalam hidupnya.terasa sebak di hati kala mendengar tiupan seruling ketika itu…

    filem yang baik, moga ianya suatu permulaan…

  27. ummu AQILA says:

    Salam..

    Ustaz..

    Tidakkah berdosa kita menonton filem yang mendedahkan aurat sebegitu rupa (scene) clubbing…

    Wassalam

  28. Saya berpendapat dengan Faisal Tehrani. Dalam karya seni ada tiga perkara yang saling berkait rapat iaitu logik atau logos, etika dan estetika. Apabila nilai Islam mahu diserapkan dalam sebuah karya ia akan menjadi empat iaitu ilmu.

    Saya lihat, banyak filem/drama yang dihasilkan logiknya sangat lemah. Kadang-kadang ada plot cerita yang mempunyai ‘sebab yang kecil’ boleh menyebabkan ‘akibat yang besar’.

    Jika ceritanya tidak logik bermakna penguasaannya lemah. Penguasaan ilmu dalam karya oleh penonton juga lemah sebab ia jauh dari situasi kehidupan yg sebenar yang boleh diambil pengajaran. Ia tidak logik.

    Lagi satu tentang ‘stereotaip’ karya yang melemahkan plot cerita. Contohnya ‘orang kaya mesti jahat, org kaya berpangkat datuk mesti ada perempuan simpanan, bila tak cukup kasih sayang mesti hisap dadah, balik oversea mesti ikut budaya barat, anak orang miskin mesti jadi jahat dan banyak lagi. Tapi saya tak katakan semua karya ada unsur stereotaip yg begitu tetapi kebanyakan begitu. Unsur streotaip yang melemahkan karya.

    Mungkin apa yg cuba ustaz ulas dalam entri ini ada kaitan dengan unsur logik dan stereotaip

  29. x dpt nak tonton lagi..
    tapi satu pencapaian yg bagus dlm dunia filem msia…
    alangkah bagusnye kalau org2 perfileman ni membaca dan meneliti ulasan ustaz ni…dpt la mereka memperbaiki apa yg kurang tu

  30. zalizabrina says:

    salam pembaca saifulislam semua..
    saya rasa isu ‘stereotype’ tu satu perkara normal bg sesuatu filem..mana taknya, kalo katakanlah pelakon tu ex-sekolah agama, then gi clubbing lak..mesti org tercengang-cengang, apsal dier camtu lak..tp bila buat budak overseas yg gi clubbing, secara logiknya org akan pikir, tu pengaruh dari kwn2 di overseas..not to condemn overseas student, sbb sy pon blaja di overseas..cumanya org x tau di overseas juga ada aktiviti keagamaan, malah maybe lbh hebat dr msia..wallahu’alam..

  31. masri says:

    Ada yang bertanya pasal hadis sahih menonton wayang.

    Gunakan common sense, mana ada wayang, pawagam zaman Rasulullah saw sampai mahu ada hadis yang khusus mengenainya.

    • Abu Saif says:

      @masri,

      teringat satu artikel lama bertajuk, “meminta dalil itu kebodohan”. tak semestinya juga bersetuju dengan artikel tu, tapi bila masuk bab minta hadith sahih tengok wayang ni, ada jugalah unsur-unsur kebenaran artikel tu

  32. wani says:

    Salam ust,

    Mustahil nggak kalu post ust ini diberi bca kepada ahmad idham? Ya..moga mereka beroleh idea untuk penambahbaikan..Tak gitu? :) insyaALLAH

  33. ati says:

    salam
    saya baru saja tgk DVD movie ni Ahad lepas. Jalan cerita serdahana. semmgnya permulaan dan approach yang bagus dari Ahmad Idham wlpun masih ada kekurangan. Saya suka bila David Teoh kata, semasa casting utk watak Cikgu Shuhada tu, dia nak yang pelakon luar filem pun pakai tudung. Rata2 tak ramai pelakon wanita yg begitu. Berlakon je pkai tudung kat luar seksi. hmmm

    p/s doa moga David Teo tu dpt hidayah… byk lagi islamic movie dia leh produce..

  34. Pak Din says:

    Nilai Islam telah membentuk Dunia yang kita lalui sekarang, hanya kita kurang pakar menilai kehadirannya.

  35. akh says:

    salam..

    ambil sj contoh “a walk to remember”. watak lelaki dia tu, cukup sj tunjuk sbgai seorg yg tak berapa beragama dan bermasalah. tapi takdelah over sgt..

    bl wataknya tidak ter’over’ jahat, sy rasa barula filem itu lbh hidup. barula penonton dpt applikasikan pengajaran dalam hidup masing2.

  36. rahsia says:

    Quote “Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA”

    Salam ustaz, bagaimana utk memastikan bahawa cinta yg berputik dihati itu datang dari Allah krn biasanya perasaan ‘minat’ itu timbul apabila hati terasa bergetar dgn paras rupa si dia..

    Kebanyakan gadis zaman ini (tak termasuk pembaca SIDC kot) pula mana la nak terima pinangan lelaki yg baru dikenali dlm tempoh singkat w/pun si lelaki itu rasa yakin bhw niat dia melamar adalah kerana Allah.. :(

    mm,saya belum menonton cerita Syurga Cinta..Rasanya ia tak akan setanding dgn Ayat2 Cinta..menitis gak le air mata lelaki bila nengok movie tu..

    • Abu Saif says:

      @rahsia,

      wsalam.

      quotation tiga jenis jodoh tu ialah nasihat khusus kepada irham yang dah jatuh hati kepada cikgu syuhadah. nasihat sebagai jalan keluar terbaik.

      ada pun yang belum jatuh hati dan belum jatuh cinta, putik-putik tu pun elok tinggalkan. berputik biar akarnya dah tumbuh di tanah halal. bukan berakar di luar pagar, batang menjalar ke laman orang

  37. Bungakopi says:

    sekali-sekala jengah blog ni best juga. apa yg ustaz komen memang benar, tetapi ok la kan sebab ada juga filem islamik dihasilkan kat malaysia ni. pelik kan, agama rasmi negara Islam ttp so far brp sgt filem begini.

  38. hazman says:

    diharapkan malaysian dapat hasilkan lebih banyak kisah yang berunsurkan dakwah dengan idea tersendiri….

  39. ummumuhammad says:

    ni la yg dikatakan kalu duk dkt dgn najis..bau nyer melakt pd diri kita…nauzubillah

    • Abu Saif says:

      @ummumuhammad,

      siapakah najis yang dimaksudkan?

      nabi s.a.w guna istilah tukang besi vs penjual minyak wangi.

      dalam quran, najis hanya diguna untuk si kafir. itu pun disebut rijsun, bukannya najasun

  40. faza says:

    saye tengok cite semalam.. xtau la kenape.. sy memang xsuka langsung cite ni… bg sy lakonan heliza tak berkesan… ni hanya pendapat saya…
    dan ape yg ustaz komen sume betul pd pndangan sy…
    paling sy pelik, yg skrip wktu kat litar kete.. yg die cakap kadang2 Allah hilangkan matahari….
    sy memang xfaham tujuan die ckp ayat tu, xsesuai dgn situasi.. memang la ayat tu best.. selalu sy terbace….
    ni hanya pendapat saya….

  41. khairaummah says:

    sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
    Moga Allah beri kekuatan pada semua…

    “Berani mengubah dengan berubah”

  42. introspeksi_jordan says:

    introspeksi untuk islah.semua pihak perlu muhasabah dan saling mengingatkan.banyak berselisih tak baik.perlu fikirkan cara bagaimana untuk tegakkan islam di muka bumi Allah ini dalam segenap aspek.menjadi seorang muslim dan da’i perlu bijak dan kreatif.aasifah wa syukran

  43. miss says:

    salam,
    ustaz…

    saya ingin bertanyakan soalan,sy sedang berkawan rapat dgn seorg lelaki, budaknya pun baik.Ahli keluarga saya sudah mengenalinya.dan sukannya..Kdg2 terdetik takut jika dia bukan lah org yg terbaik utk saya,dan sy bukan lah org yg terbaik utknya.Tp sy sgt sayang utk trus buang dia dlm hidup ini.Apa pandangan ustaz? Lagi satu, bagaimana sy nak kuat kan semangat utk trus menahan diri dr pergaulan yg xdiingini sedangkan persekitaran sy sgt negatif….waallahualam.terima kasih.

  44. ummumuhammad says:

    salam

    ustz..sya akui..ustz mmg byk ilmu agama & bijak berkata2…Alhamdulillah..satu anugerah dri Allah…yg xsemua perolehi
    Mmg pd mula sya amat kagum dengan kebolehan ustz..berjaya menarik gol muda utk berhijrah
    Sebaiknye..teruskanlah..& jgn jadi alat dri sesetengah pihak yg hanya utk mengautkan keuntungan tanpa mengira halal & haram.Saya rasa ustz lg arif dgn semua ini.
    Wa Allahualam

  45. hamba99 says:

    Syabas juga kepada Heliza AF5 yang berhasil menjayakan wataknya secara serba sederhana tetapi berkesan. Apa yang lebih perlu disedari oleh semua, kejayaan melakonkan watak Cikgu Syuhadah langsung tidak memerlukan Heliza untuk membuat apa-apa adegan yang menyanggahi hukum Syara’.

    betul tu ustaz, tak perlu adegan yg lebih2, yg melanggar syara’ pun kalau nak berlakon, cuma adakah pelakon dan pengarah/penerbit ni ada kesedaran atau tak…

  46. afiqkarim says:

    tak nak komen panjang
    tapi saya suka ulasan ustaz
    x berfokus sgt pada sesuatu perkara
    malah secara menyeluruh…
    good job!

  47. loy_azloy Putera.forumotion.com says:

    Saya baru sahaja melihat cerita ini dari cd yang saya beli kelmarin.komen saya ianya adalah satu cerita yang ELOK anak2 muda tonton,kerana cerita ini sedikit sebanyak boleh menginsafkan kita yang selalu lalai,lupakan yang anda tak minat Heliza,Awal atau Hadziq(aku kureng minat Hadziq)hehe…namun pujian harus diberikan untuk cerita sebegini,tiada kisah cinta yang keterlaluan,aksi merepek yang tak berapa nak jadi atau babak yang meloyakan seperti filem2 melayu sekarang ini…
    abaikan cerita indonesia yang panjang serta merepek walaupun menyentuh berkaitan ketuhanan.
    point2 cerita SYURGA CINTA sangatlah jelas dan ringkas namun berjaya meninggalkan kesan dalam hati kita,jika ianya diolah oleh khabir batiar (Nur Kasih) saya yakin impaknya amat besar…

    P.S aku tengok Syurga Cinta sebab Heliza huhuhu…sampaikan kat skype pun nick aku pakwe Heliza tehehe….

    salam…. (”,)

  48. perihatin says:

    saya rasa citer ni da campor adukkan benda yang hak dan bathil..
    yang hak semua org da tahu, xyah la saya citer..
    yang bathilnya adegan yang kurang menyenangkan apabila irham sewenang2xnya berpelukan dengan perempuan…dan melakonkan babak yang kurang menyenangkan..part yanng mana?part yang dia kata “hari2x exercise”…kalau nak buat citer islami xyah tunjukkan benda2x mcm tu x leh ke?
    satu lagi apabila irham and de gangs dlm citer tu berpelukan dengan pom kat PUB sewenang2xnya….subhanallah…

    • Amin007 says:

      @perihatin,
      kalau nak buat cerita biar ramai yang suka tengok. kalau ada sebahagian yang suka tengok, mesej tersirat tak akan disampaikan.

      namun terpenting mesej yang nak disampaikan kalau banyak buat dosa pun masih sempat bertaubat.

      dakwah kepada manusia memerlukan skil komunikasi yang cukup tinggi. namun hati-hati manusia Allah yang pegang. apa yang Allah perintah dakwah sahaja berkali-kali

Leave a Reply