Tenaga di Balik Tabir IYEP
Berdiri dari kiri: Saifulislam.Com, Maria Yan, Evelyn dan Afiq
Duduk dari kiri: Bo Bo dari Myanmar dan Anthony
Alhamdulillah…
Syukur kepada Allah kerana program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) telah selesai.
Perasaan saya bercampur aduk. Gembira dan penuh bangga dengan peserta yang telah mempamerkan kualiti yang kami harapkan, namun diselubungi rasa gementar kerana tahu bahawa mesej yang ingin dibawa ke seluruh dunia oleh 50 peserta dari 15 negara dan 6 agama, adalah suatu lorong yang penuh liku… sama ada diselubungi ujian, mahu pun kesunyian.
Mengapa saya katakan demikian?
Secara peribadi, walau pun program IYEP telah sangat berjaya melebihi apa yang kami jangkakan, namun di sana ada satu ruang besar yang boleh diperbaiki, andaikata program seperti ini bakal diadakan sekali lagi pada masa hadapan.
Ruang yang saya maksudkan itu, adalah penyediaan mindset yang betul kepada peserta yang hadir. Seperti biasa, saya sering mengulangi kenyataan bahawa, mindset yang tidak betul akan menjadi penghalang kepada penerimaan dan penolakan. Ia boleh mencetuskan masalah yang tidak perlu.
Masih ramai peserta dan sebahagian tenaga kerja, yang tidak jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan dialog antara agama dan tamadun. Dalam konteks yang lebih besar, ia juga menjelaskan bahawa sebahagian besar masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama, juga masih jauh dari meraikan mesej ini. Semangat, keinginan yang membara di kalangan duta IYEP21 akan dicabar oleh ketidak sediaan masyarakat untuk memahaminya. Suatu perjalanan yang memerlukan kesabaran, kerana manusia sudah terlalu biasa bergaduh atas alasan agama.
Lantas peserta dan kita semua mesti bertanya kepada diri sendiri, apakah sebenarnya yang anda faham tentang dialog antara agama (Interfaith Dialogue)? Apakah dialog antara agama ini medan menguji kebenaran agama masing-masing, gelanggang diskusi teologi, atau ruang menukar agama?
Isu ini sangat penting untuk diselesaikan. Apabila sesiapa sahaja yang menyertai dialog antara agama, gagal meletakkan dialog ini dalam konteks yang betul, maka ia akan menyulitkan perbincangan.
FUNGSI AGAMA
Agama adalah jawapan dan penyelesaian kepada fungsi kehidupan manusia.
Fungsi pertama agama, ialah mendefinisikan siapakah saya dan siapakah Tuhan, serta bagaimanakah saya berhubung dengan Tuhan itu. Bagi Muslim, dimensi ini dinamakan sebagai hablun minaLlah dan ia merupakah skop manusia meneliti dan mengkaji kesahihan kepercayaannya dalam menghuraikan persoalan diri dan Tuhan yang saya sebutkan tadi. Perbincangan tentang fungsi pertama ini berkisar tentang Ketuhanan, Kenabian, Kesahihan Risalah dan sebagainya.
Kategori pertama ini, adalah daerah yang tidak terlibat di dalam dialog antara agama. Pluralisma agama yang disebut beberapa kali oleh satu dua penceramah, TIDAK bermaksud menyamaratakan semua agama dalam konteks ini. Mana mungkin penyama rataan dibuat sedangkan sesiapa sahaja tahu bahawa asas agama malah sejarahnya begitu berbeza. Tidak mungkin semua agama itu sama!
Manakala fungsi kedua bagi agama ialah mendefinisikan siapakah saya dalam konteks interpersonal iaitu bagaimanakah saya berhubung dengan manusia. Bagi pembaca Muslim, kategori ini saya rujukkan ia sebagai hablun minannaas.
Ketika Allah SWT menurunkan ayat al-Quran yang memerintahkan manusia agar saling kenal mengenal (Al-Hujurat 49: 13), perbezaan yang berlaku di antara manusia bukan sahaja meliputi perbezaan kaum, malah agama dan kepercayaan. Fenomena berbilang agama adalah seiring dengan perkembangan manusia yang berbilang bangsa itu semenjak sekian lama.
Maka manusia dituntut agar belajar untuk menjadikan perbezaan itu sebagai medan kenal mengenal, dan bukannya gelanggang krisis dan perbalahan.
Untuk seorang manusia berkenalan dan seterusnya bekerjasama di antara satu sama lain, mereka memerlukan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama untuk menghasilkan persefahaman. Maka di sinilah, dialog antara agama (Interfaith Dialogue) mengambil tempat. Dialog antara agama bertujuan untuk menerokai beberapa persamaan yang ada di antara agama. Dan persamaan itu banyak ditemui di peringkat etika dan nilai.
KOMPONEN AGAMA
Saya akan cuba menjelaskannya dalam konteks gambarajah berikut:
Komponen Agama
Dari mana sahaja kita melihat, agama Islam akan mempamerkan tiga dimensi ini. Setiap perintah Allah SWT adalah berlangsung di atas dasar Iman. Iman itu diproses melalui ritual ibadah. Tetapi agama tidak berhenti setakat itu.
Ibadah adalah taabbud kita kepada Allah, namun Allah tidak mempunyai kepentingan terhadap Taabbud kita kepada-Nya. Maka, apakah tujuan Ibadah yang memproses Aqidah itu?
Tidak lain dan tidak bukan, tujuannya adalah untuk manusia itu sendiri. Aqidah yang diproses melalui Ibadah, adalah bertujuan untuk menghasilkan karakter, kualiti dan nilai tertentu dalam diri manusia itu sendiri. (Iman, Islam dan Ihsan…) (Iman, Solat, Tercegah dari Mungkar…) (Iman, Puasa, Taqwa…) kesemua suruhan agama berada di dalam kerangka ini.
Ada di antara nilai yang terhasil melalui proses Ibadah itu, adalah untuk kegunaan dan manfaat manusia terhadap dirinya sendiri. Ada juga nilai yang terhasil, perlu digunakan untuk manusia berhubung dengan manusia yang lain.
Ini adalah asas yang mesti ada di dalam kefahaman kita terhadap komponen agama.
Namun, sedarkah kita bahawa semua agama mempunyai komponen yang sama? Ini adalah apa yang diistilahkan oleh Dr. Chandra Muzaffar sebagai paralel agama. Kesemua agama mempunyai komponen yang selaras.
AGAMA HINDU
Ketika kami membawa peserta ke kuil Hindu, sesi taklimat menjelaskan bahawa Hindu mengiktiraf keesaan Tuhan Pencipta. Manakala patung-patung yang ada di dalam kuil, mewakili beberapa konsep yang ingin dicapai. Apabila seorang penganut Hindu pergi ke satu patung, maka beliau melakukan beberapa bentuk meditasi, menawar sembahan dan lain-lain, demi untuk mencapai kualiti tertentu… seperti kehancuran ego, sabar dan lain-lain.
Maka ketuhanan dan ritual yang mereka lakukan, adalah untuk mencapai kualiti tertentu bagi kehidupan penganutnya. Dalam erti kata yang lain, pada agama Hindu itu sendiri, ada input, proses dan output. Hal yang sama juga boleh dilihat pada agam Kristian dan Yahudi. Walaupun agama Buddha tidak mempunyai konsep Tuhan Pencipta, namun meditasi dan ritualnya tetap mempunyai sandaran kepercayaan, dan segala bentul ritual itu pula, juga untuk mencapai kualiti tertentu terhadap diri manusia.
Inilah intipati kepada Dharma. Mahatma Gandhi pernah berkata yang beliau tidak mempunyai sebarang bantahan kepada mesej misionari Kristian tetapi beliau berharap agar mereka lebih komited terhadap Dharma mereka sendiri – iaitu Kristianiti yang sebenar.
TUMPUAN DIALOG ANTARA AGAMA
Maka, nilai dan kualiti inilah yang menjadi fokus dialog antara agama. Oleh kerana kesemua agama mempunyai matlamat yang selaras, maka ia menjadi medium paling realistik untuk menjadikan manusia boleh bersefahaman dan bekerjasama. Sebagaimana agama boleh menjadi punca konflik (apabila manusia lebih cintakan ‘agama’nya berbanding Tuhan), maka agama jugalah penyelesaian kepada konflik itu, iaitu dengan membetulkan kembali mindset kita terhadap komponen agama.
Saya mempengerusikan sesi bersama Dr. Kamar Oniah
Kesemua agama mengajar manusia menjadi baik.
Cuma, sebagai pedoman kepada pembaca Muslim, di sinilah saya ingin menunjukkan rahsia di sebalik ungkapan Nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurniakan kemuliaan dan nilai Akhlaq” (Disahihkan oleh al-Albani – 1/45)
Kesempurnaan yang dimaksudkan di sini ialah kerana input dan proses kepada Akhlaq itu, disempurnakan melalui ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda. Maka Baginda SAW menegaskan bahawa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan Akhlaq.
Agama-agama lain juga meletakkan output ajarannya sebagai tingkah laku, karakter dan sikap yang baik, yang dinamakan Akhlaq oleh Islam. Namun kepada umat Islam, kita menganggap bahawa input dan prosesnya telah mengalami pelbagai masalah. Maka Muhammad SAW diutuskan untuk memperbetulkan kembali input (Aqidah) dan proses (Ibadah) kepada Akhlaq. Dengan pembetulan itu, maka sempurnalah Akhlaq sebagaimana yang diperjelaskan oleh Baginda SAW di dalam hadith di atas.
AGAMA YANG BENAR?
Akan tetapi, soal mana satukah input dan proses yang betul, ia bukan subjek dialog antara agama. Maka, menjadi suatu kesalahan yang besar apabila sesiapa yang melibatkan diri di dalam aktiviti ini, mahu menjadikan gelanggang dialog antara agama, sebagai medan perdebatan tentang soal agama siapa yang betul dan agama siapa yang salah.
Inilah yang agak kurang diperjelaskan, sehingga pelbagai isu timbul di kalangan beberapa peserta tentang penegasan masing-masing terhadap agama mereka.
“Tidak mungkin agama dapat disatukan”, kata A.
“Tidak mungkin ada dua kebenaran di sini. Hanya satu yang betul”, kata B.
Tentu sahaja. Tiada siapa di kalangan pencetus idea dialog ini mahu mengajak kepada penyatuan agama. Malah interfaith dialogue mewajibkan kita untuk mengiktiraf perbezaan yang wujud antara agama, namun mengajak kita kepada meneroka persamaan. Di manakah persamaan itu? Jawapannya ialah kepada OUTPUT. Jika manusia berpegang kepada agama, maka mereka pasti cintakan keadilan, keamanan, kerendahan diri sesama insan, hormat menghormati… kerana kesemua nilai ini adalah apa yang mahu dicapai oleh semua agama.
Sebahagian daripada peserta bergambar bersama Maria Yap, tenaga paling utama di sebalik program IYEP21 kali ini
APLIKASI
Jika ada seorang datang kepada saya kerana beliau mencari kebenaran, mahu menguji apakah kepercayaannya betul atau salah, sejauh mana benarnya Islam dan sejauh mana salahnya agama beliau pada masa itu, maka di sini saya akan mengajak beliau kepada diskusi teologi, membahaskan soal ketuhanan, kenabian, kesahihan risalah dan sebagainya.
Namun jika ada yang mahu belajar dan memahami apa itu Islam, agar beliau dapat mencari ruang-ruang kerjasama, atau hanya sekadar mahu mengenal jiran sebelah rumahnya, maka perbincangan teologi tidak membawa sebarang erti. Ia hanya akan menjadi suatu insult yang buruk kerana tetamu itu datang bukan untuk menukar agamanya, tetapi mahu belajar tentang agama kita.
Di sinilah pendekatan dialog antara agama mesti diguna pakai.
Kesilapan yang berlaku ialah:
- Seorang datang kerana mahu menganalisa kepercayaannya, mahu memahami Islam agar dapat menjawab soalan siapa dirinya, siapa Tuhan dan bagaimana dia patut berhubung dengan Tuhan, tiba-tiba kita mengajaknya kepada dialog interfaith dengan nada, “tak mengapa. Tak perlu menjadi Muslim. Asalkan kamu baik, maka kamu ok”. Orang itu sedang mencari justifikasi input dan proses agamanya. Maka berikan apa yang dia perlu.
- Seorang datang kerana mendapat tahu di dalam masyarakatnya ada orang Islam. Beliau mahu mengenali apakah yang dikatakan Islam. Mengapa orang Islam bertudung, mengapa mereka solat 5 waktu sehari semalam… agar mereka hilang tanda tanya terhadap Islam dan Muslim, dan mudah-mudahan dengan hilangnya prejudis itu, mereka boleh berkawan, bekerjasama dan berganding bahu menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu dunia… tiba-tiba kita mengajaknya kepada perdebatan agama siapakah yang benar, apakah kitab sucinya itu asli atau tidak, siapa yang akan masuk Syurga dan Neraka… apatah lagi dengan sikap supremacy yang memandang rendah terhadap orang lain dan merasa tinggi tak bertempat.
Inilah dua contoh ekstrim yang menjadi cabaran kepada interfaith dialogue.
Saya berpandangan bahawa hal ini sangat perlu untuk difahami oleh peserta dialog antara agama seperti ini, khususnya dari kalangan peserta Muslim kerana secara umumnya, merekalah penganut agama yang paling kuat berpegang dengan kepercayaan masing-masing, di samping penganut Yahudi dan Kristian.
Maka, ketika mana timbulnya istilah pluralisasi agama, janganlah cepat melenting kerana orang mendefinisikannya dengan maksud yang lain, sedangkan kita memahaminya dalam konteks yang lain.
Saya belajar dari tradisi ulama kita, betapa pentingnya pendefinisan dibuat sebelum apa-apa sahaja tajuk mahu dibincangkan. Lihat sahaja mana-mana kitab, khususnya kitab Fiqh, setiap topik akan dimulakan dengan membuat pendefinisian terma.
Akibat pemahaman yang salah terhadap subjek perbincangan, maka riuh rendahlah diskusi apabila ayam bergaduh dengan itik. Masing-masing kelihatan saling berbunyi, tapi hakikatnya mereka bercakap dalam dua bahasa yang berbeza.
Seek first to understand, then to be understood!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam ustaz,
thanks for the info. Sedikit sebanyak membantu dalam memberi pendapat bersama-sama sahabat2 non-muslims di sini yang mahu tapi malu bertanya tentang apa itu agama Islam.
Menarik betul program ni. Para dai’ sepertinya perlu pendedahan seperti ini sehingga mampu tuk bersikap terbuka dan tenang.
salam ustaz,
anthony tu kawan ana kat sekolah menengah dulu, teringin nak contact dengan dia. ustaz ada contact number/email add anthony x?
salam ustaz…
anthony was my classmate too
seafield,,,
kalau tak silap, dulu dia mg dah tunjuk minat dalam bidang-bidang seperti ini.
terkejut juga tgk gmbr dia masa baca artikel ustaz
wish good luck to him
ex-classmate form 3 – 3 Damai
Salam..
Wasalam.
A good introduction about Interfaith Dialogue. Saya selama ini pun sering terkeliru seperti yang ustaz utarakan tu. Regarding the importance of definition, indeed, in learning Medicine knowing the definition is the first thing that we need to understand for what ever topics, then only we can discuss about the disease/condition etc. It is easier that way
Salam, Ustaz
Kena buat lagi banyak-banyak yang macam ni!
satu pendekatan yang amat baik,
pengalaman belajar kat IPTS dulu, byk stimulate interfaith dialogue mcm ni. sebab non muslims ada yg suka bertanya, kenalah juga lengkap ilmu serba sedikit. Alhamdulillah, nadib baik masuk IPTS mcm tu, rasa betul2 nikmat jadi org islam..
Assalamualaikum.
Terima kasih atas komen-komen yang dikongsi. Benar kata #2 taqeyyabella dan #6 bakaq a.k.a. ~penarik beca, bahawa program seperti ini mesti diperbanyakkan.
To certain extend, saya tidak risaukan sangat dengan non Muslim, tetapi saya mengharapkan orang Islam boleh memahami subjek ini dengan baik. Sebab itulah saya tuliskan entry ini, dengan harapan sedikit demi sedikit, keyakinan dan kebijaksanaan orang kita dalam mengendalikan interfaith dialogue akan dapat dipupuk, demi dunia yang lebih baik untuk generasi esok
knp negara kita tidak menitikberatkan isu murtad yg bleluasa skrg ni? tak blh ke kita mengikut al quran dan sunnah dlm negara yg pelb kaum ni?
[...] Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisa, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. [...]
Salam,
Ana dah tulis sikit komen tentang IYEP. Silalah lawati http://jiwamuda.blogspot.com/2007_06_01_archive.html#4370335434514528108
hmm, i used to have such misconception about interfaith dialogue. I can accept the main purpose of IFD is to seek for understanding and meeting points between religions. However, it is inappropriate when a panel representing muslim,agree with other panels representing other religions on the theory of religions as different way or path towards the same God. Salah sama sekali untuk kita mempercayai semua agama adalah sama dan di akhirat kelak, semua orang yang taat atau mentaati agama dengan baik akan mendapat balasan yang baik. Konsep ini pernah diperkenalkan dalam satu interfaith dialogue. Yang menarik dan kelakarnya, apabila ditanyakan kepada ahli panel itu samada beliau bersetuju dan suka sekiranya anaknya masuk Kristian, dia marah dan tidak bersetuju, bertentangan dengan pendapatnya.
Dalam memahami dan difahami, kebenaran Islam perlu tetap dipertahankan.
However, i completely agree with your definition of the IFD.
Keras dan lembut biar bertempat kan.
Jika ada panel yang membawa diskusi teologi ke gelanggang IFD, maka ia sudah lari dari maksud IFD itu sendiri, dan saya tidak nafikan, memang selalu berlaku, ahli panel sendiri tidak meletakkan IFD dalam skop yang betul.
Soalan nak masuk agama kristian tak kalau betul2 agama kristian tu baik… adalah soalan yang sangat tidak wajar ditimbulkan di dalam dialog seperti ini.
Saya ulang sekali lagi, IFD WAJIB mengiktiraf perbezaan di antara agama, dan IFD hanya menumpukan agendanya pada titik persamaan, di peringkat nilai.
Kita juga mesti jelas, apakah nilai yang kita maksudkan. Dalam konteks mencari titik penyelesaian kepada krisis dunia yang serba menekan ini, Barat tidak boleh dinilai pada seks bebasnya kerana itu bukan nilai yang mewakili barat.
Nilai yang mesti dianalisa ialah keadilan, ketelusan, menghormati agama, biar pun pada skop yang sederhana.
Nanti saya sambung lagi… nak bersiap ke kuliah maghrib
ustaz… ana kurang jelas dgn benda nie. perbincangan macam mengiktiraf agama lain sedangkan kita sebagai penganut ISLAM wajib meyakini hanya ISLAM sebagai agama penyelamat… seolah olah agama lain pun elok. so kita leh pilih mana-mana agama kerana output nya nanti nilai jugak. semua agama nak kan kebaikkan… ana rasa pandangan nie kurang betul dan kurang tepat. ana harapkan ustaz berikan penjelasan lebih lanjut keran artikel nie buleh mendatangkan pelbagai aktif.. dah lah sekarang banyak isu murtad..
ana harap artikel nie tidak memeningkan lagi fikrah umat islam yg sememangnya dah keliru. dtambah lagi dgn isu-isu spt nie.
ABU SAIF SAYS: “Sila baca dengan teliti satu persatu dan jangan tergesa-gesa.”
Izinkan saya menulis dalam Bahasa Inggeris. I am more comfortable to write in English.
Head your interesting Tazkirah at Surau An-Naim in Wangsa Maju on Thurdsday night. About that mesjid incident you mentioned, I had almost a similar experience though in a slightly different circumstances. It happened at the Masjid Negeri in Kuantan about 6 to 9 months ago. It was Asar prayer time and I was about to enter the mesjid when two tourist from Switzerland (white and presumbably Christian) approached me whether they could watch us praying from a distance. Distance mean jut on the inside of the ‘bendul’ of the mesjid, about 70 meters from the main carpetted prayer hall. I thought that it was a good idea, a sort of dakwah, who knows they might be attracted and might embrace Islam. But I was totally disappointed, they were rudely waved to get out by the Security. When I asked why, the answer was “Instructions from Imam Besar”. And the Imam Besar was not even there; no doubt there is a notice at the entrance saying that visitors are not allowed during certain time. Dakwah gone astray? Or the Imam Besar did not read about the Bedouin pissing in the mesjid?
ABU SAIF SAYS:
“Assalamualaikum Tuan Haji. Thanks you for sharing the experience. So, it is obviously not an isolated case then… hmm”
Assalamualaikum Ustaz.
ada persoalan yang timbul iaitu di manakah peranan dan pada bila waktunya dakwah menyeru bukan muslim untuk menganut Islam dalam konteks non-muslim yang datang hanya untuk mencari kerjasama dalam perhubungan kemasyarakatan?
Harap dapat penjelasan serba ringkas dari ustaz..
syukran.
[...] case you didnt understand bahasa, it’s about Ustaz Hasrizal a.k.a SaifulIslam conducting Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP). It’s about an inter-faith program towards understanding other’s religion. [...]
Karen Armstrong sendiri tidak memilih Islam, tetapi tulisannya telah menjadi sebab ramai orang Barat memeluk Islam. Mereka memanfaatkan tulisan Karen Armstrong kerana beliau mengajar kita berfikir dan berbincang tentang agama tanpa prejudis dan prasangka. Orang dapat berfikir secara sihat.
Saya meletakkan harapan bahawa jika interfaith dialogue dibuat dengan baik, ia membuka banyak ruang untuk orang menerima Islam. Tetapi penerimaan itu bukanlah kerana kita berCAKAP tentang Islam, tetapi kerana kita dapat menunjukkan melalui perBUATan tentang akhlaq Muslim yang tahu hormat menghormati, yang kelihatannya semakin pudar dari adab dan akhlaq kita.
Sangat bersemangat untuk menyampaikan Islam, lantas bercakap siang malam tentang Islam, tetapi banyak yang dicakapkan, dan banyak yang dilakukan, lebih membinasakan, dari membantu membangunkan Islam.
Interfaith dialogue adalah dakwah yang sangat baik.
Mengiktiraf agama lain? Saya tak berfikir pun tentang siapa nak iktiraf siapa.
Dalam surah an-Naml ayat 34, Allah menceritakan tentang permaisuri Saba’ tatkala mendengar berita tentang kedatangan Nabi Sulaiman, permaisuri Saba’ yang ketika itu menyembah matahari, telah membuat satu kenyataan dengan katanya “Sesungguhnya raja-raja, (tabiat mereka ialah) apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya. Dan mereka akan menjadikan penduduknya yang mulia dihina-dina…”
Lalu Allah SWT memberi komen terhadap kenyataan permaisuri Saba’ itu dengan berkata “… dan memang begitulah (raja-raja itu) akan lakukan”.
Point saya ialah, Allah SWT mengajar kita memuliakan kebenaran. Maka jika ada perkara betul yang disebut, biar pun oleh seorang penyembah matahari seperti permaisuri Saba’ tu, kita mesti mengiktirafnya.
Dialog interfaith adalah untuk mengenal pasti kebaikan-kebaikan yang ada dari mana sahaja sumber kepercayaan, dan memanfaatkan kebaikan itu untuk mengajak manusia bekerjasama.
Amerika Syarikat melalui propagandanya “Clash of Civilization” mahu menjustifikasikan bahawa manusia akan berkonflik kerana agama”. Jika anda percaya bahawa agamalah punca manusia bergaduh dan berperang, anda sedang berada di dalam percaturan Amerika Syarikat. Tetapi interfaith dialogue, dan saya sebagai muslim dan student of history, kepercayaan saya lebih tinggi kepada “agama itulah sumber penyelesaian konflik, bukan sebaliknya”
Oh, by the way, I am here dealing with substance. Please DO NOT associate me with the Interfaith Commission (IFC) which has nothing to do with me or the idea of interfaith which I am trying to express here.
Antara kejujuran beragama dan kemahuan beragama..
Assalaimaiakum,
Bila timbul isu IFC ramai yang skeptikal dengan dialog antara agama. Umat Islam tolak IFC bukan sebab enggan berdialog, tetapi kerana tuntutan IFC yang tidak munasabah. Namun, kesannya secara tak langsung, ada pula bukan Islam, bahkan kalangan umat Islam sendiri melihat bahawa Islam itu tidak suka dialog. Salah faham ini perlu diperbetulkan. Disamping bantahan atas desakan IFC yang keterlaluan, kita juga perlu pamerkan sifat Islam sebagai agama dakwah yang gemarkan dialog. Jadi, inisiatif ustaz untuk melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini amat bermakna. Terutama bagi mencerahkan warna kemesraan pada wajah Islam. Cuma, bagaimana nak luncurkan usaha ini dalam lingkaran aktivis Islam? Agar seimbang antara mempertegaskan pembelaan Islam dan melebarkan sinar dakwah.
PAS dan NGO Islam perlu berdialog dengan IFC…bukan meneruskan salah faham akibat tidak berkomunikasi. Sekarang yang ada hanyalah prasangka-prasangka dari kedua belah pihak sahaja. Demonstrasi bukan jalannya.
Assalamu alaikum
Quote Saifulislam:
“…Please DO NOT associate me with the Interfaith Commission (IFC) which has nothing to do with me or the idea of interfaith which I am trying to express here.”
Quote abimuslih:
“Umat Islam tolak IFC bukan sebab enggan berdialog, tetapi kerana tuntutan IFC yang tidak munasabah.”
Saya rasa umat Islam perlu berhikmah mencari jalan keluar daripada tuntutan IFC yg lebih bersifat mempolitikkan konsep interfaith dialog (IFD). IFC bertopengkan interfaith dialog (IFD) untuk kelihatan rasional dan universal, sedangkan hakikatnya bukanlah utk memahami Islam dan agama lain bagi tujuan harmoni, tetapi sebenarnya untuk melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Pendakwah nampaknya pun silap dengan mengambil langkah reactionary membuang IFD sebagai methodology berkomunikasi dgn non-muslim. Saya menghargai analisa Ust Has ttg aspek Habluminnaas dalam IFD dan bukan membincangkan aspek Habluninaallah. Ia membuka kekusutan saya sendiri dalam hal ini. Jazakallah. Marilah pendakwah menjuarai IFD supaya kita membetulkan tujuan sebenarnya, mencapai keharmonian masyarakat majmuk dgn meletakkan Islam sebagai contoh yg baik (Qudwah Hasanah). Kalau kita meninggalkan arena ini, maka ia kekal ditangan IFC yg tidak bertanggungjawab. Dan IFD akan dipenuhi oleh muslim yg jahil ttg Islam sendiri.
kesilapan dalam memahami hukum, atau polisi yang tidak betul, adalah sesuatu yang amat mudah untuk ditolak ansurkan. tentu sahaja pemahaman kita boleh pelbagai…
tetapi, adakah manusia boleh khilaf pada akhlaq?
apakah ada manusia yang jahil bahawa sopan santun itu baik, dan bercakap kasar, maki hamun itu tidak baik?
saya berpendapat, kes tersebut bukan diburukkan oleh salah faham, tetapi masalah AKHLAQ.
when religion is taken into obsession…
Salam,
Saya setuju dengan idea dan pendapat ustaz hasrizal dalam IFD. Sewaktu program tersebut, saya ada bertindak agak emosional apabila Islam tidak diterjemahkan seperti yang sepatutnya oleh penceramah dan peserta. Tetapi setelah berbincang dengan Ustaz, saya sedikit sebanyak dapat menerima akan IFD ini. Saya fikir, isu ini adalah cabaran besar untuk PAS dan gerakan Islam yang lain.Mustahil orang Melayu Islam dapat hidup di negara ini tanpa coexistence bersama bangsa Cina dan India.
Sebelum pergi ke proram IYEP ini, saya sempat hadir ke sesi dialog DAP yang bertajuk Malaysia After Lina Joy.Wakil kita yang mampu mengulas tentang isu sensitif murtad pada malam itu hanyalah saudara Yusri,Presiden ABIM.Full house dalam dewan ceramah di Hotel Armada,PJ pada malam itu.
Apabila saudara Yusri mengeluarkan statement bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang paling toleransi dan mempunyai rekod yang baik dalam hubungan antara kaum dan agama, hampir semua orang bukan Islam yang hadir pada malam itu menjerit “Tidak benar!Tidak benar!”.
Itulah realiti sedikit sebanyak hubungan antara kaum di negara kita.Dari pihak gerakan Islam pula ada yang bertindak terlampau emosi dan confrontational. Saya jamin dan yakin ramai diantara orang bukan Islam di negara kita tidak memahami Islam yang sebenar.Oleh itu, salah faham senang berlaku apatah lagi apabila kes besar seperti Lina Joy di lambung-lambung oleh pihak media sebegitu rupa.
Disini saya nampak IFD sangat-sangat signifikan dalam merapatkan jurang antara kaum. Tetapi hendaklah dibuat dalam satu acuan yang adil kepada Islam dan diwakili oleh orang Islam yang ahlinya iaitu ulama yang tidak lari daripada Al Quran dan Sunnah.
Takkan kita nak biarkan Dina Zaman, Yasmin Ahmad dan Zainah Anwar yang mulakan dulu? Itulah yang saya risaukan.Jikalau ini berlaku, orang bukan Islam akan bertambah keliru dan menyukarkan lagi usaha dakwah gerakan islam di Malaysia.
[...] Kehidupan Dunia.. (Bacaan Ilmiah: Memahami Dialog Antara Agama [Inter-Faith Dialogue]). Siapakah di antara kita yang terbaik [...]
Saya sependapat dengan abi muslih, NGO islam bukan tidak setuju dailog dengan IFC, tetapi jelas mereka sampai ke peringkat ingin masuk campur dalam urusan umat Islam termasuk pelaksanaan undan-undang syariah di Malaysia.Kuasa Mahkamah Syariah sudahlah sedikit sahaja berkaitan dengan munakahat dan harta pesaka ..itupun di pertikai.Ingat Islam bukan sahaja ibadah dan aqidah serta akhlak tapi meliputi undang2 peraturan hidup, jinayat dan lain-lain.Islam mengajar manusia bukan sahaja cara ibadat tetapi menjankaui segala aspek kehidupan amakhluk. Dalam kes Moorty contohnya ada NGO bukan Islam masih mempertikai keputusan mahkamah yang dijamin perlembagaan Malaysia.
Sebagai contoh ada NGO bukan Islam dan individu tertentu yang ingin mengubah peraturan ( sama ada diwarta@ sebaliknya) setiap individu yang lahir, sekalipun ibu bapanya Islam , bebas memilih agama..?? bukankah ini telah merobek suatu amalan yang telah lama dalam masyarakat Islam dimana-mana dunia.
Saya tidak memandang serong kepada penglibatan ustaz Hasrizal dlm dailog tersebut..bahkan ihtimal ada kebaikan, sekurang-kurang mewakili individu muslim.Apa yang penting diharap, dalam mana-mana dailog kita tetap menegaskan bukan sahaja kebaikan , bahkan kesucian Islam.ISLAM tetap berbeza dengan agama dan ideologi lain terutama dalam perkara ketauhidan, nubuwah dan perkara ghaibiyyat.Tidak mungkin agama lain boleh disamakan kerana hanya ISLAM yang diiktiraf Allah taala.Apapun berhati-hati dalam dailog agar ….perlu kebijaksanaan
ABU SAIF SAYS:
“Saya lebih selesa untuk terlibat dalam diskusi dan dialog dengan sikap yang menunjukkan kewibawaan Islam, tanpa mempamerkan seolah-oleh Islam itu terlalu fragile hingga perlu diulang berkali-kali akan kesucian dan kebenarannya. Apabila saya lakarkan garisan sempadan dialog interfaith seperti di dalam artikel di atas, ia adalah panduan untuk saya memberikan komitmen kepada sempadan itu. Be secured with your faith and dialogue sincerely…”
Salam,
Saya memang memerlukan ini dalam konteks kehidupan saya sekarang! Sebagai Muslim dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, saya fikir ilmu ini amat perlu supaya dakwah Islam tetap terus tanpa menjejaskan kewibawaan Islam itu sendiri. Umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Teruskan ustaz! Moga sentiasa beroleh kecemerlangan…
Ya betul komen Ustaz Hasrizal pada komen #9 bahawa perlunya kita yang Muslim memahami topik dakwah itu dan bagaimana dengan hati kita berdakwah dan menyampaikan Islam. Salah seorang ustaz iaitu Ustaz Alias Othman pernah berpesan pada warga orang muda supaya memahami kaedah berdakwah moden dan mampu menyampaikan dakwah dengan lebih efisien. Mad’u jangan dirisaukan tapi persediaan perlu. Non Muslim tertunggu-tunggu kita untuk menyampaikan. Sangat ramai. Muslim menyampaikan. Di kampus atau di lapangan industri dan lapangan bangunan kerajaan masih banyak ruang kosong. Mungkin boleh share dengan pelajar MMU Melaka yang sudah banyak kali anjurkan interfaith dialogue secara umum dan menggalakkan sambutannya. Wallahualam sepuluh sen dua puluh sen dari ana.
Assalammualaikum ustaz,
kata-kata akhir ustaz, “..seek to undertsand, then to be understood!” masih terngiang-ngiang di telinga saya walaupun pertama kali saya mendengarnya daripada ustaz adalah kira-kira 1 tahun setengah yang lalu. Program sebegini amat bermakna, maka harapnya lebih banyak akan dijalankan.
ASSALAMUALAIKUM.
SAYA BEGITU YAKIN DENGAN SIKAP PRAMATIK AHLI2 BLOG.SAYA BEGITU KAGUM JUGA DENGAN SUBTANCE, SARANAN YANG AKAN MENGEMBALIKAN TAMADUN YANG BEGITU BERMAKNA SEKALI DI ZAMAN PENUH MENCABAR LAGI MENGGELIRUKAN.
ALLAH SAHAJALAH YANG MENGETAHUI APA SAJA YANG ADA PADA SETIAP SANUBARI MANUSIA.
SETELAH MEMBACA EACH BLOG DENGAN BERULANG KALI DAN MENGANILASI DENGAN TERPERINCI, PERASAN SAYA BAHAWA NON MUSLIMS AKAN LEBIH MEMAHAMI TAMADUN ISLAM ITU SENDIRI. JADI PADA HEMAT SAYA INI YANG KITA CARI, JALAN KELUAR, SELAMA INI. KEYAKINAN BERBLOG DENGAN CARA BERADAP DAN SEJUJUR HATI, AKAN MEMBAWA ISLAM LEBIH DIHORMATI DAN DIKENALI RAPAT. CERAMAH DAN BERDISKUSI ANTARA KITA YANG BERAGAMA DAN FAHAMAN BERLAINAN, ALA MEMBERITAHU,SEMACAM UNDERSTAND AND BE UNDERSTOOD ATLAST, MUST BE THE AGENDA!
KEPADA SESIAPA YANG MENCINTAI SESAMA INSAN, TAK KIRA APA BACKGROUND MAHUPUN KEPERCAYAAN, SELALU2LAH MENGHUJAH KEBAIKAN SESAMA MANUSIA.BERILAH LALUAN YANG SETULUS IKHLAS KEPADA MEREKA SEPERTI USTAZ SERING BERDISKUSI. SAYA YAKIN MASYARAKAT KINI BOLEH TERIMA PAKAI PANDANGAN SEPERTI USTAZ, DAN SEKALIGUS MEMATIKAN HASRAT ORANG2 YANG INGIN MEMUTARBELITKAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI, BAIK PIHAK ANTI ISLAM MAHUPUN MENJIHAD ISLAM ALA PENGGANAS.
DAN KEPADA ORANG2 YANG HENDAK MEMERANGI ISLAM DAN JUGA MEMERANGI UNTUK ISLAM DENGAN JALAN YANG TAK DIREDA ALLAH, SAYA ADA SATU PESAN — IA ITU, JIKALAU DEMIKIAN, MAKA SAYA SARANKAN MATIKAN SAJA SEMANGAT BERKOBAR2 ITU SEBELUM BAKAL MELALUI JALAN PENYESALAN.SILA DENGAR TAKLIMAT ORANG2 YANG CINTAKAN KEAMANAN DALAM ERTI KATA SEBENARNYA.BERBAIK SANGKA
KEPADA SESIAPA PUN MAHU YANG SUDAH KENAL DAN BOLEH LAGI KENAL.
WAL LAH HUALAM.
WASSALAM.
salaam,
saya sangat bersyukur jika IFD diteruskan esp di IPT. students are routinely exposed to new info and opinions, hence they tend to be more receptive to new belief and ideas. sekurang-kurangnya mereka yang non-muslim diberi exposure bahawa hadir juga agama-agama lain di dunia. Islam ya, satu-satunya agama yg diredhai, sebab itu IFD baik untuk ini menjadikan mereka dapat melihat ISLAM yang senenarnya bukan apa yang mereka lihat pada kebanyakan umatnya kini. Teamwork dalam penerusan IFD amat diperlukan. The prime aim of the team should be to evolve muslim themselves into dynamic muslim personalities and to potray islam to their non muslim peers in a positive way.
ws
Nice.
assalamualaikum ustaz..an nak brcdg untuk mmbuat research tntg semua agama yg ada di malaysia..iaitu islam,christian,hinndust and buddhist..adkh ustz merasakn ini adlh cdgn yg terbaik??mmndgkn an baru shj mnjejakkn kaki ke dunia kolej..an xde pnglmn..sbb tu mnta pndpt ustaz..tntg di mana link yg mudah untk mncari maklumt tntg berlainn agama tnpa mnmbulkn salah fhm mna2 pihak..dan prgduhn dr mne2 agama..hrp ustaz dpt berikn pndpt ustz..syukran jazilan..
Web Hosting Reviews, Web Site Hosting…
I couldn’t understand some parts of this article, but it sounds interesting…
[...] kata salah seorang ahli mesyuarat kami semasa saya dan rakan-rakan bermesyuarat untuk program IYEP tempoh [...]
assalammualaikum ustaz….
saya kagum dgn ape yang dinyatakan dalam artikel yang dinyatakan ini. ini dapat membantu saya yang sedang mengkaji tentang dialog antara agama pada masa kini. saya harap ustaz dapat memberi lebih lagi tentang dialog antara agama ini. untuk menambahkan maklumat yang saya cari…
Salamun’alaik!!!!!!!!!
Ustaz….aritu ana dan kwn2 dari kelab jab. Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian lslam, UKM mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Singapura bertemakan ” Salam Bersambut Ukhwah Bertaut “. Dari penelitian yang ana lakukan terhadap MUIS, DARUL ARQAM, MASJID2 dan lain2…mereka lebih menekankan kepada konsep INTERFAITH…Hal yang demikian, telah membuatkan ana tertarik hati dan ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi. Ana berpendapat bahawa konsep ini amat baik sekali di praktikkan di Malaysia memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Pendedahan yang ustaz berikan melalui laman ini pula sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan buat umum dan ana khasnya. Marilah kita semua berlapang dada menerimanya..
Jazakallah khairan kathiran ustaz!!!
salam…
hurmm..article yg menarik!best2! IFD adalah 1 medium yg sgt baik untk mnjelaskan kekeliruan msyrkt awam bukn shj trhdp non muslim tp muslim itu sendri ttg islam..memndgkan sy prnh bersklh disebuah skolh agama swasta yg mane sy rase tmpat ibubp ‘mencampk’ ank2 mereka yg agak ‘nakal’..sbg naqibh, tlh berulangkali persoalan spt..knape kite kene pkai tudg?knape kene solat?knape non muslim buleh hidop senang dr org islam?agame laen pon sroh bwat baik knape kene islam jugak?..sy juge prnh ditanye oleh rakan2 non muslim..knape islam sruh mcn ni dn itu? n etc..dah sy hanye dpt mmbri jwpn sekadr yg termampu oleh krn kurgnye ilmmu didada..oleh itu sy rase progrm spt IFD nie harus disertai oleh insan2 yg bergelar muslim dgn lebih ramai..sy akui,kerp kali merasa malu terhdp diri sndri krn xdpt mnjwb dgn sempurna soaln ttg agama yg dianuti ini..oleh itu,sy meminta jasa baik ustz sekiranya sudi untk memberi sedikt panduan dlm mmbeli buku@ustz bleh suggestkan buku2 yg sesuai dibace untk permulaan sekadar untuk menmbh ilmu didada..sekurg2 nya kte btol2 phm apakah erti islam yg sbenr n dpt menjwb soaln2 yg sering dikemukakn oleh non muslim..
~seseunggahnya ilmu itu penting dlm mnjlnkan dakwah~
jazkl kher~ ustaz..
Saya nak tanya…. Apa hukum nya ada yang saya pernah dengar bahawa keputusan untuk org tua yg anak gadis nya yang masih dara ingin kawin adalah di keputusan org tua nya cuma gadis itu janda dan bukan dara…..
Jadi jika gadis itu pernah melakukan atau ayat lain beliau bukan dara, adakah beliau masih boleh memberi keputusan utk kawin atau tidak mengikut dari soal agama? Ini kerana jika keputusan kawin bukan lagi tanggungjawap org tua nya jika anak perempuan mereka janda , sama lah status nya dgn gadis yg bukan dara lagi sebelum nya kawin…….?
Ada kah gadis yg bukan dara itu sama status nya dari soal memberi keputusan kawin nya itu sama status nya dgn janda?
[...] Inter-Civilizationa l Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisa, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. [...]
salam ustaz,
sy minta izin ustaz utk copy article ni just for my personal note..
tq..
Assalamualaikum.apa pendapat ust sekiranya pihak persatuan di mana2 IPT ingin mengadakan dialog antara agama2 dan menjemput wakil dr setiap agama itu sendiri seperti Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu berada di atas satu pentas yang sama? Adakah dialog seperti ini harus dilakukan? Ana bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang program ini berlangsung kerana pada pendapat ana sudah tentu semua peserta yang mewakili agama masing2 akan cuba mempertahankan agama mereka sekiranya wakil daripada agama lain membentangkan kemurnian agama mereka. Apa pendapat ust?
jelaskan diskusi teologi dengan lebih detail lagi…
SAYA SOKONG ABDUL RAHIM OSMAN. TAHNIAH
assalamualaikum
saya ingin meminta bantuan ustaz
tentang tajuk assignment saya iaitu mengenai
“PLURALISMA AGAMA” CABARAN ISLAM PADA MASA KINI.
saya harap ustaz dpt membantu memberikan beberapa info menarik yang dpt dikongsikan tentang tajuk tersebut.
sekian , terima kasih
Assalamulaikun..
Perkara yang baik elok lah di war2 kan , oleh itu sila kunjungi http://www.youtube.com/user/moors9 tkasih
terima kasih ustaz sangat bermanfaat blog ustaz