Peserta IYEP membentangkan idea mereka tentang Conflict Solutions
Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisa, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca.
Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta.
Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai isu yang diperkatakan.
Hinggakan Karen Armstrong sendiri mendapat pelbagai “bahan baru” yang beliau mohon kebenaran peserta untuk menggunakannya di dalam ucapan dan penulisan. Sememangnya sesi soal jawab dan bengkel telah menonjolkan bahawa 50 warga IYEP kali ini adalah pemimpin masa depan yang hebat, semoga Allah memanjangkan umur saya untuk menyaksikannya.
Namun, keghairahan dan kegembiraan kami dengan pelbagai pengalaman baru, telah tercemar oleh suatu insiden yang amat memalukan, khususnya di pihak Islam.
LAWATAN KE RUMAH IBADAT
Peserta bersiap sedia menaiki bas untuk lawatan ke rumah ibadat
Pada hari kedua program, kami telah merangka lawatan ke Kuil Hindu dan Buddha serta Gereja Katholik di Kajang. Lawatan dijangkakan berakhir dengan kunjungan kami ke sebuah masjid terkemuka di tanah air kita.
Urusan telah dibuat sejak sekian lama dan pelbagai aturcara telah disusun.
Paling mengagumkan kami ialah kesungguhan Kuil Hindu yang mengatur pelbagai acara, menyediakan makanan vegetarian untuk peserta dan juga mengadakan sesi soal jawab untuk peserta.
Kesungguhan yang sama juga ditunjukkan oleh Kuil Buddha yang kami lawati. Sesi dialog amat menarik. Walaupun ada soalan “mengarut” dari peserta tetapi ia dijawab dalam suasana yang ceria dan gembira oleh setiap yang berada di situ kerana tujuan kunjungan kami adalah untuk belajar.
Di peringkat pengaturcaraan program, Gereja Katholik kelihatan agar gementar. Melalui diskusi sebelum berlangsungnya IYEP, nampak sedikit kerisauan dan kami memahaminya kerana perkembangan semasa di Malaysia yang agak panas (Kes Lina Joy dan lain-lain). Namun, akhirnya kami berjaya mengatur lawatan yang sungguh harmoni dan paling saya hargai ialah, paderi yang sepatutnya menyambut kami telah meminta bantuan pegawai lain memandangkan dirinya terpaksa ke hospital untuk pemeriksaan jantung.
Suasana dialog sungguh baik.
Kami telah beberapa kali mengingatkan peserta agar menjaga suasana dengan tidak bersuara tinggi semasa di gereja itu. Suasana sepi adalah sangat penting bagi sebuah gereja Katholik. Namun, orang muda tetap orang muda. IYEP kali ini menerima peserta yang ada sangat banyak bahan untuk dingomelkan. Akan tetapi pihak gereja amat berlapang dada dan tersenyum sahaja dengan kerenah sesetengah peserta.
Peserta IYEP semasa sesi dialog di Kuil Hindu di Kajang
Kuil Buddha juga bersungguh–sungguh menyambut kami
Selepas lawatan selesai, kami dengan penuh girang dan ceria menuju ke masjid terkemuka tersebut.
MASJID OH MASJID
Semasa tiba, tiada siapa yang menyambut kami.
Kakitangan keselamatan pula menyulitkan peserta kerana tidak mengizinkan penggunaan beberapa tandas.
Alhamdulillah seorang juruteknik telah memberikan kami CD berisi video klip untuk ditayangkan kepada peserta. Segalanya kami lakukan sendiri dan amat mendukacitakan apabila video klip selama 10 minit itu hanya ghairah bercerita tentang aspek-aspek seni bina masjid itu sahaja, tanpa ada langsung menyentuh tentang Islam sebagai intipati sebuah masjid.
Soal jawab dikendalikan oleh Komiti IYEP.
Rasa tidak selesa tidak terhenti di situ.
50 peserta telah bersedia untuk masuk ke masjid dan yang perempuan telah pun memakai tudung dan jubah yang disediakan.
“Berhenti! Orang bukan Islam hanya boleh sampai di sini sahaja!” sergah seorang kakitangan keselamatan masjid.
“Jangan cemar kesucian masjid ini!” katanya lagi.
Kesemua peserta terkejut. Saya sendiri sudah panas telinga.
“Encik, kami sudah buat urusan sejak lebih sebulan yang lalu” salah seorang AJK memberikan penjelasan.
“Mana surat Imam? Kalau tak ada surat Imam, tak boleh masuk. Waktu lawatan sudah habis!” pekerja tersebut bercakap dengan begitu kasar kepada kami. Manakala dua tiga orang yang lain sibuk mengepung tangga masjid agar peserta yang sangat teruja ingin melihat masjid, tidak menjejakkan kaki ke atas anak tangga.
Kami cuba mendapatkan Imam, tetapi malang sekali kerana Imam sudah balik. Ada pegawai memberi alasan yang Imam balik kerana kami datang selepas waktu pejabat sedangkan Imam harus bersiap sedia sebelum datang ke masjid semula malam nanti.
Ada pegawai memberikan alasan lain, bahawa kononnya Imam ada urusan dengan anaknya!
Paling mendukacitakan kami, usaha kami untuk mendapatkan penjelasan dibalas dengan herdikan dan suara nada tinggi.
“Encik bagi surat lambat kan?” salah seorang kakitangan masjid cuba membuat tuduhan liarnya.
“Jangan cakap sebarang cakap. Rujuk balik surat menyurat dan panggilan telefon yang sudah dibuat. Kira berapa hari, berapa minggu, berapa bulan!” saya panas hati dengan kelakuan mereka.
“Apa-apa pun, memang orang bukan Islam TIDAK BOLEH masuk ke masjid. Itu peraturannya”, salah seorang ustaz yang ada meninggikan suara.
“Peraturan siapa? Peraturan agama? Apa yang saya tahu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menerima semua jenis manusia ke dalam masjid. Soal jawab di dalam masjid. Malah badwi Arab sampai kencing di dinding masjid. Tetapi Rasulullah tidak menegah mereka dari mengunjunginya. Hukum mana yang tuan pegang?” saya cuba mencari penjelasan.
“Saya pergi ke kuil Hindu, Buddha dan Gereja Kristian… saya senang hati dan gembira. Tapi bila saya datang ke tempat saya sendiri, masjid ini… saya sakit hati dengan cara masjid melayan tetamu. Kami bukan walk-in tourists. Kami sudah berurusan dengan masjid sejak sekian lama” saya masih belum berpuas hati.
Tangan pun sudah seram sejuk menahan marah.
Andaikata tidak boleh sekali pun, kakitangan masjid sepatutnya boleh menjelaskan hal ini dengan cara yang beradab. Tetapi kami diherdik, dimaki hamun, dan apabila saya menyebut begitu, saya memang maksudkan ia sebagai HERDIK dan MAKI HAMUN.
“Masalahnya kamu datang selepas waktu pejabat. Sebab itu tak ada orang nak layan” kata salah seorang mereka.
“Kami bukan datang mengejut. Memang sejak awal kita sudah bersetuju bahawa lawatan ini ialah pada waktu petang seperti ini. Paderi yang sakit boleh minta bantuan pegawai lain, tapi Imam tak boleh dapatkan pengganti?” saya semakin berang. Menggigil menahan kemarahan.
“Sekarang ini, peserta program ini datang dari berpuluh negara di seluruh dunia. Mereka juga pernah melawat pelbagai masjid di sana sini. Hari ini, semua orang seronok ke gereja, ke kuil Hindu dan Buddha, tetapi kena maki hamun di masjid. Kalau orang tak minat dengan Islam, orang Murtad, kamu nak salahkan siapa? Cuba cakap dengan saya… alangkan saya yang Muslim pun sakit hati, orang lain apatah lagi!” saya bertanya lagi. Menuntut penjelasan.
Pelbagai alasan yang mereka berikan. Akhirnya mereka berkata bahawa mereka menerima arahan orang atas untuk tidak membenarkan orang non Muslim masuk ke masjid.
“Oh, orang atas. Kalau orang atas cakaplah orang atas. Jangan cakap hukum Islam, sebab Islam tak macam tu” saya meneruskan cakap.
“Kenapa orang boleh buat benda tak elok atau cakap yang tak elok dalam masjid? Sebab tak ada orang masjid yang nak jawab soalan, melayan tetamu. Macam hari ini!” kata saya lagi.
Perasaan bertukar menjadi sedih.
Saya sudah malas untuk meneruskan perbalahan kerana jam pun sudah mencecah 6:15 petang.
Banyak lagi isu yang dipergaduhkan di sepanjang 20 minit pertengkaran saya dengan pegawai masjid tersebut.
‘SAPU SAMPAH!’
Semasa sharing moment peserta di hotel pada sebelah malamnya, isu ini timbul semula. Saya terpaksa membuat justifikasi agar maruah Islam tidak jatuh dan hina disebabkan oleh kelakuan buruk “orang-orang agama” Islam itu sendiri.
“I’m hoping that the incident occurred in the Mosque today, would be a positive lesson for each of us. Even though we have many ideal solutions to offer, we have to admit that people out there are far for ready to accept changes in attitude about religion.
In order to achieve our dream, we must first be able to think positive and learn to differentiate between the custom and widespread misunderstanding among the people, with the true Islam that is so far away from what we have seen today“ saya cuba menenangkan peserta.
Saya cuba berkongsi pengalaman dengan peserta tentang pemerhatian dan pengalaman saya sendiri semasa menjadi Imam di Belfast Islamic Centre.
Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat memulihkan kembali imej Islam yang telah diburukkan oleh pihak masjid dan orang-orangnya siang tadi.
Karen Armstrong telah lebih berjaya mengangkat imej Islam berbanding “ceramah” dan akhlaq orang Islam sendiri.
Saya menangis sendirian di bilik hotel mengenangkan insiden yang amat mendukacitakan ini.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Ustaz sabar ye ..
Aduh, ingin ku tangis tiada berairmata….. tak leh nak nangis sebab kat opis ni. Tapi memang rasa nak sorok kepala bawah meja.
Salam Ustaz,
Sedih campur geram. Perkara seperti ini memang sering berlaku di kalangan umat Islam di NEGARA kita ini. Pada pandangan saya, mentaliti yang dibawa oleh pegawai masjid tersebut (juga di jabatan kerajaan & swasta) adalah SIKAP ORANG MELAYU. Bukan sebagai seorang Muslim yang sepatutnya mempunyai nilai kesopanan yang terpuji. Kita memang suka melatah, mengamuk, bertempik dan apa saja sikap yang kasar, kononnya semangat kepahlawanan Hang Tuah. Memang betullah kata-kata pahlawan Melaka…TAK HILANG MELAYU HILANG DI DUNIA. Kuatnya kita dengan “KEMELAYUAN” tapi hilangnya nilai “KEISLAMAN”.
Mohon maaf jika komen ini kurang menyenangkan. Ustaz menangis, saya dapat merasakannya.
Maaf, saya rasa orang Melayu pun tak macam tu… orang Melayu pun, sebelum kedatangan Islam, memang orang yang sopan-santun, berbudi bahasa, sebab tu senang “dorg” nak terima Islam dan tak payah nak berperang-perang pun…
Tu perangai orang gila arah jer…tak belajar akhlak.
Salam Ustaz,
Dulu semasa di Kolej, peristiwa yang sama telah berlaku kpd saya. Ada seorang rakan berketurunan India tetapi berfahaman free-thinker berjumpa saya pd satu petang dan menyatakan keinginan yang tinggi utk masuk ke dalam masjid. Katanya dia pernah masuk hampir ke seluruh rumah ibadat agama2 besar di dunia. Dan dia sangat terkejut bila saya katakan “bila-bila masa sahaja”. Sangkanya org bukan Islam tidak boleh masuk ke masjid. Justeru saya menjawab sekadar pengetahuan saya dan pd masa yg sama cuba menjelaskan ada beberapa kekeliruan dalam pembawaan umat Islam hari ini tentang peranan masjid. Menghurai panjang lebar sampai masuk kepada kenapa Islam tidak dipandang indah.
Sedih juga mendengar cerita dia pernah dihalau kerana pernah cuba melangkah masuk ke kawasan pagar masjid.
Semasa menjawat kedudukan penting dalam kepimpinan pelajar juga sy cuba mahu membentang agenda Dialog Antara Agama atau Dialog Silang Budaya tp sayangnya yang bermatian menentang idea ini adalah aktivis mahasiswa Islam. Mungkin perkataan menentang itu bunyinya keras, tp yg sy cuba maksudkan di sini ialah ‘yang berusaha dan menunjukkan tidak selesa dgn idea ini’.
Terus terang sy bukanlah org yg cukup layak nak bersuara bg pihak agama Islam yg sy anuti tp sy fikir sy tetap layak utk tahu dan menyelesaikan segala tanda tanya dlm diri tentang agama sy dan kehidupan sy seluruhnya.
Semoga seluruh antara kita yg bercita-cita menegakkan agama Islam ini akan lebih santun dan kekal istiqamah dalam melorong jalan utk diri sendiri dan seluruhnya ke cita-cita Islam sbg yg dikehendaki Allah s.w.t. dan ditunjukkan Rasulullah s.a.w.
P/S : semasa dialog saya dan rakan India sy itu, sy masih seorg hardcore Tabligh
=
Saya baca pun rasa sedih dan geram…memalukan.
Cuma saya rasa lain kali everytime Ustaz made appointment with anyone/anyplace, pastikan siapa yg bakal menunggu, dan dapatkan handphone number and pastikan call just before you depart coz most of the time this incident happens. Reconfirm (more than once) is better than get humiliated like this.
ABU SAIF SAYS: Recomfirmation telah dibuat berkali-kali. Surat menyurat sudah selesai. Kata putus sudah diperolehi. Imam mana dan ustaz mana juga sudah ditentukan. Tetapi apakan daya… pissed off that day
Ana macam boleh agak masjid yang mana satu itu. Tapi apa pun, ini bukanlah satu masalah yang terpencil saya rasa. Rata-rata inilah mindset ‘penguasa-penguasa’ masjid di negara kita.
nastaghfirullahalazim…
bila yang jahil berkata-kata….benarlah sejarah dh membuktikan..Muslim yang menhancurkan Islam sendiri…
semoga kita semua..n mereka mendapat hidayah….
x apa ustaz..ana pun yakin ana tahu masjid mana..
mungkin Allah s.w.t. mencampakkan hikmahnya di situ..bahawa dlm usaha kita umat Islam meninggikan martabat kita, masih byk dan rumit usaha ini..dan kita jgn terpesona dgn sikap eskapis kita menolak cemuhan terhadap (orang) Islam sedangkan kita tahu bahawa selalunya kita yg menjadi sebab Islam tidak dipandang mulia. Dan mungkin ini sebahagian dari rencana Allah s.w.t. utk menunjukkan betapa tingginya pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan umat terdahulu..
Islam adalah satu sistem dan sistem tidak bergerak sendiri melainkan ada yg menggerakkannya.
Moga saya belajar dan disantuni oleh insan2 terpilih.
Islam terhijab dengan gelagat/peel perangai musliin itu sendiri!
assalamualaikum ustaz,
ana sgt kecewa dan malu dgn gelagat MELAYU muslim camni…jauh skali pengalaman yg ana lalui di bumi scotland,uk bilamana imam dan masyarakat muslim di sana sgt mengalu-alukan kedatangan non-muslim ke masjid…byk lagi kerja dakwah yg perlu kita lakukan terutamanya mengikis mentaliti dan adat melayu yg tidak sesuai dan bertentangan dgn Islam…wallahua’lam…
nawwal..
kecewa dan malu tu dah jadi asam garam..
dlm dunia yg cepat berubah ni kita kena lekas memandang ke depan (bukan bermaksud buat x tau dgn yg ada dan dah lepas)
the game is already start..be the player!
wah, bab marah-marah ni laju komen bertambah ye
sudi-sudilah beri buah fikiran untuk artikel “Memahami Dialog Antara Agama” sebab saya amat mengharapkan feedback yang boleh mengukuhkan lagi kerja-kerja ini. http://saifulislam.com/?p=614
ohh, sedihnya. malaysia tanah airku.bolehland yang tak boleh.harap masjid jer cantik dan besar, tapi makmumnya tak se’gah’ dan tak sepadan.
harap infrastruktur jer moden dan maju, tapi pemikiran pemimpinnya kelas ke…
bersabarlah, ustaz.perjalanan masih jauh.
tumpang sedih bersama.
Ustaz,
Insiden di mesjid amat memalukan. Bayangkan cabaran kepada Islam untuk berkembang di abad ini terhalang oleh sikap umat Islam sendiri. Pada pandangan saya, punca utama ialah didikan dan kurang terdedah atau mendekati masyarakat bukan Islam. Walaubagaimanapun, program ini adalah satu usaha yang baik ke arah memperbaiki kelemahan ini. Saya mencadangkan program seumpama ini dapat dilakukan kepada Imam2 Mesjid. Mudah-mudahan berlaku anjakan paradigma kepada ‘mindset’ mereka.
Hurm. Agak perit. Kenapalah orang yang mengaku diri ustaz suka menengking-nemgking tak tentu pasal. Ini juga berlaku semasa saya di sebuah kem bersama remaja lain. Ada remaja yang mat rempit(jumlah ini paling ramai), ada yang tak mahu meneruskan belajar dan macam-macam lagi.
Secara amnya ramai yang melarikan diri daripada Islam. Tetapi bila saya ajak ke surau menunaikan solat, mereka tetap ikut. Cuma bila ada seorang ustaz memberikan ceramah, nada suara ustaz itu meninggi-ninggi. Mengutuk, mencela budak2 mat rempit. Bagaimanalah mereka ingin mendekat Islam lagi?
Dengan kesedaran itu, saya cuba menulis sebuah buku ‘Rahsia Kepimpinan Nabi Muhammad’. Masih dalam proses lagi. Cuma harap-harap berjaya dan dapat menyelesaikan masalah seperti ini.
Orang yang diberi title sebagai ustaz tidak belajar agama dengan betul.
assalamualaikum ustaz,
beberapa bulan yg sudah, my taiwanese friend who was an atheist spent a week di rumah dan tujuan asal beliau adalah untuk berkahwin dng muslim dan juga mengenal islam. kami berbincang tentang pelbagai agama terutamanya buddha, kristian dan islam. setelah beberapa hari kehulu hilir bersama beliau utk sesi mengenal islam dan sbgnya, saya hampir putus asa kerana reaction beliau terhadap islam mmg negative hinggalah sampai satu hari saya membawanya ke surau dan beliau terasa dihargai apabila ada yg memeluk beliau dan sbgnya..hinggakan seorg teman mengundang kami 4 lunch dan setelah selesai majlis beliau begitu gembira dan heran dengan layanan mesra yg diterima …dengan izin Allah melalui majlis makan tengahari yg ringkas,harmoni dan langsung tidak menyentuh ttg ajaran islam itu telah membuatkan beliau tiba tiba setuju untuk revert to Islam less thn 24 hrs sebelum berangkat pulang. dalam keadaan yg terkejut & bersyukur saya tersedar rupa rupanya hanya dng simple gestures dan akhlak yg mulia seseorang boleh tertarik pd Islam…terakhir, if only akhlak mulia seorang muslim berakar umbi dalam diri, dan sikap prejudis terhadap penganut agama lain diletak tepi pastilah tidak timbul spt kes yg diatas..wheteher we like it or not more often than not kitalah yg selalu membunuh rasa ingin tahu org lain ttg islam, ringkas cerita…hilang islam dalam akhlak….
Asm Ustz,
I was at Surau Annaim tonight when you related the incident at the “mosque’. Actually I have been following your writings in “i” for a few months now, but I have been rather busy to follow your kuliah until tonight. The pink robes really gave it away. It is really sadly atrocious but I think your committee or yourself should get back to the imam whose prearrangement has been made with. Explain to him what happen so that he would know what actually transpired and instruct his colleagues to be more people friendly next time as they should be all the time, anyway. These people need to know their weaknesses or else they would ignoringly chugging along as if they are serving a just cause. I must salute your patience – an essential element in dakwah.
ABU SAIF SAYS:
“Wsalam Mr. Shamsuddin. Thank you for your sharing of time with me this evening. I hope that it can be done because throughout our communication with the officers before the program, they really gave us hard time… different from what we got from those other three places of worship. So, the incident was expected but not that bad. Anyway, thanks again for coming to my kulliyyah. I really appreciate that”
[...] bahsa malaysia about some muslims stupidity. for more information ( and for direct understanding.. please read it here [...]
Islam is the beautiful way of life and perfect way to live.. However, sad to say.. Too many people wear a title of a Muslim.. But they don”™t practise Islam!
so sad, islam is ashamd by these type people who commit they are islam
Devil walks in (if you let him) where angle fears to thread.
What you are doing is good for the human kind, but many Muslim may doubt your intentions. Especially those who are conservative and those taught in schools of thoughts where everyone must be Muslims. I am told (though nobody ever quoted me “˜Nas”™ or “˜Hadith”™ or verses from the Koraan) that I should not enter a Church, a Chinese Temple, a Hinfdu Temple or a Synagogue or any non-Muslim places or worship. Though I must confess that I have been to many of these places. Am I then doing wrong to Islam?. And am I not a good Muslim? Or have I been “˜ousted”™ from Islam? And you said that you have also been to these places recently. Are you doing wrong to Islam? So what they say about not entering these places are wrong? And I must confess that my mother-in-law who seems to practice as a strict Muslim does not even allow us to have chop-stick (I am a Malay by birth and not a Chinese, though I have a Chinese ancestry but who hasn”™t in this country?) in the house. I eat with chopsticks sometime. She will throw everyone of these chopsticks from the house, into the jungle nearby the house. “Too scare away the pigs/wild boars”, she says. But when I saw on TV that the Chinese Muslims in China also use chopsticks, is my mother-in-law being unreasonable or was she been instructed wrongly? I have read the Bible, am I not being a good Muslim?
People who have these fears about us Muslims who are exposed to other religions, is it because we are still not sure about Islam? Or is it because many of us have shaky “˜aqidah”™? Or is it because we are taught conservative Islam? Or is it because we are taught wrongly? I am told that Islam has been in Malaya for about 500 years now. If you were to read “˜The Voyage of Abdullah”™, who sailed to the East Coast of Malay in the 19th Century, he met all kind of Malays (and Bugis). These almost “˜wild”™ situation he was in, especially the ruling classes. Aren”™t they not Muslims yet then? Why then they were different from what we are in today, even in the same land but in different time.
Or with all these fears that we have, are we really good Muslims?
I give all my supports to your project and to your good intentions.
Assalamualikum…sikap ‘bodoh sombong’ ‘hebat tak bertempat’ di kalangan ‘orang kita’ ni makin menonjol lately. Bukan di masjid tu je ustaz tapi mana-mana ada orang kita, apabila kita berurusan, especially di jab. kerajaan, pasti ada insiden yang menyemakkan jiwa. Ini la jadinya kalau pembangunan fizikal first class but mentality tak berubah seiring…
Pelik tapi benar…
itulah yang biasa dihadapi….
Kita berusaha perkenalkan ajaran Islam yg sebenar melalui akhlak,peribadi ttpi ramai muslim lainnya sanggup memfitnah Islam itu sendiri….
Kita berusaha menjelaskan Islam yg sebenar kpd non Muslim, bawa mereka ke masjid ttpi ada pula mereka yang berjubah,berserban memaki hamun mereka……Sdg kita bawa mereka msk masjid sbg salah satu usaha dakwah…
mmg sedih sbb ana pun pernah alami juga
Salam…
Astaghfirullah…
mngucap pnjg bila bc artikel nih… mmg masalah sikap dan akhlak yg mnimbulkan bnyk salah faham psl Islam… mcm sorang kwn sy(dia non-muslim) ..dia slalunya yg p uruskn satu bnda n prlu berurusan dgn staff Melayu..
but at d end, prjnjian antara kwn sy dgn staff ni yg dh dibuat awl2 dibatalkn krn staff tersebut mmberi pluang pulak kat sorang budak melayu n kiranya mungkir jnji dgn kwn nih…
kwn sy ni mmg kecik ati n kecewa dgn sikap staff tersebut… dia ckp kat sy dia dh x nk uruskan perkara yg perlu berurusan dgn staff yg kbnyakannya melayu krn dia seolah-olah ditipu sbb dia bkn org Islam…
thus,effect nya…mnyalahkan identiti Islam… sdgkn Islam pentingkan kesamarataan smua org sesungguhnya sm di sisi ALLAH S.W.T kecuali mereka yg bertakwa…
lantas…wahai kaum Muslimin,pertunjukkanlah akhlak seorang umat Islam yg sbnr…. Lgpun,ia adalah slh satu jln untuk berdakwah…
assalamu’alaikum..
Seorang muslimah yang igin mencari kebenaran..dia sudah berada di tengah2, antara Islam dan Kristian.. dia sangat senang hati dengan cara paderi yang melayannya dengan baik tatkala dia ke gereja. Dia bertanyakan soalan tentang murtad di internet, orang2 Islam itu mengutuknya, berdebat dengannya.. dia pergi ke pejabat agama untuk meminta pendapat di mana dia harus belajar ‘ilmu tauhid.. orang2 agama itu kata pandai2lah cari sendiri, jangan sesat dah..
..bagaimana yerr pendidikan golongan agama inie kepada generasi muda..? Maka, tidak hairan jika melihat generasi muda ramai yang rosak akhlaqnya.. samaada tidak dibimbing mahupun melihat contoh yang salah..
Afwan..
Salam…
Terharu dan simpati bila membaca kisah Ustaz ni….
Berdasarkan pengamatan saya, gejala macam ni pun berjangkit kepada institusi lain dalam masyarakat sbg contoh Institusi Pengajian (saya bekerja dalam sektor ini). Yang mana saya rasa pendekatan yang kami gunakan bukan pendekatan yang ke arah “menggalakkan” tetapi akan menyebabkan student “menjauhkan” lagi diri mereka daripada ilmu….
Assalamualaikum….
Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku… dan paling menyedihn ianya dari pihak orang Islam dan institusi keagamaan Islam. Ini semua berpunca daripada sikap individu yang berada di sesbuah intitusi itu. Yang menjadi mngsanya adalah Islam. Saya rasa pihak Ustaz perlu membuat aduan dan laporan kepada Bahagian Pengurusan Masjid di JAKIM (KESUMA)dan juga JAWI KL dengan satu salinan kertas kerja laporan peristiwa tersebut supaya pihak atasan di JAKIM dapat ambil perhatian. Ini melibatkan maruah Islam. Bukan satu perkara remeh. Akan datang orang lain pula yang menjadi mangsanya. Sikap sedemikian yang ada pada pihak pengurusan masjid perlu diatasi.
salam…
hmm..sebenarnya itulah realiti perangai orang melayu sekarang yang berani mengatakan dirinya islam..sentiasa berkata-kata tanpa hujah dan asas yang kukuh,terlampau mengikutkan perasaan dan hati tak tentu pasal,tak rasional dalam berpendirian…ape nak jadi ye..terlampau banyak situasi macamtu yang saya nampak termasuklah di kampus mahupun di kedai-kedai kopi..itulah jadinya jika islam nye hanya pada name,tidak mendalami ilmunya serta kurang pengamalannya..orang-orang macamtu lah nanti yang akan menjatuhkan agama islam yang kita sangat sayangi ini…
salam
ustaz, kat blog sy dulu sy ada byk gak tulisan ttg islam dan barat..ingat nak update tp kat upm blogspot x leh masuk sbb ada blogspot yg dibangunkan utk hentam kepimpinan di upm..so, xleh la nak update buat masa ni..
malam ni nak ke gunung tahan seminggu..
nanti ingat nak smbg..doa-doakan ya..
Salam..
Amat bersetuju dengan pendapat #8 saudara Amin Ahmad. Kalau semuanya sudah diatur sebaik mungkin, tapi perkara yang tidak diingini tersebut tetap juga berlaku, seolah – olah sudah tersurat (dan tersirat) apa yang Allah swt kehendaki itu untuk terjadi. Untuk sama – sama difikirkan dan dicarikan penyelesaian. Ustaz berada di dalam keadaan itu pada waktu itu. Jadi hari ini, ustaz boleh memandang dari luar (sebagaimana kami yang membaca insiden ini – memandang dari luar) mungkin dapat melihat dengan lebih jelas apa yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Wallahuaklam dan wasalam.
salam utz,
sedih sy bc entry kali ni. tp bertambah sedih sy dgn sikap “org2 ugama” di masjid yg tersalah(mungkin) manipulate ISLAM itu sendiri. sy sgt2 sedih bilamana ISLAM tu disusahkn, sedangkn ISLAM itu mempermudahkn, cantik, bersih, suci & tidak akan sama dgn mana2 agama. sy seringkali mengingatkn diri sy sendiri jugak, betapa cantik & indahnya ISLAM ni, adakalanya sy dipersoalkn ttg hukum dsb ttg ISLAM, sy cube m’berikn jaw yg terbaik & plg mudah utk difahami. sy juga mgkn bukanlh yg terbaik utk memahamkn org lain esp non muslim. tp kita sbg individu ISLAM itu sendiri perlu menerapkn kecantikkn ISLAM itu dlm peribadi & kehidupan seharian kita. Moga2 kita semua dilembutkn hati & dibukakn hati utk mendpt petunjuk & hidayahNya. InsyaALLAH..
assalamualaikum..
astaghfirullahalazim…kesian nya nasib umat muhammad hari ini..
tapi itu perkara biasa la ustaz..sebab ape saya kata biasa?sebab dah selalu melaluinya..saya dan jemaah tabligh(dakwah) mmg dah biasa deal dgn keadaan mcm ni..bayangkan kami nak nak iktikaf di surau atau di masjid di halang oleh ajk mereka!lahaula wala quwata illa billa hil aliyilazim..alasannya takut kehilangan barang dan org tabligh ni pengotor!la muka org tabligh(dakwah) ni semuanya muka pencuri ker..astaghfirullahalazim..
kalau takut kehilangan barang jgn la di hias surau atau masjid itu dgn perhiasan yg mahal2..bkn ker Nabi dah tegah benda2 tu semua?byk cara lagi bagi memastikan keselamatan barang2 surau/masjid boleh terselamat dari pencuri kenapa sampai di halang jemaah dari iktikaf di rumah2 allah?”kelebihan iktikaf di surau/masjid kata Nabi,Allah s.w.t. akan menjauhkan hambaNya dari api neraka sebanyak 3 parit dan setiap satu parit itu jaraknya adalah antara langit dan bumi”subhanaullah..
Tapi bkn semua surau/masjid mcm tuh,cuma segelintir jer terjadi kes2 mcm tu..(sebenarnya allah nak uji iman kami)..
Tapi bagi saya ape yg terjadi dlm situasi ustaz lebih memalukan kerana ia melibatkan non muslim..mcm mana la non muslim nak rasa terpesona dgn islam kalau mcm tu la akhlaq org islam yg di tugaskan mengimarahkan masjid..astaghfirullahalazim..
Allahamdulillah la Allah letak ustaz dlm program tu..dapat la ustaz counter sedikit permasalahan di masjid..teruskan perjuangan ustaz..
Inilah jadinya bila masjid di bina atas maksud yang salah..bukan kerana Allah, tapi sebagai simbol kebanggaan peribadi sesetengah pihak…
Salam ustaz, saya rasa mesti ramai orang yang baru pertama kali baca tentang apa itu dialog antara agama dan apa perkara yang tidak termasuk dalam perbincangan tersebut. Alhamdulillah ustaz ada buka jalan kepada orang awam atau pelaut kecil dalam lautan luas perbincangan ini.
Tentang masjid, malang sekali ramai yang fikirnya ikut maslahah puak.
salam ustaz.
pada pendapat saya, tak boleh nak salahkan orang tersebut seratus peratus juga. Mungkin kerana kurang ilmu, atau mungkin kerana “budaya” yang sebegitu.
Secara jujur saya katakan, sebelum ustaz menulis artikel ini, saya menganggap orang bukan muslim tidak dibenarkan memasuki masjid. Anggapan ini adalah kerana saya rasa, masjid itu tempat mulia, tempat yang tinggi tarafnya… Masyarakat kita sendiri memang memandang tinggi masjid.
Oleh itu, pada pendapat saya itulah salah satu punca kejadian tersebut berlaku.
Namun begitu, saya tidak nafikan bahawa attitude kita juga perlu diperbaiki agar tidak bercakap kasar…
Sekarang baru saya sedar, ape yang saya anggap betul mengikut logik semata-mata tak semesti betul tanpa penjelasan…
Kesimpulannya, saya berharap agar kita semua diberikan hidayah dan peristiwa tersebut tidak berulang lagi….
kesilapan dalam memahami hukum, atau polisi yang tidak betul, adalah sesuatu yang amat mudah untuk ditolak ansurkan. tentu sahaja pemahaman kita boleh pelbagai”¦
tetapi, adakah manusia boleh khilaf pada akhlaq?
apakah ada manusia yang jahil bahawa sopan santun itu baik, dan bercakap kasar, maki hamun itu tidak baik? apakah kemuliaan masjid boleh dipertahankan oleh kecelaan akhlaq?
saya berpendapat, kes tersebut bukan diburukkan oleh salah faham hukum, tetapi masalah AKHLAQ. saya tidak boleh bertolak ansur pada khilaf akhlaq
when religion is taken into obsession”¦
Betul ustaz….
Malah kadang-kadang kita akan jumpa pelajar cemerlang yang non muslim akhlaknya lebih bagus… Merendah diri, hormat org, tak bangga diri…
Satu peristiwa yang amat memberi kesan dalam jiwa… Satu hari(Bulan Syawal)seorang uncle cina bersapa dengan ana,minta kepastian dan kebenaran untuk ikut serta Majlis Sambutan Hari Raya di masjid( Masjid Bulat, sek.14,PJ)malah katanya ramai kenalan dia yg melayu Islam ada, jadi dia cuma nak jumpa mereka….
“Boleh ke saya pergi majlis tu,masuk masjid? Saya faham la,saya akan cuci diri,pakai elok2 punya”
Uncle Cina itu pun sebenarnya tahu nak hormat masjid
assalamualaikum…
saya rasa lebih baik adakan program utk para imam dn org2 agama dulu..
diorg sibuk risaukan ttg maruah islam d palestin..yp ape yg mreka lakukan?
huh… smangat lebih… tindakan…. hampas..
kepada yg terasa,jdkn sempadan… saya x offense sesapa..dan x pula mngatakan smuanye bgitu…
amik mana yg tbaik…
seeing beyond the flat world we have seen
salam,
terima kasih berkongsi maklumat dan concern. itulah jadinya kalau islam hanya pada nama dan sentimen tetapi tidak islam dari segi ilmu. teruskan perjuangan.
dr haslina
panas hati saya membace,kerana kami muslim disini berusaha mengumpul duit bertahun-tahun untuk membina masjid di negara bukan islam,itupon sekarang hanya mampu menyediakan kontena pejabat sebagai masjid sementara,tapi ‘pendukung’ islam di negara islam sendiri tidak pernah menghargai masjid yang dibina percuma oleh kerajaan,apatah lagi untuk meluaskan kepentingan masjid (maaf,mungkin sedikit emosi)
salam…
memang menyedihkan…..
rasanya masalah yg ustaz hadapi ini berpunca dari sikap pendukung Islam di Malaysia….tidak lain dan tidak bukan adalah orang MELAYU……..yang sebut pasal Islam tiap2 hari, yang bekerja dalam institusi Islam di masjid, jabatan agama islam, majlis agama islam adalah orang MELAYU tetapi AKHLAK mereka (bukan semua) bukanlah 100% akhlak ISLAM tetapi lebih kepada akhlak MELAYU…..
Di Newcastle yang bukan bumi Islam ini, almost everyday non muslim datang berjam-jam lamanya di masjid……bertaklimat, berdiskusi serta belajar tentang Islam dan sentiasa dilayan dengan baik…..kenapa boleh jadi begitu? kerana mereka yang mentadbir masjid adalah orang islam yang berakhlak ISLAM…..bukan akhlak MELAYU…..
Semoga saya yang MELAYU ini menjadi MELAYU ISLAM yg lebih baik…….amin
wallahua’lam
Assalamu alaikum warahmatullah,
Peristiwa ini amat menyedihkan dan memedihkan hati semua umat Islam. Dlm berat bebannya kita memanjangkan jangkauan dakwah, masih ada yang menganggap kerjanya di masjid terbatas pada birokrasi dan waktu pejabat. Lebih menyedihkan lagi ia dibuat atas nama ‘hukum’ Islam.
Semalam saya juga berargumentasi dengan seorang pakar kaunseling yang cuba memberi gambaran kepada peserta kursus bahawa pendekatan ustaz2/”org agama” kita tidak dapat lebih memikat dari para paderi. Dlm hati kecil saya, memang ada kebenarannya apa yg beliau kata. Tapi bile mengenangkan para sahabat yang bertungkus lumus mengorbankan masa peribadi dan keluarga untuk mengubah imej ini, dan telah pun sampai ke tahap yang memberangsangkan, saya dengan berat hati terpaksa menyanggah kata-kata beliau. Tujuan saya adalah agar beliau tidak termasuk dalam elemen yang mencipta imej negatif terhadap golongan agama sepertimana yang dilakukan oleh para oportunist politik yang membuat andaian2 buruk tentang para pemuka agama dan membina opini negatif di mata masyarakat, Kalau beliau bercakap demikian di hadapan semua peserta terdiri dari ustaz2 saya akan setuju.
Kejadian yg antum alami memang amat memilukan kerana ia ikut mereka imej positif yg sedang dibina dengan susah payah oleh para penggerak dakwah. Sebahagian mereka adalah para imam muda yang berfikiran lebih realistik dan memberi ruang yang sangat luas untuk masyarakat yang non-muslim yang mendapat gambaran yang keliru dari sumber non-muslim juga. Kejadian di atas seperti mengesahkan andaian mereka.
Untuk mengukuhkan hujah betapa imam2 muda begitu komited mengubah imej ini, ana ingin memberi contoh semasa ana menjadi imam di sebuah masjid di negeri Sarawak. Banyak lawatan non-muslim telah dirancang oleh sahabat yang berada dipelbagai insitusi dan kebanyakannya di hujung minggu ( hari cuti lah kononnya!). Kedatangan mereka amat menguja kami. Kedatangan mengejut pun kami terima dengan menjemput mereka ke masjid dengan menerangkan kepada mereka adab masuk masjid. Mereka bukan hanya ingin melihat keindahan seni binanya. Mereka ingin mengetahui bagaimana masjid memainkan peranan signifikannya dalam pembentukan akidah dan tamadun umat.
Adakalanya mereka di sambut dengan duduk santai di laman masjid yang agak terbuka. Minat mereka adakalanya menjangkau lebih jauh lagi ingin merasa bagaimana orang Islam solat. Kami beri izin kepada mereka untuk sujud dengan cara seperti orang Islam. Ramai yang dengan kagum memberitahu ‘Phoooh … what a relief !” Sejuknya rasa hati kita mendengarnya. Kita telah menyampaikan risalah Alah. Kami susuli dengan doa agar mereka diberi hidayah.
Sekali lagi, ya Ustaz, ana merasa amat pedih di hati membaca paparan yang amat bertolak kebelakang yang antum alami di masjid itu.
Namun ana percaya, hikmahnya adalah Allah yang sebenarnya menegur kita tentang betapa masih teledornya kita dalam melebarkan sayap dakwah kita sehingga berlakunya insiden seperti ini. Ia mungkin lebih baik daripada kita memberi gambaran tentang betapa cantiknya layanan sesebuah masjid terpilih, lakonan layanan telah diatur begitu artificial, padahal hakikatnya masjid2 laindi sekelilingnya mungkin masih mengamalkan pendekatan reverse .
Salams Ustaz.
Bagaimana kalau mereka menyentuh al-Quran? Bolehkah?
Saya tanya ini kerana ia telah berlaku di Islamic Centre di universiti saya tidak lama yang lalu.
assalamualaikum.
betapa sedih.malu.dan mendukacitakan..perangai ahli masjid yg biadap tesebut..
terasa ingin sj sy menyula ahli masjid yg tak sedar diri tu.TETAPI.memandangkan sy ini seorang yg bangsat.pendosa 24.7.tak layak.maka sy hanya mampu.untuk berasa terkilan.dan sedih.sedih.sedih.termaat sedih dn kecewa..
pertama kali.sy mengerti.apa itu sedih….apa itu keciwa…
mungkin juga ahli masjid yg biadap itu adalah syaitan.yg bertopeng.(sekadar utk menyedapkn hati yg sedang sedih.sedih.
seperti tdk percaya ini berlaku..
saya rs..pemahaman ttg peranan/fungsi masjid harus dperkembangkan..sy cuma mampu berharap/berdoa..agar ini tdk berlaku lagi..jgn sesekali berlaku ddepan mata sy hendaknya…
Assalamu alaikum warahmatullah,
Peristiwa ini amat menyedihkan dan memedihkan hati semua umat Islam. Dlm berat bebannya kita memanjangkan jangkauan dakwah, masih ada yang menganggap kerjanya di masjid terbatas pada birokrasi dan waktu pejabat. Lebih menyedihkan lagi ia dibuat atas nama ‘hukum’ Islam.
Semalam saya juga berargumentasi dengan seorang pakar kaunseling yang cuba memberi gambaran kepada peserta kursus bahawa pendekatan ustaz2/”org agama” kita tidak dapat lebih memikat dari para paderi. Dlm hati kecil saya, memang ada kebenarannya apa yg beliau kata. Tapi bile mengenangkan para sahabat yang bertungkus lumus mengorbankan masa peribadi dan keluarga untuk mengubah imej ini, dan telah pun sampai ke tahap yang memberangsangkan, saya dengan berat hati terpaksa menyanggah kata-kata beliau. Tujuan saya adalah agar beliau tidak termasuk dalam elemen yang mencipta imej negatif terhadap golongan agama sepertimana yang dilakukan oleh para oportunist politik yang membuat andaian2 buruk tentang para pemuka agama dan membina opini negatif di mata masyarakat, Kalau beliau bercakap demikian di hadapan semua peserta terdiri dari ustaz2 saya akan setuju.
Kejadian yg antum alami memang amat memilukan kerana ia ikut mereka imej positif yg sedang dibina dengan susah payah oleh para penggerak dakwah. Sebahagian mereka adalah para imam muda yang berfikiran lebih realistik dan memberi ruang yang sangat luas untuk masyarakat yang non-muslim yang mendapat gambaran yang keliru dari sumber non-muslim juga. Kejadian di atas seperti mengesahkan andaian mereka.
Untuk mengukuhkan hujah betapa imam2 muda begitu komited mengubah imej ini, ana ingin memberi contoh semasa ana menjadi imam di sebuah masjid di negeri Sarawak. Banyak lawatan non-muslim telah dirancang oleh sahabat yang berada dipelbagai insitusi dan kebanyakannya di hujung minggu ( hari cuti lah kononnya!). Kedatangan mereka amat menguja kami. Kedatangan mengejut pun kami terima dengan menjemput mereka ke masjid dengan menerangkan kepada mereka adab masuk masjid. Mereka bukan hanya ingin melihat keindahan seni binanya. Mereka ingin mengetahui bagaimana masjid memainkan peranan signifikannya dalam pembentukan akidah dan tamadun umat.
Adakalanya mereka di sambut dengan duduk santai di laman masjid yang agak terbuka. Minat mereka adakalanya menjangkau lebih jauh lagi ingin merasa bagaimana orang Islam solat. Kami beri izin kepada mereka untuk sujud dengan cara seperti orang Islam. Ramai yang dengan kagum memberitahu ‘Phoooh … what a relief !” Sejuknya rasa hati kita mendengarnya. Kita telah menyampaikan risalah Alah. Kami susuli dengan doa agar mereka diberi hidayah.
Sekali lagi, ya Ustaz, ana merasa amat pedih di hati membaca paparan yang amat bertolak kebelakang yang antum alami di masjid itu.
Namun ana percaya, hikmahnya adalah Allah yang sebenarnya menegur kita tentang betapa masih teledornya kita dalam melebarkan sayap dakwah kita sehingga berlakunya insiden seperti ini. Ia mungkin lebih baik daripada kita memberi gambaran tentang betapa cantiknya layanan sesebuah masjid terpilih, lakonan layanan telah diatur begitu artificial, padahal hakikatnya masjid2 laindi sekelilingnya mungkin masih mengamalkan pendekatan reverse .
Assalamualaikum…
Akhi hasrizal dan para pembaca blog beliau yang dihormati,
Ana rasa, ‘Lisanul Hal’ kita memang sudah begitu teruk, dengan pelbagai situasi yang memalukan kita sendiri, namun kita jangan hanya meluahkan kemaharahan, namun tiada muhasabah dan tindakan selanjutnya dari kita. Kerana luahan tanpa tindakan sebegini tidak akan merubah keadaan yang telah dilalui. So, mereka yang berada disini, sebarkan lah tentang peranan masjid yang sebenar, yang ada portfolio di jabatan yg berkaitan dengan masjid bolehlah bantu perbaiki ‘masalah’ yang melanda, bukan melanda masjid sahaja bahkan ‘perangai’ mereka yang menjaga masjid. Lagi satu, sebenarnya jangan kita marahkan mereka sangat sebab mereka tidak tahu/jahil dan mereka bukanlah diberi pendedahan untuk menguruskan masjid. So, orang atasan memang banyak memainkan peranan juga. Bukan apa, mereka memang sayangkan masjid, tapi mungkin mereka tak tahu bagaimana nak ‘jaga’ masjid dan keharmonian masjid. Malah kalau kita tengok tandas masjid sekarang/surau dah kita dapat agak bagaimana ‘pengurusan’ masjid tersebut, baik atau tidak. Kalau kita pergi masjid tengok tandas kotor dan kita biarkan kemudian cari tandas lain, maka kita juga berperangai sama juga seperti mereka. so, apa salahnya kita cari air dan simbah, bersihkan sikit2( maybe selepas selesai sakit perut/buang air la). Taklah kita asyik marah2 dan komplen sahaja, sedangkan kita pun tak sensitif(dengan tindakan) dengan keadaan tandas tersebut. maaf, ana cakap mcm ni, maybe berlawan arus sedikit. Harap faham maksud kata-kata ana.
Saya teringat kata-kata yusuf Islam (Cat Steven)
“Nasib baik aku mengenali Islam sebelum aku mengenali orang Islam. Jika aku mengenali orang Islam terlebih dahulu, nescaya aku tidak memeluk Islam”
seorang teman (beliau berketurunan Cina, dari Kedah) dari Sungai Petani yang dah lama bermastautin d Dubai ada menyatakan: kalau i still tinggal d Malaysia, i guarantee i tak masuk Islaam punya.
katanya lagi (sewaktu awal2 reverted to Islaam): melayu d Dubai sendiri, tak pernah cerita pasal Islaam, kecuali seorang dua. selalu sibuk cerita dunia saja! da’wah pada kami tak adala. Yang ada gosip sana sini!
ALhamduliLlaah, ada program dekati non-Muslim d Dubai untuk kami faham apa itu Islaam. En. David Ooi kembali ke Deenul fitrah bersama seluruh isi keluarganya (actually, isterinya Maryam reverted dulu – seminggu lebih awal. d ikuti Abdul Rahim Ooi (David) dan kemudian dua orang anak perempuan mereka).
Kali pertama mereka pulang ke Malaysia (selepas Muslim) pelbagai karenah Muslim d lalui.
Dia d halau dari masjid (dengan kata-kata: Oii, cina, apa lu buat sini!). Ketika d pasar malam, baru nak pegang buku agama (bukan Quraan), d tegah peniaga (Tolong jangan pegang-pegang ini buku aah!).
Memang kata dia, kalau dia tinggal d Malaysia, susah nak jadi Muslim!
Teringat kata2 Shaikh Fathi Yakan: Muslim pada paspot/dokumen lahir semata.
Selagi sistem kita (pendidikan, politik, dan entah apa lagi) berpaksi pada bangsa (terus memilik bangsakan agama), selagi itu da’wah pada non-Muslim gagal terlaksana.
Teruskan usaha murni, sheh! Julai nanti boleh jumpa?
ABU SAIF SAYS:
“Cerita sebegini sangat menyeksa jiwa saya. Lama-lama saya jadi self-hated Malay. Orang Melayu rosakkan Islam… akhi, balik Malaysia, give me a call. Same number. December to Ireland again Insya Allah. Ticket still tak beli. Dunno if there is any chance to transit kat Dubai…”
Salam,
Saya juga berada dalam keadaan yang tersepit dan menghimpit. Hati menjerit marah tapi diri seperti tiada upaya membaiki situasi. Saya tinggal di asrama berbentuk rumah teres tiga bilik dua bilik air (Fasiliti di universiti masih dalam pembinaan, justeru pihak uni ambil pendekatan membeli kawasan perumahan terhampir dan menjadikannya tempat tinggal kami). Dalam rumah ini ada enam orang Melayu Islam dan dua orang Cina Kristian. Yang memalukan ialah apabila ada di antara Melayu ini hanya Islam pada kad pengenalan saja. Memanjang uzur (jadi tak boleh solat). Baju kecik ketat sendat pendek tapi tudung tak tinggal (tudung kan fesyen sekarang?). Bila diajak bersolat cara lembut dan berhemah, umpama mencurah air ke daun keladi. Bila guna kaedah perli memperli, kita dikatakan cuba tunjuk baik. Lebih memalukan bila rakan-rakan Kristian lebih alim. Berpakaian sopan. Tidak lepas ke gereja. Sekali sekala duduk berteleku membaca kitab… Saya jadi pening bila mereka mula bertanya kenapa saya, B dan C solat tapi X, Y dan Z tidak. Kenapa saya bertutup litup dengan baju besar dan stokin sedang mereka seperti nangka dibalut. Dan soalan yang paling best ialah… Adakah Islam itu begitu liberal sehingga mereka seolah-olah tidak takut untuk berkelakuan begitu? Macam mana nak jawab?
Sedih betul…
Berapa banyakkah penghargaan seorang Islam terhadap agamanya sendiri..apakah Islam di hatinya…? Adakah dia telah mengenal cahaya itu…? Allahuakbar…
Assalamualaikum wr wb.
salam ustaz.
first of all tq so much for all your articles….Banyak isu yang ustaz keluarkan telah banyak membuka minda saya.Nampak sangat selama ni banyak benda yang saya tak tau..
Saya malu nak cakap ni..tapi selama ni saya ingat non-muslim memang tak boleh masuk masjid! Sebab dari dulu saya dah diberi pendedahan begitu! Agaknya…org yang2 kat pengurusan masjid tu pun berfikiran macam saya…
salam..
Terkilan juga walaupun bukan saya yang merasainya. Baru satu masjid belum masjid lain dan tempat yang dikelolai oleh org Islam lain. hai cammane la
Assalamualaikum wbt..
Ustaz, saya berminat untuk jemput ustaz bawa satu slot motivasi kepada kami berkenaan interfaith bagi Nisa Shah Alam iaitu sebuat non political party.
saya perlu tahu bayaran berapa dan kalau boleh number contact..
i was meaning to say..non-political organisation..not a party
Masjid mana tu Ustaz , Putrajaya ke atau Kajang, he he itulah kalau di sempitkan Melayu tu Islam, Islam tu Melayu he he
Peace be unto all…
Hi brother Saiful… How is the family? Hope they are in the pink of health. Dear brother, saya ingin meluahkan bahawa kebanyakkan daripada kami (peserta bukan Islam Malaysia) tidak tersinggung dengan layanan yang kami terima di Mesjid Putra. Kami sememangnya telah bersedia menghadapi kemungkinan tersebut. Walaubagaimana pun saya ingin menjelaskan bahawa hanya kerana tindakan pihak pengurusan masjid, pandangan kami terhadap agama Islam tidak terjejas sama sekali. We understand the insecurity faced by many Moslems… . Just for the sake of discussion…Internationally no Holy ground prohibits the visit of a non believer…. except Islam (Mecca the Kaaba)… somebody correct me if i am wrong. Oh well…
[...] Dan berapa banyak salah faham tentang Islam dicetuskan oleh Muslim sendiri di media perdana? Bandingkan pembelaan Karen Armstrong terhadap Islam, dengan ‘pembelaan Islam oleh Muslim di masjid yang kami lawati itu? [...]
Pernah diceritakan oleh seorang ustaz kepada kami yang mendengar kuliahnya.
Beliau pada suatu ketika diminta berceramah di sebuah Masjid.Ustaz ni hanya naik motor.
Beliau pun letakkanlah motornya di bahagian parkir yang tertera ‘untuk penceramah sahaja’.
Beliau diherdik oleh 2 orang kuat masjid tersebut, lantas menyuruh beliau meletakkan motornya di bahagian parkir motor.Jauh jugaklah ustaz ni mengusung motornya.Sedih juga ustaz tu, tak diberi kesempatan, terngiang-ngiang di telinganya “Parking ni untuk penceramah sahaja!,Tak reti baca ke?!”.
Apalagi apabila kuliah berlangsung, mereka yang berdua tadi kecut perut, tambahan pula diBAGI oleh ustaz tersebut.
“Akhlaq tuan tuan”.
Salam.
Sedih dengan apa yang berlaku dinegara Islam. Itu mungkin punca agama kita ditakuti dan dijauhi kerana sikap orang islam sendiri yang tidak faham ajaran islam.
Sedikit pengalaman semasa saya berkursus di Germany. Saya pernah menghadiri satu seminar perbandingan agama didewan sebuah Gereja. Mereka melayan tetamu islam dengan begitu baik sehinggakan mereka menyediakan ruang solat khas disebuah bilik lain bersebelahan dewan seminar untuk kemudahan tetamu islam!!!!!!!!!!
Mereka juga menyediakan makanan yang dipesan khas dari restoran orang islam untuk semua tetamu!!
Apa yang berlaku disini..?
saya pun pernah melakukan kesilapan bila menegur seorg cina yg singgah ke surau utk menggunakan tandas.
kemudian saya terfikir “Betulkah tindakan saya…….’
assalamu3alaikum wbt …
mcm itulah bila kita bersifat melayu semata2 melayu. kalau dilihat pd sejarah, melayu mulia kerana islam. malah semua bangsa pun bgtu. org islam makin jahil dgn agama sendiri. semngat kebangsaan (baka) agama yg tinggi semata2, but bukan semngat kefahaman islam yg sebenar.
adakah telah tiba zaman umat islam akhir zaman yg bagai buih di lautan ramainya, but rendah mutu nilaianya. ini jg munkin pengaruh kurang kefahaman islam di negara kita semakin menular n bertambah2… amat tinggi nilaian islam itu sendiri, bilamana akan mulialah siapa yg benar2 mengambilnya sebagai pedoman hidup. siru ala barakatillah buat ustaz.
…..> tidak pernah dijanjikan kepada para pewaris para rasul dgn hamparan merah. berbahagialah para GHURABA.
itu lah hakikat yang telah berlaku. terkesan dihati bila ustaz berkata “salah siapa kalau org murtad”. secara jujurnya kita tidak lagi ada sikap peduli dengan keadaan semasa. itu lah yang berlaku. bukan kata kita jaga tepi kain orang.tapi sikap perihatin tu perlu.salah satu sebab masyarakat melayu hancur kerana sikap tak peduli.sepatutnya tegur menegur jadi amalan…. mungkin lepas nie ada mekanisma yang boleh diambil untuk menunjukkan masjid tu bukan hanya tempat ibadah. tapi pusat kemasyarakatan. kadang-kadan sedih je tgk masjid besar. ada dewan tapi habuk je yang ada…. tak perlu berbangga besarnya masjid atau mahalnya masjid tapi berbanggalah kalau masjid tu tak pernah kosong dengan org yang datang.
bile pikir balik lama2 ttg non muslim tak boleh masuk masjid baru teringat ttg ape yang pernah saya dgr dari ustaz masa belajar dulu tapi dah lupe ustaz mana. harap ustaz dan yang lain komen.org berhadas besar tak boleh masuk masjid kan melainkan melintas? jadi….non muslim tak pernah mandi wajib dan sentiasa berhadas besar. so mungkin sebab tu kot……
pernah saya terbaca bahawa orang kafir aka mereka yang mengingkari risalah terhenti dosa dan kewajipannya pada hukum dengan sebab kekafirannya. Maknanya hukum hadas besar seperti saudara fahzan katakan dalam komen #62 tak berlaku. betulkan jika saya tersilap..
ustaz,
maaf kalau i have dissenting view on this. saya sangat bersimpati dengan apa yang berlaku tetapi kalau boleh saya mencelah – tulisan2 ini menjana pemikiran ramai tetapi tidak memberi mahu kepada golongan target. berjumpalah semula dengan imam masjid tersebut dan leraikanlah kekusutan. bukankah serendah2 silaturrahim ialah berlapang dada. tentu lebih baik dari meneka2 dan terus bersangka2. dengan itu semoga kunjungan golongan seterusnya akan menjadi lebih baik. saya seorang yang lebih percaya kepada mengubah one at a time lebih dari bercakap secara generic.
ummunaili,
artikel ini berada di sini untuk tujuan tertentu, korespondan bersama pihak masjid, juga untuk tujuan tertentu. jika artikel ini hanya dapat memberitahu, maka sememangnya tujuan saya menulis ialah untuk memberitahu apa yang berlaku.
kesedaran dari itu ialah supaya pembaca cuba berperanan di tempat masing-masing dan mengambil iktibar daripadanya. soal pihak masjid, ia diurusankan oleh jawatankuasa penganjur dan formalitinya biarlah antara penganjur dan masjid.
saya berlapang dada, insya Allah. tiada ‘marah’ atau ‘dendam’ peribadi. sebab peribadi saya tidak terjejas apa-apa. yang dihina bukan saya, tapi agama kita semua. maka kepada Allah jualah taubat diusaha…. oleh kita semua
kenapa Ustaz tak bawa mereka ke Masjid Seri Petaling? Saya boleh sediakan makanan istimewa dengan layanan istimewa untuk mereka demi untuk melihat mereka semua cinta untuk menjadi Muslim.
Bawa la diorg ke mlm markaz..baru diorg tau di sana mcm mana “suasana” agama dan “roh” agama hidup di sana..
saya hargai jemputan Karkun dan Raihan untuk ke Markaz di Sri Petaling.
cuma antum berdua tentu sedar bahawa keterbukaan saya terhadap jemaah tabligh tidaklah dikongsi bersama oleh ramai muslim di luar sana. maka expectation mesti sesuai dengan realiti sebenar masyarakat kita.
Sri Petaling akan mempamerkan satu contoh yang excellent tentang Muslim yang memilih untuk ada satu cara hidup yang disepakati bersama. Namun ia mungkin tidak menggambarkan realiti sebenar umat Islam yang ada di dunia hari ini. Pada saya insiden di masjid ehem ehem itulah gambaran sebenar terhadap Muslim, biar pun pahit.
Dari kepahitan itulah diharapkan, peserta dapat membezakan pseudo religion dengan agama yang benar-benar agama.
Khair Insya Allah.
sensitiviti terhadap perasaan non-muslim kurang maybe…. cth kalau bersama dgn colleague non-muslim. nampak kat pc dia ada wallpaper gambar Jesus jgn la tanya “You, tu pakcik mana pulak tu?”…,
kalau makan-makan dgn indian beragama Hindu kita pegi lak order kari daging lembu. how do we feel if they order pork…
this kind of insensitivity would only make them hate us.
salam.
pendapat setiap manusia berbeza mengikut kecenderungan masing-masing dan penilaian terhadap sesuatu perkara. namun kehebatan ummat islam ialah bagaimana perbezaan itu diharmonikan dengan perintah Allah dan Rasul. begitulah yang dimaksudkan oleh firman Allah; “kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat” al-nisa, 59.
kerisauan dan kebimbangan terhadap masa depan ummat telahpun sedikit sebanyak bertapak didalam hati kita. apabila kita mendengar sesuatu berita tentang iman, ibadat, akhlak, muamalat dan muasyarat ummat yang sumbang dan rosak, hati kita begitu terganggu dan marah. namun apa yang mendukacitakan ialah kita masih belum bergerak dan belum buat apa-apa untuk betulkan ummat ini. ibarat setiap hari kita menangis kelaparan, tapi kita tidak bersedia untuk melangkah mencari makanan itu.
ummat hari ini begitu menderita. tidakkah kita terfikir apakah sebabnya? jika kita setuju ummat menderita dan sengsara, tentu kita akan cari puncanya. seorang yang sakit dihospital akan dicari punca penyakitnya, doktor tidak akan mulakan rawatan jika punca penyakit tidak diketahui. kerana jika punca penyakit adalah dari dalam, tidak guna merawat luarannya. begitulah ummat hari ini, apa yang berlaku dihadapan mata kita adalah merupakan kesan dan akibat sahaja. zina, buang anak, pakai pakaian tapi nampak seluar dalam, ketagih nombor ekor, rompak, rogol etc.. adalah kesan dan akibat. jika kita sibuk merawat kesan dan akibat, kesan dan akibat ini akan timbul ditempat lain. apa yang perlu kita buat ialah cari apa puncanya dan baiki dan rawat punca itu.
nak cari punca itu, tidak lain tidak bukan kita kena rujuk dengan Allah dan rasul. Sabda nabi dalam sebuah hadith: “apabila ummat islam mengejar-ngejar keduniaan, maka Allah akan mencabut kehebatan Islam dari ummat, apabila mereka meninggalkan amr ma’ruf nahi mungkar, Allah akan mencabut keberkatan wahyu, dan apabila ummat saling caci mencaci sesama mereka, Allah akan memalingkan pandangannya” (au kama qal)
hari ini kehebatan islam telah hilang dari ummat, orang bukan islam hilang perasaan hormat dan gerun terhadap ummat. hari ini keberkatan wahyu telah hilang dari dada ummat, membaca akhbar dan membaca alquran tiada lagi perbezaan dikalangan kita. bacaan alquran kita tidak lagi meningkatkan iman sebagaimana paras sahabat dan salafussoleh, dan hari ini ummat tidak lagi mendapat bantuan Allah.
sebabnya telahpun diberitahu oleh nabi seperti hadith tadi. tapi kita tetap juga melakukan amaran tersebut. baik yang ada kerisauan dan kebimbangan terhadap masa depan ummat mahupun yang tidak.
oleh itu satu tindakan secara bersama ummat perlu diusahakan. seperti anggota dalam satu tubuh manusia yang menuju kesuatu tempat, semua anggota tubuh perlu bersama, tangan, kaki, kepala perlu sama-sama menuju ketempat itu, jika kaki mahu ketempat lain, tangan mahu ketempat berbeza begitu juga kepala, maka kita tidak akan kemana-mana.
maksud saya secara jelas kita perlu bersatu dalam satu wadah dan kita berkerja keras untuk itu. selagi kita masih berpecah dalam pelbagai kumpulan maka kita tidak akan kemana-mana.
hari ini terlalu banyak kumpulan-kumpulan ummat islam. ini yang menyebabkan kita berpecah. untuk mencari apakah wadah kita untuk bersatu kita perlu melihat perintah Allah dan rasul, sejarah dan realiti semasa.
apakah satu jemaah ummat yang sedang bergerak diseluruh dunia? ada di malaysia, di singapura, di china, di jepun, australia, new zealand, newyork, israel, brazil, grece, timur tengah dan negara-negara lain didunia?
percaya atau tidak jemaah itu adalah jemaah ummat islam yang semata-mata bergerak untuk agama tanpa perlu dibayar dengan wang ringgit malah membelanjakan wang ringgit sendiri untuk perkara itu. jemaah itulah yang dilabel oleh masyarkat kita sebagai jumud, selekeh, takde ilmu dsb. jemaah itulah yang kita label sebagai tabligh, di indonesia dipanggil silaturrahmi atau dakwah, dibarat dikenali sebagai 6 point.
ikhwani, usia jemaah ini telah melebihi umur saya sendiri. sehingga ada cerdik pandai yang menulis ini jemaah tradisional. tapi percaya atau tidak jemaah ini masih wujud hingga hari ini. sehingga hari ini jemaah ini telah bertapak dilebih 200 negara. cara mereka sama. mereka satu fikir walaupun mereka berlainan bangsa. apa yang mereka fikir ialah bagaimana ummat ini dapat mengamalkan perintah Allah dengan mengikut cara yang dibawa oleh rasulullah.
selagi kita menganggap kewujudan jemaah ini tidak penting untuk agama kita sehingga kita malu untuk bersama mereka, dan bekerja bersama mereka, saya fikir kita tidak akan kemana-mana.
saudara tahu negara sri langka? 90% rakyatnya adalah budha, 10% adalah muslim. tapi kerajaannya perlu merujuk kepada ummat islam untuk membuat sesuatu keputusan. apa perbezaan mereka dengan kita? mereka solat berjemaah dimasjid setiap waktu seperti solat jumaat ditempat kita. setiap waktu penuh dengan manusia dan solat dimasjid. sehingga 90 dan 100% orang lelaki dikampung-kampung datang solat dimasjid.
dan inilah sebenarnya maksud wujudnya masjid. bukan seperti ummat islam dimalaysia yang hanya memnuhi masjid pada hari jummat, ketika kenduri tahlil, solat tarawih, forum perdana, dan aktiviti2 lain. imam-imam yang betugas pula hanya bersolat jemaah dimasjid apabila bertugas, jika tidak bertugas, solat sendirian dirumah. ustaz-ustaz hanya bersolat jemaah dimasjid ketika ada program ceramah.
untuk itulah jemaah ini bergerak diseluruh dunia. mengajak seluruh ummat berkasihsayang sesama mereka, tidak membesar-besarkan dunia, membuat kerja amr ma’ruf nahi mungkar dan mengimarahkan rumah-rumah Allah, agar ia sentiasa hidup sepertimana zaman rasulullah yang mana masjid ketika itu menjadi rumah utama para sahabat.
Allahu a’lam
Benar dan saya setuju dgn pandangan ustaz..masyarakat dunia sekarang lebih mudah mendekati atau lebih cenderung utk mempelajari ilmu agama dgn golongan “ustaz”(maafkan saya kalau tersalah mengklasifikasikan) kerana golongan ustaz memiliki satu tiket iaitu akademik yg tinggi dlm sesuatu cabang ilmu agama..so no wonder masyarakat lebih suka mendengar dakwah yakni tazkirah,ceramah atau forum dari golongan ustaz berbanding dakwah jemaah tabligh ni..Sebabnya jemaah ni pd masyarakat nampak mcm asing kecuali yg dah biasa dgn jemaah..nak buat mcm mana Nabi pun dah bgtau “Islam pada awalnya dlm keadaan asing dan akhirnya pun dlm keadaan asing”..
Individu yg dipilih oleh Allah dlm jemaah ni dtg dlm pelbagai latar belakang..Contoh paling mudah kita lihat pd para sahabat R.A.
Saidina Umar bagaimana dia sebelum islam,Khalid Al Walid bagaimana dia sebelum islam,Abu Sufyan bagaimana dia sebelum islam..
Abu Bakar lain pulak halnya,dia bukan jenis jahiliyah yg suka bersosial yg tak tentu arah begitu juga dgn Salman Al Farisi..Kira kategori jahiliyah yg baik2 la masa tu..
Begitu la pusingan nya hingga ke hari ini..Allah nak pilih hamba Dia utk jd pembantu agama sesiapa sahaja yg Dia suka..Non-muslim ker,org islam yg langsung tak taat perintah Allah ker,org alim yg beriman ker,sesiapa sahaja Allah boleh pilih dan kita takkan mampu utk menolak kemuliaan yg Dia nak berikan kita..
Bagi saya pendekatan dakwah ustaz mempunyai keistimewaan nya yg tersendiri..Sesuai di baca oleh semua golongan masyarakat dan penerimaan nya agak luas..
Terus kan dgn usaha memberi semoga usaha ustaz dan semua muslimin menjadi kesukaan Allah..
Wallahualam..
Asslamualaikum…
Memang menyedihkan apabila usaha kita untuk memperkenalkan Islam kepada bukan Islam dicemari oleh orang Islam sendiri yang kurang faham. Membuat hukum yang tidak berasas dan disandarkan atas nama Islam. Apatah lagi melihat layanan orang bukan Islam terhadap pelawat-pelawatnya. Inilah yang dinamakan Islam ada pada orang bukan Islam, dan orang Islam yang tiada nilai Islam. Harapan semoga semua kita peka dengan situasi ini dan ambillah kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam sebagai suatu jalan dakwah. Sekian.
[...] kita analisa komen pembaca-pembaca di dalam entry “Muslim Pencemar Islam”. Berapa ramai yang menganalisa sudut manusia pegawai yang menghalau kami, dan berapa ramai yang [...]
Sabar Ustaz ye, ALLAH menguji hambaNYa dengan pelbagai keadaan, yakni inilah Mehnah Perjuangan..
Inilah rata2 masyarakat Islam yang kurang ingin belajar Ilmu2 feqah dan ilmu2 Islam..Ana nampak sendiri di masjid di surau..banyak golongan seperti itu, tidak boleh itulah…inilah..itu salahlah..walhal..semua itu bergantung pada Feqah,bukan nya adat..
Masyarakat sekarang mempelajari Islam Adat..Islam Warisan(ikut2)..bukanya Islam yang tulen dan sebenar yang berdasarkan Al QUran dan AS Sunnah..
skdr berbicara kosong..
Assalammualaikum ya ustaz.
semoga dalam rahmat ALLAH. ana sangat kagum dgn pendekatan yg ustaz usahakan. terutamanya dalam ketertiban ustaz menjalankan tugas dalam iyep.
keterbukaan ustaz utk melayan kami yg muda ni, sangat menyentuh hati. ana tak dapat lupa peristiwa di masjid nan indah.
INSYAALLAH, satu perbincangan telah dilakukan dgn masjid berdekatan kediaman ana, untuk mewujud kesefahaman antara pengurusan yg rata-ratanya sangat “veteran” bersama kami golongan muda. ana berharap peranan yg ustaz mainkan ini diteruskan dan ana berharap dapat bersama2 membantu ustaz dalam gerak kerja ini.
bukan hanya memahamkan golongan non-muslim atau muslim yg hilang arah mardhatillah, bahkan merapatkan jurang dikalangan jamaah yg pelbagai.
ana ingin minta pandangan ustaz berkenaan tumpuan mad’u da’wah di kuala lumpur. sebagaimana yg kita ketahui, kalangan teknokrat Islam melayu ramai yg tinggal di KL ini. dan dikalangan anak2 merekalah yg akan menerus kepimpinan.
andai rosak mereka, maka begitulah masa depan ISLAM di Malaysia khususnya. apa modul terbaik utk anak2 muda ini mengikut pandangan ustaz.
syukran.
ikhram
salam semua,
bende mcm ni pernah berlaku depan mata aku kat masjid putrajaya. seperti semua maklum, masjid putrajaya adalah salah satu drp tourist spot, maka adalah sekumpulan para pelancong yang teringin melihat keindahan dalaman masjid. baru je diorang nak melangkah masuk, mereka telah dihalau oleh seorang pegawai keselamatan wanita yang bertudung dengan menggunakan wisel !!! fuhyooo….
komplen, komplen jugak… mari kita lihat contoh yg sangat terbaik untuk kita pelajari dari seorang muslim dari south africa. kalau sesiapa boleh forward kan link ini kpd para ulama kita yg hebat di JAIS ke, JAWI ke, adalah amat dialu-alukan. sila klik link dibawah :
http://www.youtube.com/watch?v=i7tLqufITGg
http://www.youtube.com/watch?v=BwAFO43PC7k
http://www.youtube.com/watch?v=MsAzELFWfco
http://www.youtube.com/watch?v=EzSfk4viDUI
http://www.youtube.com/watch?v=svB9EfN48-o
http://www.youtube.com/watch?v=dz2ezSY89Gc
http://www.youtube.com/watch?v=lv4twS17RZY
http://www.youtube.com/watch?v=iZd_JEQk124
http://www.youtube.com/watch?v=d2RPnTPQfJ4
http://www.youtube.com/watch?v=IfJE21WBiSs
http://www.youtube.com/watch?v=6AnsFdVEbXs
[...] kita analisa komen pembaca-pembaca di dalam entry “Muslim Pencemar Islam”. Berapa ramai yang menganalisa sudut manusia pegawai yang menghalau kami, dan berapa ramai yang [...]
[...] Muslim’ Pencemar Islam – by Saifulislam (artikel menarik! sila bace) Muslim’ Pencemar Islam [...]
Inilah salah satu barah yang boleh mengakibatkan salah tanggapan terhadap Islam itu sendiri.. Sememangnya mereka yang mempunyai mentaliti “MASJID HANYA UNTUK MUSLIM” adalah mereka yang berfikiran JUMUD.. Jadi, bagaimanakah Islam itu dapat dikembangkan jika kita masih berfikiran sedemikian rupa. Marilah kita sama-sama memelihara keunggulan Deen ini dan menzahirkan KEINDAHANNYA..
Assalamualaikum,
Bawak bersabar ustaz. Sedih juga baca cerita begini, selalu saya tengok dengan mata kepala saya sendiri.
Sedangkan ustaz yang tinggi pengajiannya berbanding saya pun kecundang, inikan saya…
Assalamualaikum saudara Hasrizal,
Pengalaman buruk yang dialami saudara sememangnya menyayat hati. Memang kurang asam pegawai-pegawai masjid tersebut berkelakuan sedemikian. Sampai hati mereka layan sebegini tetamu yang belum Islam. Hakikatnya, orang-orang yang jahil dan tidak beradab sebegini yang banyak membantut usaha dakwah dikalangan mereka yang belum Islam.
Insya’allah, di masa hadapan sila bawa pelawat-pelawat yang belum Islam berkunjung ke Masjid Kapitan Keling, masjid penuh bersejarah di pusat bandar Georgetown, Pulau Pinang. Hubungi saudara Kamarudin Abdullah di nombor talian 019 411 5665 atau e-mel: ipsi7@streamyx.com atau layari laman web: http://www.ipsi.com.my untuk maklumat lanjut. Insha’allah, kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu usaha dakwah saudara Hasrizal yang murni.
salam ustaz,
saya rasa sebab rombongan ustaz tak boleh masuk masjid tu kerana pengawal tu tak tahu yang orang bukan islam dibenarkan masuk ke masjid. mungkin pada pemahaman diorang hanya orang islam je yan boleh ke masjid. sebab sangkaan nya orang bukan islam ini najis dan najis tak boleh berada dalam masjid. saya sendiri pun sebelum ini berfikiran begitu. mungkin ustaz patut berikan penerangan kepada masyarakat dalam kuliah-kuliah ustaz.
syukran.
A’kum.. saya tidak terkejut membaca artikel ini. Arwah ibu saya seorang Cina Islam juga pernah di usir keluar dari masjid oleh pegawai bertugas tanpa usul periksa. Apa salahnya benarkan arwah ibu saya menumpang solat Asar di dalam masjid? Akhirnya arwah ibu mengambil keputusan mengambil wuduh dan solat di rumput tepi pagar masjid beralaskan surat khabar. Mengapakah ini boleh terjadi? Bila di adu kepada pejabat agama negeri, mereka hanya kata mohon maaf sahaja. Adakah Islam di negara ini hanya kepada orang Melayu sahaja! Adakah pihak masjid tidak boleh menerima kami bangsa Cina Islam?
Aslm ustaz…
Mmg sedih bila baca penerimaan dari golongan seagama ni. So tak hairan la kalo org bukan Islam pandang rendah pada Islam kerana sikap org Islam itu sendiri.
Fahaman bahawa org bukan Islam tidak boleh masuk ke masjid atau surau telah lama saya dengar dan alami. Di tpt kerja ni ada disediakan bilik utk pekerja bersolat. Bilik berhawa dingin, dilengkapi karpet dan juga tpt utk berwuduk. 2 bilik solat disediakan (untuk lelaki dan perempuan) bagi setiap bangunan.
Pernah pekerja bukan muslim bertanya pada saya kenapa mereka tidak dibenarkan masuk. Niat mereka untuk melihat bagaimana orang Islam solat. Saya tanyakan kembali siapa yg tidak benarkan mereka masuk…kata mereka pekerja Islam yang lain.
Ketika saya ke bilik solat…saya ajukan soalan yg sama pada pekerja yg berada di situ. Kata mereka…mana boleh org kafir masuk bilik solat…macam masjid la kata mereka lagi.
Saya tertanya2 dari mana mereka dengar peraturan sebegitu.
Saya tanyakan kepada pengurus saya waktu itu yg kebetulan seorang muslim juga…jawapan beliau…takde masalah kalo org bukan Islam nak masuk. Selepas insiden itu, pengurus saya ada educate beberapa orang.
As time goes by…dari pemerhatian saya kepada pengguna bilik solat ini…tidak kurang yang menyalahgunakan untuk tidur dan curi tulang. Pada saya tak hairan la kalo mereka tidak mahu org lain tahu kegiatan mereka. Kiranya ada udang di balik mee goreng la ni. Kalau ada yg tido…saya kejutkan. Kalo ada yg curi tulang tu…yg rasa segan dgn saya…akan cepat beredar. Yg tak segan…saya adukan pada pihak atasan mereka. Bukan nak membodek sesiapa tp pada saya bukan setakat mencari rezeki dari sumber yg halal tp keberkatan pendapatan itu juga.
Seperti yg saya katakan awal2…sikap org Islam itu sendiri.
Teruskan usaha murni ustaz itu.
Assalaam tuan Saiful,
Semoga Allah memberi kesabaran kepada pejuang kebenaran.
Pengalaman tuan dapat saya fahami dan saya juga mengalami keada demikian.
Saya berani mengatakan bahawa Jabatan Agama Islam diMalaysia hanyalah
jabatan semata-mata.Mereka berkerja kerana dibayar.Berbanding orang2 yg.
mengorbankan harta benda,tenaga dan masa serta menghadapi risiko dalam
memperjuangkan Islam.Pejuang Islam mesti merdeka.
Apa yg.dilaksanakan oleh jabatan agama hanyalah perintah kerajaan demi
menunjukan negara ini adalah Islam sedangkan orang yg.melaksanakan
perintah terdiri dari mereka yg.memikirkan imbuhan atau menjaga periok
nasi dan kedudukan.
Sejauh mana kemampuan kuasa dan kekuatan ahli jabatan untuk mentadbir Islam jika tidak berserta dengan para pejuang yg.ikhlas.Sebaliknya mereka menutup laluan dan membina tembok.Mereka
menggunakan kejayaan para pejuang sebagai menaikan nama jabatan semata-mata.
hi…
will read it later…
Ingin bertanya kepada semua tentang ijmak ulamak diMalaysia.Adakah semua umat Islam kenal siapa barisan ijmak ulama ditanah air sendiri.Seolah-olah mereka ne macam duduk belakang tabir.Apa yg.dilihat kadang kala terdapat pengurusan yg.berbeza disetiap negeri dan daerah.
Kalu diSelangor macam ne,diKedah macam tu dan macam2 lah.Adakah ijmak ulamak ne membuat keputusan bila menghadapi masaalah sahaja dan soal lain2 mereka tak ambil kisah.Seperti memertabad kualiti imam2 ke,perihal masyarakat Islam Malaysia.Atau mereka selalu sibuk dalam urusan tadbir mesjid2 dan wang zakat.
Assalaammualaikum,
# 83 Assadi Says:
October 2nd, 2007 at 6:46 am
A’kum.. saya tidak terkejut membaca artikel ini. Arwah ibu saya seorang Cina Islam juga pernah di usir keluar dari masjid oleh pegawai bertugas tanpa usul periksa.
Allaahuakbar… sedih betul ana dibuatnya. Malu dan marah pun ada. Kenapa jadi begini? Perlu ada satu rombakan pemikiran yang drastik jika kita mahu Islaam dan khususnya Muslim di Malaysia dihormati. Kalau tidak, memang tidak peliklah mengapa semakin ramai remaja yang murtad dan muslim sendiri bersikap seperti tidak bertuhan.
Na’udzubillaahi min zalika. Ya Allaah, percantikkanlah Akhlaqku sepertimana dikau percantikkan keterampilanku. Amiin.
Ini semua bergantung pada ILMU. Org Melayu dilahirkan Islam tapi klu x tuntut & mendalami Ilmu mengenai Islam dan berterusan hingga mati, begitulah.
TTg sama ada org bukan Islam boleh masuk atau tidak ke masjid & surau, dan klu boleh hingga setakat mana, siapa pula yg dibolehkan & tak dibolehkan, dll, perkara ni kena dijelaskan . Sebab ustaz2 yg beri ceramah pun berbeza2 pendapat, apa lagi kita ni yg bukan ustaz/ustazah.
Sebab apa, kami ni yg AJK surau klu hadapi situasi begitu pun celaru juga nak hadapi.. sorang kata boleh, yg lain kata tak leh, last2 AJK2 bergaduh, depa senyum..
Seperti yang telah saya sebutkan di dalam artikel tu, saya sedar adanya perbezaan pendapat tentang boleh tak boleh masuk masjid bagi non Muslim. Tetapi adakah mana-mana peruntukan Islam yang mewajibkan, atau menyunatkan, atau mengharuskan perbuatan menghalau dengan bahasa kesat?
Lagi pun kedatangan kami telah didahului dengan surat menyurat serta persetujuan rasmi.
Kekesalan saya lebih kepada cacat akhlak, bukan khilaf ilmu
Cerita hidupku
Berbulan lamanya aku hidup dalam kegelapan menunggu keampunan dan keredhaan supaya Allah dapat membantu dan mengampunkan dosa-dosaku.
Ia bermula selepas satu kejadian kemalangan, aku menjadi seorang yang dalam ketakutan.
Walaupun ingin melaksanakan sholat aku minta ditemankan anakku.
Selepas itu, aku seperti normal kembali.
Kemudian, apabila Ramadhan tiba seperti ada bisikan dalam hati yang mendorong kepada kejahatan kepada Allah seperti anggota badanku jari-jemari ku melakukan sesuatu yang kurang baik ketika sholat.
Jiwa semakin lemah…
Di ganggu setiap malam, seperti dibangunkan dan sering nampak salib di depan mata….
Dada semakin sebak tidak terhingga….
Berbagai usah telah di jalankan untuk mencari jawapan.
Malam terbangun seolah olah dalam mimpi dan ketakutan …dan kadangkala seperti sedar melayani perasaan ….
Sholat semakin tidak khusyuk dan iman semakin lemah……
Namun hati tetap berlonjak-lonjak ingin melakukan sholat tetapi malang tidak pernah ada kesempurnaan.
Cuba bayangkan ketika didalam kesedihan menahan perasaan.
Namun tetap memohon kepada Allah semuga diberi pertolongan tapi mungkin belum dikabulkan lagi…
Sering bertanya dengan Allah siapakah sebenarnya adakah itu semua perbuatan ku atau syaitan?
Aku akui tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah…
Tidak pernah akan aku mensyirikkan Allah.
Banyak gangguan yang aku lalui seperti terbangun dalam sedar dan tidak sedar mengakui diri ku nabi, Allah dan aku bukan seorang Islam, bila mendengar al Quran bayank unsur unsur kecarutan di dalam hati yang diluahkan dan sebagainya.
Berbagai buruk sangka terucap di bibiku terhadap Allah ….Astargfurllah Al Azim.
Kadang kala fikiran melayang menyatakan sesuatu yang tidak mahu aku ucapkan …
Tetapi tat kala dengan cara otomatis senyuman boleh terukir dibibir seperti mengia –iakan bisikan hati ku.
Siapakah sebenarnya.? Kadangkala dalam sholat aku boleh menyatakan aku takut syaitan gangguku dan kadangkala bila keadaan kembali tenang dalam sholat aku boleh seperti menguji kenapa tidak ada gangguan …..siapakah sebenarnya ini.
Iman semakin goyah…..
Namun aku tetap dengan keyakinanku tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah.
Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Sekarang aku rasa aku semakin Jauh sekali dari Allah.
Dadaku sebak tidak terkira…..
Buruk sangka terhadap Allah semakin menjadi-jadi.
Sepertinya ada yang tidak kena di dalam diriku…..
Aku perlukan bantuan …..
Zikirku tidak ada khusyukan dan ketenteraman.
Sering berkecamuk dengan bisikan hati yang merosakkan zikir.
Sepertinya ada yang tidak kena ……………………
Sekarang aku semakin pulih dari sebak di dada tetapi nafsuku semakin buas…….
Adakah aku di dalam tekanan dan semua di dalam fikiranku keran sering banyak membaca buku tentang agama? Aku harap begitu…
Tetapi kadangkala aku rasakan seperti benar semua datang dari aku….syaitan di dalam badanku….nafsu…memurkai Allah.
Adakah ini nafsu Lawaamah yang aku baca dipenterjemahan Al-Quran….
Aku perlukan pertolongan untuk mengatasi masalah ini….
Dan jika itulah aku dan nafsuku bagaimana aku boleh mengatasinya.
Aku tahu Allah Maha Pengampun Maha Penyayang……
Akan tetapi aku cuba melawan nafsu ini terutama sekali ketika sholat tidak pernah tenteram…..
Bagaimana hendak melakukan sholat Taubat?
Setiap sholat ada bisikan hati menyatakan aku tidak ikhlas dan kadangkala seperti dari hati ku sendiri……
Kadangkala bisikan hati itu seperti berkata-kata dengan Allah bahawa hidupku tidak berguna di dunia seperti suatu ancaman …..
Sekarang keluarga semakin aku tidak hiraukan …..
Banyak masa aku ruang dengan melamun dan melawan perasaan.
Aku benar-benar ingin bertaubat , tidak mahu ada buruk sangka terhadap Allah numun seperti sukar untuk melawan bisikan hati yang jahat ini…….
Aku perlu pertolongan ……
Salam,
Abu Saif, saya minta izin untuk memberikan sedikit nasihat buat Lynn yang memerlukan pertolongan..
Cuba Lynn layari laman web ABIM: http://www.abim.org.my/component/option,com_frontpage/Itemid,1/
mungkin boleh meminta bantuan di sana.
Setiap saat cuba amalkan: Bismillahi tawakkaltu Allawwah, hi lahaulawala kuata illa billah..
“Namun aku tetap dengan keyakinanku tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah.
Nabi Muhammad pesuruh Allah”.
Kuatkan semangat, jangan putus asa…Allah Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha pengasih.
Moga Allah mempermudahkan buat Lynn mencari ketenangan jiwa…Ameen.
Salam Lynn
Sebagaimana nasihat dari Asmah, saya yakin Lynn masih dapat mengawal diri dan suasana. Dari penceritaan episode duka Lynn, tidak tercoret peristiwa-peristiwa yang berlaku yang menyebabkan berlakunya episode duka itu. Cuba ringkaskan sedikit peristiwa itu. Segala yang berlaku suda pasti ada sebab musbabnya. Sebelum tekanan itu menjadi tidak terkawal.
assalamualaikum
last week dlm satu class saya baru bincang psal isu ni. class master saya tu psal religion advocacy. mmg cabaran bagi kita nak introduce Islam pd non-muslim coz perkara2 yg x dikaji hujung pangkalnya ni tp ada org yg lebih alim drpd ulama’. dah la muslim 2 sendiri x dpt nak jadi role-model, nak tunjuk dgn bangunan pun susah. timbul la cakap2, kata Islam ni x berkembang, rigid sgt n byk lagi, gara-gara ketidak pahaman muslim terhadap Islam itu sendiri. Apa yang jelas, Islam di Malaysia lebih dibentuk sebagai adat bukan the way of life coz apa pun2 apa kita akan refer apa yang biasa kita buat dalam amalan kita tanpa kita tahu asal-usul sesuatu pengkaedahan hukum supaya boleh diaplikasi dalam pelbagai masalah kerana manusia ni dah jadi ‘organism solidarity’ yg lebih complicated berbanding ‘mechanical solidarity’ dalam istilah sains sosialnya.
“Setiap nama, pangkat, dan status yg kita bawa ada risiko dan tanggungjwbnya” so ask yourself; u are a muslim?
[...] Saifulislam [...]
Saya alami peristiwa yg hampir sama bulan Disember 2006 di Masjid Putrajaya.
Sewaktu itu saya membawa dua orang rakan dari Jerman yang amat berminat mengetahui tentang Islam.
Saya pun dengan bangga membawa masjid Putrajaya yang kononya hebat.
Tp saya amat kecewa dan malu dengan layanan yang diberikan. Saya pun tak tahu nak mengadu tapi amat sedih dan sakit hati.
Nasib baiklah, rakan itu lebih mengenali saya dan tahu membezakan perangai individu dan sahsiah Islam sebenar.
Untuk menghayati Islam yang sebenar-benarnya, kita perlu kaji Islam melalui Quran dan Sunnah dan berguru, dan tidak sekali-kali pelajari Islam melalui “perbuatan” atau “perangai” orang Melayu yang kita temui. Kita akan temu Islam yang akan masuk jiwa kita, sebelum kita kita bertemu Melayu.
Salam..hati saya yang membaca ni pun dah mendidih..apatah lagi ustaz yang mengalaminya sendiri..susah bercakap dgn orang sombong nih..bercakap tanpa ilmu tambah menyesatkan orang lain…istighfar….istighfar….
[...] erk.. ape2 pun, aku tulis blog kali ni sbnanyer sbb nk highlight artikel besh yg aku baca kat saifulislam.com smalam. sape yang berminat sila tgk kat link ni: ‘Muslim’ Pencemar Islam [...]
How i may contact admin this site? I have a question.
iijiivei
Saya seorang saudara baru. Pengalaman saya agak baik. Saya masuk masjid walaupun belum lagi convert. diberikan layanan cukup baik
Akhirnya saya memluk Islam pada tahun lalu
http://www.amirul-hakimi.blogspot.com
[...] Saifulislam.Com ” Blog Archive ” Muslim Pencemar Islam [...]
Ustaz..dekat masjid Unta seksyen 18 shah alam ni pun ada seorang tua yg mulut macam lazer..silap letak motor ken herdik..” saper yg kurang ajar ni..” ayat2 yg boleh memanaskan hati org lain..apa salahnya cakap elok2..”.salam..encik..tak elok park motor kat sini sebab menghalang lalu lintas..”..tidak la rasa nak marah klu cakap cam tu..ni guna ayat2 yg mmg tidak ada insurans camner nak bg org hormat..awak tu org2 masjid tunjuk la contoh yg lebih sopan sikit..
ustat ni kompem ustat tue, biase r ustat tue2 ni sume byk pikiran kolot,,,harap2 jela diorg tau blaja bukak internet lpas tu terbukak page ni,,,lpas tu insaf sblm die mati…kalo x berdose r die buat cmtu wlpn kpd org bukan islammm….tp xpe, rasenye org2 yg pkran kolot cm drg ni sume tue2 je. dh xlame dh…tggl kite yg mude2 ni jela yg kene ajar orang laen…
salam ustaz, saya sangat memahami perasaan ustaz sebab saya pernah jadi tour guide kt masjid kt kota kinabalu, sabah. jadik saya selalu la bawak pelancong masuk masjid. tapi hanya di kawasan-kawasan tertentu jer. bila ditanya orang-orang sane cakap “haram orang kafir pijak kt tempat orang solat?? betul ke??
Saya juga kurang setuju dengan perbuatan saudara kite di masjid tersebut. seharusnya kita dalam islam perlu melayan orang dengan penuh hikmah, tp inilah fenomena di kebanyakan masjid di negara kite. harap-harap selepas ini kite semua sedar atas kesilapan kita dan moga Allah ampunkan dosa kita. amin.
good post
shows why Islam is on a decline in Malaysia. While in Europe and US where they allow people into the Masjid regardless of race Islam is growing
instead of blaming their apathy Malays will blame “air paus rosakkan akidah, jarum halus yahudi and kerajaan kafir BN” for their woes and not themselves
i am sharing this link to remind the brothers and sisters why we need to change as a RACE. Islam does not discriminate. As i recall all humans are born MUSLIM. they just need time to revert. why stop them entering the house of Allah? Is Allah petty like us humans? Surely not
memalukan individu bernama “muslim”….
kerana dia…
maruah Islam tercalar…
sedey lak baca ni…
Sila tengok website ni.. semoga kita sama-sama mendapat petunjuk..insyaallah..
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/orang-kafir-masuk-masjid-2/
http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/soaljawab/HUKUM%20ORANG%20BUKAN%20ISLAM%20MEMASUKI%20MASJID.pdf
bila kita datang kerumah orang Islam ada adab yg telah di ajar oleh Nabi Muhammad SAW. Beri salam dan jika tidak dijawab sehingga 3 kali salam, hendaklah kita balik. contoh serupa kita boleh juga kita guna bila hendak melawat masjid. jika kita tidak dibenarkan masuk hendaklah balik. tak payah nk bergaduh dengan orang yg menghalang untuk masuk. itu lebih baik. Waallahu a’alam.
masjid bukan rumah peribadi. masjid rumah Allah. penentu boleh masuk atau tak boleh masuk adalah berdasarkan hukum Allah.
Salam Ustaz.. bukankah Tuan punya rumah sudah jelaskan peraturan keluar masuk rumahNya di dalam al maidah : 43.. kalau berhadas besar dan tiada laluan lain utk keluar masuk, boleh memasukinya hanya sekadar lalu.. (asbabun nuzul berkenaan isu sahabat yang satu-satunya pintu rumah mereka utk keluar masuk harus melalui ruangan masjid) kenapa harus mahu masuk hingga ke dewan solat? bukankah banyak lagi ruangan lain di dalam kawasan masjid yang boleh digunakan.(…kawasan lapang yang dipasang khemah dsbnya di dalam kawasan masjid + etc. etc..).. apa yg terjadi dgn jawatankuasa masjid itu amat dikesalkan. Ini kerana mereka tidak mengambil berat dgn permohonan awal yang telah dibuat. Jika mereka bersedia, tentu sahaja boleh disediakan khemah dan segala keperluan utk kemudahan peserta program tersebut.. atas dasar kapasiti ayat 43 surah al maidah ini, saya berpegang bahawa jika tiada keperluan yang mendesak, darurat dan tujuan mendekatkan diri dengan Islam, tidak perlulah mereka masuk hingga ke dewan solat. Buat sahaja program di dalam kawasan masjid tetapi pada ruangan yang lain.. Islam itu mudah bukan.. yang menyusahkan cuma ahli politik dan muslim itu sendiri..
Ayat Qurannya dah betul. Tafsir dan kefahamannya yang jadi persoalan
“Peraturan siapa? Peraturan agama? Apa yang saya tahu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menerima semua jenis manusia ke dalam masjid. Soal jawab di dalam masjid. Malah badwi Arab sampai kencing di dinding masjid. Tetapi Rasulullah tidak menegah mereka dari mengunjunginya. Hukum mana yang tuan pegang?”
Ketika membaca petikan di atas saya cross path dengan Ustaz (ada titik persamaan)
Yang pastinya, seperti pernah saya katakan kita selalu criss cross (mempunyi beberapa titik persamaan)
Saya pasti jatidiri kita, secara perbadi menyatakan jalan yang kita ambil adalah terbaik dan menyakinkan.
Maka fahamnya saya kepada tulisan Ustaz tidak mewajibkan saya bersetuju dengannya.
Apapun, lega apabila Ustaz teringat kat saya bila tersentuh DARWIN, kerana Teori Darwin (walaupun terpaksa dikorbankan dari blog Ustaz) selalu mengingatkan saya kepada Tuhan Pencipta Makhluk.
ustaz, mintak share link ye…