
Tiada siapa menafikan.
Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari.
Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum di dalam slogan efektif, efisyen, pantas, tepat dan jelas berpiksel tinggi.
Dalam segala kemudahan ini, sepatutnya banyak masalah umat berjaya diselesaikan.
Namun tiada siapa yang dapat menafikan, baik oleh pertimbangan akal, mahu pun oleh emosi yang merasa, kehidupan hari ini lebih meresahkan.
Suatu ketika, kita pernah diperingatkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka menjadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Bagaimanakah lambakan persoalan boleh mengundang binasa?
Mungkin 30 tahun yang lalu, agak sulit untuk kita membayangkan bagaimana persoalan-persoalan dan perbalahan yang tidak berkesudahan boleh mengundang binasa. Tetapi tidak lagi di hari ini. Kita melihat saban hari, di celah-celah kemudahan mendapatkan ilmu pengetahuan, semakin banyak persoalan yang timbul dan gagal diselesaikan oleh umat.
Andaikata persoalan yang timbul merupakan persoalan semasa, berkaitan dengan penemuan-penemuan sains yang memerlukan pendirian Islam mengenainya, ia tidaklah menghairankan. Persoalan yang timbul memberikan konotasi perkembangan yang sihat tentang pencapaian umat.
Tetapi apabila persoalan yang timbul itu adalah persoalan yang sudah berusia 500 atau 1000 tahun, dan persoalan-persoalan yang meletihkan ini berkeliaran menimbulkan resah, gelisah, perbalahan dan perpecahan di kalangan umat yang berdaya tinggi pada kebolehan mendapatkan maklumat, ia simptom yang amat jelas terhadap sebuah kebinasaan.
Senaraikanlah khilaf yang membawa perpecahan kepada umat hari ini, hampir kesemuanya berasaskan kepada masalah yang umurnya sudah sama tua dengan usia umat ini.
Jarang sekali umat bertelingkah tentang masalah mercy killing di dalam perubatan. Tidak jelas adanya perpecahan yang membelah kesatuan umat pada soal berkaitan dengan penggunaan emulsifier dalam teknologi makanan.
KHILAF YANG MEMBINASAKAN
Apa yang meretakkan umat ialah pada percakaran tentang soal bid’ah atau tidak bid’ahnya amalan tertentu di dalam masyarakat, soal perbalahan di antara aliran Salaf dan Khalaf, di samping kacau bilau tasawwur tentang asas khilaf di antara Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dengan Syiah.
Berapakah usia pertengkaran itu?
Isunya bukan timbul semalam atau kelmarin. Tidak juga 100 tahun atau 200 tahun yang lalu. Khilaf itu sudah mengiringi survival umat semenjak di era al-Khulafa’ al-Raasyidoon, Bani Umayyah dan Abbasiyyah, membawa ke hari-hari di kehidupan semasa ini.
Apakah kesudahan kepada perbalahan ini?
Saya tiada jawapan yang mudah mengenainya.
Tetapi ada satu tanda tanya yang besar di dalam fikiran saya.
Apakah penyebaran yang meluas terhadap ilmu-ilmu Islam ini bermaksud berkembang dan membangunnya disiplin Pengajian Islam?
Atau mungkin di sana ada sesuatu yang terjadi, bahawa meluasnya ilmu Islam ini berjalan seiringan dengan kemerosotan disiplin Pengajian Islam, kemerosotan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam?
Dan sejauh manakah perkembangan ini menyumbang kepada pertambahan ilmu sama naik dengan pertambahan masalah?
Seandainya segala ilmu pengetahuan di dalam khazanah Islam itu sudah begitu mudah diperolehi di hujung jari, apakah masih relevan disiplin ilmu Pengajian Islam? Andaikata seorang berkelulusan Teknologi Makanan, Kejuruteraan atau Perubatan juga sudah mampu untuk menjadi rujukan umat terhadap permasalahan agama, di manakah letaknya signifikasi Fakulti Pengajian Islam?
PENGAJIAN ISLAM SEMASA
Lihat sahaja perkembangan semasa.
Segala-galanya menunjukkan kepada pengecutan disiplin Pengajian Islam. Bermula daripada peringkat sekolah, hinggalah kepada universiti.
Lihatlah sekolah-sekolah agama terkemuka di Malaysia seperti KISAS, SMAP Labu atau SMAP Kajang, berapakah jumlah kelas aliran Pengajian Islam untuk peringkat SPM, berbanding dengan kelas aliran Sains? Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah agama kerajaan negeri, Maahad atau SMKA di seluruh negara? Apakah nisbah di antara bidang Sains dan Pengajian Islam masih seimbang, atau berlaku kemerosotan yang signifikan terhadap peluang dan ruang bidang Pengajian Islam?
Bagaimana pula dengan Fakulti Pengajian Islam?
Saya tidak punya sebarang statistik. Justeru saya tidak membuat sebarang dakwaan, sebaliknya melontarkan soalan untuk dijawab oleh mereka yang memiliki jawapan mengenainya.
Apakah saiz Akademi Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam di UKM, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge di UIAM dan IPTA serta IPTS lain meningkat, atau masih kekal konsisten, atau mengalami kemerosotan dari segi kuantiti (sebelum isu kualiti)?
LUAR NEGARA
Bagaimana pula dengan Pengajian Islam di universiti-universiti di luar negara?
Di Mesir, Jordan, Syria, Yaman, Sudan, Arab Saudi, Maghribi, India dan Pakistan?
Saya juga tidak mempunyai statistik yang tepat. Tetapi apa yang pasti, Jordan mengalami kemerosotan yang amat ketara. Daripada jumlah pelajar Pengajian Islam (Syariah, Usuluddin dan lain-lain) serta Kesusasteraan Arab yang pernah mencecah jumlah lebih 4000 orang pada pertengahan 1990′an, kini jumlah keseluruhan pelajar Malaysia di Jordan berada di bawah paras 1000 dengan pecahan pelajar Perubatan yang amat besar berbanding pelajar di bidang Pengajian Islam.
Bagaimana pula nasib Mesir selepas STAM diperkenalkan?
Apa yang pasti, saya sudah tidak mendengar adanya biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh JPA atau MARA atau Kementerian Pendidikan, untuk menghantar pelajar ke Negara Arab di bawah program UPU yang berkongsi syarat kelayakan yang sama seperti penghantaran pelajar ke UK, USA, Australia, Jepun dan sebagainya.
Pengajian Islam sudah hilang keutamaan.
Jika dilihat kepada kemudahan untuk belajar agama pada hari ini, mungkin kegusaran yang timbul boleh ditepis dengan mudah.
“Apa perlunya dirisaukan hal ini? Seorang doktor yang rajin belajar agama juga boleh jadi sehebat ustaz, malah mungkin lebih lagi,” kata seorang profesional bertaraf ustaz.
“Lihat sahajalah pelajar lulusan bidang agama, tak ke mana pun kemahiran mereka sebenarnya…” tambah seorang yang lain.
DUA PILIHAN
Ya, kita ada dua pilihan.
Sama ada seseorang itu belajar bidang Pengajian Islam, kemudian menyambung lagi pengajian di peringkat Masters dan PhD di dalam pengkhususan-pengkhususan berkemahiran tinggi di bidang Pengajian Islam. Atau juga sebahagiannya menambah kelayakan dengan mempelajari bidang-bidang sokongan seperti Psikologi, Pendidikan, Sains Sosial dan sebagainya. Atau pun seseorang belajar di bidang non Pengajian Islam seperti Kejuruteraan, Perubatan, Ekonomi dan seumpamanya, kemudian mereka menambah usaha mempelajari bidang Pengajian Islam bagi menyokong diri.
Apa yang pasti, kedua-dua pilihan ini, akan hanya dipilih oleh manusia yang bersemangat tinggi, bercita-cita besar dan mempunyai kesediaan prasarana otak, kemahiran belajar dan kesungguhan yang di luar kebiasaan.
Berapa ramaikah manusia seperti ini yang berada di bidang Pengajian Islam, atau berada di bidang bukan Pengajian Islam tetapi memiliki kesedaran Islam yang tinggi?
Jawapannya menimbulkan pelbagai persoalan yang lebih serius.
Kembali kepada persoalan Pengajian Islam dan relevannya ia pada keperluan semasa, saya perlu memikirkan kembali, apakah yang saya tempuhi di dalam sistem pengajian di Fakulti Syariah sebelum diberikan segulung ijazah tanda selesainya satu peringkat proses tersebut.
MELIHAT KE BELAKANG

Fakulti Syariah, University of Jordan, Amman
Jika ada di kalangan kita yang merasakan kemerosotan perkembangan bidang Pengajian Islam hari ini tidak mendatangkan mudarat kepada umat, saya mahu memulakan proses mencari jawapan kepada pandangan tersebut dengan menyemak kembali apakah subjek-subjek yang diajar selama saya dan rakan-rakan menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Pertama Syariah.
Saya percaya, kombinasi 46 subjek ini sangat memainkan peranan dalam menstrukturkan kefahaman seseorang tentang Islam dan legasi keilmuannya.
Berikut adalah subjek-subjek yang saya ambil sebagai pelengkap kepada segulung ijazah Syariah:
- Arabic Language for Foreigners 099
- Arabic Language for Foreigners 100
- Arabic Language 101
- Tsaqafah Islamiyyah
- Introduction to Islamic Fiqh (Al-Madkhal ila al-Fiqh al-Islami)
- Science of Hadith (Uloom al-Hadith)
- Science of Quran (Uloom al-Qur’an)
- Al-Seerah al-Nabawiyyah
- English Language 101
- Ayaat al-Ahkaam
- Hadeeth 1
- Aqeedah 1
- Ahwal Syakhsiyyah (Fiqh Munakahat – Zawaaj) 1
- Mabaadi’ fi al-Nahw wa al-Sarf
- English Language 2
- Usool al-Fiqh 1
- Principles of Education (Mabaadi’ al-Tarbiyyah)
- Study Skills (English)
- Fiqh al-Qadha’ wa Thurooq al-Itsbaat (Jurisdiction System and Methods of Proofing Evidence)
- Fiqh al-’Ibaadaat 1
- Usool al-Fiqh 2 (Dilaalaat)
- Research Methodology and Islamic Resources
- Tilaawah wa Tajweed
- Ahwal Syakhsiyyah (Fiqh Munakahat – Thalaaq) 2
- Al-Tasyree’ al-Jinaa’ie fi al-Islaam (Penal Code Jurisprudence)
- Diraasaat fi Kutub al-Tafseer (al-Tafseer wa al-Mufassiroon)
- Al-Aqidah al-Islamiyyah 2 (Prophethood in Islamic Tradition, Christianity and Judaism)
- Hadeeth 2
- Fiqh al-’Ibaadaat 2
- Al-Arabiyyah Kitaabah (Arabic Writing)
- Huqooq al-Insaan fi al-Islaam (Human Rights in Islam)
- Al-Ahwal al-Syakhsiyyah 3 (Fiqh Wasaayaa wa al-Mawaarith)
- Adyaan Muqaaranah (Comparative Religions)
- Al-Da’wah al-Islaamiyyah wa al-Khitaabah
- Military Science
- Diraasah Nahwiyyah Arabiyyah 1 (Arabic Grammatical Studies 1)
- Fiqh al-Mu’aamalaat 1
- Al-Qawaaid al-Fiqhiyyah
- Al-Tafsir al-Tahlili (Analytical Interpretation of the Quran)
- Al-Tarbiyyah al-Wathaniyyah (Jordanian Citizenship)
- Military History
- Al-Aqidah al-Islaamiyyah 3
- Al-Quds fi al-Taarikh al-’Arabi wa al-Islaami (Jerusalem in the Arabic and Islamic History)
- Al-Hadhaarah al-Islaamiyyah (Islamic Civilization)
- Al-Alaaqaat al-Dauliyyah fi al-Islaam (International Diplomatic Relationship in Islam)
- Asaasiyyaat al-Idaarah (Principles of Management)
Di samping 46 subjek yang disyaratkan untuk memperolehi ijazah Syariah, para pelajar juga dikehendaki menghafal 6 juzuk daripada al-Quran bermula daripada juzuk 25 hingga ke juzuk 30.
PASCA TAMAT PENGAJIAN
Semasa belajar, ada sesetengah subjek yang menimbulkan persoalan kepada diri saya. Mengapakah subjek-subjek tersebut diajar sedemikian rupa?
Misalnya untuk subjek Fiqh berkaitan dengan Thaharah, Solat, Puasa, Zakat, Haji dan cabang-cabangnya, kami mempelajarinya sebanyak dua pusingan. Satu pusingan di dalam subjek Fiqh dengan menggunakan kitab-kitab Ahli Fiqh khususnya Mazhab Syafi’e dan Hanafi. Kemudian subjek yang sama diulang pembelajarannya tetapi dengan menggunakan kitab Hadith dengan manhaj ahli Hadith.
Sebelum subjek-subjek Fiqh ini dipelajari, para pelajar juga harus belajar satu subjek yang merangkumi keseluruhannya secara tasawwur umum iaitu subjek al-Madkhal ila al-Fiqh al-Islaami. Begitu juga dengan subjek Usul al-Fiqh 1 dan Usul al-Fiqh 2, ketiga-tiga subjek ini memahamkan kepada para pelajar sejarah perkembangan Mazhab, asas-asas yang membawa kepada perbezaan dalam pemerosesan nas malah perbezaan pendekatan di antara Ulama Fiqh dengan Ahli Hadith.
Tetapi setelah pengajian selesai, penyusunan subjek sedemikian rupa membantu kami memahami akan wujudnya pelbagai aliran di dalam masyarakat, yang mana setiap aliran tersebut mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri di sepanjang zaman. Justeru khilaf di antara Imam Ahmad bin Hanbal dengan Imam-imam Mazhab yang lain, difahami sebagai perbezaan orientasi Ahli Fiqh dan Ahli Hadith.
Pemahaman seperti ini, menyebabkan saya secara peribadi tidak pernah menyangka yang ia akan disepahkan di tengah-tengah masyarakat sebagai khilaf yang bukan lagi khilaf, sebaliknya pertentangan di antara yang Haq dan Batil hingga membinasakan umat. Hairan sungguh. Kesemua pensyarah, dan buku rujukan tidak pernah menyemai persepsi sedemikian rupa, melainkan penyakit SIKAPlah yang menyelewengkan konotasi asalnya.
Universiti tidak pernah mengajar mana-mana pelajarnya untuk melagakan perbezaan pendapat dan manhaj. Malah universiti menekankan sebaliknya. Biar pun pensyarah tidak terlepas daripada mempunyai kecenderungan tertentu, namun disiplin akademik mencegah satu-satu aliran daripada dimenangkan ke atas satu aliran yang lain. Dalam banyak keadaan, khilaf yang berlaku adalah khilaf antara yang paling benar dengan yang benar, bukan antara yang paling benar dan yang paling batil.
Sikap dan krisis akhlaq jualah yang menjadi punca sistem sebaik ini, tidak terlepas daripada menanggung nasib seperti sawah bendang yang membekalkan beras, tetapi turut membiakkan tikus dan ular sebagai makhluk perosak.
Apatah lagi isu ini dicaca merbakan dengan penglibatan istilah Wahabi, Kaum Muda, Kaum Tua dan seterusnya. Disebarkan oleh agamawan yang berpenyakit akhlaq, kepada pengikut yang kurang peralatan untuk menimbang tara.
Malah ini juga asas kegusaran saya melihat kecenderungan generasi muda belajar ilmu Hadith tetapi tidak menghayati ilmu Usul al-Fiqh. Mereka menjadi sangat keras dan kaku dalam pemahaman, malah berleluasa pandangan yang kucar kacir apabila fenomena itu diperpanjangkan pada memperkatakan bidang seperti Politik, Muamalat dan saringan ideologi moden seperti Demokrasi, Sosialisma, Kapitalisma, Nasionalisma, Liberalisma dan yang seumpama dengannya.
Kegusaran yang serius tentang persoalan-persoalan berkaitan dengan Siasah.
Memperkatakan tentang Khilafah, kaedah pemilihan ketua negara, dan cabang-cabangnya tidak mungkin boleh dibuat hanya dengan lintasan hadith berkaitan politik di dalam subjek Hadith 1 dan Hadith 2. Sebaliknya beberapa subjek khusus disediakan untuk membina gambaran yang lengkap tentang apa yang dinamakan sebagai Siasah Syariyyah atau Sistem Politik Islam. Subjek-subjek tersebut juga hanya dipelajari selepas subjek teras dalam Usul dan Fiqh dilunaskan oleh para pelajar.
Tidak dilupakan, tatkala al-Quran mahu difahami akan tafsirannya, ia didahului terlebih dahulu dengan subjek khusus sebagai pra syarat sebelum Tafsir boleh difahami. Uloom al-Qur’aan memberikan asas-asas ilmu memahami al-Qur’an. Kemudian subjek Diraasaat fi Kutub al-Tafseer (al-Tafseer wa al-Mufassiroon) memperkenalkan kami kepada ilmuan-ilmuan Tafsir di sepanjang zaman, metodologi mereka serta kekuatan setiap Tafsir mereka dan bagaimana perkembangan zaman ke zaman itu memberikan kesan serta pengaruh kepada kecenderungan tafsiran masing-masing.
Sebelum semua subjek ini dipelajari, kami juga diajar beberapa subjek asas Bahasa Arab. Di dalam subjek ini, para pelajar didisplinkan dengan cara membaca dan menulis dengan betul. Hamzah harus dirumahkan di atas Alif, Wau atau Ya’, Alif Wasal atau Alif Qatha’, bagaimana menggunakan kamus-kamus Arab yang pelbagai dan lain-lain asas berbahasa yang betul.
Tidak sekadar itu, pelajar juga dikehendaki mempelajari tatabahasa Bahasa Arab dengan sebaiknya, mengenali perbezaan di antara Mazhab Bahasa Arab di Kufah dengan Basrah dan hal-hal yang membetulkan penuturan, pembacaan serta penulisan.
SUBJEK-SUBJEK SOKONGAN
Alhamdulillah sistem pengajian di Jordan juga menitikberatkan keperluan meluaskan horizon para pelajarnya. Maka para pelajar Syariah juga dikehendaki mempelajari subjek-subjek bukan Pengajian Islam dengan jumlah yang agak signifikan.
Antara subjek itu ialah Bahasa Inggeris, Prinsip ilmu Pengurusan, Pendidikan, Sejarah, Sains Ketenteraan dan Sejarah Ketenteraan. Pelajar juga mempunyai pilihan untuk mengambil subjek elektif seperti Sains Komputer, Bahasa Perancis, Sepanyol atau Bahasa Parsi, Sains Sukan, Prinsip Akaun dan sebagainya.
Kombinasi 46 subjek dengan hafalan 6 juzuk al-Qur’an ini adalah suatu proses yang amat panjang, rumit dan jika digarap dengan bersungguh-sungguh oleh para pelajar, ia berupaya untuk menyediakan ASAS yang diperlukan oleh seorang yang mahu berfungsi sebagai ilmuan di tengah masyarakat.
Inilah yang masih saya fikirkan.
Apakah dengan kemudahan akses terhadap ilmu-ilmu Islam pada era ICT ini, kemudahan itu mampu menamatkan signifikasi proses kesarjanaan di dalam bidang Pengajian Islam? Andaikata ilmu mudah diperolehi, saya masih ada persoalan tentang struktur ilmu.
Tatkala seseorang mahu memperkatakan tentang sejauh mana Sirah Nabawiyyah kita bersih daripada pengaruh Syiah akibat wujudnya pengambilan riwayat oleh Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq yang diketahui melalui pembacaan artikel bahawa beliau merupakan seorang Syiah, seorang yang melalui proses disiplin ilmu Pengajian Islam akan sedar bahawa isu itu hanya tip kepada sebuah iceberg yang amat besar.
Subjek Sirah Nabawiyyah, Aqidah 1, 2 dan 3, Ulum al-Hadeeth, Tamadun Islam, Perbandingan Agama dan beberapa subjek lain, masing-masing perlu dicantumkan untuk membentuk satu pendirian yang lengkap tentang subjek tersebut. Saya bertemu dengan perbahasan berkaitan ini semasa di tahun 3 pengajian, justeru berasa amat terkejut apabila ia menjadi topik perbualan di internet tanpa mengambil asas-asas yang kritikal itu tadi.
FORUM TIADA KESIMPULAN
Mungkin inilah punca utama mengapa apa sahaja tajuk yang dikemukakan di dalam forum-forum diskusi agama, ia jarang berakhir dengan kesimpulan. Biar pun ratusan reply dihantar, ia gagal menghasilkan satu keputusan yang boleh dipegang. Saya yakin, salah satu sebab mengapa situasi sebegini terjadi ialah apabila strutktur ilmu sebagai cerucuk kefahaman itu tidak menjadi sandaran perbincangan.
Terlalu mudah untuk satu-satu pandangan dibuat tentang hal-hal yang memerlukan kepada satu proses pembelajaran yang panjang.
Saya tidak pasti sejauh manakah kemudahan internet mampu melahirkan ilmuan yang boleh mencegah umat daripada segera terbelenggu dengan fenomena yang diamarankan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada dada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama’ sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. [Hadith riwayat al-Bukhari: 100 & Muslim: 2673]
Dengan segulung ijazah Syariah, saya masih jauh daripada bayangan untuk mengisi kehilangan para Ulama yang pergi mendahului kita. Masih banyak yang perlu dikaji, dipelajari dan difahami. Masih kecil dan kerdil untuk menjadi pengganti. Jauh sekali.

Sebahagian ‘batu-bata’ yang diperlukan untuk proses itu
Tetapi saya percaya, pemergian tokoh seperti Fathi Yakan baru-baru ini dan terkini pula Sheikh Abdullah bin Abd al-Rahman Ibnu Jibrin, tidak memberi sebarang makna andai ia hanya mengundang tangisan air mata. Kehilangannya perlu diganti, dan saya tidak yakin dalam bahasa realistik, madrasah internet dan kuliah-kuliah Maghrib mampu berperanan menggantikan sebuah proses latihan di Fakulti Pengajian Islam.
Di tahun 90′an, JPA, MARA dan Kementerian Pendidikan berani membuat pelaburan menyediakan biasiswa dan pinjaman berprestij untuk menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke bidang Pengajian Islam dan hasilnya sedang dinikmati oleh masyarakat pada hari ini, Alhamdulillah.
Akan tetapi, ketiadaan peluang sedemikian rupa hari ini, dan kemerosotan prioriti terhadap disiplin Pengajian Islam semasa, amat membimbangkan.
Saya tidak begitu bimbang kalau orang memandang remeh kepada bidang Pengajian Islam atas faktor ekonomi. Ia mudah untuk disanggah dan ada banyak jalan untuk mengatasi masalah kerjaya ini. Kebimbangan saya ialah apabila orang memandang remeh kepada bidang Pengajian Islam untuk mendalami Islam. Inilah isu utama di dalam artikel ini.
Sesungguhnya, janganlah dibiarkan kemunduran itu.
Disiplin Pengajian Islam mesti diselamatkan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Subhanallah…
Semakin mudah ilmu diperolehi, semakin kurang para ilmuan Islam..
bukan masa untuk menuding jari…
nak salahkan pemimpin sbb tak beri biasiswa…
nak salahkan sistem pendidikan sekular…
sekarang,
masa untuk muhasabah diri….
@aman,
Terima kasih Aman, menjadi penulis komen pertama. Satu kalimah yang baik sebagai permulaan iaitu MUHASABAH DIRI
@Abu Saif, saya nak tambah. Barangkali kerana hijab. Sebab kurangnya ilmu hati. Barakah pun lari.
Kedua, pelajar yang belajar agama (pengajian Islam) sama fe’el pelajar yang belajar lain dari agama.
Antara trend pelajar; malas nak ke kuliah, ponteng. Malas untuk ambil ilmu lain dari yang jadual. Sibuk dengan dunia internet, dulu IRC, sekarang mungkin blog. Akhlak tak jaga. TV, tengok. Muzik, dengar (yang lagha). Mata tak jaga, pandang situ dan sini. Ibadah tak buat, contoh solat tahajud ke apa.
Ketiga, niat belajar. Tak bersih. Setengahnya, terpaksa, sebab dah dapat offer.
Alhamdulillah Ustaz. Dengan terbitnya artikel seperti ini, terbukalah mata dan hati kita tentang peri pentingnya pengajian Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Saya juga bersetuju dengan komen abuyon yang menyentuh tentang persoalan niat. Ada kalanya pelajar Fakulti Pengajian Islam berkelakuan tidak ubah seperti pelajar fakulti-fakulti yang lain dan tidak menggambarkan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu.
Ada juga yang hanya menghafal ilmu semata-mata dan men’curah’kan kembali sewaktu peperiksaan menjelma. Ini adalah hasil pemerhatian saya ketika menuntut di Universiti Malaya selama 6 tahun. Akan tetapi, ada juga para pelajar Fakulti Pengajian Islam yang berjiwa besar dan menggambarkan ciri-ciri seorang Ulamak pada masa akan datang…. Itu sahaja..
Saya amat bersetuju dengan Abu Saif. Siapakah harus dipertanggungjawabkan di atas masalah remaja yang telah masuk ke peringkat diploma atau degree ni. Ada setengahnya sombong dengan apa yang telah di perolehi. Di tambah pula dengan organisasi keluarga yang kedua orang tua mereka sibuk mengejar harta dunia. Jika di tegur jadi isu sensitif pula. Wallahualam
@aman,
Assalamualaikum ustaz,
Sebelum saya memberi komen dengan lebih panjang,terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya tulisan saya ni menyusahkan ustaz.
Sebenarnya saya tak faham apa yang ustaz ingin sampaikan dalam artikel ini?
Adakah ustaz ingin kongsikan jalan penyelesaian kepada tak relevannya pengajian Islam atau ustaz nak kongsikan mengapa pengajian Islam menjadi tak relevan pada masa ini?
Maaf atas pertanyaan saya.Harap ustaz sudi menjawabnya.
Assalamualaikum…
Alhamdulillah saya dah baca artikel ustaz yang masih panas ni.Saya juga sependapat dengan ustaz sebab saya pun keluaran Fakulti Pengajian Islam di Tanahair kita.Ramai hari ini kita lihat org yang berkelulusan agama seolah-olah malu untuk menonjolkan diri sama ada dari segi pakaian dan sahsiah mereka..kekadang tu org yang tak belajar agama pun faham menutup aurat bagaimana..mungkin di sinilah masyarakat menilai org2 yg belajar agama.saya pun tak faham…kenapa mereka tak mengamalkan apa yg dipelajari semasa di sekolah dan “u” dulu.Bila tanya masalah agama tak tau nak jawab…tu sebab org lebih percaya kitab kat internet ni dari org mengaji agama.terima kasihla di atas tulisan ustaz moga2 siapa yang membaca di kalangan org yang mengaji agama dapt mencari u-turn utk ke jalan yg betul..sekian wassalam
besar jugak masalah ni kan ustaz…em..yang saya dapat lihat, pengajian islam yang difahami oleh golongan siswazah di sekitar saya ialah dengan cukuplah sekadar mengetahui untuk beribadah dan tahu sini sikit..sana sikit..
tiada lagi semangat untuk menuntut dan mendalami ilmu2 agama sebagai mana para sahabat,tabi’ dan tabi’en dulu kala..
mungkin juga ada tapi hanya segelintir cuma..mungkin tidak cukup digarap, digalakkan atau dibimbing dan di tunjukkan caranya..saya kini hanya banyak membaca di laman web ustaz2..di portal2 islamik..dan membaca di blog2..
dan realiti orang awam..bila ada masalah fiqh seperti contoh taharah,haid,nifas,istihadah atau pun ketika nak pergi umrah atau haji baru cari buku..baru rujuk ustaz/ah..
anak2 muda dan mungkin juga para ibu bapa kini lebih memandang tinggi karier2 selain daripada menjadi tokoh ilmuan agama..
Kala ini pengajian Islam dipandang sebelah mata. Kebanyakan orang beranggapan segulung sijil “Islam” tidak ekonomi. Pernah kawan saya bertanya kepada kawannya yang belajar di Mesir dalam pengajian Islam, ” Kau abis nnti nak kerja ape ek? “
@Apis,
Saya tidak begitu bimbang kalau orang memandang remeh kepada bidang Pengajian Islam atas faktor ekonomi. Ia mudah untuk disanggah.
Kebimbangan saya ialah apabila orang memandang remeh kepada bidang Pengajian Islam untuk mendalami Islam. Inilah isi terpenting artikel ini.
Ustaz,
mmg btul bidng pengajian islam ini harus lebih ramai anak2 muda ceburi..
sy sendiri adalah graduan bidang kejuruteraan dr overseas namun sambl2 sy blajar kjrteraan, jiwa sy terase kosong.. sy sgt dahagakn ilmu pengajian islam (sy xmendpt peluang blajar di skolah2 agama). mmg sy slalu ikuti usrah2, halaqah, namun sy sgt2 ingin blajar bahasa arab supya lbih mudah utk sy fahami Al-Quran, belajar tentang hadith, sdiki sbyk ttg fiqh dan mcm2 lg, dgn pembelajaran secara formal dan berguru.
namun agak sukar utk sy krn sy perempuan, dan sy lbih selesa jika mendpt guru yg juga perempuan. tp hal ini agak susah krn mrk kebnyakannye sudah berkeluarga dn punyai tanggungjwb lain..
mungkin ustaz boleh komen sikit. mungkin konsep/understanding sy salah..
sy mintak maaf kalau persoalan sy ini terlalu byk kesilapan dn tidak pandai menyusun kata… sy hanyelah hamba Allah yg hina yg ingin mencari ilmu sbyk yg boleh sekadar kemampuan sy..
@nur,
saya tiada jawapan mudah untuk persoalan yang ukhti timbulkan. sebaliknya peganglah pepatah Melayu ini secara bersungguh-sungguh:
Anda mampu mengubahnya!
@nur,
saya tak pasti pula saudari belajar di mana,tp saya dan beberapa orang sahabat di luar negara ini mengikuti courses yg dianjurkan satu institusi al-maghrib yg meliputi uk,usa, dan canada. almaghrib memiliki instructor2 yg berwibawa,bukan skadar klulusan pengajian agama tapi lulusan ilmu akademik.Dan kesemua mereka ada kekuatan tersendiri dr segi penyampaian yg bersifat ‘life couch’.Yg mengangumkan sstgh mereka byk belajar one-to-one dari scholars.
Programnya bersifat double weekend, akan ada exam dan bila student berjaya memenuhi pointer2 brdasarkn course2 tertentu mereka layak mendpt degree in islamic studies.This is the way pendakwah dr komuniti minoriti di western countries yg blajar pengajian islam dgn berdakwah dan menyebarkn ilmu mereka kepada low-level society yg busy dgn kerja dsb.kebanyakan penyampai adalah pendakwah yg sgt aktif di usa dan uk.one of the speaker, sheikh bary, originally from vietnam,study islamic studies di medina,seorang pendakwah yg aktif di usa dan pernah berdakwah di cambodia.
subhanallah, pd pndgn peribadi,setelah mengikuti 2 courses-’heart serene ibn qayyim’ dan ‘shepherd’s path’,sungguh inspiring, walaupun wiken tu compact but terharu dpt tengok masyarakat muslims di sini tanpa mengira umur bersungguh2 mluangkan masa menuntut ilmu walau trpaksa mmbyr dg kos yg mahal.byk juga perkara yg kita belajar dr sirah di sekolah trutamanya yg tersangkut2 bila masuk seminar yg direct cerita secara kronology dgn kekereatifan speakers sungguh inspiring.
saudari boleh rujuk lanjut di web ni;
http://www.almaghrib.org/index.php
http://www.youtube.com/watch?v=I7ql5ZRXOew
sekadar cdgn.=)
@nur, salam ya. Nak beri pandangan. Adapun dari segi ilmu agama (pengajian Islam) orang macam saudari perlu hanya fardhu ain saja. Cukup untuk beramal. Ini panduan, beramal apa yang ada kemudian istiqamah lebih baik dari ilmu banyak amalnya tidak.
Kalau nak lebih, sila lagi molek, lagi bagus. Macam kata A’a, better better and better.
Adapun seorang ustaz, dia kena lebih. Kalau boleh, belajar sampai Mujtahid, macam Imam Syafie, Imam Asy’ari.
Adapun dari segi lain dari ilmu agama (engineering ke apa) orang macam saudari kena belajar lebih, sebab jatuh hukum fardhu kifayah.
sama-sama la kita muhasabah diri…lebih-lebih lagi org yang memang belajar agama kenalah mantapkan ilmu untuk terjun ke dalam masyarakat.
ilmu bukan hanya ada pada sijil betul tak ustaz…
@ummu wafiy,
saya rasa masalah kualiti ni ada dalam semua bidang.
kalau dalam bidang perubatan, ada doktor yang sekadar cari makan, ada yang bersungguh-sungguh memberi perkhidmatan, ada yang otak research dan menemui penghasilan yang amat berguna.
bidang engineering pun sama.
begitu juga dengan bidang pengajian islam. ada yang sekadar cari makan, ada yang bersungguh-sungguh dan ada yang benar-benar berkualiti tinggi.
ia berkait rapat dengan sikap dan niat seorang masuk ke satu-satu bidang.
tetapi dalam artikel ini saya sebolehnya tidak mahu sentuh bab itu. sebaliknya perenggan akhir artikel di atas yang saya blockquote itu yang paling menjadi kebimbangan:
@Abu Saif,
“masalah kualiti ni ada dalam semua bidang”. Setuju .. saya rasa sbb belajar for the sake dpt ijazah, bukan ilmu.
Dalam kes pengajian Islam, menjadi ketakutan apabila tiada agamawan yang berimu tinggi, maka hilang tempat rujukan. Nnt jadi sesat dan menyesatkan pula.
Moga isu yg ustaz ketengahkan ini menjadi wake up call
Mantap luahan hati ustaz. Membuatkan saya berasa bahawa perjalanan intelektual saya semakin jauh. Dan ia terasa semakin jauh.
Namun, 46 disiplin ilmu ini memadailah jika dipadat menjadi 12 menurut analisa Ust. Said Hawwa dalam kitabnya, Jundullah.
@A.Muchlis,
Syukran atas perkongsian pandangan anta ya akhi al-aziz. Lama kita tak berjumpa.
Ana juga berpegang dengan rumusan 12 bidang yang disarankan oleh Said Hawwa. Namun dalam menggarapi saranan itu dalam format praktikal, ia perlu dipecahkan. 12 bidang tidak semestinya bermaksud 12 subjek.
@Abu Saif, Terima kasih ustaz. Saya setuju.
Terima kasih kerana Ustaz membawa satu sisi yang hampir tidak dapat saya lihat berkenaan limpahan maklumat islami dewasa ini.
Sesungguhnya menggerunkan untuk difikirkan kemungkinan akibat jika limpahan maklumat ini difahami/ ditafsirkan sebagai sesuatu yang mampu mengkayakan pengetahuan seterusnya membentuk satu ummah yang perkasa. Sedikit sebanyak boleh menjadi bagai semut mati dibalang gula!
Proses formal pengajian Islam mesti diteruskan dan disokong supaya tradisi kesarjanaan islam zaman-berzaman tidak pupus kerana sefaham saya umat sentiasa perlu kepada golongan Faqih dalam Islam, bukan setakat faham sahaja.
Berkaitan dengan merosotnya bilangan pelajar jurusan agama ke luar negara, adakah ia ada kaitan dengan penubuhan Kolej-kolej Universiti Islam dalam negara?
@Faizal,
Semut mati di balang gula, suatu metafora yang amat tepat dalam merumuskan maksud artikel ini, bahawa umat binasa bukan kerana kekurangan ilmu, bahkan mati dalam lambakan ilmu. Sungguh menggerunkan.
@Abu Saif, semut mati dalam air sirap pun boleh juga
Ustaz,
terimakasih byk2 terutama dgn list silibus pengajian syariah. dah lama teringin nak tengok, baru kini berjumpa.
thanks also for this whole article, and hope to see more.:) Syokran Jazilan.
salam ustaz,
artikel ustaz selalu tepat pada masa keresahan saya. kami berbincang panas malam semalam, sampai saya tak dapat tidur lena.
(i) keutamaan kita pada ilmu agama yang Allah turunkan dah semakin susut. kita telah tidak merasai ‘miracle’ quran sebab banyak sungguh ilmu2 agama yang ditulis oleh berbagai-bagai jenis manusia. kita makin jauh dari quran dan kitab2 yang muktabar;
(ii) kita tidak meletakkan ‘priority’ pada pendidikan agama, terutamanya dalam membentuk tauhid dalam diri- tiada penekanan dalam fasa pendidikan sekolah rendah;
(iii) lebih mengutamakan ilmu untuk mendapat pekerjaan, hilang nilai2 moral dan ‘value’ ilmu. pelajar2 di universiti pun kebanyakannya belajar untuk lulus periksa, tanpa meng’absorb’ ilmu dan menghisab diri serta memperbaiki kemampuan berfikir.
saya rasa, memang masanya kita bermuhasabah, berbincang, mengusahakan, memohon pihak yang ada ‘authority’ untuk kembalikan nilai-nilai ini. eloklah kita balik kepada alquran dan kitab2 dasar agar ‘miracle’ al-quran itu dapat kita rasai semula.
maaf jika agak ‘messy’ hujahan2 saya. banyak isu yang mencelarukan minda dengan masalah ummah masa kini. tenggelam punca, dan tak dapat nak pastikan di manakah kedudukan kita sekarang. yang pasti, saya jadi tertekan kerana tak tahu bagaimana nak menyumbang untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. letih dengan ustaz-ustaz yang tidak habis2 membahaskan benda yang sedia jelas, dan rakyat marhaen makin jauh dari kefahaman islam. semoga Allah sentiasa bersama kita.
@umi, salam ya. Pada saya hal ini mudah saja. Ia berkaitan dengan, kalau air, tempat tadah atau bekasnya.
Yang pergi belajar agama atau apa, adakah mereka bersedia, ikhlas dan ada matlamatnya.
Hati kena mahu bersih, kena mahu putih. Baru ilmu yang dicurah dapat ditadah, ibarat air dari gunung mengalir ke lembah, membekas bukan saja di telaga minda tetapi di tasik hati jiwa juga.
Perhatikan ini, ada orang miskin tidurnya nyaman sekali meski beratapkan rumbia atau langit Tuhan. Ada pula orang kaya tidurnya resah sekali meski beratapkan syiling buatan moden dan baik sekali.
Perhatikan ini lagi, ada orang miskin makan kenyang sekali meski ikan kering. Ada pula orang kaya makan lauknya banyak sekali tetapi tak pernah puas hati.
Ya, demikian juga belajar. Ia bersangkut sekali dengan soal hati, ikhlas dan barakah Ilahi.
Pelajar mesti bersedia menjadi bekas seperti yang disebut tadi.
Assalamualaikum kepada Ustaz,
Dalam hujah ustaz,perlunya pembinaan asas yang kuat dalam memahami Islam juga apabila mentafsirkan hadis dan ayat al-quran.
Akan tetapi, kadangkala, ambil contoh usrah misalkata. Mereka terdiri daripada naqib-naqib muda yang yang tiada asas yang kuat dalam memahami al-quran dan hadis kerana kebanyakan mereka adalah pelajar-pelajar perubatan dan engineering.
Mungkin atas semangat dan dasar untuk melihat Islam itu kembali ke persada kegemilangan juga Islam bukannya untuk orang agama sahaja, mereka mempelajari Islam dan memberi pandangan berdasarkan hadis-hadis dan ayat al-quran tanpa terlebih dahulu mengetahui disiplin-disiplin dan metadologi yang ustaz sebutkan dalam artikel di atas. Jadi pada pandangan ustaz bagaimana?
@fareast,
waalaikum al-salaam wbt.
belajar agama untuk mencari panduan hidup di peringkat individu, dan berperanan sebagai muslim yang saling ingat mengingatkan tentang maaruf dan mungkar, adalah satu bab.
belajar agama untuk menjadi orang yang specialized dalam disiplin tertentu, mengeluarkan pandangan-pandangan untuk dipegang oleh orang ramai, berperanan sebagai ulama’ yang dirujuk, adalah satu bab lagi.
kumpulan 1 telah merentas sempadan pergi ke kumpulan 2 tanpa sedar.
kumpulan 2 pula tidak merentas sempadan untuk menyertai kumpulan 1.
ia memberanakkan kecacamerbaan yang rumit
Pengajian Islam juga perlu di’relevan’kan dengan kehendak semasa. Selain mempunyai asas yang kukuh, pelajar pengajian Islam perlu kemahiran nilai tambah (value added skills) untuk memastikan ilmu yang dipelajari relevan dengan tuntutan massa. Mungkin juga perlu kajian semula (re-evaluation) terhadap isi kandungan (content) dan cara (approach) pengajian Islam.
Saya juga memerhatikan bahawa terdapat penuntut ilmu (talib al-’ilm) yang kadangkala tergesa-gesa dan ‘over-reactive’ berbanding guru mereka yang seterusnya menyumbang kepada ‘caca-merba’.
Mungkin sampai satu masa terjadi
“Wah,hebat anta. Belajar dengan syeikh mana.”
“Alhamdulillah, ana belajar dari syeikh google.”
Sebagaimana belajar ilmu kejuruteraan dan perubatan itu mempunyai disiplin-disiplin itu yang khusus,begitu juga dengan pengajian Islam.
Belajar tetap belajar, tetapi belajar sama untuk menetapkan batas diri.
Buat insan yang bergelar Ustaz,Ir, Dr dan semuanya, sekarang masa untuk muhasabah diri.
salam ust.
bagi saya amat perlu bidang pengajian islam ini diperkasakan kembali kerana masyarakat perlu kepada bimbingan.. yang penting ialah kita yang perlu memulakan perubahan untuk melahirkan para usataz/ah yang lebih berkualiti di samping memperkasakan kuantiti. Faktor ekonomi hanya merupakan faktor luaran. yang paling penting ialah faktor dalaman(sikap dan kehendak).Jangan sekadar NATO(No Action Talk Only) atau OIC (Ohh! I See). Pastikan kita yang mulakan dulu. Didik anak-anak supaya cinta pada agama, cinta pada alim ulama,cinta pada agaman. sekadar muhasabah bersama.
Jikalau mahu mendalami ilmu tentang setiap organ manusia (anatomi) untuk seterusnya jadi surgeon perlu kepada satu disiplin yang khusus dan panjang serta tak mungkin boleh dikuasai dengan hanya melayari internet, takkan lah mahu mendalami segala kata-kata Allah dan Rasul-Nya yang begitu luas maksudnya (jawami’ al kalim) tidak perlu kepada disiplin yang khusus dan tersusun, dan boleh terus jadi ‘pakar bedah’ al Quran dan al Hadis dengan hanya melayari internet dan membaca artikel atau belajar secara ‘sambil-sambil’
Fikirkanlah…!
Inilah dilemanya ust. Amanah di kalangan pelajar pengajian Islam juga besar-terutama dalam menekuninya hingga menjadi pakar. Bahkan, di kebanyakan kampus kini, tenaga pakar dan pensyarah senior semakin kurang. Yang muda dan baru masih memerlukan masa, agar menguasai cabang bidang dalam pengajian Islam. Mereka juga perlu berfikir usaha memperkasa pengajian Islam di universiti agar tidak menjadi second class.
Banyak pelajar-pelajar Pengajian Islam sekarang tak macam Ustaz.
Ini terjadi pada adik ipar saya, belajar Usuluddin di Mesir tapi merokok, pakai seluar jeans dan t-shirt ketat, jarang berjemaah di Mesjid.
Berkali-kali saya tegur, kadang2 dia ikut, kekadang tidak. Pening kepalanya dibuatnya.
Wallahu ‘Alam
jangan salahkn pengajian agama jika tidak dikaji dengan sebetulnya keadan yang berlaku. adik ipar saudara mungkin ponteng kelas, tak ikut pengajian syeikh di masjid, sbb tu x de perubahan pada sikap.
aslm w.b.t,
ana rasa, kalau Rasulullah hidup zaman ini, pening juga nak baca tulisan2 yang ada. Besarnya hikmah Baginda sebagai Rasul yang ‘Ummiy’.
Mungkin kita nak kena seksaan fizikal spt waktu Zaman Baginda kot, baru ada kesedaran & pecutan minda.
jgn perkecilkan nabi, kalau nabi masih hidup nabi boleh selesaikan semua masalah tu, nabi takkan pening. ni contoh org tak cukup ilmu agama, cakap ikut sedap mulut, adab dengan nabi pn tak tahu.
@leon,
salamun’alaik,
t.kasih krn menegur ana. Ana akui kekasaran bahasa ana, susah sebenarnya nak tekan butang ‘pause’ ni. Minta maaf, ana x cukup tajam nak cari perkataan yang lebih sesuai.
Ana maksudkan, dakwah Rasulullah s.a.w. dulu lebih kepada perbuatan, dakwahnya lebih melalui itu.
Tentang pening tak peningnya bukan point ana. Walaupun begitu dah terlanjur, saudara leon kena ingat, Rasulullah juga memiliki sifat2 manusia,
“Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kalian (hanya saja) aku diberi wahyu (Q.S. Al-Kahfi: 110)
Nak dikaitkan dengan topik Ustaz Hasrizal, tulisan2 yang ana maksudkan ialah buku-buku yang ada di pasaran yang bercanggah dengan aswj. Pembaca kenalah bijak memilih, mengikut pertimbangan ilmu masing2. Itu belum lagi termasuk website-website yang menyeleweng. Nak tak nak kena juga baca, kalau tak, ketinggalan.
Nak jadi bijak pula kena ada guru yang mursyid, yang betul2 amalkan ilmunya.
Apa-apa pun, bak kata Ustaz, lebih kurang bunyinya, “Hati tenang dengan kebaikan, resah dengan dosa”
Ana tgh berusaha perbaiki adab ana, t. kasih sekali lagi.
Permasalahan khilafiah menurut Imam as-Suyuti adalah antara yang paling benar antara yang benar bukannya antara hak dan yang batil.Oleh itu menuduh seseorang mengamalkan ijtihad seseorang fuqaha’ itu sesat adalah tuduhan yang amat berat.Apatah lagi menkafir sesama Islam. Nauzubillah himin zalik. Apabila hilang adab dan akhlak seseorang itu akan bercakap sahaja yang dia hendak.
salam..
saya setuju..
sy pernah juga terfikirkan perkara ini dan selalunya subjek elektif saya luar dari bidang saya…nak tambah ilmu…
hakikatnya, di UKM (sbg pelajar UKM), mmg jumlah pengambilan pelajar ke fakluti islam semakin berkurang dan kemudahan utk mereka jg berkurang berbanding pelajar sains…renungkanlah
@betul2,
kemudahan dari segi apa ya kalau dapat anda jelaskan … barangkali kekurangan kitab-kitab sebagai rujukan di perpustakaan … ?? saya tak pasti untuk pengajian agama, tapi kebanyakan jurnal, artikel dan kertas kerja yang ILMIAH boleh dimuat turun dari portal-portal yang telah dibayar oleh IPTA. Jadi inilah peluang untuk pelajar menceduk khazanah ilmu ini sebanyak mungkin untuk rujukan setelah tamat pengajian di universiti.
@betul2,
Semua IPTA yang bertaraf Universiti Penyelidikan mengecilkan jumlah pengambilan pelajar ijazah pertama di semua fakulti. Ia adalah arahan daripada KPT. Dalam masa yang sama, semua IPT diarahkan mengambil sebanyak mungkin pelajar siswazah untuk pengajian master dan phd. Tiada konspirasi untuk mengecilkan jumlah pengambilan pelajar FPI di mana IPTA tempatan.
Permasalahan ummmah bukanlah perkara baru, di zaman Zayn Nuddin atau Hujjatul Islam iaitu Imam al-Ghazali konflik antara Asyairah dengan Muktazilah,Salaf dan Khalaf dan sebagainya banyak berlaku. Pendekatan Imam Ghazali ialah dengan mendalami semua ilmu tersebut termasuklah Tasawwuf. Dapatan beliau ilmu tasawwuflah yang benar kerana ianya adalah amalan dan pengalaman bukan berjidal-jidalan.Usaha dan tumpuan kita hanya untuk mencari kemenangan di pihak kita tetapi sepatutnya usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Taala.Malanglah kita usia yang sedikit apatah lagi di akhir zaman ini masa yang ada berlalu dengan pantas sekali, kita sibuk dengan perkara yang bukan matlamat kita. Biarkan si luncai dengan labu-labunya, kita tetap berjalan menuju keredhaan-Nya.
Ada antara kita yang bercakap tentang kerisauan terhadap sikap siswa-siswi Pengajian Islam sedia ada terhadap ilmu. Tentang sikap belajar hanya untuk peperiksaan, malas, ponteng, meniru, tidak thiqah. Namun terdapat satu faktor yang mungkin nampak remeh tetapi agak menggusarkan … iaitu sikap tidak yakin terhadap kemampuan diri untuk meletakkan diri sebaris dengan ulama’ tersohor …
Saya faham, dalam mana-mana disiplin ilmu pun, tidak semudah itu untuk kita berada pada tahap tinggi dalam pemahaman … dan saya bersangka baik yang rasa kurang yakin itu barangkali berpunca dari rasa tawadu’ dan tidak mahu riya’ dengan kelebihan ilmu yang dimiliki … namun dalam bidang Pengajian Islam saya berpendapat siswa-siswi bidang tersebut perlu punya azam untuk mendalami ilmu berkaitan hingga tahap menjadi seorang faqih dan pakar rujuk … pastikan yang usaha mendalami ilmu berterusan, tidak hanya setakat pada detik-2 sebelum bermulanya kertas peperiksaan akhir terakhir pada tahun akhir …
Bagi saya tidak semestinya kita perlu pegang jawatan-jawatan tertentu barulah boleh memfaqihkan diri dalam bidang Pengajian Islam … sebab anda telah memulakannya dari peringkat sekolah menengah, maka seeloknya anda teruskan hingga akhir hayat … orang-orang yang tidak ikuti manhaj ini secara formal sangat memerlukan orang-orang seperti anda untuk kelangsungan ilmu ini …
Saya percaya, selagi kerajaan masih mengekalkan kewujudan kursus-kursus yang menawarkan bidang Pengajian Islam, InsyaAllah kita tidak akan kekeringan golongan ilmuwan dalam bidang berkenaan. Bayangkan, ada 4 IPTA yang ada fakulti pengajian Islam tak termasuk IPTS, setiap tahun akan ada graduan, InsyaAllah kita takkan ketandusan bakal-bakal ulama’. Apa yang diharapkan ialah agar kita ubah persepsi terhadap siswa-siswi dalam bidang ini dan tidak memandang mereka dari kaca mata peluang kerjaya semata-mata, tetapi pada peluang mendalami, mengekalkan dan menyampaikan ilmu.
Assalamualaikum ….
IZinkan saya mencoretkan sedikit pandangan …. jika ada kebaikan, itu adalah dari Allah …
Ada 2 persoalan yang Abu Saif lemparkan dalam artikel ini. PERTAMA adalah persoalan Kholaf Yang Membinasakan. Memang pun persoalan khilaf telah berlanjutan ratusan tahun tanpa penyelesaian. Pada saya …. kita perli kembali kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan kepada kita oleh ulama iaitu dalam perkara-perkara khilaf … mana-mana individu boleh memilih untuk beramal dengan pendapat yang ia yakini, aalkan ia mengetahui akan dalil dan illah mengapa ia berpegang kepada pendapat tersebut.
Namun yang menjadi masalahnya ialah USTAZ-USTAZ yang mengajar dan menyampaikan ilmu dalam masyarakat … adakah mereka mengajar berdasarkan pada prinsip ini??
Saya ingin beri contoh:-
1) Saya belajar di Masjid Arau, Negeri perlis (negeri sunnah), kuliah yang disampaikan oleh penceramah tentang bacaan Al-Fatihah dalam solat berjemaah. Perlukah makmum membaca Fatihah selepas imam membaca Fatihah? Beliau memberikan dalil-dalil yang lebih menjuruskan kepada pendapat Imam Ahmad iaitu cukup dengan bacaan imam. Walhal …. perkara itu ada khilaf dengan Mazhab Syafie yang juga ada dalilnya. Mengapa ia tidak memberikan penerangan yang jelas akan kedudukan pekara khilaf ini???? mengapa terus mengutip mana-mana mazhaz dan keutarakan pendapat itu sahaja?. Siapa punya ANGKARA(??). Kita lah ini … golongan yang mempelajari Pengajian Islam.
2) Kami di sini (di perlis ini) jika berkaitan dengan perkara khilaf … sudah lama ia terpadam dan tidak membara. Sudah 15 yahun lebih sejak majlis fatwa negeri dianggotai oleh ahli-ahli dari alirfan salaf dan khalaf. Kami hidup tenang tanpa ada pertelingkahan lagi akan benda-benda khilaf ini. TETAPI tetiba ia menyala marak apabila Sahibul Samahah Dr. Asri menjadi Mufti dan ruang-ruang ceramah umum di masjid-masjid di isi oleh kawan-kawannya. Ia terjadi apabila Dr. Asri menimbulkan kembali benda-benda khilaf ini.. (tak semua kawan-kawan Dr. Asri yang menimbulkan khilaf. Cuma yang berumur muda sahaja). Oleh itu … saya berpendapat masalah khilaf ini tidak akan selesai bilamana ustaz-ustaz yang memberi ceramah ini melemparkan masalah-masalah kilaf dalam ceramah-ceramah mereka.
3) Untuk masalah Khilaf yang Membinasakan ini ….. saya mencadangkan kepada ustaz-ustaz perlu mengajar di masjid-masjid …. tumpukan usaha anda lebih kepada memberikan FIKRAH ISLAM daripada pekara-pekara khilaf.
Persoalan KEDUA yang Abu Saif kemukakan adalah Pengajian Islam Semasa. Saya perlu lihat balik ijazah saya dulu sebelum bolah beri komen….
@Mohd Sofi,
Assalamualaikum ustaz. Terima kasih atas perkongsian. Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan. Saya ada menyelitkan point itu di artikel di atas iaitu perenggan berikut:
@Mohd Sofi, yup, benar sekali. Bisingnya, meruntuh. Lebih baik, diam!.
@Mohd Sofi,
point pertama sdr marah orang tak sebut pandangan lain..
point kedua sdr marah krn penceramah sebuta banyak pandangan khilaf,
tak faham aku..
@ilmuan,
Assalamualaikum …. Terimakasih saudara Ilmuan di atas komen. Tulisan saya tidak sehebat dan sejernih penulisan Abu Saif. Maafkanlah saya …
Menjawab pada Point Pertama : saya tidaklah marah pada si penceramah, tapi saya rasa amat terbeban akan natijah yang berlaku beberapa hari selepas kuliah tersebut. Saya dihujani dengan pertanyaan demi pertanyaan.
“Ustaz … kita belajar dulu Fatihah tu rukun qauli dalam solat. Mengapa ustaz tu kata tak wajib?”
“So… kita tak payah baca Fatihah la dalam solat ustaz??”
Jenuh saya nak menjawab dan merungkai persoalan. Saya terfikir …. mengapakah si penceramah membawa tajuk ini dalam kuliah umum yang para pendengarnya rata-rata tidak ada asas-asas perbezaan mazhab dalam Fiqh Islam. Mengapa tidak diceritakan akan kepentingan solat, mendidiik anak-anak supaya solat 5 waktu on time dan cara-cara nak ajak mat rempit solaT??.
Kesimpulan … Jika saya beri kuliah agama, saya akan pastikan mad`u bila balik rumah … mereka jelas kefahaman mereka akan sesuatu perkara yang khilaf.
apa yang baik itu dari allah
@Mohd Sofi,
tapi macam mana pun, semasa kat sekolah rendah & menengah serta sekolah agama pun kita diajar cara-cara nak solat, bukannya cara-cara nak solat berjemaah.
jadi ada sekali saya terpandang rakan-rakan saya terlewat sertai solat zohor berjemaah lalu pecut solat macam lipas kudong hanya nak bersama-sama iman ketika tahiyat akhir. nak tegur tak sempat kerana selepas solat terus keluar dari surau.
soal fatihah wajib ker tak, dari apa yang saya faham laa, kalau kita terlewat sertai jemaah lalu baca doa iftitah dan imam terus rukuk walaupun kita tak sempat baca fatihah, maka kita boleh terus rukuk.
tapi kalau kita sertai solat bersama imam dari awal, imam baca surah pendek lalu rukuk sedangkan kita belum selesai baca fatihah, nak habiskan tak ?
namun begitu, adakah asas agama anak-anak kita kuat ker tak?
isu utama yang perlu diberi perhatian apabila orang memandang remeh kepada bidang Pengajian Islam untuk mendalami Islam. kalau begitu agak bahaya juga kalau semua orang boleh bagi pandangan sendiri.
Salam ‘alayk Ustaz,
“Apa yang pasti, kedua-dua pilihan ini, akan hanya dipilih oleh manusia yang bersemangat tinggi, bercita-cita besar dan mempunyai kesediaan prasarana otak, kemahiran belajar dan kesungguhan yang di luar kebiasaan”-Abu Saif
Shukran atas artikel ini, benar bagai apa yang ustaz lontarkan, kerana saya juga sebagai seorang bekas pelajar berijazah pengajian Islam yang akhirnya memilih untuk mencabar diri & minda saya untuk menyambung lagi semangat menadah ilmu ke kulliyyah ICT di peringkat Master. Sungguh, ia meluaskan lagi cara pandang saya untuk terus memandang ke hadapan bahawa tiap sisi kehidupan ini adalah sulam-sulaman ibadah yang tak berpenghujung, walau apa bidangnya. Menceburi bidang ICT, mengasah lagi semangat dan kefahaman ilmu-ilmu pengajian Islam saya untuk melentur dan menerokai cabang-cabang ilmu ICT mengikut acuan dan panduan keilmuan Islam. Dan alhamdulillah, saya sekarang dalam proses untuk terus meneroka ICT ke peringkat PhD.
Saya mengajak sahabat2 sepengajian Islam untuk sama2 mencabar diri dan minda demi syiar Islam tercinta…
Seeru’ala barakotillah!
islam itu dagang dan ia akan kekal seperti itu.maybe sebab itulah segala2 yg berkaitan dengannya (pengajian islam)dianggap remeh oleh manusia kecuali orang yang Allah beri hidayah kepada mereka tidak kira apa sahaja latar belakang pendidikan mereka…sekadar pandangan saya sebagai salah seorang bekas pelajar pengajian Islam ukm.
salam ustaz..
harap boleh beri komen tentang website yang dicadangkan krulayar ini..
http://manatuhanallah.wordpress.com/
@camar,
Ia di komen dengan ringkas di; http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=38360
Setakat apa yang saya faham dan apa yang saya baca dari web itu, ia mungkin adalah contoh tiadanya apa yang Ust Hasrizal katakan;
“Tidak dilupakan, tatkala al-Quran mahu difahami akan tafsirannya, ia didahului terlebih dahulu dengan subjek khusus sebagai pra syarat sebelum Tafsir boleh difahami. Uloom al-Qur’aan memberikan asas-asas ilmu memahami al-Qur’an. Kemudian subjek Diraasaat fi Kutub al-Tafseer (al-Tafseer wa al-Mufassiroon) memperkenalkan kami kepada ilmuan-ilmuan Tafsir di sepanjang zaman, metodologi mereka serta kekuatan setiap Tafsir mereka dan bagaimana perkembangan zaman ke zaman itu memberikan kesan serta pengaruh kepada kecenderungan tafsiran masing-masing.
Sebelum semua subjek ini dipelajari, kami juga diajar beberapa subjek asas Bahasa Arab. Di dalam subjek ini, para pelajar didisplinkan dengan cara membaca dan menulis dengan betul. Hamzah harus dirumahkan di atas Alif, Wau atau Ya’, Alif Wasal atau Alif Qatha’, bagaimana menggunakan kamus-kamus Arab yang pelbagai dan lain-lain asas berbahasa yang betul.
Tidak sekadar itu, pelajar juga dikehendaki mempelajari tatabahasa Bahasa Arab dengan sebaiknya, mengenali perbezaan di antara Mazhab Bahasa Arab di Kufah dengan Basrah dan hal-hal yang membetulkan penuturan, pembacaan serta penulisan.”
Beberapa perkara penting yang dapat disimpulkan:
- Ilmu Islam BERKEMBANG; tetapi kurang SPECIALIZE; kurang MENDALAM; sebagaimana dahulu
- kebanyakan kita belajar menggunakan cara sendiri (IT dll); bukan dari ilmuan dan kaedah sebenarnya
Perlu difikirkan:
- Rasulullah “buta huruf” tetapi di tarbiah direct oleh Jibrel (dari ALLAH SWT)
- Ada sahabat besar yang tidak habispun baca seluruh Alquran (Umar Al Khatab ra. minta betulkan kalau saya silap); tetapi mengamalkan Islam sesyumulnya.. dimana amal, kebijaksanaan dan kekuatannya dalam Islam tidak boleh dipertikaikan lagi.
Saya pernah menulis bahawa “saya telah lama menanamkan jauh2 hasrat MENTAFSIR sendiri ilmu Islam ini; kerana ketidak upayaan pemikiran; kekurangan KESUNGGUHAN DAN PENGORBANAN dan menyedari saya tidak se”genius” Imam-Imam yang Haq yang telah pun menyelesaikan masalah khilaf lebih seribu tahun dahulu; (se genius Imam Shafie yang belajar Quran 4 tahun dan menghafalnya di umur 5 tahun!). Dan iktikad ini juga bagi saya rasa perlu dgunakan oleh mereka yang mengaji Islam sekadar 5 tahun di universiti..
Saya memutuskan saya hanya akan beriktikad dengan tafsiran, terjemahan dan kajian mereka
..sebagaimana Umar RA mematuhi Rasululullah sesyumulnya. Itulah azam saya dan akan saya ajarkan kepada anak-anak dan cucu saya.
Cuma satu ; akhir-akhir ini dengan perkembangan sebegini saya seperti HELANG mencari “genius” dari kalangan anak, cucu, saudara, dan sesiapa yang saya kenali untuk diSPONSOR mendalami pengajian Islam.. (genius pada tafsiran saya bukan ASASNYA BIJAK; tetapi berupaya MEMUDAHKAN teori yang rumit kepada KESIMPULAN BERHIKMAH yang difahami semua manusia.. sebagaimana Ibnu Abbas melakukannya disaat manusia berpaling dari kekhalifahan Ali RA)
Sekadar tambahan. Wallahualam.
Assalamualaikum,ustaz.. APa khabar?
Bila saya membaca artikel ini, kepala saya terfikir tentang realiti yang berlaku dalam kalangan suasana di tempat saya. Ustaz ramai. SUdah tentu mereka adalah golongan yang mengikuti disiplin pengajian yang intensif di tempat pengajian masing-masing. Tapi sayangnya, ustaz, ada dalam kalangan mereka bertindak hanya sekadar menjadi guru pendidikan Islam di sekolah masing-masing. Tapi tidak bertindak sebagai penyelesai masalah umat Islam di Labuan ini yang dahagakan tarbiyyah.
Ustaz ramai, tapi gerakan dakwah yang dipelopori oleh golongan seperti mereka teramat sedikit.
Akibatnya, bila wujud anak muda yang pernah mendapat tarbiyyah islam secara melalui usrah, dan mahu laksanakan proses usrah tersebut di sekolah, ia tidak disokong secara bersungguh-sungguh.
Alasannya, dia bukan ustaz, hanya mengajar subjek selain dari pendidikan Islam…
Apa pandangan ustaz dalam hal ini?
@Abbas Iecothinker,
Salam,
Setuju. Di tempat saya tinggal pun macam tu juga. Walaupun ustaz ramai, ada yang lebih selesa berada di belakang, contoh nak jadi imam pun keberatan.
Terpaksa la orang yang tidak mengambil jurusan agama ni menjadi imam.
Penglibatan ustaz-ustaz dalam masyarakat adalah amat perlu memandangkan ilmu yang lebih mendalam yang mereka pelajari.
Kalau tidak, ilmu sekadar di dada, tidak dapat dikongsi manfaatnya oleh masyarakat setempat.
Dan lebih penting menjadi penggerak masyarakat ke arah menyeru yang maa’ruf & melarang yang mungkar.
Salam. Ini pandangan. Pertama, kalau ada kekuatan, kewangan dan materi. Kita binalah institusi pendidikan sendiri. Kita bina ikut acuan Islam dan Ilahi.
Kedua, jika tiada kekuatan tadi, kita ikutlah kesempatan yang ada. Kita belajar, kita timba segala yang ada. Darinya, kita guna dan bina kekuatan sendiri. Ini, kena ada murabbi.
Ketiga, kita ikut saluran alternatif yang selari. Ini kenalah cari. Sekarang zaman komunikasi dan di hujung jari, Insya-Allah mudah didapati. Lihatlah ulama zaman bahari, sanggup ke sana dan ke mari demi sebuah hadis.
Keempat, belajar sendiri, di surau, di masjid, di mana-mana ada mengaji. Insya-Allah jika ikhlas, Allah beri. Macam ustaz Hafiz di Dengkil pernah saya ikuti. Manusia begitulah, yang jauh, molek dan ingin. Padahal rupanya yang dicari ada di sisi.
Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki. Berguru kepalang ajar, bagai bungan kembang tak jadi.
@abuyon, berburu ke padang datar, bagai rusa kembang kaki. Berguru kepalang ajar, bagai bungan kembang tak jadi.
Menurut ustaz saya, diakhir zaman nanti ada beberapa perkara yg akan diangkat oleh Allah swt dari sisi kita antaranya ialah ilmu.
Ramai yg mempelajari ilmu ttp tak dapat mengaplikasikan ilmu tersebut(saya tak bermaksud semua. ini secara umum shj)
Adakah ini petandanya? Mungkin Abu Saif dan saudara-saudara semua lebih arif drp saya…
“Pemahaman seperti ini, menyebabkan saya secara peribadi tidak pernah menyangka yang ia akan disepahkan di tengah-tengah masyarakat sebagai khilaf yang bukan lagi khilaf, sebaliknya pertentangan di antara yang Haq dan Batil hingga membinasakan umat”
BELAJAR TANPA BERFIKIR SALAH, BERFIKIR TIDAK BELAJAR SUSAH!
“Apa yang pasti, kedua-dua pilihan ini, akan hanya dipilih oleh manusia yang bersemangat tinggi, bercita-cita besar dan mempunyai kesediaan prasarana otak, kemahiran belajar dan kesungguhan yang di luar kebiasaan”
Modal insan sebegitulah yang sukar dicari, yang menelaah buku bukan kerana wang ringgit, nama, apatah lagi imbuhan lain duniawi. Tetapi untuk melihat kalimah Allah itu yang paling teratas, tidak ada yang lebih tinggi selainnya.
Amat bersetuju pada isu utama artikel, iaitu pengabaian manhaj pendidikan Islam yang sebenarnya untuk memahami Islam. Meski kemudahan dan prasarana pencarian maklumat sedia tersergam, namun cara penerimaan individu yang berbeza-beza memungkinkan pelbagai output yang berbeza juga. Maka dengan itulah mereka yang diberi peluang dan amanah oleh Allah, yang belajar secara bermanhaj itu harus bekerja keras dan tampil ke hadapan masyarakat untuk merawat kacacatan-kecacatan itu. Dari hanya sekadar risau pada imbuhan yang bakal diperolehi. Boleh hidupkah, cukup makankah? (sigh~)
Sungguhlah bukan semua yang belajar agama itu faham agama pula.
“Man yuridillahu bihi khoiran yufaqqihu fiddin~
@khairaummah,
tertarik dengan kata2 ini
“bukan semua yang belajar agama itu faham agama pula”
lihat saja produk2 sekolah2 agama..realitinya begitu lah..sedih
Salam, saya bukanlah dari pengajian Islam.
Tetapi,menganalisis realiti hari ini, saya terpukul dengan fakta yang setiap tahun, ribuan graduan pengajian islam dilahirkan dari mesir, jordan, syria, saudi, yaman, UM, UKM, UIA dan sebagainya. Saya ulang: Setiap tahun.
Tetapi kenapa, semakin ramai ustaz dan ustazah yang dilahirkan pada hari ini, ironinya semakin jauh masyarakat daripada Islam?
Bukanlah saya meletakkan kesedaran Islam itu pada bilangan ustaz-ustazah yang kita ada. Tetapi hakikatnya apa yang berlaku mencerminkan kualiti yang ada, bukan?
Maaf andai tersalah bicara~
@LittleCaliph, mungkin ustaz/ah kini tiada semangat ERTI HIDUP UNTUK MEMBERI seperti Abu Saif..
@iman nasuha,
betul, betul, betul…. kami dahagakan ustaz/ustazah seperti abu saif.. saya mengaji di surau2 je.. tetapi cara ustaz ajar, semangatnya lain skit la…. itu yang takder kot berbanding dengan ustaz/ustazah yang sedia ada atau yang baru habis belajar islam secara formal dari ipt awan/swasta atau luar negara
wallahualam
Mantap!Seikhlasnya, ana telah tunggu lebih setahun utk AlFadhil Ustaz mengeluarkan garapan ini. Kini ana amat berpuas hati seolah2 kerunsingan berjaya di kongsi.Ingin berkongsi tetapi kekurangan ilmu dan skill membatas niat yg lama terpendam di hati.Jutaan ma’af Ustaz, seringkali mengharap kita dapat bertemu lagi nanti.
salam,
just sharing (saya sendiri terkejut dgn info ini)
ITM dulu ada subjek “Pemikiran Islam Semasa” di mana di bincangkan bahan2 ghazwul fikr…but that was what..in 1994.
plus – my friend recently commented (during halaqah) that the way that we were dissecting and trying to discern the syahadah, was very much alike the way we (TESL grads) dissected and trying to discern English literature. while I was a student I always thought, “Why am I studying shakespeare and trying to understand him while I should rightly be doing the same for perhaps the hadith or quranic verses.. it took me a long time to realize that the challenge was to make an integration of both fields.
Someone who can quote shakespeare and the qur’an at the same time. and relate the two interchangeably. now I realize that this applies in all fields.
salam ustaz,
berbicara tentang artikel ini, kami baru tadi berbincang tntang “musuh Allah berijazahkan syariah”…..
saya pelajar tahun pertama fakulti syariah dan undang-undang, pgkhususan fiqh dan fatwa, USIM…
apa yg mnyedihkan saya, rupa2nya ijazah fiqh fatwa adalah pilihan terakhir ramai mhasiswa di sini- atas alasan mereka brminat dlm bidang undang2 sivil, mereka tidak pandai bahasa arab, bidang ini tidak profesional, merka juga bukan latar belakang agma yg kuat, cuma mengambil subjek bahasa arab komunikasi di sekolah menengah…”"
jadi timbul persoalan adakah golongan ini yg akan diijazahkan 4 tahun lagi di USIM…
persoalan di sini adalah tentang keizzahan mahasiswa melihat bidang pengajian Islam…
bgaimana ustaz utk mgembalikan semula kemegahan mempelajari ilmu pngajian islam di universiti..minta ustaz tuntun kami ini…
-Kuliyyah Syar’iah Wal Qanun-
-Takhassus Fiqh Wal Fatawa-
-Universiti Sains Islam Malaysia-
salam…
kalau pengajian islam sudah tidak relevan kerana semua orang sudah boleh belajar sendiri, dianalogikan seperti ilmu perubatan sudah tidak relevan kerana orang boleh ‘google’ sana sini.
mungkinkah akan wujud ‘lepasan ijazah’ yang baik dari faculty of ‘google.com’??? hmm….
salam ustaz…
artike ini telah menjawab persoalan bagaimana hendak menjadi ustaz, malah yang lebih penting artikel ini menemukan tapak berdiri yang tepat bagi seorang yang bukan bergelar ustaz.
ada kalanya saya terfikir untuk mengdalami agama, saya perlu bagi masa yang lebih. tapi tak adalah sampai nak jadi pakar rujuk.
dulu ada ustaz yang bercita-cita saya jadi cikgu agama atau hantar belajar luar negeri. tapi saya menolak hajat ustaz tersebut disebabkan minat saya ke arah lain.
lagi pun saya ada rakan yang mendalami ilmu agama di luar negeri. jadi kalau ada persoalan agama pun saya boleh tanya terus pada kawan saya tersebut. ada kalanya tanya kat orang lagi baik dari rujuk buku atau internet.
tapi apa bila saya keluar tabligh, saya melihat persepsi bahawa orang melihat saya ada ilmu agama yang kuat sampai boleh menjawap bab khilaf. ada kalanya saya melihat orang tu suka berbahas tentang khilaf namun bab yang asas pun tak buat seperti solat berjemaah, puasa, dan sebagainya.
untuk apa belajar agama untuk sekadar berbahas bukan untuk diamalkan? jadi apa yang kita belajar semasa di sekolah kebangsaan ataupun sekolah agama sewajarnya kita amalkan. sebarang perbezaan pendapat sepatutnya di sekolah dah ada jawapannya.
tu belum masuk bab mintak zikir dari ustaz-ustaz pada hal ada yang zikir yang nabi ajar selepas solat serta waktu nak tidur masih tak diamalkan.
jadi adakah kita sekarang sudah kehilangan kefahaman ilmu agama sebab Allah dah tarik nyawa ulamak-ulamak satu persatu? jadi untuk apa kita hantar pelajar ke luar negeri belajar agama jika tak dapat warisi kefahaman agama seperti ulamak-ulamak tersebut?
adalah pelajar kita dapat kefahaman yang sama macam Sahabat Nabi, tabiin serta ulamak-ulamak yang muktabar? adalah saya perlu ikut jejak langkah yang sama kalau saya nak kefahaman seperti mereka? habis bagaimana dengan kerja-kerja saya?
satu persoalan yang selalu bermain di fikiran saya selama ni di mana perlu bertanya kalau ada masalah agama? macam mana nak kenal pakar agama?
@Amin007, jika nk bertabligh/berdakwah, perlu ada ilmu, bagaimana ingin memberi jika tidak ada apa yang ingin di beri… so kebanyakan kawan2 anta sama sperti anta, tidak mencari ilmu… kalau cari pun, hanya pd geng2 anta juga yang kurang ilmu, atau cari pun hanya pada buku2 amal, buku2 hadith semata2, bukan buku syarah hadtih tersebut.. tiada ilmu tapi nak syarah/tafsir hadith/quran.. bukankah punca segala amal tersebut, adalah iman, carilah ilmu bgmana yg dikatakan dengan iman, apa yg kita dapat dari iman, jika sudah faham ini, akan lahirlahla ibadah, muamalat seharian yg mantap, nak dakwah pun yakin, mantap…
carilah ilmu dlm masa yg sama berdakwahlah, bertabligh lah… ttp berdasarkan ilmu… jangan jadi pak turut je… itu yg dinamakan ummat terbaik… ana tgk kawan2 anta, baca hadis/ayat al-quran, ambil isi daripada permukaan hadis/ayat al-quran tersebut… bukan penafsiran yang sahih yang diambil, bukan berdasarkan ilmu.. bagaimana ingin berdakwah.. dalam berdakwah pun ada disiplinnya juga, jika tidak akan terjadilah fitnah pada dakwah tersebut bahkan tak dapat nak wujudkan ummat terbaik pun… dakwah pun bukan hanya pada fadilat2 je, ibadah2 sunat je.. so bgmana nak berdakwah jika mana yg sunat,wajib, harus, makhruh, syubhah pn tak tau…. apa keperluan penting ummat sekarang pn tak tau.. bgaimana? itula sebb umat yg berjiwa berdakwah adalah ummat terbaik, amal makruf nahi mungkar..
jika anta betul2 ingin berdakwah, kerja tu enteng je, ttp anta pun kena faham dulu disiplin dakwah.. nak dapatkan iman pun melalui ilmu, so kalau ingin menyuburkan iman itu pada ummat, juga perlukan ilmu… geng2 anta hanya tahu fadilat2 je, yang asasnya bagaimana? jika kita ingin mendapatkan fadilat2 ibadah itu, kena betul dulu ibadat tu, bermula dari iman, kmudian rukun2 ibadat itu, dah betul smua tu, baru la dapat fadilat tu, fadilat akan datang dengan sendirinya…
afwan, maaf, ttp itulah hakikatnya…
wallahualam…
@hamba99,
saya pun kalau boleh nak tuntut lagi ilmu agama untuk saya amalkan setiap hari. sebab tu dalam setiap kali kuliah agama saya sering bertanya kepada ustaz yang mengajar.
bagi saya soal dakwah tu perlu kepada ilmu mungkin ada perbezaan maksud antara saya dan anda juga kepada orang lain. dalam kitab mutaabadrin semasa saya belajar di sekolah agama bawah kerajaan johor punya pun ada sebut maksud setiap perkara dalam agama dari istilah juga maksud sebenar.
saya sering melihat di sekeliling saya, boleh kata orang-orang melayu tu tahu cara-cara beragama dan boleh hafal doa arab panjang-panjang. tapi sentuh bab akhlak jadi hancur. akhirnya agama islam jadi tercemar disebabkan sebahagian kita amal sebahagian agama, tinggal pulak sebahagian lain.
sebab tu ramai kawan-kawan saya dalam tabligh pernah berkata, kalau nak faham agama kenalah ikut nabi dan para sahabat. tanyalah ustaz macam mana nabi buat ibadat. jangan laa pandang pada percakapan atau akhlak. kalau tak pasti anda rasa kecewa.
lagipun kan ada ustaz kena masuk mahkamah syariah kan. bukan ker buruk nama ustaz tersebut. tapi selagi ustaz tersebut sampaikan benda yang baik, tak kan kita taknak ambil pengajaran.
tapi ada kawan saya dalam tabligh dia bandingkan orang-orang dalam tabligh ni dengan kedai dobi. kan dalam kedai dobi ada banyak pakaian yang kotor dan yang bersih. setiap pakaian akan menunggu untuk dibersihkan. pakaian warna putih dari cepat kotor dari pakaian berwarna.
jadi pesan saya kepada semua, anggaplah orang-orang tabligh ni sebagai pakaian putih yang terkena kotoran
tapi macam mana tinggi ilmu kita, ada orang yang lebih tinggi lagi. lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tak tahu.
sebab tu bab baca yasin pada hari khamis malam jumaat saya anggap sebagai satu amalan agama yang sunnat bukannya satu yang wajib. ada kalanya saya akan keluar berdakwah, ada kalanya saya baca yasin. tapi nak memahamkan orang-orang di luar tabligh ni yang payah sikit. bukan ker lagi banyak amalan agama tu lagi baik.
salam.#artikel yang begitu baik untuk pencetus kesedaran para mahasiswa..
disamping itu, boleh mebuka mata2 pimpinan kita untuk lebih berpandangan jauh kedepan
minta izin untuk copy artikel ini.
satu garapan penulisan yang amat bai untuk diteliti oleh pembaca. ustaz hasrizal meninggalkan persoalan yang perlu pembaca fikirkan. di sini ia bukan mencari kesalahan sesiapa tetapi untuk kita memikirkan dengan keimanan yang tinggi dan manusia yang matang. persoalan penting yang dapat saya kutip daripada tulisan ini ialah ‘betapa pada hari ini ilmu atau disiplin pengajian Islam dipandang remeh atau sepi oleh masyarakt’. Ilmu Islam perlu dipelajari oleh semua yang beranutan Islam, yang memegang ‘title’ Muslim. dan bila ia sudah atau sedang dipelajari, belajarlah dengan bersungguh2 dan mendalam bukan sekadarbelajar di permukaan. banyak mahasiswa pada hari ini belajar sesuatu tidak mendalam, hanya sekadar permukaan. ilmunya ada tapi dalilnya tiada. hujahnya nampak mantap tapi nasnya tiada atau jika ada pun belum tentu bertepatan dengan permasalahan yang ditimbulkan. oleh itu kepada semua, pertingkatkan disiplin ilmu Pengajian Islam anda. jangan melihat ilmu ustaz ustazah yang kita rasa tidak mencukupi tanpa melihat kepada ilmu kita yang semamngnya tidak cukup. jangan melihat salah orang sebelum kita melihat salah kita yang bertimbun. akhir sekali jangan lihat Disiplin Ilmu Pengajian Islam sebagai sesuatu yang remeh dan tidak penting tapi lihat kepada ia teramat penting untuk SAHAM AKHIRAT kita.
ini zaman fitnah. ulama yang tidak seperti ulama lagi.
sedih lihat pelajar pengajian agama yang berakhlaq rendah. Pakaian, percakapan dan sifatnya.
Ilmu tanpa amal bagai pokok yang berbuah. Mencari ulama murabbi sangat sukar.
Kita berjaya lahirkan ramai ‘pekerja agama’ di sekolah2 tetapi gagal melahirkan ulama seperti Muhammad al Ghazali, HAMKA dan Syeikh Daud al Fathani.
Lihat ulama nusantara dahulu, cara hidup mereka mengambarkan ilmu yang mereka ada. ustaz sekarang walaupun tinggi ilmu, adabnya kurang.
mari kita muhasabah dan membaiki diri. terutamanya diriku yang banyak kekurangan ini..
dalam sistem moden, ramai ustaz belajar tidak memdalam ilmunya dan kurang ilmu adabnya.
Para ulama aliran deobandi dan pondok juga ada yang tersyok dengan habuan dunia.
sistem pendidikan, persekitaran keluarga, para sahabat serta guru memainkan penting dalam melahirkan ulama murabbi…
besar cabaran ibubapa zaman ini… semoga Allah SWT kurnia hidayah pada kita semua
@krulayar,
you have some misconcept about islam. bergurulah dengan mereka yang benar-benar arif dan alim dlm ilmu agama. bukan hanya bersandarkan kepada pendapat peribadi dan pengamatan sendiri anda.
ye betul…saya sokong dengan pandangan banguninsan 1. untuk membina sebuah bangunan yang tegap bermula dengan susunan batu-bata itu sendiri. kalau satu bata tercicir. bukanlah dinamakan RUMAH. So, berbalik kepada DIRI SENDIRI. kalau nak melunaskan MATLAMAT yang itu, maka semuanya perlu memilih proses itu walaupun terpaksa melalui JALAN YANG BERLIKU-LIKU. Moga sama-sama kita diberi KEKUATAN untuk menempuhnya sebaik mungkin di dalam memburu ILMU yang dapat BERFUNGSI untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat insyallah…( maaf andai susunan bahasa hamba yang daif ini menyulitkan ).
pengajian islam amat penting dlm pembentukan dalaman yang mana insya Allah automatik keutuhan luaran akan terpelihara
Islam relevan sepanjang zaman… usah getar dlm mendalami ilmu Allah…Buat apa nak takut kita kan ada Allah
saya di sekolah dulu minat nak mengaji agama. pelajaran al-quran sunnah dan syariah, markah exam tak pernah kurang dari 90.
mungkin sebab xde role model. ustaz yang ada di SMAPL dulu orang kelantan, yang kalau marah pun cakap kelantan. maaflah orang kelantan. cepat baran. misalnya tebal. kurang nak berkaunseling dengan kami. memang kami x de role model.
best student sekolah saya pun di bidang medic.
tapi kami masih kekal berhubungan dan minat dalam bidang agama tak pernah luntur.
saya dibidang perubatan sekarang.berkobar2 nak score dalam perubatan. lepas tuh nak jadi lecturer. boleh mengaji agama sambil jadi lecturer medic. tapi saya x nk jadi protaz. tak nak bagi kuliah. cukup sekadar menulis dan berkongsi pendapat. saya tumpukan pada pengislamisasi modern medicine.
waAllahualam
Saya cadangkan sila baca Kitab Jawahirul Quran oleh Imam Al-Ghazali. Di sana insyaAllah dapat ditemui maqasid Al-Quran.Adakah kita telah benar-benar mencapai tujuan al-Quran itu diturunkan atau sekadar membacanya?
Salam Ustaz…
Cemburunya tengok bilik study Ustaz. Itu baru satu corner, teringin nak tengok satu corner lagi.
Subhanallah. Saya ucap terima kasih kpd ustaz krn menulis ttg subjek ini dan Allah memberi ustaz berfikiran sebegini dimana amat ramai berkelulusan pengajian islam dalam dan luar negara sebelum ini termasuk kawan-kawan saya.
Pendapat saya ialah, kita perlu ada pakar/ulama yg mengkhusus dlm setiap bidang pengajian islam itu sehingga taraf PhD pada masa ini. Dengan ciri2 yg dikehendaki barulah seorang Dr itu diiktiraf sebagai ulama. Ini kerana mereka mempunyai intelek yg tinggi utk memahami dan menyelesaikan masalah umat zaman moden. Untuk pengajian sarjana muda, perlulah ada segelintir belajar di timur tengah dan ramainya di Malaysia. Jika terlalu ramai pelajar pengajian agama dan susah dapat kerja, buat double degree macam di UIA. Ramai kawan-kawan saya buat IRK double degree dan kerja dibidang bukan agama. Tetapi apa yg dipelajari dalam IRK mereka sentiasa ingat dan dakwah kepada keluarga, rakan2, jiran dan kenalan.
Amat penting sekarang ini kita lahirkan graduan pengajian islam yg berkualiti yg juga mengetahui ilmu2 bukan agama tulen. Ini supaya mudah kita memahami pergerakan dunia yg pantas dan pemikiran orang2 yg bukan dari bidang agama. Ramai guru2 sekolah komplen tentang generasi muda yg mengambil jurusan agama di mana2 institusi tetapi akhlak tidak menunjukkan ciri2 seorang ustaz yg boleh masyarakat harap dan membuat rujukan. Malah ada yg menggunakan pangkat ‘ustaz’ untuk mendapat ganjaran atau tempat di hati masyarakat.
Saya memang sokong habis supaya kita hasilkan sebilangan ulama berkualiti tinggi di Malaysia. Ini memerlukan keturunan yg baik, didikan yg baik dari kecil, intelek/genius yg tingi dan akhlak yg baik yg boleh Malaysia taja pengajian dia sehingga peringkat tertinggi. Jika dia cemerlang, ramai yang akan taja dia, insyaAllah. Jangan takut dan bimbang. Cumanya bila terlalu ramai yang ‘biasa’ atau ‘pertengahan’ calon pelajar hendak minta tajaan ke luar negara, itu bukanlah pilihan yang terbaik. Belajar di Malaysia lebih baik bagi golongan ‘mediocre’ ini. Di universiti-universiti, kita ada ramai doktor-doktor yang mengkhusus bidang mereka dan mereka tidak suka menonjol dan mengatakan mereka ulama di media dan kalangan masyarakat. Yang ini, masyarakat tidak nampak dengan jelas. Wallahu a’lam.
Assalamualaikum, ustaz..
Syukran atas artikel yg mencetus idea yang menarik. Saya merupakan pelajar perubatan tahun 4 di europe. Secara peribadi, saya bersetuju bahawa golongan ‘alim atau ‘pakar’ dalam bidang agama ini sangat2 diperlukan pada hari ini.. saya juga sangat risau akan ketandusan ‘ulama satu hari nanti. Namun, saya berpendapat, pertambahan golongan yg ambik bidang lain seperti akaun, perubatan, ekonomi, kejuruteraan yg cenderung dan bersungguh2 mendalami agama juga adalah satu perkembangan yg positif. Pada zaman rasulullah sendiri, ramai di kalangan para sahabat yg merupakan usahawan, ahli politik, peniaga dan sebagainya.
Namun, pada masa yg sama, golongan yg khusus mendalami agama juga perlu bertambah secara sejajar, agar adanya pihak yang membetulkan sebarang pertelingkahan atau salah faham di kalangan umat.
Masalah yg berlaku pada hari ini ialah, golongan ‘profesional’ yg mempunyai minat yg tinggi dalam mendalami agama bertambah, namun golongan ulama’ pula tidak bertambah..
Justeru saya berharap agar para ustaz sedar akan perkara ini, dan mendesak pihak berkuasa supaya meningkatkan juga produk2 yg pakar hingga tahap phD dalam jurusan agama. Jika kita tidak bertindak sekarang, takut akan datang terlalu lewat.
@muhammad nur,
Peluang utk belajar peringkat PhD byk krn bukan saja bidang agama malah bidang2 kritikal lain spt perubatan yg saudara ambil pun tak ramai yg berkelulusan PhD. Graduan kita ramai diperingkat sarjana muda saja. Yg teruknya masyarakat dah anggap mereka ni sudah pakar/ulama. Universiti2 skrg mencukupi pensyarah2 namun kekurangan penyelidik. Terpaksa impot dari Indonesia, Bangla, Iraq, Mesir contohnya. Rakyat Malaysia perlu ada daya juang dan saing yg tinggi untuk mencapai kegemilangan islam. Bukan saja ahli agama. Jika semua umat islam ada pengetahuan agama yg baik tambahan lagi pakar dlm bidang2 fardu kifayah lain, amatlah wajar kita akan mencapai kegemilangan islam. Bidang agama dan bukan agama saling menguatkan satu sama lain dalam kehidupan. Wallahu a’lam.
tertarik dgn pendapat dr m. asri, bekas mufti perlis. kata beliau, lebih menjadi keutamaan umat islam zaman sekarang untuk mendalami bidang sains dan teknologi ( angkasawan sbg contoh), berbanding bidang agama kerana bidang agama sudah ramai yang menceburinya. tetapi bukanlah maksud beliau untuk menidakkan kepentingan pengajian dalam bidang agama. tetapi realitinya untuk menghidupkan semula zaman kegemilangan islam, kita perlu juga melahirkan ilmuan dalam pelbagai bidang.
hanya menyokong pendapat beliau, dan bukan menidakkan kepentingan golongan agama.
@zul,
untuk melahirkan ilmuan dalam perbagai bidang, perlu dipupuk di peringkat awal sekolah lagi. jadi dari situ kerjasama antara ibubapa dan guru amat penting.
tapi dari apa yang saya lihat, bidang agama hanya budak kurang cerdik yang masuk. yang pandai-pandai masuk aliran sains.
seperti yang sedia maklum, kalau masuk bidang agama seseorang perlu mengadap berpuluh-puluh kitab agama. sewajarnya sebahagian budak-budak yang cerdik masuk untuk mendalami bidang agama.
akan tetapi walau banyak mana pun kitab dihasilkan, perlu juga seseorang dalam bidang agama buat perjelasan. agar tidak sesat di hujung jalan.
Salam usataz,
Artikel ni sungguh memberikan kesedaran, mencelikkan hati dan fikiran ana. Ana mohon copy artikel ni untuk disebarkan kepada sahabat/ah seperjuangan yang lain. Jazak Allahu Khayran.
Pendidikan agama memang tak ditekankan langsung dalam sistem pendidikan kita…takat gitu2 je…pelajar yg ditawarkan sambung bejalar ke jordan dsb dlm bidang agama pun kadang2 terpaksa minta bantuan kewangan dari org lain…bukan banyak pun kalau nak banding dgn hantar student pi jepun, uk etc..
Teringat beberapa tahun lepas ayah sy dan jemaah masjid sibuk buat kutipan derma utk ustaz yg kerja part time kat masjid dekat dgn rumah dari sekolah pondok (dari kelantan) yg ditawarkan sambung study kat jordan…cuba mintak kat satu kementerian negeri ni (sbb ustaz tu kerja kat masjid dlm negeri tu)…yg best tu, bukan ribu2 dapat…rm800 je…
Alhamdulillah, kesedaran org ramai, akhirnya ustaz tu cukup2 makan pi sana…dan dah hbs study n jadi salah seorang imam kat masjid yg sama…
salam,
saya pernah terfikir tentang perkara yang hampir sama.
saban tahun, JPA, MARA dan GLC lain melabur berjuta2 ringgit untuk menghantar pelajar ke luar negara. kalau kita perhatikan, penekanan yang lebih diberikan terhadap aliran sains (perubatan, kejuruteraan dsb) berbanding aliran lain, aliran kemanusiaan dsb.
sememangnya kita perlukan doktor, jurutera tetapi saya berpendapat sistem pendidikan negara kita, dan pihak media massa cenderung pada kejayaan lahiriah.
Beberapa hari lepas, abg ipar ana (guru agama sebuah sekolah SMK(A)) mengeluh, sebab pelajar2nya sudah tak semangat untuk belajar kerana sebahagian besar matapelajaran agama tidak boleh disenaraikan dalam SPM. Nampaknya ‘umat melayu-islam’ malaysia sekali lagi dijadikan ujian (setelah PPSMI)dalam sistem pendidikan tertutup (SPM).
Akhi..
Sungguh menyedihkan atas apa yg terjadi spt yg anta mention dlm artikel di atas..mungkin tak ramai yg perasan ttg hakikat atas apa yg berlaku ini,melainkan mereka yg ikut pengajian islam spt anta…
Tapi takpe akhi, yang penting dakwah dan tarbiyah tak ditinggalkan, kerana itu prioriti utama tugas kita pada zaman ni..melihatkan kepada umat islam pada saat ini yang sesat-barat, penuh dgn maksiatnya, ketumpulan ilmu asasnya, hancurnya institusi umat, etc…
Kalau tahun 90an ada 4000 org yg belajar dlm pengajian islam di Jordan, dan sekarang 1000 org sahaja, tetapi kalau 1000 org yg dihasilkan itu adalah yg berkualiti, bukankah itu jauh lebih baik…spt mana Saidina Umar hantar 4 org sahabat utk bantu serang Rom suatu ketika dahulu dan Umar kata 4 org sahabat ini menyamai kekuatan 4000 org tentera biasa….
Let’s put the first thing first..kita gempur umat sekarang habis-habisan dgn tarbiyah..
Jzklh
boleh terangkan ape skop bidang fiqh dan fatwa? dan ape perbezaaan fiqh dan usul fiqh?