Nasihat Yang Menghasilkan Diam

On 24/07/2009, in BUKU: MURABBI CINTA, by Abu Saif | 10,674 views | Print Print | Email Email |

452076-001

Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim…

Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik, kitab yang digunakan semasa belajar Nahu Arab.

Kalam di sisi kami ialah lafaz yang bermanfaat seperti, “beristiqamahlah!”

Ibn ‘Aqil mensyarahkan Alfiyyah Ibn Malik dengan penjelasan yang menarik. Menurut Ibn ‘Aqil, KAMI yang dimaksudkan di dalam bait syair di atas ialah Ahli Nahu. Kata Ahli Nahu, “di sisi kami apa yang dikatakan sebagai kalam ialah lafaz-lafaz yang bermanfaat”. Contohnya ialah ‘istiqamahlah’.

Bagaimanakah lafaz ‘istiqamahlah’ boleh dianggap bermanfaat?

Ia dianggap bermanfaat kerana ia adalah lafaz yang menghasilkan DIAM, tanda mesej yang mahu disampaikan itu difahami seperti yang sepatutnya. Berbeza dengan ungkapan, “saya pergi ke”. Ia tidak difahami dan tidak menghasilkan DIAM. Orang pasti mahu bertanya, “pergi ke MANA?”

Itulah definisi Ahli Nahu.

Saya turut menumpang sama.

Setelah dua buku berkaitan cinta dinukilkan, harapannya ialah banyak soalan terjawab. Tetapi email di bawah memberikan indikasi, ada sesuatu yang tercicir daripada dua buku saya.

Ikuti perbualan kami:

SOALAN

“Assalamualaikum ustaz.

Saya sudah membaca buku ustaz, Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Terima kasih atas buah tangan ustaz yang banyak membantu saya menempuh kehidupan. Teruskan menulis.

Saya ada satu masalah peribadi yang sangat rumit, dan saya memerlukan pandangan daripada ustaz.

Saya sudah bertunang semenjak setahun yang lalu. Tunang saya adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi kami tidak pernah berjumpa dalam erti kata keluar makan atau bersiar bersama-sama. Hanya sesekali berhubung dengan telefon dan sms. Saya di Kuala Lumpur dan beliau bekerja jauh di seberang.

Masalah peribadi yang saya maksudkan ialah, saya jatuh hati dengan  seorang jejaka di tempat kerja saya, dan beliau pula ada suami orang. Kami sering bertemu di tempat kerja, dan urusan kerja seharian rupa-rupanya tanpa sedar membibitkan percintaan di antara kami.  Saya tahu yang beliau suami orang dan beliau juga tahu yang saya sudah bertunang. Tetapi kami tidak dapat membohongi diri masing-masing tentang perasaan ini.

Saya khuatir perbuatan saya ini menzalimi tunang saya dan isteri jejaka tersebut.

Saya sudah puas bersolat hajat meminta petunjuk dari Allah, membaca al-Quran dan berdoa, tetapi saya masih belum mempunyai kekuatan untuk menolak cinta ini.

Saya memerlukan satu nasihat yang tegas dan kuat dari ustaz. Mudah-mudahan dengan nasihat itu saya bertemu dengan kekuatan yang tidak saya temui selama ini.

Terima kasih atas kesudian membaca email saya. Harap ada balasan daripada pihak ustaz. Saya setia menanti.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Gadis KL”

JAWAPAN

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh.

Terima kasih atas kiriman email saudari. Terima kasih juga kerana membeli dan membaca buku saya.

Sesungguhnya segala yang perlu diperkatakan, telah saya perkatakan di dalam kedua-dua buku yang saudari baca. Justeru jika saudari masih memerlukan satu nasihat lain yang lebih tegas dan kuat dari saya, hanya yang satu ini sahaja yang belum saya nukilkan.

lilin

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat saudari mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari saudari.

Jika saudari melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.

Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.

32_21

“Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]

Rabbanaa Aatinaa fi al-Dunyaa Hasanah, wa fi al-Aakhiraati Hasanah, wa Qinaa ‘Adzaaba al-Naar!

Ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Berkata Yang Baik-baik, Atau Diam Sahaja Seminggu dua ini, saya menjadi tidak cukup tangan untuk menyelesaikan...
  2. Salah Nasihat “Mahar yang tinggi adalah musibah kepada ummah!”, laung khatib dari...
  3. Jangan Kecil Hati: Nasihat Teman Bekalan Perjuangan Pertemuan Penuh Makna Di Tasik Glendalough “Secantik-cantik Glendalough ini, tak...
  4. Seruan Sebelum Bertindak Diam Semasa berkuliah di Surau al-Naim Wangsa Maju tempoh hari, saya...
  5. Diam Dengan Nama Allah “Imam, saya mahu dapatkan penjelasan awak” kata Ali. “Silakan” saya...

 

114 Responses to “Nasihat Yang Menghasilkan Diam”

  1. Pak Din says:

    Setuju!

  2. mieza says:

    100% setuju..

  3. islah says:

    Great!

  4. Halijah Bte Rahmat says:

    Jawapan yang ustaz beri,bukan hanya untuk Gadis KL sahaja,ttp untuk semua yang tak pandai menjaga maruahnya dan tak tahu mengendali diri sendiri,walau pun dah tahu yang dibuat itu salah tetapi masih lagi ingin meletakkan diri didalam kebinasaan .Kenapalah membiarkan Syaitan menunggang diri mereka?Jadi lepaskanlah nafsu itu dan terimalah jawapan ustaz seadanya,kerana ISLAM itu selamat didunia dan akhirat.

  5. izzatt says:

    Yer..saye setuju bonarr

  6. Perantau says:

    Turut bersetuju…100%

  7. Abu Dani says:

    Allahu Akhbar!

    Bukan saja utk mereka yang tak pandai jaga maruah ttp juga utk diri saya yang perasan konon2 nya seorang ISLAM.

  8. Ben Hassan says:

    Asalamualaikum… Biasa juga saya terdengar cerita sedemikian dari mulut teman-teman. Apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa, perasaan cinta sumbang itu tidak datang tanpa dipupuk. Kebiasaannya hubungan yang melangkaui batas kerjaya menyebabkan emosi tersasar dari jalannya. Saling bertanya khabar dan mengambil berat merupakan faktor utama menyebabkan penyemaian bibit cinta. Sekiranya ia dilayan dipupuk, maka agak sukar untuk “membohongi perasaan sendiri”. Oleh itu batasilah diri masing-masing agar perhubungan itu hanya terbatas kepada perkara kerjaya sahaja, tidak melibatkan urusan emosi dan peribadi. Sekiranya kedua-dua itu disentuh, maka perasaan cinta akan hadir. Sekiranya perasaan cinta itu hadir tanpa Restu-Nya, maka rasailah Laknat-Nya.

    • alhumaira' says:

      salam..sy stuju sgt dgn ben hassan..kena pndai jg batas…cinta x kn datang tanpa dipupuk..sntiasa jg hati,jg hubungn dgn Allah,kekuatan akan hadir dgn izinNya..

  9. shahrul says:

    SETUJU!!! Hanya TAQWA penyelamat kita.

  10. sungguh manusia(insan) ini makhluk yang pelupa!

    terima kasih mengingatkan yang terlupa.

  11. pali says:

    salam,

    teringat hadith Qudsi : wahai Manusia, kamu tak tahan teriknya matahari, tapi kamu masih buat maksiat!”.

    Masa ni pun memang panas betul. Allahummaajirna minannar.

    Kalau sudah bertunang, banyakkan muhasabah kenapa memilih tunang itu.

    Jarak jauh mungkin faktor hati mencari peluang mengisi kekosongan.

    Kehendak yang menipu. Sudah dipilih jangan dikalih. Banyak dugaan dalam pertunangan.

    Semoga Allah berikan kemudahan dan istiqamah dalam bermujahadah. Ameen.

  12. rohul says:

    kenapa 9 jari? Gadis KL tuh kehilangan satu jari ker?

    • Abu Saif says:

      @rohul,

      salah taip. sudah dibetulkan. dalam email asal tak sebut jari berapa. cuma dikemaskinikan untuk siaran blog

      • ettec says:

        Salam,
        bagaimana untuk bersikap redha ke atas apa yang berlaku….apabila suami menduakan kita sebagaimana kisah gadis KL ini…dua bulan serius bercinta, sudah menyulam untuk mendirikan rumahtangga….cume peringkat kami sudah tertalak dan kini dia berusaha untuk rujuk semula…mungkin kerana terpengaruh oleh kata-kata teman wanitanya yang baru saja berpisah..kerana tidak tahan dengan sms tarbiah saya yang banyak menduga mereka kenapa sampai sanggup menganiaya perasaan saya, keluar bersama ketika saya masih isterinya yang tak menang tangan dengan anak-anak kecil tetapi mereka berdua menikmati keseronokan pasangan bercinta…alasan suami cari lain kerana tiada kesefahaman komunikasi, sikap saya yang dianggap terlalu ego dan segala kelemahan serta keaiban diceritakan kepada teman wanitanya untuk meraih simpati dan merawat kekusutan jiwa sedang permasalahan suami isteri tidak dicari penyelesaiannya. Si isteri pula dilayan seperti biasa seolah tiada berlaku apa-apa. apabila terbongkar rahsia mereka…diungkit kembali ketidakpuasan hati sejak bernikah dahulu kala……kalau tidak terfikir kerana anak-anak dan masyarakat kerja yang hampir semua mengenali kami suami isteri dan rasa kasih padanya yang pernah bergelar suami, ingin rasanye tidak mahu kembali kerana suami sejak dari mula telah meletakkan keinginan untuk berpoligami…alasannya kerana lelaki mempunyai kasih yang melimpah ruah untuk dikongsi dengan insan bernama wanita…diri ini pula rasa kasihnya tidak seperti dahulu kala…sekarang dalam dilema, solat hajat dan istikharah sentiasa dilaksana…namun hati masih ragu-ragu…yang mana satu pilihan terbaik buat diri ini…kerana hati masih terkenang perbuatan suami yang meminggirkan masalah rumahtangga dan mencari perempuan lain….isteri dilayan dan teman wanita didahulukan persis suami yang telah mempunyai 2 isteri…sibuk hendak berlaku adil kepada setiap seorang…walaupun sudah mengaku putus, tapi masih memerlukan ruang untuk keluar bersama, menyudahkan impian yang tak tercapai…bagaiman saya nak hadapi ni semua ustaz…tak tertanggung jeruk perasaan…tapi kasihan anak-anak, 3 tahun belum mengenal dunia kecuali ibu bapa…

  13. nakatsu says:

    no offense ustz, sy cm rs girl nie mmg thu hukum Tuhan, since cr dia menjaga hubungan dgn tunangnya. mgkn dia terlalu melayan perasaan sunyi bl tunangnya jauh, and at d sme time try 2 deny perasaan dia dgn suami org 2 sbg sesuatu yg xsalah, walaupun kononnya tlh minta petunjuk dr Allah

  14. Farah says:

    Salaam.

    Nasihat yang sememangnya tegas dan kuat!
    Tahniah ustaz.

    Manusia ada aqal. Jadi, kalau menggunakan aqal dengan penuh kewarasan sebelum melakukan sesuatu, perkara-perkara sebegini tidak akan timbul insya Allah. Dan lagi satu, ingatlah bahawa SETIAP apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah. Dalam kes ini, Allah ingin menguji Gadis KL dengan menghadirkan seorang suami orang dalam hidupnya. Jadi, pandai-pandailah manfaatkan aqal untuk menghadapi ujian tersebut.

    Wallahualam.

    • Amin007 says:

      @Farah,
      Allah akan uji iman seseorang. itu mungkin ujian Allah kepadanya, kita punya ujian macam mana lah pulak???

      • ati says:

        @Amin007,

        betulla cakap amin tu, kita nya ujian entah bila. tapi, bila bc kisah gadis kl ni, xdinafikan kdg2 perasaan jahat @ lebih kpd bisikan syaitan ni akan selalu mengajak kpd yang xsepatutnya. jd, kuatkan dr dgn beramal (istiqamahla)..insyaallah…allah akan menolong hilangkan perasaan tu. janji yakin bila memohon pd Allah.

  15. abusuhaib says:

    maknanya, dengan menyalakan lilin, mungkin boleh menjadi salah satu cara untuk kita takut dengan azab Allah yang jauh lebih hebat dari api lilin?

  16. mujahidhisyam says:

    mungkin kerana itulah baginda mengatakan bahawa golongan bijak ialah mereka yang sentiasa memikirkan dan beramal untuk hari kemudian (al-kayyisu man dana nafsahu wa amila lima ba’dal maut.)

  17. aye says:

    syukran ustaz, rupanya jawapan yang ustaz beri bebeza dengan jawapan pendek yang ustaz beri pada sorang sahabat dulu..
    “Berkahwin dengan orang yang kita cinta itu memang penting, tapi mencintai orang yang kita kahwin itulah yang paling penting. Apakah daya, tidak ramai yang ada keyakinan bahawa mereka mampu menyintai. **** lepaskan dia***. Demi Allah yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Jangan berhenti usaha dan doa.”

    Afwan Ustaz.. peace !!

  18. abuyon says:

    Memang begitulah wanita, sesiapa. Pernah berlaku juga di zaman Nabi. Bila diberitahu satu, begitu. Ditanya pula, kalau dua?

    • Bussaina says:

      khusus utk wanita saja yg ‘tak faham bahasa’ ni? jgn begitu saudara. perhatikan kata2 saudara. jika tiada apa2 manfaat ketika berbicara, adalah lebih afdhal jika diam sahaja.

      muhasabah utk diri saya juga.

  19. Ibnu Aiman says:

    Hit the nail ustz…

  20. muhaidir says:

    betul2..hanya iman dan amal penyelamat bg manusia yg hidup di atas muka bumi Allah ni…artikel ni mengajar ana utk lebih byk menghisab diri…Ya Allah,bantulah hamba mu yg lemah ini…

  21. hmm... says:

    semoga yang tersasar sempat ke pangkal jalan. kenapalah nak susah-susahkan diri, menyakitkan hati sendiri dan orang lain..? some people…..

  22. wanfaizal83 says:

    Salam ustaz..

    Nasihat yang jarang saya dengar atau baca dalam mana-mana ruangan akhbar..selalunya nasihat-nasihat yang tidak menghasilkan diam…

  23. rahimkawi says:

    salam..izinkan saya memberi sedikit pendaoat disini,daripada persoalan yang diajukan itu, saya dapat merasai akan perasaan si wanita itu. bagi golongan yang bakal mendirikan rumah tangga, sememangnya cabaran yang mendatang amatlah tinggi. terutama yang dah bertunang. pada masa inilah datangnya syaitan bagi menghancurkan hasrat pasangan untuk mngikuti sunnah rasulullah S.A.W. dalam masa inilah akan datangnya hasutan dari syaitan. hanya iman dan kekuatan diri yang kuat sahaja dapat mengatasinya. bagi empunya diri yang bertanya, muhasabahlah balik tujuan sebenar cik bertunang dengan tunang cik. sememangnya itulah jalan yang diberikan kepada cik. dan sebagai tunang orang, pergaulan mestilah dijaga batas2nya. tujuannya adalah untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku. bila selalu bertemu,bertentangan mata, maka itulah datangnya panahan syaitan yang mngelirukan hati kita. yang akan menhancurkan jalan kita menuju kebahagian. justeru,saya harap nasihat saya yang dhoif ini dapat diamalkan:
    1. jagalah batas pergaulan cik dengan orang yang bukan mahram.
    2. tetapkan hati kita dengan pendirian kita.
    3. berkemungkinan besar perasaan itu bukanlah cinta yang hakiki hanya hasutan syaitan semata2.
    4. ingatlah, perasaan cinta itu, sebenarnya datang dari Allah.
    5. mana mungkin Allah menjadikan cinta itu untuk menhancurkan rumah tanga orang lain.
    6. berdoalah kepada Allah agar ditetapkan hati dan dijauhi dari perasaan yang bercelaru.
    7. seandainya boleh, percepatkanlah majlis perkahwinan.

    InsyaAllah…..

    • Abu Saif says:

      @rahimkawi,

      menasihati secara panjang lebar kepada Gadis KL memusnahkan seluruh maksud utama artikel ini, kerana:

      1. Beliau telah membaca kedua-dua buku saya yang ada beratus-ratus muka surat nasihat berkaitan.

      2. Beliau sendiri mengaku bahawa beliau tahu bahawa perasaannya itu SALAH.

      3. Beliau bukan meminta nasihat yang biasa-biasa, tetapi nasihat yang TEGAS dan KUAT yang mampu memberhentikannya dari terus melayan perasaan berkenaan.

      Wallahu A’lam

      • Hadeed says:

        @Abu Saif,

        Salam…

        Nasihat yang panjang lebar juga meletihkan kerana perlu berfikir panjang lebar juga untuk menghadamnya.

        Dan jelasnya, Gadis KL juga sememangnya sudah tahu apa yang harus dia lakukan. Yang dia perlu hanya ketegasan dan ketetapan hati.

        Semoga dia mendapat pengakhiran yang baik.

  24. muslimah says:

    perlukan tarbiyah berterusan untuk terus istiqamah.

  25. iskandar says:

    Manusia mudah lupa ust dan ia berlaku apabila kita membelakangkan orang yang kita sayangi. Malangnya atas nama nafsu dan cinta maka perasaan kasih itu dipertahankan. Mohon dijauhkan juga di kalangan kita semua.

  26. luqluq says:

    Gadis KL,Awak bukanlah orang yg pertama mengharungi cinta bodoh lagi hina ini .Cukuplah pengalaman orang lain yang sudah lebih dahulu terjerumus mengajar awak.Ternyata mereka menderita dan sentiasa hidup dalam kepura-pura untuk bergerak didalam dunia yang nyata ini.Mereka gagal sama sekali.Peganglah hati awak kuat-kuat dan katakanlah, betapa besar kasih sayang ALLAH dengan komen-komen yang awak lihat,kerana kami ISLAM,saling menyayangi.SELAMAT

  27. sheed says:

    sy tertarik dengan jawapan ust terhadap e-mail gadis tu…agak2 dia buat tak seperti apa yg ust sarankan?

    kalau buat..semoga Allah beri kesedaran tentang bahana api neraka Allah

    kalau tak buat…innalillahi wa inna ilaihi raji’un

  28. athi says:

    thanx ustaz dan semua yg komen to Gadis KL..sy sedikit sebyk mendapat pengajaran dripada kisah gadik KL ni dlm mengaharungi hari2 sy..:)

    jawpaan ustaz bukan saja tegas..tp sgt berkesan :)

  29. melur_layu says:

    Saya di bekerja johor, tunng saya bekerja di Sarawak. Tunang saya bercinta denagn rakan ofisnye. Wanita itu telah lewat usianye, jd die agak terdesak mahu mencari pasangn hidup. Saya mahu putuskan pertunanagn tetapi tunang saya bertegas mengatakan TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENINGGALAKAN saya. Jadi die memutuskan hubungan dgn wanita itu. Wanita itu mengatakan die rela beralah, tetapi dalam ms yg sama masih terus menghubungi tunang saya atas alasan kerja sebelum meneruskan mesej kearah benda2 lain.. tunang saya melayan atas dasar simpati krn wanita itu menyatakn dirinya benar2 terseksa merindui tunang saya walaupn dalam ms yg sama, masih ada lagi sisa2 cinta di hati tunang saya terhadap wanita itu. Bagaimana ustaz?? Knp wanita zaman sekarag begitu berani….:(

  30. tak tahu says:

    ustaz, berdosa ke “gadisKL” tu? lelaki kan boleh kawin 4.. lagipun cinta yg wujud tu, tanpa di paksa pun, datang sendiri…

    • Abu Saif says:

      @tak tahu,

      lelaki boleh kahwin empat. tetapi setiap satu perkahwinannya mestilah dibuat mengikut hukum syara’. kalau isteri pertama dikahwini dengan penuh peraturan agama dan adat resam , Tuhan manakah yang membenarkan perkahwinan kedua, ketiga dan keempatnya dibuat tanpa mengira dosa pahala?

      cinta bukan lalang yang tumbuh sendiri.

      ia adalah pohon yang ditanam dan dibaja oleh si penanam. cuma kalau salah tanah menanamnya, nanti yang tumbuh ialah Pohon Zaqqum di Neraka sana

    • luqluq says:

      @tak tahu, Lelaki memang ALLAH izinkan berkahwin 4.Nabi Muhammad adalah contohnya,Tetapi sila semak dan baca setidak-tidaknya 4x bagaimana Nabi mengambil perkahwinan itu.Setiap perkahwinan itu tak lain hanya untuk ke jalan penyelamat untuk wanita.Bukan untuk nafsu..yang akhirnya lebih ramai wanita yang bermadu menderita dibawa seorang lelaki yang berkahwin bukan atas dasar ISLAM sebenarnya.Lelaki,periksalah dari setiap sudut pada diri anda,dimanakah kewajaran anda utk beristeri lebih dari satu?Jika benar layak ,silakan.Wasalam

      • taktahu 2 says:

        Salam..

        Saya mencelah skit. Bukankah perkahwinan itu juga merupakan saluran bagi menyalurkan NAFSU ditempat yang halal? (saya tak rujuk ia sebagai satu2nya objektif perkahwinan). Seandainya seseorang lelaki yg kuat nafsunya, bertindak untuk berpoligami bagi menyalurkan nafsunya ke arah yang diredhai Allah… Salahkah? Bukankah itu jalan menyelamatkan dirinya dari perkara2 haram yang lain (provided dia mampu berpoligami)? wallahualam.

        • yg jahil says:

          @taktahu 2,
          memangla kahwin tu tmpat salurkan nafsu ditempat yg halal. tapi time salurkan nafsu tu ingat je yg halal, tapi dalam nak cari calon kahwin tu x ingat lak nak carik yg halal. Maksudnya semata-mata nak salur nafsu tampat yang halal, habis semua tunang2 dan isteri2 orang kene putus dan bercerai-berai. bagus betul kalu camtu, aku pun nak. fikir la skit beb, pakai iman…

        • Abu Saif says:

          @taktahu 2,

          saya kepingin mahu mendengar pendapat perempuan yang merelakan dirinya dikahwini semata-mata untuk melempiaskan nafsu lelaki.

          any volunteer?

          • taktahu says:

            @Abu Saif,
            pengalaman saya, rakan2 saya yang bermadu samada title ustaz @ bukan ustaz, kehidupan istri pertama xbahgia selepas di madukan. ada juga yang merelakan suami mencari madu krn faktor kesihatan, tapi akhirnya, die sendiri yang tidak redo akan keputusannya….

          • taktahu says:

            @taktahu,
            bagaimana yang mengaku ingin berkahwin lagi bukan kerana faktor nafsu tapi kerana cinta yang lahir sendiri. tanpa pernah terlintas untuk mewujudkan cinta tu… kes ni selalu terjadi bagi suami yg bekerja di ofis. selalu bertemu atas urusan kj, lama2 bawa tautan hati

          • Abu Saif says:

            @taktahu,

            itu tidak menjawab soalan saya

          • ummuDamia says:

            @Abu Saif,
            alhamdulillah…tgh menghadamkan buku Bercinta sampai ke syurga setelah selesai dgn buku ATN. betul kata ustaz hasrizal, semua telah dijelaskan dgn sebegitu terang. soal cinta, kahwin ni perkara yg sgt suci. kalau perempuan rela utk menjadi 2nd wife hanya krn sanggup jd tmpt lelaki lampiaskan nafsu….alahai…mana lah harga diri, maruah dan nilai diri yea..

        • luqluq says:

          a href=”#comment-57632″>@taktahu 2,Salam,Tak dapat dinafikan,perkahwinan penyelamat dari yang haram,selapas itu adakah lunas sudah segala amanah dan tanggungjawap yang wajib dipikul dari isteri pertama,kedua atau seterusnya dan ditambah lagi amanah terhadap anak-anak yang lahir dari gara-gara kuat nafsu.Kan nafsu tu terletak dibawah bersama-sama dgn saluran najis,Akal diatas yang mengendalikan hati dan nafsu.Itulah disarankan “doa”agar akal dapat mengawal hati dan nafsu yang tak terurus.Marilah kita perbanyakan doa.Yanh kuat nafsu,berpuasalah.

    • alQasam says:

      @tak tahu,

      Jawapan ustaz yang pertama sudah cukup kemas dan lengkap. Perkahwinan kedua, seterusnya bolehlah diransang dan dimulakan dengan perkara yang haram etc?

      Pohon cinta ibarat kata ustaz, bukan lalang. Mula mata, hati etc.

      Berkahwin kedua ketiga itu ada dalam ISLAM, tetapi HARAM dimulakan dengan perkara yang HARAM. Diharuskan berkahwin atas dua sebab utama:-

      1) Isteri tua/sakit
      2) Isteri tidak dapat melahirkan anak.

  31. tak tahu says:

    boleh ke di anggap takdir,si istri terpaksa terima “gadisKL” sbg madu. sb cinta yg datang tanpa sengaja itu mungkin rahmat… tapi secara logik, pasti si istri dan anak2 akan amat terseksa. adakah ini takdir??

    • Abu Saif says:

      @tak tahu,

      menyandarkan skandal tunang orang bercinta dengan suami orang secara mudah kepada TAQDIR, adalah seperti menisbahkan Allah sebagai punca maksiat itu.

      pintu rumah dibuka luas-luas, tingkap dibuka luas-luas, tv lcd ditayang semahunya, gelang emas disarung hingga ke siku, dan kemudian rumah itu dimasuki pencuri… apakah kejadian kecurian itu sebuah ‘TAQDIR’?

      “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan”
      ( Riwayat Bukhari )

      • orange says:

        @Abu Saif,

        sekadar memetik ATN2 ms 62 “Membiarkan diri dibius cinta,itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal mencapai awan.”

  32. penyulentik says:

    kuatkan iman..tetapkan hati..perasaan nie hanya sementara..

  33. harmerz says:

    Kadangkala dalam ceramah-ceramah pernah dengar penceramah menyatakan, kita mudah leka dengan 3 TA, (waniTA, harTA dan tahTA) …. saya pun selalu terkena tempias nya terutamanya wanita dan harta, huhuuuu

  34. melur_layu says:

    ustaz, pe yang perlu saya buat? solat istikhoroh sudah dibuat oleh kami berdua. saya nmpak tunang saya, tunang saya nmpak saya. dan perasn kami berat pada satu sama lain. tapi napa perlu wujud “wanita” itu??

  35. melur_layu says:

    ustaz, saya rela lepas kan tunang saya jika wanita itu benar2 mahukan tunang saya. tetapi tunang saya mahukan saya dan dalam masa yang sama, xkuat nak lupakan wanita itu sepenuhnye.

    • Abu Saif says:

      @melur_layu,

      tunang anda harus belajar menjadi lelaki yang mampu membuat keputusan dan berpegang dengan keputusan itu. itulah nilai kelelakian seorang lelaki.

      bersikap serba salah, tidak pasti, tidak kuat untuk konsisten, menjadikannya seorang lelaki yang berisiko tinggi apabila dikahwini.

      kelelakian lelaki antaranya ialah pada keupayaan membuat keputusan serasional mungkin

    • luqluq says:

      @melur_layu, Hidup dengan lelaki yang tidak ada pendirian,sehingga menetapkan hati untuk pasangan hidupnya sendiri pun tidak pasti dan keliru,bagaimana untuk kita berteduh dibawah jagaan dia.Insya-ALLAH pasti ALLAH datangkan Kumbang yang bijak untukmu.Tunang anda seorang yang tamak,belum ada satu nak dua.Maafkan saya

      • Bussaina says:

        salam,
        maaf melur_layu…tapi terpaksa setuju dgn luqluq.
        jika saya di tempat anda, saya gagahkan diri utk putus tunang saja. apa ertinya jika sebelum kahwin pun dia sudah terlalu mudah dan murah harga cintanya. esok2 kalau dah kawin, kita isteri dah membuyut perut besar, dah tak berapa comey…lepas tu tempoh berpantang lagi…apa jaminan dia tak mendua atau mentiga-empatkan kita?

        jika dia serius dgn saudari, maka kewujudan perempuan itu langsung tak perlu pun. disebabkan dia gagal menguasai percaturan yg rasional lah maka dia sepertinya ada pilihan yg lain pula. apa tunggu lagi? jgn sia2 kan diri pd org yg tidak ikhlas menyayangi kita.

  36. Hadeed says:

    Salam.

    Ustaz, kepada yang punya masalah cintan-cintun ni, boleh tak saya cadangkan supaya membaca novel karya Habiburahman El Shirazy: “Ketika Cinta Bertasbih”. Di dalam novel ini, beliau membawakan beberapa permasalahan cinta dan bagaimana untuk menghadapinya.

    I would say, this novel is a good one. At least for me.

  37. introspeksi_jordan says:

    nasihat yang hebat.syukran ya ustaz.perlu introspeksi diri akan segala perbuatan yang dilakukan sehari-hari.syarah ibnu ‘aqil tu kitab nahu kegemaran saya.tapi perlu tunggu bulan 9 sebab kargo kitab tu.harap-harap tak hilang.amin..

  38. hassan says:

    Kepada semua yang membaca hayatilah..

    Ingatlah hadis Qudsi

    ” kama tadiinu tuudaaan”
    maksudnya

    sebagaimana engkau buat maka yang di demikian itu akn diperlakukan ke atas mmu

  39. izah says:

    Gadis KL perlu bersyukur punyai tunang…ramai ramai lagi gadis lain yg tercari2 pasangan hidupnya..suami orang itu cuma dugaan sahaja..sejauh mana Allah nak uji anda..jgn dilayan sgt perasaan sunyi..bacalah La Tahzan.di situ pasti jumpa jawapannya :)

  40. ainur68 says:

    Salam,
    Kalau sebut syurga neraka semua orang tahu. Semua nak syurga dan takutkan neraka. Isunya sekarang, bukan masalah boleh atau tak boleh meninggalkannya atau melupakannya. Mahu atau tidak mahu. Pilihlah sendiri. Sekadar memberi pendapat.

  41. Zizou el futuwwah says:

    Apabila nafsu meraja kesetiaan pun boleh jadi hilang…

  42. saya says:

    salam ustaz,

    semoga Allah swt, pemilik hati manusia tetapkan balik hati gadis KL ni.

    saya hanya khuatirkan satu.ubat guna-guna.nauzubillah.

  43. Frewdell Maxim says:

    mmmmm….saya suka stail ustaz

    ‘direct to the point’

    itu definisi mat saleh plak ;)

  44. namir_muslim says:

    setuju gak!

  45. syahrun says:

    saya minta izin bertanya,
    apakah yang malaikat Jibril suruh nabi Muhammad s.a.w. baca di gua Hira’?
    adakah malaikat Jibril a.s. datang membawa mushaf dan suruh Nabi s.a.w. membacanya seperti seorang ustaz menyuruh muridnya membaca mushaf al-quran yang ada di depan mata?
    sedangkan mushaf yang kita lihat sekarang hanya ada selepas peristiwa tersebut.

  46. ummunur says:

    ramai ustaz2 (termasuk orang terdekat deng saya) yg kawin dua sebab bercinta, atas alasan menghalalkan hubungan, bukan atas dasar perjuangan seperti Rasulullah s.w. adakah ilmu kami kaum perempuan yang cetek atau ilmu ustaz-ustaz yang terlalu tinggi? sila beri pandangan tentang suami bercinta dengan wanita lain, kemudian berkahwin atas dasar menghalalkan hubungan? adakah semudah itu Islam membenarkan lelaki berkahwin lain?

    • pali says:

      @ummunur,

      salam, jika diberi pilihan didepan mata, samada gadis KL @ suami orang itu yang ingin dilempang.. maka dengan khusyuk saya melempang lelaki orang itu.

      Alasannya? Sekurang2nya gadis KL malu dan sedar, serta berusaha untuk menidakkan kekeliruan yang dihadapinya.

      Tapi suami orang tu bagaimana pula? Sepatutnya kalau dah kawin tu PATUT reda banyak dah.

      Padanlah Islam letakkan hukuman untuk orang yang sudah berkahwin lebih berat dari orang yang bujang.

      Bukan nak judge sesiapa, tapi sebagai lelaki (baru tau ke? wahaha) saya terkilan amat dengan tindakan lelaki tu.

      LELAKI, jika dalam hal2 gini takleh nak buat keputusan, diragui sejarah akan kembali berulang. Lihatlah isteri yang ada, fikirkan kenapa memilih si dia sebagai isteri dahulu.

      Wanita yang diibaratkan seperti tulang rusuk itu, takkan boleh diluruskan oleh orang yang sedia bengkok!

      Sekian.

      • syawal07 says:

        @pali, Terima kasih juga kpada saudari. semoga Allah br hidayahNya kepada kita

      • hmm... says:

        @pali,

        kadang2 lelaki itu “diasak” beberapa kali baru ter”jatuh cinta”, walaupun pada asalnya x mahu pun… maka dari situ mula lah…

        wahai perempuan, kuatkan dirimu, walau tidak mampu secara fizikal, tapi hati yang Allah beri tu sangat-sangat ajaib. Kamu adalah makhluk yang sangat berkuasa, satu kerajaan boleh runtuh kerana kamu, satu dunia boleh aman kerana kamu. Pilihlah mana satu yang kamu nak jadi. Penghayun buayan yang penyayang,bertanggungjawab dan akhirnya melahirkan lelaki2 & wanita2 pengaman dunia atau penambah rosak hati-hati manusia yang kian lupakan Allah.

        Wahai lelaki, kembalilah menjadi lelaki pelindung wanita. sayangilah isterimu, keluargamu dan ummatmu… yang diharapkan pada lelaki itu banyak. tak tercakap dah. Sudah-sudah lah dengan benda2 yang x bawa faedah… FOKUS!!… kalau macam ni sokmo entah bila Islam akan kembali gemilang..

        hish. perkara sebegini memang memenatkan.

        • pali says:

          @hmm…,
          hmm.. betul tu.

          Ikut hati.. mati, ikut rasa.. binasa. Jadi, ikutlah??

          Nabi~! (sahut pengunjung SIO beramai2).

          Pandainye.. :D

          Nabi.. mencintai satu khatijah sehingga akhir nafas, tidak pergi kepada seterusnya melainkan sudah dengan satu. Begitu juga Ali dan Fatimah.

          Lelaki..makhluk beremosi? Tak seswai kau. :)

    • alQasam says:

      @ummunur,

      Salam ummunur. Banyak artikel-artikel ustaz berkenaan isu poligami dan lain-lain menjawap persoalan tersebut.

      HARAM memulakan sesuatu yang HARUS dengan perkara yang HARAM.

    • luqluq says:

      ummunur, Salam. Ustaz hanyalah gelaran pada seorang guru agama sahaja.Hakikat sebenarnya mrk juga manusia yang tak terkecuali dari panahan syaitan.Ada juga lelaki yang bukan ustaz tapi lebih bijak mengendalikan sebuah cinta dan bijak menguruskan nafsunya , yang penting kewarasan individu itu sendiri.Wanita yang mengabaikan agamanya sudah jelas cetek ilmu,tak berusaha menambah ilmu adalah akibat yang mesti ditanggung.Buat Sang ustaz atau suami yang terlena dibuai cinta baru,setelah ada isteri,memang cetek imannya dan tinggi pula nafsunya dan tak pernah terbaca pula Islam mengajar membina perkahwinan atas dasar cinta yang sedemikian.

  47. Rashid says:

    Mcm2 pendapat… bila mahu habis daa… sembang bab kawin dua ni, bak kawan saya kata, sampai kiamat pun tak selesai…

  48. nurjihad says:

    erm..saya setuju 100% dgn jwpn ustaz..nasihat sebegini yang lbih org faham, padat isinya daripada nasihat kata yg pnjg lebar..wallahua’alam

  49. islah says:

    ustaz, nape gambar kambing? terjelir pulak tuh

  50. zaid says:

    bi ma’na. akn adalah buku aku terima nikahnya siri ke 3…he3

  51. nour says:

    “kelelakian lelaki antaranya ialah pada keupayaan membuat keputusan serasional mungkin”

    Saya sepertinya mahu bermohon, tolonglah ustaz..sukar benar hari ini bertemu lelaki yang punya sifat kelelakian itu. Apa masalah dengan tarbiah kita sampai sukar melahirkan “lelaki sebenar’, ketua yang memandu, yang jelas baik benar bukan membawa si perempuan larut dalam emosi. Yang kita ada adalah perempuan yang berani, yang terkadang hilang malu bila bertemu lelaki yang tak punya kekuatan ini. lalu jangan pelik jika dalam rumahtangga hari ini pun memang ramai perempuan yang menjadi ‘suami’. keupayaan menjadi ketua bg seorang lelaki itu sudah makin hilang. Tolonglah kembalikannya..!

    • syphoon says:

      ….

      Masalah tarbiah ke?

      Not totally agree with that…

    • luqluq says:

      @nour,Salam.Dapat kita perhatikan lelaki yang sedemikian itu ada dari satu kelompok,dimana ego,bodoh sombong,riak dan yang paling parah,tak belajar dan mendalami agama.Walaupun seorang ustaz tapi ada sifat-sifat ini adalah sukar untuk menjadi pemimpin yang membimbing.Yang wanita,akibat tak ada lagi rasa malu dan terlalu berani maka bertambah ramai bayi luar nikah lahir,menambah kadar perceraian dan porak peranda rumahtangga orang yang akhirnya isteri yang “dialpakan” terpaksa memikul tugas sebagai suami sekali gus. Kuatkan iman kami Ya ALLAH.

  52. btol kot? says:

    kesimpulannya,kita dah tau tapi tanya gak sebab nak “menghalalkan” atau melihat sbg boleh benda yg tak boleh. Bak kata pepatah nak seribu daya tak ndak “SERIBU DALIH”!!!!!

    Dlm quran srh yunus ayt 12..

  53. nurjannahtulajila says:

    masih x faham dgn sikap manusia zaman sekarang.meminta nasihat pada yang sudah di ketahui betul dan salahnya.

    • pali says:

      @nurjannahtulajila,

      manusia itu pelupa. berikan peringatan. :)

      • luqluq says:

        Hakikat sebenarnya itulah maknusia.Lantaran itu ALLAH mengutuskan AL_QURAN dan N.MUHAMMAD sebagai contoh dari segenap sudut dan memganjurkan umatnya berpesan-pesan dengan hak dan dengan sabar.Kita semua memerlukan itu dan memang memerlukan.Jangan lupa ,ada hikmah di sebalik LUPA.Saya amat suka dengan nasihat dan peringatan dari saudara seISLAM.SEBARKANLAH.

        • nurjannahtul ajila says:

          bkn sahaja sbg contoh tp sbg ikutan sepanjang zaman.maka kembalilah kepada yg sebenarnya.jangan jadikan manusia itu pelupa sbg alasan tapi jadikan ianya sbg peringatan.

          • luqluq says:

            @nurjannahtul ,Memang benar ,jgn jadikan lupa sebagai alasan dan ambil ia sebagai peringatan tetapi lantaran lupalah atau terlupa ,maka mencetuskan peringatan.Adakah sesiapa yang bebas dari lupa dan apakah petuanya?SENTIASA INGIN BELAJAR.

  54. hamba99 says:

    PERINGATAN, – dalam al-quran ada mengatakan:

    9. oleh sebab itu berikanlah peringatan,/b> karena peringatan itu bermanfaat,10. orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran,11. dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.12. (Yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka). – 87. Al A´laa

    55. Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. – 51. Adz Dzaariyaat

    51. Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya (pada hari kiamat), sedang bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafa’atpun selain daripada Allah, agar mereka bertakwa. – 6. Al An’aam

    50. Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. 51. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain disamping Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. – 51. Adz Dzaariyaat

    70. supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.- 36. Yaasiin

    52. (Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. – 14. Ibrahim

    92. Dan supaya aku membacakan Al Quran (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat maka katakanlah: “Sesungguhnya aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan.” – 27. An Naml

    124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” – 20. Thaahaa

    10. Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.” – 67. Al Mulk

    52. Dan Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat – 68. Al Qalam

    wallahualam

  55. eek_Syawal says:

    1.Jgn dilayan sgt perasaan tu
    -sunyi tunang nya jauh
    -ambil berat pada yg tidak perlu
    -sibuk kan diri anda pada perkara2 positif

  56. qamarun says:

    salam ustaz, terima kasih atas perkongsian ini,
    menyedarkan diri yang sering lalai,
    tahu hakikat siapa diri, tahu janji di sana nanti, tapi sebab tidak mampu mengukur beratnya azab itu, peringatan sering dilupakan

  57. himmah says:

    hamdulillah,setuju dg pendapat ustaz..

    kadang2 sudah berbakul2 nasihat yg didengari, tp x jugak terkesan di hati..

    memang kadang2 jiwa sentiasa lupa akan panasnya api neraka..
    sentiasa lupa….
    panasnya api neraka itulah yg mengetuk diri supaya berpada-pada dg dunia…

    syukran atas ketukan keras itu

  58. ShaNurA says:

    assalamualaikum.
    bagaimana pula pandangan ustaz jika katakanlah seoarang wanita yang hanya sekadar bercinta dengan seorang lelaki dan telah merancang untuk membina rumah tangga dalam masa beberapa tahun lagi, tetapi buat masa sekarang masih belum lagi bertunang. lalu, setelah memohon petunjuk dari Allah,wanita ini mengambil keputusan untuk bertunang dengan lelaki lain yang menyuarakan hasratnya untuk meminang wanita tersebut kepada ibubapa wanita itu. adakah perumpamaan membakar jari di api lilin boleh ditujukan untuk wanita ini?

    • ummuDamia says:

      @ShaNurA, sbb tu agama tak galakkan cintan cintun sebelum btol2 berhajat nak kawen. byk mslh nya.

    • luqluq says:

      @ShaNurA,ASYIK bercinta sebelum berkahwin,cinta yang tak terbukti,tapi setelah bersusah senang bersama,bergilir menguruskan anak-anak siang dan malam,sakit sama dirasai,ria sama dinikmati dan saling hormat-menghormati,inilah yang akan meujudkan CINTA yang kekal abadi.Berapa ramai yang asyik bercinta sebelum bernikah,tapi bercerai ketika anak-anaknya masih tak mengerti akan maksud yang ibubapanya sudah bercerai.Cinta perlukan pengorbanan,tapi biarlah pengorbanan itu yang akan memberi kebahagian di akhirat kelak.Cinta sungguh MENGASYIKAN.

  59. hayat says:

    saya telah berkahwin, masalahnya suami sya kerap terpesona dengan cinta kedua. bila kisah cintanya terbongkar dia seperti insan yang tersedar dari mimpi dan berjanji bertaubat. saya pernah mengizinkan dia berkahwin walau hati perempuan amat keciwa. tapi dia sendiri yang menolak. sekarang diri dipanjat usia dia mengulanginya lagi dan saya walau cuba memaafkannya sampai hari ini terasa ingin pergi dari diary hidupnya. saya mungkin menanti anak-anak besar untuk memahami perasaan saya. apa komen ustaz

  60. zzzzzzz says:

    assalamualaikum….
    apa hukum seorg perempuan yang telah bertunang berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan tunangnya dan ahli keluarganya

    • tunang wanita says:

      salam.

      berjumpa ni maknanya “keluar’ berdating, dengan perasaan suka sama suka ke?

      atau keluar biasa-biasa atas dasar kerja? etc?

  61. apis says:

    slm..satu nasihat yg semamangnya tegas..sebab itu tidak digalakkan bertunang lama2..coz istilah bertunang jak pun dah membuahkan satu gelora dan aura yg pelik pada jiwa org yg bertunang..so klu dah bertunang tu jgn lah lama sampai bertahun2..kawin ja la..cuma mslhnya org 1malaysia ni x buat majlis kawin kalau x guna duit byk hingga berhutang..kununnya malu ngan jiran tetangga yg buat majlis besar2..ish3..pelik jg islam di 1malaysia kan..

  62. Hazirah sulaiman says:

    Wahai lelaki,telah banyak kisah kejatuhan lelaki dek kerana wanita sejak dulu sampai skrg..ambillah pengajaran,sebagai contoh(diambil daripada dokumentari tentang King Henry ke6 History Channel)binasa kerana terlalu obses dengan seorg wanita,sggup menceraikan isteri yg baik,menzalimi rakyat,malah meninggalkan agamanya,tetapi setelah berjaya mendapatkan wanita itu,akhirnya apa yg berlaku…?si perempuan malang itu juga akhirnya mati dihukum pancung..jika itu belum cukup,tengoklah apa yg berlaku pada tiger wood bintang golf yg sangat disegani..tetapi akhirnya maruah tercalar juga kerana perempuan..huh,mungkin us ptut kupas lebih dalam tentang isu ini…ana hanya ketengahkan…syukran us..

  63. nnnnnnn says:

    A’kum??

    apa pula hukumnya bila seorang lelaki yg dah bertunang tapi keluar dgn seorang perempaun yg di anggapnya teman wanitanya, dan dalam masa yg sama teman wanitanya tak tahu lelaki tu dah bertunang..sehinggalah suatu hari silelaki tu berterus terang yg dia dah bertunang?? sedang ketika itu mereka sudah saling mencintai?

  64. mummy ina says:

    Gadis KL patut fikir dulu sebelum ‘merelakan’ diri jatuh cinta pada suami orang. Kalau nanti dah kahwin ada orang pula jatuh cinta pada suami kita pula bagaimana? Jangan ‘menzalimi’ hati orang lain kerana ia sekaligus memberi peluang ke arah ‘menzalimi’ hati sendiri..

  65. maaz says:

    Setuju. Kebahagian yang dibina di atas keretakan hati orang lain tidak akan bertahan lama.

Leave a Reply