Apa Rasanya Disalah Erti?

On 29/06/2007, in Cabaran Islam, Zikir Fikir, by Abu Saif | 8,341 views | Print Print | Email Email |

73323760.jpg

Apa rasanya jika diri anda disalah tafsirkan?

Lain yang dicakap, lain pula yang difaham.

Memang mengecewakan. Apatah lagi jika suara kita untuk membetulkan tafsiran itu tidak diendahkan. Jika dalam kehidupan secara personal, kita akan meronta dan memberontak untuk membetulkan persepsi orang terhadap kita, maka kehidupan berkelompok akan menjadikan perasaan itu berganda.

ISLAM DAN MUSLIM YANG DISALAH ERTIKAN

Tidak ada pihak yang lebih disalah erti selain Islam dan Muslim.

Salah faham terhadap Islam dan Muslim amat berleluasa.

Ia bukan isu baru. Sudah sejak sekian lama. Sejak zaman gelap Eropah, hinggalah ke era Islamophobia hari ini.

Allah dan Muhammad disalah fahami…

Solat dan Zakat disalah erti…

Jihad dan hudud diputar belit pada definisi…

Malah janggut dan tudung pun menjadi mangsa persepsi…

BUKAN SOAL ILMU DAN MAKLUMAT SEMATA

Salah faham seperti ini bukan berpunca daripada kekurangan ilmu dan maklumat semata-mata, tetapi juga kerana pemikiran yang berbeza rangka. Cara fikir dan cara faham yang berlainan.

Demi menepatkan penjelasan tentang Islam terhadap cara faham yang berbeza-beza, maka pelbagai metodologi telah berkembang. Ada yang sejauh Ilmu Kalam, ada yang selurus Mazhab Dhahiri. Kesemuanya adalah reaksi kepada cabaran salah faham manusia yang pelbagai terhadap Islam.

Semasa IYEP berlangsung, saya tekun meneliti bilah-bilah kata Karen Armstrong.

karenarmstrong1.jpg

Miss Karen Armstrong

Huraiannya tentang Islam, kepada Muslim dan non-Muslim yang hadir, sungguh teliti, tetapi tidak dijumudkan oleh istilah dan terminologi. Penuh bersahaja, sesekali lucu dan mengundang ketawa, tetapi hati dan akal bekerja keras menyatu faham terhadap huraiannya tentang Islam.

Tetapi…

“Why should a non-Muslim speaks about Islam??? I don”™t understand“, soalan ini terngiang-ngiang kembali di telinga saya.

Ia hanya hearsay. Saya tidak mendengar sendiri. Saya mendengar rakan-rakan bercerita. Tetapi khabarnya Karen Armstrong telah ditempelak dengan soalan ini oleh seorang Muslim yang hadir ke majlis ucapannya sehari sebelum IYEP berlangsung.

“I”™m doing this because you are not here!“, jawab Karen Armstrong dengan tenang.

“Jika kamu boleh bercakap tentang Islam dalam bentuk yang boleh difahami oleh Kongres dan Senat Amerika Syarikat, oleh orang Barat, maka saya dan orang seperti John Esposito boleh berundur dan tidak lagi diperlukan”, katanya lagi.

Kenyataan ini ditegaskan oleh Karen Armstrong di dalam temuramahnya bersama akhbar New Straits Times bertarikh 18 Jun 2007.

BERFIKIR SECARA ADIL

Pelajaran paling berharga yang saya perolehi hasil membaca karya-karya Karen Armstrong adalah kaedah berfikir tentang agama tanpa prejudis dan prasangka. Bersikap adil terhadap diri sendiri dan rakan, kawan dan lawan.

Buku pertama Karen Armstrong telah saya baca pada tahun 1999 iaitu semasa di Ireland. Ia adalah hadiah pertama bekas tunang saya (yang kini bergelar isteri) kepada saya selepas majlis pertunangan kami. The Battle for God, telah menyebabkan saya ‘tersangkut’ dengan Karen Armstrong dan mula merangkak keluar dari disiplin pengajian saya di dalam Pengajian Islam, kepada rangka Eropah menganalisa politik vs. agama.

Buku kedua Karen Armstrong yang saya baca adalah Muhammad: A Biography of the Prophet yang dihadiahkan oleh teman saya Anthony yang memeluk Islam kerana buku itu.

Karen Armstrong mempertahankan Islam tanpa meletakkan dirinya sebagai seorang Muslimah. Namun, prinsipnya yang menghormati kebenaran, itulah yang menjadi motif untuk beliau bertahan mempertahankan Islam.

Sikap inilah yang wajar diteladani oleh kita semua, dan saya tidak berasa malu untuk memperkatakannya.

ADIL TERHADAP KEBENARAN

Bukankah ini ajaran Allah yang Maha Adil itu?

Ketika Permaisuri Saba”™ mendapat tahu akan kedatangan Sulaiman “™alayhi al-Salaam ke negerinya, beliau telah memberikan komen yang dirakamkan Allah di dalam al-Quran. Kenyataan itu menyebut:

annaml34.JPG

“Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina…”

Kenyataan Permaisuri Saba”™ yang merupakan seorang penyembah matahari, telah diiktiraf oleh Allah SWT dengan firman-Nya yang melengkapkan ayat itu:

annaml34a.JPG

“dan demikian itulah yang dilakukan oleh mereka (kebanyakan raja-raja tersebut)” (An-Naml 27 : 34)

Penyebut kenyataan itu adalah Permaisuri Saba’ yang agamanya berpaksikan matahari. Namun apabila beliau bercakap benar, maka yang benar mesti dibenarkan. Lantas Allah SWT sendiri mengiyakannya.

Inilah keluhuran syariat Tuhan yang mengajar manusia berlaku adil. Adil terhadap kebenaran.

Apabila Karen Armstrong berhempas pulas berusaha menerangkan kepada masyarakat Barat tentang Islam yang dipelajarinya, adalah suatu kemalangan akal apabila orang Islam melatah-latah mengkritik dan mengharamkan bukunya.

MELIHAT DIRI SEBELUM ORANG LAIN

Sama ada kita sedar atau tidak, salah faham terhadap Islam dewasa ini semakin disulitkan oleh ketidak upayaan kita sendiri menerangkan Islam dengan betul. Kita bukan sahaja gagal memahamkan Islam kepada non Muslim, malah ramai umat Islam sendiri yang gagal memahami Islam yang ada di dalam buku dan ceramah yang berlambak di arus perdana.

Malah gejala Riddah yang amat membimbangkan itu, banyak berpunca dari kekeliruan dan salah faham mereka terhadap Islam dewasa ini. Riddah merupakah manifesta pemberontakan terhadap kefahaman Islam dan bukan solid sebagai permusuhan terhadap kebenaran Islam semata-mata.

Kegagalan kita untuk mengamalkan prinsip teras Seek First to Understand, Then to be Understood, atau dalam bahasa Islamnya “menyeru manusia ke jalan Allah dengan HIKMAH”, bukan sahaja menjadikan penerangan kita tentang Islam semakin tidak relevan, kita juga sewenang-wenangnya tidak berlaku adil terhadap orang lain.

Jika kita selama ini mendakwa bebas bahawa Orientalis bertanggungjawab terhadap penghuraian yang salah terhadap Islam, tidak pernahkah kita terfikir yang kita juga telah begitu banyak menyalah tafsirkan Barat?

Selaklah jutaan naskhah buku yang ada di perpustakaan, kita mungkin runsing dengan huraian tentang Islam oleh Orientalis, rimas dengan Snouck Hurgronje, Bernard Lewis, Arberry, Toynbee dan Gibbon. Tetapi jangan lupa untuk menghitung buku-buku dan makalah yang ditulis oleh Muslim, tentang Barat… secara melulu dan tidak tepat?

JANGAN PERSOALKAN OTORITI

Jangan mulakan soalan tentang otoriti Karen Armstrong dan sesiapa sahaja untuk bercakap tentang Islam, kelak nanti kita yang kepenatan untuk menjawab, siapakah yang memberikan otoriti kepada Muslim untuk mengkritik Barat… tambahan pula dengan hujah-hujah yang menyimpang dari kebenaran?

Jika selama ini kita mencela Barat sebagai membuang Tuhan, tidak pernahkah kita terfikir titik buta yang terselindung di sebaliknya? Lebih sulit jika ada yang bertanya, jika Barat yang ‘membuang Tuhan’ boleh bersatu dan maju, apa yang telah ‘hidup Bertuhan’ di kalangan Muslim hasilkan? Selesai masalah, atau makin banyak masalah? Jangan main-main dengan soalan ini…

Jika selama ini kita menghafal huraian teks Islam 1980an tentang kecelaan Sekularisma, tidak pernahkah kita terfikir betapa hairannya Barat dengan kebencian kita terhadap Sekularisma? Sedangkan mereka mempertahankan Sekularisma untuk menjamin kebebasan umat Islam beragama di Eropah, Amerika dan Australasia hari ini? Tidak mungkinkah ada definisi kedua dan ketiga terhadap Sekularisma selain yang dihafal dari teks yang telah berdekad diulang cetak?

Jika selama ini kita begitu fasih memetik tasbih mencela ism-ism yang datang dari Barat, tidak terfikirkah kita dari mana datangnya ism itu dan bagaimanakah ia berfungsi membantu orang Eropah membetulkan cara mereka bertuhan lagi beragama? Apakah semua ism itu lawan Tuhan, atau bagaimana?

Jika selama ini kita begitu cepat mengharamkan buku Karen Armstong semata-mata kerana beliau tidak layak untuk bercakap tentang Islam, tidak terfikirkah kita betapa ramainya orang Eropah yang akhirnya memilih Islam hasil sentuhan buku Karen Armstrong itu sendiri?

Dan berapa banyak salah faham tentang Islam dicetuskan oleh Muslim sendiri di media perdana? Bandingkan pembelaan Karen Armstrong terhadap Islam, dengan ‘pembelaan Islam oleh Muslim yang menghalau kami dari masjid yang kami lawati itu?

Siapa yang menaikkan Islam dan siapa yang menjatuhkannya?

Hidup ini penuh dengan blind spot… sudut-sudut yang kita sebagai manusia lemah ini gagal melihatnya. Kita perlu selalu mengadap cermin, dan menjadi cermin untuk saling lihat melihat, faham memahami.

Andaikata semua soalan ini kita pejamkan mata dari cuba memikirkannya, amat jauhlah untuk kita melaksanakan satu lagi tugas besar umat Islam hari ini…

 

Mengemukakan Tafsiran Islam terhadap Barat!

Jika Orientalis telah menterjemahkan Islam dengan kerangka mereka, kita pula bagaimana?

Bagaimanakah kita membimbing pembaca Muslim untuk membaca dan menafsir sejarah dan falsafah Eropah ? Atau semuanya mahu diselesaikan dengan bakul sampah simplistik itu?

Inilah cabaran yang menanti saya sebagai student of History, untuk berusaha membangunkan disiplin Occidentalism. Bukan secara reaktif mahu bersilat dengan Orientalism di gelanggang, tetapi untuk berlaku adil kepada saudara seiman, kawan dan lawan… kerana itulah intipati saya beragama… berlaku adil di hadapan Tuhan.

GOLDEN RULE

Kepada SEMUA, kata kunci bila soalan “Apa rasanya disalah erti” ditimbulkan ialah… amalkan Golden Rule ini:

  • “None of you truly believes until he loves for his brother what he loves for himself.” “” Muhammad (c. C.E. 571 – 632) in a Hadith.
  • “Thou shalt not avenge, nor bear any grudge against the children of thy people, but thou shalt love thy neighbor as thyself: I am the LORD.” “” Torah Leviticus 19:18
  • “Do unto others as you would have them do unto you.” “” Jesus (c. 5 B.C.E. – C.E. 32 ) in the Gospels, Matthew 7:12, Matthew 22:39, Luke 6:31, Luke 10:27
  • “When an alien lives with you in your land, do not mistreat him. The alien living with you must be treated as one of your native-born. Love him as yourself, for you were aliens in Egypt. I am the LORD your God.” “” Torah Leviticus 19:33-34
  • “This is the sum of duty; do naught unto others what you would not have them do unto you.” “” Mahabharata (5:15:17) (c. 500 B.C.E.)
  • “What you do not wish upon yourself, extend not to others.” “” Confucius (ca. 551 – 479 B.C.E.)
  • “What is hateful to you, do not to your fellow man.” “” Hillel (ca. 50 B.C.E. – C.E. 10)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam? “Apa erti saya menganut Islam?”, tidakkah soalan itu soalan yang...
  2. Erti Kejayaan Diri Semasa masih di bangku pengajian, kita mengukur kejayaan diri pada...
  3. Erti Kedatangan 12 Rabi’ ul-Awwal Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr...
  4. Memanjakan Diri… Sesekali! Mei dan Jun sepatutnya menjadi bulan saya merehatkan diri selepas...
  5. Erti Sebuah Perkahwinan Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada...

 

48 Responses to “Apa Rasanya Disalah Erti?”

  1. ahshab says:

    “I”™m doing this because you are not here!”, jawab Karen Armstrong dengan tenang.
    ouch…!

  2. mat arau says:

    Kita cukup berbangga dengan slogan. “…the way of life” namun kita tak ikut siratul mustaqim.

  3. mat arau says:

    Ustaz, buku The Battle for God bukankah diharamkan oleh kerajaan Malaysia? Maknanya hanya boleh dibaca di luar negara?

  4. akhi, mohon rajinkan menegur ana jika ana menyimpang. Ana ingin berada ditahap Karen ‘Hanifah’ Amstrong yg sgt adil dalam berfikir dan reaksi.

  5. raIHaN says:

    Manusia biasa mmg la mcm tu..dah sunnahtullah kan..jika ambil agama ikut acuan Nabi maka dtg la kejayaan agama dunia dan akhirat..Jika amal agama selain dari yg dah Nabi pertuntunkan maka takkan dtg kejayaan dunia dan akhirat..
    Kenapa mesti ikut cara Nabi jugak???kalo tak ikut cara Nabi tak boleh ker??nak kena simpan janggut,nak kena pakai serban,nak jaga sembahyang jemaah nak kena berdakwah..(persoalan biasa umat akhir zaman nih)..
    Mesti la ikut Nabi sebab Allah s.w.t. sendiri yg pilih dia..Allah s.w.t. dah siap2 letak dlm diri Muhammad itu contoh suri tauladan yg baik dan mengutuskan dia dgn akhlaq yg sempurna..Allah yg pilih dia bkn makhluk yg lemah pilih Nabi Muhammad itu untuk jadi duta Dia..
    “Nabi tu juga la yg mengajar kita supaya bersangka baik sebab dari sangka baik itu la yg akan memadamkan beratus lagi perasaan sangka buruk kita…”
    Andaikata kita terlihat sesuatu keburukkan org lain,nak cegah dgn tgn tak berani,nak cegah dgn lisan takut di herdik,cegah dgn hati aje la sebab iman lemah masa tu..Cegah dgn hati,adakah kita terus bercakap dlm hati ttg keburukkan seseorang atau kita istighfar dan mendoakan petunjuk seseorang itu??
    Ni dia sifat org mukmin sentiasa bersangka baik walau besar mana pun keburukkan org yg di lihat..sangka baik juga satu doa yg sgt2 tersembunyi kerana duduknya di didalam lubuk hati..Berbanding dgn doa menadah tgn yg boleh di lihat sama ada selepas solat atau pun dlm kesusahan..
    Dgn sangka baik Allah boleh ubah keburukkan sesuatu yg kita lihat kerana ianya satu doa..bila ada sifat itu maka jika org lain telah tersalah tafsir ttg diri kita,kita tidak akan mudah melatah dan sebaliknya berserah diri pada Allah..Ingat! ia insyallah akan terjadi hanya apabila ada “SIFAT” sangka baik itu dlm diri kita..
    Wallahualam

  6. TerangBulan says:

    Kupasan yg bagus bro, jika difikirkan, banyak lagi kerja dakwah yg harus usahakan – terutamanya terhadap golongan kita sendiri. Nak tarbiyah sesama kita yg tahu Islam, tetapi tidak praktik (sepertimana yg dikatakan oleh Karen Armstrong). Sekiranya golongan ini pun kita tak lepas, golongan lain ntah mcm mana….

    Antara Muhkamat ngan Madiniah, kita kena buat dua2 serentak. Its not only in working we multi-tasking, but also in dakwah….

    dari
    Shim-wau-alif-lam
    (hahaham tiru style riyadh…)

  7. taqeyyabella says:

    Kita selalu rasa kita ni paling benar, paling bagus, paling baik, paling hebat, paling … etc. sebab kita Islam. Kemudian kita selalu mengatakan segala paling yang tak elok tu milik mereka yang bukan Islam. Hilang sikap adil terhadap lawan.

  8. dhuat says:

    Hanya sebilangan kecil yang memperkait dengan non-muslim.
    Sedar akan dakwah terhadap non muslim.

    Akan tetapi, kebanyakan kita (ana rasalah) masih selesa dengan keadaan di Masjid.
    Asalkan kita berbahagia bersolat, mengaji, sekadarnya Alhamdulillah lah.
    Asalkan kita berbahagia di dunia kita.
    Kita kita dan kita.Tak ada mereka(non muslim) dalam dunia kita.

    Non muslim mungkin dianggap taboo.

  9. gwen says:

    one way to look at this issue is to ponder how arrogance is developed from muslims’ failure to-before anything else be grateful that they are muslims and that’s JUST Allah’s willing.

    when u r humble enough, i find that you see better how to treat others with an open heart and justice and husnuzon

  10. perswis says:

    (“Jika kamu boleh bercakap tentang Islam dalam bentuk yang boleh difahami oleh Kongres dan Senat Amerika Syarikat, oleh orang Barat, maka saya dan orang seperti John Esposito boleh berundur dan tidak lagi diperlukan”, katanya lagi.)

    Subhannallah!

    Rasa macam terkena penampar. Tergamam …

    As for memperkenalkan Islam supaya difahami oleh audience yang pelbagai ragam, dari beberapa segi saya merasakan keadaannya menjadi seperti ayam bercakap dengan itik. Walaupun menggunakan bahasa yang sama, namun tidak banyak yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Diakhir “diskusi” mungkin yang tinggal hanyalah “u r infidel vs u r extrimist”.

    Ini membawa saya kepada beberapa persoalan. Apakah komponen minimum dalam dakwah? Mungkinkah kadar minimum itu bergantung kepada target audience? – In order untuk menyampaikan risalah Islam, penyampaian kita perlu berdasarkan pengetahuan terhadap target audience tersebut. In order untuk tahu, research/ home work tentang audience tersebut perlu dilakukan.

    Ini menjadikan dakwah kepada Kristien berbeza dengan dakwah kepada athiest. Mungkin juga berbeza dakwah kepada orang Jepun dan dakwah kepada orang Hong Kong.

    Apapun, saya rasa tidak kena kerana seolah-olah menyusahkan tugas dakwah … namun, adakah dakwah itu mudah?

    For Ust Hasrizal. All the best for the coming semester. Semoga Allah permudahkan urusan2 Ustaz.

  11. NurL says:

    Assalamua’alaikum,
    betulkan saya jika saya salah. saya seorang saudara baru, tapi sejauh yang saya faham, Allah menyeru kita ikut Nabi, tapi jangan setakat ikut berserban dan berjanggut, itu hanya secara luaran, lagi penting jika kita ikut cara Nabi berucap, berkelakuan, cara melayan pakciknye yang bukan Islam, cara melayan isteri-isterinye secara adil. tapi yang saya nampak, muslim-muslim di malaysia ini, pandai berserban, berjanggut dan beristeri ramai, tapi bila sampai cara nak bercakap dan melayan orang bukan Islam, berlagak sungguh… muslim selalu marah2 bila orang bukan Islam menkritik kita, sebenarnye mereka bukan menkritik Islam agama Allah, mereka mengkritik hasil kelakuan muslim2 yang tidak menjaga tingkah-laku diri. Kita difahamkan agama orang christian dan yahudi juga diturunkan oleh Allah, mengapa pula orang Islam sendiri tidak cuba memahami agama orang lain dan sampai boleh menghina agama orang lain, padahal itu agama yang asalnye daripada Allah juga. Alhamdulillah saya diberi pelung untuk mengkaji semua agama sebelum saya peluk Islam. Saya terpesona dengan Islam tetapi saya amat sedih tengok keadaan kebanyakan muslim di malaysia. honestly, saya rasa saya tidak mungkin memeluk Islam kalau hanya mengenali Islam melalui tingkah-laku muslim-muslim di negara ini, Alhamdulillah saya suka membaca dan saya dapat mengenali Islam yang suci melalui buku2. walau bagaimanapun, saya tidak berupaya membaca Quran dalam bahasa asalnya dan hanya membaca dalam bahasa cina dan english. sila beri tunjuk ajar jika saya salah. saya difahamkan bahawa Allah berfirman, “ada ramai Nabi yang kamu tidak tahu…” (maksubnye lebih kurang macam nih), tetapi mengapa ada ramai muslim yang suka menghina agama orang lain dan nabi agama lain? kalau agama itu asalnya dari Allah juga dan hanya dipesongkan oleh pengikut2 nye, adakah kita sebagai Muslim berhak mengkritik dan menghina agama itu? walaupun christian salah dalam identiti Nabi Isa, dan anggap mereka ada tuhan yang lain daripada Allah, tetapi sebagai muslim, bukan kah kita patut lebih tahu yang mereka juga penyembah Allah, walaupun mereka menamakan Allah dengan nama lain. adakah kita berhak mengkritik mereka? atau hanya Allah yang berkuasa untuk menimbang dosa/pahala seseorang?
    Saya berdoa agar Allah akan menunjukkan jalan2 yang benar kepada pengikut-pengikutnya.
    Wasallam

  12. LittleCaliph says:

    “Lebih sulit jika ada yang bertanya, jika Barat yang “˜membuang Tuhan”™ boleh bersatu dan maju, apa yang telah “˜hidup Bertuhan”™ di kalangan Muslim hasilkan?”

    Terkesima saya terhadap belenggu idealisme manusiawi yang saya sendiri tak sedari ini … isyh2… kupasan yang baik, ustaz.

  13. Cauchy says:

    Soalan saya pada Ustaz Hasrizal Jamil a.k.a Saifulislam,

    Kita melihat usaha Karen Armstrong yang berdedikasi dalam membetulkan persepsi manusia terhadap agama. Malahan usaha Miss Karen dalam mengubah salah tanggap barat terhadap Islam adalah lebih banyak dari apa yang kebanyakkan kita telah lakukan. Malahan tulisannya telah menyebabkan manusia mendapat hidayah Allah menjadi muslim seperti yang berlaku kepada Saudara Anthony.

    Dengan akidahnya sebagai seorang Kristian, adakah mungkin orang “non-muslim”sebaik ini akan dimasukkan Allah ke dalam Syurga dan dimaafkan dosanya? JIka ya, harap Ustaz dapat berikan dalil Al-Quran mengenainya. Saya pernah terdengar yg mengatakan Ahlul Kitab yang baik akan juga masuk ke syurga? Tetapi saya tidak ingat ayat mana yang mengatakan begitu…RasuluLlah juga pernah melakukan solat jenazah sewaktu kematian seorang Raja Kristian Habsyah yang melayan orang islam dengan baik (hijrah pertama).

    Benarkah perkara ini?

    JazakaLlah.

  14. Hamba Allah says:

    “Kegagalan kita untuk mengamalkan prinsip teras Seek First to Understand, Then to be Understood, atau dalam bahasa Islamnya “menyeru manusia ke jalan Allah dengan HIKMAH”, bukan sahaja menjadikan penerangan kita tentang Islam semakin tidak relevan, kita juga sewenang-wenangnya tidak berlaku adil terhadap orang lain.”

    “Jika selama ini kita menghafal huraian teks Islam 1980an tentang kecelaan Sekularisma, tidak pernahkah kita terfikir betapa hairannya Barat dengan kebencian kita terhadap Sekularisma? Sedangkan mereka mempertahankan Sekularisma untuk menjamin kebebasan umat Islam beragama di Eropah, Amerika dan Australasia hari ini? Tidak mungkinkah ada definisi kedua dan ketiga terhadap Sekularisma selain yang dihafal dari teks yang telah berdekad diulang cetak?”

    “Dan berapa banyak salah faham tentang Islam dicetuskan oleh Muslim sendiri di media perdana? Bandingkan pembelaan Karen Armstrong terhadap Islam, dengan “˜pembelaan Islam oleh Muslim yang menghalau kami dari masjid yang kami lawati itu?”

    Antara isi entry Ustaz kali ini yang telah sekian lama memeningkan kepala saya sendiri untuk berfikir di mana rasionalnya kebanyakkan ummat Islam kita hari ini yang seharusnya menjadi contoh tauladan kalangan masyarakat Islam sendiri dan masyarakat bukan Islam secara amnya. Di sini lah mungkin permasalahan akhlak seharusnya di tekankan.

    Sedih dan keliru.

  15. saifulislam says:

    Kepada Cauchy,

    Pertama sekali, Karen Armstrong bukan Kristian. Dia sendiri tidak mendefinisikan dirinya sebagai Kristian. Beliau adalah bekas Nun Katholik. Untuk hal ini, sila baca http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18397

    Perkara kedua, marilah kita tidak mengambil tempat Tuhan untuk membahaskan siapa yang akan ke Syurga siapa yang akan ke Neraka. Serahkan ia kepada Allah.

  16. raIHaN says:

    Dakwah satu kerja sgt2 halus untuk di fahami..bila di kaji,difikir dan di renung dlm2 kita akan berjumpa dgn jawapan “subhanaullah”..
    Kita ambil contoh paling mudah..”Azan” itu adalah dakwah yg paling sempurna kata org alim ulamak..”Allah Maha Besar,Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah,Aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah,Marilah sembahyang,Marilah menuju kejayaan dan seterusnya..
    Allah s.w.t panggil manusia utk taat perintah Dia dgn mengeluarkan kata2 yg paling hikmah sekali..takde kata2 yg berbentuk mencela pun dlm Azan itu..Allah s.w.t tahu bahawa Azan akan itu di dengari oleh non-muslim dan org islam yg beriman..Maknanya Allah s.w.t sayang pada hamba Dia yg bkn islam dan juga lebih2 lagi pd org islam..
    So manusia perlu ambil hikmah daripada Azan itu sebagai model dakwah..tak perlu bila berdakwah cerita pasal aib org yg ada dpn kita..ckp sekadar cerita aib yg ada di dlm Al-Quran itu..
    Kalau nak cerita psl keburukkan pemimpin cerita la psl Firaun ker Haman ker,kalau nak cerita bab org kaya yg sombong cerita la psl ubai bin khalaf ker qarun ker..Kan hikmah berdakwah mcm tuh..
    Seandainya kita berdakwah dgn byk berckp psl aib org dpn kita maka org akan mula bosan dan akan lari dari agama,bagi dia semcm takde jln lain untuk dia berubah..Bila kita berdakwah dgn memberi contoh nama2 seperti Abu Jahal,Qarun,Haman,Firaun,Ubai bin Khalaf dan lain2 lg,Allah s.w.t. sendiri la yg akan mengaitkan diri seseorg yg mendengar tu dgn nama tokoh penjahat yg disebutkan tadi..Sebab Allah s.w.t. la yg Maha membolak balik kan hati manusia ni,bkn kita!
    Kita takkan mampu beri kefahaman agama pd manusia melainkan Allah..
    Nabi pun dah pesan supaya selalu menjaga aib org lain..Manusia kalau selalu bercakap ttg aib org lain,pasti dan pasti Allah s.w.t akan membuka seluas luasnya aib org yg suka membuka aib org lain di padang masyar..Nah di padang masyar nanti semua makhluk akan lihat aib kita nanti..
    So kerja dakwah buat aje seperti yg dah Nabi pertuntunkan dlm kehidupan dia..Satu org yg nak jadi pemain bola sepak yg berjaya dia mesti mencari seorg idol utk dia berjaya,satu org yg nak jadi doktor yg berjaya pun dia akan mencari satu org idol dlm bidang kedoktoran utk dia berjaya..Sebab idol itu adalah sumber inspirasi kejayaan seseorg..
    Begitu juga dgn seorg Da’ei siapa lg sumber inspirasi dlm kerja dakwah kalau bkn Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w

    Mmg benar Allah s.w.t. tak pandang paras rupa,Allah hanya pandang pada hati2 kamu kata Allah..Tapi pesan org alim ulamak hati yg bersih itu dtg dari cara penampilan nya..
    Kalau satu org muslim tidak menutup auratnya,apakah kita boleh justify hatinya sudah baik??Bkn kah di situ dia telah secara terang terangan melanggar perintah Allah?Kalau di Malaysia kita boleh kenal dari rupa paras sama ada seseorg itu islam atau tidak.Bagaimana pula kita kalau berada di negara bkn Islam?Takkan kita mudah2 aje nak bg salam kat semua org??So sunnah itu tiket yg paling utama utk menempah kejayaan di dunia dan akhirat..Sunnah itu satu kod dimana semua org di seluruh dunia bole mengenali sama ada seseorg itu Islam atau bkn islam..
    Pesan pada sahabat2 kita yg non-muslim dan saudara seagama bahawa jgn melihat Islam pada kaca mata sesuatu puak atau bangsa tetapi lihat dan kaji lah islam pada sudut nilai Agama nya..Bkn nilai bangsa!

    Wallahulam..

  17. saifulislam says:

    macam mana nak kaitkan tazkirah RAIHAN tu dengan subjek entry ni ye…

  18. YaWauSin MMU says:

    Salam ustaz…..
    saya sekrang dah mula meminati dan berkeinginan utk mengenali siapakah gerangan KAren Amstrong…rasa rugi tidak mengenali karya-karya beliau awal seperti saya mengenali Syeikh Yusuf Al-qaradhawi semasa saya mabuk dalam kehidupan membaca…Dan alhamdulilah setelah Ustaz menceritakan tentang beliau baru saya berjumpa satu lagi permata yang perlu saya geledah dan curi,semua hasil2 pemikiran beliau melalui karya2 beliau….
    kerterbukaan dan kewarasan beliau dalam pengkajian AGAMA membuatkan saya berkehendak dalam meniti tulisan2 beliau…..
    InsyaAllah selepas ini,buku beliau adalah antara koleksi buku2 yang menjadi pujaan dan diletakkan dibawah tittle “buku wajib beli”…. :) ..

    p/s:tadi saya pergi ke MPH alamanda,,cari punya cari,semua buku karen Amstrong dah hbs…aduh..sedeyh jer saya,,,erm,,,terpaksalah ke kinokuniya….jauh nyer MMU ke KLCC..huhuhu…..
    pastu terima kasih sebb bagi komen kat blog saya..huhuhu…

  19. Abidah says:

    Memang benar orang islam itu sendiri gagal untuk menunjukkan kemuliaan islam. Adanya, non-muslims yang bertungkus-lumus mempelajari islam sedangkan muslims tidak suka kepada ilmu-ilmu agama. Post kali ini betul2 sedar kan saya akan lemahnya kita sebgai orang islam yang sekarang hanya pandai menugtuk tetapi menepis hikmah dan kebaikan si sampingnya.

  20. abdul rahim osman says:

    ASSALAMUALAIKUM.

    TENTU SEKALI, USTAZ, KITA TAK BOLEH MENGAMBIL TEMPAT ALLAH DALAM SEGI APA JUA PUN, APA LAGI MENGHUKUM MANUSIA ATAS HARAM DAN HALAL YANG KITA SENDIRI TIDAK BEGITU ARIF BAGI MENJATUHKAN HUKUMAN ITU.KITA CUMA BOLEH SEKADAR MEMBERITAHU
    SAJA.

    HATI2 JANGAN SAMPAI, ORANG LAIN MELEBIL KITA ‘SEMI-GOD’ ATAU ACT-GOD’.

    ITU MERBAHAYA.

    SEKURANG2NYA KITA MAMPU SAJA MEMPERBAIKI KEADAAN DAN YANG SETERUSNYA TERSERAH KEPADA TUHAN, BERTAWAKAL SAJA.

    DALAM HAL INI, SAYA SANGAT SUTUJU DENGAN PANDANGAN USTAZ.

    KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA TUHAN, YANG KITA HARUS ADA, DAN SELALU2LAH BERBAIK SANGKA KEPADA YANG LAIN.KERANA, IA BAKAL MENJADI FITNAH KALAU SELALU BURUK SANGKA.

    MAAF, USTAZ, SAYA AGAK RABUN SEDIKIT JIKALAU MENAIP HURUF KECIL, BUKAN ALASAN SAYA MARAH ATAU MAHU JERIT.

    WASSALAM.

  21. ummunaili says:

    entry no 13 dan 15 – Yang dikasihi Datuk Dr Harun Din ada bahaskan isu ni dengan an indian revert, (now Muhamad Fitri Abdullah kalau tak silap saya) , bertitik tolak dari kemarahan meluap2 Fitri sewaktu belum memeluk islam tentang komen Datuk Dr Harun Din dlm satu forum perdana yg menyebut tentang kebaikan2 orang non-muslim yang seolah2 debu-debu berterbangan. Akhirnya beliau sendiri kembali kepada fitrah asalnya yakni islam. See full story below.

    http://syukran.wordpress.com/2007/06/02/harun-din-tumpaskan-mubaligh-angkuh/

    Soalan yang sama diajukan baru2 ni oleh seorang muslimah di Masjid As-Syakirin sewaktu satu sessi ceramah. Ramai org cerdik pandai bertanya soalan sebegini sekarang ustaz, mungkin afdal ditulis satu entry.

    Sama seperti ramai yang cukup2 baik dengan kawan2 dan orang lain, tapi dengan ibu bapa sendiri dilupakan. Maka keberkatannya tetap tiada. Wallahualam.

  22. ummunaili says:

    Cauchy, kalau malas pergi link, ini dari Datuk Dr Harun Din :

    “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

  23. LJ says:

    salam ustaz dear,

    Salah faham tentang agama Islam itu sendiri boleh dikatakan rata-rata hasil dari perlakuan orang Islam sendiri.

    Saya teringat semasa mengambil subjek elective di U dulu, Comparative Religion , East and West 1 & 11….saya selalu bertanya pada diri bagaimana professor White boleh bercakap dan mengupas penuh detail dan terperinci tentang kesemua agama namun dia masih kekal sebagai seorang Kristian…saya selalu inginkan Dr. White menjadi seorang muslim..pakej lengkap yang ada padanya membuat diri ini terasa jauh ketinggalan sebagai seorang muslim berbanding Dr. White dalam pelbagai segi…terasa seolah-olah peranan Dr White mengembangkan Islam tak terhingga berbanding saya sendiri, yang diri sendiri masih mencari erti muslim dari dalam diri sendiri.

    Terimakasih di atas kupasan entry ini yang banyak menyedarkan saya jika bukan kita , muslim yang keluar dari kepompong dan menjadi rama-rama yang cantik singgah dari bunga ke bunga, siapa lagi yang kita sandarkan harapan untuk menyuburkan Agama Islam tercinta????

    Selamat berhujung minggu bersama isteri dan anak-anak tercinta :)

  24. ummunaili says:

    Allah memberi hidayah kepada yang dikehendakiNya. Semoga kita yang islam tetap kekal diberi hidayah, rahmat dan kasih sayang Allah dan berdoalah supaya mereka2 seperti Dr White dan Karen Amstrong akhirnya mengakui dengan tanpa ragu, Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.

  25. raIHaN says:

    Maafkan saya ustaz semlm tak sempat nak sambung coz time tu dah masuk maghrib..Kupasan saya yg panjang lebar tu sebenarnya menjawap beberapa persoalan dari komentar di ruangan ustaz ni..Sibuk mempersoalkan medium dakwah yg mcm mana sesuai utk “org melayu islam dan non-muslim di malaysia dan di seluru alam ni..”Apalah susah sangat bacalah sirah Nabi tu and perhatikan jalan2 dakwah yg Nabi dan para sahabat dah lalui tu..Antaranya Nabi berdakwah secara sembunyi,kemudian secara terang terangan..Nabi berjalan dari lorong ke lorong,pintu ke pintu,rumah ke rumah dan daerah lain ke daerah yg lain..Mujahadah Nabi tu menjadi kesukaan Allah dan Allah pun pasti akan suka jika umat akhir zaman ni menjadikan kerja dakwah yg di tunjukkan oleh Nabi dan para sahabat contoh medium dakwah..
    (“Alah di zaman moden ni kan bermcm teknologi IT boleh di gunakan untuk kerja dakwah juga”)ini ckp2 org yg lemah keyakinan dia terhadap Al-Quran dan As sunnah..manusia tahu akan nilai wang ringgit di depan mata tetapi nilai ganjaran pahala di sisi Allah itu mcm tak apa2 shj..Kata org alim ulamak jikalau kita dapatkan hidupkan 1 sahaja sunnah Nabi dlm kehidupan kita secara istiqomah Allah s.w.t. beri ganjaran 100 pahala mati syahid..Apatah lagi menghidupkan kerja dakwah mirip2 kerja dakwah Nabi?
    Maafkan saya kerana tersasar jauh dari tajuk ustaz ni..Bila diri sendiri atau agama sendiri di salah tafsir cuma ada 2 sahaja bagi pandangan peribadi saya..
    1)Tawakal dan berserah diri sahaja kpd Allah sebab itu sifat org beriman kata Allah..Pasti dan pasti Allah akan beri bantuan dan jalan utk keluar dari sesuatu situasi masalah.. Seperti apa yg ustaz telah perkatakan “kaedah berfikir tentang agama tanpa prejudis dan prasangka. Bersikap adil terhadap diri sendiri dan rakan, kawan dan lawan..”begitulah juga medium dakwah yg Nabi dan para sahabat tunjukkan,mengapa mesti ada org Islam dan mengaku beriman tidak mengiktiraf perjalanan kerja dakwah seperti Nabi itu di usahakn oleh segolongan umat Nabi akhir zaman ini?sebab nya ialah Prejudis terhadap pandangannya sendiri jua la akhirnya..
    2)Sama ada mati atau pun keluar pada jalan Allah..

    Faktor utama manusia masuk syurga adalah rahmat..Cara penilaian adalah melalui iman yg bulat pada Allah..Iman sebesar zarah Allah s.w.t. beri syurga luasnya 10 kali ganda dunia ini..Oleh itu kata Nabi “perbaikilah iman kamu dgn memperbanyakkan ucapan laa illa haillaullah”

    Wallahualam.

  26. pnsue says:

    Salam…

    Adil dalam menilai berpunca dari disiplin ilmu yang dituntut secara ikhlas, tanpa prejudis…sebagai non-muslim (walaupun juga non-katholik), Karen Armstrong banyak menilai (dan menjustifikasikan) agama mengikut pengalaman peribadi beliau sendiri. Adalah satu tuntutan kita menimba ilmu n mencedok pengalaman dari disiplin apa sekalipun, dari siapa sekalipun untuk tujuan sebagai bayaan (research/ atau untuk keterangan) dengan syarat kita telah mempunyai asas kelilmuan Islam yg mantap sebagai “filter”. Wassalam.

  27. ummunaili says:

    My 2 cents. Saya rasa sebenarnya tidak ada apa yang baru dibawa oleh Karen Amstrong, tetapi cara penyampaian dan penulisannya adalah seperti gaya Abu Saif, gaya santai dan menggunakan bahasa popular, sungguh sedap dibaca. Perspektif beliau juga seolah-olah beliau masuk dan rasa seperti yang kita rasa. Itu yang paling menarik.

    Sedang byk lagi buku2 tentang Islam dan Muhammad s.a.w yang lebih baik, tapi tidak mendapat tempat di kalangan pembaca kerana pendekatan penulisan yang berbeza. Disitulah istimewanya Amstrong dalam menarik orang bukan islam sendiri membaca tulisannya dan lebih memahami beberapa hal tertentu dalam Islam yang begitu lama disalah erti. Disini kita sepatutnya berterimakasih pada Amstrong.

    Kita perlu belajar tentang pendekatan sederhananya dan supaya lebih bersifat membuka sedikit ruang dalam hati kita untuk memahami pilihan dan pandangan orang lain.

    Tetapi, setakat disitu lah yang kita perlu belajar dari Amstrong – tidak perlu kita belajar dari Amstrong pula tentang Islam atau Muhammad s.a.w itu sendiri. Contohnya beberapa petikan tulisan Amstrong on Muhammad s.a.w , bagi saya cukup tersasar.

    Contohnya beliau menulis ” His life was a tireless campaign against greed, injustice and arrogance. He realized that Arabia was at a turning point and that the old way of thinking would no longer suffice, so he wore himself out in the creative effort to evolve an entirely new solution.” Tulisan ini seolah2 menidakkan kerasulan Muhammad s.a.w.
    Muhammad s.a.w did not come out with a solution, he was given the solution dengan wahyu dari Allah swt. Wallahualam.

  28. Ustaz yang dihormati

    Assalamu’alaikum wr wb

    Saya terbuka dengan semua pandangan. Lagi pun, kita tak boleh sekat, gari dan lokap pandangan orang, walau siapa pun.

    Untuk berlaku adil kepada diri saya, saya pakai hujjah mudah. Apa bidang pun dalam dunia ni, dia ada dia punya disiplin ilmu. Apa lagi Islam.

    Semua orang boleh kaji Islam. bakaq a.k.a. ~penarik beca yang bodo ini pun boleh mendakwa dengan bagak bahawa saya pengkaji Islam yang ‘alim. Tetapi adakah saya mengkaji berdasarkan disiplin ilmu?

    Ambik contoh bidang perubatan la senang sikit. Saya boleh baca 840 guni buku perubatan. Semuanya hadam (digested. Kamus Dewan tulis hadam. Hantam saja la Labu…). Tetapi adakah saya layak diberi gelar doktor atau mahaguru perubatan? Adakah saya layak memakai gelaran doktor atau mahaguru?

    Oleh itu, saya hanya menghormati pandagan orang yang saya yakin belajar dan mengkaji berdasarkan disiplin ilmu – sebab saya tak dak ilmu dan jahil walaupun, rasanya, tidaklah jahil murakkab (si jahil yang tak tahu dia jahil dan perasan alim). Yang lain tu, takat nak dengaq atau baca boleh laa…

    Kalau Ustaz tak setuju pendirian saya, mintak tolong bantai cukup-cukup (betulkan). Salam~

  29. Assalamualaikum,
    Dari pemahaman saya terhadap artikel ni, pengajaran saya peroleh adalah:

    1. Ilmu yang banyak, digali mengikut disiplin dan sebagainya tetapi sekiranya gagal menyampaikan dengan cara terbaik adalah sia-sia. Bagaikan gudang yang penuh dengan barangan berkualiti tetapi lori yang nak menghantar keluar muatan-muatan tu pula hampir terburai enjinya. Maka tinggal lah barangan tersebut dalam gudang besar dan tidak bermanfaat. Bukan salah mesej, tetapi penyampai mesej perlu sentiasa memperbaiki diri. Cabaran ini paling saya terasa bebannya ketika jadi ‘tour guide’ kepada beberapa orang cina yang melawat ke dalam masjid dan melihat umat Islam bersolat (alhamdulillah surau besar di MMU ni membenarkan non-Muslim masuk ke musolla) walaupun saya menyampaikan dalam bahasa Mandarin.

    2. Kita (bila saya sebut kita, bermakna saya juga bersama) mudah menolak apa sahaja dari barat tanpa kita sebenarnya faham sendiri apa yang kita tolak. Sebagai contoh: Kalau si fulan A kata existentialism adalah sesat maka kita pun akan turut mengatakan sesat walhal tidak pernah pernah memahami pun ada sebenarnya ism tu, tak pernah dengar pun Kierkegaard, Jean-Paul Sartre dan sebagainya.

    3. Kita menolak, menemplak, mempersoalkan orang yang membantu kita melakukan sauatu kerja yang mungkin dia lakukan dengan bagus walaupun ada kekurangan, tetapi kita sendiri gagal melakukan kerja sebaiknya.

    4. Kita selalu riuh apa orang lain buat pada kita, tapi lupa muhasabah apa sudah kita lakukan pada orang lain.

    wallahua’lam.Jazakallahu khair ustaz untuk artikel bermanfaat ini.

  30. NorA says:

    salam, u r so rite. Sometimes people tend to judge before knowing the explanation, even so people tend to escape the part of explaining. It is so true in the world nowadays, and more people give up to explain because of it. The world is sad, but don’t make it more sad..love others as we love ourself, through that we might know what insides him/her.

  31. raIHaN says:

    Salam..
    Setuju dgn pandangan ummunaili..

    “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”
    Betul la hadis ni kata..maknanya keutamaan menuntut ilmu pertama sekali adalah dgn org islam yg beriman..non-muslim itu sebahagian dari asbab Allah s.w.t. utk mendidik jiwa org yg berman..
    Unta nabi Soleh,semut,burung di zaman Nabi Sulaiman,pokok menangis dan batu yg berkata kata di zaman Nabi Muhammad..Itu semua makhluk Allah yg mana Allah jadikan asbab utk mendidik jiwa org beriman..Tiada yg mustahil bg Allah utk jadikan non-muslim sebagai asbab pendidik kpd jiwa org beriman..
    So letakkan suatu filter dlm mindset kita iaitu dgn bersangka baik sebagai penapis paling atas dan sangkaan yg lain berada di bawahnya..Bila kita selalu bersangka baik pd org lain maka Allah s.w.t. juga akan letakkan sangkaan yg baik dari org lain terhadap diri kita..Ini kerja Allah yg di pertuntunkan dari Nabi..
    Baru la terhindar dlm hati kita perasaan bahawa org lain selalu tersalah tafsir dlm diri kita..
    Wallahualam..

  32. muzakki says:

    “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”
    - perlu diingat juga,ayat ini ialah mereka yg kufur ingkar ketika sepenuh hayatnya di dunia.kita sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran org kafir ketika ini,kalaulah sblm ajalnya dia menerima hidayah maka amalan baik ketika dia kafir akan dinilai sbg amal kebajikan.saya rasa,itu yg dimaksudkan oleh ust.hasrizal,kita tidak boleh membahaskan siapa yg akan masuk syurga atau siapa yg akan ke neraka…waLlahua’lam…

  33. saifulislam says:

    Karen Armstrong menulis bukan sebagai seorang Muslim, dan bukan menulis untuk Muslim. Dia menulis sebagai seorang Barat dan menulis untuk orang Barat. Buku2nya adalah untuk orang Barat memahami agama, termasuk Islam.

    Maka kita tidak mungkin boleh meletakkan syarat bahawa Karen mesti menulis macam kita menulis.

    Pada saya, selagi Karen tidak menyatakan yang dia menafikan kerasulan Muhammad, maka saya tidak akan menganggap yang Karen menafikan kerasulan Muhammad. Cara kita menafsirkan tulisannya, itu adalah persepsi kita dan ada kemungkinan persepsi kita dan dimensi Karen adalah di dua lembah yang berbeza.

    Apa-apa pun, teruskan perbincangan.

    Sekadar ingatan, komen-komen pembaca tidak semestinya sama dengan pandangan Saifulislam.Com. Terima kasih

  34. ummunaili says:

    Ustaz,
    Apakah tafsiran dan persepsi ustaz tentang tulisan Amstrong seperti dibawah.

    “ His (Muhammad s.a.w) life was a tireless campaign against greed, injustice and arrogance. He realized that Arabia was at a turning point and that the old way of thinking would no longer suffice, so he wore himself out in the creative effort to evolve an entirely new solution.”

    The last part of the last sentence bothers me. Mungkin Amstrong pun tidak perasan sebab dia tidak menulis sebagai muslim. Bagi saya, ayat itu bersalahan, tetapi dalam bentuk yang sungguh2 halus. Sebagai orang Islam saya tersinggung membacanya, seolah meletakkan Rasulullah s.a.w seperti ahli fikir biasa lain yang memulakan satu revolusi pemikiran. Orang jarang mengambil sesuatu yang salah sekiranya yang dibawa itu 100% salah. Tetapi orang cukup cepat mengambil yang salah apabila yang dibawa itu 99% yang cukup benar dan dicampur 1% yang salah.

    Walaubagaimanapun saya tidak menidakkan sumbangan Amstrong dalam membawa masyarakat barat membaca tentang Islam. Semoga beliau dikurniakan kasihsayang Allah swt dan menerima Islam. Cuma orang Islam yang membaca perlu dibaca dengan berhati2. Kalau diberi pada anak2 kita, perlu di beri guidance. Sekadar pandangan. Nasihatkan saya kalau tersasar dimana2. Wallahualam.

  35. saifulislam says:

    Bagaimana dengan buku Karen Armstrong “MUHAMMAD: A PROPHET FOR OUR TIME”?

    Rasulullah SAW sendiri tak kisah untuk kerasulannya tidak disebut di dalam Perjanjian Hudaibiyah, asalkan maslahah umat Islam tercapai.

  36. wewr says:

    Salam.
    Menjawab respon 13 drpd Cauchy…

    Raja Najasyi dari Habsyah itu akhirnya memeluk Islam, walaupun tidak berjaya membawa rakyatnya sama-sama memeluk Islam….Sebab itu Rasulullah membuat solat ghaib…Perkara ini boleh dirujuk dalam banyak kitab sirah. Wallahu A’lam.

    Ustaz Has, bagaimana pula pandangan ustaz terhadap buku John L Esposito?

  37. amaLina.. says:

    bismillahirrahmanirrahimm..
    sy juga ingin menyuarakan pendapat sy tentang salah tafsiran orang lain terhadap diri kita..satu kupasan yang hangat..andainya orang lain salah anggap terhadap saya, pastinya saya akan memperbetul kesilapan itu dgn cara memberitahu kepada yang berkenaan agar mana baik kita akan terpelihara..kalan orang itu tidak mahu mendengar pengakuan kita, biarkanlah dengan dia KERANA kebenaran pasti akan kelihatan juga akhirnya..jangan risau kerana ALLAH SWT sentiasa bersama2 dengan golongan yang teraniaya..

  38. [...] July 9th, 2007 · No Comments Semenjak beberapa hari ini, seolah-oleh ada sesuatu yang membisik di hati saya untuk tidak aktif diblog ini, tapi itu bukan bermakna saya tidak melawat atau beri komentar diblog-blog lain, saya tidak tahu berapa lama mahu menyepi dari menulis, saya memang ada keinginan untuk terus menulis, tapi saya perlu mencari kemahiran kearah itu, tanpa kemahiran menulis, sesuatu maksud yang baik ingin kita sampaikan mungkin boleh disalah ertikan. [...]

  39. pakdi says:

    adakah Karen Amrstrong & Eposito manusia berwatak abu talib moden? :)

  40. yang benar tetap benar walaupun yang berkata orang bukan Islam

  41. Sharudin says:

    Salam Setuju

    1. Saya setuju dengan kesemua pendapat yang diutarakan Ustaz dalam artikel ini. Sesungguhnya keyakianan yang ada pada Ustaz berhubung tema kesuluruhan Saifulislam ‘kembara mencari Tuhan’ menyelitkan pesanan-pesanan yang tidak ramai dilihat orang lain, terutamanya Muslim. Artikel ini juga memperbaharui keyakinan diri dan betapa rumitnya ‘menarik rambut dari tepung’. Keseluruhan isu ‘Apa rasanya disalah erti?’ melambangkan kehebatan emosi percaya kepada sesuatu … disalahguna, sehingga boleh menutup deria akal untuk berfikir.

    2. “Jika dalam kehidupan secara personal, kita akan meronta dan memberontak untuk membetulkan persepsi orang terhadap kita, maka kehidupan berkelompok akan menjadikan perasaan itu berganda.” Kalau tidak kerana ubat mujarab yang telah ditemui, sudah tentu saya terus tidur dibuai mimpi. Tidur kerana bosan dengan arus perdana yang meletakkan akal di rumah bila keluar rumah, terutamanya ketika berkunjung ke masjid. Saya hampir terjerumus ke lembah kemurungan, sekiranya dahulu tidak dapat mengambil kembali akal rational, yang hanyut dirampas arus perdana, yang kuat. Maklumlah manusia yang lemah, mengambil masa mendapatkan kekuatan secukupnya.

    3. “Salah faham seperti ini bukan berpunca daripada kekurangan ilmu dan maklumat semata-mata, tetapi juga kerana pemikiran yang berbeza rangka. Cara fikir dan cara faham yang berlainan.” Setelah berpuluh generasi dimomok-momokkan dengan pelbagai cara fikir yang tidak menggunakan akal rational. Jumud dan terlalu taksub kepada yang mengaku pewaris ilmu. Bangga dengan ceiling tepurungnya. Takut keluar kononya di luar tempurung banyak syaitan berkeliaran. Tak pernah sedar, syaitan yang terikat di bulan Ramadhan mesih berkeliaran perangai serupa, dalam tempurungnya (dunianya).

    4. “Apabila Karen Armstrong berhempas pulas berusaha menerangkan kepada masyarakat Barat tentang Islam yang dipelajarinya, adalah suatu kemalangan akal apabila orang Islam melatah-latah mengkritik dan mengharamkan bukunya.” Begitu juga beribu saintis-saintis yang bekerja keras memahi alam dan melahirkan ungkapan terima kasih dengan pemberian akal untuk berfikir oleh Tuhan. Tak menjadi masaalah kalau mereka mengatakan alam itu Tuhan, kerana hakikatnya alam ini adalah hasil kerja Tuhan.

    5. “Kegagalan kita untuk mengamalkan prinsip teras Seek First to Understand, Then to be Understood, atau dalam bahasa Islamnya ‘menyeru manusia ke jalan Allah dengan HIKMAH’, bukan sahaja menjadikan penerangan kita tentang Islam semakin tidak relevan, kita juga sewenang-wenangnya tidak berlaku adil terhadap orang lain.” Kerana hanya menyangka yang Allah itu bersama orang yang beriman, maka dipukulrata semua manusia yang jalan berfikir tidak sama dengan mereka dikatakan kafir. Ego bila Al Quran berkata “Allah bersama orang beriman”, tanpa mahu mengukur apakan hadir keimanan sebenar?

    6. “Tetapi jangan lupa untuk menghitung buku-buku dan makalah yang ditulis oleh Muslim, tentang Barat… secara melulu dan tidak tepat?” Semuanya ditulis dengan akal perasaan (hati yang berprasangka), dengan mengambil data-data dari angin lalu, mimpi-mimpi berjumpa dengan orang berserban putih, ibadah-ibadah yang layak dipanggil kerja sahaja dan segala yang setara dengannya. Tiada yang mahu mengotorkan diri dengan mengkaji alam. Berbueh mensyairkan Al Quran yang mengatakan segala kejadian alam itu merupakan ayat-ayat (tanda-tanda) kekuasaan dan keberadaan Tuhan, bila tutup Al Quran, begitulah tertutuplah minda dan akalnya untuk melakukan apa yang baru disyairkan sebentar tadi.

    7. “Jika selama ini kita mencela Barat sebagai membuang Tuhan, tidak pernahkah kita terfikir titik buta yang terselindung di sebaliknya? Lebih sulit jika ada yang bertanya, jika Barat yang ‘membuang Tuhan’ boleh bersatu dan maju, apa yang telah ‘hidup Bertuhan’ di kalangan Muslim hasilkan? Selesai masalah, atau makin banyak masalah? Jangan main-main dengan soalan ini…” Bagaiman hendak dikata hidup bertuhan, sedangkan ayat-ayat yang diturunkan Tuhannya, ditafsir, diterjemah sehingga berperang sesama sendiri? Sebelum berperang dalam kemiskinan, habis berperang dalam kepapaan. Rehat sebentar, cari ayat yang suruh berperang lagi.

    8. “Jika selama ini kita begitu fasih memetik tasbih mencela ism-ism yang datang dari Barat, tidak terfikirkah kita dari mana datangnya ism itu dan bagaimanakah ia berfungsi membantu orang Eropah membetulkan cara mereka bertuhan lagi beragama? Apakah semua ism itu lawan Tuhan, atau bagaimana?” Ism-ism yang dicela itulah yang membentuk tamadun yang dipakai Muslim sekarang, samada mereka sedar atau tidak. Ism-ism ini memungkinkan kereta mewah, rumah mewah, hidup mewah, sains mewah dan segala kemewahan yang tidak dapat ditolak nafsu Muslim.

    9. “Inilah cabaran yang menanti saya sebagai student of History, untuk berusaha membangunkan disiplin Occidentalism. Bukan secara reaktif mahu bersilat dengan Orientalism di gelanggang, tetapi untuk berlaku adil kepada saudara seiman, kawan dan lawan… kerana itulah intipati saya beragama… berlaku adil di hadapan Tuhan.” Kerana Tuhan itu Maha Adil dan KeadilanNya bukan hanya untuk manusia yang mengaku Muslim sahaja, tetapi untuk semua, Muslim, bukan Muslim dan juga bukan manusia.

    10. Maaflah Ustaz kalau saya jadi pembesar suara sahaja, apa yang Ustaz cakapkan saya hanya mampu cuba membesarkan bunyi suaranya sahaja. Itupun selalu cepat keletihan kerana tak berstamina nak berjuang lama. Semuga dapat mengikuti langkah Ustaz. Itupun cukuplah … Sekiranya tak berdaya nanti, Ustaz teruskan sehingga berjaya.

    Terima kasih

  42. Nuril_nz says:

    Salam ustaz. Artikel ustaz ini benar2 membuka fikiran saya, membuatkn sy berfikir jauh. Selama ini saya mengenali Karen Armstrong dr luar, tak pernah terfikir untuk menyelami karyanya dan menyelami maksud sebenar dia tambahan bila buku2nya diharamkan. Sekarang saya fikir, saya perlu berkenalan dengan karya Karen Armstrong dan bertanya kembali kpd diri sy, adakah sy mampu lakukan sebagaimana Karen lakukan. Adalah memalukan bila kita menghukum non-muslim membabi buta tanpa mengukur diri kita sendiri. Cuma setelah membaca artikel ustaz, ustaz ada mengatakan karya Karen telah membuka ruang Islam kepada saudara2 baru [atas kehendak Allah]..sy tertanya2..mengapa Karen sendiri tidak memeluk Islam sedangkn dia tahu dan arif cantiknya Islam itu..benarlah hidayah itu milik Allah cuma hati saya rasa sayangnya..
    Semoga Allah muliakan dia dgn Islam..

    Artikel2 ustaz selalu membuat sy berfikir, adakah sy ini sudah benar2 memahami Islam?
    Adakah layak sy utk terus berdakwah dn mentarbiyah org lain sedangkn diri sendri terasa terlalu byk lompong2?..hmm

  43. Azhar Fansuri says:

    Assalamualaikum..
    Saya bukan seorang pakar agama, tapi saya tertanya2.

    1) Tidakkah dia dipengaruhi oleh pihak yang lain yang mempunyai agenda tersendiri terhadap agama islam. (jika ada bagaimana?)

    2) Bagaimana jika karen berubah pendapat satu masa nanti setelah dia mempunyai ramai pengikut dari kalangan orang islam. Apa akan jadi kepada pengikutnya nanti? Kehancuran islam sudah tentu tidak akan memberi kesan kepanya kerana dia bukan muslim.

    3) Jika dia tahu akan kebenaran Islam, Kenapa dia x masuk Islam?

    4) Sudah katam ke kita baca Kitab2 karangan Ulama2 terdahulu seperti Imam Ghazali dll sebelum kita baca buku karangannya?

    -yang hina-

    • Abu Saif says:

      @Azhar Fansuri,

      wsalam wbt.

      1) siapa sahaja yang mempengaruhi karen dan apa sahaja agenda yang tersirat, kitalah yang bertanggungjawab dengan akal fikiran kita untuk menilai dan membuat keputusan. namun untuk menghukum dengan andaian sahaja, ia jauh dari roh Islam.

      2) jika karen berubah, pandangan kita juga berubah. kita menyokong pandangan beliau yang mana benar, tetapi kita tidak mendokong peribadi beliau. jika ada pengikutnya yang taasub dan tetap memuja karen walau pun dia berubah, maka dosa itu adalah ke atas pengikutnya yang taasub dan bertaqlid buta, sesuatu yang diperangi oleh agama kita.

      3) soalan itu hanya karen dan Allah jua yang tahu. maybe soalan yang sama boleh ditanya kepada Abu Talib, bapa saudara nabi.

      4) sudah khatamkah kita kitab nahu dan asas-asas agama, sebelum nak membaca buku karangan al-Ghazzali itu sendiri? kitab ulama Islam kita baca, buku orang lain pun kita baca sama. panduannya ialah pada ilmu dan akal fikiran kurniaan Allah yang ditunjuk oleh wahyu. nak tunggu habis kitab al-ghazzali baru boleh baca buku karen armstrong, maybe ada orang yang sampai mati sangkut kat jahame (juzu’ amma – muqaddam) sahaja.

      -yang fakir di sisi-Nya-

  44. iDea says:

    assalamualaikum.
    a non-muslim asked,”Would you like to have a son, that would say to you, I love you, I love you, like a robot?
    Or out of his own free will, to say, I love you.
    Islam orders to kill muslims that leave Islam, do you think that Allah is happy with this, he wants people from their free will to say I love you, not forcibly kept muslim, how can Allah be happy, when people are forced to worship him?”……………

  45. yus says:

    salam ustaz,

    terima kasih. tidak mengenali Karen Armstrong sebelum ini.. Mungkin boleh dicari buku-buku beliau lewat ke MPH mahupun kedai-kedai buku yang lain.

  46. husna89 says:

    salam.. alhmdulillah.. perbincangan yang menarik…

    seringkali kita dengar,

    “don’t judge a book by its cover”

    nah, inilah dia masanya u diaplikasikan…

    jujurlah dngn diri sendiri.. kita mungkin pasti pernah terlibat sama melabel n menyalah erti org lain.. bukian sahaja dalam skop penulisan buku, bahkan pada kehidupan harian kita….

    barangkali manusia zaman ini (kita) sudah lupa pada saranan ajaran Islam supaya menjauhi sikap prasangka… malah melabel2 tanpa asas dan bukti…

Leave a Reply