Korbankan ‘Melayu’ Demi Islam?

Saya Muslim yang Melayu, di mana sahaja saya berada
“Kita mesti menghapuskan kefahaman bahawa kalau masuk Islam, maknanya masuk Melayu!”, kedengaran ucapan sebegini di suatu pentas.
“Itulah masalahnya, apabila orang Melayu yang jaga masjid. Buat malu Islam sahaja”, komen pembaca yang kesal dengan insiden saya dan rakan-rakan dihalau dari masjid.
“Saya tidak mahu menukar nama kerana saya bukan masuk Arab atau masuk Melayu, tetapi saya masuk Islam”, tegas seorang saudara baru.
Ayat-ayat ini semakin lazim kedengaran.
Ketika masyarakat kita mula kritis dan mahu memurnikan agama, entah kenapa Melayu sering dipersalahkan. Semua kerosakan Islam di Malaysia, mahu dipersalahkan ke atas kemelayuan Melayu.
Puas saya menganalisa kemelayuan saya. Di manakah ciri Melayu saya yang telah memburukkan Islam? Saya tidak berjumpa.
Di manakah ciri Cina dan India, serta Eropah dan Amerika yang ada pada rakan-rakan saya yang dengan ciri itu telah menaikkan Islam? Saya tidak lihat faktornya ada pada bangsa mereka.
MELAYU VS. ISLAM?
Saya bimbang, dalam usaha kita untuk memurnikan Islam, kita menyalahkan Melayu secara melulu. Apakah ada pertentangan di antara menjadi Melayu dengan Islam?
Kini, kita selalu mendengar kisah betapa persoalan Melayu telah menjadi taboo dan menyulitkan sesetengah saudara kita yang mahu memeluk Islam. Mereka mahu Islam tetapi mereka tidak mahu kepada Melayu. Mereka mahu menukar agama dan kepercayaan, bukan adat dan budaya warisan.
Lalu garis pemisah antara Melayu dan Islam ditonjolkan. Yang baik itu Islam, manakala yang buruk-buruk itu dipikulkan ke atas ‘masalah Melayu’, bukannya masalah Islam.
Saya percaya, jika hal ini tidak diperbaiki, akan timbul pula satu masalah lain. Sampai satu masa, orang akan takut dengan idea saudara baru dan ‘Islam tulen’yang diperjuangkan kerana ia memusuhi kemelayuan Melayu pula!Akan ada ibu bapa yang bimbang anaknya bakal mengahwini saudara baru kerana menantu itu hanya mahukan Islam dan menolak kemelayuan mereka.
Mari kita analisa komen pembaca-pembaca di dalam entry ‘Muslim Pencemar Islam‘. Berapa ramai yang menganalisa sudut manusia pegawai yang menghalau kami, dan berapa ramai yang segera mensabitkan hal ini ke atas kemelayuan Melayu.
MELAYU BURUKKAN SIKAP?
Saya tidak nampak, di mana kemelayuan Melayu yang mengajar manusia jadi biadab dan kurang ajar. Malah secara jujur, saya faham sebaliknya. Melayu amat menitik beratkan adab sopan.
Tidak memanggil orang yang lebih tua dengan nama.
Menerima berlapik, menolak beralas.
Menjaga bahasa berselang budi
Semua itu mendarah daging di dalam kemelayuan Melayu.
Kebiadaban pegawai itu bukanlah kerana mereka Melayu. Jika mereka itu benar orang Melayu, bahasanya bukan begitu. Cakapnya tidak melulu. Orang Melayu orang yang tertib. Tertib yang dikukuhkan oleh Islam yang menyuntik nilai Akhirat pada kebaikan yang dibuat.

SEMUA BANGSA ADA ‘DAKI’NYA
Siapa yang dapat menafikan kebiadaban dari bangsa lain?
Lama saya merantau ke negara Arab, biadab sebahagian (besar) mereka bukan kepalang.
Buruk-buruk Melayu, ponteng Solat Jumaat sorok-soroklah juga. Tetapi yang ‘Arab’ duduk di depan kedai membilang orang yang ke masjid. Tiada malu.
Tidak amanah, suka menipu, kaki gaduh… asam garam dunia sekitar saya selama bermastautin di Dunia Arab.
Walaupun saya lazim memuji orang Turki, tetapi banyak juga kelat pahitnya mereka yang saya temui. Manusia khianat, berbahasa kesat, tetap ada dan sebahagian daripada realiti kehidupan mereka.
Biar pun saya memuji bangsa Eropah, sama ada yang English, Welsh, Scottish mahu pun Irish… mereka juga ada BANYAK sisi gelap yang menjijikkan keberadaan saya bersama mereka.
POTENSI MANUSIA
Semua manusia mempunyai potensi yang sama. Mereka berpotensi menjadi baik dan berpotensi menjadi buruk.
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Asy-Syams 91 : 7-10)
Saya tidak perlu membuang kemelayuan saya untuk menjadi lebih Islamik. Malah banyak aspek kemelayuan diri yang saya pertahankan, malah menjadikannya sebagai sebahagian daripada perjuangan.
Saya amat menyayangi bahasa. Di samping belajar bahasa-bahasa asing untuk ilmu, ukhuwwah dan dakwah, Bahasa Melayu sentiasa saya pelihara kerana ia memberikan harga diri kepada saya yang menghormati diri sendiri.
Bercakap dengan betul dan baik di dalam bahasa ibu bapa saya adalah sebahagian daripada keutamaan hidup ini. Malah saya cukup tidak berkenan dengan generasi Melayu yang tidak pandai berbahasa. Bukan soal tatabahasa yang paling utama, tetapi berbahasa secara sedar untuk mengeluarkan warna diri yang baik atau tawar lagi hambar.
PUCUK MENJULANG AKAR MENCENGKAM
Saya sering umpamakan diri ini seperti pokok yang menjulang tinggi. Saya mahu dahan dan rantingnya mencecah tinggi melebar tepi, tempat bergantung segala hasil manfaat buat diri dan mereka yang mampir.
Tetapi saya mahu akar saya terus mencengkam bumi tempat saya dibenih dan tumbuh.
Biar pun saya cuba terjun ke pelbagai dunia yang amat asing dari kebiasaan orang Melayu, tetapi saya tidak mahu melepaskan akar umbi saya yang datang dari kemelayuan Melayu.
Saya boleh berdakwah di dalam Bahasa Inggeris, dan ketika berbahasa Inggeris, saya bukan hanya perlu bercakap di dalam Bahasa Inggeris, malah saya perlu berfikir dan bertindak, lain dari kebiasaan orang Melayu yang ada. Golongan “˜nobilities”™ Melayu yang berbahasa Inggeris, bukan hanya mengalami perubahan bahasa, tetapi juga perubahan cara hidup, selera dan kecenderungan harian mereka. Saya perlu belajar untuk menghormati dan menyesuaikan diri dengan keadaan mereka.
Namun, saya tetap mengekalkan dakwah secara ’selera Melayu’ saya. Berbahasa Melayu dengan dialek Perak dengan penuh yakin dan selesa, saya tidak lihat ia sebagai suatu kekurangan atau perkara yang memalukan, malah ia menjadi suatu kelebihan. Kuliah Maghrib adalah tempat saya berperanan.
Sebagaimana saya memaksa untuk meletakkan diri di dunia ‘asing’ seperti program IYEP dan MPF, saya juga terus mengekalkan Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh dan pengajian kitab.
Apabila kita boleh berbahasa dengan bahasa mad’u, ia adalah isyarat pertama yang kita ini ‘memahami’ mereka.
Pokoknya, kemelayuan yang ada pada diri saya adalah sebahagian daripada diri saya sendiri. Ia adalah suatu kelebihan, dan bukan halangan.
Buruk baiknya manusia sama ada di peringkat individu mahu pun masyarakat, adalah berkait rapat dengan cara kita dibesarkan, iaitu cara yang kita pilih.
TEGAS DALAM SOPAN
Melayu mengajar anak-anak beradab sopan dan menghormati orang tua, tetapi Melayu tidak menetapkan bahawa caranya ialah dengan menengking kanak-kanak dan memaksa mereka diam tidak bercakap.
Melayu mengajar anak-anak berlapik cakap dan tahu memilih kata, tetapi bukan sampai terbisu dari menyatakan kebenaran.
Maka janganlah dibebankan Melayu atas nama Islam, kerana bukan Melayu punca kelemahan Islam.
Segala-galanya harus berbalik kepada faktor manusia.
Manusia yang memilih untuk baik atau buruk.
Manusia yang memilih untuk berbudi bahasa atau biadab busuk bicara.
Manusia yang memilih untuk menjadi Muslim yang baik, atau Muslim yang cela.
MASUK KRISTIAN MASUK ENGLISH?
Saya sering juga berfikir, jika kaum Cina yang memeluk Islam mahu menghindari konsep ‘masuk Melayu’, bagaimana pula dengan Cina yang memeluk Kristian begitu selesa meninggalkan nama Cina dan warna rambut asli mereka?
Saya pernah berbual dengan pegawai polis yang datang ke Belfast Islamic Centre, Northern Ireland untuk rutin mereka.
“Saya hairan kenapa komuniti Cina di sini hampir kesemuanya tidak lagi menggunakan nama Cina, sebaliknya menukar nama mereka kepada nama Inggeris dan Irish”, kata polis berkenaan.
“Ya, saya juga memikirkannya”, saya menjawab.
“Apakah mereka tidak sayang kepada identiti mereka, sehingga nama dan rupa pun mahu diubah”, tanyanya lagi.
Saya hanya mengangguk dan tidak tahu apa yang patut diperkatakan.
Barat telah membaratkan agama Kristian sehingga patung Jesus pun diilustrasikan dengan rupa Caucasian seperti warga Perancis dan Inggeris, sedangkan Jesus adalah warga Timur Tengah yang lahir di bumi Palestin.
Jika orang Timur masuk Kristian kerana mahu jadi ‘orang putih’, kenapa begitu sekali kita memperlekeh orang masuk Islam di Malaysia terkesan dengan budaya Melayu?
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49 : 13)
Allah SWT yang menjadikan manusia itu ada yang Melayu, ada yang Cina, ada yang India. Tujuannya adalah untuk memperkaya dan membangunkan kehidupan manusia. Namun ukuran buruk baik manusia ialah pada Taqwa.
Boleh sahaja Melayu yang Muslim itu menuju Taqwa.
Boleh sahaja India yang Muslim itu menuju Taqwa.
Boleh sahaja Cina yang Muslim itu menuju Taqwa.
Tidak ada pertentangan di antara menjaga kemelayuan Melayu, juga kecinaan Cina atau keindiaan India… pada jalan menuju Taqwa.
Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya Cina, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.
Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya India, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.
Manusia sebagai manusia memilih untuk menjadi jahat dan baik, bukanlah kerana genetik tubuhnya pada bangsa, keturunan atau bahasa. Jahat manusia adalah pada nafsu yang ada pada semua bangsa, dan hasutan syaitan yang menghasut semua bangsa.
Maka, dalam usaha untuk memurnikan Islam, islahkanlah manusia, Perbaiki akal, hati dan nafsu manusia agar dia bertaqwa.
Tidak perlu bangsa dimusuhi, kecuali bangsa yang mengangkat kepentingan dirinya atas nama bangsa, mengatasi agama dan jalan Taqwa.
Junjung Islam kerana ia menjelaskan siapa Tuhanmu, pelihara Melayu kerana ia menjelaskan siapa dirimu.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ending pada artikel ustaz ni bagi saya sangat benar dan baik: “Junjung Islam kerana ia menjelaskan siapa Tuhanmu, pelihara Melayu kerana ia menjelaskan siapa dirimu.”
Saya tambah: Dengan IMAN, takkan Melayu hilang di dunia!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Waalaikum al-Salaam wbt.
Terima kasih akhi kerana menjadi responden pertama
Respond to this comment [with empathy]
sima reply on August 27th, 2008 10:06 pm:
sama2…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum w.b.t.,
Dalam soal berdakwah pada bukan muslim, bagi pendapat ana pentingnya seseorang mempunyai penampilan atau appearance yang kemas dan mempunyai akhlak yang tinggi lagi terpuji keran ianya boleh menjadi contoh ikutan. Bukan muslim juga akan mudah merapati kita kalau kita tidak terlalu menonjolkan penampilan yang menampakkan budaya sesuatu bangsa. Ana pernah berpengalaman semasa di Jepun. Ada seorang kawan yang berbangsa Jepun pernah menceritakan yang sepupu beliau pernah ke Middle East untuk mempelajari agama Islam. Tetapi tidak meneruskan selepas melihat tingkah laku dan peradaban orang orang Arab. Bagi beliau akhlak orang Jepun lebih elok jika di bandingkan dengan bangsa Arab yang dilihatnya. Pendapat beliau lagi bila memeluk Islam kena menjadi seperti orang Arab.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum…
Jazakallah ustaz, suatu kupasan yang sangat bermakna. Dalam berdakwah menyampaikan islam kepada non-muslim, seringkali tanpa sedar kita telah menjadi hijab kepada Islam itu sendiri. BUkan kerana genetik atau bangsa, tetapi kepada kelemahan sikap kita yang sering tunduk pada nafsu. Jika dilihat pada perangkaan, orang Melayu banyak menjuarai kategori2 utama seperti penagih dadah, buang anak dan banyak lagi. Dan memang menjadi lumrah, yang buruk itu tampak lebih ketara di mata manusia. Bukan tiada Melayu yang baik, tetapi kelemahan ini seolah-olah telah membayangi segala-galanya. Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan bangsa lain seandainya mereka punya persepsi negatif kepada bangsa Melayu.
Saya berpendapat, apa yang boleh kita usahakan adalah, memperbaiki diri dan keluarga (circle of influence) terlebih dahulu. Ibu bapa boleh menjadi contoh sambil mendidik anak-anak akan budaya sopan Melayu yang telah mengakar umbi berkurun lamanya.
Saya yakin, Allah tidak menjadikan kemelayuan Melayu itu supaya yang hanya jelas kelihatan, adalah buruknya sahaja. Ia bergantung kepada pilihan kita. Semoga kita dapat memilih untuk ‘membersihkannya’ dan sekaligus dapat menjadikan ia sebagai saluran untuk menyampaikan Islam dengan lebih efektif..
Wallahu a’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Ustaz,
SEMUA BANGSA ADA “˜DAKI”™NYA
Sori ye ustaz.. Anyway, nice article!
ABU SAIF SAYS:
“Wsalam wbt. Terima kasih ukhti. Saya sudah betulkan ejaan tersebut”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam..
Seperti selalu, artikel yang menarik! Apa yang ingin saya persoalkan adalah konsep Melayu yang ustaz utarakan tu. Melayu yang beradap sopan, Melayu yang berbudi bahasa, Melayu yang cakap berkias atau cakap berlapik dan menghormati yang lebih tua, contohnya. Suatu waktu dahulu, mungkin 30 – 40 tahun yang lampau, inilah yang menjadi pegangan orang Melayu. Namun semakin sukar kini untuk kita lihat Melayu sebegitu. Adakah itu bermakna, kita semakin hilang keMelayuan kita, atau, kita semakin hilang nilai kemanusiaan kita, atau kedua – duanya sekali?
Indeed, nilai ketakwaan itu tidak melihat kepada bangsa, sosioekonomi, mahupun tahap pendidikan, sebaliknya iman yang menjadi faktor utama. Ada penjual kuih yang lebih bertakwa dari seorang pensyarah. Ada juga mualaf yang lebih bertakwa dari seorang yang mengaku Muslim sejak dari lahir, dan pelbagai lagi lah. Namun nilai akhlak itu, IMHO, tidak dapat tidak, masih dipengaruhi oleh culture dan budaya sesuatu bangsa. It is not uncommon to see Chinese yang makan ‘gelojoh’, seolah – olah itu sudah diterapkan dalam budaya mereka. Sedangkan bagi kita orang Melayu, makan sebegitu sungguh tidak beradab…
Jadinya, bolehkah kita mempersoalkan isu kemanusiaan itu semata – mata tanpa menyentuh bangsanya. Atau, isu bangsa sahaja tanpa melibatkan isu kemanusiaan. Atau, adakah terdapat asimilasi antara kedua – duanya yang mana kita perlu mengaitkan kedua – dua faktor tersebut untuk menghuraikan sikap Islam Melayu sekarang? Wallahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Apa yang saya faham dan boleh simpulkan dari artikel ustaz ini ialah: Kalau seseorang memeluk Islam tetapi tidak mahu meninggalkan identiti bangsanya, itu tidak salah, dengan syarat segala perkara yang mahu dikekalkan itu tidak menyalahi syariat Islam.
Yang salah bila seseorang tu men’genaralize’kan , “Jum masuk Islam tapi jangan jadi Melayu, kerana bangsa Melayu tu banyak sifat negatifnya”.
Apa yang saya nampak pada situasi ini ialah, pen’genaralize’an sesuatu yang berbau negatif ini berlaku kerana kita semakin bimbang dengan sikap negatif orang kita yang semakin memajoriti dewasa ini. Lalu bangkitlah kesedaran untuk menegur, namun teguran yang diberi itu acapkali menekan perlakuan-perlakuan negatif itu berulangkali dengan niat untuk menyedarkan, tetapi tanpa disedari ia telah memberi label yang buruk kepada sesuatu yang ditegur itu.
Wallahua’lam, harap diperbetulkan kalau apa yang saya nampak ini adalah salah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya tertarik dengan tajuk entry ini, memang betul kita tak patut korban melayu untuk islam. dan sebaiknya islam pun tidak kita korbankan untuk menegakkan melayu, dalam erti kata lain semangat nasionalisme tak patut kita perjuangkan. supaya tak berlakunya kelemahan sepertimana negara arab sekarang ini. jadi apa yang saya nak katakan di sini ialah orang nonmuslim yang nak masuk islam boleh convert kedalam agama ini dan mengekalkan adat dan budaya mereka.. tak gitu..
ABU SAIF SAYS:
“betul tu fik. dan tidak salah jika ada India atau Cina yang memeluk Islam, mahu memakai adat-adat Melayu pada cara berbahasa, berpakaian dan lain-lain. Tidak rosak keIslaman seorang saudara baru hanya kerana dia suka dengan cara hidup orang Melayu. Dan tidak rosak keIslaman seorang saudara baru jika dia mahu mengekalkan identiti Cina, India, Eropah dan lain-lain kerana tidak pertentangan antara bangsa dan iman jika hak masing-masing dikekalkan
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz,
hanya di malaysia saya mengalami perkara ni. masa belajar di oversea dulu, kami hanya berpegang pada Islam. Tak ada istilah melayu, arab, paskitani, caucasians, etc….yang penting islam. islam menyatukan kami. bila balik malaysia saya jadi pelik bila orang anggap islam itu melayu dan melayu itu islam. dan allah je yang tau betapa terpesongnya sesetengah orang melayu malaysia dari islam itu sendiri… jadi macamana nak tangkis dakwaan “jangan masuk islam kerana orang melayu banyak yang tak betul” ?..
ABU SAIF SAYS:
“Mungkin ‘ana’ kena baca pelan-pelan untuk tangkap maksud yang saya cuba nyatakan dalam entry ini. Kalau tidak, ia mungkin akan jadi roundabout yang pi mai pi mai tang tu. Tak sampai maksud artikel ini.
Ada baiknya ‘ana’ share dengan pembaca, bila ‘ana’ kata yang ‘ana’ hanya berpegang dengan Islam dan tiada Melayu, Arab dsb, apakah yang ‘ana’ lakukan untuk hanya meng’ada’kan Islam dan meniadakan Melayu pada masa yang sama?”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Jadi benar la sabda Nabi tu kan ustaz “perbaiki la iman kamu dgn memperbanyakkan ucapan laa illaha illaullah”..kena byk ckp pasal iman baru la iman meningkat..bila iman meningkat baru la nusrah Allah turun..
Terima kasih atas penerimaan ustaz dgn jemaah walaupun tak dpt di kongsi penerimaanya dgn masyarakat di luar sana..saya boleh rasa dlm hati saya melalui penulisan dakwah ustaz..
Maka bkn soal bangsa atau keturunan yg menjadi masalah pd individu tetapi pokok paling dasarnya adalah IMAN yg tak diusahakan ibarat ladang yg di biar kekosongan..
Wallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam… Nak tanya pada Ustaz, apa pandangan Ustaz dengan wujudnya Masjid “India” dan Masjid “Cina”? Relevan tak dengan situasi di negara kita? Adalah salah kita me”melayu”kan semua masjid (terutama khutbah Jumaatnya) supaya lahir jiwa Malaysia yang ada jati diri?
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz hasrizal,
Syukran dengan artikel kali ini. ana teringat dengan kata syaidina umar “kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan islam. Maka sekalipun kita mcari kemuliaan selain dengan apa yang Allah muliakan pada kita, maka Allah akan mghina kita”
Jadi, walau apapun terjadi ana lebih suka mengelar diri ana sebagai kaum islam yang ber’bangsa’kan melayu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ya ustaz,
saya mungkin antara yg mahukan Islam (wlpn mungkin x sekuat pengorbanan kawan2 yg lain) dan seorg yg sayangkan bangsa sendiri. tapi sayalah juga org yg sering melihat ‘melayu’ dalam konteks faham dan aplikasi masyarakat kita sbg subjek yg sering menimbulkan salah faham terhadap islam.
mungkin perspektif sy banyak disaluti perspektif politik yg depan cakap lain, belakang cakap lain. cakap2 belakang yg penuh sentimen racist dan bukan makna islam (sebaliknya menggunakan nama islam) itulah yg sering sy gusar.
sy pernah berdiri di pentas BTN, yg akhirnya membawa kpd gusarnya ramai org terhadap pendirian sy semasa zaman menjadi pemimpin pelajar dulu.
pada saya kita harus hargai bangsa kita tp pd masa yg sama kita harus ingat bahawa soal bangsa bukan soal pilihan. ah chong dan ramasamy jika mereka tahu ada dasar bumiputera di malaysia, mereka juga akan minta dgn Allah s.w.t. utk jadi melayu, begitu logiknya.
dan kemuliaan manusia tidak diletakkan kepada bangsa juga krn ia bukan pilihan..berbeza dgn islam. kita boleh pilih menjadi islam waima apa juga bangsa yg kita dilahirkan.
justeru, untuk sy ada perbezaan yg jelas. bukanlah sy menolak kemelayuan sy malah sy mengerti dalam siyadah setempat, sy percaya melayu harus memimpin..tetapi melayu yg bagaimana itu harus kita tentukan. sudah tentu sy menolak melayu penzalim, melayu perasuah dsbgnya..(dah masuk cerita politik pula..)
realitinya itu, mungkin soal titik bengik kebencian antara bangsa ini mungkin tak tergambar di fikiran, tp realitinya wujud dan sy hadapi sendiri sejak zaman persekolahan..
sekadar berpendapat..minta dibetulkan atau dikemaskan jika boleh.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum semua,
Saya amat bersetuju agar melayu tidak dikaitkan dengan sifat-sifat negatif walaupun saya sendiri banyak menekankan agar sikap bangsa melayu perlu diubah kepada para pelajar.
Mungkin jatidiri melayu itu yang perlu diperjelaskan, seperti yang ustaz pernah ulas dalam artikel “lelaki menari tarian zapin/asli” bila kita hendak memperkenalkan Malaysia atau dalam konteks ini bangsa melayu warisannya adalah budaya menari bukan semangat juang.
Budibahasa, gotong-royong, sifat2 yang baik dikalangan melayu seakan-akan dilupakan.
Benar, setiap muslim perlu menunjukkan kesan keimanan pada setiap perbuatan mahupun pertuturan, atau penulisan. Saya pun ada ketikanya merasa terkilan bila banyak perlakuan orang Islam tidak lahir dari hati tetapi ada agenda tersendiri. Ikhlaskan hati demi Allah, deen dan diri sendiri…terkeluar tajuk ke?
Jzkk ustaz kerana telah banyak membuat anjakan paradigma kepada pembaca setia saifulislam.com
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam.
Satu hujah yang terkesan di hati. Acapkali saya berasa kecewa melihat bangsa sendiri gagal menghayati agama yang diwarisi. Sehingga ke satu tahap timbul satu tekad dalam hati – saya hendak menjadi Melayu yang bermentaliti Muslim. Namun, ada masanya saya terkeliru, bagaimanakah caranya untuk saya mengangkat martabat ke’Melayu’an saya untuk menonjolkan kekayaan budi bahasa dan kesantunan. Diri sendiri kadangkala terlalu cenderung ke arah mentafsirkan situasi sebagai contoh: kalau nak berjaya tengoklah cara orang barat bekerja – tidak dapat tidak, tertanam dalam minda, kalau berfikir cara Melayu, nampak gayanya jadi Mat Jenin sajalah. Secara otomatis, idea ‘bahawa Islam yang sebenarnya menentukan corak pemikiran dan tingkah laku’ tertolak tanpa sedar. Tidak adil sungguh – ethnocentrik
Perasaan saya juga bercampur baur bila membaca entri kali ini.. teruja, terkena batang hidung sendiri pun ada, hendak tergelak pun ada dan kesal pun ada juga – pendek kata ‘macam-macam ada’. Nak tergelak bukan sebab ada benda yang kelakar dalam entri ustaz, tapi saya gelakkan sikap dan ideologi sendiri yang kadangkala terlalu idealistik. Pengalaman mengikut satu sesi pembentangan tesis di sebuah ipt di bangi telah membuka kembali mata saya bahawa ‘Melayu’ ialah suatu rumpun yang indah. Memerhati kaum lain (India, Cina, Siam dsb) menggunakan bahasa Melayu yang standard membuatkan saya berfikir… bahasa yang indah melambangkan corak pemikiran yang tenang … agaknya (agak sajalah). Mungkin sebab itulah masyarakat Melayu (dahulu) tidak mudah hendak berkasar atau menyinggung perasaan orang lain.
Sekadar memberi buah fikiran.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Benar kata ustaz, semua bangsa ada “daki”nya. Jadi, persoalan status bangsa perlu dikikis. Sudah muak saya mendengarkan perjuangan bangsa yang sedikit pun tak mengutamakan agama. Kemerdekaan kita pada akarnya adalah berteraskan agama semata.
Kita akan merasai satu kelainan bila di sekeliling kita semuanya “bukan Melayu”. Bila bersama Muslim berbangsa “bukan Melayu”, barulah saya merasakan betapa globalnya Islam.
Ayat terakhir tu best banget.. Saya dah copy.. hehe ;p
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
SuwbhanAllah wa Alhamduwlillah… Akhirnya ana berjumpa juga dengan jawapan kepada persoalan yang terbuku di dada ana. Jazakallahu Khoiron Kathiro. Ana amat kagum dengan gaya nukilan dan pendekatan dakwah yang akhiy, Ustaz Hasrizal. Barokallahu fika.
P/S: Ana tinggal di Setapak, sekiranya akhiy Ustaz sudi… ana ingin tahu hari apa dan di mana akhiy secara rutinnya memberi tazkirah. Wassalaam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam
betul tu ustaz, yang pentingnya Islam, bukan bersandarkan bangsa yang mem’baik’kan seseorang itu.
setiap dari kita ada kelemahan dan kekurangan, berpandulah pada Iman , nescaya tak terpesong dari landasan kebenaran…
bangsa itu dijadikan agar ada kepelbagaian di dunia ini, tiada nilaian manusia melainkan taqwa kepada Allah swt…
best artikel ustaz!
satu persoalan yang semakin menular dalam perkara ‘revert to Islam’.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
Saya macam terlihat bahawa ada di kalangan pembaca yang tergelincir sikit dari maksud sebenar artikel saya ni.
Artikel saya ni bukannya nak emphasis bahawa MELAYU MULIA DENGAN ISLAM. Statement tu betul, tapi bukan itu inti artikel ini.
Apa yang saya nak tekankan dalam artikel ini ialah TIDAK ADA PERTENTANGAN DI ANTARA MELAYU DENGAN ISLAM. So, berhentilah daripada mencela Melayu kerana hendak membela Islam.
Jika ada orang Melayu yang tak senonoh, bermakna dia itu tidak Melayu dan tidak Islam. Dan bukannya dia jadi tak senonoh sebab dia Melayu yang tak amalkan Islam.
Jangan baca tergesa-gesa dan pause sebentar pre conceived idea yang ada di fikiran pembaca sebelum membaca artikel ini
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu’alaikum
Semua bangsa yg menolak runtunan hawa nafsu dan bertindak berdasarkan ajaran agama dan aqal yg waras akan mewarisi sifat2 mulia, seperti yg Ustaz katakan, berbudi bahasa, bekerjasama dan berperkemanusiaan. Contoh di dalam Al Quran tentang Bani Israel amat releven pada semua bangsa. Apabila mereka mentaati Allah dan Rasul, mereka akan dimuliakan Allah. Begitu jika sebaliknya, mereka bertindak lebih ganas dari haiwan.
Pemerhatian saya pada masyarakat Irish dan Scandinavian di Eropah ini juga memiliki budi pekerti seperti Melayu. Tetapi generasi muda mereka yg semakin lekang dari kehidupan beragama sama saja seperti generasi muda Melayu, Cina dan India di Malaysia sekarang. Lebih mementingkan nafsu dan keduniaan, mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati yg tua serta menyayangi yg muda.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ana rasa setiap artikel ustaz kena ada satu bahagian abstract (mcm research paper). Dalam abstract tu ustaz jelaskan apa tujuan artikel ni ditulis, dan apa point yang ustaz nak sampaikan pada pembaca, supaya takde la penat ustaz membetulkan balik pembaca2 yang dah tergelincir masuk roundabout pi mai pi mai tang tu sebab tak nampak mesej sebenar yg ustaz nak sampaikan. hehe.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Syukon jz Ustaz.Satu lg artikel yg bernas.Sekadar menumpang komen2 di sini. Dahulunya apabila di sebut bangsa Melayu, sifat2 mulia spt tertib, lembut, berbudi bahasa dll itulah yg tergambar.Oleh itu ramai terlalu bangga menjadi Melayu sedangkan semua sifat2 itu sebenarnya adalah diwarisi penerapannya dari Islam. Apabila ianya mula dicemari oleh sebahagian orang Melayu, maka kini kita senang2 menghukum Melayu dan mula menjauhi Melayu malah merasa malu menjadi orang Melayu.Secara tidak langsung seolah2 Islam berjaya memadamkan Melayu apabila kita menjadi muslim yg baik kerana Melayu tidak senonoh atau penuh dgn daki. Cukuplah menyalahkan Melayu, itulah lumrah bangsa kita mutakhir ini. Jadilah Melayu Islam terbaik.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ASM, ustaz ..saya rasa saya faham apa yang ustaz nak sampaikan bahawa -Jgn anggap untuk menjadi Muslim yang baik kita perlu buang ‘ melayu’ kerana ‘melayu’ tak salah tapi ‘orang’ empunya badan yang salah. masalahnya ustaz..pada saya la..kita ni ‘biologically’ ‘melayu’. Sebab apa kita dinamakan melayu sebab ‘genetically, socially. geographically kita ni Melayu’. Pasal tulah kalau orang tu jadi murtad pun dia tetap melayu..sebab melayu tu bukan je pada adab sopan, bahasa semata..tapi tubuh badan kita tu melayu. Jadi bila ada orang yang’bertubuhkan’ melayu ni buat hal bukan bukan kita nak refer dia macam mana? Tak kana nak kata ’si anu’ atau ’sipolan’ ni tak bagus. Kita terpaksa refer pada sesuatu..sebab itulah masalah ‘Melayu’ diburuk-burukkan ni selalu timbul…
Di malaysia ni pulak majoritinya ‘bertubuh melayu’ lah (physically malay). Dan di pandangan mata kasar saya samada di KL atau di mana-mana bangsa kita nilah yang banyak buat perkara tak baik…so macam mana..tak kan nak refer muslim? akhirnya buruklah juga melayu..
pandangan saya sendiri ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam
Lama akak tak ziarah sini sebab laptop akak dicuri orang sebulan lepas. akak tinggalkan laptop dalam kereta utk breakfast di taman melati. lepas 20 minit akak ke kereta – cermin kereta dipecahkan. dalam bag laptop akak tu ada digicam, electronic dictionary, semua original documents spm, bba, mba dan macam-macam sijil lagilah sebab baru balik dari interview hari sebelumnya. yang sedih sekali hilang correction thesis akak sebab belum back up lagi.
anyway pasal melayu, akak nak share kata-kata Tok Kenali yang akak translate ke English. Ini pendapatnya tentang perbalahan mengenai sikap orang Melayu. He said
“this argument has been in my dried brain for so long
that it thirst for cool words to quench its dryness
the cause for this sudden burst into existence
is a deafening bickering like thunderous lightning
over the word MELAYU
they are happy to change the name of their race to a different name
for they think changing the name would change their habits
but
we wish not to change the name of our race
for we see others who reside in this round world
would not think of changing the name of their race
instead we see them changing their condition
by increasing their intellectualism and seeking bounteous knowledge”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz,
minta maaf kalau tersilap tafsir. maksud saya, masa di oversea dulu kami tak pandang group ini bangsa apa, group itu bangsa apa. walaupun berlainan bangsa tapi islam menyatukan hati2 dan perbuatan kami. bukan saya bermaksud yang saya menidakkan kemelayuan saya.
macam yang ustaz terangkan sendiri setiap bangsa ada dakinya. macam dimalaysia ni, melayu amat sebati dengan islam, tak macam di oversea islam tak di’sebati’kan untuk any particular kaum (arab lainlah ye sebab sampai sekarang saya ingat semua orang arab itu islam!).
jadi disebabkan melayu malaysia amat sebati dengan islam maka some of us tend to take Islam for granted. kita tak rasa kepayahan dalam mengecapi nikmat islam itu sendiri. nak beribadah senang, surau masjid dimerata-rata. rasa macam tak logik kalau orang cakap dia tak sempat nak solat sebab busy dengan travelling atau kerja di malaysia. jadi pada saya benda2 macam ni yang orang non-muslim boleh nilaikan. saya rasa yang buat non-muslim meluat, banyak diwark2kan yang islam itu perfect dan melayu berpaksikan agama islam dan iman dan sebagai melayu melaysia yang menganut islam kita seharusnya perfect jugak. tapi kita jauh dari itu..(well sebahagian kita bukan semua).. mereka tak meluat dengan cina dan india sebab tidak kedengaran diwar2kan yang agama menjadi paksi hidup mereka.
entahlah ustaz tapi yang pastinya saya juga cuba menjadi contoh orang melayu yang sungguh mempraktikkan keperfectkan islam. tapi sedih tengok ramai lagi kat luar sana yang masih tak perasan dengan nikmat islam dan iman. betulkan kalau saya salah..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum…sekadar mencelah… pada ana, masalah sekarang ni ialah kita bercakap tentang orang yang masuk islam di malaysia yang mana golongan ini(yang intelektual khasnya) melihat islam dalam setiap diri kaum disekelilingnya dan diwaktunya(sekarang), jadi melayu dilihat sebagai contoh… alhamdulillah jika mereka melihat dan mencontohi pada melayu yang benar2 bertaqwa… tetapi malangnya kebanyakan mereka melihat pada melayu yang islamnya pada nama.. bukan mahu melemahkan bangsa melayu kerana ana sendiri MELAYU, tapi jika tidak dilaungkan kepada seluruh bukan melayu di TANAH MELAYU, bahawa islam itu bukan bercorakkan melayu, tetapi melayu itu yang sepatutnya bercorak islam, maka mereka akan terus memandang islam yang ada di malaysia dan penganutnya adalah melayu(secara majoritinya) sebagai agama yang kurang sempurna dari segi pembentukan tamadun dan umat yang berakhlak.. dengan(MELAYU) lemah dari segi pembangunan pemikiran, yang mana memberi kesan pada pembangunan hal yang lain, walaupun sebenarnya ISLAM itu bukan seperti pandangan mereka(setelah mereka melihat keadaan bangsa melayu di malaysia hari ini). maka ana menghormati pandangan ustaz tetapi dalam masa yang sama kurang bersetuju. moga Allah mengampunkan dosa ana andai MELAMPAU atau TERSALAH dalam memberi komen.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum.
Kupasan yang sangat menarik dan bertepatan dengan kehendakan dunia Islam melayu.Terima kasih,boleh ana katakan ustaz dapat memperhalusi hampir persoaalan umat dengan olehan gaya bahasa yang menarik serta dalil-dalil dan hujah aqli serta naqlinya.Ana cadangkan supaya diperhebatkan lagi usaha2 untuk memurnikan Islam.syukran,wahai mufakkir jadid.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamua’alaikum,
sebagai seorang bukan melayu yang bersuami melayu, saya amat menghayati beberapa ciri2 budaya melayu seperti gotong-royong, bersalam-salaman di antara sanak-saudara, tetapi, saya memang sedih melihat anak muda melayu sekarang yang melupakan kesopanan seorang melayu. memang setiap bangsa ada kelebihannya dan keburukannya juga, seperti bangsa cina selalu dikaitkan dengan tamak duit, memang bangsa melayu juga dilabelkan oleh bangsa-bangsa lain.
Tujuan saya menulis komen ini bukan untuk menghina bangsa melayu, sebab suami saya seorang melayu dan anak2 saya akan digelar melayu jugak, tetapi untuk menyedarkan rakan2 melayu tentang persepsi bukan melayu, bukan sebab bukan melayu bencikan melayu, tetapi dari apa yang dilihat oleh bangsa lain…
misalnya:
1. melayu suka jampi, santau, bomoh dll… bukan melayu selalu mengingatkan satu-sama-lain apabila tahu rakan2nye rapat dengan kaum melayu supaya berhati2, jgn nanti kena “black magic” pulak..
2. pemuda2 melayu suka berlepak… honestly, yang selalu kita nampak berlepak di tempat tangga shopping mall atau tepi jalan tak buat apa2 dan asyik kacau perempuan yang lalu, mmg hampir semua melayu.. ini jugak menyebabkan bukan melayu berpersepsi bahawa pemuda melayu tuh malas dan tidak suka berusaha…
3. melayu suka kahwin ramai, tapi tak jaga… bukan Islam selalu dengar cerita dari kawan melayu bahawa bapa saudara kahwin bini muda, tak balik rumah mak saudaranya, siapa2 kahwin lagi, tak nak bini tua tapi tak nak cerai jugak… siapa2 tak bagi nafkah kat isteri, isteri pulak kena cari duit tanggung keluarga… dengan ini mereka yang bukan Islam tidak berpeluang untuk memahami keindahan berpoligami yang sebenarnya, dan ingat berpoligami itu penindasan wanita. oleh sebab poligami tidak berlaku pada bangsa lain, melayu lah yang sering dikaitkan sebagai orang yang tidak jaga bini dan suka cari bini muda… ini lah yang diingatkan oleh bapa saya apabila saya memberitahunya keinginan saya untuk berkahwin seorang melayu.
4. melayu tamak… maaf jika ada yang tersinggung, tetapi persepsi inilah yang timbul sejak kewujudan Dasar Ekonomi Baru. ramai bukan melayu sudah menerima dasar ini dan menganggap dasar tersebut sebagai sesuatu yang boleh melahirkan bangsa bukan melayu yang lebih gigih dan kuat. pada masa yang sama, bangsa melayu dilihat sebagai kaum yang tidak pernah puas meminta -minta dari kerajaan dan tidak berusaha seperti kaum lain dalam mencapai kejayaan. usahawan melayu yang berjaya akan dianggap berjaya sebab pertolongan kerajaan dan usahawan melayu yang gagal tidak disimpati kerana kaum lain rasa kerajaan akan tolong mereka juga.
5. melayu malas.. saya percaya persepsi ini timbul kerana kebanyakan pekerja kerajaan adalah melayu (saya dan bapa saya pekerja kerajaan juga), dan pekerjaan kerajaan sering dikaitkan dengan kerja yang mudah, kerja yang tidak akan dipecat jika malas…
saya tidak berkahwin dengan suami saya sebab mahukan hak istimewa seorang melayu, dan saya tidak masuk Islam hanya untuk berkahwin dengan suami saya. Saya tetap kekalkan nama saya dan saya enggan menukarkannya ke “binti” kerana saya rasa nama saya pemberian bapa saya dan tidak akan mengurangkan iman saya. saya tahu ada banyak ciri2 melayu yang positif, tetapi saya tidak dapat menafikan bahawa ciri2 negatif orang melayu sekarang yang lebih menonjolkan dalam mata bangsa lain.
saya memohon maaf jika saya menyinggung perasan saudara/saudari, kadang2 saya juga menyinggung perasaan suami saya tetapi perkara2 dapat dilihat dengan matanya sendiri dan dia tidak menafikannya. Yang benarnya, bangsa bukan melayu tidak benci bangsa melayu dan ramai yang ada kawan baik melayu.
Yang penting, kita perlu mendidik anak2 kita supaya menjadi seorang melayu yang memelihara kemelayuannya, dengan ajaran agama yang kukuh, supaya suatu hari nanti, mereka akan menjadi bangsa melayu yang bermaruah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum,
Izinkan saya memberikan pendapat tentang isu ini. Sebagai seorang saudara baru yang memilih Islam bukan untuk berkahwin, saya sendiri sering diacukan pelbagai persoalan oleh orang bukan Islam tentang ‘kelemahan’ dan’keburukan’ orang Melayu yang sering turut dikaitkan dengan agama Islam.
Malaysia sebuah negara unik. Situasi umat Islam di M’sia juga unik kerana ia negara yang mengakui secara bertulis Islam sebagai agama rasmi, dan antara syarat undang-undang negara untuk menunjukkan orang itu berbangsa Melayu adalah mesti beragama Islam. Oleh itu tidak hairanlah orang Melayu dilihat sebagai rolemodel orang Islam di rantau ini.
Kuat Melayu kerana Islam… lemah Melayu bila tinggalkan ajaran Islam. Keruntuhan akhlak dalam kalangan orang Melayu kini banyak berlaku kerana sudah meninggalkan ajaran Islam. Bukankah sifat sopansantun, memuliakan tetamu, menghormati orang tua dan sifat lemahlembut orang Melayu dahulu adalah kerana ajaran ulama-ulama yang juga beragama Islam? Kalau dulu ulama-ulama dihormati, sekarang golongan ini sudah dipinggirkan. Salah siapa?
Orang bangsa lain suka menjatuhkan orang Melayu. Mudah saja nak kutuk Melayu sebab orang Melayu membentuk majoriti di dalam negara. Maka tidak mustahil juga Melayu juga yang paling ramai terlibat dalam kes-kes jenayah. Manusia juga suka melihat kesilapan orang lain dulu sebab sifat manusia lebih mudah mengutuk orang lain daripada mengutuk diri sendiri.
Manusia sama saja sebenarnya. Setiap bangsa ada kelemahannya sendiri, cuma sifat buruk jarang diketahui ramai. Yang bezakan orang Melayu dengan bangsa lain adalah jarang bangsa lain mengutuk diri sendiri kecuali orang Melayu. Sedih saya bila dengar orang Melayu mengaku ‘malu menjadi orang Melayu” kerana melihat keruntuhan akhlak dan nilai-nilai hidup orang Melayu, berbanding kekuatan bangsa lain yang sering ditonjolkan.
Teruk sangat kah kalau dianggap orang Melayu? Salahkah kalau memakai baju kurung dan tudung seperti wanita Melayu semata-mata untuk menutup aurat, maka dianggap sudah masuk Melayu? Dan tak bolehkah saudara baru menukar nama asal kepada nama yang mempunyai makna baik dalam Islam sama seperti nama orang Melayu (nama orang Melayu Islam pun sebenarnya nama dalam Arab/Parsi, bukan asal Melayu) kalau tujuannya untuk menguatkan keimanan diri?
Banyak persepsi yang timbul dalam kalangan saudara baru sekarang yang sudah tersimpang kerana dari awal-awal lagi menolak budaya Melayu sedangkan budaya Melayu kira-kira 80% bersandarkan ajaran Islam.
Saya harap yang sudah lahir sebagai orang Melayu yang beragama Islam, berbanggalah menjadi orang Melayu Islam, dan jadilah contoh terbaik orang Melayu Islam acuan al-quran… yang bukan Melayu Islam pula jangan suka memandang rendah terhadap orang Melayu sebab kalau dikaji balik, bangsa sendiri juga tidak kurang cacat-celanya. Cuma orang Melayu memberi salam tangan terbuka, orang bukan Melayu memberi salam tangan tertutup… renungkanlah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Komen saya di al-ahkam.net:
saya bukan berteori. Allah SWT sendiri menjelaskan bahawa Dia yang menjadikan manusia itu berjantina, berbangsa dan bersuku. Bukan saja-saja, tetapi untuk taaruf. bila kita dok asyik cela bangsa, kita cela benda yang Allah buat, dan jauh sekalilah nak explore apa hikmah Allah ciptakan manusia begitu.
bila Islam tersebar di luar bumi arab, apakah nilai-nilai tempatan terhapus? maksud saya, ketika bahasa arab menjadi bahasa ilmu di negeri ajam, apakah bahasa parsi, bahasa turki terhapus? apakah cara berpakaian berubah kepada satu cara pakaian lain?
apabila islam jadi lemah di sub-continent india, bahasa parsi hilang dan digantikan dengan bahasa urdu. bagaimana kita definisikan benda ni dalam Islam?
apabila kita bosan dengan perangai melayu, atau kita menyampah dengan umno yang dilabel memperjuangkan melayu, kita tak jumpa satu ayat yang boleh jelaskan kebosanan kita tu, lantas kita buat kesimpulan mudah, melayu tak punya apa-apa! selepas melayu terima islam pun, melayu masih tak punya apa-apa!
sudahkah dibongkar semua sejarah kepulauan melayu sehingga kita boleh buat kesimpulan yang kepulauan melayu ni takde apa-apa nilai?
apabila saya menulis kajian sejarah, saya tidak mahu menggunakan istilah-istilah euro-centric yang mempamerkan ketuanan eropah. lalu, saya perlu gantikan ia dengan istilah yang merujuk kepada bangsa tempat itu. instead of menggunakan istilah MIDDLE EAST, saya gunakan istilah ARAB WORLD. Walaupun istilah South East Asia tidaklah Euro-Centric, tetapi saya gunakan istilah KEPULAUAN MELAYU.
selepas dominasi Arab merosot dan Othmaniyyah menjadi pemimpin dunia Islam, Othmaniyyah berdiri dengan identiti mereka. Mereka tidak jadi Arab. Mereka bebas bertutur dalam bahasa Turki Othmaniyyah, berilmu di dalam bahasa Arab dan bersastera di dalam Bahasa Parsi.
bagaimana dengan cadangan pihak kerajaan yang menggalakkan kita belajar bahasa portugis dan belanda, supaya khazanah sejarah kita era 1500 – 1800 yang begitu banyak disimpan di holland, portugal dan spain boleh dikaji? senang je kita ni, bahan nak kaji tak ada depan mata, terus buat kesimpulan mudah yang datuk nenek kita bengap, sebab tu kena jajah ratusan tahun! itu le pun yang british nak. orang melayu sendiri kata orang melayu bodoh. bukan sahaja kata, malah percaya.
apabila kita asyik menonjolkan islam sambil memperlecehkan bangsa, kita semakin menyulitkan perkembangan islam. di satu sudut, ada pihak mendesak kita berhenti mengarabkan bangsa melayu, sedangkan isunya ialah islamisasi, kita ni pulak mendesak supaya berhenti memelayukan islam, sedangkan isunya juga adalah islamisasi. dua-dua pihak ni adalah dua wajah pada syiling yang sama.
islam mampu datang tanpa menghapuskan identiti bangsa. kalau ada bangsa yang buang bahasanya dan digantikan dengan bahasa arab, tak jadi masalah. tetapi ini tidak menjadikan identiti bangsanya hilang.
kalau ada orang masuk islam dan kemudian berkahwin dengan orang melayu, lantas dia mahu bertutur di dalam bahasa melayu, makan macam orang melayu, berpakaian macam orang melayu, apakah susut nilai islamnya?
point saya ialah, Islam mengiktiraf nilai-nilai bangsa. Pendakwah Islam tidak akan memaksa Melayu mengubah makanan atau pakaian. Yang Islam ubah ialah makanan haram kepada halal, pakaian dedah aurat kepada pakaian menutup aurat.
hanya yahudi sahaja yang membangsakan agama dan mengagamakan bangsa. lantas mereka jadi begitu eksklusif dan memandang rendah kepada manusia agama lain dan bangsa lain.
bila semua peminat islam tulen sama ada yang lahir islam, atau masuk islam, pakat-pakat anti identiti bangsa, e.g. melayu, mereka akhirnya jadi satu kelompok baru… kelompok elit yang bercakap inggeris supaya tidak masuk melayu?
or what?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Melayu
1. Perlu diingat bahawa berbudaya datang lebih awal dari beragama. Nilai-nilai dalam berbudaya terbena secara perlahan (berevolusi) dari idea-idea ahli budaya (orang-orang yang membentuk budaya tersebut). Peraturan dalam berbudaya adalah kesepakatan yang diterima ramai bagi memastikan kesinambungan budaya tersebut. Segala pekara yang dipercayai boleh menjadikan sesuatu peraturan itu dapat menguatkan maysarakat di dalam sesuatu budaya itu diterimapakai sehingglah ianya didapati tidak dapat memberikan manfaat kepada mereka dalam bermasyarakat.
2. Isu Melayu, bahkan bangsa lain sekalipun, masuk Islam, perlu dilihat sebagai Melayu masuk Muslim. Walaupun Muslim itu adalah orang-orang yang mengamalkan Islam, tahap pengamalan Islam itu selalunya menjadi tandatanya, apabila orang itu gagal membawa Islam yang sebenar. Dari pengamatan Saifulislam.com secara menyeluruh, Islam dan Muslim itu adalah dua entiti yang sangat berbeza, sebagaimana berbezanya Saifulislam.com dan Ustaz Hasrizal sendiri.
3. Islam adalah agama yang sempurna, yang diturunkan kepada manusia oleh Pencipta yang Maha Sempurna. Penafsiran atau penterjemaahan yang betul telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw, dengan pengawasan penuh dari Allah swt. Nabi saw yang merupakan orang berbangsa Arab, seperti bangsa-bangsa lain termasuk Melayu, mempunyai budaya tersendiri sebelum menerima Islam. Maka oleh itu sangatlah penting untuk kita memahami kedudukan budaya dan agama bagi membahaskan dengan tepat yang mana satu perlu diambil dan yang mana satu perlu ditinggalkan.
4. Tidak dinafikan bangsa-bangsa bukan Europa, terutamanya bangsa-bangsa Timur (termsuklah rumpun Melayu Nusantara dan Melayu Malaysia), merupakan bangsa-bangsa yang mempunyai budaya yang lemah lembut, sopan santun dan pelbagai cara halus (bukan ilmu hitam) dalam menjalankan sosial harian sesama mereka. Contoh ketara seperti menerima berlapis dan meolak beralas. Sebagai orang yang mengamalkan pekara ini, kita mengatakan ia sesuatu yang terbaik, tetapi tidakkah kita terfikir bahawa sari satu sudut, ia akhirnya boleh disalahgunakan, secara sedar atau tidak, menjadi, kehilangan ketelusan.
5. Bangsa-bangsa yang mengamalkan budaya terus tanpa selindung (dengan risikonya sekali, semestinya) nampaknya lebih berjaya, dalam menguasai dunia. Ini juga merupakan Sunattulah, yang harus dikaji oleh pengamal budaya lemah-lembut, seperti Melayu, agar dengan kedatangan Islam, yang sudah pasti serasi dengan Sunahtullah, menganalisa secara terperinci, mana satu ciri-ciri budaya yang mesti diketepi, sebagai tanda berkesannya pengambilan carakerja, cara hidup beragama, terutamanya dengan agama yang dinamakan Islam.
6. Penerapan Islam oleh satu-satu bangsa tidak semestinya menjadikan semua orang Islam, atau Muslim itu mempunyai satu cara melaksana sesuatu. Ya, secara asasnya memang hanya satu, contoh berpakaian mesti menutup aurat tetapi tidak semua mesti berbaju Melayu, macam Melayu atau menjadikan jubah pakaian ke masjid, macam orang Badwi, lengkap dengan tali unta di kepala dan sebagainya. Yang menjadi masaalah adalah apabila proiriti untuk menerapkan yang asas ditukar dengan yang kurang asas, dan kemudian dipertahankan sebagai tidak mengikut sunnah Nabi saw. Pekara ini berlaku secara berleluasa sehinggakan generasi baru tidak dapat membeza yang mana satu budaya dan yang mana satu agama.
7. Kalau diambil rumpun Melayu Nusantara, pandangan-pandangan negatif pada Islam yang tidak menepati piawayan asal, semuanya adalah pengaruh kuat asal bangsa yang tidak dapat ditinggalkan oleh bangsa yang menganuti Islam tersebut, terutamanya Melayu. Janji Melayu, harapkan tongkat Melayu, merasa ketuanan Melayu yang kemudiannya menyebabkan kemalasan bertindak, ketidaktelusan Melayu dan bermacam yang lain, itu semuanya berasal dari budaya Melayu, yang sepatutnya dibuang apabila hendak memeluk Islam. Tidak layak dipanggil Muslim sebenarnya sekiranya tidak sampai kepada piawayan kehendak Rabbani. Tetapi sebagai kompromi, oleh kerana Kafir itu mempunyai pelbagai status, makan Muslim itu juga begitu juga. Dan Mukmin juga tidak dinafikan ada pelbagai status, bergantung kepada keimanan seseorang.
8. Di Indonesia, yang mana merupaka tempat periok mencair (melting pot) berbanding Malaysia yang berbentuk mar-mar (mosiac), budaya tidak menentukan agama. Lawat ke Bali dan kita akan dapat melihat serupanya budaya mereka yang menganut berbeza ugama, ditambah dengan para-rupa fizikal yang tidak banya berbeza dan bahasa pertuturan yang sama, sangat susah hendak merujuk kepada siapa yang dirujuk sebagai ‘Allah yang maha Kudus’, tanpa mendalami ciri-ciri sebenar yang membezakannya. Begitu juga yang bersembahayang bersama Nabi saw, beliau tidak menafikan kehadiran munafiq (bangsa sama, ugama lain, samada berpura atau sebaliknya).
9. Sebagai Melayu ‘biar mati anak jangan mati adat’ perlu dikemaskini. Sunahtullah akan membunuh budaya yang tidak dapat menghidupkan atau menyesuaikan ciri-ciri budaya yang tidak bersusaian dengan kemajuan (jasmani atau rohani). Buku Delima (macam tak betuk aja ejaannya) Melayu, hasil nukilan Pak Mahatir, sehingga dia ditahan, banyak menceritakan tentang isu ini.
10. Kalau diukur dari keserasian Islam dengan sains, terutama sains ketuhanan, memang jelas penerimaan Muslim kepada Islam sangat terbatas. Islam menganjurkan penghasilan umah yang maju di dunia dan di akhirat. Dari hasil yang ada sekarang, ramai Muslim yang menganggap perhatian yang lebih kepada akhirat dengan melupakan dunia (sub-con penimbaan ilmu sains) akan menjadikan mereka mendapat prioriti kelayskan ke Syurga. Tanpa mahu memikirkan sedalam-dalamnya, tiada dunia tiadalah akhirat.
Allahu ‘alam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ujian itu adalah saya
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
bagus tingkatkan usaha anda dalam menuju destinasi akhirat yang sudah pasti.Ok caw dulu. cayok-cayok!!!!!!!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam Ustaz,
Sebagai seorang kaunselor saya semaklin kuat untuk menyedarkan anak2 didik saya supaya menjadi Melayu Islam yang terbaik.
Agar mereka tidak hanya Melayu pada diri dan namanya tetapi Barat dan Kafir pada perbuatannya.
Respond to this comment [with empathy]