Seminggu Cinta Sempurna ke Udara

August 26th, 2009 by Abu Saif 5:26 pm | 8,402 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

cintasempurna

Sudah lebih seminggu teledrama Cinta Sempurna ke udara.

Bersiaran pada jam 3 petang Isnin hingga Jumaat, siarannya diulang tayang pada pukul 10 malam, 4:30 pagi dan terkini nampaknya juga pada jam 5:20 pagi di Astro Oasis 106.

Saya mengikuti perkembangan Cinta Sempurna dengan teliti dan sentiasa membuat update di Facebook untuk mendapatkan maklumbalas orang ramai. Biar pun di episod awal Cinta Sempurna, ia sedikit perlahan dan longgar untuk sebuah drama 30 minit, perjalanan Cinta Sempurna terus meningkat dan menghangatkan penonton hingga ke episod 8 tengah hari ini.

RATING PENONTON

Sesungguhnya saya berasa amat terkejut apabila dimaklumkan oleh Ustaz Zabidi Mohamed selaku penulis skrip, bahawa siaran Episod 1 Cinta Sempurna bagi siaran jam 10 malam 17 Ogos 2009 yang lalu telah ditonton oleh 109,000 orang penonton! Jumlah yang jauh mengatasi catatan tertinggi teledrama Dua Marhalah sebanyak 38,000 penonton.

Bagaimanakah saya membaca rating itu?

Ia bukan soal populariti atau apa-apa nilai murahan yang sering dikaitkan dengan dunia penyiaran. Angka tersebut membantu saya untuk memikirkan tentang kejayaan teledrama Cinta Sempurna menghasilkan kelompok penonton baru yang bukan peminat drama Melayu.

“Mak saya yang tak minat drama Melayu mula minat tengok drama ustaz tu. Memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.,” kata salah seorang rakan saya di Facebook.

I must say I’m looking forward to catching the rest of the show. Congratulations brother Hasrizal. May your blazing trail be an example for many and the path you’ve opened be available to all,” kongsi salah seorang kenalan saya, aktivis sebuah NGO Islam di ibu negara.

YOUTUBE

Dalam masa yang sama, ramai juga yang menonton teledrama Cinta Sempurna ini melalui siaran Youtube yang diusahakan oleh Hazel Channel.

Biar pun ada rasa gusar di hati krew penerbitan Cinta Sempurna apabila drama ini dimasukkan ke Youtube (pelanggaran hakcipta), tetapi saya mencadangkan agar perkembangan ini dilihat dari sisi positif dengan meyakini bahawa keberadaan Cinta Sempurna di Youtube tidak akan menjejaskan penyiarannya di Astro Oasis, sebaliknya membantu Cinta Sempurna menembusi ruang yang tidak boleh dicapai oleh Astro Oasis dan bentuk-bentuk penyiaran yang konvensional.

RELIGIOUS SKEPTICISM

Cinta Sempurna, bagi saya ialah sebuah teledrama yang membawa subjek yang sensitif ke tengah masyarakat. Subjek yang saya maksudkan itu ialah Pemikiran Skeptik terhadap Agama atau Religious Skepticism sebagaimana yang telah saya nukilkan dalam artikel lepas bertajuk Pemikiran Skeptik Yang Menyakitkan Umat pada 17 Ogos lalu, iaitu tarikh bermulanya penyiaran Cinta Sempurna di Astro Oasis.

Selepas tersiarnya artikel tersebut, saya menerima banyak jemputan ceramah untuk memanjangkan perbahasan mengenai subjek taboo yang panas itu. Namun saya terpaksa menolak kesemua jemputan tersebut kerana topik Religious Skepticism ini amat sensitif dan tidak sihat untuk dibawa ke pentas ceramah. Sama ada dibincangkan di dalam seminar dengan penyertaan panelis daripada pelbagai latar belakang disiplin akademik, atau pun saya memilih drama untuk menyampaikannya secara ‘menarik rambut daripada tepung, rambut tidak putus, tepung tidak tumpah”.

TAHNIAH

Tahniah kepada Ustaz Zabidi Muhamed atas garapan skrip yang mantap. Tidak dilupakan kepada Encik Saipul Bahri Othman selaku Pengarah kepada drama ini. Juga Encik Sahid Juri yang bertindak sebagai Penerbit. Semoga segala tenaga yang dicurahkan dan penghasilan drama Cinta Sempurna ini, menjadi pemangkin kepada kalian untuk terus berjuang menyuntik perubahan kepada genre seni kreatif tempatan.

csprebiu

Pastinya, syabas saya ucapkan kepada pada pelakon.

Para pelakon membaca skrip, lebih bersungguh daripada seorang murid membaca kitab. Segalanya demi sebuah penghayatan. Tertarik dengan komen Quiara atau nama sebenarnya Tunku Tiara Yasmin Sofia Tunku Hassan seperti yang tersiar di MSTAR, “Islam itu indah…saya hanya berdoa semoga Tuhan jauhkan diri saya dari terpesong akidah dan dapat melakukan yang terbaik untuk diri sendiri kelak.”

Kata Quiara lagi, “Memanglah saya tak tahu agama dengan mendalam tetapi sekurang-kurangnya saya tahu asas agama. Apabila membaca skrip cerita itu, saya rasa sedih dan insaf malah bersyukur kerana masih mengetahui tentang agama jika dibandingkan dengan karektor Shila yang jahil, suka merokok dan minum arak. Ini merupakan drama pertama dalam hidup saya yang membuatkan saya betul-betul menangis ketika melakonkan babak sedih.”

Kejayaan Teledrama Cinta Sempurna ini banyak dihasilkan oleh kejayaan Quiara membawa watak Shila. Masih terlalu awal untuk saya mengulas drama ini sepenuhnya, namun saya berpuas hati dengan dialog-dialog drama ini yang saya anggap sebagai kekuatan utama Cinta Sempurna.

HARAPAN

Semoga mesej Cinta Sempurna dapat menyumbang kepada insan-insan yang mencari jawapan kepada kehidupan ini yang semakin meruncing pada kejanggalan pemikiran, budaya dan pandangan terhadap hidup beragama.

Namun saya bersetuju dengan pandangan Encik Sahid semasa perbualan kami tempoh hari, bahawa di sana masih banyak ruang yang boleh diperbaiki untuk mengemaskinikan lagi teledrama Cinta Sempurna terutamanya dari segi penampilan diri dan cara berpakaian para pelakon.

Insya Allah, usaha kecil ini bukanlah suatu produk muktamad untuk diangkat sebagai benchmark. Namun ia adalah pembuka langkah kepada terhasilnya produk seni kreatif yang mengangkat nilai-nilai murni sebagai bahan mendidik manusia.

Walau bagaimana pun, saya terus berharap agar penonton memahami bahawa cerita asal Cinta Sempurna hanya berkisar pada kewujudan watak Shila, Najib, Ustaz Nazir dan Dr. Najihah serta idea induk di dalam dialog. Ada pun jalan cerita tambahan, percintaan bersegi-segi yang bakal mencabar watak-watak ini, adalah penambahan di dalam skrip untuk mengukuhkan lagi cara idea Religious Skepticism ini ditampilkan.

Cinta Sempurna yang dijadikan kenderaan kepada pembentangan idea Religious Skepticism ini, mempunyai motif besar yang tersimpan untuk mengejutkan penonton pada episod-episod akhirnya nanti, Insya Allah.

Ada pun kritikan demi kritikan yang dilontarkan di sana sini, saya melepaskan segalanya dengan hati dan fikiran yang terbuka, biar pun sesekali bercakap di dalam tidur kesan memikirkannya.

Salam Ramadhan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Pelancaran Produksi Teledrama CINTA SEMPURNA Alhamdulillah. Itulah sebaik-baik kalimah untuk saya ungkapkan rasa syukur atas...
  2. Cinta Sempurna Menghampiri Penghujungnya Teledrama Cinta Sempurna sudah hampir ke penghujungnya. Banyak persoalan semakin...
  3. Pratonton Teledrama Cinta Sempurna – I Cinta Sempurna sudah selesai penggambaran lebih tiga minggu yang lalu....
  4. Sidang Media Drama CINTA SEMPURNA Alhamdulillah, penggambaran drama CINTA SEMPURNA berjalan lancar. 300 orang warga...
  5. Cinta Itu Bukan Cinta Paksaan   Hari ini hari bekerja. Hari ini bukan hari perayaan....

Advertisement

140 comments

  1. Ustaz Nazmi says:

    Salam..Ustaz..Tepat seperti yang ustaz kata..Terdapat konsep cerita yang agak longgar serta mcm lompat2 plot..namun masuk episod seterusnya..perkara itu dah diperbaiki…
    Mgkin ini sebagai langkah mula ke arah drama yang lebih baik pada masa depan..

  2. abuyon says:

    salam ustaz,

    Apa ada pada rating. Itu persoalan,banyak jawapan. Yang pasti, ia bukan ukuran kejayaan.

    Saya tidak pandai menulis cerita, skrip lagi tak pandai. Tak layak saya beri komentar tentang itu di sini. Tapi atas dasar ukhuwwah dan dalam hati kecil saya berkata, macam ada tak kena kalau drama ini digembar-gemburkan sebagai medium dakwah.

    Macam perempuan mengalukan nasyid, dan kita lelaki mendengarkan – atas alasan nasyid adalah medium dakwah.

    Memang, drama itu betul medium. Ia boleh jadi medium dakwah yang berkesan, kalau kena cara dan jalan.

    Siapa bersetuju, setuju. Siapa tak bersetuju, tak setuju.

    Kita berterima kasih pada ustaz, kerana mengusahakan. Padahal kita sendiri tak mampu. Cuma ia tak perlu diwar-warkan begitu rupa sebagai yang disebut di atas. Ia seolah suci tetapi berdebu, dan kita tak mahu begitu.

    Harap sesiapa yang baca ini dengan dada lapang. Bukan mencari balah ya. Sekadar pandangan yang boleh diabaikan.

    Apa-apapun, syabas buat ustaz. Saya akan cari peluang menontonnya, kerana ustaz yang menulis ceritanya.

    p/s : sedang tunggu KBC sampai ke Malaysia

    • Abu Saif says:

      @abuyon,

      wsalam wbt.

      saya tidak menulis cerita ini. yang menulisnya ialah zabidi mohamed, kenalan abuyon juga. cerita ini ditulis berdasarkan secebis pengalaman saya, itu sahaja.

      peminat ketika cinta bertasbih yang dalam masa yang sama kecewa dengan ayat-ayat cinta, tidak sesuai menonton drama cinta sempurna ini. nanti tambah kecewa dan merana.

      • abuyon says:

        @Abu Saif, Iya saya maklum ustaz, skripnya Zabidi. Cerita asalnya, ustaz. Justeru itulah ia tak perlu diwar-warkan sebegitu rupa, ke guane :)

        Tentang KBC dan AAC, saya ulaslah sedikit, terlanjur ustaz dah sebut. Boleh ya.

        Saya rasa siapa yang kecewa dengan filem AAC tu ada beberapa sebab. Pertama, bagi peminat novelnya. Sebab jalan cerita tak sama. Ini biasa, bagi pembaca-pembaca novel mana-mana pun. Bahkan saya percaya, barangkali siapa yang mengetahui cerita asal ustaz pun, pasti kecewa menonton drama Cinta Sempurna. Kau abuyon kecewa tak, ish tak pasal pula saya nak kecewa, banyak lagi kerja nak buat ni, kalau adapun cuma terkilan sikit je. Macam saya terkilan dengan arwah ustaz Asri sebab, melagukan nasyid Pergi Tak Kembali dengan musik rancak KRU, itu saja. Adapun ustaz Asri tetaplah saya hormat sampai bila-bila.

        Kedua, kerana novel AAC adalah novel dakwah. Dan skrip filemnya juga saya percaya senada dengan novelnya tetapi apabila difilemkan itu yang bermasalah. Hanya yang cakna syariat, dapat mengesan di mana masalahnya. Inilah sebab barangkali, Kang Abik membikin lagi sekali filemnya, dengan mengambil novelnya KCB. Beliau sekaligus melibatkan diri untuk memastikan pembikinan filem selari dengan novel, selaras dengan syariat-Nya. Baru ada jiwa bak orang kata. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah tulis cerita dakwah, biar cara dan kaedah dramanya sekali.

        Saya percaya, menjadikan filem atau drama atau yang sewaktu dengannya memerlukan kekuatan satu team, bukan individu sahaja. Sekadar mencukupkan syarat, sebagai contoh, menulis skrip bukanlah merupakan approach dakwah yang berkesan. Sebab, hasilnya kita sudah maklum. Ia seolahnya membaca satu artikel tentang aurat wanita pada sebuah majalah hiburan penuh wanita terdedah.

        Tetapi kita tetap berterima kasih kepada penulis skripnya, sebab tak ada rotan akarpun berguna. Cuma tak perlu dibesarkan sangat. Takut hilang pahala. Lagipun, sebelumnya, dah ada dulu yang melakukannya. Mereka jadikan ia amal rahsia, meski orang tahu pula. Tahu-tahu dah keluar kredit drama, siapa yang tulis.

        Saya berdoa kepada Allah, agar ustaz diberikan kekuatan team atau jamaah untuk merealisasikan tugas besar ini. Berdakwah melalui medium hiburan. Kalau mahu, ustaz boleh hasilkan filem serupa Children In Heaven. Ia filem Islami tanpa mengorbankan seni. Bahkan dengan sebab Islaminya, itulah seni.

        Salam Ramadhan ya ustaz. Moga malam kita, taraweh dan baca :)

    • syalina says:

      @abuyon,

      Saya suka menonton Cinta Sempurna, tapi semakin hari semakin kecewa dengan pengisiannya.

      Sekarang ia lebih menjurus kepada cinta sesama manusia & mungkin memberi mesej bahawa hanya cinta seperti ini sahaja yang dapat menundukkan mereka yg jahil, sebagaimana Shila & Najib yang tiba-tiba menerima Islam selepas mereka jatuh cinta kepada seorang ustaz & seorang doktor.

      Dan yang paling paling paling mengecewakan saya ialah apabila watak ustaz dibiarkan duduk berdua-duaan bersama wanita (Shila) di taman & sebagainya, begitu juga watak Dr Najihah (itu namanya jika tak salah) boleh keluar dating berdua-duaan bersama lelaki lain di luar pengetahuan keluarga mahu pun tunangnya sendiri, sedangkan kedua-dua watak ini adalah watak penting di dalam menyampaikan da’wah melalui drama ini.

      Mudah-mudahan tiada anak muda yang keluar berdating berkata, “Ustaz Cinta Sempurna pun buat…,”

      Wallahua’lam.

  3. ibnuibrahim says:

    salam. tahniah ustaz, kerana telah membuka lembaran baru dalam dunia lakonan.. moga2 ustaz terus berkarya demi ummat yang tercinta.

  4. mama_liza says:

    Salam, pada awal memang agak perlahan, namun saya jarang ketinggalan menontonnya, alhamdulillah. Dunia penyiaran adalah satu lagi medium dakwah, dan dari situ insan yang ‘gila’ teknologi dan TV seperti saya belajar mengenai agama. Insyallah, moga dengan jalan, tulisan ustaz membantu insan seperti saya. Alhamdulillah

  5. Adyri says:

    salam ust.

    Saya dah mula jatuh hati pada Cinta Sempurna. Saya bukannya peminat drama Melayu, tapi jika ada yang cakap sesuatu drama itu best saya akan cuba tontonnya untuk membuat penilaian.

    Sekarang ni masih lagi dalam penilaian, apa yang boleh saya katakan saya dah mula jatuh hati. Itu saja setakat ini.

  6. ciknura says:

    salam ustaz..saya baru habis tgk cinta sempurna…bagus! satu usaha yg bagus dlm bidang dakwah..sekadar nak tanya..ini cerita dakwah..takpe ke kalau pelakon sendiri yg mendedah aurat? suami isteri plstik sekatil? saya sekadar nak tahu letaknya di sisi agama..harap ustaz boleh bgtau..im a fourth former stdnt yg cetek agama..thanx ustaz..fyi,ive read all ur books!i like ur masterpiece other than faisal tehrani..hehe..salam..

  7. nur says:

    salam utz..
    sy memang tertarik dgn cerita cinta sempurna..tak lepas peluang menontonya..cuma pd pandagan sy pakaian shila 2 seksi sgt…tapi tak dinafikan mmg shila bjaya bw wataknya dengan baik( pd pdgn sy la)…cuma agak krg gemar dgr yuna menyanyi tu..kalu ada lelaki yang menyayikan lagu ketuhanan lg best rasanya…eg akhbar, utz nazri n etc…anyway..tahniah utz!

    • Abu Saif says:

      @nur,

      saya setuju bahawa pakaian shila patut diperbaiki. penerbit juga mengeluh mengenainya

    • sherrydan says:

      @nur,
      Salam…
      cinta sempurna amat menarik cuma terkilan dgn masa tayangan yg begitu pendek. Pd pandangan saya pakaian shila amat bersesuaian dgn karektor yg dibawa. Kerana d alam realiti mungkin shila yg benar2 wujud berpakaian lebih dasyat…moga2 cerita ini mampu memberi sedikit cahaya keinsafan kpd yang menonton. Tahniah kpd semua yg terlibat dlm drama ini.

  8. shahida says:

    assalamualaikum ustaz

    tahniah kepada ustaz kerana dapat menggarap cerita yang lain dari drama2 yang lain. sangat menarik dan banyak memberi pengajaran dan pembelajaran.

    bila saya hayati watak ustaz nazir dan dr najihah, saya teringat cerita tentang ustaz dan isteri dalam buku ‘aku terima nikahnya’ :)

    saya doakan ustaz dapat terus berkarya demi menegakkan islam. aminnn..

    • Abu Saif says:

      @shahida,

      wsalam wbt.

      saya tak pernah keluar jumpa ummu saif macam ustaz nazir vs dr najihah tu. tu je la nak pesannya :)

      • abuyon says:

        @Abu Saif, Ha ustaz, inilah saya cuba nak kabo. Kalau orang tonton, mesti dalam minda kata, oo boleh ya keluar jumpa dua-dua. Kan ralat tu. Sedangkan ustaz tak pernah buat begitu, tapi dalam drama begitu. Mana approach dakwahnya, kalau begitu. Sedangkan cerita asal ustaz boleh dijadikan contoh dalam soal-soal hubungan cinta ni.

  9. ibnu razi says:

    Salam….

    Hampir lima tahun saya tumpang berteduh di TERATAK SAIFULISLAM.COM. Pernah ketika awal saat itu saya berkata di dalam HATI saya bahawa SAIFULISLAM akan menjadi mercu tanda HIKMAH DAKWAH yang mampu menjadi TATAPAN masyarakat moden. TAHNIAH kepada ABU SAIF kerana berjaya melebarkan SAYAP SAIFULISLAM sehingga mencecah lantai SENI.

  10. Assalamualaikum Ustaz.

    Saya ucapkan tahniah utk kejayaan Cinta Sempurna ni dan terima kasih sebab beri idea yang mantap sampaikan saya sekarang dah layan pulak Cinta Sempurna tiap2 hari, yang mana membuatkan isteri saya pelik kenapa saya tengok cerita Melayu, dan bukannya HBO, Starmovies atau Cinemax.

    Nak cakap apa lagi, cerita dah memang best dan gempar, memang berkesan lah di hati.

    Macam masa bercinta dulu, sekali jumpa, hari2 mau jumpa, last2 terus kawen.

    Lebih kurang la saya dengan Cinta Sempurna ni, dah tahap kawen la kut, tinggal takde mas kawen dengan hantaran je. Nak tengok time siang, memang tak dapat sebab keje. Setakat ni lepas tarawih saya tak join lagi moreh, sebab nak merasa “air tangan” Cinta Sempurna.

    Oh Cinta Sempurna, seolah2 dikau isteri kedua ku. Haha.

    Tahniah dan semoga berjaya Ustaz!

  11. Ruzaini says:

    Salam wbt,
    Syabas & Tahniah Ustaz! Mak sy ckp drama ni lain dr yang lain.

  12. miss says:

    salam…

    kali pertama nak bagi komen setelah sekian waktu menjengah ke laman yang bernas ini.

    maaf, saya tidak begitu mengikuti tentang drama cinta sempurna, andai benar ia adalah pengalaman ustaz, tetapi telah diolah dan agak lari dari kisah benar, tidak wajar diakui ia pengalaman sebenar tetapi perkongsian idea.

    saya tidak suka menonton drama ini, sedangkan watak yang dipegang oleh asraf muslim selalu menjadi lirikan saya seperti dalam drama lain tetapi tidak berapa hidup dalam drama ini.

    janganlah cepat merasa drama ini telah menyuntik satu nilai dakwah sedangkan ia amat mengecewakan pada saya. saya menonton banyak drama dan filem terbaik tetapi akan sedih apabila drama berinsur dakwah tidak menjadi, kerana unsur shubhah dan maksiatnya banyak, saya tak boleh terima walaupun ada tauladan yang banyak.kenapa ya?

    jika rasyid sibir yg buat drama dakwah saya tak hairan ia kecundang tetapi apabila nama seperti ustaz terlibat dalam drama sebegini… saya hairan kenapa ustaz membenarkan.

    maaf, saya masih tidak menonton keseluruhan. salam ramadan..

  13. nuaeman says:

    Assalamualaikum Ustaz

    saya ada menonton drama ini tetapi tak mampu ikuti setiap episod kerana ada sedikit pertindihan kadangkala dengan aktiviti saya. Walaupun begitu saya faham dengan intipati cerita serta apa yang cuba disampaikan.

    malam tadi saya balik awal kerumah dan dapat menonton dari awal hingga akhir (episod saya tak pasti)sebagaimana komen-komen sebelum ini sememangnya pakaian shila itu pada saya sangat keterlaluan. Harapan saya kalau Ustaz akan diberi peluang lagi akan datang mungkin boleh berikan sedikit panduan dan buah fikir mengenai perkara ini. Taknaklah pula sebab perkara-perkara sebegini menjadi fitnah pula kepada ustaz.

    Salam Ramadhan dari saya..

    p/s: teringat pada ummu saif bila Dr najihah tu kata dia study kat ireland. Alhamdulillah kalau pelakon tu benar-benar dapat bertudung sebagaimana yang dilakonkan.

  14. zacharias says:

    Salam,

    Tahniah Ust.

    Saya rasa bab ust dgn dr keluar dating tu, orang dah komen.

    Saya nampak macam lakonan sheila tu agak over. Mungkin OK bagi orang yang skeptik, tapi sheila ni Lawyer. Jadi patutnya, dia boleh handle perbincangan secara objektif, dan tak emosional.

    Mungkin sheila ni patut jadi character yang study benda lain macam art kot. berdasarkan pengalaman saya berinteraksi dengan british pun, they are quite objective in the discussion.

    • Abu Saif says:

      @zacharias,

      Wsalam wbt.

      Bab Ust Nazir dating tu, ana ada baca soalan anta di youtube. Ana juga tidak setuju malah ia tiada dalam skrip asal yang ana baca.

      Shila dalam Cinta Sempurna banyak bezanya dengan Shila in her real life. Shila yang ana jumpa tu, more or less macam description anta tentang typical British yang objektif dalam discussion. She’s skeptic with many things tetapi tidaklah sampai macam Shila dalam Cinta Sempurna.

      Tapi drama, soap, exaggeration is part of the parcel

      p/s: itulah bezanya genuine British dengan pseudo-British, jangan terkejut ramai Malaysians yang macam Shila Cinta Sempurna tu. I met many of them and hurt dealing with their attitude

      • zacharias says:

        @Abu Saif,

        Ni, boleh masuk artikel ustaz ‘lebih irish dari irish.. lebih british dari british’

        Again, memandangkan lawyer ni selalu objektif, mungkin direktor patut bagi Shila cinta sempurna ni lulusan lain. Mungkin dia patut buat art, dan najib patut jadi lawyer

  15. hasti says:

    Salam ramadahan ustaz,

    Nak bagitau juga yang saya start tonton drama ni waktu sahur..waktu lain tak sempat sebab kerja..

    Walau saya tak berapa suka dengan barisan pelakonnya(istigfar),tapi saya tetap suka jalan ceritanya. Sebab saya boleh kaitkan kebanyakan pengalaman ustaz yang saya baca dlm Saifulislam.com dalam drama ni.

    Dari segi pakaian Shila dan konco-konconya..hehe..memang saya tak berkenan, tapi tetap nak ucap tahniah atas usaha ustaz dan rakan-rakan. Medium dakwah ustaz dah semakin luas dan saya harap ustaz terus berjaya.

  16. IamDNSAS says:

    Assalamualaikum…

    rsnya komen sya jg sm sprt yg lain…drama ada unsur dakwah yg kuat tp certain part cam pakaian n scene2 dating myb kn alter kot :)

    just ada 1 scene yg sya xberapa setuju, tp klu sya yg t’salah dgr mnt maaf pd ustaz n penulis skripnya ye…scene d mn ustaz pertama mengatakan smthng lbh krg camni “ada 1 kump nasyid bt lagu thank u Allah n ….”.ustaz t’sebut tidak b’setuju dgn nasyid t’sbt or pdnya tidak sesuai nasyid dinyanyikan dlm bhs english. maafkan sya yg jahil ini,tp bknkah Islam utk sesiapa shj w/pun utk bangsa barat?klu btul nasyid xblh disenandungkan dlm english so what with in malay then?nyanyi dlm arab je la n sudahnya haram sepatah kita xphm. Islam itu mudah n utk semua lapisan umat n bangsa so make it that way,xgitu? ^_^

    harapnya bnd2 ‘direct’ sebegini tidak disalah smpikan sbb blh m’undang was2 n pemahaman yg b’canggahan…apa2pun syabas n tahniah coz drama cinta sempurna mmg 2 thumbs up w/pun ada perlunya penambahanbaikan pd certain part…wallahualam

    • Abu Saif says:

      @IamDNSAS,

      wsalam wbt.

      bab pakaian seksi, saya setuju ia mesti diperbaiki dan saya menumpang rasa sesal. sudah disedari semenjak saya diberi peluang menonton cd drama ni dua minggu sebelum ia ke udara.

      bab ustaz marah penasyid nyanyi “thank you Allah, thank you Allah” tu, maybe IamDNSAS salah faham dan tak dapat tangkap mesejnya.

      penulis skrip tidak sama sekali bermaksud bahawa apa yang ustaz tu cakap betul. memang sengaja dia didialogkan begitu sebab nak wujudkan imej seorang ustaz yang anti barat secara melulu, anti english tak tentu pasal, dan sebab tu dia gagal dalam usahanya nak mendepani shila dan najib.

      sekarang saya faham kenapa ‘drama melayu’ tidak boleh membawa idea yang ‘out of box’ kerana ia boleh disalah tanggap oleh penonton yang gagal menangkap idea reverse psychology.

      • IamDNSAS says:

        @Abu Saif,

        mmg ada t’fikir jg bnd ni d’sengajakan coz rs mustahil jg ustaz blh t’lps pandang bnd ni(even kita mmg xda yg sempurna ;) ). jgn salah tafsir,bkn xblh m’bawa idea ‘out of d’box’ cuma ada baiknya idea2 sebegini d’sampaikan dgn lbh jelas coz org bukan Islam jg menonton.takut bkn org non sj akan salah paham tp kita yg Islam ni jg.dah nama pun manusia mmg khilaf ^_^

        org melayu sbnrnya memerlukan lbh byk drama sebegini coz drama2 dakwah yg lalu hny b’kisar pd level yg sama (eg:derhaka ngan parents–>nyesal hny bl dorang meninggal)sdgkan semuanya b’ubah dgn masa.xnak la pi mai pi mai tang tu gak.semoga usaha ustaz ini akan diteruskan dan insyaAllah sya n pastinya ramai lg yg sentiasa menyokong :)

        • zz says:

          @IamDNSAS, Salam buat IamDNSASm,

          Jika saudara suka agar drama melayu hendak disampaikan dengan jelas, saya secara peribadi juga suka agar saudara menulis dengan jelas dan bukan dengan huruf singkatan macam baca sms pulak rasanye…sorry sekadar teguran tapi saya memang kurang selesa membaca tulisan saudara

          • IamDNSAS says:

            @zz,

            terima kasih zz atas tegurannya…mungkin disebabkan terbiasa bila menyalin nota kuliah menggunakan bahasa singkatan dan bersms :) cuma pembetulan sikit,saya ‘saudari’ ye…insyaAllah saya cuba ubah..

            biasanya niat baik tapi cara salah so maaf jika cara saya menyampaikan idea saya salah…maksud saya disampaikan jelas mungkin pada scene tersebut boleh ditambah dialog haji drebar (maaf saya lupa namanya) seperti:”ala ustaz, di barat pun ada juga umat Islamnya patutnya ada nasyid macam tuh…and so on”.bukan angguk-angguk saja seperti mengiyakan dan penonton yang non atau adik-adik kecil juga dapat paham Islam tiada racist…wallahualam ^_^

  17. MAWAR says:

    assalamualaikum,

    tahniah utk ustaz, tapi daripada pandangan saya, setakat 3 episod awal, banyak yang perlu diperbaiki, pakaian, dan gaya percakapan, sebab saya adalah penonton drama melayu yang setia yang tidak suka bahasa rojak dalam drama, patut dikekalkan bahasa melayu sepenuhnya, yang kedua adalah mengenai idea sekolah seni islam yang disebut oleh ustaz baru2 ni mungkin perlu direalisasikan untuk menghasilkan kreativiti berdakwah dalam filem atau drama, sekaligus dapat mengurangkan kekecewaan yang diutarakan oleh sesetengah yang lain mengenai pakaian shila yang seksi itu, wallahua`lam

    • Abu Saif says:

      @MAWAR,

      wsalam wbt.

      drama ini BUKAN DRAMA MELAYU. Memang 60% skripnya di dalam Bahasa Inggeris. Seorang dialog coach dilantik khas untuk memantau penggunaan bahasa inggeris dalam drama ini dan semua dialog bahasa inggeris diberikan sarikata.

      bab pakaian, saya setuju.

      cuma saya ingatkan, pelakon-pelakon tu, pengarah, penerbit, penulis skrip, dan krew drama cinta sempurna tu, baca blog ini. maka saya cadangkan supaya komen-komen bab pakaian tu, dilontarkan dalam bentuk yang boleh menghasilkan kebaikan. jangan sampai berbahasa menghina. tak banyak manfaat boleh ditimbulkan.

      • MAWAR says:

        @Abu Saif, ooo begitu rupanya, bukan drama melayu, memang haruslah dipotretkan begitu, jadi tidak sama lah drama ini dengan drama yang memang sengaja merojakkan bahasa melayu dan inggeris,:)

    • ummusaif says:

      @MAWAR,

      in real life, kita tak cakap pun bhs melayu 100%. percakapan harian kita rojak dan bukannya 100% dpd kamus dewan.

      kalau buat citer 100% dpd kamus dewan dengan grammar yg betul dan tersusun, of course jd tak natural dan tak jd le citernye.

      eg filem2 yasmin ahmad, most dialog tak ikut grammar BM yg betul, that’s why nampak real, natural dan menang byk anugerah.

      ini berbeza dgn teater yg menjaga bahasanya tak kira apa jua bhs yg digunakan.

  18. wann says:

    salam…citer ni, saya adalah tgk jgak kejap2.xth pulak citer ustaz.tapi, tulah, saya stuju dengan komen berkenaan ngan pakaian shila tu.perlu baikilah, jgn seksi sgt bulan2 poso ni.pandangan mata nak juga di jaga.citer bgs ada unsur dakwah tapi xbestlah klu byk sgt unsur2 shubhah dan maksiatnya, takut lain jadinya.tapi, pe2 hal pun tahniah buat ustaz. manalah tahu pasni bykkan citer2 berunsur dakwah mcm ni supaya citer2 merapu cam bohsia, bohjan, mat rempit dsbgnya dah xsedap utk dihidangkan untuk penonton semua.

  19. zaidakhtar says:

    tahniah, syeikh.

    mula-mula memang begitulah. banyak polemiknya. lama-lama nanti orang akan setuju dan terima. dakwah memerlukan masa.

  20. adrian says:

    tahniah Ustaz. psl pakaian n dating tu boleh diperbaiki. drama cinta sempurna ni much2 better than filem2 yasmin ahmad.

  21. iskandar says:

    Tahniah ustaz. Belum sempat nak menontonnya

  22. aelin says:

    hmm..

    siaran jam 3pm tak dpt tengok sebab kerja.
    siaran jam 10pm pun tak dapat sebab belum balik tarawikh.
    sudahnya kami di rumah cuma tengok waktu bersahur.
    mula2 cuma saya sorang yang beriya-iya mengadap sambil makan. tiba2 pagi tadi bila jam dh dekat pukul 5, adik ipar yg bersuara dulu “eh cerita ustaz nazir.. cerita ustaz nazir”
    hahha.. baru tau dia!

    cuma komen saya, kat episode pertama tu watak shila & najib nampak tak natural. erti kata lain, nampak yg mereka sedang berlakon. tapi utk episode terbaru ni, nampaknya dah ada improvement! :)

    terima kasihlah ustaz atas idea utk drama ni. mudah2an ramai yg belajar darinya. ameen.

  23. zhafran says:

    fuh. speechless jap baca komen2 kat atas ni. memandangkan ini drama bersiri. Rasenye takleh nak komen banyak2 dulu. Nanti dah abes baru bleh komen. he2 :)

  24. faizal says:

    Alhamdulillah. Saya menonton sejak siri ke-4. Siri yang tak dapat tonton tu nampaknya kena cari di YT.

    Setakat ini saya rasa 1/2 jam siaran itu terlalu singkat. Mungkin ini adalah tanda garapan skrip yang baik.

    Selain itu, pakaian Ibu kepada Sheila dan Najib mungkin perlu penambahbaikan.

    Dari segi lakonan, pelakon-pelakon senior mmg menghampiri superb.

  25. eima says:

    baru tgk episode 1 kat youtube..tpi rasanya menarik lagi cter nur kasih..huhu

  26. colderlime says:

    bagus ada kt u tube ustaz..at least bg km yg xduk kat msia boleh tgk crita ni..

  27. arulz says:

    salam ust..

    kami di Jordan ni x sempat lagi nak menonton. cuba mencari medium nk download..hehe. xcited nk tonton sbnrnya. tak dapat pulang ke M’sia nk smbut pelajar baru datang. Moga de peluang nonton cerita ni cuti2 ramadhan ni.

    siiru ala barakatillah…

  28. ibnyusoff says:

    nk tanya,zabidi mohamed tu yg karang buku “al-arqam tersungkur d pintu syurga k”?

  29. ana abdu says:

    salam ustaz, nak tanya ustaz akhil belakon jugakkke?

    • Abu Saif says:

      @ana abdu,

      dia tidak berlakon sebaliknya muncul sebagai akil hayy dalam satu babak. saya tak tahu episod berapa. tetapi ada muncul nanti

      • minah says:

        @Abu Saif, saya harap ustaz akan menjaga diri drp fitnah dunia, adalah tidak menarik utk melihat perjalanan hidup seorang ustaz jika terkena fitnah, jaga diri dari difitnah adalah amat penting.

  30. fareast says:

    Alhamdulillah saya baru menyaksikan drama ini. Terima kasih kerana dengan adanya youtube saya dapat menyaksikan drama ini walaupun berada di berada di Jepun.

  31. nik says:

    saya juga peminat cinta sempurna… cerita yang membuat saya tertunggu2 episod seterusnya… buat yang kurang setuju dgn dakwah melalui drama….fikirlah tentang orang yang banyak…cerita harus digarap sesuai dengan khalayak penonton. bagi yang dah berfikiran islamik, sendiri mau ingat lah, apapun satu usaha yang baik!

    • abuyon says:

      @nik, salam bro, nak betulkan sikit ya. Tak ada orang tak setuju dengan dakwah melalui drama. Semua setuju. Bahkan ia boleh jadi medium dakwah yang berkesan. Yang diorang tak setuju ialah cara pembikinannya, itu saja.

      Dari komen yang diberi di sini, dan dari respon ustaz Hasrizal sendiri, kita dah tahu mana pincang mana bengkoknya.

      Sebab itulah sahabat-sahabat di sini beria-ria memberikan komen atau nasihat atau pesanan.

      Sendiri mau ingat la.

  32. zacharias says:

    Satu lagi…

    Tunang ustaz nazir ni, masyaAllah, bermekap-mekap keluar rumah. Dan tudung bergaya sakan. Mungkin sebab dia kerja klinik sendiri kot, sempat la bermekap/ bertudung fancy…

    • zacharias says:

      @zacharias,

      Despite everything that has been said, I am really glad somebody took the effort to translate stories in saifulislam.com into a new medium that can reach more people. I am also glad that the youtube link exists.

      It is not that I do not want to watch Oasis, it is just that I am an Astro-not (someone with no Astro subscription)

    • Abu Saif says:

      @zacharias,

      tak payah tunggu bukak klinik sendiri baru nak melawa. kerja kt hospital dan oncall 48jam pun masih boleh pakai mekap (walaupun tak ramai).

      doktor dulu2, mmg ada yg nampak mcm tak mandi seminggu (post call syndrome). kadang2 org pun tak percaya dia tu doktor, bcoz selekeh sgt. Baju dull, muka tak berbedak, tudung old-fashion, baju tak gosok..
      Itu semua gambaran lama (walaupun segelintir masih ada).

      tp doktor2 sekarang sudah presentable kepada masyarakat. ada yg memilih cara pemakaian mengikut suasana tempat mereka bekerja.

      tak payah tunggu doktor la, profesyen lain pun camtu. so, what so wierd about her?
      doktor tu bukan ustazah. Tunang (bukan hubby) dia je yg ustaz.
      at least dia nk pakai tudung. tgk nowadays, mana yg byk, pakai tudung ke free hair? kalau yg pakai tudung pun kita tak bersyukur, yg free hair apa tah lagi. macam mana nak sampaikan dakwah, kalau dalam hati sentiasa ada perasaan buruk sangka dgn mereka yg berjinak2 dgn agama.
      kita taknak jd mcm pendakwah2 yg sentiasa perlekeh org (mcm ustaz2 dan ustazah yg jumpa Shila dan najib tu), tp kita sendiri mcm tu.

      tp dalam citer ni, saya rasa doktor najihah tu tak keterlaluan. dia cuba menampilkan doktor2 muda zaman sekarang yg kemas dan bekerja di pusat perubatan swasta (… medical centre). dia masih memakai baju kurung di tempat kerja dan memakai blouse bawah paras punggung di luar tmpt kerja).

      imej dia mcm tu utk sesuaikan dengan watak shila. kalau dr tu nampak ‘biasa’ aje ie tak pandai bergaya walaupun memakai tudung, maybe she wont attracts shila’s attention. bcoz all this while, shila nampak org yg pakai tudung ni old-fashion, ketinggalan zaman, tidak sofistikated, tidak terbuka, etc, etc..

      - DR UMMUSAIF

      • zachariias says:

        @Abu Saif, La, maaf lah, ingatkan ini ruangan memberi feedback tentang drama Cinta Sempurna.

        Saya bukan cakap pasal doktor rupa macam mayat, muka tak mandi. Cuma episod, nampaklah seolah-olah doktor ni dress overkill. Dan make up.

        Tapi bila masuk episod baru ni, dia pun baru belajar pakai tudung kan, di Ireland, so maybe that explains.

        Again, ada kata ini drama dakwah dan ada kata bukan. Bagi saya, apa yang baik, terima. Apa yang rasa kurang, nak diperbaiki, kita baiki. Tengok cerita Matrix pun boleh ambil iktibar. Tengok cerita Narnia pun ada elemen Ketuhanan.

        Taubat tak komen dah lepas ini

        • ummusaif says:

          @zachariias,

          relaks.. saya ok aje. jgn takut utk beri komen di sini sebagai mana tuan rumahnya tak pernah takut utk dikritik.

          masing2 nak belajar dan saling memperbetulkan..

          • abuyon says:

            @ummusaif, maksud zachariias, tuan rumah perlu hadam juga apa yang pembaca komen. No need to defence kalau betul yang dikomen. Komen-komen yang diberi di sini, biasanya untuk membina bukan meruntuh, dan second thought yang boleh ditimbang-timbang di kala lapang.

            Kalau tak betul sekalipun, tak perlu pembaca pula jadi sasaran. Moga beroleh rasa, faham juga Insya-Allah.

          • ummusaif says:

            @abuyon,
            inshaAllah, saya faham.

          • Abu Saif says:

            @abuyon,

            Saya, apabila menulis artikel atau komen, saya sedaya upaya cuba berfikir tentang kepelbagaian latar belakang pembaca dan bagaimanakah nanti mereka memahaminya.

            Yang baca blog ni macam-macam jenis manusia, dan saya yakin orang yang faham Islam lebih bijak mengendalikan pembacaan dan komen. Tetapi hulurkanlah sedikit empati kepada orang yang baru nak faham Islam, yang baru berjinak dengan blog Islamik, yang bila dapat komen-komen seperti, menambahkan kebencian mereka kepada orang yang ‘islamik’, ‘alim’, mat surau or whatever the terms used.

            Saya tak pasti la, maybe agaknya famili antum semua bertudung cantik, baik-baik, so apabila nak smash orang yang tak sempurna ni, kira semua orang tu ialah outsiders hidup antum.

            Saya mengalu-alukan kritikan dan pembaca bebas mengkritik, tetapi jangan pula tak mampu menerima jawapan balas.

            Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

          • abuyon says:

            @abuyon, ya Allah ustaz, komen saya yang mana ustaz respon ni. Kalau komen saya di atas, adalah kepada ummusaif, agar zachariias tak merajuk lari.

            Kalau komen saya yang lain, harap ustaz fokus pada isi. Saya tahan, saya sanggup Insya-Allah. Adapun kalau bahasa saya buruk. Itu buruk saya, maafkanlah.

            Lagipun, saya dah sebut, komen yang diberi adalah untuk membina dan 2nd opinion.

            Moga-moga beroleh rasa ya ustaz,
            dan faham juga.

  33. Abu Saif says:

    bincang hero, bincang heroin, bincang baju, bincang tudung, bincang mekap…

    sikit sangat yang ajak bincang bab dialog, isi, perbincangan…

    kalau nak ada kena mengena dengan saya, ia adalah tentang dialog, isi dan diskusi dalam drama tu, tetapi yang dikomen semuanya benda yang di luar pembabitan saya. apa nak dikeluhkan, sabor aje le…

    • abuyon says:

      @Abu Saif, itu ustaz kena terima la ya. Dah medium drama, selain dialog, pastilah actingnya yang utama.

      Macam nasyid, kalau muzik dah lebih-lebih, hilang mesej yang nak disampaikan. Sama la dalam kes ni.

      Sebab itulah.

      • adrian says:

        @abuyon,
        so, apa usaha sedara unt membantu penonton2 CS atau pendengar2 nasyid unt hayati drama/nasyid td?

      • Abu Saif says:

        @abuyon,

        Apa-apa ajelah Abuyon. Semoga bahagia dunia Akhirat.

        • abuyon says:

          @Abu Saif, apa yang ustaz rasa baik, ambillah. Apa yang ustaz rasa tak baik, jadikan sempadan. Moga terus-terus, usaha dakwah. Maju terus pemuda rabbani.

          Sesungguhnya, ad-deen an-nasihah dan saya berpegang, berkata benar meski pahit.

      • ummusaif says:

        @abuyon,

        salam

        keberkesanan sstu filem mmg bergantung pd dialog, mesej, acting, pemakaian, siapa hero heroinnya dll.

        tp spt yg kita tahu, ustaz hasrizal CUMA bg idea asal dan tolong betulkan skrip sikit2 serta tegur mana yg boleh, the rest is di luar bidang ustaz. Main director is still the director and producer.

        so, kalau nk komen di SIO (atau komen UH) ni ialah berkaitan dialog filem ini. The rest kena tanya straight pd penulis skrip asal, pengarah dan juga para pelakon.

        kalau tgk filem ‘Dua Marhalah’ sekalipun, heroin dia tunjukkan zaman silamnya sebagai pelacur. Masa tu dia kena dressing as it is. Takkan jd pelacur, dressing pakai tudung kot.

        Sebagai ‘orang faham agama’ macam kita ni, sepatutnya fokus kita kpd yg lbh penting iaitu dialog penting ttg islam, iman dan akal yg cuba ustaz hasrizal tekankan kt sini.

        i really wish, somebody can comment about the main highlights in this film- iaitu camana nk tarbiyyah org yg tolak islam/tuhan dgn hujjah2 aqli dan bukannya dok komen ttg baju dan mekap.
        (walaupun sy tak kata sy setuju 100% dgn dressing dlm citer ni).

        • abuyon says:

          @ummusaif, saya faham ya ummu, ustaz hanya beri cerita. Tapi tak boleh kata tak ada kena-mengena. Tak boleh lepas begitu saja, sahamnya tetaplah ada.

          Dialog tanpa drama, adalah
          radio

          Drama tanpa dialog, adalah
          Charlie Chaplin

          Tak boleh nak minta orang, “kau tengok drama tu, dengar dialog baik-baik ya”

          Drama adalah drama, biar bagaimana kita nak pesan minta dengar dialog ke apa. Sebab itu caranya.

          Apa yang benar, benar dan
          apa yang salah,
          salah

          Mohon maaf kalau terasa ke apa,
          di bulan puasa ini ya. Saya, tak mo berbalah dengan sesiapa, cuma melontarkan pandangan yang ada.

          Baik, dari Allah saja. Buruk, buruk saya.

          • abuyon says:

            @abuyon, tapi sungguh saya beritahu, drama CS ini tetaplah lebih baik dari drama yang ada.

            Begitu juga, filem AAC tetaplah lebih baik dari filem yang ada.

        • minah says:

          @ummusaif, kalau tgk filem ‘Dua Marhalah’ sekalipun, heroin dia tunjukkan zaman silamnya sebagai pelacur. Masa tu dia kena dressing as it is. Takkan jd pelacur, dressing pakai tudung kot.

          sebenarnya tak perlu dressing seksi pun nak menggambarkan cerita pelacur ni, dengan kreativiti, boleh dicuba cara lain, mungkin dngn menggelapkan gambar ke, tggal bayang2 je

          dulu, kalau cerita yang ada Islam di dalamnya hanyalah apabila ada ajaran sesat, tok guru kahwin dua,

          sekarang, cerita yang ada Islam di dalamnya adalah buat jahat mula2 then insaf,

          persoalannya bilalah cerita ini akan melangkah setapak lagi ke hadapan untuk dipamerkan Islam is a way of life

          semua orang kena usaha ke arah itu,

          • ummusaif says:

            @minah,

            “sebenarnya tak perlu dressing seksi pun nak menggambarkan cerita pelacur ni, dengan kreativiti, boleh dicuba cara lain, mungkin dngn menggelapkan gambar ke, tggal bayang2 je”

            Cuma saya nak clearkan sedikit perkara:

            mmg realiti pelacur dressing as it is, tapi saya tak kata kena tunjuk betul2 akan adegan, aurat atau keseksiannya. Ada pelacur yg pakai macam call girl yg dressing macam biasa ie kasual.

            So, ianya bergantung bagaimana pelakon atau pengarah utk menggayakannya.

            Dan, semenjak ramai yg kreatif ttg idea guna bayang2 ke tabir ke, itu terpulang ikut kreativiti masing2.

    • adrian says:

      @Abu Saif,

      sesungguhnya yg sikit itu lah berkat ustaz. sy lebih tgk pd dialog dlm CS. nmpk dialog2 tersebut cuba beri maklumat dan panduan bgmn nk mendidik anak……bgmn kepincangan mula berlaku…….bgmn nk menangani…..

      sabar lh ustaz, keje dakwah ni ibarat menggenggam bara api……sendiri faham laa…..

    • zz says:

      @Abu Saif,

      Masa Ust Nazir sebut kat pelajar dia ‘Seek First to Understand’ anak saya yang sulong terus cakap, macam Ust Hasrizal punya kata-kata. Yang pasti saya suka dengan drama tersebut dan anak sulong saya juga minat sebab dia nampak citer asal oleh Ustaz Hasrizal. Bila saya balik kerja dia akan menceritakan drama tersebut yang dia tengok pada pukul 3pm. Apa yang saya perhatikan anak saya yang berumur 12 tahun alert dengan dialog dan pengucapan dari para pelakon.

      Dia pernah bertanya pada saya , “abah tak tak tanya kawan abah Ustaz Hasrizal ending sebenar lepas Ustaz jumpa budak 2 orang tu cam mana?”. :)

      Anyway minta doakan kejayaan anak sulong saya untuk berjaya di UPSR pada 8-10 Sept ini.

    • faizal says:

      @Abu Saif,
      Tak pandai nak komen berkaitan dialog melainkan ada beberapa dialog yg sangat sinonim dengan Saifulislam.com.

      Misalnya episod semalam – berkaitan dengan matlamat hidup.

      Tak pasti samada adakah lebih baik Ust Nazir mengambil pendekatan bertanya berkaitan hal bahawa mereka yang tiada tujuan hidup itu umpama lembu.

      Apapun, bertanya mungkin membawa natijah lain kepada jalan cerita …

    • Hadeed says:

      @Abu Saif, Saya pun Astro-not. So baru tgk episod satu skit – kat You Tube. So belum sampai ke dialog-dialog yang penting tu. Tak sabar nak sampai part tu…harap ada sesuatu yang bagus untuk panduan saya.

      Bagi saya, berbanding lakonan, dialog lebih penting (bukan yg panjang dan meleret) dalam sesuatu cerita. Maklum lah, dari sekolah rendah dah jadi “hantu” TV (bak kata pak cik saya). So, kebanyakkan jalan cerita dan lakonan, agak “predictable” untuk saya.

      Pendapat saya yang belum betul-betul menonton drama ini – banyak betul komen…saya pun tempted nak komen juga… =)

      Satu percubaan yang baik dari Ust. dan dari semua yang terlibat dalam menjayakannya. Langkah pertama…malah langkah2 yang seterusnya, memang tidak akan pernah sempurna. We have a life time to try and make mistakes. Yang penting, langkah ke-2 harus lebih kemas dari langkah pertama, dan begitulah yang seterusnya.

  34. akasyah says:

    salam ustaz….
    cerita ini yang dilakonkan oleh asyraaf muslim kan….
    tp secara realitinya mmg keadaan ini wujud…
    saya yang beragama islam dan tahu sikit2 pasal islam ni pon kadang2 memandang ‘slack’ kpd golongan yg ala-ala ‘alim’ ni.terutamanya di universiti..yg saya perasan,golongan seperti ini seperti tidak senang dgn perangai sesetengah golongan yg biasa ini,termasuklah saya sendiri.jadi sebab tu la sy x berapa nak kawan dgn diorang ini.saya jenis yg ”’huhahuha”” jugak…tp saye xla seperti golongan yg ‘teruk’ sgt….cuma…..itula pada pendapat saya…

    • ummusaif says:

      @akasyah,

      kt mana2 pun cetu. Ada sstgh geng yg ‘ala-ala alim’ ni dok kawan dgn geng sejenis dia je.

      So tak blh salahkan budak2 kalau taknak gi surau bcoz masa tu je le depa tegur budak2 lain iaitu masa nk suruh gi surau.

      tp tak semua cetu. ada yg telah terbuka mindanya. dn kita yg ‘biasa-biasa’ ni pun kena up grade diri kita dan jgn pandang negatif pd ‘golongan agama’ ini.

    • adrian says:

      @akasyah,

      ada my friend background degree islamic study n skrg keje kt mnc company dept finance. ramai la sedara-mara, kwn2 kolej, kwn2 ofis dia dok tanya knp x keje jd ustaz? x nk apply kpli/j-qaf/kafa jd pengajar ke? ehhh…..mcm x suka je dia keje kt mnc company tu. boleh bantu kwn sy tu x nk jwb mcmn dan knp jadi mcm nie?

      • ummusaif says:

        @adrian,

        maybe blh bg contoh ramai graduan shariah yg jd islamic finance adviser di bank2 commerce eg Ustaz Zaharuddin. kita perlukan mereka utk membimbing sistem perniagaan dan perdagangan kita.

        Kerja ustaz bukan jd ustaz kt sekolah aje.
        If they can go further and confident in what they are doing, they should proceed with it.

      • minah says:

        @adrian, kalau dia tahu apa yang dia buat, nescaya dia ada jawapan, unless memang dia sendiri tidak mahu ustaz, skrg ni dah banyak graduan pengajian islam yang tidak mahu dipanggil ustaz, bimbang sekiranya digelar ustaz sudah tidak boleh berbuat apa sahaja yang disukai and kena jaga tingkah laku, lagi menyedihkan

  35. Ana Abdu says:

    assalammualaikum….

    Ana abdu min lambor kiri…. kalau nak komen pun mungkin sama ngn komen2 yg
    sedia ada, cerita yg baik untuk teladan tetapi persoalannya penterjemahannya
    dalam watak pelakon itu yg membawa masaalah.. tetapa ia tetap boleh
    diteladani..

  36. hmm... says:

    Saya belum menontonnya lagi.

    Apa2pun, saya percaya susah untuk menjadi terlalu perfectionist dalam keadaan masyarakat sangat kurang choices utk drama. Tgklaa drama kat TV3 tu, aduhai, sangat2laa membantutkan otak, tak stimulate untuk fikir2, menyampah pun ada. tapi realitinya, itulah yg masyarakat kita tgk. dan itulah yang telah dan sedang membentuk fikiran dan minda masyarakat kita, for years already! lagi2 TV3 adalah stesen yg free.. Khalayak lebih ramai yg terdedah kepada unsur2 ‘maha hebat’. nak tak nak, kena ada jugak alternative, walaupun x perfect.

    i suppose this is a great effort. despite it’s kekurangan as mentioned. tapi for everything, semua ada the first step kan? so boleh improvise next time. I think kekurangan mana2 can be forgiven. as long as Lesson learned and improvise afterwards.

    -hanya hamba Allah yang banyak juga kekurangannya-

  37. FRH says:

    Assalamualaikum wbt.

    Saya amat jarang menonton drama Melayu lantaran saya berada di luar negara sudah beberapa tahun dan kerana kesibukan belajar. Jadi pendapat yang ingin saya kongsikan tentang drama ini mungkin hanya terhad pada drama ini sahaja yg telah saya tonton sehingga episod 7, dan tidak membandingkannya dengan drama lain.

    Pendapat saya mengenai kurangnya komen membina terhadap dialog dalam drama ini adalah kerana terganggu pada pandangan mata mereka dan juga saya terhadap perkara2 kecil tapi besar seperti pakaian, mekap, penterjemahan watak dan sebagainya sehinggakan kurang penelitian terhadap isi dialog. Jadi penting sebenarnya jika perkara2 kecil tapi besar ini dikaji semula semoga penonton tidak terpesong perhatiannya. Ini kerana, tidak semua penonton adalah kritis terhadap apa yang ingin disampaikan. Ada yang mengambil pengajaran dari perbuatan para pelakon, ada yang mengambil pelajaran dari perkataan para pelakon, yang lebih bijak, mereka mengambil pengajaran dari kedua-duanya.

    Pendapat kedua saya adalah mengenai dialog Shila. Pada pengamatan saya, Shila seorang yang bijak, berpelajaran tinggi dan kritis kerana dibesarkan dalam persekitaran luar negara yang selalu ingin ke depan. Cuma mungkin, pendapatnya terhadap isu seperti pemakaian tudung adalah pendapat tipikal yang biasa (orang memakai tudung selalunya berkutu). Saya sebenarnya menantikan dia berkata seperti “hijab is a statement of oppression towards women”, “saya kasihan melihat perempuan yang memakai tudung ini, mereka tidak bebas,” atau hujah yang lebih kuat lg yg menunjukkan dia seorang yg bijak berfikir (tapi tidak di landasan yang betul).

    perkara mekap juga sebenarnya adalah satu isu yg pernah saya hadapi di sini. Rakan seuniversiti non muslim saya pernah bertanya bolehkan perempuan muslim memakai make up. Saya yang tidak bermake-up menjawab, Islam mahukan kita bersederhana. Jika muslim perempuan, seeloknya dia tidaklah berhias sehingga menarik perhatian orang lain terutamanya lelaki. Dan dia terus bertanya kenapa rakan baik saya (muslim Malaysia) memakai make up yg banyak (lebih byk dr org putih sendiri). Jadi make-up juga subjektif, dan mungkin boleh dijadikan isu dalam berdirinya prinsip Shila terhadap agama Islam kerana Shila percaya pada kecantikan dan presentation diri seseorang.

    Wallahualam

  38. nilamkura says:

    salam.

    Jujur sy bgtau,mula-mula boring cerita nieh..scene die lompat2..dan bila tgk cerita cinta sempurna ini saya selalu bandingkan dgn cerita nur kasih..Tapi bile masuk ke episode 5 ke atas sy semakin tertunggu-tunggu.Jalan cerita yang menarik.

    syabas!..

  39. hamzah says:

    Assalamu’alaikum.Ust ! Saya nak buat satu permintaan.Saya sekarang sedang berada ditimur tengah,selalu mengikuti perkembangan SIO,untuk drama ini,ramai kawan-kawan dari sini yg ikuti,cuma dikeranakan dialog 60% B.I,kami kurang memahami apa yang nak disampaikan,saya mencadangkan supaya diletakkan subtitle B.M untuk membuktikan ianya sesuai utk semua lapisan masyarakat,dari itu juga mungkin kami boleh dapat ambil ‘ibrah dan persediaan untuk kami hadapi realiti sebenar masyarakat m’sia.

    • Abu Saif says:

      @hamzah,

      Wsalam wbt Hamzah.

      Sebenarnya hampir semua dialog Bahasa Inggeris dalam drama ni mempunyai sarikata. Ia akan keluar apabila button subtitle pada remote controller Astro ditekan.

      Ada pun versi di Youtube, mungkin pihak yang merakamnya tidak onkan subtitle, atau perakam tidak dapat menangkap subtitle tersebut.

      Anyway terima kasih kerana menontonnya. Semoga ada manfaat yang boleh diambil

      • zacharias says:

        @Abu Saif,

        Beberapa hari lepas, saya makan di sebuah warung. Minta la mereka tukar ke astro oasis nak tengok drama ini la.

        Selepas beberapa minit, depa tukar balik tengok wrestling, sebab drama ni banyak cakap (dan bahasa inggeris pula).

        Saya rasa, dialog yang ada tu, memang perlu untuk mendapatkan kefahaman dan untuk ikut dalam perbincangan. Lebih kepada persoalan bagaimana nak memupuk minat membaca/ menambah ilmu segelintir (kecil) ahli masyarakat. Macam mana ya?

  40. hamzah says:

    maaf,mintak ustaz sampaikan pada yg berwajib…

  41. Sone says:

    salam,ramadhan kareem

    time temgok drama tu kat umah, kawan2 bujang ni tak ada lain dok komen shila,shila.shila memanjang. bukannya pasal dialog shila tapi figuranya shila, yelah komen sendanakal org bujang. memang betul time tengok shila susah nak focus pada dialog dia.
    mungkin sebab saya rasa ianya lakonan yg tak sampai utk saya hayati.
    namun sungguh ustaz, rating tersebut teramat mengejutkan! bagi saya CS adalah satu drama yg menceritakan mesej Islam. Dialog penghujahan saya kira tunjangnya perlu lagi kreatif dibawa oleh pelakon dan dihala oleh pengarah agar mesej itu sampai ke segenap masyarakat penonton.teringin sekali sy ingin bandingkan di sini dgn drama NK dari segi penghayatan oleh pelakon yg digarap oleh pengarah serta cinematografinya sekali (abaikan kisah cinta ala soap opera dan filem hindustan yg disajikannya). Kalaulah kualiti2 NurKasih yg itu diletakkan pada pada Cinta Sempurna..

  42. Nasrul says:

    dipetik dari
    http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Klik/20090628105207/Article/index_html

    “Inilah percubaan pertama beliau, yang juga bekas peguam Al-Arqam menulis skrip. Ia diadaptasikan dari pengalaman hidup pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hasrizal Abdul Jamil. Ustaz Hasri sebelum ini pernah menceritakan kisah benar itu di blognya (http://saifulislam.blogspot.com).

    “Sebenarnya, ramai tidak tahu blognya itu dilayari kira-kira 40 juta pelayar dari seluruh dunia, jauh lebih ramai dari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ustaz Hasri memang popular di luar (negara), malah sering dijemput untuk berceramah ,” katanya.

    p/s – ustaz lecturer UIA rupanya …

  43. Dina says:

    Saya masih tidak berpeluang menonton cerita Cinta Sempurna ini. Tentunya ianya cerita yang menarik.

  44. introspeksi_jordan says:

    mengambil hikmah di setiap kejadian,mencari nilai pada setiap sesuatu.kita umat islam,umat berfikir.apa yang baik diteladani dan yang tidak, dijadikan sempadan.hebat juga komen-komen di sini.wa tadullu ‘ala kullukum tatafakkaruun.ustaz buat cerita melayu,pelakon melayu tapi cakap arab pula lepas ni.kita kembangkan bahasa al quran ni pun menarik juga.atau perkenalkan saya pada pihak yang berkenaan.sejak balik dari jordan,jadi gardener di rumah sendiri di samping ajar-ajar arab pada keluarga.kadang-kadang,cakap arab sorang-sorang.hihihi..

  45. diyana says:

    slps baca comment2 diatas psl pakaian,makeup dll..sya tertanya2..adakah drama ini dibuat untuk tatapan ustaz2 dan orang2 ‘alim’ sahaja? smpai watak yg tak islamic pun kena tutup aurat?

    lets face the reality.. penonton diluar sana bukan semua nya paham islam spt commentor2 diatas..

    ini adalah salah satu pendekatan yg menarik minat golongan yg ‘kurang faham islam’. kesempurnaan hanyalah milik Allah, yang harus difikirkan oleh kita ialah: apa peranan aku pula?

    jika tak mampu mencipta jgnlah menjadi perosak..muhasabah lah diri dibulan magfirah ini, jgn kerana rasa diri lebih baik dari org lain yg tak islamic,membuat islam dilihat sebagai jumud, islam itu damai,indah dan mudah.

    • zacharias says:

      @diyana,

      Isu make up dan ‘tabarruj’ itu adalah pada dr najihah iaitu karakter tunang ustaz, dan juga dr yang nak betulkan najib. jadi dia adalah watak islamik.

      Saya tak timbulkan isu sheila make up ataupun pakaian sheila tu. Sebab itu ‘hak’ dia.

      Saya rasa ust hasrizal pun pernah sebut, bila jadi pendakwah, orang akan turut menilai keluarga dan yang terdekat dengan kita. Dalam kes ini, mungkin orang akan kata ‘siapa ustaz nazir ni, nak membetulkan keluarga orang, sedangkan tunang dia sendiri….’

      Tak apa lah, kita cuma bagi cadangan. Mungkin drama akan datang, pengarah akan beri perhatian lebih pada perkara2 macam ni.

      Wallahua’lam

      P/s: tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

  46. diyana says:

    slps baca comment2 diatas psl pakaian,makeup dll..sya tertanya2..adakah drama ini dibuat untuk tatapan ustaz2 dan orang2 ‘alim’ sahaja? smpai watak yg tak islamic pun kena tutup aurat?

    lets face the reality.. penonton diluar sana bukan semua nya paham islam spt commentor2 diatas..

    ini adalah salah satu pendekatan yg menarik minat golongan yg ‘kurang faham islam’. kesempurnaan hanyalah milik Allah, yang harus difikirkan oleh kita ialah: apa peranan aku pula?

    jika tak mampu mencipta jgnlah menjadi perosak..muhasabah lah diri dibulan magfirah ini, jgn kerana rasa diri lebih baik dari org lain yg tak islamic,membuat islam dilihat sebagai jumud., islam itu damai,indah dan mudah.

  47. yat says:

    salam rembang petang..
    saya stiasa mgikuti episod CS ni..cerita ini sesempurna tajuknya bagi saya. At first, saya tak tahu yang cerita ini adalah cerita asal ustaz haszrizal…but on first episode saya menontonnya…saya bercakap sendiri..macam pernah ku dengar kisah ini…and then after few episodes, barulah saya perasan nama ustaz sebagai pencerita asal kisah ini…rupa-rupanya..baru saya teringat yang sya pernah terdengar kisah cerita ni dalam ceramah motivasi ustaz pada students di sebuah sekolah in perak…Quaira berjaya membawa watak shila dengan berkesan..that’s few little words could be said..wallahua’lam..
    salam sejahtera dan salam ramadan…

  48. Ayong says:

    Salam. Alhamdulillah, so far saya berpuas hati dgn kupasan dalam drama Cinta Sempurna. Of course ada hicup sana sini. Walaupun ramai yg tidak pernah bersua dgn ustaz, mereka yakin amat kenal dgn ustaz. Meaning, follower blog ni dah tahu pendirian ustaz dan gaya ustaz. Apa pun kelemahan yang ada dalam drama ni saya yakin ianya bukanlah disengajakan.

    Sudah menjadi trend media sekarang menjamu penonton dgn drama yang tidak mendidik masyarakat. Maksud mendidik di sini ialah menyatakan masalah dan memberi jalan penyelesaiannya. Itu yg kurang. Apa yang ada lebih kepada pernyataan masalah semata-mata. Mungkin disebabkan rasa takut yang ada pada setiap penerbit drama atau filem di Malaysia. Ramai penerbit tidak takut untuk menghasilkan drama yang mengandungi isu sensitif seperti kekeliruan dalam beragama, amalan ilmu hitam, kehidupan songsang masyarakat, kepincangan institusi keluarga dan banyak lagi. Tetapi ramai yang takut untuk memberi penyelesaian atau jawapan yang betul.

    Sekurang-kurangnya dalam Cinta Sempurna ni saya mendapat soalan dan jawapan sekali. Cuma perlu diperkemaskan sense of rational dalam drama ni. Itu je.

  49. Musafir says:

    assalamulaikum,ustaz…. Ramadhan Kareem, firstly, saya nak tanya beberapa soalan yang saya agak musykil tentang Cinta Sempurna: 1) perlukah watak ustaz nabil seorang ustaz yang tall,dark and handsome dan masih single(baru bertunang)? 2) perlukah kebetulan dimana shila’s brother jatuh cinta dengan tunang ustaz nabil? 3) Tidakkah nanti akan timbul persoalan di mana perubahan Shila adalah disebabkan oleh seorang ustaz nabil yang handsome? 4)Kenapa drama seperti ini tidak boleh membetulkan imej seorang yang tipikal ustaz yang berserban, kopiah, berjubah dan bertasbih kepada seorang yang lebih baik dan boleh diterima ramai (instead of mempersembahkan ustaz yang berserban, berjubah and etc tersebut seorang yang jumud dan keras)? 5)mengenai konflik pendidikan anak2, cth:ayah memaksa anak2 ke sekolah agama sedangkan parents itu sendiri tidak ada usaha untuk ke’sekolah agama’ juga.bagaimana kita boleh membantu anak2 yang memberontak ini..maksud saya usaha parents, guru dan masyarakat yang sebetulnya perlu dipertontonkan kepada penonton supaya penonton atau ibu bapa yang mempunyai masalah yang serupa boleh mengambil pengajaran. komen ustaz? secondly, saya suka kalau ustaz boleh berikan sedikit pandanggan mengenai: 1) adakah perlu sesebuah drama itu mempertontonkan banyak contoh permasalahan seperti camne seseorang itu berpakaian seksi, berdating, tidur sekatil (untuk menunjuk kehidupan suami isteri),minum arak, menggoda dan etc?kenapa tidak dipertontonkan cara menyelesaikannya. sebab saya perasan kalau ada penyesalan untuk watak2 yang melakukan maksiat seperti di atas pun hanyalah sekejap dan saya rasa penonton lebih terkesan dengan aksi2 maksiat tersebut lebih daripada penyesalan watak yang hanya dipertontonkan di akhir cerita. Sangat menginginkan pandangan dan komen dari ustaz..terima kasih… -maaflah kalau ayat dan bahasa cam budak baru lepas ambil UPSR.huhuhuhu…

    • Abu Nabil says:

      @Musafir, Maaf sebelum ustaz jawab No 1, 2 & 3, saya komen dulu.. since the story is based on reality, itulah reality yang berlaku dan pernah berlaku.

      Selalu dan banyak kali seseorang wanita jatuh hati kpd seseorang yang alim (tak semestinya ustaz) yang handsome, tanpa mengetahui insan tersebut telah berpunya.

      It’s normal & biasa berlaku.. dan drama tersebut bijak menggunakannya utk menghasilkan jalan cerita yang menarik.

      Yang penting pengakhiran kpd episod tersebut.. bagaimana akhirnya wanita tersebut akhirnya benar-benar berubah atas kesedaran dan melupakan jejaka yang handsome.. kita tunggu ending Cinta Sempurna

  50. Balqis says:

    That Shila, she prepared questions nak tanya Ust Nazir? Siap rehearse lagi. Dia takut kot, hehe… Tapi best juga soalan-soalan tu, memang soalan senang tapi untuk orang seperti Shila jawapan mudah seperti, ‘dah memang Allah suruh macam tu or that’s what quran said or memang hukumnya camtu jadi kita kena ikut’ confirm Shila jawab selamba, ‘not my cup of tea….’

    Seperti kata Ust Nazir, ‘Shila tu tak tahu yang dia tak tahu agama’. So, mesti approach untuk Shila ada caranya yang tersendiri and give up totally is wrong. Good drama secara ilmiahnya, yes it’s great. I learn a lot in the process. Belajar dari Shila, parents Shila and Najib and Dr. Najihah too. Tak sabar mahu dengar debat antara Shila dan Ust Nazir. Macam mana Ust Nazir tackle the questions. Even, ayah saya yang tak suka drama Melayu (ambil banyak masa tetapi kesan akhirnya kurang – katanya) pun want’s to know the answers. Drama ini (w/pun mdpt banyak kritikan krn cara berpakaian pelakonnya), ia memperlihatkan banyak cara berdakwah – bahawa setiap orang itu berbeza sentuhan hidayahnya. The holy man, shouldn’t just be a holy man.

    Nak pukul 3 dah, tak sabar tunggu episod 12 ni… The holy man vs Shila.

  51. hajar says:

    Assalamualaikum
    …Satu usaha yang berani dan umat Islam perlu berani.Tahniah!Tapi seperti Ustaz sedia maklum ,saya sangat setuju dengan Abuyon.Biarlah selepas ini ia adalah satu team…semua krew terlibat perlu menghayati mesej yang hendak disampaikan.Br.2 ini kwn saya komen dia dah tak nak tengok siri drama yang tak kurang hebatnya disaluran lain gara-gara pelakon wanitanya pernah berpakaian seksi.Begitulah dia dan mungkin ramai lagi…dan terus terang saya banyak kali tak sempat nak tengok CS.Saya pernah tengok sekali dan hati saya terus layu, mungkin harapan saya terlalu tinggi…InsyaAllah ada kesempatan sy akan cr.peluang

  52. Abu Nabil says:

    I think blog saifulislam.com memainkan peranan yang penting men`glamer’kan drama Cinta Sempurna.

    Pengarahan `Cinta Sempurna’ tak sekuat `Nur kasih’ di TV3 tapi mungkin kekuatan pada jalan cerita (cerita asal) & skrip, cuma adakalanya dirasakan pengarah gagal memasukkan elemen emosi dalam pengarahan.

    Actually balik kampung baru ni terkejut bila mak saya juga cukup meminati drama Cinta sempurna terutama Ustaz Nazir yang kacak.. orang tua pun suka pada kecantikan!

    anyway Syabas atas usaha baru ustaz Hasrizal dalam memeriahkan industri perfileman, pastinya drama ini boleh menjadi `hit’ astro Oasis tapi belum cukup kuat menjadi drama terbaik.

    Apapun, tahniah

  53. Dr.N says:

    sapa rasa drama ni tak sesuai di jiwa depa….tengok Nnimal planet..

  54. Mardhiah says:

    Salam….
    Ustaz,
    Tahniah atas jalan cerita Cinta Sempurna ni.Yang kurang gemarnya sikit….bab pakaian Shila dgn bab dia pi enjoy kat disko tu.Anyway, memang medium hiburan negara kita masih belum dapat dikawal sebab Malaysia belum jadi negara Islam macam Iran.Apa pun, usaha ini bagi saya memadai dalam keadaan rakyat Malaysia tersangat dahagakan agama Islam yang sebenar….Saya sentiasa ikuti kisah ni. Cuma nak tahu, di mana nak dapatkan kisah yang betul-betul tanpa ada tokok tambah pasal kisah sebenar Ustaz dalam Cinta Sempurna.KAT MANA SAYA BOLEH DAPAT.nAK SANGAT BACA dan mengetahui yang sebenar-benarnya tanpa tokok tambah atau ubahsuai macam dalam drama tu.Terima kasih banyak!

    • ummusaif says:

      @Mardhiah,

      errr, actually citer sebenarnya cuma dialog 1 HARI ttg: kenapa kena solat, kenapa islam haramkan anjing dan kenapa kena tutup aurat rasanya. Basiccaly dialog ttg Tuhan, Islam.

      THE REST IS FICTION.

      Tak pastilak ustaz ada n3 khas ttg ni. Tp maybe ustaz ada selit ttg pengisian di atas dlm entri2 ustaz. (Hubby, correct me if i’m wrong).

  55. ummuhabibah says:

    tahniah abuyon kerana membuka minda golongan yg syok sendiri tentang drama cinta sempurna yg kononnya sempurna ini.

  56. Abu Saif says:

    Setuju ok
    Tak setuju ok
    Suka ok
    Tak suka ok

    Tapi yang ini, penyakit!

  57. Assalamualaikum..
    tahniah…sy n anak2 minat cerita. Dulu dapat tonton selepas sahur, tapi sekarang dah x der..x dapat tengok hari2, masa siaran x sama ngan masa free sy..

  58. spm je says:

    Ade 2 cerita. Satu Cinta Sempurna satu lagi Qalesya.. Gaya penyampaian berbeza namun tujuan ttp sama.

    Satu wataknya di hidupkan oleh orang-orang dewasa satu lagi wataknya di hidupkan oleh kanak-kanak.

    Semuanya mencari islam sebagai Ad din..

    Namun ikut telahan diri, Qalesya lebih sesuai untuk tatapan di sepanjang Ramadhan nih rasanye.

    Tapi Astro Prima tayang time solat tarawih la pulak. U Tube jadi saluran.

    Salam.

  59. rafaie says:

    salam ustaz…

    bagaimana nak layari cinta sempurna ini???selain dari youtube tak der ker dalam mana2 torrent???

  60. ettirq says:

    alhamdulillah akhirnya saya jumpa juga drama yg saya nanti-nantikan dan ingin sangat ketemu… memang dah lama jugak saya menantikan drama yang bersifat ketuhanan dengan medium yang membincangkan tentang akidah umat islam di akhir zaman ini… masyarakat tiada sifat malu seolah-olah perasaan malu itu telah ditarik… kejahilan agama kian berterusan dan boleh dikata segelintir pemimpin agama sendiri tidak menampakkan contoh yang baik…(berdasarkan pengalaman saya)… pada pendapat saya, remaja tidak boleh disalahkan 1oo% kerana org dewasa atau da leaders for young people spt guru, ibu bapa dsb menunjukkan contoh yg tidak baik kepada remaja2 ini… bagaimana remaja2 ini atau masyarakat kini akan mendalami konsep islam sebenar… saya bersekolah di sekolah tinggi mubaligh dan pelbagai pengalaman tentang agama islam spt dlm drama cinta sempurna saya peroleh…malah lebih teruk juga ada…pelbagai cerita dan ragam saya temui menjadikan saya insaf dan kadangkala muhasabah diri jadi saya amat menantikan satu medium dakwah yg boleh menggambarkan situasi tersebut sambil menimbulkan keinsafan… semoga ianya dapat dijadikan pedoman dan iktibar…

  61. ettirq says:

    diharap ustaz dapat memberikan konsep idea yang mengketengahkan tentang alQuran pula…saya punyai pengalaman yg menyebabkan saya tersentuh apabila guru agama sendiri tidak menitikberatkan keselamatan alQuran di sekolah tinggi mubaligh ini…saya pula sebagai pelajar tidak punya kuasa untuk menentang golongan kafirin menghina alQuran melalui perbuatan dan apabila meminta pertolongan guru agama supaya menyelamatkan alquran tersebut they ignored me…amat menyedihakan hati… di harap semakin banyak dakwah yang dapat ustaz ketengahkan melalui ideologi yg baru, bernas serta challenge people’s mind to think bout it… insyaAllah..

  62. kui says:

    salam ustaz.. cerita cinta sempurna ni memang best.. saya suka sangat… sy pon tengok kat youtube sebab kerja kan, takleh la tengok tv.. saya promot kat kawan saya & diaorang pon addicted dah..hehe..

    skripnye saya suka, rasa yakin bila dengar… & byk bagi cara untuk menjawab persoalan-persoalan yg saya rasa sy pon tak reti nak jawab kalau ada orang tanya ala-ala shila tu…

    teruskan ustaz! all d best

  63. Mazuin Zaidi says:

    Salaam spm je,

    Membandingkan Qalesya dgn Cinta Sempurna tidak adil. Qalesya cerita adaptasi dari drama Indonesia yang diterbitkan semula oleh syarikat usahasama Astro dengan Indonesia. Sudah pasti hasil adaptasi selalunya lebih baik.

  64. syalina says:

    Salam.

    Saya suka menonton Cinta Sempurna, tapi semakin hari semakin kecewa dengan pengisiannya.

    Sekarang ia lebih menjurus kepada cinta sesama manusia & mungkin memberi mesej bahawa hanya cinta seperti ini sahaja yang dapat menundukkan mereka yg jahil, sebagaimana Shila & Najib yang tiba-tiba menerima Islam selepas mereka jatuh cinta kepada seorang ustaz & seorang doktor.

    Dan yang paling paling paling mengecewakan saya ialah apabila watak ustaz dibiarkan duduk berdua-duaan bersama wanita (Shila) di taman & sebagainya, begitu juga watak Dr Najihah (itu namanya jika tak salah) boleh keluar dating berdua-duaan bersama lelaki lain di luar pengetahuan keluarga mahu pun tunangnya sendiri, sedangkan kedua-dua watak ini adalah watak penting di dalam menyampaikan da’wah melalui drama ini.

    Mudah-mudahan tiada anak muda yang keluar berdating berkata, “Ustaz Cinta Sempurna pun buat…,”

    Saya mohon maaf jika menyinggung mana-mana pihak. Sekadar pandangan peribadi…

    Sekian, Wallahua’lam.

  65. awnur says:

    bukan senang nak memenuhi semua golongan penonton. ada yang terbuka, ada yang jumud, ada yang nak belajar, ada yang tanpa prejudis, ada yang tulus, ada yang rasa diri baik, ada yang rasa diri penuh hamba, ada yang rasa penuh dosa. yang penting niat, asalkan ikhlas, orang kata apa, insyaAllah Allah will take care

  66. hulagu says:

    musykil satu perkaralah…

    tntang analogi ustaz yg ini;
    ["Apabila ada orang di dalam majlis saya yang tidak bertudung, apakah ini bermaksud yang saya sedang menyampaikan satu mesej bahawa tidak salah untuk membuka aurat, termasuklah di dalam majlis ilmu?

    Tidak sama sekali!

    Salahlah orang yang berfikir begitu.

    Justeru, andai sebuah drama bertajuk CINTA SEMPURNA yang terbina dari idea asal saya, ada orang yang tidak bertudung di dalamnya, adakah point filem itu ialah harus membuka aurat?

    Salahlah orang yang berfikir begitu."]

    Saya telah memperhalusi analogi tersebut dan musykil sekarang.

    Oleh kerana dalam pembawaan watak pelacur memang me’wajib’kan si pelakon untuk tidak menutup aurat, maka sepatutnya drama-drama yang mengandungi watak2 sebegini tidak perlu dihasilkan, meskipun atas alasan dakwah. Ini kerana tanggungjawab penutupan aurat itu menjadi tanggugjawab pembikin drama itu juga kerana dia yang menghasilkan drama tersebut dan membuka laluan ke arah pembukaan aurat itu.

    Berbeza dgn memberi ceramah, tanggungjawab menutup aurat audience adalah pada audience sahaja. Ini kerana dalam ceramah, audience masih punya pilihan sama ada untuk membuka aurat atau tidak. Tetapi dalam lakonan, pelakon tidak punya pilihan sekiranya diberikan watak yg buka aurat.

    Saya berpegang pada pendapat;
    Tanggungjawab berpindah kepada golongan atasan yang lebih berkuasa jika golongan bawahan yang kurang berkuasa tidak punya pilihan dalam menyelesaikan satu-satu masalah.

Leave a Reply