Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan

On 28/08/2009, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 6,467 views | Print Print | Email Email |

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Video di atas adalah rakaman amatur demonstrasi hukuman sebat.

Ia adalah sebahagian daripada program Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).

Sebatan cara pertama adalah sebatan berdasarkan peruntukan Syariah. Libasan adalah pada kadar 90° dan ia tidak disentap semula hingga boleh menjadikan kulit tersiat sebagaimana sebatan menurut peruntukan undang-undang sivil. Tukang sebat itu adalah petugas terlatih yang mampu melaksanakan hukuman sebat sama ada menurut peruntukan Syariah mahu pun undang-undang sivil.

Saya cuba untuk melihat sisi positif kontroversi kes Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ia boleh berperanan menimbulkan perhatian masyarakat untuk memahami selok belok hal berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Syariah, agar hal-hal yang penting seperti ini tidak diperkatakan tanpa asas dan menurut perasaan dan sangkaan semata.

tiadapakar-hishamuddin

Kes Kartika Sari Dewi Shukarno juga menerbitkan warna-warna sebenar terhadap setiap pihak yang memberikan reaksi kepada perlaksanaan peraturan ini. Siapa yang mahu, siapa yang tidak mahu, siapa yang memberi alasan benar, siapa yang mereka-reka alasan.

TAKUT YANG SUDAH LAMA TERCABUT

“Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil-kecil kamu berak dalam lampin, dah besar pun aku nak basuh berak kamu!” bebel Mak Jah kepada anaknya Din yang gila merempit.

Si anak membatu.

Sebelum Mak Jah memanjangkan lagi leternya, Din bingkas bangun, menyambar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Membiarkan Mak Jah menggelengkan kepala dalam linangan air mata. Anaknya tidak takut mati.

“Rokok boleh membunuh!” jelas terpampang di kotak rokok.

Elin yang perempuan itu, tidak langsung tersentuh dengan nasihat berkenaan. Lagak seorang anggota pasukan berani mati, perkataan bunuh dan mati bagai tidak punya sebarang makna. Semangat tidak takut mati yang sepatutnya disalurkan ke jalan pembebasan umat Islam di Palestin!

TAKUT YANG MENYELAMATKAN

“Cicak, cicak!” gertak seorang ibu, menakut-nakutkan anak kecilnya daripada bermain di dapur sendirian.

Si anak kelam kabut lari kerana takutkan cicak itu tadi. Takut yang dilahirkan melalui imej cicak itu tadi tujuannya adalah untuk menyelamatkan si anak daripada benda-benda yang merbahaya di dapur.

Si anak yang masih belum faham, begitu ‘berani’ memegang cerek panas. Akibat tiada takut, dirinya tercedera. Lalu berkembanglah akal manusia seiring dengan pertambahan usianya agar ketakutan itu bertindak mencegah dirinya daripada terdedah kepada bahaya.

Takut itu menyelamatkan.

Tetapi manusia hari ini hilang rasa takut. Jika rancangan Fear Factor, pesertanya diuji tahap keberanian masing-masing. Lebih berani seseorang itu terhadap benda-benda yang lazimnya ditakuti manusia umum, lebih pahlawan dirinya di mata hakim dan penonton yang menyaksikan.

Era ini, takut cuba dibunuh daripada jiwa manusia. Bukan untuk berani berjuang. Tetapi berani yang tidak tentu arah.

Bukan sahaja ketakutan itu hilang daripada jiwa penghisap rokok atau mat rempit, takut sudah tidak punya apa-apa erti dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan semasa. Lebih membimbangkan, rasa takut itu sudah tercabut dari jiwa para penjenayah. Bermula daripada kesalahan kecil meletak kereta sesuka hati di kiri kanan jalan, hinggalah kepada kejadian ragut, rompak, rogol, bunuh dan dadah, sudah tidak ada hukuman yang boleh bertindak menghalang manusia daripada melakukannya.

500years

“Dihukum penjara 500 tahun!” terpampang berita di dada akhbar.

Mati hidup balik, mati hidup balik, mati hidup balik, masih belum terbebas dari hukuman penjara yang ekstrim itu. Namun bisakah hukuman itu mencegah penjenayah seks dari terus bermaharajalela?

Tidak…

Rasa takut itu sudah tiada.

Di sebuah negara yang kadar jenayahnya amat menggerunkan seperti Amerika Syarikat, hukuman ganas yang amat kejam seperti kerusi elektrik sudah lama diperkenalkan. Bayangkan sahaja seorang penjenayah diikat di sebuah kerusi kayu, tenaga elektrik arus tinggi disalurkan ke seluruh tubuhnya hingga memancut darah keluar dari sana dan sini, mati dengan penyeksaan yang tidak tertanggung oleh mata yang melihat dan fikiran yang membayangkannya.

electricchair

source

Namun, bisakah kekejaman itu mencegah jenayah dan mengurangkan kadar ketakutan masyarakat akibat perbuatan melanggar undang-undang? Jauh sekali! Malah Amerika Syarikat terus menjadi negara paling gila dalam konteks melahirkan pembunuh bersiri dan jenayah-jenayah paranormal yang lain. Seratus orang pemberontak dihukum tembak di khalayak ramai, seribu pemberontak datang menggantikan. Biar terjelir lidah menggelepar menuju kematian oleh pengedar dadah di tali gantung, kadar jenayah tidak pernah berkurang.

Apa sahaja gertakan dan hukuman, seakan-akan manusia sudah tidak mampu untuk menggeruninya.

Kecuali HUDUD!

Belum lagi terlaksana, baru sahaja dimanifestokan perlaksanakannya, seluruh alam menjadi kecoh. Pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. Yang cerdik menjadi bodoh, yang jahat menjadi hangat. Lalu keluarlah kenyataan-kenyataan yang menggambarkan kekecohan dan ketakutkan itu.

“Makan sup tangan???” kata si bijak pandai.

“Habislah jalan tak cukup batu, habis terguna merejam penzina!” bidas si ilmuan.

“Nanti non Muslim memberontak!” tegas seorang ahli politik.

Seribu satu reaksi ditunjukkan, untuk membantah usaha melaksanakan kanun jenayah Islam itu. Sedangkan segala alternatif yang ada, tidak sedikit pun mencegah penjenayah dari terus menerus melakukan fasad. Mereka mencuba pelbagai wasilah untuk mencegah jenayah sedangkan CEGAHAN hanya bisa datang dari Allah.

5_38

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Ma'edah 5: 38]

Takut itu adalah perasaan hati.

Hati itu milik Allah.

Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuasnya.

saraqasyarif

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]

Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri besi di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

63_7

“…Namun orang-orang Munafiq itu tidak mengerti” [al-Munafiqoon 63: 7]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Abdullah bin Saba’ Hanya Khayalan? Ramai pihak kebelakangan ini cuba menimbulkan rasa curiga terhadap Abdullah...
  2. Jenayah Akademik Aktivis Dakwah “Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong...
  3. Takut Yang Sudah Lama Tercabut “Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang tu?...
  4. Musuh Allah Berijazah Syariah KISAH INI BERLAKU PADA TAHUN 1995. PANDANGAN POLITIK BERKAITAN ADALAH...
  5. Entry #1000: Saya Bukan Ahli Politik, Tetapi… “Aih, di sini pun cakap politik juga”, keluh seorang pembaca....

 

96 Responses to “Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan”

  1. mawaddah says:

    masya Allah ..gerun saya bila lihat gambar orang tu di electric chair..terbayang di minda kesengsaraan si dia.. saya setuju dengan pendapat ustaz tentang hukum hudud.. ttpi sayang, manusia hari ini berlagak pandai dan tak mahu laksanakannya atas sebab tak sesuai lar.. mcm2 lagi.. mereka soalah2 tak yakin yang hukum hudud dapat selesaikan segala jenayah yang berleluasa ni.. dan saya kagum dengan kartika sbb dia rela disebat tapi syng tak dibuat di khalayak ramai..jadi mesej tak dpt disampaikan..budk2 muda tu pun tak rasa ape2..lainlah klu dibuat di khalayak ramai, tentu remaja dan sape2 pun akan rasa gerun dan tak berani nak buat mungkar dan takut pada Allah ..betul tak ustaz.=)

    • Guru Tajwid says:

      @mawaddah,

      Mengapakah mereka tidak mahu melaksanakan hukum hudud?

      Jawapannya kerana hukum Hudud adalah hukum Allah. Jadi hukum Allah tidak mengira siapa. PM ker, SULTAN ker, MENTERI ker, salah tetap salah. Akan dihukum.

      Sebab tu pelbagai alasan diberikan walaupun kadang-kadang alasan yang diberikan menjadikan mereka kelihatan terlalu bodoh.

  2. wargadunia says:

    rasa takut sudah tiada…
    Hudud merupakan Hukum Allah.

    mudah-mudahan semua pihak bekerjasama dalam usaha mempraktikkan Hukum Allah. Permulaan yang banyak likunya.

  3. zanuara says:

    Hanya hudud yg mmpu menyelesaikan masalah jenayah..

    negara barat terlalu takut dengan hudud,mereka bimbang islam akan naik jika ada negara islam yang menjalankan hukum hudud dengan betul serta mengamalkan sistem pentadbiran islam. Sebab itu mereka sentiasa memburuk-burukkan imej islam dengan menggambarkan islam itu ekstrim.

    Terima kasih ustaz.

  4. lukpi says:

    btol3..
    hukum hudud je mampu menyedarkan ummat..
    Allah tak wat hukuman tu suka2..
    memang ada hikmah Allah suruh kita jalankan hudud..tapi degil pulak lawan Allah..

    moga Islam dapat ditegakkan sebenar-benarnya suatu masa nanti

  5. Zulhardy Bin Mohamad says:

    Salam semua,

    Menjadi tangungjawab para pemerintah untuk melaksanakan apa hak kita, iaitu hukum hudud dalam konteks ini.

    Juga menjadi tangungjawab kita sebagai rakyat untuk menerangkan kepada yang kurang paham supah penerimaan itu lebih mudah.

    Tapi kerja – kerja untuk menerangkan ini sering ditentang oleh puak – puak liberal yang bertopengkan hak asasi manusia.

    Saya sering ternanti – nanti ulasan dari yang pakar seperti blog ini untuk mendapat penerangan yang lebih jelas supaya boleh lah kita berdiskusi dengan si liberal secara sihat.

    Teruskan usaha ustaz :D

    p/s: ustaz muda :D

  6. abuyon says:

    Terima kasih untuk video ini. So, tak ada alasan lagi selepas ini, sesiapa.

  7. fiza says:

    hati tu bukan milik kita ke? kalau semua pun milik allah, apa yg tinggal pd kita?

    • Abu Saif says:

      @fiza,

      memang SEMUA milik Allah. yang ada pada kita semuanya amanah.

      masa beranak ke alam dunia dulu, apa modal sendiri yang kita keluarkan, kalau bukan semuanya dari ALLAH?

    • hamba99 says:

      @fiza, boleh cari doa yang nabi selalu baca hujung ramadhan ni kalau dapat lailatul qadar, yang berbunyi lebih kurang” Ya Allah, Kaulah yang menguasai hati-hati manusia, Kaulah yang membolak-balikkan hati manusia, oleh itu tetapkanlah hati kami ini di atas jalan agamaMu dan tetapkanlah hati kami ini di atas jalan ketaatan kepadaMu” amin…. boleh google kot nak cari perawi…. saya baca tahun lepas, dan terus hapal je doa ni, baca selalu lepas solat… takut Allah bolak-balikkan hati kita ni…

      lagi satu doa dari al-quran “(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (Ali ‘Imran 3:8)

      bacalah doa ni byk2 terutamanya dalam bulan ramadhan ni…

      “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (5:17: .so tu dalil saya boleh bagi pasal hati ni milik Allah… bukan saja hati tetapi segala yang ada di bumi dan di langit…

      • fiza says:

        lain saya tanya, lain plak jawabnya.

        • Abu Saif says:

          @fiza,

          ever heard the word “sharing is caring”? kalau doa yang dicadangkan oleh sahabat itu tidak menjawab soalan sekali pun, ia adalah doa. perkataan yang baik-baik.

          and even it has been mentioned at the end of it:

          so tu dalil saya boleh bagi pasal hati ni milik Allah… bukan saja hati tetapi segala yang ada di bumi dan di langit…

          it is an effort to provide answers to your argument. i wont easily dismiss.

    • alqasam says:

      @fiza,

      Apa peranan hati? Ke mana akan kita bawa pergi? Tempat duduk hati? Kenapa kita perlu hati?

      “Hati, jiwa, ruh, tubuh, semuanya diberi ALLAH. Asal kita dari tiada kepada ada. Semuanya asal dari mana? Adakah hati, jiwa dan ruh itu ada dengan TIBA-TIBA? Hati itu cerminan jiwa, menumpang ruh untuk mengenal diri. Dengan mengenal diri akan mengenal PENCIPTA yakni ALLAH. Hati ibarat cerminan melihat segala rahasia-rahasai dan hikmah-hikmah alam dan penciptaan ALLAH. Dari hati akan membawa kepada the ULTIMATE yakni ALLAH. Hati membawa kepada asal, yakni pencipta KITA.”-(actually jawapan ini untuk persoalan tentang hati tersalah post dibawah baru-baru ini)”

      “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (5:17:)

  8. Salam Ramadhan.

    Saya mmg sokong pelaksanaan HUDUD.Tpi halangan pling besar mnnti d hdapan sgt byk. Yg pling pting, kefahaman teori dan pratikal tentg hukum Allah perlu diperhebtkan. Mudah2an di sana, ada jln keluar yg trbaik untk umat manusia sblum kedatngan Nabi Isa.
    Dan jgn keras kepala menolak bulat2 HUDUD ni.

  9. mahasiswa says:

    Salam ustaz, mohon ustaz banyakkan artikel dan buka ruang perbincangan mengenai Hudud di dalam blog ini… perhebatkan perbincangan dan dialog, saya yakin org non-muslim pun akan setuju jika mereka mendapat penerangan yg jelas… Tapi malangnya, ramai org muslim sendiri tidak yakin dgn hukum Allah.. media pula sangat tidak membantu utk memberi kefahaman.. malah menakut2kan lg adalah…

    • lcchien says:

      @mahasiswa,
      sebenarnya saya sebagai non-muslim tidak pernah menyatakan bantahan pada penguatkuasaan Hudud pada masa depan.bagi saya,adalah penting agama-agama yang wujud di negara ini dihormati oleh semua kaum.Jadi,jika Hudud dilaksanakan,saya rasa tiada bantahan di kalangan muslim.Hanya dalam agama saya(buddha),kita mengamalkan pendidikan mengasaskan belas kasihan.saya tidak dapat mewakilkan semua non-muslim untuk bagi pendapat,tapi saya sendiri memang sokong muslim2 menjalankan tanggungjawabnya yang mana diberikan oleh Tuhan.

  10. zhafran says:

    Tugas yang masih belum selesai.
    Perjalanan yang masih jauh.
    Teruskan perjuangan.

  11. ummufateh says:

    Semoga kita tak terjerumus dalam golongan yang Allah kata pada ayat di akhir entry ni. Nauzubillah. Ramainya munafik kat keliling kita ni, beralasan untuk jalankan hududullah.

  12. Ibnualwi says:

    Pelik kenapa org melenting bila sentuh bab ini. Kalo dah tak buat jenayah, nak takut/gelabah kenapa?

  13. hishamuuum says:

    Salam
    Benar sekali apa yang dikatakan oleh Ustaz, Hudud adalah ubat terbaik untuk masyarakat yang kian parah dalam kerosakan.
    Apa yang menghairankan, hukuman sivil tidak pernah pula sesiapa yang mempertikaikannya walaupun hakikatnya juga kejam.
    Ada yang beralasan, Hudud perlu diberi faham kepada masyarakat baru boleh dilaksanakan, namun undang-undang sivil yang ada hari ini, berapa keratkah dari kita yang memahaminya

  14. oga says:

    asal saja perintah ALLAH, mesti nak dipertikaikan. beralasan untuk tidak melaksanakan.

    AL-QURAN, BERTUDUNG, PUASA, HUDUD, etc.

    makhluk bergelar manusia.

  15. dai'e says:

    Hati itu milik Allah.

    Ketakutan itu hadir bila kesedaran pada hukuman Allah.Hati itu mudah berbolak balik.Sekali didekatinya pada kebaikan, kemudian jatuh ia pada keburukan.Hanya teguran Allah yang menyelamatkan.

    Pertamanya ,ana melihat video diatas.cukup jelas.membawa pembaca ,membezakan antara fitrah hukuman Allah dalam mendidik hambaNya dan kekejaman hukum ciptaan manusia yang dangkal.

    kejam sekali hukuman sivil ,jika perbandingan hukuman sebat didalam video diatas sahaja yang kita kecilkan ruang skopnya.

    Bila hukuman Allah dibelakangkan, bila pertimbangan nafsu dikedepankan ,maka yang mulia jadi terduduk.yang bermuka ,terus nampak warna keburukannya.ini ruang ,pemahaman dakwah terus di serukan.Ini peluang pentas dakwah terus dicerahkan.

    Manusia versus Allah.hukum manusia versus hukum Allah.manusia yang bertuhankan DIRI, membelakangkan Allah.manusia yang berajakan nafsu , dipejamkan mata akan panduan dan seruan Allah.

    Manusia..Alastu birobbikum ..
    Bala syahidnaaa..berat teguran ingatan dari Allah.

    Benar ,islam itu kotor bukan kerana kotoran yang terpalit dari luar ,namun kekotoran itu terzahir akibat manusia islam yang hilang muslimnya.

    Ingatan buat diri.

  16. maie says:

    Baru haritu saya terlintas tengok satu klip hudud rejam penzina. Tak tahu dari negara mana. Dibuat di khalayak ramai. Confirm trauma siapa2 yang tengok apetah lg nak bt kesalahan yg sama. Kengerian hudud itulah tujuan sebenarnya diadakan. Melahirkan takut pada hati2 yg ingin berbuat dosa. Belom difikirkan lagi kengerian hukuman neraka yg sudah tentu tak terpikir. Zina, arak, dan jenayah berleluasa menjadi perkara biasa kerana sudah tiada lagi rasa takut dalam hati2 manusia. Bagi manusia2 yg lemah imannya kengerian hudud adalah antara satu peringatan terakhir yg kuat. Benteng terakhir. Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. Tak tahulah apa nak dikata pada mereka2 yg melekeh2kan hudud. Moh kita sokong hudud!

  17. qwerty says:

    Masya’allah…. Hukuman didunia pun dah buat manusia gerun… bagaimana di ‘sana’ nanti.

  18. muhaMmaD says:

    Oleh itu, sama2 lah menyokong jemaah yg memperjuangkan hudud..bukannya kerajaan SEKULAR!!

  19. kamil says:

    salam ustaz,saya nak cdgkan artikel ustaz ditulis dalam bahasa inggeris juga.wallahualam.

    • ummu_shihab says:

      @kamil, ada cara mudah nak translate mana2 artikel bahasa melayu, arab, turki, spanyol dll ke bahasa yg kita suka..just minta tolong dgn pak cik google..(google translate)..copy paste je artikel tu n letak kat google translate, pastu klik dan tunggu..selamat mencuba

  20. hamba Allah says:

    salam,jzkk for the post.Regarding to shariah law, coz i’ve been living oversea and this issue is a very contoversial issue especially in UK.Maybe fron another perspective,i’ve read one of prominent scholar here for the call of moratorium of Shariah,by dr Tariq Ramadan,he asked for suspension to all scholars around the world to sit together discuss it in a very deep and serious in the intention of making sure that all shariah applied in Muslim majority countries met the conditions.

    maybe, on the other side,since he is also Muslim scholar,a need for us to hear as well what he said.here’s the article and official response from al-Azhar to his call.

    1)http://www.tariqramadan.com/spip.php?article264
    2)http://www.tariqramadan.com/spip.php?article277
    3)http://www.tariqramadan.com/spip.php?article308

    Wallahua’lam.

  21. ibn affandi says:

    Salam ya ustaz.

    Dari Hadith yang saya jumpa, nabi pernah pukul (atau membenarkan) peminum arak dengan tangan, kasut, pelepah dan kain yang digulung. Apakah dengan menggunakan rotan, cara hukuman yang itu masih boleh dijustifikasi sebagai sunnah/syariah?

    JZKK

    • Abu Saif says:

      @ibn affandi,

      isunya ialah, adakah peruntukan hukum ke atas peminum arak, dikategorikan hudud atau ta’zir? jika ta’zir maka kaedah hukuman lebih luas diperuntukkan kepada hakim. jika hudud, maka ia mengikut spesifikasi yang dinyatakan nas.

  22. fiza says:

    betullah tekaan saya dari dulu-human beings r just puppets in the hand of god

    • mawaddah says:

      what do u mean by that? mind elaborating more?

    • hmm... says:

      @fiza, berat statement tu. u need to read more. more and more. understand even more…

      • fiza says:

        if i don’t read more hmm…, i won’t be a big fan of saifulislam for years ok

        • Abu Saif says:

          @fiza,

          being a big fan of saifulislam for years, and your ‘Particular Question’ has not yet being answered… there must be something seriously wrong with what I wrote and I will evaluate them.

          unless there is something wrong somewhere with the way people read my writings, then I guess we all equally obliged to self-reflection more.

    • Abu Saif says:

      @fiza,

      kindly do not divert the main topic to others.

      but my dearest sister fiza, how can in a subject as important as aqidah, you main teka-teka by saying:

      betullah tekaan saya dari dulu

      whatever the conclusion you made, if it is based on teka-teka, then that can never be considered as a ‘belief’.

      semua milik Allah means that our body and soul are given by Him as an amanah. what is belong to us is OUR DEED that we commit using the body and soul.

      unless if you’re talking about poem, then I might need to find another way to put it in word and Im not good at poem.

      • hamba99 says:

        @Abu Saif, betul tu ustaz..seperti conclusion di dalam kuliah ustaz berkenaan surah al-kahfi… jgn main teka2 je,

      • fiza says:

        it’s not a wild guess, it’s a proverb quoted by someone, english poet if i’m not mistaken. mulanya saya tak percaya coz yelah kita nie ciptaan allah, tapi lama2 bila my non muslim friends tanya sedikit sebanyak ttg kewujudan kita, saya tak reti nak jawab, so saya mintak pendapat ustaz2 dan beberapa org alim, tapi jawapannya balik2 rujuk al-quran/hadith. mereka pun tak mampu nak explain, balik2 kata manusia nie ciptaan allah etc(semua org pun tau), so saya rasa betullah proverb tu…

        • Abu Saif says:

          @fiza,

          why so annoyed with “rujuk balik al-quran / hadith” if you’re settled with a simple english poet?

          orang alim tu salah kalau suruh rujuk balik al-quran dan sunnah tanpa ditunjukkan dengan betul apa benda yang nak dirujuk pada quran dan sunnah tu.

          kindly share with us the poem you referred since its message is so ‘powerful’ sampai macam ni.

    • mawaddah says:

      yar..what are you trying to imply here

    • Dr Amad says:

      @fiza, Kenyataan yang samar,mengundang teka-tekaan… melainkan kenyataan itu sebahagian dari Puisi…

      wardah…=)

    • alqasam says:

      @fiza,

      Dear fiza,
      Hati, jiwa, ruh, tubuh, semuanya diberi ALLAH. Asal kita dari tiada kepada ada. Semuanya asal dari mana? Adakah hati, jiwa dan ruh itu ada dengan TIBA-TIBA? Hati itu cerminan jiwa, menumpang ruh untuk mengenal diri. Dengan mengenal diri akan mengenal PENCIPTA yakni ALLAH. Hati ibarat cerminan melihat segala rahasia-rahasai dan hikmah-hikmah alam dan penciptaan ALLAH. Dari hati akan membawa kepada the ULTIMATE yakni ALLAH. Hati membawa kepada asal, yakni pencipta KITA. Tanpa ALLAH tiadalah kita.

      • fiza says:

        saya bkn mempersoalkan kewujudan kita alqasam, bdk tadika pun tahu kita ciptaan allah, all i’m trying to say is if everything belongs to Allah, what’s left for us? don’t we have freedom to do anything? don’t allah cares about our feelings? saya tiada apa2 against islam, saya pun org islam, cuma ada beberapa benda yg saya tak clear, tu jer, tapi kalau itu terlalu bold/extreme disini, then never mind la, tq

        • alqasam says:

          @fiza,

          Its not bold nor extreme fiza dan saya faham soalan fiza sejak I laid my eyes on it. (I myself very passion about poetry/poem). Apa yg saya jawab tu if you look and understand beyond it dah jawab soalan fiza, or soalan mereka-mereka yang nak jawapan yang rational about our existence and why we are created in this world. It is a universal truth for those who claim to have a religion believe that we ARE indeed are created by GOD. Ok then, so what next. Does that the end of everything? Nope. Many people know that, of course that’s an easy answer for those who indicate they have a religion BUT little that understand the meaning of our existence. In other word, the meaning of our existence is to SUMMIT to ALLAH. Why? Didn’t we have our own right? Didn’t even left anything for us?

          The answer is on my previous answer. Because we started and are nothing if NOT or WITHOUT ALLAH has created us. We are here in this world because HE created us, and then after HE created us, then ONLY we are exist in this world. To know what we have, what we got, then the purpose of life MUST be clear. What we want in this life? What we will want to lead to in this life?

          The purpose of an existence that are bond by their CREATOR is to SUBMIT and to FIND/KNOW their CREATOR. You can lead, walk, find, run, even whatever to find and submit to our CREATOR; ALLAH. By KNOWING (ma’rifah) our CREATOR will be an ULTIMATE answer/solution/path to us as a creation. To us who have a mind boggling question and unsettled soul this will lead you.

          Well, ALLAH give US everything WITHOUT we even PAYING nor we INVEST into it. Yes, from the outside it looks we works for it, strive for it. But from within, we actually are very weak, we are bond to need a BIGGER power that are beyond everything. Just look within ourself and we will find and answer.

          Nobody said, you can’t do anything just make whatever you are interested in now OR whoever you are OR what you want to do in this life to find the meaning of your existence and the ultimate truth which is submission&knowing our CREATOR.

          Allahua’lam.

          • alqasam says:

            @alqasam,

            Islam dan Iman berbeza takrifannya. Apa itu Islam? Islam adalah mereka yang selamat manusia lain dari lidah dan tangannya. What about Iman? Iman is faith and belief. To acknowledge ALLAH from our heart, membenarkan dengan lisan dan memzahirkan dengan perbuatan. YAQIN that will make IMAN. Lot’s people can claim we are ISLAM but the meaning of IMAN rarely people understand. Its called AQIDAH of us as a human, I suppose we know this since we little but rarely we really understand the exact meaning of it.

            Kalau fiza berminat dengan rational answers boleh baca buku Harun Yahya dan Bediuzzaman Said Nursi tentang konsep existance tapi perlu panduan dan ada rujukan mereka yang arif/pakar dalam aqidah/ilmu since both the authors is quite deep and philosophical tetapi very rational and easy to understand.(Ini pun kalau fiza tak pernah jumpa, maybe fiza dah tahu). Harap web yg sy post di atas boleh membantu sikit-sikit if not.

            Allahua’lam.

        • alqasam says:

          @fiza,

          Oh yeah, sorry for the long comment here. To know the rational way the meaning our existence we can see from two side 1) Syariatullah (Alquran&Sunnah-lots of answers) and Sunnatullah(the creation of this world/ALLAH’s creation):)

    • lcchien says:

      @fiza, saya rasa saya dapat idea yang dinyatakan oleh fiza.dia sebenarnya mengatakan,adalah tidak guna jika kita sentiasa mengikut ajaran agama secara buta-tuli tanpa memahami tujuan dan makna yang tersirat disebaliknya.adalah penting kita memahami,merenung mesej yang Tuhan cuba menghantarkan,hanya dengan kefahaman yang mengdalam,barulah manusia dapat menjauhkan diri dari kejahatan secara rela hati.

      • fiza says:

        akhirnya, ada jugak yg faham. thx icchien. maksud saya, kalau kita hanya ‘ya’ kepada apa yg agama suruh, tak wujudlah kajian, x wujudlah tokoh2 islam hebat seperti ibn sina(he himself was a rationalist, he didn’t believe in heaven n hell existence), ibn khaldun etc…pendakwah hanya tahu menghukum, itu yg saya boring ngan org2 alim nie…

        • ummusaif says:

          Allah Maha Menghukum.

          Itu sebabnya ada hudud, qisas dan takzir. Akhir sekali ada syurga dan neraka.

          Kalau di dunia ini, kita juga ada polis, hakim, ahli politik dll yg juga menghukum.

          Selagi ada undang2 dan peraturan, selagi itulah ada hukuman.
          Cuma ada bezanya antara undang2 dan penjalan undang2.
          Begitu juga ada bezanya antara agama dan orang2 agama.

          p/s: kat sekolah tadika pun anak2 kecil kena denda

        • alqasam says:

          @fiza,

          Kalau fiza berminat dengan rational answers boleh baca buku Harun Yahya dan Bediuzzaman Said Nursi tentang konsep existance tapi perlu panduan dan ada rujukan mereka yang arif/pakar dalam aqidah/ilmu since both the authors is quite deep and philosophical tetapi very rational and easy to understand.(Ini pun kalau fiza tak pernah jumpa, maybe fiza dah tahu). Harap web yg sy post di atas boleh membantu sikit-sikit if not

        • mawaddah says:

          @fiza, ibnu sina tak percaya pada syurga dan neraka??? what are you saying?? kalau dia tak percaya, dia bukan orang yang beriman pada Allah. dari mana awak dapat cerita yang mengatakan dia tak percaya syurga dan neraka? mustahil. ibnu sina ni orang yang alim maksud alim di sini ialah yang berilmu dan warak..tak masuk di akal apabila dia tak percaya syurga dan neraka.. and what r u saying again? awak boring dengan orang alim ?? sebab mereka hanya tahu menghukum??

  23. zikr says:

    masayaAllah, benar apa yg ustaz tuliskan..
    tulisan ustaz membuka dimensi baru dlm fikir saya terhadap perundangn islam.

    cegahan itu datang dari Allah.
    perasaan takut itu Allah yang berikan.

  24. hamba99 says:

    assalammualaikum….

    ok lah back tu basic… mengenal Allah, atau makrifat Allah.. itulah asas dalam agama ni… yang ni longgar, yang lain confirm berterabur, cacar-merba…

    Kita ni makhluk, makhluk sifatnya adalah ciptaan, dari tiada kepada ada… so mestilah ada yang menciptanya… sudah pastilah yang pencipta tu lebih hebat, bijaksana, sempurna, serba-serbi tahu pasal bahan ciptaanya… seperti seorang jurutera yang mencipta kereta, pastilah jurutera tu lebih pandai pasal kereta yang diciptanya sebab di yang cipta kereta tu dari tiada kepada tiada… dia tahu lah sebab dia cipta, kalau jadi begini buat ini, jadi itu buat itu dan lain2…. tetapi itu makhluk juga, ciptaan juga….

    Maha Pencipta adalah Allah, Dia tak sama seperti pencipta kereta tadi kerena pencipta kereta tadi sifatnya tak sempurna kerena dia juga adalah ciptaan iaitu ciptaan dari Yang Maha Pencipta, SifatNya Maha Sempurna, jauh dari segala kekurangan, so sudah pastilah Dia, Allah itu maha tahu apa yang terbaik untuk kita ni sebagai manusia… maka Allah buat lah buku manual, peraturan, sistem, cara hidup, untuk kebaikan manusia itu sendiri..

    sudah pastilah sistem itu ada pada Islam itu sendiri sebab Islam itu pun dari Allah jua… Islam itu pun suci, suci itu sifatnya jauh dari sifat kekurangan seperti mana Allah yang Maha Sempurna maka sesuatu yang dari sisi Dia tentulah Maha Sempurna jua… apatahlagi Islam itu di turunkan melalui Al-quran Yang Maha Suci, kepada makhluk atau hambaNya yang Suci, Muhammad s.a.w. di tempat yang suci Makkah dan Madinah… Masya Allah, Subhanallah.. nampak tak analogi kesucian Islam, kesempurnaan Islam ini…

    apatah lagi apa yang dipertontonkan dan diperlakukan dan diperkatakan oleh nabi Muhammad s.a.w. itu juga bukan mengikut nafsunya sendiri tetapi merupakan wahyu Allah kepada baginda.. sudah tentulah sempurna….

    begitu juga hukuman hudud dalam islam, bukan sahaja hudud, malah islam itu sendiri suci, sempurna, fitrah sesuai dengan sifat kemanusiaan itu sendiri, hukum yang bersifat rabbani (ketuhanan) apatah lagi Islam itu membawa rahmat ke seluruh alam… rahmat tu apa? kedamaian, kemakmuran, ketenangan, sbb apa? sebab sistem tu dari Allah, Maha Sempurna, Yang Maha Bijaksana – Al Hakim, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Suci, Yang Maha Adil, Yang Maha Pengawas- Al Raqib, Yang Maha Penyayang – Al Rahim, Yang Maha Pengasih – Al Rahman, Yang Maha Mengetahui – Al ‘Alim, Yang Maha Penguasa, Yang Maha Memberi Keputusan – Al Hakam, Yang Maha Pemaksa – Al Jabbar,Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu – Al Shamad

    “Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” (59:23)

    Itulah nama2 Allah yang memiliki nama2 yang baik dan sempurna yang menggambarkan betapa Sempurnanya dan Agungnya zat Allah, Tuhan sekalian Alam, itulah yang dinamakan Tauhid uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid al-Asma…

    Izinkan saya tafsirkan secara ringkas nama2 Allah yang saya sempat belajar kat kuliah2 maghrib yang saya ikuti.. tapi yang saya ingat pada Maha Bijaksana – Meletakkan sesuatu pada tempatnya.. so Allah yang dikatakan MAha Bijaksana itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya… sudah pastilah Dia meletakkan dengan sempurna sbb Dia Sempurna, Maha Mengetahu segala sesuatu, Maha Pencipta, Maha SeMpurna…. sudah pastilah Allah tidak sama dengan Makhluk sebb mustahil sifat makhluk yang serba kekurangan itu sama dengan sifat kesempurnaan Sang PEncipta…. So nama Allah Yang Maha Bijaksana tu adalah Zat Dia sendiri, Zat yang mempunyai semua nama yang baik… Subhanallah….. begitu lah yang dapat di simpul kat pada ayat yang ustaz utarakan dalam artikel ni, “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Ma'edah 5: 38] Allah akhiri dengan namanya, Maha Bijaksana. so keputusan tu pastilah adik, kena pada tempatnya, sempurna… sebb melalui sumber yang sempurna, manusia yang sempurna….

    tidak lupa juga saya teringat ketika kuliah sifat 20, berkenaan Allah bersifat Kehendak… apa yang dapat saya simpulkan, kita ni takda apa2 kehendak pun sebenarnya, yang ada adalah kehendak Allah semata2… kita hanya ikut kehendak Allah semata2… kita diciptakan, dilahirkan ke dunia ini bukan mengikut kehendak kita, tetapi kehendak Allah, nak hidup pun kena ikut cara, sistem hidup yang dikehendaki Allah, apa dia? ISLAM la.. ISLAM apa? ISLAM yang sempurna lah, Yang syumul… sesuai dengan iftrah manusia…. so kalau kita ni tak ikut kehendak Allah, tak guna lah kita ni diciptakan oleh Allah sbb Allah cipta kita bukan untuk main2… sama seperti kita cipta pen untuk menulis tetapi tak digunakan untuk menulis, guna untuk lain plak, lari dari tujuan sebenar…. sia2 tak pen tu diciptakan?

    itulah asasnya.. panjang sgt la… hehe.. kalau salah maafkan, tolong edit, tegur ye, saya baru belajar, so dah belajar bagitahu la apa yang patut… pinjam skit kata nabil (maaf).. lu fikir la sendiri sebb Allah pun suruh kita fikir2, tak lupa jugak jgn lupa zikir, baru seimbang….

    tak lupa sunnahtullah, ni pun saya belajar juga kat kuliah2 maghrib, asa juga mengenal Allah melalui sunnahtullah, “Sebagai sunnatullah yang berlaku atas orang-orang
    yang telah terdahulu sebelum (mu), dan
    kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan
    pada sunnatullah” (33:62)”

    1-sesiapa mengikuti petunjuk nescaya bahagia = “Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu
    barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan
    tidak akan celaka.” (20:123), (5:105), (2:38)

    2- sesiapa meninggalkan petunjuk nescaya sengsara = “Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih. ” (17:9-10)

    itu saja sunnahtullah sempat di sampaikan disini… last but not least, tidak lupa juga…

    “yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa
    yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang
    telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang
    mempunyai akal”.[39:18] “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur
    adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah
    orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah
    orang-orang yang mendapat petunjuk”. [6:82]

    hamba99 = hamba yang faqir kepada Zat yang memiliki 99 nama….

    wallahualam

  25. afham says:

    dimana ada kemahuan di situ ada jalan..

  26. ibnu ali says:

    Ternyata, aspek hukuman bukanlah menjadi isu sebenarnya. Kerana manusia sendiri mencipta hukuman mereka sendiri yang melampau.

    Ana lihat, hukuman had yang ada menghalang dari mereka dari memuaskan nafsu mereka sahaja. Membantutkan peluang untuk bermanja dengan nafsu.

    Mereka mahu minum arak, mereka suka berzina, mereka suka mencuri, merompak, menuduh orang berzina/meliwat. Semuanya terkene kat batang hidung. Sebab tu hidung mereka merah.

  27. Aku says:

    Assalamualaikum
    Perasaan takut telah tercabut, rasa malu pun dah jauh menghilang.Saya ziarah MalaysiaToday dan membaca komen2 dalam artikel berkaitan isu Kartika.Amat mengejutkan apabila org Islam sendiri mengaku minum arak dan seperti redha dengan keadaan itu. Ditambah lagi dgn merendah2kan hukum Allah. Moga hidayah Allah dikurniakan buat umat Islam seluruhnya.Walaupun negara dah lama merdeka, merdekanya jauh dari menjadi hamba Allah yg soleh. moga kita dijauhkan dari fitnah dunia. Selamat beribadah

  28. sufie says:

    mereka yg dah terpengaruh dgn sekular ni terlalu memandang buruk terhadap hukum Islam,memandang tinggi undang2 sivil.sedangkan hukum sivil la ni tak dpt membendung jenayah.kes bunuh boleh berlaku hampir setiap hari.

  29. lcchien says:

    Agama tidak pernah menjadi extreme,sebab agama adalah sesuatu yang tetap.yang menjadi extreme adalah orang2 yang cuba menkaburkan mata2 dan penganut2 yang menganggapkan mereka adalah wakil Tuhan yang bertanggungjawab menghapuskan semua non-muslim.Yang saya tahu,agama islam membenarkan kewujudan agama lain.Yang penting,jangan wujud paksaan di kalangan rakyat dan jangan mencampur-adukkan politik dengan agama.Agama yang memandukan hidup manusia,jangan disengekkan oleh pihak yang berhati busuk.Rakyat memang cukup fahamannya dan akan setiasa bersatu-padu untuk menentang kejahatan yang dicipta ahli-ahli politik.

    • hamba99 says:

      @lcchien, salam, apa maksud awak dengan jgn memcampur-adukkan politik dengan agama? agama islam itu yang meliputi semua bidang urusan manusia… politik, ekonomi, jualbeli, naik kereta, naik bas, pendidikan sekolah, hubungan antarabangsa, dan sebagainya… sbb islam tu cara hidup… nampaknya saudara tak faham lagi asa yang telah saya ceritakan di atas… jika mengasingkan politik dengan agama, maka jadilah seperti kristian di eropah… jika saudara kata begitu, bagaimana pula dengan Rasulullah diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam… so islam meliputi semua bidang, dengan islam semua manusia memperoleh ketenangan, kebahagiaa, keselamatan.. sbb islam tu dari sisi Allah, Tuhan Yang suci, Esa, Maha Sempurna..

      wallahualam

      • lcchien says:

        @hamba99, saya tahu ini sebagai ajaran agama islam saya memang hormat dengan pandangan saudara. Hanya di negara Malaysia,kita tidak boleh mengharapkan setiap rakyat pegang kepada hukum-hukum islam memandangkan kita hidup di negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. Apa yang saya maksud di atas adalah jangan cuba menggunakan agama sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Saya ingin mengatakan,semua agama memang mulia dan perlu dihormati oleh semua kaum di Malaysia. Tiada sesiapa yang mempunyai kuasa dalam mempertikaikan agama-agama kaum lain.Saya tidak setuju apabila non-muslim mencampur tangan dalam perkara islam,begitu juga sebaliknya.Hanya dengan kewujudan rasa hormat pada agama lain dan agama sendiri,barulah kita boleh hidup bersatu-padu.Saya sebagai non-muslim,pengetahuan terhadap islam masih tidak cukup untuk memberi pandangan,jika ada yang terlanjur,maafkan saya sebagai manusia yang hanya inginkan keamanan yang seperti dilalui di negeri terengganu,negeri tersayang.

        • Dr Amad says:

          @lcchien, Apa kata hukum Islam itu dilaksanakan untuk muslim sahaja? Saudara/i setuju?

          Saya pun terengganu juga… saya pun hormati penganut agama lain…

          • lcchien says:

            @Dr Amad, Saya setuju amat sekali.Seperti dinyatakan,hukum islam sepatutnya dijalankan untuk muslim kerana ini adalah tanggungjawab sebagai penganut islam.Adakan Dr rasa,keadaan di terengganu memang berbeza dengan negeri lain?kaum berbeza sudah biasa dengan kewujudan masing-masing dan saling berhormati.saya dapat memahami islam walaupun bukan sepenuhnya,saya faham undang-undang seperti Hudud adalah untuk mengurangkan jenayah di kalangan muslim dan Ia memang berkesan di negara arab,kan?Cuma Ia tidak dapat dilaksanakan di negara ini pada masa ini disebabkan ada percanggahan antara agama,seperti muslim meminum arak adalah kesalahan tetapi non-muslim minum arak pada perayaan adalah dibenarkan.Saya merasakan,jika hukum Hudud dikaji cara perlaksanaannya and mendapat persetujuan antara penganut agama lain,maka Hudud dapatlah dilaksanakan pada masa depan.Hopefully..

          • Dr Amad says:

            @lcchien, Keadaan di tempat tanah tumpah darah saya amat berbeza berbanding tempat lain. Tetapi saya tidak begitu rigid tentang hal ini kerana saya juga banyak berkawan dan bergaul dengan masyarakat non-muslim. Dan itu membentuk diri.

            Benar jika kita bicara soal agama,saya mengakui tanpa bantahan iaitu kita berbeza. Berbeza dari segi kepercayaan, berbeza dari segi ibadat, berbeza dari segi cara pandang beragama.

            Tetapi satu benda manusia wajib ada walaupun berbeda agama kepercayaan adalah Akhlaq aka Sikap. Kami menghormati saudara/i, begitu juga harapan kami dari pihak saudara/i.

            Seperti yang saudara/i nyatakan Hudud itu adalah sebahagian dari agama kami. Dan mahu diimplimentasikan pada penganut Islam sahaja. Jadi bagi saya tidak perlu meminta kebenaran dan meminta persetujuan pihak bukan Islam untuk melaksanakan prinsip Islam. Kerana prinsip itu bukan untuk non-muslim.

            Non-muslim mahu laksanakan prinsip agama mereka,silakan. Islam tidak melarang dan tidak boleh masuk campur.

            Itu persamaan kita cari…

            Tok Guru Nik Aziz pernah kata

            “Pado sesiapa yang bukan Islam mahu meminum arak, silakan. Mahu minum sampai pecah perut pun,ambo dok kisoh. Ambo kisoh ore Islam yang minum”

            Simple…

        • alqasam says:

          @lcchien,

          Terima kasih lcchien. Saya sangat terharu dan kagum dengan saudara yang prihatin dan luas pengetahuannya.:) Betul, dalam Islam tiada paksaan dalam beragama dan sangat menggalakkan sikap menghormati agama lain. Saya faham maksud saudara tu. Setiap agama saling menghormati yang lain.

          Cuma dalam Islam,istilah pengasingan politik dan agama tidak ada. Yang salahnya mungkin mereka yang menyalahgunakan kuasa politik atas nama agama ATAU masih belum sempurna pelaksanaan atau kurang kemas dari sudut teknikal. Semua berjalan seiring dalam Islam. Dalam isu kehakiman syariah buat masa sekarang di Malaysia mungkin kita boleh dahulu fokuskan kepada orang Islam sahaja.

      • Abu Saif says:

        @hamba99,

        Sebagai non Muslim, saya sangat menghargai pandangan lcchien yang saya kira sangat bersederhana dan wajar direnungkan. Tidak perlu melenting dengan kenyataan “tidak perlu mencampur adukkan politik dengan agama” kerana ia boleh membawa konotasi yang pelbagai”.

        Namun, di sinilah keunikan Islam. Agama sangat penting dalam membina fondisi politik serta mendisiplinkannya. Akan tetapi, adakah sebuah negara yang politiknya berteraskan agama memerintah secara teokratik, maka hal ini terbuka kepada perbincangan.

        Tidak perlu menyerang atau menentang. Kita boleh berbincang dengan baik, namun subjek politik vs agama, sedikit tersasar dari tajuk asal artikel ini.

        saya menghargai semua komen yang bernas di sini

        • lcchien says:

          @Abu Saif, yaya,setuju.Semua disagreement boleh dibawa ke meja dan berbincang,tidak perlu macam orang-orang kasar zaman dulu yang berperang dan bergaduh.Hanya dengan bertindak rasional,masalah boleh diselesaikan.Aspek ini memang diseru oleh semua tokoh agama tidak kira islam atau yang lain.

  30. ahmad faizal says:

    JazakaAllah khair atas perkongsian.
    Ustaz, saya bermukim di Arab Saudi dan perlaksanaan hukum sebat disini adalah berkali ganda lebih ringan daripada yang dipaparkan dalam seminar yang di Malaysia seperti di atas.
    Pesalah tak perlu diikat, tukang pukul juga tidaklah sekeras yang ditunjuk oleh pemukul malaysia.Sudikan lihat link, mungkin kita boleh ambil pengajaran dr pengalaman saudi..

    http://www.youtube.com/watch?v=aKg2BUD13Gg

  31. ahmad faizal says:

    Oh saya nak tambah sedikit:

    1)pesalah tak didedahkan mukanya, dia bolehterus memakai kain Shimagh (serbannya) menutup muka..

    2) hanya kesalahan dan nama diisytiharkan

    3) harap nampaklah, pesalah berjubah hitam disebat polis berseragam..terlalu rendah angkatan tangan polis hingga hampir tak kelihatan..

    4) begitu jugalah takzir yang dikenakan untuk orng 2 yang melepak tanpa keuzuran di waktu solat- memandangkan solat jemaah wajib disisi mazhab hanbali.

  32. Ayong says:

    Saya bertanya pada diri sendiri, “Mungkinkah isu kartika ini sekadar mainan politik pihak tertentu yang bertujuan mengaibkan institusi Islam seperti Majlis Agama negeri dan mahkamah syariah? Is it possible there is a hidden agenda? Kenapa isu ini mendapat perhatian media arus perdana?”. Itu yang negatif. Positifnya, masyarakat dah tahu tentang hukuman sebat ini dgn lebih khusus. Lebih ramai yang mencari maklumat tambahan tentang hukuman ini. Tapi jangan lupa, media kita bukanlah setelus yang kita sangka. Kita perlu melihat setiap sesuatu secara menyeluruh sebelum mentafsirkannya secara terperinci bagi mengelakkan kita dari melatah. Betul tak ustaz?

  33. sha says:

    apa yang dikatakan oleh Chief Justice of Pakistan selepas hukuman Hudud diimplikasi di negaranya ialah…
    “kadar jenayah semakin meningkat”
    -second hand source-

    tak tau lah nak komen macam mana lepas dengar statement ini dari lecturer saya.

    • alqasam says:

      @sha,

      Saya pernah juga mengkaji isu perlaksaan hudud di Pakistan. Permasalahan perlaksanaan Hudud di Pakistan perlu dilebar luas kepada kajian yang lebih mendalam. Sha patut teruskan membaca, mengkaji dan buat satu research lain untuk statement tersebut. Hudud di Pakistan dikritik atau kurang menjadi kerana pelaksanaan yang masih lemah dari sudut teknikal DAN masih kurang jelas keabsahannya untuk sesetengah hukum samada benar-benar ITU hukum HUDUD/QISAS/TA’ZIR yang termaktub dalam Quran, Sunnah dan QIYAS dan IJMA’.

      ie: Hukum rogol di Pakistan terdapat satu kes seorang wanita dihukum hudud juga sedangkan dia adalah mangsa rogol Di sini apabila kita kaji dengan lebih mendalam hukum rogol dalam Islam, merupakan hukum berbeza sebenarnya. ZINA tidak boleh disabit jika ada unsur IKRAH(paksaan) juga ada ulama’ yang mentafsirkan kes rogol sebagai hirabah (rompakan maruah) berdasarkan kisah pada zaman Umar alkhattab, ada juga yang menkategorikannya sebagai zina aljabr dll. Semasa kes ini terjadi di Pakistan, memang heboh satu dunia. Jadi in short, kenyataan tersebut terlalu ringaks dan dangkal. Perlu jawapan dan kajian secara overview dan menyeluruh. Allahua’lam.

      • Abu Saif says:

        @alqasam,

        Terima kasih atas perkongsian alqasam.

        Dah lama tak nampak di SIO ni.

        • alqasam says:

          @Abu Saif,

          Terima kasih atas ustaz kembali.Post ini memang menarik untuk difikirkan dan digembleng bersama. Pada masa inilah, pada saat inilah dapat dapat ditaksir apa yang ALLAH sebut dalam alQuran. Mu’minin, fasiqun dan kafirun.(aliimran)

          p/s: Ada sahaja ustaz. Cuma silent reader. Kami sekeluarga termasuk umi ana sendiri, pembaca setia di SIO.

      • lcchien says:

        @alqasam, Saya setuju sangat dengan kenyataan yang diberikan alqasam.Perlu kita merenung,mengapa Hudud amat berkesan di Arab dan menjadi heboh di Pakistan?Agama adalah unik disebabkan maksud berlainan boleh ditaksirkan oleh orang berlainan. Hanya dengan pemahaman yang mendalam dan sikap belajar yang terbuka dan juga pemikiran yang rasional di atas isu-isu agama,barulah Hukum-hukum agama dapat dilaksanakan secara adil dan tanpa melahirkan keraguan.

      • sha says:

        @alqasam,
        saya sendiri tidak setuju dgn tindakan lecturer menggembar gemburkan isu ini dgn kenyataan sebegitu tanpa justify kenapa hudud di Pakistan tidak menjadi.
        dalam banyak-banyak orang yang mendengar mungkin ada yang salah tafsir dengan statement itu.

  34. farhana says:

    Hmm…memang betul hukum hudud patut dilaksanakan..namun begitu, saya cuba melihat kes ini dalam konteks yang lebih besar. Yang terlibat dengan arak, bukan lah peminum sahaja, malahan tukang jual, tukang buat arak, tukang hidang bagaimana pula hukumnya? Kalau kilang terbesar still megah berdiri….

    Dan bagaimana pula kes-kes yang sewaktu dengannya – dadah, syabu, ecsatcy dll yang juga memabukkan, mengkhayalkan…

    Isu ni sebenarnya sangat besar, tapi ramai tutup mata. Impak arak serta segala benda yang mengkhayalkan ni boleh lead pada pelbagai perkara lain – curi, zina, buang anak etc, tapi saya nampak we are running in circles.

  35. sufie says:

    apa yg saya faham Islam n politik x bleh dipisahkan sbb tu ada undang2 islam yg perlu dlm sesebuah negara,bukanlah utk memaksa org bukan Islam menganut Islam..tidak.Undang2 salah satu cara untuk mendidik org supaya tidak melakukan kesalahan w/pun dia tidak komited dgn agama.spt mewJIBKAN ORG memakai tali pinggan keledar bg pemandu kereta w/pun dia percaya dia boleh menguruskan keselamatan dirinya.Arak bleh memudaratkan sbb tu Islam mengadakan undang2 ke atas pesalahnya.
    Hudud masih belum dilaksanakan di Pakistan secara sempurna.Islam bukan saja mewajibkan hudud tapi hukum syariat secara keseluruhannya.

  36. seems like the latter part of the article has been published before, kan?

    Selamat menjalani ibadah puasa dan lain-lain di bulan Ramadhan. Moga sejahtera semua.. (^_^)

  37. hajar says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera…kadang-kadang kita terlupa adab perbincangan.Saya akui memang susah letak emosi ketepi dan cuba bersikap rasional.Itulah masalahnya HUDUD tidak dapt dilaksanakan…pemahaman masyarakat masih kurang dan lebih teruknya dari masyarakat Islam sendiri.Dan kita ahli ugama lebih banyak emosi (seperti Abu Dzar)dan sedihnya bila berdiam diri kerana berfikir sesuatu yang lebih bijak kita akan dikata penakut.Besar tanggungjawab kita .
    Apa yang saya ingin luahkan jadikanlah medan ini sesi perbincangan yang penuh adab.Memang sekali baca kita bengang dengan kenyataan Fiza tetapi saya banyak menghadapi persoaln begitu dari anak didik saya.Orang yang bijak pandai.

    Kita perlu merujuk konsep Takdir,baca karya Zaaba lebih mudah.Baca juga karya Imam Ghazali dan suami saya kata konsep takdir hati dan sebagainya banyak dikupas oleh Steven Covey dan Andrew Mathew .
    Saya berkelulusan Usuluddin satu masa dulu saya rasa tidak faham kenapa perlu ilmu kalam ,bincang isu takdir,rupa2Nya pemikiran kita tidak sama.Anak didik saya ada pernah ada persoalan yang sama bahkan sebenarnya kita dulu mungkin pernah berfikir sesuatu tentang Tuhan atas dasar logik.Buat Fiza , ia adalah satu proses untuk kita mengenal Tuhan.Bila kita dapat jawapan yang betul2 pasti kita akan lebih dekat padaNya.InsyaAllah itulah Hidayah.

    • Abu Saif says:

      @hajar,

      Wsalam wbt.

      Saya secara SENGAJA mengelak daripada menggunakan perkataan TAQDIR dalam perbincangan ini kerana mahu mengelak daripada trigger apa-apa yang ada banyak preconceived idea yang menambah sulitkan perbincangan.

      Sama seperti mengelak daripada menggunakan perkataan BID’AH selagi boleh, kerana ia banyak mengundang kesusahan yang tidak perlu.

      • hajar says:

        Hmm…betul juga.Saya merasakan itu fokus Fiza tentang perilaku makhluk dan takdir.Tapi saya akur dengan Ustaz,perbincangan ini mungkin bertambah
        sulit…hmm..

    • lcchien says:

      @hajar, Sebenarnya,pengetahuan saya tentang Islam adalah melalui perbincangan dengan kawan2 muslim.Mereka yang bersikap terbuka memang membuat saya selesa sepanjang perbincangan.Pernah sekali kawan muslim berkata kepada saya,soalan-soalan mengenai islam yang saya kemukakan kepadanya adalah penting dalam memandukan dia ke arah yang lebih mendalam di dunia islam.Dia berpendapat,sejak kecil dia diajar menganut islam dan hanya mengikut tanpa berfikir.Apabila saya bertanya,barulah dia sedar sebenarnya dia tidak faham tujuan mengikut hukum-hukum islam.pada moment tu lah,dia mula berjumpa dengan ustaz,merenung dan belajar untuk lebih clear dengan agamanya.Kerana itulah,perbincangan dan sembang-sembang antara non-muslim dan muslim sebenarnya mempunyai kegunaannya.

      • hajar says:

        Tahniah …awak berminat mendalami Islam.Tahu kebenaran HUDUD.Tahu adab berbincang.Cubalah baca terjemahan AlQuran dan kisan Nabi Muhammad karya Martin Lings (kalau tak silap)…dia dapat menjawab banyak persoalan tentang Islam.

        • lcchien says:

          @hajar, haha,hajar,bagi saya,memahami agama lain sebenarnya membantu saya dalam mengeratkan hubungan dengan kawan2 muslim.Kawan saya juga berminat dalam memahami agama lain juga.Apabila berbincang,kita menghormati satu sama lain,ini paling penting.Setakat memahami agama sendiri adalah tidak cukup dalam pengaulan.Saya amat minat dalam perbincangan seperti ini.Kalau Hajar ada masa,bolehlab berbincang dengan kawan2 non-muslim,selain memahami agama lain,kamu boleh memahami agama sendiri dengan lebih mendalam.Look great,kan?
          Selamat menunaikan ramadhan dan Asalamualaikum..(Ini diajar oleh kawan saya.Dia mengatakan ini boleh disebut oleh non-muslim dengan makna=peace on you.)

          • hajar says:

            Kita bertanya kerana ingin tahu.Anak murid saya seorang penganut Budha minta terjemahan AlQuran setelah dia habis membaca kitabnya dan juga Injil.Selain berbincang, Buku juga ada jawapan.Saya pernah ambil paper Perbandingan Agama .Memang ini bidang saya.Apapun terima kasih.

          • Hishamudin2 says:

            @hajar,
            Dalam kebanggaan Hishamudin Onn kerana berjaya melaksanakan
            hukum sebat ke atas 3 perempuan Melayu yang melanggark syariah
            Wilayah Persekutuan timbul persoalan tentang kewajaran dan
            kewarasan undang2 tersebut.

            Terutama sekali pada orang Melayu amnya, dan bukannya kepada Melayu gila ugama,
            adalah persoalan bagaimana Jabatan Agama Wilayah Persekutuan mengendap
            perempuan2 Melayu ini bersetubuh?

            Bukankah ini satu larangan ugama mengendap perempuan?
            Bukankah ini perbuatan yang tidak bertamadun? Jadi adakah islam itu
            ugama yang tidak bertamadun dan tidak ada tata susila menjaga
            maruah wanita Melayu?

            Apakah kewajarannya Kerajaan mengupah orang mengendap dan mengintip
            pasangan bersetubuh? Adakah mereka merbahayakan orang lain? Bukankah
            ini dosa antara mereka dengan Allah dan bukan hak orang lain?

            Kenapakah perbicaraan wanita ini tidak diketahui oleh masyarakat?
            Hanya hukuman mereka dan kononnya mereka setuju dan gembira
            disebat!

            Kemungkinan besar perempuan2 ini ditakut2kan dan dipaksa mengaku
            Oleh itu berbicaraan dibuat secara tertutup dan tiba2 dah di sebat.
            Masyarakat ingin tahu jika mereka diberi bantuan guaman atau
            hanya ditakut2 takutkan oleh pegawai jabatan agama.

            Adakah ini menunjukan keadilan ala Taliban? Sebenarnya perkara
            Ini adalah memalukan masyarakat Melayu dan menjatuhkan mertabata orang Melayu
            Ammny dan perempuan Melayu amnya. Ia bukan soal syariah. Mengikut
            Cara orang Arab menghukum perempuan Melayu mesti mengambil
            Kira cara masyarakat Arab menjaga perempuan Arab.

            Perempuan Arab tidak dibenarkan untuk keluar bekerja malah untuk memandu
            sekalipun. Jadi peluang untuk berkenalan dengan lelaki amat rendah sekali.
            Kini orang Melayu sibuk dengan anak yang ditinggalkan. Adakah dengan
            menyebat perempuan Melayu yang bersetubuh diluar nikah akan mengurangkan
            perkara ini? Tentu sekali tidak! Malah gadis Melayu akan lebih takut!

            Hishamudin sepatutnya menyebat pendatang haram bukan perempuan Melayu
            kerana minum bir atau bersetubuh. Itu bukan tugas kita atau tugas Kerajaan.

            Pandangan terhadap seks sekarang begitu liberal sekali di kalangan orang
            Melayu hingga sodomi pun dipandang ringan. Tapi perempuan bersetubuh
            di sebat. Adakah ini mencerminkan hanya golongan fanatik ugama.
            Jika Hishamudin fanatik ugama, bini dia sendiri tak bertudung. Bukankah
            di Iran perempuna tak bertudung juga di sebat untuk mendidik.

            Penggunaan sebat untuk mendidik ugama adalah suatu yang menghairankan.
            Semuanya nak disebat. Adakah ini pendekatan baru UMNO ala Taliban.

  38. siti says:

    salam,saya cuma ingin mengulas tentang ruangan surat pembaca dalam sebuah akhbar inggeris baru baru ini mengenai isu kartika.dalam huraian surat pembaca berikut,lebih kurang maksudnya beliau mengatakan arak itu adalah memberi faedah jika diambil dalam jumlah yang berpatutan.dan isi isi lain mengulas tentang hak hak seorang manusia. apa yang menyayat hati,pada mulanya saya berfikiran positif dengan anggapan mungkin pengirim surat itu adalah non muslim,tapi saya sgt terkejut di akhir surat itu,nama pengirimnya adalah seorang bernama islam…astaghfirullah..saya betul betul sedih.bagaimana sebenarnya mentaliti orang islam sekarang.

    • Hishamudin2 says:

      @siti,
      Dalam kebanggaan Hishamudin Onn kerana berjaya melaksanakan
      hukum sebat ke atas 3 perempuan Melayu yang melanggark syariah
      Wilayah Persekutuan timbul persoalan tentang kewajaran dan
      kewarasan undang2 tersebut.

      Terutama sekali pada orang Melayu amnya, dan bukannya kepada Melayu gila ugama,
      adalah persoalan bagaimana Jabatan Agama Wilayah Persekutuan mengendap
      perempuan2 Melayu ini bersetubuh?

      Bukankah ini satu larangan ugama mengendap perempuan?
      Bukankah ini perbuatan yang tidak bertamadun? Jadi adakah islam itu
      ugama yang tidak bertamadun dan tidak ada tata susila menjaga
      maruah wanita Melayu?

      Apakah kewajarannya Kerajaan mengupah orang mengendap dan mengintip
      pasangan bersetubuh? Adakah mereka merbahayakan orang lain? Bukankah
      ini dosa antara mereka dengan Allah dan bukan hak orang lain?

      Kenapakah perbicaraan wanita ini tidak diketahui oleh masyarakat?
      Hanya hukuman mereka dan kononnya mereka setuju dan gembira
      disebat!

      Kemungkinan besar perempuan2 ini ditakut2kan dan dipaksa mengaku
      Oleh itu berbicaraan dibuat secara tertutup dan tiba2 dah di sebat.
      Masyarakat ingin tahu jika mereka diberi bantuan guaman atau
      hanya ditakut2 takutkan oleh pegawai jabatan agama.

      Adakah ini menunjukan keadilan ala Taliban? Sebenarnya perkara
      Ini adalah memalukan masyarakat Melayu dan menjatuhkan mertabata orang Melayu
      Ammny dan perempuan Melayu amnya. Ia bukan soal syariah. Mengikut
      Cara orang Arab menghukum perempuan Melayu mesti mengambil
      Kira cara masyarakat Arab menjaga perempuan Arab.

      Perempuan Arab tidak dibenarkan untuk keluar bekerja malah untuk memandu
      sekalipun. Jadi peluang untuk berkenalan dengan lelaki amat rendah sekali.
      Kini orang Melayu sibuk dengan anak yang ditinggalkan. Adakah dengan
      menyebat perempuan Melayu yang bersetubuh diluar nikah akan mengurangkan
      perkara ini? Tentu sekali tidak! Malah gadis Melayu akan lebih takut!

      Hishamudin sepatutnya menyebat pendatang haram bukan perempuan Melayu
      kerana minum bir atau bersetubuh. Itu bukan tugas kita atau tugas Kerajaan.

      Pandangan terhadap seks sekarang begitu liberal sekali di kalangan orang
      Melayu hingga sodomi pun dipandang ringan. Tapi perempuan bersetubuh
      di sebat. Adakah ini mencerminkan hanya golongan fanatik ugama.
      Jika Hishamudin fanatik ugama, bini dia sendiri tak bertudung. Bukankah
      di Iran perempuna tak bertudung juga di sebat untuk mendidik.

      Penggunaan sebat untuk mendidik ugama adalah suatu yang menghairankan.
      Semuanya nak disebat. Adakah ini pendekatan baru UMNO ala Taliban.

  39. anis says:

    salam..
    emm.. cuma terfikir setelah membaca sekian comment di page ini..
    terkadang, kita tidak boleh terlalu menyoal akan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah..
    pernah juga terdengar kata2, jangan terlalu mempersoalkan apa yang Allah suruh hambanya buat kerana itu semua adalah untuk kebaikan hambanya juga..
    so, bg saya, untuk yang tidak memahami, amat wajar untuk terus mengkaji dan mendalami, tuntut ilmu sehingga ke liang lahat kata orang..
    dan bagi yang kurang pehamahaman juga, wajar ikut kerana ia adalah agama kita..
    tertarik untuk membangkitkan sebuah cerita di zaman dahulu.
    ada sekumpulan soleh mengembara ke sebuah pulau..
    di pelau tersebut didapati oleh mereka ada seorang perempuan yang solat tetapi bacaan dan perlakuan solatnya adalah salah.
    setelah ditanya, perempuan itu berkata bahawa dia mengakui Allah sebagai Tuhannya dan ingin solat seperti muslim yang lain juga.
    lalu, mereka ajarlah perempuan tersebut sehingga betul semua rukun solatnya.
    kemudian, mereka teruskan perjalanan ke tempat lain menaiki kapal mereka..
    setelah jauh daripada pantai, mereka terdengar perempuan itu memanggil mereka semula kerana sudah lupa bagaimana untuk solat yang sebetulnya sedang perempuan itu berlari di atas air. Subahanallah..
    lalu, para soleh yang ingin meneruskan perjalanan itu berkata, kembalilah kamu ke tempat kamu dan solatlah kamu seperti mana yang kamu reti..
    so, nak bawak di sini bahawa, semuanya adalah berdasarkan kepercayaan, belief, faith kita..
    dan kita percayakan Allah sebagai Tuhan kita, jadi jalankan apa yang disuruh..
    dan jika ingin mengkaji juga, alangkah bagusnya~~
    huhu.. sedikit perkongsian.. jika salah, sila betulkan..
    saya cuma hamba Allah yang hina..

  40. Malaymind says:

    Saya bersetuju dengan ustaz dalam hal Hudud adalah hak Allah dan pelaksanaannya adalah yang terbaik.

    Cuma, apa yang saya lihat ialah Hudud ini kadang-kadang terlampau dipolitikkan untuk undi sampaikan natijah Hudud dan maksud hudud itu sudah tidak kesampaian.

    Hudud ini dijadikan modal untuk politik kebencian sampaikan wujud puak-puak ekstrem yang merosakkan persaudaraan Islam.

    Dalam kes Kartika (Dlm laman web Ustaz Zaharudin), saya telah berpendapat, manafaat beliau dimaafkan adalah lebih banyak berbanding mudarat. Saya masih nampak muslim di Malaysia masih jauh dari terdidik tentang Hudud, ta’zir dan sebagainya dan masih miskin hujah untuk mempertahankannya sekiranya mudaratnya datang dari luar negara. Lebih parah lagi apabila mereka semua bersungguh-sungguh mahukan Hudud secara emosi tetapi tidak belajar untuk melaksanakannya mengikut kudrat masing-masing.

    Saya emailkan juga kepada Ustaz satu artikel berkenaan dengan cara kerajaan UMNO yang telah meningkatkan kuasa mahkamah syariah. Jelaslah perjuangan mereka masih jauh tetapi ia telah bermula bukan sepertimana tohmahan saudara Islam satu parti ini.

    Kepada mereka yang cuba menarik rambut di dalam tepung menggunakan cara yang terburu-buru, saya memang sokong mereka dihalang meskipun saya dilabel munafik dan kafir.

    Hudud bukan permainan dibibir tetapi amanah yang berat.

  41. zikir says:

    sekadar mencelah…

    kalau kita nak ikut Islam, kita ikut..

    kalau kita taknak ikut Islam pun boleh..tak payahla ikut Islam…tak payah susah2..

    tp ingat, kita ni…semuanya adalah hamba Allah…

    semua yg kita ada ada seperti anak isteri, harta, pangkat, termasuk anggota badan, malah setiap helaan nafas adalah amanah yang akan disoal di akhirat…

    kalau kita gunakan semua itu untuk mengikut ajaran Islam, maka kesudahan yg baik menanti kita…

    kalau kita guna semua tu macam semuanya tadi adalah kita sebagai pemilik mutlak dan melupakan Allah (taknak ikut Islam), maka Allah telah menjanjikan sesuatu juga untuk kita…

    pada kebiasaanya, ia adalah AZAB..! nauzubillah…

    jadi, bertindak bijaklah,…

    back to basic. pelajari dan hayati ilmu ‘aqidah dgn mendalam terlbih dahulu sebelum belajar ilmu2 lain…

    selepas punyai ilmu ‘aqidah yg mantap dan sahih..(kalau sy menggunakan ilmu dari Imam Abu Jaa’far atTahawi), maka sudah masanya kita pelajari ilmu2 fiqah yg merupakan fardu ain…pada sy, jika kita hanya org awam sekalipun (bukan jurusan agama)kita patut mempelajari lebih sedikit dari kadar fardu ain kerana akhir zaman ni banyak fitnah yg berlaku terhadap agama…

    tanpa ilmu dan pegangan agama yg mantap, kita akan terumbang-ambing..

    belajarlah…terus belajar, amalkan dan sampaikan….Allah Maha Mengetahui… jgn tanya kenapa Allah melakukan sesuatu (dengan kadar berlebihan sehingga membuka ruang syaitan untuk kita dicelakakan), sebaliknya tanya adakah kita telah melakukan segala apa yang disuruh Tuhan..

    ia termasuk prinsip Ahli Sunnah walJamaah yg dinukil oleh Imam Abu Jaafar..ulama yg hayatnya tidak jauh dari kewafatan Rasulullah SAW..selawat dan salam ke atas baginda, ahli keluarga, sahabat2 dan mereka yang mengikuti baginda dari semasa ke semasa…

  42. Malaymind says:

    Saya amat setuju dengan kupasan ustaz di atas tetapi saya amat terkilan apabila orang mengaitkannya dengan politik.

    Selain daripada semua justifikasi yang telah digariskan di dalam AlQuran, kita perlu sesuaikan method (cara) kita dalam melaksanakan Hukum Allah yang satu ini. Malangnya ramai yang tidak mahu memikirkannya selain dari meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan semata-mata.

    Jadi, untuk kita sama2 memikirkan tentang bagaimana untuk menjadikan kerajaan menggunakan hukum hudud, kita perlu tahu dimanakah dulu halangan-halangannya dan bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan tersebut.

    1) Semua orang tahu bahawa kerajaan mendapat kuasa dari undi popular. Sekiranya PAS mahu memegang kerajaan sekalipun, mereka perlu menjadi popular. Kuasa rakyat adalah berjumlah 55% islam dan 45% bukan islam. Ekonomi negara pula dipegang 80% bukan Islam. Cubalah fikirkan tentang bagaimana mahu menarik sokongan 45% yang memegang 80% kunci kehidupan itu (ekonomi)? Berapa lamakah masa yang realistik untuk mendapatkan sepenuh sokongan mereka? Apakah yang mereka mahu supaya mereka boleh menyokong hudud kita?

    2)Semua orang tahu usaha hudud ini bukan sedikit dan ia kena bermula 50 tahun dulu lagi. Adakah semua parti politik pro Islam telah melakukan tugas mereka setakat yang mereka mampu? Adakah mana-mana parti yang telah memegang kuasa telah ‘mengeducate’ rakyat bawahan mereka untuk memahami Hudud? Kalau UMNO kononnya gagal, adakah PAS telah berjaya? Realitinya, kedua-dua parti kini cuba mendapatkan undi popular bukan Islam dengan menjual hak2 Islam – agak reverse dari cara yang sepatutnya.

    3) Selain dari itu, golongan yang pro hudud perlu ditarbiyahkan untuk menjawab segala tohmahan2 dari mereka yang anti-hudud kerana perjuangan ini masih lagi panjang. Hujah yang diberikan oleh Ustaz di atas amat berguna untuk dibaca dan difahami untuk mengukuhkan kefahaman sendiri. Namun perlu diingat, kita mahu menjadikan orang bukan Islam turut menerima hudud. Mereka bukannya orang yang percayakan Al-Quran dan Sunnah jadi usaha kita perlu melangkaui logik mereka juga.

    Kesimpulannya, hudud ini bukannya mudah dan semua orang perlu berusaha untuk melaksanakannya. Tapi, semua ini tidak akan terlaksana hanya dengan mengata dan memperlekeh usaha orang lain.

    Ia juga takkan terlaksana hanya menggunakan political will (kehendak politik) semata-mata kerana ia perlu lebih dari itu.

    p/s: Saya ada analisis perundangan tentang hudud. Ia lebih kompleks untuk difahami tetapi untuk mereka yang faham undang-undang, saya boleh saja sharekan.

Leave a Reply