
“Yeaaaa… balik kampung!” anak-anak saya menjerit kegembiraan.
Tiada yang lebih menyeronokkan selain daripada pulang ke kampung.
Jika ke kampung saya, anak-anak seronok mahu bertemu dengan Opah, dan jika ke kampung isteri saya pula, Atuk sentiasa setia menanti kepulangan cucu-cucunya.
Memang satu nikmat yang besar, apabila saya dan isteri bertemu jodoh jauh di lembah Shamrock, tetapi hakikatnya kampung kami hanya dipisahkan oleh Sungai Kinta, seadanya. Jika 100 tahun lalu, mungkin aktiviti kami ialah meranduk sungai untuk ke kampung masing-masing, kini perjalanan dengan kereta hanya memakan masa 10 ke 15 minit sahaja.
Seronok sekali semasa tiba di rumah keluarga. Adik beradik berhimpun, anak-anak saudara berkejar ke sana sini bagai mahu meruntuhkan rumah, sesaat mereka ketawa, sesaat bertarik rambut bergaduh pula. Segalanya indah belaka.
USIK PERASAAN
Namun dalam keindahan itu, hati saya digigit rasa sayu.
Ada sesuatu tentang Ipoh, yang mengundang rasa sebak di dada.

Masjid Ghufran Kampung Manjoi [sumber]
Usai bersolat di Masjid Ghufran di Kampung Manjoi, saya memandu sendirian membelah malam di sekitar pekan Ipoh. Sengaja saya isikan sebahagian malam itu dengan sebuah perjalanan yang aman (pemandu Ipoh memandu perlahan dan santai), diiringi alunan zikir dari radio yang dipasang.
Saya seperti dapat melihat, diri saya berdiri di perhentian bas bersebelahan Kamdar menunggu bas ke Pasir Puteh yang tibanya tidak tentu masa. Bagai ada terlekat di minda bau hapak kerusi teksi kuning hitam yang dipandu Apek Cina tua yang bersetuju menghantar saya hingga ke muka pintu dengan bayaran RM4 bagi sebuah teksi. Pemanduannya sungguh perlahan hingga boleh dikejar oleh juara lumba lari 100 meter di sekolah saya.
Membelok ke kanan, saya menyusur perlahan di Hugh Low Street yang kini Jalan Iskandar.
Ternampak emak dan opah dulu-dulu menjengah kedai emas yang berderetan di sepanjang jalan itu. Suasana sungguh sibuk. Malah di celah-celah perhentian bas itu, ada lorong antara dua blok bangunan yang menempatkan sebuah kedai mamak, tempat saya dan abah menjamu selera dengan bubur gandum semasa menunggu emak yang lama membelek kain.
Di belakang kedai mamak itu, penuh orang berjaja barang-barang terpakai dan 1001 benda pelik di Lam Looking Bazar. Kalau ada kasut yang hilang, esoknya jengahlah di situ kalau-kalau boleh terjumpa semula tetapi perlu dibeli dengan harga yang ‘berpatutan’.
Mata saya berkaca.

Emporium Perak tinggal kenangan [sumber]
Berhenti seketika di tepi deretan kedai usang itu, saya mengesat mata untuk menjelaskan pandangan malam yang silau. Ternampak pula bangunan Emporium Perak yang sudah terbakar. Entah apa puncanya. Berpuluh tahun saya membeli barang di pasaraya yang hebat itu, tanpa lupa kepada entah berapa banyak beg sekolah, baju seragam sekolah, kasut sekolah yang dibeli di kedai-kedai di bawah emporium itu.
Berdepan Emporium Perak itu ada deretan kedai kayu, menjual lesung batul, pisau, periuk kawah dan pelbagai peralatan dapur.
Tatkala menoleh ke kiri, ada lorong sepi yang dahulunya sibuk dengan kenderaan yang berhenti untuk solat Jumaat di sebuah masjid yang lebih besar maknanya di hati saya berbanding Masjid Biru di Istanbul, iaitu Masjid Panglima Kinta yang penuh sejarah.
Lama termenung di tebing sini, saya menyeberang sungai untuk ke Pekan Lama. Tatkala membelok ke kanan, perjalanan semakin sepi. Banyak bangunan tinggal dan anehnya burung layang-layang yang sudah beratus generasi menghuni wayar-wayar elektrik hingga memutihkan cermin kereta di bawah dengan najis mereka, hilang entah ke mana.
Tersentuh saya memikirkan kedai Kwong Fat yang menjual kain ela cantik, tempat emak membeli persalinan untuk baju raya kami dulu. Di hadapannya ada pasaraya Crescendo yang sudah berapa kali bersalin penghuni.

Pekan Lama Ipoh [sumber]
Pandangan mata saya terhenti seketika menatap Kedai Buku Mubaruk di Jalan Sultan Yusuff. Lebih mesra dipanggil Mubarak Book Store, saya terkenang kembali zaman persekolahan dulu tatkala kedai buku tiga buah sederet itu menjadi tempat yang sering saya kunjungi.
Hanya ada dua tempat yang saya membaca A’udhubillah sebelum memasukinya, iaitu tandas dan Mubarak Book Store serta kedai buku yang seumpama dengannya. Masakan tidak, setiap kali masuk, pasti yang keluar daripadanya adalah saya sebagai manusia fakir duit, tetapi puas dengan buku yang dibeli.
Kini kedai buku itu tinggal separuh. Perniagaannya nampak tidak lagi serancak dulu.
Selepas melintasi bangunan bank HSBC, saya membelok ke kanan untuk kembali ke Pekan Baru.

Pasar Besar Ipoh (Lokasi Super Kinta) [sumber]
Apakah ada orang Ipoh yang boleh melupakan Super Kinta?
Di situlah urbanisasi ke atas kami orang Ipoh bermula.
Terkejut dengan barang-barang berjenama, menahan liur melihat baju Kiki Lala dan Ladybird yang tidak mampu emak ayah belikan. Tidak lupa, di situ juga saya belajar membeli ikan yang sudah siap bersiang dan berbalut plastik, apabila bosan dengan pasar basah di sebelah bawah. Di Super Kinta juga saya belajar membeli pencuci muka dek wajah yang penuh jerawat semasa di sekolah dahulu. Di Super Kinta juga saya berkenalan dengan kedai roti moden selepas Kedai Roti Paris hilang popularitinya.
Super Kinta sudah tiada. Pasar Besar sudah tidak semeriah dulu. Bandar Ipoh semakin sepi.
Semenjak terbangunnya Pasaraya Besar Giant di Tambun, Tesco dan Jusco di Tasek dan juga Tesco baru di Stesyen 18 Pengkalan Pegoh, serta Billion di Silibin, pusat bandaraya Ipoh semakin kehilangan pengunjung. Yik Fong menjadi sepi, Pasaraya Beauty tinggal sejarah, Ocean sudah berubah, segalanya hilang dari pandangan.
Jam sudah hampir tengah malam.
Saya bergegas pulang ke Manjoi.

Stesen Bas Ipoh [sumber]
Tatkala lalu di Medan Kidd, terasa kembali sunyinya jiwa melihat kawasan itu yang sudah ditinggalkan. Stesyen Bas Ipoh di seberang pula tidak banyak berubah. Ipoh Omnibus yang basnya seusia dengan diri saya, tersusun beratur menghitung usang masa.
Segala imaginasi, saya bawa ke tidur. Realitinya Ipoh semakin sepi.
Malam itu saya pulang ke rumah mertua di Manjoi, dengan kepala yang sarat berisi kenangan.
Ipoh sukar untuk ditafsirkan sebagai bertambah makmur. Segalanya menjadi sepi dan hambar. Sekurang-kurangnya di mata anak perantau yang menjenguk sekali sekala ini.
MATERIALISTIK
Subuh esoknya, saya berasa lucu selepas mengerjakan solat Subuh di Masjid Ghufran di Kampung Manjoi. Geli hati mendengar pengumuman yang dibuat berkenaan dengan jamuan berbuka puasa malam nanti.
“Malam ini, jamuan berbuka puasa ditaja oleh Tuan Haji Fulan bin Fulan. Lauknya ialah daging bakar cicah ayor asam, kari ikan kering dengan terung dan ada moreh!” umum AJK Masjid.
Hairan saya.
Rupa-rupanya orang sekarang memilih. Kalau daging dan ayam lauknya, ramailah anak muda yang datang. Andai lauknya ala kadar, kuranglah mereka yang hadir ke masjid.
Macam-macam.
Mungkin lebih besar maknanya kalau duit disalurkan ke Kampuchea apabila setiap ringgit yang disumbangkan lebih besar manfaatnya kepada masyarakat di sana.
TAMAN YANG SEPI
Pintu masuk ke Taman D.R. Seenivasagam [sumber]
Budak Ipoh mana yang tidak kenal dengan Taman DR Seenivasagam?
Saya dan isteri membawa anak-anak masuk ke taman itu dengan harapan ada sesuatu yang boleh ditunjukkan kepada mereka.
“Dulu Yop, di pintu gerbang ni Abi duduk melukis dalam pertandingan melukis,” saya memberi muqaddimah kepada anak-anak.
Timbul rasa kecewa kerana Taman DR sudah tidak semeriah dulu.
Masih terasa keseronokan menaiki keretapi yang berpusing sekitar ‘theme park’ istimewa itu. Keretapi tersebut akan melintas di bawah dua jambatan, lalu di sisi Merry Go Round yang ketika itu dirasakan cukup tinggi memutar kami ke atas dan ke bawah. Paling tidak boleh dilupakan, adalah keganasan ribuan ikan di tasik. Ada yang merah, ada yang hitam, kesemuanya akan berebut-rebut mengejar kepingan roti yang saya campakkan. Jejantas berliku-liku merentasi tasek itu juga sudah tiada. Ikan pun bagai tidak kelihatan.
Taman DR sudah hilang gahnya.
Ia hanya sebuah taman yang sepi, biar pun dengan landskap baru yang ditambah. Apa yang saya dapat kesan, hanyalah tapak permainan kasut roda mengadap ke asrama YMCA, yang masih kekal seperti dulu.
Segalanya sepi dan hilang warna di Ipoh kini.
Kepulangan ke Ipoh kali ini luar biasa. Ia bagai suatu imbasan sejarah. Ia bagai suatu perjalanan terowong masa untuk mencari hari-hari semalam yang semakin dilupa. Kemuncak kepada segala yang sejarah itu, ialah apabila saya terserempak dengan KUIH TORAK, iaitu kuih yang amat saya minati, namun sudah pupus semenjak 20 tahun yang lalu.

Kuih Torak
Terima kasih kepada makcik yang menjual kuih torak di gerai bazar Ramadhan di Taman SPPK petang itu.
Terima kasih juga kepada Surau Taman Desa Aman atas kesudian menjemput saya mengimamkan solat Tarawih serta memberikan tazkirah.
Insya Allah kepulangan sempena Aidilfitri nanti, saya akan lebih memerhati.
Hanya satu soalan yang tinggal, jika kita begitu tersentuh dengan kenangan di zaman itu tentang Ipoh, apakah ini tandanya yang kita bahagia ketika itu, malah mungkin lebih bahagia dari semasa?
Setiap kita ada jawapan yang tersendiri mengenainya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
31650 IPOH
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Salam..Ust ada di Ipoh ye?Ate….alang2 ada di manjoi buleh le datang Masjid Jamek Taman Kledang Jaya,ana memimpin terawih di sana.Hehehe..Jauh juga ye Ust berjalan malam tu…Hmm…Ipoh da hampir jadi Jakarta,Nepal dan macam-macam lagi tempat.Super kinta!Ya!Si situ tempat mula-mula saya belajar pow duit abah..Bagus betol anak dia ni.Emporium tu katanya ada sabotaj.Tapi wallahualam betul ke idak..Dengar2 je la…
nukilan yg sangat mengimbau kenangan.. terpaut hati membacanya sambil membayangkan ianya di era 90an…
SIS 92-98 in memory
rumh ni sy pernah tgk tp mcm bukn kat manjoi je… bukan kat sg rokam ke?
Assalamualaikum Ustaz. Apa kabar?
Gambar rumah kampung kat atas sekali tu rumah orang tua Ustaz ke? Klasik abes. Siap ada laman padang rumput keliling rumah lagi tu. Ini time raya mau nangis sebab nostalgik ni haha.
By the way, saya ada soalan. Apa sebenarnya maksud “Masya Allah” dan dalam situasi apa yang sepatutnya phrase itu digunakan?
Saya tak ingat sangat tapi time sekolah dulu saya terbaca kat mana ntah yang phrase ini diucapkan utk menyatakan kekaguman terhadap sesuatu dalam nada/perasaan yang gembira. Lebih kurang macam penghargaan kut. Contohnya macam kita dapat jumpa Nik Aziz vis-a-vis ke tak pun kita selamat sampai Sabah lepas tu kita kagum dengan hutan Sepilok yang indah permai dan dihiasi dengan orang utan yang ceria.
Betul ke apa yang saya baca & paham tu Ustaz? Saya tanya sebab saya tengok orang Melayu banyak gunakan “Masya Allah” ni bila nampak/menghadapi benda2 dan situasi yang tak elok. Contohnya kalau ada seseorang mempertikaikan kenapa kena tutup aurat, nanti mesti ada orang yang akan cakap “Masya Allah, dia tak tau ke tutup aurat tu wajib?”.
Tak pun kita nampak ada lelaki Muslim tengah makan kuey teow goreng Doli time siang Ramadhan. Selalunya mesti orang kata “Masya Allah, dia tu tak puasa ke?”.
Apa pandangan Ustaz tentang isu yg saya bagi ni? Bukan apa, alang2 nak beramal, biar dengan ilmu yang betul ye tak.
Sorry ye Ustaz sebab soalan ni takde kaitan langsung dengan entry Ustaz ni.
Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Dua tiga boleh ku cari, apakan daya tak cukup wang haha terima kasih Ustaz!
@Bojed bin Sulaiman,
salam, Masha Allah maksudnya Apa Yang dikehendaki Allah..
Dengan kata lain, apa yang kita tengok semua tu adalah qadha’(pelaksanaan) allah bergantung juga kepada usaha manusia..
“Allah memberi petunjuk kepada hamba yang dikehendakiNya dan menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya..”
Saya juga sedih melihat Ipoh sekarang. Seingat saya, area Super Kinta dipanggil ‘Pekan Baru’.. Tapi pekan baru nampaknya dah macam Pekan Koboi
wahhhh nostalgik nya.. rindu nak balik negeri teman tercinta!! Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri….
salam,ustaz balik perak?kalau ada kesempatan nanti mungkin boleh bagi ceramah di masjid ubudiah kuala kangsar.baru-baru ini pihak masjid berhajat menjemput ustaz farid ravi dan juga dr basit,tapi dua-duanya tak jadi di sebabkan jadual tokoh-tokoh tersebut yang padat.
Di belakang kedai mamak itu, penuh orang berjaja barang-barang terpakai dan 1001 benda pelik di Lam Looking Bazar. Kalau ada kasut yang hilang, esoknya jengahlah di situ kalau-kalau boleh terjumpa semula tetapi perlu dibeli dengan harga yang ‘berpatutan’.(quoted)
maksudnya ada tukang curi kasut? pastu jual balik kat pasar?
@mujahidhisyam,
lebih kurang gitu la, sekarang ni lokasi ‘looking bazaar’ tu dah pindah. tak pasti nama tempat secara tepat, tapi dekat ngan kompleks islam (bank islam)..
assalamualaikum, tmpt tu masih dpanggil lokkin. bukn dkt kompleks islam tp lebh tepat di belakang pasarya ocean dl.. dan bhampiran jln sultan idris shah.
sy pun rindu nak balik kampung di taiping…huhu
ustaz, menitis air mata saya baca entry ustaz yang ini…
mungkin saya tak terasa sangat sekarang, sebab memang duduk di sini… tapi, bila baca dan teliti balik setiap ayat ustaz ni, memang nostalgia.
dan saya juga peminat setia bubur gandum yang ustaz sebut tu… yang sekarang dah takde lagi, tapi rasanya masih teringat-ingat!
terima kasih atas posting yang sungguh nostalgik!
salam syeikh,
Ana pernah setahun menghidup udara bumi Ipoh, tahun-tahun 90-an
Baru ni, ke sana banyak
betul berubah
Tak ada lagi plaza Yik Fong ke apa nama
sebelah pasar besar Ipoh, sekarang
macam-macam ada
Salam Ustaz,
Kenangan yang indah.
Saya baru je balik ke kampung saya di Tanah Merah, Kelantan.
Makin pesat ‘membangun’ dengan kedai-kedai di pusat bandar dan melimpah ke luar pusat bandar.
Mungkin tauke-tauke Ipoh ramai dah pindah gi Kelantan kot?
Bila terpandang gambar emporium perak terus saya menangis sebab teringat masa kecik-kecik dulu mak selalu bawak saya window shopping kat situ.Masa tu bila dekat nak raya mak bawak le kitorang adik beradik cari baju raya kat situ,kitorang kemain suka la memang terasa suasana nak rayanya sebab emporium tu mainkan lagu-lagu raya padahalnya bajunya biasa-biasa je.Satu perasaan yang sukar nak dilupakan.
Baru-baru ni saya balik ipoh mak saya pun ada sebut pasal kuih torak ni.oo macam tu ke ghupenye
salam ustaz,
mlm ahad tu sy tahu ustaz ada di desa aman, tp mak saya ajak pg masjid kg tersusun pengkalan, ustaznye best jugak,ust jamaluddin pdg rengas.melepas saya nak tgk ust live..hehe.
sy bace entry ustaz ni sebenarnye kenangan sy jugak tu..dulu outing nak pg mane lg,super kinta la,pastu makan cendol dpn kamdar, dan tgu bas yg konduktor die jerit “isutin,isutin” (patutnye “izuddin,izzuddin”)
ustaz..ingat tak emporium tasek?? hehe
Salam Ustaz,
Kuih torak… heheheh
kuih orhang perak tu kan ustaz? Wife ana pun suka kuih 2, bila dah kahwin baru dengar kuih 2, nama pun sedap
Makngah bukan orang Perak. Tapi satu kenangan yang makngah tak dapat lupakan ialah makan laksa penang di stesen bas Ipoh. Kami sekeluarga makan dan lepas tu susun pinggan bertingkat-tingkat macam KLCC tingginya. Sedap betul laksa di situ.That was 30 years punya cerita.
Masih ada lagi ke rasa laksa yang sesedap itu di Ipoh?
@makngah,
Makngah
Ada beberapa gerai laksa di stesen bas itu pada zaman 80an. Terbest ialah tepi pagar sebelah hujung kedai 2 tingkat itu berhampiran round about menghala balai polis. Di sini juga ada jual Pulut Udang.
Rasanya dah tak ada semua itu.
Lukmanw
@lukman wan mat daud, ye banyak gerai laksa di situ, pekena dgn laici ais. dan ada banyak gerai jual majalah dan suratkhabar. nostalgik sungguh!!!
@orange,
satu lagi, dekat gerai laksa tu ada jukebox. 20sen satu lagi rasanya. utk saya yg masa tu di form 3, rasa hebat semacam.
laksa tu kuahnya dr belut… masih ada lg… tu yg special tu.. zaman 80an dl, punya brani jalan kaki pas skolah ikut railway trus p stesen bas ipoh.. skrg nk jaln ikut tu…”selamat” la…
Medan Kidd – satu ketika dulu di situlah bapak dan arwah mak berniaga di sebuah kedai makan… skrg semuanya yang tinggal hanya kenangan!
@kakcikseroja, ya medan kid. medan gopeng tempat selalu makan roti sardin, tapi sekarang dah lain. Jadi, stesen bas pula
jemput datang rumah ana di kg tersusun sengat kalau balik ipoh..confirm takde ‘katalog’ untuk ustaz..
Salam,
Ya, entry yang menyentuh kalbu bukan kerana fizikal Ipoh tetapi suasana kanak2/remaja yg ustaz bawakan. Lebih2 lagi di dalam bulan ramadhan yg serba nostalgik ini.
Syukurlah ustaz masih memiliki seorang ibu tercinta w/pun arwah ayah sudah lama meninggal.
Aidilfitri bagi saya tiada sebarang makna tanpa kehadiran ibubapa disisi.
Sedangkan saya lebih muda drpd ustaz !
Let’s hope with the introduction of a high speed train service between Seremban – KL – Ipoh next year, Ipoh will regain some if not all of its glory.
In truth, it’s not just Ipoh that has begun looking sadder and deserted. Try going to small towns like Teronoh, Lahat, Siputeh…you get the feeling that these towns were much more glorious 60-70 years back.
I spent close to 6 years studying in Teronoh. To my mind, even now, nothing beats the beauty and serenity of Central Perak. The view of Gunong Bubu and Bukit Keledang from afar certainly invokes this sad, small feeling, of the majesty of Allah the creator of these great and beautiful mountain ranges…
Oh, if I may, here’s my collection of photos of Central Perak, from the few times I got to visit the state after getting a camera…
http://gallery2.mymalaya.com/categories.php?cat_id=85
Salam Ustaz,
Akak pun rajin klu balik ke kg, rajin juga meronda di Bandaraya tu.
Zaman sekolah dolu-dolu, rajin meronda round-round naik basikal ramai-ramai. Berbatu-batu meronda menyusuri Sungai Kinta, sampai segala ceruk.
Kalau ke stesen kereta api, tak sah klu tak makan sate. Biasanya, dolu-dolu keretapi mail malam utara-selatan sampai Ipoh jam 1:30 pagi.
Klu ke bas stesen, tak sah kalau tak beli “kacang putih”. Klu ke pekan baru, mmg bubur gandom di kaki 5 tu tak pernah miss.
Baru tahu sebutan “Lamlolin” yg popular tu, rupanya Lam Looking.
Zaman 60-70an dolu, klu nak ke “Tiger Lane” kena ambil bas kat Jln Yang Kalthum. Ada Jukebox. Sambil makan mee mamak & minum ais kacang/cendul boleh dengar lagu popular “Oh Fatimah” dan “Kenanganku”. Bas lambat pun tak mengapa. Disitu ramai bebudak Izzuddin & STAR merebut-rebut naik bas. Semua itu tinggal kenangan, kenangan mengusik jiwa.
Salam berpuasa. Raya nanti singgah ler ke Kuala Pari Hilir (Kupahi).
menangis saya bca entry ust…..
tringat kenangan masa kecik2 dulu…
tringat kg halaman bl dqah bjauhan dgn keluarga ni…
kalau ada orang tanya saya,apa yang menarik di ipoh, saya memang tak tahu nak jawap,sebab walaupun saya duduk di ipoh sejak kecil,tapi saya sendiri tak tahu ape yang sangat menarik di ipoh..kalau masa kecil-kecil dulu, selalu jalan-jalan,makan-makan di sekitar ipoh,tapi sekarang tempat-tempat tu dah tak ada…rindunya pada kenangan dulu..ustaz penah dengo Taman Kanak-kanak,dekat area Kamdar?dekat situ dulu macam-macam makanan ade,meriah je,tapi sekarang ntahla..
@bidadari,
Da tak panggil Taman Kanak-Kanak da..Hehehe.Panggilannya samaada Gerbang Malam atau TKK..Hebat bukan?
heheh!
Lama tak balik Manjoi… rindu plak rasanya.
rasanya DR tu kependekan dari Dorai Raju ke ape ntah. bukan doktor. nama tu nama seorang pemimpin parti PPP tahun 60-an. tapi fakta ni pun kne semak semula la kot.
kompleks yik foong hidup je lagi. tempat orang cari alat ganti dan aksesori komputer. kalau nak beli baju2 dan cenderahati pun ada jugak
@djambu,
tapi Indon ramai lepak sana…
Hp pon murah.tapi cap cina.heheh
http://en.wikipedia.org/wiki/D.R._Seenivasagam
silap, bukan Dorai Raju, tapi Darma Raja
salam
ermm..
byk perubahan dh blaku di ipoh
semakin sunyi dn x berpenghuni..
dlu sy sek kat maahad ummah chemor 1997-2001.
sll gak la outing kt ocean super kinta.
dh 4thn =2005-2009 di mesir ni terkejut gak la perubahan yg ust gtau ni..
medan kidd pn jd tumpuan blk KL hlg kemeriahanye smnjk tkr kt gopeng.
kngn zmn kanak2 sdkit demi sdkit hlg..
syg nyer…
oh, ibu dan ayah sy pun lebih kurang mcm Ustaz dan Ummusaif. jumpa di UK, tengok2 seJohor – sorang Muar, sorang Kluang.
entri kali ni buat sy teringat “the kampung boy” karya dato’ lat.. bila ingat-ingat balik, memang super seronok kan hidup se-basic mungkin ni; kita jadi kreatif, hidup santai dan kurang serabut, ada sense of belonging yang unik. compared to today’s modernity, life was waaay more meaningful.. hu..
somehow, orang perak memang pandai bab benda2 nostalgia ni eh? out of curiousity.. =p
p/s: maaf Ustaz atas bahasa rojak.
Teringat saya petikan novel Memeluk Gerhana tulisan Isa Kamari:
“Zaman kanak-kanak…kita merasa kaki dengan tangan. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula.”
Bila sudah jauh kita berkelana, kadang-kadang daerah permulaan itu yang sering terhimbau.
p/s: Bangga memakai baju batik Izzuddin dan songkok apabila keluar “outing” di tengah pekan Ipoh zaman muda-muda dulu…
hahaha… Tak pernah di dengar gueq akan pengumuman menu seperti itu hingga tak tahan untuk gueq gelak habis – habisan, sampai kucing sebelah pun senyum melebar. (kucing tidak lebih memilih dr manusia, asalkan ada ikan cukup ajer.). Haduhhhhh….. Macam-macam!
Salam Dear Ustaz,
Entry kali ni memang buat akak rasa sebak , apa yang ustaz coretkan benar2 buat akak kembali terkenang bandar Ipoh yang hidup suatu masa dahulu. Bila dah tua ni kalau balik Ipoh (rumah mak akak dekat dengan Masjid Ghufran ) akak tak sempat nak masuk bandar pun sebab selalunya balik sekejap je untuk bertemu sedara mara terdekat , taktau apa dah jadi dengan Emporium Perak, Super Kinta , Taman D-R dan sebagainya . Kalau kata bahagia semasa di Ipoh masa dulu memang akak bahagia sebab semuanya meriah tapi kini untuk kembali tinggal di Ipoh memang akak belum terbuka hati rasanya lagi sebab kini akak lebih bahagia dapat hidup di bandar kecil Kemaman yang bandarnya masih lagi hidup dan meriah.
Selamat kembali berhariraya di Ipoh buat ustaz dan famili.
@silversarina,
oh, kampung akak pun di manjoi.
ayah saya naib kadhi manjoi 70s-90s. ntah2…
@ummusaif,
hebat-hebat orang manjoi ni.
bertuah kahwin dengan orang manjoi
Kg Dato’ Ahmad Said kira manjoi jugak la kan..?
Salam ustaz, posting yg betul mengimbau kenangan..saya duk ipoh 93-98, sek taayah…dpt pegi ke super kin and yikfong masa outing dah cukup seronok time, pekena cendol dpn tkk dan p bli buku kt dynamic…itu jela keja kami…tapi ipoh menyimpan memori suka dan duka saya…yg apabila dikenang menitis airmata…sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambanya…xtaayah 93-98 Abu dhabi.
salam ustaz,
now i’m staying in ipoh,pekan razaki/medan gopeng/sungai rokam(that are the list if just not knowing where is it,who doesnt’t know medan gopeng?,hehe)
starting last year,i start studying medicine in egypt by scholar(duit rakyat,dh bley agk scholar ap),sometimes i feel that i need something which i really can hold it through out this phase,which i can help others for now on or in the future,
it is just i think that i can do even better or many things but i scared of those things,
i really follow your blog and
if you feel free,just drop by my blog,maybe you manage to help me to be a better person,n insyaAllah without no circumstances,i’ll do my best in my journey,amin~
x-SIS(mcm sme jek^^)
x-mrsm tpg
yamshi hollibala’(take care)salam alayk~
@bunyamin,
wsalam.
keep up the good work, my dearest brother.
p/s: I will always remember the great mee rebus of sungai rokam near the junction. another thing disappeared from the scene.
Ustaz,Tepong torak,appearance nya simple tapi sedap kan.Teringat arwah ibu.Kuih yg selalu disediakan dibulan Ramadhan.Al Fatihah buat bonda tercinta.Semoga damai diSANA..
sronok baca entry ustaz ni..
rasa mcm ana brada di zaman tu je..huhu
Salam Ustaz.
Mana2 pun serupa ustaz, saya pun jika balik ke Kuala Pilah berasa sepi, segala yg mewarnai ‘remaja’ telah hilang
@BudakPilah,
Wsalam wbt.
Urbanisasi.
Bandar mati seperti manusia mati
Teringat masa mengaji di UTP. Pekan Ipoh mesti kena pergi. Jam tangan di tangan sudah berusia 4 tahun, dibeli di Komplex Yik Foong.
Salam Ust.
Saya tidak pasti zaman Ust. di Izzuddin. Semasa kami dulu (80an) Apek Pemandu Teksi ini akan bertanya; “Susu Tin ka?” Maksudnya “Izzuddin ka?”
Punyalah jauh larinya tetapi itulah apek-apek pemandu teksi Ipoh yang menyebut Izzuddin sebagai “susu tin”.
Wassalam
lukmanw@uum.edu.my
http://izzuddin8084.blogspot.com/
@lukman wan mat daud,
Wsalam wbt En Luqman.
Hehe, tu Apek generasi Jus Soli barangkali. Zaman ana dah banyak diperbaiki accent sebutannya.
Terima kasih atas perkongsian
Salam Ustaz,
First time dgar kuih torak.Nanti saya nak cari.He he.
Negeri perak umpama tulang belakang semenanjung.Jarang dengar org semenanjung x pernah singgah negeri ni.Ha ha.
Oh satu lagi ye ustaz. Tertinggal! Bagaimana dengan gaya pemerintahan kerajaan kudeta yang baru? Masih berseri? He he
Cerita menarik ditambah dengan gambar cantik (langit biru-biru lagi) Ustaz ambil sendiri gambar?
…sbg org perak dan pernah mmbesar di sana…saya sgt dapat merasa dan pernah melihat apa ustaz sampaikan pd entry kali ini….yik fong, super kinta,medan selera taman kanak2…dan lain2…argghhh..terlalu nostalgik!
benar…pekan ipoh semakin hambar..semakin ramai warga asing yg ada…
sgt merindui ke’meriah’an bandar ipoh seperti dulu….
Ada sekali, member ajak makan kat Manjoi. Rupa-rupanya, sebelah kedai tu, ada telefon awam yang letak 20 posen, boleh bergayut sampai berjam-jam.
Malam tu, kami order dua set makan, dua-dua saya habiskan.
Cerita Ust mengingatkan kenangan saya ketika tinggal di Ipoh sewaktu masih kecil, belum sekolah lagi pun awal 80an. Memang banyak giler ikan kat taman Seenivesagam tu. Kemudian tahun 1996-97,masuk Uitm Manjung… Ipoh jugalah tempat mencari barang.
Sekarang parents menetap di Taiping.
81-85 berkelana di Ipoh …… ustaz mengembalikan memori saya…. kalu nak cerita memang banyak, terima kasih
1981 bazar bulat adalah tempat pertama membeli belah..ala..budak kg turun town..itupun sbb senior parking bas SIS kat situ..taufufa apek kat situ memang menyelerakan cuma 20sen, skrg bazar tu tinggal memori. nasib baik mee rebus ramli depan panggung grand masih ada.. baru2 ni, alhamdulillah sblm dinner jubliemas SIS dptla merasa semula sesudah 25th ditinggalkan..ada sesuatu yg tersentuh….
1981..sebut manjoi…teringat mula2 berjalan dan bermalam kat kampung orang..jalan menteri.. bersebelahan rumah endut satay… isnin 31/8/09 terima berita makcik tu telah kembali kerahmatullah.. salam takziah buat saudara Zulkifli Tahir…atas pemergian
bonda tercinta..alfatihah..
sejauh mana ustaz mengembara ustaz tetap teringat kampung halaman..iktibar bagi mereka yang mengembara di luar negara
Assalamualaikum…
Bila ustaz bercerita mengenai Ipoh. Terkenang kampung halaman di Sungai Rokam dan Rapat Setia (rumah keluarga teman dan keluarga mentua. he he he sebelah kampung jer . Udah jauh teman merantau… mencari rezeki di Johor dan sekarang menuntut ilmu di negara terbit matahari. Memang tidak dinafikan apa yang dikatakan ustaz, Ipoh memang berbeza dengan Ipoh dahulu. Berkembangannya statik… kadang2 terasa kembali di pekan Ipoh tahun 80-90an dulu…memang mengamit memori lama.. sekolah teman di ST Michael… Library Tun Razak…Pdg Ipoh, Kg Manjoi, Kledang dan Silibin dan macam2 lagi.. Ais kacang di TKK (lupa pulak nama tokey nyer..) Kotiew goreng basah makcik yang bersebelahan ngan BSN (ada lagi ker???). Tapi walaupun begitu, Ipoh tetap di hati teman perasaan rindu tidak pernah luntur.
Kenangan yg amat indah….
Setiap bait-bait tulisan ustaz mampu membawa minda reverse and hold kembali ke masa lepas…
saya pun rindukan pekan ipoh yang dulu…sama tapi tak serupa,satu dalam seribu…tempat jatuh lagi dikenang…
tak kisah la kenangan tue pahit or manis,tetap dinamakan kenangan…
Saya dibesarkan di Lahat tetapi lahir di Hospital Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun) dan bersekolah di MGS Ipoh dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Sudah hampir 10 tahun saya menetap di Lembah Klang. Saya akan pastikan balik ke rumah bapa saya sebulan sekali menggunakan sama ada perkhidmatan bas atau keretapi. Setiap kali balik, saya rasa tenang sebab suasana di Ipoh tidak sesibuk KL walaupun orang lain nampak ia semakin usang dan ketinggalan.
Salam ustaz…
Ana budak Taayah 84-86..org Kuala. Then pi KIK. Masa outing pi S.Kinta jer….then beli pasembor Ipoh. Tak suka outing sbb tak berapa berduit. So, bandar Ipoh lama kurang sy kenali. Skrg kalau ke Ipoh pi Tesco, JJ aje la…jarang sekali menapak ke pekan lama. Tak sangka pulak ustaz org Manjoi…ex Izzuddin la ni.
Ana mengikuti Cinta Sempurna di Oasis…tp maaflah, kurang menyengat la ustaz. Jln cerita yg agak hambar. Mungkin skrg Nur Kasih di TV3 terlalu menonjol kut…
Apapun ana hargai usaha ustaz, yg mana kurang diperbetulkan. Macam kita belajar memasak…kali pertama buat mesti kurang rasanya….tapi kalau dh beberapa kali buat silap2 kalah tuan empunya resipi…
Teruskan berkarya. Ana selalu mengikuti perkembangan ustaz semenjak melanggan Solusi. Syukran alaik.
Assalamu’alaykum WBT.
Seperti adanya usaha terancang untuk ‘melarikan’ masyarakat Ipoh ke kawasan pinggir bandar @ kawasan baru untuk membeli belah seperti Station 18 , Giant dan mungkin yang terbaru Bandar Meru Raya . Manakala tempat-tempat yang kita rasakan ‘paling best’ masa era akhir 80-an- akhir 90-an dipenuhi oleh warga asing.
Walaupun Ipoh ‘hilang seri’ namun ia masih lagi merupakan bandar yang tenang (?),tiada masalah kesesakan lalu lintas yang serius , nilai hartanah mampu dimiliki oleh golongan sederhana @ pertengahan , ciri-ciri kekampungan masih ada sekiranya kita pergi ke Gugusan Manjoi , Seri Kinta , Ulu Kinta dan lain-lain lagi.
Assalamu’alaykum WBT.
Itulah flash back time tunnel dari seorang anak Perak yang dah jadi anak KL, betul tak ustaz? saj melawak….
saya lain pulak. sejak jadi anak Melaka semula selepas 11 tahun jadi anak KL, saya lihat Melaka semakin rancak. Tapi macam ustaz kata tu, dengan adanya hypermarket yg besar2 seperti Mydin di MITC, Tesco di peringgit dan juga Giant, mestilah ada tempat2 tradisi yang sekian lama menjadi favorite spot have to pay the price. Tu biasa lah, business nature.
“Hanya satu soalan yang tinggal, jika kita begitu tersentuh dengan kenangan di zaman itu tentang Ipoh, apakah ini tandanya yang kita bahagia ketika itu, malah mungkin lebih bahagia dari semasa?”
mengenai soalan ini, saya rasa ini memang tabi’i manusia. Contohnya, apabila saya meninggalkan alam sekolah rendah dan masuk MRSM, saya flashback zaman sekolah rendah, teringat itu ini yang tiada di sekolah menengah, saya rasa kehilangan sesuatu dan ingin pulang ke zaman itu. Apabila masuk universiti, perkara yang sama berlaku dan rindukan zaman sekolah menengah. begitu lah seterusnya.Tetapi, ketika saya di sekolah rendah, hati selalu berbisik, bila lah aku nak tinggalkan zaman sekolah rendah dan beralih ke zaman seterusnya. begitulah juga seterusnya.
Pendeknya, manusia memang biasanya rasa tak ‘puas’ atau tak best pada apa ynag dilalui pada semasa dan hendak berlaih ke lain. Tapi, bila dah tinggalkan zaman semasanya itu dan beralih ke zaman lain, dia akan rindukan semula zaman yang ditinggalkan itu.
only my 2 cents.
Assalamualaikum Ustaz,
Seronok baca artikel ini, ia mengingatkan zaman remaja saya. Mmg penuh nostalgia. apa yg ustz sentuh hampir semua saya dah pergi.
Mmg Ipoh skrg dah berubah, saya pun dah bermaustatin di Johor. Sesekali balik kg pergi jalan2 tempat main dahulu. Kawan pun ramai yg dah tak jumpa mungkin dah merantau kot.
Ingat juga sewaktu dulu cari duit sendiri dgn jual botol Fanta, Coke dsb di stesen keretapi, malah pernah juga jadi budak jaga bola tenis di Ipoh Padang. Kemudian pekena cendol mamak depan masjid India. Kalau ada duit lebih makan rojak… sedap… Skrg hanya tinggal pokok ru yg membesar. Klu ada kawan2 saya disini, harap emaillah saya… rindu juga bila kenang zaman tersebut dgn berjumpa sahabat2 lama satu sekolah Dato’Panglima Kinta, Sg Pari dan kwn2 dikuarters KTM.
Selamat Berpuasa.
salam ramadhan ustaz.
bila baca entry ustaz. terkenang zaman sekolah rendah, zaman di Uitm Sri Iskandar dan sekarang saya masih berulang alik ke ipoh setiap 2 minggu(kerana myambung degree di Uitm) pekan lama dan pekan baru makin hambar. Super Kinta yg dulu saya sgt suka pergi sbb kalo ke Ipoh, mak&pakngah akan bwk jalan2 ke situ(zaman sekolah rendah)dah xder rupanya..ocean ms zmn sy study di Uitm (99-2002) masih ok. tp skang ni ntahla..saya juga merasai kesuraman medan kitt yg satu ketika amat sibuk.
masa dan keadaan dah berubah. ia menjadi nostalgia yg amat berharga
teman mula terasa ipoh mcm pekan mati dlm 5-6 tahun lepas. bila balik bercuti pegi pekan takde apa benda. teman heran masa tu kenapa kerajaan negeri mcm tak mahu buat sesuatu utk hidupkan kembali pekan ipoh?
kadang2 teman terasa pekan ipoh zaman kemuncaknya pada penghujung 70an bawak ke pertengahan 80an. memang terasa meriahnya bila abah bawak pegi superkinta bila beli baju raya dgn baju sekolah.
super kinta dah takde?
kamdar..mubaruk..kwong fat..taman DR..yik foong..saya mula explore mase zaman sekolah menengah yg sekali sekala di ipoh tu..
mungkin sebab tu saya lebih rindukan zaman kanak2, pergi sekolah, gi ngaji@madrasah, gi library tun razak naik bas pekan dgn kakak & abang..beli buku kat mubaruk
dah lama tak masuk pekan ipoh, balik kampung dok rumah or sekali sekala ke billion silibin je. awal puasa hari tu pergi ayamas dekat belakang super kinta tu (baris emporium ye? saya ingat yg tu parkson grand je)baru perasan bangunan tu dah terbakar.
bile baca article ustaz ni rasa syahdu mengenang pekan ipoh..memang macam dah mati.
patutlah husband saya pelik bile saya kata ipoh bandaraya..pekan baru dah tak baru dah..dah ade pekan ‘tambahan’,yg lebih baru..macam kg tengku hussin, ade tg hussein lama, tg hussin baru, tg hussin tambahan.. =)
apa2pun memang seronok balik ipoh dapat jumpe mak ayah!
assalamualaikum,
Aduhai, wrong timing to read this article…dah le kenangannya sama pastu dah nak raya…nasib baik le kat workstation, kena tahan airmata nih
Salam ustaz… Saya tinggal di Kg Manjoi sejak 1986 (umur 6 tahun), dan skrg parents saya masih menetap di sana dan slalu follow ustaz Kazim @ AlBaraqah. Dan mmg diakui, byk perubahan yg berlaku kat Ipoh.
Ada satu lagi yg ustaz terlupe… ‘theme park’ – SM Noor.. Masih ingat ?
@Hafizul,
SM Noor tu dah keluar Ipoh.
a’ah taman tasik SM Noor di batu gajah
dah setahun lebih tak balik Ipoh..huhuhu.Ipoh mang nostalgik..
bagaimana agaknya kerinduan Adam alaihissalam pada syurga tatkala dicampakkan ke dunia…
dicampak ke dunia pun dah perit, kalau kita dicampakkan ke neraka…owh tidakkk…nauzubillah…
aa dah 24 hari kita puasa tinggal 5 hari lagi kita nak raya kalau i balik kampung best kul 9 pg i pergi hantar satay,ketupat and kuah kcg rmh jiran ajak my cousin skali best iaitu di lorong 3 kiri gong pasir dungun terengganu and paling best skali masa mlm raya aku dan ayah ibu and adik2 pergi ke rmh nenek dari kemaman ke dungun
aku anak pertamaa aku umur 11 thn
aih.rindnye dgn ipoh
walaupun belajar 3 tahun pun
kat sana
tapi rindu
salam..
Miss Ipoh So much!
salam ustaz
terharu dengan artikel ustaz ttg ipoh, saya ni dari dulu dok ipoh sampai la masih di sini.
kalau ustaz yg sesekali balik pun terasa bahang kekoboian pekan ipoh, apatah lagi saya yg di sini.
kdg bila dengar org atasan sebut ttg ipoh kini makin bagus, saya tak tau nak kata apa, sbb apa yg saya rasa tak seperti yg digambarkan olehnya.
salam, semua..
saya hanya berusia 24 pada tahun ini. sekarang saya sedang membuat kajian tentang ipoh old town untuk design thesis saya sem ini. apa yang dapat saya kongsikan, ialah perspektif saya tentang keadaan kawasan kajian saya yang memang bersejarah dan merupakan warisan Ipoh,Perak dan seluruh penduduknya.
pertama sekali, kalau nak tahu briefly tentang Ipoh, sila lawati Ipoh Tourist Information Centre, berdekatan Ipoh Padang. memang macam-macam ada.
kebanyakan bangunan di kawasan ini telah atau sedang mengalami proses restoration atau pemuliharaan seperti yang sedang dilakukan di Town Hall, di belakang medan selera Dato’ Sagor.
pada saya, ini adalah satu usaha yang baik dalam memperkenalkan semula warisan Ipoh yang dah lama kita lupakan, dek proses urbanisasi dan juga imigrasi penduduk Perak, khasnya Ipoh ke tempat2 yang lebih maju seperti Kuala Lumpur dan sepertinya.
saya teringat bilamana dalam minggu lepas, saya berhenti semasa lampu isyarat merah di tengah pekan ipoh, saya terleka dengan facebook di telefon bimbit hampir 15 saat selepas lampu hijau menyala, tak ada siapa yang membunyikan hon kepada saya.. :p betapa tak perlu ‘rush’nya penduduk Ipoh ni.
mungkin juga penduduknya memang penyabar dan ramah tamah. semasa saya berjalan seorang diri di sini, ada senior citizent yang menegur, bercerita tentang zaman persekolahannya di King Edward. kami boleh bersembang setengah jam lamanya, tau2 rupanya dia adalah seorang K.E hooligans yang intelligent. he got 9 distinctions in exam, and he got an offer whereby, he can choose anywhere on the atlas to further his study. he chose england. he is now a retired mining engineer. sounds cool, kan?
tentang shopping malls lama-lama seperti Super Kinta, Ocean yang kini dah jadi The Store.. memang betul-betul meninggalkan nostalgia bila saya teringatkan setiap kali saya nak membeli buku nota baru, pasti saya ajak mak ayah saya pergi Super Kinta, sebab banyak pilihan, beli alat tulis pun seronok. kalau membeli pakaian baru pun, mana lagi kalau bukan Super Kinta. dan ingat lagi.. kalau bagi kaum perempuan ni, nak bali pakaian dalam, memang kena pergi Super Kinta, kalau tengok dari bahagian pakaian sukan, bahagian lingerie ni memang macam lautan lingerie (pada masa itulah, saya masih di sekolah rendah, kecik lagi). kalau anda semua masih ingat, ada satu bakery kat situ, yang sardine puffnya, memang terbaik dalam dunia (setakat yang saya pernah rasa la). saya memang sedih bila Super Kinta ditutup, tambahan pula saya tak dapat jumpa dah bakery yang ada sardine puff yang sedap tu.. :’(
taman DR tu pulak memang tempat kami sekeluarga lepak time weekend. mesti simpan roti lama dalam peti ais banyak-banyak, tunggu masa je nak bawak bagi ikan makan. sekarang ni, air tasik kecil tu pun dah surut, walaupun masih ada lagi airnya dan boardwalk tengah tasik tu pun dah dinaik taraf. namun, masih sunyi. sangat sunyi. tak ada lagi orang yang datang untuk naik bot kayuh kat tengah tasik tu. dan ikan pula lebih banyak di bahagian Taman Jepun. padang permainan atau fitness station di bahagian belakang taman DR tu dulu, berhampiran rumah pangsa, dah rosak semuanya. macam terbayang-bayang betapa ramainya budak-budak yang berebut main permainan kat situ sampai kami adik-beradik sempat main sekali sahaja setiap permainan tu. tapi tak kisah. ayah pujuk bagi makan aiskrim.. sedih kan? rasa agak menyesal. sebab rasanya tak ada simpan walau satu pun gambar zaman meriah tersebut. gambar sepi zaman sekarang ni adalah.
banyak lagi saya nak cerita di sini, malangnya ini bukan blog saya. tapi anehnya, saya hanya merepek di blog sendiri dan tak ada entry yang merenggut perasaan macam ni..
bagi saya, Ipoh tak perlu dimajukan dengan bangunan tinggi-tinggi mencakar langit mahupun dijadikan kota warisan yang terlampau padat dengan pengunjung seperti Melaka atau Pulau Pinang. cukuplah dengan pemuliharaan dan pemeliharaan bandar bangunan kolonial ni yang penuh sejarah dan kisah unggul di sebaliknya.
(walau saya berasa sayu melihat muzium darul ridzuan di jalan panglima bukit gantang wahab dan perpustakaan tun razak yang tiada pengunjung dan kekurangan bahan pameran dan buku. both need more attention by the authority)
all the best to all of u.
i love Ipoh forever..
love,
haniekunie.
@haniekunie,
btul tu..tapi zaman kegemilangan ipoh dulu tak pulak rasa nak amik gambar banyak2..maklumla..masa tu mana la ada digital camera, handphone cecanggih… (h/p pertamaku nokia 33 sekupang).kalau ada pun taim tu mmg mahal giler dan terhad je.masa tu taim sekolah..camera pun pakai filem..mahal sgt rasanya mase tu.tapi smuanya hanya dalam memori.tak dapat nak digambarkan indahnya zaman tu..hanya yg pernah merasinya saja yg tau..
@ipoh-bg,
saya pun lepas buat kerja ni baru nampak keunikan ipoh
x silapnya mmg Ipoh x dibenarkan utk didirikan bangunan tinggi kecuali 1-2 (umah flet yg tengah2 tu) sbb tanah nya pasir lombong x sesuai utk bangunan tinggi
Salam… Oooo, ustaz orang Ipoh ke? Saya pernah juga duduk kat Manjoi dulu… ntah apa alamat dah tak ingat yang saya ingat di belakang masjid depannya balai polis (ye ke?)… tak lama cuma beberapa bulan jer lepas tu pindah duduk kat Jln Caldwell plak … tempat kejer… bila baca citer ustaz… rasa macam nak pi jalan2 semula kat sana dengan kawan2 dulu yang ntah di mana sekarang. Sekadar berkongsi citer
Salam
.tapi balik ke kampung halaman sememangnya membuka ruang untuk teman yang merantau (walaupun tak jauh) memuhasabah diri atas perubahan dan ketenangan itu.balik ke manjoi teringat zaman arwah opah mengajar ngaji dulu-dulu,entah kemana agaknya anak-anak murid arwah opah yang saya ingat-ingat lupa
Ayat ustaz tentang pemandu di ipoh memandu dengan perlahan dan santai memang ada benarnya.kebenaran itu kadang kala membuat anak perak macam teman yang dah lama duduk di lembah kelang hilang jugak sabar setiap kali balik memandu di ipoh,almaklumlah dah terbiasa memandu dengan laju dan mengejar masa
Tersentuh betul bila baca artikel ni..mmg teringat zaman 90an dulu..meriah ipoh taim tu. Skang ni udah tak sama. Sunyi..sepi..hambar..
Bila igt nostalgia, mengalir ayor mata teman ni ha..ape nak jadi ngan ipoh ni?teman pun idak ader jawapannyer..
Teringat lepas balik skolah dulu..aku mst pekena condol pulut & kacang merah depan Kamdar kat TKK tu..dulu kat sebelah tu ada bookstore Popular.Ate..sementara nunggu bas ke batu gajah tu, lepak dulu kat situ sambil temankan kawan nak naik bas balik ke pasir putih & desa aman. Super Kinta la yg mmg banyak nostalgia bagi aku. Dari umor aku 2 tahun, mak bawak shopping kat situ..cuma yang masih ader kat situ kedai Ayamas (kalau ada lagi la skang). Walaupun aku ni tiap2 bulan balik ke kampung menjengah mak, tapi jarang benor le aku meronda2 pekan ipoh ni skang.nak ajak suami pun dia cm boring je tak tau nak jalan mana..mmg betul pun..penah juger pegi gerbang malam, tapi mmg hambar je..TKK dulu tempat aku & boypren (skang dh jadi suami) lepak makan2 masa bercinta dolu2..tp skang ni..sunyi tak meriah lagi..betul2 tak sama lagi macam dulu..mana perginya semua pemuda pemudi yang pernah merancakkan ipoh suatu masa dulu?Sedih hati aku tgk keadaanya skang..andai dapat akau undurkan masa…
benar kata haniekunie tu..kat ipoh tak payah rush..memandu pun dalam keadaan aman tenteram..sape yg baru belajar memandu tu mmg seronokla bwk kete kat ipoh.tak mcm kl ni..kebanyakannya bawak kete mcm $%^&*.maklum la smua nak cepat..tapi ada gak yg terikot2 cara pemanduan kl style..Panas baran je pemandunya..yang pastinya pemandu sedemikian bukan la piyor org ipoh.
@ipoh-bg,
memang tak payah rush, tapi pagi semalam, ada juga yang cuba nak memotong di sebelah kiri kat depan the store. apekah?
Salam, Ustaz.
Saya dulu 5 tahun kat KK.Sesekali dapat gak gi Ipoh.Pgi Mubaruk Store dapat beli buku FOC,bila Speech Day kat Skolah. Sesekali main ragbi kat STAR.Ada gak main hoki kat SMI.Sekali tu main bola,final MSSPk kat Pdg Seenivasagam.Jadi Walau duduk KK, biasa juga kat Ipoh.Bila cuti sekolah, train dari KK berhenti lama kat stesen Ipoh.Tak pernah miss beli nasi lemak kat stesen tu.Tapi bila masa nak buka sekolah,bila train dari KL tu stop kat Ipoh, rasa sedih, krn dah nak sampai KK-homesick habis!
salam uztaz.. betul2 mengembalikan nostalgia membaca entry uztaz.. oh ya,pada haniekunie..kalau rindu nak makan sardine puff superkinta tu..boleh la pergi ke GM(green town mall)atau orang panggil UDA Ocean… kat situ la pindahnya kedai bakery superkinta tu.. kalau tak silap The Bread bakery.. sebab sya pun selalu beli sardine puff tu dgn pizza bulat kecil tu ..ala yang ada macam mayonis keras dia buat bentuk X dia letak kat atas pizza kecik tu..tak tau la pulak apa benda yang dia bubuh tu..mayonis ke keju..
tapi kalau nak buy kene cepat..kalau datang petang2 dah abiss..sebab laku .. orang ipoh yang dah tau itu kedai bakery yang bukak kat superkinta dulu diorang datang beli…
@bengkung_pelangi,
dear encik bengkung pelangi, selama pergi ke greentown mall, tak pernah sangka yang itu lah bakery nye! thanks for the info. petang ni juge teman pergi.. hehehehe
Sangat menarik coretan Ustaz tentang bandar kelahirannya dan seperti biasa pasti ada sesuatu terselit yang memberitahu.
“Rupa-rupanya orang sekarang memilih. Kalau daging dan ayam lauknya, ramailah anak muda yang datang. Andai lauknya ala kadar, kuranglah mereka yang hadir ke masjid.”
Penomena yang tidak hanya di Ipoh sahaja, rasanya, yang membawa makna jemaah datang untuk sesuatu yang sesuai dengan seleranya.
Mengharap sesuatu dari Allah sudah pasti menjadi kebiasaan kerana sebagai Makhluk manusia bergantung harap kepadaNya.
Hanya terdetik untuk menyebut, apakah tiada perbezaan mengharapkan keredoaanNya berbanding mengharap pahalaNya.
Maka, perlulah kita memikirkan dalam-dalam, perlukah kita menganalisa pengharapan kita, setili kita merakam perubahan bandar kesayang kita.
oooo..baru le teman tau yg kedai bakery kat GM tu asalnya pindah dari Super kinta..minggu ni teman balik ipoh nak pi singgah GM le..rindu ler..thanks yer bengkung_pelangi for da info..
Thanks atas segala imabauan yang telah dibangkitkan…betul2 mengundang rasa keinginan untuk pulang ke kampung halaman…sejak “railway” dipindahkan…ipoh terus mati…kini remaja n anak muda ipoh lebih gemar lepak restoran mamak sambil tgk EPL…(ana teringat seorang hamba Alllah yg cari rezeki dgn main lagu kat stesen keretapi every weekends…)