Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa

“Ya Allah, susah sangat ke nak picit ubat gigi ni elok-elok?” rengus si suami.
Geram melihat tiub ubat giginya penyek-penyek dipicit isteri. Dia memicit ubat gigi itu dengan tertib, dari bawah ke atas.
Kemas.
Si isteri pula memicit sesuka hati.
Setiap pagi kerja si suami ialah membetul dan mengemaskan tiub ubat giginya yang penyek di sana sini.
“Hishh, geramnya aku. Kau tak faham-faham ke? Aku ceraikan engkau talak satu!” sumpah si suami.
Bergegar arasy Allah Subhanahu wa Ta’aala!
BENCANA RUMAHTANGGA
Kisah di atas adalah di antara kisah paling pelik yang pernah diceritakan kepada saya tentang mudahnya pasangan hari ini memutuskan ikatan perkahwinan. Hanya kerana masalah ubat gigi, ikatan akad AKU TERIMA NIKAHNYA boleh terbubar begitu sahaja.
Baru berkahwin seminggu, atau sudah dua puluh tahun bersama, faktor masa itu juga sudah tiada makna.
Seminggu, sepatutnya masih hangat dengan bulan madu. Tetapi talak jatuh dengan begitu mudah.
Dua puluh tahun, sepatutnya sudah begitu saling serasi lagi memahami. Tetapi talak jatuh bagi semua itu tiada ertinya lagi.
Kehancuran institusi rumahtangga masyarakat kita semakin membimbangkan. Kita itu adalah kita yang Muslim. Melayu yang Muslim. Penceraian sudah menjadi kebiasaan. Daripada artis hingga kepada orang kebanyakan. Bercerai dan meruntuhkan masjid yang dibina, sudah menjadi perkara enteng bagai tidak punya sebarang harga dan makna.
Salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kesengsaraan sosial ini ialah hilangnya daya kawalan diri.
Bacalah apa sahaja buku motivasi, ceramah yang hebat-hebat, tips yang bersusun tersenarai, segalanya hilang daripada pertimbangan apabila manusia hilang kawalan diri.

ERTI GAGAH YANG SEBENAR
Renungkan pesanan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Hadith Muttafaq ‘alayh]
Juara gusti gagal mempertahankan rumahtangganya jika gagahnya hanya pada menumpaskan musuh di gelanggang, tetapi tidak pada daya kawalan diri yang tinggi semasa baran menguasai emosi.
Seorang CEO tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya yang hanya ada satu perempuan dan dua remaja, sedangkan dirinya begitu sukses mentadbir sebuah syarikat yang ada 500 orang pekerja. Segalanya gara-gara hilang kawalan diri.
Justeru itu, Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperlihatkan bagaimana khutbah nikah dibina dengan tiga petikan ayat al-Quran yang setiap satunya menyentuh soal TAQWA.

Membina rumahtangga dengan TAQWA itu bukan retorik. Ia adalah sendi terpenting dalam menjaga kesejahteraan rumahtangga yang belayar dengan indah dan payah.
ERTI TAQWA

Seperti ungkapan dialog di antara Ubay bin Ka’ab dengan Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhuma:

Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab radhiyallaahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubay menjawab (dengan bertanya soalan):,”Pernahkah engkau lalu di jalan yang banyak duri?” Umar menjawab, “Sudah tentu!” Ubay bertanya, “Justeru apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab, “Aku akan mengangkat sedikit kainku dengan aku akan melangkah dengan berhati-hati.” Ubay berkata, “Itulah yang dimaksudkan dengan TAQWA”
Jelas sekali perumpamaan yang diberikan oleh Ubay kepada Umar.
Andaikata TAQWA itu diterjemahkan ke dalam konteks sebuah rumahtangga, ia seumpama daya melangkah dan memandu diri yang baik dalam menempuh segala onak dan duri serta liku-liku perjalanan sebuah rumahtangga. Melangkah dengan berhati-hati, yakni hasil suatu daya kawalan diri yang baik.
Kata seorang isteri, “saya benci dengan sikap abang yang mendiamkan diri. Kalau abang dah tak sudi dengan saya…!”
Berhenti!!!
Jangan dihabiskan ayat itu.
Belajarlah mengawal diri dengan baik. Jangan diikutkan perasaan yang sedang panas dan bergejolak itu. Jangan terlalu mudah meminta dilepaskan. Jangan senang sangat meminta CERAI!
Namun dari satu sudut, jika hilang kawalan diri itu banyak berlaku di kalangan sang isteri, sekurang-kurangnya ada ruang untuk kita memahaminya. Mereka insan yang kaya perasaan. Emosinya bagai lautan. Justeru hilang pertimbangan itu memang mudah terjadi.
Mulut yang mudah meminta cerai itu, janganlah para suami tidak bersedia untuk mendepaninya.
Akan tetapi, bagaimana pula jika suami pun emosi sama?
Terlalu mudah hilang pertimbangan, melenting, sama ada kerana tekanan hidup yang berat, atau ego yang menggunung. Sesungguhnya kejantanan seorang lelaki itu bukanlah keutamannya pada misai melintang, badan berbulu atau suara garau ala-ala Suhaimi Mior Hasan. Kejantanan besar seorang lelaki itu adalah pada kuatnya daya kawalan diri, dalam mengemudi kehidupan, khususnya dalam bahtera rumahtangga.
Berfikir panjang.
Bertenang.
Bertindak dengan pertimbangan rasional.
Bukan emosional.
RAMADHAN DENGAN HIKMAHNYA

Besarlah khasiat Ramadhan dalam membantu kita menyelamatkan rumahtangga.
Rumahtangga yang sendinya adalah TAQWA, bukankah Ramadhan datang untuk itu?
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]
Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAQWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup, kesejahteraan perkahwinan dan rumahtangga.
Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkat nilai taqwa?
Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran.
Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan.
Tetapi ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri!
Itulah Taqwa.
Kawalan kehendak-kehendak sendiri untuk selamatkan diri, rumahtangga, anak dan bini.
HAMBA KEPADA DIRI SENDIRI
Apabila seseorang itu tidak mampu untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan dirinya, ia menjadi bencana yang amat membinasa. Renunglah firman Allah:
“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]
Bertuhankan tuhan yang palsu tidak perlu menyembah busut atau berhala.
Cukup dengan Allah berkata A dan nafsu mahukan B, lalu diutamakan nafsunya mengatasi perintah Allah, maka manusia ini telah mengangkat nafsunya sebagai tuhan! Siapakah golongan itu? Iaitulah golongan yang tidak mampu berkata TIDAK kepada kecenderungan dan permintaan hawa nafsunya sendiri.
Tidak mampu mengawal diri.
Dia menjadi hamba, kepada kepentingan dirinya sendiri, semata-mata.
Manusia sebegini, biar pun ilmunya banyak, ilmu itu menjadi lumpuh kerana segala-galanya bukan lagi atas keputusan ilmu tetapi di atas keputusan kemahuan diri yang tidak terkawal itu.
Profesor.
Ustaz.
Ahli pemikir.
Tumbang, apabila ilmu gagal melepaskan dirinya daripada dorongan kemahuan diri yang mengundang binasa.
Di sinilah datangnya hikmah Ramadhan.
Puasa dan segala pakejnya mengajar kita untuk mampu mengawal diri. Mampu berkata tidak kepada diri sendiri, tatkala apa yang dimahukan itu, mudharat dan bukan lagi manfaat!
TENANG DALAM PROVOKASI

“Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa” [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]
Secara khusus di bulan Ramadhan ini, andaikata kita terperangkap dalam satu situasi yang sangat mengajak kepada berasapnya kepala dengan kemarahan, tindakan yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah melepaskan kejadian itu tanpa perlu membalas atau melawan. Cukup sekadar diluahkan dengan kenyataan, “sesungguhnya aku berpuasa!”
Bukan mahu memangsakan diri.
Tetapi belajar untuk mengawal diri.
Teladan inilah seni terbesar dalam mengawal kelangsungan sebuah rumahtangga.
Jangan semua leteran mahu dibalas dengan leteran. Jangan semua cakap menghina mahu dibalas dengan penghinaan. Jangan semua tingkah laku yang menimbulkan kemarahan itu dibalas dengan kemarahan. Belajarlah mengawal diri, belajarlah untuk tidak melatah dan jangan bertindak mengikut rangsangan.
Semoga dengan hikmah Ramadhan, kuranglah pertengkaran. Kuranglah pergaduhan. Kuranglah penceraian.
Selamatkanlah rumahtangga, dengan hikmah Ramadhan dan Taqwa.
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa;
Kerana ribut badai melanda,
Tersalah sebut buruk akibatnya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 5 months ago
salam ustaz,
ish ish, ada juga bercerai kerana ubat gigi? nauzubIllah…
Respond to this comment [with empathy]
mohd reply on September 3rd, 2009 11:25 am:
Alhamdulillah…terima kasih kita kepada ustaz di atas kupasan yg cukup menginsafkan dan bangkit dari kealpaan dan merasakan keazaman yg kuat utk berubah…terima kasih ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam, baru je dgr ceramah ni di surau td.. hehe.. terima kasih ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
I11 reply on September 7th, 2009 10:27 pm:
kebebasan adalah kendali diri…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Syukran diatas tazkirah. Peringatan yang sangat relevan sepanjang masa.
Sometimes we have to defy the third Newton’s Law of Motion “to every action, there is always an equal and opposite reaction”
Respond to this comment [with empathy]
Frewdell Maxim reply on September 3rd, 2009 11:57 am:
@nohas,
a’ah~
buat ikut “law of taqwa”
- to every action,there is always an good and proper reaction.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
lmbt tdo ust…… trus sahoQ ker ni? atau tlng is3 msk… entry yg bgus.. ana blm kwin lg,,blm kkdng crita2 mcm ni yg mnjd fktor knp ana lbh snng mcm ni… tkut dri ini x kuat mlyari bahtera umhtngga….
Respond to this comment [with empathy]
musafir senja reply on September 3rd, 2009 6:56 am:
@chefTaipingMai, salam sheikh.. ana tak nampak kenapa ini jadi alasan utk tidak berkahwin, dan melengah-lengahkan perkahwinan, apa yang ustaz cuba sampaikan adalah supaya kita belajar mengawal perasaan..ana agree dgn ustaz, ilmu tinggi menggunung pun tak jamin perkahwinan itu akan selamat melainkan kerana TAQWA. Apatah lagi dalam usia muda perkahwinan byk halangan akan diharungi, masalah kewangan, masalah family mentua, masalah memahami kehendak pasangan masing-masing, there are no real theory tetapi asasnya TAQWA..Insya Allah, harapnya anta reconsider apa yg diucapkan..:) salam ramadhan!
Respond to this comment [with empathy]
chefTaipingMai reply on September 4th, 2009 12:23 am:
@musafir senja, syukran syeikh… ana hrgai pndpt anta 2…. ape yg ana luahkan kat ats 2,mgkin sbg alasan sbb smpai skng ni ati ana blm tfkir utk brumahtnga… x tau kat mn pncanya… dlu ada gak bkwn,itupun abng n kkak ipaQ yg knlkan,,tp ana x brsngguh2 dlm prhbungan,,akhirnya kmbali la solo….. waallahuwaalam..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ilmu di pagi Ramadhan ke-13. alhamdulillah..
Respond to this comment [with empathy]
aliph reply on September 11th, 2009 10:09 pm:
@nooreena,adakah penjelasan untuk saya mengetahui erti sebenar yang ke-13 itu??
seperti yg kita ketahui 13..adalah adab kepada allah swt..
jadi jelaskan pada saya erti 13..jika sesiapa di sini ketahui..
terima kasih…:)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Alhamdulillah. Terima kasih atas tazkirah ustaz. Ana baru berkahwin, dan kami mmg byk bergaduh. Tapi alhamdulillah sejak ramadhan tbe, hati suami sy cepat sejuk dan tak mudah melenting
Jzkk sekali lg atas tazkrah ni.
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on September 3rd, 2009 3:38 am:
@farah abdullah,
hmm..?
org baru kawin selalunya romantik2, loving2, manja2, nyanyi sama2 etc, etc..
anyway, semoga mendapat tazkirah ramadhan. Amiinn.
Respond to this comment [with empathy]
musafir senja reply on September 3rd, 2009 6:57 am:
@ummusaif, kak muna, tu dah lepas time honeymoon la tu. rasanya yg dimaksudkan tu usia awal perkahwinan.
– tazli
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh (gaya Haji haji haji Mustafa).
Dulu masa mula2 kawen, saya pun tension juga dengan cara isteri saya picit ubat gigi. Memang sebijik macam cerita Ustaz ni, saya tekan tiub ubat gigi guna berus gigi dari bawah ke atas. Isteri pulak picit ikut suka. Biasalah, budak lelaki yg penah hidup kat asrama selalunya nak jimat barang, so taktik ni memang terbawak2 walaupun dah 9 tahun habis SPM.
Mula2 rasa macam nak marah juga, tapi kang perang sebab benda kecik, tak berbaloi le pulak. Lama2 saya beli 2 ubat gigi, satu utk saya, satu utk isteri. Senang cite. Pagi2 gosok gigi pun rasa aman damai je.
Saya setuju dengan ayat Ustaz “Seminggu, sepatutnya masih hangat dengan bulan madu.”, tapi tu lah, sebab dah berzaman hidup single, sekali dah kawen, lain betul pusing dia. Ingatkan masa bercinta dah kenal habis dah, rupa2nya 1% pun tak sampai haha.
Tapi sekarang ni, ada benda2 yg kami anggap “pantang tok nenek aku” masa mula2 kawen dulu, kadang2 boleh jadi bahan untuk kami gelak pulak.
By the way, tengah saya selongkar2 koleksi buku tadi, tiba2 baru perasan, saya ada buku “Aku Terima Nikahnya”. Hadiah kawen. Memang terbaek la buku Ustaz tu. Tahniah dan keep on improving Ustaz. Saya sokong Ustaz dari belakang. Berat saya 80kg, insyaAllah saya mampu! Haha.
Renung2kan dan selamat beramal!
Respond to this comment [with empathy]
momijidani reply on September 3rd, 2009 12:16 pm:
@Bojed bin Sulaiman, waahh…sangat berhikmah..beli 2 ubat gg yea..settle masalah..hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
terima kasih, ustaz.
macam terkena batang idung pun ada. bukan apsal cerai, tp pasal anger management, subjek yg tiap2 semester kehidupan ni, saya asyik fail..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
bercerai kerana ubat gigi…
aman pernah dengar bercerai sbb kain tuala…
si suami pengemas,
tetapi si isteri tidak…
gara2 selepas mandi,
si isteri main sidai sahaja kain tuala di kerusi la, di kipas la dsb,
maka, jatuhlah talak satu…
kesian dengar…
semoga dengan berpuasa,
dapat meningkatkan keimanan kita…
sering kali kita lihat…
kerana berpuasa…
perut kosong dan akal menjadi singkat…
sifat amarah mudah terbakar…
beginikah amalan puasa jika adat melebihi syariat?
sekarang ni,,,,
tengah gali balik artikel-artikel ustaz berkaitan rumah tangga ini…
petanda-petanda tak lama lagi dah laa tu…
hehe….
syukran ya ustaz…
wasalam
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
semakin mudah difahami,ada peningkatan,sya mula menyedari perubahan dr artikel ust…alhamdulillah,sya sukaknnya…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamua’laikum ustaz..
TQ vry much ats perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat bg kami (suami isteri) utk terus melayari bahtera kehidupan berkeluarga..yg penuh onak dan duri, cabaran dan rintangan yg kdg2 blh menggegar jiwa dan meruntun hati..
Moga Allah memelihara kita sekeluarga semuanya..amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam ustaz,
Artikel ini sangat bermakna buat suami isteri, pada saya dan isteri agar menyuluh kembali ke dalam diri masing-masing.
Moga padanya barakah
Ramadhan
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
assalamualaikum wbt..
1st time sy cuba menulis komen di blog ustaz.. selalu bc je..
tertarik berkenaan hal remeh temeh yg menjadi punca penceraian mmg sgt merugikan..
bagi pndpt sy, apa yg plg penting ada BERBINCANG dan BERTERUS TERANG… sape2 xpuas hati ckp baik2.. so pihak yg wat salah kena cuba la perbetulkan apa yg slh.. barula hidup aman damai..
sbnrnya sy belum berkahwin pn.. sedap je nk ckp.. tp insyaAllah lepas kahwin thn depan akan sy cuba aplikasikan.. control diri sndiri sebaik mungkin..
slmt bertafakur dan beramal … biiznillah
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
pedoman buat saya yg belum kawen….ish..banyak btul bnda kecik penyebab keruntuhan rumahtangga…nauzubilllah…
Respond to this comment [with empathy]
yus reply on September 3rd, 2009 8:20 am:
@limaumaniss,
sdra/sdri lm,
byk pengajaran drpd sebuah perkahwinan.. antara yg paling penting (pengalaman) adalah mengenal erti kesabaran.. diuji setiap detik seiring usia perkahwinan.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz,
Thank pedoman drpd ustaz.Saya pun baru 6 bulan kahwin.Isteri baru pregnant 2 bulan.Masa pregnantni byk menguji kesabaran..
Respond to this comment [with empathy]
aresun reply on September 3rd, 2009 10:36 am:
@Nazri09,
Biasanya suami masih teruja dgn kehamilan sulung ini. Semua kehendak isteri dipenuhi. Bila dapat anak, ditatang bagai minyak panas. Tapi bila dah masuk kehamilan ke-3 & ke-4, mungkin dah mula ada perubahan. Keterujaan tak macam dulu lagi… Bila isteri mengidam dikata mengada-ngada…
Harap kemesraan dan kemanisan rumahtangga berkekalan ke akhir hayat.
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on September 3rd, 2009 12:37 pm:
@aresun,
ishh, bukan sume suami mcm tu.
Setiap kehamilan berbeza.
Yes, maybe excitement tu berbeza. Tp tidak berkurang. Yang penting both suami isteri kena remind each other to be passionate to each other. Isteri mesti tau mana suis suami.
Respond to this comment [with empathy]
ummu adeebah reply on September 5th, 2009 12:28 am:
Salam,
Masa mengandung anak ke 7 and 8,dah tak pernah gi check up ante natal ngan suami.. pegi sendiri je.Sebab klinik ante natal tu just next door of my clinic.Husband pulak keja kat klinik yang agak jauh.Dia kata, dia dah check kat rumah, InsyaAllah semua baik.Tapi masa dah term, dia hanya pastikan baby dah engage ke belum, the time is coming.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam..
“Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri!”
Ayat ini amat menegesankan keapada saya..terima kasih ustaz atas tazkirah…
**kenapa cinta sempurna dah tak ditayangkan waktu sahur skrg ni ye? ada siapa2 yang tau? atau saya sorang yang ketinggalan..hee
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualikum ustaz…
saya seronok membaca…
tapi nak mintak tolong ngan ustaz supaya setiap artikel yang ustaz post tu kalo bleh selitkan la skit2 bahasa arab skali ngan maknanya…
leh la kami yang kurang cerdik ni blajar sikit2…
sehari sepatah kata lelama boeleh la berkata2…
harap dapat selitkan macam dalam buku ustaz…
terima kasih
assalamualaikum
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Alhamdulillah. Artikel yang bagus dan menyedarkan kita. Kalau boleh la, saya nak minta Ustaz tuliskan satu artikel tentang kawal kemarahan ni dikalangan adik beradik pulak, supaya wujud toleransi dan kasih sayang antara adik beradik. Saya nak bagi anak remaja saya baca. Mungkin dia akan lebih mendengar dan menerimanya jika datang dari orang lain dan bukan ibunya. Nasihat dah berbuih mulut, dan insyaAllah saya akan terus berikan nasihat. Atau ustaz ada sebarang cadangan?
wallahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Teringat masa kit inspection warden kat asrama, guna ubat gigi kosong ( dah pakai habis) letak atas cadar bersama sabun, sikat, berus gigi dan minyak rambut. Dulu pakai sugi jer ….
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda, maksudnya:
“Bahawasanya marah itu daripada syaitan dan bahawasanya syaitan itu dijadikan akan dia daripada api, dan hanyasanya padam api itu dengan air. Maka apabila marah seseorang daripada kamu maka hendaklah ia mengambil wudu’. [Menurut Imam al-Iraqi hadits riwayat Abu Daud]
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Terima kasih Ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
“Bertuhankan tuhan yang palsu tidak perlu menyembah busut atau berhala.
Cukup dengan Allah berkata A dan nafsu mahukan B, lalu diutamakan nafsunya mengatasi perintah Allah, maka manusia ini telah mengangkat nafsunya sebagai tuhan! Siapakah golongan itu? Iaitulah golongan yang tidak mampu berkata TIDAK kepada kecenderungan dan permintaan hawa nafsunya sendiri.”
menggerunkan..!!astaghfirullahal ‘azim..
semoga tpelihara daripada syirik yang tidak dsedari..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum…
tazkirah yg baik dan rasanya bukan untuk pasangan suami isteri sahaja tapi dalam kehidupan b’masyarakat.rasanya semua penah melalui pengalaman sakit hati pada benda2 remeh begini samada dengan kawan2, adik-beradik hatta mak ayah kita.dari sakit hati sekecil2nya rasa ini jika tidak diselesaikan/dirawat boleh jadi bengkak di hati.and sudahnya suami isteri b’cerai,keluarga b’balah dan masyarakat b’masam muka serta tuduh-menuduh.mungkin ada baiknya diwujudkan course formal untuk anger management sebab ramai sangat yg cepat ‘panas’ even just t’kuis sikit hujung baju
p/s:t’ingat ungkapan “melayu pantang dicabar”.gunakan la untuk benda2 positif ye ^_^
wallahualam
Respond to this comment [with empathy]
yus reply on September 3rd, 2009 11:45 am:
@IamDNSAS,
disebabkan anger management yg agak teruk, saya lebih rela balik selepas waktu berbuka puasa, utk elakkan jem di tgh j/raya. wpun dgn cara itu saya terpaksa korbankan masa. utk berbuka bersama isteri. mcm selfish pun ada, tp at least we still have the weekends.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
menginsafkan
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
law of taqwa? macam mana tu Maxim..?terangkan sikit….
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
terima kasih Ustaz atas perkongsian ini. Dgn membaca bahan sebegini dapat sedikit sebanyak mendidik jiwa.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
…Alam tidak dijadikan untuk kita seorang…
…Tidak semua perkara mengikut kehendak kita…
…Kita mengharapkan dia faham tapi dia juga mengharapkan kita faham…
…Kita mengharapkan dia berubah tapi dia juga mengharapkan kita berubah..
…Petua melembutkan isteri yang selalu marah2…Sebut Sayang dulu sebelum bersuara…Selalulah dakap di dada…Usap kepalanya….Dia akan cinta kamu selamanya .InsyaAllah…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
sy pula suami ada masalh anger mangement
hal kecik pun marahnye …..
syukur saya dikurniakan sifat sabar yg tinggi…..
bagusnye kalau suami sy baca artikel ustaz ni…..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam
Seorg rakib memberitahu saya, ibu dan ayahnya telah bercerai 3 kali. Perceraian berlaku setelah timbul salah faham setiap kali ibunya mengandungkan adik-adiknya. Bagaimanapun mereka rujuk semula kemudiannya. Tetapi setelah mendapat 3 orang adik, ibu dan bapanya bercerai untuk kali ketiga!
Saya juga difahamkan adik yang bongsu itu sudahpun berusia 20an dan hubungan ibu dan ayahnya walaupun bukan lagi suami-isteri tetapi saling menghubungi.
Lukmanw
http://izzuddin8084.blogspot.com/
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Memang di awal perkahwinan memang menguji kesabaran…
Tapi dengan akal yang diberikan tuhan… masalah boleh diatasi. Kadang2 terbabas jugak. Oleh ringan2lah untuk meminta maaf. Maka rumah tangga akan bahagia.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
saya suka post ini..terima kasih kerana berkongsi.. =)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ustaz,
Cuti keMERDEKAan tempoh hari saya berjaya memulakan dan menamatkan bacaan buku “Aku Terima Nikahnya”. Menarik buku tu. Tahniah buat Ustaz. Semoga berjaya menghasilkan sesuatu untuk rujukan atau panduan semua.
Sekarang tengah merangkak rangkak baca “Men are from Mars, Women are from Venus”.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ustaz,
saya nak minta pandangan ustaz,ada seorang sahabat dia sekarang di uji dgn ujian yg saya sendiri pn xdapat nak jelaskan.sehingga bila dengar bab nikah kahwn dia jadi seolah2 fobia.keadaan dia bermula bila dulu dia pernah ditunangkan dgn seorg muslimat,tp putus sbb tmpoh utk nikah lama lg,jd diorang ambl jalan selamat. ajdi skrg shbt sy mmg ada mnyimpn hasrat utk melamarnya kmbali,tp bila dia baru nak mulakan langkah,dia dapat jmputan walimah muslimat tersebut.shbt sy ni xde la smpai nak bunuh diri,dia kata dia redha,tp dlm pd mse yg sama dia xkelihatan mcm diri dia. apa pndangan ustaz? ada x nasihat yg blh bg motivasi pd dia.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam ust,
mohon pandangan ust..ada kawan saya menceraikan isteri pertamanya atas sbb isteri pertamanya tak mahu terima kehadiran isteri kedua.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
alhamdulillahhh… artikel ustaz kali ini amat terkena pada saya… saya mengalaminya saat ini
kami sudah berkahwin hampir 3 tahun, ada seorang anak ..
kami adalah pasangan yang aktif dalam dakwah, lagi-lagi suami saya yg mempunyai kedudukan tinggi di dalam dakwah..
mungkin saya ingin mendapat pendapat semua mengenai perkara ini, bukan bertujuan untuk membuka pekung,
ramadhan kali ini kami sekali lagi bergaduh… satu faktornya saya mempertikaikan suami saya yang tidak pernah nk menghidupkan suasana ramadhan ini.. walaupun suami saya aktif didalam dakwah. tapi dia mmg tidak pernah melakukan pengisian di dalam keluarga sedangkan sudah berapa kali saya desak.. mmg suami saya org yg pendiam..
mmg die jenis yang mmg tak suka mengarahkan dan jenis yang tidak meluahkan perasan di hatinya..
bagi saya… sebelum bernikah.. kita amat rasa bertuah bernikah dengan lelaki yang buat kerja dakwah…
apa yang kita bayangkan.. rumah kita akan dipenuhi dengan ayat-ayat Allah, hadis2.. sirah2.. setiap yang kita lakukan berlandaskan sirah2..
suami isteri pula saling ingat mengingati untuk beramal denganbanyak kepada allah..
tapi pada saya ini tidak berlaku.. mmg suami saya selalu memberi pengisian kepada org lain.. tapi saya amat pelik.. sebagai ketua keluarga, dia tidak sebegitu..
akhirnya saya buntu dengan masalah ini… kami selalu bergaduh berpunca masalah ini, saya akan mengungkit perkara ini.. kekadang saya berasakan adakah saya yg bersalah..??
** dari isteri yang mendambakan suami yg tulus menyayangi isterinya kerana allah..
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on September 3rd, 2009 11:47 pm:
@isteri damba kasih suami,
sebagai isteri, kena kurangkan kekerapan menegur suami selagi suami tak lakukan dosa.
Instead of tegur, kena byk initiate sendiri. Buat dulu then baru suami akan biasa utk lakukan.
Ada suami yg kekok utk praktikkan apa yg dia sampaikan diluar. Dan ini bukanlah sedikit di kalangan pendakwah, maka tugas isteri atau ibu yang harus memimpin rumah apabila suami atau bapa tenggelam kepimpinannya.
Tp jgn lah sampai bergaduh selagi dia tak buat dosa.
Pendek kata, guna cara halus iaitu berlembut, buat dulu then masukkan saranan tu sikit2 dlm otak suami. Jadikan saranan isteri tu seolah2 idea suami walaupun datangnya dari isteri. Ego suami kena dijaga.
Ataupun blh guna cara heart to heart sebelum tidur atau masa keluar makan2 berdua di luar. Cari masa yg romantik dan sesuai utk luahkan perasaan. Jangan paksa atau marah2.
Selamat melayari bahtera rumah tangga..
Respond to this comment [with empathy]
Sofiys reply on September 6th, 2009 10:31 am:
@isteri damba kasih suami,
Adakah suami puan memberi lelonggaran pada puan untuk tak perlu masak walaupun dia lapar (bila puan tak larat la)??
Adakah beliau tidak pernah suruhpun puan membasuh bajubajunya??
Adakah suami puan tidak kisahpun puan hidang atau tak hidangkan makanan bila beliau balik rumah??
Saya faham kelakuan suami anda. 3 tahun berkahwin masih dalam period kenal-mengenali hati budi yang mendalam. Mungkin suami kepenatan minda sebab berdakwah di luar. Ia perlu kan kerehatan minda bila di rumah.
Bagi uan pula …. instead of nak semua suruh suami buat ;;.. whya not puan yang hidupkan suasana. Kekadang tak semua orang lelaki yang keluar berdakwah itu perfect. Dia mungkin ada kekurangan dalam dakwah rumah tangga.
Pada pengalaman saya la … suami puan amat kepenatan mindanya … dia amat perlukan masa di rumah untuk merehatkan mindanya ….
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum Ustaz,
Terima kasih atas peringatan. Baik untuk didikan anak-anak. Sudah bertahun-tahun saya berlajar untuk tidak marah tapi masih belum tercapai. Pada saya semuanya itu bermula dari awal pendidikan, dari rumah dan tiada masalah besar yang berlaku dalam keluarga samada semasa kecil maupun sudah berumah tangga.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
sy nk minta nasihat..tp sy nak mll email jak..tak nak papar yg org lain blh bc..malu
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Ustaz dan pembaca yang dihormati;
1. Walaupun penekanan tulisan ini kepada rumahtangga; saya sangat mengaitkannya dengan realiti semasa.
2. Apabila secara materialnya kita berupaya membeli kebanyakan benda2 materialistik di dunia ini.. mengatakan TIDAK kepada keinginan itu sungguh sukar. PUASA memang latihannya.
3. Semalam tazkirah Ustaz Zahazan di IKIM yang mengisahkan komen Umar RA pada anaknya Abdullah RA; “apakah apabila kamu berhajatkan sesuatu kamu akan membelinya” (Saidina Umar RA melihat daging di rumah anaknya Abdullah dan menegurnya).
4. Muga puasa ini melatih kita dengan taqwa dan berupaya dilaksanakan 11 bulan berikutnya.
“Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran”
“Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan”
“Tetapi ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri!”
Itulah Taqwa (yang merupakan tiket utama ke syurga)..
Terima kasih Ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Ustaz yang di hormati,
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih dengan ilmu yang ustaz curahkan.
Ia amat memberi impak untuk saya menjadi nahkoda pada sebuah bahtera.
Bahawa bahtera rumahtangga bukanlah sebuah bahtera yang memerlukan seorang nahkoda yang mempunyai kekuatan fizikal sahaja tetapi ia perlukan kekuatan yang luar biasa.
Cuma kadangkala kita sebagai seorang suami amat tercabar dengan tindakan isteri diluar jangkaan dan pernerimaan kita.
Adakah dayus sebagai seorang suami membiarkan isteri bertindak sesuka hati, walaupun perkara yang dia lakukan bukan kehendak kita.Bagaimana untuk menanganinya?
terima kasih ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum..ustaz..
Syukran kasiran pd ustaz sbb menulis artikel berkaitan pergaduhan dlm rumah tangga ni..
Untuk bercakap dlm isu hal rumah tangga ni saya kurang berpengalaman kerana saya belum kahwin..tp setelah membaca artikel yg dikarang,sy memikirkan hal berkaitan dlm diri sy..
Saya sekarang berada didalam proses berkenalan dengan seorang wanita.Malah saya sudah berjumpa dengan keluarga si dia..Sebenarnya isu kurang sabar pd diri lelaki,saya rasa agak tidak betepatan pd saya..bnyk perbuatan saya didorong pemikiran saya..saya berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak..tp si dia saya lihat tindak tanduknya ade je yg saya tak bekenan..tidak bertepatan dengan apa yang saya fikir dan harapkan..jika berlaku permasalahn saya mudah untuk menyimpan..adakah saya harus terus bersabar?macam mana ni ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum..ustaz..
Syukran kasiran pd ustaz sbb menulis artikel berkaitan pergaduhan dlm rumah tangga ni..
Untuk bercakap dlm isu hal rumah tangga ni saya kurang berpengalaman kerana saya belum kahwin..tp setelah membaca artikel yg dikarang,sy memikirkan hal berkaitan dlm diri sy..
Saya sekarang berada didalam proses berkenalan dengan seorang wanita.Malah saya sudah berjumpa dengan keluarga si dia..Sebenarnya isu kurang sabar pd diri lelaki,saya rasa agak tidak betepatan pd saya..bnyk perbuatan saya didorong pemikiran saya..saya berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak..jika berlaku permasalahn,saya tend to bersabar dan menyimpan dlm hati..saya tahu tak bagus simpan dlm hati..tp itu yg berlaku..adakah saya harus bersabar dlm hal begini?apa yang saya bole buat dlm hal begini?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ustaz, rumahtangga saya dah goyah
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam semua,
ustaz,seandainya maksud taqwa diterjemah ke bahasa melayu hanya SATU perkataan,apakah perkataan yang ustaz pilih ya?
berhati-hati?brek?butang pause?kawalan diri?(ops 2 patah)
satu perkataan dalam bahasa kita sudah tentu x dapat sama 100% dengan maksud taqwa sebenar,tapi apa agaknya perkataan yang terdekat?minta penjelasan ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
limaumaniss reply on September 5th, 2009 6:40 pm:
@abdullah, taqwa maknanya takut..takut pada ALLAH…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ustaz,,,saya sangaat tidak suka keadaan ini….bila ibu bapa redha girlfren anaknya berada di rumah sendiri…depan mata mak bapak pun boleh duduk sembang sayu berdua-duaan…..mak bapak tak marah..bulan puasa pulak tu…sakit mata memandang….
~luahan hati, x tau nk buat apa…~
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
single is simple
double is trouble ! yea
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Ada juga yang bergaduh kerana tidak sama cara memasak telur. Ini cerita pensyarah saya yang meng’tahkim’ pasangan tersebut. Tersenyum-senyum pensyarah Arab itu dan kami pula tergelak. Hmm…ber’tahkim’ itu lebih baik dari terus jatuh talak.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
saya baru menghadiri kursus kahwen… kebanayakan penceramah akan mencadangkan supaya masalah yang dihadapi oleh pasangan adalah dengan tidak mendiamkan diri… maksunya bawa berbincang. pada hemat saya jika dalam keadaan marah, berhenti! diam. selang beberapa ketika atau jam, jumpa dan bawa berbincang dengan penoh hormat dan kasih sayang… huh! entri yang bernas~
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
tertarik dengan intro ustaz tu..tapi say akira terbalik laa..suami saya yang suka picit ubat gigi suka suka hati..tiap hari saya la betulkan semula..takpun kalau geram, saya pun picit ikut suka hati saya jugak..hehe
tq ustaz..very nice article..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Just for sharing…
Dulu sebelum kahwin selalu gaduh dengan bakal suami,hubungan tak pernah aman.. bakal suami mmg la baik, tp yelah kita ni konon harapkan suami yang baik & BERTAKWA la kan..tapi perasaan tu selalu kecewa dgn cara bakal suami tu.. akibatnya saya jadi begitu pemarah.. hal kecil, hal besar… semua gaduh.. sampaikan bakal suami kata takut nak kahwin takut gaduh sepanjang perkahwinan!
Alhamdulillah lebih kurang 1-2 bulan sebelum berkahwin.. someone pesan pada saya.. “buatlah yang terbaik dalam hidup awak mengikut landasan agama Allah, tapi kalau usaha awak tak berjaya, awak dikecewa, awak menerima musibah, REDHA.. anggaplah itu yang terbaik untuk diri awak sebagai seorang HAMBA.. kalau awak dah habis berusaha, selalu berdoa, biar awak susah, biar awak dipihak yang “kalah”, asalkan awak dapat REDHA ALLAH sebagai HAMBA-NYA”.
so since kahwin, memang suasana rumahtangga begitu menguji kesabaran, cara hidup yang berlainan, ideologi berlainan, asal didikan berlainan… kepenatan tempat kerja, masalah kewangan, masalah ipar duai/mertua.. semua menjadi faktor yang memungkinkan perbalahan.. tapi oleh kerana penekanan kepada REDHA menjadikan saya makin kurang pemarah.. kurang marah so kurang gaduh…
selain itu saya juga berusaha melalui:
1. memahami pasangan
2. tolak ansur
3. menyayangi pasangan
4. mendoakan pasangan
5. didik pasangan cara berhikmah (orang lelaki ni ego tinggi, tak boleh sound direct, tak jadi..)
6. berkorban/berkhidmat tanpa mengharap balasan (kalau nak harap balasan memang frust memanjang la..)
Alhamdullilah, sekarang dah 4 tahun usia perkahwinan.. masih lagi berusaha mengamalkan sikap “REDHA untuk mengharapkan REDHA”… Insyaallah.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
herm.. terima kasih atas tulisan ini. masuk saifulislam sebenarnya bagi saya refresh iman.
saya seorang yang hidup dalam poligami kadang-kadang ‘buat perangai’ untuk tarik perhatian suami apatah lagi dok berjauhan akibat kerja. tapi insya allah rindu juga yang hadir…
sian suami penat melayan karenah isteri-isterinya…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
assalammua’alaikum wa rahmatullah
syukran jazilan ustaz dan kak muna, banyak sekali perkongsian kalian yang membantu saya seorang adik menempuh kehidupan.. dulu sebelum kahwin, banyak saya baca artikel di saifulislam.com. saya baca dan saya faham. sampai rasa tak larat dah nak baca, tapi alhamdulillah setelah kahwin, saya lebih faham teori dan perkongsian tentang perkahwinan yang kalian kongsi, sangat bermanfaat buat saya yang menjadi isteri dalam pernikahan poligami.. poligami atau monogami, konflik itu adalah perkara yang wajib akan berlaku, siapa yang mematangkan diri dengan syariatullah dan sunnatullah, dia lah yang berjaya meraih ketenangan dalam pernikahan, sebesar apapun ujian…!
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Bismillah, Alhamdulillah,
Assalamualikum
Selalu je artikel ustaz berbetulan dengan hidup saya. Selalu saya dapat semangat bila baca artikel yang ustaz tulis. Syukran ya Akhi…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz dan Doktor Muna..
Dulu sebelum kahwen,suami bukan la seorang yg cukup solat dan alim tapi saya evaluate die..die ade usaha utk membaiki diri..dan apabila saya bertanya bap,bapa setuju kerana nampak sgt orgnya sabar.
Alhamdulillah,lepas kawen,rajin pergi surau,rajin mandikan anak.Cuma saya kadang marah2 dan membebel sbb kena kerja,masak,kemas,jaga anak walopon badan tak larat especially lepas beranak.Rambut gugur mmg banyak(simpton selepas beranak).Kadang tak sempat mkn,menggeletar sgt..kena masakkan anak dan suami dulu..bg mkn anak,baru boleh mkn.
Banyak kali gaduh sbb doet kot..dan berkira coz saya sanggup berkorban macam2 utk suami tetapi suami tak nak pula berkorban utk saya seperti saya mesti bayar doet umpama tambang kalo hantar saya ke tempat kerja..die lebih rela tengok saya berdiri dlm tren dari hantar saya naik kereta.Kalo naik kereta,kena bayar tambang.
Dan kena marah dgn suami kalo tak sempat kemas rumah padahal badan dah tak larat. Kalo demam dan tidur,suami pernah marah asyik tidur je..kena sabar dan rase nak minta cerai tu mmg banyak kali ada di fikiran.
Bulan ramadhan ni pon ade gaduh dan memendam rase,sampai nangis kat baby,baby pon tengok mata kita yg menangis,die pon menangis sama.
Saya kena redha,banyak sabar,banyak koreksi diri dan kalo slow talk kat suami,suami nak menang juga,wat dek je.Kalo suami yg wat dek,kita pendam rasa,kita buat kerja lain. Kalo geram ke..istighfar dan ingat segala kebaikan suami. Ingat suami yg rajin pergi solat jamaah kat surau dan muga2,dgn ini,ALLAH tambah kesabaran dlm hati saya dan bertolak ansur demi anak2..
Muga2 kita semua masing2 dpt memperbaiki diri demi mencari redha ALALH sbb kat dunia ni,hidup sekejap je. Saya sendiri sedih bila dgr ada kawan2 saya yg bercerai..muga ALLAH berikan yg terbaik utk mereka dan kita semua,amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
bila dianalisa, mg ramai pasangan yg bergaduh diawal perkahwinan disebabkan faktor kewangan. Camana ye nak setelkan?
Sekadar tip sekiranya membantu:
cuba elakkan buka topik “tak cukup duit” bila fikiran dan fizikal tak bersedia.
Eg jgn bincang macam mana nak bayar hutang, credit card atau bill waktu tgh penat atau anak tgh nangis.
Isteri tanya suami or vice versa bila masa yg sesuai utk diskas. Kemudian baru diskas, as if buat appointment utk masa berbincang.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
kesabaran tiang keimanan
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
ustaz..amat bermakna entri ustaz ini.terima kasih kerana berkongsi.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
artikel bagus utk panduan kita dlm melayari hidup rumahtangga, tapi kita ni kdg2 digoda oleh syaitan yg menyebabkan kita bergaduh dgn suami terutamanya soal duit yg menyebabkan kita tertekan… apapun kesabaran boleh mengawal keadaan menjadi lebih buruk..tapi sang suami ni kdg2 tak memahami hati wanita kita banyak berkorban tenaga wang dan masa semata2 utk anak dan keluarga namun disalah anggap sebaliknya kita dituduh lebih menolong orang lain dari keluarga sendiri…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 days ago
Bergegar arasy kerana talak? Mana hadisnya?
Respond to this comment [with empathy]