Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa

“Ustaz, rasanya saya ni memang dah sampai ke tahap wajib untuk kahwin,” kata seorang mahasiswa.
“Kalaulah anta juga sudah memang sampai tahap wajib berjihad!” saya mengusik.
“Err…” beliau kebingungan.
“Ana gurau je. Apa yang membawa anta berjaya sampai ke tahap wajib kahwin ni?” saya mengajak beliau kepada diskusi.
“Ye lah, hari-hari terserempak di kuliah. Hari-hari terserempak di kafe. Susah nak elak!” ujar beliau dengan nada serius.
“Oh, susahlah macam tu. Kalau anta sentiasa terpaksa berkahwin dengan orang yang anta terserempak hari-hari, jenuh la masa kerja di KLCC nanti. Ramai orang ‘hebat’ yang anta bakal terserempak setiap hari!” saya cuba mencuit perasaannya.
“Ustaz! Tak membantu langsung la macam ni!” kata beliau dengan nada agak kecewa.
“Haha, janganlah kecil hati. Ustaz mengusik aje. Tapi dalam usik tu ada kebenarannya. Betul tak?” saya menepuk bahunya.
Beliau tersengih.
“Kalau anta yakin yang anta sudah sampai ke tahap wajib kahwin, apa yang menghalangnya?” saya bertanya lagi.
“Segalanya, ustaz. Ibu bapa, penaja, financial dan seluruh petala langit dan bumi!” kata beliau dengan nada dramatik.
Saya ketawa. Antara kasihan dan geli hati.
“Hmm, kalau begitu nampaknya anta kenalah berpuasa sebab sudah ada keinginan yang tinggi, tapi belum ada kemampuan,” saya berkongsi.
“Puasa tu puasa dah ustaz. Tapi keinginan tu tak pernah pudar. Zaman student macam ini memang selalu terpaksa puasa pun. Terutamanya hujung bulan. Kalau tak mee segera, puasalah jawabnya!” tambah beliau lagi.
“Puasa yang macam itu tidak membantu anta. Ia bukan latihan. Ia bukan puasa yang dimaksudkan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam,” saya seperti sudah bertemu dengan salah satu ‘masalah’ anak muda ini.
“Maksud ustaz?” beliau meminta huraian.
PUASA SEBAGAI BENTENG

“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih]
Itu pesanan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada anak muda yang berkeinginan tetapi belum berkemampuan.
Mereka disarankan berpuasa kerana puasa itu mampu bertindak sebagai benteng yang menghalang dirinya menjamah larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Namun, mekanisme puasa sebagai benteng perlu difahami. Andai benteng itu hanya benteng sekadar mengempang keinginan, risikonya tinggi. Tembok empangan itu bisa pecah kalau tekanan yang tolak menolak antara air dan empangan dibiarkan tanpa pengawasan.
Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.
Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah nafsu yang berkeinginan tinggi.
Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.
Apakah latihan itu?
Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.
BUKAN HANYA PUASA RAMADHAN
Inilah yang mesti dihayati oleh anak muda yang berpuasa kerana menahan diri dari nikah seketika. Ia mesti berlaku dalam keadaan kita sedar apa yang sedang kita lakukan, maka barulah ia berperanan sebagai tarbiyyah ke atas diri. Puasa itu bukan menyekat kemahuan bernikah semata-mata, antara terbit mentari hingga tenggelamnya suria. Jika puasa sekadar itu, jiwa akan menjadi ganas memberontak di kelam malam!
Sebaliknya puasa itu harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.
Belajar untuk meningkatkan kawalan diri.
Apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa. Ia benar-benar satu latihan untuk diri kita berkata TIDAK kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika, demi mentaati Allah.
KESAN HIDUP YANG KONDUSIF
Dalam suasana kehidupan kita yang semakin kondusif, hampir sahaja mendapat apa yang diinginkan, apa yang terkorban adalah kekuatan diri untuk mengawal keinginan. Apa hendak semua dapat, ketika kehendak itu hanya pada membeli buku, membeli pakaian, membeli gajet atau melancong ke sana sini. Tetapi tatkala kehendak itu adalah pada sebuah NIKAH, ia bukan lagi semudah mengisi kehendak-kehendak yang lain.
Ada banyak yang perlu dipertimbangkan.
Justeru mungkin pengalaman mahu bernikah menjadi pengalaman pertama si anak muda berdepan dengan situasi tidak mampu mencapai impian dan keinginan. Namun dek kelemahan diri yang sukar untuk berkata TIDAK dan menundukkan kemahuan kerana sudah biasa dapat apa sahaja yang dihajat, kebijaksanaan minda dan ketinggian mata akademik bagai kosong dari sebagai nilai jati diri.
Tumpas.
Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]
Itulah bencana lemah kawalan diri.
Sentiasa terpaksa mengikut apa sahaja yang diinginkan hingga tidak mampu berkata tidak di mana perlu.
Justeru bagi anak muda yang sedang sampai tahap wajib kahwin namun terhalang oleh 1001 halangan, wajibkanlah dirimu dengan jihad mengawal nafsu dan keinginan diri.

KESIMPULAN
Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]
Puasa sudah diberi sebagai wija’.
Ia hanya berperanan sebagai latihan apabila puasa itu menahan diri daripada:
- Makan
- Minum
- Perkara-perkara lagha dalam kehidupan
- Perkara-perkara lucah atau yang bersangkutan dengan naluri seksual
- Bertindak reaktif membalas provokasi.
Jika puasa untuk menangguh nikah hanya dibuat dengan menahan diri daripada makan dan minum, ketahuilah ia tidak akan bertahan. Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara yang lagha dalam kehidupan seharian. Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.
Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara rafas, yakni sebarang aktiviti yang menjurus kepada rangsangan seksual. Baik dalam bentuk percakapan, fikiran atau pun tindakan perbuatan.
Seorang anak muda juga, di samping puasa makan minumnya, harus belajar untuk tidak menjadi hamba perasaan. Jangan emosional. Belajar mengawal diri dan mampu mengawal keinginan daripada bertindak hasil dorongan perasaan dan bukannya fikiran.
Puasa bukan empangan yang menanti pecah.
Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.
“Alhamdulillah. Terima kasih ustaz,” kata anak muda itu.
“Sama-sama” saya menjawab.
“Cuma, macam mana kalau saya faham semua nasihat ustaz itu tetapi tiada kekuatan untuk melaksanakannya?” soalan tambahan pula diajukannya.
“Oh, senang sahaja. Ambil tangan letakkan kepada api!” saya memberi simpul mati.
“Oh, hehe!” ketawa beliau kerana sudah tiada apa yang mahu disoalkan lagi.
Anda berusaha.
Kami doakan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 5 months ago
salam, em, saya itu sememangnya dilema anak muda (termasuk) saya dalam hal ini, terima kasih ustaz atas peringatan yang berguna ini,saya kena reflex balik niat dan cara puasa yang saya lakukan untuk tujuan itu. Tapi ustaz, jika kesedaran dah ada berkaitan ini, tapi terasa tak ada kekuatan nak laksanakan,apa yang boleh dilakukan untuk tingkatkan tekad dan azam itu ya?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 5th, 2009 8:38 am:
@Ibnu Walidain,
hehe, ustaz dah tambah sikit di hujung artikel tu
Respond to this comment [with empathy]
Ibnu Walidain reply on September 5th, 2009 9:26 am:
@Abu Saif, toyyib ya abu saif
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz,
Alhamdulillah peringatan buat semua belia terutama pelajar oversea. Teringat pesanan seorang sahabat:
“Marriage is not only a celebration of LOVE but also a welcoming party of Burdens and Responsibilities”
Kehidupan yang terlalu kondusif akan : membekukan minda untuk berfikir, mematikan otot untuk beribadah,
menjeratkan diri dengan nafsu dan mengeruhkan hati untuk Hidayah.
Oleh itu,
Anda berpuasa,
Anda terpelihara.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Ya, sekalipun tembok empangan yang kamu bina hasil daripada konkrit dan besi keluli yang kukuh, ia akan pecah jua andai nafsu itu tidak di jaga.
Maka, terpancutlah air melimpah ruah dan mengalir merata – rata. Ingat tu orang muda!
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Dilema ini sering menjengah saya. errr… maksud saya, org lain suka bertanya tentang hal ini. Baik kaum adam mahupun kaum hawa.
Bukan apa, Sepertinya, istilah bersabar dengan puasa itu dianggap bukan penyelesaian. Saya pun dah mati akal untuk memberi pencerahan bila mereka kata “sampai bila nak puasa ja?” Adus, gimana… Seharusnya Bersabar itu sampai bila2 kan…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam..
artikel yg bermanfaat untuk ana kali ini..sebabnya ada seorang muslimat dia msj kat ana dan dia cakap dia tak dapat tunggu lama lagi..maksudnya dia nak bernikah dengan ana ler…cumanya ana masih belajar dan muslimat tu plak dah bekerja..macam mane ni ustaz..suruh muslimat tu plak puasa ek?
Respond to this comment [with empathy]
mujahid reply on September 5th, 2009 10:03 am:
@Isha L,
haha.. enta pun keja la.. belajar sambil kerja.. belajar la pengang tangungjawap lebih sikit… sebab lepas kawin tangungjawap lagi la bercurah-curah ke dalam gandum… hehe
Respond to this comment [with empathy]
Isha L reply on September 5th, 2009 10:18 am:
@mujahid,
nak kerja ape time kerja..xdpt nak buat kerja part time tau..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ustaz (dan semua)…
Terima kasih atas nasihat yang sangat mengena dan doa ustaz… Saya pun selalu terfikir kenapa kalau tidak mampu nikah perlu puasa… Nampaknya banyak lagi ilmu perlu disungguhi untuk dipelajari dan diamalkan… Mohon dijauhkan kita semua daripada amal tanpa ilmu…
p/s Harap Ramadhan ini dapat saya kurangkan lagho dan banyakkan amal (esp game kepada al-Quran)… Aminnn…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Flashback kesimpulan dulu…
Kahwin awal itu melembabkan…
Panas…panas… =)
Respond to this comment [with empathy]
jidan reply on September 6th, 2009 7:45 pm:
@Dr Amad,
kenapa kawen awal melembabkan?boleh terangkan?Ramai kawan2 yang kawen awal ketika peringkat ijazah di luar negeri dan alhamdulillah mereka berjaya dgn cemerlang dan ada yg sampai peringkat master…
Respond to this comment [with empathy]
jas reply on September 7th, 2009 9:13 am:
@jidan,
@jidan, mungkin boleh rujuk artikel ustaz saif yg dulu-dulu. ada diterangkn.
wallahu’alam
Allah Maha Mengetahui.
Respond to this comment [with empathy]
jas reply on September 7th, 2009 9:21 am:
@jidan,
“Kahwin Semasa Belajar”
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam.
Nasihat yg sgt berguna dan bermanfaat terutamanya kepada kaum muda.
p/s : Jangan menjeratkan diri dengan hawa nafsu hingga hilang akalnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam’alaikum..
Buat antum, para pemuda/i yg msih mnntut di IPT ttpi sudah ’smpai seru’ utk menikah..’Tiada duit’ bkn lg alsn yg tepat utk tidak blh menikah..
Krn teknologi internet kini t’amt m’kagumkn..pelbagai home-based-business (HBB) yg halal & ’syariah compliance’ blh dicuba oleh antum..
Biasanya, hny prlu modal yg kecil & hnya prlu ‘korbankn’ sktar 60-90 / 1440 minit shari smlm utk fokus pd business..
Namun, bkn niat ana utk promote mana2 HBB..Tdk blh tdk, antum kna b’usaha shabis daya m’carinya sndiri..baru antum akn bnar2 m’hargai ‘mutiara’ yg ditemui nnti..
Namun, awas sohabat! Utk m’cari mutiara drp ribuan ’scam’ di internet, bkn smudah yg di sangkakan..
Pnduan ana, cari lah HBB yg professional, beretika & m’pnyai produk yg sgt berkualiti utk diniagakn..
Ma’at Taufiq..Selamat Maju Jaya..
“Barangsiapa yg bertaqwa kpd Allah, pasti (dan pasti) Allah akn tunjukkan Jalan Keluarnya” (Ayat Seribu Dinar)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ouch.. nampaknya saya pun kena puasa jugak ni.. dah lama dah terbuku di hati..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Terkesan tul Ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
ustaz banyakkan tazkirah seperti…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
hurm terima kasih ustaz..
Semoga bertambah semangat untuk menjaga diri
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
syukran ustaz..
merenungkan bagaimanalah kehidupan di luar sana selepas selesai spm nanti,memang ngeri di hati..
apatah lagi saya ni sekolah all-boys,adik-beradik pun laki semua..
huhu,memang agak kekok bergaul dengan perempuan..
syukran jazilan atas nasihatnya =)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
syukran ust..
ana juga baru di ijab qabulkan,Alhamdulillah..
walaupun masih berbaki setahun lg pengajian,ana tetap juga mengambil keputusan untuk berkahwin. Alhamdulillah dengan izin Allah, semuanya berjalan dgn lancar. Nasihat saya, beristikharahlah, moga2 Allah memberi jalan yang terbaik. Kalau dengan jalan perkahwinan itu adalah yang terbaik, maka berkahwinlah (bagi yang mampu).
- saya = yang terserempak dgn ust dan bagi salam pada ust haritu,di jejantas nak ke sogo.
Respond to this comment [with empathy]
khairul azurin reply on September 5th, 2009 5:12 pm:
tahniah. smoga cekal dlm menempuhi perlbagai cabaran.
Respond to this comment [with empathy]
Dr Amad reply on September 5th, 2009 9:34 pm:
@saya, semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga hendaknya..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam smua..
berkenaan puasa ni, teringat pada perkongsian yang diberikan senior selepas meeting..
ketika Allah s.w.t menciptakan nafsu, Allah bertanya kepada nafsu: Siapakah kau dan siapakah aku?
Nafsu menjawab “kau adalah kau dan aku adalah aku” (jawapan bongkak la ni)
Allah murka kepada nafsu dan penjarakan dia dalam kepanasan. Setelah berpuluh-puluh tahun, Allah keluarkan nafsu dari kepanasan dan bertanyakan lagi soalan yang sama.
Namun, masih jawapan yang sama diberikan oleh nafsu. Jadi Allah murka dan penjarakan nafsu dalam kesejukan selama berpuluh-puluh tahun.
Kemudian, Allah keluarkan seula nafsu dan mengajukankan soalan yang sama kepada nafsu. Jawapan yang sama masih diberikan. Lalu dipenjarakan nafsu dalam kelaparan selama puluhan tahun.
Tak lama kemudian, dikeluarkan nafsu dari kelaparan dan diajukan soalan yang sama kepada nafsu. Ketika ini barulah nafsu menjawab: Kau adalah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu.
Moral of the story: sepatutnya kelaparan akan mampu melemahkan nafsu. Namun jika dikira kondisi persekitaran pada zaman ini, perlunya usaha lebih dalam mengawal nafsu. Mungkin cara letakkan tangan dalam api lebih sesuai.. hehehe
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
jazakallah kahairan jazak..
sgt mnenangkn sy setelah lama hati ini bgelora
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam.
Satu kata-kata yang indah bagi orang yang mahu memahami dan mengamalkannya. RAMADHAN semakin ke penghujungnya. Terasa sedih akan kehilangan.
Ustaz, ana nak jemput Ustaz bagi talk pada peserta kursus bawah jagaan ana di INTAN Bukit Kiara. Macam mane caranya nak bawa Ustaz ke sini ya..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 7th, 2009 12:04 am:
@Mohamad Fadzil Ismail,
Wsalam WBT tuan.
Terima kasih atas kunjungan.
Untuk menjemput saya, tiada apa-apa protokol. Cuma untuk kemudahan, rujuk jadual kekosongan saya di Google Calendar di sidebar kanan blog ini, dan kemudian klik HUBUNGI di atas tu untuk email. Insya Allah saya akan balas email tersebut seberapa segera.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
support this article!!
(letakkan api d tangan~rasa cane panasnye api kat neraka nt.
~dr sudut psychiatry=its like aversion therapy for obsessive compulsive disorder dgn mmberi electric shock sebagai negative punishment to prevent obsessive thought that lead to complusion behaviour, so same la jgk, dgn merasa panasnye api ni, “fikiran2 y ke arah rafas tu” dapat di stop kan)
^_^
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
alhamdulillah..ana dalam proses untuk mendidik diri ana supaya boleh melawan nafsu..sudah berapa kali ana tertewas.mula2 dah berjaya,tapi setelah insan hadir kembali..nafsu melonjak riang hati..asthagfirullahalazim..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
menarik gak topik ni.. mcm kena jer… “umo da 30thun,nk kata x mmpu tnggung ank orng, rsanya x der pblem”… nk tngu apa lg???? “aik,smpai bla blik kpg 1orng2″????
hang 2 bknnya muda lg…. itu la antara soalan2 yg kkdng mls da nk jwb,, kkdng 2 bla da pns telinga ni,jwb gak… blm ckup syarat lg,nk kna mndi bunga lg 1x… ataupun,,, mak aku pun x tnya, hangpa plak yg sebuk2…..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
barakallahu fik..
patut pun saya puasa banyak2 pun rasa macam dok fail je puasa saya, rupenye end in mind salah.
sepatutnya puasa untuk mengawal nafsu, bukannya untuk melemahkan nafsu je..
syukran ya ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamu’alaikum WBT.. jazakallah khairan kathira. Alhamdulillah, santapan ilmu yang baik. Artikel ini sungguh terkesan. Semua ‘ikatan’ nasihat yang ustaz Has leraikan telah membuka keinsafan di hati ini. Moga tarbiah ini kekal berpanjangan sebagai panduan dalam hidup saya dan pembaca yang lain… Amin~
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam…seperti bese,isu yg mlibatkn student memg menarik minat saya…sebenarnya, dlm islam,antara llaki ajnabi n wnita ajnabi,perlula sntiasa mjaga batas….paling utama,jaga pandangan n hati..itu kuncinya..kpada llaki, xperlu la memandng pada wnita jika xda urusn yg bkaitan…jika x bsdia nk kwin masa blaja, x perlu fikirkan tntag pasngn,fkus je pda stdy.kalu da jmpe yg sesuai,phonla pda Allah.jgn terlalu ikutkan nafsu hati…sedangkan cinta kita pda Allah smakin jauh..jika suka pada wnita hnya krna kcntikannya,itu hnyalah nfsu semata-mata..amalkan cara hdup islam,barulah berkat….=) nie dari pnglamn n ksilapan lmpau saya sndiri…salam ramadhan.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam ustaz.
menariklah tajuk nih. memang terkesan pada diri sendiri. nak kawin tapi macam macam perkara perlu pikir terutamanya kewangan. puasa tetap puasa. tetapi berusaha lagi untuk memantapkan puasa dengan khusyuk.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
kahwin je lah… saya dulu kahwin masa belajar juga..
tapi, betulkan niat dulu.. janganlah berkahwin semata2 hanya kerana nafsu..
insyaAllah, dengan niat yang murni, Allah akan permudahkan jalan kita…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz. Syukran di atas artikel yg sgt berguna, dan memang tepat ‘kena’ dalam situasi saya. Di tempat saya (saya student final year oversea) ada 7 pasangan newly weds batch saya yang baru bernikah cuti bulan lepas. Cuma saya dan tunang (sudah masuk tahun kedua bertunang, dan kami berdua di tempat yang sama) tidak mendapat greenlight daripada parents saya untuk bernikah sebelum tamat pengajian. Kadang2 terbit juga rasa cemburu melihat kawan2 sudah halal untuk bersama, sangat mudah mendapat izin untuk bernikah, dan kami masih perlu bertahan. Alhamdulillah, artikel ini banyak membantu dan menyedarkan saya. Jazakallah
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam ustaz,
sy sdg belajar di tahun ke 3 akhir.sy betul2 sedang dlm dilema.Baru2 ini baru memutuskan hubungan dgn teman laki yg telah hampir 3 taun bersama,hanya disebabkan kami merasa cukup lah sekadar ini kami buat dosa di waktu muda dan mahu selamatkan diri msg2 dr lalai dgn hbgn yg tidak pasti malah tidak diredhai.Tiada punca yg lain.Kami redha dan sentiasa berdoa kalau benar kami dijodohkan ,maka permudahkanlah. Mggu yg sudah pulak,saya sgt terkejut apabila ada Atuk sedara yg sampaikan hajat mahu merisik sy dgn anak sedaranya yg baik dan bgus akhlaknya.X pernah berjumpa pon dgn laki itu.Mereka berharap sy dpt berkenal2an dahulu.adakah itu semua perlu ustaz??Sy dilemma ustaz.disamping solat hajat dan istikarah,apa lg yg saya perlu lakukan.kami masih simpan harapan utk bersama satu hari nanti.Skarang saya redha dan biar masa yg menentukan.waallahualam.
*Sgt berharap dpt bantuan/ nasihat dari ustaz.terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
di akhirat nanti pula kta tidak mampu untuk berkata tidak apabila ditanya “Alam ya’tikum nadzir?” tiada siapa yg boleh menafikan kebenarn yg telah dtng,segla jwpn bersifat “positif”
sempena ramadhan ini, sma2lah kta muhasabah diri.Kematian sering mengintai-intai kta……
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
hoho~ itu lah erti sebenar sabar ye ustadz… sabar dari melanggar perintah Allah dan berusaha dalam kesabaran dalam melakukan ketaatan…
p/s: dah lama x bg komen kat sini. kebelakangan ni agak sibut.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam…Ustaz saya ni rasanye dah sampai seru untk berkahwin…permasalahan saya disini saya tidak pernah bercinta dan tidak pernah mempunyai teman istimewa (kekasih).kedudukan saya skrg ni Alhamdulillah agak stabil.Cuma dalam mencari bakal isteri terlau sukar bagi saya kerana tertewas dengan sifat malu yg tinggi terhadap golongan wanita…namun begitu saya hanya berdoa kepada Allah swt supaya di cepatkan jodoh dan bertemu dgn wanita soleha..adakah cukup dgn ape yang saya lakukan itu Ustaz?….Tolong ler beri nasihat kat saya ni ustz
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam..
nilah masanya untuk kita mendapat janji Rasullulah.. memerangi hawa nafsu itu adalah jihad yang terbesar dalam islam…
sama-samalah kita berjuang memeranginya sahabat2 ku…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz dan pembaca sekalian. Bagaimana pula kalau si lelaki yang memang telah mampu dan dah tak tahan utk berkahwin tetapi si perempuan yang masih belum bersedia. Berdosakah si perempuan krn melengah2kan perkahwinan itu..? Di samping berpuasa,patutkah si lelaki mencari wanita lain sahaja yang lebih memahami..? T.q.
Respond to this comment [with empathy]
ceriterahamba reply on September 14th, 2009 12:43 pm:
@Razak,
salam, hehe.. sobor tuan… tuan pun kena la memahami jugak… kenapa dia tak bersedia..
setiap permasalahan mesti ada jalan keluarnya..
bukan dh nk cari lain… kesian la kat dia… nanti dh kawin bkn nk cari yg jugak kot.. maaf
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
mabruk ustaz! mmg terkene giler.. huhu.. tersentak kejap.. mindset mmg dah fully nak nikah je skrg nih, tp greenlight xde2 lagi dari parents sendiri.. huhu.. insyaAllah moga2 puasa nih menjadi benteng “konkrit” kepada nafsu.. doa2kan ye ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salam,
ana slalu bace article mcm ni yg try to apply.. tp kdg pon kalah.. sbb skng ana tak sekuat dulu.. mungkin envi sudah berubah…selalu doa kdpNya ttp kdg lalai..
kalaulah hukuman ‘meletakkan tgn pd api’
dilaksanakan… mmg ana diantara org pertama yg kene..
Adoi.. Ya Allah, selamatkn diriku..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
terima kasih atas peringatan..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Saya dah puasa…tapi godaan orang luar macam mana?…dia kena puasa ke, atau saya kena tambahkan puasa saya ni….rimas sangat-sangat…tak faham bahasa agaknya…Nak marah, berdosa dan rasa bersalah.akhirnya, saya ‘menyorok’, ‘menginvisblekan’ diri…:(
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
assalamualaikum.. pesanan yang sgt berkesan buat muda mudi yg masih lalai dgn hakiki cinta sebenar.. kejarlah cinta HAKIKI dahulu barulah mengejar cinta dunia.. sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Maha mengasihani.. insyaAllah..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
kekuatan yang dipohon….
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam ustaz,
Saya terpanggil utk mencatat di ruangan ini…terima kasih utk artikel tersebut. Masalah saya ustaz, saya seorang wanita yg dh berumur 30++ tp masih solo lg.. Bkn tak teringin nak berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri tp ‘belum sampai seru’ kot. Segan jugak dgn kwn2 yg sebaya yg dh punya anak tp kita masih lg sorang2. Saya dah bersedia tp calon tu belum ade lagi…so, mcm mana saya nk ‘larikan’ diri dari godaan2 tu? Tolong la bg pandangan ya ustaz.
Terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
ceriterahamba reply on September 14th, 2009 11:27 am:
@masih_solo,
salam, maaf menyampuk ye…
macammana anda tau anda belum diseru..??
kan nabi dh bgtau suruh orang2 muda kawinlah..
bagi ana.. janganlah “LARI”… tapi “CARI!!”
jalan?? bertimbun dh ustaz tunjuk dalam blog dia nie…
Respond to this comment [with empathy]
masih_solo reply on September 14th, 2009 11:51 am:
@ceriterahamba,
terima kasih ceriterahamba…
‘belum sampai seru’ tu adalah alasan paling biasa diberi bila org asyik tanya bila nk kawin? bila nk kawin? dh tak tau nak jawab ape. maybe org yg seangkatan dgn saya tau mcm mane rasa bila diajukan soalan cepumas tu
mungkin atas sbb rasa rendah diri, kurang keyakinan…saya jadi susah utk ‘mencari’. lagipun bila difikirkan umur saya nie yg dh 30++, ade ker org yg nak?
Respond to this comment [with empathy]
ceriterahamba reply on September 14th, 2009 12:35 pm:
@masih_solo,
kenapa kalo umur 30++ xde orang nak??
ada… InshaAllah.. ada.. saya percaya setiap orang itu ada jodohnya masing2..
bukan semua lelaki nk cari perempuan muda2..
biar saya bagtau kenapa orang laki biasanya takut kawin ngan orang perempuan yg agak berumur.. biasanya kalau perempuan sudah mencapai umur seperti saudari… pastinya punyai pekerjaan, kewangan yang stabil dll… perlu diketahui kebanyakan lelaki adalah penakut.. agak sukar utk seseorang lelaki mendekati seorang perempuan yg kelihatan “lebih hebat dari dirinya”.. dia tak berani… mungkin atas dasr tanggungjawab, ego dll..
bagi muslimat pulak janganlah terlalu demand, mahukan sehebat Ali.. andai dirimu x setabah Fatimah..
perkahwinan adalah perkongsian dan guan ia adalah untuk menyempurnakan diantara pasangan.
berdoa2 sungguh bulan Ramadhan ini… Doa dengan Khauf & Raja’
Respond to this comment [with empathy]
masih_solo reply on September 14th, 2009 12:42 pm:
@ceriterahamba,
kalau sorang dh rasa rendah diri, sorang lagi takut & ego pulak…habis tu, siapa kah yg patut memulakan pencarian tu?
insya’Allah…setiap kali solat doa tu x pernah x disebut. mungkin doa tu ‘belum sampai’ kpd Nya…
Respond to this comment [with empathy]
ceriterahamba reply on September 14th, 2009 12:58 pm:
@masih_solo,
sapa2 pun boleh mulakan… sapa yang mahu sesuatu, dia la yg mulakan… Alhamdulillah… teruskan berdoa..
Percayalah, Allah dh bgtau dlm quran… mintaklah doa pada DIA, pasti dia makbulkan.
saudari, untuk sampai kesesuatu tempat, Jalan perlu ada.. dan saudari sendiri yang perlu membina jalan tersebut!! untuk bina jalan tu.. saudari perlukan seseorang yang pernah lalu atau buat sendiri Jalan tersebut.. yang tahu susah senang jalan tersebut.. maksud saya, carilah orang tengah! [yang saudari PERCAYAI]..
kalo berjumpa, adakanlah sesi perkenalan (ta’aruf) kedua belah pihak.. sekalipun tiada persetujuan, pihak saudari telah pun membina silahturahim dengan pihak yg satu lagi.
Allah Tuhan Maha Pencinta… tak susah bagi Allah meletakkan rasa cinta pada hati2 hambanya.
about 4 months ago
mmm… sebab tulah Imam al-Ghazali ada bgtau dalam Ihya karangan beliau…. cara ingin menundukkan nafsu adalah dengan jalan lapar…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
bukan utk menuding jari, tp lelaki lah, yg puasa ttp x dpt menundukkan nafsunya. Kerana ada shbt sy kena sexual harrasment di bulan puasa oleh kenalan lelakinya eventhough shbt sy alim orangnya..dan skrg sdg trauma
&
sy juga melihat baru je seorang lelaki mencium kekasihnya di depan sy dalam bas.terpinga2 awek dia tuh, tp xmarah mana pon..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
hm…topik yg memg menarik n sesuai dijadikan panduan….mkin bertambah usia,mkin bertambah ilmu di dada..persoalan kahwin masa belaja selalu di salah erti…bagi pasangan yg sedng bercouple, mereka akn melihat pasangan yg kwin awl ni sbg pasngn yg gatal, x sabar2 nk kwin..walhl i2lah kptusn yg tepat jika sudh mndapat ptujuk dari ilahi..Allah yg menentukan jdoh kte..ade snior sy berkahwin smasa di asasi uia…alhamdulillah dorg bahagia n skrg stil belaja di thun 2,mdic..both of them..hbat kan?n dikurniakn sorag ank…tpi stil maintained study,rmahtngga n dkwah..ksimpulannya,mohonlah pertolongan dri Allah melalui solat hajat,istikharah…kalu btol da x leh kwl diri, perbetulkan niat..jgn turuti nfsu semata….maaf slah silap…sy ni bgi pendapt bdasarkan pngalaman slama hdup 20thun nie…=)
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
yakin, usaha dan tawakal.pasti jumpa pasangan hidup nanti.tapi saya tetap bimbang untuk mendekati atau didekati.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
hmmm.. betul la tu, jodoh x mengenal usia.. TAPI… saya heran, kenapa orang2 sekarang.. terutama yg sgt2 mude2.. mau kawen cepat2 (maksud saya cam tgh blajar lg.. xde keje..). Alasan mereka bagi adalah takut tak boleh kawal nafsu.. Adakah perkahwinan hanya utk hubungan seks?? PELIK! kadang-kadang yg bercakap tu kononnya ada kuat didikan agama.. konon x mahu terjebat kekancah zina dll.. tapi, sapa yg suruh hampirinya!!
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
maaf tanya, saudara ceriterahamba nie berapa usia yer? n dh kawin ker belum?
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
xpe… usia sya tak tua tak muda.. tapi tak tau mati bila..
knapa tanya dh kawin ke blom?? jawapannya blom.
Maaf, saya tak mahu orang salah faham… yang diatas cuma pendapat saya saja… terpulang pada mereka nak setuju atau tak.. xde hal.. terserah..
saya tak larang sesapa yang mahu kawen muda… silakan..
tapi yang saya maksudkan supaya kita paham.. konsep kawin bukan sekadar pada komitmen seks!(walaupun itu salah satunya).. perkahwinan bagi saya lebih agung.. ia segala-galanya pada hemah saya.. macam kaum lelaki mcm kami, perlu paham tanggungjawab, nafkah2.. bukan nk bagi anak orang makan pasiaq kott..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Ya Allah!
da 21 thn hidup kt dunia ni, bru sy tau erti sebenar puasa sbg benteng!
saya fhm hidup ni adlh blaja smpai liang lahad..
cuma kenapa benda asas ni tak tau pun wpun da blaja kt skolah psal puasa..
just sikit terkilan & tak tau nk wat camne.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
saya setuju dgn pendapat saudara tu….org sekarang nie mostly kawin sbb nafsu semata-mata….x semua yg fkir tanggungjawab. tu pasal la ramai yg kawin lepas tu cerai. harap2 dapat jumpa bakal suami yg faham makna sebuah perkahwinan tu….insya’Allah…
Respond to this comment [with empathy]
ceriterahamba reply on October 7th, 2009 12:09 pm:
@hamba, insyaAllah… moga Allah mempermudahkan jalan bagi kamu… doa + usaha + tawakkal
Respond to this comment [with empathy]