Cinta Sempurna Menghampiri Penghujungnya

On 08/09/2009, in Kreatif, by Abu Saif | 9,584 views | Print Print | Email Email |

cintasempurna-14

Teledrama Cinta Sempurna sudah hampir ke penghujungnya.

Banyak persoalan semakin terjawab.

Mengambil pendekatan dakwah secara populis (drama, blog interaktif yang dibuka ruang komen dan komen balas), membuka ruang kepada maklum balas yang sangat luar biasa. Dalam erti kata yang lain, kalau anda mudah terganggu dengan ‘apa orang lain kata’, ada baiknya dihindarkan pendekatan dakwah secara populis ini dan kekal sahaja dengan cara sehala yang sinonim dengan kaedah konvensional.

Hanya pesanan Nabawi ini sahajalah pengubatnya:

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Ketika drama ini di peringkat perancangan, pembikinan dan penggambaran, komen-komen pembaca di blog Saifulislam.Com sudah pelbagai.

Tatkala salinan lima episod pertama diserahkan kepada saya untuk prebiu, saya sudah menyiapkan diri untuk berdepan dengan komen yang lebih agresif memandangkan banyak aspek penampilan drama ini yang boleh dengan mudah menjadi sasaran kritikan.

Oleh kerana manusia yang berblog itu bukan penerbit, pengarah mahu pun pelakon, sebaliknya penulis skrip dan ‘mangsa realiti pemilik cerita asal’, maka saya dan Ustaz Zabidi Mohamed jualah yang berada di frontline bagi bersemuka dengan segala komen, kritikan dan sesekali cadangan untuk penambah baikan.

Tatkala menyusuri komen-komen yang begitu banyak di internet, kaget juga saya dibuatnya. Kritikan yang ditujukan kepada saya bukan sekadar pada penampilan pelakon, ketiadaan sari kata pada dialog Inggeris, atau iklan dan masa tayangan, malah saya turut dikritik sebagai ustaz pendek, gemuk dan macam-macam lagi.

Malah ada juga yang kritikannya hingga ke tahap saya khuatirkan keselamatan diri dan keluarga! Terlalu obses pada menyukai atau terlalu obses pada menolak dan membenci.

Bagi saya, jika kehidupan ini sebiji karipap, itulah inti sebenar yang terpaksa ditelan. Jika ditukar ke bahasa dakwah, itulah mad’u yang menjadi tanggungjawab kita mendidiknya. Mereka yang gemarkan the alternate reality akan menempuh rasa sukar untuk menelan semua ini kerana kehidupan idamannya jauh dari apa yang sedang bersifat semasa.

Manakala untuk diri saya, selepas produksi Cinta Sempurna ini saya belajar sesuatu yang penting. Pengalaman di sebalik tabir membuktikan bahawa usaha untuk menghasilkan sebuah drama, apatah lagi drama yang baik mengikut piawaian kita bukanlah sesuatu yang mudah.

Semasa pemilik cerita asal bercerita kepada penulis skrip, bentuk ceritanya adalah seperti A. Apabila ia dipindahkan kepada sebuah skrip, ia mengembang menjadi B. Tatkala skrip B siap dan disemak, kita berusaha untuk memperbaikinya sedaya mungkin dan ia menjadi C. Apabila C dipindahkan kepada manuskrip bacaan artis, ia menjadi D. Apabila semua itu dibawa ke lokasi penggambaran dan dilakonkan, ia menjadi E. Selesai penggambaran dan rakaman disunting, ia menjadi F. Jauh sekali saya sebagai pencetus cerita asal daripada apa yang akhirnya dipaparkan di televisyen.

Ikhtiar semua orang, banyak cacat celanya namun dek susahnya penghasilan sebuah drama, dan besarnya perbelanjaan yang diperlukan untuk menerbitkan sebuah drama 20 siri, cukuplah jika saya belajar satu perkara, bahawa saya akan lebih berhemah dalam melontarkan pandangan dan kritikan terhadap hasil kerja orang lain.

TIGA BENTUK DRAMA

Ya, ia adalah drama. Apabila namanya drama ia bukan dokumentari yang bersifat factual.

Drama Melayu yang membawa nilai Islam di dalam dunia penyiaran kita boleh dibahagikan kepada tiga.

Pertama, drama supernatural.

Drama-drama dalam kategori ini menekankan unsur khariqun lil ‘adah membabitkan jin, syaitan, bomoh, keramat wali, roh orang mati dan pelbagai lagi.

Lambakan drama dalam kategori ini di satu tahap mengisi keinginan penonton yang suka ditakut-takutkan, tetapi kemudian berubah menjadi ketakutan tatkala melihat lambakannya yang ekstrim khusus pada Khamis malam Jumaat.

Kedua, drama emosional.

Drama-drama dalam kategori ini membawa kekuatan yang banyak bersangkutan kepada konflik emosi. Biar pun tajuknya pelbagai, namun mungkin subjek utamanya adalah konflik cinta dan perasaan. Drama seperti ini sangat dekat dengan jiwa penonton kerana sentuhannya akan meninggalkan bekas yang besar kepada penonton. Keropok ubi yang musnah diramas, tisu yang luak sekotak, mungkin menjadi simptom kepada keberkesanan drama sebegini.

Begitu juga dengan drama dakwah genre komedi. Penyampaian mesej dalam sindiran lucu, adalah pendekatan yang amat menarik, tetapi turut memerlukan tahap kreativiti yang tinggi.

Pelakon akan lebih cepat terserlah bakatnya apabila berjaya menjiwa watak-watak dalam drama kategori ini.

Ketiga, drama logikal / intelektual.

Drama-drama dalam kategori ini membawa mesej yang berkaitan dengan konflik pemikiran. Apa yang dibentangkan adalah subjek yang mencabar minda penonton untuk berfikir, mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu kehidupan dan mungkin sambil itu perlu mengkritik penyelesaian semasa.

Drama dalam kategori ini cenderung untuk menjadi sebuah drama yang berat, ditolak oleh penonton yang tidak suka dipening-peningkan pada waktu rehat mereka atau mungkin juga hilang sentuhan drama dan berubah menjadi sebuah dokumentari. Ia juga memerlukan kepada pelakon-pelakon yang bijak agar mereka dapat mengoptimumkan garapan watak yang diberi.

CINTA SEMPURNA adalah percubaan awal untuk menambah koleksi drama dalam kategori ketiga ini. Biar pun tajuknya CINTA, drama ini kurang adegan yang mencarik hati dan perasaan penonton. Tetapi apa yang banyak dimasukkan adalah subjek yang mengganggu fikiran. Bukan gangguan yang disengajakan tetapi gangguan yang bertujuan menggerakkan minda agar berfikir, tentang apa yang cuba dipaparkan.

Di balik tabir, ada banyak kejadian yang berlaku hingga membawa kepada timbulnya idea untuk menghasilkan drama CINTA SEMPURNA.  Ia tidak betah untuk ditulis secara terbuka, namun misinya besar pada membetulkan kembali hala tuju falsafah penyiaran yang memisahkan moral obligation dengan seni kreatif. Ada krisis nilai di belakang skrin dan di depan skrin yang dipertanggungjawabkan kepada drama CINTA SEMPURNA untuk menanganinya. Ia suatu tugas yang tidak mudah buat semua.

Dengan segala kelemahan yang semua sedia maklum, apa yang diharapkan ialah CINTA SEMPURNA boleh menjadi pemangkin untuk membanyakkan lagi drama kita yang duduk di dalam genre DRAMA LOGIKAL  yang mencabar AKAL kerana krisis pemikiran masyarakat semakin meruncing dan sesi kuliah serta ceramah semakin tidak bermaya dalam menyasarkan penyelesaian kepada target audience berkaitan.

Berikut adalah di antara ulasan berkenaan drama CINTA SEMPURNA yang sempat saya temui di alam maya.

Semoga bermanfaat.

http://www.youtube.com/user/layarhidayahazel

http://helloskyblu.blogspot.com/2009/09/sinopsis-cinta-sempurna-di-astro-oasis.html

http://www.kuizikel.com/2009/08/ost-cinta-sempurna.html

http://www.masviona.com/2009/08/antara-cinta-sempurna-n-nur-kasih.html

http://permatasahara.blogspot.com/2009/08/cinta-allah-yang-sempurna.html

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-433497.html

http://nuruldiana008.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurnaastro-oasis.html

http://husainibrahim.com/?p=687

http://youthsays.com/answers/35874-sape_ade_tgk_cerita_cinta_sempurna

http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=94338&st=0

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=5226.html

http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=432970

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=20&thread_id=16529&pid=258270%20

http://ibrahim-jihan.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna.html

http://wiwiez.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna-di-oasis.html

http://princess4r4.blogspot.com/2009/09/cinta-sempurna.html

http://zan89.blogspot.com/2009/08/idea-asal-ustaz-hasrizal-abdul-jamil.html

http://aniszherbalife.blogspot.com/2009/09/lirik-lagu-cinta-sempurna.html

http://hazel2k.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna.html

http://umwirdani.blogspot.com/2009/09/drama-cinta-sempurna.html

http://azihana.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna.html

http://serulingsenja2.blogspot.com/2009/08/drama-cinta-sempurna.html

http://tangisanbulanmadu.blogspot.com/2009/06/cinta-sempurnasebuah-drama-dakwah.html

http://paekecik.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna-hanya-milik-allah.html

http://effafadzillah.blogspot.com/2009/08/mencari-cinta-yang-sempurna.html

http://kekkawal.blogspot.com/2009/09/cinta-sempurna.html

http://dominggo.blogspot.com/2009/08/ramadan-mubarak-cinta-sempurna.html

http://atikahamir.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna.html

http://mazlyna.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna.html

http://imayu05.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna-oasis-astro.html

http://langgas.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna-astro-oasis.html

http://ayuhashim-ayu.blogspot.com/2009/09/cinta-sempurna-yuna.html

http://tashizameri.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna.html

http://nourfaieza.blogspot.com/2009/08/cinta-sempurna.html

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Sidang Media Drama CINTA SEMPURNA Alhamdulillah, penggambaran drama CINTA SEMPURNA berjalan lancar. 300 orang warga...
  2. Pelancaran Produksi Teledrama CINTA SEMPURNA Alhamdulillah. Itulah sebaik-baik kalimah untuk saya ungkapkan rasa syukur atas...
  3. Seminggu Cinta Sempurna ke Udara Sudah lebih seminggu teledrama Cinta Sempurna ke udara. Bersiaran pada...
  4. Pratonton Teledrama Cinta Sempurna – I Cinta Sempurna sudah selesai penggambaran lebih tiga minggu yang lalu....
  5. VALENTINE: Jangan Dibius Cinta Jemput beramai-ramai memanfaatkannya… Assalamualaikum, Di sini kami ingin mewar-warkan Nisa’...

 

77 Responses to “Cinta Sempurna Menghampiri Penghujungnya”

  1. wargadunia says:

    Tahniah kepada saudara kerana mempelbagaikan medium dakwah. Mudah-mudahan saudara sentiasa beristiqamah dalam berdakwah dan tidak hilang fokus. Secara jujurnya saya menonton drama ini adalah kerana saudara salah seorang di sebalik tabirnya. Setelah dihayati jalan ceritanya, sangat menarik dan kena pada sesetengah masyarakat kita kini. Walaupun jalan ceritanya mudah dibaca namun itu bukanlah halnya.

  2. fia_rindui says:

    Salam Ramadhan…saya belum berkesempatan menontondrama tersebut..kerana tv tidak begitu dekat dengan jadual hidup…

    Apapun saya teruja untuk mengucapkan sekalung tahniah atas usaha menerbitkan sebuah drama sebagai alternative dakwah kita..usaha yang besar pernah tercetus dalam minda saya..Sekali lagi TAHNIAH untuk Amilin LilIslam…

  3. kui says:

    salam ustaz… oh termasuk juga posting saya..:) tapi saya memang sangat suka drama ni.. harap ustaz n ustaz zabidi meneruskan usaha murni ni… go go caiyo!

  4. ibnu razi says:

    Salam……

    Semoga yang mengkritik akan belajar tentang perjalanan hidup ini diatas kritikkannya.ANDAINYA MEREKA TAHU. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus memanfaatkan KEBAIKAN yang dihulurkan. AMEEN.

  5. Ana Abdu says:

    salam, ustaz apa pandangan ustaz tentang ustaz akil,,,tentang penampilannya yg berambut panjang.. dia telah muncul pun dalam drama tu..

  6. HafizAdam says:

    Mungkin fungsi Review sebuah drama dalam website/blog adalah untuk dibaca oleh produksi drama tersebut.

    Dan ini tidak mungkin berlaku jika produksi drama tersebut tidak rajin seperti ustaz, haha.

    Maka jom kita mengutuk lagi drama ini. Jom2.

    p/s: Saya baca link2 di atas baru prasan kutukan ustaz pendek dan gemuk.
    Haih~

  7. qwerty says:

    mcm2 pendapat…. sabar ajalah ustaz.

  8. intan says:

    sy bukan penggemar drama Melayu krn ceritanye meleret2, xlogik, asyik2 tema cinta dan boleh dikatakan most of it harapkn rupe pelakon je cun tp pengisian kosong.sy gemarkn drama yg lebih realistik seperti terbitan sheila rusly yg bg sy mmg betul2 dalam penjiwaan wataknya dan ada mesej yg cuba disampaikan seterusnya dpt menimbulkan keinsafan.
    sy amat kagum dgn blog ustaz. sy antara penggemar blog ini. jd, bila cerita ustaz didramakan, sy amat teruja untuk menontonnya.
    sadly, sy hanya berpeluang menonton satu episod drpd drama cinta sempurna, dan at that moment sudah timbul rs tidak gemar seperti yg sy rasakan apabila menonton drama2 melayu krn sbb2 yg sy gambarkan di atas. sy sudah tidak ada hati untuk menonton episod seterusnya.
    sedih.cerita asal ustaz dh ditokok tambah..nk sedapkan cerita atau sesuka hati mereka. entah sy tak tahu. sy rs filem ayat2 cinta juga mengalami nasib yg sama. sy baca novel tu, tersgtlah indah, tp filemnye, telah diubah dr novel dan menyebabkan Islam itu sudah tidak indah, boleh membawa kpd silap paham pd org yg kurang berilmu apabila menontonnya.mengecewakan.
    pd pendapat sy, ini bkn salah sesiapa. dr pihak ustaz mahupun pihak penerbit drama Cinta Sempurna. masing2 jalankan tanggungjawab masing2 sebenarnya. masing2 ada idealogi tersendiri. mgkn boleh dikata 2 cabang yg berbeza.
    xkisahlah apa jd dgn drama Cinta Sempurna, atau filem Ayat2 Cinta, apa yg sy tahu, sy tetap gemarkan novel asalnya.

    • Abu Saif says:

      @intan,

      Kalau tidak kerana versi filem AYAT-AYAT CINTA, mungkin ramai yang tidak dapat menangkap mesej terbesar NOVEL justeru menganggapnya sebagai sebuah novel tentang panduan bercinta cara Islam.

      Saya menghargai kedua-duanya

      • Abu Saif says:

        @Abu Saif,

        Ulasan filem Ayat-ayat Cinta di bawah tajuk KAMU SENTIASA LAYAK DIUJI http://saifulislam.com/?p=4127

        • intan says:

          @Abu Saif,
          salam ustaz.
          sy setuju dgn ustaz.mmg betul dlm filem ayat-ayat cinta fokusnya bukanlah semata2 kerana cinta.bg sy itulah novel paling indah yg pernah sy baca.dan bila novel itu difilemkan, sy harapkan seindah novelnya juga.tp malangnya, output filem itu xseperti yg sy harapkn. sy xnafi ada mesej yg berjaya disampaikan dgn baik. namun sy kecewa bila ada jln novel itu diubah dan membuatkan cerita itu dh lari dr asalnya.
          salah sy krn mengharapkan semuanya boleh difilemkan 100%. krn itu sy mengambil jln untuk memilih keaslian yg ada pd novel asalnya shj.

  9. Amin007 says:

    “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

    bagi saya laa, drama melayu khasnya memberi kesan yang agak mendalam kepada orang-orang melayu kita dalam kehidupan seharian. walaupun kita sedia maklum bahawa dalam drama ada mesej yang baik namun kadang kala adegan-adegan yang tak baik pulak diikuti dan diamalkan dalam kehidupan. namun kalau kita cuba buat kehidupan utopia yang islamik seperti ada satu filem yang mana didalamnya kumpulan raihan berlakon dan kawasan putrajaya dijadikan lokasi pengambaran, namun tak ramai pulak yang tonton. akhirnya buat drama yang dekat dengan kehidupan penonton membuatkan ramai yang melihat sama ada jawapan yang dalam drama tu boleh digunakan untuk mengatasi masalah seharian.

    saya sebenarnya lebih suka tonton cerita orang putih dari orang melayu terutama cerita yang banyak memberi saya ilmu dan buah fikiran. seperti contoh cara orang putih sampaikan cerita berkaitan sains lebih saintifik berbanding dengan cara orang melayu ceritakan. apa pun seperti yang ustaz bagitahu drama ada 3 jenis manakala saya suka yang ke empat

    Pertama, drama supernatural.
    Kedua, drama emosional.
    Ketiga, drama logikal.
    Keempat, dokumentari.

    antara dukumentari yang saya minat ialah jejak rasul. tapi tentang drama Cinta Sempurna saya masih boleh terima lagi laa sebab dia bercorak pemikiran. tak naklah fikir pasal pelakon tak tutup aurat tu pada hal ramai peminat kat malaysia suka lihat pelakon melayu tak pakai tudung. tu tak masuk simpan gambar artis kat dinding. namun apabila percubaan nak buat cerita islamik banyak pulak komennya, entah laa.

    namun jika ada peluang …

  10. chefTaipingMai says:

    assalamualaikum….. sy pung x ngk lg “cinta sempurna” ni… tp tertarik gak ngn komen2 yg pnh bc… pd yg ckap x suka pd crita2 melayu ni mgkin gak crita2 melayu akan ME-LAYU kan pemikiran deme bila nonton… mgkin gak ada yg terkena batang hidung sendiri,,,(tu yg x suka tngok kot),, atau pun memang SESETENGAH crita melayu ni memang layu…

    p/s# perindu “seorang tua di kaki gunung”
    drama yg best 1ketika dulu…

  11. Leokid says:

    Assalamualaikum, ustaz. Maaf, lama x mengomen atau berkunjung ke sini. Namun artikel2 ustaz tetap saya tidak ketinggalan melalui RSS. =)

    Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada ustaz, berkenaan dengan drama Cinta Sempurna ini.

    Kalau tak silap, ustaz pernah berkata, penglibatan ustaz adalah untuk membezakan masalah sebenar dan masalah yang kelihatan, seterusnya merawat masalah sebenar dan masalah yang kelihatan akan turut terawat bersama.

    Soalan saya, sejauh mana pada pandangan ustaz, masalah yang telah terawati, serta apa benchmark ustaz dalam menilai serta memuhasabah hasil yang diperolehi dari drama Cinta Sempurna ini?

    Setelah penat ranjau dan dihujani pelbagai kritikan, cemuhan, (sampai kritikan fizikal peribadi!), pada pendapat ustaz adakah ianya berbaloi?

    Ustaz mengatakan Cinta Sempurna ini adalah percubaan awal, hmm maksudnya jika ada rezeki adakah ustaz akan terus terlibat dalam produksi drama-drama berkaitan?

    Sekadar soalan yg ikhlas dari hati. Maaflah hari tu x dapat berkunjung ke KL, mak tak bagi pi sebab H1N1. Hehe. Salam Ramadhan buat anta sekeluarga, tak lupa buat adik Muiz yg dah dekat 2 bulan. =)

    • Abu Saif says:

      @Leokid,

      Wsalam wbt.

      1. Masalah sebenar vs masalah kelihatan – isi utama skrip + masalah utama kualiti drama. Dua-dua disentuh dengan pendekatan “masalah sebenar vs masalah kelihatan”

      2.Benchmark kejayaan Cinta Sempurna : Kejayaan bukan destinasi tetapi perjalanan. Usaha yang bersungguh dengan niat yang betul sudah menempatkan kita dalam gelanggang kejayaan. Namun sebagai ukuran kejayaan pasca penyiaran, masih terlalu awal. Setakat ini, drama ini ada sisi kejayaannya ialah mencipta satu kelompok penonton baru drama tempatan. Ia mungkin remeh untuk orang lain, tetapi amat berharga buat kami. Setiap manusia baru yang menyertai caravan dakwah, adalah kurniaan besar dari Allah.

      3. Cemuhan, kritikan dan celaan : Makin dicemuh makin sihat pula tubuh badan ni. Tambah bahagia jadinya.

      4. Akan terlibat lagi atau tidak: Ya dan Tidak

      5. H1N1 = Tafsirkan larangan itu sebagai kasih sayang bonda kepada anaknya.

      • Leokid says:

        @Abu Saif,

        Tertarik dengan “mencipta kelompok baru drama tempatan”. Enlarge the da’wah circle. Hmm..best2.

        Ya dan Tidak camne tu? Xpe maybe ustaz boleh ulas dalam artikel2 di masa akan datang. Saya berharap pengalaman2 ustaz boleh menjadi guideline bagi para pendakwah dan org2 agama yg lain untuk mengikut jejak langkah ustaz, iaitu melibatkan diri dalam bidang ini.

        Hehe yg pasal H1N1 tu, saya pun turut menafsir sedemikian, juga tanda kerinduan bonda agaknya. Sebab tu xnk argue dan menurut sahaja. =p

        Syukran ya akhi!

  12. khairul says:

    hari tu tengah2 tengok drama ni, tiba2 kuar wrestling. rasa kelakar pulak. :)

  13. citacitakami says:

    Salam.. di medan dakwah dlm ape jua lapangan sbg platform, perkara sama y akn brlaku.

    Hakikatnya tugas ini dijalankan bukan untuk mengejar kesempurnaan dimata manusia. Kerana Dia menilai pada usaha para da`ie ilallah..

    Yang penting, kita janjikan usaha di tahap optimum sebagai penyempurnaan tugasan da`ie – IQAMATUDDIN WA SIYASATUDDUNYA BIHI..

    Salam juang buat ustaz dan keluarga..

  14. shab says:

    Salam.
    …betul-betul ..kita lebih suka drama emosional… dan ini lebih ramai penonton dan sangat sesuai untuk medan dakwah.

    …Saya sangat suka tengok House…bersahaja tapi membuat kita berfikir,kadang-kadang insaf sendiri betapa pentingnya Kemanusiaan dan sesatnya manusia yang tidak percaya Tuhan(Dr.House)

    …Menghiburkan tapi penuh falsafah..

    ..Takpun saya lebih rela tonton filem-filem terbitan Disney dari cerita Melayu.Kisah Cars penuh nilai murni dan metod yang baik mendidik anak…Kami istilahkan filem2 ini sebagai Filem Alam Ria Cuti Sekolah dan jauh lebih baik dari drama Pengarah kita yang balik-balik Menggambarkan Kisah Anak Durhaka ala-ala Si Tanggang…

    …Dan laman web Ustaz lebih ramai pengunjung kerana Ustaz bersahaja dan menyampaikan mesej dengan mudah…

    …Alangkah bagusnya Ustaz boleh Membuat cerita dan menulis skrip dengan gaya ustaz ni…

    …saya pasti Ustaz faham maksud saya..
    …Apapun teruskan perjuangan kerana di belakang Ustaz telah ramai menyokong…Salam

    • Abu Saif says:

      @shab,

      Khabarnya Cerna Media juga tidak mahu lagi buat masa ini membikin drama. Mereka sedang menyiapkan beberapa Rancangan Animasi untuk siaran tempatan dan Disney

      p/s: menulis skrip ialah satu kemahiran. saya belum ada kemahiran itu

      • shab says:

        …Ustaz dianugerahkan dengan kreatif dan peka kepada alam sekeliling sebagai satu pembelajaran…
        …Saya percaya tidak sukar ustaz menguasai ilmu menulis skrip, alang- alang mencuba biar betul-betul kita puas hati…
        …bila dah mulakan langkah, silalah berjalan dengan segak dan bergaya…

  15. kin says:

    Untuk melakukan yang baik memang bukan mudah. Tambahan lagi jika ingin mendidik orang lain. Setiap insan ada jalan tersendiri untuk melakukanya dan tak semua akan dapat menerima. Kiranya pendekatan ini dilakukan kerana Allah. Ianya cukup berbaloi.

    Saya sendiri kurang berminat untuk mengadap tv untuk menonton cerita bersiri, tp CINTA SEMPURNA menjadikan saya banyak berfikir dengan kehidupan yang dikatakan dunia tanpa sempadan.

    Banyak pengajaran yang perlu diambil oleh masyarakat melalui cerita ini. Baik yang berada dikategori yang akan memberikan ilmu dan yang akan menerima ilmu.

    Sekiranya TV banyak mempengaruhi jenerasi muda zaman ini, pd saya TV juga (melalui drama-drama seperti CINTA SEMPURNA) sedikit banyak akan boleh mempengaruhi jenerasi kini kearah kebaikan.

    Biarlah cerita-cerita begini mengambi alih sebahagian besar rancangan-rancangan TV di Malaysia.

    • Leokid says:

      @kin,

      CINTA SEMPURNA menjadikan saya banyak berfikir dengan kehidupan yang dikatakan dunia tanpa sempadan.

      Mak dgn adik saya yg tengok pun tanya2, blog tu ape, camne org tu boleh baca blog org lain etc etc. Ahaha~

  16. iman says:

    Salam ramadhan kareem ..cerita yang bagus tahniah…

  17. prebetsabu says:

    assalamualaikum

    wahhh.. tiba2 je site blog masviona.com terlist lak dalam ni…

    tapi mmg sgt enjou tgk citer ni!!

    keep it up

  18. kakcikseroja says:

    selalu tak berkesempatan untuk menonton Cinta Sempurna kerana waktu siarannya yang tidak sesuai dengan jadual… hanya sempat menonton seketika waktu disiarkan jam 5.10 pg (sambil bersahur!)

  19. iskandar says:

    salam ustaz. sekurang-kurangnya saya masih ingat jalan cerita ustaz yang asal dengan kisah benar sewaktu ust cerita pada kami-peserta bengkel tot di holiday inn, kuching(sekarang tukar nama grand magheritta). Apapun syabas ustaz

  20. Saya pun tak berpeluang menontonnya atas faktor masa & jadual siaran dalam waktu bekerja. Cuma mendengar & membaca komentar orang. Alhamdulillah & tahniah atas usaha ustaz & pihak produksi lain.

    Apapun, saya agak terbuka & amat berminat terhadap dunia kontemporari dakwah spt penghasilan drama spt ini.

    Kalau ‘ayat-ayat cinta’ dari sebuah novel kpd sebuah filem, apa kata cinta sempurna pula diadaptasi dari drama kpd sebuah novel?

    Atau mungkin dari drama kpd sebuah filem Cinta Sempurna 2. Filem promosi dakwahnya lebih meluas, berani, terbuka. Malah, terbuka utk kritikan yang lebih besar juga.

    Sekadar pandangan dari bukan penonton…

    Siaran ulangan jam 1 pagi? alahai sedihnya….

  21. naimisa says:

    Tahniah! Semoga terus ada ruang lain untuk drama lain pula.

    Dakwah sekarang semakin kompleks.

  22. kiasfansuri929 says:

    cerita yg menarik. saya dapat tgk melalui youtube shj krn selalu tertido sblm bersiaran di astro oasis. anak kecik.. ikut tido sekali laa.. cuma sabtu lepas saya berkesempatan tengok dari episod 1-11 sambil2 melipat kain dan menyidai kain. mak mertua saya pun join sekali sambil buat kerja dan menonton cs. suami saya pula ternanti2 bagaimana ustaz nazir nak dakwah shila ni.. ayat2 yg dilontarkan bg saya sesuai dgn matlamat yg ingin dicapai. syabas buat penulis skrip dan pencerita asal… mudah2an usaha kalian mampu memberi kesedaran kpd yg selama ini alpa dan lupa dgn matlamat hidup di dunia ini.

  23. Bazalini says:

    Persoalan yang paling penting sekarang, mana nak cari doktor yang cun macam dalam cerita tu? Manalah tau sakit nanti senang nak berubat…

    Dari apa yang saya lihat drama Cinta Sempurna ini lebih fokus kepada hubungan antara insan dan saya tidak pasti keberkesanan dakwah yang cuba disampaikan. Tapi mungkin juga ini apa yang penonton mahukan, mungkin versi buku lebih menarik dan mesej yang cuba disampaikan penulis lebih jelas…

    p/s: Adakah Uztaz Hasrizal sekacak Uztaz Nazir seketika dulu?

  24. enver anwar says:

    Ustaz,

    Maaf, sy rasa pemilihan saipul bahri sebagai pengarah oleh ustaz zabidi kurang sesuai kerana apabila sy melihat track-recordnya, sy ternyata kecewa kerana sinematografinya yg setaraf drama RTM (kerana pengalamannya mengarah drama untuk RTM sblm ini).

    Jika ustaz diberi peluang memilih pengarah pada karya akan dtg, sy cdgkan Khabir Bathia (Nur Kasih) diambil sebagai pengarahnya kerana kepakarannya menyerlahkan unsur dramatik dlm penggambaran.

    Tempo drama Cinta Sempurna pada sy agak lembab dan membosankan dgn gaya pengarahan yang lemah dan pergerakan kamera tidak kreatif. Tiada keterujaan untuk menonton drama ini dari episod ke episod. Sy setia menontonnya hanya ingin mengikut jalan cerita dan idea yang hendak disampaikan oleh ustaz.

    Sy berpendapat jika idea ustaz digabungkan dengan sinematografi yang menarik seperti drama Nur Kasih (hanya memberi contoh) akan menjadi satu drama yang berkualiti, tidak stereotaip dan mampu menarik penonton dan idealis muda (indie) yang rata2 mempunyai religous skeptism.

    Apa-apa pun, sy hormat pendirian ustaz kerana berani menongkah arus dunia hiburan. Mengenai kritikan pengarahan tersebut sy akan panjangkan kepada ustaz zabidi dan saipul bahri untuk menilai sendiri.

  25. chefTaipingMai says:

    harap2 lepas ni akan ada kesedaran di kalangan production house yg akan menerbitkan lebih banyak lagi cerita MELAYU yg x LAYU… mcm shiela rusly buat lately ni… kebanyakan drama2 la ni,, isteri menengking suami, isteri minta cerai, isteri durhaka, suami yg ‘ringan tangan’ sehingga naik tangan ke atas isteri, suami yg abaikan tanggungjawab, suami yg baran… anak2 yg durhaka,anak2 yg jdkan ibu bapa sbg org gji… walaupun x dinafikan sedikit sebanyak semua 2 adalah cerminan masyarakat sekeliling… rasanya pengajaran di setiap akhiran cerita tak sampai pada audien,, yg menonjol adalah yyg negetif….

    • ibnusina says:

      @chefTaipingMai,
      setuju dengan anda..
      banyak lagi cara lain nak bagi pengajaran, boleh dikurangkan penonjolan unsur negatif yang boleh meracuni fikiran masyarakat dan diikuti secara tidak langsung.

  26. izzah says:

    Salam ustaz,
    Produk pertama yang begitu mengujakan. 10 tahun yang lalu saya adalah seorang graduan penerbitan, komunikasi, kewartawanan dan perfileman. Namun saya akhirnya tidak memilih untuk menceburi mana2 satupun bidang berkenaan kerana memerhatikan individu2 yang berada disebalik tabir bidang tersebut begitu jauh dengan nilai yang saya inginkan. Hari ini selesai menonton buah tangan pertama ustaz beserta komentar tentang “isu lain yang dicerita lain pula jadinya”, sekali lagi hati saya berdetik bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan hasil kreatif ‘karyawan daie’ seperti ustaz agar dapat terus berkarya dengan lebih rasa aman dan tenteram. Apa kata saya cadangkan ustaz untuk mencari ‘founder’ untuk menubuhkan ‘production house’ sendiri? Mudah2han produk yang akan dihasilkan nanti dapat memberikan kesan yang lebih mendalam kepada para audiens lagi. Aplikasi halal-lan-tayyiban mungkin tidak sekadar sesuai untuk produk2 seperti makanan sahaja, tetapi produk2 filem akan lebih jernih, terjamin dan berkesan apabila tangan2 yang menghasilkannya juga mempunyai matlamat dan tujuan yang sealiran. Wallahualam.

  27. awnur says:

    selalu jugak tengok iklan, tapi selalu tak berkesempatan nak tengok. pelakon wanitanya bukan main cantik lagi, nampak cantik sangat bila bertudung, jauh sangat cantiknya dan manisnya daripada tidak bertudung.

  28. awnur says:

    tidak apa, langkah pertama. semoga diiringi dengan langkah yang seterusnya yang lebih baik lagi.

  29. Sahid Juri says:

    Salaam Ustaz

    Terima kasih atas segalanya, yang pasti walaupun CS akan berakhir saya akan tetap jadi pengunjung blogs Ustaz ini.

    Saya yakin Ustaz masih ingat dengan pertanyaan saya dalam perjalanan pulang dari Wisma Penyayang tempoh hari. Shila di mana sekarang Ustaz?

    Saya yakin Ustaz faham maksud pertanyaan saya itu.

    Sahid Juri
    Penerbit Cinta Sempurna

    • Dr.N says:

      Salam, amat berharap agar saudara dapat membantu dalam penerbitan drama yg ‘benar-benar’ sempurna…i.e idea asal si Daie dapat disampaikan kepada masyarakat. Perlu juga pengarah yg ada pegangan agama yg kukuh…

  30. zila says:

    Salam Ustaz.

    Saya berpeluang menonton Cinta Sempurna dari ep. 1, tidak penah miss walau satu episod.. Satu perkara yg menarik kerana bnyk drama laen, pasti sy akan tertinggal beberapa episod. Menariknya juga mak dan ayah akan turut sama menonton..

    Tersentuh hati melihat Najib smlm, kerana saya juga pernah mengalami kekecewaan akibat ‘salah faham’.. Mungkin lebih elok jika Dr. Najihah lebih awal memperkenalkan Najib kepada tunangnya sebagai kawan, untuk elak masalah. Tp siapa sangka hati orang..

    Cuma saya rasa kurang setuju Dr. Najihah meletakkan gambar Ustaz Nazri di atas meja kerjanya.. Kan lebih elok diletakkan gambar ayah dan ibu, atau ahli keluarga kerana mereka cuma bertunang. Memangla tak salah, cuma secara peribadi saya rasa kurang manis. Secara jujurnya, saya terlalu jauh untuk dibanding dgn Dr. Najihah. Tetapi saya masih rasa segan untuk meletakkan gambar lelaki di atas meja, walau di dalam purse skl pun.

    Apa pun, tahniah dan terima Ustaz, kerana sudi berkongsi cerita dengan kami semua.

  31. ibnu ali says:

    Assalamualaikum

    Jalan ceritanya baik. Tetapi gaya bahasanya tak realiti. Tak nampak realistik.

    “Shila” memang menggoda. Scene pakai skirt pendek tu. Bukan sahaja menguji “ustaz Nazir”, saya pun sama terperangkap dalam bulan-bulan puasa ni hahaha.

    Pengarah terlalu membayangkan yang lebih2 kot. Sampai “zahir” semuanya. Malu pula saya ni nonton dalam bulan puasa.

    Tapi ni langkah pertama. Maybe akan datang datang ada lagi cereka-cereka yang lebih baik dari ini.

    Maybe dengan pengarah yang lebih realistik…

    • ummusaif says:

      @ibnu ali,

      sekadar menambah..

      ntah le, tp kalau cara shila yg cakap nampak tak real, saya rasa budak2 yg born & breed di UK mmg cakap lagu tu. Accent dia mmg British-like.

      Kalau dialog ttg agamanya pulak, tak silap saya itu yg ustaz dialogkan bersama ‘shila’ yg sebenar.

      tak dinafikan, pakaian shila mmg seksi. Saya yg pompuan pun segan nak tgk. Tp sebagai mukmin, kita ada pilihan utk tidak melihat dan seterusnya tidak meng’x-ray’ pakaian shila tu.

      Bak kata ustaz, bulan ramadhan adalah bulan memilih tidak makan di waktu ada makanan dan bulan memilih utk tidak melihat maksiat tatkala maksiat di depan mata.

      Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

      • Ibnu ali says:

        @ummusaif,

        Bukan masalah bercakap English fulltime tu tak realistik. Tapi gaya bahasa. “Shila” saya tengok berjaya dengan lenggok british-nya.

        Apa yang saya maksudkan ialah gaya bahasa. Entahlah orang faham kah apa yang saya maksudkan? hehe

        Saran Ummu Saif pun tak realistik. Walaupun memang itu sepatutnya.Ye tak?

        Bayangkan setiap episod dengan singlet dan skirtnya. Kalau com ana ni boleh blur-kan shila tu lama dah ana buat. Heh.

        Cara Izarman cakap dengan Ust Haz di awal2nya pun tak realistik.. hehe

        Saya realistik.. hehe

        • Abu Saif says:

          @Ibnu ali,

          Mungkin benda tidak realistik paling besarnya ialah, mengharapkan banyak benda realistik dalam drama melayu.

          Belum sampai masanya kerana tidak ramai manusia realistik yang menceburkan diri ke bidang ini. Wa imma pelakon atau orang-orang di balik tabir

        • ummusaif says:

          @Ibnu ali,

          saya pun terfikir camana lah org lelaki keluar dr rumah nak menapis semua ‘pandangan2′ mcm ni? kesian gak.

          yg dimaksudkan jgn ‘xray’ tu ialah bila kita nampak aurat bukan muhrim esp org pompuan, jgn terus fikir dlm otak yg seksi2.
          Bila tertengok terus buat biasa dan ignore apa jua yg dtg dlm kepala dgn sibukkan otak dgn benda lain.

          masalah dgn org islam itulah, bila kita jarang nampak aurat dan kita nampak aurat ni something yg very menggoda, kita mmg jd tak tahan.

          Berbeza masa kt UK dulu, mmg ramai yg dressing mcm tu esp masa summer, tp budak2 msia ignore je sbb dlm otak kita dh set, ” oh, itu mat salleh, depa mmg dressing mcm tu”, tanpa fikir keseksiannya.

          CIRCLE OF INFLUENCE by Stephen Covey kata kita hanya blh ubah diri kita kalau tak blh ubah persekitaran kita.

          eg kita blh anggap hujan sebagai rahmat Allah instead of banjir.

          p/s: tapi apa2 pun, mmg dressing dlm CS ni tak dipantau langsung. Sedih gak di bulan ramadhan ni, tak pasal2 dpt dosa mata.

          • Ibnu ali says:

            @ummusaif,

            Tak x-ray pun dah nampak. huhu

            Saya hanya berdoa, semoga “Shila” diluar cerita dapat istifadah dari lakonannya.

            Cerita-cerita motivasi, kesedaran macam ni tiada yang lain ana harapkan antaranya Allah campakkan hidayah kepada para pelakonnya.

  32. Abu hassan says:

    salam…

    Sinematografi nur kasih memang menarik. saya belum lagi berkesempatan menonton CS kerana rumah tiada astro.

    Saya mengharapkan sebuah drama/movie yang menceritakan berkenaan kehidupan masyarakat dalam sebuah negara islam yang sebenar. Bagaimana kehidupan seorang pemerintah mentadbir sebuah negara berlandaskan alquran dan sunnah dalam dunia moden sekarang. Bagaimana hukum hudud yang sebenar dilaksanakan dan sebagainya. Semoga ianya akan menjadi model rujukan dan membuka pandangan serta minda yang tertutup (atau skeptik) terhadap islam dan kemodenan. Semoga keyakinan bahawa bersama Islam negara akan mundur akan dilenyapkan.

    Agar masyarakat tidak lagi terkeliru bagaimana sebatan yang sebenar dijalankan. Kes kartika banyak membuka pandangan mata rakan-rakan saya termasuk non muslim bagaimana sebatan sebenar dalam islam. Sebelum ini ramai orang awam (muslim) yang tidak mendalami hudud menyangka sebatan adalah sama seperti hukuman sebatan yang sedia ada, cuma dalam islam bilangan sebatan bertambah.

    Filem Syukur 21 cuba menerapkan beberapa elemen ini, cuma ianya seolah tidak berpijak di bumi nyata.

    Sekadar pandangan peribadi.
    Sama-sama kita berusaha menjadikan ramadhan kali ini merupakan ramadhan terbaik dalam hidup kita. Wallahua’lam…

    • abuyon says:

      @Abu hassan, bila filem itu cuba menggambarkan suasana Islam dikatakan tidak berpijak di bumi yang nyata.

      Cuba saudara lihat betul-betul, filem Hollywood dan mana yang berpijak di bumi yang nyata.

  33. mohd arif says:

    Adakah filem ‘Lord Of The Ring’ atau ‘Harry Potter’ mengikut cerita dalam novel ?

    • Abu Saif says:

      @mohd arif,

      Filem dan novel seperti Lord of the Ring dan Harry Porter menarik peminat yang berbeza keupayaan menilai berbanding dengan peminat novel Ayat-ayat CINTA.

      Peminat LOTR dan HP mungkin lebih cool dan realistik!

      • abuyon says:

        @Abu Saif, pastilah ya ustaz. Sebab filemnya lagi hebat. Bukunya hebat meski hanya fantasi, filemnya pun jauh lagi hebat kalaupun tak sama.

        Filem LOTR atau HP bukan masalah. Sebab, pembaca yang fanatik dengan bukunya pun, boleh teruja bila menonton filemnya. Bahkan, barangkali filemnya lagi seronok ditonton berbanding bukunya. Sebab yang menjadi ukuran mereka, kepuasan hiburan semata-mata. Macam kita, AAC – Islam yang jadi ukuran kita. Ia harapan semua yang fikrah dan jiwanya Islam.

        Justeru, yang jadi masalah ialah pada drama CS. Cerita asal lain, drama lain. Dan drama adalah drama, apa yang kita tonton. Kalau seksi isinya, pasti berdosa macam yang ustaz ungkapkan.

        “Bak kata ustaz, bulan ramadhan adalah bulan memilih tidak makan di waktu ada makanan dan bulan memilih utk tidak melihat maksiat tatkala maksiat di depan mata.

        Kalau begitu, bila maksiat di depan mata, tutup saja TV. Maknanya, tak perlu tengok CS. Sebab, heroin utamanya Shila, pakai seksi sepanjang masa.

        Tetapi yang itu tak perlu saya komen lebih, sebab ustaz dah beri guideline di atas, saya cuma tolong huraikan lagi. Dan saya sebenarnya, tak mahu komen yang itu, sebab drama CS dah jadi drama Melayu yang stereotaip.

        Justeru, kalau ada lagi ustaz, cerita asal – serahkan pada yang layak. Kalau tak adapun yang layak, beri saja pada yang pandai. Saya beri cadangan, beri skrip atau cerita ustaz pada pengarah-pengarah filem Indie yang macam saudara enver anwar sebutkan di atas@bawah, sebab mereka pandai seni.

        Beritahu mereka, saya nak begini-begini, pasti mereka dapat buat. Meski barangkali pegangan berbeza, tetapi untuk menghasilkan filem yang menepati syarak, pasti cabaran hebat buat mereka.

        Apa-apapun, syabas buat ustaz – lembaran dakwah semakin melebar. Moga ada manafaatnya untuk kita bersama.

  34. asrar says:

    salam ust,
    pada sy, cinta sempurna amat menarik..
    wlpun pada episode
    awalnya.. sy merasakan agak ‘disturbing’. [tak tahu ayat yg sesuai dlm BM]

    namun, lewat episod2 hujung ni, sudah jelas maksudnya disitu..

    pernah sy suarakan isu pendakwah perlu bijak..pandai psikologi dan ada nilai tmbh, tp mengundang kemarahan pula dipihak yg ust2.. sy pon kurang arif.. agaknya terlalu kasar ditelinga ust terbabit..

    saya ada sedikit masalah..
    sy tidaklah sehebat ust nazir..
    [jauh sekali setampan itu..]
    tp sy berdepan dgn masalah ‘shila’
    sy tak berani nk tgglkn dia, atas sbb2 takut dia ter’salah arah’

    tapi sy juga takut syaitan yg sentiasa mendekat, dan hanya mengtopengkan tujuan dakwah padahal ada yg tersirat disebalik motif itu..
    harap dpt membantu

    • Abu Saif says:

      @asrar,

      kalau dh terfikir niat lain tu, maknanya dh tak ikhlas.

      options:
      1. tinggalkan dia sekejap dan tgk perasaan sendiri. kalau byk rindu, maknanya better avoid dia lama sikit. kalau tak kurang rindu, selagi tu tak blh jumpa dan maybe bagi muslimat lain dakwah dia.

      2. teruskan dgn seribu satu mujahadah dan doa.

      3. kahwin dgn wanita itu. insha Allah hati lbh tenang dan dakwah dgn ikhlas selepas nikah.

      -ummusaif

  35. raushanfikri says:

    tahniah berjaya hasilkan filem cinta sempurna wlp ada kekurangannya .maklum le versi pertama..cuma perlu ada pengarah yang berpengalaman utk hidupkan jalan cerita ini seperti cerita (Nur Kasih) di tv3..syabas dan teruskan usaha dakwah ustaz

  36. shahrul.assyafique says:

    assalamulaikum,
    sy jarang tengok tv sbb siaran terlalu singkat. sy hanya dapat mengikuti siri CS di YT. tapi, maafkan saya utk bertanya dgn ilmu yang dangkal ni.. dlm cerita ni semua pelakon2 adalah org muslim, jadi apa hukum berlakon dengan menafikan kekuasaan Allah dan ciptaannNya terutama soal-soal yang berkaitan dengan akidah? harap sesiapa memberi maklum balas. perkongsian anda diucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah yang mampu membalasnya dengan segala kebaikan.

  37. abufawwaz says:

    alfu mabruk atas usaha yang dilakukan melalui wasilah dakwah yang tidak ramai pendakwah mampu dan mahu melaluinya

  38. Ibnu ali says:

    Akhirnya sempurna sudah 20 episod.

    Ana doakan ustaz Haz jadi pengarah filem Islamic akan datang!! Ana tak nampak orang lain dah.

    Kalau tak pengarah pun, penasihat pengarah. Hehe.

    Akan datang bolehlah buat cereka pasal “Cinta Di Bumi Urdun” hehe

    P/S: Nak promote sekali kisah sahabat-sahabat di Mesir yang ditayangkan oleh Astro Oasis http://www.youtube.com/watch?v=fbwl5y0vFzA

  39. salam,
    terima kasih kerana senaraikan url blog saya kat entry nih… ramai yg berkunjung ke blog saya dari sini…

    thanx again..

  40. samad says:

    Ustaz,
    Setelah mengikuti beberapa episod awal di Youtube dan membaca komen yg pelbagai,saya simpulkan CS ni ibarat sebuah artikel yang isinya sangat baik,tetapi ditulis dengan bahasa pasar, banyak short form, tatabahasa berterabur dll sehingga mengganggu tumpuan pembaca. Akhirnya, hanya segelintir (atau takde) yang dapat menghayati mesej utama yang ingin disampaikan.

  41. Melayu Boleh says:

    Hmm .. isi yg mantap dan bermanfaat buat pembaca.

    Sempurnakah cinta? Cinta tu amat menyakitkan … kalu yg dah kawin tu mungkin tak kot.Hehe :)

  42. Teacher Nur says:

    okkkkkk…kiranya nih kisah benar ustaz ngan ummu saif lah ek? wow! cam tuh kena tengok citer nih… hari tuh tak tengok sebab timing tak kena…

  43. cahayaberliku says:

    kata nya nak sambung ke cinta sempurna 2,
    masih idea ustaz hasrizal lagi ke.
    semoga lebih baik daripada yang pertama

  44. seriraudhah says:

    Salam.

    Ustaz, baru-baru ni saya ada menonton drama berjudul QALBU. Watak utamanya Jalil Hamid & Aida Radzwil. Inti pati cerita tentang cabaran dan ujian yang dihadapi seorang isteri apabila suaminya mahu berpoligami. Drama ini pada saya sgt berkesan kerana ia menimbulkan persoalan/permasalahan. Kemudian, drama ni menyatakan analisis yg dilakukan utk menyelesaikan masalah dan akhirnya end result. Penonton dihidangkan isu yg common…poligami. Macam biasa berlakunya conflict…timbul rasa tidak puas hati oleh isteri, anak, dan orang yg rapat dgn mereka. Yang menjadikannya interesting, approach isteri yg merupakan muslimah yg taat kpd agama itu sgt bijaksana. Itulah gambaran tepat bg mereka yg betul2 berpegang kpd Islam. The best part is, penulis skripnya adalah Ustaz Zabidi sendiri. To relate with Cinta Sempurna, Saya fikir, kejayaan sesebuah drama itu adalah kombinasi terbaik pemunya cerita, penulis skrip dan pengarah. Ustaz pasti terkejut siapa pengarah drama Qalbu tu. Hope akan ada ulang tayang lagi di Astro OASIS. Bagi saya, hicup dlm drama cerita sempurna adalah pada penterjemahan skrip ke lakonan. Semoga di masa akan datang, ada pengarah/penerbit yg betul2 dapat memahami skrip/jalan cerita yg ustaz tulis. You should watch QALBU. Bukan ustaz sahaja, semua followers saifulislam.com pun patut tengok. Drama yg berkualiti mcm ni yg perlu ditayang di kaca TV. Bukan yg merepek2 atau yg blh mengelirukan.

  45. Adam Brooks says:

    I love Dr. House and i always watch this TV series after my day job.~;*

Leave a Reply