Larangan Bertudung: Lebih British Daripada Britain

September 12th, 2009 by Abu Saif 3:07 am | 9,195 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Gambar hiasan

“Ustaz, apakah boleh dikira darurat untuk kami hadir ke gereja bagi upacara menghormati mayat kegunaan kelas anatomi?” tanya sekumpulan pelajar NUI Galway.

“Dah jauh benar soalan itu pergi” saya membalas.

“Jauh macam mana ustaz?” salah seorang mereka meminta penjelasan.

“Tidak perlu sampai mahu menggunakan peruntukan darurat. Mungkin kehadiran antum ke majlis itu tidak perlu pun. Asalkan kalian ada keberanian membawa isu ini ke perbincangan,” saya menjawab.

“Hmm!” keluh si anak muda. Dalam fikirannya.

“Sudah dibawa ke perbincangan?” saya mahukan kepastian.

“Belum” kata si penyoal tadi.

“Ustaz yakin, kalau antum bawa isu ini kepada perbincangan tentu ada penyelesaian yang lebih baik. Kita tidak hadir ke gereja itu bukan kerana tidak menghormati mayat, tetapi kerana ia adalah ritual agama, maka Islam menegah kita menyertainya. Kita menghormati mayat itu dalam bentuk kita sendiri. Aurat mayat dijaga. Cucuk-cucuk dibuat dengan tertib dan tidak mempersendakan apa-apa yang ‘tidak kena’ dengan mayat. Itu patut dijelaskan,” saya memberi cadangan.

“Betul juga” katanya.

CATATAN DI BUMI EROPAH

Lama dahulu, semasa saya bermastautin di Galway, Republic of Ireland, sekumpulan pelajar Malaysia di bidang perubatan National University of Ireland Galway (NUIG) meminta pandangan saya tentang masalah yang mereka hadapi. Para pelajar ini dikehendaki hadir ke sermon yang diadakan di gereja khusus untuk memberikan penghormatan kepada mayat-mayat yang digunakan di dalam pengajian mereka.

Selalunya, saya akan mencadangkan kepada para pelajar agar mereka bertindak proaktif, memanfaatkan profesionalisma masyarakat Barat dalam Kebebasan Beragama. Biasanya, jika hal ini dibincangkan secara baik dan kita pula membuat sedikit homework untuk menyediakan kertas kerja yang boleh dirujuk, permintaan untuk dikecualikan daripada majlis keagamaan Kristian tertentu tidak menjadi masalah.

Itulah khasiatnya bersikap proaktif.

Jangan reaktif, melatah atau bertindak melulu.

Sama juga dengan isu tuntutan memakai tudung di dalam bilik pembedahan oleh pelajar perubatan Muslimah. Andai timbul sebarang isu, selalunya ia selesai dengan perbincangan.

CATATAN DI TANAHAIR

Akan tetapi, keadaan yang sama ada perbezaannya di tanahair kita, Malaysia.

Saya berperasaan yang bercampur aduk di antara sedih dan marah apabila sering didatangi oleh mahasiswa dan mahasiswi yang terhalang daripada melaksanakan tuntutan asas mereka sebagai Muslim tatkala menuntut di universiti tempatan.

Pelajar perubatan dan pelajar kejururawatan sering terbelenggu oleh dilema larangan pihak universiti daripada pelajar perempuannya memakai tudung atau memakai baju lengan panjang. Alasan yang diberikan sangat tipikal. Seperti biasa, tudung dan baju lengan panjang dikaitkan dengan sumber jangkitan, tidak praktikal dan alasan-alasan yang seumpama dengannya.

Kesemua alasan itu bukan tiada jalan keluarnya.

Namun, apa yang menimbulkan kedukacitaan ialah apabila pihak kolej atau universiti bersikap lebih British daripada Britain bilamana mereka memberikan kata dua kepada pelajar bahawa pihak kolej atau universiti TIDAK AKAN SEKALI-KALI meminda polisi melarang pemakaian tudung tersebut.

Semua orang faham, bahawa sehingga tahun 2009 ini, ramai tenaga pengajar dari kalangan pensyarah kolej dan universiti mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan yang sangat British Oriented. Britain yang sekular itu mungkin sudah terlupa bagaimana bidang kejururawatan dikendalikan oleh Catholic Nuns yang rata-ratanya bertudung tanpa sebarang masalah yang terbit daripada pemilihan pakaian mereka. Akan tetapi, para senior yang berpendidikan British ini mungkin sudah tidak mengikuti perkembangan semasa di Britain, bahawa persoalan aurat yang merupakan perintah Allah ini bukan lagi suatu taboo malah ia boleh diuruskan dengan baik secara win-win situation.

Sudah tentu, apa yang kita maksudkan di sini adalah pemakaian tudung kepala dan baju lengan panjang sebagai tuntutan asas dalam agama. Ada pun pemakaian purdah menutup muka doktor atau jururawat ketika berurusan dengan pesakit, ia adalah isu lain yang tiada kena mengena dengan persoalan asas ini.

LEMAH SEMANGAT

Ada pelajar yang patah semangat untuk belajar dan mahu berhenti sahaja.

Akan tetapi saya cuba memujuk mereka agar tidak mengalah. Sebaliknya usahakan perbincangan selagi ada ruang untuk isu ini diperbincangkan. Kita tiada medan getir seperti perjuangan srikandi Islam di era Khadijah atau Khansa’ . Justeru terimalah sedikit kesusahan ini sebagai sebahagian daripada perjuangan. Biar pun agak mengaibkan untuk berfikir, kita terpaksa berjuang di Malaysia untuk mendapat kebenaran bertudung!

Saya sarankan mereka bertindak mengusulkan perbincangan. Nyatakan dalam bahasa yang profesional, kedudukan tudung di dalam Islam, bagaimanakah saranan anda untuk mengatasi kekhuatiran faktor kebersihan tudung sama ada di pihak anda, atau di pihak universiti dan hospital, dengan kata kuncinya, PROAKTIF. Buat sedikit kaji selidik dengan meneliti integriti dan kompetensi doktor atau jururawat bertudung di pusat-pusat rawatan yang memberikan kebebasan bertudung ini di dalam dan luar negara. Analisa sejauh mana benarnya dakwaan tudung sebagai suatu ancaman kepada profesionalisma perkhidmatan kesihatan.

Namun, jika pihak kolej atau universiti berdegil, bersikap tertutup dan enggan membuka meja rundingan, saya cadangkan agar kes ini diajukan ke badan-badan bebas untuk dinilai daripada aspek perundangan.

Apakah pihak kolej dan universiti mempunyai HAK  untuk menyekat pelajarnya bertudung di sisi Perlembagaan Negara. Khidmat nasihat boleh diperolehi  daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) atau mungkin badan seperti Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM).

Jika perlu, kes ini juga wajar dibawa ke Parlimen melalui wakil-wakil rakyat kerana perbuatan menyekat pelajar daripada mengamalkan tuntutan asas agama mereka adalah jenayah yang amat serius, bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi di Malaysia serta mencabuli hak kebebasan beragama.

UNIVERSITI HARAM

Seandainya tiada perubahan berlaku, saya kira ada kewajaran untuk universiti, kolej universiti dan kolej sama ada pusat pengajian tinggi awam mahu pun swasta yang menawarkan kursus-kursus kritikal ini dilabelkan sebagai UNIVERSITI HALAL atau UNIVERSITI HARAM, sebagai panduan kepada orang ramai. Universiti yang mempunyai polisi mencabut tudung pelajarnya biar atas nama apa sekali pun, harus dilabelkan HARAM bagi Muslim menghantar anak mereka ke situ.

Islamophobia bukan hanya penyakit di Eropah.

Di tanah bekas jajahan British ini juga, ada sindrom lebih British daripada Britain.

Suatu kemalangan ke atas umat!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Lebih Sabar Daripada Gunung “Ustaz, cepat. Ada kes buli!” panggil penghulu. Panik kami dibuatnya....
  2. Lebih Baik Daripada Abu Zar’in “Ruang tamu kita elok dicat dengan warna peach atau cappucino?”...
  3. Sepatutnya 39 Tahun Lebih Dewasa “Tak menyesal ke undi DAP?”, tanya kawan saya. “Tidak”, saya...
  4. Motivasi Pagi -3-: Membebaskan Diri Daripada Taklukan Faktor Luaran Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio...
  5. Masih Terhalang Daripada Mengemaskinikan Blog Sukar sekali untuk saya mencari masa menulis. Menulis yang menjadi...

Advertisement

54 comments

  1. ibn-rahim says:

    salam.
    1st person to comment…
    semuanya adalah keinginan kita sendiri untuk berbincang,melawan dan berjihad ke jalan yang betul.

    • Guru Tajwid says:

      @ibn-rahim,

      Assalamualaikum ustaz,

      Satu perkongsian artikel yang menarik. Sebenarnya memang terasa sesuatu yang amat mengaibkan bagi kita umat Islam di Malaysia ini apabila masalah bertudung ini menjadi suatu isu yang besar untuk diselesaikan.

      Sepatutnya Malaysia ini yang kononnya sebua negara Islam moden yang mengamalkan kebebasan beragama tiada masalah untuk penganutnya mengamalkan semua tuntutan agama.

      Larangan memakai tudung bagi kaum wanita oleh pihak universiti saya rasakan memang suatu perkara yang amat melampau.

      Saya amat bersetuju sekiranya semua jalan penyelesaian tidak menemui jalan keluar, label sahaja UNIVERSITI HARAM kepada mana-mana universiti yang mengharamkan pakaian bertudung ini.

  2. nooreena says:

    Salam ustaz.
    Rakan-rakan saya yang mengambil kursus perubatan dan kejururawatan ternyata menghadapi masalah yang sama. Sedihnya apabila terpaksa akur ataupun berundur.. Insha-Allah artikel ustaz ini akan saya sebarkan pada rakan-rakan. Terima kasih ustaz.

    • salehuddin says:

      @nooreena, salam perkara nie dah jadi macam biasa pulak di Malaysia, ini kerana pelajar Malaysia telah diajar supaya malu bersuara, seperti tuan “PEDANG(saiful)” cakap kena berani….pergi ke PPIM jumpa Dato Nadzim(tok ki) untuk buat aduan. Pergi ke The MALL cari cafe SEMBANG-SEMBANG kat food court bawah. KAt situ ada PPIM punya members boleh log report kat situ, setakat ini hanya beliau yang berani bersuara. Khidmat peguam juga disediakan, kalau boleh jadi ahli sekali lagi bagus. (sori promote sikit).
      Kalau tengok surah AL ASR “berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” Pasal bila kita bercakap benar kita kena sabar kerana ujian kesusahan akan sampai. Contoh pihak kolej cuba cari salah dll. Tapi ingatlah jika kita berani kerana menegakkan agama Allah insyallah Allah akan menolong kita. Lagi pun bukan ada satu kolej je dalam negara kita nie. (tapi kalau semua kolej macam tu gak kena le kita bangkit)Wallahualam

      ps nie ke nama MERDEKA

  3. hasanhusaini says:

    salam…sekadar berkongsi kesedihan dengan us dan para pembaca..ketika para pelajar ‘bukan agama’ bermatian menjadikan islam sebagai identit, ramai pula dikalangan pelajar agama yang malu dan segan untuk memakai identiti agama…lebih eropah dari eropah..

  4. Campden Grove says:

    Assalamualaikum.

    Ustaz sebut di atas lebih ‘British’ daripada Britain. Saya nampak ianya seperti sebuah paradoks.

    Bukankah ‘British’ itu, dalam konteks ini, mewakili sesuatu yang baik? Pernyataan di atas seolah-olah melabelkan ‘British’ mewakili segala yang buruk, walhal toleransi adalah suatu mercu tanda utama ‘British’.

    (Oh, susahnya nak mempersoalkan konsep ni, harap ustaz faham.)

  5. aman says:

    Assalamualaikum….
    Alahai,
    disebabkan suatu isu yang agak remeh temeh,
    sanggup mereka2 itu menjual agama?
    itu bukanlah suatu yang besar sangat isunya..
    lainlah jika berada di Turki..
    larangan memakai tudung di universiti..
    jika dikirakan,
    ini lagi merbahaya…
    atas larangan parlimen sebuah negara..
    namun Alhamdulillah…
    penentangan demi penentangan…
    telah membuka mata ramai pihak…
    fikirkanlah jika isu sebegini pun masih mahu di perbualkan atau diperdebatkan…

    Isu ini agak sama sedikit seperti isu UPM suatu ketika dahulu..
    Isu pelajar veterinar yang bergambar ‘mesra’ dengan anak khinzir..
    atas tiket ‘kajian’, sempat lagi tangkap gambar sambil peluk si ‘khinzir’ itu dan isyarat tangan ‘peace’..
    “saya kena pegang b*** tu sebab nak buat research la”
    research sampaikan sempat ‘bermesra’ dengan khinzir berkenaan…

    wallahualam…

    • hamiza says:

      @aman, salam,

      AMAN, sorry for my ignorance, pada sy, xde masaalah bergambar mesra dgn khinzir. mereka juga makhluk Allah dan islam x penah menyuruh kita menzalimi binatang. cuma bila pegang, samak je la. xde masaalah. jgn tunjuk mcm kita ni mendiskriminasi makhluk Allah yg lain…

  6. alaritive says:

    nak seribu daya, mahu seribu cara..

  7. alaritive says:

    semua itu berlaku kerana tidak ada pemahaman agama secara keseluruhan..terlalu banyak british konsep dari Islam konsep di mana2 pendidikan di seluruh dunia..Ini lah sebenarnya mahu tujuan mereka, dan mereka hampir berjaya mencapainya..isunya sekarang nak tak nak jer..

  8. ibnu razi says:

    Salam….

    Di tempat kerja saya lain sikit masalahnya. Ada yang pakai tudung ikut jadual. BERTUDUNG masa kerja sahaja. Menyampah nengoknyaa…bulan puasa ke tak puasa, sama je. ISLAMOPHOBIA tahap apakah ini?.

    • ibnu syam says:

      @ibnu razi,

      bersabar la razi….taarrof ngn diorang cukup2….

      ikan keli x kenal ikan kaloi klu xslalu jumpa dan bersapa…

      huhu…senang je ckp…berdakwah mmg mencabar dan perlukan kesabrn… “berpesn2 dgn kbnrn, berpsn2 dgn ksbrn..

  9. Afandi says:

    Salam,

    Bawa perkara ni kepada tok mufti, tanya pendapat mereka.

    Malang sekali masih ada pensyarah tempatan yang berfikiran kebaratan tersebut.

    Susah-susah sampai 2012 buat perubahan macam kat Jepun!

    Setia menanti saat perubahan!

  10. zenki says:

    Assalamualaikum.

    Benar sekali ustaz. Dan realitinya bila kita labelkan halal dan haram punya universiti, saya yakin dan percaya banyak universiti di malaysia ini HARAM statusnya.

    Kalau tak sampai tahap haram pun, kebanyakannya termasuk dalam kategori syubhah sebab undang-undang universiti dan kolej tu pun banyak yang membelakangkan dan tidak mengambil kisah undang-undang Islam. Hatta universiti islam sekalipun…

    Kena buat kajian tentang bahawasanya pemakaian Islam ni tak menyebabkan jangkitan *saya mendapat tahu(Dulu pernah dibuat oleh Prof Kamaruzzaman Wan Su, mantan Dekan perubatan USM, sekarang direktor kampus UIA kuantan. tentang memakai tudung tidak menyebabkan jangkitan, kemudian kertas kerja kajian ini dihantar dan di approve di parlimen@ dewan negara, dan selepas itu barulah jururawat dibenarkan dan tiada larangan untuk jururawat memakai tudung lagi) Wallahua’lam

    Jadi, cadangan saya supaya pakar-pakar kena buat kertas kerja, research, dan hantar hasil kajian kepada parlimen supaya benda ni boleh diterima oleh orang-orang yang lebih percaya kepada sains dari hukum-hukum ALLAH ni. Supaya kita sedar dan insaf bahawasanya hukum ALLAH itu menyelamat, bukan mengongkong!

    • ibnu syam says:

      @zenki,

      an cukp stuju dengan cdgn enta sheikh….benda ni patut di utarakan bhwa islam adalah penyelesaian…

      mintabantuan ummu saif cari mekanisma yang sesuai…

  11. student says:

    Alhamdulillah, kat ukm (hukm) kami terjaga.

    Tapi ada masa stock tudung/baju lengan panjang utk masuk bilik bedah habis. Tapi tu x jadi masalah besar kerana ada baju lengan pendek yg lebih kami modify jadikan tudung dan lengan baju.

    Kreatif itu satu nikmat dari Allah ;)

    Tapi ada sesetengahnya, walaupun dah tersedia pakaian sempurna, masih memilih utk terdedah saja..bencana apakah ini?

    nak seribu daya, kalau dah taknak nak buat mcm mana..

    • akram says:

      @student, salam,nak bertanya,bagaimana kalian modify baju lengan pendek menjadi tudung dan lengan baju?jika boleh,tolong jelaskan sebab bakal isteri saya sekarang sedang berkhidmat sebahai HO dan ini merupakan satu masalah yang beliau hadapi

  12. zenki says:

    harap sangat artikel ini disebarkan disekolah-sekolah perubatan dan kejururawatan seluruh malaysia.

  13. zenki says:

    semoga artikel ini boleh dibaca oleh semua warga kmapus kolej dan universiti.

  14. Balqis says:

    Assalamualaikum,

    Cuma nak berkongsi sedikit pengalaman di tempat saya. Belajar di Ukraine. Alhamdulillah tiada halangan memakai tudung di dalam bilik pembedahan. Pada mulanya ada bantahan, ya serupa alasannya di atas; membawa jangkitan. Bila diterangkan bhw ia adalah tuntutan agama, mereka faham dan satu keputusan tercapai – we have to bring another tudung yang bersih (dan seelok-eloknya berwarna putih). So, bila nak ke bilik pembedahan, faham-fahamlah tukar tudung kepada tudung yang bersih (bukan dipakai dari rumah ke hospital). Some doctors yang particular bab-bab ini memang akan periksa samada kita tukar atau tidak. Yang bestnya, baju surgeon dekat sini memang ada jual yang tangan panjang, alhamdulillah. So, tiada alasan untuk memakai yang tangan pendek. (^_^)

    Tapi, bila balik Malaysia, baju-baju surgeon semua tangan pendek, huhu. Nak pakai hand stokings pun tak boleh. Erm, maybe Malaysia boleh produce yang tgn panjang punya? Just for the sake of Islam? But nowadays kalau tak silap, alhamdulillah dah ada sterilize punya tudung disediakan in some hospitals in Malaysia. Disposable.

    So, there’s no argument dah sepatutnya dalam melaksanakan tuntutan agama.

    Just my two cents. (^_^)

    Wallahua’lam.

    • shafiqrahman says:

      @Balqis,
      hospital mana ya yg ada disposable tudung tu? mgkn bole kongsi?

    • ibnu syam says:

      @Balqis,

      fikirkan cara supaya perkara nie boleh diaplikasi secara menyeluruh dimalaysia…

      yang jaga gol xble menyerang….ak amik bidang ubat2 jer…xde bedah2..

      • Balqis says:

        @ibnu syam,

        Oh, InsyaAllah.
        Usaha sudah ada di sesetengah pusat perubatan(macam komen-komen di bawah, seperti komen ummusaif etc). Cuma perlu ditegaskan serta diberi sedikit suntikan kesedaran sahaja. Yang lain-lain diri sendiri perlu faham-fahamlah untuk berusaha menjaga aurat dan mengamalkan Islam walau di mana sahaja. ^^

        • ibnu syam says:

          @Balqis,

          alhamdulllah….kita sama2 doakan mudah-mudahan Allah permudahkan…

          teruskan usaha murni di bidang masing2…

          pendekatan menjemput pakar2 tertentu membincangkan isu-isu ni di peringkat hospital…

  15. azniza muhamad radzi says:

    assalamualaikum…
    sudah lebih dari 4 tahun saya meninggalkan alam ‘medical student’..saya merupakan salah seorang dari ribuan graduan UKM..(local uni)..yang menghairankan saya, bagaimana pula isu ini masih menjadi isu sedangkan semasa saya masih medical student, hal ini telah pun selesai..kami tiada masalah untuk memakai tudung di dalam OT (kami jahit khas) dan berbaju lengan panjang semasa di dalam OT..setelah keluar bekerja as houseman di Hops Alor Setar, juga tiada masalah berkenaan dengan menutup aurat didalam OT..kebanyakan yang tak menutup aurat di dalam OT adalah pilihan mereka sendiri..pelik juga…

  16. ummusaif says:

    Mmg, dah byk university hospital yg bagi staffnya pakai tudung dan sarung tgn dlm operating theatre. Siap ada tudung yg disediakan. Ramai female surgeon yg pakai tudung dlm ot.

    Tp ramai gak yg masih pakai cap ot sahaja walaupun tudung disediakan. blh nampak rambut terkeluar2 di tepi cap (topi) ot tu. This is esp among nurses dan female doctors. Medical students dan nursing student pakai tudung. Dan sy harap students ni blh kekalkan walaupun dh grad lama nnti.

    So, at the end it’s about ur own principle, nk pakai ke tak.
    Kalau ada yg marah, u have the right to fight back. Because it shouldn’t be an issue anymore.

    p/s: kt Ireland dan UK pun dibenarkan pakai tudung dlm OT.

  17. hasma says:

    mmg hukm takde masalah, bila saya ke hosp melaka pun takde masalah, dr pakai tudung hijau, nurse pakai biru, asal kan tudung tu mmg hanya utk OT, baju lengan pjg dan stokin boleh bawak sendiri

    di mana yg masih ada masalah ni?

  18. b yusuf says:

    di Melbourne, sesetengah hospital siap mengeluarkan pekeliling di changing room OT mengatakan jika perlu memakai “a non-disposable head cover (eg tudung) in the OT, it has to be covered with a disposable head cover (ie OT cap or balaclava etc). alhamdulillah. so far, saya tak pernah dihalang mana2 staff utk memakai tudung.

    Saya rasa hospital2 di malaysia perlu ada balaclava. ia dah seperti 100% tudung, cuma di sini, it was designed for the use of sesiapa yang ada janggut especially yang berjambang. cukup besar to cover the neck and shoulders! i was so glad the first time i saw it. baru2 ini, a singaporean muslim yang bekerja di OT menegur saya. “di mana awak mendapat head cover ni?”. sedangkan balaclava tu memang disediakan dalam changing room tu, cuma mungkin sebab tak pernah ada orang pakai, menyebabkan dia tak pernah sedar kewujudan balaclava. dia ingatkan saya bawa dari rumah, sedangkan memang it was made of the same material as the OT caps and shoe covers.

    :)

  19. Mazlan Hashim says:

    Akhi, boleh share info…Universiti tempatan yang mana satu yang boleh jadi calon Universiti Haram ni?

  20. asiah yusro says:

    Salam alaik, alhamdulillah ya ustaz, memang ini lah permasalahan yang ana dengar daripada sahabat sahabat ana yang berkecimpung dalam bidang perubatan dan kejururawatan. Terutama pelajar kejururawatan, baju panjang lengan kurang digalakkan, malah memakai handsock semasa tidak membuat procedure juga tidak dibenarkan kerana takut membawa jangkitan. Persoalan saya disini, adakah hanya handsock dan juga tudung saja yang membawa kepada jangkitan? Macam mana dengan perkara lain seperti kaca mata atau pen yang digunakan? Kenapa kesalahan hanya terpandang pada handsock dan tudung? Saya mohon pada ikhwah wal akhowat yang berjuang di dalam bidang perubatan dan kejururawatan, sama2 mempertahankan hak menutup aurat. Biarlah kita menjadi ghurabah, asalkan kita melestarikan syariat Islam .. Wallahualam

  21. ana_hawa says:

    salam..saya nak tanya ustaz skit..di kolej saya, pelajar bangsa india sering mengadakan pesta ponggal. pensyarah mereka mewajibkan peserta mestilah berintegrasikan cina,india dan melayu..tetapi saya ada bace tentang hukum; mane2 umat islam yg merestukan pesta keagamaan lain,mereka dianggap sebahagian daripadanya..
    pada masa yg masa tidak sampai hati nak tolak permintaan kwn india yg nk sertai pertandingn pesta mereka..boleh x kami muslim, sertai pertandingn tersebut dgn niat mengenali budaya mereka n just nk tolong kwn india ni je..??

  22. Feroz says:

    Atas inisiatif kita sebagai org2 ada ilmu & faham lah kene sebar luaskan benda ni..Malaysia ni lagi lame terjajah dr di perintah sendiri. So
    mmg kene hard work!!

  23. Liz says:

    I’m sure NGO like Sisters in Islam will champion this issue. Get in touch with them please.

  24. misna says:

    setuju.pada zaman 80-an ketika kesedaran Islam mula bangkit di tanah Melayu termasuklah golongan jururawat..ayah saya selaku kerani di sebuah hospital pernah bercerita tentang sukarnya nurse2 kita fight dgn pihak atasan agar dibenarkan pakai tudung..mereka (nurse) mempertikaikan kenapa mereka dilarang bertudung sedangkan di dewan bedah lebih daripada itu pula ditutup..dan ini menunjukkan relevannya tertutup berbanding terdedah..tetapi pihak atasan yg bukan benar2 atasan itu menjawab; mereka menyedari akan hal itu, tetapi hal itu adalah di luar bidang kuasa mereka.Ini menunjukkan di sana ada satu kuasa atau tangan2 ghaib yg memantau hal ini.Namun perkembangan mutakhir ini di mana ramai nurse dapat bertudung..alhamdulillah..adalah kesan perjuangan nurse2 terdahulu

  25. jidan says:

    actually ade sarung lengan dan cap kepala drpd kain polyster(kot?) kat Jepun yang digunakan dalam kilang pembuatan makanan.Semua wajib tutup seluruh anggota badan dan kemudian diseterilkan sebelum memulakan kerja di kilang makanan.Saya fikir Malaysia pon boleh aplikasikan dalam bidang perubatan.So,that semua bakteria mati…Kalo ustaz ke Jepun lagi…tanyalah student2 yang pernah kerja di kilang makanan.Mungkin ustaz boleh dapat gambaran terperinci….

  26. Amin007 says:

    ada sekali saya pernah hadir satu perbincangan orang-orang lama tabligh. saya pasang telinga sahaja masa tu.

    ada seorang dalam tu dianggap doktor. kalau tak silap dr. nasuha saabin.
    dia ada kata lebih kurang tak ada hospital lagi baik dari ada banyak hospital.

    mula-mula tu saya kata gila ker ada doktor ni. tapi akhirnya dia kata dulu ada orang rom hantar doktor pada nabi semasa di madinah sebagai hadiah. tapi akhirnya doktor tu tak ada kerja sebab semua orang tak sakit.

    jadi doktor ni tanya kat nabi apa amalan orang islam masa tu sampai tak sakit. nabi jawap “makan ketika lapar,berhenti sebelum kenyang”

    jadi sejak hari tu saya ada satu kepercayaan jangan guna sains dan tekologi dalam memahami islam. tak kan nak buktikan islam tu betul melalui sains dan teknologi.

    ikutkan banyak amalan dalam islam sendiri dah cukup kita terhindar dari perbagai penyakit termasuk H1N1. cuma antara percaya atau tidak sahaja.

    namun bagi kes-kes larangan yang tak logik dek akal ni bukan apa. ini bab orang lama dan orang baru. orang lama anuti idea lama. orang baru ada idea terbaru. jadi bagi orang lama, idea orang baru adalah salah bagi mereka. lagipun dalam silibus dia orang dulu kala benda baru tak ada hehehe.

    jadi mahu tak mahu terpaksalah buat kajian untuk buktikan benda baru ni. anggap sahaja laa macam experimen nabi ibraham sembelih & gaul 4 jenis burung dan letak 4 gunung berbeza lalu panggil.

    namun jika ada peluang …

    • anonymous says:

      @Amin007,

      salam

      di sini saya nak tambah pendapat je pasal buat research untuk membuktikan keagungan Allah..

      tiada masalah langsung,malah dialu-alukan kerana sains dan islam bergerak seiring masa zaman kegemilangan islam dulu.seperti ibnu sina yang menguasai pelbagai ilmu sains

      dan sekarang ni seperti Dr Danial Zainal Abidin yang telah menghasilkan banyak buku pasal islam yang telah dibuktikan oleh sains

      ini dapat menambahkan iman kita dan juga cara kita berdakwah kepada orang orang bukan islam di mana mereka sememangnya takde iman dan hanya mungkin dapat hidayah melalui research2 yang dijalankan

      wallahualam

  27. zuraima says:

    assalamualaikum.

    tuan, saya tiada bentahan pada tulisan tuan. praktikal, asli dan meyakinkan.

  28. Nurul says:

    assalamu’alaykum ustaz,
    saya kerap masuk OT atas tuntutan pembelajaran.
    Setiap kali pasti akan ditanya sama ada tudung dan long sleeve tu yang dipakai sewaktu OT sahaja atau tidak..

    rata-rata surgeon berkaca mata
    adakah cermin mata diorang dijamin sterile?????

    satu artikel menarik dan pandangan untuk diketengahkan hal ini sangat dialu-alukan….

  29. Dental Student says:

    Teringat ana pada kisah seorang senior pelajar pergigian di tempat ana..kerana berani mempertahankan hak pelajar perempuan untuk tidak memakai “lab coat” yang agak ketat,dia hampir-hampir dibuang oleh pihak universiti..beruntunglah wahai srikandi Islam…kerana kamu tidak akan sesekali hina kerana membela Islam…moga Allah merahmati Kak Umme Hafizah Ahmad…Ameen..

  30. anis anisa says:

    Assalamualaikum. alhamdulillah ana sedang belajar perubatan di uitm shah alam dan ana tidak pernah pula mendengar timbulnya masalah ini. malah ana amat bersyukur kerana pemimpin pelajar amat proaktif dalam memberi tarbiyah kepada pelajar2 lain ditambah pula dengan sokongan pihak fakulti. cuma berkenaan tidak boleh memakai baju lengan panjang ketika surgery ana ada dgr tapi itu lebih kepada prosedur hospital bukannya universiti tetapi sejauh mana isu ini allahua’lam sebab ana belum masuk tahun klinikal lagi. mgkin ana boleh risik dari senior2 selepas ini.

  31. Mr Huhu says:

    kalau kat sini upacara tuh dibuat kat uni or dkt hall mane2 je

  32. nur insan says:

    salam…
    saat m’bca entry ni, sedih,pelik, marah pn yer jgk… knpalh msyrkt di ngra yg dilaungkn sbg ‘ngra islam’ tpi msh tdk bleh trima cra islam???

  33. ibnusina says:

    kat HUSM pun ada disposable tudung, kalu nak betul2 yahikn, blh pakai anak tudung n tudung kecik kat dalam..nak elak kalau2 ia ‘see through’..
    tp btul gak rasanya, ia lebih tebal dari disposable mask n cap..

  34. atie says:

    artikel yang sangat baik.menjawab soalan saya yang selama ni bermain di minda.

  35. anuar says:

    assalammualikum,
    persoalan di atas memang berlaku di negara kita. bayangkan kawan2 muslimah yang bertudung labuh ditegah bertudung labuh dan di suruh memakai tudung yg lebih singkat (waktu saya belajar). masa praktik pembedahan memang xleh tutup lengan.alasannya kna “scrub”.saya dah tinggalkan sekolah perubatan dah 8thn tp masih segar dlm ingatan 1 insiden yg menyedihkan kami pelajar2 lelaki. jadual kelas memang padat.kebetulan hari jumaat kami bole keluar untuk solat pada jam 1 ptg(kelas habis) dan jam 2ptg (kelas berikutnya)adalah kelas ortopedik.kebetulan zuhur masuk lewat dan sesudah solat kami sempat wat solat sunat dan berdoa dgn imam.cuma lewat ke kelas 15minit.seperti dalam peraturan lambat 15min masih bole hadiri kelas.jam masih 2.15 ptg, professor orthopedik adalah perempuan,melayu,beragama islam,tidak bertudung (bukan menghukum)..sanggup menghamburkan kata2 yg cukup utk meragukan status keislamannya kepada kami..kami pelajar2 lelaki hanya beristighhfar sahaja..mmg byk perkara yg berlaku yg menyakitkan kami selaku pelajar2 perubatan muslim pd masa tu..tp tiada penyelesaian yg bole dilakukan..ruang utk berbincang ditutup serapat yg boleh..yg masih terkesan hingga kini sewaktu arwah nenek di jemput pergi menunaikan janjiNYA..saya tidak dibenarkan pulang atas alasan pelajar perubatan tidak boleh bercuti selain yg telah ditetapkan..hati memang hiba..mujurlah ada kwn2 yg sudi sama2 bertahlil pada malam nya..sejak tu mmg kami berazam akn bljr bersungguh2 & akn kembali sbg pensyarah utk ubah peraturan2 yg sgt tidak islamiah dan tiada pertimbangan akal budi lansung.alhamdulillah kini ramai yg sedang mengikuti latihan pakar dan insyallah akan ada perubahan bila lebih ramai yg menjadi pakar & pensyarah muslim,insyallah.

  36. pak din 31 says:

    Satu lagi pembuka mata (kepala dan hati) yang mantap dari SIO, seperti biasa sejak dari sedekad yang lalu. Syabas Ustaz!

    Maka terbukalah minda untuk berfikir adakah benar apa yang disampaikan, terutamanya kerana kita dijajah British maka axsiomnya (rujukan) adalah British?

    Tidakkah pula kita terfikir, Amerika juga tidak lain dari jajahan British (dan kuncu-kuncunya orang Eropah), tetap mereka berjaya mengeluarkan perangai buruk Britishnya dan berjaya? (telan dulu …)

    Seterusnya fikirkanlah dengan mendalam, bahawa tanpa nilai Islam sebagai alat atau cara yang diguna-pakai, bolehkah ada negara yang berjaya? kerana ingatlah tiada sesuatu yang berlaku di luar dari Sunnah Allah!

    Maka fikir-fikirlah dan kemudian zikir-zikirkan (ingat SunnahNya), bahawa tidak ada dan tidak pernah berlaku Islamphobia, yang ada hanyalah Muslimphobia, kerana …

    ‘Lu fikirlah Nabil! ….’, komen lakonan sendiri, walaupun dalam nada komidi, terkadang mengundang persoalan yang lebih mahal dari disangkakan. (http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0307&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm&arc=hive)

Leave a Reply