Facebook: Antara Pro dan Kontra

“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.
Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.
“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.
PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK
Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.
Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.
Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.
Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.
Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.
Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.
BOLEH MENJADI HARAM
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.
Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.
Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.
Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.
Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.
Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.
Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?
Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.
Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.
Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.
Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).
Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.
TAGGING DI DALAM FACEBOOK
Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.
Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.
Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.
Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.
Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]
FACEBOOK DAN YAHUDI
Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.
Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.
Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.
Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.
ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]
Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.
Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.
Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“
Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.
Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.
Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.
Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN
Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Tepuk dada, tanyalah Iman!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 4 months ago
salam..patutlah ana bukak webpage nie sangkut2 ja.dok tngah upload rupnya.haha..first time baca artikel panas2 lagi nie…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Assalamualaikum ustaz,
Terima kasih atas perkongsian rasa dan pencerahan di atas.
Jazakallah.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
inilah suatu masalah umat islam hari ni…sukar untuk membezakan HARAM & HALAL dalam ISLAM…sebab itu NABI SAW berpesan:”jadilah kamu sabagai org BERILMU atau MENUNTUT ILMU atau MENDENGAR MAJLIS2 ILMU atau MENCINTAI ILMU, dan jangan jadi GOLONGAN KELIMA, kelak akan BINASA…mudh2an kita terhindar daripada golongan yang dibinasakan ALLAH..nauzubillah
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
well said Ustaz!
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Thanks, Ustaz. A helpful piece, indeed.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam..
bukan setakat facebook aja..apa2 juga medium pun, kalau tiada kawalan diri pasti akan menjurus kepada kelalaian
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ust nal kiram..
sy mohon kebenaran ust tuk copy paste ruangan ini ke dalam blog sy..
hari tu sy pernah menyalin artikel dari majalah terseebut…mohon jasa baik ust…syukran
amat bermakna…
barakahufik
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
sememangnya terjawab beberapa persoalan..
syukran ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
fesbook oh fesbook. Pandai guna manfaatlah masa. kalau tak reti guna jadilah penyu mencari padang pasir
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
bkn setakat FACEBOOK, SISTEM OPERASI (MICROSOFT)& APLIKASI sampingan seperti OFFICE yg majoriti rakyat M’sia guna. Makanya?
Boikot mana yg patut. sekirannya boleh dimanfaatkan seperti kita lihat berapa byk group FB yg mempromosikan Islam, Hadith, al-Quran dll.
Seandainya suatu hari nanti akan ada laman sosial ciptaan muslim..mari kita berhijrah…
Respond to this comment [with empathy]
yati reply on September 15th, 2009 9:29 pm:
@FauziSabri.com, telah ada jaringan sosial MUSLIM .. produk muslim Malaysia .. seperti http://www.nasyidfm.my dan komuniti sahabat hijjaz.. dan jaringan sosial MUSLIM international iaitu http://sal.am try masuk.. saya da register.. cuma nak dgn xnak je… xyah lah FB2 lg… siapa nk sokong produk ISLAM kalau BUKAN KITA..
Respond to this comment [with empathy]
Faridul reply on September 22nd, 2009 7:13 pm:
salam. apa yang ukhti Yati cakap benar, cumanya rasanya laman komuniti nasyidfm, hijjaz dsb. tidak atau KURANG dimasuki oleh mereka yang tiada kecenderungan pada agama. Maka, dalam soal da’wah, rasanya facebook lebih berkesan.
‘Ala kulli hal, saya takde akaun facebook pun sebenarnya. aja memberi pandangan
Respond to this comment [with empathy]
Shahadan Bin Saad reply on September 26th, 2009 7:44 am:
Saya sekadar berkongsi cerita, takder kemusykilan dan tak der pandangan. tapi kalau ustaz atau saudara-saudari nak komen, silakan.
Saya minat bermain chess, dan akhirnya saya dapati facebook adalah platform terbaik untuk saya bermain chess secara online.
Kalau dulu guna YM! betul2 perlukan komitmen kena dua-dua online, tapi facebook tak perlu. kita boleh jalan dulu sementara lawan kita online sehari dua kemudian.Itu adalah salah satu application yang saya guna dalam facebook. lain-lain adalah typing maniac dan typing A-Z untuk test typing skill kita. Bila ada kawan yang mengatasi rekod saya, baru saya akan akan cuba utk memecah rekod baru kawan saya tsbt dan lagi lama tak der org pecah rekod saya, saya tak akan bermain kedua-dua aplikasi typing tersebut.
Kebanyakkan kawan-kawan yang main kuiz dan application yang ntah apa-apa tu adalah golongan yang cepat boring. kekadang ia juga influence saya utk mencuba walaupun saya tau, kuiz tu mmg tah apa-apa. juga application seperti taxi driver tu saya pernah jugak try, tapi bila saya try mmg tak best pun. ntah kawan-kawan minat saya pun tak tau.
Saya sbnrnya baru dalam dunia facebook walaupun dah tau facebook wujud lama. tapi dek kerana saya tak suka sama friendster dan myspace saya tak mencuba facebook sehinggalah kawan saya berjaya convince kan facebook ni lain dari yang lain. itu sahaja yang saya dapat kongsikan.
askm.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz,
cuma nk bertanya pndangan ustaz. ada yg mengatakan sesetengah fast food restaurant yg memberikan share pada peperangan di Gaza. dgn membeli produk mereka seolah2 turut menyumbang kpd kemelaratan umat Islam di sana. mohon pendapat ustaz. sejak peristiwa Gaza sy belum makan di fast food restaurant ni lagi kerana faktor ini. adakah betul tindakan sebegini?
Respond to this comment [with empathy]
pembaca reply on September 14th, 2009 7:03 pm:
@siti,
kalau kita merujuk kepada senarai yang ada (di website ‘inmind’ rasanya), senarai itu berdasarkan penglibatan pihak pengurusan syarikat tersebut di dalam satu badan organisasi Zionis (bukan Yahudi, tapi ZIONIS).
contohnya, Starbucks disenaraikan dalam usaha boikot kerana CEOnya telah mendapat anugerah “The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award” daripada Jerusalem Fund of Aish HaTorah pada tahun 1998.
sumber: http://www.inminds.co.uk/boycott-starbucks.html
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
sharing is caring…syukran akhi..o_O
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
*friendster
*tabiat
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam,
well ustaz, kupasan yang bernas.
tq.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Perkongsian yang menarik daripada ustaz,sekali lagi.
http://si-kacamatahitam.blogspot.com
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam.
terima kasih atas penerangan yang sgt baik. saya pernah rasa kadang2 umat hari ini terlalu inhibited. banyak menerima apa yang orang kata tanpa selidik terlebih dahulu. lalu menghukum keadaan membuta tuli.
terima kasih sekali lagi.
syabas.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Terima kasih atas maklumat ni. Saya akui FB pada masa kini telah menjadi satu ketagihan. Tengok saja pada diri sendiri dan rakan-rakan.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salaman wa ‘afiatan alaik ustaz..
Terima kasih atas penerangan yg bermanfaat ini. Mudah-mudahan khalayak masyarakat kita dapat mengambil apa yang terbaik untuk dijadikan panduan.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz,
terima kasih atas penerangan ustaz mengenai facebook…banyak memberi pencerahan…
cuma kalau boleh ustaz terangkan lebih lanjut tentang pemboikotan selektif…
jzkk…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Ya.
Saya pernah lah membebel sekejap kat ruang ’status update’ facebook saya tu pasal sekarang dah melambak-lambak application yang merepek.
Saya dulu register facebook pun sebab berpendapat ianya lebih ‘dewasa’ berbanding friendster apatah lagi myspace. Sayangnya kemudahan mencipta aplikasi sendiri dah disalahguna oleh pengguna2 facebook. Jadilah macam ustaz cakap, comot dah!
Dan ya. Saya pun kadang ‘hangin’ juga dengan emel berantai yg akhirnya memenuhkan inbox emel dengan sampah!
Sabar..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz.
Terima kasih byk2 jazakallahu khair
kerana menerangkan tentang ni.. Saya lah salah satu drpd org Islam yg mempercayai berita ttg FB dgn pembunuhan besar2an di Palestin..
tp slps ustaz tulis ttg ini, saya lebih sedar…..
may ALLAH bless you always ustaz,insya Allah
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Assalamualaikum,
Buat semua pengguna Facebook yang meluat dengan lambakan-lambakan kuiz. Anda boleh menggunakan application facebook purity yang boleh dipakai pada browser Chrome, Firefox dan juga Iphone. Sila google seacrh mengenai Facebook Purity untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tapi ringkasannya, anda perlu install add-on Greasemonkey (untuk Firefox) atau Greasemetal (untuk Chrome) bagi mengaktifkan application Facebook Purity. Dan semua kuiz-kuiz tersebut akan hilang.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
ummu itqan reply on September 14th, 2009 9:25 pm:
@Ahmad Nasri,
Terima kasih atas info ini
Respond to this comment [with empathy]
izreen reply on September 18th, 2009 12:37 am:
http://lite.facebook.com
fb w/out application
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam ustaz…
terima kasih atas teguran…
atas dasar facebook inilah,
lambakan email penuh sepanjang masa…
kadang-kadang sehingga mencecah beratus2 email sehari..
aman tertarik hasil karya seorang sahabat ini…
berkaitan facebook sebagai alasan berdakwah…
http://akudarahanakmalaysia.via.my/2009/08/dakwah-adalah-alasan-sampah.html
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz..
terima kasih atas segala penerangan..
mohon kebenaran ustaz untuk copy artikel ni ke blog ya..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
mmmm
terima kasih ustaz……
peringatan yang sungguh bermakna~
saya pun hampir terjebak dengan
“fesbookholic” ni, especially “bergayut” dengan kuiz2 nonsense tu…
tapi~
apa kata kita lebarkan lagi jaringan dakwah dalam facebook? banyak cara yang Insya Allah dibuat akan berkesan…contohnya buat kuiz2 yang berorientasikan dakwah, ke buat fan club yang lebih islamic…atau muatkan apa2 application yg islamic…
moga2 facebooker muslim lebih Proaktif, demi kebaikan mereka dan Agama mereka sendiri~
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz
terima kasih atas artikelnya.
sejak kebelakangan ini pun ramai sahabat yang mula ketagih dgn facebook, especially game, quiz & sebagainya..
mesej yg ustaz smpaikan sgt jelas & tepat.
dan saya setuju dgn komen di atas supaya ustaz dpt terangkn dgn lbih lnjut tntg pmboikotan selektif..
JKKK ya ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
syukran jazilan yer ust..moga artikel ust 2 dpt bg peringatan kpd diri sye sendiri dan juga sahabat2 yg luar sana..InsyaAllah…teruskan perjuangan, Islam untuk semua..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.
saya suka statement ni. jazakallahu khair
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Syukran ustaz…anak sy baru lbh kurang seminggu buka akaun facebook, bila sy tgk terlalu byk game yg mmbuang masa, terus sy minta dia stopkan FBnya…then balik sekolah hr ni…terus tgk tajuk entry ustaz terbaru ttg FB. Syukran…anak sy dpt baca dn dia menamatkn FB dgn rasmi hari ini. “Jauhkanlah sesuatu yg lagha….”
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Saya di FB yang hanya melayan keluarga, rakan-rakan sekolah/kolej/Univ, co-work jd shouldnt b any prob. smpatlah hidekan aplikasi yg ’sampah’2..
Tapi kalau cam ustaz 5000 ‘frens’ or more sure pening…Ada yang jenis kemaruk tu yang tahan, Silap2 ada yang tgh dibuai mimpi pun sempat update status dia atau sempat cari ’siapa artis kesyangan anda’…alahai
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
assalammualaikum wrt wbt
terima kasih untuk jawapan ustaz
saya sering menerima forwarded emel berkaitan Facebook ,,,
sudah lebih mengerti situasi sebenarnya
insyaAllah
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Assalamualaikum Ustaz.
Sekadar memberitahu, jika ustaz gemarkan Facebook yang dulu2, ringkas, takde 3rdparty application, ustaz boleh ke
http://lite.facebook.com
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Dari satu segi perundangan juga facebook menimbulkan isu di mana kalau kita perhatikan pada disclaimer clause bagaimana mereka tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang pelanggaran hakcipta,privasi dan sebagainya.
Masih belum lengkap lagi undang-undang siber kita dalam mengenal pasti apa-apa permasalahan undang-undang sekiranya data dan gambar kita dimanipulasi dan sebaginya.Itulah facebook, teknologi adakala mengatasi undang-undang dengan lebih pantas.
Satu peringatan buat diri juga. terima kasih atas artikel ustaz. memang bermain facebook agak ketagih, diakui tapi memang disiplin diri amat penting untuk mengawal
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
klw mcm tu boleh la bli product yahudi
(product yg x menyumbg kpd peperangan)
kan3?
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Alternatif: Facebook Lite. http://lite.facebook.com/
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam Ustaz Hasrizal,
Bagaimana kalau berkenaan dengan produk produk boikot yang lain yang diwar warkan seperti produk Nestle, Nokia, Mc Donald dan lain lain?
Mohon penjelasan..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Mohon kebenaran untuk copy artikel ini untuk kawan-kawan saya yang lain juga ye ustaz. Syukran.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
saya search pasal CEO dia dkt wikipedia. he claims to be an atheist! i checked out the references…from wall street journal. ATHEIST, people. ATHEIST. jom buat research lagi..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
*munirah likes this!*
well said ustaz, masyaAllah!
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
saya daftar facebook pada awal 2008.seminggu pertama bolehlah dikategorikan sebagai ketagih kerana banyak sangat aplikasi dan daya ingin tahu saya yang tinggi,explore facebook habis2an.Then,after 1 week i told myself “enough is enough”.
Pastu mcm biasa jer…buka tgk update member,kalo ade keperluan chatting,chat kejap…tu saja..sebab byk kerja lain nk buat.Facebook sekadar melepas lelah….
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Ada pula pihak tidak bertanggung-jawab membuat facebook palsu Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
assalamualaikum……..
sebenarnya, kuiz2 kat facebook tu mendatangkan keuntungan kepada developer application tersebut…. perasan tak iklan kat atas application tu?
kita guna application tu tanpa kita sedari matlamat developer application tu untuk mengaut keuntungan sebenarnya.. kuiz tu sepatutnya lebih berilmiah sikit…..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Terima kasih ustaz di atas penjelasan ustaz. Baru2 ini agak kecoh di universiti saya pasal FB ni menyokong yahudi dan menimbulkan keresahan di kalangan para pelajar sendiri kerana pertubuhan pelajar Islam di Universiti ini menggunakan FB for its official social networking. Sehingga ada yang agak extreme melabel mereka yang menggunakan FB sebagai penyokong yahudi serta pembunuh saudara se-islam di palestin. Diharapkan artikel ustaz dapat meredakan keresahan pelajar di Universiti saya insyaAllah.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
“sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”
bout d fact psl palestin tu, saya x nak ulas sebab its just a rumour..
Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat 49:6]
tapi, 1 fakta yg ustaz terlepas pandang disini ialah sumbangan ZUCKERBERG (fb itu sndri secara indirectly) terhadap pertubuhan AEP..as fyi, AEP ditubuhkn utk membiayai anak bangsa yahudi,.. bukannya peperangan…dan disini, apa yang saya cuba sampaikan ialah bagaimana yahudi2 laknatullah (yang dididik dari pertubuhan AEP ni) di US dah menyumbang to umat Islam….saya rasa ustaz lebih arif tentang perkara ini..
bukanlah maksudnya facebook menyumbang kepada peperangan..(orang genius dia x kan sebodoh tu nak membantu perjuangan bangsa yahudi secara direct)..secara logik akal, kalau facebook donate to perang kat gaza 4 etc, org Islam sure banned facebook..tapi facebook nak juga hancurkan umat Islam disamping buat business n generate income…so, disini, facebook menggunakan cara halus untuk menjatuhkan umat Islam (instead of melalaikan Muslims users)..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 15th, 2009 6:19 am:
@ex user,
saya tidak terlepas pandang bab tu. cuma bagi saya idea seperti ini adalah offside dalam menjustifikasikan hukum.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
kronologi (a.k.a kesimpulan dari saya) :
>> fb donate to AEP
>> anak yahudi akan membesar di AEP
>> anak2 yahudi yang dibesarkan ini la yg akan hancurkan umat Islam in future….
sekian, salam….
Respond to this comment [with empathy]
Ahmad Nasri reply on September 15th, 2009 2:59 am:
@ex user,
Kronologi mungkin logik. Tapi harus diingat, agama Islam hanya menghukum bila ada bukti yang sahih untuk kita menghukum. Meaning, secara zahirnya kita nampak benda itu berlaku seperti dalam hukuman hudud.
Bukan nak mempermainkan hal ini, tengok sahaja Intel, mereka ada R&D centre di Israel, maksudnya mereka membayar cukai di Israel. Jadi boleh ke kita memakai komputer Intel???
Respond to this comment [with empathy]
yati reply on September 16th, 2009 11:59 am:
@Ahmad Nasri, jd kita boikot yg mana kita mampu boikot… x dpt bokot sume .. boikot la sebahagian..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 15th, 2009 6:21 am:
@ex user,
idea ini juga boleh digunakan untuk menjustifikasikan keharusan membunuh yahudi di mana sahaja dan bukan hanya yahudi di medan perang bernama Palestin.
saya membebaskan diri dari pemikiran sebegini, demi Allah.
Respond to this comment [with empathy]
ex user reply on September 15th, 2009 7:55 pm:
envirnmnt saya sewaktu ketika di US dahulu, hidup dengan dikelilingi oleh orang2 yahudi telah banyak mengajar saya erti ‘Islam’ dari kaca mata orang yahudi itu sendiri..
p/s: jauh sekali untuk saya menyempitkan pemikiran saya sbg org Islam…saya hanya sekadar menyuarakan pendapat dari pengalaman …
Respond to this comment [with empathy]
rohul reply on September 15th, 2009 8:41 pm:
@ex user, tutor maths saya seorang Yahudi Amerika bertanya, “so, are u Muslim”. I said,”Yes”. Dia jawab, “u are terrorist then”. Secara sarkastiknya saya membalas, “Yes,we are”. Hasilnya, 2 assignment saya yg berikut mendapat markah penuh.
Supervisor saya pun seorang Yahudi. And we also have Jews in our group anti-Zionist.
Well, Jews are not that bad either.
Respond to this comment [with empathy]
ex user reply on September 15th, 2009 9:37 pm:
@rohul,
yahudi version samawi kot… hehe..
(hmm,maybe saya very nasib malang coz mostly jumpa n deal with that typical-jews kot)..
(i wish i could jumpa dgn org jews yg baik2 yg 1 out of infinity tu)~…
Respond to this comment [with empathy]
yati reply on September 16th, 2009 12:10 pm:
@ex user, kita kene ingat yg yahudi tu agama… yg hancurkan palestin rejim zionis(yg memusuhi ISlam).. jd x semua org yahudi adalah zionis…
rohul reply on September 17th, 2009 5:22 am:
@ex user, well kalau nak kira ratio, 2(yusof and bunyamin) out of 12(anak-anak Nabi Yaacob) yg samawi kot. tak de la sampai 1 dari infinity.
abdullah reply on September 15th, 2009 5:29 pm:
@ex user,
kronologi (a.k.a kesimpulan dari saya) :
>> fb donate to AEP—>maybe betul
>> anak yahudi akan membesar di AEP—>maybe betul
>> anak2 yahudi yang dibesarkan ini la yg akan hancurkan umat Islam in future….—>confirm kah?
sekian, salam….
Respond to this comment [with empathy]
Hadeed reply on September 15th, 2009 5:58 pm:
@ex user, Dalam bab ni, saya memilih untuk merenung kembali sumbangan insan bernama Muhammad Asad di dalam dunia Islam. WaLLAHu a’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
sekadar references:
**sila search pasal link2 kat bawah ni—
infopalestina, israelsituation (alumni), Alpha Epsilon Pi (AEP), AIPAC, Hillel, Israel on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifetime, Holocaust Museum, dan Gift of Life…
p/s: nk letak link, tapi x approve lak kat comment box ni…x taw nape…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Well said, ustaz!
Respond to this comment [with empathy]
Ana Aina reply on November 15th, 2009 9:49 pm:
@Balqis,
Pada saya, bukan salah Facebook, tapi salah diri sendiri.
Bila anda kata “gagal mengurangkan ketagihan gunakan facebook, tamatkan akaun facebook”…
Jadi, kalau masih gagal juga mengawal ketagihan menggunakan applikasi internet yg lain, tamatkan akaun internet… tak payah laa pakai internet.
Respond to this comment [with empathy]
Balqis reply on November 16th, 2009 12:32 am:
@Ana Aina, Betul, salah diri sendiri, justeru demi mahu mengajar diri sendiri menjadi lebih berdisiplin, permulaannya begitulah. Mendidik diri dahulu dengan ketegasan. Itupun andai tidak berjaya menahan ketagihan dengan mengurangkan bermain facebook/aplikasi internet lain. Saranan ekstrim ini barangkali bagi mereka-mereka yang gagal langsung mengawal ketagihan tersebut. Ia cuma sekadar sebuah cadangan. =)
Dan lagi, barangkali saudari Aina tidak membaca keseluruhan teks ini? Saya sekadar memetik kata-kata Ustaz Hasrizal dan ya, saya menyetujuinya. =)
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
apa2 pun. its a very subjective ans.. open-ended soltn..so, depends la pada individual tu sendiri untuk buat decision.. (rasa2nya, masing2 dah cukup matang untuk berfikir dengan logik dan kewarasan akal)…
-sekadar menyuarakan pandangan, no offense-
Respond to this comment [with empathy]
ibnu razi reply on September 15th, 2009 1:54 pm:
@ex user,
Didalam menyingkapi ini, menggunkan unsur aqli dan kewarasan akal semata-mata amatlah GANJIL dan PELIK. Prioriti yang sepatutnya kita sebagai seorang islam sangat2 perlu difahami sebelum kita menjatuhkan apa2 pandangan. Apatah lagi pada memperkatakan isu seberat ini (facebook). sami’na, waatoo’naa.
Respond to this comment [with empathy]
ibnu razi reply on September 15th, 2009 2:04 pm:
@ibnu razi,
Prioriti ( sumber-sumber yang perlu didahului sebelum akal logik, kewarasan,etc)
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
uncovered truth…
sy stuju…
mge kite semua jd insan yg kreatif n smart enough 2 do wat we should do…i.e dakwah.
biar lain jalannya, tapi sama tujuannya…
s long s we noe the limit along the road…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam Ramadhan, Ustaz dan teman2 SIO.
Terkadang ditagging seorang rakan dalam gambar yang lansung tiada kaitan, bila dilihat gambar, tiada pun gambar kita, mungkin benda, dan pada masa yang sama berpuluh2 orang lain di taq pada masa yang sama.
Itu takpe lagi..
Yang merimaskan bila setiap berpuluh2 orang itu memberi komen seperti banjir hendaknya. Buka email esok pagi..
WAH! 50 email! *** comment on your pictures…
Google pun Yahudi yang punya, merangkap Blogspot juga. Ada terkelakar bila ada orang yang berkempen habis2an jangan guna facebook di blogspot.
Salam ramadhan dan jom mengejar lailatul Qadar supaya layak berhari raya. huhu. Doa2kan ramadhan tahun ni lebih baik. Ameen.
Respond to this comment [with empathy]
rohul reply on September 15th, 2009 8:43 pm:
@pali, Boleh change setting utk tak nak terima komen itu di email.
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on September 16th, 2009 1:18 am:
@rohul,
aa, buleh, tapi nanti tak terima terus apa2 email dari fb lepas tu? Nanti aku check.
ps: ayat diatas pun seperti meludah kelangit. Aku pun tak maksum dari tagging menagging ni.
Cuma bila dah terkena, barulah aku paham apa makna erti hidup pada menerima.. tak best.
Salam Ramadhan.
Respond to this comment [with empathy]
yati reply on September 16th, 2009 12:02 pm:
@pali,
search engine pon da ada MUslim py.. http://www.alwahy.com tepuk dada ty selera je
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on September 16th, 2009 12:35 pm:
@yati,
sudah dilihat cadangan yati tentang http//:salam tu, dah register pun, alwhy pun baru je usha.
yelah, selera terbuka bila ada orang menghidangkan juadahnye. Makasih puan yati.
Salam ramadhan.
(berselera, tapi tak mau banyak sangat juga. keke)
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz,
sy sgt b’syukur ustaz ada sentuh topik yang jarang2 diulas ini. byk p’soalan t’jawab.
utk facebook tu ustaz, kalau xmahu dibanjiri dgn ‘kuiz’ rakan2, boleh shj hide mereka, application di hujung kanan nama mereka. sgt b’guna lg2 utk mereka yg xdikenali pun. yg notification, boleh adjust utk xterima kt bahagian setting. kemas balik fb nnti insyaAllah.
=]
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on September 16th, 2009 6:43 am:
@etzatiey,
setuju, terutama dengan orang yang suka update status 10 minit sekali. huhuhu
aku mandi.. aku makan.. tengok tv… bla2… selamat malam.. tido..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz..
Tq byk2 utk tulisan ustaz
Sgt2 bermakna…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam Ustaz,
Saya juga telah menyalin kupasan ustaz berkenaan dgn facebook utk tatapan kawan2. Mmmg tidak dpt dinafikan ada antaranya ketagihan. Harap ustaz tidak kisahnya. “Sharing is caring”
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Ermm..menarik artikel ustaz… Menggunakan facebook sebagai medan dakwah… tahniah!.. namun buat mereka yang ada facebook tapi tak tahu nak guna facebook untuk berdakwah… usahlah gunakannya… pasti ia akan memakan diri.. mana tidaknya, dengan punyai ramai kenalan, sudah pasti akan berkhayal dengan gmbr2 kawan2 yang kenal atau tidak kenal… lagi parah, facebook dibuat laman mencari pasangan hidup…huhu
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
facebook adalah satu kemudahan. mengapa kita sering menunding jari kepada bende yang tidak bernyawa sedangkan kelalaian itu sebenarnya datang dari diri kita sendiri. technology is a gift of fire, its up to us to use it for a good cause or not. bukannya kita tidak diberi pilihan.
saya berpendapat penggunaan perkataan seperti “yahudi laknatullah” oleh sesetengah pembaca adalah tidak wajar. harus dibezakan istilah zionis dan yahudi. hanya kerana mereka berbangsa yahudi atau dilahirkan yahudi, kita tidak boleh menilai mereka dari sudut itu.
saya ada kemushkilan. jika seseorang dari pertubuhan bersifat pro-zionis e.g CEO starbucks, adakah pertubuhan itu patut dilabel pro-zionis juga? adakah patut hanya kerana CEO nyer seorang pro-zionist, wajarkah kita menghukum sekali ribuan orang yang mencari rezeki di bawah pertubuhan itu?
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
JazakALlah khairan kathira ustaz, syukran, syukran, syukran!
Saya adalah salah seorang rakan ustaz dalam Facebook. Dalam komen saya pada post ustaz di sana berkenaan isu ini, saya ada cadangkan supaya ustaz menulis mengenai FB ni. Terima kasih kerana respon (Walaupun saya tak ada apa2 peranan pun dalam artikel ini).
Saya mengaku, kadang2 saya juga termasuk dalam kategori yang disebut ustaz tu – mencuba kuiz atau application yang entah apa2.
Tentang photo tagging, saya setuju 100%. Ada lah seorang dua tu, letak gambar yg tak ada kena mengena dengan kita, di tag nama kita, kemudian dikomen oleh rakan2 lain. Kemudian keluar dalam notification dan email. Saya yg tak ramai kawan (seratus lebih saja) di FB pun rimas, apa lagilah ustaz yg ada 5000..
Macam mana pun, Facebook, seperti juga alat komunikasi lain, adalah ALAT. Terpulang pada kita untuk memanfaatkannya atau tidak. Harap2 selepas ini jangan sampai ada individu atau kumpulan mengeluarkan fatwa Facebook itu haram!
Sekali lagi,JazakALlah khairan kathira.
(PS: Berapa lama average masa yg ustaz ambil untuk menulis satu artikel?)
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
kalo seseorang mahu tegakkan apa yang dia mahu…. segala hujah akan dikeluarkan… walaupun sesetengahnya nampak macam sangat kelakar….
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam,
T.kasih atas penerangan berguna ni. Minta izin saya copy ke blog saya ye. Ustaz, satu lagi pasal boikot barang2 lain spt nestle, McD, KFC dll. Dulu saya dan family boikot habis2san. tapi stelah suami berbincang dgn ikhwah dan mmbuat penyelidikan ternyata tiada bukti company2 ni menyumbang kpd zionis. Seperti kata ustaz, takut jika kita jatuh kepada mengharamkan apa yang halal.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz,
mintak izin copy artikel nih untuk dipanjangkan kepada kawan sepejabat…terima kasih
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
ustaz, saya pernah kirimkan ke ruangan soalan ustz yg direct ke email ustz..
soalannya berkaitan “perkara2 yg mendatangkan kesusahan”.. ia prnh tersebar sejak dahulu dan ada juga didapati di internet..
saya tak pasti sama ada ia ada bersumberkan quran dan hadith..tetapi yg pasti ianya agak aneh..
antaranya:
jgn basuh tgn ats pinggan..
jgn pakai serban ketika duduk..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
saya manfaatkan fungsi ‘link’ di FB. saya kongsikan link artikel ini. Mintak halal ustaz
saya mintak halal juga link2 yang lepas dan akan datang hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Terima kasih ustaz atas entri.
Jika ustaz berkesempatan, saya nak syorkan ustaz membaca buku ‘Hamas: Unwritten chapters’ oleh Azzam Tamimi. Kebetulan dia datang ke sini dan saya sempat membeli dan membaca di dalam bulan Ramadhan ini. AlhamdulIllah, very very nice book!
Hamas sendiri menyebutkan,mereka perangi Israel bukan kerana AGAMA, tetapi kerana POLITIK(zionis).
Lagi satu, berkenaan forwarding email itu juga, tanpa kita sedari ada juga ‘dark side’ disebalik mesej2 islamik. Ada saya ceritakan di dalam entri saya ini, jika readers sudi baca.
http://warungkampung.wordpress.com/2009/04/24/please-forward-this-message/
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Facebook ni, dark side dia…kalau tidak dapat mengawal diri boleh menurunkan ‘productivity’ sebagai muslim atau sebagai manusia.
Respond to this comment [with empathy]
Leokid reply on September 15th, 2009 3:49 pm:
@Hadeed,
Benda apa pun, kalau tak dapat mengawal diri tetap boleh menurunkan ‘productivity’ sebagai muslim atau sebagai manusia
makan..
tido..
rehat..
berhibur..
Kuncinya bukan pada frasa “Facebook” tetapi pada frasa “mengawal diri”
Respond to this comment [with empathy]
rohul reply on September 15th, 2009 8:46 pm:
@Leokid, tido itu adalaha hobi saya juga
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam ustaz,
Saya minta keizinan untuk copy article ini dan menyebarkan kepada rakan2 off
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam..
ustaz…
sy ader satu kemusykilan..
maksudnya x pe ke kalau kte ader account dlm facebook?..
kirenyer terpulanglah kpd kte sameda ingin memanfaatkan aplikasi tu dgn bermanfaat atau x kan…
perkuke sy menamatkan acc facebook sy jika ader yg kate facebook menyumbang kpd kemusnahan saudar2 kte di palestin..
syukrab jazilan..
minta pendapat ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 15th, 2009 4:19 pm:
@salju damascus,
wsalam.
Aik! Bukankah keseluruhan artikel ini ialah pada menjawab soalan itu?
*garu kepala*
Respond to this comment [with empathy]
rohul reply on September 15th, 2009 8:48 pm:
@Abu Saif, Well, not every people is astute enough to read between the lines. The genius Richard Feymann (Jews) did successfully in maths and physics but failed terribly in history and english.
I’m not genius either
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on September 15th, 2009 9:54 pm:
@salju damascus,
kurang faham selalu berpunca sbb:
1. baca laju sangat
2. baca sekali sahaja
3. byk guna perkataan yg asing spt english/arabic words
4. bahasa artiel yg sgt tinggi sehingga otak gagal utk faham
5. masih tidak biasa dgn gaya penulisan dan peribadi sipenulis aka Abu Saif.
inshaAllah, entri di atas taklah seheavy mana. kalau ye pun maybe di bahagian dalil2 di atas.
seelok2nya sapa yg kurang faham entri/ artikel ustaz, kena baca balik 2-3 kali artikel.
selamat membaca dan jgn putus asa.
Respond to this comment [with empathy]
irshadian reply on September 22nd, 2009 12:45 am:
@ummusaif, ya benar, kena baca dengan tenang dan tidak lompat mencari point yang direct sahaja.
setiap susunan kata-kata dan bahasa yang ditulis ustaz memang saya akan baca 2x sbb ia tak sama bahasa bila baca buku mikrobiologi.
Respond to this comment [with empathy]
irshadian reply on September 22nd, 2009 12:49 am:
@irshadian, juga elakkan amalan membaca tajuk kemudian lihat di perenggan akhir seperti “fb haram, tinggalkan” atau “fb halal, tiada bukti sokong zionis”.
sebab tu akhir sekali kita diJAK merenung iman diri, mudah-mudahan kita dalam golongan berfikir.
teruskan membaca tanpa putus asa.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam
ustaz..
kupasan yg sgt ana nnti2 kan..n ana setuju dgn ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam..realitiya ramai pengguna facebook di Malaysia mengalami ketagihan yang ekstrim..
sama-sama manfaatkan penggunaan FaceBook dengan benda yg lebih bermanfaat.
terima kasih ustaz atas kupasan yg sgt berguna.
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on September 16th, 2009 6:50 am:
@zanuara,
budaya kita orang Malaysia memang “cepat ketagih”.
Ketagih apa.. macam2 ada, social network ni memang topik kegemaran la. blog pun bleh jadi, YM dan MSN pun sama. keh3.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz dan ummusaif,
fb – baru nak belajar
____
Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s: nak duit raya pakcik Ja ..
pinta anak-anakku ..hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salaam,
puas baca pandangan ustaz ttg facebook.
ustaz pernah x komen pasal rotary club dan lions club?(drpd beberapa sumber katanya kelab2 ni dari gerakan freemason,antaranya buku “gerakan freemasonry” karangan Hj.Nik Azran dan Hj.Mohd Mahadi).sekarang banyak juga student yang sambung belajar apply scholar kelab rotary.
teringin benar nak tahu apa hukumnya?
Respond to this comment [with empathy]
ummu kifah reply on September 15th, 2009 9:09 pm:
@abdullah,
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam , saya memohon kebenaran penulis untuk berkongsi artikel bersama kawan2 … moga dapat dimanfaatkan … terima kasih
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Stp sesuatu perbuatan bergantung kpd NIAT.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam,saya juga boikot barangan yahudi dan amerika…tapi setelah saya diberitahu tentang MENGHARAMKAN APA YANG HALAL DAN MENGHALALKAN APA YANG HARAM, saya jadi keliru…jadi adakah perlu saya memboikot barangan yahudi walaupun company itu tidak menyumbang pada rejim zionis di Palestin…Boleh kah beritahu saya tentang hukum memboikot barangan yahudi dan amerika samad company2 itu meyumbang kepada rejim zionis atau tidak. Saya mengharapkan ada sesiapa yang bleh bantu saya…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
@abdullah,
salam,
saya pun ingin tahu ttg kebenaran Lions club, sebab di UK ni ramai malay join as charity programme. Cuma yg dapat saya nasihatkan, alangkah baiknya kalau kita yg muslim ni join islamic charity organisation, rather than Lions club. Cuma perlukan kesahihan ttg Lions club sebagai platform yahudi.
Jzkk
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
askm ustaz..terima kasih atas perkongsian ilmu..saya mengambil kata2 rakan saya..biarlah berkawan seorang yang kita kenal daripada berkawan beribu sedangkan satupun kita tak kenal di FB ni…mmg ada benarnya kan..jadi pilih lah networking yg kita selesa daripada kita add yg ntah sape2..dan yg pasti jgn sampai melalaikan urusan kita dengan Tuhan…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
There is an alternative to facebook called Salam (http://sal.am), it’s an Muslim social network Facebook with segregation.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Alhamdulillah, bersyukur sangat..segala persoalan, terlerai sudah dengan kupasan mendalam dari ustaz lagi..
Bersyukur juga, apa yg ustaz tulis byk yg memang saya praktikkan sebagai disiplin sepanjang penggunaan facebook / email.
justeru jom, kita ignore je kuiz ke game ke apa2lah yg tak penting + jom do not simply forwarding our email by just clicking to all recipients…be responsible to our reply / forward email..!!!
wassalam..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Syabas Ustaz,artikel menarik…:)
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
ustaz…
i juz love to see the last paragraph…
“kalau tak dapat kawal…jus leave it!!”
as simple as that…hope people got that point…:)
heppy hari raya to all Muslims…:)
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
muslim international network http://sal.am
muslim local network
http://www.nasyidfm.my
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on September 16th, 2009 12:38 pm:
@yati,
sudah usha, tapi tak abis belek, akan dinilai,
tapi ada satu perkara yang berbeza dengan facebook, bila ditanya pasal gender, secara automatik akan masuk NETWORK “brother”.
Maknanya tak ada bercampur2lah, kan? uih, ikhtilat terjaga, anak suka, ibu setuju.
ps: kena add ke network sister kalau mahu menjadi ahli?.. hurm.. tak perlu gamaknya.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Semoga kita tidak lalai dengan FB atau FS atau Twitter…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam..
aiwah..kupasan yg mmg best!! mabruk ustz.
peliks juge kkdg.. rmai dok promo msuklaa fb.. myspace.. dll.
bru je dftr fb..nthla..mls nk update. byknnye benda lain nk update..huhu..
apepun.. gunekan AKAL utk berfikir ..amalkan ILMU di jalan yg lurus.. jgn smpai tersasar lalu terjebak ke lembah lagho semata.huhu..
tuntasnye, gunakan cabang elektronik ni utk jln yg sewajarnye. think how to be creative to deliver dakwah
insyaallah Allah will help for those who wanna helps themselves… think out of the box..ehhee..
wallahu’alam..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustaz. well said. terasa jugak dibuatnya. haha. mana taknya, saya dulu pun pernah hampir ke tahap ketagih Facebook dek kerana aplikasi2, games dan kuiz yang ada dlm Facebook ni. Tp, skrg ni terkawal la sikit.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
selamat hari raya aidilfitri 1430h
maaf zahir batin
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
tenqiu tenqiu..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Pada pemuda-pemuda, busan la aku tengok korang main kejadah facebook ke ape ke, ala kulli hal korang memang buang masa, nak MEMBERI pun bio la ada BARANGNYA, cukup2 la, jgn jadikan dakwah sebagai jalan untuk korang bersosial, ish sakitnya hati aku…….
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
assalamualaikum ustaz…
saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan sedikit hujah ustaz..
bg sy,sy tdk memboikot semua produk yahudi..
tapi sy memboikot produk yahudi yg dikatakan menyumbg kpd pepergn di gaza shj..
sungguh pun tdk pasti adakah bnr atau tdk sebahagian produk2 itu bnr2 menyumbg,tp lgkh pertama utk memboikot perlu di ambil jg…
sbb klu kita nak bukti bnr2 pasti,smp bila pun xda ustaz…kna pk juga dunia skang ni menindas islam,maka dlm apa jua perkara,keburukan yahudi sedaya upy akn disembunyikan..
jd bg sy,klu nak tgg bukti kukuh bnr br nak bertindak memboikot,dah ckup byk sumbgn pd kematian gaza tu..
dan bg sy,xkan la semua org tahu memfitnah n buruk2kan sj…xkan semua nak fitnah produk yahudi tu bntu perang sj ustaz..klu xda angin,masakan pokok bergoyang…
tgk sj kfc,mcd,pizza hut…walaupun pelajar2 pemakanan universiti2 kita telah mengkaji ada unsur tdk halal sekaligus sumbgn kpd gaza(kfc),namun ats dsr toleransi agm d malaysia,tdk dihebahkan di media..natijahnya,org kita tdk percaya krn tiada bukti kukuh?..nak tgg sekukuh diberi lampiran keputusan ujikaji bru nak percaya kah?sy percaya,perkara spt itu,sgt sukar utk di lancarkan di malaysia ats dsr kerajaan kita yg kalis ni..
sy hrp ustaz dpt email sy dan berbincg dgn lbih lanjut…id tu juga id ym sy…krn,byk pihak merujuk artikel ustaz ni ttg facebook,smp ada yg fhm bhw kita x perlu boikot apa2 produk yahudi..besar ksnnya tu ustaz…n mgkin boleh difikir,beberapa org shbt sy yg menjadikan facebook sbg medan dakwah,tlh di padam akaunnya…mgkin boleh difikir sjnak…
maafkan jika terkasar bhs…sy hya seorg pelajar yg ingin berbincg berdsrkan pemerhatian sy…
wassalam..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 18th, 2009 5:46 am:
@stonez145,
Salam.
Secebis pengalaman semasa bermastautin di Ireland Utara, kami kaum Muslim bersama kelompok Kristian Katholik di dalam Irish Palestinian Solidarity Campaign bekerja keras mengadakan demonstrasi dan kempen-kempen menentang propaganda pro-Zionist yang berada di mainstream. Jika isu boikot timbul, maka secara intensifnya kami ketika itu memboikot Mark n Spencer yang terang-terangan pro-Zionist.
Bagaimana pula dengan pasaraya lain seperti Tesco dan Sainsbury?
Memboikot hanya kerana ia Yahudi, bukan cara kami.
Di England, misalnya di Newcastle, kaum Muslim semasa mahu mendapatkan vaksin yang halal, ramai yang memilih vaksin Yahudi yang Kosher berbanding dengan vaksin yang dikatakan halal sebab Yahudi yang lebih komited dengan agamanya itu, taraf koshernya lebih meyakinkan berbanding dengan vaksin yang didakwa halal tetapi taraf kehalalannya sangat diragukan.
Di Malaysia, kalau timbul soal ’sembelihan ahli kitab’ atau ‘lelaki muslim kahwin dengan ahli kitab’, selalunya kita akan terus kepada konklusi ‘MANA BOLEH?’. Alasannya, Ahli Kitab sudah tiada sebab kitab sudah tiada. Kitab yang ada sudah terseleweng.
Kita terlupa bahawa semasa ayat keharusan makan sembelihan ahli kitab dan lelaki muslim mengahwini wanita kitabiyyah, ketika itu kitab taurat dan injil sudah pun sedia rosak dan terseleweng. oleh itu, penentuan ada atau tidak ada ahli kitab, bukanlah pada sudut itu.
Point utama saya ialah, Yahudi mungkin teori kepada kita, maka idea kita tentang Yahudi dibuat secara yang agak superficial tanpa memikirkan realistik atau tidaknya idea itu, sebab Yahudi tiada dalam kehidupan seharian kita.
Tetapi jika Yahudi itu ialah jiran kita, pensyarah kita, doktor kita, dan sebahagian daripada kehidupan kita (khususnya bagi yang duduk serta bekerja di Barat), maka perspektif kita mengenainya berbeza.
Asas ini memisahkan dua kelompok. Satu kelompok boikot McD dan KFC sekali gus. Kelompok kedua boikot McD tetapi tidak boikot KFC. Asasnya, ialah seperti point di atas.
Soal boikot, saya sudah tulis di sini:
http://saifulislam.com/?p=4483
http://saifulislam.com/?p=4463
p/s: sedikit permintaan, khususnya komen yang mengajak kepada diskusi, kalau dapat, ejalah dalam ejaan penuh. ia akan lebih mentertibkan koordinasi tangan, mata, minda dan hati, serta lebih mengasihani orang tua-tua seperti saya. terima kasih
Respond to this comment [with empathy]
Muhammad reply on October 9th, 2009 1:09 pm:
ana sokong enta, sila baca komen saya di bawah.Jazakallah.
Respond to this comment [with empathy]
Muhammad reply on October 9th, 2009 1:10 pm:
ana sokong enta.sila beri email enta dan ana akan postkan artikel karangan ana untuk enta fikirkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
saya stuju ustaz!(merujuk pada ayat-ayat terakhir)
nak tanya:
1.kuiz itu jika sekadar sekali sekala dan suka-suka main salah tak ustaz? (sebab saya main hanya bila TERAMAT bosan)
2. saya juga tak suka tag merepek-repek tapi banyak sangat orang suka tag. (sampai tak larat nak layan dah- maksud: untagged)
syukran!
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
aslmkm ustaz.
saya ada baca berkenaan facebook yang ada hubungan dengan cia dan mereka detect orang2 yang penting dalam negara kita thru fb. maksudnya, fb sebagai salah satu ejen risikan mereka untuk menghancurkan negara Islam.wal’iyazubillah..
macam mana pula tu ye?
Kalau kita fikir, memang logik diorang ada tujuan macam tu sebab sebelum ni pun memang banyak usaha diorang yang terlalu bersungguh-sungguh menjatuhkan Islam.
cumanya, pemikiran macam ni kelihatan agak paranoid.
sekian,ws.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salaam,
Ustaz, saya pun nak minta izin untuk copy dan paste ke blog saya.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Terima kasih ustaz atas perkongsian yang baik tentang facebook.Saya pun baru berjinak-jinak dengan facebook ni.
Betul memang kalau kita terlalu layan aplikasi-aplikasi seperti kuiz,game dan sebagainya,kita akan terleka.
lebih baik kita tumpukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermafaat seperti berdakwah,bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan sebagainya.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam ustaz
So, adakah tindakan seseorang untuk ban facebook atas alasan berjaga-jaga, kemungkinan benar dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, mengheret kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL?
“idea ini juga boleh digunakan untuk menjustifikasikan keharusan membunuh yahudi di mana sahaja dan bukan hanya yahudi di medan perang bernama Palestin.”
Tetapi semestinya langkah berjaga-jaga ban facebook, tidak sama dgn langkah berjaga-jaga membunuh yahudi di mana sahaja kerana dikhuatiri mereka akan menghancurkan umat Islam.
Harap penjelasan daripada ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ust mintak izin copy artikel ni.. time kasih , buat manfaat sume dn buat sy yg baru blaja
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
syukran jiddan ustaz..saya dalam dilema sama ada nk delete account facebook atau tidak kerana dkaitkan dgn rejim zionis untuk menganiaya umat Islam di Gaza,kerana facebook merupakan antara wadah terbaik bg sy untuk menyampaikan dakwah.trm kasih atas penjelasan ustaz d atas
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
salam ustadz,
huraian yang baik…
sepertinya yang sedang sy usahakan (terutamanya x main games2/ quiz2 yang x penting dan selalu ignore jemputan yang x penting2…)
“Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.”
Jazakallah atas nasihat~
***
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Salam,
Terima kasih atas tulisan Ustaz yang bermunafaat ini.
Saya ingin memanjangkan tip bagaimana untuk guna FB dgn selamat dan bantu kita mengawal “sampah sarap” dari mengganggu kita.
Dari http://www.mercola.com:
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/09/29/10-Solid-Tips-to-Safeguard-Your-Facebook-Privacy.aspx
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Assalamualaikum ustaz. minta kebenran copy artikel ini untuk dimasukkan dalam link facebook saya..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Assalamualaikum ustaz
Nice and in depth article. Saya mohon untuk copy article ni dalam facebook saya. Syukran
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
terima kasih ustaz, penerangan yg bagus. keraguan saya terjawab akhirnye.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
mungkin sebab ustaz pakai fb, jadi ade kemungkinan ustaz mengeluarkan pro n con untuk memuaskan semua pihak dan ustaz sendiri.( kerana kebanyakan mereka yg tiada fb tidak same pemikirannya seperti yg ada fb)
barangkali, ustaz perlu mengkaji lebih tentang yahudi, siapa bangsa ini dan mengapa bangsa ini di kelar, ditindas zaman berzaman.dalil ustaz betul, tetapi bg sy, kita perlu mengikut kesesuaian dalil itu mendasari kronologi masyarakat dan keadaan dunia mutakhir.
mmg, islam tidak membenarkan perkauman, tetapi ustaz harus ingat, yahudi itu semakin hebat dan semakin berleluasa dan kita semakin tunduk. Hadis itu sendiri keluar sebelum wujudnya era Freemason dan Zionisme, 200 tahun dahulu di Barat.
tidak salah berurusan Muamalat dgn mereka, tetapi, menjadi hakikat dan kefahaman yang diperakui, anda pakai facebook anda menguntungkan yahudi.Kene tahu, yahudi ni macam mana dan ape matlamat mereka dlm memonopoli dunia.
saya hanya berpendapat, perlu ade rase empati, sensitif pd palestin yg lebih dari seratus tahun di kejar, ditumbangkan kerajaan bani uthmaniah dan akhirnya, tanpa putus asa palestin dirampas hampir 70 tahun.
ustaz mungkin xberapa consider sebb ustza sendiri berfacebook, saya jujurnya malu dan dendam pd yahudi dan tidak akan sekali menguntungkan yahudi walau apapun faktor baik dari segi kemaslahatan dan kemudharatan.Bacalah Zionisme:Orde Barat Menghancurkan Islam. Saya minta maaf kerana pendapat bukan satu dan pendapat tdk semestinya disokong semua.Tiada fb tidak semestinya tiada pilihan. sila kaji tentang yahudi, pembinaan israel dan sejarah yahudi dan facebook serta matlamat dan rancangan mereka. Minta maaf kerana golongan bkn ustaz pun bole bg pendapat yg bole di fikirkan.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 9th, 2009 1:57 pm:
Memberikan pendapat untuk memuaskan diri sendiri dan orang lain yang ber’facebook’ adalah perkataan yang lembut di gigi dan lidah tetapi amat berat pada maksud dan implikasinya. Ia bermaksud saya menulis dan menggunakan nas untuk hawa nafsu.
Jika benar saya memberi pandangan kerana mahu mentaati nafsu, termasuklah saya di dalam firman Allah SWT Surah Al-Jaatsiyah ayat 26:
Janganlah kita biasakan membuat kritikan terhadap apa yang berada di dalam hati manusia kerana hanya Allah jua yang berhak dan Maha Mampu untuk berbuat demikian. Penilaian kita juga akan dinilai oleh-Nya nanti.
Kronologi sejarah tidak akan lupa bahawa fasad Yahudi di era Anbiya’ hatta di zaman Junjungan Muhammad sallallaah alayhi wa sallam sangat hebat dan fasad itu berterusan hingga ke pasca establishment Freemason dan Zionis. Namun turunnya nas semuanya cukup lengkap untuk mengatur muamalah Muslim dan Yahudi sama ada dalam suasana aman atau pun perang.
Jika ada artikel lain yang ditulis, tulislah untuk semua tanpa perlu mengemailnya kepada saya. Saya tidak mahu mengambil apa-apa perbezaan ke peringkat peribadi.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 9th, 2009 2:00 pm:
Sya tidak berapa consider sejarah tumbangnya Othmaniyyah, terlepasnya Palestin ke tangan Yahudi?
Allahu Allahu, berat sungguh kalam ini
Respond to this comment [with empathy]
LittleCaliph reply on December 2nd, 2009 1:27 am:
@Abu Saif,
Bila sentimen menguasai diri, jadilah polemik yang tidak berkesudahan.
Dalil tolak tepi, ketelusan di bawah kaki – semoga kita lebih dahulu menyelidik sebelum menghukum.
Respond to this comment [with empathy]
lili reply on November 19th, 2009 7:07 pm:
@Muhammad,
tp ade jugak yahudi peluk islam..
menariknya ciptaan Allah ni, pelbagai jenis manusia & cara berfikir.
Ok lah saje je nk tulis2,
wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
usyar ini..
http://www.niknasri.com/?p=405
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salaamualaikum ustaz..
Saya ingin meminta kebenaran ustaz utk copy artikel ustaz ne sbb sye nak share ngan kengkwan..
Jazakumullah
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
assalamuaalaikum ustaz bleh x sye nk tanye camner empayar uthmaniyyah tu tertegak?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Assalamualaikum, ustaz minta izin mahu linkkan artikel ni di blog saya…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
top notch
jangan sampai ketagih
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Assalamualaikum Tuan.
Terima kasih untuk perkongsian maklumat yang diberi. Ia membantu saya untuk menegur beberapa rakan sekerja yang mula leka ber’facebook’ hingga cuai melaksanakan tugas hakiki mereka.
Terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
terime kasih ustaz.. sekarang saye sudah berase jelas.. Terime kasih sangat2..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
thanks ustaz for the sharing and deep explaination.. byk yg kabur kini semakin jelas.. betul la kate org.. makin kita belajar, makin byk benda yg kite tak tau…. sy mohon izin utk share setiap article dr ustaz kpd kwn2 saye.. smoga saya dan yg lain2 mendapat hidayah dan Rahmat ALLAH!!
TAKBIR!!! TAKBIR!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Salam..
saya minta izin link blog ustaz ye..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Salam…minta izin utk meletakkan article ustaz ini ke dlm blog sya utk panduan pengunjung terutama anak-anak & rakan-rakan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
assalamualaikum w.b.t…
alhamdulillah..
sy berpeluang ziarah blog ustaz ni…
sgguh bernas ape y ustaz tulis…
moge2 jd pnduan dan igtan kite sume…
sy br bc bku ustaz..’Rahsia Bau Pohon Tin..’ srnok novel travelog 2…syukran jazillan
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..akhirnya saya berjaya menemui artikel sebegini yg mengupas isu dana keuntungan fb dgn lebih terpernci.Rata2 artikel yg sy jumpa banyk mngupas tntg isu lain.Byk persoalan dpt dijwb dlm artikel ini.terima kasih ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
bagus blog ni…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam.. nak tanya.
Adakah pihak KFC di Malaysia juga turut menyumbang untuk memerangi umat Islam?
Respond to this comment [with empathy]
Hadeed reply on November 19th, 2009 9:05 am:
@lili, Lili, setahu saya, tidak.
KFC Malaysia dan Pizza Hut Malaysia adalah anak syarikat QSR Brand.
Pemilik QSR Brand antaranya ialah
-Kulim (M) Bhd
-Lembaga Tabung Haji
WALLAHua’laam.
p/s: Boleh google KFC Malaysia, Pizza Hut, QSR Brand or Kulim Malaysia (atau TAN SRI DATO’ MUHAMMAD ALI
BIN HASHIM) for further info.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
sebetulnya semua “makanan segera” tak kiralah apa namanya – ayamas, kfc, macd, marry brown, nescafe, magie, mr potato, roti putih … sekadar beberapa contoh adalah merbahaya kepada kesihatan.
malah obat gigi colgate dengan logo besar halal juga mengandungi racun toksid berbahaya bernama florida.
pointnya disini ialah ‘kesihatan’.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Terima kasih kpd Hadeed dan sss kerana sudi mjawab ptanyaan saya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamualaikum wbt.
Boleh sy dan teman2 sy mendapatkan statement yg padat lagi kukuh kenapa Facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? [http://eramuslim.com]
*Sy rasa adalah tidak wajar bagi mempertikaikan kenyataan didalam artikel majalah Al-Islam tanpa mengkaji selidik keseluruhan setiap msg yg cuba ingin disampaikan kepada para pembaca.
*Jika ingin menyentuh halal dan haram, pada pendapat saya facebook terang2 membantu pihak yahudi dlm pembunuhan kejam umat Islam di palestin.
*Keuntungan yg diperolehi Facebook boleh dilihat dgn terang, jelas dan nyata melalui setiap iklan/advert yg disediakan kepada seluruh pengguna tanpa pertikaian.
*Jika hanya tepuk dada tanya Iman masing2, apakah tujuan artikel ini dikeluarkan jika seseorang individu itu ingin mencari satu kebenaran yg tepat dan jelas jika msg yg cuba disampaikan juga seperti “belalang.
Sekian, wslm…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
terima kasih..ustaz..semoga ustaz dilindungai Allah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamualaikum ya Ustaz..berkenaan dgn article yang diterbitkan olh mjalah Al-Islam lalu, telah membuatkan saye terfikir ade benar seperti ape yang didakwa didalm tersebut, walaubgiamanpun bukan lah saye meberi kepercyaan 100%.
Sebagimana yang ustaz nyatakan , tiada bkti pun ynag menunjukkan keuntungn melalui Facee book tersebut di salurkan untuk membunuh, rakyat Palestin di sana.
Walaubagaimanapun ustaz, ini hanyalah sekadar pandangan saye, melihat kepada trend anak-anak muda mngenai permainan FB @ tagged, @ Friendster, amatlah mengundang risiko kepda penylhgnaan bende alah ini.
Maka tiadalah unsur untuk membuat kebaikan. Dan perlu diketahui jga, melihat kepada pengasasan dan permulaan wujudnya FB ini adalah dari kalangan orng yang beragama yahudi, yang semmangnya mempunyai fikiran yang terlalu terbuka, yng x tahu halal atau haramnya,..Ya..memang diwujudkan ade bertujuan yang baik..mungkin…
walaubagaimanapun, disebabkan ketidak keterbatasannya itu, menyebabkan anak-nak muda terutamanya, lbih bnyk mnggunakan kepada perkra x baik..
Bagi mereka yang pandai mnggunakannya, cth seperti tujuan dakwah atau sebginya, ia memng sgt berguna kerana ia diguna pada laluan yang BENAR, namun, pada mereka yng x ada hala tuju an, dan sekadr ingn bersuka2 ,ia sgt mngundg risiko trjebaknye kepada maksiat malahan boleh menjadi haram.
Secara peribadinya,pada saye, smemngnye pade mereka yang aggp permainan sebgai biase2, ia x ape2, namun apabila semakin leka dan lalai ia akan lari daripada tujuannya.
memang benar saye sgt bersetuju dengn ustaz perlu menggunakannya pada laluan yang btul, namun, x semua orang mempunyai kekuatan yang sama.
Persoalan yang bermain dalam fkiran, pada mereka yang terlalu ketagih dalam mencari keseronokan di dalam FB, adakah instrument lain yang lebih mencorakkan kepada perihal keagamaan tanpa ada diseliti sebarang unsur hiburan dan keseronokan yang melekakakn?Harapan mungkn satu hari nanti orang Islam bakal mempelopori kecanggihan dalam alam maya..bersaing dengn orang yahudi..
Ayuh..umat Islam..jgnlah kita terpedaya dengan propaganda yang melalikan da akhirnya kita terjerumus kepda kelalaian…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
Salam… info yang amat berguna. Mohon diberi kebenaran utk post artikel ini di blog.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
jazakallahukairankasira..
trime kasih atas pnddhan ustaz…
scra jujurnye sye sndiri terikut2 dgn aplikasi yg dsediakan…
smge sye dpt merubahnye..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
izinkan saye utk ambil artikel nie utk bg kat adk badek & kwn2 saye..
mekaseh
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
Salam ustaz,
sangat bgs… sekaligus meleraikan kekusutan diminda
Saya minta keizinan untuk copy article ini dan menyebarkan kepada rakan2
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
Assalamualaikum ustaz…
Sekadar untuk berkongsi….
Aman ada kumpul sedikit sebanyak keburukan facebook yang dipaparkan dalam news paper…
so…
moga dapat berkongsi dengan pembaca lain…
http://aman.via.my/2010/01/ada-apa-dengan-facebook.html
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Ustaz Salman Maskuri jawab Ustaz Hasrizal.
1.MUKADDIMAH
Saya ada menerima foward mesej yang menunjukkan kepada artikel tentang face book. Saya tidak mahu membincangkan adakah ia adakah face book itu yahudi atau pun bukan dan apakah hukum menggunakan face book. Namun mata saya terpaku pada kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi:
“Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.”
Saya agak terkejut dengan kenyataan dari pendakwah terkemuka di malaysia ini. Ini kerana kenyataan ini telah bertentangan dengan ulama-ulama di seluruh dunia. Oleh itu disini saya ingin mengemukakan pandangan ulama terhadap boikot barangan Amerika dan Israel.
2. BOIKOT ADALAH SENJATA DI ZAMAN NABI
Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ????? ?? ???? yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:
????? ?? ?????? ?? ??????? ??? ???? ??? ???? ???? ???? ???? ??? ???? ???? ????
“Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan.”
Hadis SAHIH Bukhari Muslim.
Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.
Dalam hadis lain menyebut:
?????? ??? ???? ???? ????? ??? ??? ??? ???? ???? ?????? ??? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ??????? ???????? ?? ???? ??? ????? ?? ???? ????? ??? ?????? ???? ???? ???? ??? ???? ???? ????
” Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka.”
hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.
INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TERHADAP PENSYARIATAN BOIKOT TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM. KALAULAH ORANG MUSYRIKIN MASIH MENINDAS NABI DAN PARA SAHABAT KETIKA ITU MESTILAH NABI SAW AKAN MENERUSKAN PEMBOIKOTAN ITU.
3. MELEMAHKAN EKONOMI MUSUH ISLAM ADALAH SUNNAH NABI
Cara melemahkan ekonomi musuh yang dilakukan pada zaman Nabi saw ada dua cara.
Cara pertama:
Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.
Cara kedua: Dengan DOa
Nabi saw telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:
??????????? ????????? ?????????? ???????? ???????? ????????
“Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka ?tujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau).”
Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: “Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini.”
Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.
4. MEMANGLAH ASAL BERMUAMALAH DENGAN MERKA ITU HALAL TAPI IA BERUBAH DENGAN KEADAAN
Pihak yang tidak mahu memboikot menyatakan bahawa tidak perlu boikot kerana Nabi saw juga bermuamalah dengan orang yahudi. Ini memang jelas bahawa kita boleh berusan dengan orang kafir tidak kira apa agama sekalipun. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan kemanusian. Ini jelas melalui Firman Allah swt:
“ALlah tidak melarangkamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 kafir yang tidak memerangimu kerana agamamu dan tidak mengusirmu dr kampung halamanmu.ssghnya ALLAH mencintai org2 yg berlaku adil.” (8 : al-Mumtahanah)
Namun dalam ayat seterusnya menjelaskan kita dilarang untuk berbaik dengan orang yang memerangi dan mengusir umat Islam. Firman Allah swt:
“ssghnya Allah hanya melarangkamu menjdkan org2 yg memerangi mu kerana agama mu dan mengusir mu dr kampung halamanmu dan membantu utk mengusir mu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka).barangsiapa yg menjdkan mereka sbg kawan ,mereka itulah org yg zalim.” (9: al-Mumtahanah)
Penindasan dan kezaliman Israel dan Amerika terhadap umat Islam adalah perkara yang amat jelas. Oleh itu kita jangan bermudah-mudah untuk keluarkan hukum. Setiap keadaan dan masa itu mempunyai hukum yang tersendiri. Kita hendaklah menyerahkannya pada Ulama.
5. PANDANGAN ULAMA TERHADAP BOIKOT
Para ulama seluruh dunia menyatakan kewajipan boikot baragan Yahudi dan Israel. Diantaranya ialah Bekas mufti Mesir Dr Nasr Farid al-Wasil, Ulama saudi albani dan syeikh Abdullah Jibrin, ulama Lubanan Syeikh Faisal Maului, Ulama-ulama India dan yang paling tegas ialah ulama haraki DR YUSUF QARDAWI.
Dr Yusuf Qardawi berkata:
“Diantara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih2). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah dianggap peluru yang menembusi dada2 saudara2 dan anak2 kita di palestin.
Oleh kerana yang demikian wajib atas kita untuk tidak membantu musuh-musuh yang menindas Umat Islam dengan membeli barangam mereka. Ini kerana ia termasuk dalam perkara membantu diatas perkara permusuhan dan dosa.
Barang-barang buatan Amerika seumpama barang-barang Israel dari segi wajib diboikot. Pada hari ini Amerika adalah Israel yang kedua.”
5. KESIMPULAN
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebaranian seorang Doktor dari Jordan yang telah meletupkan dirinya di Afghanistan yang membunuh tujuh pegawai perisikan Amerika CIA. Umurnya masih muda (30an) dan mempunyai isteri yang cantik (orang turki). Doktor ini sanggup mengorbankan jiwanya demi Islam tetapi mengapa kita tidak mampu walau hanya dengan memboikot barangan musuh Islam kerana tuntutan Nafsu. Firman Allah swt:
“Maka kamu akan lihat orang-orang yang berpenyakit nifak dalam hati mereka segera menjadikan orang-orang yahudi dan nasrani sebagai teman dan membantu mereka, mereka berkata sebagai alasan “Kami takut akan ditimpa bencana atau mereka mengalahkan orang-orang Islam.” Maka pastilah Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam atau Allah akan memusnahkan orang-orang yahudi dan nasrani yang menyebabkan orang-orang munafik itu menyesal terhadap apa yang mereka lakukan (menolong yahudi dan nasrani).” (52 : al-Maidah)
JADI JELAS DARI AYAT INI MEMBANTU YAHUDI DAN NASRANI YANG MEMUSUHI DAN MENINDAS UMAT ISLAM ADALAH PERBUATAN ORANG-ORANG MUNAFIK.
Rujukan: al-Quran , al-Muqataah as-Syariyyah wa Dawabitul Mumarasah oleh Dr Khalid Abdul Qadir dan Fatawa min Ajli Palastin oleh Dr Yusuf Qardawi.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 15th, 2010 8:30 am:
@ibnu ali,
Assalamualaikum WBT.
Memisahkan satu perenggan tulisan saya daripada keseluruhan konteks, telah mengurangkan keadilan dalam memberikan ulasan serta pandangan.
Menggunakan perenggan itu untuk membina gambaran bahawa saya menolak senjata boikot, adalah sangat bersalahan dengan pendirian konsisten saya berkenaan boikot.
Berikut adalah artikel-artikel saya berkaitan boikot:
SIKAP TERHADAP JIHAD EKONOMI http://saifulislam.com/?p=4475
DADAH YANG SATU INI http://saifulislam.com/?p=4463
TIDAK BERSIH ISLAM DENGAN KOTOR MUSLIM http://saifulislam.com/?p=1684
SUDAH TERANGKATKAH KEWAJIPAN DAKWAHMU? http://saifulislam.com/?p=1715
Ada beberapa lagi artikel yang boleh dirujuk di blog saya.
Sebagai seorang manusia yang beriman dengan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi dalam masa yang sama pernah menjadi ahli mastautin di negara Eropah dan berurusan secara langsung dengan subjek boikot, saya memilih BOIKOT SELEKTIF dan bukan BOIKOT SEGALA-GALANYA SECARA MUTLAQ.
Mohon lebih teliti dalam melihat sebuah pendirian sebelum diperpanjangkan huraian nas pada sesuatu yang lari daripada konteks asal.
Salam hormat
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam..isu ini memang selalu saya baca..tentang pengharaman facebook dan yang seangkatan dengannya..tetapi, pada saya, saya menggunakan facebook untuk mengukuhkan jaringan social yang saya ada kerana saya seorang yang tidak begitu pandai bersosial.
jadi sekurang2nya dengan ada facebook insyaAllah hubungan saya dengan kawan2 yang saya kenal tidak terputus dan dapat berkongsi pengalaman2 melalui gambar2 yang di upload.
bukan itu saja, kami sekelas menggunakan facebook untuk menyampaikan update2 dan maklumat2 tentang kelas..percuma dan boleh disebarkan pada semua dengan mudah.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Terima kasih ustaz atas balasan.
Ana cuma menyampaikan apa yang terperasan.
Ana lupa nak bagi sumber url dia:
http://akhisalman.blogspot.com/2010/01/memboikot-barangan-israel-dan-amerika.html
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on January 16th, 2010 4:06 am:
@ibnu ali,
Assalamualaikum,
Terima kasih atas maklumat yang diforwardkan, saya dapati ia bermanfaat juga dalam menyeimbangkan entry ini yang diterima kebanyakan orang tentang Facebook.
Saya berpandangan seandainya saudara/ri tidak menyertakan “ustaz A jawab Ustaz B” dalam komen diatas adalah lebih baik, kerana beberapa faktor.
Ustaz sesama ustaz @ ustazah sesama ustazah saya yakin tiada masalah diantara mereka dalam perbincangan ini, cuma terkadang PEMBACA seperti saya dan semua, segelintirnya apabila melihat perkara seperti ini lagaknya seperti orang menyabung ayam.
“Lawan-lawan!” menang bersorak kampung tergadai.
Sememangnya apa yang ibnu ali kongsikan amat bermanfaat, meskipun tanpa nama ustaznya, ana pasti mesejnya mampu sampai dengan hujah-hujahnya dalam artikel itu sendiri.
Salam ukhwah.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 16th, 2010 4:15 am:
@pali,
Assalamualaikum.
Saya berpandangan, link dan nama ustaz tetap perlu disertakan sebagai amanah ilmu. Sengaja menyembunyikan nama itu atas apa alasan sekali pun bisa menjadi TADLIS seperti yang dikenali di dalam ilmu Hadith.
Justeru apa yang perlu diperbaiki adalah AKHLAQ.
AKHLAQ sesama ilmuan agar berhemah memberikan pandangan tanpa perlu melabel munafiq dan sebagainya.
AKHLAQ sesama pembaca agar dapat membezakan diskusi ilmu dengan pertandingan sabung ayam.
Wallahu A’lam
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on January 16th, 2010 5:06 am:
@Abu Saif,
selamat pagi ustaz, berjaga malamkah?
terima kasih atas respon diatas. Benar isu ini adalah dikalangan pembaca. Saya kira perkara seperti “menyabung ayam “ini tidak dapat dielakkan, atau ia sememangnya lumrah / perkara biasa yang bukan baru lagi.
Saya pernah dinasihatkan (oleh seorang ustaz lain) jika ingin menyampaikan ilmu sesama orang awam (dalam konteks blog ini adalah sesama pengkomen blog), lebih utama adalah sampaikan ilmu (isi teks, dalil, hadith, perawi, rujukan mana) itu dahulu, dan hanya menyampaikan nama ustaz yang memberi pandangan jika diminta.
Ilmu hadith yang lebih serius sememangnya perlu kepada perkara seperti yang ustaz katakan diatas dengan serta merta.
Berbeza pula dengan pandangan seorang ustaz ini jika ingin dibandingkan dengan ustaz yang lain.
Dalam konteks perbincangan ilmiah, saya merasakan yang lebih utama adalah sampaikan ilmu itu dahulu, mungkin ia amat bermanfaat, walaupun datangnya dari mulut sejahat-jahat manusia.
Perkataan “Ustaz A jawab ustaz B”, seperti dalam blog Dr MAZA pun pernah ada “Ustaz Asri jawab Ustaz (anda tahu siapa)” kalau boleh kurangkan penggunaannya dimana-mana sahaja.
Apa yang saya tuliskan tidak semestinya di telan semua. Mungkin saya silap 100%.
anak murid tumpang belajar, kalau salah, tunjukkan aja.
Respond to this comment [with empathy]
ibnu ali reply on January 16th, 2010 7:52 am:
@pali,
Memang saya sertakan dari awal. Cuma Terlupa meletakkan alamat URL-nya sahaja.
Niat sahaja bukanlah nak melaga-lagakan 2 ustaz ni. Bahkan 2 orang ustaz ni antara menjadi rujukan utama saya. Cuma jarak yang membezakan. Apa yang saya mampu dan berkesan selain cara ini?
Saya langsung tak terfikir yang ianya sampai nak melaga2. Kalau ustaz ni jawab ustaz itu. Apa masalah dengan ustaz ni jawab ustaz tu? Ustaz Hasrizal pun jawab dengan baik. Maka saya terima dengan baik.
Supaya tiada Saifulislamisme atau Salmanisme yang pasti kedua2 ustaz ni tak berkenan dengan “suasana” ini.
Wallahua’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam ustaz. Saya sangat terkesan membaca artikel Facebook: Antara Pro dan Kontra ini. Sungguh saya beroleh sesuatu yang bermanfaat daripadanya. Lebih-lebih lagi pada saat jiwa saya kacau-bilau. Saya terpujuk dengan ayat-ayat suci Allah. Kejayaan seorang mukmin pada mereka yang khusyu’ dalam mendirikan solat dan menghindarkan perkara yang melalaikan. Seringkali dalam perjalanan mencari Allah saya tersungkur pada hasutan syaitan dan bisikan hawa nafsu. Semoga artikel ustaz bisa memotivasikan diri yang sering alpa dengan dunia yang sementara ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Betula sangat laa ustaz tang
“Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.”
sampai org bukan islam boleh cakap, tak pandainya (b****nya) org islam, senang2 kena tipu!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 days ago
facebook ni macam kereta juga..kita yang pandu halatujunya..
Respond to this comment [with empathy]