“Ustaz yakin ana boleh buat?” tanya Ridzuan.
“Keyakinan ana tak penting. Apa yang utama ialah keyakinan anta. Anta yakin?” saya membalas soalan beliau.
“Ana yakin!” jawabnya.
“Fatawakkal ‘alallaah…” saya menyudahkan sebuah kesimpulan.
“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya” [Aal ‘Imraan 3: 159]
Ia bukan suatu keputusan yang mudah.
Tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, bersama amanah berupa isteri dan seorang anak, Ridzuan membuat keputusan yang besar. Beliau meninggalkan tanah air untuk berkelana di bumi Syam demi mencari ilmu Allah.
Ummu Saif dan Ummu Isyraq bergambar sebelum perpisahan
Setelah beroleh Diploma, Ridzuan telah lebih awal terjun ke alam pekerjaan di bidang jururunding latihan dan motivasi sebelum saya pulang ke Malaysia lagi. Ketika saya menyertai Fitrah Perkasa Sdn Bhd pada Januari 2005, Ridzuan sudah pun memiliki pengalaman yang jauh lebih baik daripada saya, berbanding usianya yang muda. Kami sama-sama bekerja dan saling bertukar pengalaman serta pengetahuan, kredit besar diberikan kepada para sifu kami di Fitrah Perkasa Sdn Bhd yang tidak pernah jemu mendidik kami dan memberikan kepercayaan untuk menjadi trainer di dalam program-program profesional.
Tetapi pengalaman, kemahiran, kepetahan dan keupayaan melaksanakan modul latihan dan dakwah, tidak memadai. Hati kecil anak muda ini meronta-ronta mahu diisi dengan curahan ilmu Allah melalui sentuhan Alim Ulama’ di Bumi Anbiya’. Sejak sekian lama hasrat ini disuarakan, kekangan sentiasa berupa kewangan kerana bidang Pengajian Islam sering buntu apabila disoal tentang pulangan jika sokongan kewangan dipohon.
Tanpa meminta-minta, sepanjang lebih lima tahun, Ridzuan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.
Ketika dirinya sering diusik rasa gementar dan tidak pasti dengan keinginannya menyambung pelajaran, saya dan seorang lagi regu kami iaitu Ustaz Izham Hasni, tidak putus-putus memberikan beliau semangat.
Jika boleh, mahu sentiasa bersama. Kenangan semasa menghadiri Iftar Tamrin 2008
Teringat kepada pesan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah tentang perlunya seorang trainer mengusahakan peningkatan diri, menambah ilmu dan jangan recycle bahan yang sama sepanjang masa, nasihat yang beliau sampaikan dalam majlis Iftar TAMRIN pada tahun 2008 (1429) menambah lagi semangat Ridzuan untuk menyambung pelajaran.
Pada November 2008, saya telah mengambil keputusan untuk bergerak sendiri dengan menubuhkan sebuah syarikat, Saifulislam Training & Consultancy. Ketika itu, saya berpakat bersama Ridzuan dan Izham untuk menganjurkan KEM HIJRI 2008 dan Alhamdulillah dengan pengalaman masing-masing, program tersebut telah berlangsung seperti yang dirancang. Banyak aspek yang boleh diperbaiki, terutamanya dari segi perancangan kewangan kami. Disebabkan oleh 16 peserta tidak hadir tanpa pemberitahuan, kami mengalami kerugian yang besar tetapi tidak pernah berasa terkilan memandangkan ia kali pertama kami bekerja di dalam satu pasukan.
Januari 2009, Izham Hasni menyertai program J-QAF sebagai guru dan mengajar di Rawang. Ridzuan pula bertugas semua di Fitrah Perkasa Sdn Bhd kerana keadaan di sana lebih menjamin usaha beliau untuk mencukupkan bekalan sebelum berangkat ke Jordan.
Biar pun saya tinggal sendirian mengendalikan Saifulislam Training & Consultancy, namun kami bertiga sering bertemu, bertukar-tukar pendapat, terutamanya Izham Hasni yang sangat teruja menggunakan pengalamannya di bidang motivasi dalam pengajaran beliau di sekolah. Kami sentiasa gembira dengan perkembangan masing-masing.
Setelah segala penat lelah dan bahu membahu, akhirnya pada 14 September 2009, saya dengan perasaan gembira, syukur, sebak dan hiba melepaskan pergi sahabat karib saya, Ustaz Ridzuan Khalin bersama isteri dan anaknya dari KLIA menuju ke Amman via Abu Dhabi.
Berbekalkan diploma beliau, Ustaz Ridzuan Khalin khabarnya diterima untuk terus melanjutkan pelajaran ke tahun 3 di Universiti Mu’tah, tempat saya dan Izham Hasni menadah ilmu suatu ketika dahulu.
Saya tidak pasti, apakah yang mencetuskan linangan air mata yang tidak tertahan semasa melepaskan beliau pergi. Sebahagiannya adalah kerana rindukan tanah Mu’tah yang sudah begitu lama ditinggalkan. Sebahagian yang lain pula adalah kerana mengenangkan tempoh masa yang lama untuk kami berpisah, juga memikirkan banyaknya penat lelah beliau mengumpul bekalan untuk ke sana.
Namun sebahagian yang lain pula adalah kerana mengenangkan hari pertama saya berkelana dahulu, sama seperti Ridzuan… hanya Allah yang tahu apakah yang ada di hadapan perjalanan itu. Akan tetapi saya yakin, dengan hampir 10 tahun pengalaman bekerja dan berdakwah, Ustaz Ridzuan akan sentiasa fokus tentang apa yang perlu dikecapnya selama bermastautin di bumi Syuhada’ Mu’tah itu.
Buat Ustaz Ridzuan Khalin sekeluarga dan sekalian Tetamu Dataran Syam yang bakal mendaftarkan diri di universiti-universiti Jordan, terimalah sekalung pesan azimat dari saya:
TETAMU DATARAN SYAM
Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawanDi celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuanganMedan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarahDi sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakanKetibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamuHatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuahKita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuanganTetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakanSelamat Datang Tetamu Dataran Syam
Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995
Kini saya kembali sendirian.
Masih memikirkan bentuk perkembangan Saifulislam Training & Consultancy untuk dimajukan. Antara hendak melatih dan hendak berlatih, saya sedang mengintai ruang dan peluang.
Salam perjuangan…
p/s: jika ada pembaca yang mengetahui peluang untuk mendapatkan sokongan kewangan bagi membantu sahabat saya ini, juga mereka yang sepertinya, suluhkanlah jalan itu kepada kami wa jazakumullaahu khair al-jazaa’.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











sungguh besar usaha yang dilakukan utk menuntut ilmu ini.terasa kerdil pl memikirkan saya yang berhenti dr sambung pengajian.smg Ustaz Ridzuan terus berjaya dlm lapangan pengajian ini nnt:)
@saffmukmin,
semasa saya belajar di mu’tah dahulu, ada seorang teman yang sudah berusia akhir 40an dengan lapan anak, mengambil cuti tanpa gaji daripada jabatan pelajaran dan terbang ke jordan untuk sambung belajar. akhirnya pulang dengan segulung ijazah dan 9 anak. alhamdulillah…
@Abu Saif, subhannallah..pasti sudah ramai yg menerima manfaatnya dari hasil pljrnnya teman ust shngga skrg..semoga saya dpt meneruskan sml apa yg sy tlh tertinggalkan ini:)jazzakalllah!!
@Abu Saif,
salam aidil fitri.
selama ini jadi pembaca setia yang pasif, terasa nak mencelah…:)
kalau tak salah orang, saya kenal baik dengan ustaz yang abusaif maksudkan. ustaz Yahya, orang perak, menetap di air putih, dekat kamunting.
sekarang pensyarah institut perguruan sungai petani, dalam rancangan sambung phd. salah seorang anak beliau juga baru menyelesaikan master di UM. Alhamdulillah…
@mulvi78, ustaz Yahya ke? nak sambung PhD? subhanallah.
ingat lagi pesan dia dulu..”kita nak belajar ni jangan pikir sangat pasal duit. insyaAllah ada la rezeki untuk kita” termotivasi la jugak dengan pesan dia tu.
salam us..kami di Mu’tah mengalu-alukan kedatangan us Ridzuan ke bumi berkat ini, mg kami jg dapat menimba sedikit sbnyak pengalam beliau…
@hasanhusaini,
wsalam wbt akhi.
ana sangat terharu dengan tindakan nekad anta menolak Madinah dan memilih Mu’tah. Istimewanya Mu’tah ialah ia seperti akar kayu yang semasa dijamah terlekat pahitnya, namun selepas lama bertahan, terserlah khasiatnya. tabahkan hati dan teruskan perjuangan.
bertolong-tolonganlah antum ‘alal birr wat taqwa… ana mendoakan kalian semua dari jauh…
@Abu Saif, wslam us..ameen..moga doa us dan doa kami di makbulkan…ana xtahu samada Mu’tah yg ana kenali sekarang sama dengan Mu’tah yang us kenali..apapon, mg Allah berikan yang terbaik..
hampir menitiskan air mata ketika membaca entry ini.mungkin kerana ukhuwah islamiyah dari jauh yang tidak memerlukan apa2 ikatan selain ikatan persaudaraan sebagai seorang muslim menjadi identiti sesama muslim.selamat berjuang kepada ustaz ridhuan.
Ustaz dah cuba tanya pihak zakat?bagaimana jawapan mereka?
@hakeem,
ana tidak pasti apa respond pihak zakat kepada ustaz ridzuan. beliau asalnya mendapat ‘cahaya-cahaya harapan’ untuk mendapat bantuan bagi tiket kapal terbang, tetapi akhirnya terbang 100% dengan air tangan sendiri.
@Abu Saif, syeikh ana taknak janji ape² tapi, kalau boleh dapatkan dokumen² yang berkaitan dari syeikh ridzuan mungkin boleh ana masukkan dalam senarai untuk pengagihan zakat kompeni. InsyaAllah ada bahagian untuk fisabilillah.
salam ustaz…
Brape usia akh ridzuan? Saya juga menanam cita-cita nak ke mesir pada suatu hari nanti selepas selesai ijazah pendidikan.
Apa kata mana-mana sahabat usahakan tabungan sama-sama pembaca. Kalau2 ada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang ke dalam tabung untuk bayar zakat masing-masing. Mungkin Ust Has boleh tubuhkan foundation/yayasan yang berdaftar dengan LHDN jadi boleh tolak cukai pendapatan. Kalau sahabat-sahabat ingat, dulu ada sorang muslimat yang sambung belajar di UK, tak dapat tajaan. Kawan-kawan di sana buat THE FAIZAH APPEAL.
P/s: Malu nak mencadangkan, memandangkan diri sendiri tak mampu buat. Takut juga kalau ada yang respon: wah banyaknya idea, kenapa tak buat sendiri.
salam,
tiba2 rasa macam cerita nur kasih versi saiful islam. afwan, mengarut ckit.
Salam, Semoga Allah berikan kekuatan kepada Ust Ridzuan dan memberkati mereka sekeluarga.
Moga Ustaz Ridzuan berjaya mencapai cita-citanya. Amin
semoga ustaz ridzuan..terus istiqamah dan bersemangat!! faiza ‘azamta fatawakkal ‘ala Allah…sblm saya nak smbg blajar master, saya ada simpanan, sy ingat cukupla..di tengah jalan, tiba2 macam makin susut..ujian kehilangan lap top dll..tp tiba2 Allah tunjuk jalan..ada dapat keje part time ..pastu merangkak2 smbg phd..kadang2 sy rasa ujian duit sy boleh hadapi, bila sering puasa..rasa dekat dgn Allah..tp yg tak tahan adalah kata2 masyarakat yg tak terbuka mindanya..”buat apa belajar tinggi2, baik kerja kerajaan”..dan bermacam2 lagi..tp bila dah nak abis belajar, baru org kata ” bestnya dia dah belajar smpai phd..bla2″..TERINGAT artikel cicak pekak yg ustaz tulis dl..:)..semoga rakan2 yg nak smbung blajar terus cekalkan hati..pasakkan azam…berusaha..dan terus berusaha..
Kebetulan baru menerima maklumat berkaitan..Difahamkan ada program bantuan Lembaga Zakat Selangor yg membantu RM6000 setahun, dengan syarat pemastautin selangor dan tiada/belum ada bantuan lain.
Bolehlah cuba hubungi pegawai LZS dan mendapatkan perincian. Sekadar berkongsi.
Ass’kum Ustaz,
Iwould like to contribute some money for your friend, Ustaz Ridzuan Khalin.
So how should I forward the money.
Wassalam
Kak Latifah
Terasa kerdilnya diri ini jika nak dibandingkan dengan tindakan Ridzuan tu. Aku pun bersemangat untuk menyambung pelajaran tapi buat lmasa ni keadaan tak mengizinkan. doa-doa kanlah….
Insya-Allah, ana akan pastikan diri ana juga termasuk dalam golongan ini.
Perkahwinan dan umur yang baru nak masuk 25 bukan penghalang malah adalah motivasi terhebat bagi ana.
Dengan kehadiran bakal cahaya mata sulung juga merupakan nilai tambah dalam proses ini insya-Allah.
Kita merangcang, Allah menentukan. Tapi Allah tidak pernah menafikan hak kita untuk berusaha.
Makanya berusahalah, berusahalah, berusahalah dengan kadar 100% dan kemudian tawakkal ila-Allah juga 100%. Apakah mustahil kejayaan milik kita?
Ustaz Ridzuan adalah salah seorang “trainer” saya ketika saya mengikuti program anjuran Fitrah Perkasa anjuran company saya. Jika ustaz Ridzuan membaca komen ini, saya doakan yang terbaik buat ustaz dan salam ukhwah buat ustaz yang amat saya hormati..
Amat sedih sebab tak dapat hantar Ust Wan ke KLIA. Poket kering sbb byk benda kena repair bulan Ramadhan. Sempat jumpa malam iftor kat Fitrah Perkasa ja. Mudah-mudahan Ust Wan, guru saya berjaya dan pulang menjadi bintang..
Anak seperguruan
Faisal Mustaffa
Saya kagum dengan nekadnya keputusan En.Ridzuan bekelana mencari ilmu Allah yang luas. Saya berharap diri sendiri berani seperti dia.
Salam……
Semoga pertemuan tanpa disedari oleh Akhi Ridhuan di Pustaka Mukmin Jalan TAR lebih kurang dalam 3@4 bulan lepas dapat mempertemukan kita sekali lagi selepas pasca perjuangan di bumi syam.
Ahlan Wasahlan ila Ust Ridzuan sekeluarga dari kami di bumi Urdun..
Siiru ‘ala Barakatillah, insyaAllah!
masya-Allah, ana pun ada di KLIA hari tu..adik balik ke Notts, UK via Dubai (Emirates)
Salam…alhamdulillah, syukur dankagum dgn niat murni Ust Ridwan. Semoga apa yg dihajatibeliau akan dimaqbulkan Ilahi… Amin Ya Rabb.
ex-Yarmouk / IMPJ
Ustaz Izham tu pernah mengajar kejap rasanya time ana kat SIS dulu, masya Allah sedap suaranya waktu Hari Guru punya persembahan rasanya bersama Ustaz Khairil Azhar. Asif Ustaz, offtopic..hehe
@Husaini Ibrahim,
Ustaz Izham bernasyid? Err… kena tunggu Ustaz Izham jawab nampaknya
@Abu Saif, rasenya syeikh izham dulu main duf aje..hurmm..
@Abu Saif, erkk..ana salah orangla ni..huhu..
Ahlan.. Alhamdulillah, bertambah orang hebat ke Jordan. Suke!
Ust, saya dah bertukar ke JUST. Hasrat nak ambil bidang agama sempat diperkenankan satu sem saja. Itu pun soifi. Tapi manisnya, masya Allah!
Doakan saya gagah untuk kembali ke al-Bayt, dalam usia 28 waktu itu.
Kena cari syabab Arab la macam ni, haha
Assalamualaikum,
JZKK untuk artikel ini walaupun bukan ditujukan untuk akak tetapi setiap perjuangan pasti ada cabarannya, sekurang2nya artikel ini meniupkan semangat untuk akak meneruskan perjuangan.
Akak membaca artikel2 ustaz sebagai penyataan, peringatan dan panduan umum walaupun setiap entri ada penerima khusus. Artikel “lebih british dari british” contohnya, mungkin sudah tidak ada hospital yang begitu tetapi secara umumnya setiap perkara perlu dibincangkan, contohnya mesyuarat hingga melambatkan solat dsb…kata kuncinya PROAKTIF.
testing, masuk spam ke posting akak before this
subhanallah.. dari kecil lagi saya ingin menimba ilmu di bumi para nabi.. benarlah kata amam syafie. “Ilmu itu Cahaya”.. setiap orang yang mengimpikan syurga. pasti akan dahagakan ilmu.. moga kita tanpa jemu mengejar cahaya itu.. Ameen..
Assalamualaikum,
Terima kasih atas entri ini walaupun ianya tidak ditujukan kepada akak tetapi ianya bagaikan meniupkan semangat untuk terus mengharungi cabaran perjuangan menuntut ilmu walau di mana jua.
Akak membaca entri ustaz dengan matahati, mengambil penyataan, penceritaan dan cadangan secara umum walaupun setiap entri ada penerima khusus.
Entri ‘lebih british dari british’misalnya, mungkin tiada lagi hospital yang sedemikian tapi saranan ustaz adalah setiap perkara perlu dibincangkan, dibawa ketengah atau ke pihak atasan dengan ilmiah dan hikmah.
Kata kuncinya…PROAKTIF
ust ridzuan khalin, senior ana dulu kat SMKASAS. skill dia, pandai mengurut orang
@an_nabil,
TAHNIAH.
KOMEN AN_NABIL ADALAH KOMEN BERNOMBOR 30,000 DI SAIFULISLAM.COM
MOHON EMAIL KEPADA SAYA MELALUI HALAMAN HUBUNGI DI ATAS, DAN BERIKAN ALAMAT RUMAH UNTUK MENERIMA CENDERAHATI AIDILFITRI DARIPADA SAYA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
assalamualaikum ya..ust!
Salam dari bumi urdun…ust betul2 buat ana terharu, masyaAllah…terima kasih atas sokongan ust dan sahabat2 yang lain…artikel ni ana baca dengan airmata. tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mana. Kini ana makin bersemangat….i.Allah semuanya ana jadikan amanah untuk kebaikan diri dan ummah…ust dan sahabat2 tolong doakan ye. ya rab…dengan berkat ramadhan mu, izinkanlah rahmatmu menaungi kami, kasih sayangmu mengikat ukhuwah diantara kami…..terima kasih ust….terima kasih sahabat2!
Sempat bertemu sewaktu ana membantu Ust, Ust Has & Fitrah mengendalikan MYC di KYUEM beberapa tahun yg lepas. Still remember me?
Dengan melihat semangat tai-chi ust ketika itu, ana pasti ust boleh menggapai cita-cita ini..hehe
Seeru ‘ala Barakatillah ya ust!
ahlan wa sahlan buat ustaz ridzuan serta family ke dataran syam urdun..kami di pihak bkapj akan cuba sedaya upaya membantu sehabis mungkin utk ustaz dan family di sini…moga2 perjalanan kita menyusuri dan melewati makam para syuhada petang tadi mampu untuk menjelmakan semangat baru pejuang islam di bumi malaysia kelak…insyaALLAH……
salam..
ustz, sy br je smpi ke mu’tah ni smlm,
ustad ridhuan ni rupany yg sy jumpa d bayt kedah semalam mase 0pen h0use bsama isteri & anak keciknye yg c0mel tu..patutlah mcm bese nmpk..kawan ustaz hasrizal rupenye..
bumi syam ni mmg menangih juhud yg tinggi yea ustaz..~~
SalamualaikuM.. Ustaz, macam best je ustaz ridhuan datang ke Urdun.. Macam boleh di panggil ke Bumi Ukraine nih.. hehe..