Tawaran di MPH Bookstores Alpha Angle Wangsa Maju
Sudah agak lama saya tidak menulis tentang perkembangan penulisan buku.
Saya berasa segan dengan penerbit kerana sangat kehilangan momentum dalam menyelesaikan projek-projek yang sedang menanti untuk diselesaikan. Terkini, Insya Allah buku Travelog Tarbiah kedua bakal menyusul selepas RINDU BAU POHON TIN. Kali ini saya menjemput pembaca semua mengembara ke bumi Khilafah di Turki, di bawah lembayung catatan bertajuk SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH.
Bahagian berbaki tidak banyak. Hanya saya sahaja yang bertatih mengejarnya.
Namun, hari ini saya berasa gembira untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca semua.
Pihak kedai buku ternama Malaysia iaitu MPH Bookstores telah menganjurkan sebuah kempen yang dikenali sebagai “MUTIARA MINDA, MEMPERKASAKAN BAHASA MELALUI BUKU”. Kempen ini bertujuan mahu merangsang dan menggalakkan perkembangan Bahasa Kebangsaan kita melalui buku-buku berBahasa Malaysia yang sangat banyak mengisi rak-rak buku jualan di semua cawangan MPH Bookstores.
Di samping itu, sekeping kad diskaun Mutiara Minda ditawarkan dengan harga RM10. Dengan kad ini, pembeli boleh mendapat potongan sebanyak 10% bagi SEMUA buku berBahasa Malaysia, dan diskaun 25% untuk buku-buku yang dilabelkan secara khusus.
Yuran RM10 bagi mendapatkan kad Mutiara Minda ini akan didermakan ke Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, Pertubuhan Pendidikan Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti) Ampang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin Daerah Kuala Langat, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Subang Jaya, Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah Bandar Baru Bangi, Rumah Tumpangan dan Sekolah Anak-anak Yatim / Miskin Sungai Pinang, Klang dan Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor.
Kad Mutiara Minda ini boleh diguna pakai oleh sesiapa tanpa had bagi mendapatkan diskaun tersebut. Ada sesiapa mahu meminjam kad saya?
Saya membeli kesemua buku ini dengan harga RM115 sahaja!
Buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga terpilih untuk ditawarkan diskaun 25% melalui projek ini.
Tawaran ini sah sehingga 15 November 2009 di cawangan-cawangan MPH Bookstores yang terpilih.
Antaranya ialah MPH Mid Valley, MPH Megastore 1 Utama, MPH Subang Parade, MPH Sunway Piramid, MPH Taman Maluri, MPH Bukit Bintang Plaza, MPH The Curve, MPH Alpha Angle (Wangsa Maju), MPH Alamanda Putrajaya, MPH Shah Alam City Centre, MPH Gurney Plaza Penang, MPH Johor Bahru City Square Johor, MPH Taman Universiti Johor, MPH Jusco Seremban 2 dan MPH The Spring Kuching.
Saya tiada komisyen untuk artikel ini. Hanya mahu mewar-warkan tawaran istimewa agar pembeli dapat berjimat seadanya.
Jangan lepaskan peluang ini.
Membaca sambil beramal.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











assalamualaikum ustaz..
satu perkembangan yg sangat baik dlm menggalakkan/membudayakan masyarakat utk membaca..
seronok tengok masyarakat di sini yg sentiasa memegang buku tak kira di mana saja..dalam bas, train..saya yg melihat pun jadi segan kalau tak memegang buku.
kalau sy di malaysia mahunya esok juga ke MPH memborong buku..
apa pun dua buku ustaz sudah dlm perjalanan ke london..yg selebihnya akan menyusul jika ada yg dtg ke sini
assalamualikum,
ustaz kenapa beli buku sendiri? nak komen sikit boleh?
masa saya guna penanda muka surat depan kat buku Bercinta Sampai ke Syurga tu nampak macam ustaz tengah pandang masa tengah baca. haha. takut la pulak nak baca
Salam
Anta xde plan nak jual sendiri buku cam Prof Mohd Kamil buat. Mungkin kena deal ngan PTS la kot. Ana berminat beli terus dari penulis. Tak yah susah ke kedai buku(kena pi pejabat pos je-dekat ckit) dan plg best ada autograf penulis.
Hanya lontaran idea
@joe penang,
secara peribadi saya tidak menyokong idea ini kerana secara peribadi juga, saya lebih suka ke kedai buku, membelek2 dahulu sebelum mebeli dan juga membelek2 buku2 lain juga.
walau bagaimana pun, idea mungkin boleh dijalankan secara opsyen i/e kat kedai buku pun ada, direct dr penulis pun ada (with special signed/autograf by penulis – maybe priced at tinggi sikit jer).
sekadar pandangan.
tahniah ustaz…walaupun telah beberapa bulan meninggalkan dunia perniagaaan buku secara khusus, saya teringat sewaktu AKU TERIMA NIKAHNYA mula-mula keluar, perancangan saya, menjadikan buku ini evergreen. Alhamdulillah, sikit demi sedikit telah menampakkan hasil nya..Aku Terima Nikahnya masih menjadi tarikan walaupun buku yang telah diterbitkan..Tahniah Ust sekali lagi…
syukran kathiran atas info ini ustaz. Blh ana pegi borong buku2 utk menghabiskan cuti sakit selama 6 minggu ni.
Ya, ana berminat untuk meminjam kad ustaz itu…
@Al-Adib,
saya pun nak pinjam juga
Assalamualaikum Ustaz,
Saya dah “khatam” ketiga-tiga buku ustaz. Tgh tunggu episod seterusnya.
Alhamdulillah, mmg teruja utk membaca buku-buku ust seterusnya.
Teruskan usaha dakwah melalui buku dan media untuk demi masa depan ummah.
Selamat maju jaya.
salam ustaz,
mcamana nk dptkan kad dskaun buku tu?
Assalamualaykum. Nampaknya kami kat Sabah ni tak dapat la menikmati tawaran tersebut. Masih menanti MPH untuk dibuka di Sabah.
Alhamdulillah ustad Saiful sudah menulis banyak buku. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatannya pada ustad.
Doakan pula saya agar buku tentang Iman yang ada di:
http://media-islam.or.id/2009/08/04/download-ebook-iman-islam-dan-ihsan-2
Bisa segera terbit.
Semoga bisa memperkuat aqidah/iman ummat Islam di Indonesia/Malaysia agar tidak mudah dimurtadkan oleh para pendeta agama lain.
Wassalamu’alaikum wr wb
Salam Ustaz
Saya sudah membaca buku pertama Ustaz iaitu ‘Aku Terima Nikahnya’ dan belum membaca lagi 2 buah buku karangan Ustaz kerana apa yang saya amati dan baca daripada buku pertama Ustaz adalah koleksi artikel terpilih daripada laman web Ustaz sendiri. Justeru itu, mungkin saya silap, 2 buah buku Ustaz itu pun adalah koleksi artikel terpilih daripada laman web Ustaz. Sekian
Wassalam
Syukran jazeelan ustaz..memang bagus promosi ni. Nak kene pegi MPH alamanda untuk apply card tu. Kalau ustaz jiran sebelah rumah, boleh lah pinjam.
Saya pon dah beli ketiga-tiga buku ustaz. Siap buku Aku Terima Nikahnya tu kene order, transfer from Mid Valley to Alamanda, sbb kehabisan stok.
Suka buat collection buku walaupun boleh baca je dari website saifulislam. Teruskan berdakwah ustaz!
Syukran jazeelan ustaz..mmg bagus ni promosi ni..mcm manela saya bleh tak perasan kat gurney plaza penang ada MPH bookstore..
Bleh ni beli buku discount sampai 25%..beli buku ustaz hadiah kat kawan yg bakal walimah bln 11 n 12 nanti..buat stok..
Simpanan sendiri dah beli di Popular time tu buku-buku ustaz discount sampai 20%…
ape-ape pun syukran ya ustaz
salam..ust. mcm mane saya nak dapatkan buku tajuk BUAT DUIT TANPA KERJA MAKAN GAJI;
Salam….
wow, bagus nye….tempoh hari BADAN (kedai buku di Angsana) ada bg diskaun sampai 20%. Semoga rakyat kita dapat memupuk semangat membaca.
RM115 untuk 7 buah buku….berpatutan….saya pernah beli 6 buah buku dengan harga RM 173.00(setelah diskaun 10%)….ehhehehe
Last time saya ke MPH utk beli buku “Men Are From Mars, Women Are From Venus” sebab buku berbahasa Inggeris susah nak ada di BADAN. Waktu tu member pun tak dapat diskaun.huhuhuhu…
Setuju, hilang momentum menulis. Its happen bila saya hilang rentak menulis dalam journal sendiri.Hanya dengan memperkasa bahasa budaya membaca, insyallah. Produk PTS is good, novel islamic development juga banyak membantu, and Bercinta Sampai ke Syurga juga memberikan panduan, its more details and ‘heavy’ from ATN. Moga ALLAH SWT mencurahkan idea-idea kepada ustaz, for us to share.
Sama lah kita Usaz.. saya pun ada kad tu. Maklumlah, antara penyokong kuat MPH..:D
So, kalau kad Ustaz dah fully booked, ada yg nk pinjam boleh lah pinjam dari saya..heee
Err.. Ustaz beli buku sendiri jugak ye??
membaca2 buku2 tarbiyyah, selangkah kita mendekati ALLAH… Inshaallah…
Assalamualaikum ustaz,
Semoga dengan usaha promosi melalui diskaun yang dibuat oleh pihak MPH akan melahirkan rakyat Malaysia yang berbudaya membaca.
Inikerana membaca adalah asas kepada penguasaan ilmu.Lihatlah sendiri wahyu pertama kepada Rasul pun mengandungi perintah membaca.
Ini adalah satu simbolik dari Allah kepada kita bahawa dengan membaca adalah anak tangga pertama untuk mencapai sebagai umat yang maju.
salam, ana untung hampir 20 ringgit beli tiga biji buku, syarhu hikam-dr zu RM38 shj, ATN2-19 shj, dan Nota Seorang lelaki-pahrol..semua sekali 75 ringgit- berbaloi-baloi, termia kasih atas inform ustaz..
“ada sesape nk pinjam card sy
smlm pi mph alamanda..dah beli buku ..selepas dapat info dari blog ustaz..buku ustaz pun saya ada beli…
tq..
Salam Ustaz…
Terima kasih atas maklumat… Lama dah tak membeli buku baru… boleh la gi borong buku lepas ni… =)
Beli jangan tak beli. Disamping kita melariskan MPH kita juga dapat menambah ilmu di dada. Kalau buku2 yg dibeli itu kita baca.
Salam…
ni first time saya menjengah blog ustaz…
first time membeli karya ustaz…
first time membaca nukilan ustaz…
pendek kata, semuanya mmg first time belaka laaa…
sebelum ni pernah baca karya ustaz melalui kiriman email dr teman2…
membaca & berfikir sekali gus…..
sehingga la baru2 ni, sahabat saya menyebut satu karya ustaz…
yg benar2 membuatkan saya tertarik tuk memilikinya…
dan akhirnya 2 karya ustaz telah berjaya saya miliki melalui kempen anjuran MPH tu…
memperkasakan bahasa melalui buku…membeli, membaca & beramal…
dan karya2 ustaz pastinya akan terus menjadi sebahagian dr santapan minda saya selepas ini…
thanks tuk semua perkongsian ilmu ini…
(“,)(“,)(“,)
Salam…
Lepas baca blog ustaz semalam, terus gi MPH… Memang seronok membeli buku2 yang diingini dengan harga yang murah sambil beramal… Alhamdulillah, dapat beli lebih sikit untuk diberikan kepada kawan2… Jom membaca… =)
yang ditunggu2.. catatan kembara ke turki
. Ustaz, semoga Allah permudahkan semua urusan.
Salam Ust…
Sbnarnyer saya amat bminat dgn suma penulisan ust samada lam majalh r novel…tp novel RINDU BAU POHON TIN lum smpat sya bl…jd bleh ker kalo saya dpat trus proses penghantaran dr pihak ust n bleh dpatkan signature us skali, kalo ya saya akan bg alamat lah…syukran
sala..ustaz bestnya kalau dpt terbang dr mesir nk beli buku2 tu..hu..hu
di kawasan kuantan pun tidak kelihatan kedai buku MPH nih huhuhu,,,,,,,
MPH sebuah syarikat yang berani dalam menjana minda pembacanya. Malahan saya rasa dengan rasa tanggungjawab yang besar,saya juga seorang penulis dan penerbit ingin sama-sama mempromosikan buku terbitan sulung saya, Siri Novel Kreatif Intelak dan Siri Novel Remaja dan Kanak-kanak Intelek. Saya ingin memberi bahan bacaan yang terbaik kepada mereka yang suka membaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan mengembangkan minda dan daya intelek mereka. Saya pernah memenangi Hadiah Utama Penulisan Novel Melayu Baru, Hadiah Skrip Teater Sempena 50 DBP dan bertugas selama 15 tahun dalam syarikat penerbitan. Dan kini menjadi penerbit sendiri. Buku-buku saya telah dinilai untuk bahan bacaan tambahan di Perpustakaan Negara dan Kementerian Pelajaran serta Hadiah Sastera Perdana untuk dinilai. Tanggungjawab sebagai penulis,penerbit mahupun kedai buku sama pentingnya. Saya berharap guru-guru setiap pusat sumber sekolah dapat menerima kehadiran buku-buku saya di pusat sumber mereka.
Untuk MPH syabas kerana memberi impak yang terbaik kepada pembelinya. Untuk mereka yang ingin mendapatkan buku novel saya
1.Dealova Kasih Zaira
2.Sekepal Tanah Segunung Intan
3. Antologi Skrip Teater (Utk Guru Teater)
4. Antologi Skrip Filem( Untuk mereka yang berminat dalam penulisan skrip filem)
1 Set RM 240 tetapi ada potongan 30% dan beli banyak ada potongan sampai 45% untuk koleksi library peribadi di rumah
Syukran ustaz kerana membeli buku saya, semoga dapat sedikit manfaat. Masih nak kena belajar bnyk lagi dari penulis2 bestseller mcm ustaz.