
Hujung serbanku selalu basah.
Sering menjadi tempat aku mengelap mata.
Tidak sedikit tangisan yang tumpah di sepanjang liku perjalananku mengenal erti dakwah.
Apalah yang budak hingusan ini tahu tentang perjuangan?
Namun dalam usia yang berputik jagung, kusambut satu azam yang Allah campakkan ke hulu hati, agar tidak berpaling lagi.
Jika setiap hari, kebanyakan teman sebayaku asyik melayan Rock kapak dan hidup ketawa, aku dan segelintir ghuraba’ di medan itu dilatih oleh para murabbi agar bertanya pada setiap perjalanan masa, “hari ini, apa yang sudah kubuat untuk Allah?”
Ungkapan yang lebih enak dalam bahasa khalifah terakhirku, “bugun, Allah’icin ne yaptin?”
REALITI DAKWAH
Benar sekali nasihat Luqman kepada anaknya tatkala buah hati pengarang jantung itu diperkenalkan kepada perintah dakwah.
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah seolat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]
Diejek, dipulau, dijadikan bahan ketawa, semua itu menjadi makanan harian di sepanjang hari-hari awal diriku mengenal erti dakwah. Kehidupan yang sedemikian rupa, menjadikan usia remajaku, tidak mudah untuk ditoleh sebagai kenangan yang menguntumkan senyuman. Biar pun diriku cemerlang dalam merangkul anugerah akademik saban tahun, tetapi graf kehidupanku tidak ubah seperti catatan mesin mengukur gempa bumi yang turun naik pada skala Richter.
Setiap kali graf itu mendatar, aku didatangi rasa bimbang dan gelisah.
Pasti ada sesuatu yang bakal datang menguji.
Allah tidak lama membiarkan diriku alpa dengan keamanan kerana mungkin Dia Maha Tahu bahawa aku adalah manusia yang hanya boleh dibentuk dengan musibah dan ujian, bukan kesenangan dan keselesaan. Justeru setiap tahun mastautinku sebagai thalib al-’ilm di sekolah, ada sahaja perkara besar yang menimpa sampai aku lali dengan segalanya.
UJIAN YANG MENYELAMATKAN
Selayaknya aku memuji Allah.
Rupa-rupanya segala kesusahan itulah yang menyelamatkan aku dari fitnah kehidupan di usia muda. Kesakitan menanggung dakwah menyebabkan aku hilang selera pada keseronokan yang digilai rakan-rakan seusia. Aku tidak mampu mengecap rasa manisnya kerana seluruh reseptor pada tubuh badanku hanya mengenal hidangan satu rasa. Bukan manis dan bukan masin. Hanya pahit, perisa kebenaran.
Aku berjaya menempuhnya.
Zaman persekolahan sudah lama berlalu.
Ia bersambung dengan perjalanan yang tidak pernah meredakan jatuh bangun kehidupan yang penuh liku. Aku juga yakin, beginilah sebenarnya jambatan untuk sampai ke Syurga. Dunia penjara Mukmin, jalan ke Syurga penuh ranjau yang menjanjikan damai di hujung perjalanan.
Namun Allah tahu sakit dan sihat iman hamba-Nya. Tidak sekali-kali dibiarkan hamba-Nya diuji hingga melepasi tahap keupayaan diri. Sesekali akan Allah datangkan sinar gembira, terutamanya pada melihat generasi-generasi yang menyusul di belakang berjaya menyertai mata rantai jalan ini.
Ketika fitnah Jahiliyyah semakin menggila, Allah suka memberi petunjuk kepada kita bahawa biar sehitam mana sekali pun pekatnya malam, sentiasa ada kunang-kunang dan pelita yang menyala tabah di sana sini. Semuanya demi menyedarkan kita, bahawa tiada malam kecuali datang selepasnya siang.
Di antara khabar gembira itu, ada yang datang segera, ada yang ditangguhkan-Nya ke masa yang lebih bermakna.
PERTEMUAN YANG TIDAK DIDUGA
“Assalamualaikum. Hoi, kau tak kenal akukah?” tanya seorang lelaki yang memegang lenganku di sebuah pasar raya.
“Waalaikum al-Salaam. Muka sangat familiar. Tapi ana tak berapa ingat di mana kita bertemu,” saya berterus terang sambil menjawab salamnya.
“Kau memang tak ingat aku sebab kau tentu berusaha keras nak lupakan aku. Aku Karim, senior kau kat Izzuddin dulu,” katanya penuh semangat.
Lucu juga. Seorang aku engkau, seorang ana anta.
Aku tersenyum mendengar ulasannya bahawa dia pasti terhapus daripada ingatanku dek pengalaman aku bersamanya semasa di sekolah dulu. Karim (bukan nama sebenar) adalah di antara senior yang amat membenciku. Sebab itu wajar bagi beliau untuk aku tidak mengingatinya.
Kami berbual sedikit tentang perkembangan masing-masing. Katanya, beliau teragak-agak mahu menegurku sebab aku sudah menjadi selebriti! Tetapi dia gagahkan diri menegur kerana ada hajat yang mahu ditunaikan.
“Aku sebenarnya ada dua benda yang aku nak cakap dengan kau. Satu nak minta maaf, satu nak ucap terima kasih!” ujar Karim kepadaku.
“Err, lain betul bunyinya tu. Apa bendanya?” aku bertanya.
“Aku nak minta maaf pasal kotak Yeo’s!” katanya kepadaku.
“Hahaha!” aku tidak dapat menahan ketawa.
Peristiwa itu sudah aku lupakan tetapi tidak bagi Karim.
KISAH LAMA
Semasa aku di Tingkatan 4, aku menjadi Presiden BADAR pertama yang dilantik daripada kalangan pelajar Tingkatan 4. Selalunya jawatan penting ini disandang oleh senior di kelas STA1 atau Tingkatan 6 Rendah.
Karim yang sudah sekian lama membenciku, mungkin kebencian jadi bertambah-tambah dengan perlantikan itu.
Suatu petang, semasa aku berjalan sendirian di koridor menuju ke bilik Ketua Pelajar bagi memasang kaset alunan nasyid tanda menjelangnya Maghrib, aku dikejutkan sesuatu. Sebuah kotak air minuman Yeo’s yang masih separuh berisi jatuh dari tingkat atas tepat mengena dahiku. Sebahagian daripada air tebu sintetik itu tumpah ke mukaku dan dahiku sakit terkena bucu kotak itu.
Aku menoleh ke atas dan ternampak Karim ketawa melihat hasil kerjanya yang menjadi itu.
Hujung serban kutarik untuk mengusap muka yang basah.
Aku tidak pernah menceritakan kejadian ini kepada sesiapa kerana ia terlalu simbolik. Biar pun sekotak air yang dicampak ke muka, terlalu ringan jika mahu dibandingkan dengan kesengsaraan generasi dakwah yang silam, ia tetap menjadi kenangan yang amat simbolik dalam liku-liku hidupku mengenal dakwah. Kotak Yeo’s itu menjadi simbol kebencian Karim kepadaku, yang tidak pernah menginginkan apa-apa kepadanya kecuali kebaikan dan keselamatan dunia dan Akhirat.
“Ana dah tak ingat cerita tu!” aku tersenyum dan tersentuh dengan permohonan maaf Karim.
“Kedua, aku nak ucap terima kasih!” kata Karim lagi.
“Terima kasih sebab apa?” aku kehairanan.
“Masa di sekolah, macam-macam orang buat kat engkau. Tapi kau buat bodoh je. Kau cakap, cakap, dan cakap. Sebenarnya, bila aku dah keluar sekolah, sambung kat U, dah kahwin, jadi laki orang, jadi bapak orang, barulah aku tersedar, nak jadi orang… haha!” Karim bercerita dengan tawa bercampur rasa.
“Bila aku tersedar dan nak berubah, semua yang kau pernah cakap masa di sekolah dulu, sedikit sebanyak itulah yang aku pakai. Lagi pun banyak yang kau tulis kat blog. Aku silent reader!” Karim menyudahkan ceritanya.
Kata-kata Karim amat tulus dan ikhlas.
Aku hilang kata-kata dan sebak menahan gelora dada.
PUJI DAN PUJA UNTUK-MU
Ya Allah, ampunkan aku!
Aku pernah hampir berputus asa. Pernah menyoal di manakah kesudahan usahaku dan rakan-rakan menyeru manusia kepada-Mu. Seandainya aku berputus asa dan berhenti dari menyampai, rugilah Karim, rugilah aku, dunia dan Akhirat.
Tatkala pertemuan aku dan Karim setahun dua yang lalu berlaku tanpa diduga, aku sering menjadikan kisah ini sebagai kata perangsang buat generasi adik-adik yang sedang menyambung mata rantai dakwah di kampus dan sekolah. Jangan berputus asa, jangan kecewa dan berasa lemah tidak berupaya.
Setiap kali kita bercakap seruan dakwah, cakap itu sebenarnya sampai.
Biar pun ia disambut dengan ejekan dan caci makian, ia sudah pun tembus ke telinga, mata, otak dan hatinya.
Dia mungkin meremehkannya di depan dirimu.
Namun akan sampai harinya, mutiara pemberianmu dikutipnya sebagai bekal menuju perubahan.
Berlapang dadalah kalian wahai adik-adik di medan dakwah.
Jalan itu memang begitu.
Tugasmu bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan.

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]
Terima kasih Karim.
Wallaahu Akram!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Manisnya Ukhuwah…
kalau dahulu,
asik dibuli oleh senior2…
sekarang,
teringat balik cerita-cerita lama…
Salam…
Jujur ustaz…sudah lama ustaz tidak menulis dan menyentuh hal ini. Jika dahulu amat termotivasi dengan-dengan article-article ustaz…tetapi ia semakin hari semakin kelam.
Bukan…
Bukan kerana article ustaz tidak bagus, tetapi hati saya yang semakin sukar diusik dan disentuh
Keras barangkali…
Sudah lama berpuasa dari memberi komen, mengisi jua untuk article ini.
Jzkk
Ibad ar-Rahman. =)
subhanallah…….sangat tersentuh dengan posting ustaz kali ni. kadang-kadang terasa lemah, dan rasa tak bermakna untuk menyampai dan mengajak kepada kebaikan, kerana dirasakan kita tak mampu mengubah apa-apa. sedangkan perubahan tu bukannya sekejap, tapi kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun…!
suka untuk saya highlight point ni:
“Masa di sekolah, macam-macam orang buat kat engkau. Tapi kau buat bodoh je. Kau cakap, cakap, dan cakap. Sebenarnya, bila aku dah keluar sekolah, sambung kat U, dah kahwin, jadi laki orang, jadi bapak orang, barulah aku tersedar, nak jadi orang… haha!”
Setiap kali kita bercakap seruan dakwah, cakap itu sebenarnya sampai.
Biar pun ia disambut dengan ejekan dan caci makian, ia sudah pun tembus ke telinga, mata, otak dan hatinya.
Dia mungkin meremehkannya di depan dirimu.
Namun akan sampai harinya, mutiara pemberiannya dikutipnya sebagai bekal menuju perubahan.
alhamdulillah..syukran ustaz!
……………….. Benarlah hati-hati manusia itu berada dalam genggamanNYA, dan DIA lah yang membolak balik kannya… Jazakallah kerana memberikan suntikan semangat kepada ana yang sedang membawa diri dari jalan ‘itu’
kerana hati manusia itu boleh berbolak balik..dari seorang yang keras boleh menjadi lembut kerana usaha dakwah yang tidak pernah putus asa kan..tapi memang terharu juga la post kali ni~
Subhanallah moga ianya dapat menjadi perangsang utk saya meneruskan kerja2 dakwah yg sudah gersang dek kerana kesibukan stdy…
terfikir benda yang sama macam ustaz tuliskan, semalam.sudah dituliskan isi-isi penting untuk sabuah artikel. malangnya tengah exam mendatang. kita ini hanya menyampaikan. Allah yang mengubah hati manusia. bila dan bagaimana bukan tugas kita untuk menentukannya
bergenang air mataku…hum…
perkongsian yg menarik sekali.
tersentuh.
masya Allah, kisah penuh ‘ibrah. mungkin boleh terbitkan kisah hidup di izzuddin dalam satu buku kot ustaz?
salam ustaz, saya jumpa blog ni yang quite
radically menyoalkan bahawa ‘kenapa Allah tak selamatkan orang2 teranaya macam kat Palestin etc’..comment threadnye jugak sangat menarik..http://obefiend.blogspot.com/2009/10/mukjizat-atau-lawak-bodoh.html#links
Ustaz menyuntik elemen `harapan` dalam medan dakwah yang realitinya penuh kepahitan.
Mungkin artikel ini boleh digunakan sebagai peringatan dan juga sebagai penawar dalam ujian kehidupan.Orang yang jujur berniaga nampak seperti susah nak untung,berbanding `rakannya` yang memberi komisen untuk sekeping tender..Orang dakwah diuji dengan rumah tangga yang bergolak,sedangkan `saing`nya bahagia ever after.
Saya harap ustaz terus menyuntik elemen harapan dalam artikel ustaz.We need this to keep going on.
Saudaraku,mungkin tiada kebahagiaan di dunia ini kerana mukmin itu menanti bahagia di negeri abadi…membina rumah tangga di syurgaNya..InsyaAllah…
moga saya juga istiqomah di jln dakwah ini…kdg2 terasa longlai dek iman yg lemah….
salam ustaz..
teringat jugak zaman masa bujang dulu..kami pernah dihina oleh guru2 dan rakan2 sbb kerja dakwah ini..tapi alhamdulillah..sedikit sebanyak terubat bila generasi kami yang telah menaikkan nama sekolah kerana pecapaian yang amat membanggakan dalam SPM..
terima kasih atas cerita di atas..terharu..
Salam,
Saya juga begitu, jika tidak kerana kalam Allah yang dibaca berulang kali menyebut yang tugas kita hanya sebagai pemberi peringatan. Sudah tentu hati ini sudah berputus asa.
Namun, oleh kerana ikhlas keranaNya dan perintahNya untuk tidak berputus asa, maka tidak akan sekali-kali saya berputus asa daripada rahmatNya sampai bila-bila!
yang dalam gambar tu Ustaz masa muda2 dulu ke?
..wow!!
So pengajarannya,
(buat para daie)kita juga kena jgn buat perkara yg sama pada mereka yg kita labelkan masih mentah, kasar dan kurang sensitif dlm dakwah ini.
Ramai generasi muda sekarang ‘kurang pandai’ dalam cara berdakwah. Ada setengah tu asyik cakap aje tanpa hirau sensitiviti orang lain.
Maka, generasi tua lah kena bersabar dan beri tunjuk ajar.
Dengan masa, inshaAllah semua akan matang dan lebih memahami.
Terbaca kat Berita Harian pasai jumpa jenazah yang tak reput membuatkan saya terfikir apakah amalan si mati tu masa hidupnya..
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20091004233119/Article/index_html
Terbaca pulak artikel ustaz..quote: “hari ini, apa yang sudah kubuat untuk Allah?”
Terima Kasih Ustaz..Terima Kasih “Karim”..
terima kasih ustaz atas perkongsian ni..
tiba tepat2 di kala hati memerlukan kata2 penguat semangat..
buat rijal2 penyambung mata rantai.. moga kita semua terus thabat pada jalanNYA.. insyaAllah..
Salam Ustaz. Terima kasih atas steroid ini.
Benar, Allahyarham Tn Guru Fadzil Noor pernah berpesan, selalunya kerja baik dan payah yang dilakukan, tak akan dapat dilihat hasilnya oleh sang pelaksana. Tapi kesan dinikmati bertahun lama.
Bersabarlah, kemenangan itu adalah dekat..
Assalamualaikum WBT.
Ya, itu satu motivasi untuk mereka yang terlibat dalam da’wah di sekolah, contoh kawan-kawan kita yang bergerak aktif dalam konsultan-konsultan bina insan.
Saya selalu juga membaca kata-kata sinis yang mempersenda program-program motivasi, kem-kem ibadah dan lain-lain. Antara kata mereka ialah tahan 2-3 hari sahaja, lepas tu ulang perangai lama balik.
Saya katakan: Ya, memang ia tidak berubah sekelip mata. Tapi di masa hadapan, boleh jadi ketika tamat belajar, sesuatu yang mereka dapat ketika program-program tersebut boleh menjadi panduan mereka.
Boleh jadi jika kita mendidik mereka tentang sunnah Rasulullah saw, ketika itu mereka tidak rasa apa, tetapi bila mereka sudah dewasa, mereka akan mengimbau kembali apa-apa yang kita pernah ajari.
Wallahua’lam.
Allahu akbar!
Sungguh tersentuh dengan posting ini.
Semoga Allah sentiasa merahmati Ustaz dan keluarga.
tahniah ustaz,
ya benar,
apa yang ustaz alami dulu seperti mana yang dah saya alami kini.
tahniah ustaz saiful islam!
Jalan dakwah tak selamanya mains. Adakalanya pahit dan ia ubat yang sangat berkesan agar tidak selesa dalam zon dakwah
Askm,
Kadang-kadang apabila diuji kita terasa patah semangat dan lemah. Tetapi kita lupa bahawa itulah yang membuatkan kita merasa bahawa kita ini hanyalah hamba yang lemah selemahnya di sisi-Nya.
Salam..
Ustaz..jauhnya ana..Jauhnya ana..Jauhnya ana dengan dunia dakwah..
Salam..
saya pun tersentuh bila baca posting ni. Berdakwah bukan untuk diri sahaja malahan keluarga, kawan2 dan org luar..
Kadang-kadang rasa mcm putus asa bila berdakwah ngan famili sendiri, tp mereka makin jauh dr Nur. Dahulu masa mula2 tersilap ikut nafsu amarah ms berdakwah tp bila guna cara lembut, cakap berkias mcm x lekat.. saya tawakal dan doa kepada Allah agar diberi taufik hidayah kepada famili saya.
Bukan apa, org luar ckp saya org baik2 tp bila terkenang ngan famili sendiri saya jd malu ngan diri sendiri..
tersentuh dgn n3 ustaz..semoga saya diberi kesabaran sebagaimana ust sabar dlm berdakwah..
ya ALLAH ust, terima kasih di atas tulisan yang penuh dengan keazaman. Membangkitkan semangat buat mereka yang berada di jalan yang mulia ini.
Terima kasih banyak-banyak ust. Sebak hati ni membacanya namun terasa kemanisannya. kemiskinan azam dan tekad itu yang merugikan.Moga sentiasa dalam lindunganNYA.
Terima kasih atas tulisan ust ni sekali lagi..
Assalamualaikum ustaz,
Sememangnya jalan dakwah penih dengan ranjau dan duri. Sirah Nabi sendiri menceritakan bagaimana peritnya baginda yang bergelar al-Amin untuk menympaikan seruan Islam yang suci.
Kepada semua para-para da’i, teruslah berdakwah dengan cara tersendiri.InsyaAllah akan dinilai Allah sebagai amal soleh kelak.
Syukurlillh…inilah kalam2 Allah melalui ust dipagi ini..
terasa berat smlm Allah angkt dipagi hari…
mengenangkan pelbagai mehnah dan tribulasi..berat juga kaki mahu melangkah meneruskn kerja2 ini..
Allah Allah…mga trs kuat..
betullah…kita sentiasa lupa..usaha itu perlu natijah di tgn Allah..
jgn putus asa wahai daie
bergenang air mata bila membacanya. terasa sedang diuji Allah, dan semakin redha dgn perjalanan hidup ini. Allah juga yang memberi petunjuk agar di ‘link’ kan dengan blog ini, Alhamdulillah. Berilah aku kesabaran, atas ujianNya. Kasihanilah hambaMu yang lemah ini ya Allah….
subhanallah…amat terkesan sekali..terima kasih ustaz …
jika kita lihat remaja sekarang, sememangnya ramai yang mengejar keseronokan, cuma segelintir yang mengajak kepada kebaikan.. sangat2 la saya respect remaja yang berbuat demikian kerana kesedaran agama begitu awal.. kerana ada remaja nakal yang berpendapat ‘muda hanya sekali’.. sepatutnya ‘hidup hanya sekali’ perlu diungkapkan
“Tugasmu bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan”.
Thanks for this word..mendalam dan bermakna..
Ramai adik-adik muda sekarang memaksa perbubahan..lupa kepada satu perkara iaitu kita hanya menyampai pesan. sebab hidayah datang dari yg maha esa
Syukran ustaz..
Setuju dengan Ibn Zar.
Kata2 itu amat bermakna bagi orang yang menyeru kepada kebaikkan.
semalam saya didesak seorang kawan untuk membuktikan tulisan di blog saya berkesan pada pembaca. walaupun berkali-kali saya tegaskan – saya hanya cuba menghasilkan tulisan yang baik – semoga bermanfaat, sama ada pembaca mahu mengambil manfaat atau tidak itu diluar kawalan saya. Kawan saya terus mendesak – dia mahu semua hal dibuktikan dengan statistik. Sungguh, saya rasa permintaan dia sangat tidak logik.
Waktu bercakap2 itulah, saya membuka blog ini (yang memang saya kunjungi setiap hari). Macam tau2 saja Ustaz Hasrizal.. entry kali ni menolong saya menjawab soalan kawan saya. Terima Kasih Ustaz.
nota kaki: manfaat yg dpt diambil dr blog saya jauh sangat kalau nak berbanding dgn blog ini. Wbgpon, saya kerjakan dengan sepenuh hati
salam, membaca n3 ustaz kali ni mmg rasa macam terkena pada diri sendiri. untuk mereka yang berjuang bersungguh2 di dalam medan dakwah… betul… kalian jangan berputus asa. saya juga antara manusia yang dulu hanya memandang sepi dakwah mereka ni tapi sekarang dalam hati saya betul2 berterima kasih kerana segala ‘dakwah’ oleh rakan seperjuangan semasa kembara ilmu kami di bumi UK telah sampai masuk ke jiwa saya setelah beberapa tahun lamanya. benarlah… akan tiba masanya! terima kasih kalian kerana tak pernah berputus asa berpesan pada diri saya ni. terima kasih…
semasa saya kecil dulu, ada seorang budak suka buli saya. tapi saya sabar sahaja, nak ngadu tak tahu dekat siapa.
ada sekali itu saya solat sebelah dia. semasa habis doa saya pun hulurkan tangan saya nak salam dekat dia. dia semacam terkejut sebab saya hulurkan salam pada hal itu bukan ker amalan biasa.
lepas itu baru baik semula
apa pun kita hanya sampaikan pesan sahaja. Allah yang tentukan sama orang itu dapat hidayat atau tidak. yaang pasti Allah pasti akan bagi hidayat dekat sesiapa yang buat dakwah, imannya mantap, hatinya tenang
ada pun faedah yang paling rendah kalau kita buat dakwah adalah ….
Menangis saya soroti artikel ini.
Teringat adik-adik, rakan sebaya dan abang-abang di sekolah.
Bersama mereka mencorak masa hadapan. Menyusun saf-saf du’at, mendampingi mad’u, merencana perjalanan sekolah, mewarnai dakwah dan tarbiyah dengan murabbi-murabbi serta ulama’.
Tapi, berhadapan jua dengan dugaan;
Lontaran batu yang tidaklah sehebat lontaran penduduk Thaif.
Tikaman “tobak” yang tidaklah setajam tombak menghiris generasi Salaf terdahulu.
Malu dengan baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Malu aku dengan Mus’ab bin Umair.
“Tugasmu bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan”
hmm,,,,
knp dirikiu ini lemah dlm berdakwah kpd yg ln??
knp makin hari diriku ini makin lemau dan lemau……
mlihatkan seorg shbt yg dahulunya beriktikad “kapel itu haram!”
kini sebaliknya yg terjaadi…
ke hulu ke hilir dgn pujaan hati….
sayu ku melihat d ht..
adakah ini kerna diriku yg tidak menegur?
moga allah menetapkan hati ku kukuh d atas agamanya.
Salam ustaz,
Bila saya baca artikel ini, saya teringatkan pakcik saya yg dulunya (tahun 80an 90an) aktif dengan aktiviti2 dakwah. Tapi kini tidak lagi. Saya nampak banyak ujian yang Allah turunkan kepada dia sebagai individu & bapa selepas dia tidak aktif berdakwah.
1. Dia mengambil seorang maid indonesia untuk membantu isterinya di rumah sementara dia berpergian. Malangnya maid it berjaya menjadi isterinya dan membuatkan dia tidak lagi menyambung aktiviti dakwah.
2. Isterinya (yg asal)ditimpa penyakit misteri
3. Anak lelakinya yang pertama dan kedua drug addict
4. Anak ke-4 (lelaki) ditimpa kemalangan & kini terganggu mental & tidak boleh bekerja.
5. Anak ke-5 (lelaki) ditimpa kemalangan & lumpuh seluruh badan, hanya baru2 ni saja tangannya dapat digerakkan & boleh menyuap makanan sendiri.
Dia semenjak beristerikan perempuan indonesia jarang2 menjenguk anak isteri di rumah isteri pertama. Mujur anak2 perempuannya (no 3 & no 6) mendapat pekerjaan yg baik & dapat menyara keluarga ini.
Apakah yg silap ustaz? bagaimana hendak membetulkan keadaan ini? bagaimana hendak memberi kefahaman kepada si bapa ini semua berpunca daripda salahnya. Mengapa dia tidak nampak ini berpunca daripada kelalaian dirinya?
Wallahua’lam
@nor,
Wsalam wbt.
Sejujurnya, saya pun tidak tahu bagaimanakah masalah ini boleh diungkai. Namun putus asa bukan pilihan.
@Abu Saif,
Terima kasih ustaz kerana reply. Saya sangat setuju ‘putus asa bukan pilihan’.
Alhamdulillah anak2 perempuan keluarga ini tidak pernah berputus asa. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada seluruhnya di dalam keluarga ini untuk terus berharap kepada Allah dan berusaha sebaiknya untuk hidup beribadat.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada si ayah, mengembalikan rasa kasih & sayang kepada anak2 yang sering terabai ini. Semoga si Ayah kembali celik hatinya…
Mungkin benar, cubaan untuk orang yang faham agama it lebih besar berbanding yang kurang faham, jika berjaya menempuh cubaan yg diberikan lebih besarlah ganjaran dan meningkatlah darjat keimanan hamba… tapi jika gagal dengan cubaan, lebih besarla kesalahannya dan semakin jauh dia dengan Allah…
Kerana Allah maha mengetahui cubaan yang selayaknya saja yg diturunkan untuk hambanya. Tidak mungkin cubaan itu melebihi kuderat hambanya.
Wallahua’lam
Salam penuh kasih, saudara seakidahku…kerana yang bernama manusia itu ada salah dan lupanya dia pada tanggungjawab dan hak yang perlu ditunaikan…usaha,usaha dan terus usaha sedarkan mereka…beri peringatan, ziarah dan cuba samapaikan…paling penting,bersangka baik dan berdoa yang pak cik adik diberi hidayah untuk kembali bertanggungjawab dan istiqamah pada keluarga dan gerak kerja dakwah…
I like.. Bagus article ni.. haha.. ramai silent reader ustaz. “jangan putus asa atas rahmat Allah bila berdakwah”..point to ponder.
Meremang bulu roma dan berair air mata tika membaca artikel ni, jazakallahu khair, Allahu yahfazaka.
Terharu bila sy bc n3 ustz ni.
Hidayah Allah tidak kira masa sama ada cepat atau lambat lg.
Semoga ustz dapat teruskan usaha dakwah ini.
ramai silent reader ust yang akan terus menyampaikan msg ustz.
jazakallah
Terima kasih ustaz kerana reply. Saya sangat setuju ‘putus asa bukan pilihan’.
Alhamdulillah anak2 perempuan keluarga ini tidak pernah berputus asa. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada seluruhnya di dalam keluarga ini untuk terus berharap kepada Allah dan berusaha sebaiknya untuk hidup beribadat.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada si ayah, mengembalikan rasa kasih & sayang kepada anak2 yang sering terabai ini. Semoga si Ayah kembali celik hatinya…
Mungkin benar, cubaan untuk orang yang faham agama it lebih besar berbanding yang kurang faham, jika berjaya menempuh cubaan yg diberikan lebih besarlah ganjaran dan meningkatlah darjat keimanan hamba… tapi jika gagal dengan cubaan, lebih besarla kesalahannya dan semakin jauh dia dengan Allah…
Kerana Allah maha mengetahui cubaan yang selayaknya saja yg diturunkan untuk hambanya. Tidak mungkin cubaan itu melebihi kuderat hambanya.
Wallahua’lam
awal bentuk ustaz mengenal erti dakwah..
sejak usia remaja lagi..
saya masa tu masih lagi terkapai-kapai mencari tujuan hidup..
subhanallah…apa yg ustaz rasa sedikit sebanyak pernah saya rasakan, dan kadang saya rasa sedih di pulaukan oleh kawan2..tapi saya yakin dengan perancangan Allah..Allah nak kebaikan untuk kita..ya..pahit itulah yg dirasai oleh Rasulullah dan para sahabat..kalau dibandingkan dengan kita hanya sedikit yang kita rasa…
Assalamualaikum wbt ustaz,
di kala ana terasa ingin berputus asa, bertanyakan di mana pertolongan dariNya,artikel ini memberi sinar dalam siri dakwah ana yang tiada nilai dihadapannya berbanding sahabat lain.
moga thabat n istiqamah semua
Terharu ada…tersenyum pun ada… bila baca entry yang ini… Sekarang mahu tergelak pula… Teringat pengalaman sendiri masa di sekolah. Suatu hari nanti mungkin bisa dikongsi dalam blog sendiri untuk menyemarak semangat adik-adik… Asyik menulis untuk mad’u umum, kadang terlupa pada generasi pelapis dakwah ilallah. Diri sendiri pun ada fasa naik turunnya.. Allah sebaik-baik penolong…
Salam..
Tq ustaz.. Entri yang membakar semangt tuk trus berjalan diatas jalannya….
kadang-kadang perasaan malas timbul.. Perasaan Bosan.. dan bermacam-macam lagi bisikan-bisikan syaitan yang membisik di hati.. menyebabkan diri sentiasa tidak bersemngat untuk study dan buat keja-keja dakwah..
apa yang saya tengok ustaz.. dengan keja-keja camnilah yang dapat naikkan semnagt saya tuk study lebih banyak..
tu yang perlukan buah-buah tuk makanan hati.. agar tidak terus terbuai oleh segala jenis kesenangan yang melalaikan..
Assalam.
Terima kasih ustaz. Artikel ini buat hati saya sebak. Mengenang betapa hinanya saya hidup di muka bumi Allah ini.
Kini saya sedang berusaha memperbaiki diri ke jalan Allah. Meninggalkan apa-apa maksiat yg pernah saya lakukan dulu. Sesungguhnya saya bertaubat nasuhah.
Saya akan jadikan kata-kata ustaz di dalam blog ini sebagai kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan.
Saya juga ada membangunkan web ohislam.com dan harap dapat diberi petunjuk dan bimbingan dari ustaz jika ada salah silap di sana.
Wassalam ya Ustaz.. Terima kasih (tiada tanda noktah kerana terima kasih yg tidak terkira)
Salam,
Bukan pertama kali dengar kisah spt yang dialami keluarga pakcik Nor. Bukan juga kali kedua. Kadang2 bila difikir, ia seperti mencemar kredibiliti pendakwah yang lain. Setiap kali mendengar dakwah dari pendakwah, akan terdetik di hati tentang keluarga pendakwah, terutamanya anak2 pendakwah itu sendiri. Hati juga lebih cenderung untuk menerima kata2 nasihat yang diberi oleh yang layak.
jazakallah ustaz atas perkongsian,..waking up post untuk diri yang lemah dan futur…
salam…bergenang air mata.tersentuh n sedey dgn diri sendiri..