Warning: array_map() [function.array-map]: Argument #2 should be an array in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 287
Warning: join() [function.join]: Invalid arguments passed in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 27
Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/saifulis/public_html/wp-content/plugins/yet-another-related-posts-plugin/magic.php on line 54

“Bolehkah kamu berjaya dalam hidup jika tidak lulus PMR dan SPM?” saya melontarkan soalan kepada peserta.
Boleh tahan juga bilangannya yang mengangkat tangan untuk jawapan YA.
“Maknanya ramailah yang merancang untuk gagal PMR dan SPM ni ya? Senang kerja saya” saya membuat kesimpulan.
Guru-guru pun ada yang kelihatan resah dengan idea yang saya sampaikan. Memberikan cadangan bahawa hidup boleh diteruskan dengan kejayaan tanpa kelulusan PMR dan SPM?
“Baiklah, bagi yang kata kita boleh berjaya dalam hidup walaupun gagal PMR dan SPM, bolehkah kongsikan hujah anda?” saya menyambung provokasi.
Seperti biasa, ramai yang tertunduk-tunduk, memandang dinding dan bumbung dewan, melarikan mata daripada memandang saya kerana tidak mahu disuruh menjawab soalan. Itu ‘penyakit’ yang sering melanda pelajar-pelajar kita. Bising bila ramai, kecut bila diminta bersuara atas kapasiti peribadi.
“Sebab PMR dan SPM bukan segala-galanya. Ada ujian yang lebih besar di Akhirat!” jawab seorang pelajar.
Wah, jawapannya disambut dengan tepuk tangan oleh rakan-rakan. Saya juga mengucapkan syabas kepadanya kerana berani bersuara. Senaskhah buku Persediaan Minda Pelajar Cemerlang tulisan rakan saya, Osman bin Affan, dijadikan hadiah buat pelajar yang berani ini.
PMR DAN SPM URUSAN AKHIRAT
“Maksud kamu, PMR dan SPM tiada kena mengena dengan Akhirat?” saya menyambung soalan.
“Err… err…” pelajar itu tidak pasti, asyik menggaru kepala.
“Ada ke benda di dunia ini yang tiada kena mengena dengan Akhirat?” saya meneruskan soalan.
“Sekular!” jawab seorang pelajar.
Hebat falsafahnya. Senaskhah lagi buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi, saya jadikan hadiah buat pelajar yang memberikan kata kunci berharga dalam sampuk beliau itu tadi.
Hakikatnya, sama ada kita boleh berjaya atau tidak dalam hidup ini tanpa lulus PMR dan SPM, jawapannya ialah YA dan TIDAK.
JIKA MAHU JAWAPANNYA YA
Anda berusaha gigih.
Pergi ke sekolah dan menghadiri kelas dengan penuh tumpuan. Tidak ponteng kelas tambahan. Bertanya jika tidak faham. Membuat kerja latihan yang diberi, berlatih menjawab soalan-soalan tahun lepas, mencipta mnemonic untuk membantu anda menghafal fakta… anda berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba menjelang peperiksaan, berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Anda demam campak.
Seperti semasa saya menduduki kertas pertama SPM, kertas Bahasa Melayu.
Disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka itu, anda mendapat keputusan peperiksaan yang tidak seperti apa yang diharapkan, malah mungkin gagal terus… ketahuilah, anda adalah calon manusia berjaya dalam hidup ini di dunia dan di Akhirat.
Mengapa?
UPSR, PMR dan SPM walaupun kejayaannya diukur pada keputusan yang tercatat di atas kertas keputusan peperiksaan, namun itu bukanlah inti pati utamanya. Tanyalah seorang jurutera, semasa beliau menghadiri temuduga kerja, apakah majikannya bertanya tentang keputusan UPSR dan PMR beliau?
Tiada.
Sudah tidak penting lagi.

Di usia ini, gred berapa dan agregat berapa sudah tidak penting, tetapi SIKAP yang terbentuk daripadanya berguna sepanjang hayat
Tetapi apa yang diajar oleh UPSR, PMR dan SPM ialah latihan mencipta kejayaan iaitu pada SIKAP yang dibentuk di sepanjang perjalanan menuju dewan peperiksaan. Jika anda telah berusaha gigih, memberikan sepenuh komitmen, berdisiplin untuk mengutamakan apa yang utama, bersabar dengan apa yang kita tidak suka untuk nantinya dapat apa yang kita suka, maka kita sudah pun berjaya, sebelum keluar keputusan peperiksaan!.
Kejayaan ialah perjalanan, bukan destinasi!
Jika anda sudah menyertai perjalanan itu, anda sudah pun berjaya.
JAWAPANNYA PASTI TIDAK
Namun, jika anda gagal di dalam peperiksaan kerana tidak berusaha, malas, menyakiti hati ibu bapa dan guru, maka ketahuilah anda adalah calon manusia gagal di dunia dan di Akhirat.
“Tapi ustaz, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew jadi jutawan walaupun tak sekolah!” kata seorang pelajar merujuk kepada Honda Man, tokoh perniagaan negara yang amat terkenal itu.
“Dia jadi jutawan bukan dengan menggagalkan diri di dalam peperiksaan. Kamu tahu, Mendiang Boon Siew bekerja mengutip tahi babi semasa di usia kamu untuk menyara hidupnya. Ia lebih hebat daripada kesanggupan kamu berjalan kaki ke kelas tambahan di sekolah pada tengah hari yang panas terik di bulan puasa! Itulah SIKAP!” saya menambah.
Nampaknya pelajar-pelajar ini sudah panas. Sudah berani menjawab. Sebuah lagi buku MAGNET DIRI tulisan Amin Idris saya hadiahkan kepadanya.
“Macam mana boleh gagal PMR dan SPM membawa kepada kegagalan di Akhirat, ustaz?” tanya seorang pelajar.
“Dunia ladang Akhirat. Macam yang ustaz sebut tadi, kalau kegagalan peperiksaan itu berpunca daripada sikap atau akhlaq yang buruk, menyakiti hati guru-guru dan ibu bapa yang bersusah payah mahukan kejayaan untuk kamu, itulah dosa yang menjadi saham untuk membeli kerusi di lubuk Neraka!” saya menambah.
Ceramah berlangsung lagi hingga selesai satu jam setengah masa yang diberikan.
Tiada apa-apa resepi kejayaan rahsia yang saya berikan.
Bak kata bapa kepada hero pujaan filem kegemaran saya yang wajahnya mirip-mirip saya:

“There is no secret ingredient, you just have to believe! – Abu Panda”
Selamat menempuh peperiksaan PMR untuk adik-adik yang menduduki kertas pertama mereka hari ini.
Jika ada soalan yang tidak diketahui jawapannya, tuliskan sahaja WALLAHU A’LAM (Allah lebih mengetahui), pasti betul. Jangan ada pegawai pemeriksa yang memangkahnya. Rosak Aqidah!
Cuma, tiada markahlah… itu sahaja.
Ingat, kejayaan adalah perjalanan, bukan destinasi!
Seeru ‘alaa barakatiLlaah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) No related posts.
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam ziarah.
terima kasih atas perkongsian ustaz
filem kungfu panda mmg menarik, ada unsur motivasi yg hebat di dalamnya =)
saya sangat setuju..segalanya bermula atas sikap kita..kalau kita genius macam mana sekalipun, tetapi sikap tidak menjurus ke arah kejayaan,no point..saya sangat tertarik dengan pembentangan al-fadhil ustaz mengenai Muslim U-Turn baru-baru ini di UIAM,berkenaan syariatullah VS sunnatullah..semua ini berkisar dalam diri kita sebagai manusia..
Salam,
Suatu penerangan yang istimewa, akak tidak pernah menjadi pelajar terbaik semenjak meninggalkan bangku sekolah rendah tetapi didikan ayahanda yang baru menemui Ilahi pada 4 Okt sentiasa lekat pada sikap dan disiplin.
Setahun sebelum menduduki peperiksaan darjah 5, akak perlu bangun seawal 5 pagi untuk tuisyen dengan ayah pada musim cuti persekolahan dengan alasan hati terang waktu tenang.
Takziah saya ucapkan kepada Kak Ija sekeluarga. Semoga Allah melimpahkan rahmah dan maghfirah kepada al-marhum ayahanda dan dikurniakan sabar dan istiqamah kepada keluarga yang ditinggalkannya.
Mengenangkan seorang murid tahun 6 yang mati membunuh diri kerana tidak mendapat straight A’s dalam UPSR setahun dua yang lalu, saya berazam untuk memghapuskan obsesi guru, ibu bapa, sekolah dan pelajar sendiri terhadap peperiksaan.
Ya, ia bukan komitmen tetapi OBSESI yang buta lagi merugikan
@Kak Ija, Lama kak Ija tak meninggal jejak di SIO ni…=)
Aduyaaaiiii..
Saya tergelak sendiri di hadapan laptop membaca tulisan ustaz. Lebih-lebih lagi pada perenggan Kungfu Panda..
Setuju dengan pandangan ustaz. Dunia sekarang ini kadang2 tidak menuntut kita untuk berjaya dari segi peperiksaan semata-mata. andai kata kita ada doa, usaha, iltizam dan tawakal kita pasti boleh menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini. Malahan, ramai dikalangan kita yang berjaya sekarang ini pun bukan dikalangan cerdik pandai malah pernah gagal dalam peperiksaan. namun, perkataan PUTUS ASA tidak pernah ada dalam diari kehidupan mereka. boleh jadi juga mereka ini adalah boss2 kepada mereka yang berjaya dari lepasan universiti.
assalamualaikum ust,
bagaimana nak ubah sikap kita?kekuatan apa yang perlu dibina dalam diri kita?bila kita buat baik,orang akan perli,ketawa n sebagainya…orang suka kita yang jenis huha-huha,gila2,orang tak suka kita thiqah.heran…orang baik orang tak nak dekat….
@cahayamahar, kalau kita dah baik, why not, kita yg cuba mendekati kawan2 kita yg huhahuha. Bukan tunggu kawan cari kita. Ye dok?
@cahayamahar,
kekuatan? jadikan tujuan hidup kita adalah Allah.. pasti kuat dan tak mudah puuts asa.. sebb nak dapatkan redha dia pasti bukan mudah, perlu ujian. lulus atau tak…. dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita akan kembali…. itulah perjalanan hidup kita….
pasal org tak nak dekat takperla.. sabar je.. janji kita dah buat apa yang sepatutnya.. mmg macam tu adatnya.. nabi mcm mana ek dulu? lagi terukkan? mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat… ganjarannya adalah tak terkira.. insya allah…
@hamba99, sesungguhnya pndgn Allah terhadap kita itu lebih penting drp pndgn manusia. Wallahu’alam
Moga adik-adik kita menjadikan PMR sebagai salah satu bekalan dalam perjalanan hidup mendatang yang lebih mencabar. Apa yang penting mengamalkan isi kandungan pelajaran dan bukan sekadar menghafalnya
Salam,
Saya suka tip Ustaz untuk jawab soalan yang tak diketahui jawapannya tu. Next time saya ambik peperiksaan formal (tak tau la bila lagi…bertahun dah lepas…hehehe) saya akan praktikkan bila sampai masanya.
@Sabariah,
better late than never
tahniah ustaz, semua 1..
harap zaujah tak satu, biarlah 4, 3 atau 2.
@zikr, antara doa-doa yang tidak diaminkan dalam hidupku ini
@Abu Saif,
oh, ye ke…
tak mengapa ustaz, bersyukur dengan apa yang ada pun sudah dikira berbuat kebajikan.
walau sebenarnya peluang untuk berbuat kebajikan itu lebih tinggi jika peluang itu diambil
@zikr, Errr… scary dgn HARAPAN zikr…
Subhanallah!
Ustaz, kalau ustaz ada ceramah/perkongsian dengan remaja, boleh saya ikut? … tetapi sekadar memerhati macammana approach ustaz dengan remaja, boleh ke?
Teringin nak belajar.
Saya selalu merentas semenanjung, ke Kelantan, ke Perlis, ke Selangor dsbgnya untuk berkongsi idea, beri motivasi kepada pimpinan pelajar di sekolah-sekolah, tapi masih banyak yang perlu belajar. Yalah, umur pun baru belasan tahun.
Anyway, seronok dengan istilah tu, Abu Panda~ hehe.
@LittleCaliph,
Saya juga masih bertatih dalam proses turun ke sekolah. Memang jarang sebenarnya. Tetapi terasa keperluannya banyak.
Anyway, mungkin Disember nanti saya akan anjurkan sekali lagi KEM HIJRI untuk remaja. Jemputlah datang sebagai… apa-apa pun tak pe.
setuju2…lawak la ustaz ni..”abu panda”..lol
hehe…filem Panda dan Abu Panda itu pun favourite saya juga…banyak mesej terutama waktu latihan-latihan sepanjang nak jadi ninja warrior…
Terharu membaca tulisan ustaz. Namun lebih terharu dan sebak apabila anak saya yg akan mnduduki PMR pagi tadi semasa menghubungi utk memohon ampun dan doa restu telah memberitahu satu perkhabaran yg menyedihkan iaitu bapa kepada salah seorg rakannya yg juga akan ambil PMR telah kembali ke rahmatullah mlm tadi. Semuga pelajar itu diberikan kekuatan oleh Allah dalam menghadapi dugaan yang berat ini. Al Fatihah utk Almarhum bapanya..
@aishah,
Di SMKDARY tempat saya menyampaikan ceramah ini, saya diberitahu oleh guru bahawa seorang calon STPM meninggal dunia dilanggar kereta pada bulan Ramadhan baru-baru ini semasa balik daripada Kelas Tambahan di sekolah.
Semoga Allah mencucurkan rahmat dan maghfirah ke atas roh al-marhumah dan dikurniakan sabar kepada keluarganya, juga kawan anak puan yang kehilangan bapa itu.
Sampaikan salam dan sokongan saya kepada anak puan. Selamat menjawab soalan PMR!
taniah ustaz satu buah fikiran yang menyeronokkan..rasa nak jadi budak skolah balik je..itulah yang diperlukan oleh manusia makanan rohani yang boleh membangkitkan semangat..teru,terus dan teruskan usaha ustaz untuk mendidik masyarakat..salam ukhwah dari saya..:)
subhanallah..
sesungguhnya sebenar-benar kejayaan itu hakikatnya telah kita rasai apabila kita yakin dgn segala apa yg telah kita lakukan mendapat restu,perkenan dan kasih cinta Tuhan..maka apa jua peperiksaan ujian akan di tempuhi dengn tenang,tanpa gusar,tiada gundah..keputusan di atas kertas itu hanyalah sebagai hadiah buat penyeri kejayaan yg hakikatnya telahpun dicapai sebelumnya..spjg perjalanan itu.. all the best utk semua calon PMR SPM DN STPM…
semoga mesej yg sebenar dr tulisan ini akan benar2 tersampai kepada semua pembaca.. insyaAllah.. jazakallah khairal jaza’ ya ustaz..(terkenang dimasa lalu..)
inilah juga isunya di universiti…Ijazah Ekspress… nak title…usaha malas…
Betul tu ustaz,
Kalau kita meletakkan pengharapan kepada PMR atau SPM, silap-silap boleh rosak aqidah.
Jadi kita wajib tanam dan iqtiqad dalam hati bahawa peperiksaan ni hanya sebagai alat sahaja.
saya tak pernah menghadapi situasi peperoksaan samada UPSR, PMR atau SPM, tetapi alhamdulillah hidup saya berjaya sehingga sekarang…
@redho,
wajar dinukilkan cerita tuan / puan, supaya dapat diambil teladan daripadanya. tahniah!
Nyesal tidak menyertai ceramah tu walaupun diri dah ada kat situ…
Sebenarnya malu dengan rambut panjang yang boleh menimbulkan fitnah kepada si penceramah dan para hadirin
@Campden Grove,
Tu la. Kalau boleh ana contohkan. Sabar ambil PMR, SPM dan STPM. Nanti bila PhD, barulah boleh rambut panjang
Lain kali kalau ikut, janganlah nyorok-nyorok. Insya Allah tiada lagi salmonela mengganggu. Allaahumma syafakallah syifaa’an la yughaadiru saqama
@Abu Saif,
Ohoh ohoh ohoh… siap ada jaminan salmonella lagi LOL
@Campden Grove,
samonella ???
yang saya tahu salmonella typhi menyebabkan typhoid (demam kepialu)
artikel yang sungguh membantu dikala tidak bersemangat nk stadi ni…
syabas ustaz!
SalamualaiKum.. Ustaz, Saya pulak yang naik semangat bila baca artikel ni ustaz.. biarpun zaman SPM dan PMR sudah lama berlalu..
Sekarang Zaman Final YEar Universiti pulak.. Sikapp.. Setuju ngan Ustaz.. Semuanya perlu bermula dari matlamat asal kita.. Akhirat..
Timasih ustaz atas peringatan..
Oleh kerana UPSR, PMR sudah tak pentinglah maka saya tekadkan azam membuat sesuatu yang pada hemat saya lebih penting iaitu menghantar anak-anak ke sekolah hafiz. Ramai yang bertanya, “Habis? tak apa ke tak ambil UPSR?” Saya bertanya balik seperti yang ustaz nyatakan di atas, “Dalam temu duga orang tak tanya pun.”
Tak kanlah anak yang sudah tak ‘boleh’ di sekolah biasa baru kita hantar ke sekolah sedemikian? Lagi tajam akal anak , sepatutnya ke sanalah kita hantar mereka dulu. Semoga Malaysia akan dibanjiri oleh para profesional yang hafiz, alim, daie dan taatkan Allah. InsyaAllah.
Salam. Kadang-kadang tu sukar juga nak merasionalkan kepada perlunya keputusan cemerlang dengan jaminan masa hadapan. Terima kasih ustaz untuk perkongsian ini.
Assalamualaikum..
Ahaha.. Terlepas ketawa saya di office kerana statement “Abu Panda” tuh.. Hahaha.. Comel Betul..
salam ustaz…terima kasih kepada artikel ustaz ini. pd saya pengalaman saya membuktikan yang markah bukan segala-galanya. saya bukanlah pelajar pandai. saya kategorikan diri saya pelajar sederhana. tetapi semasa di tingkatan 5, saya tanamkan azam untuk melanjutkan pelajaran di luar negara (cita-cita dari kecil sbnrnya) siang malam study, doa tak putus2. aktifkan diri utk backup markah nnt. pengawas, debator, semuanya sy take part. penat, stress, semuanya sy tolak ketepi. markah keluar saya mendapat 9 A. tp sebaliknya berlaku. saya tidak diterima dgn alasan saya kurang boleh berbahasa inggeris (saya penah tinggal di UK selama 5 tahun mengikuti ayah saya belajar di sana masa kecil) dan saya diberi course terakhir dalam pilihan course yang saya letak semasa mengisi borang UPU. beberapa kali saya ingin quit belajar sb tidak minat langsung dgn course yang sy dapat. tetapi mengenangkan ibu bapa saya bersabar. 7 tahun saya mengambil masa memujuk hati. ayat ustaz “bersabar dengan apa yang kita tidak suka untuk nantinya dapat apa yang kita suka maka kita sudah pun berjaya’ benar2 menyentuh perasaan saya. sekarang tika mengajar tuisyen, saya selalu ingatkan anak murid, belajar rajin2…bkn utk markah yang cemerlang, tetapi untuk memenuhi ilmu di dada. sb saya tak mahu mereka akan rasa tertipu mcm saya dgn janji markah yang cemerlang akan memudahkan kita mendapat apa yang kita nak. i guess Allah had better plans for me
)
semua pelajar PMR bedebar ambil peksa hari ini tapi lebih bergandadebarannya bila dewan peksa dibakar kat sek men di johor jaya, johor bahru. rasanya orang yang demam campak tengah peksa pun lebih selesa dari duk kat dewan yang terbakar!!! kasihan pelajar2 sebab saya tgk pelajar di sekolah saya masing2 suara pun tak boleh keluar lagi bila dah dekat nak masuk dewan. Ustaz memang sangat bagus dan sangat perlu dapat selalu ke sekolah untuk membantu guru2 dan ibubapa membentuk sakhsiah pelajar.
Ustaz, saya letak artikel ustaz ni di blog saya..credit to ustaz..harap ustaz benarkan..TQ
salam,
terima kasih ustaz.
artikel menarik ustaz ini berjaya menambah semangat saya yang nak exam final 12 oct nie.
sem0ga berjaya buat semua pelajar matrikulasi 09/10..!!!
=p
[quote]
Jika ada soalan yang tidak diketahui jawapannya, tuliskan sahaja WALLAHU A’LAM (Allah lebih mengetahui), pasti betul. Jangan ada pegawai pemeriksa yang memangkahnya. Rosak Aqidah!
[/quote]
kalau pemerika pun tak kan tulis apa2 dalam kertas jawapan tersebut. paling tinggi pun dapat telur ayam sebijik hehehe
quote sikit dari tulisan ustaz kat atas tu: “Kejayaan ialah perjalanan, bukan destinasi”, teringat saya pada lirik lagu Miley Cyrus, The Climb. hmm.. maaf kalau menyimpang sikit. tapi memang ada betulnya kata2 tu.
@kurt995,
setuju..lagu the climb tu memberi motivasi
ain’t about how fast I get there
ain’t about what’s waiting on the other side
it’s the climb!
tak kisah la apa hasil yang Allah akan berikan, tu rezeki kita, janji kita usaha habis-habisan
bbrp jam lepas
saat ini
moga aku seterusnya \\(@_@)// +
salam.
saya setelah terbaca dari pencari ilmu, saya terlintas untuk memberi comment di sini.
saya pun setuju dgn artikel ustaz. Saya pun dulu masa d peringkat sekolah mmg ada tanam cita2 untuk blajar kat oversea dlm bidang yg saya suka. Alhamdulillah, saya dpt cita2 saya tu.. tapi sebenarnya itu bukan erti kejayaan yang sebenar. macam ustaz kata kejayaan adalah perjalanan bukan destinasi.
salam,
ustaz pun suka kungfu panda juga ye. saya pun suka. “There is no secret ingredient, you just have to believe! – Abu Panda”.
i wan to be millionare like abdul rahman bin auf. amin.
frasa : kejayaan sebuah perjalanan bukan destinasi..
menarik dan buat saya berfikir panjang..
syukran
salam.baru terbaca artikel ni,melihat budaya hiburan dikalangan pelajar agak mencemaskan,sehingga tidak terjangkau dek akal,itulah bayangan generasi akan dtg, mereka juga dalam konflik,keliru dalam mencari identiti, atau terus hanyut tanpa disedari, semoga hidayah menyentuh hati mereka untuk menangani cabaran hidup dengan lebih positif sebagai bekal wawasan akhirat
Saya setuju dgn pendapat ustaz. Kejayaan upsr,pmr mahupun spm bukan dinilai pada keputusan di atas kertas tetapi SIKAP yang dibentuk untuk mencipta kejayaan itu. Mungkin kisah saya boleh dijadikan pengajaran. Kejayaan yang tidak berpaksikan SIKAP yang betul. Tercampak ke dunia perubatan tanpa SIKAP barulah saya tahu tinggi rendah langit itu. Sukarnya bertatih membina sikap ketika usia sudah mencapai 2 dekad. Tapi Alhamdulillah mungkin itulah peluang yang Allah berikan kepada saya untuk berubah.