
“Jadi ustaz bercakap dengan anak-anak dalam Bahasa Arablah, ya?” tanya Azmi, rakan saya.
“Err!!!” saya tergamam.
Kami berbual sambil melihat kerenah anak-anak bermain. Sudah agak lama saya tidak bertemu dengan beliau.
“Memang kena dalam Bahasa Arabkah?” saya bertanya.
“Rugilah, ustaz. Kalau dah boleh kuasai Bahasa Arab, rugilah kalau tidak berpindah ke anak-anak. Umminya pula tentu boleh sampaikan Bahasa Inggeris ala-ala Irish!” jawab Azmi, merasionalkan soalannya kepada saya tadi.
Saya tidak pasti, apakah jika si bapa boleh bertutur lebih daripada satu bahasa, manakala ibunya pun sama, maka anak-anak di usia awal mereka perlu diajak menutur sama kepelbagaian bahasa itu?
BAHASA BUKU
Biar pun saya boleh berbahasa Arab dan Inggeris, tetapi kebolehan yang seadanya itu datang hasil daripada pembelajaran. Ibu bapa saya tidak bertutur di dalam Bahasa Inggeris di rumah. Sebaliknya kami belajar melalui sistem pendidikan yang ada, serta sokongan persekitaran, termasuklah kemudiannya hasil mastautin saya di negara Arab dan Inggeris.
Sedikit sebanyak, Bahasa Arab dan Inggeris saya agak bersifat buku. Hanya setelah duduk di negara Arab, juga negara Inggeris dan Irish yang juga berbahasa Inggeris, lenggok buku itu diperbaiki serba sedikit.
Namun, saya tidak mahu anak-anak saya diajak bertutur dalam pelbagai bahasa di usia awalnya.
PELBAGAI PENDAPAT
Memang tidak dinafikan, di luar sana ada pelbagai pendapat amatur dan pakar tentang pro serta kontra bercakap dengan anak-anak di dalam lebih satu bahasa, terutamanya apabila ia membabitkan ibu dan bapa yang berlainan bangsa dan bahasa ibunda. Akan tetapi, saya merasakan bahawa kaedah OPOL (One Person One Language) adalah lebih baik kerana ia mampu mencegah anak-anak daripada terkeliru.
Andai penguasaan bahasa itu semata-mata untuk memenuhi hasrat ibu bapa, saya tidak mampu berkata apa-apa. Tentu sahaja ibu bapa berasa bangga apabila anak-anak boleh menyebut bilah-bilah perkataan Inggeris atau Arab.
“Hebat anak kamu. Macam anak orang British!” puji seorang tetamu.
Si ibu teruja dan bangga dengan ‘pencapaian’ si anak yang baru berusia tiga tahun itu.
“Wah, ni baru betul anak ustaz!” ulas kawan si bapa yang merupakan graduan universiti Negara Arab.
Si anak baru sahaja bertutur beberapa ayat di dalam Bahasa Arab untuk memberitahu si bapa yang dia mahu makan.
Perkembangan itu mungkin kelihatan agak tinggi jika dibandingkan dengan usia si anak pada waktu berkenaan. Tetapi apakah bahasa-bahasa yang dituturkan itu berkembang menjadi bahasa utama yang betul, atau akhirnya semua bahasa bercampur aduk dan tunggang langgang?
“You know, I of course la, not really into all those things!” kata seorang remaja KL kepada temannya.
Sebutannya sangat fasih dan penuh yakin. Tetapi hakikatnya Bahasa Inggeris yang digunakan sangat bersifat pasar. Ia sedap dijadikan bahasa pertuturan tetapi sangat buruk untuk dijadikan bahasa tulisan. Susah sekali untuk mereka yang bertutur dengan gaya bahasa sebegini, untuk diperbetulkan kepada proper English kerana sudah amat terbiasa dengan penggunaan broken English sedemikian rupa.
Biarlah bahasa dikuasai melalui pembelajaran yang sistematik dan bukannya melalui campur aduk bahasa ibu bapa yang mengelirukan anak-anak.
JIKA MAHU LEBIH SATU BAHASA
“Diana, sit properly. You are a girl” seorang ibu memberi arahan kepada anaknya.
Si anak terpinga-pinga. Tidak begitu memahami apa yang diperkatakan oleh ibunya.
“Hish, kamu ni. Duduk betul-betullah. Malu duduk macam tu. You understand me?” si ibu menterjemahkan arahannya kepada si anak bersama geram kerana arahannya tidak difahami.
Proses menggandakan penguasaan bahasa anak-anak di samping bahasa ibundanya, biarlah berlaku sebagai suatu proses yang menyeronokkan dan secara semulajadi. Jangan keterlaluan dalam menekan anak-anak dan sentiasa mahu membetulkan kesilapan mereka kerana tekanan itu akan memperlahankan perkembangan bahasa anak-anak secara keseluruhan.
Anak-anak yang didesak pada usia kecil untuk menguasai bahasa yang bukan bahasa ibundanya, ramai yang mengalami kelewatan bercakap, tidak fasih dan tidak lancar dalam mengungkapkan ekspresi dirinya berbanding dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya.
Menggunakan siaran televisyen atau filem untuk merangsang penguasaan bahasa anak-anak kecil ini adalah sesuatu yang bagus. Tetapi seandainya televisyen atau filem itu merupakan satu-satunya pendedahan si anak kepada bahasa yang ingin dipelajari, maka ia amat tidak memadai sehinggalah insan-insan terdekat menuturkannya secara langsung kepada anak-anak ini dengan baik, betul dan jelas.

HARAPAN
Sesungguhnya, berusahalah untuk menghasilkan anak-anak yang boleh bertutur bahasa ibundanya dengan baik dan jadikan ia sebagai keutamaan dalam pendidikan anak-anak. Bercakap dengan anak, bercakaplah dengan pertuturan yang mendewasakan si anak dan bukannya dengan pelat-pelat yang ‘comel’ tetapi merosakkan bahasanya.
Generasi yang bertutur dengan bahasa pasar yang tunggang langgang, tidak akan mampu memahami kitab-kitab lama, catatan sejarahnya, seloka pantun datuk neneknya, dan akhirnya menjadi satu generasi baru yang terputus daripada jati dirinya.
Ada pun bahasa kedua untuk meluaskan horizon kehidupannya, baik Bahasa Inggeris, Arab mahu pun Mandarin, semaikanlah ia melalui pembelajaran bahasa, bukan kelas memasak yang mencampur adukkan segalanya dalam satu periuk yang terbatas.
Saya mengalu-alukan saranan, pandangan balas dan komentar ibu bapa, pendidik dan sesiapa sahaja untuk menambah nilai pada perbincangan ini.
Saya bukan ahli bahasa.
Saya adalah bapa yang mencari kehidupan terbaik buat anak-anaknya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





sokong!
Salam,ustaz.
Saya agak bersetuju dengan pendapat ustaz. Menurut apa yang saya pelajari dari pediatrician, kanak-kanak yang berusia 5 tahun baru sahaja pandai menggunakan ‘akan’!!! Jadi pada hemat saya, pembelajaran bahasa kedua itu mungkin seawal-awalnya bermula pada usia 7 tahun untuk memantapkan bahasa utama dahulu. Kalau bermula terlalu awal, mungkin anak itu akan bercelaru ekspresi bahasanya.
Penguasaan bahasa utama yang mantap menjadi pemangkin untuk bahasa yang seterusnya. Saya ada kawan berbangsa Kyrgistan yang dapat berbual dalam bahasa Arab setelah mempelajarinya hanya selepas 3 bulan.
Salam ustaz.
Pernah juga dengar bahawa anak-anak yang ibu bapanya bertutur dalam pelbagai bahasa akan menyebabkan mereka terkeliru dan akan lambat untuk mula bercakap.
Wallahu a’lam.
@drkadir,
sy seorg cikgu..ank murid sya mmg HEBAT ckp bi but bla buat esei dlm bi HANCUR
@drkadir, memang betul sebab keluarga saya sendiri pernah melalui pengalaman ini.
Anak saya keliru.
tapi disebabkan kesungguhan kami utk memastikan anak2 kami pandai bertutur dalam berbahasa Inggeris Saya sanggup korbankan bahasa ibunda ,bukan lah kerana malu berbahasa ibunda tapi kerana ingin membuktikan bahawa saya yg tidak berpendidikan tinggi juga mampu untuk mendidik anak saya dan bangsa Melayu juga mampu untuk bertutur lebih dari 1 bahasa.
Disebabkan itu setiap yg kita lakukan kita perlu berkorban le salah satu. Tapi tidak susah utk anak saya mempelajari bahasa Melayu kerana nenek moyang dia semuanya Melayu.
@drkadir,
salam drkadir dan ustaz
saya sangat sayu dengan anak sulung saya dan jiran,tapi mujurlah saya tegas memilih bahasa melayu dan dia memilih bahasa urdu dulu sebelum inggeris dan arab.
sedih sebab kawan saya tu child specialist datang rujuk kat saya,saya linguist rujuk kat dia,anak kami lambat bertutur,anak saya 3tahun,anak dia 6.
urm,
kawan saya dr blok Kavkaz,Russia bertutur arab, russia, dan bahasa sukunya dengan anaknya. Anaknya masih lagi belum mahu bercakap hingga kini (3 tahun) dan bila bercakap, dia akn menggabungkan 2 @ 3 bahasa hanya utk satu perkataan. Menjadi bahasa baru kot.
Apa-apapun ‘penapis’ ibu dan bape kena sama, nanti bapa kata belajar bahasa ibunda dulu, si ibu pula sibuk speaking di sana sini
“Iman, sit..sit!”
@Husaini Ibrahim, saya mempunyai pengalaman yg sama seperti situasi di atas, disebabkan itu saya menekankan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di Rumah.
Anak sulung mempunyai kelemahan jika dibandingkan dengan adik beradik nya yg lain. Anak sulung saya dapat bertutur dgn baik setelah berumur 2 thn, tetapi adik nye dapat belajar dgn mudah dari abangnya dan pandai bertutur sebelum umur dia masuk sethn. Jgn lupa tiada hasil yg datang bergolek semuanya kena usaha keras dan kesungguhan utk mendapatkan sesuatu. Yang penting kita harus yakin dengan apa yg kita buat, dan berusaha ke arah itu.
alhamdulillah, melalui pengalaman itu saya memahami dan mendapati:-
1- perlu usahayg kuat jika ingin kan sesuatu
2- setiap apayg dibuat tentu ada pro dan kontra
3- bahawa Ibu bapa saya dan keturunan saya memang Melayu dan insyaAllah anak saya berpeluang utk belajar bahasa Melayu dgn baik ( dan dia memang sekarang pandai bertutur Melayu ditambah loghat daerah lagi)
dan setiap yg kita inginkan harus lah diusahakan sampai berjaya. dan perlu yakin bahawa setiap yg kita usaha pasti diakhiri dgn kejayaan. kalau kita gagal bermakna usaha kita belum cukup.
Makngah mengenali sebuah keluarga yang kahwin campur diantara melayu (ibu) dan ayah (ceylon).Ibunya banyak bercakap dalam bahasa melayu dan keluarga ayah bercakap hanya bahasa inggeris.Anak2 mampu menguasi dua bahasa ini dengan baik.
Hanya yang kelakarnya, anak2 enggan bertutur bahasa inggeris dengan ibu, walaupun ibunya pandai berbahasa inggeris.
Adam baru berusia 5 tahun dan aleesya 3 tahun, tapi riuhnya rumah mereka macam tadika.Aleesya berkata pada neneknya (orang ceylon)”omma!,look at Adam, he hits me.” Dan pusing pada kami pula,” ibu!adam jahat, dia pukul aleesya.”
@makngah,
salam, saya orang baru disini…mmm..mahu beri pendapat sedikit…saya pernah baca satu artikel mengatakan anak2 boleh diajar 2 atau lebih bahasa tetapi mesti oleh orang yang sama untuk setiap bahasa…mmm…maksudnya ibu cakap melayu sahaja, bapa inggeris sahaja…jangan campur aduk…macam kes yang makngah katakan
~my two cents~
@roza, saya pun pernah dengar pasal ni. Proses pembelajaran kena konsisten. Ibu dan ayah kena bawa watak masing-masing. Bukan dalam bab pembelajaran bahasa sahaja…ini meliputi semua…
WaLLAHu a3laam.
Salam, saya juga ada baca tentang ini. Memang kajian ada dijalankan & didapati anak2 dapat menjadi bilingual jika dibesarkan didlm situasi seperti yg roza katakan.
Assalamualaikum. Walau apa carapun, bertutur 1 bahasa atau 2 bahasa di rumah.. biar dalam suasana fun, jangan terlalu memaksakan kerana tiap anak itu berbeza kemampuannya. Saya bersetuju saranan ustaz..anak-anak jangan dipaksakan mengikut kemahuan kita yang barangkali tiada nilai disisi Tuhan melainkan mendatangkan rasa bangga pada ibubapa.
sbnarnya ada cara nk ksk anak mudah blajar dwibahasa…
satu cara ialah ibu atau bapa yang cakap english n sorang lg cakap melayu..
cara kdua adalah mnyelang selikan hari penggunaan bhs. hr ni ckp english, esok ckp malay…
tp macam mane pon, mmg budak yang diajar dwi bhs akan lambat sket bcakap bbanding kanak2 lain.
Berkenaan pembelajaran bahasa ni, saya pernah terbaca satu artikel di surat khabar (tapi sy sudah lupa penulisnya). penulis menyatakan menurut pengkaji bahasa meyatakan bahawa adalah lebih baik seseorang anak itu menguasai bahasa ibundanya terlebih dahulu sebelum belajar bahasa-bahasa yang lain. apabila mereka sudah menguasai bahasa ibunda dengan sebaiknya, maka mudahlah mereka untuk mempelajari bahasa lain kerana mereka sudah pun tahu istilah atau makna perkataan yang ingin dituturkannya dalam bahasa yang lain (pembelajaran bermakna). Itu sahaja yang saya ingin kongsikan. maaf andai ada tersalah fakta.
saya pening bila berbual dengan sepupu saya…mereka berumur antara 6 hingga 8 tahun..masing2 akan menggunakan bahasa arab dan bahasa melayu dalam satu ayat..kadang2 saya tak paham apa mereka cerita..kadang2 mereka tak paham cakap saya..
mereka lebih cenderung kepada bahasa arad daripada bahasa melayu…semasa di sekolah..kadang2 boleh jadi kes tercicir sebab cikgu bagi penerangan d depan..dia xpaham apa2..cikgu perlu bagi arahan personal pada dia…
Askm,
Amat perlu bahasa Ibunda ditekankan dahulu. Setelah anak mengetahui istilah-istilah beserta dengan ekspresi yang betul(boleh jadi dlm bentuk nada,body language,mimik muka), maka boleh la di ajar bahasa-bahasa lain.Dan betul, sy lebih suka ia diajar di dalam kelas dahulu, di samping melalui bahan bacaan tambahan, program tv, family game.
Bahasa membentuk siapa kita.
@shah,
‘Alaykumsalam Encik Shah,
komen saya ni mungkin tak ada kaitan secara langsung dgn topik Ust Hasrizal ttg bahasa ni. Saya rasa akan lebih indah & elok seandainya tulisan utk ucapan salam ditaip dgn penuh – Assalam’alaykum atau Assalamualaikum. Jgn lah dipendekkan jadi “Askm” atau spt byk org buat “A’kum”. Saya tak tahu org lain macam mana, tapi mata saya sakit bila tengok kependekan tu. Kita tak tau mungkin saja kependekan tu ada maksud dlm bahasa asing yg tak pernah kita pelajari atau dengar seumur hidup.
Inilah ikhlas pendapat saya. Harap tak menyinggung. Kita saling mengingatkan sesama kita semua kat ruangan yg penuh manfaat ni.
Terimakasih.
Saya sokong Aelin. “Akum” bermaksud “pemuja bintang dan bintang zodiak” atau “non-Jews”. Cubalah baca dalam Wikipedia.
@aelin,
InsyaAllah saya tidak tersinggung.Mungkin kesilapan saya menggunakan istilah pendek itu untuk berdiskusi.
Tetapi istilah “askm” itu adalah singkatan kepada Assalamualaikum, boleh rujuk tata penggunaan singkatan oleh DBP di untuk penggunaan bahasa SMS. Dan ia bukanlah bermakna tidak baik.
Istilah AKUM itu pula,entah la di mana datangnya saya tidak tahu.=)
@shah,
dalam hal ni, saya pilih untuk tak bersetuju dengan DBP. Perkara-perkara yang berkaitan dengan agama secara peribadi, saya berpendapat janganlah disingkat-singkatkan. Terutama sekali ianya membawa maksud yg baik (doa) dan ianya adalah bahasa Al Quran! Saya sendiri pun kalau sms tetap eja penuh ucapan salam tu.
Entahlah.
@aelin, senang citer, ucap je salam… dalam syurga semua hamab Allah ucap salam je apabila bertemu… cuba cari dalam al-quran….
assalamualaikum ust
bagi petua bagaimana nak mengatasi masalah kurang cakap,sebab kalau orang banyak cakap,orang lain suka…n bagaimana nak petah dalam bercakap??
@cahayamahar,
‘Alaykumsalam cahayamar,
mungkin cahayamar pernah dengar, banyak cakap ditakuti banyak dosa. Jadi, mana yg cahayamar nak – orang lain suka ke.. Allah suka?
Tak salah kalau tak nak jadi org yg kurang cakap (atau erti lain, nak jadi org yg byk cakap). Cuma kena pastikan banyak cakap tu, cakap yg ada manfaat, ada makna yg baik. Sebab selalu saya jumpa org yg byk cakap, lebih byk hal sia-sia yg keluar dari mulut berbanding yg berfaedah.
Bagaimana nk petah bercakap tu.. mungkin Ustaz Hasrizal atau teman2 lain di sini boleh bantu.
Wallahu’alam
@aelin, Saya setuju dengan cahayamahar…saya pula jenis yang cakap banyak.
Orang yang cakap banyak ni memang fragile dari segi senang dapat “dosa free”, atau tersalah cakap. Dalam masa yang sama, risiko untuk orang lain tersalah faham maksud percakapan kita pun ada.
p/s: Saya teringin juga kalau ada caranya untuk mengurangkan percakapan.
Assalamu’alaikum Ustaz, saya suka topik kali ni sebab sangat reflek keadaan sendiri serta suasana semasa di UK dulu di mana saya lihat isu ini berlaku dalam banyak keluarga Melayu.
Yang aneh, ibubapa semacam memaksakan Bahasa Inggeris menjadi medium komunikasi keluarga sampaikan meminggirkan bahasa ibunda yang sebenarnya sebahagian dari identiti mereka. Walaupun ibubapa sendiri tak lancar Bahasa Inggeris.
Bila mahu pulang ke Msia, timbul pula isu anak sukar mengambil ujian B.Melayu dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan pula malah sukar nak bersenda gurau dengan Atuk, Nenek dan saudara-mara sebab kurang faham/pelat B.Melayu/tak fasih dek latihan bahasa asing yang dilalui mereka. Pernah pula anak seorang teman yang menguasai 3 bahasa dek keturunan campuran beliau dan suaminya, mengalami masalah sukar bertutur (khasnya utk respon) sebab keliru.
Yang saya pernah telaah/kaji tentang isu ‘multilingual’ ini, pendedahan kepada banyak Bahasa adalah baik tapi memaksakan penguasaan adalah negatif. Dan juga perlu terima hakikat anak-anak mungkin keliru dan akan sedikit lambat dalam komunikasi. Pengetahuan bahasa/pertuturan mungkin telah berkembang secara tak sedar dalam diri mereka, tapi usia dan pengalaman kadang-kadang belum cukup untuk memberi mereka penguasaan penuh dalam berkomunikasi.
Macam students yang boleh faham pertuturan & penulisan dalam B.Arab dengan baik tapi tak boleh berkomunikasi dengan lisan sebab tak dibiasakan atau tiada environment untuk melatih mereka dalam percakapan. Dengar boleh, cakap susah/langsung tidak.
Saya sendiri membesar dalam keluarga yang ‘naturally blends’ English dan B.Melayu dalam pertuturan seharian. Tak ada siapa suruh, tiada ukuran dan pencapaian tapi lebih kepada kebiasaan yang dalam sedar dan tidak disengajakan. Sebahagian adik-beradik saya sangat cepat dan fasih menguasai pelbagai bahasa – juga mahir dalam ‘public speaking’ dan penulisan, sebahagian lagi pula agak sederhana walaupun melalui sistem pendidikan yang hampir sama.
Satu perkara yang saya belajar semasa menyertai komuniti pengajar bahasa ibunda di UK dulu, kajian menunjukkan anak-anak yang fasih dalam bahasa ibunda mereka adalah lebih cemerlang secara amnya berbanding dengan yang tidak. Bukan dari sudut penguasaan bahasa saja malah dalam menguasai subjek/kurikulum lain juga. Sebab mereka ada ‘sense of belonging’dan identiti/jatidiri yang kuat. Buat yang mungkin tidak tahu, ini adalah antara sebab City Council di UK mempunyai unit Community Language Services di mana mereka menyediakan bantuan kewangan, prasarana dan latihan untuk komuniti-komuniti asing mengajar bahasa ibunda/komuniti tersebut di sana. Sekadar berkongsi, Allahua’lam.
@nurinmz,
——————–
Saya mengajar di sekolah rendah. Kalau kami lihat dapati pencapaian seseorang murid itu tidak memuaskan secara keseluruhan, pasti DIA LEMAH BAHASA MELAYU.
Itu adalah kepastian. Sampaikan kalau murid lemah dalam jawi dan Al-Quran pun, pasti kita dapati bahawa murid itu lemah dalam Bahasa Melayu.
Apatah lagi bahasa Arab. Murid yang lemah bahasa Arab, pasti ia juga kurang cemerlang dalam bahasa Melayu.
Memang pun itu dahpun didapati dalam teori pembelajaran. Teori pembelajaran bagi kanak-kanak berbeza dengan teori pembelajaran bagi peringkat remaja.
Saya selalu berhujjah dengan Isteri yang BA dalam English agar ajar anak BM dulu bagi boleh baru ajar BI, tapi dia tak setuju. Anak kami yang no. 2 ada masalah bahasa c(lambat boleh bercakap ) berbanding kakaknya yang dah boleh bercakap mulai umur 1.5 tahun
@Sofiys, salam,
Teori ini tidak kuat. Anak akak selalu dapat A dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan C dalam Bahasa Melayu. Semua subjek lain dapat A hanya BM selalunya dapat C walaupun dia seorang yang suka membaca buku-buku dan novel Bahasa Melayu tinggi PTS. Boleh dikatakan semua novel PTS teen, one, fortuna and islamika ada dalam library kami dan di baca oleh anak saya berulang kali. kadang-kadang tu 3 kali baca buku yang sama. tetapi BMnya masih juga dapat c.
anak saya yg sulung, bahasanya bercampur kelantan dan bahasa surat (KL/selangor).. x apa lagi lah kot, dua2 melayu..
sebab tu sy tak setuju dgn ppsmi…:-)..pelajar jawab soalan campur aduk..sat bm sat bi..akhirnya ada yg broken english macam yg ustaz kata tu..ayat bm translate sebijik2 jadi bi..tonggang tebalik…:-) anak sy baru 2 tahun..cuma boelh sebut perkataan yg chomel2 je yg mama dia saja yg faham…
@cikgu sains,
@cikgu sains, canggih btul la website ustaz ni, silap daa..
saya rasa ustaz sedang bincangkan tentang nak ajar anak bercakap waktu kecil, bukan dah masuk skolah.
saya tak sokong/bangkang PPSMI. tapi bagi saya dah jadi tugas cikgu utk ajar murid2 berbahasa inggeris dengan btul, tak kira la cikgu inggeris atau sains atau matematik. kan tanggungjawab kita tu.. kalau cikgu tak buat direct translation, rasanya murid2 pun tak buat macam tu, ye tak?
p/s – anak saya 2 tahun. blajar 2 bahasa. tapi bahasa inggeris skadar tambahan. alhamdulillah dia tak terkulat2 tgk muka kita bila tukar perkataan ‘tidur’ jadi ‘sleep’.
@cikgu maths, cikgu tak ajar macam tu..dia orang yg buat sendiri..takkan la cikgu nak ajar translate tunggang terbalik kot cikgu maths…matematik lain le..budak tak payah tulis ayat..tulis number saja hehehe
Saya ada beberapa pendapat/cadangan:
1) Kenalpasti apa tujuan ibubapa mahu anak2 kuasai lebih dari 1 bahasa. Cth, memluaskan pergaulan, menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan peluang berdakwah dikemudian hari, membangga diri dsbnya.
2) Apa usaha dari pihak ibubapa. Contohnya hantar kelas private, beli dan ajar buku berkaitan, rajin berkomunikasi dgn anak2 dlm bahasa tersebut.
3) Pastikan level comprehension anak2 supaya anak2 faham apa yg dikata.
4) 1 languange mesti dominant berbanding 1 languange lain tidak kira bahasa ibunda atau tidak.
5) Kalau anak2 didedahkan dgn bahasa inggeris lebih bnyk, pastikan ada persediaan kelak jika parents nak hantar anak ke sekolah medium bahasa melayu.
Saya ada 3 anak berumur 5,3,2. Suami fasih inggeris dan arab, saya fasih inggeris dan arab cukup makan, qaleeeeel faqot LOL. Kami guna kesemua bahasa selang-seli. Anak2 bertutur seawal 18 bulan dgn bahasa yg mereka rasa sesuai. Anak2 saya mula membaca seawal 3 tahun, sudah hafaz hampir separuh juz amma dan bila tiba certain arabic words like ‘Jabal’, ‘Fiil’ etc they know what the surah is about sbb selain hafaz, saya terangkan juga surah tu tentang apa. Gradually, boleh diajar mengikut usia. Juga kami bercadang nak hantar ke sekolah spt Saudi International School, Pesantren Gontor etc etc later on bagi melahirkan insan yg sangat berilmu mcm ulama2 yg ustaz selalu sebutkan. Dlm masa sama, soal akhlak jgn dilupa.
All in all, takde right or wrong answer, cuma kemana hala tuju kita dan apa preparation menuju ke arah tersebut.
Saya cadangkan ustaz ambil part time cert/diploma in early childhood edu untuk mendalami bidang ini dan lebih credible bila membincangkannya. Saya ambil di OUM skrg, serentak buat master di univ lain.
@hudhud,
Its ok. Seperti yang saya sebut beberapa kali di atas, pandangan saya ialah pandangan bapa, bukan pakar pedagogi atau ahli bahasa. Kredibiliti sebagai bapa memadai setakat ni. Nanti ambil diploma, kata-kata bapa dinilai sebagai kata-kata pakar pula. Jenuh nak menjawab nanti
errr.. sori ustaz, lebih credible yg saya maksudkan tu ialah saya rasa ustaz lebih cenderung membincangkan/focus kpd perkara2 berkaitan dgn kekeluargaan, hubungan ibubapa dgn anak, remaja etc jadi saya cuma syorkan kalau ustaz ada at least formal education in this area, lebih umph lagi. Ustaz ada ramai follower, wpun hanya pandangan dari sudut bapa, tapi impact nya besar kpd audience esp those kat univ yg nampaknya main audience ustaz di sini. Bila ustaz berpndpt x elok sgt ajar multilingual kat anak, some will follow blindly wpun takde kajian khusus dinyatakan. Bahaya rasanya unt mrk sbb pendapat ustaz x semestinya betul unless ada supporting facts yg sahih, esp unt mrk yg kurang berfikir secara analytical meaning apa saja ustaz ckp, semua setuju sbb ustaz lebih arif. Org kita ni kurang budaya menganalisa dan saya nmpk ramai camtu. Setuju krn mrk tak penah terpikir sblm ni sesuatu perkara yg ustaz utarakan.
Nway, Course ni dulu saya ambil dgn Prof Dr Bustam, lelaki pertama di Msia menceburi bidang ini, grad dari US. Orgnya dah 60++ tp kalau tgk mcm umur 40an je. Bila ambil course camni, boleh tgk dari pelbagai sudut perkembangan anak2 inshaallah, pelbagai cara mendidik anak2, tokoh2 Islam dlm bghn ni, cara menarik perhatian anak2 dan 1001 perkara lg. Maaf ustaz, kalau terasa.
hudhud ex smap labu LOL
@hudhud,
Takde terasa apa-apa, sebab tu di hujung komen, saya bubuh tanda smile
Saya memang suka sangat bab sambung belajar tu. Cuma, kalau sambung pun, PASTI bukan sebab nak entertain penyakit taqlid pembaca. Berbuih mulut dan entah berapa artikel dah saya tulis bab ni termasuklah artikel bertajuk SAIFULISLAMISME di http://saifulislam.com/?p=1056.
Ngajilah sampai PhD pun, masalah tetap akan timbul.
Saya menulis bab kekeluargaan, saya disarankan mengambil diploma atau ijazah pendidikan awal kanak-kanak.
Saya menulis bab bipolar maniac depression, sindrom tourette dll, saya disarankan mengambil diploma dalam psikiatri.
Saya memberi pandangan tentang masalah emosi dan gangguan fikiran, saya disarankan mengambil diploma kaunseling.
Aha, ada sesiapa yang sudi sponsor saya ambil kursus tu? Setakat ni, pendapatan cukup-cukup lepas yang wajib-wajib je
Love the idea, but…
@Abu Saif,
Salam..
Universiti terbaik masih lagi universiti kehidupan..
jika kita mampu “grad” dengan mengambil iktibar daripadanya; jendela peradaban akan terbuka luas..
sekadar pandangan..
Any suggestion for a good place to do ‘early childhood education’ in KL or Shah Alam? Quite hard to find…Terima kasih.
dear sumayyah,
saya ambil di open univ msia. kelas mmg part time i.e. once every fortnightly. oum ni buat kelas kat mcm2 center so kita pilih nanti yg dekat. lecturers amik dari ipta lain. kalau early chilhood edu, bnyk lecturers from UPM. seronok sbb interesting blaja in detail psl makhluk Allah berumur 0-7 thn ni, development dorang. Mcm2 belajar dari segi teori, development stages, pemakanan, kesihatan, aspek perkembangan minda, disiplin anak etc. Saya juga tgh buat master skrg ni tapi dlm bidang kewangan islam so sifu kat http://www.zaharuddin.net haha. saya belajar semata2 untuk dapatkan ilmu mendalam nak didik anak2 sendiri dan tolong2 jaga anak2 sedara. cuba browse kat http://www.oum.edu.my for more info.
oh benar sekali. saya melihat sendiri kelewatan dan kelemahan seorang anak kecil untuk bercakap didorong oleh sikap ibu bapanya yang terlalu memaksa untuk menguasai 2 bahasa. terima kasih. artikel yang baik. saya tak sedar ini mungkin adalah puncanya.
sokong.
saya pendidik anak-anak 4,5, dan 6 di sebuah universiti. tetapi kerana tidak menggunakan bahasa inggeris sebagai pengantar jadi sekolah saya adalah sekolah yang tidak standard. tetapi anak-anak murid, alhamdulillah, cemerlang juga bila dah bersekolah rendah. tidak pula mereka ketinggalan. sebenarnya, bahasa ni ikut trend. kalau di jepun, orang tak pandang pun kita cakap bhs inggeris. yang penting bukan bahasa tetapi kefahaman terhadap sesuatu ilmu.bahasa adalah nilai tambah utk ilmu tersebut.
maaf, tidak juga nak menyokong atau menidak mana2, selain utk fikirkan kecemerlangan anak, tapi kita fikirkan juga, kesan kepada anak-anak ini apabila telah dewasa,duduk dalam masyarakt, takkan kita nak menyumbang kepada peningkatan individu yang stress. if dah penat sgt belajar mcm2 sejak kecil, takut boring akhirnya.bagilah masa anak anda MENIKMATI ZAMAN KECIL seperti mana kita dahulu yang bebas berseronok jadi kanak-kanak…..:).
maaf tapi saya berpendapat, takde masalah anak2 belajar dgn bnyk sewaktu kecil sbb waktu tu la sbnrnya paling cepat dan mudah untuk mereka absorb jadi pastikan absorb dgn perkara2 yg baik. cuma masalah skrg ialah corak pembelajaran itu sendiri. ibubapa skrg mostly both kerja dan sibuk jadi ada yg berpendapat, daripada duduk kat rumah dgn maid dan tgk telenovela, ada baiknya pegi belajar. lebih molek kalau parents sediakan activities untuk anak2 sewaktu siang hari. tapi susah nak buat kalau kerja. unless maid jenis genius la. zaman kita kecil, kita bebas nak keluar rumah main dgn kawan2. zaman skrg, main dalam pagar je so scenario berbeza. anak2 still boleh berseronok tapi parents kena sediakan activities la. bnyk boleh buat tapi kena kreatif. antaranya:
1) tolong sama2 angkat kain kat ampaian sambil cerita camana kain basah boleh jadi kering. cerita la pasal matahari/sun/shams yg sgt panas dan boleh keringkan apa2 yg basah. kalau besar sikit, cerita pasal neraka. besar lagi sikit, kaitkan dgn penipisan ozon.
2) tolong masak sama2 e.g. potong sayur yg mudah dia potong e.g. kcg panjang.
3) activity mewarna
4) main playdoh (boleh home made je)
itu semua play session. kalau formal session, ajar iqra, ajar membaca etc. anak saya yg 5 tahun dah boleh membaca english, bahasa melayu dan mengaji dah iqra 3. semua saya ajar sendiri aje baik masa saya kerja mahupun masa saya cuti belajar. tapi kena kuat iman dan sabor bnyk2.
sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Assalamualaikum…
Memang penting issue ni kita bincangkan tambahan la ni ramai yang oversea graduate nak anak2 pandai english.Akak pun pada mulanya nak biasakan speaking ngan anak2. Tapi setelah mak akak( dari kelate) dtg umah sebab akak outstation, baru akak sedar ada communication problem…si nenek cakap “tidur la “, cucu2 ternganga mulut,no response…nasib baik mak akak genius skit, jadi dia cakap “sleep, night”, baru la cucu2 ni tidur, tak paham “tidur” tu apa. Lepas insiden tu akak mula cakap melayu je..kesian kat anak2 nanti tak boleh nak kenal sedara mara sebab tak boleh communicate.Pada pandangan akak penggunaan bahasa tu bergantung pada keadaan sekitar, kalau dikelilingi melayu,kena mahir berbahasa melayu, kalau dah dikelilingi angmoh, kena la mahir cakap omputeh..baru boleh survive well. Macam kat S’pore, first language is English, tapi anak2 S’pore cakap guna Singlish ( singapore+ english). Itu berlaku sebab manusia sekeliling bercakap begitu…cuba tgk anak2 yang kat oversea, tak payah ajar,dengan sendiri dorang boleh speaking siap dgn slang skali. Jadi kalau kita dah kat M’sia ni rasa akak cukupla dgn bahasa melayu kita, tapi jgn pulak english ngan bahasa arab di ketepikan…fikir2 la.Wassalam
@sumaiyah,
setuju… fikir-fikirkan tu yang utama, yakni mengajak ibu bapa membuat apa sahaja keputusan, setelah berfikir
salam,
setuju dgn kak sumaiyah. ketika mula2 dpt anak sulung dulu, saya juga mengajarnya bertutur dlm bahasa inggeris sebab risaukan persaingan dgn anak2 cina dan india yg rata2 fasih berbahasa inggeris. tapi bila blk kg suami terutamanya, memang ada masalah bila neneknya nak bercakap dgn dia. bila nenek cakap.. “haa Mia, tu lembu tu lembu!”, anak saya buat muka dekk mcm takda apa sebab dia tak faham lembu tu apa. bila saya terangkan dlm bahasa inggeris barulah anak teruja nak tgk luar tingkap kereta. mmg kelakar waktu tu tapi rasa bersalah pun ada juga.
jadi sekarang pendekatan saya ialah, bila saya bercakap bahasa melayu, saya akan cakap dgn bahasa yg betul dan diselang-seli juga dgn perbualan menggunakan bahasa inggeris dgn ayat yg penuh dan betul. maksudnya tidak bahasa rojak. insyaALlah, besar sikit bila dan bersekolah nanti, biar dia belajar bahasa arab pula secara formal di sekolahnya.
Salam,
Sekadar berkongsi pendapat sebagai bapa kepada anak-anak berumur 4 dan 2 tahun. Kami suami isteri menggunakan 2 bahasa sekaligus (BM & BI) di rumah. Isteri lebih ke Bahasa Melayu manakala saya lebih ke bahasa Inggeris. Anak-anak kami hantar ke creche yg menggunakan Bahasa Inggeris dan Afrikans (creole Dutch) sebagai lingua franca. Kalau disini, saya tekankan bahasa Inggeris kerana suasana disini memerlukan anak-anak kami menguasai bahasa tersebut. Tapi kami juga ada berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa melayu supaya mereka ada ‘pengenalan’ kepada bahasa Melayu bila kami pulang ke Malaysia kelak. Sekarang, tak kira sama ada kami bercakap dalam B. Melayu atau English, mereka akan menjawab dalam English. Maknanya mereka faham juga bahasa Melayu.
Kami rasa, apabila mereka berada di Malaysia nanti, tidak akan menjadi satu masalah yang besar untuk mereka menguasai bahasa Melayu, kerana ia bukan satu bahasa yang asing bagi mereka dan persekitaran adalah dalam bahasa Melayu. Selain itu,dengan syarat mereka mendapat tunjukajar yg betul mengenai bahasa Melayu di sekolah.
Kalau diambil kira, ramai pelajar Melayu di Malaysia sendiri yang
tatabahasa mereka caca merba berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Ini kerana pengaruh persekitaran (loghat/bahasa pasar) dan memandang rendah peri pentingnya penguasaan bahasa yang betul atas persepsi ia adalah ‘bahasa ibunda’.
Selain itu, kami pernah terbaca dalam satu artikel yang mengatakan bahawa anak-anak yang terdedah kepada multilingual dalam umur yang muda boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda. Ini kerana otak perlu memproses dengan lebih cepat untuk memahami bahasa yang didengari.
Wallahualam.
salam Ustaz boleh le tambah slang bote kiri ummi bebudak tu, lagi konpius deme Ustaz nak sebut kucai(sayur) pun kuca, nak sebut kacau (kacau gulai) pun kuca juga, ha ha. Lepas tu tambah slang kuale kangsor atok deme, muntah ijo deme sbb konpius.
@amri,
tumpo deme!
..?????? ????? ?? ???
Topik yg amat menarik pd saya. Saya seorg tenaga pengajar Bahasa Al-Quran di sebuah univ tempatan, namun dlm kehidupan seharian saya byk menggunakan B.Inggeris. Maka anak2 saya diajar dari awal lagi menggunakan ketiga2 bahasa – BM, BI & BA dan saya tidak nampak sebrg masalah yg timbul. Anak2 saya tidak lambat bercakap dan tidak pula keliru. Mereka rajin menambah perbendaharaan kata dgn membaca kamus bergambar 3-bahasa tanpa disuruh. Menurut pendapat peribadi saya, lebih awal suatu bahasa itu diajar kpd anak, lebih cepat dia mempelajarinya dan meminatinya. Ini berdasarkan pengalaman peribadi saya…BI tetap bahasa kedua saya walaupun saya pernah menuntut di negara Arab dan telah lebih 10 tahun mengajar BA…inin adalah kerana pengetahuan saya tentang BI dan pendedahan terhdp bahasa tersebut lebih luas sejak kecil lagi. Maka saya tidak mahu anak2 saya menjadi seperti saya, iaitu menjadikan BA bahasa ketiga (or foreign language). Alhamdulillah anak2 boleh memahami perkataan2 mudah dlm BI & BA di samping masih mengekalkan Bahasa Melayu sbg bahasa ibunda. Ini cuma pendapat peribadi saya. ????? ????…
@Ummu ‘Abd,
saya setuju.
cuma dari satu sudut, kita mahu memberikan bahasa yang membolehkan anak-anak melakukan ekspresi diri dan bukan hanya ayat-ayat rutin. maksudnya, bahasa yang membolehkan anak itu bercerita, berkhayal, berkreatif dan bersembang dengan kita serta rakan-rakannya.
ukurannya mungkin bukan pada keupayaan anak mengungkapkan ayat-ayat rutin dalam pelbagai bahasa.
Assalamualaikum semua,
Ini sekadar pandangan dari saya. Saya pun bukan ahli bahasa, tapi saya merasakan topik ni agak menarik untuk dibicarakan.
Sebab nanti insyaAllah saya pun akan ada anak. Pada pandangan saya mengajar anak-anak dengan kepelbagaian bahasa di usia kecil ada pro dan kontranya.
Mungkin boleh dilakukan kelas bahasa sendiri di rumah oleh ibu bapa. Kan dah ibu ayah boleh bercakap lebih dari satu bahasa.
Ini sekadar pandangan jer.
Salam Usatz, dari pengalaman saya, anak-anak saya di biasakan betutur dalam bahasa inggeris di rumah sejak kecil lagi. Tiada masaalah untuk mereka menguasainya dan apabila bersama sama maid indon dan nenek atuk mereka, mereka tidak ada masaalah untuk memahami dan memberi respond. Apabila masuk ke sekolah kebangsaan, persekitaran membantu mereka dalam menguasai BM dan juga kerana pembelajaran BM yang structured di alam persekolahan.
Sekarang mereka membaca surat khabar bahasa dan novel inggeris seperti dan memahami cerita Inggeris di TV tanpa membaca subtitles.
Anak saya yang bongsu, was diagnosed as hyperactive, Attention Deficit and mild austitic syndrome. Sampai umur 6 tahun, dia masih tidak boleh menyusun ayat dengan sempurna. Kami masukkan dia di sekolah biasa saja walau pun recommended by specialist to go to special school.
Alhamdulliah, sekarang dia boleh betutur dalam bahasa inggeris dan BM dengan baik walau pun kadang kala susunan ayatnya terbalik-balik. Dia juga boleh membaca quraan dengan baik dan baru saja tamat UPSR dan UPSRA.
Jadi pada pengalaman saya, tidak ada masaalah bagi kanak-kanak di beri pendedahan multilingual atau bahasa lain selain bahasa ibunda dari kecil lagi. The capacity of children to learn is amazing..
Masaalah yang besar sekarang ialah di sekolah mana saya hendak hantar untuk tingkatan satu… Kecenderungannya kepada agama tapi di KL ni, sekolah mana yang ada balance syllabus untuk sekolah menegah? Al-Amin, ADNI?…
Maaf Ustaz, panjang pulak
Apa pandangan ustaz dengan situasi Msian di luar negara atas urusan belajar, berpegang hanya ingin menghantar anak bersekolah di kawasan yang ramai english kerana mahukan slang english.. ?!!
@yfatahyah,
saya rasa benda tu okay selagi mana ibu bapa tidak melakukannya untuk personal satisfaction mereka semata. pastikan ia disusun untuk manfaat anak-anak
hari ni saya tersenyum sebab pertama kali tidak bersetuju dgn Ustaz
cuma pengalaman sendiri, bukan professional
sejak kecil mak ayah dedahkan english kpd saya dan adik beradik, tapi berbual dlm BM
english hanya buku2, latihan esei, cd etc tapi berbual tak pernah campur, mmg BM
jadi bila masuk sekolah mmg dlm bahasa kedua2nya takde masalah
saya tak setuju langsung dgn ustaz kali ni, saya rasa perlu dedahkan AWAL tapi dgn bijaksana, InsyaAllah tak akan keliru, ini ketikanya otak mereka spt ‘sponge’, jgn bazirkan, sebelum jadi liat
saya rasa masalah budak yg keliru ni sebab mak bapak mereka la yg mengelirukan
tentang cikgu di atas yg kata jika didapati seorg murid lemah semua mata pelajaran tentu dia lemah bahasa melayu, saya tak rasa ia penaakulan yg bijak
@UmmuAdam,
ustaz bukan totally tolak English. TV, movie, CD, buku, Magazines, games masih ada dalam English.
Cuma dalam pertuturan dan perbualan harian, ustaz tekankan di sini supaya tidak bercampur aduk sehingga menyebabkan anak2 konfius dan tidak dapat menguasai mana2 bahasa pun. Itu aje.
Yg penting kena pilih salah satu hingga mereka menguasainya. Boleh jadi English, BM, Tamil, Kantonis atau yg lain-lain.
@UmmuAdam,
UmmuAdam mungkin tersilap memahami mesej yang cuba saya tekankan dalam artikel ini.
Ia bukan soal pendedahan. Tetapi soal memilih satu BAHASA DOMINAN sebagai bahasa pertuturan utama.
Kebetulan pulak artikel ini dengan artikel yang saya baca dalam thestar Sabtu lepas. Isu berkaitan seorang ratu cantik yang tidak dapat bercakap dalam bahasa Inggeris yang betul.
[quote]
Educated Singaporeans who consider their spoken English as world ranking have been jolted by a controversy over a beauty queen’s interview.
The centre of the storm was 19-year-old Miss Singapore World 2009 Ris Low, who shocked Singaporeans by speaking in dismal English, with poor diction as well as mispronunciations.
[/quote]
Pengakhiran artikel tu saya rasa hampir sama dengan tema yang ustaz cuma tampilkan:-
[quote]
“I need Singlish to express a Singa porean feeling,” said Catherine Lim, a prominent novelist who switches easily from one level of Eng lish to another.
For the broad majority like Low, however, who lack the basic grounding, switching is almost impossible and they are stuck with a half-baked language.[/quote]
Kata kunci utk Google – “Singlish as she is spoken”
Salam. Betul tu. Macammana pulak anak-anak yang mak ayah tidak boleh berbahasa arab atau inggeris? Yang penting ibu bapa dapat menyampaikan didikan yang baik kepada anak-anak semasa di rumah atau ketika bersama anak tak kira di mana saja berada. ia lebih mendalam dan berkesan sekiranya menggunakan bahasa ibunda. atok nenek kita guna bahasa tersebut tapi kita masih boleh berjaya dari sudut adab/akhlak dan akademik. mengapa tidak kita guna pendekatan yang sama. Rasa indah mendengar mak membebel cakap melayu dari omputih!!!!!
Salam,
Izinkan anak bujang menumpang lalu, agak2 boleh menangguk seteguk dua ilmu buat penghilang dahaga..
Apa yang saya faham, kalau saya dah salah faham, mintak tolong betulkan. Maksud ustaz ialah pertamanya anak2 itu mestilah diajar dengan bahasa ibunda sebagai batu asas dan tiang seri, kemudian barulah boleh diajar bahasa2 lain pulak, macam tu ke ustaz?
Apa yang saya faham ialah tiang dan tapak bahasa anak2 tu mestilah dibina dengan sekukuhnya dulu, baru dibina binaan bahasa2 lain pulak diatas tapak asas, yakni bahasa ibunda tu. In other words, put first thing first.
Kiranya kalau anak2 tu dah ada asas bahasanya, kemudiannya barulah diajar dengan bahasa2 yang lain.
Jadi isunya ialah bila anak2 masih tak ada tapak yang kukuh sebagai asas untuk belajar, tapi dah dibebankan dengan bebanan yang akhirnya mengurangkan keupayaan dan kelancaran anak2 untuk belajar macam tu ke?
Tapi isu ini agak subjektif sebab keupayaan setiap orang berbeza, tapi secara umumnya, kalau boleh diajar dengan lebih fokus, maksud saya, satu bahasa dulu, dah elok, baru belajar bahasa lain, adalah kaedah paling asas dan mudah untuk dilaksanakan. Lebih2 lagi kaedah ni paling sesuai dengan tabiat manusia.
Hmm..banyak lagi kena belajar nih..
hurm…tak berapa setuju…mungkin setiap orang ada pandangan,pendapat dan pendirian masing-masing…
apa salahnya kalau kita boleh mulakan pertuturan dalam bahasa asing dengan anak-anak pada peringkat umur yang awal…tetapi gunalah penggunaan bahasa tersebut dengan betul…jika anak-anak mengalami kekeliruan dengan bahasa yang lain mungkin kita boleh terangkan apa bezanya, dimana bezanya…sebab untuk menguasai bahasa bukan mengambil masa 1 hari, 2 hari atau 3 hari…tapi dalam masa yang berterusan…walaupun kita berjaya menguasai bahasa atas usaha kita sendiri, melalui sistem pendidikan yang kita lalui…tidak semestinya anak-anak juga perlu melalui perkara yang sama untuk mengusai bahasa…tidak salah rasanya pembelajaran bahasa di mulakan oleh ibu bapa mereka sendiri…rasanya pembelajaran bahasa tidak akan mengganggu ibu bapa yang ingin mencari kehidupan yang terbaik buat anak-anak…cuma diingatkan belajar bahasa bukan untuk dibangga-banggakan apabila anak-anak boleh bertutur bahasa asing pada peringkat umur yang terlalu awal…
maaf jika ada yang silap…cuma sedar pendapat dan pendirian saya…
ana cadangkan hud hud buka blog baru,hehehe
Salaam ustaz dan pembaca.
“Ada pun bahasa kedua untuk meluaskan horizon kehidupannya, baik Bahasa Inggeris, Arab mahu pun Mandarin, semaikanlah ia melalui pembelajaran bahasa, bukan kelas memasak yang mencampur adukkan segalanya dalam satu periuk yang terbatas.”
Masuk bab PPSMI skit..
Saya fikir antara maksud lain dari ayat ini ialah,kalau ya lah kerajaan Malaysia mahukan rakyat mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris,janganlah campur adukkan kemahiran berbahasa yang susah(kalau tidak susah bagi setengah pelajar,makan masa pula jadi masalah) itu dengan pelajaran Sains dan Matematik yang juga susah(kalau tidak susah bagi setengah pelajar,makan masa pula jadi masalah).”Jangan mencampur adukkan segalanya dalam satu periuk yang terbatas.”
Pengalaman saya mengajar tuisyen kepada kanak2 jiran di rumah menunjukkan mereka bukan x boleh menjawab soalan matematik dalam buku teks mereka,tapi sebab x faham soalan.Tidak mampu kuasai Bahasa Inggeris,mungkin merendahkan minat mereka terhadap matematik&sains.
Alhamdulillah,sekarang PPSMI dah dimansuhkan.Matlamatnya x dinafikanlah sungguh molek.Cara perlaksanaannya yang dipersoalkan.
Assalamualaikum, Ustaz.
LOL kita ada berbual panjang pasal ni dalam kereta hari tu. Maaf banyak-banyak, saya selalu komplen pasal perkembangan isu ni di tanahair, walau tak sedap didengar di telinga orang, termasuk ustaz sendiri.
Saya kenal dua tiga orang kawan yang dwibahasa (bilingual) atau pun pancabahasa (multilingual).
Contohnya kawan saya yang tinggal di Norway tapi ibu bapa cakap Suomi (bahasa Finland) kat rumah. Dia cakap kedua-duanya fasih tanpa rojak sebab ibu bapa tak pernah campur bahasa. Di rumah Suomi, di luar Norsk dengan rakan-rakan. Tiada masalah.
Kawan seorang lagi cakap bahasa Arab (ibu bapa orang Syria) dalam keluarga, membesar di Strasbourg, Perancis dan Michigan, US. Ketiga-tiga bahasa fasih, tanpa masalah.
Ada kawan-kawan Desi (keturunan Pakistan/Bangladesh/India) di England, yang betul-betul fasih bahasa Inggeris (walaupn membesar di London) adalah yang dihantar ke sekolah mewah (posh). Yang sekolah inner city, bahasa Inngeris memang 100% asli (native), tapi pelat (aksen) teruk sebab kawan-kawan semua Bangladesh. Memang pelik (lagipun England ni kes istimewa sebab aksen melambangkan kelas sosial).
Macam saya cakap, kawan-kawan UK/US saya ada sebut-sebut, di Malaysia tak ada orang cakap ‘English’ pun, semua cakap ‘pidgin’ sahaja. Mereka terasa bahasa Inggeris mereka betul, tapi sebenarnya bahasa rekaan sebab mereka menterjemah peribahasa (linguistic expressions) dari B.M langsung kepada B.I. Contohnya kat Malaysia orang tak pernah guna would, could, please etc.
Where ARE my shoes, where ARE my trousers, where ARE my glasses… Turn the lights OFF… Would you mind… Kebanyakan ‘penutur’ B.I. di Malaysia tak tahu tentang atau tak gunapun benda ni!!
Panjang cerita ni… hehe.
Wassalam.
Salam, tak sanggup rasanya membaca artikel ust sampai habis kerna di tgh2 pn saya dh rasa semacam. anyway, u hv ur own opinion. This is mine. Salah penggunaan kata didesak tu ust. Ibubapa tk pernah desak anak2 belajar bahasa tp kalau diajar di awal usia lebih mudah nk ingat. Jangan plak bandingkan kanak2 dgn remaja kl tu. tak tally langsung. Apapun ikut suka hati ust la…U hv the sole right to mould ur children…tp kan ke senang cikgu2 nnti kalau at least anak2 dh bleh ckp english bila masuk standard 1. takle berpeluh nk ajar…dahla 1 kelas 50 org murid. tkut tk terajar mulalah nk salahkan cikgu malas…pasahal ibubapa pun malas gak ajar anak2 d rumah. wallahua’lam
@anna,
Kalau tak setuju, tak apa. Cuma janganlah tak baca sampai hujung artikel. Nanti tersilap faham pula. Macam baca ayat al-Quran “fawailun lil musallin”, terus berhenti baca dan tersalah faham bahawa “Allah mencela orang-orang yang bersolat”. Walhal ada sambungannya.
Lagi pun saya tiada mencela atau memaki hamun sesiapa di sepanjang artikel hingga tidak mampu dibaca. Hanya perbezaan pendapat, yang ditulis selunak bahasa sedaya upaya.
Saya ada seorang kawan.Orang Jawa.Masa kecik2 mak/abah dia bertutur dalam bahasa jawa.so,anak2nya pun adala terikut slang jawa dan BM…pekat2 sebutnya…tapi saya tak kisah…sebab saya JAWA…
Multilingual:tak salah rasanya ajar awal2 ni…tengok Kelantan sana.mak/abah mereka kecek kelate sama anak dia…anaknya dia pulak tak boleh/kurang fasih/petah BM standard sampai terbawa2 longhatnya ke kertas peperiksaan…multilingual bukan sekadar bahasa asing tetapi loghat2 dalam Malaysia ni perlu dipelbagaikan.akan tetapi,BM standard jgn lupa pulak!!!
@Mr Fathi,
saya kenal bbrp kawan/senior yg englishnya agak fluent (fluent, kerana tidak bercampur aduk dgn BM dan tidak tersekat2), tp mempunyai sound/lenggok kelate
..
saya rase tajuk artikel ni unik sbb tu ayat parents. “Anak Ana Confuse Bahasa La!” combine between BM, BI, BA dan Cina. Parents yang confuse… hehe
@hamzah,
ALHAMDULILLAH…
Ada juga yang nampak point yang saya selitkan ni. Kalau anak saya dah besar, mahu sahaja kupinang Hamzah buat menantu
Im a speech-language pathologist to be, 100% agree with this article.
@zharier,
thanks for the testimony
Assalamualaikum
Ingin saya berkongsi sikit pengalaman, harapnya ada manfaat.
Kami tinggal di UK / Ireland. Anak2 lahir dan membesar di sini. Jarang2 pulang ke Msia. Kami bertutur di rumah dalam BM. Apabila anak2 hampir masuk sekolah kami mula perkenalkan BI secara jelas dan berperingkat (cth: “Ini kucing, English panggil cat”). Kaedah ini memudahkan kami mengajar anak2 dua bahasa tanpa merojakkan susunan ayat. Itupun diperkenalkan supaya mereka mudah berkomunikasi dgn guru dan rakan2. Di sekolah, mereka cepat menguasai BI kerana suasana yg kondusif utk belajar BI. Mereka pun sudah ada satu bahasa yg mereka kuasai dgn baik, jadi pembelajaran bahasa kedua lebih terpimpin.
Pengalaman kami, dgn memantapkan bahasa asal(generic) anak2 (BM); mereka dapat membina keyakinan utk berkomunikasi, juga jatidiri. BM adalah bahasa jati mereka. Mereka memerlukan BM utk berkomunikasi dgn datuk mereka, supaya tradisi keluarga dapat diperturunkan.
Anak kami, apabila bercakap dlm BM, kadang2 memasukkan kalimah2 BI, ini menendakan mereka tak tahu vocab BM. Jadi kami mudah menambah vocab yg kurang. Alhamdulillah, setakat ini, mereka boleh bersembang dgn pelajar2 Univ dan org dewasa seusia datuk mereka menggunakan BM dgn fasih dan yakin, walaupun umur masih 4,6 dan 8 thn.
Wsalam wbt @An-Naas-i,
Syabas… mungkin pandangan saya di atas sukar diterima kerana ia bukan sekadar kritikan ke atas bahasa, tetapi secara tidak langsung ia juga merupakan kritikan terhadap LIFESTYLE sesetengah orang. Wallahu A’lam…
bahasa jiwa bangsa
selamat menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober ini.
@ceriterahamba,
Syabas ceritahamba. Saya menulis artikel ini memang kerana mengambil sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang seperti suam-suam kuku itu.
sy seorang yg dwi bahasa..tetapi bahasa saya dibina dengan bahasa pertama pada usia saya 1-5 tahun (dijaga oleh nenek) dan kemudian bahasa kedua selepas usia sy 5 tahun (ibu sy yg jaga sy semula smp sy baligh)..
sy rasa sy sokong pendapat ustaz…
saya guru yang mengajar bahasa melayu kepada anak2 kota kl yang tidak lagi menyanjungi bahasa sendiri…
dalam masa yang sama, saya juga guru sains yang dipaksa dgn dasar ppsmi yang baru dimansuhkan… saya sendiri keliru mendaulatkan bahasa, apalagi anak2 yang melihat bahasa melayu yang makin tidak berharga, adakala terasa bodoh mengguna bahasa melayu dalam sains dengan dasar ppsmi yang gila itu.
@nik,
menumpang sedih
ana bersetuju dengan pandangan ustaz atas beberapa sebab;
mak ana boleh bertutur dalam bahasa melayu loghat Kuala Kangsar, Malayalam, tamil.
Ayah ana boleh bertutur dalam bahasa melayu tidak berapa fasih, tetapi fasih dengan tamil, juga mampu berbahasa urdhu, arab(sederhana) dan sangat fasih dengan bahasa Inggeris, maklumlah orang lama. lahir tahun 1929.
Di rumah, bahasa pertuturan kami tamil, tapi kami adik beradik alhamdulillah mampu berbahasa tamil, melayu dengan sangat baik juga bahasa inggeris.
Mak ayah tidak pernah mencampur adukkan bahasa dalam pertuturan, cuma apabila kami sudah melewati alam persekolahan peringkat menengah, ayah mula bertutur dengan kami dalam bahasa Inggeris itu pun setelah ayah merasakan keperluan itu hadir melihat kepada tahap penguasaan adik ana yang bongsu. Sedari awal pendedahan kepada bahasa arab dan bahas inggeris diberikan kepada kami dalam proses belajar, dan akhirnya ada di antara adik beradik kami yang boleh berbahasa arab walaupun bahasa buku dan tidaklah fasih mana, tapi inshaAllah boleh faham.
Kesimpulannya, menurut ayah ana tugas mendidik anak ini bukan sekadar memberitahu mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan, lebih dari itu setiap pesanan dan teguran, harapan dan impian mak ayah kepada anak perlu sampai kepada anak dengan cara yang paling lembut ia itu dengan menyentuh hati anak-anak dan akhirnya ia akan tersemat sebagai azimat di situ. Jadi mana mungkin dengan mencampur adukkan pelbagai bahasa, azimat mak ayah kepada anak mampu menyentuh hati dan sampai kepada anak-anak dan akhirnya meninggalkan kesan dalam diri mereka???
Itu jawapan ayah ana bila ana tanya kenapa tak ajar kami bercakap dalam pelbagai bahasa yang ayah ana kuasai.
“Mendidik dan mengajar adalah 2 proses yang berbeza sebagaimana berbezanya dididik-mendidikan dan mengajar-diajar”
Wallhu’alam
ana bersetuju dengan pandangan ustaz atas beberapa sebab;
mak ana boleh bertutur dalam bahasa melayu loghat Kuala Kangsar, Malayalam, tamil.
Ayah ana boleh bertutur dalam bahasa melayu tidak berapa fasih, tetapi fasih dengan tamil, juga mampu berbahasa urdhu, arab(sederhana) dan sangat fasih dengan bahasa Inggeris, maklumlah orang lama. lahir tahun 1929.
Di rumah, bahasa pertuturan kami tamil, tapi kami adik beradik alhamdulillah mampu berbahasa tamil, melayu dengan sangat baik juga bahasa inggeris.
Mak ayah tidak pernah mencampur adukkan bahasa dalam pertuturan, cuma apabila kami sudah melewati alam persekolahan peringkat menengah, ayah mula bertutur dengan kami dalam bahasa Inggeris itu pun setelah ayah merasakan keperluan itu hadir melihat kepada tahap penguasaan adik ana yang bongsu. Sedari awal pendedahan kepada bahasa arab dan bahas inggeris diberikan kepada kami dalam proses belajar, dan akhirnya ada di antara adik beradik kami yang boleh berbahasa arab walaupun bahasa buku dan tidaklah fasih mana, tapi inshaAllah boleh faham.
Kesimpulannya, menurut ayah ana tugas mendidik anak ini bukan sekadar memberitahu mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan, lebih dari itu setiap pesanan dan teguran, harapan dan impian mak ayah kepada anak perlu sampai kepada anak dengan cara yang paling lembut ia itu dengan menyentuh hati anak-anak dan akhirnya ia akan tersemat sebagai azimat di situ. Jadi mana mungkin dengan mencampur adukkan pelbagai bahasa, azimat mak ayah kepada anak mampu menyentuh hati dan sampai kepada anak-anak dan akhirnya meninggalkan kesan dalam diri mereka???
Itu jawapan ayah ana bila ana tanya kenapa tak ajar kami bercakap dalam pelbagai bahasa yang ayah ana kuasai.
“Mendidik dan mengajar adalah 2 proses yang berbeza sebagaimana berbezanya dididik-mendidik dan mengajar-diajar”
Wallhu’alam
sokong juga!!
ayah saya memang larang keras2 bercakap dengan anak selain bahasa ibunda sewaktu belum bercakap. biar fasih berbahasa ibunda dahulu, yang lain akan datang kemudian.
Bila baca huraian ustaz, saya jadi lebih yakin! =)
syukran, assalamualaikum.
@nurA,
Sebenarnya , kepada sesiapa yg memang berkebolehan berbahasa lebih dari satu bahasa memang le satu kelebihan. Kepada yg tidak ada kelebihan itu sahaja yg akan marah anak2 mereka utk belajar bahasa lain.
alah Apa yg ustaz tu cakap pun cuma pendapat dia sahaja. Tak perlu le yakin sangat. Pendapat dia tidak semestinya tepat. sebab Ustaz sendiri pun pandai berbahasa inggeris. Dan seperti yg kita tahu ustaz tu pun cuma manusia biasa seperti saya yg tidak sunyi dari melakukan kesilapan.
Salam…
….Saya boleh membaca dan memahami B.Inggeris tetapi apabila bercakap pernah banyak kali ditertawakan…
…Saya boleh membaca B.Arab dan memahaminya,tetapi bila bercakap memang bahasa buku….akhirnya tidak bercakap.
…Di Universiti, sebilik dengan anak ahli akademik, dia boleh bertutur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik.Keputusannya juga pasti baik SPM kan….
….Alangkah baiknya ayah dan emak saya boleh berbahasa Inggeris atau arab. Tapi bahasanya, ekau,esei,kobun,kodai dan terperghanjek…he3
…Anak2 dalam umur 2-4 tahun adalah mudah meniru, begitu juga percakapan.Utamakan bahasa kedua dulu , kerana bahasa Melayu akan mengikut.Kita nampak sukar, tetapi bagi anak-anak perkara itu tidak sesukar mana.Yang bermasalah bercakap mungkin ada problem lain.Disekeliling saya adalah pendidik ,anak2 mereka tidak pulak bermasalah.
…Memang kita boleh belajar di sekolah nanti, tapi kan lebih baik mereka membetulkan bahasa di sekolah dari mula mengenal seperti saya dan jutaan rakyat Malaysia yang hanya boleh baca,tulis,faham tapi bercakap terkebil2…
…Apapun …ia terpulang pada Seorang Bapa atau Ibu, Ini pendapat peribadi dari seorang guru dan umi.
@shab,
Berbanggalah.. bukan semua orang melayu sekarang boleh berbahasa menggunakan ekau, esei, mung, kawe, den, demo, hang….
..Ye tak ye jugak…tapi buku ilmuah sokmo dalam English dan B.Arab…
…Nasib baikle fathul bari ada dalam B.M sekarang…eh… itupun bukan bahasa dialek he3…
@shab,
Bahasa Melayu + English + Arab + Loghat Daerah = hah! kan banyak tu..
@shab, betul tu, saya yg mempunyai latar belakang keluarga yg tidak pandai berbahasa inggeris juga berasa sangat beruntung sebab dapat belajar bahasa Inggeris secara lisan. Secara spontan. Walaupun kita dan saya sendiri pernah belajar dan diajar di sekolah, selama lebih dari 10thn. Tapi semua tu tidak dapat dipraktikkan kerana tidak dapat dipraktikan dalam dunia seharian.
Tambahan pula persekitaran org Melayu ini sendiri selalu memperlekehkan org lain utk cuba belajar berbahasa Inggeris. Masyarakat melayu itu sendiri tidak positif. Jadi setiap kali cuba utk belajar ( pada waktu dulu) semuanya tidak menjadi.
Tapi , alhamduillah kini dapat saya mempraktikkan bahasa Inggeris dgn mudah ditambah pula sokongan dari suami yg begitu mengharapkan saya dapat menjadi contoh kepada org lain. Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Dan saya merancang utk belajar bahasa mandarin.
bahasa yg perlu saya pelajari selain dari bahasa Arab bagi utk lebih memahami isi Quran itu sendiri InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan setiap urusan dan niat saya.
tegelak teman bace komen mike nih. adeh. =)
saya tidak setuju dgn pendapat penulis blog ni.
Pada saya, apa salahnya jika belajar bahasa bukan ke belajar bahasa ni satu cabang ilmu, sedangkan nabi Muhammad SAW sendiri juga menyatakan ” belajarlah sampai ke Negeri China” bukan ke itu satu petunjuk bahawa belajar bahasa juga membuatkan kita mampu untuk memahami ilmu, pengetahuan dan juga pelbagai maklumat lain.
Dan juga ini juga salah satu kelebihan jika kita dapat menyampaikan maklumat kepada org lain. Jika kita hanya menekan kan satu bahasa je, jika ada org yg mengutuk Islam pun kita tak dapat nak pertahankan Islam. Bagaimana kita nak perbetulkan situasi seperti ini.
Dan jgn terkejut jika nanti umat Islam berada di belakang saf jika keadaan ini berlaku.
Biarlah bahasa Inggeris saya mungkin tidak berapa pandai seperti org lain Pokok pangkalnya keinginan saya utk menambah ilmu bagi mendidik anak2 saya utk mempelajari bahasa selain bahasa ibunda itu yg penting. Tambahan pula kena kita perlu rasa malu sedangkan bangsa lain seperti Cina dan India tidak malu utk berbahasa inggeris sedangkan bahasa inggeris mereka tidak le seterer org putih itu sendiri. tapi mereka mempunyai keinginan. Pokok pangkal nya niat itu sendiri.
@eidda,
Saya rasa, saudari tidak teliti terhadap topik yang dibincangkan. Ia sama sekali BUKAN bermaksud MENOLAK PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS dan bahasa-bahasa lain. TIDAK SAMA SEKALI.
Apa yang dibahaskan cuma perbezaan pandangan pada mencari masa dan tahap yang sesuai untuk kepelbagaian bahasa diperkenalkan kepada ANAK-ANAK KECIL.
Sama macam artikel saya sebelum ini, yang berbincang tentang kewajaran mengajar topik MATI kepada kanak-kanak. TIDAK SAMA SEKALI bermaksud menentang usaha mengajar bab kematian, tetapi yang dibincangkan ialah pada tahap umur yang mana ia patut dimulakan.
Tapi selalu sahaja pembaca tersasar dan gagal ‘read between the lines’. Kenapa perlu pergi terlalu jauh sampai mengungkit masalah kemunduran Melayu, pemikiran negatif Melayu, malah diheret sama bab tuntutlah ilmu sampai ke China yang hakikatnya bukan hadith Nabi sallallaahu alayhi wa sallam!
Malah, saya juga telah nyatakan DENGAN JELAS di awal artikel bahawa saya menerima adanya perbezaan pandangan di dalam masalah ini:
Malah saya juga ada mencadangkan dua tiga perkara sebagai saranan bagi mereka yang mahu memilih option seperti puan:
Maaf jika saya suarakan respond seperti ini. Salah faham adalah jauh lebih menyakitkan berbanding tidak faham.
Ummu Saifullah,
Saya kira Pn salah faham ‘teori’ yang ingin disampaikan Sofiyz. Sofiyz cakap, kalau pelajar tu lemah dalam kebanyakan mata pelajaran, pasti dia juga lemah dalam BM.
Pn faham, pelajar yg lemah BM pasti lemah dlm matapelajaran yg lain dan Pn memberikan contoh anak Pn yg lemah BM tetapi tidak lemah matapelajaran lain.
Dua teori yg berbeza di situ. Kalau ada contoh pelajar yg lemah dalam mata pelajaran lain, tetapi cemerlang BMnya, barulah boleh mengatakan ‘teroi’ Sofiyz tu tak kuat.
Wassalaam
assalamualaikum abu saif,
Berdasarkan pengalaman saya,saya kdang2 bercakap bahsa arab dengan anak,si abi cakap BI denganya kadangkala. Duduk dengan pengasuh,loghat tempatan tempat kerja kami,ke sekolah loghat yang perlbagai.
Mula-mula anak saya sendiri selalu confuse dalam bercakap dalam bahasa Melayu. Akhirnya,setelah melihat anak selalu juga terkeliru, saya kena jelaskan semuanya satu persatu agar dia faham sesuatu istilah mengikut situasi di mana dia berada.namun saya rasa, penggunaan bahasa melayu sebenar yang perlu saya terapkan dulu agar dia dapat kuasai pula bahasa/loghat/dialeg tempatan dengan baik.
mengenai bhsa ini..
bhsa pertuturan, ikutlah kehendak tempat..
kanak2 berkembang seiring dgn tempt..
manusia maju dlm tempatnya bila dia kenal budaya dan bhsa..maka blh la dia manipulate suasana utk maju dlm hidup..
even bila besar pun sempt lagi nk belaja bhsa..
ana tgk golongan ibu2 n ayah2 yg tak pernh belajar n berckp bhsa arab..bila dah meningkat usia lagi teruja nk berbhsa arab..malu pula kita yg dari kecik belaja tapi tidak juga power2…
adalah lebih baik..bertutur dgn satu bhsa..tapi di maksimakan penggunaan utk Islam..dari ‘multiple’ bhsa tpi tak kemana..just hangat bergosip seperti kebykn remaja..wallahu3alam..pemerhatian dari kacamata org biasa..bukan kuliah bhasa
Assalamualaikum Ustaz
Otak kanak-kanak spt span, boleh serap byk ilmu. pengalaman duduk di UK,utk kelurga yg dwibahasa atau bilingual, speech therapist nasihatkan utk ibu bapa bercakap bahasa ibunda di rumah sbb di sekolah akan berckp dalam English. atau si ibu cakap english dan si ayah bercakap bahasa ibunda. IA rasanya anak-anak tak keliru. Tapi spt kata ustaz jgn campur aduk lebih dari satu bahasa dlm 1 ayat ketika berckp atau dlm satu topik. nak jadi lawak, salah seorang anak perempuan saya masa umur 4 tahun bertanya pd kakaknya, ” do you want it or tak?”. cuba ckp ! kawan saya yg mendengar bertanya saya, apa yg dia ckp pasal otak tu…
lagi satu, kita ni kdg kdg suka ckp pelat dgn ank ank. alhamdulillah kami suami isteri tak pernah ckp pelat dgn ank ank dan mrk berckp bahasa melayu atau english dgn betul, tak pelat walaupun baru berumur 2 tahun.mmg mungkin bunyi mcm comel je ckp pelat tapi sebenarnya itu menghasilkan anak ank yg berckp agak kurang betul.
Assalamualaikum ustaz.
Saya ialah speech language therapist.
Jadi saya rasa perlu untuk saya jelaskan sedikit kekeliruan.
1) Jika memang berhasrat untuk jadikan anak bilingual/trilingual, mesti mula sejak bayi. Ada 2 cara:
a) tetapkan hari tertentu utk bahasa tertentu. Isnin: BM, Selasa: Arab, Rabu: English…..
b) Tak menetapkan hari, tapi bila bercakap, sentiasa gunakan ayat yg lengkap dan kemudian, translate kpd bahasa dominan. (It is a cat, tu kucing, miaw….)
2) Kanak2 normal takkan alami kelewatan bahasa dan pertuturan disebabkan dia bilingual.
3) Setuju dgn ustaz, bahawa kita mesti guna ayat yg betul(sesuai), jangan ajuk cakap pelat anak2 dan jangan sesekali tunjuk contoh berbahasa rojak.
4) Cara terbaik utk ajar anak bahasa ialah banyakkan komunikasi dengan mereka, kerap bacakan buku kepada mereka. Pendekatan tv/filem….amatlah tidak bagus. Tv dapat menambahkan kosa kata, tetapi tidak membantu dalam komunikasi anak. Lebih teruk, mereka lebih cenderung mengambil frasa2 sampingan seperti ‘oh, I see’, ‘what the hell are you talking about’ dan sebagainya.
5) Kita mendidik anak utk berkomunikasi pelbagai bahasa BUKAN bertujuan utk menunjuk2 kepada rakan bahawa anak kita pandai. Tapi tahukan anda, bahawa otak kiri menguasai kemahiran bahasa dan pertuturan. Org yg mempunyai pelbagai bahasa, bermakna otak kirinya lebih terangsang. Jika org bukan islam menyuruh anak mereka bermain piano, biola, tarian…..
Otak yg lebih terangsang akan adalah otak yg mempunyai potensi yg lebih meluas.
Itu sahaja dari saya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
salam,
seperti saranan saudari ika, saya juga menggunakan pendekatan yg sama iaitu sebut ayat penuh dalam bahasa inggeris kemudian ulang balik dalam bahasa melayu.
alhamdulillah, anak saya yg kini berusia 4thn dapat bertutur dalam bahasa melayu yg jauh lebih baik dari kawan sebayanya dan mudah memahami perbualan bahasa inggeris juga. pendek kata perlu bersistematik apabila nak mendidik guna lebih dari 1 bahasa.
walau bagaimanapun, saya tetap faham dgn maksud sebenar artikel ustaz. tak kira berapa byk bahasa yg dikuasai perlu ada 1 yg jauh lebih dominan. perlu ada 1 yg lebih sebati dgn jiwa sbg bahasa pemikirannya supaya nanti seseorang itu dapat berfikir dgn jauh lebih mendalam apabila perlu menganalisis sesuatu.
saya lebih suka begini, menguasai bahasa inggeris/bhs arab…dlm masa yg sama membudayakan bahasa melayu.
salam
-sy yg plg pnting ap yg kta nk knk2 tu blaja
-bdk ajar ap pn die trima
-ajr 10 bhsa pn blh sbb mmg otak knk2 dicipta utk ‘menyerap’
-bla da besar bru otak tu jd cm beku sket
-tp plg penting ajr knk2 tuk kenal Tuhan dorg
-sblm ati jd keras
just sharing
salam ustaz..
pada pendapat saya, artikel ini memang bagus..masalahnye hanya pada pembaca yang tak berapa @ tak pandai untuk memahami mesej yang disampaikan..
artikel ini bukan menolak bahasa kedua (inggeris,mandarin,french,arabic,etc.) untuk dipraktis @ diajarkan kepada anak2 secara langsung, cumanya hanya mahu menegaskan bahawa dalam mendidik anak2, seelok2nye menggunakan 1 bahasa saja..untuk mengajar mereka, tidak menjadi masalah untuk menggunakan bahasa selain daripada bahasa yang 1 itu…
minta maaf..
- maksud saya, mendidik anak2 dalam erti kata brkomunikasi..
satu lagi, kalu betol nak ajar anak berbagai bahasa, pastikan nahu nya betol.. my own experience, ade sorg ibu yg nak ajar anak b.inggeris, tapi nahu dan sebutannye lintang pukang.. asyik yes-no-don’t touch me…. cikgu2 yg mendengar pun naik muak..
assalammulaikum….
ustaz….saya seorg ibyu yg mempunyai ank kembar yg kini berusia 2 tahun… saya bercadang utk menghantar ank-anak saya mengikuti kelas bahasa arab pada usia 4 tahun kelak. apa pendapat ustaz dan dimana boleh saya menghantar anak saya utk mengikuti kelas tersebut…harap ustazapat membantu…
sekian
assalammulaikum…..