
Nak gaduh?
“Yop, kenapa Yop bergaduh dengan kawan-kawan tadi tu?” saya menepuk bahu Saiful Islam.
Beliau memuncung.
Enggan berkata-kata.
“Yop, kenapa gaduh?” Imad menyampuk, meniru soalan saya kepada abangnya.
“Ha ah, kenapa Yop gaduh tadi?” Naurah pun membabitkan diri sama.
Menambah tekanan ke atas abang mereka yang masih ‘berasap kepala’.
“Janganlah tanya Yop macam tu. Pening kepala dia. Biar abi sahaja yang tanya” saya mengarahkan Imad dan Naurah duduk kembali di kerusi belakang serta memasang kembali tali pinggang keselamatan.
“Tadi tu Yop main ke gaduh?” saya menukar bentuk soalan untuk menyegarkan pertanyaan ulangan.
“Gaduh!” jawab Saiful Islam.
Ringkas.
“Kenapa gaduh?” saya bertanya lagi.
“Dia orang ejek Yop” anak saya mula membuka ruang bicara.
“Oh, macam tu. Kenapa mereka ejek Yop? Eh silap, mereka ejek Yop apa?” saya menyambung soalan, sambil membatalkan soalan yang tidak disukai oleh anak-anak iaitu KENAPA.
“Dia orang cakap Yop Saiful Apek!” jawab Yop.
“Hahaha! Oppss…” saya memekup mulut kerana tergelak dengan tidak sengaja.
“Abi ni…!!!” Saiful Islam bengang dengan saya.
“Sorry Yop. Abi tak sengaja. Oh, sebab itulah Yop marahkan mereka. Mereka panggil Yop Saiful Apek rupanya” sebagai bapa, saya harus membina kepercayaan anak-anak bahawa kita mengiktiraf masalah mereka dan memahaminya.
HANTU TELEVISYEN
“Yop tahu tak, orang yang panggil Yop Saiful Apek tu, mereka hantu televisyen. Sebut aje Saiful, terus teringat Saiful Apek!” saya cuba memujuk.
“Ada Saiful lain ke?” soalnya kepada saya.
“Tentulah ada. Ramai. Ada Saifulllah, itu gelaran untuk Khalid bin al-Walid, tahu! Yop tahu sebab apa abi bagi Yop nama Saiful Islam?” saya pula melontarkan soalan kepadanya.
“Kenapa?” mulutnya masih memuncung semasa menyoal.
“Saiful Islam itu ialah pejuang Islam di Mesir. Bapanya bernama Hasan al-Banna. Hero Islam. Lebih hebat dari Raihan Rangers. Yop di sekolah Rumah Hijau, kan? Rumah Hijau bukankah namanya Hasan al-Banna? Saiful Islam itu nama anaknya” saya menarik kembali lipatan memori 7 tahun yang lalu, ketika memberi nama kepada anak sulung yang baru lahir.

Sheikh Ahmad Saiful Islam al-Banna
SESI DIALOG
Tengah hari itu, saya menghabiskan masa yang banyak bersama dengan anak-anak di dalam kereta meredah lautan kenderaan yang sesak di jalanraya. Kami mahu mengambil Ummu Saif yang habis bekerja jam tiga. Seronok juga dapat berbual-bual dengan mereka. Kebetulannya, ada topik yang penting untuk diselesaikan.
“Tapi dia orang tu jahat!” kata Saiful Islam kepada saya.
“Sebab itu abi tak bagi Yop pukul dia orang. Kalau Yop pukul dia orang, maknanya Yop pun sama macam mereka. Orang Islam tak boleh sakitkan orang lain dengan lidah dan tangan. Berdosa” saya cuba menangkis pandangan si anak.
“Habis tu takkan nak biar aje?” anak saya mempertikaikan pendapat bapanya.
“Jangan biarkan aje. Tapi Yop cakap le Alhamdulillah. Terima kasih ejek Yop. Yop dapat pahala, kamu dapat dosa!” saya memberikan cadangan.
“Kalau dia orang takut dosa, dia orang tidaklah ejek Yop” bidas beliau.
Aduh, pening kepala saya. Ada juga betulnya kata-kata anak saya. Buat apa timbulkan soal dosa kepada orang yang tidak pedulikan dosa. Membuang masa.
NAK GADUH JUGA
“Habis tu Yop nak buat apa?” saya meminta pendapatnya.
“Yop nak juga pukul dia orang” anak saya begitu sepenuh hati meluahkan kehendaknya.
“Terpulanglah kepada Yop. Tapi kalau mereka pukul Yop balik, Yop nak buat macam mana?” saya ‘memberikan’ kebebasan kepada beliau, sambil menyelitkan persoalan tentang risikonya.
“Yop minta tolong Abi” jawabnya pantas.
“Kalau Abi tak ada?” sengaja saya lontarkan provokasi kepadanya.
“Allah ada” tangkas Saiful Islam menjawab.
“Tapi Allah benci orang yang pukul orang. Allah tak akan tolong Yop sebab Yop pun buat dosa macam orang yang ejek Yop tu dapat dosa” penerangan dilanjutkan lagi.
“Ye la, Yop tak gaduh!” akhirnya Saiful Islam mengalah.
“Err, tapi kalau orang nak tumbuk Yop kena pertahankan diri, tahu!” saya pula yang risau.
“Kena gaduh?” anak saya terkejut.
“Silap, silap. Bagitahu ustaz sahajalah. Senang cerita” saya tidak mahu mengelirukan si anak.
“Nak bagitahu ustaz mana?” soal beliau lagi.
“Ustaz Hasrizal. The Dragon Warrior, boleh?” saya mengusik.
“Err…!” anak-anak mengalah.
Mereka hilang selera bertanya lagi.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Salam..
Dulu ms di sekolah rendah, saya pun alami perkara yang sama. bukan setakat kena ejek nama sendiri, bahkan nama ayah,emak pun kena sama. Kalau nama tu, ada bunyi kelakar2 sket (padahal xkelakar pun contohnya Mariam) boleh kena panggil meriam tebabom. Macam2..
Yang xkena ejek tu jika org yg pasif, xbanyak aktif dalam kelas.
Kadang2 ms kecik2 cepat marah sebab pemikiran kita terhad tak macam berfikirnya orang dewasa. Maksud saya, jika kita tak ambik port ngan ejekan orang last2 mesti diorg jemu je nk mengejek lagi. Sebab tu pukul org tu antara penyelesaian mudah bagi anak2 tetapi percaya la pasni saya pasti akan ada juga yang mengejek Yop lagi..:-) budak2 la katakan.
@i_aman,
Dulu selalu kena ejek gak time sekolah. Kena ejek sbb nama ayah dan juga ejek sbb diperkecil2kan kebolehan. Tp sbb tak biasa dan tak pernah diperlakukan sebegitu masa di rumah, so mmg tak tahu nak respon apa.
Boleh kata macam org yg takde perasaan nak membalas balik. Cuma pandang dan menerima je apa yg org buat.Sudahnya, senyap la org tu nanti
haha..comel…!
ketawa je saya baca(jarang bg komen..) takpe ketawa yg ade input, insyaAllah.
baru tau imam hasan al-banna ada anak rupanye..
@everjihad,
saya pun baru tahu dia ada seorang anak pejuang agama juga
@hafiz,
tak silap kalau rujuk buku ‘Cinta di Rumah Hassan Al-Banna’, ada citer pasal anak-anak beliau..
@kahfi8,
salam,
link ni pula adalah milik cucu Imam Hasan Al-banna.
http://www.tariqramadan.com/spip.php?lang=en
Saya teringat dulu-dulu, saya pernah nak meleraikan pergaduhan (bukanlah besar mana pun!) antara dua orang adik-adik saya yang waktu tu memang kecik lagi. Bukan nak jadi hero pun, tapi lebih kepada rasa tanggungjawab kot.. sebagai kakak. Lagipun, saya rimas tengok diorang bising-bising. Tiba-tiba mak pula mencelah, “budak kecik bergaduh utk berbaik semula”.
Jadi ustaz, psychologically apakah saranan mak saya tu betul? Apakah beliau berkata demikian sebab beliau ialah seorang mak lantas telah punya kesimpulan sendiri alhasil membesarkan anak seramai lapan orang dan dlm masa yang sama menjadi guru di sekolah rendah?
Anak bongsu makngah selalu balik dengan baju koyak atau muka calar. Hampir tiap2 hari dia bertumbung, tak boleh tersinggung lansung. itu semasa sekolah rendah dan menengah rendah, hari ini dia adalah seorang anak muda yang suka membantu kawan2,guru2 dan keluarga.
Alhamdulillah, Allah memperkenan doa makngah.
alahai mesti comel imad ajuk cakap abi dia..huhu
Semoga The Dragon Warrior itu akan terus mempertahankan anak2nya dari segi akidah dan sahsiah…
Syabas!!
Hahaha!!! The dragon warrior pulop… hari tuh Abu Panda… macam macam la ustaz nih… hehehe…
salam..
wah susah jgk bile dh ade anak2 nanti..
kne berlogika pulak…
Senyum sahaja saya membaca artikel ini. Kelakar. Teringat buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna, sebuah kisah beliau mendidik anak-anaknya. Memang seorang ayah harus banyak bersembang dengan anak-anaknya.
menarik…
mendidik secara berhemah…
menegur dengan penuh bermakna…
@aman,
Salam….
lama ana tak dengar sebarang komen dari akhi. masih ingat ana tak?…….MAMI’09. Maaf ye ustaz, anak-anak didik ustaz dari ILI menumpang lalu.
Assalamualaikum ustaz
cerita yang menarik dan komunikasi yang baik dengan anak-anak.
itu anak lelaki bagaimana pula dengan anak perempuan ye, tentu lebih mencabar.
Assalamualaikum Ustaz.
Masa di sekolah dahulu saya pun turut serta menyertai kerja-kerja seperti mengejek nama ayah kawan-kawan. Tapi Alhamdulillah saya dapat mengigati nama penuh kebanyakan nama kawan-kawan saya itu. =)
saya pun tergelak dengan cerita ustaz kali ini,,,
teringat dulu2 ms darjah 2,
saya yang agak besar daripada kawan2 yang lain diminta untuk tegur/marah seorang teman sekelas yang mengusik kawan saya
…kawan saya ni yang minta tolong ni lelaki…
tak ingat apa yang saya buat tapi bila baca entry ni saya terus teringat cerita lama,,, dan tersenyum..
Salam,
yop, ini iman.yopjangan marah pada kawan yop.imman pun tak kenal saifulapek.sabar aje
saiful apek kalau dia baca story ini, pasti dia gelak sakan. Ntah dia pun tukar nama kepada saiful islam gak, mudah-mudahan la. Dia kan ikon…
Salam….
Saya masih rasa geli hati baca entry ustaz kali ini. Dari bingkai ejekan akhirnya lengkap menjadi sebuah gambar humor. Andai raja lawak berklas otai itu tahu apa yang berlaku di sini.
xtau plak ustaz dragon warrior
nanti bleh naik dragon pergi sana2 sini untuk berceramah
saya nak komen pasal entry yg telephone tu
tp da xley komen da…
ustaz da kire hebat sebab selalu ada jemputan. tu kira rezeki dari allah la kan. nak penuhi orang lain punya permintaan, memang jenuh la. tak pernah lagi dengar ceramah ustaz cara live.
saya ada terbaca teori pasal duplikasi. tak ingat kat mana. macam mana islam dapat berkembang di zaman nabi salah satu faktor di sebabkan nabi menduplikasi orang lain menjadi sepertinya. bukan suruh sahabat jadi nabi, tetapi mengamalkan sunnahnya. tu la yang sahabat buatkan
dalam konteks ustaz ni, saya rasa ustaz dah boleh menduplikasi orang yang lagi ramai untuk jadi macam ustaz. latihan. tu la salah satu prosesnya. yang syarikat consultancy tu, diea bagus! tp secara informal pun boleh dijalankan serentak jugak
doa ustaz mendapat kebahagian dunia dn akhirat
Budak-budak…
Saya ada anak buah.. dioarang ni selalu je bergaduh..
Diaorang kalau masa bergaduh, macam nak pecah rumah dibuatnya… tapi, kejap je lepas tu diaorang berbaik balik.. belum sempat kering air mata dah boleh pimpin tangan sama-sama.. boleh main sama-sama balik.. boleh gelak dan gurau sama-sama balik..
Si kakak ni walaupun suka sangat sakat adik laki dia.. tapi kadang-kadang bila adik dia tido.. dia selimutkan.. siap dengan cium pipi lagi.. macam mana la tak geram..
kalau kita yang dah besar ni, silap cakap sikit je pun dah mula masam muka bertahun-tahun.. MALULAH SIKIT!
bagi saya, pekara yang paling PANTANG ibubapa lakukan bila anak- anak bergaduh adalah MEMIHAK DAN MEMBANDING di antara mereka..
Sikap ibubapa yang TERLALU suka campur tangan dan memihak dalam pertengkaran akan jadikan mereka kurang daya berdikari dan hilang kepercayaan.
Seboleh-bolehnya biarlah mereka sendiri yang selesaikan.. selagi ianya tak bawa pada kecederaan..
dan kepada ibu-ibu, harapnya jangan TERLALU banyak berLETER..
anak anda tak suka dan tak akan dengar leteran anda..
Berleter tak sama dengan beri nasihat!
Bimbang anak anda jadi derhaka kepada anda kerana tindakan anda sendiri.
Hehe..lucu pun ada baca artikel ni. apapun sangat menarik.
so sweet…
Artikel yang bagus untuk direnungkan. Kadang-kadang pening juga memikirkan pergaduhan anak2 saya nie.
p/s: Jangan lupa lawati blog baru saya di http://programskor-a.blogspot.com/….batu reti buat blog padahal bisnes dah jalan lama:)
punya laa ramai nama saiful kat dunia ni, saiful apek juga jadi pilihan. cuma saya dulu kalau ada orang ejek saya ker nama bapak saya ker, saya tukarkan jadi positif.
kalau orang kata ghani2, saya cakap saya anak ghani othman, menteri besar johor hehehe.
ikutkan beri gelaran kepada seseorang adalah perkara biasa bagi budak=budak. rasanya macam pernah sebut dalam blog ini. cuma macam mana nak ajar anak-anak beri gelaran yang baik kepada kawan-kawan dia satu perkara yang sukar.
mungkin boleh samakan dengan nama sahabat atau pemimpin negara. artis??? mmm susah nak komen
Assalamualaikum,
orang dulu dulu kata, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Aih, nak kenang masa kecil, saya takde bergaduh rasanya.. cuma dengan adik beradik ja, ubatnya: rotal al sultan.
dengan kawan-kawan.. jarang, kalau ada pun cepat2 berdamai, selalu ditakutkan oleh Ustaz masa mengajar dalam kelas
“Barangsiapa yang tidak bertegur sesama muslim lebih dari 3 hari, maka Allah amat murka padanya~” baca ustaz tersebut dengan nada membaca kitab kuning.
Budak- budak la ni mudah nak dengar cakap kita kalau kita cakap serupa bikin, kalau dulu, tak kiralah, takut rotan je.
“anak murid tumpang belajar”
salam ustaz..
comelnya cite ni..tersenyum sy bc artkel ni..
sy doakan anak-anak ustz mnjadi permata islam, inSyaAllah..doakan juga sy dapat menjadi ibu kepada bakal pejuang islam nnt..amin
Assalammualaikum
ust, ana nak minta pandangan. apa pandangan ust, jika seorang lelaki berkahwin dgn seorang wanita (janda) yang 3thn lebih tua dr lelaki tersebut&tidak mempunyai anak. penerimaan tersebut bkn atas dasar kasihan.
bagaimanakah crnya utk meyakinkan pihak (lelaki) ttg pilihannya??
harap ust boleh bg pandangan.
Salam..
Senyum je bace entry ustaz kali ni
ada pimpinan arab ckp, anak singa akan tetap jadi singa. merujuk kpd saiful islam anak hasan al banna. saiful islam ni masuk penjara bertahun lamanya, vocal mcm bapanya jugak. buku cinta di rumah hasan al-banna sangat interesting untuk dibaca.
Semasa sekolah rendah dulu saya memang sentiasa diejek… bukan setakat nama emak bapak malah apa benda pun. Walaubagaimana pun saya selalu ingat pesan ibubapa supaya jangan ejek orang. Tapi ibubapa lupa pesan kat saya supaya jangan tumbuk orang… so bila diejek saya tumbuk orang la hehehe. Peranan guru juga perlu adil bila menghukum. Guru kdg2 hanya terus menghukum rotan pelajar yang menumbuk tetapi langsung tak nasihat pelajar yang memulakan sengketa… efek kat jiwa pelajar tu… ingat guru2 semua.
Kadang2 pelajar yang selalu diejek menjadi terasing… kalau bergaduh xde kawan nak makan sama-sama kat kantin… kalau diam jer dpt kawan tapi kena tahan dibuli la. Itulah minda kanak-kanak.
Bila sekolah menengah pun masih ada pelajar perangai mengejek. Biasanya mereka dari kelas tak berapa pandai dalam akademik. Di alam remaja saya jadi kritis dan agak nakal… hehehe. Bila orang ejek saya, saya terus kritik mereka tak ikut sunnah la… muslim tak berkualiti la… fikiran tak berkembang la… siap dengan hujah-hujah. Dan bila kita bagus dalam akdemik mereka akan terus jauh dari kita… rasa kesian la pulak.
So jangan jadi mcm saya…. mungkin…
seronok baca cara ustaz berceloteh sambil mendidik anak.. semoga ilmu2 yang saya kutip disini boleh memperkasakan saya untuk jadi ibu yang baik utk anak2..
salam ustaz
br 2,3 hari lepas ank ngadu dia bergaduh ngan kawan dia…tp dia kata kwn dia yg mula dulu. yg x sedapnyer ank ngadu kat abahnya so ayat…amsyar lawan la balik…ish2 sy kata dlm hati ajaran sesat nih tp x sempat nak bagi penawar minda wat ank sy…rasanya pesanan abah dia tu ank sy guna x….harap2 tidak la.
Salam,
Saya nak tanya ustaz kat mana nak beli buku tajuk closer than a garment tu? saya dah tanya kat MPH tp takder buku ni.
Harap ustaz blh bg tahu kat mana dan harga.
Wassalam.
salam….hebat!!
jawapan yop. ALLAH ada. baru umur 7 tahun dah faham dan yakin.