Tiket Murah Maruah Pun Murah

On 20/10/2009, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 11,505 views | Print Print | Email Email |

airasiaunmahal

Iklan mempunyai pengaruh yang besar.

Setiap produk atau perkhidmatan, tidak akan berasa lokek untuk berbelanja besar bagi tujuan iklan dan promosi.

Iklan yang bagus adalah iklan yang ringkas dan padat, memiliki unsur catchy yang boleh menjadikan apa yang dipaparkan, biar pun hanya beberapa saat, lekat di minda sedar dan separuh sedar penonton. Imej itulah yang akan melintasi pemikiran, setiap kali penonton itu memakai kasut pembeli.

Penampilan iklan di televisyen mengalami perkembangan yang pesat sesuai dengan perubahan masa dan kehidupan.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Kredit [sumber]

Kita boleh membuat pemerhatian kepada iklan sabun pencuci FAB siaran 1979 yang menampilkan Yusni Jaafar. Iklan berkenaan sangat lurus dalam menyatakan mesejnya, di samping penggunaan bahasa yang teratur.

Di suatu ketika, syarikat rokok terpaksa berperang dengan polisi kerajaan hingga akhirnya membawa kepada pengharaman iklan jenama rokok di televisyen.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Kredit [sumber]

Demikianlah perjalanan masa. Iklan merakam perubahan nilai yang berlaku di dalam masyarakat. Di suatu ketika jenama rokok diharamkan dan tuala wanita ditarik keluar daripada iklan, manakala pada suatu ketika yang lain, ia masuk semula sebagai penanda aras kepada tahap sensitiviti masyarakat dan polisi kerajaan yang memerintah.

IKLAN AIRASIA

Baru-baru ini, saya berasa amat terganggu tatkala menonton iklan terkini syarikat penerbangan tambang murah negara, Airasia di televisyen. Ia bersifat sangat kasual, cheeky dan boleh dianggap sebagai satu gurauan seperti yang dimahukan oleh pengarahnya, Yasmin Ahmad. Tetapi subjek yang menjadi tumpuan iklan itu sangat memalukan dan menjadi promosi murahan bukan sahaja terhadap Airasia, malah Malaysia sendiri.

Tidak lain dan tidak bukan, punggung pramugarinya.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Kredit [sumber]

Kita semua sedia maklum dengan pakaian seksi yang menyeksa si pemakainya di kalangan krew perempuan Airasia. Terfikir juga saya, sesuaikah pakaian itu untuk menyelamatkan penumpang sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan udara? Atau penumpang pula yang terpaksa membantu pramugari yang terkial-kial dengan skirt ketat mereka.

Tetapi dengan iklan Airasia terbaru itu, ia memberitahu penumpang supaya setiap kali menaiki pesawat Airasia, jangan lupa kepada punggung pramugarinya, termasuk di kalangan penumpang kanak-kanak sebaya Isaac!

Bandingkan ia dengan iklan promosi Malaysia Airlines, yang memikul tanggungjawab moral terhadap negara tanpa perlu menjamah kerendahan moral.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Kredit [sumber]

Iklan MH itu menaikkan rasa bangga kita sebagai rakyat Malaysia, berbeza sekali dengan Airasia yang terikut-ikut dengan trend iklan antarabangsa seperti Penerbangan New Zealand yang mencipta kontroversi dengan pramugari bogelnya yang dipaparkan di iklan.

Kita menghargai nikmat tambang murah.

Bukan maruah yang murah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Mempertahankan Maruah Itu Perjuangan “Pelajar-pelajar sekolah agama, jangan ingat dengan hanya sekolah agama kamu...
  2. Sebuah Hijrah Kerana CINTA Setiap patah katanya, ada terasa cinta kepada Dia. Moga istiqamahlah...

 

99 Responses to “Tiket Murah Maruah Pun Murah”

  1. Mr Huhu says:

    bende2 camtuh xyah letak dlm iklan pon org dh sedia maklum

    oversea nyer flight provider pon xwat iklan camtuh. haih mesia mesia

  2. mmg rasa bengang sgt tgk iklan tu.. eksploitasi kaum wanita :(

  3. Laila says:

    Salam,

    saya juga bersetuju dengan kenyataan saudara, iklan ini amatlah tidak sesuai ditayangkan apatah lagi pelakun utamanya juga adalah kanak-kanak! Sedangkan yang menonton iklan ini juga, boleh dikatakan dewasa dan kanak-kanak sama banyak.

    Jangan lah hendak mengejar status iklan “antarabangsa” sehingga maruah pun menjadi murah sebegitu rupa.

    Contohilah negara brunei yang mana setiap pramugarinya yang cantik bertudung..

  4. SangPelangi says:

    Kadang-kala saya tertanya-tanya juga, apakah selama ini tiada panel penilai yang meluluskan iklan ini keluar? Sedang filem berbayar dikawal ketat mutu dan kualitinya (tapi ada juga kadangkala aksi ghairah di mana-mana), inikan pula yang boleh ditonton percuma.

    Iklan menyeksa iman oleh AirAsia itu lebih membunuh dari iklan rokok sebelum ini. Membunuh minda anak-anak kita. Bila duit menjadi kejaran, moral tidak dipandang lagi.

  5. i_aman says:

    sungguh memalukan..
    semacam bagi motif kepada penonton, hanya naik AirAsia saje dapat rasa pengalaman tengok “pemandangan” sebegitu.

    Teruk mentaliti pembuat iklan ni.

  6. Ahmad Sabqi Ismail says:

    You’re right!!!

  7. Rausyanfikir says:

    salam ustaz,

    Mungkin ustaz boleh rujuk https://www.adbusters.org sebagai counter-culture kepada lambakkan iklan yang sebegini.

  8. ummuamjad says:

    salam…sgt setuju dgn ustaz… unsur moral diketepikan.. unsur lucah(dengan izin) diketengahkan…

  9. Iskandar says:

    Bila maksiat dipandang pahala, begitulah jadinya

  10. Shahrul says:

    Saya memang dr dulu lagi persoalkan akan kewajaran iklan AirAsia yg lucah tu!!!… bagusla Ust buat topic ni. Wajar sgt!

  11. syam says:

    saya setuju benar akan tulisan ustaz. teringat cuti baru-baru nie. perasankan iklan tentang baragan kosmetik yang namenye ade kaitan dengan “green”. pelakon iklan hampir menunjukkan sempadan perhiasan dadanya dari sebelah tepi semasa melihat cermin.hmm… entahlah

  12. alihassan says:

    Salam blgger semua
    Satu perbincangan yang menarik, saya bersetuju dengan pandangan semua diatas, tapi inilah yang dipaksa kita terima. Sebenarnya banyak lagi iklan yang hampir serupa. Jadi apa tindakan kita bagi warga yang waras. Jom fikirkan bersama.
    Wassalam

  13. Feroz says:

    Mmmm..iklan skarang mmg makin melampau. kaum wanita senang2 je dieksploitasi. Mana suara pejuang2 hak asasi wanita??

    • Amin007 says:

      @Feroz,
      iklan ini mungkin menguntungkan kumpulan hak asasi wanita kot, tu pasal dia orang tak buat bantahan.

      lagipun selagi pramugari tak komplen kat dia orang, selagi tu dia orang tak buat tindakan.

      tapi rasanya jangan salahkan pembuat iklan. CEO AirAsia pun buat salah juga tau. dah tahu dia mencemarkan negara masih luluskan lagi

  14. Khairi says:

    Salam,

    Saya tidak pernah melihat iklan airasia seperti yang disebutkan. Tapi pernah melihat iklan2 yang sewaktu dengannya seperti iklan tuala wanita, syampoo, deadorant dsb.

    Bermula dengan pengabaian penutupan aurat sehinggalah kini eksploitasi wanita, dan remaja-remaja lelaki terganggu fikirannya dengan naluri seks.

    kesian budak2 sekarang, ibubapa sibuk kerja.

  15. saffmukmin says:

    perkara besar yg dipandang biasa..sudah byk terjadi begini skrg..senang2 boikot je Air Asia!!!!~

  16. Kita sebagai individu Muslim kena bangkit dan suarakan kepada orang awam tentang ketidak selesaan kita terhadap budaya ke-barat-an yang sudah menyelinap dalam jiwa umat islam di Malaysia. Biar ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati supaya dapat tunjukkan yang kita benar-benar mahu jaga agama Islam.

    Wallahu alam..

  17. Nas says:

    Assalamualaikum,

    Rakan-rakan sekalian, di Australia ada badan yang boleh dihubungi jika iklan melampau batas seperti dalam hal-hal yang lucah sedemikian. Di Malaysia rasanya ada juga badan penapisan. Jadi, langkah pertama adalah untuk kita membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab daripada hanya bercakap-cakap mengenai hal ini. Tiada apa yang berlaku tanpa perbuatan.

    Boikot? Masalah tidak selesai jika kita tidak memberitahu kenapa kita tidak puas hati. Bayangkan tiba-tiba sahaja kita boikot orang tanpa memberitahu masalahnya. Mestilah orang itu akan marah dan akan menimbulkan pertelingkahan.

    Sekadar berkongsi pendapat.

  18. ladyct says:

    adakah alasannya gini…? “kami amat menghargai para penumpang kami dengan menyediakan tambang murah ini hingga kami sanggup berkorban untuk mengurangkan penggunaan kain yang lebih untuk pakaian pramugari2 kami…” ;b

  19. Ummu Hafiz says:

    ermmm…iklan ini menunjukkan mentaliti pembuatnya yang tidak lagi menerapkan nilai-nilai murni islam….
    iklan sebegini mungkin akan mempengaruhi mentaliti remaja kini….
    bersama-samalah kite menjaga mentaliti anak-anak kite….
    matlamat tidak menghalalkan cara!

  20. Khairi says:

    Salam,

    Mungkin kena kurangkan masa anak2 tengok tivi.

  21. annurmujahidah says:

    salam ust,
    saya turut terkejut dengan iklan tersebut semasa saya meilahatnya di tv. Terasa sangat malu dengan iklan tersebut. Syukran ust sebab tegur iklan seperti itu.

  22. shafiq says:

    salam..
    saya juga terkejut bila pertama kali melihatnya,bayangkanlah kalau dok kt umah dgn family,tetiba keluar iklan tu,mesti tercengang punya..surat khabar pun(tabloid) pun dah banyak keluar citer2 panas yang memberahikan tu..eden pun dah poning

  23. Abu Saif says:

    IKLAN INI MUNGKIN MELEPASI TAPISAN DAN DISIARKAN DENGAN PENUH RASA MEGAH SEBAB PENGARAHNYA IALAH IKON 1MALAYSIA NEGARA IAITU
    YASMIN AHMAD
    . WALLAHU A’LAM

    • zacharias says:

      @Abu Saif, Saya rasa kurang baik kita berspekulasi. Sebab saya rasa, pada hemat orang yang kurang sensitif pun, tiada apa masalah pada iklan tersebut. Lebih banyak rancangan dan program TV yang menayangkan lebih dari yang ditayangkan oleh iklan ini.

      Sama juga, kalau dulu jarang ada iklan perempuan pakai tudung. kemudian makin banyak pakai tudung. sekarang, pakai tudung tergedik-gedik, menyanyi dan sebagainya.

      Seperti iklan BH: zaman dah berubah, dunia dah ‘maju’

      • Abu Saif says:

        Tidak semua spekulasi tidak berasas.

        Yasmin Ahmad baru-baru ini diisytiharkan sebagai ikon 1Malaysia di Ipoh. Astro mendedikasikan sebuah saluran khas untuk Yasmin Ahmad. Beliau diangkat sebagai tokoh oleh semua media malah KOSMO terpaksa meminta maaf kerana membawa pendekatan Yasmin Ahmad dengan berterus terang tentang seksualiti Yasmin Ahmad sendiri.

        Mustahil akan ada kenyataan bertaraf qath’i menyebut iklan tersebut diluluskan kerana faktor Yasmin Ahmad. Justeru track record yang ada boleh menjadi asas penilaian.

        Ya, sebagaimana kita diminta berlapang dada kepada golongan yang tidak kisah dengan benda ini, golongan yang tidak kisah itu juga perlu menerima hakikat ada orang yang masih kisah dan sensitif dengan hal ini, atas prinsip civil society yang sama.

        Punggung pramugari satu isu.

        Punggung pramugari diminati oleh kanak-kanak bawah umur, walaupun namanya Isaac dan bukannya Khalid, value system manakah yang boleh merestuinya?

        • Abu Nabil says:

          Setuju ustaz.. dua isu disini

          1) Exploitasi Punggung wanita
          2) Gambaran pemikiran `kotor’ anak kecil.

          Apa komen sisters in islam?

  24. aman says:

    terima kasih ustaz….
    proud sekejap aman sebagai warga kerja MAS..
    tetapi agak terasa dgn iklan airasia yg atas skali…
    hehe…

    bercakap berkaitan iklan…
    kenapakah iklan arak masih berleluasa di panggung2 wayang?
    kenapa iklan sport toto masih wujud di dada2 akhbar?
    kenapa iklan yang mehjolok mata masih bermain di televisyen…

    tetapi…
    iklan rokok sudah di BAN sepenuhnya di semua saluran…

    bukan untuk memperjuangkan keadilan beriklan untuk iklan rokok…
    tetapi…
    jika rokok yang dahulunya masih was-was keharamannya (dahulu makruh) begitu mudah diBAN,
    kenapa kerajaan tidak memandang terhadap isu ARAK, JUDI dan AURAT yang sememangnya terang-terangan keharamannya.

    harap pendedahan yang lebih meluas dibentangkan…
    agar terbuka minda untuk BAN semua iklan2 yang tidak sepatutnya…
    kalau kerajaan tidak memandang serius akan iklan2 ini…
    tidak mustahil,
    suatu hari nanti…
    terpapar iklan yang lebih memalukan di kaca TV di malaysia…
    iklan kondom, iklan playboy dll tidak mustahil mampu memecah benteng saringan iklan di malaysia….

    semoga ianya di pandang serius oleh setiap lapisan masyarakat…

    p/s : pemakaian pramugari MAS pun masih ‘menjolok’ mata, tetapi much better than others…

    • tobie says:

      @aman, salam…kalau arak,judi dan aurat tu boleh mendatangkan barah pada tekak,mulut,paru atau jantung maybe benda tu semua dah diharamkan. Cuma buat masa ni kerajaan masih belum jumpa kesan barah yang dibawa oleh amalan judi atau aurat tu. ‘Diorang’ ni cuma nampak kesan yang zahir je…kesan pada moral diorang belum nampak ( @ buat-buat tak nampak???)

  25. bcat says:

    Pertama kali saya tngok iklan tu memang terkejut. Betapa murahnya maruah orang yang menciptakan iklan tersebut, termasuk yang menerima dan menyiarkannya.

  26. darmia says:

    Dunia akhir zaman…manusia kalah pada nafsu…huhu…pembuat iklan hanya ingim mndapatka untung semata2..

  27. pali says:

    Salam,

    Kena tubuh “Lembaga Penapisan Iklan Malaysia” la lepas ni. :D

    Pakat-pakat tulis surat kat Rais Yatim, noo.. hehe.

  28. tobie says:

    SIS senyap je…tak ada pembelaan utk kaum wanita ke??? atau mungkin tgh sibuk dgn isu kartika kot…sampai ‘ter’lepas pandang???

    • i_aman says:

      @tobie, tu la, walaupun wanita2 yang tunjuk jambul pun semacam x hairan isu iklan AirAsia ni. Bila melibatkan isu syariah khususnya wanita atau ketidaksamarataan kepada golongan wanita cepat aje dibangkitkan..

  29. Salam..

    Agaknya nanti ada la kot budak kecik yang akan buat aksi macamtu dalam flight..

    Sangat bagus kepada yang meluluskan iklan tersebut.

    kat kampung teman di Parit tu,ramai dah makcik-makcik yang pakat mengumpat tentang iklan ni.tak kurang juga ada yang maki.

    Dan baru-baru ni saya amat terkujat sekali bila ada satu iklan tuala wanita yang menyuruh mengira “panties”.Ini menunjukkan satu prestasi yang sangat hebat.dan iklan itu juga mendapat tempat di hati pakcik-pakcik yang mengumpat serta memaki hamun orang yang meluluskan ..

    Malaysia..

    1 Malaysia.Rakyat di’dahulu’kan.Pencapaian diutamakan.

    sekian terima kasih..

  30. Adam Daniel says:

    Haritu kawan saya buat offer utk shooting iklan syarikat papan tanda terbesar kat Malaysia ni.. Dia mahukan seorang wanita dan seekor ANJING utk menunjukkan tema ‘relationship’. Sangat lah tidak adil.

  31. fizah says:

    that’s why i hate yasmin ahmad, she’s so free minded, tukar jantina sendiri okla coz tu hak masing2, tapi kalau nak tukar maruah org malaysia mmg saya pun marah seolah2 perempuan nie hanyalah makhluk seksual n nothing other than that! Mas is a way better, lagila berkobar2 sy nak start keje ngan Mas next mth:)

  32. nad says:

    ye..saya pun stuju

  33. Hamdan says:

    Teringat kata2 sahabat Swiss saya, “Dalam banyak2 kapal terbang dia pernah naik, hanya Malaysian Airlines dan Emirates je yang bagi arak free.”

  34. cikgu sains says:

    Setuju ustaz.Terima kasih kerana mengutarakan isu ni.First time tengok iklan ni pun saya dah rasa pelik macam mana iklan ni boleh lepas tapisan.

  35. assfiyak says:

    salam ustaz betoi kata ustaz…cuma nak bagi pendapat sikit ustaz ader tak niat nak tulis buku feqah???tringin nak baca hasil ustaz yang best tuu

  36. Mr Fathi says:

    wah BESAR punya!!!(tiru iklan Maggi)

    Iklan rokok diBANNED pun saya tak kisah sebab saya tak isap rokok pun

    ArAsia,saya bangga kerana antara low cost airflight paling berjaya di dunia…tapi iklan kat atas lebih menonjolkan pramugari…alaa strategi perniagaan ni…lepas ni ramai la book on flight AirAsia.Kini Sesiapapun Boleh Terbang.tengok!!!berderet booking tiket kat AirAsia.com…kan saya dah cakap…

    MAS,memberi perkhidmatan 5*****bintang…hmmm tu je la

    So,iklan adalah salah satu cara utk memperkenalkan produk mereka.Jadi,jgn la rasa pelik kalau pompuan diEKSPLOITASI…kalau tak nak maruah MURAH spt harga tiket,orak(tak) payah jadi pramugari…

    DUNIA AKHIR ZAMAN memang camni.tanda2 kecil dah ada…

    Ustaz,komen saya agak kelakar daripada biasa.harap dingapuro(dimaafi)

    Saya tulis sitik2(sikit2) bahasa Jawa.Harap ustaz faham

  37. zz says:

    Kalau semua perasan, iklan berbaur seks memang mendapat tempat. Iklan ubat gigi, iklan minuman tenaga & terbaru iklan pasal internet pun sama. Tak tau la otak ni yang double meaning ke….

    Kalau tengok kat akhbar pun sama. Terutamanya kosmestik untuk tenaga yang berkaitan seks. Macam krim tahan lama contohnya. Cara ayat yang digunakan untuk mempromosikan pada saya memang memualkan.

    Entah la…

  38. Abu Awazim says:

    Entah..

    Makin hari dunia makin sukar..
    Sukar..dan sukar..mencabar dan tercabar..
    Hidup adalah pilihan..
    Pilih yang mana anda suka..Pahala atau dosa..Neraka atau Syurga..

    Hidayah atau Kegelapan..Terang atau Gelap..Kehidupan adalah penuh dengan pilihan..

    MAS atau Air Asia? Jadi..Dosa atau Pahala? Entah…

  39. neem says:

    semakin hari semakin saya takut dengan akhlak masyarakat skrg ni.

  40. ashiqin_sarawakian says:

    salam..
    setuju dgn pandangan ustaz…iklan sekarang lebih memaparkan kerendahan akhlak masyarakat kita dek di”bodek” dgn arus kemajuan…lihatlah iklan produk2 kecantikan atau apa barangan yg berkaitan dgn penampilan wanita..mesti dihujung iklan itu wanita berjaya menarik perhatian lelaki dek menggunakan produk yg berkenaan…umpama penggoda layaknya…
    nauzubillah…

  41. Adie says:

    salam Alaik..
    baru beberapa bulan di perantauan. macam2 berita yg sy dengar berlaku di Malaysia. ini kali pertama sy melihat iklan ini. Xtau kenapa, baca sahaja tajuk artikel ini, “tiket murah,maruah pun murah”..tba2 terus terbayang Airasia dan krew2 penerbangannya. Semoga isu ini biperbesar lg. Semoga ada yg berubah.

  42. aelin says:

    MEMANG SELALU AKAN ADA PERBEZAAN FEEDBACK DAN CARA MENONTON (ATAU MEMBACA) DI ANTARA MANUSIA2 YANG MAHU BERFIKIR DAN TIDAK.

    LALU, DI SAAT MANUSIA MEMILIH UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN AQAL KURNIAAN ALLAH DALAM MELIHAT SESUATU, APAKAH ADA BEZA ANTARA DIA DENGAN HAIWAN?

    Terima kasih Ustaz kerana mengajak kita merenung & berbincang tentang topik ni.

  43. yus says:

    salam.

    sebenarnya, x perasan pun iklan airasia ni.. ada kat tv ker..

  44. Nazri09 says:

    Salam Ustaz,

    Saya setuju dgan pandangan Ustaz.Baru ni ada iklan potong wayar(wifi)pun x senonoh.Confuse jg En Rais Yatim tak kisah benda macam ni..

  45. syaz says:

    maaf jika sudah ada yang tulis komen tentang hal ini. saya hanya membaca entri tapi tak semak komen.

    semua iklan yang dipamerkan dalam entri ini melibatkan muslimah kita. tapi kita hanya sensitif kepada punggung muslimah kita bila difokus oleh kamera. bagaimana dengan rambut muslimah kita?

    adakah tayangan rambut muslimah kita, tak menjemput rasa sensitiviti kita pada maruah muslimah? atau adakah sudah dibina mind-set islam versi baru bahawa rambut bukanlah aurat yang besar sangat hingga boleh jatuhkan maruah?

    iman. semua persoalan iman. tiada rasa sensitif adalah kerana sudah hampir tercabut iman.

  46. peminat setia says:

    banyak betul “saham” Yasmin Ahmad..

  47. khadijah_humaira says:

    salam’alaik..

    setuju,ustaz…mcmne ngr nk dapat rahmat :(

  48. Mohd Farizan says:

    Maruahnya pun murah semurah tambangnya lahh

  49. yusyanti says:

    salam ustaz…..
    saya pun mmg dari awal kurang senang dgn iklan ni.
    memang dh rasa akn jadi kontroversi.
    harap pendapat2 kita akn
    terbitkan sikit kederan pihak medai utk tidak tayangkan lagi iklan sebegini

  50. shab says:

    ….Zaman ini, guru dan ibu bapa bersetuju tentang budaya couple, yang tidak bersetuju dianggap tidak faham.

    …Satu waktu dulu, emak selalu berpesan Keluar pakai tudung,jangan sengih-sengih dengan jantan,jangan menggatal dan menggedik(heh saya tambah),tapi sekarang no hallah, janji emak kenal…hmm

    …Hasilnya,Kita jadi Malu,tak pakai menutup aurat malu, bercouple malu ,tengok orang punya aurat pun malu…Hikmah Malu…

    …La ni, bila hilang malu dalam diri, keluarga dan masyarakat,apa sangatlah punggung pramugari Air Asia tu…kata depalah he3

  51. Pedang says:

    Yeah… terlebih barat dari barat walau kulit tak secerah mana.

  52. dizz says:

    Salam Ustaz,

    1 lagi iklan tv baru2 ni yg betul buat saya gerammmmm..

    tak pasti iklan apa, mungkin produk kecantikan, dlm iklan seorang bdk perempuan remaja (mungkin sharifah amani?) kot.. tarik tgn boyfren masuk dlm rmh sebaik pintu di buka, that girl pakai baju kebaya (cuba mengaitkan dgn bangsa melayu). sungguh kurang ajar! tak habis di situ boyfren pulak tertawan dgn kecantikan ibu, sungguh kurang asammmmm! semua pemikiran caca merba yg tak bermoral nak diterapkan dlm fikiran anak2 Islam kita.

  53. Ummu Zayd says:

    Kali pertama melihat iklan itu, secara spontan terpacul dari mulut saya dengan nada marah – ketika itu anak saya yang berumur empat tahun sama-sama menontonnya – “Tidak ada perkara lain ke nak tunjuk?” Di hati, saya yakin ia akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan mereka yang menjunjung maruah bangsa dan agama. Cukup menghairankan bagaimana pihak yang menerbitkannya begitu “dirty minded”!

  54. shah says:

    Kali pertama menonton iklan ini, satu rumah terkejut. Tapi InsyaAllah, dengan sebahagian rakyat malaysia(mungkin sbhgn kecil)yg sedar dari segi moral mahupun agama,kita sama-sama berusaha merubahnya. Melalui perbualan harian,tulisan dan mungkin juga kempen,I-Allah walaupun bilangan kecil, tetapi jika kena dgn caranya dapat menyedarkan mereka-mereka ini secara langsung atau tidak langsung.

    Tahniah us. kerana membawa isu massa ini. Letak moralnya kita pada perlakuan dan kepercayaan kita.

    Out of topic, itulah sebabnya saya bersetuju bila gol. agama turut serta di dalam bidang komersial (iklan,drama,filem,kartun dan sbg),I-Allah ada ruang untuk kita merubah dan berubah.

  55. kRiEyA says:

    Assalamualaikum..

    Oh,sama fikiran kita..

    Pertama kali tengok saja sudah rasa menyampahkan..

    Menandakan budak sekecik itu sudah mampu ‘berfikir luar kotak’..

    Hmm.. nampak simple. tapi tidak bagi mereka yang betul2 sayangkan agama.

    Tapi, mungkin dek komen2 begini, iklan tu dah dikurangkan sikit tempoh dan bab kontroversinya..

    Wallahua’lam..

  56. wahaidiriku says:

    hmm.. bukan setakat itu je maruah tergadai..
    iklan nie juga mengajar kanak2 berbohong dengan bangganya..

    Ya Allah, teguhkanlah keimanan kami & jua keturunan kami..

  57. ceriterahamba says:

    Mana SIS dan mana JAG??

    ohh… tengah sibuk mencari jalan membuat semakan kes Kartika rupanya..

  58. Nampaknya, makin dalam jarum-jarum ini mahu ditusuk ke rongga dada warga marhean ini..

    Moga kita beroleh perlindungan.

    Alhamdulillah..
    masih ada kalangan kita yang punyai ‘rasa’..

  59. [...] Tiket Murah Maruah Pun Murah [...]

  60. iCover says:

    Kasihan kepada mereka…

  61. baginda says:

    sebut psl tiket and mruah ni,teringat sy pd sa2 pkare.iaitu berkaitan dgn ekonomi blh mempgruhi maruah.so,slh sa2 sunnah rasullah adlh mmbngunkan ekonomi dgn cre yg btul.jgn smpai maruah i2 tergdai kerana ekonomi.perjuagkanlah!!maruah diri,agama,bangsa dan negara.malu beb ora lua tnggok kte cmni.dlu satu agama yg tersohor d dunia dgn kejayaan umat dlm ekonomi dunia.mene muke kite ni!

  62. wan says:

    cuma yang agak menghairankan apabila semua iklan atau filem arahan yasmin ahmad walaupun menyimpang dri aqidah atau syariat tapi tetap lepas penapisan filema atau iklan.contoh filem gubra n sepet.

  63. ninjapurple says:

    salam..
    hasil tugasan yasmin ahmad mmg terlalu menunjukkan yg dia xberapa setuju dgn islam. SEPET, GUBRA, etc smua ada unsur2 unislamic yg cuba diketengahkan secara halus tetapi terang-terangan. di tambah pulak dgn pelakon2 mcm sharifah amani yg sanggup buat apa aje demi pengarah kesayangan dia tuh. sedihnya… Orang2 besar negara kita bila nak sedar???

  64. hana says:

    salam, em tak pernah tgk iklan ni sbnrnyer, selalu tak sempat tgk tv, iklan ni kat astro ke tv bese. klu kat astro, em mayb la tlebih open iklan dia, tp still unacceptable la klu gitu..iklan kat ats ni pun samer, mmg strategi nk jatuhkan pesaing..fair or not, sy pn takleh komen..

  65. ibnuibrahim says:

    ya Allah.. sampai macam 2 sekali nak tarik pelangan.. baru saya sedar yang iklan ni mengnayagkan buah dada dan punggung pramugarinya bagi menarik minat penumpang… jangan tunggu Allah menimpakan bala baru ingin tersedar..

  66. Terganggu juga dengan iklan silky girl yang melakonkan kanak-kanak bercermin mata pakat beramai-ramai mengurat gadis yang sedang berjalan tu. Mengajar pewaris agama, bangsa dan negara dengan amalan yang sungguh tidak bermoral.

  67. Adzura says:

    mmg x bermoral pn.. tp org nk lakukn barangannya…mane nk kire bab2 agama ni.. :)

  68. sharifah says:

    pertama sekali melihat iklan Air Asia itu, saya terus berasa ‘panas muka’. kami yang perempuan ini sungguh merasa malu dengan promosi murahan syarikat penerbangan Air Asia. sedikit pun tak telintas di hati ini bahawa iklan itu ada unsur2 humor, jenaka, cheeky, catchy or whatever yang berkaitan. malah, ia memalukan. juga ada unsur2 penipuan Isaac kepada parents dia.

  69. khadijah_humaira says:

    jangan smpai ALLAH dtgkan bala pd semua …

  70. NuRUL HuDa says:

    salah guna pendekatan psikologi dalam mencari2 keberkesanan iklan. ilmu itu cahaya,ia hny akan bermanfaat pd org yg x berotak kuning!!!!

  71. Sleep Doctor says:

    Ana kalau naik flight airasia, memang pejam mata je, tido. Bukan ada makanan nak ditunggu pon.

    But reality check, berapa peratus dari kita yang tidak bersetuju dengan iklan and cara air asia menampilkan iklan, masih naik or dok cari tiket airasia?

    And sadly, pramugari MAS pon seksi sama, kain panjang siket je. belah ada lagi.

    tepuk dada tanya iman.

    takkan nak berenang rentas laut cina selatan pulak dok?

    jazakallah ustaz atas tulisan yang cukup baik =)

  72. Farhan says:

    HM, nampaknya AirASia akan mengalami nasib yang sama dengan MAS tidak lama lagi bagi jenis Saham Papan Utama yang tidak patuh syariah. Pengiraan mungkin akan diambil kira oleh Syariah Advisor Council di SC.. bukan dari segi peratusan Arak atau 5 perkara besar haram dalam Islam. Ia akan akan di screening process sama macam MAS dari sudut IMEJ iaitu pramugari merka..

  73. farhanah says:

    salam,
    mmg byk isu menyentuh bab2 iklan2 dan kalau diprhatikn, mmg sensitiviti seseorg atau masyarakat makin berubah drp semasa ke semasa.sensitiviti yg saya maksudkn adalah cthnye, seorg perempuan memakai tudung cantik molek menutup aurat,tetapi tudung itu x dilabuhkan menutup dada dan baju yg dipakai pula ketat dan menampakkn susuk tubuh.ade yg mengatakan,”okayla tu, menutup aurat,pe…” ade pula yg merasakan pakaian spt itu x sempurna penutupan auratnya…disini, sensitiviti seseorg berbeza. sensitiviti ini dipengaruhi oleh background keluarga(didikan parents),kawan sebaya,didikan agama di sekolah atau di kolej dan sbgnya.oleh yg demikian, yg mana yg betul utk dipegang?disini, kita merujuk kembali kpd Quran dan sunnah.pakaian bagaimana untuk menutup aurat contohnya.oleh yg demikian, jelas disini, masyarakat kita masih kurang pemahaman islam yg syumul dan jelas.dan biasanya, masyarakat kebanyakannya akan mempersoalkan, adakah perlu memakai jubah sentiasa spt yg dipakai oleh kebanyakan sisters.
    Tidak semestinya sebenarnya. molek pe kalau pakai jubah.tp, x bermakna kena pakai jubah saja sepjg masa.pakai seluar jeans pun blh asalkan garis panduan menutup aurat yg sempurna dipenuhi. dan mengapa susah2 nk menutup aurat ni sbnrnya??? jawapan pertama dan teratas sekali, sudah tentula kerana Allah yg menuntut hamba2nya begitu.hati seorang hamba yg mengagungkan dan mengakui Allah ialah tuhannya tidak akan kata ‘tidak’ pd suruhan Allah.dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang kerana suruhannya ini cthnya yg berkenaan dgn aurat adalah utk melindungi wanita drp usikan2, gangguan2, fitnah, etc drp kaum lelaki yg mana nafsu trhdp wanita adalah antara nafsunya yg terbesar!
    Berbalik kpd pemakaian pramugari2,mmg x praktikal pakaian skirt ketat dan x de fungsinya.kalau kita perhatikan pakaian pramugari2 airlines overseas spt emirates,aer aerann,aer lingus etc..mereka berpakaian agak sopan.aer aerann(domestic airline di ireland) cthnya, pramugari2 berbaju seluar panjang yg longgar dan praktikal spt pakaian org ke pejabat.cuma,baju mereka mestilah uniform yg smart.mereka juga tidak lah semua perempuan2 cantik.ada juga yg dah tua sket,tp still fit lagi.walaupun demikian, layanan mereka pd penumpang mmg tip top.much better drp services offered by pretty malaysian stewardess!
    wallahualam

  74. ummu adeebah says:

    Salam,
    Rasanya saya tak pernah tertengok pun iklan tu.Mungkin jarang tengok TV ataupun ianya hanya ditayang di ASTRO yg saya X langgan.
    Kalau Ustaz tak bincang isu ni, saya lanssung tak tau, tapi dalam NGO islam yg saya anggotai dah berbincang dalam mailist tentang bgaimana nak react dalam isu ini.Cuma kami bukanlah SIS….

  75. titan says:

    mak aku geleng kepala aje tengok iklan tu. Tapi aku memang selalu naik pakai airasia. Murah punya pasal..

  76. azalea says:

    mmmphhhhh… apa nak jd ngn mesia…

    =(

  77. ibtisammohamad says:

    Memang tak heran gejala sosial berleluasa…kemahuan naluri / id sepatutnya di suppress atau sublimate sehingga tiba waktu yang sesuai eg umur matang/bijak memilih /berkahwin tetapi sebaliknya berlaku .Di M’sia ianya diwar-warkan oleh media terutamanya , di bantu pula oleh situasi tidak ada kawalan/guidance oleh ibubapa atau orang yg bert/jawab terhadap mereka yg masih muda / belum bijak memilih.

  78. muthmainnah says:

    dimana la letaknya maruah seorang wanita zaman kini…
    betapa jahilnya manusia kini…:(
    sungguh,masih bnyk lagi tugas yang perlu dipikul utk perbaiki umat masa kini..

  79. Abu Widad says:

    Saya sokong 1oo% kata-kata ust tu. seingat saya sebelum ni takde lagi iklan seumpama itu. Sekarang ni belum ada lagi respon dari pihak bertanggung jawab.Tak tahulah mereka tuh dok tido ke tidak.

  80. azuni says:

    Salam,

    saya rasa bukan setakat iklan ni saje yang teruk. sebelum ni pn saya dah pernah utarakan dalam komen kat blog ni (tak ingat entri mana) pasal iklan-iklan tuala wanita yang sangat-sangat menjatuhkan maruah wanita. begitu juga iklan sabun mandi, pewangi dsb yang menonjolkan wanita yang berpakaian keterlaluan menjolok mata. keseluruhannya memang iklan-iklan di televisyen malaysia ni amat keterlaluan.tapi saya amat-amat terganggu dengan iklan tuala wanita yang semakin menjadi-jadi sekarang ini dan amat memualkan.

  81. dyanne says:

    salam,
    saya ada tengok iklan perfume chanel..baru2 nie.. lagilah teruk..dan menunjukkan keghairahan yg melampau..
    kenapa ye iklan tue boleh ditayangkan di mesia nie?
    hairan pun ade..kalu anak cucu dorang tengok iklan nie..time tu dorang pun ade sekali..pe agaknya perasaan dorang ek..
    kite yg tengok sorang2 nie pun malu jadi..mmg tukar chanel lah kalu kuar iklan tue..
    dahsyat btol mesia skrg..

  82. anisah says:

    kadang kala iklan ini mempunyai pengaruh yang besar,dan juga mempengaruhi kanak2 serta orang dewasa,jadi jgnlah terperdaya,begitu juga iklan airasia saya amat terkejut bila melihat iklan itu sehingga anak saya berkata “haya” dalam bahasa arab iaitu “shame”,dan lagi dia kata ummi dia tunjuk “buntut”.allah manalah dia dapat semua itu..

  83. maya says:

    alhamdulillah, nampaknya bukan aku sorang yang kurang gemar iklan-iklan tak bermaruah ni. Tertanya-tanya, iklan di M’sia ni adakah badan penapisnya? Kalau ada apa yang dorang buat?Kalau nak senaraikan iklan mana, banyak sangat…..terlebih ruangan plak nanti…

Leave a Reply