Belasungkawa Anakanda Nur Fatimah
Almarhumah anakanda Nur Fatimah bersama ibu dan bapanya, Ukhti Khadijah Ismail dan Ustaz Mohd. Ramadhan Fitri Elias [kredit sumber]
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon…
Saya kehilangan perkataan. Terlalu sedih tatkala menyambut berita pagi ini.
Anakanda Nur Fatimah, cahaya mata pertama buat sahabat seperjuangan saya Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias dan Ukhti Khadijah Ismail, telah bertemu dengan janji Allah kepadanya. Setelah dua minggu bertarung nyawa di ICU Hospital Putra Jaya, anakanda Nur Fatimah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6:20 pagi, di subuh hening Dhulqaedah ketiga 1430H.
TAWA AKHIRNYA DI MATA KAMI
Baru sahaja saya dan isteri bertemu dengan anakanda Nur Fatimah semasa kami berkunjung ke rumah sahabat di petang Syawwal.
Masih teringat senyum tawa si anak kecil malam itu.
Terkenang kembali saat-saat kelam kabut saya dan Ustaz Ramadhan semasa menguruskan kelahiran anakanda masing-masing. Ahmad Muizzuddin lahir 11 hari selepas anakanda Nur Fatimah menjengah hidup di pelukan ibu bapanya.
“Teringat balik kata-kata ustaz tentang kisah bangun malam, mata merah dan cabaran mengantuk di tempat kerja,” gurau Ustaz Ramadhan yang ketika itu baru sahaja menyertai ‘Kelab Mata Merah’, gelaran yang sering saya berikan kepada kaum bapa yang menyambut kelahiran anak kecil.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita yang amat mengganggu fikiran.
Anakanda Nur Fatimah mengalami sawan, dimasukkan ke wad pediatrik biasa di Hospital Putra Jaya.Keadaan menjadi semakin kritikal hingga anakanda dipindahkan ke wad ICU. Di situ, anakanda Nur Fatimah terlantar, intubated dan ventilated. Pada usia yang begitu muda dan tubuh yang masih kecil, beliau bertarung nyawa dengan dua inotropic supports.
ZIARAH DI ICU
Jumaat lalu, saya dan isteri berjaya mencuri masa berkejar ke Hospital Putra Jaya untuk menziarahi mereka.
Saya berasa lega dengan keadaan Ustaz Ramadhan dan isteri yang tenang dan mereka mampu berbicara dengan lapang fikiran tentang segala perkembangan dan kebarangkalian yang menanti di hadapan. Saya yang ketika itu bertarung emosi. Tidak mudah untuk sesiapa sahaja melihat melihat anak kecil dipenuhi tiub dan wayar di seluruh tubuh.
Saya biarkan sahaja Ummu Saif berbicara untuk berbincang tentang keadaan anakanda Nur Fatimah. Sebaliknya saya banyak mendiamkan diri kerana mahu menahan air mata dari mengganggu pertarungan dalaman Ustaz Ramadhan dan isteri. Sedih sekali.
Di hari itu, anakanda Nur Fatimah sudah tidak menerima sedation. Beliau terus menerus berada di dalam deep coma dan tidak memberikan sebarang tindak balas kepada apa-apa stimulasi. Dalam erti kata yang lain, pada Jumaat 16 Oktober lalu, anakanda Nur Fatimah sudah berada di dalam keadaan koma dan hanya bertahan dengan bantuan ubat untuk jantung sahaja tanpa sebarang aktiviti otak lagi.
“Doakan untuknya ya ustaz!” kata Ustaz Ramadhan Fitri kepada saya di saat perpisahan kami.
“Ana juga doakan untuk ibu dan bapa Nur Fatimah, ya akhi. Semoga antum berdua tabah!” saya menjawab.
Kami berpelukan dan berpisah.
PUNCA YANG SUKAR DITENTU
Sukar untuk ditentukan apakah punca kepada keadaan anakanda Nur Fatimah ketika itu.
Beberapa ujian sudah dilakukan dan kebarangkalian berkaitan jangkitan seperti meningitis atau isu metabolik yang berkaitan dengan genetik juga sudah diketepikan. Tanpa sebarang tanda trauma yang ketara di luaran tubuh anakanda, apa yang tinggal adalah kebarangkalian insiden Shaken Baby Syndrome, yakni gegaran otak yang berlaku atas sebab yang pelbagai.
Oleh kerana anakanda Nur Fatimah menunjukkan kemerosotan yang berperingkat sebelum beliau koma, maka sukar sekali untuk ditentukan apakah insiden dan di manakah berlakunya kejadian yang mencetuskan gegaran itu. Tahap toleransi anak-anak yang berbeza terhadap gegaran ini, menjadi iktibar buat saya dan kita semua agar tidak lupa kepada hakikat bahawa seorang bayi amat fragile.
Gegaran boleh berlaku dengan timangan kasih sayang yang sederhana, henjutan buaian malah ada kes yang membabitkan anak yang dihimpit seketika oleh ibu atau selalunya bapa semasa tidur bersama.
Oh… sukar sekali.
Saya memeluk anak-anak.
Setiap hari mereka membesar, ia adalah suatu kejayaan melepasi ujian-ujian kehidupan.
Wajah anakanda kami Ahmad Muizzuddin saya tatap, dengan doa dan harapan agar beliau terus membesar dengan selamat.
Terasa benar satu kekosongan di hati tatkala mengenangkan pemergian anakanda Nur Fatimah, si kakak yang hanya berpeluang seketika melimpahkan sejuk mata dan damai jiwa ke hati ayah dan bondanya.
SECEBIS KISAH DI DIARI NUBUWWAH
Terkenang saya kepada selubung duka yang melanda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketika masih letih pulang dari misi Tabuk, menyambut berita geringnya anak lelaki baginda, Ibrahim. Di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawood dan Sunan Ibn Majah, tercatat kisah berikut:
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam masuk ke kamar dan kami menemaninya… dan Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam basah dengan limpahan air mata.
Lalu Abd al-Rahman bin Auf berkata, “apakah engkau meratap ya Rasulallah?”
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “ia adalah sifat rahmah (naluri kasih sayang).”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyambung lagi, “sesungguhnya mata kami basah dengan air mata, dan hati kami tepu dengan duka, namun lisan kami tidak mengungkapkan sebarang kata melainkan apa yang diredhai oleh-Nya. Oh Ibrahim, sesungguhnya kami amat sedih dengan pemergianmu…”
Buat Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ukhti Khadijah, kuatkanlah hati kalian, dampingilah Dia untuk mengisi kesepian yang ditinggalkan anakanda. Nur Fatimah disinggahsanakan Allah di Sana, menjadi syafaat buat kalian ibu bapanya, hingga ke hari pertemuan dan perjanjian kita sepertinya, suatu ketika nanti.
Saya mewakili ahli keluarga dan seluruh warga Saifulislam.Com mengucapkan takziah buat kalian berdua. Salam kasih sayang dan sokongan semangat daripada kami.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 3 months ago
salam…
takziah buat pasangan ini…
rasa macam baru semalam parent saya menghadiri majlis perkahwinan mereka…tak tahu pula dah dapat baby…tiba2 saja mendengar berita kehilangan baby mereka…moga mereka tabah mengharungi ujian ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah buat ust ramadhan n fmly..
wajah ust ramadhan ada iras2 ust has laa
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam’alaik…
takziah untuk ustaz ramadhan dan isteri. semoga Allah merahmati dan memberkati kalian!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah ustaz ramadhan fitri…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Terima panggilan telefon berita pasal pemergian puteri sulung Ust Ramadhan mengadap TUHANnya pagi td.
(speechless….)
Air mata tergenang di kelopak mata. Cukup utk saya katakan:
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UUN
Semoga ALLAH mengurniakan kesabaran dan kebaikan buat ust Ramadhan Fitri sekeluarga, amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah…kepada beliau sekeluarga. cuma boleh tak emelkan pada saya hp beliau? nak berkongsi info dgn beliau.tk
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Semoga Allah memberikan ketabahan buat Ustaz Ramadhan dan isteri serta mengganjari mereka dengan ganjaran yang tidak terhitung…Ameen!Takziah buat mereka…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
INNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJI’UN
Salam Takziah buat Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ukhti Khadijah. Semoga tabah dengan ujian ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Betul kata ustaz.. Kedua-dua sahabat seperjuangan yang saya yang dikenali semenjak di Universiti Malaya Nilam Puri, Ramadhan & Khadijah sememangnya tabah & dikurniakan Allah kekuatan yang luar biasa..
Ziarah saya di Hospital Putraya pagi tadi tidak mampu membendung airmata dari terus mengalir.. Akan saya kenang wajah bidadari syurga ini, hingga ke akhir hayat, insyaallah..
Al-fatihah buat Nurfatimah..permata hati ustaz Ramadhan Fitri & Khadijah Ismail..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Speechless bila baca berita ni..Ustaz Ramadhan saya cuma kenal dr jauh semasa menuntut di al-mashoor dulu..InsyaAllah, semoga Allah beri kekuatan kpd mereka suami isteri atas kehilangan ini.dan kpd kita yg masih berpeluang mencurah kasih sayang, hargailah anak2 dan semua yg ada seadanya..sepenuh hati..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah kepada Ust Ramadhan. Ustaz Ramadhan antara rakan baik saya semasa belajar di al-mashoor. Moga Ust Ramadhan sekeluarga dikuatkan hati. Anakmu sudah menempah tempat di syurga, insyaAllah.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah buat Ust Ramadhan & Dijah (sahabat seperjuangan dlm Nisa’) moga diberi kekuatan menghadapinya. Al-Fatihah
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam….
semoga nur fatimah menjadi pembela ibu dan ayahnya di akhirat kelak…
kepada ayah dan ibu nur fatimah…
anakmu akan menemanimu di syurga yang dijanjikan….perpisahan ini hanya semenara…..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. Saya pun kehilangan kata2 nk ckp mcm mana. Sedih.. setahun lebih menunggu, kami belum dikurniakan zuriat. Allah kurniakan zuriat yang cukup comel kpd Ust Ramadhan tetapi dipanggil olehNYA pada usia yang sangat muda.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat mereka
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat Ustaz Ramadhan sekeluarga, jangan penat bersabar.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam takziah, moga tabah hati buat ust. Ramadhan
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
sebak membacanya..ujian Allah buat mereka..sungguh Allah lebih menyayangi puteri mereka itu..dan sesungguhnya kita sentiasa layak untuk diuji..takziah..moga tabah melalui hari-hari yang mendatang..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Tak sempat jumpa Fatimah sama2 dikendong ke meeting Nisa’ seperti baby2 Nisa’ lain..Sesungguhnya ALLAH telah memilih Dijah & Ust Ramadhan untuk ini..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam…
Takziah buat ustaz Ramadhan dan keluarga..
Allahurabbuna
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
TAKZIAH… ALLAH S.W.T MENYAYANGI KELUARGA INI
“ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA”
-AL BAQARAH:286-
“JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH, DAN JANGANLAH PULA KAMU BERSEDIH HATI, PADAHAL KAMULAH ORANG-ORANG YANG PALING TINGGI DARJATNYA, JIKA KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN”
-AL IMRAN:200
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah buat ustaz ramadhan dan Dijah.
moga tabah dalam menghadapi ujian kiamat kecil ini.
Dijah, walau lama sudah tidak bertemu, namun saya masih mengetahui perkembangan kalian berdua. sekali lagi, moga tabah.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah untuk KakDijah dan Ust Ramadhan…Semoga diberi kekuatan dan ketabahan olehNya…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Takziah buat Ustaz Ramadhan sekeluarga. Mengenang kisah ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menjaga anak…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah ustaz ramadhan dan isteri. Moga tabah hadapi ujian ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam takziah..
menitis air mata. semoga keluarga ustaz ramadhan tetap sabar dan tabah dgn dugaan ini..
innalillahi wainna ilaihi rajiun..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Pagi tadi ana dan sahabat2 UM sempat ke Masjid UPM. Paling gerimis melihat ayah ustaz Ramadhan..yang tidak lepas dari menatap wajah cucu pertama mereka buat kali terakhir…sambil berzikir dan berbicara qudus.
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Kekal.
Jadikanlah ujianMu sebagai rahmat dan berkat buat kami.
Aamin.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam..
Takziah buat ustaz Ramadhan, isteri & sekeluarga….
Mohon kebenaran ustaz untuk saya ‘forward’kan salinan artikel ini kepada rakan sepejabat saya..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUUN..
tabah ye saudaraku, insyaALLAH..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat akhi Ramadhan Fitri dan Khadijah. Insya Allah Nur Fatimah peneman kalian di syurga kelak. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam…
Semoga ust Ramadhan sekeluarga tabah…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
enta x-mashoor jg? email me
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
asif..tsilap..
takziah bt akhi ramadhan..member lama sejak mashoor lg..mg kalian tabah mghadapi ujian ini
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Innalillah..
Bila lihat anak orang yang tiada.. kita memang akan melihat anak kita.
Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk lihat mereka membesar dan dewasa.. Takziah untuk ibu dan bapa Fatimah.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
YaAllah,,aku tidak mampu hadapi ujian begitu..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah utk khadijah (sahabat seperjuangan NISA) dan utz ramadhan..
sayu hati ini tatkala menerima pesanan sms pagi tadi.. nur fatimah telah dipilih utk ke sana lebih awal agar dapat menunggu mama dan babanya di syurga… i.allah
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah buat ustaz Ramadhan Fitri sekeluarga..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Allahuakbar..
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..
MOga-moga anak kecil ini akan menarik ibubapanya ke dalam syurga.
Takziah buat Ust Ramadhan dan isteri..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUUN..
smoga ust ramadhan & isteri tabahkan hati,saya sendiri pernah berada dalam situasi 3 org anak mengalami sawan tarik (fit) ketika demam panas,mungkin ada hikmah disebalik qadha & qadar tuhan (asyaddul bala’ al anbia,summal amsal fa amsal)tahniah….dari kami skeluarga kerana zuriat ust adalah sorg penghuni syurga…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’uun..
Semoga ketabahan dan kesabaran buat Ramadhan sekeluarga juga ayahndanya Ust Elias. Masih teringat semasa Ramadhan Fitri berjumpa di Masjid Al-Malik 9 tahun yang lalu, senyum dan ramah..sehinggalah ke majlis walimahnya membantu menjadi ‘mentara’ majlis..
Semoga anak syafa’at ini akan menanti ibu ayahnya di pintu syurga Allah, masuk bersama2 dengan ibu ayahnya..
AL-FATIHAH
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UUN..
semoga kak Khadijah dan Ustaz Ramadhan sabar menghadapi dugaan ini..
baru April lepas jumpa kak Khadijah, masa tu baby belum keluar..belum sampai setahun usia baby Nur Fatimah..
Al-Fatihah..
p/s:takziah juga buat keluarga Ustaz Elias,cucu pertama lebih disayangi-NYA..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
assalammualaikum
takziah untuk ibubapa nur fatimah. Moga Allah beri kekuatan.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
ana sempat menziarahi almarhum adik Nur Fatimah khamis lepas di wad icu Hospital Putrajaya.Sebak bila melihat keadaannya ketika itu.Namun,ust Ramadhan dan kak khadijah tenang dan tabah menghadapi semuandugaan ini.
Emak ust Ramadhan sempat berbisik pd ana ketika menunggu giliran masuk ke dalam wad icu ” ni cucu pertama mak mak cik,sedih jugak bila keadaan jadi begini,tp kuasa Allah lebih Besar”.
Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan yang berpanjangan buat Ust Elias Zakaria & keluarga,Ust Ramadhan & Kak Khadijah .
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat Ustaz Ramadhan dan keluarga
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
innalillah…
takziah buat ustaz Ramadhan..
ustaz Ramadhan Fitri ni pernah bagi ceramah semasa saya di matrikulasi langkawi dulu..
masa tu kagum juga, walaupun seusia saya ketika itu..tapi ceramahnya seperti ustaz2 yang dah dewasa..
gaya ceramah memang sehebat pidato ayahnya Ustaz Elias, bekas Pengarah Pusat Islam USM..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam ustaz.
Pertemuan hari itu adalah pertama dan terakhir bertemu dengan adik Nur Fatimah. Sungguh ajal di tangan Allah..InnalIllahi wa inna ilaihi rooji’uun.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Ana tidak mengenali antum (penulis dan ayahnya Nur Fatimah), cuma atas dasar ukhuwah fillah dipohon kebenaran kepada penulis untuk disiar-semula artikel ini agar empati yang ramai ini menyedekahkan al-fatihah sebanyak-banyaknya selepas membaca tulisan berkenaan.
Semoga ribuan al-fatihah yang disedekahkan kepada roh si kecil menjadikan ia bidadari syurga paling banyak dikirimkan alfatihah di akhirat nanti insya allah…ameen…Al-fatihah…
Dari http://khairulrijal.wordpress.com/
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
slm, semoga abg mad n kak dijah tabah menghadapi ujian ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salamualaikum..
Takziah kepada Abg ramadhan Sekeluarga.. tak terungkap kata-kata.. Hanya doa yang dipohon agar Allah memberikan yang terbaik buat Family Abg Ramadhan..
ya Allah.. tabahkan hati mereka.. Tambahkanlah kasih sayangmu terhadap mereka.. AMeen ya Rabbal A’lameen…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam alaykum..
takziah buat us ramadhan n ukht khadijah.. anakanda Fatimah telah menjadi penghuni Jannah dan sedang setia menanti ayah n ibunya di sana.. (kebetulan nama sama,agak tersentak dgn berita yg menyedihkan ini).. moga Allah melimpahkan rahmat buat seluruh keluarga beliau.. ameen..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam,
Buat Ustaz Ramadhan dan ukhti Khadijah, semoga kalian tabah menghadapi ujian hidup. Yang pergi tetap pergi. Perjalanan hidup tetap perlu diteruskan. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada anakanda nur Faimah. Amin
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam
“Setiap Jiwa itu pasti akan merasai mati”
Salam Takziah buat akhi dan ukhti
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
sayu nya hati.. bersama linangan airmata saya berdoa untuk ketenangan ayahanda dan bonda nur fatimah..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Moga Ustaz Ramadhan terus tabah dan sabar dengan ujian Allah ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam Takziah,
Moga diberi segunung ketabahan untuk menghadapi ujian Allah ini.
Elok sama-sama kita amalkan doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan zuriat/anak yang baik iaitu ayat 38 Surah ‘Ali-’Imran.
Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Moga Almarhumah menjadi syafaat buat ayah dan bondanya di akhirat kelak.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam,
Abu Saif, boleh mintak nombor ust ramadhan tak, ana nak call dia
TQ
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
pemergian anak-anak kecil atas pelbagai musibah/penyakit memang menyayat hati. There could be endless possibilities of what can the child if IF she grows up. Tetapi Allah swt-lah sebaik-baik perancang. Bersangka baiklah kepadaNya dan terimalah qada’ dan qadarnya. Ana pun baru menerima cahaya mata ke-3 semalam, insya-Allah akan mengambil ingatan atas sindrom shaken baby yang dihighlight oleh Ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam takziah dari ana buat bekas presiden, juga amir & sahabat, Ust. Ramadhan & Ustzh Khadijah atas pemergian puteri tersayang..moga Allah merahmatinya dan memberi kekuatan kpd Ust. Ramadhan sekeluarga utk redho akan segala ketentuanNya.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat Ust.Ramadhan sekeluarga..
semoga tabah menghadapi dugaan Allah…ada hikmah disebalik segalanya…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam takziah atas kembalinya puteri Nur Fatimah ke rahmatullah.Banyakkan bersabar.Semoga almarhumah dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam,
Takziah kepada ustaz Ramadhan sekeluarga. Semoga adik Fatima menjadi syafaat buat ayah dan ibunya.
Al-Fatihah juga kepada arwah Alia Aiman yang pergi dengan keadaan cukup tragis.Sungguh manusia zaman ini makin hilang pedoman!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah..
ana juga turut bersedih..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam takziah dpd ana dan kakak (atikah othman). t’kejut dpt khabar ni pg khamis lps. moga ustaz ramadhan fitri dan isteri tabah dan mendapat kekuatan dpd Allah.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam takziah buat ustz dan isteri. semoga diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi ujian.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam takziah.
Allah lebih sayangkn puteri nur fatimah sblm sempat umi wa abinye menyulam sayang nan abadi..
insyaallah hrpn Allah akan kirimkan mujahid wa mujahidah suatu hari nanti.. seperti mana kakak sulungku yg kehilangan anaknye dek demam panas ..virus merebak.. kini dikurniakan nadzmi aqil…menggantikan nur aqilah..
slmt berjuang buat ust rmdhn + ustzh khadijah..
min ana ss merangkap team nisa’ serdang.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
innalillahhiwainnailahirojiun
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah dari kami sekelurga buat us. ramadhan dan ukht khadijah atas pemergian bint, nur fatimah.
tahniah kerana sudah ada pendinding api neraka yang sedia menarik ibubapanya ke syurga.
sedih di sini sekejap sebelum gembira di SANA abadan abada.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah buat ustaz ramadhan. ketika saya pergi melawat di hospital, ustaz rancak bercerita kisah anaknya walaupun kami hanyalah kenalan di surau tempat ustaz berceramah (Wangsa maju)…
moga Allah beri ketabahan pada beliau dan keluarga
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam.buat ustaz ramadhan n ustazah khadijah,ana ucapkan takziah atas kepulangan adik fatimah ke rahmatullah, Yang Paling Hak.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Selamat menyambut hari Raya Aidil Adha (Qurban)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Innalillahi wainnailahi Rojiuun…
Takziah..Semoga Dijah dan Ustaz Ramadhan sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan..
Al-Fatihah.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah buat ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat ustaz dan isteri…
Semoga tabah dan lebih cekal mengharungi dugaanNya.. Allah lebih menyayangi Fatimah.. semoga rohnya dicucuri Rahmat…AMIIN
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
takziah diucapkan kepada akhi ramadhan dan isteri. moga Allah merahmati rohnya aminnn
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam.
TAKZIAH wat ustaz n isteri
smoga tabah n sbr menghadapi ujian ALLAH..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
abg nurun dah kawen rupanya…..tahniah…kehilangan anak pertama memang menyakitkan….redhalah…arwah sedang menunggu di akhirat…..salam takziah
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
innalillah..sungguh sedih saya membaca pemergian anakanda nur fatimah…moga dicucuri rahmat dah dilimpahi rezeki anak yang lain pula utk puan khadijah..
anak ustaz hasrizal sgt comel dan sihat..alhamdullilah
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
tersentuh membaca kisah pemergian anakanda ustaz ramadhan & ukhti khadijah…
pernah melalui kisah yg hampir sama, anak ke-2 menghadap Ilahi pada umur genap 1 tahun.
orang sekeliling kata saya dan suami tabah dengan permergian tersebut.. tetapi sampai sekarang hanya Allah swt yang tau rasa hati…
kadang teringat dia kita senyum, kadang teringat dia kita menangis…
semoga mereka tabah… insyaallah
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
astaghfirullah…baru saya perasan..khadijah ni classmate saya kat maahad dulu…takziah buat dia seisi keluarga…..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
dijahis.blogspot.com
blog kak khadijah, semoga beliau terus tenang menghadapi kehidupan mendatang
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Al-FAtihah..Salam takziah buat ust ramadhan dan ukht khadijah..moga kalian tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ni..SesungguhNya kita semua milik Allah..InsyaAllah mg pemergiannya sebagai bidadari syurga menjadi syafaat untuk ust sekeluarga
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
teringat kembali melahirkan anak sulung kembar yang sangat dinanti.3 hari lahir ke dunia, berita menyentap hati dan perasaan. tatkala badan masih lemah, diberitakan twin1 yg berat 1.8kg menghidap jantung berlubang, salur sempit dan ketiadaan salur ke paru2.twin1 dibawa ke beberapa hosp pakar dan disahkan. akhirnya di IJN juga mengiyakan.dgn keadaan fizikal yg kebiru2 an, perlu dijlnkn surgery sementara utk pjgkn hayatnya demi memnantikn beratnya mampu menghadapi major operation setthn kemudian. Ya Allah, berat bahu memikul,ogos 2008 major operation dijlnkan selama 6 jam.pembedahan berjaya alhmdlh.di ICU alangkah kesiannya dgn segala mcm tiub..(seperti keadaan anak sahabat ustaz..saya dpt bayangkn situasinya)3 tebukan di bawah dadanya utk mengalirkan sisa2 operation.memang x tahan bagi hati seorg ibu..alhmdlh Allah masih pjgkan umurnya.Sayangilah semnetara mereka masih ada..takziah kpd sahabat ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
trkejut ana wpon bru fes time bukak blog ustaz then nmpk tjuk artcle nie..
nama ana pon “nur fatimah”…trasa sdihya…
takziah d ucapkan
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat Ustaz Ramadhan Fitri sekeluarga..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Takziah buat ustaz Ramadhan fitri sekeluarga..lama betul xberjumpa beliau.. abang dan naqib yg dirindui ketika sy di UM..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam takziah buat keluarga ust. Ellias terutama kpd ust.Ramadhan Fitri dan isteri..
semoga tabah atas kehilangan nur fatimah..
doa kami dr pelajar2 di almashoor perempuan sentiasa bersama nur fatimah..
semoga cikgu najah dan keluarga tabahkan hati..
*terima kasih kpd cikgu nurun najah kern sedia membimbing km semua..
Respond to this comment [with empathy]