Rumahtangga Hilang Perencah Kata

October 23rd, 2009 by Abu Saif 8:26 pm | 14,984 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

b0378

“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.

Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.

“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.

Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.

Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar  antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.

Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.

Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?

Arahan?

Suruhan?

Permintaan?

Larangan?

Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.

“Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.

“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.

“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.

“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.

DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:

“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.

“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.

“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.

“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.

Suami hanya menjeling di hujung mata.

“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

“Agaknya” balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik.

Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.

Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.

Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.

RAFAS DAN JANGAN RAFAS

Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.

Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.

Jika negatif ia bernama lucah.

Jika positif ia bermaksud intim.

Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.

Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!

Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.

HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’

Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?

Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.

Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.

“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.

“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.

Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.

“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.

Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.

Sama jugalah dengan sang isteri. Andaikata perkahwinan yang dibina tiada kena mengena dengan soal paras rupa sekali pun, berilah galakan kepada suami untuk berhias. Tidaklah sampai bersolek pula, tetapi cukuplah dengan memakai pakaian yang kemas, rambut bersikat, janggut dikemaskan, bulu ketiak dan kuku dipotong, serta tubuh badannya diberi galakan agar maintain dan tidak terlalu membesar.

TELADAN NABAWI

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.

“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”

‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”

Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”

‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

syair-abu-kabir

Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar

Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]

Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.

Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!

Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.

Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.

Bertindak sebelum terlambat.

Mencegah lebih indah daripada mengubat.

Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Seni Kata Putus “Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi...
  2. Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa “Ya Allah, susah sangat ke nak picit ubat gigi ni...
  3. Makin Betul Kata Makin Salah Makna “Abi… uuuwak… uuuwak!” kata Saiful Islam. “Ok!” saya bangkit dan...
  4. Apa Yang Hilang (Seketika)? Tidak pula saya menyangka bahawa conjunctivitis yang menyerang saya selama...
  5. Muslim Rumahtangga – Siri II (Di Ambang Perkahwinan) “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya,...

Advertisement

88 comments

  1. Rausyanfikir says:

    Terima kasih ustaz. Persiapan sebelum berumah tangga :)

  2. aman says:

    take it as nasihat buat mereka yang belum berumah tangga…..
    semoga menjadi sempadan untuk semua…

  3. saffmukmin says:

    baca dengan penuh senyum sbb tok bernikoh lagi,hehe

  4. Kreuger says:

    Assalamualaikum Ustaz dan Umi.
    Harap ceria selalu. Satu artikel yang amat ralit untuk dibaca pada malam ni. terima kasih saya ucapkan kepada ustas atas entri pada kali ni. memang kebenaran perkara tersebut diperakui meskipon baru hendak mendirikan rumah tangga.

    insy-Allah semoga pesanan dan tunjuk ajar dari ustaz melalui blog ini akan dapat dijadikan iktibar disaat menempuh cabaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

  5. megat says:

    setuju. setuju sangat dengan apa yang telah diterbitkan.

    realiti yang boleh berlaku kpd sesiapa sahaja. nak mulakan agak mudah tapi nak mengekalkannya macam-macam boleh jadi.

  6. ibnhussin says:

    Jazakallahukhair di atas nasihat yg amat berguna dan amat penting.

  7. tasniem says:

    syukran ustaz…

  8. nino Zi says:

    salam..
    rumahtangga nih mcm tanam pokok ustaz…
    tak baja or siram ayaq…hidup gak tapi hambar..

    terlebih baja, daun naik kuning, terlebih ayaq , akaq reput….

    kene pandai2lah menilai keperluan masing2 dengan bijaksana dan lengkap melengkapi…
    :)

  9. nazmi says:

    harap2 boleh saya pakai cara ni bila kahwin nnti… ustaz doakan jodoh yang baik untuk saya

  10. abdullah_ameen says:

    assalamu’alaikum wbt,

    romantiknya rumah tangga rasulullah s.a.w…apa lagi tips-tips romantik dalam kehidupan rumahtangga rasulullah s.a.w ?

  11. ibnu razi says:

    Salam….
    Masih mencari…he..he

  12. noorsya says:

    assalaualaikum..
    sy tertarik dgn artikal ustz kali ni mybkan sy terpggl tuk bg sdkt pnglmn sy.

    pertghan thn ni alhamdulillah sy tlh d tunangkan dgn jejaka plhan hati sy y sy kenali hampir 2thn.

    sjk2 akhir2 ni simptom2 spt artikal ustaz sdkt sbnyk mula terjadi dlm hubungan kami.sy tidak tahu d mana silapnya. kami tinggal bjauhan, tunang sy di kl. sy d klate. bila berjauhan hubgn kami sprti psgn bahagia, stiap hari ada shj cerita y ingin d kongsi bsama. ttapi bila ada peluang berjmpa..masing2 agk bingung utk berbual mesra spt ketika berjauhan. akhrnya kami hanya berbual perkara yang pntg dan kelihatan agk formal.

    pelik tapi ini la y terjadi. sy khuatir jika keadaan bgini berterusan, hubgn kami akan mjadi lbh hambar slps kwn.

    apa yang harus sy lakukan?

    • i_aman says:

      @noorsya, salam.. saya ada cdgn buat saudari. Sbb saya penah mengalami perkara yang sama. Tmbh pulak saudari dlm ikatan pertunangan, semoleknya saudari kurangkan byk bercerita itu ini atau berkongsi cerita dengan tunang saudari setiap hari..:)
      Cuba saudari simpan cerita2 tersebut sehingga bila saudari dah kawin kelak. Dah kawin, saudari cerita la sampai puas. Bila kita selalu sms/call dengan org yg jauh dr kita, bila kita berhadapan dengannya pasti akan kehilangan kata2 untuk bercakap. Bila dok jauh kita boleh sms sampai 3,4 mukasurat, tp bila berdepan kita buntu!
      Bila kurang berhubung ni boleh kita belajar erti rindu dan seterusnya menghargai pasangan kita..:)

      • noorsya says:

        @i_aman, erm…sy khuatir jika dia pny yang lain. ape pn thnks 4 the advice. sy akn cb nasht dari i_aman.

        • srikandi muslimah says:

          @noorsya,
          salam..
          saya stuju dgn pndapat saudara i_aman.kalau bnr saudari risau dy akn ade yg len,bnyk2kn berdoa pd Allah agr saudari dan dia dilindungi drpd pkr2 trsebut.jika dy mmg jodoh saudari yg dh tertsurat di loh mahfuz,insyaAllah x ke mane..serahkan segalanya kpd Allah.Allah tau ape yg terbaik utk dri kita..

  13. Nikjoe says:

    Ustaz bagi contoh yg taklah begitu kritikal sgt..

    Ada lagi bnyak perkataan yang dihambur keluar oleh pasangan dua tak sejoli ini tapi intim kadang-kadang. Contohnya :

    Bang, rambut saya cantik tak?

    Cantik sgt2. Macam sarang tebuan!!

    Yang, rambut abg rapi tak?

    Rapi.. Macam landasan keretapi!

    Tidakkah buruk kalau macam itu..

  14. menjejak bulan ke 11 di alam rumahtangga, saya pun belajar bahawa perencah yang diadun dalam komunikasi suami isteri lah yang memelihara rasa cinta. komunikasi yang merangkum bahasa badan dan bahasa lisan.

    dari awal kahwin, saya tak expect suami saya akan notice benda-benda kecil pada diri, since kita faham suami/lelaki biasanya peduli dengan big things.

    tapi sebagai perempuan/isteri, saya suka dan berbunga-bunga hati bila husband notice things pada isteri.e.g
    “mana baju raya sayang beli tu, abang nak tengok ..” (kes tak beli baju raya sama)
    “wah..comellah brooch nurul ni..”
    ” jubah baru ya..cantik, abang suka nurul pakai jubah ni”
    “sayang dah potong rambut ya..”

    (orang akan komen – ‘dialog baru kahwin, biasalah..’)

    perempuan jadi mesra dgn kawan perempuan sebab mereka saling notice simple things. kalau suami dapat buat macam tu juga, suami dapatlah markah lebih di hati isteri.

    kalau isteri dah tanya dulu, kuranglah markah suami..e.g
    “abang, cantik tak brooch baru nie?”
    “abang, ok tak jubah baru ni?”

    dan perempuan suka kena puji tapi yg genuine lah..

    tertanya2 juga, kalau dah 5, 10 tahun kahwin, akan lenyapkah dialog2 mesra tu..?

    apapun, jom sama2 belajar jadi isteri dan suami yang lebih baik.. !

    • mohd redzuan says:

      jazakumullah..
      bnyk tips kat ats nih..
      tp mcm mna plak cara perempuan nak ambik hati lelaki?atau..
      lelaki shj harus belajar kesemua tips agar ‘hubungan’ brjln lancar.. apakah jaminan jika sorg lelaki berjaya mengusai kesemua tips d atas ‘rmhtgga’ dgn izin ALLAH bahagia?

  15. Abu Aiman says:

    salaam ya ustaz,
    good reminder! Kadang2 isteri saya ada jugak kata, ‘abang dah tak macam dulu lah’.
    Ada orang pesan, don’t forget to be a husband, after you have become a father…

    • kaklong syikin says:

      salam, saya nak tambah pada pesanan itu,bukan saja jangan lupa jadi suami setelah bergelar bapa, tetapi juga jangan lupa bergelar kekasih :) .. begitu juga dngn isteri..

  16. Shah says:

    Assalamualaikum,

    Semoga ustaz sekeluarga dilimpahi rahmatnya. Nyata entri ini memberikan satu situasi yang perlu saya contohi dalam melayari bahtera rumahtangga. Intinya menarik dan membimbing.

  17. iskandar says:

    Pesanan yang menarik dan mengesankan hati ustaz. Moga bercinta sampai syurga dan bukannya berakhir di kedai burger

  18. normah says:

    slm..terkesan membaca tulisan ustaz kali ni..alhamdulilah setelah usia perkahwinan menjejak 19thn kami suami isteri tetap seperti dulu..kpd nurulfirdausi insyaallah dialog2 itu akan berterusan tp yg pastinya dlm bentuk yg berbeza krn peningkatan usia..

  19. assfiyak says:

    Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153—- ta’lif nya sapa ustaz…dan toba’ syarikat mana.

  20. dr.radzi says:

    subhanallah, ‘ter’menangis baca cerita manusia agung tadi. mari kita buat macam rasulullah, tiru dan contohi sebanyak mungkin!!!

  21. harmerz says:

    Isteri ……. dia insan terbaik disisi kita

  22. “…mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka…”
    -al-baqarah : 187

    suami dan isteri, dijodohkan saling melengkapi… saling memerlukan… saling menghargai…
    itulah jodoh dari ILAHI…

  23. limaumaniss says:

    takut kalau jadi camni ustaz…
    semalam time usrah pon bincg hal poligami….terungkit juga idea ustaz dlm buku aku terima nikahnya dgn sub topik ” Bahagiakan dirimu dgn satu isteri tu”…:)

  24. nusaibah says:

    syukran ya ustaz…artikel yang menarik..

  25. firdausi says:

    Sayu rasa membaca artikel ustaz kali ini.. Sememangnya entah mengapa semakin hari semakin gersang.. Kering air mata memikirkan di mana kurangnya diri ini.. Pasrah memikirkan insan tersayang sanggup bertindak sedemikian.. Kalau dengan ‘orang’ tu, bukan main panjang sms.. Dengan kita, kalau OK dah jadi K, nama manja dah jadi U.. hilang manja dan sayang.. Sedihnya bila mengenangkan.. Hanya Allah saja yang tau.. Doakan saya terus tabah sekaligus meningkatkan cinta kepada Allah agar jiwa ini tidak merana..

    Pilu..

    • kaklong syikin says:

      salam,

      simpati dngn ujian Firdausi ni :( . ni kes pasangan anda tgh hangat bercinta atau dah kawin baru? Nak buat mcmana firdausi, org tgh asyik masyhuk bercinta..tak terkata dibuatnya.apatah lagi org ketiga beri respon.lagilah perangai dia menggila.
      kalau pasangan dah tahu yg anda tahu mengenai hubungannya, tak salah luahkan isi hati pada dia..tp dngn cara elok, sebaiknya jauhkan pertengkaran..masalah timbul kalau dia tidak mahu mendengar luahan hati anda..banyakkan doa n munajat pada NYa supaya pasangan anda insaf dan mahu melayan anda seperti dahulu..dan anda sendiri jgn lupa tetap kuat melayannya seperti dulu..mohon Dia beri anda kekuatan dan kesabaran. usaha dan doa ini bukan sehari dua, mungkin berminggu, mungkin berbulan bahkan bertahun utk melihat hasilnya..yg penting rapat hubungan denganNya terlebih dahulu, insyaAllah Dia akan bantu.
      yang pasti, jgn putus doa ini (ini jika pasangan tgh bercinta, belum berkahwin lagi) “Ya ALlah, jika hubungan mereka lebih mendtgkan keburukan drp kebaikan kepda kebahagiaan rumahtanggaku, pisahkanlah mereka dengan cara baik, tetapi jika ia mendatangkan kebaikan, redhakanlah hatiku menerimanya dan tambahkan kasih sayang dan cinta suamiku pada ku.”

  26. bintuanasiah says:

    wahh..romantizz nya Rasulullah S.W.T kite..=>

    cerita yang patut di baca oleh yang baru nak berumah tangga,yang sudah berumah tangga atau yang dah 10@20 tahun berumahtangga..

  27. kurt995 says:

    dialog ringkas daripada suami tu sebijik macam saya.. agaknya inilah sebabnya perkahwinan saya selama 2 tahun tidak dapat bertahan lama. oh, well…

  28. nazirul says:

    keistimewaan berumahtangga….inilah dia..:) syurga dunia itu ada dirumah..
    suami isteri lah yang perlu mencoraknya….

  29. asraf says:

    Jzkk ustaz, satu peringatan yang baik buat diri yang sebegini kecil

  30. titan says:

    em. satu bacaan yang bagus untuk hari ini. :)

  31. mazlan says:

    Terima kasih ustaz. Entry yang sangat terkesan di hati.Lama masa tempoh menjalani kehidupan berumahtangga kadang kala dailog yang ustaz ungkapkan di atas berlaku juga tanpa disedari sama ada oleh suami atau isteri. Semoga tulisan ini boleh membetulkan keadaan dan memanjangkan tempoh perkahwinan dalam suasana yang sentiasa segar….

  32. syifa says:

    Mmm kadang-kadang memang begitu hambar jawapan dari suami.

    Bila isteri tanya “bang, cantik tak baju ni?”

    Dijawabnya “Ntah, baju baru ke?”

    Bila kita kata abang ni tak sensitif, dia akan kata yang kita pun tak sensitif kalau dia tukar rim kereta baru.

    Bila kita puji “Wah! handsome nye abang hari ni!”

    Dia akan jawab “Ooh.. Ye ke?

    Sampaikan saya malas nak tanya apa-apa, segan nak komen apa-apa.

    Saya harap saya akan lebih sensitif atas apa yang berlaku pada si dia, dan begitu juga dia. Terima kasih atas ingatan ustaz dalam entry ini

  33. iman says:

    salam alaik..

    Saya perlukan pendapat. Tidak lama lagi, saya akan berkahwin dgn lelaki pilihan saya. Kami baru setahun berkenalan, bermula dgn bersahabat baik. Hubungan kami sebelum ni sgt akrab ( tetapi masih dlm batasan agama). Sering berkongsi cerita dan masalah. Tetapi sejak dia melamar saya, dan saya bersetuju ( selepas Istikharah), saya rasakan perbualan antara kami agak hambar. Tidak seperti dulu dan berbeza perbualannya dgn rakan2 kami yg lain (lelaki&perempuan) lebih rancak /banyak cerita yg dia kongsikan. Kami hanya berbual panjang dalam sms sahaja. Bila berjumpa, seperti hilang kata. Kadang-kadang sehingga hati tertanya2, adakah dia betul2 ingin memperisterikan saya? Dan bagaimanakah nanti selepas perkahwinan? Saya betul2 inginkan pendapat. Perlukan saya bertanyakn situasi ini pada dia? Syukran…

    • Shahmuzir says:

      @iman,
      Elok tanya dia. Dlm masa yg sama cuba reserve bbrp tanggapan:

      - mungkin dia ingin mengawal diri. Dulu hubungan kawan-kawan, perasaan ghairah tiada. Kini, hubungan tunang-tunang, ghairah sudah mula ada.
      - mungkin dia ingin membina diri dlm membentuk diri supaya dihormati.
      - mungkin dia sedang bergelut dgn masalah kerjaya-keluarga-persediaan membentuk keluarga.
      - dll

      Bersangka baiklah padanya. Bersangka baiklah juga pada ALLAH. Jangan terlalu mendesak dia dan mintalah penjelasan darinya dengan cara yang lembut dan berhikmah.

      Mudah2an ALLAh mempermudahkan urusan kalian berdua, amin.

    • nisa says:

      @iman,
      Salam Iman,

      Saya pun setuju dgn Shahmuzir, elok tanya dia & berbincang dgn baik.

      Saya berkahwin pd Mei baru2 ni, Sepjg pertunangan saya, memang ada macam2 yang tak kena antara kami, & lagi dekat dengan wedding, lagi banyak gaduh, hehe. Tapi bila berkongsi dgn rakan2 & sepupu yg dah kahwin, semua pun setuju memang masa bertunang byk salah faham & bergaduh; tapi itu tak bermaksud mereka sudah tawar hati utk berkahwin.

      Saya nak tambah satu lagi tanggapan yg boleh cik reservekan, mungking juga sebab kewangan. Belanja utk majlis besar, keperluan utk penyediaan rumah, kelengkapa rumah, menyara bakal isteri etc juga besar & penting, sesiapapun boleh terkesan olehnya.

      Alhamdulillah, bila dah kahwin, masya Allah, indahnya =)

      Tapi, seperti yang Ustaz katakan, perlu sentiasa berusaha utk membahagiakan perkahwinan. Terima kasih Ustaz.

      • mohd redzuan says:

        setuju…
        tp ramai pasangan mcm nih.
        tp komuniti sekeliling sptutnya bagi ‘positif react’..
        drpd memberi ‘api’ atau tggapan yg d kategorikan (su’ul zon) @ bersangka buruk..

        sy sendiri pun dah kena..heheh
        siap wedding kena cancel lg hujung tahun..
        apa pun syukur pada ILAHI

  34. Shahmuzir says:

    Terima kasih Ustadz atas tadzkirah ini. Agar kita semua tak terus lupa. Bangkit sedar kembali pada kebenaran.

    Memang tak disangkal lagi, hubungan suami-isteri tatkala mengembara beberapa musim bersama, telah membuatkan kehidupan mereka kotor berdebu tidak menarik lagi.

    Namun, apabila dibasuh dengan kata-kata nasihat, apatah lagi dibawa contoh ideal dan praktikal junjungan mulia sallAllahu ‘alaihi wasallam, ia kembali bersih bersinar. Kembali menarik dan bersemangat kehidupan bersuami isteri.

    Sesungguhnya pada diri Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam contoh untuk kita ikuti.

    Terima kasih :)

  35. yus says:

    masih cuba memahami Men are from Mars, Women are from Venus..

  36. azniza muhamad radzi says:

    ibu dan ayah mertua saya dah 30 tahun bernikah..anak dah sepuluh…cucu dah tiga…sampai hari ni, mereka masih mesra lagaknya macam pengantin baru…walaupun depan anak dan cucu…:)

  37. Amin007 says:

    betul betul betul

  38. cilipadi says:

    pernah terbaca : isteri hilang suami kerana celupar, suami hilang isteri kerana bisu.Banyak benarnya ayat ni dan relevan ngan artikel ustaz.

  39. iman says:

    Terima kasih atas nasihat dan pendapat. InsyaAllah, akan saya muhasabah dan berbincang secara rasional.

  40. zah says:

    Simptom-simptom yang membawa kepada keberantakan sebuah rumah tangga.

  41. Pn. Ruby says:

    teknik komunikasi pun nk kena betul juga dalam melayari bahtera rumahtangga ye :P

  42. ZieZam says:

    Ya Allah… keldilnya hambamu ini….
    terima kasih atas artikel ini..
    saya dpt b’muhasabah diri setelah baca artikel ini…

  43. nuruliman says:

    salam.
    terima kasih ustaz, trhibur hati membaca artikel diatas..bukan sebarangan artikel ni..penuh makna tersirat n tersurat..terima kasih.

  44. kokmi says:

    Kupasan yg cukup cantik selepas perenggan ‘dialog perosak’ tu. Terima kasih perkongsian ilmunya ustaz & rakan maya yg lain. w/pun, memikirkan dialog perosak tu menggerunkan pula. Sehari-harian memang tak perasaan dialog begitu ada berlaku..muhasabah balik..bangkit-bangkit.. :)

  45. sofi abdullah says:

    ustaz, ana rasa hubungan suami isteri perlu dipolish selalu..jgn biar hambar..kusam tak bermaya..kehidupan berumah tangga adalah suatu yg unik..keunikan itu perlu diulit rapi agak kekal segar bugar dan menyelerakan..

  46. ummuahmad says:

    perlu kepada muhasabah diri sentiasa

  47. minah says:

    sebenarnya kalau dari mula tak banyak cakap,
    rasanya ok je, mak saya biasa je puji diri sendiri,
    ayah memang tak reti memuji, seronok je tengok diorang lengkap melengkapi

    puji diri sendiri pun ok

  48. ann says:

    Assalamualaikum wbt

    Thanks ustad….

    Satu hasil tulisan yang pada saya lebih kepada wake-up call untuk yang dah berumahtangga seperti saya ni.

    Memang makin lama usia perkahwinan…perkara yg dibualkan pun yang makin penting2x je.Tu yang makin sikit je perkataan keluar tu.

    Anyway rumahtangga kami ada juga diselang-seli dgn gurauan..tp lebih kepada perlakuan…geletek..kejar nak tarik tuala ke(opss).Usik2x nak batalkan wudhu’ ke…hehehe.Gurauan macam ni kadang2x lebih membuat rasa sayang tu bersinar-sinar dan rumah pun riuh rendah dengan gelak tawa kita.

    Well…apa2x pun kita berusaha sedaya upaya untuk menjaga keharmonian rumahtangga beserta doa yang tak putus2x agar ALLAH memberkati dan merahmati rumahtangga kita.

    Again..terima kasih ustad ye.

  49. za says:

    mgkin sy perlu kawin dulu, baru boleh praktikkannya:p..terima kasih ustaz..

  50. hudhud says:

    ustaz, kenapa takde article berkenaan PAS? Dah tarik balik ke? Kenapa tarik balik?

  51. kisah rumahtangga Rasulullah s.a.w mmg sgt MANIS..mnarik utk dicontohi..

    Alangkah indahnya bila keluarga2 Islam semuanya mmpu mncontohi..w/pun xdpt 100%!
    Umat Islam perlu berusaha ke arah itu………

    Keluarga bahagia, umat sejahtera!
    insya-Allah..

  52. yus says:

    well, kdg2 mmg terasa stress bila tidak dapat berkongsi minat, atau bercakap/berbicara pada feekuensi yg sama dgn my other half. kdg2, mmg kena kawal diri, tp kdg2 pressure jugak lah sbb x dapat kongsi benda yg kita rasa kita nk share, dgn life partner kita sendiri, sbb kita tahu minat nya tidak ke situ..

    apa2 pun, mmg masih lagi mendalami bahasa Venusian..

  53. islah says:

    Salam ustaz

    Bagi pendapat ustaz, berdasarkan pendapat ulama bolehkah suami isteri mengumpat?

    Jelasnya, mengumpat adalah berdosa. Tetapi, bagaimana mengumpat dengan isteri. Mungkin tidak tepat istilah mengumpat. Apapun istilahnya, bagi saya, betapa suami isteri perlu meluah isi hati (berkenaan kawan pejabat, saudara mara dsb) dan peranan pasangan ialah untuk memotivasi suami/isterinya.

    Bagaimana ya? Jazakallah

  54. awa says:

    teringat kisah emak masa kecik2 dulu. satu hari gas masak habis. abah balik tengah hari. saya kata pada emak, abah dah balik, bolehla abah pegi kedai isi gas. Emak halang saya report pada abah. Masa tu saya tak faham kenapa hari tu emak bersusah2 masak dengan dapur kayu. Bertahun2 lepastu baru saya faham, rupanya2 emak tak mahu susahkan abah yang penat balik dari kebun.

  55. angelina says:

    salam… minggu lepas aku lalui hari bisu itu… aku usaha ajak suami merasai saat2 bercinta dahulu…ternyata.. bisu…adakah krn cinta yg aku masih tak miliki krn aku isteri ke2 yg bukan first love….???3tahun tidak dpt mengatasi 10thn lebih hidup bersama isteri pertama…??? hinakah krn nikah dgn janda anak 2…akhirnya…cerita menemui penghujung bila kata bicara suami di sejadah tika mahu menghadap Allah…”mulai dari hari ini, aku ceraikan engkau dgn talak 1″….28 Oktober 09, jam 7.25pm, di rumah sewa kami…..hidup perlu diteruskan bersama 4 org anak2….

  56. naz says:

    salam ukhwah Ustaz.
    satu entri yang bagus,mempunyai pandangan tersendiri tapi tepat dengan realiti semasa,terbangun jiwa para pembaca, kontemporari, dan padat dengan isi. taniah ustaz. saya ada terbaca entri yang bertajuk Siapa Saya Sebenarnya?..untuk menjadi daei yang berjaya kita mesti mempunyai pendirian yang tetap,dan ini hanya diperolehi dengan ilmu dan dibimbing oleh nur Allah..inilah hasil tarbiyah yang dilalui ustaz.moga usaha Ustaz dalam membentuk manusia menuju destinasi akhirat berkekalan..teruskan usaha ustaz untuk membangkitkan jiwa-jiwa daei yang semakin lemah pada masa sekarang..seeru ala barokatillah..

  57. Mohd Faizal says:

    assalamualaikum ust dan ummi..terima kasih ust kerana entri yg ust berikan ini cukup segar bagi pasangan suami isteri menilai kembali diri masing2..pada yg bujang2 tu boleh la buat bekalan dan panduan di masa hadapan..syukran ust =)

  58. zhas says:

    Assalamualaikum…

    Tak dinafikan komunikasi penting dalam perhubungan…pernah menguji suami dengan sms2 yg dihantar sekadar utk tanya khabar dan bercerita bila dia pulang ke tempat blajanya. Sama ada saya akan di jawab ringkas atau langsung tidak berbalas..lama2 timbul rasa boring nak sms suami sendiri.

    Belum lagi bila di ajak berbual, kadang2 berbual dengan sofa meja…

    mungkin ada kurangnya saya…tapi mmg komunikasi sekarang semakin kurang, apatah lagi kebanyakan aktiviti suami kalo kat rumah adalah tidur..bila bangun..tengok TV.

    Kadang saya terpaksa plan atau remindkan diri sendiri kalo ada benda penting nak dicakapkan, kadang2 tu terlupa terus sbbnya masa suami yg terhad utk saya, selain dari respond yang agak hambar.

    Sepatutnya semakin lama kawin semakin banyak cerita..harus ada usaha untuk perbaiki keadaan..dan usaha ini akan berhasil jika ada kerjasama kedua belah pihak.

  59. ~mawar berduri~ says:

    da jumpa d mana telaga utk menimba ilmu, thanks all..=)

  60. whichstar says:

    Salam Ustaz & pembaca sekalian,
    Tulisan di atas betul2 menyejuk jiwa saya. Mungkin kerana ttkala membaca tulisan tesebut, perkahwinan 12 tahun + 7 org anak mula menampakkan suasana ‘hambar’ dan ‘bosan’. Justeru, suami sudah mula mencari calon lain….Tunding menuding kesalahan masing2 menjadi bahan bualan harian. Sy hampir menemui jalan buntu, kerana dlm keadaan terdesak ada org lain yg cuba menagih di air keruh. mohon pandangan semua ..adakah sy perlu mengakhiri ‘perjalanan’ 12 tahun dengan titik noktah, atau mengembalikan kasih sayang ygtelah pudar atau membenarkan kasih dikongsi dengan yg lain….wallahualam….

  61. khairul hamizan abdul raof says:

    Hasrizal abdul Jamil=Fazrin Fahmi

  62. nuha imtiyaz says:

    salam…baru lalui hari2 bisu mggu lepas…bila balik kg igt dah ok tup2 bisu semula…sbb salah anggap…last2 sms jd tmpat luahan rasa hati masing2…dan smlm x bisu dah…insyaallah…

    p/s…isteri hilang suami kerana celupar,suami hilang isteri kerana bisu…quote yg boleh dijadikan iktibar..

  63. azi says:

    salam ustaz..isu nie memang mengena dengan apa yang saya lalui sekarang..kekadang saya pun tak tau apa isu yang boleh dikongsi bersama..kalau bertanya lebih sikit atau ditegur sikit, suara suami dah naik..kecil hati ini..sampai saya tak mampu untuk bercakap 1/2 hari dengan suami..mungkin ustaz boleh pendapat apa yang boleh sy buat untuk ceriakan suasana dan untuk ubati hati saya yang cepat kecil hati dengan suami..

  64. khadijah says:

    mak dan ayah saya 19 thn melayari rumahtangga.apa yg saya perhatikan, resipi utk bertahan adalah komunikasi,masuk je kete nak pegi jalan mana2 mesti ada je benda nak sembang…non stop masing2 sambung antara satu sama lain.

  65. nur says:

    assalamualaikum ustaz..
    act sy mpunyai seorang teman..
    bukan hati pudar atau jatuh hati pada yg lain tapii hati saya ini belum terbuka utk mana – mana kaum adam namun saya risau utk bgtau si teman itu.. hati sy lebih terdorong utk dekatkan diri padaNya.. sy mahu sekadar berkawan dengan semua saudara.. amat sukar sy utk melukakan hati si teman.. sy bharap persahabatan dpt diteruskan tanpa sebarang psengketaan.. namun hal ini pasti amat sukar bagi si teman kerana kami telah mengenali keluarga masing2.. apabila hal ini telah melibatkan banyak pihak, maka banyak pihak akn terluka.. sy xsanggup ustaz.. tapi sy penat utk menipu diri sy,dirinya dan keluarga kami.. sy xmahu hal ini berlarutan sehingga kami dijodohkan.. mungkinkah sy harus redha dgn semua ini walaupun hati ini bukan utknya?

    • Iz says:

      @nur, Andai memang benar merasakan bahawa hati itu bukan untuk si dia, katakanlah sahaja padanya. Mungkin dia sendiri sudah dapat menangkap isyarat² yang diberi tapi sengaja mendiamkan diri kerana harapannya masih tinggi. Harapnya masih ada simpati walau pun tiada lagi kasih, janganlah biar dia terus merana, meneka-neka. Sebab dia juga punya hati, walau pun mungkin selalu memilih utk hanya m’bisukan diri. Pilihlah, dan susunkanlah kata-katamu seelok yang mungkin. Kalau cinta Ilahi yang ingin dicari dan hati merasakan yang dirinya bukan untukmu, katakanlah terus-terang begitu. Ku yakin, andai benar dia mencintai dirimu, pasti dia akan melepaskanmu untuk mencari cinta dan bahagia yang hakiki. Dan mungkin, cinta Ilahi adalah cinta yang dicarinya juga. Cuma ia sirna kerana jauh dari-Nya.

  66. zulaikha says:

    dah terbiasa dgn suami yg jarang berbicara.bercakap hanya yg penting.jarang ditanya kabar alhal seharian tak berjumpa,dah makan ke ,sihat ke..bab puji memuji jgn harap.sampai ke satu tahap..last2 terdiam juga.dah 14 tahun perkahwinan.dah ditegur, tapi katanya, memang beginilah sikapnya. sedihkan

    • am says:

      @zulaikha,
      Rupanya ramai suami yang begitu ek…

    • umi azrini says:

      Betul, saya pun menumpang sedih. kadang-kadang merasakan yang isteri saja beria-ia untuk menceriakan suasana rumahtangga. but still, it needs two to tango. kalau sorang-sorang jadi tunggang terbalik pula.

      yang masih bersedih… huhu…

  67. mutiaraqaseh says:

    solat dan mohon agar diberi kesabaran, ketabahan dan kekuatan.

  68. @nayil says:

    Assalamualaikum..

Leave a Reply