
Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.
Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.
Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.
Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'Assalamualaikum WBT.
Terdiam ustaz membaca email ukhti.
Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama.
Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.
Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.
Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.
Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.
Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.
Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.
Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.
Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.
Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.
Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.
Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.
Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.
Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.
Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.
Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.
Salam dan doa dari ustaz.
ABU SAIF
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Salam…
Terima kasih Utz. krn sudi berkongsi ‘kegusaran’.
Moga entry ini menjadi preingatan kpd saya sebagai penjaga (khasnya) disamping utk di kongsi bersama anak perempuan saya yang sudah pun ‘berjauhan’ dari keluarga krn melanjutkan belajar di KL…
Assalamu’alaikum.
Terima kasih berkongsi ustaz.
By the way, kesian ustaz. Program banyak. Yang minta pun banyak. Kemudian ‘dianugerahkan’ lagi soalan2 yang perlu dijawab. Semoga berjaya ustaz. Semoga Allah memberkati dan meredhai usaha ustaz.
“saya tahu menjaga batas”/ “i know my limit” kata2 yang biasa keluar dari pasangan bercinta. pergi tgk wayang, bergambar berlaga pipi, bersenda gurau di meja makan. bila ditegur, “takkan itu pun tak boleh, bukan buat apa pun”
Para amilin Islam fikir-fikirkan lah
Assalamualaikum wbt,
Ustaz,
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari Allah dan Rasulullah. Masing-masing menggunakan ugama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul.
Hujung minggu lepas saya sempat menjenguk kursus motivasi bermalam anjuran adik-adik dari universiti berimejkan Islam untuk anak-anak darjah enam. Imej-imej luaran adik-adik fasilitator dari universiti tersebut sememangnya sejuk mata memandang, bertudung labuh dan berjubah. Namun tingkah laku amat menggusarkan. Di saat anak-anak di arahkan tidur di dorm masing-masing, kakak dan abang fasilitator masih terus ‘bertaklimat’ di suatu sudut asing dari ibubapa sehingga 12 malam masih belum tamat. Hairan…contoh apa yang mahu ditunjukan pada anak-anak yang di motivatekan…Wallahualam..
slm.
sekadar bertanya..
“Hujung minggu lepas saya sempat menjenguk kursus motivasi bermalam anjuran adik-adik dari universiti berimejkan Islam untuk anak-anak darjah enam. Imej-imej luaran adik-adik fasilitator dari universiti tersebut sememangnya sejuk mata memandang, bertudung labuh dan berjubah. Namun tingkah laku amat menggusarkan. Di saat anak-anak di arahkan tidur di dorm masing-masing, kakak dan abang fasilitator masih terus ‘bertaklimat’ di suatu sudut asing dari ibubapa sehingga 12 malam masih belum tamat. Hairan…contoh apa yang mahu ditunjukan pada anak-anak yang di motivatekan”
D mana salahnya??
Sy xnampak ada kesalahan pd tndakan diorg..
Tlg bg hujah yg terbaik…
assalamualaikum…
terlebih dahulu saya ingin membalas pernyataan yusriyusra.
saya mengetahui ttg kursus motivasi anjuran universiti tsbt krn kawan2 saya menyertai n mjd fasi utk prog tersebut.
disini,suka skiranya saya memperbetulkan tanggapan jika saya mengatakan mereka mungkin mengadakan mesyuarat selepas 12 tgh malam utk mengatur perjalan prog keesokan hari nya.dan jam 12 tgh malam sahaja yg masa dirasakan sesuai instead of masa2 lain.coz byk aktiviti yg diisi dalam prog masakan sedikit masa utk mecelah pun seperti tiada.mana mahu mengawal adik2 lg,menjaga kelicinan prog dll.
statement anda..”contoh apakah yg mahu ditunjukkan pada anak2 yg di motivatekn??sy xnampak ade kesalahan pada tndkan diorg”.
Sekali lagi ingin saya tegaskan disini bahawasanya,mereka sangat kesuntukkan masa.12 tengah malam sahaja yg diperuntukkan utk taklimat utk program keesokan hari nya.
dan saya rasakan taklimat mereka adalah sangat penting utk melicinkan prog keesokan harinya…dan aadik2 peserta prog pn tahu abg2 n kakak2 fasi ni sumer blh dipercayai dan pernah meng conduct mrk dan mengajar mrk mencegah “apa itu amar makruf nahi mungkar”.sekian.
yg baik itu adalah dr allah dan yg buruk itu datang dr kelemahan saya sdri..
assalamualikum:
sbg seorg yg penah mjadi fasi,itula keadaan yg d namakan “post mortem”..perbincangan yg d lakukan hanyalah menilai aktiviti pd sepanjang hari dan tidak mengulangi keesokannye dan merangka perjalanan aktiviti tuk hari esok..bersama2 sume fasi yg terlibat dlm sst program.
Assalamualaikum w.b.t
terima kasih ustaz atas peringatan ini yang sangat bertepatan dengan hari,tika dan saat ini!Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik (i.e berpesan2 atau mungkin berdiskusi perkara yang baik), tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu…dalam pelbagai cara yang ‘kreatif’. Saya sangat takut terjebak dgn perkara2 begini; berbuat perkara baik bukan kerana Allah , tetapi kerana hawa nafsu dan akhirnya jadi tidak ikhlas.
Allah jua pelindung kita semua dari tipu daya dunia…
Salam ustaz,
Terima kasih kerana berkongsi ilmu buat bekalan jawaban untuk mereka yang terkeliru. Mungkin banyak faktor yang mendorong perkara sebegini berlaku, diantaranya adalah suami yang tidak pandai mengambil hati isteri. Tetapi apa sekalipun alasannya perbuatan berhubungan walaupun hanya melalui sms adalah berdosa. Kalau sudah jatuh hati sangat tu kena fikirkan balasan Allah setiap kali perasaan tersebut timbul.
Kena banyakkan aktiviti2 berfaedah, berdoa agar Allah membuang perasaan tersebut,alihkan perasaan tersebut kepada Allah, Rasul dan suami.
salam..secara jujurnya…sebab2 macam ni lah membuatkan rasa segan je nak pakai tudung labuh n jubah ni…
slm.
ramai org yg solat berbuat dosa, tp adakah dgn sebab ramainya org brsolat yg buat dosa terus kita yg mndengarnya tidak mahu solat?sedangkan solat itu wajib. ramai org bertudung tp masih lg melakukan maksiat, tp adakah sbb ramainya org brtudung mlakukan maksiat kita terus ambil tndakan utk tidak brtudung?? sdgkan bertudung itu adalah wajib…
kesimpulannya…
Beramal atas dasar kefahaman bukan ikut-ikutan.
Tiada yg lebih utama mlainkan Allah dan Rasul. masihkah ada ragu2 kita pd Allah dan Rasul??
Nak beramal dgn Islam hati kena kuat dan cekal.kita akan diuji untk pmbuktian kpd iman kita.
sekadar memberi pndapat.yg slh boleh d tegur…
Memberikan sebab solat itu wajiblah yang menjadikan ramai yang solat berbuat dosa. Disebabkan tudung itu wajiblah maka berjumpa bf bertudung. Pendekatan mewajibkan ini adalah fekah. Cuba pendekatan tahid, solat itu untuk mengenal Allah, bertudung itu untuk menyatakan berterima kasih kepada Allah. Memang ramai penyampai hukum fekah tetapi susah nak cari yang bersedia membincang ketuhanan.
Dengan Nama Allah, Nyawa ku dalam gengamanNya..
Saya kurang jelas
apakah maksud “sebenar” Pak Din?
apakah komen yusriyusra salah?
sekadar bertanya.. maaf andai terkasar bahasa…
Krn saya juga berhadapan dgn masalah seorang ukhti yang bertudung labuh..
tapi terkadang trnampak lengannya.. (krn tidak memakai srung tangan)
terkadang saiz tudungnya berubah.. (fashion…)
entahlah.. saya pun kurang faham..
isu tudung..
bukan!!!
yang sebenar bg sy ia
isu aurat!!!
jika ada yang sudi berkongsi..
saya sudi membaca..
Wallahu’alam..
Ia selari dengan ayat. “Fa waylul lil musoleen. Alzazi nahum ..”. iaitu Allah mewajibkan solat (semua rukum Islam), tetapi pada masa yang sama Allah peringatkan yang solat juga tidak ketingallah diancam dengan neraka, maknanya menghidupkan solat (dan rukun Isalm lain) itu lebih wajib. Jangan hanya mementingkan cara tetapi fahami tujuan beribadah. Kalau berpuasa, tetapi jumlah makanan di buan puasa bertambah, apa erti puasa kita … “hanya lapardan dahaga”.
Salam Wayl,
1. Penting juga membaca komen-komen yang telah dikeluarkan bagi memastikan ianya mencapai tujuan ditulis. Perlu saya ingatkan diri, bahawa segala yang ditulis, akan dipertanggung-jawabkan di Akhirat kelak. Pada saya tidak timbul tarikh luput pada kebanyakan tulisan saya, kerana pendekatan saya lebih gemar melihat sesuatu dari sudut membudayakan carakerja Khaliq, yang asasnya tidak pernah berubah. Maka sekiranya kita sebagai manusia, membudayakan dasar carakerja Khaliq, segala ranting dan cabang carakerja kita, tidak akan lari dari landasan utama Islam. Islam itu telah lama bertapak atau dibenihkan di Alam, lama sebelum manusia diberikan ‘cukup akal’ bagi memikul tanggung-jawab yang datang bersama kebebasan memilih.
2. Sdri Yusriyusra menulis, “ramai org yg solat berbuat dosa, tp adakah dgn sebab ramainya org brsolat yg buat dosa terus kita yg mndengarnya tidak mahu solat? sedangkan solat itu wajib.”
Maka, saya menjawabnya dengan, “Ia selari dengan ayat, “Fa waylul lil musoleen. Allazi nahum ..”. iaitu Allah mewajibkan solat (dan semua rukum Islam), tetapi pada masa yang sama Allah memperingatkan kita, bahawa yang bersolat juga tidak ketinggalan diancam dengan neraka, maknanya menghidupkan solat (dan rukun Islam lain) itu lebih wajib. Jangan hanya mementingkan cara tetapi fahami tujuan beribadah.”
Cara tanpa tujuan menghasilkan Muslim yang beragama tanpa Tuhan. Berikut adalah berberapa petikan yang berkaitan.
Dari http://sharudin.com/2009/02/12/s81-k13-salam-wayl/
samalah dgn saya…….
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
subhanallah walhamdulllah walailahailallah wallahuakbar..
memeng manusia sering menggunakan Islam sebagai satu cara untuk menonjolkan kebaikan yang ada pada diri..mudah2an setiap apa yang kita kerjakan itu akan mendatngkan KEMULIAAN disisi ALLAH yang maha mengetahui..banyakkanlah bermujahadah..
Terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
Saya harap muslimah berkenaan membaca komen-komen yang tuan-tuan dan puan-puan berikan, secara positif. setakat ni sudah lebih 10 email yang saya terima dari siswazah, menceritakan tentang konflik mereka.
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang saya tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang nak lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud dll. Macam mana mereka memandang dan menilai kebaikan? Ini yang menjadikan saya frust.
Sincerely, dalam hati saya ada keinginan nak tampar mereka ni… untuk redakan marah saya dan bangunkan mereka dari mimpi kotor yang mereka cipta sendiri. Tetapi atas jiwa da’ie, saya mesti kuat menahan marah dan mesti terus mencuba untuk melembutkan hati yang keras itu dengan lisan yang lembut.
Tentu pembaca seperti Encik Adros dan Kak Ija, selaku parents dan lecturer di universiti, lebih gusar. mohon pandangan, untuk saling memperbaiki keadaan… Wallahu A’lam
sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka..walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka..begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar2 baik..apabila kita sudah TERHANTUK barylah kita baru MENYADARI itulah sebenarnya kesilapann
Salam..
Hmm… siapalah saya untuk memberi nasihat sedangkan diri sendiri terlalu banyak dosa yang menanggung. Namun saya sendiri pernah melalui hidup remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa dan kini hidup berumah tangga. Sedikit sebanyak, tempiasnya ada.
Untuk muslimah yang dah terjebak, saya faham, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya? Saya sebagai kakak yang pernah melalui zaman itu, walaupun mungkin bukan dalam situasi yang sama, cuma ingin mengingatkan adik – adik, in the end of the day, segala – galanya kita seorang yang akan tanggung. Itulah yang sebenar – benarnya. Berhenti fikirkan akan hal dia, berhenti fikirkan apa orang lain kata. Cuma fikirkan, tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari kita sendiri. Dan insyaAllah, jika niat tu dah nekad, Allah taala akan permudahkan jalan itu.
Janganlah menunggu hingga dah berkahwin baru nak lihat kesannya. Percayalah, saya dah nampak kesannya berdasarkan pengalaman sekeliling. Kesan yang seperti ustaz kata, merana seumur hidup. Jangan sampai sebegitu. Sekarang masih belum terlambat. Maaf jika tersalah bahasa. Wallahuaklam.
salam….
saya pun tak tahu nak mula dari mana, mungkin ceritanya juga hampir sama… menjalinkan hubungan kononnya abg angkat dengan seorang yg bergelar ustaz.. saya masih terlalu mentah di alam matrikulasi.. dan dia lewat 30an.. kami merancang untuk mengikat tali pertunangan dan berkahwin.. namun takdir penentu segalanya.. hasrat kami terhalang tanpa restu keluarga lelaki… sekarang dia sudah hampir setahun berkahwin dengan pilihan keluarga… saya sedar terlalu susah untuk dia dan saya menerima kenyataan ini, tapi saya lagi rela melepaskan dia dari melihat dia org yg saya sayang menjadi anak derhaka kepada umi yg banyak berjasa kepada dia….
saya sedaya upaya tidak menghubungi dia, tapi dia masih menghubungi saya melalui sms, kerana kalau call dah tentu saya tak.. ustaz & semua pengunjung saifulislam, tolong doakan saya berjaya melawan golora nafsu dan berjaya berhijrah untuk menjadi umat yg mampu menyumbang untuk islam bukan terus berada dalam angan2…
AstafirulLah,AstafirulLah,AstafirulLah.
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanrrahiim,,,
hmm,saya setuju sangatla, sebab perkara yang sama berlaku di depan mata saya,sahabat saya sendiri yang sibuk berprogram, me”nerain”(hah,jangan pakai bahasa ini dlm karangan,ye?) para amiilin ISlam, akhirnya tersungkur diatas perkara menghalalkan dosa ini,sms and call sampai ber”jam-jam”…hmm,apa agaknya kesan yang dirasai generasi akan datang akibat perbuatan kita,ya?semoga ALLAH memelihara ISLAM dengan menjauhkan kita(kaum muslimin) dari perkara-perkara seperti ini..
salam…
suatu fenomena yang semakin menular…
dihalalkan dengan unsur islamik yang ada dalam perhubungan itu…
sedangkan Islam tidak pernah menghalalkannya…
…terima kasih ustaz kerana turut berkongsi…
moga menjadi satu peringatan buat diri kita semua,,,insyaALLAH
Salam,
Kadang2 kita boleh elak zina fizikal yg dah terang nyata dosa besar. Tapi bab zina hati ni sangatlah payah. Hantar sms, email, ym, etc..kononnya mahu berdakwah kepada rakan2 dan si dia. In the end hati sendiri pun terkontang-kanting. Ngeri…
Hari2 mengucap Lailahaillallah, namun deep kat dalam hati ilah tu bukannya Allah swt tapi ilah di dalam hati tu adalah si dia yang sudah menjadi raja di mata dan di hati. Syirik ke?
Iman fluctuate,
Betul kata ustaz…kita perlu berhijrah
JZKK
salam ustaz dan ahli2 yang lain
memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, meMADAMkan keMARAHan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. memang susah melakukan itu. ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia. Syabas buat Ustaz.
saya pun ‘frust’ mengenangkan hal ini
sebagai memenuhi hak sesama islam, (~apabila dia meminta nasihat, hendaklah beri nasihat)
pastinya perasaan ‘cinta’ tidak boleh tidak hadir jua. namun sedar atau tidak, taqwa kepada Allah adalah yang paling ‘basic’. fikirkan betapa beratnya balasan nya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang BALASAN Tuhan.
Mua’dz R.A berdoa sebelum kematiaannya,
“aku mencintai hidup hanya untuk 3 perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari & untuk berkumpul dengan para ulama’ di majlis zikir..
apapun, sama2 kita berdoa untuk kesejahteraan muslimin muslimat diakhiran doa kita di hujung solat.
wassalam
tulisan zaman muda dulu
http://enjeng.blogspot.com/2007/03/warak-dantapi-berkapel.html
assalamu’alaikum ustaz
saya nak ucapkan seinfiniti terima kasih atas entri ustaz kali ini. sangat terkesan di hati. buat sahabat yang masih dalam dilemma mengalami situasi ini, janganlah berlengah lagi untuk berhijrah. andai sudah terdetik dalam hati bahawa perkara y antum buat ini adalah salah dan dilaknat Allah, segeralah berhijrah, kerana saya amat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah datang untuk menegur kita dan kita tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.nauzubillah!
berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin.bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
wallhua’lam
uhkti athirah…
Janganlah kerana dosa org lain kita malu nak berpakaian jubah dan tudung labuh. Ingat..setiap perkara yang baik adalah untuk menyukakan dan menggembirakan Allah…Adalah tidak bijak untuk kita meninggalkan Islam hanya sebab ramai orang Islam yang jadi perompak, penagih dadah, mat rempit…Yang menjadi ‘Black Sheep’nya ialah orang Islam itu bukannya Islam.
Amat risau saya ttg email yang Ustaz terima…saya juga dikelillingi oleh ramai rakan, ahli keluarga yang berbuat seperti ‘muslimah’ …Oleh itu adalah sesuatu yang merugikan kita dan Ummat ini jika kita hanya duduk diam berpeluk tubuh serta menangisi masalah yang melanda Ummat hari ini, sebaliknya marilah kita berganding bahu dan mengerahkan setiap kudrat dan kebolehan yang kita ada untuk mengajak dan menyediakan setiap individu ummat ini bukan sahaja untuk menjadi insan soleh/solehah bahkan lebih drpd itu menjadi MUSLIH iaitu individu yang menjadi SEBAB insan lain beroleh hidayat.
slm.
sgt stuju.nak beramal dgn islam kena kuat..kalau makhluk xlihat pstinya Allah Maha Pencipta yang lihat..kenapa kita nak cari pndangan makhluk sedangkan pndangan Makhluk itu cacat. yakinlah dgn pndangan Allah kerana Allah tidak pernah salah Penilaiannya..
Kedua, sgt stuju jugak..xcukup kalu kita sekadar menangisi dan merisaui masalah umat yg ada..kita kena berfikir dan bertindak kearah pnyelesaian masalah umat.kena jd MUSLEH. umat xkan dpt d perbaiki seandainya kita xjd MUSLEH.xkanlah kita nak megharapkan syurga Allah yang maha hebat dengah hanya risau kepada suasana tetapi tidak cuba menukar suasana kepada yg lebih baik???sama2 fikirkan.
insan lemah lg hina..
Salam.
Di doakan pada individu yang mengalami situasi ini, mudah-mudahan cepat sedar dan bingkas membetulkan keadaan. Siapa yang tidak buat salah. Dosa tetap dosa no excuse, tetapi ruang untuk berubah dan bertaubat masih luas. Pentingnya support group dalam membantu meleraikan kekusutan – bak kata sahabat saya dulu “…jangan jaga tepi kain orang, tapi kalau kainnya tu dah nak hampir nak terkoyak kenalah bantu untuk tutup aibnya…” Dulu macam nak gelak bila dia cakap macam tu… tapi bila fikir-fikir balik masuk akal jugak.
mari kita sama-sama menghayati kisah ini ^^
RABI’AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah(majalah haluan)
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
Assalamualikum.
Terima kasih kepada ustaz kerana sudi berkongsi dengan para pembaca.. Kebanyakan yang mempunyai masalah seperti muslimah ini dari kalangan yang belajar agama. Kadang kala ada ibu bapa yang dorong anaknya bercinta sebelum berkahwin.. Jadi macam mana ye?
Kalau boleh saya tak nak sangat benda2 yang konseptual sebab semua tu, saya yakin mereka sudah mengetahuinya. Apa yang saya harap ialah kita membongkar BLIND SPOT yang kita terlepas pandang, hingga hal-hal macam ini boleh berlaku.
Banyak sangat grey area dalam kehidupan beragama hari ini. Sebagaimana mudah terpengaruh dengan iklan, begitu juga generasi kita semakin mudah diubah-ubah pendiriannya. Di mana prinsip hidup? Takutnya saya membesarkan anak-anak sendiri hari ini dan esok…
As’salamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Perkongsian yang menarik & harus di titikberatkan………………
Hakikatnya….seseorg hamba yang memahami erti cinta sejati terhadap lawan jenisnya adalah hanya org2 yg memiliki kemampuan berfikir.. cuba perhatikan potongn firman Allah di bawah..
“dan antara ayat2(keterangan)Nya juga,bahawa Allah mnjadikan isteri bgmu, yg sebangsa dgnmu, supaya boleh kamu diam(mengalami hidup yg tenang dan damai)bersama-sama dia,serta berkasih sayang. sesungguhnya yg demikian itu menjadi ayat(keterangan) bagi kaum yg berfikir” (ar rum:21)
Pada firman di atas, Allah menegaskan bhw Dia mencipta “Azwajan”yg bermakna isteri utk hidup aman n tenteram. kenapa Allah tidak mengatakan “Nissaan” atau “Imraatan” yg bererti “wanita” atau “perempuan” pada firmanNya yg suci di atas? Nyatalah disini,bhw kasih syg n perasaan cinta seorg lelaki hnya dibenarkn kpd isterinya shj.. begitulah sebaliknya..
Renungkanlah..di mana kita meletakkan Allah dlam setiap apa yg kita buat..mintalah ampun kpd Allah jika selama ini kita mmbelakangkan cinta kpdNya..
salam.
Cinta & siswa-siswi – teringat masa sem. 1 undergrad dulu, senior tanya saya, “taknak cari pakwe ke?” Berbulu juga telinga nih. Saya balas balik “taknak cari pakwe tapi nak cari suami” … terus kena gelak…amboih tak sabarnya nak kahwin kata diaorang. Sepanjang 5 tahun belajar… hidup solo, bukan tidak cari – cari jugak tetapi tak jumpa. Satu segi, saya rasa agak sedih – takder orang berkenan ke ?, cemburu jugak tengok sahabat-sahabat yang sudah berpunya. Satu segi yang lain saya panjatkan rasa syukur kerana salah satu cara saya memelihara diri. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa-siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan nafsu.
huhu…saye mase mude2 dlu(zaman dak skola nk kapel2)… rase sedih gkla… tade mane2 laki yg minat kt sye… sedih mmg sdih gile… nk wat cemane… persekitaran mase tu… kwan2 sume kapel… saye je x… dah la tu… bukan takat kapel je… nk ckap ngn lelaki pn saye susah… senang cte mmg lelaki ni susa r nk ckap ngn saye.. even jiran sblah umah sye sekelas 3 taun pn pnah sekali je berckap… itupn sepatah je.. hahaha… mmg sy rase sayela pmpn plg malang skali…
tp.. alhamdulillah Allah celikkn mate saye… yg cinte sebenar itu slpas kawen… jihad yg plg beso adlah jihad melawan hawe nafsu…
saye rase sayelah pmpn yg plg bertuah di alam semeste!!!
huhu…
mmg xdpt dihitung nikmat Allah ni… mmg smpi bile pn sye x dapat berterime kasih pd Allah secukupnyer… ya Allah.. hambeMu ini sgt mengasihiMu!! =)
salam.criter kiter mmg same sewktu persekolahan..tp akhirnye sy tersungkur jua..berkapel 5tahun(kampus)..dan dgn satu tazkirah..terus bertindak memutuskan hubungan yg xd redhai ini..alhamdulillah lebuh tenang skang ni..mmg byk dugaan smpai skang masih ramai lg yg memerhati insan ni(sy).tp tak brani tuk tego dek kerna pendirian sy yg sy dah jelaskan tuk mencintai selepas berkahwin..wat mase ni fokus study n mendalami ilmu agama lg.
tahniah kerana berjaya menjaga diri
‘kISaH dArI sEoRanG yAnG pErnAH meLaLuI zAmaN jAhiLLiYaH’
Kehadapan insan yg kurindui ,
Tiada kata dapat diungkap untuk menggambarkan kerinduan ku padamu. Diriku hampir jatuh sakit oleh sebab menahan kerinduan ini. Hampir saja aku berputus asa terhadap keyakinan ku terhadapmu.Benar,aku menyintaimu,dan aku tidak dapat menerima hakikat yg kita sudah benar-benar berpisah.Saban malamku diiringi tangisan.Saban hariku kelesuan.Saban waktu aku mengharapkan kau kembali ke sisiku seperti waktu-waktu indah yg pernah kita lalui dahulu.Aku tidak pernah dapat melupakan semua itu.Aku mendambakanmu setiap waktu hingga aku selalu ketemumu dalam mimpi-mimipiku.Kini,aku susut berat badan beberapa kilo,aku tiada selera,hidupku buntu dan pilu,seringkali aku ingin membencimu,tapi;semakin aku cuba melupakanmu,semakin engkau dekat dihatiku,lebih dekat dari urat nadiku.Panggilanku yg terakhir telah aku lakukan pada khamis yg lalu buat kali akhir mendengar suaramu.Sungguh , aku amat pilu mendengar darimu.Namun , aku redha.
Kehadapan insan yg kukasihi ,
Aku menyintaimu dan aku menginginimu,ku bicarakan pada ibuku,ku luahkan segala kerinduan ku terhadapmu dihadapan ibu.Hampir saja aku tewas untuk membendung air mataku.Namun ku kuatkan hati kerna tidak mahu ibu risau akan diriku.Ibuku memahamiku,dan dia dengan penuh kasih menasihati dan mendorongiku untuk lebih tabah.Di saat-saat seperti itu,ku rasakan amat bertuah memiliki ibu yg amat memahami dan menyayangiku.Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi.Cadangan ibu ku terima.Lalu aku meyakinkan diri mengarang warkah ini buatmu.Aku mahu jujur terhadap diriku.Dirimu adalah lelaki pertama yg berjaya menguasai jiwa dan ragaku.Sehingga aku melalaikan ketetapan Tuhanku.Aku langsung lupa akan tanggungjawabku setiap kali aku bersamamu.Aku banyak bersalah.Terutama sekali aku turut mendorongmu.
Kehadapan insan yg kusayangi ,
Surat-suratmu sering ku tatapi dan tangisi,cincinmu sering terhias di jari manisku,patung kejayaan sempena hari jadiku seringkali mengganti bantal pelukku saban malam,sungguh;andai diri ini diberi peluang,ingin sekali aku menjadi suri hidupmu.Hatiku telah tertutup.Hanya mahukan dirimu.Aku menyintaimu.Dan cinta itu memakan diriku.Aku tewas dengan dugaan ini.Sungguh , berhari-hari aku berkurung dalam kamarku , sejak mula aku bercuti hingga ke hari aku menulis warkah ini.
Kehadapan insan yg kucintai ,
Aku bersyukur kerana aku pernah merasa indahnya bercinta denganmu.Aku menyintaimu.Namun,aku juga merasa teramat rugi kerana aku telah hilang nikmatnya percintaaan selepas perkahwinan dalam agamaku , yg tertib menjaga segala adab dan santun.Sekali lagi aku bersyukur kerna hari ini aku telah di beri hidayah oleh Tuhanku;dan inilah yg ku tunggu-tunggu.Bercinta dengan pemilik sebenar hati ini.Tidak mungkin aku akan mengabaikan hidayah yg mungkin kalau aku tinggalkan, entah bila aku akan dapat ketemu hidayah seperti ini lagi.Sikapmu yg dingin terhadapku juga menguatkan hatiku , bahawa kau benar-benar telah berubah.Aku bangga denganmu.Malah , ingin sekali aku menjadi sekentalmu agar dapat aku harungi hidupku pada hari yg mendatang dengan lebih tabah dan semangat.
Kehadapan insan yg kuhormati ,
Aku terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan hadiahmu kepadaku , aku pohon padamu agar kau halalkan segala makan minum dan tambangku , ku pohan ampun atas semua salah silapku ; dari segi tutur kata , perbuatan mahupun apa sahaja yg menyakiti hatimu.Aku juga memaafkan segala apa jua kesalahanmu terhadapku.Harap kita tiada hutang apa-apa.Seri.Kosong-kosong.Kali ini , sekali lagi aku memohon maaf kerna aku tidak bisa menepati janjiku.Aku telah menyerahkan hati ini kepada pemilik sebenar hati.Aku tidak dapat menunggumu;maafkan aku.Aku berterima kasih padamu kerana cintamu membawaku mengenali cintaNya.Lalu kini , aku menyerahkan diriku kepadaNya.Biarlah Dia yg menentukan jodohku.Dia yg lebih berhak keatasku;dan Dia Maha Mengetahui akan diriku.Tentulah pilihanNya yg cocok denganku.Dan alangkah bahagianya diriku andai aku kembali dipertemukan denganmu.Maha Suci Tuhan Yg Mentakdirkan segalanya.
Kehadapan insan yg kukagumi ,
Aku tahu kedudukanmu kini.Engkau tekad dengan azammu. Aku bertuah mengenalimu.Izinkan aku mengajakmu untuk sama-sama kembali memulangkan hati kepada pemilik sebenar hati.Cinta kepadaNya sangat indah dan amat mendamaikan.Malah, Dia sesunguhnya amat menyayangi kita melebihi kasihnya kita kepadaNya.Selangkah kita menujuNya;seribu langkah Dia menghampiri kita.
Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu.
Al-Zariat 51 : ayat 56
Islam itu juga telah menetapkan cara yg halal bagi menjalinkan hubungan.Setelah akad nikah dan terijab kabulnya dua insan maka hadirlah cinta sejati atas dasar ketaqwaan pada Ilahi.Cinta ini takkan pernah wujud tanpa ikatan suci ini.Tiada hubungan antara lelaki dan wanita yg termaktub dan halal di sisiNya melainkan hubungan suami isteri.
Dan kahwinkanlah org-org yg sendirian di antara kamu , dan org-org yg layak berkahwin dari hamba sahayamu yg lelaki dan hamba sahayamu yg perempuan…….Dan org-org yg tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya , sehingga Allah memampukan mereka dgn kurnia-Nya
Al-Nur 24 : ayat 32 & 33
Marilah kita sama-sama membersih diri dan meraih cintaNya yg lebih utama.Mudah-mudahan pintu rahmat dan ampunanNya masih terbuka bagi kita.(ini lebih ku ingatkan kepada diriku sendiri)
Ya Tuhan kami , kami telah menganiayai diri kami sendiri , dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami , nescaya pastilah kami termasuk org-org yg rugi
Al-a’raf 7 : ayat 23
Tika ini , tiadalah lain yg menjadi sumber rujukanku selain dariNya melalui kitab yg penuh barakah … al-Quran. Kitab ini menjadi sumber kekuatanku..di kala aku pilu mengenangmu aku sering menjadikan kitab ini pendamai jiwaku yg resah. Ayat-ayatnya bisa menjadi penawar yg paling mujarab buatku.Sesungguhnya aku tidak sekentalmu.
Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi org-org yg beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada org-org yg zalim selain kerugian
Al-Isra’ 17 : ayat 82
Terlalu payah untukku usir dirimu yg telah sebati dalam jiwaku.Aku lemah tidak berdaya.Hanya kepadaNya aku berdoa dan berharap ; agar hati ini kuat menghadapi dugaan ini.
Wahai Tuhan yg berkuasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hatiku di atas agamamu
Aku berharap kau mendapat apa yg di hajati dalam hidupmu.Mudah-mudahan bahagialah dikau dunia dan akhirat.Ku doakanmu agar ketemu dgn seorg wanita solehah yg apabila kau pandang akan menjadi sejuk matamu , tiada jemu menatap hening wajahnya , menjaga kehormatannya serta aib suaminya, yg akan mendidik anak-anakmu dan paling penting menjadi kecintaanmu dunia dan akhirat.
Sabda Nabi,
Sebaik-baik isteri adalah jika kamu memandangnya membuat hatimu
senang, jika kamu perintah dia mentaatimu, dan jika kamu tinggal maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya.
Dan aku pohon jua padaNya agar dipermudahkan aku untuk menghadapi semua ini.Sekali lagi , izinkan aku simpan semua kenangan yg pernah kita cipta bersama , kerna tidak mungkin dapat kupadamkan dari ingatanku ini.Dan izinkan aku menyintaimu sebagai cinta seorang saudara muslim kepada muslim yg lain.Berikan aku peluang untuk membantumu di kala kau kesempitan dan keseorangan , andai dapat aku bantu.Janganlah tali silaturrahim ini menjadi putus kerana kebencian.Tapi biarlah kita bertemu dan berpisah keranaNya.Maafkan aku juga andai warkah ini mengganggumu.Aku harus jujur padamu dan pada diriku.Di akhir kalam ini , aku titipkan secebis kisah yg aku petik dari :
Ayat Ayat Cinta
Novel Pembangun Jiwa
Karya
Habiburrahman Saerozi
Alumnus Universitas Al Azhar, Cairo
Hayatilah novel ini kerna isinya akan menjadi penerang akal dan penawar hati
“Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka
keduanya bisa saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya
justru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil maupun besar. Tentu
kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai
kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun
juga. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa. Jika
yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan
kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah Swt.
Inilah yang telah diperingatkan oleh Allah Swt dalam surat Az Zuhruf ayat 67:
‘Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebagiannya
menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.’
Isteriku, aku tak ingin kita yang sekarang ini saling menyayangi dan saling
mencintai kelak di akhirat justru menjadi musuh dan seteru. Aku ingin kelak di
akhirat kita tetap menjadi sepasang kekasih yang dimuliakan oleh Allah Swt. Aku
tak menginginkan yang lain kecuali itu isteriku. Hidup dan mati sudah ada
ajalnya. Allahlah yang menentukan bukan keluarga Noura juga bukan hakim
pengadilan itu. Jika memang kematianku ada di tiang gantungan itu bukan suatu
hal yang harus ditakutkan. Beribu-ribu sebab tapi kematian adalah satu yaitu
kematian. Yang membedakan rasanya seseorang mereguk kematian adalah
besarnya ridha Tuhan kepadanya. Isteriku, aku sangat mencintaimu. Aku tak ingin
kehilangan dirimu di dunia ini dan aku lebih tak ingin kehilangan dirimu di
akhirat nanti. Satu-satunya jalan yang harus kita tempuh agar kita tetap bersama
dan tidak kehilangan adalah bertakwa dengan sepenuh takwa kepada Allah Azza
Wa Jalla.”
TQ atas post ini…Semoga Allah melimpahi rahmat dan ketenangan jiwa kpd anda..
syukran atas post ni..moga Allah menyelamatkan kita semua..
“sayang nak lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud dll.”
Orang2 kafir Quraish pun menggunakan perantara untuk mendekati Allah iaitulah dengan patung2 berhala. Langkah pertama kena sematkan di hati perhubungan ini menghasilkan dosa yang disaluti “pahala” jadi tenggelamlah dosa dari pandangan pasangan yang bercinta ini. Mesti ada kekuatan dalaman untuk menolak sebarang hubungan.
Akak bukan nak menyokong tetapi memang penat nak mentarbiyah golongan ini. Perbuatan bersandarkan rasa ni memang susah nak dibawa berbincang.
“Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.”
Saya setuju dengan kata-kata ustaz tu cuma saya musykil dengan kata-kata “Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum”. mintak penjelasan daripada ustaz..
ABU SAIF SAYS:
Sebab itu saya letakkan tanda ‘ ‘ untuk menunjukkan bahawa ia adalah bahasa kiasan
Assalamualaikum wbt,
Janganlah hal-hal begini menghalang kita daripada membuat kebaikan..bertudung labuh dan berjubah bukankah itu mengangkat darjat seorang muslimah di tempat yang tinggi jika dia benar-benar memahami dan menghayati tujuan asal. Teringat pesanan Rasulullah “Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah serahkan kita kepada manusia…’
…apa-apa pun tindakan kita biarlah bernoktahkan akhirat dan tiada lain melainkan Lillahi Taala….
Salam,
Saya rasa gusar juga memandangkan beberapa kes yg mirip di atas banyak berlaku di kalangan yg ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidaka dijaga. Hanya berbbekalkan perkataan dan perbincangan yg dengan ‘jihad’ tahajjud’ dan sinonim dgn perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan couple mereka sudah diredhai walau pun saling bercouple berdua-duaan dan saling bertelefon, sms, email dgn luahkan perasaan cinta masing2. Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yg hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslimah dan muslimin menjadi penghangat cinta bagi mereka yg bercouple.
Sungguh, bersegera bernikah itu sahaja penyelesaiaan bagi couple yg belum bernikah tanpa salng merindui atau menyayangi kekasih mereka. Cinta dan kasih yg diredhai Allah itu hanya setelah adanya hubungan sah suami isteri. Kalau tidak ia akan parah sehingga zina kecil menjadi zina besar.
mmg ana lama geram ‘perangai’ lirik-lirik nasyid sekarang. dahulu semasa nasyid masih lagi underground lirik-liriknya amat terkawal dan islamik.
nasyid tewas dengan kehendak remaja. terpaksa ikut kehendak bukan membentuk remaja. ehh ke nasyid pulak perginya.
by the way, point disini mengapa amilin pun boleh terjebak dalam cinta ‘bengong’ ini? itulah yg mengusarkan abu saif
ada seorang ukhti kat atas tu takut nak pakai jubah n nak pakai tudung labuh semata-mata kes2 macam ni..em.rase macam tak patut la…bukan salah tudung labuh n jubah tu sebenarnya…tapi sifat or perangai pemakai yang memakainya…
kadang-kadang tu ade jugak sorang dua minah bertudung labuh terjebak dengan cinta monyet. malahan ada kawan saya cakap ade yang sanggup berzina.. nauzubillah. ni la yang masyarakat akan pandang dan cari, ‘titik’ hitam di atas ‘kertas putih’.. mereka akan kata orang tudung labuh pun camtu baik kami lagi..free hair.
Perkara ini sangat merunsingkan…bagi saya juga yang mempunyai 4 orang anak perempuan walaupun masih kecil.Bukan salah ibu mengandung …cuma diri sendiri yang mampu mengubahnya seperti kata ustaz. Mungkin ‘cinta ana-enti’ juga yang menyumbang kepada gejala al-futur selepas habis pengajian walaupun amir kahwin dengan amirah kampus…mmm… Masa zaman saya 10 tahun lepas, tiada balasan sms kerana handphone bukan keperluan pada masa itu tetapi seringkali dating di sebalik tabir di surau atas alasan meeting ad-hoc program….Mmm….saya rasa perlu membuat sesuatu di dalam kapasiiti saya sebagai penasihat satu persatuan pelajar Islam di IPT.. Ya Allah permudahkanlah kami semua….
assalamualaikum,
affair amongst married couples seolah olah menjadi suatu yg biasa kini..tak cukup di kampus di pejabat pun apa kuranganya.. bersentuhan, gurauan lucah amongst lelaki dan wanita di pejabat,di kuliah kuliah membuatkan gejala ‘affair’ solah olah’ direstui’ oleh kebanyakkan masyarakat. apatah lagi dengan program tv yang menjadi kegilaan seperti desperate housewives etc. sedar tak sedar ramai gejala desperate housewives menular dikalangan wanita yg sudah berahwin kini..saya nasihatkan kpd yg terlibat dng gejala ini..berhentilah segera..anda sebenarnya bukan berada di ambang cinta tetapi nafsu serakah yang bergelora.. percayalah..penyakit kronik ini tidak akan terhenti dng sendiri unless u put a stop to it.. kalau tidak dng si A si B pula ..tamat dng si C si D sudi menjadi pengganti..kalau ‘suamilah’ menjadi punca anda mencari yg lain..carilah penyelesaian yg terbaik..having an affair is not the only solution in fact akan menambah keruhkan keadaan percayalah!berbincanglah sebaiknya dan pohonlah pengampunan dan PETUNJUK serta JALAN KELUAR kepada Allah akan penyelesaiannya…Alhamdulillah Allah telah banyak membantu saya..yakinlah Allah juga akan membantu anda kalau anda mahu dibantu!
????? ????? ????? ????
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan didalam dosa itu dan amatlah jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Buat adik-adik, memanglh alam remaja, amatlah indah jika ada orang lain yang sentiasa “caring” keatas kita tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan/keburukan pasangan masing-masing. Bila anak-anak dah bertambah dan kesibukkan hidup, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu. Mungkin masa student zahirnya islamist tapi sebenarnya kendekut, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri. Dalam suasana kampus dan program berpersatuan semasa belajar apalah yang dapat diketahui mengenai kehidupan sebenar melainkan angan-angan yang indah. Dari berpolitik, cara hidup, cara belajar dan identiti diri kebanyakannya ikut mengikut. Kalau ” local U, it’s too obvious to malay”. Mungkin “something is not right” bagi student lelaki kalau tidak tahu mengorat student perempuan walhal ianya adalah anugerah Allah dalam tidak menjebakkan diri didalam sesuatu yang berdosa. Buat adik-adik sekali lagi, belajarlah bersungguh-sungguh kerana ianya adalah keutamaan dan elakkan dari angan-angan dan khayalan kerana jodoh, pertemuan dan maut adalah ketentuan mutlak Allah.
Jazakallah ustaz diatas sumbangan-sumbangan artikel yang baik dan bermanafaat semoga menjadi renungan.
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan didalam dosa itu dan amatlah jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Buat adik-adik, memanglh alam remaja, amatlah indah jika ada orang lain yang sentiasa “caring” keatas kita tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan/keburukan pasangan masing-masing. Bila anak-anak dah bertambah dan kesibukkan hidup, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu. Mungkin masa student zahirnya islamist tapi sebenarnya kendekut, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri. Dalam suasana kampus dan program berpersatuan semasa belajar apalah yang dapat diketahui mengenai kehidupan sebenar melainkan angan-angan yang indah. Dari berpolitik, cara hidup, cara belajar dan identiti diri kebanyakannya ikut mengikut. Kalau ” local U, it’s too obvious to malay”. Mungkin “something is not right” bagi student lelaki kalau tidak tahu mengorat student perempuan walhal ianya adalah anugerah Allah dalam tidak menjebakkan diri didalam sesuatu yang berdosa. Buat adik-adik sekali lagi, belajarlah bersungguh-sungguh kerana ianya adalah keutamaan dan elakkan dari angan-angan dan khayalan kerana jodoh, pertemuan dan maut adalah ketentuan mutlak Allah.
Jazakallah ustaz diatas sumbangan-sumbangan artikel yang baik dan bermanafaat semoga menjadi renungan.
macam mane le korg boleh rasa nak bercinta.aku nak bercinta pun malas.yela..bila bercinta ko nak kene caring ngan pasangan ko le.nak kene buat itu,buat ini.tak buat kang,ade yg terasa seolah-olah kita tak sayang dia.rasa bertanggungjawab kat pasangan tu yg aku malas.diri sendiri pun tak terjaga nak jaga anak org.
idup sorg2 suday.jodoh tu kan kerja tuhan.buat ape le pening kepala nak pikir.ade jodoh ade la.takde jodoh nak buat camne.ade lagi bende lagi best selain dari bercinta.
Betul tu yang pasal tudung labuh n jubah tu..tapi nak menghadapi pandangan serong orang..n sedangkan diri ni pun bukan tinggi ilmu agama..kdg2 rasa tertekan gak..erm cam contoh masa artikel cinta anta-anti tu..yela mungkin sebab kat tempat ana, iktilat kukuh dijaga, jadi tak pernah dengar kes macam tu..sekali keluar artikel tu..di saat pihak ‘aspirasi’ kampus sibuk mencari kelemahan kami2(PMI) ni..masa tu rasa semakin sukar nak dekati adik2 junior yang memang telah di ‘brainwash’ dengan imej buruk PMI. Sampai masuk isu tu dalam usrah..Tapi insyaAllah ana akan ambil perkara ni secara positif. cuma masa tu ada sedikit terkilan..
-maaf ustaz kalau keluar tajuk-
Allahualam..
pengaruh televisyen.
mata ketiga dajjal.
inilah dunia demokrasi kapitalis.
fungsi Islam Hadhari?
salam,
Permasalahan yg sememangya berat utk ditangani, bukan sahaja berlaku di kalangan siswa/siswi tetapi juga berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini…. suami cinta isteri orang, isteri cinta suami orang, dan mcm2 lagi cinta2 yg terlarang……objektif cinta yg haram yg cuba dihalalkan dengan methodnya….
Hakikatnya, cinta selepas kahwin adalah cinta yang maha suci dan maha manis sekali dibandingkan dengan cinta2 karut yg lain…..tetapi mengapa ‘muslimah’ masih lagi terjerumus ke dalam cinta terlarang/haram itu? tepuk dada tanya iman……jgn tanya selera yg sentiasa bergelora dgn nafsu…
Buat ‘muslimah’ tersebut or insan2 yg seumpamanya, bertaubatlah dgn sebenar taubat….ingatlah suami/isteri anda adalah yang terbaik buat anda kerana ianya adalah JODOH pemberian dan ketentuan Allah s.w.t, terpulang kepada pasangan suami isteri itu untuk men’suci’kan dan me’manis’kan cinta halal mereka…..
Buat diri ini, semoga terus bersyukur dengan isteri yang dikurniakan…..semoga terus tabah di kejauhan beribu batu ini tanpa isteri di sisi……
Buat ustaz & readers saifulislam.com, semoga terus berusaha mencegah yg mungkar, semoga perjuangan success selalu…..
wallahua’lam
@khair76,
salam….
saya terpanggil utk memberi pandangan atas kenyataan khair76 dan apa yg sedang dibincangkan..
Semasa di alam Universiti..saya adalah seorg yg boleh dikatakan ‘org baik2..alim2′ coz mmg banyak terlibat dgn aktiviti Islamik..dan perkara inilah yg menjadi penghalang dari saya melakukan maksiat duniawi sebelum perkahwinan…..Alhamdulillah…
tapi..betullah ape yg selalu diperkatakan..hidup berumah tangga lebih mencabar…
siapa sangka, setelah saya berumah tangga, keadaan ekonomi yang Alhamdulillah stabil dan mempunyai 2 org cahayamata,lebih ramai lelaki yang datang mengganggu… lelaki yang datang bukan calang2 orangnya.. berjawatan,berkereta mewah,harga rumah beratus2 ribu…dan boleh dikatakan kesemuanya suami orang…..saudara saudari terfikir…mampukah saya melawan perasaan dan gelodak hati?
Akhirnya saya turut terjerumus dalam percintaan suami orang dengan isteri orang…satu dosa yang cukup besar…
Walaupun perkara ini telah bertahun berlaku…ingin saya titipkan nasihat buat adik2 yang baru melangkah ke dunia dewasa
Ujian Allah..pada bila2 masa…. sebenarnya…bilamana kita dianggap oleh orang (terutama semasa di kolej/universiti/sekolah) golongan yang ‘baik2′ atau ‘alim’….
kita sebenarnya akan hadapi dugaan yang lebih mencabar…
pada masa itu…’jangan cepat melatah’…’jangan cepat percaya kata2 orang’… ‘teruskan dan tetapkan keimanan di dalam hati’….’jangan mudah gundah gulana’.. ‘jangan mudah terbelenggu dalam situasi’….’jangan mudah bersedih’….KERANA..pada masa itulah….syaitan akan datang mengganggu dan menggoda keimanan kita…
Sekadar peringatan utk semua…wallahua’lam
Salam…
Rasanya ramai remaja merasakan ada teman lelaki/perempuan merupakan satu “keperluan” untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada remaja yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah. Suatu ketika dulu, saya pernah meluahkan rasa gusar saya kepada sebuah kumpulan nasyid remaja terkenal yang saya rasa yang pertama mengutarakan lagu nasyid yang bertemakan cinta begini dan amat mengejutkan ia mendapat sambutan yang sangat-sangat baik daripada golongan muda. Alasannya mahu mencipta kelainan dalam lagu-lagu nasyid. Saya katakan cukuplah lagu-lagu genre lain yang mendorong ke arah itu, jangan ditambahkan lagi dengan lagu nasyid
ana muslimah bertudung labuh, berjubah. ana sendiri pernah disindir oleh kawan (yg x bertudung labuh) disebabkan perkara aib yang dilakukan oleh kawan seusrah ana (bukan aib zina)…ana terlalu sedih dengan sindiran itu. sebenarnya org yang bertudung labuh ini tidak pernah mengaku diri maksum. cuma dia sedang cuba untuk memenuhi salah satu daripada tuntutan menutup aurat. sementara di aspek lain, banyak lagi kekurangan dirinya yang diakuinya sendiri. cuma ana setuju, bahawa amatlah tidak wajar utk orang yang amat menjaga auratnya ini terjebak dalam perlakuan zina.
saya harap jubah dan tudung labuh tidak diheret kepada perbincangan kita. sesungguhnya saya menyanjung tinggi muslimah yang berjubah dan bertudung labuh, khususnya pada hari-hari seperti sekarang yang ‘trend’ itu semakin susut dari amalan.
apa yang berlaku dalam contoh entry ini adalah peribadi yang terlibat dalam dakwah, terjebak dalam sepinggan dosa berulam pahala. sama ada berketayap atau rambut kilat, bertudung labuh atau ikan bawal cermin, saya fokus kepada manusia, akal, hati dan nafsu.
Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud:
” Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
Betul kata ustaz tu, kita bincang pasal manusia naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan jadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan jadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia barang siapa berjaya menundukkan nafsu martabatnya akan menyaingi malaikat kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.. nauzubillah.
Yang paling penting akal kita gunakanlah dengan sebaiknya..
assalamualaikum…
ALHAMDULLILLAH…lps bace artikel sepinggan dosa berulam pahala..sy m’dpt kesedaran tntg bahay berkapel..kalu dulu st x dpt trime ble bf sy mintak putus ttpi slps membaca komen2 n rtikel nie,hati sy brasa lbh tenang n berpuas ati dng tndakan x-bf saya..semuga slpas ini sy akan mendapat lbh input drpd web ini..
syukran jazilan..
Berdasarkan kesimpulan dari sebahagian komen-komen yang diberi, saya jadi tertanya-tanya. Apakah sebenarnya hukum bercinta sebelum berkahwin? Halalkah, atau haram?
Atau bergantung kepada si pelaku untuk menjadikan dia haram atau halal? Jadi, bagaimanakah yang halal? dan bagaimanakah yang haram?
Saya rasa kita kekurangan guideline utk memandu bagaimana cara bercinta yang betul sesama manusia. Yang ada cuma, ini tak boleh, itu tak boleh, jadi tunjukkanlah apa yang boleh?
Secara jujurnya perasaan suka pada seseorang adalah lumrah. Jadi, bagaimana cara untuk mengurusnya dengan cara yang betul?
cubaan semua ni, org dulu diuji, kite pun takkan terlepas, ingatke senang ke nk masuk syurga yang manis tu kalau tak rasa pahit dalam dunia ni?
tgkla org2 yang tinggi darjat disisi Allah, mereka begitu kuat sekali diuji, habistu, kita ingat kita akan terlepas ke, sebab tuhan dah kata , bila kamu mengaku kamu beriman, kami takkan lepaskan kamu, kami akan test atau uji kami.
kalau tak caya buka surah ankabut ayat yang kedua.
hidup tak boleh lari dari apa yang Allah katakan dalam Quran tu .
Salam,
Buat para dai’e…
Pertama sekali kita perlu sedar lumrah kepelbagaian tingkat keimanan manusia, daripada semulia-mulia Nabi Muhammad penghulu segala anbia’ sehinggalah kepada sejahat-jahat firaun yang mengaku dirinya tuhan. Dan juga kita perlu sedar bahawa insan itu diciptakan dengan sifat lupa dan lalai dek kerana nafsu dan syaitan, oleh itu sama-samalah kita mengingatkan. Yang penting adalah menyambung kerja-kerja nabi menyelamatkan mereka yang lalai. Jangan sesekali berputus asa kerana mungkin kita juga akan diuji Allah. Sebagaimana diceritakan dalam tafsir Al-Azhar oleh Prof HAMKA, tatkala Nabi Yunus berputus asa dengan kaumnya, lalu Allah mengujinya sehingga ditelan seekor ikan yang besar. Ingatlah juga pesan Prof Dr Yusoff Al-qardhawi, “pandanglah mereka (pelaku maksiat) sebagaimana seorang doktor melihat pesakitnya”. Mereka sebenarnya sakit, dan sakit mereka ini mungkin berbeza-beza. Mungkin bagi remaja, penyakit utamanya ialah cinta kotor, hiburan dan bagi yang dewasa lain pula penyakitnya, mungkin gila harta, pangkat, ego dsb. Yang sihat hatinya dalam soal cinta, berilah ubat untuk mereka yang sakit, tapi jangan lupa bahawa kita juga mungkin sakit pada soal yang lain. Bantu-membantulah semoga kita semua bebas dari sebarang penyakit. Jangan sampai hati kita mati, Na’uzubillah…
Bagi remaja yang berada dalam situasi ini…
Lembutkan hati dengan zikrullah, hapuskan dosa dengan perbanyakkan taubat, redakan gelora nafsu dengan mengingati mati, anggaplah diri sedang diuji Allah. Pohonlah petunjuk dan dipermudahkan jalan yang halal lagi diberkati. Hijrahkanlah diri sekarang.
Ya benar kata tuan Ibnu Yusoff..Nabi2 sahaja lah maksum..manusia biasa mcm saya nih tak terlepas dari melakukan dosa..hatta org2 alim pun ada juga yg melakukan dosa cumanya dosa2 org alim nih tak mcm dosa2 org biasa..kdg2 kerana tak sengaja mendahulukan tgn kiri dari yg kanan kerana menerima sesuatu pun dah mcm satu dosa besar bg org2 alim ni..Allah bila nak uji hamba Dia bkn kira org alim ker,org biasa ker or org kufur sekalipun..Dia berhak utk menguji sesiapa yg Dia suka..
“Sesungguhnya rahmat Allah lebih luas dari kemurkaaNya..”
Soal cinta sebelum kahwin harus lebih terpeinci dari sekadar menyebut tentang hukumnya.
Saya telah cuba membantu dengan menulis dua artikel sebagai panduan. Tolonglah baca perlahan-lahan dan banyakkan berfikir sebelum bertanya soalan yang telah dijawab. Artikel yang saya maksudkan ialah:
ERTI SEBUAH PERKAHWINAN
http://saifulislam.com/?p=75
MENGURUSKAN FIKIRAN TENTANG PERKAHWINAN
http://saifulislam.com/?p=136
Hindarkan diri dari bermain cinta, jika dalam jangka masa terdekat tiada kemungkinan untuk berkahwin. Jangan nyalakan api jika tiada kayu dan dapur serta periuk untuk memasak. Kelak rumah yang terbakar hangus.
salam ustaz n smue…
alhamdulillah…sy skang umur 22 thn, tp x pernah terjebak lg dlm industri perCOUPLEan ni. sy yakin Allah dah tetapkan jodoh untuk sy, who n when n where, WALLAHU’ALAM. sy sentiasa berdoa spy Allah tetapkan keyakinan itu. ape yg penting skang, sy kene berusaha untuk jd lebih baik, didoakan si dia (ntah siape) pun mcm tu. perempuan yg baik ntuk lelaki yg baik kan?. life sy skang simple n senang n tenang. sy pun xde nak cemburu or x senang duduk dgn kengkawan yg ade pakwe (but mostly friend sy jenis single), sbb dah keyakinan sy mcm tu. tp sy ade mak2 saudara yg sgt(x10) caring. slalu tanye dah ade pakwe belum, or bile nak kahwin. sikit2 ade jugak rasa bimbang, byknye, x selesa. sesekali tu bo le nak elak, klu dah slalu, dah x tau nak jawab ape. dah pendirian dorang mcm tu, dah masuk umur 20 lebih mesti nak kene ade pakwe, anak dorang pun mcm tu. nak kate ape lg. mcm mane pun, sy sgt bersyukur sy ade ibu bape (lovely parents) yg sgt memahami. satu kepala. ala2 wihdatul fikr, wihdatul amal. haha. itu just nak berkongsi, POINTnye (mcm mane nak ckp ye), masyarakat kita kene ubah style, jgn cpt sgt or slalu sgt bukak topik psl kahwin or couple, nanti, yg xde couple pun nak cr cepat2, sbb dah malu nak jwb ape nanti.ntahle…hanye pandangan sy yg berade di situasi ini.
wallahua’lam
Salam utk saudari female (komen #53), pelik jugak ye mak2 sedara sebegitu? Seingat saya, tak pernah la pulak mak2 sedara saya yang tanya macam tu dulu? hmm.. mungkin sebab zaman remaja saya waktu zaman dinasour dulu.. lain la kot
Tapi ada rasionalnya jugak kerunsingan diorang tu. Kalau tengokkan statistik, makin ramai juga wanita profesional yang tak berkahwin. Ini realiti. Mak mana yang tak risau? Hanya berdoa tanpa berusaha? Sukar situasi sekarang. Sukar menjadi anak remaja sekarang.
Dilema tu pasti ada, secara idealnya, mestilah nak belajar dulu, kerja setahun dua, lepas tu ditemukan jodoh dan terus kahwin. What a perfect planning. Tapi, ketakutan untuk menjadi salah seorang dalam statistik tu, mungkin yang empunya badan tak akan terasa, sampailah bila keadaan mendesak. Eh, kenapa masih tak ada yang meminang ni? Belajar dah tamat. Kerja pun dah ada. Ini memang kerisauan mak bapak. Macam mana nak masuk meminang, kalau yang lelakinya, lebih ramai di Pusat Serenti? Off topic ye.. mintak maaf! Biasalah, sembang petang Jumaat.
assalamualaikum….
hmm sekadar nak bertanya…solution pada pendapat #54 saudari shiha…”Kalau tengokkan statistik, makin ramai juga wanita profesional yang tak berkahwin. Ini realiti. Mak mana yang tak risau? Hanya berdoa tanpa berusaha? Sukar situasi sekarang. Sukar menjadi anak remaja sekarang”…. “Eh, kenapa masih tak ada yang meminang ni? Belajar dah tamat. Kerja pun dah ada”.
nak mtk suruh parents carikan ke? =)
salamz….
hmm,regardingly…the easiest way to conclude all of these is to quote “moron people do coupling,clever one doesn’t”….already heard of this kind of chemically-touch-bond like juta2 lemons of times,something like this probably;
so-not-good girl:salam sayang,bngonla tahjjud
so-stupid-man :wassalam..jazaks atas peringatan,i love u so much
ouch!ohhh..what a pile of shit,get married ya MORONzz!
Isu ini memang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘amilin Islam di kampus. Ia bagaikan menjadi wabak penyakit yang perlu diubati. Bagaimana seorang ‘amilin Islam di kampus yang me’nerain’ orang di kampus terlibat dengan semua ini…
Benarnya hadith nabi yang mengatakan Islam ini akan bangkit dari tangan-tangan orang Islam yang membuat dosa….itulah realiti sekarang yang perlu dicari penyelesaian….
Assalamualaikum
sekadar berkongsi link Peluang dan Tantangan Menuju Siap-Nikah. harap bermanfaat, insha allah.
emm…ana tertarik komen saudari shiha…mmg skang makin ramai yg andartu.
‘…Kalau tengokkan statistik, makin ramai juga wanita profesional yang tak berkahwin. Ini realiti. Mak mana yang tak risau? Hanya berdoa tanpa berusaha? Sukar situasi sekarang. Sukar menjadi anak remaja sekarang…’
tp ana musykil, mcm mane yg dikatakan BERUSAHA? ade anak usrah ana dulu pun bertanye soalan yg sama.
ana cadangkan diwujudkan baitul muslim untuk wanita profesional, insyallah ade jodoh dan itulah jalan yang sebaik-baiknya.
Assalamualaikum dan salam ketenangan buat semua….
sememangnya benarlah kata Junjungan Besar Nabi kita bahawa jihad melawan hawa nafsu jauh lebih hebat dan besar daripada jihad2 yang lain….Sekarang ni semakin ramai yang buat perkara2 yang mereka sendiri tahu ianya salah…di sekeliling saya ni pun(di salah sebuah ipta) ramai yang buat perkara yang sahih2 salah lagi berdosa….sedih sangat bila tegok sekeliling kita yang cerdik pandai ni cuba mengHALALkan sesuatu yang sahih HARAM…cthnya guna istilah COUPLE ISLAMI supaya nampaklah islamiknya cinta depa tu…yang lebih menyedihkan mereka bukan sahaja cerdik pandai malah bagus ilmu agamanya…saya sendiri ada kwn yang bercouple dgn ‘hafiz’….saya hairan jg macam mana seorang hafiz yang juga imam boleh melayan perempuan,berbual mesra dlm phone, bertemu, ber’sms’….knapa skrg macam ni…saya benar2 benci dgn persekitaran yang macam ni…terlalu ramai kwn2 saya yang bercouple…nk cari yg tak bercouple pla yg payah….saya nak minta pendapat dari ustaz dan kwn2 yg lain kat cni, apa nasihat terbaik yang boleh kita berikan pada kwn2 kita yang hangat bercouple ni…spya nasihat kita masuk ke hatinya dan dalam masa yang sama hatinya tidsak terguris….
Salam.
ustaz macam dh tukar title posting ni aje…
bagus artikel ni ustaz. sangat sesuai untuk para remaja yg berkapel atau teringin nak berkapel sama ada ‘berkapel islamik’ atau tidak. Pokok pangkalnya bila dah terjebak dalam kancah maksiat ni, kena kuat iman utk ‘memutuskan’ perhubungan yang ada. Biasanya inilah pengorbanan yg tak sanggup dilakukan. Sepatutnya, dahulukanlah Allah dari si dia. Kalau berhubungan dengan si dia tu menyebabkan kita menjauhkan diri dari Allah, itukah pasangan yang kita harapkan akan membawa kita ke jannah? Jangan harap! Kalau dah dia membawak kita jauh dari Kekasih yang Satu, nak berkapel lagi dengan dia tu? Tepuk dada tanya iman. Fikir jangka masa panjang, jangan nak sedap sekejap tapi merana selamanya.
Tapi ye lah, kita salu nasihat2, tapi salu jugak diorang kasik reply, hati dan perasaan tak boleh dipaksa2..huhu. tak dapek den nak nolong.
salam ustaz…peringatan untuk saya…insyaallah…saya akan cuba hindari untuk melakukan perkara demikian….
Assalamualaikum,
Ohh..Bertapa kerasnya hati saya … artikel di atas masih tidak mampu saya hadam dengan lumat. ..
Ustaz sememangnya bagi saya … keterlanjuran sering bermain di setiap sisip kehidupan . Lelaki bertopengkan Islami yg jauh lebih hina dan lebih syaitan dari syaitan!
Saya mungkin Contoh terbaik artikel ustaz itu..
Biarkan saya campak diri saya jauh2… tak akan saya heret muslimah yg baru berjinak dengan dosa terus hanyut bersama saya…
Doakan saya ..Ustaz.. Astrgfirullah…
Kasihanilah aku.. Allah
Salam..
Sekadar terfikir.. kalau para mahasiswa/i yang bakal menjadi ustaz/ah pun sudah terjebak dengan hal sebegini, bayangkanlah pula senario siswa/i lain yang sekadar mempunyai asas agama sampai Tingkatan 5? Dan bayangkanlah pula senario remaja 20-an yang langsung tak masuk U/tertiary edu? Kesannya lebih besar.
Wallahua’lam & wasalam..
Hati…bagaimana bisa dijaga dan di baja dgn iman…dgn nafsu yg meronta-ronta beserta segala kemelut kota..syaitan bermaharajalela…lemaslah manusia…nauzubillah himinzalig…
Tentera syaitan masih/akan/tetap ku lawan..Ya Allah…berilah kekuatan demi mencari damai di hati… Allah maha adil.. dugaan demi dugaan dtg dan pergi atas kesilapan diri ini..Astagfirullah… Ya Allah..tetapkan hati ku..kuatkan iman ku…demi mencari damai abadi…
Salam, Ana ni bekas ustaz juga. Dulu mmg asyik gunakan ilmu agama utk tackle muslimat sewaktu belajar di IPTA lagi. Selalu gunakan skill hafalan hadis dan Quran utk buat ramai muslimat Impress. Setiap kuliah ana bawa mesti ana buat joke di selangi dengan petikan hadis/ quran supaya nampak gah di mata muslimat. Ramai muslimat suka kat ana …pada ana waktu tu seronok manipulate muslimat2 ni. Derang mmg termakan dgn skill ana , derang tunduk dan patuh dgn kata2 ana…termasuk dari pengajian islam pun. Sampai ada yg ikut ana keluar dating kat Mines…lepas tu kami buat apa …tu ana tanak cerita. Bukan ana saja malah ada lg rakan2 lain yg seangkatan mendorong ana berbuat demikian dan ada sesetengah sudah terlanjur jauh tetapi masih berada dalam organisasi yg amat di hormati di kampus.
Tapi itu dulu.. ana dah di balas setimpal dgn perbuatan ana. Tapi realiti yg berlaku pada ana, sepatutnya tidak boleh berlaku pada anak generasi kini..sebab padahnya mesti lebih rumit.
Sekadar berkongsi. Salam
salam,utk ust hasrizal…kta sbg org yg ada fikrah islami pn kdg2 x dpt nak elak benda2 cam ni,walaupun thu benda 2 dosa sb iman yg ada hanya senipis bawang
Salam….maaf nak mencelah,4 comment no 48. erm setau saye dalam islam xder istilah cinta antara lelaki dan perempuan..CINTA sesama lelaki @ CINTA sesama perempuan, bertemu dan berpisahnya mereka hanyalah semata2 kerana ALLAH tue ‘ader’ malah islam menggalakkan lagi…so sepatutnya x timbul soal guideline dalam mencari ‘sebuah cinta suci’ berlawanan jenis nih!!??kalu nak juga tunggu kawin lar baru tau…hehe!!??
Assalaamu’alaikum…
Walau jauh di mata, bahasa pun berbeda, hati kita insyaAlloh senada…
Ustadz, semoga selalu dirahmati Alloh…
tidak banyak lisan yang bisa merangkai kata, tidak banyak jari yang terampil menyusun berita. Saya bangga karena di web ini ustadz banyak menyajikan gejolak hati yang tidak mampu saya ungkapkan…
saya iri karena sebagai muslim seharusnya saya juga mampu menyampaikan walau hanya satu ayat…
Perkara zina sms, zina hati, berkhalwat atas nama pekerjaan/tugas sudah sangat biasa pada masa ini. Bahkan seorang muslim akan dituduh “kuno”(old fashioned, conservative) bahkan fundamentalis bila berdiri di atas syariat. Sungguh bagai memegang bara!
I live in Indonesia, the biggest muslim community in the world… tapi tak lebih dari buih di samudra… disini bahkan lebih liberal dari France, lebih merdeka dari Netherland…
Semoga ustadz selalu dilindungi oleh Alloh…
salam ustaz, terima kasih untik peringatan ni.
utk cinta sblm kawin, elok baca artkel ni. very interesting:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568
wah bab2 nih ramai plak komentarnye iye??hehehe..
teruskan ‘mengomen’..
thanx for the article n komens.
May Allah give me hidayah n guide me to make right decisions.
- hamba Allah yg bermasalah -
MasyaAllah! kes macam tu pon ada ek! 1st time dengar nih…. memang licik syaitonirrojim tu memerangkap depa…. pengajaran berharga buat saya. thanx ustaz!
Assalamualaikum w.b.t!!!
Semoga apa yg dipaparkan oleh Ustaz dlm ruangan ini mendapat keinsafan bg kita semua.Sy sendiri turut terasa & terkena pedasnya, namun bukanla krn sy turut melakukannya tetapi sbg muslimah, sy merasa malu..Na’uzubillah min zaalik.Mmm…benarla tiada manusia y perfect di dunia ini. Tahabbit quluubi ya ALLAH!! Amin..
terkejut dan terpanggil untuk bertanya kepada diri sendiri..adakah aku juga di dalam golongan itu?masyaAllah..kisah yang diaparkan oleh ustaz tadi adalah satu cerita yang boleh saya katatak terjadi kepada seorang muslimah.. org yang kuat agama dan sebagainya..ape tah lagi cerita org biasa yang bukan dari golongan ‘muslimah’?..hmmm renungkan lah wahai sahabatku..kita perlu berhijrah dari sekarang..
Salam Sejahtera ke atas pemilik blog “ilmu” dan “diskusi” dan kepada semua pembaca.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
wallahua’lam.. pada pandangan saya, masyarakat kita kekurangan da’ie yang menyampaikan dan memperingatkan kepada semua golongan tentang ISLAM yang sebenar-benarnya mengikut acuan Al-quran dan Sunnah….tidak sampai kepada muslimin muslimat diluar sana…mukminin dan mukminat…. termasuklah kepada golongan munafik, musyrik, fasik, jahil, murtad dan sebagainya.
sebelum itu saya ingin membuka beberapa persoalan
adakah kita rasa mesej keIslaman kita sampai pada mereka-mereka yang “sakit “, “penyebar penyakit”, “pendokong penyakit”…dan seumpama dengannya di luar sana hanya dengan:
1. Doa?
2. Ceramah?
3. Conference Islamic?
4. Blogging?
cukupkah dengan usaha sebegitu? saya tidak menyalahkan cara tersebut..tetapi cukup atau berkesankah?
kerana ceramah, conference islamic, dan blogging hanya dipaut oleh mereka-mereka yang mendapat HidayahNya…bagaimana dengan mereka-mereka yang tidak mendapat HidayahNya? adakah kita berpuas hati meninggalkan mereka dalam keadaan begitu jika benar ustaz kata ustaz bersifat da’ie?
kenapa kita tidak bersungguh-sungguh menggunakan pendekatan seperti cara Rasulullah S.a.w..
Bila ada golongan yang bersifat “tabligh” yang menyambung kerja-kerja dakwah dan cuba memperingatkan masyarakat tentang Allah, Rasulullah…… ramai pula yang bersangka buruk dari bersangka baik…….. sedangkan sifat-sifat Rasulullah adalah jujur, amanah, tabligh, fatonah….. kenapa tak mahu ikut sifat-sifat Insan Mulia itu? cabaran dan ujian keimanan bagi mereka yang mengaku beriman itu hanya tidak tertakluk hanya pada ruang mujahadah tentang masa, isteri, anak, harta, universiti dan sebagainya. amatlah besar erti mujahadah itu..
masyarakat lebih suka bersangka baik pada “maksiat”…contohnya…. tak semestinya tak bertudung tu jahat…yang penting hati dia…. Allahuakbar… dah tak bertudung tu tentulah hati dia rosak keimanannya…. itu belum lagi sentuh tentang yang “couple” … termasuklah “couple jahil” dan “couple islamik”…. itulah sebabnya….cubaan bersangka baik pada yang BATIL…. mana kita nampak pada hati..yang terzahir itulah yang lahir dari HATI….. ramai sangat yang terpengaruh dan lebih memikirkan slogan-slogan kosong Yahudi dan Nasrani dari memikirkan ayat-ayat al-quran serta hadith…
orang pejabat agama kebanyakkannya hanya kerja 9am-5pm…..kerja di dalam pejabat….sedangkan…masyarakat sedang bergelora dengan kejahilan….. maksiat depan mata hanya tengok sahaja…. sedangkan jika ditegur…. itulah “pencegah maksiat”….. (cegah lebih elok dari mengubat)
saya rasa ustaz lebih arif tentang ketamadunan… dan tentang pusingan sejarah yang berulang kali berlaku sejak zaman Nabi Adam dan kesemua Nabi-Nabi terdahulu… Zaman kita lebih dahsyat cabarannya…kerana sifat-sifat “jahiliyah” umat terdahulu semuanya ada pada zaman ini….
sebab itulah kita “khaira ummatin” … menyambung kerja-kerja dakwah Rasulullah S.a.w. tanpa baginda disisi…… sedangkan umat-umat terdahulu hanya perlu taat pada Allah dan Nabi-Nabi mereka….
insyaallah saya sambung lagi….
Alhamdulillah..di izinkan Allah saya sambung….
sebelum itu maafkan saya jika penulisan saya teruk dan menyakiti hati sesiapa serta tidak teratur…. saya tidak berilmu seperti ustaz dan ustazah dalam ruangan ini. saya katakan saya adalah dari golongan jahil
Apakah kita semua mengambil berat pesan Rasulullah S.a.w pada hajjatul wida’ tentang “sampaikanlah walau satu ayat” itu sepertinya kita mengambil berat tentang pendidikan anak kita?
ustaz kata ustaz takut untuk membesarkan anak ustaz…. insyaallah..semoga anak ustaz lebih baik dari ustaz..
sekarang nie… apa yang mampu saya pesankan pada rakan-rakan sebaya dan adik-adik bermasalah dengan:
1. Allah Sentiasa Melihat dan akan mengadili setiap perlakuan kita setiap masa.
2. Adanya Malaikat yang sentiasa menulis amalan di bahu kiri dan kanan. tanpa henti. tanpa rehat.
3. Bila angin bertiup…hujan turun..awan bergerak.. itu adalah kerja Malaikat pembawa rezeki dan hujan.
4. Adanya syaitan yang menghasut tanpa henti tanpa rehat.
5. seboleh-bolehnya mulakan setiap tindakan dengan bismillah..
saya cuma terpanggil untuk menulis sebab ada seorang saudara baru yang telah menyatakan tauhidnya kepada Allah dan Rasulullah berkata begini:
“sekiranya saya tidak mendapat hidayahNya… tetapi saya dikelilingi oleh rakan-rakan Islam, menetap di dalam negara Islam,…. saya akan menuntut pada mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk menyampaikan Islam dan Iman pada saya di mahsyar kelak”
wallahua’lam
maafkan saya..agar kita tidak tuntut menuntut dimahsyar kelak. saya pergi dulu..wassalam
Salam,
Salam,
Thanks for reply from comment # 70.
Owh, dari jawapan saudara/ri, barulah saya faham yang bercinta sebelum berkahwin ni adalah dilarang dalam Islam (Harap betulkan kalau salah). Barulah jelas dan terang.
Tapi saya jarang dengar orang berda’wah, “HARAM bercinta sebelum berkahwin” atau contoh lain, “bernikahlah kerana bercinta sebelum nikah itu adalah haram”. Atau lain-lain ayat yang semaksud yang mungkin lebih sedap dan lebih bersifat da’wah bunyinya tapi jelas maksud.
Yang selalu saya nampak slogannya ialah, “dilarang berbuat maksiat di sini” atau “No coupling” dimana ayat-ayat ini lebih bermaksud kepada melarang untuk berdua-duaan di tempat yang berkenaan (tapi boleh la kalau nak bercinta kott…)
Maka sebab itulah saya yang jahil ini bertanya. Saya mencadangkan, agar para penda’wah mewarwarkan yang bercinta sebelum nikah ini adalah haram, jadi insya-Allah boleh jadi peringatan kepada musilimin muslimat untuk tidak memulakannya. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubat?
Atau mungkin penda’wah sendiri sukar nak melakukannya kerana mungkin ramai juga di kalangan penda’wah sendiri yang berbuat perkara yang sama?
Salam,
Saya baru terbaca artikel ni: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568
Barulah betul-betul jelas. Benda macam ni memang patut diwarwarkan. Agak susah kalau dah bercinta baru ada tegahan-tegahan.
Wassalam..
SOAL HATI – TERPEDAS BILA TERBIDAS:
ADA SEORANG PEREMPUAN TAK PAKAI TUDUNG DAN KATANYA YANG PALING PENTING IALAH APA DALAM HATI. SELEPAS DUA TIGA HARI, SAYA BERJUMPANYA DAN SAYA KATA SAYA NAK MINUM ARAK DAN MAKAN BABI. DIA TERKEJUT. “TAK BOLEH!!! INI SOLAH HUKUM TAK BOLEH DILANGGAR,” KATANYA. SAYA MENJAWAB ” AHH YANG PENTING IALAH APA DALAM HATI. DENGAN MARAH, BELIAU BERKATA. “HUKUM TETAP HUKUM TAK BOLEH DILANGGAR TAK BOLEH DIPUTUS MENGIKUT HATI”. SAYA ISTIGHFAR DAN AKUI KESILAPAN SAYA LALU MENJAWAB – BETULLAH AURAT ITU SOAL HUKUM, HUKUM TETAP HUKUM. TAK BOLEH DILANGGAR, TAK BOLEH DIPUTUS MENGIKUT HATI”. KALAU DIA FAHAMN MENDALAMLAH. MORAL : BANYAK ORANG PANDAI MEMBETULKAN ORANG LAIN, TETAPI LUPA BETULKAN DIRI SENDIRI. BANYAK ORANG SEDAP MENGHUKUM ORANG TETAPI MELOMPAT BILA PERKARA HUKUM TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI!!! WALLAHU A’ALAM.
Assalamualaikum wrt…
AlhamdulilLah…syukur kerana masih ramai yang sependapat dgn ana dalam hal cinta sesama lelaki dan wanita haram sebelum akad nikah. Walaupun hal ini sudah jelas, ana terkadang beristighfar bila masih ada golongan yang faham dan mengamalkan agama Islam dengan baik tetapi masih bercinta sebelum nikah. Alasan yang diberikan cukup mudah, “kelemahan iman”. Bukan kah Allah telah menunjukkan cara-cara menguatkan iman? Tundukkan pandangan, berpuasa dan sebagainya…..
Ana juga berusaha untuk menjadi muslimah yang baik. Berusaha menegur sahabat jika ada yang terlanjur bercinta sebelum nikah. Ana telah melaluinya dahulu. Saudara itu telah berjumpa dengan wali, sebagai tanda dia benar2 ingin menjadikan ku seorang isteri. Hubungan yang terbina 4 tahun hanya diselangi debat yang tiada hentinya. Debat kerana jika dia menghubungiku, ana akan bertanya kenapa? Ada hal penting?Ana tidak ingin berhubung hanya untuk bercerita hal2 yang tidak penting. Tambahan pula ketika itu kami masing2 menuntut. Ku kira dia juga faham kerana dia seorang yang mengamalkan agama Islam dengan baik. Rupanya, kerana ketegasanku….dia berubah hati. 2 kali dia kuketahui curang, cukup menyakitkan hati.
AlhamdulilLah, ana sempat kembali ke jalan yang benar. Biarlah sakit hati kerana tertipu, tetapi ketenangan itu telah ku temui semula. Ana bersyukur kerana tidak bernikah dengannya. Bagaimanakah nanti rumahtangga yang kami bina jika tiada hormat, kepercayaan ku untuknya lagi. Bagaimanakah juga dengan bakal permata hati yang bakal lahir….
Khabar yang baru kuterima dia sudah bernikah dengan pilihan nya. Biarlah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ana. Walau terkadang perit untuk ditanggung. Ana percaya dugaan Allah pelbagai bentuk TETAPI rahmat Allah juga datang berbagai cara. Ana yakin, pasti ada yang lebih baik untuk ana….
Moga Allah menerima taubat ku….biarpun kisah ini telah beberapa tahun berlalu. Bahang dosa itu masih terasa.
terbace post usatz y ini teringin pulak saye nak tarik ustaz ke satu lagi permasalahan y semakin menular..
yakni hbgn sejenis…
y jd masalah nye kekdg tu ade juga y dari golongan y xtggl smyg pon terjebak dgn perkara ni…
beberapa kawan ana pernah mengutarakan masalah ni pada ana…
smpi ari ni ana xtau kat mane silap nye..
harap ustaz bole bg pndgn..
berkenaan hubungan sejenis, saya sudah memperkatakan mengenainya iaitu di dalam artikel CINTA SONGSANG. Mudah-mudahan boleh dimanfaatkan
bezz!! bez!!
makin lama makin manis la cempedak ni! huhu
jolok la lagi!!
jolok la lagi!!
Semoga kita semua tergolong sebagai umatnya.
[...] 3) Sepinggan Dosa Berulama Pahala [...]
mmm….ana hanya dapat muhasabah diri…posting yang baik
salam…
“Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. ”
tq ustaz…
sambung lagi…hehe…
saya akan suggest kawan-kawan saya untuk join site ni… biar mereka belajar macam-macam..sebab saya pun da naik geram ngan kawan-kawan saya yang memakai “kosmetik islam ni”… tapi …paham-paham je la.. saya sampai naik malu ngan non-muslim sebab mereka mulai mempertikaikan muslim yang “pakaiannya cara islam ” tapi perangai…
thanks a lot ustaz… semoga lebih ramai insan-insan di luar sana akan manfaat dari site ustaz ni…
salam…
saya makin takut untuk mengharungi usia 20an ni
semakin hari semakin mencabar ujian hearty yg Allah uji
semoga Allah memimpin dgn hidayahNya
ustaz, bagaimana kalau kami berhubung
dan ‘persahabatan’ kami tidak diketahui sesiapa melainkan org tengah
dan kami juga ada perancangan ke arah perkahwinan
bagaimana ustaz?
adakah perlu sy putuskan ‘persahabatan’ ini?
atau bagaimana ustaz?
assalamualaikum…
satu cara jer pada pandangan mie nak hindarkan diri dari terjebak ke kancah keterlanjuran tak kira line agama atau sebaliknya…ialah:
SENANTIASA MENGINGATI KEMATIAN. Insyaallah kita akan senantiasa bersedia menghadapi maut dengan amalan yang soleh dan menjauhi segala bentuk/jenis kemaksiatan..
Assalamualaikum.. ustaz.
syukran sangat2 atas segala bahan yang ada dalam blog ustaz ni, banyak memberi pengajaran buat diri ini..di sini, saya ingin meminta pendapat ustaz.. sebagai insan yang masih dalam usaha untuk berhijrah mencari makna hidup, saya kadang2 merasa diri ini lemah untuk berdepan dengan ujian dalam memperbaiki diri.. pernah saya cuba mendapatkan bantuan dari seorang ikhwan namun ternyata langkah itu membawa kepada timbulnya perasaan yang lain (bagi ikhwan tu)..tapi alhamdulillah, saya dapat menghadapi ujian itu..cuma kadang2 saya merasakan perjuangan saya untuk memperbaiki diri ini amat payah walaupun saya sedar itu yang seperlunya dilakukan.. malah kadang2 ada sahaja dugaan yang cuba membawa diri ini hanyut semula..harap ustaz punyai pesanan atau nasihat yang berguna untuk diri ini..
Salam air suam, kalu leh, selalulah aktif dengan kerja2 islami..Insya Allah, dengan niat yang ikhlas dan otak selalu letih, awk tak akan pikir benda2 merapu dan ujian tu lagi…
Bermujahadahlah dalam menuju taqwa…huhu…
assalamualaikum..syukran di atas komen semua..memberi saya pengajaran yg besar.. saya juga salah seorang muslimat yg tersedar dr mimpi..harap2 Allah tak tarik hidayah ini dr saya..semoga saya bertemu dgn cinta yg diredhai kelak..
insyaallh.
wassalam.
[...] Sepinggan Dosa Berulam ‘Pahala’ [...]
ASSALAMUALAIKUM…thanx ustaz atas artikel ni..sesungguhnya, sy sendiri rasa tersindir dgn artikel ni. satu sindiran yang menginsafkan..alhamdulillah..thanx a lot..teruskan usaha uztaz..=)
assalamualaikum,
alhamdulillah akhirnya sy bc gak ‘sepinggan dosa berulam pahala’. da lama sy nk bc ni masa ustaz dtg ceramah kat kampus dlu lg tp x sempat2 nk buka. ermm ntah la sy pn x reti da nk ckp apa…sy ada sorang kwn yg blh dikatakan islamik drpd sy la, yg juga pernah nasihatkan sy supaya jgn msg ngan org laki kalau x der hal masa sy masih jahil ttg ni. tp sy sedih gak, skrg ni dia plak yg makin rancak ber’sms’ ngan kwn laki dia yg minat kat dia dan ala2 couple la gak. memang couple pun. siap alwez bertanya khabaar ttg bdak laki tu lg drpd sy. walaupun diorang jarang jumpa tp stil mlm2 b’sms. x th la camner, kdg2 sy ada berkias gak ala2 nk bg nasihat la. tp sy rasa siapala diri ini nk bg nasihat kat dia..
ramai lagi kwn2 sy yg jenis islamik ni maksud sy yg aktif dgn kegiatan dakwah di kampus terlibat dlm hal2 mcm ni. so no wonder la, risalah ttg couple haram yg diedarkan setiap bulan tu hanya sekadar sehelai kertas yg x dipandang pun oleh student2 lain yg nak didakwahnya. apa taknye org yg nk menyampaikan dakwah tu pun still wat benda yg sama, cuma bercorak islamik. kdg2 malu gak sy kalau kwn2 len tnya ttg kwn sy yg sorang tu…x th nak jwb apa. sy doakan kalau memang diorang serius maka cepat la diorang kawin.
1 perkara lg yg sy terkilan, seorang muslimin ni mintak nak bercinta ngan sy. terkejut sy, sy yakin yg dia tahu malah lebih ilmunya drpd sy ttg bab2 ni,x der cinta b4 kawin. bila sy bagitau dia camtu, seolah-olah dia sj wat2 x tau. tetap berkeras dgn hasrat hati dia tu. dia tu boleh dikatakan berlatar belakangkan pendidikan agama, drpd sebuah sekolah agama yg sgt terkenal, tp still bleh jd camtu. Allahuakbar..sy x th lagi dah camner nak buat…moga Allah kembalikan sahabat2 sy tu ke jalan yg benar….
sesungguhya, untuk mengamalkan ajaran Islam sebenar-benarnya bukanlah sesuatu yang mudah. ia perlukan istiqamah secara berterusan dan juga amalan saling nasihat-menasihati dengan kesabaran, surah an-asr, ayat 3. saya akui saya hampir-hampir terjebak dengan perkara tersebut tetapi saya mohon dan mintak perlindungan kepada Allah agar janganlah dikau palingkan atiku stlh aku dpt petunjuk kpdmu. saya menceritakan masalah ini kpd naqibah saya dan dia mengatakan hanya diri saya sendiri yg dpt selesaikan masalah ini. Allah cemburu sifatnya. jgnlah sayang kpd sesuatu prkra yg lain brlbhan-lebihan takut Allah akan tarik blk hidayah yg diberikan. walluahualam. marilah berdoa kpd Allah agr mesej ini dpt peringati diri saya sendiri dan juga anda semua.
[...] 3) Sepinggan Dosa Berulama Pahala [...]
Salamalaik.
Kita semua perlu ingat,
Setiap yang jatuh di mata, akan jatuh di hati.
Jagalah pandanganmu, amalkan hijabmu agar dirimu terjaga, insyaAllah.
terima kasih diatas peringatan, saya pernah terbaca sebab disuruh melakukan solat istikharah ialah supaya tidak tersalah pilihan, dibimbangi kebagusan yang pada mulanya itu bersinar tiba-tiba
hilang…sebab itu segala sesuatu itu berada dalam pengetahuan Allah
dari mula hingga akhir….hanya Dia mengetahui perjalanan hidup kita
“tidak akan menyesal orang yang melakukan solat istikharah”
“antara kerugian anak Adam ialah tidak melakukan solat istikharah”
sabda nabi SAW
artikel ini memang memberi keinsafan, alhamdulilah setakat ini berpegang secara sengaja belum pernah lagi, yang terlanggar secara
tak sengaja itu adalah…
benar apa yang ditulis dalam artikel, kesan buruk daripada pelaku zina
bukan sahaja diwaktu muda….malahan ketika usia tua…
mungkin ramai tidak mengetahui sebab itu berani melakukan zina tanpa
berfikir kesan kemudian hari….
perkara yang kecil2 patut dielakkan….sebelum menjadi BESAR
[...] S81 K13 Salam Wayl. Telah terbit Februari 12, 2009 DARWIN Salam Wayl, [...]
hemm..alhamdulillah..artikel ini menjadikan jiwa say lebih bersemangat untuk melwan godaan syaitan dan nafsu.
sesungguhnya,saya masih muda..sanagt niaf dan baru sahaja menjejak ke dalam alam kehidupan,..serius cakap..pernah berkapel..dahulunya juga agak aktif even saya dari biro dakwah dan tarbiah..masya allah..rasa macam nak teriak pada kawan2 saya yang kapel2 ni..JAUHI ZINA!!!!..especially,well dah namanya perempuan..mulalah asyik memikirkan tentang ciri2 lelaki idaman,berangan2 dan bermimpi indah tentangnya..
sehinggalah suatu hari..seorang yang bernama lelaki telah menghubungi saya..dan saya mengetahui bahawa beliau seorang muslimin..hatta seorang ustaz..begitu saya gembira sekali menemui lelaki idaman..terasa doa di kabul kan Allah..cukup syarat sya..(kira jumpa perfect guy lah>bagi diri ini)..bahagia sangt2.. tpi tak lama..alhamdulillah..saya tersedar dari gelora jiwa..saya sedar..kalau sebelum (aku terima nikahnya) dia sanggup menghubungi anak orang tengah2 malam..bercakap dengan suara yang lemah-lembut..(bisa mencairkan hati wanita seperti saya)..menyanyikan lagu2 nasyid yang berunsurkan cinta dan rindu(yang sepatutnya kepada Allah) terhadap HAMBA ALLAH YANG BANYAK CELANYA…
bahkan..yang paling membuatkan saya begitu frust skali dengan MAhluk tuhan ni..sanggup..memperdengarkan bacaan al-quran yang saya akui lengkap dengan tarnnmumnya..mendayu-dayu..tegar menyatakan hasrat untuk berjumpa berdua.. ..nauzubillah.
syukur saya panjatkan kepada allah keran memberi hidayah kepada saya..smoga hati saya tetap kepada Allah.ameen
dunia luar memang mencabar…ALLAHUAKBAR!
lambat jpe skit la entri ni
rugiinyer,,x pe y pntg kte dpt inputnya,Alhamdulillah
nk mtk pand sahabat sumer ni
bile sy bicara soal cm ni ngan kwn2,diorg akn ckp y mmg Allah da ttpkn jodoh kte dalam idup ni tapi kte kn ad ikhtiar nk cr jodoh tu (kapel dlu may b)…sbg jalan nk cari jodoh y Allah da tntukan tuk kte.so ksmpulan y dieorg wt is kte kn berkapel (mencari @ m’cntai sb b4 kawin utk test either dieorg btol2 jodoh kte o x)
aaiii,,runsing gak sy pk ni
takut plak hati ni terpengaruh ngan ide2 y sy ase songsang skit utk sy..
cm ne ea sy nk xplain kt dieorg..mati akal gak sy…
harapkan pand dari sumer
JZKK(”,)
rse nk menangis ble bce artikel nie..huhu..syukur krna blum trtipu ngan laki2 yg byk gune taktik nie utk tackle pmpuan..thanks a lot kat mak sy yg slalu pesan agar sy sering jge maruah’jge zuriat n keturunan..wlaupn mak xhlg sy brcouple,tp ble ingt pesan mak nie,..automatic sy akn jge dri sy n xtrlibat dlm hal2 nie..
Salam..mabruk yae ustaz..n saudara2 seagama lain..banyak manfaat ana dapat..n pengajaran dari artikel n komen2 shbt..
memang dah banyak kes2 seperti ini berlaku disekeliling kita. yang di paparkan di media massa cuma 10% sahaja.
inilah salah satu cabaran paling besar untuk umat akhir zaman…
salam…gelora nafsu..rmi yg tlh kalah..sy hrp rmi yg akan kembali pd jln yg sebenar n smoga Allah juga mengekalkan keazaman sy utk berpegang pd yg benar..
sy tertarik dgn ayat “sbb tu lah malu nk bertudung labuh n berjubah” sy jg ada merasakan sy tak lyk utk kelihatan baik pd pndangan org tp sy jg ada berfikir..ape kate, kita ubah pmikiran?
disebabkan sy berpakaian menutup aurat, maka sy malu utk melakukan maksiat.krana pakaian sy melambangkan agama sy, dan melambangkan kepercyaan sy pd Allah..maka sy malu pd Allal kerana percaya padanya ttp menginkari perintahnya dan tidak menjauhi laranganya..wallahua’lam..
pernah menjadi pelajar universiti dan melihat gejolak jiwa sahabat2 berjubah dan bertudung labuh, pernah sengaja menanda “waktu’ sahabat2 berjubah ini bergayut di telefon dengan “sahabat” di sebelah sana sampai 3-4 jam. setelah dibuat kaji selidik dan soal selidik mereka bergayut (zaman saya tak ramai yang pakai SMS; MMS dan video call pun tak dak lagi) adalah kerana tarikan lawan jantina. Bahasa lebih mudah nafsu. kerana nafsu hilang jatidiri muslimah. menghalalkan yang haram. salah faham tentang ilmu yang dipelajari…