GRAMEDIA Bookstores: Spa Minda Terkini di Ibu Kota

Orang stress suka kepada spa.
Boleh berehat dan tenang-tenangkan diri.
Tetapi lain orang lain cara berehatnya.
Ramai orang berehat selepas penat bersolat. Sesi makan-makan selepas solat lapan rakaat malam Ramadhan itu dinamakan ‘moreh’, yakni sesuatu yang merehatkan. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam lain pula ceritanya. Baginda berehat dengan bersolat. Sebab itu lapan rakaat di malam Ramadhan itu namanya Tarawih, yakni solat rehat-rehat.
Orang membaca kerana terpaksa, sekarang ini sedang sibuk berehat selepas penat membaca. Penat membaca PMR, lelah menelaah SPM, letih mengulangkaji STPM, tak kurang juga pendamping-pendamping buku teks di menara gading.
Tetapi orang yang membaca kerana suka, membaca itu cara dirinya berehat.
Justeru bagi mereka, spa terbaik adalah kedai buku!
Saya teruja semasa mendapat tahu tentang pembukaan sebuah kedai buku baru di selatan Kuala Lumpur. Tidak lain dan tidak bukan, kedai buku yang saya maksudkan ialah GRAMEDIA Bookstores, iaitu gedung bagi salah sebuah syarikat penerbitan buku terbesar di Indonesia PT GRAMEDIA. Ia adalah salah satu daripada cabang empayar Gramedia Group yang diasaskan oleh Bapak Jacob Oetama.
Cawangan terbaru GRAMEDIA Bookstores adalah di pusat membeli-belah The Mines, Sri Kembangan. Khabarnya kedai buku itu adalah cawangan ketiga selepas dua cawangan awal di Tesco Extra Seberang Perai dan Tesco Setia Alam. Akan tetapi cawangan ketiga ini adalah cawangan terbesarnya berbanding dua cawangan sebelumnya.
Baru-baru ini saya mencuri masa untuk berkunjung ke kedai buku ini.
Wah, jatuh cinta pandang pertama!
GRAMEDIA Bookstores cawangan The Mines begitu elegan, luas, bergaya dan tidak menghampakan.
Tidak keterlaluan jika saya katakan, penampilannya setanding dengan MPH Bookstores.

Kalau makan, sunnahnya ialah jamah makanan yang paling hampir dengan diri
Tentu sahaja perasaan teruja ini menjadi lebih membuak, tatkala melihat ketiga-tiga buku saya iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin, dipamerkan di bahagian paling hadapan pintu masuknya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas kemurahan hati pihak GRAMEDIA Bookstores ini.
Semasa meneroka ke dalam, koleksi buku jualan adalah baik. Dengan keluasan yang cukup besar, saya yakin PT GRAMEDIA akan terus agresif mengisi rak-rak buku mereka dengan banyak lagi buku berkualiti yang boleh ditawarkan.
Tatkala khusyuk menerima rawatan minda semasa membelek buku-buku yang dipamerkan, saya ditegur oleh salah seorang petugas GRAMEDIA Bookstores, ukht Faslin Salim. Beliau mengecam saya dan merancang pertemuan saya dengan Encik Saiful Bahri, Pengurus Wilayah (Regional Manager) yang menjadi tulang belakang GRAMEDIA Bookstores cawangan The Mines.
Rezeki saya murah.

Bersama Encik Rangga Ferdiansyah di kanan dan Encik Saiful Bahri di kiri
Bukan sahaja saya berpeluang untuk bertemu dengan Encik Saiful Bahri, malah kehadiran beliau turut disertai oleh Encik Rangga Ferdiansyah iaitu Pengurus Cawangan GRAMEDIA Bookstores cawangan Seberang Perai. Saya berasa senang sekali berpeluang bertemu dengan mereka. Sempat juga berbual tentang ruang-ruang aktiviti dan kerjasama yang boleh dimanfaatkan bagi menambahkan kemakmuran GRAMEDIA Bookstores ini.
Sempat juga saya membeli beberapa buah buku, termasuk buku dari Indonesia tulisan Sheikh Muhammad Quraish Shihab yang belum saya miliki iaitu Secercah Cahaya Ilahi : Hidup Bersama Al-Quran dan Wawasan Al Qur’an: Tafsir Tematik atas Pelbagai Persoalan Umat.
Saya berharap agar koleksi buku terbitan PT GRAMEDIA dari Indonesia boleh ditingkatkan lagi jumlahnya di samping buku-buku tempatan dan antarabangsa yang banyak. Semoga GRAMEDIA Bookstores Cawangan The Mines dan seluruh rangkaiannya yang lain berkembang maju dan menyemarakkan lagi industri buku tanah air.
Bagi pelajar UPM dan UNITEN, GRAMEDIA Bookstores sudah begitu hampir dengan lokasi anda. Manfaatkan peluang ini. Begitu juga dengan pengunjung yang lain.
Jika anda mahu mencuba pengalaman menarik berkunjung ke pusat membeli-belah The Mines ini, anda boleh menaiki Komuter KTMB ke arah Seremban, turun di stesyen Serdang (UPM), ambil jejantas untuk menyeberang lebuhraya BESRAYA, dan jangan lepaskan peluang menaiki bot shuttle daripada jejantas itu, merentas tasik untuk ‘mendarat’ di jeti The Mines yang menarik itu.
Lengkapkan lawatan anda dengan berkunjung ke spa minda terbaru kita, GRAMEDIA Bookstores cawangan The Mines, Sri Kembangan.
Saya tiada komisyen menulis artikel ini, hanya berkongsi rasa teruja di dada.
Erti hidup pada memberi!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 3 months ago
Salam Ustazi
Beruntung Tuan Punya Kedai dapat promosi percuma di blog saifulislam.com~
Alhamdulillah, setelah melihatkan PTS seumpama, kini MPH-Islamik pula muncul ya~ Moga rakyat tanah air-ku akan mendapat berkat dengan menjadi ulat~
ops bukan ulat terkulat di kapal terbang menipu cepat, tapi ulat buku, yang bulu-bulunya juga barakah~ =)
barakallahufika wa fikum wa fina aidon insyaAllah =)
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 7th, 2009 12:17 am:
@anak murid ustaz nushi,
“tidak sempurna iman kamu sehingga dia SUKA UNTUK SAUDARANYA APA YANG DIA SUKA UNTUK DIRINYA” [Muslim]
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
wah menarik..satu destinasi yang akan dicatatkan untuk disinggahi sempena cuti sekolah nanti…
Terima kasih berkongsi…
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 7th, 2009 12:18 am:
@Nashita,
Insya Allah puan. Bawa anak-anak, suntik semangat membaca agar jadi hebat macam bapa mereka, dan ummi mereka juga!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Syukran dengan adanya spa minda milik orang Islam di KL. semoga akan bertambah sifat cintakan buku dan ilmu di kalangan umat Islam di Malaysia.
Respond to this comment [with empathy]
Razi reply on November 11th, 2009 12:11 am:
@Hafizah,
Pemilik Gramedia..adalah jacob oetama adalah tokoh Kristian.Yang akhbarnya Kompas sering menyerang Islam secara pemikiran.
Jangan anda fikir dia Milik orang Islam
Wallahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Alhamdulillah..bila senang nanti insyaAllah akan singgah ke GRAMEDIA kat The Mines ni. Awal tahun lepas sempat berkunjung ke GRAMEDIA di bandung..Wah, sangat teruja dengan buku-buku di sana..terutamanya abah yang memang ulat buku. Sehinggakan abah menghadiahkan tourist guide kami sebuah buku sebagai kenang-kenangan..sepanjang di bandung abah hanya shopping sakan di GRAMEDIA!
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 7th, 2009 12:15 am:
@ismi insan, moga saya juga ada peluang untuk ke gramedia di bandung itu
Respond to this comment [with empathy]
saiFz reply on November 12th, 2009 9:34 pm:
@ismi insan, baru 2 hari lepas berkunjung ke Gramedia di Bandung, memang best giler, 3 tingkat kedainya. Habis dekat 500k rupiah belanja buku-buku disana. Murah bangat. Tak pernah saya shopping buku sebegini banyak dalam masa tak sampai 1 jam. 2 hari sebelumnya belanja hampir 700k rupiah di Gramedia Jakarta.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Tiada di Jordan.. Maka spa yang ada hanyalah buku 2-3 buah yang sudah kusam masam yang sempat dibawa dari Malaysia.
Wahai orang buku, binakanlah sebuah spa untuk kami di luar negara…
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 7th, 2009 12:14 am:
@KelawarHijau,
nak buat apa spa kat jordan?
tasik, telaga, lubuk, air terjun, sungai madu, semuanya ada di kedai-kedai buku jordan, walau pun comot dan sempit laluan untuk orang saiz ana.
Respond to this comment [with empathy]
KelawarHijau reply on November 12th, 2009 7:03 pm:
Benar, spa sini memang lebih nyaman, layanannya tidak ada di Malaysia, tapi untuk orang yang mengerti..
(Waktu awal-awal dulu saya hentam juga beli buku-buku di Jordan ni, tangan gian nak peluk buku. Akhirnya berhenti sebab agak kecewa, sampai hari ini m/s ketiga pun belum sampai. M/s 1 & 2 sudah diterjemah word by word, tapi masih belum ‘merasai sentuhannya’. Bahasa itu memang menghubung rasa)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Tahniah untuk Gramedia,saya sering juga ke cawangan Gramedia Setia Alam memang teruja lihat susunan bukunya yang menarik dan banyak..sudah semestinya saya membelinya;)..spa minda yang menenangkan..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
baru hari rabu lepas ke sana. hampir sejam berada di situ tapi bagai tidak cukup masa. alhamdulillah, ada juga kedai buku yang seronok dan menyenangkan berdekatan UPM tercinta…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Ustaz,
saya bagi pihak Gramedia Mines, mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Ustaz meluang masa berkunjung ke toko kami. Betul, ianya pertemuan yang bermakna.
Terima kasih juga sebab sudi menulis review di sini. InshaAllah, kami akan perbaiki apa yang kurang, menambahbaik apa yg sudah baik.
Looking forward untuk kerjasama pada masa-masa akan datang!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Wah, dah dekat dengan rumah dah ni. Dari dulu termimpi-mimpi bilalah nak ada kedai buku best kat Mines tu. Ni yang tak sabar nak balik ni…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam,
Betul kata Ustaz, Spa bagi orang yang suka membaca ialah kedai buku, atau pun perpustakaan..:D
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Oh wow!!
Masya’Allah. Saya sudah lama menunggukan jenama kedai buku berperisa tempatan yang tidak menebalkan bulu roma (‘that doesn’t make you cringe) bila masuk.
Kedai yang biasa ada menaruh stok buku-buku yang kurang berfaedah ataupun menengahkan terlampau banyak buku yang tak senonoh (terutamanya yang dipelopori kaum Cina ataupun syarikat asing).
Harap-harapnya, yang ini dapat memenuhi harapan saya!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
sempat singgah sblm balik ke KB esok!!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
MashALLAH sungguh menarik dan mengujakan. Satu usaha dan kejayaan saudara kita yang AMAT perlu dibanggakan dan disokong.
Really elegance in terms of presentation and the space.
Tahniah, kepada GRAMEDIA dan team! Kami berbangga dan akan menyokong. Ana terutamanya sangat berminat dengan buku terbitan Indonesia. Semaraknya GRAMEDIA merupakan rezeki bagi ana.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
wow!!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
wahh bestnyaa.. sy kalo jumpa kedai buku je.. mesti nak berenti jap tengok-tengok buku yang best.. kalo g lawat negara-negara luar.. at least sy akn beli 1 buku dri ngra tu sbgai kenang-kenangan.. BestNya BUKU…
hari tu masuk library kt uni saya nih.. Huhu.. saya dapat rasakan ianya seperti syurga dunia.. huhu.. Bestt.. Macam-macam Ada..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
ya… kedai buku agak menarik.. banyak boleh dapat karya tempatan dan seberang.. pernah masuk ketika awal-awal pembukaannya.
sempat membeli~ mimpi-mimpi Lintang
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
tak sabarnya nak pergi…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
sgt gila pada bacaan..
dekat je tapi x pernah pergi mines
dah ade sbb utama utk pergi mines..
sgt excited..
rasa sakit sbb x dapat beli buku..gaji x masuk lagi..
huhu..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
sangat teruja untuk ke mines! baru je kawan saya sebut lama dah tak beli buku coz gaji masuk lambat..biasanya kami ke masjid jamek, beli kat pustaka indonesia, skrg alhamdulillah bertambah satu lagi pilihan
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
‘..Orang membaca kerana terpaksa..Penat membaca PMR, lelah menelaah SPM, letih mengulangkaji STPM,juga pendamping-pendamping buku teks di menara gading’
‘..Tetapi orang yang membaca kerana suka, membaca itu cara dirinya berehat..’.
ustaz, dua rangkap ini sangat bermakna. sungguh.
perspektif saya, sistem akademik kita mengangkat kaedah ‘exam oriented’. maka kerana itu, pelajar bersikap ‘belajar kerana terpaksa’. saya tidak pasti, sama ada dalam keterpaksaan itu wujud ’sikap hendakkan ilmu dalam erti kata sebenar’ di kalangan pelajar, atau semata mahu menjawab exam.
saya juga kadangkala cenderung begitu ustaz.
kadangkala saya cenderung untuk mahu menyalahkan sistem pendidikan. namun, saya juga rasa adil untuk kita muhasabah sikap kita sendiri. sikap dalam membaca. sikap terhadap ilmu.
wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam ustaz,
saya juga sangat meminati buku… malahan saya mampu menghabiskan masa berjam-jam di mana-mana kedai buku. minat saya didorong oleh ayah yang banyak meneman saya apabila berada di kedai buku. malahan saya juga meluangkan masa sehari setiap minggu utk berada di kedai buku. bau buku-buku menarik saya. dan saya juga tidak berkira jika wang saya habis kerana buku. kerana buku merupakan tempat saya mencari ilmu.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
ada di maLaysia,
tiada di dUblin,
terkenang pula suasana ketika di sana..
bila lagi mahu melihat suasana ini di sini…hmm~
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam,
Thanks ustaz
dekat jer ngan rumah (equine) tp x prasan ada spa minda baru @ mines
terujanya membaca, x sabar utk mengunjunginya
thanks ustaz, sy silent reader yg sgt mengagumi perjuangan ustaz.
Moga Allah memberkati ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam.nak pergi juga.(tiba-tiba teringatkan maktabah risalah dan maktabah dandis yang pernah kukunjungi di negara ashabul kahfi itu setelah membaca komen kelawar hijau.belajar baik-baik dan rasanya tak perlu untuk translate word by word.andaikan saja kelawar hijau ni orang arab
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
wah, masuk juga Gramedia dlm tulisan ustaz..memang sy tak sangka juga Gramedia ni boleh buka francise di Malaysia sewaktu pertama kali dijelaskan oleh pegawai kastam di Malaysian embassy Jakarta beberapa bulan yg lalu
tp memang gov malaysia menggalakkan francise2 dari luar utk join market di Malaysia..Malaysia lebih terbuka dari segi ekonomi
tp suasana berbeza di Indonesia, susahnya bagi orang luar untuk buat bisnes disini..birokrasi yg sangat berbelit2 dll..sedangkan market disini memang sangat potensial..maklmlah dgn jumlah penduduk 240 juta..
regards :
nabieh, Universitas Trisakti
Jakarta
wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
kt tingkt bpe ye?hihik..
Respond to this comment [with empathy]
aelin reply on November 22nd, 2009 12:45 pm:
@nur_iman,
tingkat tiga, sebelah reject shop.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
bila org Islam nk memilik kedai buku mcm ni… asyik kita jadi pekerja & pembeli saja. untungnya masuk ke kocek non-muslim… hmmmppphh..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
sgt seronok ada tempat y best tok release tension pas belajar…before this asik g MPH kt mid n alamanda…pas nih x yah nk g jauh2…mines pn ada…1st time msk kt GRAMEDIA Bookstores kt tesco setia alam…rupe2 nyer kt mines pn ada…hope pas nih byk kn lg kedai buku nih…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamulaikum…
Setelah membaca mengenai post terbaru ustaz tentang kedai buku terbaru iaitu Gramedia Bookstore, saya agak excited untuk melawat kedai buku tersebut memandangkan saya ini ialah ‘hantu buku’…
Dan apabila saya melihat lokasi kedai buku tersebut saya mengeluh…kenapa lah jauh sangat? Saya merupakan seorang pelajar UIA. Untuk travel dari Gombak ke The mines mungkin akan mengambil masa. Ustaz ada tak cara yang agak senang untuk saya ke sana? Memandangkan saya ini bukan orang tempatan tetapi orang negara jiran yang menumpang mencari ilmu dinegara ustaz dan saya jugak kurang arif mengenai selok-belok jalan di K.L ini.
Harap ustaz dapat membantu.
Jazakallahukhairan khatiran…
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 21st, 2009 2:11 pm:
@MishMish,
wsalam wbt.
Dari UIA memang agak jauh. Tetapi UIA ada kelebihan banyak sebab ada MPH Wangsa Maju, ada Kinokuniya KLCC dan banyak lagi. Hanya pelajar UPM, UNITEN dan sekitarnya yang agak jauh jika mahu ke kedai-kedai buku yang saya sebutkan tadi. Jadi Gramedia memang suatu kelegaan untuk mereka, walaupun tidak untuk pelajar UIA.
Dari UIA naik bas Rapid KL ke Stesyen LRT Terminal Putra (Gombak). Dari situ naik LRT ke KL SENTRAL. Turun di situ kemudian ambil komuter KTMB yang menuju ke Seremban. Turun di stesyen SERDANG (UPM). Ambil jejantas dan menyeberang jalan. Di situ ada bot comel yang akan membawa anda dari tasik di tepi jejantas itu terus ke dalam The Mines, perjalanan yang menarik untuk dicuba. Kos anggaran ialah sekitar RM10 untuk satu arah iaitu RM20 untuk pergi balik UIA – The Mines – UIA.
Selamat mengembara!
Respond to this comment [with empathy]
MishMish reply on November 21st, 2009 10:52 pm:
@Abu Saif,
Ya Allah…naik bot ustaz? Ni dah betul-betul mcm kisah para ilmuan kita dahula kala…sanggup merentas segala bagai demi ilmu!
Takpe2…saya akan cube ke kedai buku Gramedia…
Once again, thank for the directory.
Aprreciate it a lot. =)
Respond to this comment [with empathy]
aelin reply on November 22nd, 2009 12:48 pm:
@MishMish,
boleh je pun, kalau tak nak naik bot. Ustaz tu saja nak kasi kalian pengalaman best nak ke Mines tu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
gramedia..aku staff kat ctu..hem..gramedia..name yg mnarik…kdai pn mnarik..bahkan buku2 yg djual pn mnarik…tp…satu pkare yg mmg x mnarik bg aku adlah staff yg bkerja d gramedia..wlupun aku baru saja 2 bulan bkerja di ctu tp aku dh dpt rase truknye prangai staff2 kat cni..maap ckp la tp kalo dh ramai sgt staff pmpuan kite sume tau ape yg akn jd kat dlm kdai tu..ye..mgumpat..ckp blakang..dn sgala2 kburukan yg mmg jd amalan org pmpn..kadang2 aku tpkir knp mulut org pmpn mcm ####..trus trang aku ckp aku bnci pmpn mcm ni..ade yg lg truk siap nk blagak knon laki die gagah so sume org akan tkut die dn hormat..#### you!!..jd pd aku kdai yg mnarik,buku mnarik tp kalo staff mcm #### maka akan hancurla kdai yg kte anggap mnarik tu..jika ade staff gramedia mines yg baca komen ni,renung2kanla..kpd yg rase laki die gagah sgt2,ingatla ade yg lbih gagah dr yg gagah..kpd yg byk mgumpat tu,ingat la kalo nk org hrmat kite,hrmat dlu dgn org sekeliling..tp,klo ssh sgt nk hrmat lbih baik buat hal sndri je..itu lbih mdah pd aku..itu la falsafah hdup aku slame ni “aku x ske ganggu hdup org dn aku x ske org ganggu hdup aku”..
amin
simpang /// melaka
Respond to this comment [with empathy]