Merebut Saham Anak Muda

“Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!” seorang guru persatuan berucap di pentas.
Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman.
“Ghurur!” kata sesetengah orang.
Perbuatan meremehkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak-anak muda itu sering digambarkan sebagai golongan yang berpemikiran singkat, tidak berfikir panjang, mengikut perasaan, belum mengenal realiti kehidupan, malah soal siapa makan garam dulu pun boleh dijadikan persoalan.
Malah, alasan yang sama itu jugalah yang digunakan oleh kaum musyrikin semasa mengungkapkan tentang Ibrahim alayhi al-Salaam ketika berhala-berhala mereka dicela.
“(Setengah daripada) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala)“ [Al-Anbiya’ 21: 60]
Sebagaimana yang diungkapkan oleh ahli Tafsir, kaum musyrikin itu dengan sengaja menggunakan ungkapan ‘pemuda’ atau al-fata kerana mahu meremehkan Ibrahim. Baginda dilabel sebagai anak muda, yang selalunya bertindak secara tidak matang, melulu dan boleh diabaikan sahaja mesejnya.
KELEBIHAN USIA MUDA

Tetapi menjadi orang muda bukan sesuatu yang kurang atau hina.
Kanak-kanak sentiasa tidak sabar mahu menjadi anak muda kerana mengimpikan apa yang hanya dimiliki oleh si anak muda. Orang tua juga terbuai-buai perasaannya apabila mengenangkan usia muda kerana memikirkan apa yang pernah dimilikinya pada usia itu. Usia muda adalah usia yang dicemburui oleh mereka yang tidak memilikinya.
Potensi!
Itulah nilai pada seorang anak muda.
Potensi untuk impian dan harapan, hampir tanpa mengenal batasan.
Bahkan usia muda itu yang menjadi usia pilihan bagi ahli Syurga.
Abu Sa`id dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Apabila ahli Syurga memasuki Syurga, seorang penyeru akan berkata: (kamu menerima satu janji daripada Allah) bahawa kamu akan terus hidup di dalamnya dan kamu tidak akan mati, kamu akan sihat di dalamnya dan kamu tidak akan sakit, kamu akan kekal muda di dalamnya dan kamu tidak akan menjadi tua, kamu akan sentiasa berasa tenang bahagia dan kamu tidak akan dirundung duka” [Muslim]
Usia emas itu hakikatnya adalah usia muda.
DI SISI ALLAH
Ada tiga kalimah serangkai yang memberikan makna si anak muda.
Pertamnya adalah ghulam (
).
Keduanya adalah fata (
).
Ketiganya adalah syaab (
).
Seorang anak muda bernama Ibrahim yang diperlekeh oleh kaum Musyrikin kerana menghina berhala sembahan mereka, digelar sebagai fata.
Ia disanggah oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala apabila kalimah yang sama (fata) digunakan pada memuji Ashaab al-Kahf:
“Sesungguhnya mereka itu anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk” [al-Kahf 18: 13]
Allah Ta’aala gunakan kembali perkataan ‘anak muda’ (fata) itu sebagaimana yang kaum Ibrahim gunakan. Tetapi konotasinya berbeza. Jika anak muda dianggap sebagai ‘orang singkat’ oleh kaum Ibrahim yang musyrik, anak muda dipuji sebagai insan penuh potensi dan simbol survival perjuangan Tauhid di dalam kisah Ashaab al-Kahf.
Semuanya terletak pada nilai iman dan amal soleh.
Apabila anak muda itu beriman, dan mereka berusaha pada mengisi makna iman itu, Allah Subhanahu wa Ta’aala memuji mereka dan menambahkan Taufiq-Nya dengan petunjuk dan bimbingan.
Pemuda beriman… nikmat besar bukan hanya pada tuan empunya diri, malah nikmat kepada umat sejagat.
MESRAKAN, JANGAN LAGAKAN

Anak muda dan warga tua, setiap kelompok daripada keduanya memiliki apa yang tidak dimiliki oleh kelompok yang satu lagi.
Anak muda memiliki semangat, kesungguhan pada mendapatkan sesuatu, tubuh badan yang sihat bertenaga serta daya responsif yang optimum.
Tetapi mereka harus akur dengan beberapa kelemahan yang ada. Kelemahan yang bukan disengaja, tetapi dek perjalanan hidup yang belum panjang untuk sampai kepada memilikinya.
Itulah pengalaman.
Anak muda kurang pengalaman. Sedangkan pengalaman adalah guru yang berbeza berbanding ilmu. Jika ilmu mengajar manusia menjadi alim (berilmu), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana).
Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta’aala sering menggabungkan nama-Nya ALEEM dengan HAKEEM. Seandainya kombinasi ini mahu diteladani oleh manusia, ia mengajar kepada kita bahawa berilmu sahaja tidak memadai. Kesarjanaan bukan jaminan untuk bertindak tepat kerana apa yang harus datang sama adalah hikmah kebijaksanaan. Ilmu menganugerahkan kesarjanaan, masa dan pengalaman menganugerahkan hikmah kebijaksanaan.
Itulah kekurangan anak muda.
Masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, dan ilmu yang ada belum dimatangkan dengan pengalaman yang perlu.
Berbeza dengan orang tua yang lebih dewasa.
Mereka menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia. Banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai kepada natijahnya. Cause and effect banyak yang sudah dilangsaikan dan semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua.
“Kalaulah aku buat begini…” kata seorang tua.
“Kalaulah aku tidak buat begitu…” keluh seorang yang lain.
Ungkapan-ungkapan itu datang setiap kali seorang tua menoleh ke belakang melihat kembali jejak perjalanan hidupnya.
Tetapi kesedaran tentang betul dan salah itu terperangkap di dalam berkalau-kalau, kerana orang tua banyak kekangan. Tubuh badannya semakin lemah, daya bertindaknya mengalami kemerosotan, dan setelah selesa dengan apa yang menjadi kebiasaan, daya responsif terhadap seruan juga tidak pantas lagi.
Justeru bagi si anak muda, berdampinglah dengan orang tua. Bertalaqqilah kalian menadah pengalaman mereka. Minta nasihat dan bimbingan mereka, sabarkan diri dengan kerenah mereka.
Manakala bagi yang telah tua ditelan usia, jangan dibawa pengalaman ke kubur tanpa tinggalan, berdampinglah dengan anak muda. Jangan lokek berkongsi pengalaman dengan mereka. Betulkan silap mereka, tunjukkan potensi mereka. Dalam semua itu, sabarkan diri dengan kerenah mereka.
Jangan pula dimatikan potensi mereka. Seperti ungkapan Nelson Mandela:
When the water starts boiling it is foolish to turn off the heat
KESAKITAN PROSES MENDIDIK ANAK MUDA

Mengenangkan pada besarnya makna usia muda, mereka menjadi sasaran semua.
90% manusia berfikir dan bertindak menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepada orang muda.
10% manusia berfikir tentang cara untuk menyelamatkan mereka.
Segelintir manusia, memindahkan fikiran itu kepada tindakan.
Tatkala anak muda diasak dengan pelbagai seruan, kelompok orang berusia yang mahu berusaha mendidik anak muda tidaklah ramai. Kekurangan ini diberatkan lagi oleh kesakitan-kesakitan yang mungkin dialami semasa mendidik golongan anak muda. Mereka itu ada kecenderungan yang ada kalanya memang mudah melukakan orang tua yang lebih berusia.
1. Tak Reti Bahasa
“Slm ust. Ana pelajar di Universiti ***. Ana pembaca setia blog anta. Jadi ana nak jemput anta datang berceramah di tempat ana. Berapa cas yang anta kenakan?”
Ia adalah salah satu email yang pernah saya terima daripada seorang mahasiswa. Dengan jarak usia yang mungkin mencecah 15 tahun, di’ana anta’kan oleh seorang anak muda mungkin boleh mengguris rasa dan menghilangkan mood untuk positif kepadanya.
Malah silibus sekolah juga ada memberikan saranan tentang keelokan bahasa pada panggilan, juga bahasa surat rasmi. Saya sendiri dek tidak mengetahui sama ada yang menghantar email itu seorang yang lebih muda atau lebih tua, saya tidak lokek pada memanggilnya TUAN secara kasual sebagai tanda hormat dan memilih perkataan yang ’selamat’.
Tetapi anak muda sering salah bahasa. Cakapnya tidak tengok kiri dan kanan.
Malah terus bertanyakan rate ceramah, benar-benar mewujudkan rasa tidak selesa.
Namun, itulah harga pada usaha mendidik anak muda.
2. Common Sense Belum Terbina
“Sebelum sampai rumah untuk ambil ustaz, bagilah miss call, ok” saya menghantar sms kepada AJK program.
Mereka akan menjemput saya di rumah sebelum subuh untuk dibawa mengendalikan sebuah sesi Training of Trainers (TOT) yang dijadualkan pada jam 6:30 pagi di Cheras. Saya mengingatkan mereka supaya memberikan saya miss call kerana saya tidur lewat malam itu kerana anak yang meragam. Bimbang tidak sedar dengan deringan jam.
Keesokan paginya, saya terbangun jam 4:30 kerana anak menangis mahukan susu. Selepas susu dibancuh, saya bangkit menuju bilik air sambil tangan mencapai telefon. Terkejut benar kerana ada beberapa miss call sudah terpampang dan di hadapan rumah saya ada sebuah kereta sedang menanti.
“Antumkah itu?” saya menelefon mereka.
“Ya ustaz. Kami takut tak jumpa jalan!” jawab mereka.
Subhanallah!
Bimbang terlewat kerana mencari arah ke rumah saya, mereka bertolak awal dan tiba di hadapan rumah saya jam 4:30 pagi! Sedangkan lokasi program hanya 15 minit dari rumah. Terkulat-kulatlah saya bersiap dengan kepala yang agak pening kerana baru dua jam melelapkan mata.
Tiba di lokasi program tepat jam 5 pagi.
Saya positifkan sahaja peristiwa itu dengan mengambilnya sebagai suatu suruhan daripada Allah agar saya panjangkan Qiamullail pagi itu.
Demikianlah harga yang perlu dibayar semasa berurusan dengan Tarbiyah si anak muda.
3. Kuat Mendesak
“Ustaz tolong sambung hujah saya. Kawan saya ini seperti hendak murtad!” saya dikejutkan dengan panggilan telefon dan kemudiannya sms pada jam 2 pagi.
Siapalah ‘budak’ ini?
Berdebat jam 2 pagi dan kemudian mengejutkan saya untuk mempertahankannya yang kehabiskan hujah.
“Ustaz, saya ingin tahu bolehkah kita menyertai perarakan St. Patrick’s Day? Tolong jawab email saya ini secepat mungkin kerana kami perlu membuat keputusan bagi persiapan kelas” email seorang pelajar dari bumi Shamrock Ireland.
Mungkin dia menyangka saya tiada kerja lain. Duduk di rumah melayan hotline telefon dan oncall 24/7!
Anak muda selalu menggelar diri mereka sebagai kelompok pendesak. Desakan mereka bukan sahaja digeruni pemerintah, malah ustaz-ustaz juga sering ditekan dengan desakan yang tidak tentu hujung pangkalnya.
Saya positifkan sahaja kelakuan anak muda yang menyakitkan itu, bahawa mereka adalah kelompok yang berkeinginan tinggi, iaitu sesuatu yang sukar untuk dicari di celah-celah angguk warga tua yang tersandar di dinding mendengar kuliah.
BERSABARLAH
Mendidik anak muda, adalah persiapan diri saya sendiri pada mendidik anak-anak yang semakin meningkat usia. Ia penuh cabaran ia penuh kesakitan.
Namun, fadhilatnya amat besar.
Mendidik anak muda adalah pelaburan besar kita untuk mencipta masa depan yang lebih baik.
Justeru itu, selesai mengungkapkan kisah pemuda Ashaab al-Kahf, Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan peringatan kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para murabbi umat akan hakikat ini:

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran” [Al-Kahf 18: 28]
Bersabarlah dengan kerenah anak muda itu.
Mereka tidak menginginkan apa-apa kecuali keredhaan-Nya.
Maafkan kekurangan mereka, kuatkan semangat mendidik mereka.
Jangan dicari habuan dunia, biar pun mendidik anak muda tidak menjadikan dirimu kaya raya. Sesungguhnya pelaburan saham terhebat yang boleh engkau lakukan, adalah pada menumpahkan ilmu, pengalaman, nasihat, bimbingan dan panduan, kepada ANAK MUDA.
Jika anak muda selalu susah mendapatkan khidmat orang tua-tua, saya berusaha menjadikan diri mengisi kelompongan itu. Mahukah kalian menyertainya?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 3 months ago
Mahu ustaz! Minit mesyuarat bakal menyusul segera. Maaf jika saya secara tidak sengaja tergolong dalam beberapa kerenah “al-fata” yang dinyatakan ustaz. (^_^)
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 2nd, 2009 11:22 am:
@Ahmad Shakir bin Salleh,
Alhamdulillah. Cepatnya menyahut seruan
Moga seruan-seruan yang lain juga cepat disambut termasuklah mendirikan masjid dan pergi masjid al-haram.
Respond to this comment [with empathy]
Ahmad Shakir bin Salleh reply on November 2nd, 2009 11:37 am:
@Abu Saif, Mahu! (merujuk kepada seruan mendirikan masjid dan pergi ke masjid al-haram, dalam nada tergesa-gesa). Hehe.
InsyaAllah ustaz, doa ustaz saya ameenkan dengan nada mendesak.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam….
Perjalanan ini masih jauh untuk sampai ke destinasi matlamat. Senang atau sukar untuk menempuh perjalanan itu sememangnya perlu menempuh fasa yang panjang yang bernama PENGALAMAN. Pendakian ini mungkin sukar untuk direalisasikan kalau sekadar hanya membawa bingkisan ILMU (bak kata Ustaz). Syukran Ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
ibnu razi reply on November 2nd, 2009 11:17 am:
@ibnu razi,
oppss, keluar plus 3…sorry Ustaz, menyusahkan Ustaz.Komputer di Office slow sangat hari ini bercampur pulak dengan semangat pendesak tu kot. Maaf sekali lagi.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 2nd, 2009 11:23 am:
@ibnu razi,
Aha… ustaz dah delete dua komen berulang tu. Terima kasih atas respon yang diberikan.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam
Alhamdulillah, a very meaningful article indeed~
Ana nak kongsi satu video youtube buat rakan-rakan sebaya ana yang bernama ANAK-ANAK MUDA =)
http://www.youtube.com/watch?v=LumwYGp729w&feature=player_embedded#
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
subhanallah..terharu sy baca mgenai kesabaran ust berdepan anak2 muda..
nasihat sy kpd anak2 muda :
anak2 muda ni pun patutnya kena pikir panjang jugalah dlm tindakan, kadang2 malas nak cari tahu..nak cepat sahaja..tidak boleh selalu bersikap bgitu..cuba letakkan diri anda di posisi orang lain sebelum bertindak atau berkata-kata..hal2 mcm ni bukan tidak diajarkan dibuku2..kena rajin sikitlah mencari
pegawai kedutaan di Jakarta ni pun pernah keluarkan garis panduan bersms dan ber email gara2 sikap pelajar2 yg ‘kurang berhemah’ dlm berkomunikasi dengan pegawai
alahai sebahagian orang muda, berinisatiflah sikit utk paham hal2 yg berkaitan kehidupan,komunikasi dll walaupun perkara ni tak begitu diajarkan di universiti..
kepada Ust, terima kasih kerana sudi bersabar dgn kami, smoga golongan pemuda akan lebih ‘dewasa’..
wassalam
pemuda juga (23 tahun), Jakarta, Indonesia
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
hehe… dengan teknologi yang semakin berkembang, segalanya hendak cepat… jika dulu boleh saja bersabar berutus surat, tp kini segalanya mahu cepat… sms dihantar hendak cepat dibalas… sy jika sedang berada di makmal sy jarang sangat membalas sms atau call… postpone saja ke waktu rehat…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Syukran Ustaz atas artikel bermanfaat.
Peringatan buat saya yang selalu naik “lemah” melayan “lemak” anak-anak muda. Hanya meletakkan asas merekalah mad’u dan madu perjuangan Islam, baru ok sket.
Tambahan artikel ni, meletakkan kesabaran pula sebagai antara asas.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Assalamualaikum Ustaz;
Alhamdulillah, penulisan yang memberi makna. Syukran atas khidmat memberi di Miri tempoh hari dan maaf tak sempat nak jumpa.
Kepemudaan dan Kearifan Fikiran:
Prof. Dr. Hamka pernah menyatakan, “Kerapkali orang tua menyesali pemuda dan menuduhnya bekerja terburu-buru dan kurang fikir. Kerapkali orang muda menuduh orang tua lembap, lembap bertindak dan terlalu banyak berfikir. Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan yang muda-muda. Dan dunia akan membosankan kerana lembap geraknya kalau pemimpin hanya yang tua-tua. Gabungan di antara gelora semangat yang muda dengan renung-fikiran yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup.”
Nota: Tengah mengikuti kes JAIS vs Dr. Asri..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Ya Allah..berikan aku kebaikan semangat pe-muda dan ketenangan jiwa pe-tua..muda yang tenang, tua yang bersemangat..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
ustaz ‘melaburkan diri’ untuk mendidik generasi baru. sungguh terhutang budi..
bawa kpd Islam tolak jahiliyyah..
bawa kpd Ahli Sunnah wal Jamaah tolak Syiah etc…
bawa kpd PAS tolak UMNO…=)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Ustaz, ana mahu turut serta. Sama-sama kita gerakkannya
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
“Jika anak muda selalu susah mendapatkan khidmat orang tua-tua, saya berusaha menjadikan diri mengisi kelompongan itu. Mahukah kalian menyertainya?”
Apa lagi ustaz, jom le kita set up hotline 24/7 tersebut. Setiap panggilan boleh akan dicaj XXX… ataupun hantar sms ON USTAZ
Main-main je ustaz. tapi tak salahkan, kalau ada sahabat2 di sini yang nak ambil inisiatif. Ada potensi, ada market.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam wrb..
Sepertimana anak muda harus belajar kesabaran, abang kakak pakcik makcik harapnya dapat juga bersabar dalam MEMBENTUK kami.
Kadang tak dapat elak; gelojoh orang muda, melatah orang dewasa.
“Phoenix Bangkit” =)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Barakallahufik…masalah yang serupa menimpa ana setiap masa dan di mana-mana.
Melayan anak-anak muda hari ini mengingatkan kita betapa gopoh dan lemahnya kesabaran kita di waktu usia muda namun yang lucunya lebih banyak kesabaran diperlukan dari kita untuk melayani mereka yang muda hari ini…:)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Ustaz, bbrp bulan yg lalu, saya ada kesempatan untuk berbual dgn seorg Ustaz yg mengajar sewatu di sekolah dulu. Dia mengajar sewaktu saya 16-17thn which is dlm 13thn lalu. Rasanya ust hasrizal kenal dgn ustaz ni. Anyway, masa tu dia ada mention bgmana dia bertembung dgn seorg bekas anak murid dari batch saya yang bertanding atas tiket umno di kelantan. Bila bertembung, kata dia malu sgt2 dgn kawan2 nya sbb anak murid tu berckp ‘ana’ ‘anta’ dgnnya. Bukan nak suruh org respect kita sgt tp itukan adab berguru apatah lagi tok guru pun dah tua. Udahla tok guru pulak membahasakan diri sbg ‘Abi’ dgn kami.
Bukan org muda aje, yang dah tak brp muda pun sama je tak beradab. Adab dah terhakis zaman skrg ni wpun berpendidikan tinggi hingga beroleh phd.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
nk menggilap pemikiran karat 50++ tahun bkn perkara yg mudah. tetapi juga bukan mustahil. bergantung kepada kita nk melihat gelas sebagai separuh kosong atau separuh penuh..
yang penting, usahakan PERUBAHAN dan halakan kepada TUHAN.. =)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
masih terlalu banyak yang saya perlu belajar di usia muda ni.
artikel ni sangat bermanfaat mengingatkan jiwa semangat anak muda kadang2 menghilangkan common sense (merujuk artikel ustaz yang lalu).
p/s: ustaz pun masih muda lagi.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam ustaz!~
wah,berkobar2 smgt sy slepas membaca artikel ni,jarang sekali dpt menyaksikan org dewasa mempositifkan diri melayan karenah kami.
justeru,kami pn perlulah muhasabah kembali agar tidak melukai mereka dgn bahasa dan tindakan yg kurang enak.
p/s serius segan dgn ustaz hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Hikmah Orang Tua di sebalik Semangat Orang Muda…
Kedua-duanya adunan yang melengkapi antara satu sama lain..
Saya juga sedang berusaha membentuk jiwa-jiwa muda (Dari orang muda kpd orang muda). semoga saya bersabar..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Syukran ustaz di atas artikel ini yang sedikit sebanyak membawa pencerahan.
Berikanlah ruang yang sihat untuk anak-anak muda itu membesar.
Jangan malapkan fikrah anak muda pembina kesegaran negara bangsa. Jangan tuakan mereka sebelum mereka melintasi garis usia tua.
Hanya yang muda belia berani menolak dan mengoyak bingkai-bingkai sosial lama yang mengongkong dan melemaskan masyarakat.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada ustaz untuk terus membimbing dan melayan karenah anak-anak muda.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Saya mahu sertainya,tetapi saya masih orang muda…
Sekarang saya mengerti,perkongsian ustaz setahun yang lepas. Orang muda bisa menaikkan darah, dan juga meredakan suhu panas…
Oh orang muda…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam ustaz,
Saya masih tergolong dalam group ‘anak muda’ walaupun dah beristeri. Dengan usia 23 tahun saya berasa masih terlalu banyak ilmu agama yang perlu dicari dan pengalaman buat melayari hidup dan bahtera rumahtangga. Terima kasih atas post ustaz yang sempat saya ikuti selama ini. Banyak membantu. Maaf jika kurang sopan.._kuala krai mari(x_marinebioUMT)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam ustaz..
syukran atas yang sangat menarik ini..
kebetulan saya baru sahaja mengikuti program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) baru-baru ini..
nasihat yang sangat berguna saya kira!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam ustaz..
syukran atas artikel yang sangat menarik ini..
kebetulan saya baru sahaja mengikuti program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) baru-baru ini..
nasihat yang sangat berguna saya kira!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam ustaz..
Terima kasih atas perkongsiannya..
Bekal yang cukup berguna dalam kehidupan..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Quote:
“90% manusia berfikir dan bertindak menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepada orang muda.
10% manusia berfikir tentang cara untuk menyelamatkan mereka.”
- teringat tentang pengalaman ustaz ketika mengendalikan prodram IYEP, 2007 (anjuran JUST).
Jangan hanya bercakap tentang kerosakan sedangkan kita tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki kerosakan tersebut.
Tahniah kerana sentiasa optimis untuk membentuk generasi muda.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
assalamualaikum ustaz,
memang banyak benda kalau nak dikomen dengan anak muda ni..kurang mengerti dan kurang ambil peduli..budaya yang kurang senang dengan anak muda sekarang ni budaya “tak kesah”dan semuanya dipandang enteng..
ana mengajar student persediaan oversea..kelemahan ketara kurang sikap kepedulian,hanya ambil peduli jika menguntungkan mereka,kurang adab,lemah comman sense,bagus berterus terang tapi lemah dalam teknik. apa pun ana setuju dengan ust mereka perlu terang dan dijelaskan berkali kali..wallahu ‘alam
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Semuanya terletak pada nilai iman dan amal soleh.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam ustaz,
terima kasih atas nasihat,..
kalaulah semua org seperti ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
terima kasih atas nasihat tu…saya sebagai warga pendidik adakalanya hilang kesabaran dalam mendidik anak2 muda ni..remaja2 zaman sekarang yang kekadang tu lebih advance dari kita
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam,artikel yg begitu baik utk meng’refresh’kan pemikiran anak muda yg semakin hari kurg berhemah dlm kehidupan.
semoga ust diberikan keberkatan dan keredhaan dari’nya’ setimpal dgn usaha ust.kehidupan ini masih panjang,utk terus beristiqamah dgn kebaikan tulisan2 begini amat perlu sekali.
syukran.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Sy juga mahu menyertainya ustaz!
walaupun sy dikategorikan dlm golngn yg masih muda lagi tp t’dpt golongn yg lebih muda lg m’harapkn bimbingn dr kita yg mgkin lebih b’pengalaman dr mereka..
article ini kebetulannya ade menyentuh tentang peristiwa yg sy alami hr ini(interview MARA). Baru ini mendapat jwpn & kekuatan kenapa sy perlu menjadi seorang tenaga pengajar.
Ya, kerana pelaburan tidak ternilai itulah!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
hikmatusy syuyukh, wa hamaasatusy syabaab ~
semoga panduan dan guide yang diberi golongan berusia (tak mau tulis tua) kepada generasi muda dapat mengembalikan ke’izzahan Islam ini..
p/s – pernah rasa macam mana melayan mad’u ana (student sem 1) yang banyak bercakap sampai rasa nak marah je..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
where the power of observation lies,to create a valuable PENGALAMAN,which goes by time;)
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
alhamdulillah…. lega mendengarnya. kisah umar dan rasulullah juga membantu dalam kita memahami jiwa dan peranan org muda dalam islam. seorang yang kuat membangkang, bukan kerana degil @ ego @tunjuk pandai, akan tetapi atas dasar mencari redhanya Allah maka dia tidak peduli dilihat gila berdiri membantah cakap kekasih Allah yang wajib dia taati. wallahua’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Anak muda itu kasar, sekasar batu kelikir lagaknya,
tetapi jiwanya lembut, selembut sutera hendaknya,
Maka santunilah mereka dengan sentuhan hikmah.
Kerana itulah cara yang diajarkan Rasulullah SAW.
p/s: Syukran ustaz kerana menyantuni kami dengan penuh hikmah dan kesabaran di mana jua ustaz berada…
“Berikan aku sepuluh pemuda, nescaya aku gegarkan dunia” ~ Bung Karno
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
seruan mendirikan masjid belum di approve!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
salam ‘alaikum..kata pepatah melayu ‘buah fikiran orang tua lebih baik dari tenaga orang muda’. Bermakna orang tua ni banyak Hikmahnya dan orang muda banyak Tenaganya. Gabungan antara dua kelompok ini akan menghasilkan suatu yang diluar jangkaan terutamanya dalam berdakwah kepada manusia..Wallahu ‘alam..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
teringat zaman kat sekolah dulu, pakcik & senior melabel ana ‘playful’,mereka sabar melayan… Masuk universiti plak, bersemangat tak tentu pasal,mereka bersabar…hope He gives me that kinda patience when I meet ‘myself’ in the future…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Siap ustz!! Kami bersedia bersama-sama mengisi kelompangan itu..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Teringat juga sewaktu di sekolah menengah dahulu, seorang anak muda tingkatan satu menyanggah minda jumud para senior semasa orientasi di Musalla. Kelancaran anak muda ini membaitkan kata-kata sinikal dan tajam membuatkan kami terlopong. Umpamanya kata anak muda ini, ” rupanya anda semua bagaikan sebiji durian, elok paras di luar namun hakikat di dalamnya busuk berulat”. Tergamam para senior diperlekehkan oleh anak muda yang masih hijau usianya namun matang ilmunya. Akibatnya, asrama kami dikepung hanya kerana lidah anak muda yang sungguh berbisa. So, jadilah anak muda seperti dalam cerita ini bukan seperti anak muda kini yang tumpul akal dan budi. Pasti, Abu Saif dapat mengingati ceritera ini.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 3rd, 2009 9:30 pm:
@kyrel,
ada yang kena gigit nanti ni! grrr…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Alhamdulillah…
berdas-das terkena…
sdg membca buku selagi masih muda karangan Dr Aid Al-qarni..
nampknya ada kesinambungan disini yg masih byk diri sndiri kena betulkan..
cuma entah mcm mana nk handle dri dari sikap tergesa2 yg tak kena tmpt itu…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
arkitel nie memang saya tunggu – tunggu – sekadar ingin tahu mengenai apa kelebihan yang ada dalam diri saya sebagai orang muda juga penilaian dan pandangan orang tua terhadap golongan muda.
Oh, rupanya begitu… Perbezaannya hanyalah dari segi pengalaman sahaja…
saranan yang terbaik adalah dekati org tua dan curi pengalaman sebanyak mungkin, lalu tinggalkan orang tua itu dengan rasa hormat. Then, adaptasikan terus pengalaman itu dengan ilmu yang ada, mungkin dengan cara itu, orang muda mampu untuk menggoncang dunia.
Ayuh! jangan lambat – lambat. Usia muda adalah usia yang paling berharga.
p/s : kat mana saya nak cari orang – orang yang lebih tua dari saya nie hah? x jumpa la..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Jzkk ustaz,
Panduan yang hebat dari segi teori dan amali…menggigit jari le lepas ni untuk menahan perasaan, lepas tu barulah layak menyertai ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 months ago
Salam
Saya selalu merasa hiba bila mengenangkan cabaran yang terpaksa di hadapi oleh anak muda sekarang.
Dari kecil sudah selalu ditinggal-tinggalkan di nursery dek kesibukan ibu bapa bekerja. Pukul 6.30 pagi sudah keluar rumah, balik 6.30 petang baru sampai rumah hanya kerana tuntutan ibu bapa bekerja.
Bila sekolah waktunya terlalu panjang, pagi sekolah agama petang sekolah kebangsaan. Balik rumah sekejap makan tukar baju & keluar lagi.
Pergi sekolah berasak-asak dalam bas yang padat. Kalau tidak pun naik basikal yang terpaksa bersaing dengan puluhan kereta & kenderaan berat di jalan raya. Melintasi jalan yang lebarnya berlorong-lorong, sibuk…
Aduh… semuanya kena cepat, lambat sedikit ketinggalan di belakang.
Perlu berhati-hati dengan bermacam kejahatan yang ada.
berbeza sekali dengan zaman kita (esp yg lahir tahun 70an..) kehidupan lebih tenang dan aman…
Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada kita semua dalam mencari redhaNya & menempuh cabaran & dugaan di dunia ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Jika anak muda selalu susah mendapatkan khidmat orang tua-tua, saya berusaha menjadikan diri mengisi kelompongan itu. Mahukah kalian menyertainya? saya mahu boleh?syukran bebanyak….beginila…sya seorg REMAJA.hidup remaja ni penoh pancaroba kan?terutamanya naluri ingin menyayangi n ingin disayangi…bagaimana caranya mahu handle prasaan tu..harap (tnpa desakan )ustaz dpt buat article mengenainya…..
jazakallahu khoirul jaza’
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam
article yg sgt menarik untuk dibaca oleh kawulan muda.
ust saiful, boleh ana bertanya sikit.antum ada no contact sape sape pelajar kita yg belajar di jepun yg mampu membaca tulisan jepun.
saya ingin bertanya sesuatu kepadanya . saya tak faham nak baca tulisan jepun.
atau sape sape pelajar jepun atau lulusan mengaji di jepun yg membaca komen saya ni, harap dpt add saya di Ym tuan, saya ingin bertanya beberape perkara ttg bahasa jepun. email dan ym saya : syed_adzlan@yahoo.com
harap sgt ada yg respon dan membantu saya .
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Tentunya mahu, ustaz. InsyaAllah, kami siap.
Tak dinafikan, ana selalu tersinggung dgn sikap orang lebih tua yang langsung menolak pandangan orang muda…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
ustaz..artikel yang amat wajar dikongsi bersama..syabas ustaz..:)
Respond to this comment [with empathy]