Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi

On 17/07/2007, in Kampus, Zikir Fikir, by Abu Saif | 23,163 views | Print Print | Email Email |

003.jpg

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ‘setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

 

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ABU SAIF

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Cinta Itu Bukan Cinta Paksaan   Hari ini hari bekerja. Hari ini bukan hari perayaan....
  2. Patriotisme Itu Bukan Cinta Paksa 1935 Chinatown Kuala Terengganu, Silver Jubilee of King George V...
  3. PUISI 2007 Melabuhkan Tirainya Segala puji bagi Allah, PUISI 2007 telah melabuhkan tirainya. “Begin...
  4. Cinta Ghuraba’ Penat… tapi berbaloi. Penerbangan Air Asia dari LCCT ke Labuan...
  5. Akhlaq Itu Bukan Lalang Akhlaq itu bukan lalang Tumbuh sendiri di tanah lapang Tak...

 

81 Responses to “Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi”

  1. kamitaken says:

    salamaat.. syafakallah. semoga penyakit ustaz disembuhkan Allah supaya kerja dakwah berjalan lancar. insya allah..

  2. nurkarim says:

    menarik lagi benar :)

  3. nazihah says:

    kebenaran yang selama ini terselindung..~
    terima kasih ustaz :)

  4. alqasam says:

    salam

    benar2..Masbuth keedah (ammiyah misr) yang ust.

    perkara ni ana telah lihat lama dah. kecewa dgn cinta manusia lepas tu baru terkapai2 katakan ingin cinta Allah…CINTA ALLAH BUKAN SEKADAR RETORIK KOSONG apatah LAGI DISULAMI HIPOKRASI yang bersandarkan amalan2 ma’asi. Tidak.

    Dalam satu sudut, seperti yang dinaqalkan oleh Ulama’una ‘Amilin juga mereka yg muqarrabin ilAllah…cinta kepada Allah tiada sandaran. Tidak berkata seperti yg ust maklumkan yg disebut2 org ” Oh, aku telah dikecewakan oleh si dia, barulah aku sedar…bla..bla..

    ATAU

    ” aku cinta dgn kapel aku, akhi itu, bro itu kerana ALLAH…bla..bla…

    ATAU

    lagu lirik nasydi yg lembik (afwan kena sebut juga ) i.e oh, Ku lihat si dia lembut/ayu/sopan memikat, ingin melamar…bla..bla…JUGA antara lain ” Berkatilah cintaku dengan kekasihku..” bla..bla…

    Allahu.Allahu…

    Bukankah ini fitnah kepada dakwah dan melembikkan semangat juang?

    Fitnah begitu subur menghiasi medan dakwah sekarang. Astaghfirullah. Afwan kena sebut juga, sebab makin menular, membasahi anak-anak muda dakwah sekarang. UNGKAPAN biasa: Cinta kerana Allah. ATAU setelah terhantuk baru terngadah. OH, baru ku tahu…..bla..bla..

    Ana pernah menulis satu puisi bila melihat fenemena ini. Lepas terhantuk baru mengatakan oh, cinta Allahlah yg sejati. Tp tak sampai hati nak publish kerana quite sinis. Tp Allahua’lam.

  5. alqasam says:

    Anekdotnya mudah:

    Cinta kepada ALLAH itu sangat indah. Namun bukan retorik kosong apatalah lagi dihiasi dgn HIPOKRASI amalan2 ma’asi.

    Maksudnya:

    Cinta kepada Allah, adalah dengan Cinta kepada Nabi dan Sunnah juga bermujahadah mendidik nafsu. Lihat hati, jiwa, ruh, sudur, inilah jalan para muqarrabin dalam mendaki jalan ma’rifah pd Allah. Tidak bermain dengan kata-kata dalam masa yang sama tidak menjaga syariat Allah. Ini salah. Tidak mencintai Sunnah dan tidak menjaga Syariat bukan implikasi cinta Allah.

    Makanya:

    Seperti telah disusuri oleh Salafuna Soleh. Cinta Allah dengan tidak cinta pada dunia. Tubuh bersama manusia. Hati bersama Tuhan. Berjuang, berdakwah. Hati zikrullah. Jiwa mujahadah. Nafs tarbiyah. Tidak perlu sandaran cinta manusia, kecewa dgn mereka. bla..bla..

    Namun:

    Ia ada di situ. Tidak perlu pergantungan. Sandaran. Ini yang ahlul ‘arifin telah tunjukkan. Juga. Berjuang. Berjihad. Berdakwah. Ia sendiri. Khali. Tetap.

    p/s: sedikit celahan ust, tp ana memang suka benar tulis puisi sejak dr sekolah. Namun bukan kaitan dgn manusia. Malah tidak terkesan dgn manusia. Sekadar muhasabah jiwa, ruh, lataif dan sudur sendiri yang masih berkarat dosa dan nafs yg membarah. Sekadar refleksi diri yg masih tebal dengan naf lawwamah. Untuk diri sendiri. Khali.

    Wallahua’lam

    Afwan kalau tersilap tulis etc. Segalanya kembali kepada ana sendiri, kerana diri sendirilah lebih perlu memuhasabah dan mendidik nafsu yang masih belum jinak. Diri ana sendiri.

  6. muslim yang belajar says:

    semoga kita semua memperoleh rahmatNya

  7. fik says:

    Betul tu ustaz, cinta Allah laa akan bawa ke syurge. kalau nak cinta pada makhluk pun perlu berlandaskan kehendak-Nya.

  8. muqay says:

    Salam ustaz,

    Yang benar tetap benar dan yangsalah tetap salah.

  9. lightnur says:

    Assalamualaikum

    Memang betul bahawa cinta kita kepada Allah harus dibuktikan dengan mengerjakan amalan yang telah dicontohi oleh Rasulullah salla alahu alaihi wasalam. Bukankan beliau telah memberi amaran melalui hadith yang disabda olehnya bahawa semua umatnya akan masuk syurga kecuali yang menolak? Para sahabat ketika itu amat terkejut mendengarnya dan bertanya siapakah yang akan menolak syurga itu. Lalu beliau bersabda bahawa umatnya yang tidak mahu mengikuti contohnya yang menolak untuk masuk syurga. wa allahu ‘alam

  10. ana says:

    best betul ustaz! cakap memang semua orang boleh cakap. tapi practicallnya masing2 tau sendiri laa… honestly, saya memang geli bila dengar orang cakap macam tu. bukan nak menidakkan kebaikan tapinya biarlah ada logik sikit apa benda kita nak buat pun… alangkan allah dan rasul pun suruh berkeluarga…

    ha..ha.. nak samakan diri dengan rabia’tul adawiyah konon….ha..ha.. geli laa..

  11. alqasam says:

    tambahan sedikit: (afwan2x,byk pula menambah )

    Matang
    Keutamaan
    Kualiti
    Pendidikan Nafsu

    Ini yang sebaiknya(pd pendapat dhoif ana ) dalam penulisan keratif atau non-creative terutamanya yg ana maksudkan PUISI.

    Bagi ana yang suka menulis puisi, penulisan puisi harus benar bersumberkan bahasa yang matang, jauh dr tipuan nafsu atau syair2 yang jahiliyyah ( Syu’ara’ sendiri tidak dihalang Nabi s.a.w TETAPI juga sesetangah Ulama’, Fuqoha’ tidak menggalakan syair. DItakuti membawa kepada pembohongan, ghulu’ dan mubalaghah )

    Namun kaedah syara’ ada yang terkeluar dr asal.

    Makanya, tidak semua mampu memahami bahasa puisi dan bagaimana pemuisi boleh menulis puisi dan apakah yang mendorong orang boleh menulis puisi. Yang penting, jauh dr ghulu’, tipuan nafsu syaitan. syair jahiliyah&lagha dan natijah biasan jiwa yang paling dalam. Yang perlu difahami, menulis puisi tidak sama dengan realiti. Puisi refleksi biasan hati paling dalam. Realiti, berjuang malah tidak semolek yang kita gambarkan.

    Bahasa puisi. Universal. Unik.

    Allahua’lam

  12. mardhatillah says:

    alqasam, buat le satu entry kat blog awak. banyaknya pulun komen kat sini. kang lebih sudu dari mangkuk pulak.

    sori ustad… :)

  13. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

    Ustaz Hasrizal Abdul Jamil;

    Pertamanya, sekadar bertanya: Ole-ole dari Sarawak dah diterima? :-)

    Tentang entry, satu tulisan yang baik dan mendasar untuk difikir-renungkan. Nasihat ustaz amat dihargai. Jazakallahu khair.

    Sangat setuju: “Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah. Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.”

    Sedikit musykil: “Berhentilah berpuisi?”
    Maaf ustaz, saya seorang yang minat puisi.. :-) Karya-karya Dr. ‘Aidh Al-Qarni juga banyak menyelitkan Puisi KeTuhanan dan syair-syair ber’roh’ agama. Contohnya tentang cinta di dalam “Dhahaya AL-HUBB” karangan beliau. Sekadar pandangan saya yang masih bertatih belajar dan memahami erti hidup.

    Amat-amat bersetuju: “Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri..”

    Wallahu a’lam bissawab.

  14. mardhatillah, kecik hati alqasam nanti. tapi nama alqasam tu macam nama roket buatan hezbollah atau briged al-qasam so ok kot mardhatillah tegur dia.

    abaikan point diatas

    Pandangan ana, ujian cinta monyet adalah satu hal lain dan bila berjaya terlepas dari ujian tu akan ada ujian manusia yang terlajak membenci lelaki/perempuan. Bila dah lari dari “jalan yang lurus” bila hendak kembali pastikan kembali ke “jalan yang lurus” , bukan terlajak kesebelah satu lagi jalan :)

  15. saifulislam says:

    akhi mukhtar, alhamdulillah ole-oleh dah sampai. anak ana suka tekap muka kat tikar tu untuk buat corak kat pipi dia :)

    terima kasih ya… kenangan yang berkekalan, seperti pahalanya jua.

    tentang berhentilah berpuisi tu, sebenarnya artikel ini bukanlah menghukum salah terhadap puisi dan syair. malah rasulullah saw pun menyukai ungkapan-ungkapan yang indah pada syair dan puisi. anyway, ana dah tambah sikit kat hujung artikel atas tu. artikel dari mata merah.

    cuma, ana minta generasi mahasiswa di kampus tidak berkhayal tentang cinta mereka kepada Ilahi melalui ayat-ayat ‘puitis’ yang mereka tulis di blog dan lain-lain. kita boleh kenal puisi cintai Ilahi oleh orang yang hidupnya seperti Rasulullah SAW, dan puisi cinta Ilahi oleh penulis yang sedang memicit jerawat di tingkap! ;)

  16. taqeyyabella says:

    Luasnya erti cinta yang selalu diperkecilkan oleh kita.

    Hasilnya keliru antara hakikat-hakikat cinta dan bagaimana cara mencinta.

    Ust tukar hosting dah ker ana tengok dah midphase. sori kuar tajuk

  17. Ustaz Hasrizal;

    Alhamdulillah, semoga Saiful Islam dan adik-adik yang lain terus seronok bermain dengan Tikar Sarawak, satu-satunya tikar yang mengambil sempena nama negeri.. :-)

    Alhamdulillah, terima kasih pencerahan tentang puisi. By the way, semoga ‘viral conjunctivitis’ yang dihidapi segera sembuh. SyafakalLah ya ustaz!

    Ana bersetuju: “Kita boleh kenal puisi cintai Ilahi oleh orang yang hidupnya seperti Rasulullah SAW, dan puisi cinta Ilahi oleh penulis yang sedang memicit jerawat di tingkap… [Ana tambah: Sambil mendengar nasyid jiwang...]” ;-)

    Wallahu a’la wa a’lam.

  18. salam ustaz

    terima kasih untuk info sebegini. INilah yang menjadi tanda tanya saya, apabila terpandangkan dan terbaca blog-blog sahabiah yang lain. ada juga yang mencurahkan isi hati…..namun kadang kala puisi yang ditulis banyak maknanya..Benar, cinta Ilahi mendalam maksudnya, sebab itu banyakkan program, usrah, menyibukkan diri dengan kerja dan kerja-kerja Jemaah. InsyaAllah, jodoh pertemuan Allah akan aturkan.
    Mungkin mencurahkan idea lantaran sepi dan ingin meluah diari hati. Saya ingin mencedok sedikit ayat-ayat ustaz untuk ditampilkan di blog saya. Terima kasih dengan cerita penuh terbaik untuk tujuan muhasabah diri. Jazakallah

  19. raIHaN says:

    Ya benar ustaz..benar la tu..
    Bkn kata dalam soal cinta sahaja manusia berpuitis sebegitu tanpa memahami kata2 yg di ucapkan bahkan soal seluruh kehidupan di luar dari aspek cinta pun manusia berkata kata tanpa memahami apa2 yg di ungkapkan..melainkan mereka yg Allah beri kefahaman agama dan hakikat iman yakin yg betul pada Allah..
    Bercinta la atas dasar utk sukakan Allah(sebolehnya bernikah dulu),beramal lah juga utk sukakan Allah dan jadikan seluruh ibadah semata mata utk sukakan Allah..Barulah lah dtg ikhlas..
    Coz ibadah yg menjadi kesukaan Allah adalah ibadah yg mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w….

  20. ridwanto UTM says:

    Salam,kadang kala, remaja perlukan tumpuan yang lebih, terutama mengenai soal cinta ini. Harusnya ibu bapa pembimbing utama kepada para remaja mahu pun mahasiwa, kalau sudah smapai jodoh kahwinkan sahaja, bantulah sedaya yang mungin..

  21. ghulam says:

    Mungkin ini sebagai pengubat hati yang merajuk..refer kepada Allah SWT bila dah putus cinta…. Tidaklah ini sebgai tanda yang tidak mahu lagi bercinta,tetapi mungkin ini lafaz orang yang dah tersedar dari lamunan cinta lebih daripda cinta kepada Allah,Rasul dan IbuBapanya..

  22. falah says:

    emmmm…akhir zaman ni banyak yg tak betul dan terbalik…
    semoga kita sama2 di kalangan orang yg benar, betul dan mendapat hidayahNya sentiasa

  23. Kak Ija says:

    Salam ustaz,
    “Bercintalah dengan Allah secara realiti.” Dalam maknanya tuh. Manusia mudah benar berada di penghujung yang extreme. Kedudukan hujung pertama, mempergunakan agama untuk bercinta manakala hujung yang lagi satu, mempergunakan “cinta Ilahi” untuk beragama. Seolah2 cinta kepada manusia tidak boleh disatukan dengan beragama. Sedangkan kerana Islamlah kita dituntut berukhuwwah. Alamak!!! Slogan ke nih?

  24. Hayati says:

    As’salamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

    Cintakan Bunga, Bunga Kan Layu
    Cintakan Harta, Harta kan Binasa
    Cintakan Manusia, Manusia Kan Pergi
    Cintakan ALLAH Itu Yang Hakiki & Kekal ………

    Wallahu wa a’lam….

  25. alqasam says:

    terima kasih Abu Fatihah (ro ya alip dhod ) & mardhatillah. Afwan pd Tuan site, ust ya, krn t’panjang komen di sini. Ana jarang amat menulis komen, tdk lbh dr 5 kali. Sekali ter’tulis t’panjang. Tak kisahlah Izedduin Al-Qasam ka. Bridge apa ka.:) Allahu, Allahu. Salam

  26. Husaini says:

    Alhamdulillah, satu artikel yang tepat dan sememangnya ana tunggu2 selama ini..kdg2 meluat jugak dengar ayat2 yang macam Ust tulis tu..seolah2 macam cinta kepada pasangan berlainan jantina bukan cinta sejati..sedangkan kedua-duanya berbeza,kan? Teringat novel Cinta Sang Ratu oleh Ramlee Awang Mursyid apabila watak Saifuddin dalam novel itu memberikan gambaran jelas bahawa cinta mutlak sememangnya untuk Allah tetapi cinta fitrah adalah untuk insani. Kan lain tu?…

  27. Zulhimi says:

    Hahahaha…..tergelak saya memikirkan mesej artikel ni.

  28. aye says:

    Alhamdulillah,
    selamat kembali saifulislam… teruskan ‘memberi’ ustaz hasrizal, semoga kekal dalam ‘erti hidup’.
    Syukran dengan artikel yang tepat ‘mengena’ diri ana…
    :-)

  29. dhuat says:

    Ana pun terkena juga.

  30. insan says:

    alangkah bertuahnya jika kita tahu keindahan dan kebijaksanaan-Nya menjadikan alam ini..

  31. zahra says:

    “kita boleh kenal puisi cintai Ilahi oleh orang yang hidupnya seperti Rasulullah SAW, dan puisi cinta Ilahi oleh penulis yang sedang memicit jerawat di tingkap!”
    salam,ustaz. sungguh jitu dan padu! ^^

  32. obelisk:) says:

    knp manusia lps ditimpa musibah br nk cinta Allah. sblm tu xdak hati nak taqarrub dgn Allah la ya maknanya??? renung2 sdr…

    anyway, jgn ikut hati nnt mati, Rasullah kn dah tgglkn sunnahnya, cuba ikuti, itu yg sebaiknya..

  33. jund says:

    ustaz..
    pertama2 sekali sy ingin mengucapkan syukran jaziila kpd ustaz krn tlh menghuraikan segala persoalan dalam kepala saya selama ini berkenaan dengan cinta Allah..

    ustaz, namun masih ada satu persoalan dlm kepala saya yang masih belum terjawab..

    kalau kita x blh bercinta semasa belajar, macamana kita nak berkahwin dengan isteri solehah yang di idam2kan? tak kan kita hanya menunggu sahaja sehingga orang datang untuk menawarkan anak gadisnya kepada kita? bukankah Allah menyuruh kita berusaha dalam mendapatkan sesuatu?

    andaikan

    kita dah dapat si dia yang kita idam2kan, kita pun sering menghantar sms yang berunsurkn tazkirah..namun cara itu macam kita melitupi kemaksiatan dengan kebaikan yang diciptakan ( ikhlas saya katakan hati ini asyik teringatkan si dia ). dan saya amat takut jika saya dah memulakan titik permulaan dengan perkara yang Allah x redha, camne dengan rumah tangga saya pada satu hari kelak?( seperti yang ustaz dah tulis dalam artikel yang lepas )

    so, apa yang perlu saya buat sekarang?
    saya betul2 dalam dilema…

  34. budak comel says:

    kalau artikel pasal kahwin2, ramai ye yang komen. tapi bile artikel kena batang hidung sendiri, seciput je yg bagi pendapat. hihi

    ustaz, ustaz asyik cerita pengalaman ustaz je sejak akhir2 ni. saya rindu la dgn artikel ustaz pasal khilafah uthmaniah, ideologi2 barat n lain2 lg artikel yg menambah thaqafah yg baru. (demand la plak)

  35. Muhammad Firdaus says:

    aduh!!sakitnya terkena batang hidung sendiri..hehehe..

  36. abuluthfi says:

    Kasih Manusia Sering Bermusim
    Sayang Manusia Tiada Abadi
    Kasih Tuhan Tiada Bertepi
    Sayang Tuhan JanjiNya Pasti

    -Raihan-

  37. aN99 says:

    Assalamu’alaikum semua..

    Benar Rabiah Adawiyah adalah insan yang tersendiri, dan sering menyendiri demi bersama Kekasih yang sentiasa hadir dalam setiap tangisan dan hembusan nafasnya.

    Butir-butir kata Rabiah adalah mutiara hikmah dan zikir untuk dirinya sendiri, tetapi manusia membacanya sebagai puisi dan cereka cinta.

    Cinta Rabiah adalah untuk dirinya sendiri, dengan caranya sendiri. Rabiah membuang dunia dari dirinya dahulu, kemudian ia menemukan cinta Ilahi, tetapi kebanyakan manusia kini dibuang oleh dunia dan manusia dahulu, kemudian baru mengemis cinta Ilahi.

    Saiyidina Ali ketika ditanya bagaimana ia membahagikan cintanya antara Allah, Rasul-Nya, isterinya Fatimah dan anak-anaknya, menjawab:
    `Aku tidak membahagi-bahagikan cintaku, ia adalah satu dan sama; aku mencintai Allah, dan aku mencintai isteriku, anak-anakku kerana Allah’

    Antara cinta Rabiah dan cinta Ali, kedua-duanya mempunyai keagungan yang tersendiri. Terpulang kepada diri untuk mencari Kekasihnya sendiri.

    `Setiap orang mempunyai Kekasihnya yang tersendiri (?)’

  38. purple says:

    saye amat3 bersetuju dqn saudara/saudari ‘GHULAM’

    walwupun saye x penah bercinte ngan lelaki, jauh lg dikecewakan, saye rase agak keras kalau kite menyergah mereka dgn artikel yg saye rase agak sinis begitu… bg mereke yg baru ingin dekat dgn da’wah, bg saye, perasaan itu mgkn akan terbantut… tp ya, artikel itu cantek buat mereke yg dah faham perkare ini cume perlu diingatkan….

    tentang cinte Tuhan… bukankah kite memg perlu ucap dan tulis? untuk mentarbiyah hati… saye rase… puisi mereka x salah… cume pemahamn belumm mendalam… sebaeknye bantu mereka untk lebih paham…

    cube letak diri kite di tempat mereka n berfikir care mreke berfikir, barulah dapat sampaikn da’wah yg berkesan…

  39. najla says:

    Salam Alayk,

    Entri yg byk mengubah pandangan saya,syukran ustaz..Do’a selalu agar hati subur dengan IMAN dan segala niat diikat kerana nak menggapai redha Allah..Insya’Allah..

  40. anadin says:

    to jund
    “kalau kita x blh bercinta semasa belajar, macamana kita nak berkahwin dengan isteri solehah yang di idam2kan? tak kan kita hanya menunggu sahaja sehingga orang datang untuk menawarkan anak gadisnya kepada kita? bukankah Allah menyuruh kita berusaha dalam mendapatkan sesuatu? ”

    Sebagaimana yang dinyatakan oleh ustaz ttg jika cinta Allah, maka ikutilah sunnah rasulullah saw. Pada ana, sekiranya enta benar2 sukakan akhawat tersebut gunakan konsep org tgh sebagaimana khadijah menggunakan org tengah utk meluahkan perasaanya ke rasulullah saw. Dan sebagaimana Rasulullah saw merisik aisyah ra. Semuanya menggunakan org tgh.

    Ana pernah terkena. Hanya skadar bertukar-tukar tazkirah, dan akhirnya jadi rindu-rinduan yang entah apa-apa. Tapi, alhadulillah, setelah di brain wash, ana smakin faham dgn konsep UBM (unit baitul muslim)

    Zaman sekarang, susah benar nk dengar org walimah menggunakan org tgh atau baitulmuslim ni. Mesti nak kenal bercouple bagai nak rak, bertunang, kawen..Is that the end of the story? Nope!

    Kalo dah bercinta pun 4-5 tahun, then kawen 3 tahun je apa laa gunanya. Buang bogheh je ..(Maaf agak terkasar)

    Mungkin ustaz bleh masukkan konsep UBM ni. Ramai antara kita yang kurang faham. Even mereka yang dalam perjuangan dakwah.Cinta anta anti konon…

    To jund
    Kalo boleh tunggulah kejap..Adik pun masih belajar lagi..Isitkharah dulu molek2..Simpankan dulu..Kasihanilah dia yang benar-benar ingin cemerlang dalam akademiknya.. Allahu’alam

  41. husna1399 says:

    assalamu’alaikum..

    ..terasa plak..selalu jer terperasan tulisan di BMC selalu dibaca.. dan
    ada yang mengulas tanpa mengetahui apa yang sebenarnya yang tersirat. Tapi, it’s OK. Setiap insan menilai, begitu juga ana..berfikir dan menilai..

    namun, ana percaya pada cinta ILAHI..DIA Memilih dan Mencintai hamba2NYA dengan tulus.. Cinta ILAHI itu pula ada tanda2nya,
    bukan sekadar retorik. Tanda itu jika diberitahu mumkin akan mendatangkan riyak dan mengundang salah faham kepada yang membaca dan mendengar..

    ..semoga dirimu termasuk dikalangan insan2 yang dipilih ALlah SWT kerana DIA Mencintai orang2 yang DikehendakiNYA..

    -DIA matlamat kehidupan-

  42. insyirah says:

    ttg cinta sblm kawin. elok baca artkel ni. very interesting

    http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568

  43. ibah says:

    ni la masalah nya bila orang muda yg mengaku cinta Allah dn Rasul tp lebih suka promosi diri dari promosi Islam..

    jangan jadikan Allah sebagai last resort…

  44. sara says:

    salam..
    topik menarik..
    ya, saya pun tidak faham kenapa perlu refer pada Ilahi setelah kena dumped..macam last resort aje..
    walaubagaimanapun, hakikat manusia bila sudah susah baru cari Dia..dalam aspek lain saya rasa tidaklah salah, sekurang-kurangnya mereka mula sedar hakikat cinta Ilahi.
    Saya ada seorang teman yg bercinta, masa mula-mula dia pun tak tahu bercinta itu salah, almaklum jahil. Alhamdulillah lepas dia tahu, dia pun clash dan syukur dia sekarang dalam jalan dakwah. Kalau dalam kes macam ni, salah ke dia kalau dia benar-benar sudah bertemu cintaNya dan mahu memelihara diri daripada fitnah cinta? Bagi saya, kita tak ada hak untuk judge orang lain, yg betul-betul bermaksud dlm pencarian cintaNya. Bila saya tanya dia, bencikah pada lelaki? Dia jawab ok je, takde masalah asalkan ikut syariat.

    Maaflah ustaz, tapi saya rasa tuduhan ustaz dalam artikel kali ini agak melulu dan mungkin juga sangat umum. Mereka mungkin kurang faham erti cinta, jadi kita yang lebih tahu silalah memberitahu, bukan sekadar menyindir dan menempelak sebegitu.
    Kita juga tidak tahu niat mereka, sekadar menduga-duga. Apakah semua orang yang dimaksudkan benar-benar “berkhayal tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.”?Ataukah mereka ada yang sedang sujud bertahajud menangis menyesali dosa-dosa yang mereka lakukan semasa bercouple? Siapa kita untuk menghukum sedangkan kita tidak tahu niat mereka?
    Sekadar mencelah.
    Wallahu’alam bisawab.

  45. saifulislam says:

    saya tidak suka dengan perkataan “MELULU” kerana ia mencerminkan yang saya menulis tanpa rasa tanggungjawab. jika kita mahukan pengecualian, pengecualian tetap ada. maka yang terkecuali tidak perlu tersinggung dengan apa yang ditulis. tetapi saya menulis hasil pengamatan terhadap trend di sekeliling saya, serta komunikasi saya bersama siswa siswi melalui kursus-kursus yang saya kendalikan, serta perbualan di kampus-kampus juga email-email yang dihantar kepada saya.

    saya tidak akan menulis sesuatu yang tidak berasas. ia bercanggah dengan akhlaq islam.

  46. husna1399 says:

    assalamu’alaikum..

    Walaupun ana terasa dengan tulisan Ustaz, bila fikir2 balik..ada betulnya kata2 Ustaz tu. Muslimat berpuisi bagaikan sufi tetapi tidak
    dibuktikan dengan tindakan.. hmm, perlu fokus kepada tindakan. Cinta ALlah SWT dengan ber’amal soleh dan amar makruf nahi munkar.
    Pada pendapat ana juga, menyesali kerana bercinta dengan manusia itu betul andai telah berlaku kesilapan lalu menulis puisi, tetapi menjadi sufi tu sebenarnya ada tanda2 dan cara2nya. Kebanyakan kita tidak menemui jalan tu sebab tidak didedahkan contohnya sebagaimana Rabiatul Adawiyah yang menjadi sufi. Bukan pula menggalakkan untuk menjadi Rabiatul Adawiyah yang cintanya hanya kepada ALlah SWT tetapi memahami perjalanan beliau. Itu yang ana maksudkan. Muslimat sering berpuisi tetapi tidak sampai maksud yang hendak dituju.. WAllahu A’lam..

  47. ..::UnTuKmU:.. says:

    Assalamualaikum..

    Mungkin apa yg ana nak sampaikan dah ditulis oleh saudara-saudara di atas..

    Pada pendapat saya..mencari cinta Ilahi,ukan bermaksud menolak perasaan fitrah manusia itu..sedangkan Allah sendiri menyuruh kita menikah [24:32]

    Cinta Ilahi,dalam erti kata ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT.
    Dengan sedaya upaya kita cuba mengelakkan diri daripada melakukan perkara2 yang boleh mengundang kemurkaanNya. Dan pada masa yang sama kita juga sedaya upaya melakukan segala perkara yang diredhaiNya.

    Bercinta sebelum bernikah…ia takkan mungkin berlaku tanpa mendekati zina dan hukum mendekati zina itu Haram,[17:32]
    Rasulullah menjelaskan maksud menghampiri zina itu dalam hadithnya,sila rujuk riyadhusshalihin,jilid ke-2 bawah larangan melihat wanita. Dalam hadith tu, zina hati akan berlaku dengan merindui. Bagi seorang yang normal,tak mungkin ia mampu mengelakkan zina hati apabila bercinta dengan seseorang yang masih belum menjadi isterinya. Oleh itu, walaupun kita cuba membataskan perhubungan percintaan,ia tetap menghampiri zina jika kita telah memulakan langkah pertama untuk bercinta.

    Percintaan yang Halal ialah percintaan selepas pernikahan.

    “Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Ilahi. Seindah manapun sesuatu itu dalam pandangan manusia, selagi ia tidak diredhai-Nya,maka ia langsung tidak berguna”

    Carilah cinta ilahi…

    wallahua’lam..

    (maaf kerana pendapat saya terlalu tegas)

  48. purple says:

    untukmu………..

    i totally agree wif ur argument… nice… syukran ya….

    to ustaz….

    saya ada masalah dgn istiqomah… masalah yg serioous sgt… hu… susah betol…

    tp..

    rasa selamat bile tau ada lg org yg berfikir panjang dan dalam tntg perkara2 yg dah dilalaikan dan x disedari bahaya untuk muslim dan islam……… sesetgh isu yg ustaz ketengahkan, saye x perasan dan x sedar kepentingannye sblm ustaz bangkitkn…

    yg plg best, ustaz ada kekuatan untuk bertindak menyelesaikan isu2 tersebut… teruskan perjuangan ya…

    time kaseh…

    barikallahufik…

  49. aufa_isme says:

    Salam!!

    Erm…kisah kita berbeza la..huhu…tp xpe..Semo yg Ustaz bgtau tuu mmg ada kebenarannya. Sy pun tak nakla bercintan cintun nih. Nsb baik sy berjy mengekalkan title SINGLE AND AVAILABLE sampai skg. A’uzbillahi Mina Syaitanirrajim…

  50. aisha says:

    Semoga rahmat dan barokah Allah dilimpahkan kepada akhi,,
    Sungguh indah sekali yang akhi katakan,,
    Sesungguhnya keindahan cinta, mencinta-dicintai adalah cinta kepada Allah.
    Allahu Akbar.

  51. bidmie21 says:

    sesungguhnya cintakan Allah itu adalah yang paling utama kerana hanya Dia yang kkl abadi.

    Cinta kpd Allah bknlah hanya lafaz dibibir shj tetapi mmrlukan pgrbnn yang ikhlas dlm mencari rahmt dan kbrktn hidup di dunia dan akhirt.

    sesungguhnya, dgn mncintai Allah akan terasa suatu kenikmatan yg x tehingga dlm diri yakni ketenangan jiwa dan kelapangan hati.

    ringan2 kn lah anggota bdn utk mngrjkn amal ibadah dan kebajikan selagi kita masih berpeluang bagi mmbuktikan kecintaan kita kepadaNya dan istiqamahlah dlm melakukannya…

    semoga kita dikurniakan hidayah dan mendapat RahmatNya…Insyaallah

  52. asyiqin says:

    askum…apa yang ustaz kt2,mengandungi kebenaran nya…cinta Illahi bukan cinta yang ada masa kecewa dan memohon hajat…cinta Nya,cinta x pernah putus,sbelum kejadian kt lg…cinta2 lain itu hanya pelengkap hidup manusia seperti kehendak Nya juga kan…

    semoga cepat sembuh,tiada penyakit yang tiada penawarnya selain mati…

  53. [...] remaja atau muda mudi seperti saya menganggap pernikahan atau cinta sahih itu adalah berupa lakaran puisi yang indah-indah dibaca. Hakikatnya, andaian itu tersasar jauh dari makna sebenar sekaligus menerangkan bahawa andaian itu [...]

  54. suri says:

    assalamualaikum…memang cinta pada ilahi adlah sesuatu yang indah dan paling agung.. tp bkn hanya dgn kata2 yang menunjuk-nunjuk, ttp seharusnya juga dibuktikan dengan ibadah yang bersungguh-sungguh…dan yang paling utama kita haruslah cuba sedaya upaya untuk mendekatkan diri padaNYA.. walaupun kadang kala kita berasa malas, berat @ ragu2 akibat hasutan syaitan..sekiranya kita benar2 berusaha untuk mencapai cinta ALLAH pasti kita akan berusaha untuk mendekatinya…dan insyALLAH dengan keredhaanya pasti kita merasa mudah dan gembira dalam melakukan ibadah kepadanya…itulah yang dikatakan kemanisan iman…=)

  55. [...] remaja atau muda mudi menganggap pernikahan atau cinta sahih itu adalah berupa lakaran puisi yang indah-indah dibaca. Hakikatnya, andaian itu tersasar jauh dari makna sebenar sekaligus menerangkan bahawa andaian itu [...]

  56. nurul huda says:

    salam..ana sbg salah seorang siswi sangat berstuju dengan pendapat tuan, fenomena inilah yang ana lihat sedang berlaku pada sahabat-sahabat ana, walaupun berasal dari background sek. agama,tapi apabila menjejakkan kaki ke IPT kelihatannya seperti sudah lupa pada asal dan usulnya, asyik mengayam cinta sehingga ada yang sanggup tidak hadir ke kulliah dan lebih lagi ada yang sanggup membelanjakan wang biasiswa dan pinjaman yang sepatutnya digunakan untuk membayar yuran pengajiaan sebaliknya digunakan untuk belanja pasangan mereka. ana pernah menegur seorang sahabat ana, apa yang menyedihkan shabt ana itu tidak mahu bertegur dengan ana lagi..semoga ALLAH membuka pintu hatinya..AMIN.

  57. muslimat yg mencari says:

    salam ustaz……….

    betul 2………..
    kita jgnla mendekati zina……..
    dalam Al-Quran dah kte…………
    la takrabuz zina………

    “zina 2 mata itu menilik,zina kedua tgn itu menjabat,zina ke2 kaki itu melangkah,zina ke2 tlga itu mendengar,dan zina hati itu mengingat,
    (Riwayat Bukharidan Muslim)

    sebenarnya dlm sosial Islam.x ada istilah “teman lelaki @ “teman wanita”

    Wallahua’lam…………

  58. Akhfash says:

    SALAM..sy pun setuju dgn lakaran tersbut..tapi bkan smua..kta kna sdar dan faham,kta tak bleh menyamakan cinta ALLAH dgn cinta manusia…kerana cinta khaliq berbeza dgn cinta makhluk..kalau kt membeza cinta mnusia dgn cinta ALLAH..maka dngan secara x sengaja..kta telah meletakkan ALLAH S.W.T setaraf dgn makhluknya…ini adalah mustahil.

    suka @ cinta kpd seseorang itu tdak salah..tp ada btasnya..dan batasnya adalah pernikahan..adakah shabat2 skalian ingat ktika mna,kisah di zaman nabi LUTH..cintanya @ sukanya sesama sjenis..Auzubillah minzalika..ini adalah sngat dilarang oleh ALLAH S.W.T…adakah shabat2 sekalian lbih ska mcm ni???,,sdah tentu tdak sma skali..

    manusia ini adalah bersifat baharu…mka mmng lah ska mnusia sesama sndri sentiasa brubah2 shngga ada pengakhiranya…jd jgn kta mletakan cinta khalik dan makhluk sama baris..bhagikanya..moga2 setiap apa yg kta lakukan ini diredhoi ALLAH .S.W.T…(ini adalah pndangan yg lemah dr sy…sy prnah suka kan seseorg dan tdak prnah mndekatinya…jg tdak pernah bercinta..)..wallahualam..wassalam..(INSAN YG LEMAH)..

  59. Irbih_e@uum_Jalan Datuk Kumbar says:

    Salam

    Perumpamaan org melayu menyatakan

    Cinta Itu Buta

    tp Cinta 2 berlainan

    cinta dgn Allah adalah cinta yg complete,sempurna

    cinta yg tiada tolak bandingannya

    manakala cinta manusia

    hanya la bersifat sementara

    tp bila di gunakan sebaik yg mungkin

    insyaallah

    boleh sampai ke syurga(jika di izinkan oleh Allah)

    jd

    pada pendapat saya

    terdapat bynk perbezaan antara cinta Allah dgn Manusia

    seperti commnet dari saudara Akhfash

    jd saya harap agar muslimin dan muslimat

    menggunakan kelebihan akal kita yg diberikan oleh Allah

    untuk memilih cinta sejati antara sesama manusia

    insya allah

    Allah sudah tentukan Jodoh manusia

    manusia perlu berusaha mencari jodoh mereka

    menerusi arah jalan yang diredhai oleh Allah Swt

    wslm

  60. halawati says:

    “Perjalanan ini begitu dahsyat.
    Bagai berlayar dilautan gelora.
    Bagai meniti titian penuh berduri.
    Namun labanya begitu hebat.
    Hanya sicekal dan tabah tiba ditujuan.
    Di hatinya iman yang teguh tersemat.
    Bagai besi yang tidak bisa karat.
    Walau tersadai dilempar kelautan…”

    wallahu a’lam bissawab

    • shidah says:

      ‘HE is near, yet it is far’. Betapa Allah itu sesunggunhnya dekat namun kecintaan kita padaNya terasa jauh….

  61. hafiz says:

    Si ai en ti ay

  62. N says:

    Ya ALLAH… maafkanlah kami yang sesekali terlupa’memandang’ MU. Ingin ku pergi kepada MU, namun tidak dapat ku tinggalkan ‘dunia’ ini, kerana ia menjadi ‘laluan’ ku kepada MU. Ku lalui semua ini, walaupun… ada ‘sakitnya’… yang tidak dapat ku mengerti…

    “Bila kasih MU beraja di hati, dunia pun hilang dari hati, tangisan takkan dapat berhenti, …lalu tergilalah akal budi…”

  63. syuhada says:

    sahabat saya..
    menyayangi seseorang..
    pelik tak..
    dia lebih suka orang yang dia suka tidak membalas cintanya..
    katanya..
    dia tak mahu orang yang dia suka nanti tidak dapat jaga pandangannya..
    tidak dapat mengawal emosinya..
    terganggu pelajarannya..
    mengganggu hubungannya dengan allah dan ibu bapanya..
    adakah rakan saya itu cintakan allah melebihi orang yang dicintainya..
    kerana dia berpendapat sedemikian adalah kerana dia berfikir..
    ini bukan waktunya kerana dia masih belajar..

  64. syuhada says:

    diuji dengan cinta banyak yang perlu kita jaga..
    pandangan..
    suara..
    hati..
    niat..
    saya dah lalui berbagai pengalaman..
    sehingga saya dapat mengambil pengajaran untuk saya sendiri..
    akak saya kata tak baik ada perasaan untuk bukan muhrim
    tolong beri pendapat..
    betulke???
    kalau tak baik kenapa allah bagi..
    bukankah sesuatu yang kita tak suka kadang2 terbaik untuk kita??
    kalau kita tak suka perasaan tu dan kita yakin ia datang dari allah bukan nafsu kita..

  65. [...] remaja atau muda mudi seperti saya menganggap pernikahan atau cinta sahih itu adalah berupa lakaran puisi yang indah-indah dibaca. Hakikatnya, andaian itu tersasar jauh dari makna sebenar sekaligus menerangkan bahawa andaian itu [...]

  66. [...] tidak bermaksud untuk memperkatakan tentang CINTA sebagai CINTA ILAHI kerana hal mengenainya telah pun diperkatakan di dalam ruangnya yang khusus. Namun saya tumpukan [...]

  67. [...] tidak bermaksud untuk memperkatakan tentang CINTA sebagai CINTA ILAHI kerana hal mengenainya telah pun diperkatakan di dalam ruangnya yang khusus. Namun saya tumpukan [...]

  68. [...] cinta Ilahy;benar2 sebuah rasa @ sekadar puisi basi? By rkukaudya 0 Comments Categories: aku dan cinta cinta Ilahy bukan lakaran puisi [...]

  69. shaukah_ramzulqulub says:

    Salam.syafakalahhau fik wa usratik ya ustaz.

  70. [...] Ilahi bukan sekadar slogan angan-angan yang kontang isi, apatah lagi abstrak dan penuh misteri. Cinta Ilahi bukan lakaran sebuah puisi, untuk menghiasi laman-laman blog dakwah [...]

  71. [...] Ilahi bukan sekadar slogan angan-angan yang kontang isi, apatah lagi abstrak dan penuh misteri. Cinta Ilahi bukan lakaran sebuah puisi, untuk menghiasi laman-laman blog dakwah [...]

  72. zaty says:

    Salam.Terima kasih ustaz kerana mengeluarkan artikel ini.Moga-moga jadi peringatan kepada bakal-bakal pelapis generasi masa depan kita..

  73. azzahsu says:

    dunia yg penuh pancaroba memmbuatkan manusai alpa

  74. cnta kpada ALLAH..kekal abadi..tidak akan terptus dtgah jlan..

  75. Faizal says:

    Salam

    Ada terpikir tak cinta manusia itu mengajar erti cinta kepada Tuhan.
    Kadang-kadang kekosongan hati hasil cinta manusia dengan mudah diisi dengan cinta tuhan.
    dan lebih mudah dimengerti
    kerana dia telah melalui sebahagian daripada kasihnya.

    Rasanya cinta ni macam makan jugak;
    jangan lebih sangat jangan kurang sangat
    terlebih conform dosa
    terkurang hati kasar dan merana.

    wasatiyyah bercinta itu amat sukar…
    mungkin kerana itu ramai yang ‘haram’kan coupling
    tapi tolong bezakan antara cinta n coupling,
    setuju ker??

  76. elfutuwwah says:

    BismiLLAH….

    Sabda RasuluLLah ShalAllahu ‘alaihi wa sallam !

    “Orang-orang yang penyayang akan disayangi oleh Arrahman tabaraka wa ta’ala, sayangilah yang ada di bumi nescaya Dzat yang ada di langit menyayangi kalian!”.

    (ALHADITH, shahih aljami’, no 3522 dan asshahihah, no 925)

  77. ameerah says:

    terima kasih diatas pengertian yg sungguh bermakna itu.

Leave a Reply