Jangan Gopoh Dalam Bicara

Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa
Mengapa sepi?
Bukan tidak ada isu yang mahu diperkatakan. Bukan tidak ada topik ilmu yang mahu dikongsikan.
Tetapi ia tidak berlaku.
Segalanya berakhir dengan diam.
Saya sedang menyelak lembaran-lembaran kitab kecil tinggalan Said Hawwa.
Orangnya sangat berhalus, kritikannya amat berhemah. Tetapi Said Hawwa tetap tidak disenangi oleh segelintir pendukung gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Macam-macam label yang dilontarkan kepada beliau semasa hayatnya. Tetapi buku yang satu ini, besar maknanya jika pembacanya berjiwa besar untuk menerima kritikan Said Hawwa.
Buku yang saya maksudkan itu adalah Jundullah: Takhtithan. Naskhah yang ada bersama saya adalah terbitan Maktabah Wahbah, cetakan kedua tahun 1995.
Di dalam Fasal 6 di bawah tajuk Ketaatan dan Syura (al-Tha’ah wa al-Syura), Said Hawwa menggarap persoalan konteks dalam membicarakan salah letak yang berlaku di kalangan gerakan Islam.
Katanya, “sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang menghairankan aku. Aku melihat mereka melayan isteri masing-masing seolah-olah si isteri itu adalah orang suruhannya. Perlakuan itu beralasankan hak ditaati yang diberikan oleh Islam kepada suami ke atas pihak isteri, dan itu menjadikan si isteri sebagai orang suruhan suaminya.”
Said Hawwa berhalus dengan memulakan bab ini dengan contoh yang berlaku di peringkat individu berkaitan dengan bidang kuasa dan ketaatan. Seorang suami boleh sahaja menyalahtanggap haknya sebagai suami dengan menjadikan ia sebagai alasan untuk memperhambakan isteri.
Bukan salah Islam.
Tetapi tafsirannya yang tersasar.
Said Hawwa menyambung lagi dengan katanya, “aku juga melihat segelintir kepimpinan Islam melayan pengikut-pengikutnya seperti hamba. Ia datang daripada tanggapan bahawa dirinya adalah Amir al-Mu’minin yang berhak untuk menerima ketaatan yang mutlak.”
Persoalan salah letak peraturan-peraturan Islam dikembangkan kepada subjek yang ingin disentuh secara khusus oleh Said Hawwa. Apa yang eksklusif menjadi tatacara hubungan di antara Amir al-Mu’minin dengan rakyatnya, diterap secara salah untuk seorang pemimpin mendesak ketaatan mutlak pengikut kepada dirinya. Beliau melihat kedudukannya sebagai pemimpin gerakan Islam, menjadikannya rakan sejawat dengan seorang Amir al-Mu’minin.
Inilah permulaan kritikan Said Hawwa kepada konsep Syura dan keputusan-keputusan yang terhasil daripadanya di dalam konteks sebuah gerakan Islam. Syura sebagai mekanisme pemerintahan, diambil tanpa tatacara dan garis panduan yang betul (dhawabith) untuk diimplementasikan dalam disiplin berjemaah sebuah gerakan Islam.
Said Hawwa menegaskan lagi,
“Sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang mendakwa bahawa apabila sebuah tanzim bercakap (membuat keputusan), maka ia tidak berhajatkan kepada dalil syar’ie (sebagai sandaran), dan keadaan seperti ini hakikatnya adalah penganugerahan status maksum kepada yang pihak yang tidak berhak memiliknya. Ia adalah jalan diktatorisme dan pembekuan peranan nas.”
Teguran-teguran itu menyebabkan dada saya membuak-buak. Kepala hilang tenang. Terasa bagai Said Hawwa menyokong apa yang sedang saya rasai. Seolah-olah buku itu ditulis untuk saya dan bagi pihak saya. Justeru atas nama kebebasan bersuara dan hak amar ma’ruf nahi mungkar sama ada di dalam lingkungan tanzim atau pun di luarnya, saya mahu menulis sepanjang-panjangnya. Menyatakan rasa tidak setuju, malah menyatakan rasa mual juga dengan justifikasi-justifikasi yang dihasilkan di sana-sini untuk mewajarkan subjek yang gagal saya persetujui itu.
Tetapi apa gunanya jika apa yang saya tulis itu hanya berjaya menjelaskan pendirian saya (menegakkan kebenaran?), sedangkan implikasinya adalah kemusnahan reputasi gerakan Islam yang masih menjadi satu-satunya harapan realistik masyarakat untuk meruntuhkan jahiliyah di medan siasah negara.
Saya bukan pejuang teks.
Mahu memenangkan teks dengan mengorbankan realiti.
Menegakkan prinsip yang dianggap betul, di atas keruntuhan, kemusnahan serta anarki mikro dan makro, saya tidak pasti apakah itu yang saya mahukan.
Justeru kalam terhenti seketika. Tazkirah dari al-Murabbi Said Hawwa itu sudah memadai.
Saya mahu menghalusi liku-liku bicara Allah buat Jundi-Nya.
Jangan gopoh dalam berkata.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 months ago
Syukran, ustaz…
Ana faham maksud ustaz…
Ia juga pencerahan terhadap apa yg ana alami..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
saya faham dilema ustaz kerana saya fikir saya juga berdepan dgn persoalan yang sama. cuma mungkin capaian kita berbeza.
sebab itu, dalam kritik yg jelas dgn prinsip, gambaran besar tetap cuba diperjelas kerana tak mahu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Ustaz,
Baru-baru ini saya mendengar idea yang ada kaitan dengan persoalan Ustaz.
Ideanya begini;
Teks adalah teks. Kita tidak boleh membuangnya begitu sahaja. Ia diperlukan kerana kita yakin ia datang dari Allah.
Namun dalam masa yang sama, teks tersebut mempunyai konteksnya yang tersendiri. Mari melihat teks bersama dengan konteksnya dan bila hendak melakukan penerapan, sesuaikan dengan konteks semasa – “at this point of time”.
Kita perlu bezakan teks dengan kefahaman terhadap teks. Ini kerana, apabila kita memetik sesuatu teks untuk menyokong pendapat kita, kita sebenarnya sedang memberikan kefahaman kita terhadap teks. Kefahaman kita boleh sahaja dipengaruhi oleh emosi dan kebiasaan masyarakat. Kita perlu sangat berhati-hati dengan situasi ini.
Lantas apa penyelesaiannya? Saya tidak tahu …
Respond to this comment [with empathy]
pali reply on November 16th, 2009 3:36 am:
@Faizal,
“Teks adalah teks. Kita tidak boleh membuangnya begitu sahaja. Ia diperlukan kerana kita yakin ia datang dari Allah.”
Salam,Maaf, boleh perjelaskan maksud ayat ini lagi? Teks itu datangnya dari Allah? Teks apakah yang dimaksudkan?
Respond to this comment [with empathy]
Faizal reply on November 16th, 2009 7:51 am:
@pali,
Teks Al-Quran dan al-Hadith yang sahih.
Respond to this comment [with empathy]
Rudee reply on November 17th, 2009 6:02 am:
@Faizal,
mmm.. mungkin sy salahfaham..
1)rasanya ‘teks’ yg dimaksudkan ustat hasrizal tu adalah ‘tulisan’ yg hendak dihasilkannya untuk menjelaskan pendiriannya ttg masalah pergerakan Islam di negara ini tp ia mungkin menimbulkan masalah yg lebih besar.
2)Tapi ‘teks’ yg dimaksudkan En Faizal pula adalah ‘kitaballah dan Hadis yg sahih’ dan masalah perlaksanaannya.
~ kalau saya salah, hrp boleh fahamkan..
Respond to this comment [with empathy]
Zatil reply on November 17th, 2009 12:56 pm:
@Rudee,
ke…maksud ustaz teks bai’ah?
Respond to this comment [with empathy]
Zatil reply on November 17th, 2009 1:04 pm:
@Zatil,
MAAF, tersilap komen.. gopoh dalam membaca
Faizal reply on November 17th, 2009 1:25 pm:
@Rudee,
@Rudee,
Saya tidak komen artikel ustaz, sebaliknya sekadar membawakan satu idea/ pemikiran yang ada kaitan dengan artikel ustaz.
Apapun, teks dalam tulisan Ust Hasrizal tu saya fahami sbg AQ dan AS – Allahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Menunggu ulasan ustaz seterusnya.. Dalam dilema jugak nih..
Teori dan realiti yang selalu bercanggahan..
im in Dilemma..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Salam ustaz,
saya amat tertarik dengan persoalan ketaatan kepada syura dan wala’ ini, benar-benar mahu tahu apa konsep sebenar dalam islam dan aplikasi di medan siyasah malaysia sekarang
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam ya ustaz..pedih sungguh tangkai hati mengenangkan realiti…namun untuk undur tidak sekali..pastinya untuk mencuba memutihkan semula tidak semudah yang disangka..barakallah terhadap usaha ustaz…moga ada cahaya yang akan terbit nanti..optimis dengan janji nabi berpakejkan usaha yang tidak henti…moga janji itu akan realiti..ameen.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Salam ustaz, perkongsian yang sangat baik. Terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Pertanyaan:
““Sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang mendakwa bahawa apabila sebuah tanzim bercakap (membuat keputusan), maka ia tidak berhajatkan kepada dalil syar’ie (sebagai sandaran), dan keadaan seperti ini hakikatnya adalah penganugerahan status maksum kepada yang pihak yang tidak berhak memiliknya. Ia adalah jalan diktatorisme dan pembekuan peranan nas.”
Kenapakah walau dipersoalkan oleh Said Hawwa sendiri, ramaipendokong/penyokong gerakan/tanzim tak memahami?
Adakah cuma content yg pro-kesetiaan shj diketengahkan?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Suatu peringatan dan proses tasfiyyah di dalam gerakan Islam Malaysia kini-merujuk kepada PAS. Moga Allah memberikan petunjukNya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Saya tak tau nak komen apa akan isi tulisan ust.
Cuma nak komen ini. Give and take ust. Take some time for yourself to give more later.
Jaga kesihatan juga.
Realiti tak pernah tertangkap oleh deria manusia. Berbalahnya manusia hanya atas perkara ‘fatamorgana’. Kan?
Apabila mereka berbalah, disuruh mereka oleh Allah untuk kembali kepada Allah dan Rasulnya. Akan tetapi mereka kembali kepada ‘persepsi’ mereka akan ayat Allah dan hadith Rasul lalu mereka terus berbalah juga.
Lupa bhw kebenaran itu wujud seadanya ia, dan terus wujud ia begitu walau apa pun ‘persepsi’ yang ada dalam kepala yang diperbalahkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Jazakallah ustaz atas perkongsian bermanfaat kali ini, saya suka dengan frasa ustaz
“Saya bukan pejuang teks.
Mahu memenangkan teks dengan mengorbankan realiti.
Menegakkan prinsip yang dianggap betul, di atas keruntuhan, kemusnahan serta anarki mikro dan makro”
Terkadang ramai yang bercakap benar tetapi tidak tepat. Apa yang dikatakannya memang benar tetapi tidak melihat kesan kepada perkataannya
Mungkin sebab itu, dalam buku Fiqh Dakwah Jumah Amin yang saya baca,
Beliau mengutip pendapat ibn Taimiah, bahawa kemungkaran itu harus diperangi dengan syarat tidak mendatangkan kemungkaran yang lebih besar.
Sungguh berhikmah kata beliau, terkadang kita cuma bercakap perkara benar tetapi implikasinya Masya Alah fatal, kerana saluran percakapannya tidak betul dan ditujukan kepada yang tidak tepat..
Anyway, Jakallahukhair Ustaz, sangat menjadi panduan untuk menulis
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamualaikum Ustaz,
Sy setuju. Rasa membuak-buak dalam dada tu pun terasa juga sebaik sahaja membaca apa yg Ustaz quote dpd Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa. Tapi sbg seorang yg pernah ada pengalaman menerima ‘titah perintah’ suatu masa dulu, sy pun setuju juga saranan ustaz supaya jangan gopoh dalam berkata. Apa gunanya hati sendiri puas, kalau jadi mcm omputeh kata: “win the battle but lose the war”. Selalunya sy beritahu diri supaya.. “sabar aje laa. Kalau semua manusia tak faham pun, memadai saja Allah faham.”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamualaikum ustaz..
Apa pndpt tntng sstgh pihak yg ngatakn stiap pngjrn dlm Islam x perlukn dalil yg trperinci SUPAYA org yg leka(atau juga non-muslim) tetap mndgar tazkirah tersebut spya tanpa dsedari rupa2nya fahaman Islam menyerap masuk ke dalam hati sebelum mengetahuinya daripada nas2 syarak. Bagi mereka cara ni lbih baik drpd terus menrngkn nas2 alQuran yg sememangnya tidak akan didengari bg mereka yg non-muslim.Akhirnya bila terjumpa nas alQuran, hadis dsb fikrah yg ada pd mereka bnar2 akan taut pd Islam akhrnya. Bgaimana?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
huhu ust memamg terrer..very good approach. semoga yg berkenaan ambil iktibar.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
anak usrahnya TG Haji Hadi…
hmm..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Bismillahirahmanirahim, komen sy hanya:
1)Rasanya ustat mmg x salah jadi pejuang teks ker visual ker audio ker. Yg penting yg dijuang itu Islam yg benar.
‘Org yg saling berpesan2 adlh golongan kanan’.(ade dlm AQ tp lupe ayat mane)
2)Rasanya xde apa yg akan dikorbankan ustat kerana memang itu realiti yg telah dan sedang berlaku. (23:53-64)
3)Rasanya ustat kena pastikan dulu apa yg ustat mahukan. Menegakkan prinsip yang dianggap betul, di atas keruntuhan, kemusnahan serta anarki mikro dan makro atau apa2 pun. (17:36), (5:68)
4)Rasulullah juga menghadapi masa2 sukar. (73:1-20), (74:1-56)
5)Jangan gopoh dalam melaksanakan ketetapan. (76:23-24)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam…
ana bersama ust..sir ala barakatiLLah..
matlamat kita adalah sama…
guru kita adalah sama…
jemaah kita adalah sama…
terkadang kita perlu lebih memperhalusi langkah yang diatur…agar kaki tidak tersepak dan tersadung akar2 liar..dan daulah impian akan kita capai..
muhasabah buat diri ini dan semua perjuang…
akhie
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
mudah menangkap maksud ustaz…komentar semasa utk gelombang gerakan islam..huhu
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
“Sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang mendakwa bahawa apabila sebuah tanzim bercakap (membuat keputusan), maka ia tidak berhajatkan kepada dalil syar’ie (sebagai sandaran), dan keadaan seperti ini hakikatnya adalah penganugerahan status maksum kepada yang pihak yang tidak berhak memiliknya. Ia adalah jalan diktatorisme dan pembekuan peranan nas.”
amat dekat dengan pengalaman sendiri. setelah membuat rancangan yg teliti mengenai pernikahan yang tidak pasti bila dan di dimana. ketika berusaha untuk mendapat ketenangan hati dengan merancang ana diuji dengan tanggapan orang yang mengatakan ana pelik. bahkan ana cuma berusaha dari sudut pemikiran untuk mendapat ketenangan hati untuk mempertahankan aqidah ana. disebabkan ana takut kecewa jadi ana cume memperindahkan tawakkal dengan usaha. syukurlah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. sejauh mana perancangan kita muhasabah formula doa, usaha dan tawakkal menggunakan konsep doa robitoh
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
ustaz,
spt berlaku pd sy, cuba berhalus,berlembut bile berbicara, cuba kritik dgn berhemah namun masih jua tidak disenangi oleh seorang teman ini..kadangkala sangsi cara ape untuk berbicara dgn beliau…sentiasa mahu menentang kerana mungkin terasa byk benar ilmunya..
sentiasa sangsi….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, Ustaz belajar dari pengalaman anak muda yang dikutip suatu masa dahulu. Jadi tolong doakan kami
anak muda masa kini bisa mencelup ilmu
lama agar sentiasa dalam hidayah dan
taufik ALLAH jua, wassalam.
Respond to this comment [with empathy]