Petua Mengajak Anak ke KEM HIJRI

November 18th, 2009 by Abu Saif 10:54 pm | 3,386 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

106_0155

“Adam nak pergi kem motivasi?” tanya seorang ibu kepada si anak.

“Brrr!!!” jawab si anak.

Tidak perlu menyusun ayat. Getar bibir itu sudah menceritakan segala-galanya.

“Kenapa tak nak pergi?” tanya si ibu lagi.

Boring!” Adam jujur menjawab.

Susah untuk menidakkan pandangan anak-anak tentang kem motivasi.

Membosankan, tiada televisyen, tidak boleh guna telefon bimbit, tiada air-conditioner, cari salah kita orang, suruh insaf dan bertaubat dan kena menangis sebab berdosa dengan ibu bapa, kemudian kemuncaknya ialah menangis dalam gelap sebab takut mati.

Lebih teruk, penceramah dilihat sebagai orang upahan ibu bapa untuk membasuh anak-anak agar mereka insaf, dan seterusnya akan mengikut kata-kata ibu bapa. Senanglah kerja mereka.

Aduh, tidak mudah untuk persepsi ini mahu diatasi.

Ada bahagian yang perlu diusahakan oleh penganjur program, ada juga usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

DI PIHAK PENGANJUR

Cuba lihat iklan Aidilfitri PTPTN dan bandingkan dengan iklan Aidilfitri Petronas. Apakah reaksi umum kepada kedua-dua iklan tersebut?

Mungkin ramai yang sukar untuk mengingati, iklan PTPTN mana satukah yang saya maksudkan? Berbeza pula dengan iklan Petronas. Ada banyak versi yang boleh dikenang. Janda anak tujuh yang mencari daging lembu, pakcik tua dengan payung mayat membantu anak muda berkereta yang sombong, ayah jangan lupa pakai lampin tau, dan banyak lagi siri iklan Aidilfitri Petronas yang menjadi kenangan.

Ia sudah cukup untuk menjelaskan sesuatu.

Show, don’t tell!” adalah prinsip penting dalam dunia penyiaran. Baik filem dan drama, mahu pun iklan. Filem, drama dan iklan yang baik adalah daripada jenis yang banyak memaparkan, tanpa banyak menceritakan. Atau dalam bahasa mudah, jangan berceramah, jangan membebel.

Justeru iklan Petronas kurang dialog, tetapi banyak subteks di dalam penceritaannya. Banyak benda sampai maksudnya tanpa perlu disyarahkan mesej yang hendak disampaikan. Berbeza dengan iklan PTPTN yang bersyarah, mengajar, preaching dan keputusan akhirnya, membosankan!

Kem Motivasi.

Kem adalah perkataan yang sudah ada pre conceived idea mengenainya.

Begitu juga dengan motivasi.

Kem itu hutan, panas, nyamuk, hujan, tiada Astro. Motivasi pula ceramah, bosan, basuh, dan insaf.

Justeru apa yang boleh penganjur usahakan, adalah pada mengurangkan konotasi tersebut daripada menyusahkan ibu bapa memujuk anak-anak hadir ke program.

LANGKAH PROAKTIF

  1. Jurulatih dan fasilitator bukan orang upahan ibu bapa. Mereka adalah orang upahan anak-anak yang upahnya dibayar oleh ibu bapa. Apa yang anak mahu ibu bapa tahu, akan disampaikan oleh jurulatih dan fasilitator kepada mereka.
  2. Ceramah bukan untuk memberitahu peserta apa yang jurulatih tahu, tetapi untuk sampaikan apa yang peserta perlu. Justeru ceramahnya pendek, diskusi dan aktiviti berkumpulan yang lebih. Tujuannya ialah, show… don’t tell!
  3. Bumi luas, jangan sempitkan kepada dewan. Justeru aktiviti adalah indoor, outdoor, dan ‘tidor‘ (tidur)!
  4. Solat 5 kali tetapi makan 6 kali!

DI PIHAK IBU BAPA

Rekod komunikasi ibu bapa dan anak penting untuk dinilai.

Jika selama ini ibu bapa lebih banyak memerintah dan anak-anak pula memang sentiasa dipaksa untuk belajar, dipaksa untuk mandi, dipaksa untuk solat, dipaksa untuk tutup televisyen, justeru jangan terkejut jika cadangan untuk anak menyertai kem motivasi mendapat reaksi yang negatif. Sukar untuk membayangkan tiba-tiba munculnya miracle!

Jangkaan atau expectation mesti disesuaikan dengan track record hubungan di antara ibu bapa dan anak. Seandainya ibu bapa dan anak banyak terisi komunikasi antara mereka dengan diskusi, mendengar sebelum didengar, maka ruang perbincangan untuk mengajak anak ke kem motivasi mungkin lebih mudah.

LANGKAH PROAKTIF

  1. Penghantaran bukan hukuman, tetapi hadiah. Ibu bapa yakin bahawa anaknya hebat dan banyak potensi. Tetapi mereka memerlukan beberapa kemahiran, pendedahan, jaringan rakan dan pengalaman yang ibu bapa tidak boleh berikan di rumah. Kem ini dipilih untuk melengkapkan perjalanan hebat anak-anak
  2. Jurulatih dan fasilitator adalah bekas peserta yang pernah bosan dengan kem motivasi. Yakinkan anak-anak bahawa mereka tidak akan dibosankan oleh mereka yang pernah menderita dibosankan oleh program-program yang pernah mereka sertai semasa di usia anak-anak.
  3. Jurulatih dan fasilitator adalah bekas remaja yang masih dekat usianya dengan anak-anak berbanding ibu bapa dan guru-guru. Jika memandang dari jauh, pandangan sudah samar. Jika memandang terlalu dekat, pandangan juga kabur. Memandang pada jarak sederhana, memberikan penglihatan yang tepat dan jelas. Itu kelebihan jurulatih dan fasilitator kem yang dipilih ini.
  4. 3 hari 2 malam ini adalah satu-satunya peluang dalam setahun, untuk ayah keluar berdating dengan ibu. Boleh kan?

Selebihnya, terserah kepada kebijaksanaan ibu bapa meyakinkan anak-anak bahawa menyertai KEM HIJRI 1431 ini adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Mungkin ada beberapa kejutan!

Siapa tahu, Doraemon pun ada menghantar kawan…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Memperkenalkan Seorang Rasul Kepada Anak-anak The Opposite Game! “Susah betul. Macam mana nak buat ni?”...
  2. Jangan Remehkan Keselamatan Anak-anak Imad semasa diberi nebulizer di Wad Kecemasan (A&E) untuk membuka...
  3. Merawat Budaya Kuning Anak-anak “Kita ambil yang inilah. Biar sama dengan warna baju Abi”...
  4. Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada...
  5. Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak Nak gaduh? “Yop, kenapa Yop bergaduh dengan kawan-kawan tadi tu?”...

Advertisement

13 comments

  1. ismifarhan says:

    “4.3 hari 2 malam ini adalah satu-satunya peluang dalam setahun, untuk ayah keluar berdating dengan ibu. Boleh kan?”

    that’s a good one. no,GREAT one! =)

  2. alqasam says:

    Askum ustaz,

    Harapnya dapatlah ana hantar adik kali ini. Menarik trik untuk keluar berdating tu, tapi macam tak berkesan untuk family kami. Maklumlah yang pergi mungkin 2, yang dirumah beratur raminya. Bilalah mereka berdua nak berdating?:)

    Apapun, hopefully dibuka hati adik-adik nak pergi.

  3. amri says:

    salam Ustaz untuk anak yg 10 tahun takde ke

  4. Angah says:

    Mungkinkah Nobita akan muncul ke kem ini…

    Early deduction…=)

  5. layla says:

    Salam..kem hijri ni ada fees ke?

  6. sharifah says:

    salam.
    Bukan Nobita… tapi Suneo…

  7. ana:laila says:

    “our class is not our world, but our world is our our class”-teringat pesan cikgu

  8. ibnu syam says:

    penting wujudkan 1st impression yg menarik minat peserta…”lebih kurang jatuh zinta pndgn pertama”

    klu dah jatuh zinta pndgn pertama, lepas ni xperlu ajak..mesti bdk2 ni cari sendiri..

    modul ukuwah kali ni mesti dah upgrade…

  9. siti Ameen says:

    ustaz,kem ini untuk laki je ke?

  10. angah says:

    xboleh mak abah kua dating. rumah tanpa mak sangat bosan okay! ade 6 org mcm la sume kne hnta g motivasi.xde2.. tetap nk mak.hahahaha.jgn bwk lari my mum!

  11. mj ustad says:

    terima kasih…

  12. hazmer says:

    mak bapak dating time anak pi kem motivasi..tak pa la..tapi anak dating dalam program motivasi…tu la yang membimbangkan…buatnya bercintan kat sana lagi lah ibu bapa risau…tap kem hijri saya rasa tak jadi begitu..

Leave a Reply